• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, January 31, 2010

104 comments:


  1. Salam, Sifu Azmah dan Kak Aini. Ini sinopsis cerpen saya yang mohon dinilai.

    NAMA : ASMAH HASHIM
    NAMA PENA : ASMAH HASHIM
    UMUR : 44 TAHUN
    SINOPSIS CERPEN : AKU INGIN BERJAYA...

    Rina seorang anak sulong yang dipaksa berhenti sekolah oleh kedua orangtuanya lantaran kemiskinan hidup. Dia mempunyai 6 orang adik-beradik yang masih bersekolah. Dia membantah kehendak orangtuanya. Baginya untuk mengubah kehidupan mereka sekeluarga, dia perlu berpelajaran tinggi. Hanya dengan ilmu dia mampu mengubah nasib keluarganya. Rina berusaha meminta bantuan pihak sekolah agar dapat membantu membayar yuran sekolah dan yuran peperiksaan SPMnya. Lantaran keluarganya yang serba kekurangan dan tidak mampu menjelaskan yuran-yuran tersebut.
    Berlaku pertembungan fikiran antara Rina dan kedua orangnya yang beranggapan anak perempuan tidak perlu bersekolah tinggi, cukuplah sekadar tahu membaca dan menulis serta mengira. Kerana bagi mereka, belajar setinggi mana sekalipun akhirnya akan ke dapur juga.
    Rina berusaha sendiri mencari duit belanja sekolah dan tambang untuk ke sekolah kerana rumahnya agak jauh dari sekolah dengan bekerja di restoran berhampiran di sebelah malam sebagai pembantu restoran. Dengan duit itu jugalah dia membantu kedua orangtuanya untuk belanja sekolah adik-adiknya. Dalam masa yang sama Rina tekun belajar, dia lupakan keindahan alam remaja kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pelajaran dan bekerja sambilan.
    Usaha tanpa kenal erti putusasa akhirnya membuahkan hasil apabila dia mendapat keputusan cemerlang dan ditawarkan melanjutkan pelajaran di universiti di luar negara dengan biasiswa dari kementerian pelajaran. Ketika itulah baharu orangtuanya merasa betul tindakan Rina. Mereka merasa bersalah kerana hampir menghampakan perasaan anak sulong mereka.

    * saya ingin menggunakan sudut pandangan orang pertama iaitu 'AKU' untuk watak RINA.

    ReplyDelete
  2. asmah :)

    saya dah baca sinopsis anda kat atas tu, komen saya; menarik tapi agak klise, bermakna sudah terlalu ramai sekali penulis lain tulis tentang ini, semenjak 25 tahun yang lalu. namun, ada cara untuk mengatasinya.

    sebagai penulis wanita, tanggungjawab utama kita adalah mengangkat mertabat kaum wanita, jadi yg perlu dielakkan adalah ini;

    1. Rina berusaha meminta bantuan pihak sekolah agar dapat membantu membayar yuran sekolah dan yuran peperiksaan SPMnya. Lantaran keluarganya yang serba kekurangan dan tidak mampu menjelaskan yuran-yuran tersebut.

    kita tak mau buat watak wanita kita meminta2 (minta sedekah?) belas ihsan sesiapa pun, sama ada drpd orang persendirian mahupun sesebuah jabatan kerajaan. saya tidak mahu sikap seperti ini. karya kita seharusnya memberikan inspirasi kepada sesiapa saja yg membaca karya kita. jadi, jika kita buat watak utama ambil jalan pintas dengan bekerja sebagai pembantu restoran, bermakna ini kita bukan mengangkat mertabat kaum wanita, sebaliknya kita menggalakan pembaca mencontohi watak utama itu seolah2 kerjaya itu ok untuk masa depan seorang gadis. itu belum bicara soal maruah dan harga diri watak utama itu lagi kan?

    jadi cara mengatasi masalah ini, anda perlu wujudkan satu kelebihan watak utama yang memungkinkan dia tunda persekolahannya, bekerja dan menyimpan duit, sekali gus membantu biaya persekolahan adik2 dia. ataupun, kita angkat watak utama sebagai seorang pembantu rumah anak2 yatim (wah, macam kenal je dengan watak utama ni kan?) dan anda perlu tahulah mcm2 ttg kerjaya ini, nanti kita buat dia bekerja dgn jujur dan penuh dedikasi, dan membantu anak2 yg mungkin bermasalah, mengatasi masalahnya - tanpa minta balasan. mana dia tahu, rupa2nya, salah seorang drpd anak yg dibantu itu, adalah waris kepada (ini anda fikirkan).. budak inilah nanti yg akan membiayai pengajian dia hingga ke peringkat universiti.

    ini baru idea spontan saya saja asmah, andai anda bersetuju dgn idea saya atau ada idea2 yg seumpamanya (nilai murni tu), anda boleh minta kak aini anda bukankan thread/ruangan khas utk kita saling berinteraksi dua hala.

    setelah kak aini anda bukakan thread nanti, akan saya berikan panduan selanjutnya untuk menghasilkan karya cerpen berunsur sastera yg bermutu tinggi.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  3. Okey, Sifu, faham. Terima kasih untuk ulasannya. Akan dicuba.

    Posted on December 29, 2013 at 6:20 PM


    Asmah Hashim Said,

    Sifu! macam tahu sahaja. Saya pernah bekerja di rumah anak yatim uhuhuh... dan sekarang buka maahad tahfiz anak yatim bersama suami. Rasanya tidak susah untuk membuatnya.

    ReplyDelete
  4. asmah :)

    ini panduan seterusnya:

    1. cari di mana letaknya 4/5 daripada keseluruhan cerita, dengan menggunakan formula 4/5. ini bermakna;

    1/5 - 2/5 - 3/5 - 4/5 - 5/5

    apabila anda memulakan cerita pada 4/5 (dekat2 cerpen dah nak habis gitu), anda dah nampak penamat cerita. sementara yg 1/5, 2/5 dan 3/5 adalah flashback.

    2. pilih dua babak/episod untuk didramakan. setiap satu episod/babak, mesti diiringi dua suasana latar, bermakna, mungkin babak pertama adalah semasa (ini contoh je); waktu dia nak naik pentas, (nak terima skrol ijazah (ini 4/5) - t- jgn berritau dulu yg dia nak terima ijazah supaya suspen, gmbarkan suasana dlm dewan besar tu, cahaya, bunyi2an, warna2 meja, pentas, dll. ada sesiapa yg menemankan dia di dewan tu? perasaan, mulakan ayat dari hati watak utama, sebut nama watak anak yatim tu kat sini secara kreatif)

    3. flashback; waktu dia di rumah anak2 yatim, gmbarkan suasana, udara, cahaya, bunyi org tengah mengaji - barangkali? dll, ini 1/5) wujudkan satu drama genting di mana dia terjumpa dengn budak yang bermasalah tu genting, bagaimana dia menggunakan kebijaksanaannya mengatasi masalah tu dgn penuh kasih sayang dan tolak ansur.

    dari sini, cerita akan bergerak ke 2/5 - 3/5 dan kemudian akan bertemu balik di 4/5, penamat, dia naik pentas terima skrol ijazah.

    4. asmah, apabila anda menggambarkan perasaan, puitis - bermakna, kalau perasaannya kecewa - taip `puisi kecewa' di bahagian search di internet, dan serentak dgn itu akan keluarlah berbaris2 puisi yg orng `buang sesuka hati mereka di ruang siber tu' utk anda pilih. pilih beberapa puisi dan dr sebaris di rangkap pertamanya, pilih dua perkataan paling cantik dan selitkan dlm ayat anda, dgn sendiri ayat anda akan jadi lebih cantik dan bermakna.
    .
    6. apabila anda menggambarkan suasana, mesti dikaitkan dgn perasaan watak utama, puitis.

    7. buat antara 7 - 8 mukasurat je dulu, nanti saya lihat bagaimana.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  5. Salam, terima kasih Sifu, Insya-ALLAH akan mencuba

    ReplyDelete
  6. Salam, sifu. Semoga dapat sifu membacanya. Inilah yang mampu saya coretkan. Mohon pencerahan daripada sifu. Terima kasih


    NAMA : ASMAH HASHIM
    CERPEN : AKU INGIN BERJAYA
    Aku melangkah bangga. Inilah impian dan cita-citaku. Dewan yang biasa-biasa terasa serinya. Kerlipan lampu-lampu yang berwarna putih kelihatan bagaikan pelangi. Deretan manusia yang sebahagiannya aku kenali menambah rasa bahagia di hati. Lambaian tangan insan yang amat aku kenali menarik perhatianku. Alangkah bahagiaku rasa. Insan yang telah banyak berjasa selama ini. Wajahnya tersenyum memandangku. Senyuman yang paling bererti buatku. Aku membalas lambaiannya. Dia mengenyitkan mata. Dadaku sebak. Sayu menghimpit diri. Dia bukan sesiapa kepadaku. Aku mengenalinya lima tahun dahulu. Kehadirannya bagaikan rahmat buatku, atau akukah yang memberi kehidupan kepadanya?
    Dewan yang tadi hanya ada beberapa orang kini sudah hampir penuh. Hanya wajah-wajah riang yang terpancar. Saat-saat yang ditunggu –tunggu dan dinanti-nantikan. Lima tahun bergelumang dengan nota, tesis dan buku, akhirnya berjaya juga, mengenggam impian segunung intan. Mengapai cita-cita selautan mutiara. Bertambah bahagia apabila ditemani insan-insan yang tersayang. Walaupun bukan semua, cukuplah sekadar kehadiran mereka memberi semangat dan meraikan kejayaan bersama, kejayaan yang amat bererti di dalam hidup ini.
    Dia hadir bersama sejambak bunga. Hati ini berlagu riang. Pelukan semakin erat, seerat hatiku dan hatinya. Air mata mengalir di tubir matanya dan juga mataku. Bukan dibuat-buat. Air mata gembira dan terharu. Tiada kata seindah bahasa yang mampu aku lontarkan kepadanya. Tiada gambar seindah lukisan yang mampu aku lakarkan untuknya. Dia menghulurkan tangan, aku menyambutnya. Dia menunduk dan menciumnya. Bertambah terharu hati ini. Aku bukan sesiapa kepadanya. Aku hanya insan biasa yang menabur bakti tidak sebesar mana, hanya sekecil kuman namun sudah dianggap bagaikan menabur segunung emas untuknya. Aku benar-benar rasa dihargai, disayangi dan dihormati.

    ReplyDelete
  7. sambungannya...

    Mataku berkaca. Kulit mukaku terasa tebal seinci. Cikgu Zahidi, PKHEM Sekolah Menengah Sri Teja memandangku dengan penuh tandatanya. Aku hanya mampu melemparkan senyuman tawar kepadanya.
    “Maafkan sikap pelajar saya cikgu. Setiap pagi pemandu kami menghantar dia dan pelajar lain ke sekolah. Manalah kami tahu dia akan melencong ke arah lain,” ceritaku. Cikgu Zahidi hanya menganggukkan kepala.
    “Saya tidak salahkan Cik Rina, Rahida kerap sangat ponteng sekolah. Rasanya dalam bulan ini sahaja sudah sepuluh hari dia tidak hadir. Surat juga sudah kami poskan kepada pihak Cik Rina, ada yang saya beri kepada pelajar cikgu yang lain, takkan tak sampai?” dia kehairanan. Aku faham maksud jelingannya itu. Bermakna surat itu mereka pakat-pakat sorokkan. Wajah mencuka Rahida kutatap lama. Apa masalah pelajar ini? Dia baharu beberapa bulan berada di tempat aku bekerja. Rumah Anak Yatim Rukiyah, menempatkan hampir dua puluh enam orang pelajar yatim piatu dan miskin
    “Pelajarannya juga merosot, entah apa yang bermain difikirannya. Sudah puas kami bertanya, dia lebih suka membisu dan melayan perasaan sendiri. Mungkin Cik Rina boleh bawa dia berjumpa dengan pakar sakit jiwa.” Cadang Cikgu Zahidi. Aku mengeluh. Tidak mungkin Rahida mengalami tekanan jiwa. Mungkin ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Tiada langsung sebaris senyuman di wajah itu. Setelah meminta diri,aku terus membawa Rahida pulang ke asrama.
    Usai solat asar, aku duduk di anjung bilikku memerhati ke arah Rahida yang duduk termenung di atas buaian berhampiran asrama. Dia langsung tidak bergaul dengan pelajar lain. Kenapa dia begitu malas hendak ke sekolah? Kenapa dia tidak mahu bergaul dengan pelajar lain? Aku menuruni anak tangga mendekatinya. Kehadiranku tidak disenangi. Aku boleh rasakan itu. Aku duduk di sebelahnya. Dia sedikit menjauh. Matanya memandang kosong ke arah kumpulan kawan-kawannya yang sedang bermain. Aku memandang ke arah yang sama. Aku tersenyum melihat gelagat para pelajar di bawah jagaanku. Namun Rahida hanya memandang tanpa reaksi apa-apa. Hatinya kosong, jiwanya bagaikan memberontak sendiri.
    “Rahida, boleh kakak bertanya?” tanyaku lembut agar tidak mengguris hatinya. Dia menoleh, tiada secubit senyuman langsung. Hambar, resah, entah apa yang bermain difikirannya.
    “Kalau Rahida ada masalah, akak sedia mendengarnya,” kataku langsung tiada sahutan. Aku kecewa. Aku membelai rambutnya yang ikal. Aku belai pipinya yang lembut dan halus. Aku urut bahunya sambil menariknya dekat denganku. Tiada sebarang tindakbalas daripadanya. Aku mengetap bibir. Bersabar dengan kelakuannya. Dia menolak tanganku yang berada di bahunya. Aku tidak terasa hati, cuma kecewa tidak berjaya memujuknya.
    “Kak Rina ingin bercerita, harap Rahida sudi mendengarnya,” kataku memulakan bicara semula. Dia sedikit resah, menjauh semula. Ada jarak antara kami. Aku cuba mengerti dan memahami perasaannya. Aku mula bercerita.
    “Emak nak kau berhenti belajar, berilah peluang kepada adik-adik pula. Mak dan ayah tidak mampu hendak menyekolahkan ke semuanya sekali. Berapa sangatlah pendapatan ayah. Rina sudah cukup dewasa dan matang untuk memahami perjalanan hidup ini. Pandanglah wajah adik-adik,” rayu emak pada suatu malam. Aku terdiam. Baru beberapa bulan menjejakkan kaki ke tingkatan lima, emak sudah menyuarakan keinginannya melihat aku berhenti belajar. Air mata gugur di pipi. Kecewa merantai diri. Kekusutan bersemadi. Wajah emakku pandang sepi. Hanya tinggal setahun sahaja lagi. Tidaklah boleh emak dan ayah berkempromi, biarlah aku menghabiskan pelajaranku sehingga SPM, biar ada sekeping sijil untuk aku mencari ruang waktu dan wang bagi menyambung pelajaranku. Kerja apa yang dapat aku lakukan jika hanya bersekolah setakat tingkatan 4. Barulah aku faham kini, kenapa yuran sekolah dan yuran peperiksaanku tidak dijelaskan. Rupanya ayah dan emak ada agenda tersembunyi. Aku memejamkan mata, air mata gugur lagi. Kekecewaan terus menghentak sanubari. Aku meraup wajahku

