• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, February 7, 2016

PERATURAN PRAKTIK BLOG SASTERA 2013

Sunday, February 07, 2016 // by Azmah Nordin // 2 comments

Disediakan oleh: Noraini Eslah/Ummu Anas (Pengurus Blog Sastera)

Kemaskini Peraturan(1/1/13);

1. Blog Sastera hanya memberikan bimbingan cerpen secara percuma di blog terbuka ini.

2. Bagi bimbingan cerpen berbayar akan dilakukan di blog tertutup.

3. Bimbingan novel  berbayar juga  hanya di lakukan di blog tertutup.

4. Setiap peserta bimbingan cerpen, diberikan peluang untuk menghasilkan 1 (Sebuah)  cerpen dengan bimbingan percuma.


5. Tempoh masa yang diberikan bagi menyiapkan sebuah cerpen hanya satu bulan.  Masa selepas itu akan dikira dengan bayaran pula. (Bagi bimbingan yang dikenakan bayaran, akan dilakukan di blog tertutup). 


**Untuk memohon mengikuti blog tertutup dan berbayar, sila hubungi azmahnordin@gmail.com 


Langkah-langkah Mengikuti Bimbingan Percuma Blog Sastera; 

1. Bagi yang berminat mengikuti bimbingan cerpen, sila beritahu di shout box blog ini. Hanya nama yang terpapar di shout box saja yang akan saya daftarkan segera. Saya tidak akan menjemput anda melalui email. 

2. Sila masukkan sinopsis cerpen yang ingin anda olah ke dalam thread sinopsis, yang kelihatan di sebelah kiri shout box. 

3. Masukkan sinopsis anda ke dalam thread sinopsis. Posting cerpen mesti dilakukan ‘page by page’ kerana kotak komen di dalam blog ini muatannya kecil sahaja. Perlu juga ada ‘google account’ untuk proses ‘posting’; ia mudah saja dengan ‘klik’ mengikut arahan di kotak komen. 

4. Setiap sinopsis anda akan saya baca dan nilaikan dahulu, samaada bernilai murni ataupun tidak. Hanya sinopsis yang bernilai murni sahaja yang akan saya pilih untuk mendapat bimbingan sifu. Selepas proses penilaian, akan saya buka thread bimbingan untuk anda. 

5. Sebaik sifu mulakan bimbingan, harap segera mengolah cerpen anda menepati masa yang ditetapkan. Setiap kali selesai posting karya anda, harap beritahu di shout box bagi memudahkan saya menyusun giliran edit. 

6. Sebelum membuat ‘posting’ karya anda, sila pastikan penulisan anda memenuhi format blog sastera; size huruf 12– Arial  dan double spacing. Kegagalan mematuhi format ini akan membuat sifu enggan mengedit karya peserta, sehinggalah format dipatuhi. 

Senarai-semak ciri-ciri karya sastera; 

1. Mesti menggunakan Bahasa Malaysia yang betul. 

2. Mesti menerapkan nilai murni. 

3. Mengandungi nilai perjuangan. 

4. Memenuhi hak-hak kemanusiaan. 

5. Menjaga norma-norma kesejahteraan masyarakat dan menjaga sensitiviti beragama. 

6. Memelihara hak dan mengangkat maruah wanita di mata masyarakat. 

7. Mengelakkan paparan salahlaku sosial dan keruntuhan moral. 

8. Menggunakan ilmu bantu untuk mengangkat mutu karya. 

 Kesemua ciri-ciri tersebut mesti dipenuhi, supaya karya kita akan mudah diterima oleh pihak penerbitan. Kebelakangan ini semua penerbit tidak mahu menerima karya-karya yang mengandungi unsur-unsur negatif. Antara unsur-unsur negatif yang dimaksudkan; 
1. Kehancuran rumahtangga 
2. Pergaduhan dan keganasan
3. Pembunuhan dan jenayah berat 
4. Perbuatan sumbang.  

Isu-isu sedemikian perlu dielakkan. Sewajarnya hanya bahan-bahan berunsur positif sahaja yang di ketengahkan kepada pembaca. Supaya dengan ini kita akan menghasilkan karya sastera yang mendidik masyarakat menjadi baik dan hidup dengan sejahtera. 

Ayoh! Kita mulakan segera!(2013)