    ReplyDelete
  8. dengan kedua belah tangan. Jauh di sudut hati aku berharap ini semua hanya igauan mimpi, emak hanya bermain dengan kata-kata dan tidak bermaksudkannya. Wajah emakku pandang sekali lagi.
    “Tolonglah, Rina,” ada nada sendu di situ. Aku memandang ke arah lain. Semakin laju air mataku mengalir, semakin sebak dadaku, perit dan berat bagaikan ditindih batu besar, menghimpit dan menghenyak sehingga aku tidak mampu bernafas. Kenapa emak bertindak begini? Hancur sudah impian dan cita-citaku. Aku menyeka air mata. Dunia belum mahu kiamat. Masih ada ruang dan waktu untuk aku meneruskan impian dan cita-citaku. Jangan mengalah sebelum berjuang. Jangan menyerah sebelum ajal. Aku mendekati emak. Wajahnya yang semakin dimamah usia kutenung seketika. Adik-adik yang sedang mentelaah pelajaran kupandang sekali imbas. Mereka perlukan pelajaran. Ya, aku sudah tahu menulis, membaca dan mengira. Cukuplah untuk aku mencari sesuap nasi dengan ilmu yang ada.
    “Baiklah mak. Jika itu sudah kehendak emak dan ayah. Demi adik-adik, biarlah Rina berhenti sekolah. Lagipun Rina bukanlah pandai sangat,” aku berdalih untuk menutup hatiku yang walang. Emak memelukku erat. Dia menangis di bahuku.
    “Mak tahu… hati Rina kecewa. Tetapi mak tidak sanggup melihat adik-adik tidak mampu membaca, menulis dan mengira. Mungkin bukan sekarang rezeki Rina, manalah tahu disuatu waktu peluang itu akan tiba?” pujuk emak. Aku tersenyum. Insya-ALLAH detik hati kecilku.
    Demi membantu emak dan ayah serta adik-adik di kampung, aku merantau ke bandar. Peluang bekerja di rumah anak yatim tidak aku tolak, walaupun gajinya tidak sebesar mana namun cukuplah untuk aku menghantar ke kampung. Buat adik-adik, biar sedikit namun berkat, dan sedikit simpanan untuk diriku. Aku menghabiskan cerita. Rahida menoleh apabila melihat aku menangis. Dia memegang tanganku dan diusap lembut. Dia memandang wajahku. Aku cuba tersenyum, namun tawar. Dia memandang ke arah lain. Bukan Rahida seorang yang bermasalah, masih ramai lagi. Aku perlu bijak menangani masalah mereka. Seorang demi seorang. Inilah tanggungjawab. Bagiku rezeki yang berkat adalah jika aku bekerja dengan hati dan bersungguh-sungguh. Setiap hari aku cuba dekati Rahida. Laporan dari pihak sekolah sungguh mengecewakan. Aku harus buat sesuatu. Aku harus lebih mendekatinya.
    “Rahida, boleh akak bertanya… kenapa Rahida dingin, membosankan, suka menyendiri, tidak ceria?” soalku bertalu-talu. Dia memandangku tidak berkelip.
    “Rahida tidak suka bersekolah! Rahida tidak suka duduk di sini? Kenapa Rahida perlu duduk di rumah ini?” dia bertanya bertalu-talu. Aku mengerutkan dahi.
    “Kenapa tidak suka bersekolah? Kenapa tidak suka duduk di sini?” aku menyoalnya semula. Dia tidak terus menjawab tetapi menunduk memandang kaki sendiri.
    “Buat apa sekolah? Rahida bukan budak pandaipun?” omelnya. Aku menggelengkan kepala. Bahunya ku raih kembali.
    “Pergi sekolah bukan untuk jadi pandai. Kita pergi sekolah untuk mendapatkan ilmu yang kita tidak tahu? Jika kita tidak tahu menulis, di sekolahlah kita belajar. Jika kita tidak tahu melukis, di sekolahlah kita mendapatkan cara dan tekniknya. Jika tidak tahu mengira, di sekolahlah tempatnya” kataku bersungguh-sungguh, agar dia faham apa maksudku.
    “Kenapa pula tidak suka duduk di sini?”
    “Ini rumah untuk orang miskin dan anak yatim!” katanya. Aku mengangkat kening.
    “Bukankah Rahida anak yatim? Walaupun tidak miskin,” aku menjawab. Dia mencebik.
    “Rahida hendak balik! Rahida hendak tinggal dengan nenek dan wan!” dia memberitahu.
    “Mungkin ada sebab kenapa wan dan nenek hantar Rahida ke mari? Sebab tak nak ke sekolah, kan?” aku bertanya lagi. Dia menunduk.

    ReplyDelete
  9. “Sejak kematian arwah emak dan ayah, Rahida agak liar. Wan tak suka, nenek selalu marah-marah. Mungkin kerana tidak tahan, maka Rahida dihantar ke mari,” dia bercerita. Aku mengangguk. Fahamlah aku kini. Aku melemparkan senyuman.
    “Rahida perempuan, tentulah wan dan nenek risau. Kalau terjadi apa-apa dengan Rahida merekalah yang paling risau.” Aku terus mendengar ceritanya. Dia sudah mula mahu menerimaku, tidak lagi malu-malu. Aku sering mendengar ceritanya tentang kedua orangtuanya. Tentang keluarganya. Aku menjadi pendengar setia. Bukan hanya kepadanya tetapi kepada anak-anak yang lain juga. Inilah perananku sebagai seorang warden kepada mereka. Akulah pengganti ayah, emak dan ahli keluarga mereka.
    “Kenapa kak Rina tidak sambung belajar semula?” Rahida bertanya pada suatu hari, ketika itu aku baru sahaja mengambil rekod pelajarannya. Sejak peristiwa beberapa bulan yang lalu, dia sudah menunjukkan pristasi yang memberangkan, pelajarannya semakin baik, dia semakin riang. Dia sudah pandai bergaul dengan rakan-rakan di asrama dan di sekolah.
    “Bukankah akak sudah beritahu, keluarga akak tidak mampu untuk menyekolahkan akak. Sekarang ini, akak ambil kelas malam. Akak ingin ambil SPM. Duit yang ada cukup-cukup untuk akan mendapatkan sijil SPM sahaja Rahida. Insya-ALLAH akak akan kumpulkan duit lagi. Hati manalah yang tidak mahu menuju ke puncak menara gading, mengenggam segulung ijazah. Harapan akak dan harapan semua orang yang ingin berjaya dala hidup,” jawabku panjang lebar. Dia tersenyum.
    “Padanlah selalu nampak akak keluar,” dia melemparkan senyuman. Hubungan kami semakin mesra.
    “Doakan akak berjaya ya?” pintaku. Dia mengangguk. Kata orang doa akan yatim tiada hijabnya di sisi ALLAH SWT.
    “Insya-ALLAH, akak akan berjaya. Orang yang ikhlas buat sesuatu, jujur dan bertanggungjawab, akan mendapat balasan yang baik suatu hari nanti,” katanya. Aku teruja. Sudah bijak dia berkata-kata.
    “Pandainya!” pujiku. Dia ketawa.
    “Belajar daripada kak Rinalah.” Kami sama-sama ketawa. Semakin hari semakin aku seronok bekerja di situ. Para pelajar semakin berdisiplin dan mahu menurut kata. Bukan hanya kerana aku tetapi juga kerana kesungguhan para pekerja yang lain. Duit gajiku juga sudah dinaikkan. Emak dan ayah tidak lagi menyuruh adik-adik yang lain berhenti sekolah setelah habis PMR. Aku akan membiayai persekolahan mereka. Cukuplah hanya aku yang tidak berpelajaran tinggi. Lagipun aku juga sudah belajar semula walaupun hanya secara persendirian. Semangat tidak boleh patah, harapan tidak boleh rebah. Selagi bernyawa, jalan masih terbuka dan terbentang luas untuk mengecapi kejayaan dan impian. Apa yang penting tidak putus asa. Itulah nasihatku kepada pelajar-pelajar di rumah anak yatim itu. Aku juga ingin melihat mereka berjaya. Itu jugalah yang sering aku perkatakan kepada Rahida, agar dia tahu mengharga hidup.
    Keputusan yang aku perolehi amat tidak kuduga. Keputusan SPMku cemerlang. Kepada emak dan ayah aku sampaikan berita gembira. Hanya ucapan tahniah daripada mereka. Kepada pihak pengurusan aku beritahu juga. Tingkatan gajiku dinaikkan sama taraf dengan kelulusanku. Aku tersenyum gembira. Bertambahlah duit untuk emak dan ayah di kampung.
    Kehadiran nenek dan wan Rahida membawa berita gembira. Aku terdiam tidak terkata apa-apa. Rahida tersenyum bahagia. Wan dan nenek tersenyum sambil mengucapkan jutaan terima kasih kepadaku. Kenapa? Untuk apa?
    “Rina telah memberi kebahagian baru kepada Rahida. Dia tidak murung lagi. Sejak kematian arwah orangtuanya, dia banyak berubah. Dia bagaikan menyalahkan dirinya dengan apa yang terjadi kepada kedua arwah orangtuanya. Dia tidak mahu sekolah, bercampur dengan budak-budak nakal. Itu sebab kami hantar dia ke sini, agar belajar sesuatu. Terima kasih kerana sudi menasihati dan

    ReplyDelete
  10. menegurnya.” Kata wan Rahida. Aku hanya tersenyum. Bukan aku yang mengubahnya tetapi ALLAH SWT, aku hanya menjadi orang tengahnya. Aku tidak perlu membangga diri. Siapalah aku hendak mendabik dada konon mampu mengubah manusia dengan kata-kata dan nasihatku. Inilah aku kerana kekecewaan yang lalu menjadikan aku sentiasa positif melayari kehidupan yang ada di hadapan, bukan menoleh ke belakang, menangisi kekecewaan.
    Langkah di atur kemas, jubah yang disarungkan ke tubuhku, topi di kepalaku menambah keyakinan di hati. Air mata gugur lagi. Tanpa disuruh dan dipaksa. Wajah orang tersayang yang telah banyak menabur jasa selama lima tahun aku di puncak menara gading aku pandang seketika. Dia mengenyitkan mata. Aku melemparkan senyuman kegembiraan. Langkah diatur penuh teratur. Ijazah impian berada di tangan. Ya ALLAH, kau mengotakan janjimu, selagi bernyawa teruslah berusaha, jangan kenal erti putus asa. Kegagalan semalam bukan penamat mencapai cita-cita. Kegagalan semalam pembakar semangat untuk aku berjaya. Ya, hari ini aku berjaya mencapai impianku. Impian keluargaku.
    “Tahniah kak Rina… lepas ini giliran Rahida pula,”katanya. Dialah penyumbang kepada kejayaanku. Dia bukan orang biasa. Keluarganya berharta. Merekalah yang membiayai pengajianku sehingga aku mendapatkan segulung ijazah. Aku memeluknya erat sambil berbisik di telinganya.
    “Terima kasih kerana hadir dalam hidup kak Rina,” kataku sayu.
    “Bukan kerana Rahida,akak berjaya, tetapi kerana keinginan dan impian yang tidak pernah putus di hati akak.” Jawabnya. Pelukan kami semakin erat disaksikan ayah, emak dan adik-adikku di lapangan luar dewan. Aku sudah berjaya mencapai apa yang aku inginkan. Syukur kehadrat Ilahi. Senyuman terukir di bibir kami.


    MOHON TUNJUKAJARKU SIFU :)

    ReplyDelete
  11. asmah :)

    saya dah baca karya anda kat atas tu, dan ini komen saya;

    1. secara keseluruhan, karya anda ok. ternyata anda sudah berjaya menggunakan formula 4/5 dengan baik juga, malah ada ayat2 yang indah di sana sini dan boleh dikembangkan. cuma, perlu diperhalusi untuk menimbulkan kesan seni dan mutunya dan ini dapat dilakukan setelah saya melakukan editng ke atasnya kelak.

    2, isu rahida yang dianggap bermasalah kerana sering ponteng sekolah, tidak kuat dari sudut psikologi, tidak cukup logik untuk buat dia menampung pembelajaran rina pada masa depan. perlu ada isu yg lebih besar yang boleh membuatkan rahida berasa seperti terhutang budi atau mcm terhutang nyawa atau macam terhutang maruah diri dengan kesensitifan rina.

    saya beri sikit clue; rahid dikenakan tindakan disiplin kerana dituduh meniru dlam peperiksaan tahun akhir, padahal dia seorang pelajar cemerlang, semua org tak percaya pdnyanya, semua menyindirnya sebagai gadis tak berdisiplin, semua orang memulaukan dia, hingga buat rahida rasa macam teruk sangat dunia ni, siang malam menangis, tak mau makan, tak mau minum, tak mau mandi! dll.. hanya rina yg mempercayainya (mungkin kerana rina ada adik2 seusia dan bermasalah yg sama juga kot? fikir. rina lalu memperjuangan nasib, antaranya mungkin rina bersemuka dengan guru rahida dan memohon pertimbangan mereka - bagi pihak rahida, antaranya utk membuktikan rahida memang meniru ataupun tidak, peperiksaan semula perlu diadakan di antara rahida dan pelajar yg menuduh dia meniru, dll. asmah, anda boleh guna idea ini, atau anda cipta satu idea lain yg lebih kurang sama dahsyat kesan psikologinya kepada rahida.

    3. perlu kurangkan dialog, lebih pendek2 dialog, lebih cantik, selebihnya buat monolog atau dlm fikiran je. untuk pengetahuan anda, sesebuah karya akan mati `seninya', jika buat terlalu byk dialog.

    4. perlu tekan dua kali enter, untuk setiap pemisah paragraf. misalnya;

    Kehadiran nenek dan wan Rahida membawa berita gembira. Aku terdiam tidak terkata apa-apa
    (tekan dua kali enter di sini, sebagai pemisah paragraf)
    “Rina telah memberi kebahagian baru kepada Rahida. Dia tidak murung lagi. Sejak kematian arwah orangtuanya, dia banyak berubah. . Rahida tersenyum bahagia.

    patut begini;

    Kehadiran nenek dan wan Rahida membawa berita gembira. Aku terdiam tidak terkata apa-apa


    “Rina telah memberi kebahagian baru kepada Rahida. Dia tidak murung lagi. Sejak kematian arwah orangtuanya, dia banyak berubah. . Rahida tersenyum bahagia.

    6. flashback; elok buat rahid tengah meragam/menangis/meraung, ll, sbb sgt tersinggung dgn semua org. mungkin, rina yg baru balik dr kampung? dll terus dipanggil menangani masalah rahida. dramakan ni, latar bunyi adalah suara budak2 sedang mengaji.

    7. nanti judul kita cari lain, sbb kita tak mahu pembaca dah teka apa isi cerpen anda, sebelum membacanya.

    8. gmbaran dlm dewan patutnya hebat, sbb itu majlis konvo yg gilang gemilang, cuba cari di internet ttg pengalaman orang pergi majlis konvo, perasaan

    9. Aku melangkah bangga - perlu digambarkan melangkah bangga, misalnya; aku bagaikan melangkah di awang2an - tmbah beberapa ayat utk kembangkan perasaannya lagi - dengan diiringi paluan alat muzik tradisional yg berkelintang-kelintung di udara - sebut nama alat muziknya. Ah, alangkah indahnya - puitis lagi.

    asmah, saya belum buat editing ke atas karya anda, bagi memberi peluang kepada untuk mengolahnya semula dengan menukar isu yg berkaitan dengan radiah dan menyesuaikan yg lain.

    itu je dulu asmah, gigih terus k

    ReplyDelete
  12. okey sifu... Insya-ALLAH saya cuba. Terima kasih tunjukajarnya.

    ReplyDelete
  13. Aku melangkah bangga, terasa kaki ini berada di awangan. Dewan yang besar dan luas itu terasa serinya. Kerlipan lampu-lampu yang berwarna putih kelihatan bagaikan pelangi. Deretan manusia yang sebahagiannya amatku kenali menambah rasa bahagia di hati. Di pentas utama sudah tersusun kerusi untuk barisan tetamu jemputan dan dif kehormat. Bunyi muzik gamelan menambah rasa bahagia di hati. Dengan jubah di tubuh, topi pelengkap acara menambah girang di jiwa. Di bahagian belakang barisan perjuang-perjuang ilmu duduk megah. Ibu dan bapa perjuang, menunggu dengan sabar dan penuh bangga.

    Sambil kaki melangkah aku mencari kelibat seseorang. Lambaian tangan insan yang amat aku kenali menarik perhatianku. Alangkah bahagianya kurasa. Insan yang telah banyak berjasa selama ini. Wajahnya terukir senyuman memandangku. Senyuman yang amat bererti buatku. Aku membalas lambaiannya. Dia mengenyitkan mata. Dadaku sebak. Sayu menghimpit diri. Dia bukan sesiapa kepadaku. Namun besar jasanya kepadaku. Aku mengenalinya lima tahun dahulu. Kehadirannya bagaikan rahmat buatku. Atau akukah yang memberi kehidupan baru kepadanya?

    Dewan yang tadi hanya ada beberapa orang kini sudah penuh. Wajah-wajah riang jelas terpancar. Paluan gendang rebana ubi mula kedengaran. Sebarisan manusia berpakaian indah, lengkap bersamping bersama cokmar melangkah masuk. Diiringi dif-dif kehormat dan tetamu jemputan. Semakin berdebar hatiku. Semakin seram sejuk tangan dan kakiku. Saat-saat yang aku tunggu dan nanti-nantikan. Lima tahun bergelumang dengan nota, tesis dan buku, akhirnya berjaya juga mengenggami impian segunung intan, mengapai cita-cita selautan mutiara. Bertambah bahagia apabila ditemani insan-insan tersayang. Walaupun bukan semua yang boleh melangkah masuk ke dalam dewan namun kehadiran mereka sudah cukup untuk memberi semangat dan meraikan kejayaan bersama. Kejayaan yang penuh bererti di dalam hidup ini.

    Dia hadir bersama sejambak bunga. Hati ini berlagu riang. Pelukan semakin erat, seerat hatiku dan hatinya. Air mata mengalir di tubir matanya dan mataku. Bukan dibuat-buat, bukan juga air mata lakonan. Air mata gembira dan terharu. Tiada kata seindah bahasa mampu aku lontarkan kepadanya tanda ucapan terima kasihku kepadanya. Tiada gambar seindah lukisan yang mampu aku lakarkan untuknya. Dia menghulurkan tangan, aku menyambutnya. Dia menunduk dan menciumnya dengan penuh hormat. Bertambah terharu hati ini. Aku bukan sesiapa kepadanya. Aku hanya insan biasa yang menabur bakti tidak sebenar mana. Hanya sekecil kuman namun sudah dianggap bagaikan menabur segunung emas untuknya. Aku benar-benar merasa dihargai, disayangi dan dihormati.

    ReplyDelete

  14. Matanya bengkak, bibirnya terketar-ketar menahan tangis. Aku cuba memujuk dan mendekatinya. Cuba menyelami hatinya, mengenal siapa dirinya. Tangannya kuraih dan kubelai lembut. Tubir matanya digenangi air. Masih berbukukah lagi hatinya? Masih kesalkan dengan apa yang terjadi? Maruahnya tercemar tetapi tidak tergadai. Aku mengeluh sendiri. Jangan ikutkan hati, nanti mati.
    “Perkara sudah terjadi, Rahida tidak boleh berterusan sedih begini? Sampai bila hendak bermuram durja? Menangisi nasib diri? Biar buruk dipandangan manusia namun ALLAH mengetahui apa yang terjadi.” Nasihatku kepadanya. Dia tidak berkutik, masih membisu. Bagaikan mulutnya sudah terkunci tidak mampu bersuara. Puas dipujuk oleh pengurus rumah anak yatim tersebut, namun tidak dilayannya. Rakan-rakan pula menjuih kepadanya. Aku cuba memahami beban yang sedang ditanggungnya. Menyelami diri mereka yang telah dicabul secara paksa. Bukan orang lain yang melakukannya tetapi rakan-rakan sekolah yang terkenal nakalnya. Di sekolah dia dikeji dan dihina kerana sudah rosak diri. Pada hakikatnya tiada apa yang terjadi. Belum sempat berlaku apa-apa, polis sudah datang menangkap mereka yang durjana. Alhamdulillah terpelihara maruah dirinya.

    Setiap hari aku melayan walangnya. Bahuku menjadi tempat dia meluahkan apa yang dirasa. Menangislah sepuas hatimu, detik hati kecilku. Bebanan yang ada biar kita sama-sama menanggungnya. Dia semakin erat denganku. Sudah mula mahu bercerita tentang apa yang dirasa. Gelora di jiwa terubat sedikit demi sedikit beransur berlalu. Aku pula terpaksa pulang ke kampung untuk menziarahi keluargaku yang sudah lama tidak aku kunjungi dan ingin menghilangkan rasa rindu di kalbu.

    Ketiadaanku, aku fikir memberi ruang yang banyak untuk dia berfikir tentang diri dan perjalanan hidupnya. Namun perkara itu tidak terjadi. Dia bagaikan orang hilang arah, mencari tempat berpaut, melepaskan rasa sakit dan dendam di jiwa. Aku dipanggil pulang segera. Terdiam aku tidak terkata apa-apa. Baru beberapa waktu bersama keluarga sudah dipanggil pulang kembali. Aku akur kerana di situlah tempat aku mencari rezeki untuk menambah kewangan keluarga agar adik-adik dapat menyambung pelajaran, jangan jadi sepertiku, belajar hanya sekerat jalan lantaran pendapatan keluarga yang tidak cukup makan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

    “Kenapa Kak Rina pergi? Tinggal Rahida sendiri?” marahnya kepadaku. Aku mengeluh sendiri. Beratnya beban insan yang menjadi mangsa seksual terpaksa dan dipaksa. Hilang keyakinan diri lantaran rakan sekeliling tidak memahami.

    “Kenapa Rahida?” tanyaku mesra dan lembut berbicara. Dia memandangku dengan mata berkaca. Bawa matanya hitam, tidak cukup rehat, fikir hatiku.

    “Setiap hari Rahida dihina oleh kawan-kawan. Kononnya Rahida bohsia menjual maruah diri. Malu Kak Rina! Pedih hati ini! Rahida masih ada maruah dan harga diri! Kenapa mereka sanggup menghina begini?” luahnya apa yang dia rasakan ketika dan saat itu. Dia meraung sekuat hati, hiba benar bunyinya. Aku sebak. Bagaikan orang terkena hysteria, dia terus menjerit dan menangis. Beberapa rakan yang tahu mengaji mula mengumandangkan ayat-ayat suci al-Quran. Aku memeluknya erat. Beberapa orang rakan-rakannya di rumah anak yatim itu menjuihkan bibir. Aku menjegilkan mata ke arah mereka. Tekanan yang keterlaluan membuatkan dirinya tidak tentu arah.

    “Kalian jangan tahu menghina, bayangkan diri kalian berada di tempatnya? Apakah mahu juga dihina seperti ini? Sebagai rakan dan kawan sepatutnya memberi perangsang dan membantu memulihkan semangatnya semula. Bukan menjadi penghasut dan penfitnah!” kataku kepada mereka. Masing-masing menunduk tidak berani memandangku.

    “Cepat minta maaf kepada Rahida!” perintahku. Mereka akur. Seorang demi seorang menghadirkan diri memohon maaf kepada Rahida.

    “Mulai malam ini, Kak Rina tidak mahu dengar lagi, kalian menghina, menyindir atau mengusiknya, faham! Kalian di sini bagaikan adik beradik. Hormatilah antara satu sama lain!” kataku menasihati.

    ReplyDelete
  15. “Maafkan kami Kak Rina,” kata salah seorang pelajar.

    “Kami berjanji akan menjaga Rahida seperti adik kami! Perkara yang berlaku tidak akan terjadi lagi,” sampuk yang lain pula. Aku tersenyum bangga. Merekalah adik-adikku. Aku tidak mahu mereka menjadi seperti anjing dan kucing asyik bercekau sahaja.

    Pagi itu aku ke sekolah. Pihak sekolah harus aku temui. Aku tidak mahu nasib Rahida terus dihambat kecewa. Biarlah tebal muka, asalkan Rahida terpelihara maruah dan harga dirinya. Dia tidak bersalah, lantaran khilafnya dia mengikut sahaja tanpa syak apa-apa. Siapa sangka kawan disangka kawan sanggup berlaku durjana?

    “Saya mohon sangat-sangat kepada cikgu, tolonglah buat sesuatu. Rahida bukan sengaja hendak mengikut, dia ingatkan niat mereka baik, mana tahu mereka berhati syaitan. Walaupun usia masih muda sudah pandai ingin merosakkan rakan sendiri.” Aku merayu. PKHEM Cikgu Zahir mengangguk tanda memahami. Rahida juga sudah tidak mahu ke sekolah lantaran malu dengan apa yang berlaku. Pelajar yang terlibat sudahpun di tahan dan kini sedang menjalani hukuman sebagai penjenayah juvana.
    “Baiklah Rina, saya akan memanggil pelajar yang mengejek dan mengusik Rahida. Awak jangan bimbang. Pihak sekolah tahu Rahida tidak bersalah. Dia menjadi mangsa kerakusan rakan sebaya yang tidak mengenal dosa dan neraka.” Kata PKHEM meyakinankan aku.

    Kepada Rahida aku khabarkan berita, bahawa cikgu sekolahnya akan bertindak kepada mereka yang mengejek dan mengusiknya. Dia tersenyum gembira sambil memelukku erat. Gembira sungguh dia. Malah rakan-rakan di asrama sudah mampu bergurau dan menemaninya. Dia sudah mahu berbual mesra. Aku bangga dengannya.

    Dia duduk memandang wajahku. Aku mengerutkan dahi. Dia tersenyum. Aku meneruskan kerjaku sambil ditemaninya. Semakin hari semakin rapat hubunganku dengannya. Dia juga sudah berani ke sekolah dan diterima baik oleh rakan-rakan di sekolah. Jika ada yang mengusik pasti rakan-rakan yang tinggal di asrama akan membantunya. Dia berkeyakinan kembali. Aku gembira dan bersyukur dengan apa yang berlaku.

    “Kenapa Kak Rina tidak sambung belajar? Kenapa hendak bekerja di rumah anak yatim ini? Berapa sangatlah pendapatan Kak Rina?” tanyanya kepadaku. Aku tersenyum sendiri mendengar kata-katanya. Siapa yang tidak mahu sambung belajar? Impian dan cita-citaku untuk mengenggam segulung ijazah. Namun apakan daya, aku terpaksa berhenti sekolah ketika di tingkatan 4 lantaran memberi peluang kepada adik-adik meneruskan persekolahan mereka. Dengan pertolongan kawan emak aku berjaya mendapatkan pekerjaan di rumah anak yatim itu. Dengan pendapatan yang tidak seberapa itulah aku membantu emak dan ayah di kampung. Padanya aku bercerita kenapa dan mengapa. Dia mendengar dengan penuh minat. Tahulah dia kini tentang masalahku. Kenapa aku kurang berbelanja dengan wang gajiku. Biarlah aku berkorban asalkan adik-adik tidak menjadi sepertiku.

    “Sayangkan, Kak Rina bukanlah seorang yang tidak bijak.” Katanya. Aku tersenyum.

    “Kalau Kak Rina masih bersekolah, sudah tentu kita tidak akan bertemu,” menyambut kata-katanya. Dia mengangguk laju. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dia lantas memelukku. Aku terharu. Hilang rindu kepada adik-adik di kampung.

    “Bagaimana dengan diri Rahida? Sudah mampu bernafas dan merasa lega sekarang?” aku mengalih perbincangan kami. Dia menunduk seketika kemudian menjunamkan matanya memandangku. Mata kami saling bertembung.

    ReplyDelete

  16. “Terima kasih Kak Rina, walaupun masih terasa kotor dan tidak mampu melupakan apa yang berlaku, namun Rahida bersyukur kerana ada Kak Rina dan kawan-kawan yang memberi semangat untuk Rahida meneruskan hidup ini.” Katanya tersenyum gembira. Aku turut tersenyum sambil tanganku memicit bahunya.

    Dia hanya dicabul, itu sudah cukup membuatkan dirinya trauma. Hampir sahaja dia menjadi mangsa rogol rakan sekolahnya sendiri. Mereka hampir meragut maruah dan mahkota dirinya. Kalaulah dia di….. sudah pasti lagi teruk keadaannya.

    Kehadiran sepasang suami isteri yang sudah berumur membuatkan kami di rumah anak yatim itu terkejut. Bukan kerana tidak pernah ada manusia yang hadir tetapi kali ini berlainan sekali. Mereka adalah datuk dan nenek Rahida. Kusangkakan dia tidak mempunyai keluarga setelah kedua orang tuanya meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya. Dia sendiri mengenali mereka. Aku mengucapkan syukur sekurang-kurangnya dia masih ada keluarga. Mereka ingin mengeluarkan dia dari rumah anak yatim itu. Aku sungguh kecewa. Dia sudah kuanggap seperti adikku sendiri. Rupanya keluarga Rahida sebelah ayahnya bukan orang biasa. Beruntung sungguh Rahida dilahirkan di dalam keluarga yang berharta.

    “Kak, Rahida ada hadiah untuk akak,” katanya kepadaku sebelum melangkah pulang. Aku memandang wajahnya dengan penuh tandatanya. Surat itu bertukar tangan. Aku membacanya dengan teliti. Subhana-ALLAH hanya perkataan itu yang lahir di bibirku. Aku terus memeluknya erat. Terharu dengan pemberiannya. Pengurus rumah anak yatim itu yang turut berada bersama turut merasa gembira. Malah aku diberi peluang untuk bercuti ketika perlu.
    ***
    Lima tahun sudah berlalu, gadis itu sudah besar panjang dan bakal mendaki ke puncak menara gading. Aku bangga dengan dirinya. Dalam kekecewaan dia bangun, bangkit kembali. Kini dia tinggal bersama-sama datuk dan neneknya. Dia melihat kejayaaku. Dia melihat kesungguhanku. Dia bersungguh-sungguh meyakinkan datuk dan neneknya untuk menyara diriku sehingga aku berjaya. Sepenuhnya aku menerima bantuan dari keluarganya. Tidak terbalas jasa mereka kepadaku. Bukan besar mana jasaku kepadanya. Namun dibalas dengan penuh bererti buatku dan keluargaku jua.
    Aku berbaju kurung lengkap berjubah yang dipinjamkan okeh pihak universiti. Kami berbaris melangkah masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat masing-masing. Setiap kerusi sudah bertanda.
    Aku berbaju kurung lengkap berjubah yang dipinjamkan oleh pihak universiti. Kami berbaris melangkah masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat masing-masing. Setiap kerusi sudah bertanda.
    Namaku dipanggil. Aku tersedar dari lamunan. Langkah diatur penuh sopan mengikut irama lagu yang sedang berkumandang. Letak kaki mengikut irama gamelan yang sedang dimainkan. Aku melemparkan senyuman. Ijazah milikku bertukar tangan. Aku menahan sebak di dada. Tidak mahu menangis di hadapan dif-dif Kehormat . Ucapan tahniah kuterima bertalu-talu lantaran aku pelajar cemerlang kebanggaan mereka.
    Di luar dewan sudah menunggu sanak saudara, begitu juga dirinya terus menerpa sebaik sahaja ternampak kelibatku. Jambangan bunga besar menjadi milikku. Ciuman bertalu-talu dihadiahkan untukku. Datuk dan neneknya hadir bersama begitu juga kedua orangtuanya yang turut berbangga dengan pencapaianku.
    “Terima kasih atuk, nenek. Rahida juga.” Aku memeluknya lagi. Mereka memandangku dengan rasa bangga. Kedua orangtuaku tersenyum gembira. Ijazahku bertukar tangan, biar menjadi tatapan ayah dan emak. Inilah anak mereka yang bercita-cita besar walaupun diriku kecil sahaja. Impian menjadi kenyataan ketentuan ILAHI jua.

    *MOHON TUNJUKAJARKU SIFU :)

    ReplyDelete
  17. Asmah, sebuah pengolahan semua yg sgt2 baik. Saya cuma perlu sentuh sikit2 je, di sana sini ;

    Segunung Emas (judul cadangan)
    Oleh: Asmah Hashim

    (Aku melangkah bangga. Terasa (kaki – tukar; diri) ini (bagaikan) berada di awang-awangan. Dewan yang besar dan luas itu terasa (amat akan) serinya. (dadaku – asmah, setiap org naik pentas akan berasa gementar, gmbrkan) Kerlipan lampu-lampu yang berwarna putih kelihatan (seperti berwarna-warni bak) pelangi. (udara – sejuk? ada terhidu apa2?) Deretan manusia yang sebahagiannya amatku kenali menambah rasa bahagia di hati. Di pentas utama sudah tersusun kerusi (tata hias?) untuk barisan tetamu jemputan dan dif kehormat. Bunyi muzik gamelan menambah rasa bahagia di hati. Dengan jubah (warna) di tubuh, topi pelengkap acara menambah girang di jiwa. Di bahagian belakang barisan perjuang-perjuang ilmu duduk megah. Ibu dan bapa perjuang, menunggu dengan sabar dan penuh bangga.

    Sambil kaki melangkah aku mencari kelibat seseorang. Lambaian tangan insan yang amat aku kenali menarik perhatianku (gmbarkan perawakan/fizikal insan tu, penampilan/pakaian) . Alangkah bahagianya kurasa. Insan yang telah banyak berjasa selama ini. Wajahnya terukir senyuman memandangku, (berbeza sekali dengan – gmbarkan wajah sugulnya – ratapan, raungan histeria yg membingitkan, dll, bila/berapa tahun yg lalu?). Senyuman yang amat bererti buatku. Aku membalas lambaiannya. Dia mengenyitkan mata. Dadaku sebak. Sayu menghimpit diri. Dia (bukan sesiapa kepadaku –tukar; adalah antara insan yg paling teristimewa di lubuk hatiku). (Namun – tukar; betapa) besar jasanya kepadaku. (Aku mengenalinya lima tahun dahulu – ini naik kat gmbarkan wajah sugulnya tu). Kehadirannya bagaikan rahmat buatku, (biarpun berkali-kali dia menegaskah bahawa) akulah yang memberi kehidupan baru kepadanya.

    (buat bunyi gamelan tarik dia ke dewan tu balik) Dewan yang tadi hanya ada beberapa orang kini sudah penuh. Wajah-wajah riang jelas terpancar (di sana simi). Paluan gendang rebana ubi mula kedengaran (bergema memenuhi - ?). (Sedetik itu,) sebarisan manusia berpakaian (serba) indah, lengkap bersamping bersama cokmar melangkah masuk. Diiringi dif-dif kehormat dan tetamu jemputan (yg juga berpakaian serba mewah laig anggun). Semakin berdebar hatiku. Semakin seram sejuk tangan dan kakiku. Saat-saat yang aku tunggu dan nanti-nantikan. Lima tahun bergelumang dengan nota, tesis dan buku, akhirnya berjaya juga mengenggami impian segunung intan, mengapai cita-cita selautan mutiara. Bertambah bahagia apabila ditemani insan-insan tersayang. Walaupun bukan semua yang boleh melangkah masuk ke dalam dewan namun kehadiran mereka sudah cukup untuk memberi semangat dan meraikan kejayaan bersama. Kejayaan yang penuh bererti di dalam hidup ini. – seluruh paragraf ni pindah ke bahagian selepas tanda baca * * *)

    ReplyDelete

  18. Dia (yg – gmbarkan ketinggian dia berbanding aku, misalnya; separas bahuku sahaja itu? dll) hadir bersama (sejambak bunga – sebut nama bunga). Hati ini berlagu riang. Pelukan semakin erat, seerat (kasih di) hatiku (dan – tukar; pada) hatinya. Air mata mengalir di tubir matanya dan mataku. Bukan dibuat-buat, bukan juga air mata lakonan. Air mata gembira dan terharu. Tiada kata seindah bahasa mampu aku lontarkan kepadanya tanda ucapan terima kasihku kepadanya. Tiada gambar seindah lukisan yang mampu aku lakarkan untuknya. Dia menghulurkan tangan, aku menyambutnya. Dia menunduk dan menciumnya dengan penuh hormat. Bertambah terharu hati ini. Aku bukan sesiapa kepadanya. Aku hanya insan biasa yang menabur bakti tidak sebenar mana. Hanya sekecil kuman namun sudah dianggap bagaikan menabur segunung emas untuknya. Aku benar-benar merasa dihargai, disayangi dan dihormati.

    (“Kak Rina...”Mendadak, rintihan pilu – sebut nama dia – berapa tahun yg lalu?, menerjah ingatanku kembali.

    (pernafasan – misalnya, aku tersentak nafas) ketika itu - mereka di mana? gmbarkan latarnya – apa yg dia nampak, siang atau malam? Buat dia terdengar suara budak2 mengaji dari arah mana – kaitkan dgn aktiviti2 harian di rumah anak2 yatim itu – sebut nama rumah anak2 yatim tu. Tmbh; dgn perasaan yg - ? aku tatap dia yg - ? gmbarkan dia, usia, penampilan, dia budak barukah di situ? Bandingkan dia dgn budak2 lain di situ) Matanya bengkak, bibirnya terketar-ketar menahan tangis. Aku cuba memujuk dan mendekatinya. Cuba menyelami hatinya, mengenal siapa dirinya. Tangannya kuraih dan kubelai lembut. Tubir matanya digenangi air. Masih berbukukah lagi hatinya? Masih kesalkan dengan apa yang terjadi? (Mujur), maruahnya tercemar tetapi tidak tergadai. Aku mengeluh sendiri. Jangan ikutkan hati, nanti mati.

    “Perkara sudah terjadi, Rahida tidak boleh berterusan sedih begini? Sampai bila hendak bermuram durja? Menangisi nasib diri? Biar buruk di pandangan manusia namun ALLAH mengetahui apa yang terjadi.” Nasihatku kepadanya.
    (dailog tu bukan dialog rahida, perlu dipisahkan ke paragraf lain)
    Dia tidak berkutik, (masih – riak muka), masih membisu. Bagaikan mulutnya sudah terkunci tidak mampu bersuara. Puas dipujuk oleh (puan) pengurus rumah anak yatim tersebut, namun tidak dilayannya. Rakan-rakan pula menjuih bibir (dan menjeling sinis) kepadanya. (reaksi dia pada juihan dan jelingan tu?). Aku cuba memahami beban yang sedang ditanggungnya. Menyelami diri mereka yang telah dicabul secara paksa, (sprti dia – boleh tak diselami, jika aku sendiri tak pernah mengalaminya? Tmbh; ah!) Bukan orang lain yang melakukannya tetapi rakan-rakan sekolah (menengah?) yang terkenal nakalnya. (kesilapan dia apa? di mana mereka lakukannya, apa yg mereka lakukan – misalnya, menyentuh dan cuba melakukan sesuatu yg tak senonoh kepadanya? Dll bagaimana dia lepaskan diri? Mcm mana mereka di sekolah tahu ttg perkara memalukan ini?) Di sekolah dia dikeji dan dihina kerana (dianggap sebagai) sudah rosak (diri – kegadisannya). Pada hakikatnya tiada apa yang terjadi (mana aku tahu tiada apa yg terjadi – ada buat pemeriksaan doktor?). Belum sempat berlaku apa-apa, polis (siapa panggil), sudah datang menangkap mereka yang durjana. Alhamdulillah terpelihara maruah dirinya.

    (tmbh; namun, rakan2 sekolah terus-menerus - ? setiap hari dia pulang dari sekolah - ?) Setiap hari (itulah) aku melayan walangnya. Bahuku menjadi tempat dia meluahkan apa yang dirasa. Menangislah sepuas hatimu, detik hati kecilku. Bebanan yang ada biar kita sama-sama menanggungnya. (lama kelamaan), dia semakin erat denganku. Sudah mula (mahu - berani membuka hati utk) bercerita tentang apa yang dirasa. Gelora di jiwa terubat sedikit demi sedikit beransur berlalu. (tmbh; syukur alhamdulillah! (lalu, beberapa hari kemdian, dgn senang hati,) aku pula (terpaksa – tiada apa2 kecemasan yg memaksa aku pun, delete) pulang ke kampung untuk menziarahi keluargaku yang sudah lama tidak aku kunjungi dan ingin menghilangkan rasa rindu di kalbu.

    ReplyDelete

  19. (semasa) ketiadaanku, aku fikir (mampu) memberi ruang yang banyak untuk dia berfikir tentang diri dan perjalanan hidupnya. Namun (bagaimana dapat kujangka?) Perkara itu tidak terjadi! (khabarnya), dia bagaikan orang hilang arah, mencari tempat berpaut, melepaskan rasa sakit dan dendam di jiwa. Aku dipanggil pulang segera (oleh siapa? Lewat panggilan telefonka? dll). Terdiam aku tidak terkata apa-apa. Baru beberapa waktu bersama keluarga (utk menghabiskan cuti tahunan? Dll) sudah dipanggil pulang kembali. (Bagaimanapun,) aku (ttp) akur kerana di situlah tempat aku mencari rezeki untuk menambah kewangan keluarga agar adik-adik (berapa ramai? usia) dapat menyambung pelajaran. (Huh, asal mereka) jangan jadi sepertiku, belajar hanya sekerat jalan lantaran pendapatan keluarga yang tidak cukup makan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang!

    “Kenapa Kak Rina pergi? Tinggal Rahida sendiri?” marahnya kepadaku, (di mana ni? riak muka) (ini bukan dialog aku, buat pemisah paragraf di sini – tekan dua kali enter) Aku mengeluh sendiri (buat aku pandang sekitarnya, gmbarkan, siang atau mlm ni). Beratnya beban insan yang menjadi mangsa seksual terpaksa dan dipaksa. Hilang keyakinan diri lantaran rakan sekeliling (terlalu muda dan serba naif ttg perkara itu utk) memahami. (aku sendiri? Jika aku ada kuasa juri, apa hukuman yg patut dikenakan kpd rakan2 sekolah rahida yg nakal tu? Salah siapa sebenarnya, budak2 tu atau ibu bapa mereka? Dll gmbarkan gelojak perasaan bila aku memikirkannya)

    “Kenapa Rahida?” tanyaku (dgn) mesra dan lembut (berbicara – ni tak payah, sbb tanyaku bererti mmg pun dia berbicara, tmbh; biar apa pun yg bergelora di dalam dadaku, dll).

    Dia memandangku dengan mata berkaca, (seperti memandang apa?). Bawah matanya (hitam – tukar; menggelap lebam seakan) tidak cukup rehat, fikir hatiku. (buat dia teringat pada pengalaman peribadi yg pernah menggelap lebam begitu juga, tak cukup rehat – kaitkan dgn waktu pertama kali dia diminta tidak meneruskan persekolahannya semasa dia di tingkatan berapa? Knp? Gmbarkan perasaan dia waktu tu, puitis)

    “Setiap hari Rahida dihina oleh kawan-kawan. Kononnya Rahida bohsia menjual maruah diri. Malu Kak Rina! Pedih hati ini! Rahida masih ada maruah dan harga diri! Kenapa mereka sanggup menghina begini?” luahnya apa yang dia rasakan ketika itu. (buat ada rakan yg mendengar kata2nya dan mengejeknya? Dll)

    (tmbh; mendadak,) dia meraung sekuat hati, (mcm meraung sebuah – apa? kematian? Dll gmbarkan aku terkejut cemas, dll). Hiba benar bunyinya. Aku sebak. Bagaikan orang terkena hysteria, dia terus menjerit dan menangis. Beberapa rakannya yang (usia?) (tahu –sedang) mengaji (dari surau berhampiran tadi, bergegas dtg dan) mula mengumandangkan ayat-ayat suci al-Quran, (dgn penuh perasaan). Aku memeluknya erat. Beberapa orang lagi rakan-rakannya di rumah anak yatim itu menjuihkan bibir. Aku menjegilkan mata ke arah mereka. Tekanan yang keterlaluan membuatkan dirinya tidak tentu arah. (gmbarkan perasaan dlm dadaku melihat perilaku mereka, gmbarkan aku bingkas bangun, mengejar mereka dgn apa? buat dia berhenti meraung, memerhatikan aku, riak muka aku)

    “Kalian jangan tahu menghina, bayangkan diri kalian berada di tempatnya? Apakah mahu juga dihina seperti ini? Sebagai rakan dan kawan sepatutnya memberi perangsang dan membantu memulihkan semangatnya semula. Bukan menjadi penghasut dan penfitnah!” (kataku – jerkahku) kepada mereka, (dgn - gmbarkan muka bengis aku mcm apa). “Cepat minta maaf kepada Rahida!”

    ReplyDelete

  20. Masing-masing (yg – penampilan/pakaian lelaki dan perempuan) menunduk, (mcm apa?) tidak berani memandangku. Mereka akur. (dgn – riak muka) seorang demi seorang menghadirkan diri memohon maaf kepada Rahida. (reaksi rahida? lps tu mereka pergi mana?)

    “Mulai malam ini, Kak Rina tidak mahu dengar lagi, kalian menghina, menyindir atau mengusiknya, faham! Kalian di sini bagaikan adik beradik. Hormatilah antara satu sama lain!” (kataku – tegasku, (menasihati – ni tak payah, sbb mmg pun dia menasihati, delete, pernafasan aku?. (“Jika tidak - ?”)

    “Maafkan kami Kak Rina,” kata salah seorang pelajar.

    “Kami berjanji akan menjaga Rahida seperti adik kami! Perkara yang berlaku tidak akan terjadi lagi,” sampuk yang lain pula.

    Aku tersenyum bangga. Merekalah adik-adikku. Aku tidak mahu mereka menjadi seperti anjing dan kucing asyik bercekau sahaja. Pagi itu aku ke sekolah. Pihak sekolah harus aku temui. Aku tidak mahu nasib Rahida terus dihambat kecewa. (aku tidak mahu nasib rahida seperti aku yg – kaitkan dgn pendidanku. Sbb apa aku tidak mahu – bandingkan dgn pengalaman diri sendiri). Biarlah tebal muka, asalkan Rahida terpelihara maruah dan harga dirinya. Dia tidak bersalah, lantaran khilafnya dia mengikut sahaja (ke mana?) tanpa syak apa-apa. Siapa sangka kawan disangka kawan sanggup berlaku durjana? (tmbh; rahida adalah mangsa – apa?, dan bukan penjenayah. Rahida patut dibantu – kaitkan dgn membangunkan semangat – bukan sebaliknya dihukum! (tmbh; tidakkah mereka sedar betapa ruginya apabila seorang pelajar secemerlang otak) Rahida (juga – yg kini ternyata) sudah tidak mahu ke sekolah lagi. Tidak mahu ke sekolah lantaran malu dengan apa yang berlaku (dan dgn – sikap rakan2 sekolah yg - ?).

    “Saya mohon sangat-sangat kepada cikgu, tolonglah buat sesuatu. Rahida bukan sengaja hendak mengikut, dia ingatkan niat mereka baik, mana tahu mereka berhati syaitan. Walaupun usia masih muda sudah pandai ingin merosakkan rakan sendiri.” Aku merayu.

    “Baiklah Rina, saya akan memanggil pelajar yang mengejek dan mengusik Rahida. Awak jangan bimbang. Pihak sekolah tahu Rahida tidak bersalah. Dia menjadi mangsa kerakusan rakan sebaya yang tidak mengenal dosa dan neraka.” Kata PKHEM Cikgu Zahir, cuba meyakinankan aku, sambil mengangguk tanda memahami. (menurut PKHEM itu lagi, para) pelajar yang terlibat sudahpun di tahan dan kini sedang menjalani hukuman sebagai penjenayah juvana (di sekolah kanak2/remaja nakal).
    (gmbarkan perasaanku sekembali ke rumah anak2 yatim tu) Kepada Rahida aku khabarkan berita, bahawa cikgu sekolahnya akan bertindak kepada mereka yang mengejek dan mengusiknya. Dia tersenyum gembira (kelegaan lalu) sambil memelukku (dgn) erat. (ternyata) gembira sungguh dia. Malah, (kemudiannya) rakan-rakan di asrama sudah mampu bergurau dan menemaninya. Dia sudah mahu berbual mesra. Aku bangga dengan (perubahan sikap)nya, (sgt2)

    (tmhb; suatu hari, semasa – di mana?) dia duduk memandang wajahku (yg tgh buat apa). Aku mengerutkan dahi. Dia tersenyum. Aku meneruskan kerjaku sambil ditemaninya. Semakin hari semakin rapat hubunganku dengannya. Dia juga sudah berani ke sekolah dan diterima baik oleh rakan-rakan di sekolah. Jika ada yang mengusik pasti rakan-rakan yang tinggal di asrama akan membantunya. Dia berkeyakinan kembali. Aku gembira dan bersyukur dengan apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  21. “Kenapa Kak Rina tidak sambung belajar? Kenapa hendak bekerja di rumah anak yatim ini? (Berapa sangatlah pendapatan Kak Rina – ini tak sesuai dtg dr budak remaja, penghinaan malah, delete)?” tanyanya kepadaku.

    (“kenapa akak tak sambung belajar? Ah, jika ada rezeki nanti, akan akak sambung. Kenapa hendak bekerja di rumah anak yatim ini? Wah, tidakkah dapat kamu teka? Tidakkah dpt kamu teka? Tidakkah dpt kamu teka wahai adikku yg - ? hah, jawapannya mudah; kalau bukan kerana akak sayang semua adik2 akak di sini, kerana apa lagi?” jawabku sambil tersenyum sendiri mendengar kata-katanya. Siapa yang tidak mahu sambung belajar? (Impian dan cita-citaku untuk mengenggam segulung (skrol) ijazah. Namun apakan daya, aku terpaksa berhenti sekolah ketika di tingkatan 4 lantaran memberi peluang kepada adik-adik meneruskan persekolahan mereka. Dengan pertolongan kawan emak aku berjaya mendapatkan pekerjaan di rumah anak yatim itu. Dengan pendapatan yang tidak seberapa itulah aku membantu emak dan ayah di kampung. – semua ayat dlm kurungan ni buat monolog hidup dlm bentuk soalan)
    (Padanya aku bercerita kenapa dan mengapa. Dia mendengar dengan penuh minat. Tahulah dia kini tentang masalahku. – dlm kurungan ni delete, sbb mcm aku menagih simpati, kita nak buat aku kuat menghadapi masalah) (Kenapa aku kurang berbelanja dengan wang gajiku. Biarlah aku berkorban asalkan adik-adik tidak menjadi sepertiku. – tidak sesuai jika dia mengadu pada budak2, biar dlm hati je dan selit di mana2 yg sesuai di atas sana.)

    (“Sayangkan, Kak Rina bukanlah seorang yang tidak bijak.” Katanya. Aku tersenyum. – ni delete)

    (“Kalau Kak Rina masih bersekolah, sudah tentu kita tidak akan bertemu,” menyambut kata-katanya. Dia mengangguk laju. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dia lantas memelukku. Aku terharu. – ini delete) (Hilang rindu kepada adik-adik di kampung. – selit kat mana2 di atas tu)

    (“Bagaimana dengan diri Rahida? Sudah mampu bernafas dan merasa lega sekarang?” aku mengalih perbincangan kami. Dia menunduk seketika kemudian menjunamkan matanya memandangku. Mata kami saling bertembung. – ni tak perlu, delete)

    “Terima kasih Kak Rina, walaupun masih terasa kotor dan tidak mampu melupakan apa yang berlaku, namun Rahida bersyukur kerana ada Kak Rina dan kawan-kawan yang memberi semangat untuk Rahida meneruskan hidup ini.” Katanya tersenyum gembira. Aku turut tersenyum sambil tanganku memicit bahunya.

    (Dia hanya dicabul, itu sudah cukup membuatkan dirinya trauma. Hampir sahaja dia menjadi mangsa rogol rakan sekolahnya sendiri. Mereka hampir meragut maruah dan mahkota dirinya. Kalaulah dia di….. sudah pasti lagi teruk keadaannya. – ni tak perlu, sbb dah sebut byk kali kat atas tu, ambil perkataan mahkota dan selit di mana2 yg sesuai di atas tu, yg lain delele)

    ReplyDelete
  22. (bila ni) Kehadiran sepasang suami isteri yang sudah berumur, (penampilan) membuatkan (kami – tukar; aku, para karyawan dan penghuni) rumah anak2 yatim itu terkejut. (gmbarkan reaksi, riak muka bila terkejut melihat mereka tiba dgn kenderaan apa – gmbarkan kenderaan tu?) Bukan kerana tidak pernah ada (manusia – tetamu) yang hadir tetapi kali ini berlainan sekali. (kian terkejut apabila mereka memperkenalkan diri.) Mereka adalah datuk dan nenek Rahida. (jelas,) (Dia – sebut nama) yang sendiri mengenali mereka (reaksi dia). Kusangkakan dia tidak mempunyai keluarga setelah kedua orang tuanya meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya. Aku mengucapkan syukur sekurang-kurangnya dia masih ada keluarga. Mereka ingin mengeluarkan dia dari rumah anak yatim itu. Aku (sungguh kecewa – tiada sebab aku nak kecewa, tukar; berasa sedih kerana akan kehilangan dia, tp aku bahagian bagi pihak dia kerana akan kembali ke pangkuan keluarga tercinta). Dia sudah kuanggap seperti adikku sendiri. Rupanya keluarga Rahida sebelah ayahnya bukan orang biasa-biasa. Beruntung sungguh Rahida dilahirkan di dalam keluarga yang (berharta – sangat2 berada).

    (“Kak, Rahida ada hadiah untuk akak,” katanya kepadaku sebelum melangkah pulang. Aku memandang wajahnya dengan penuh tandatanya. Surat itu bertukar tangan. – elok buat selang beberapa minggu kemudian, aku dipanggil puan pengetua rumah anak2 yatim tu, riak muka puan tu, gmbarkan perasaan takut dlm dada aku, gmbarkan pelbagai `kesalahan’ yg mungkin telah dilakukan, hingga dia dpt surat tu, gmbarkan aku buka surat tu – jari jemari menggeletar tak? pernafasan, gmbarkan surat tu, ada kepala surat? Rupanya surat tu dtg dr peguam.

    (buat dia baca; Dlm surat rasmi tu tertulis ttg biasiswa bagi membolehkan aku melanjutkan pendidikan sehingga setinggi yg dia mampu – sesuaikan ayatnya)

    Aku membacanya dengan teliti. Subhana-ALLAH hanya perkataan itu yang lahir di bibirku. (tmbh; jika rahida berada di depanku sekarang,) telah kepeluknya (dgn) erat. (pasti, rahida telah mengadu ttg apa yg berlaku kepadanya, kepada datuk dan neneknya. Pasti, mereka sudah menyiasat latar pendidikannya. Pasti inilah cara mereka membalas budiku! Puan pengurus rumah anak yatim itu yang turut berada bersama turut merasa gembira. Malah aku diberi peluang untuk bercuti ketika perlu.
    ***
    Lima tahun sudah berlalu, dia, gadis itu sudah besar panjang dan bakal mendaki ke puncak menara gading. Aku bangga dengan dirinya. Dalam kekecewaan dia bangun, bangkit kembali. Kini dia tinggal bersama-sama datuk dan neneknya. Dia melihat kejayaaku. Dia melihat kesungguhanku. Dia bersungguh-sungguh meyakinkan datuk dan neneknya untuk menyara diriku sehingga aku berjaya. Sepenuhnya aku menerima bantuan dari keluarganya. Tidak terbalas jasa mereka kepadaku. Bukan besar mana jasaku kepadanya. Namun dibalas dengan penuh bererti buatku dan keluargaku jua. (aku ada melawat rumah anak2 yatim tu lagi tak, selepas smbung belajar? elok jika aku buat kelas tambahan, seminggu sekali, fikir)

    Aku (yg) berbaju kurung lengkap berjubah yang dipinjamkan oleh pihak universiti. Kami berbaris melangkah masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat masing-masing. Setiap kerusi sudah bertanda. Namaku dipanggil. Aku tersedar dari lamunan. Langkah diatur penuh sopan mengikut irama lagu yang sedang berkumandang. Letak kaki mengikut irama gamelan yang sedang dimainkan. Aku melemparkan senyuman. Ijazah milikku bertukar tangan. Aku menahan sebak di dada. Tidak mahu menangis di hadapan dif-dif Kehormat.c Ucapan tahniah kuterima bertalu-talu lantaran aku pelajar cemerlang kebanggaan mereka.

    ReplyDelete
  23. Di luar dewan sudah menunggu sanak saudara (sedia menanti), begitu juga dirinya terus menerpa sebaik sahaja ternampak kelibatku. Jambangan bunga besar menjadi milikku. Ciuman bertalu-talu dihadiahkan untukku. Datuk dan neneknya hadir bersama begitu juga kedua orangtuanya yang turut berbangga dengan pencapaianku.

    “Terima kasih atuk, nenek. Rahida juga.” Aku memeluknya lagi.

    Mereka memandangku dengan rasa bangga. Kedua orangtuaku tersenyum gembira. Ijazahku bertukar tangan, biar menjadi tatapan ayah dan emak. Inilah anak mereka yang bercita-cita besar walaupun diriku kecil sahaja. Impian menjadi kenyataan ketentuan ILAHI jua.

    asmah, itu je pembaikan yg perlu anda buat. semasa post balik nanti, pastikan setiap kali buat posting ada no mukasuratnya supaya saya tak terlepas pandang.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  24. Terima kasih Sifu. Alhamdulillah. Saya akan perbaiki segera.

    ReplyDelete
  25. Salam Sifu ini Bahagian Pertama :-

    Segunung Emas (judul cadangan)
    Oleh: Asmah Hashim

    Aku melangkah bangga. Terasa diri ini bagaikan berada di awang-awangan. Dewan yang besar dan luas itu terasa amat akan serinya. Dadaku berdegup kencang. Bagaikan boleh terdengar di cuping telinga degupannya. Kerlipan lampu-lampu yang berwarna putih kelihatan seperti berwarni –warni bak pelangi. Udara sejuk menyegarkan tubuh, bau semburan pewangi Lavender mengasyikan. Deretan manusia yang sebahagiannya amatku kenali menambah rasa bahagia di hati. Di pentas utama sudah tersusun kerusi berbalutkan kain berwarna putih bereben warna biru untuk barisan tetamu jemputan dan dif kehormat. Bunyi muzik gamelan menambah rasa bahagia di sanubari. Dengan jubah berwarna merah hati di tubuh, topi pelengkap acara menambah girang di jiwa. Di bahagian belakang barisan perjuang-perjuang ilmu duduk megah. Ibu dan bapa perjuang, menunggu dengan sabar dan penuh bangga.
    Sambil kaki melangkah, aku mencari kelibat seseorang. Lambaian tangan insan yang amat aku kenali menarik perhatianku, dia sudah berkaca mata, sudah tinggi melebihi diriku. Cantik manis bertudung litup menutup sebahagian dadanya. Jubah dihiasai labuci dan sulaman penghias tubuhnya. Alangkah bahagianya kurasa. Insan yang telah banyak berjasa selama ini. Wajahnya terukir senyuman memandangku. Berbeza sekali dengan wajahnya dahulu. Murung, sugul dan senyuman bagaikan keras di bibirnya. Ratapan, raungan histerianya yang lalu membingitkan telinga sewaktu aku mengenalinya lima tahun dahulu. Senyuman yang amat bererti buatku. Aku membalas lambaiannya. Dia mengenyitkan mata. Dadaku sebak. Sayu menghimpit diri. Dia adalah antara insan teristimewa di lubuk hatiku. Besar jasanya kepadaku. Kehadirannya bagaikan rahmat buatku. Biarpun berkali-kali dia menegaskan bahawa akulah yang memberi kehidupan baru kepadanya.
    Dia semakin tinggi daripadaku, badannya sedikit berisi hadir bersama sejambak bunga ros di tangan. Hati ini berlagu riang. Pelukan semakin erat. Seerat kasih di hatiku dan hatinya. Air mata mengalir di tubir matanya dan mataku. Bukan dibuat-buat, bukan juga air mata lakonan. Air mata gembira dan terharu. Tiada kata seindah bahasa mampu aku lontarkan kepadanya tanda ucapan terima kasihku kepadanya. Tiada gambar seindah lukisan yang mampu aku lakarkan untuknya. Dia menghulurkan tangan, aku menyambutnya. Dia menunduk dan menciumnya dengan penuh hormat. Bertambah terharu hati ini. Aku bukan sesiapa kepadanya. Aku hanya insan biasa yang menabur bakti tidak sebesar mana. Hanya sekecil kuman namun sudah dianggap bagaikan menabur segunung emas untuknya. Aku benar-benar merasa dihargai, disayangi dan dihormati.
    “Kak Rina…” dia memanggilku.
    “Rahida,” nama itu tetap segar di bibirku. Bagaimana mungkin aku melupakan semua yang berlaku terhadap dirinya. Kejadian tersebut menerjah ingatanku kembali. Waktu itu aku baru sahaja bekerja di Rumah Kebajikan Anak Yatim Miskin Rokiah. Aku tersentak, nafasku terasa hendak berhenti. Suara para pelajar sedang mengaji menjadi halwa telinga, itulah aktiviti mereka di waktu malam sebelum melaburkan mata.

    ReplyDelete
  26. BAHAGIAN 2

    . Di blok asrama pula terdengar suara seorang pelajar perempuan terjerit-jerit, meraung dan menangis bagaikan orang hilang arah. Aku berlari-lari anak menuju ke ruang asrama pelajar perempuan, meninggalkan pelajar yang sedang mengaji tadi. Aku tatap wajahnya yang sugul. Matanya bengkak, bibirnya terketar-ketar menahan tangis. Aku cuba memujuk dan mendekatinya. Cuba menyelami hatinya, mengenal siapa dirinya. Tangannya kuraih dan kubelai lembut. Tubir matanya digenangi air. Masih berbukukah lagi hatinya? Masih kesalkah dengan apa yang terjadi? Mujur maruahnya tidak tercemar dan tidak tergadai. Aku mengeluh sendiri. Jangan ikutkan hati, nanti mati.

    “Perkara sudah terjadi, Rahida tidak boleh berterusan begini? Sampai bila hendak bermuram durja? Menangisi nasib diri? Biar buruk di pandangan manusia namun ALLAH mengetahui apa yang terjadi.”Nasihatku kepadanya.


    Dia tidak berkutik. Masih berwajah kelat, masih membisu. Bagaikan mulutnya sudah terkunci tidak mampu bersuara lagi. Puas dipujuk oleh puan pengurus rumah anak yatim tersebut namun tidak dilayannya. Rakan-rakan pula menjuihkan bibir dan menjeling sinis kepadanya. Dia menarik muka mencuka dan kelihatan kecewa. Aku cuba memahami beban yang sedang ditanggungnya. Menyelami diri mereka yang telah dicabul secara paksa seperti dirinya, bolehkah aku selami hatinya jika aku sendiri tidak pernah mengalaminya.
    Ah! Bukan orang lain yang melakukannya tetapi rakan-rakan sekolah menengahnya sendiri yang terkenal dengan nakalnya. Dia telah melakukan kesilapan denganmengikut mereka pulang ke rumah salah seorang rakan mereka. Dia tidak mensyaki apa-apa kerana mengenali mereka semua. Aku melihat sendiri rakaman yang telah dibuat. Dia ditarik berbaring di atas lantai beralaskan karpet. Sungguh keji perbuatan mereka. Tangan mereka merayap disetiap inci tubuhnya. Dia meraung dan merayu langsung tidak dipedulikan. Dengan bantuan jiran sebelah rumah yang mendengar jeritannya telah menyelamatkan dirinya. Jiran tersebut telah memanggil pihak polis.
    Dia selamat tetapi kejadian itu sudah disebarkan oleh salah seorang pelajar yang terlibat dengan menggunakan telefon bimbit yang turut mengambil gambar kejadian itu. Daripada seorang pelajar ke seorang pelajar kejadian itu terus merebak sehingga hampir ke semua mengetahuinya. Dia menanggung malu. Di sekolah dia dikeji dan dihina oleh mereka yang menganggap sebagai sudah rosak diri, sudah hilang kegadisannya. Pada hakikatnya tiada apa yang berlaku kerana aku sendiri telah membawanya ke hospital untuk pemeriksaan doktor. Alhamdulillah harga dirinya masih terpelihara. Namun rakan-rakan sekolah terus menerus menghina dan mencaci dirinya. Setiap hari itulah aku melayan walangnya. Bahuku menjadi tempat dia meluahkan apa yang dirasa. Menangislah sepuas hatimu, detik hati kecilku. Bebanan yang ada biar kita sama-sama menanggungnya. Lama kelamaan dia semakin erat denganku. Sudah mula mahu dan berani membuka hatinya untukku, bercerita tentang apa yang dirasa.

    ReplyDelete
  27. Gelora di jiwa terubat sedikit demi sedikit beransur berlalu. Syukur Alhamdullilah. Beberapa hari kemudian aku dengan senang hati pulang ke kampung untuk menziarahi keluargaku yang sudah lama tidak aku kunjungi dan ingin menghilangkan rasa rindu di kalbu.
    Semasa ketiadaanku, aku fikir mampu memberi ruang yang banyak untuk dia berfikir tentang diri dan perjalanan hidupnya. Perkara itu tidak terjadi, khabarnya dia bagaikan orang hilang arah, mencari tempat berpaut, melepaskan rasa sakit dan dendam di jiwa. Aku dipanggil pulang segera oleh Puan Pengurus Rumah Kebajikan Anak Yatim Rokiah melalui telefon bimbitku. Terdiam aku tidak terkata apa-apa. Baru beberapa waktu bersama keluarga untuk menghabiskan cuti tahunanku sudah dipanggil pulang kembali. Bagaimanapun, aku tetap akur kerana di situlah tempat aku mencari rezeki untuk menambah kewangan keluarga agar adik-adikku seramai tujuh orang dari usia 16 hingga 7 tahun dapat menyambung pelajaran. Huh, asal mereka jangan jadi sepertiku, belajar hanya sekerat jalan lantaran pendapatan keluarga yang tidak cukup makan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang!

    “Kenapa Kak Rina pergi? Tinggal Rahida sendiri?” Marahnya kepadaku waktu aku melawatnya di asrama.

    Aku mengeluh sendiri, mataku memerhati sekeliling, tiada siapa di situ. Para pelajar yang lain berada di surau sedang mengaji . Hari semakin mendekati malam. Hujung minggu mereka hanya mengulangkaji pelajaran atau bebas dengan aktiviti sendiri. Aku memandangnya semula. Beratnya beban insan yang menjadi mangsa seksual terpaksa dan dipaksa. Hilang keyakinan diri lantaran rakan sekeliling terlalu muda dan serba naïf tentang perkara itu untuk memahami. Kalaulah aku seorang juri sudah tentu aku akan mengenakan hukuman berat, sudah tentu sebatan. Sekurang-kurangnya 10 kali. Penjara 25 tahun. Biar menjadi iktibar kepada mereka yang lain agar tidak melakukan perkara yang sama terhadap rakan sebaya atau sesiapa sahaja. Aku tidak menyalahkan pelajar itu sepenuhnya. Bukankah pendidikan bermula di rumah? Ibu dan ayah zaman ini hanya tahu mengejar kesenangan hidup dan memenuhi keperluan material anak-anak sehingga mengabaikan keperluan rohani. Lihatkan apa yang telah terjadi. Ada anak seusia pelajar sekolah rendah sudah berani merogol rakan sebaya. Sungguh sedih mendengarnya. Kalau ikutkan hati mahu sahaja aku turut menghukum kedua orang tua mereka. Biar mereka sedar bahawa kegagalan mererka mendidik anak-anak mereka.

    “Kenapa Rahida?” tanyaku dengan mesra biar apapun yang bergelora di dalam dadaku.

    Dia memandangku dengan mata yang berkaca. Aku seperti melihat air terjun Niagara yang tidak berhenti mengalir. Bawah matanya menggelap lebam seakan tidak cukup rehat, fikir hatiku. Itulah yang aku alami apabila emak dan ayah tidak membenarkan aku meneruskan persekolahan semasa di tingkatan 4. Hancur lebur hatiku, jiwaku kosong, geram, marah saling bercampur. Kepada siapa harus aku lempiaskan rasa kecewa ini? Kepada siapa harus aku lepaskan rasa marah yang mula berapi-api. Hanya air mata pengubat dukaku yang lara. Air mata bagiku teman setia. Demi adik-adik aku mengorbankan impian dan cita-citaku. Aku menjunamkan pandangan ke wajah gadis itu semula.

    ReplyDelete
  28. BAHAGIAN 4

    “Setiap hari Rahida dihina oleh kawan-kawan. Kononnya Rahida bohsia menjual maruah diri. Malu Kak Rina! Pedih hati ini! Rahida masih ada maruah dan harga diri! Kenapa mereka sanggup menghina begini? “ luahnya, apa yang dia rasakan ketika itu.

    “Bukankah itu dirimu, Rahida?” sindir seorang rakan yang tiba-tiba berada di dalam asrama itu. Mataku dan matanya memandang ke arah pelajar tersebut. Pelajar itu mencebik. Mendadak dia meraung sekuat hati. Bagaikan hendak mati. Meronta-ronta, menendang-nendang apa sahaja yang berada di hadapan dan sisinya. Aku terkejut dan cemas melihat keadaannya. Hiba benar bunyinya. Aku sebak. Dia bagaikan orang terkena hysteria, dia terus menjerit dan menangis. Beberapa rakannya yang berumur 13 tahun, seusia dengannyan. Terganggu dengan jeritannya bergegas datang dan mula mengumandangkan ayat-ayat suci al-Quran dengan penuh perasaan. Aku memeluknya erat. Beberapa orang lain rakan-rakannya di rumah anak yatim itu menjuihkan bibir. Aku menjegilkan mata ke arah mereka. Tekanan yang keterlaluan membuatkan dirinya tidak tentu arah. Sakit benar hatiku melihat perilaku mereka. Aku bingkas bangun dan meleraikan pelukanku. Aku mengejar rakan-rakannya dengan rotan di tangan. Mereka harus diajar agar menghormati orang lain. Aku benar-benar marah. Rakan mereka dalam kesusahan ditambah dengan penghinaan, bagaikan orang tiada perasaan. Perbuatanku membuatkan dia berhenti meraung. Dia memerhatikanku. Dahiku berkerut.

    “Kalian jangan tahu menghina! Bayangkan diri kalian berada di tempatnya? Apakah mahu juga dihina seperti ini? Sebagai rakan dan kawan sepatutnya memberi perangsang dan membantu memulihkan semangatnya semula. Bukan menjadi penghasut dan penfitnah!” jerkahku kepada mereka. Wajahku masam mencuka, mataku membuntang memandang mereka. Rasa mahu telan seorang demi seorang.


    “Cepat minta maaf kepada Rahida!” arahku tegas. Masing-masing yang berpenampilan berpakaian lengkap bertelekung bagi pelajar perempuan. Berbaju melayu bagi pelajar lelaki. Mereka menunduk ketakutan bagaikan melihat singa di hadapan mereka. Tidak langsung berani memandangku. Mereka akur. Seorang demi seorang menghadirkan diri memohon maaf kepada Rahida. Rahida terkejut dengan tindakan rakan-rakannya. Dia cuba bertenang. Benarkah apa yang dia lihat? Mereka mahu meminta maaf kepadanya. Dia benar-benar terharu. Biarpun terpaksa, asalkan mereka akur.

    “Mulai malam ini, Kak Rina tidak mahu dengar lagi kalian menghina, menyindir atau mengusiknya. Faham! Kalian di sini bagaikan adik-beradik. Hormatilah antara satu sama lain!” tegasku.

    ReplyDelete
  29. BAHAGIAN 5

    “Maafkan kami Kak Rina,” kata salah seorang pelajar.

    “Kami berjanji akan menjaga Rahida seperti adik kami! Perkara yang berlaku tidak akan terjadi lagi,” sampuk yang lain pula.

    Aku tersenyum bangga. Merekalah adik-adikku. Aku tidak mahu mereka menjadi seperti anjing dan kucing, asyik bercekau sahaja. Pagi itu aku ke sekolah. Pihak sekolah harus aku temui. Aku tidak mahu nasib Rahida terus dihambat kecewa. Aku tidak mahu nasib Rahida seperti aku yang tidak berpendidikan lantaran tidak mahu ke sekolah. Biarlah tebal muka, asalkan Rahida terpelihara maruah dan harga dirinya. Dia tidak bersalah lantaran khilafnya dia mengikut sahaja apabila diajak oleh kawan-kawan ke rumah tanpa syak apa-apa. Siapa sangka kawan disangka kawan sanggup berlaku durjana? Rahida menjadi mangsa manusia yang tidak bertanggungjawab dan tidak jujur. Dia bukan penjenayah, dia adalah mangsa keadaan. Sepatutnya dirinya dibantu bukan terus dihina dan diperlekehkan. Tidaklah mereka sedar betapa ruginya apabila seorang pelajar secemerlang otak Rahida yang kini sudah ternyata tidak mahu ke sekolah lagi. Tidak mahu ke sekolah lantaran malu dengan apa yang berlaki dan sikap rakan-rakan sekolah yang asyik mencari salahnya. Dirinya merasa terpinggir.

    “Saya mohon sangat-sangat kepada cikgu, tolonglah buat sesuatu. Rahida bukan sengaja hendak mengikut, dia ingatkan niat mereka baik, mana tahu mereka berhati syaitan. Walaupun usia masih muda sudah pandai ingin merosakkan rakan sendiri.” Aku merayu.


    “Baiklah Cik Rina, saya akan memanggil pelajar yang sering mengejek dan mengusik Rahida. Awak jangan bimbang. Pihak sekolah tahu Rahida tidak bersalah. Dia menjadi manga kerakusan rakan sebaya yang tidak tahu mengenal dosa dan neraka.” Kata PKHEM Cikgu Zahir, cuba meyakinkan aku, sambil mengangguk tanda memahi. Menurut PKHEM itu lagi pelajar yang terlibat sudahpun ditahan dan kini sedang menjalani hukuman sebagai penyenayah juvana. Mereka ditempatkan di sekolah kanak-kanak dan remaja nakal.

    Usai selesai urusanku di sekolah tempat Rahida belajar, aku terus melangkah pulang ke Rumah Kebajikan Anak Yatim Miskin Rokiah. Kepada Rahida aku khabarkan berita, bahawa cikgu sekolahnya akan bertindak terhadap mereka yang mengejek dan mengusiknya. Dia tersenyum gembira kelegaan lalu memelukku dengan erat. Ternyata gembira sungguh dia. Kemudiaannya rakan-rakan di asrama sudah mampu bergurau dan menemaninya. Dia sudah mahu berbual mesra. Aku bangga dengan perubahan sikapnya sangat-sangat.

    ReplyDelete
  30. BAHAGIAN 6

    Suatu hari semasa aku sedang mengemas kawasan laman rumah kebajikan itu, dia duduk memandang wajahku yang sedang tekun mencabut rumput di sekeliling pokok bunga kertas yang tumbuh subur. Aku mengerutkan dahi. Dia tersenyum. Aku meneruskan kerjaku sambil ditemaninya. Semakin hari semakin rapat hubunganku dengannya. Dia juga sudah berani ke sekolah dan diterima baik oleh rakan-rakan di sekolah. Jika ada yang mengusik pasti rakan-rakan di asrama akan membantunya. Dia berkeyakinan kembali. Aku gembira dan bersyukur dengan apa yang berlaku.


    “Kenapa Kak Rina tidak sambung belajar? Kenapa hendak bekerja di rumah anak yatim ini?” tanyanya kepadaku.
    “Kenapa akak tidak sambung belajar? Ah, jika ada rezeki nanti, akan akak sambung. Kenapa hendak bekerja di rumah anak yatim ini? Wah, tidakkah dapat kamu teka? Tidakkah dapat kamu teka wahai adikku yang tersayang? Hah, jawapannya mudah; kalau bukan kerana akak sayang semua adik-adik akak di sini, kerana apa lagi?” jawabku sambil tersenyum mendengar kata-katanya.
    Siapa yang tidak mahu sambung belajar? Impian dan cita-citaku adalah untuk mengenggam skrol ijazah. Namun apakan daya, aku terpaksa berhenti sekolah ketika di tingkatan 4 lantaran memberi peluang kepada adik-adik meneruskan persekolahan mereka. Mungkin sudah takdir diriku tidak mampu menyambung pelajaran lagi. Dengan pertolongan kawan emak aku berjaya mendapatkan pekerjaan di rumah anak yatim itu. Dengan pendapatan yang tidak seberapa itulah aku membantu emak dan ayah di kampung. Kerana itulah aku kurang berbelanja dengan wang gajiku. Biarlah aku berkorban asalkan adik-adik tidak menjadi sepertiku. Melihatnya, hilang rasa rindu kepada adik-adik di kampung.


    “Terima kasih Kak Rina, walaupun masih terasa kotor dan tidak mampu melupakan apa yang berlaku, namun Rahida bersyukur kerana ada Kak Rina dan kawan-kawan yang memberi semangat untuk Rahida meneruskan hidup ini.” Katanya tersenyum gembira. Aku turut tersenyum sambil tanganku memicit bahunya. Mereka hampir meragut maruah dan mahkota dirinya.

    ReplyDelete
  31. BAHAGIAN 7

    Hujung minggu adalah hari santai untuk kami semua. Aku sibuk melayan adik-adik dengan kerja sekolah masing-masing. Hari itu kami menerima tetamu. Kehadiran sepasang suami isteri yang sudah berumur berpenampilan menarik, berbaju kemeja batik, yang wanitanya berbaju kurung juga menggunakan kain batik sutera, bergaya sungguh mereka membuatkan aku, para karyawan dan penghuni rumah anak-anak yatim terkejut. Mereka saling berpandangan sesama sendiri. Saling bercakap antara satu sama lain. Wajah penuh tandatanya. Apatah lagi melihat kenderaan yang digunakan oleh pasangan tersebut. Mercedez 4 siri. Berwarna hitam dan berkilat, bersih. Bukan kerana tidak pernah ada tetamu yang hadir tetapi kali ini berlainan sekali. Kian terkejut apabila mereka memperkenalkan diri.

    “Itu datuk dan nenek Rahida!” kata Rahida. Dia menerpa mendekati pasangan tersebut.

    Aku memandang wajahnya, kehairanan. Aku sangkakan dia tidak mempunyai keluar setelah kedua orangtuanya meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya. Aku mengucapkan syukur sekurang-kurangnya dia masih ada keluarga. Kehadiran mereka adalah hendak mengeluarkan Rahida dari rumah anak yatim itu. Aku berasa sedih akan kehilangan dia, tapi aku bahagia bagi pihak dia kerana akan kembali ke pangkuan keluarga tercinta. Dia sudah kuanggap seperti adikku sendiri. Rupanya keluarga Rahida sebelah ayahnya bukan orang biasa-biasa. Beruntung sungguh Rahida dilahirkan di dalam keluarga yang sangat-sangat berharta dan berada.

    Selang beberapa minggu kemudian, aku dipanggil puan pengurus rumah anak-anak yatim itu. Riak muka puan pengurus serius sahaja. Risau pula aku melihatnya. Adakah kerana kesalahanku pagi tadi terlewat mengejutkan para pelajar bangun untuk solat subuh, atau kesalahanku mengajak beberapa orang pelajar keluar ke kedai berhampiran. Puan pengerus menyerahkan sepucut surat kepadaku. Semakin kuat debar di dadaku. Adakah aku dikenakan apa-apa tindakan atas kesalahan yang telah aku lakukan? Tanganku terketar-ketar mengambil surat tersebut. Pernafasanku jadi tidak menentu, terlalu takut dan bimbang. Aku terus membuka surat tersebut. Bertambah seram sejuk tanganku apabila melihat surat tersebut datangnya dari pejabat peguam. Ya ALLAH, kesalahan apakah yang telah aku lakukan sehingga mendapat surat dari pejabat peguam?

    Aku membuka surat itu perlahan-lahan. Gugup aku seketika. Wajah puan pengurus langsung tidak beraniku pandang. Biasiswa? Aku terkejut. Dalam surat itu tertulis tentang biasiswa bagi membolehkan aku melanjutkan pendidikan sehingga setinggi yang aku mampu. Benarkah apa yang aku baca. Berulang-ulang kali aku melihat dan membacanya. Subhana-ALLAH hanya perkataan itu lahir di bibirku. Jika ada Rahida berada di hadapanku sekarang sudah tentu aku akan peluknya dengan erat.

    ReplyDelete
  32. BAHAGIAN 8

    Pasti Rahida telah mengadu tentang apa yang berlaku kepadaku, kepada datuk dan neneknya. Tentu mereka sudah menyiasat latar pendidikkanku. Pasti inilah cara mereka membalas budiku! Puan Pengurus rumah anak yatim yang duduk memandangku turut bersama merasa gembira. Malah aku diberi peluang untuk bercuti ketika perlu.

    ***
    Lima tahun sudah berlalu, dia, gadis itu sudah besar panjang dan bakal mendaki ke puncak menara gading. Aku bangga dengan dirinya. Dalam kekecewaan dia bangun, bangkit kembali. Kini dia tinggal bersama-sama datuk dan neneknya. Dia melihat kejayaaku. Dia melihat kesungguhanku. Dia bersungguh-sungguh meyakinkan datuk dan neneknya untuk menyara diriku sehingga aku berjaya. Sepenuhnya aku menerima bantuan dari keluarganya. Tidak terbalas jasa mereka kepadaku. Bukan besar mana jasaku kepadanya. Namun dibalas dengan penuh bererti buatku dan keluargaku jua.

    Walaupun aku sudah menyambungkan pelajaranku, aku ada juga melawat ke rumah anak-anak yatim itu. Kebetulan universiti tempat aku menyambung pelajaran tidak berapa jauh dari rumah anak yatim tersebut. Setiap hujung minggu aku akan menghabiskan masa bersama-sama dengan adik-adik itu. Seminggu sekali aku dan beberapa rakan sekuliahku akan memberi kelas tambahan percuma kepada mereka. Aku juga ingin melihat mereka berjaya dalam pelajaran dan menjadi manusia berguna di dunia dan akhirat.


    Bunyi alunan irama gamelan menarik hatiku ke duniaku sekarang. Dewan yang tadi hanya ada beberapa orang kini sudah penuh. Wajah-wajah riang jelas terpancar di sana-sini. Paluan gendang reban ubi mula kedengaran bergema memenuhi dewan itu. Sedetik itu sebarisan manusia berpakaian serba indah, lengkap bersamping bersama cokmar melangkah masuk. Diiringi dif-dif kehormat dan tetamu jemputan yang juga berpakaian serba mewah lagi anggun. Semakin berdebar hatiku. Semakin seram sejuk tangan dan kakiku. Saat-saat yang aku tunggu dan nanti-nantikan. Lima tahun bergelumang dengan nota, tesis dan buku, akhirnya berjaya juga mengenggami impian segunung intan, mengapai cita-cita selautan mutiara. Bertambah bahagia apabila ditemani insan-insan tersayang. Walaupun bukan semua yang boleh melangkah masuk ke dalam dewan namun kehadiran mereka sudah cukup untuk memberi semangat dan meraikan kejayaan bersama. Kejayaan yang penuh bererti di dalam hidup ini.

    Aku berbaju kurung lengkap berjubah yang dipinjamkan oleh pihak universiti. Kami berbaris melangkah masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat masing-masing. Setiap kerusi sudah bertanda. Namaku dipanggil. Aku mengatur langkah dengan penuh sopan mengikut irama lagu yang sedang berkumandang. Letak kaki mengikur irama gamelan yang sedang dimainkan. Aku melemparkan senyuman. Ijazah milikku bertukar tangan. Aku menahan sebak di dada. Tidak mahu menangis di hadapan dif-dif kehormat. Ucapan tahniah kuterima bertalu-talu lantaran aku pelajar cemerlang kebanggaan mereka.

    Di luar dewann sudah menanti sanak sandarac, begitu juga dirinya terus menerpa sebaik sahaja ternampak kelibatku. Jambangan bunga besar menjadi milikku. Ciuman bertalu-talu dihadiahkan untukku. Datuk dan neneknya hadir bersama begitu juga kedua orangtuaku yang turut berbangga dengan pencapaianku.

    “Terima kasih atuk, nenek. Rahida juga.” Aku memeluknya lagi.

    Mereka memandangku dengan rasa bangga. Kedua orangtuaku tersenyum gembira. Ijazahku bertukar tangan. Biar menjadi tatapan ayah dan emak. Inilah anak mereka yang bercita-cita besar walaupun diriku kecil sahaja. Impian menjadi kenyataan ketentuan ILAHI jua.

    ReplyDelete
  33. asmah :)

    saya dah baca pembaikan yang anda buat kat atas tu, komen saya; sgt sgt sgt sgt sgt bulat, padat, kuat dan menyentuh perasaan! tahniah! lagi satu, anda adalah antara segelintir daripada ramai anak didik saya yang sgt gigih dan cepat bertindak, apabila diminta :) saya suka sikap ini, boleh pergi jauh dlm penulisan ni!

    cuma sedikit saja lagi pembetulan paragaraf dan sikit penambahan yg perlu dibuat, sebelum anda hantar cerpen ini ke Mingguan Wanita, saya yakin anda tahu bagaimana hendak menghantarnya ke majalah media perdana itu kan?

    1. “Bukankah itu dirimu, Rahida?” sindir seorang rakan yang tiba-tiba berada di dalam asrama itu. (dialog ini bukan dialog aku - tekan dua kali enter sebagai pemisah paragraf) Mataku dan matanya memandang ke arah pelajar tersebut. Pelajar itu mencebik. Mendadak dia meraung sekuat hati. Bagaikan hendak mati.

    2. “Cepat minta maaf kepada Rahida!” arahku tegas. (perlu tekan dua kali enter, sbb dialog ini bukan dialog pelajar2 tu) Masing-masing yang berpenampilan berpakaian lengkap bertelekung bagi pelajar perempuan. Berbaju melayu bagi pelajar lelaki.


    3. “Terima kasih Kak Rina, walaupun masih terasa kotor dan tidak mampu melupakan apa yang berlaku, namun Rahida bersyukur kerana ada Kak Rina dan kawan-kawan yang memberi semangat untuk Rahida meneruskan hidup ini.” Katanya tersenyum gembira. (patut ada pemisah paragraf di sini) Aku turut tersenyum sambil tanganku memicit bahunya. Mereka hampir meragut maruah dan mahkota dirinya.

    5. Dalam surat itu, (tmbh; pihak peguam menyatakan mereka mewakili datuk Rahida) Dalam surat itu, tertulis tentang biasiswa bagi membolehkan aku melanjutkan pendidikan sehingga setinggi yang aku mampu.

    asmah, itu je yg perlu anda buat, sebelum hantar ke MM, lps tu anda perlu ambil sehari dua cuti, sebelum anda kembali dgn sinopsis untuk cerpen kedua pula. saya nak anda fikir je dulu, pada hujung minggu ni; angkat isu ttg wanita yg ada kerjaya pula. fikir je dulu.

    itu je dulu asmah :) gigih terus k

    ReplyDelete
  34. tmbh; asmah, bagaimana kalau kita beri judul: Impian Segunung Intan (yg disedut dr cerpen anda yg hebat di atas tu? ada unsur suspen kan/ :)

    ReplyDelete
  35. terlupa nak ckp; tak perlu post balik cerpen Impian Segunung Intan kat sini, sbb hny sikit tmbahan dan pembetulan paragraf je, tp mesti buat di komputer sendiri sebelum di print dan hantar ke MM

    ReplyDelete
  36. Jazakumullah khairan kathira Sifu Azmah. Pujian menguat semangat. Insya-ALLAH saya akan hantar ke Majalah Wanita keluaran Utusan, boleh tak :)

    ReplyDelete
  37. Salam Sifu Azmah dan Kak Aini. Ini cerpen kedua. Harap pencerahan daripada sifu. Salam Sayang. Cerpen pertama hari itu saya hantar ke Wadah Siswa. Terima kasih atas tunjuk ajar sifu


    SINOPSIS
    CERPEN KE DUA
    TAJUK: BELUM ADA
    Tisya seorang penolong pengurus bank. Aktif dan rajin bekerja. Sudah bersuami dan mempunyai tiga orang anak. Tisya suka dengan pekerjaannya tetapi semakin hari suaminya semakin tidak memahami. Dia menghadapi masalah dalam rumah tangga lantaran terlalu sibuk dengan kerjanya sebagai seorang penolong pengurus. Anak-anak pula merasa diri terbiar.
    Suami mula berleter dan bising-bising. Tisya merasa tertekan dalam masa yang sama dia perlu menangani masalah di tempat kerjanya. Berbagai tekanan diterimanya untuk Berjaya sebagai pekerja yang baik , isteri dan ibu.
    Tisya hampir meruntuhkan rumah tangganya sendiri, kesibukan di pejabat membuatkan suaminya naik angin dan anak-anak menjauh.
    Tisya tidak mudah mengalah. Dia mengatur jadualnya sendiri. Dia sayangkan kerjayanya dalam masa yang sama dia sayangkan suami dan anak-anak. Kenapa dia perlu berhenti kerja? Dia ada impian dan cita-cita. Dia perlu bijak dalam mengatur hidupnya.
    Dia tidak putus asa, bebelan suami dianggap bagaikan irama lagu menghiburkan hati. Dia tidak mahu gagal baik dalam menguruskan keluarga dan kerjayanya.
    Tisya cuba sebaik mungkin mengembalikan keharmonian dalam rumah tangganya. Dalam masa yang sama pekerjaannya tidak terganggu dan dia mampu bekerja dengan baik seperti biasa.

    ReplyDelete
  38. salam sayang buat anda juga, asmah :) saya suka anda boleh berdikari dengan menghantar karya dr kelas blog sastera ini, ke pernerbiti yg anda cari sendiri. ini sesungguhnya, memudahkan kerrja saya lagi. thanks!

    ini komen saya ttg sinopsis anda; wah, hebat!

    ok, sekarang anda dah boleh mulakan cerpen anda dgn panduan ini;

    1. pilih di mana letaknya 4/5 drpd keseluruhan cerita

    2. perlu tahu ttg kerja2 seorang penolong pengurus bank, istilah2, jadual kerja, misalnya pada waktu2 hujung bulan, pendidikan dia, dll)

    3. masalah di tempat kerjanya dan cara dia mengatasinya dgn secara profesional

    4. masalah di rumah dan cara dia mengatasinya secara bijaksana, yakni dgn menggunakan pendekatan psikologi (nanti saya tunjukkan, jika perlu).

    6. kerjaya suami atau apakah suami seorang suri rumah? jika ada kerjaya, perlu tahu ttg kerjanya sikit2, istilah sikit.

    5. apa yang buat dia pilih bidang yg banyak bermain dgn nombor ni?

    6. perlu ada sikit2 latar keluarganya, dr mana dia dpt semangat juangnya.

    asmah, anda buat dulu ni, nanti bila saya dah edit, ia akan berkembang dgn sendirinya, umlah ms berdasarkan kepada penerbit mana anda nak hantar,

    7. pilih dua babak yang diiringi dengan suasana latarnya (boleh guna cerpen Impian segunung intan sebagai acuan)

    8. utk cerpen kedua ni, anda perlu upgradekan penggunaan dan penggayaan bahasa. tidak lagi terlalu pendek2 ayatnya, tp biar berbunga2 sikit dgn memasukkan lebih byk sikit lagi puisi dlm bahagian perasaan dan penggambaran suasana latar. supaya nanti, ayat bersesuaian dgn usia watak yg anda angkat. anda boleh ambil novel shahnon ahmad yg terkini untuk dijadikan rujukan gaya bahasanya.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  39. Terima kasih Sifu. Akan saya cuba.

    ReplyDelete
  40. Salam Sifu, ini cerpen kedua saya. Mohon tunjukajar ;)

    BAHAGIAN PERTAMA

    TAJUK : IMPIAN TIDAK PERNAH PUDAR
    CERPEN KEDUA
    Fail yang dilonggokkan di hadapan mata dipandang sepi. Hancur luluh hatinya. Mahu sahaja dia menjerit sekuat ombak yang memukul pantai. Mahu sahaja dia menangis selebat hujan yang turun membasahi bumi, bersama kilat dan petir supaya suami dan anak-anaknya tahu perasaannya. Wajah orang bawahannya yang asyik dengan kerja mereka ditenung seketika. Ramai stafnya wanita yang sudah bersuami. Apakah mereka juga sepertinya. Terhimpit di rumah, tertekan di tempat kerja?
    Dia tidak mahu mengeluh. Keluhan mematikan semangatnya. Keluhan melemahkan dirinya bagaikan plastik yang disambar api. Dia tidak mahu menjadi dedalu yang menunduk apabila disentuh, lemah dan tidak berdaya ketika itu. Biarlah dia sekuat besi waja tidak mampu dimamah api.
    Mungkin ini bukan penderitaannya seorang diri. Bukan kesakitan dan merana sendiri. Ramai lagi wanita di luar sana senasib dengannya terpaksa mengorbankan cita-cita demi keluarga. Kenapa dia harus memilih? Kenapa dia tidak boleh memiliki kedua-duanya dalam masa yang sama. Tidak layakkah dirinya. Egokah dirinya mempertahankan kedudukannya sebagai wanita bekerjaya. Atau dia terlalu mementingan diri sendiri sehingga mengenepikan perasaan suami dan anak-anak. Bukan selalu dia pulang lewat ke rumah. Bukan selalu dia hanya mementingkan kerja daripada keluarganya. Kenapa mereka tidak mahu memahami. Tidak mahu mengerti. Susah benarkah?
    “Abang tidak peduli, cukup bulan ini berhenti kerja! Bukan abang tidak mampu beri Tisya makan. Pekerjaan abang sebagai Pengurus Syarikat mampu memberi keluarga kita kemewahan. Kenapa sayang sangat hendak berhenti? Setakat Penolong Pengurus Bank? Tisya dengar tak cakap abang?” herdik suaminya, Zali. Tisya memandang wajah suaminya tidak berkelip. Dia tahu suaminya mampu. Dia sedar berapa sangatlah gajinya bekerja dengan orang, walaupun syarikat besar. Bukan wang yang menjadi pilihan hatinya tetapi kerja, keyakinan dan minatnya yang mendalam dengan tugas yang sedang disandang.
    “Kenapa Tisya harus berhenti? Hanya terlewat balik sehari, abang sudah mengamuk macam orang kehilangan isteri?” matanya membulat memandang wajah suami tiba-tiba menjadi orang tidak mengerti. Bukankah mereka belajar di universiti yang sama, mengarap cita-cita bersama untuk berjaya dalam kehidupan, keluarga dan kerjaya. Kenapa hari ini berubah wajah, hanya semalam menjadi kudis di hati suaminya?

    ReplyDelete
  41. BAHAGIAN KEDUA

    “Kerana abang sudah bosan! Bosan menjadi pembuka pintu! Bosan menjadi tukang jaga anak! Bosan menguruskan semuanya sendiri!” jerit suaminya bagaikan orang hilang akal. Tisya mengetap bibir. Dadanya berat, seberat lori pasir yang penuh muatannya.
    “Kenapa baru sekarang? Kenapa tidak sepuluh tahun dahulu?” soal Tisya dengan mata yang berkaca digenangi air mata.
    “Kerana baru sekarang abang sedar! Tugas seorang isteri adalah di rumah, bukan mencari nafkah!” wajah Zali masih mencuka. Tisya menelan air liur sendiri. Sakit benar hatinya. Kalau dia tahu begini jadinya baik tidak berumah tangga. Biar dia bina sendiri kerjaya dan kehidupan. Kalau ada suami tetapi tidak memahami untuk apa? Masalah ini menganggu kerjanya. Menganggu ketenangan hati. Tisya bingkas bangun. Malas dia hendak bertekak di tengah-tengah malam. Entah-entah anak-anak dan jiran tetangga mendengar pertengkaran mereka suami isteri. Air jernih mengalir laju di pipi. Tidak mampu ditahan lantaran hatinya menanah dan berdarah.
    Kenapa dia belajar sehingga ke menara gading? Kenapa dia perlu bertungkus lumus mentelaah nota dan tesis, buat kajian, belajar bersungguh-sungguh. Tidak kenal putus asa. Tidak kenal siang malam, semata-mata ingin Berjaya. Hari ini suaminya telah menghancurkan perasaannya. Menghancurkan impiannya. Mematikan cita-citanya ingin pergi jauh dalam dunia kerja yang amat diminati sejak di bangku sekolah. Sebab itu dia memilih perakaunan sewaktu di universiti dan di sekolah. Kerana dia suka bermain dengan angka. Dia suka mengira. Dia minat subjek matematik. Itu sebab jugalah dia memilih bekerja di bank. Tisya menyeka air matanya. Dia tidak perlu menangis. Dia tidak perlu kecewa. Kedua-duanya dia sayang, keluarga dan kerjayanya. Dia tidak akan mengaku kalah. Suaminya harus memahami hati dan perasaannya, kehendak dan keinginan hatinya. Keluarga harus memahami impiannya.
    ***

    Wajah anak sulongya yang berumur tujuh tahun kelat. Gara-gara dia tidak hadir majlis penyampaian hadiah. Bukan dia sengaja. Ada tugasan yang perlu diselesaikan segera. Laporan akhir tahun yang perlu disiapkan sebelum minggu hadapan. Dia terlupa sebenarnya. Kenapalah dia tidak mencatat tarikh tersebut ke dalam dairinya. Suami pula tidak cuba mengingatkannya.
    “Mama, sibuk memanjang! Langsung tak ada masa untuk kakak dan adik-adik.” Kata anak sulongnya lantang. Mahu gugur jantungnya. Anaknya sendiri sudah pandai berkata-kata. Teruk sangatkah dirinya? Hanya sekali tidak hadir, sudah dikira tidak ambil tahu.
    “Sayang… maafkan mama, lain kali mama janji mama akan hadir,” itulah janjinya. Sejak itu dia menghadirkan diri jika dipanggil ke sekolah. Dia tidak mahu menghampakan perasaan anak-anaknya. Biar penat namun dia dapat memuaskan hati anaknya. Tetapi sampai bila? Dia bukan muda lag. Penat dan lelah, terkejar-kejar ke sana ke mari. Tidak lagi kursus yang terpaksa dihadiri. Benar-benar menguji diri. Baru sahaja melangkah keluar rumah, wajah suami dan anak-anak sudah kelat. Jiwanya meruntun resah, kecewa bertapak di hati. Namun dia terus bersabar. Hanya zikir dan istighfar penguat semangat.

    ReplyDelete
  42. BAHAGIAN KETIGA

    “Kenapa bulan ini tidak sampai target kita? Pinjaman bulan ini juga tidak banyak? Kalian buat apa? Tisya? Awak tidak buat kerjakah? Tidak perhatikan staf bawahan awak?” marah Pengurusnya. Tisya menunduk. Bulan ini adalah bulan malang bagi dirinya. Di rumah diherdik suami, di pejabat dimarahi oleh majikan. Pilu semakin menghimpit diri. Tekanan bertubi-tubi. Setiap hujung bulan dia terpaksa memeriksa akauan yang dikemas kini oleh orang bawahannya sebelum dirujuk kepada Pengurusnya. Setiap hujung bulan jugalah dia terpaksa pulang lewat ke rumah.
    “Maafkan saya, Encik Rahim, bulan ini kami akan cuba. Beri saya masa.” Janji Tisya.
    “Kenapa dengan awak Tisya? Apa masalah awak? Prestasi awak teruk sangat bulan ini?” tanya Encik Rahim.

    Tisya tersenyum, hambar dan tawar. Rasa malupun ada. Dia sedar bulan ini kerjanya agak terganggu lantaran perubahan suami yang tidak pernah diduga. Anak-anak pula bagaikan membenci dirinya. Mereka semakin menjauh.
    “Maafkan saya Encik Rahim. Perkara ini takkan terjadi.” Katanya penuh yakin. Dia tidak akan membiarkan kehidupan rumah tangganya menghancurkan kerjanya. Dia juga tidak akan membiarkan kerjayanya menghancurkan rumah tangganya. Dia ingin memiliki kedua-duanya. Dia ingin Berjaya di dalam menguruskan kerja dan rumah tangganya. Dia mampu melakukannya. Dia akan mencuba biar sesusah mana sekalipun. Dia sayangkan suami dan anak, dia juga sayangkan kerjayanya.
    “Jangan bawa masalah keluarga ke ruang kerja awak, Tisya!” pesan Encik Rahim.

    Kepalanya sudah terangguk-angguk bagaikan burung belatuk. Mesyuarat berakhir dengan rasa sebal di hati. Dia tidak salahkan Encik Rahim. Sudah tugasnya memastikan pekerja bahawannya melakukan tugas dengan baik.
    ***
    Di rumah keadaan sunyi sepi, ke mana pergi anak-anak dan suami. Hari ini dia pulang lewat lagi. Bukan disengajakan. Dia menjengah ke bilik, tiada siapa di situ. Ke mana mereka pergi? Hatinya diulit risau, kebimbangan menerjam ke hati. Ke manakah kau hai suami dan anak-anak yang dikasihi, bisik hati kecilnya. Dia terduduk di birai katil, menangisi nasib diri. Baru sahaja ingin mencari kekuatan, sudah dilemahkan dengan kejadian yang tidak pernah terduga di hati.
    Badan terasa letih, bagaikan ada sekeping besi waja menghempap tubuhnya. Biarlah bekerja kelihatan seperti duduk sahaja, hakikatnya dia menggunakan setiap akal yang ada, mengira dan meneliti angka-angka yang ada. Jangan tersilap seangka, pasti silap ke semuanya. Perlu teliti dan berhati-hati. Ya ALLAH beratnya dugaanMu ini, detik di hatinya.
    Malam berlabuh pergi, siang menghayun langkah mendekati. Matanya tidak mampu terpejam, bertongkat sehingga ke siang. Suara azan mendayu-dayu, memanggil-manggil menunaikan tanggungjawab yang satu kepada PenciptaNYA. Tisya bingkas bangun menunaikan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH SWT. Hanya itu ubat penenang yang mujarab bagi kesakitan yang sedang dihadapi. Hanya ALLAH SWT yang mampu mengubat hatinya yang sedang merana, kecewa dan hampa. Hanya ALLAH SWT yang mampu memberinya kekuatan untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya.

    ReplyDelete
  43. BAHAGIAN KE 4

    Hari itu dia terpaksa mengambil cuti, masalah yang ada tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Ke mana sahaja kau pergi, wahai suami dan anak-anak, akan kucari juga, Kereta dipandu laju meninggalkan perkarangan rumah. Ke rumah mertua diterjah, dia pasti suaminya di sana. Masalah perlu selesai. Bukan menambah masalah yang ada. Dia tidak mahu kehilangan kedua-duanya.
    Wajah anak-anak 7 hingga 3 tahun serta suami ditatap lama. Menahan getar dan sebak di dada. Dia menarik nafas, menahan sendu di hati. Menahan rasa sedih membakar diri.
    “Tisya sayang abang dan anak-anak. Bukan sengaja atau ingin mencari sengketa. Abang, Tisya minat bekerja. Tisya suka dengan kerja ini. Inilah impian Tisya. Abang sendiri tahu, kan? Jika dahulu abang memahami, kenapa sekarang baru abang berubah dan mengungkit? Tidakkah abang faham perasaan Tisya? Kenapa harus Tisya sahaja yang mengorbankan apa yang ada? Abang sendiri tahu, bukan mudah untuk berada ditahap sekarang ini? Tisya berusaha dari bawah, bang! Bukankah abang sendiri melihat jatuh bangun Tisya? Kita sama-sama belajar, mengenggam ijazah, mencari tempat mencari rezeki, kita bangun dari susah kepada senang, bersama-sama. Dari abang hanya seorang penyelia, sekarang sudah menjadi pengurus, kita saling sokong menyokong antara satu sama lain. Kenapa hari ini abang menjadi orang lain? Tisya bagaikan tidak mengenali abang? Tisya sudah cuba sebaik mungkin menjadi seorang isteri dan ibu yang baik, di mana lagi kekurangan Tisya, hanya jika kerana terlambat pulang sewaktu di hujung bulan apakah itu abang kira Tisya tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri? Berlaku adillah bang! Jika abang ingin berjaya dalam kerjaya abang, begitu juga Tisya. Tisya perlukan sokongan abang dan anak-anak! Berilah ruang untuk Tisya bernafas, berilah masa untuk memperbaiki apa yang perlu. Jangan dicari kelemahan ini, Tisya sedar diri, Tisya bukan sempurna. Tisya hanya manusia biasa ada kelemahan sendiri. Tisya tidak mahu memilih antara abang dan kerjaya Tisya! Kedua-duanya Tisya sayang. Cubalah memahami hati ini.” Kata Tisya panjang lebar.
    “Talia, mama sayang kalian, mama tahu mama bukan ibu yang baik, tapi berilah mama peluang untuk membuktikan mama mampu menjadi ibu, kawan dan sahabat Talia dan adik-adik, bolehkan sayang?” pujuk Tisya.

    Talia mengangguk perlahan. Pandangan menerjah wajah mamanya. Dia mendekati dan memeluk erat. Tisya menangis di bahu anaknya.
    Zali yang sedari tadi membisu, mengeluh perlahan. Isteri yang dikahwini atas dasar cinta ditatap seketika. Kenapa dengan dirinya? Apa yang telah merasuk perasaannya dan hatinya.
    “Tisya, maafkan abang. Mungkin khilaf abang sendiri terlalu mengikut kata hati. Baiklah, kita sama-sama perbaiki keadaan. Tisya boleh terus bekerja, abang dan anak-anak akan cuba membantu. Maafkan abang,” Zali mendekati. Tangan Tisya ditarik rapat ke dada. Kenapalah dia merosakkan kebahagian mereka sekeluarga. Lantaran mengikut kata hati, isteri tempatnya di rumah. Zali melemparkan senyuman. Dia akan cuba lebih memahami perasaan seorang isteri dari hanya tahu mementingkan diri sendiri. Kepada anak-anak akan di yakinkan bahawa suatu hari nanti mereka juga akan ada kerjaya sendiri jadi perlulah juga mengerti.
    Tisya tersenyum bahagia. Bersyukur ALLAH membuka jalan terbaik untuknya dan keluarga. Semoga tiada lagi perasaan luka di hati baik dia, suami dan anak-anak. Berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing Itulah harapannya.


    *Terima kasih Sifu, mohon maaf jika ada kekurangan di mana-mana

    ReplyDelete

  44. Wsalam asmah :)

    Saya dah baca cerpen kedua anda dgn saya, kat atas tu, ni komen saya;

    1. Secara keseluruhannya, cerita anda ok, tp agak klise dan masalah ini boleh diatasi dengan mengolah kembali dan menyuntik seni dalam karya anda nanti.

    2. Tisah; Penolong pengurus bank yang punya ijazah perakaunan, yg dah kerja dari bawah hingga ke tahap terkini, bertahun2 lamanya – bergaji besar, sbb biarpun baru beberapa tahun kerja pun, ijazah perakaunan mempunyai tahap gaji yg jauh lebih baik drpd kebanyakan ijazah2 lain.

    3. Suami; Pengurus sebuah perusahaan, tidak disebut nama atau jenis perusahaan – belum pasti memperolehi pendapatan yg jauh lebih lumayan berbnding dengan seorang pemegang ijazah perakaunan, apatah lagi seorang penolong pengurus bank

    4. Pengakhiran cerita ada sudut pandangan yang bercampur aduk, dan kalau dlm sebuah karya kreatif, ini perlu dielakkan seratus peratus.

    5. Agak terlalu byk dialog yg agak meleret2, nanti saya tunjukkan cara bagaimana nak mainkan tekanan psikologi watak supaya lebih indah.
    Ok, sekarang anda boleh mula mengolah semula cerpen ini, dgn mengikut panduan seterusnya;

    1. Dia tersepit bukan? Mainkan sebyak mungkin perkataan tersepit, utk menggambarkna perasaannya

    2. (cerita bermula di sini) Ke mana sahaja kamu pergi, wahai insan2 tersayangku! Rintih hatinya, rusuh. Stereng kereta digenggam, (gmbarkan bagaimana org yg rusuh, marah, terkilan memandu) laju meninggalkan perkarangan rumah. mula olah balik ayat dlm intro cerpen ni, dgn menggunakan perkataan tersepit, terhimpit, sebanyak mungkin)

    3. Sikap atau perubahan sikap suami perlu dicari akan puncanya. Lebih menarik jika suaminya dikatakan mempunyai masalah di syarikat perusahannya, terhimpit juga, tp oleh ego tak mau minta tolong isterinya. Jadi, mungkin isteri dialah yg menyiasat dan menolong syarikat suaminya yg mungkin diancam muflis, dll, tanpa beritahu suaminya secara profesyenal. Dekat2 nak tamat cerpen, baru suaminya tahu dan egonya cair (secara bijaksana dan secara tidak langsung ni kan) .. anda fikir mcm mana nak buat k... mungkin, dgn cara itu saja, suami dia menegur sikap anak2 yg tak adil kepada ibu mereka yang bertungkus lumus membina harga diri sendiri. Fikir. Mungkin, waktu dia ke rumah mertua, bukan suami yg minta maaf yg ditemui, sebaliknya majlis aniversary perkahwinan mereka yg anak2 anjurkan.. idea spontan baru ni asmah, fikir.

    4. Ayat anda ni; Apakah mereka juga sepertinya. Terhimpit di rumah, tertekan di tempat kerja? - kembangkan perkataan terhimpit, misalnya, apabila terhimpit, dia rasa mcm nak apa? dll

    5. Kalau dia tahu begini jadinya baik tidak berumah tangga – yg ni tak perlu, sbb ia seolah2 dia turut menyesali akan kelahiran anak2 dr hasil perkahwinannya.

    6. Kedua2 dia sayang – ini dekat2 nak penamat cerpen baru diberitahu

    7. perlu ada latar keluarga tisha sikit dan siapa mentor atau pendorongnya hingga berjaya. .

    Asmah, anda fikir dan buat ini dulu, nanti saya lihat bagaimana. Gigih terus k

    ReplyDelete
  45. asmah, mungkin yg bermasalah bukan suami dia, tp bapa mertua dia atau ipar duai dia yg sgt suami dia sayang. jadi, apabila tisya bantu mreka, sang suami turut berasa sgt2 terhutang budi kan. fikir.

    ReplyDelete
  46. Salam, baik sifu, saya ubah. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  47. Sifu Azmah...

    Bahagian 1

    Ke manakah sahaja kalian pergi, wahai insan-insan tersayangku, detik hati kecilnya. Tisya mengeluh kesal. Stereng diketuk berkali-kali. Hatinya rusuh, kecewa dan dihambat gelisah. Jiwanya kacau. Fikirannya berserabut, berbagai perkara bermain dimindanya. Marah juga menyingah, sakit hati juga bertamu. Tetapi kepada siapa dia harus marah dan sakit hati? Rasa mahu dirobek-robek hatinya. Mahu disiat-siat perasaannya, agar kembali tenang dan damai.
    Keresahan bagaikan racun memakan diri. Hatinya benar-benar hancur luluh. Kebahagian bagai melarikan diri, lantaran penyinggahan masalah yang bertandang tanpa dijemput. Kenapa tiba-tiba perlu ada perubahan pada diri? Di mana kesefahaman selama ini antara mereka? Sudah hilangkah budi bicara? Sudah tiadakah ruang untuk bertolak ansur. Dia terhimpit antara cita-cita dan keluarga. Bagaimana dia harus menyelesaikan masalah tanpa perlu mengorbankan keluarga dan kerjayanya. Ah! Berat tanggung ini. Ditelan mati emak, diluah mati bapak.
    Perlukah dia berkorban sedangkan selama ini mereka sama-sama sepakat dan menjalani hidup berkeluarga dan bekerjaya. Tidak pernah menjadi masalah. Tidak pernah diulit resah. Tidak pernah dihimpit rasa bersalah lantaran suami amat memahami. Kenapa baru sekarang sengketa terjadi? Kenapa baru kini hati tidak merestui? Dia gembira di rumah. Dia riang di pejabat. Kehidupannya penuh berwarna-warni. Pelangi memayung diri, keceriaan terpampang di wajah. Ketenangan memberi impak yang tidak pernah disangka. Dia berjaya dan terus berjaya.
    Dia bukan belajar untuk suka-suka. Dia berjaya atas usaha yang tidak pernah kenal putus asa. Dia ingin menjadi seperti Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Beliaulah idolanya yang menyebabkan dia memilih bidang perakaunan. Itu sebab dia memilih bekerja di bank. Mula bekerja di bahagian kaunter kini dia mampu tersenyum bangga, jawatan penolong pengurus kini menjadi miliknya. Dia juga ingin menyambung pelajaran di peringkat PHD. Dia ingin pergi jauh lagi. Selama ini suamilah pendorong sejati. Tanpa sokongan padu suami tidak mungkin dia berjaya seperti hari ini.
    Kenapa baru sekarang menghalang? Kerana baru sekarang terdengar riuh rendah? Kenapa baru sekarang ketidakpuasan berlaku? Kenapa baru sekarang terasa susah dan sukar? Semakin difikir semakin dia tidak faham. Semakin difikir semakin berat kepalanya. Apa yang telah merasuk suaminya? Apa yang telah menganggu suaminya? Bukan tidak pernah dia pulang lewat. Selalu juga. Malah suaminya dengan senang hati rela membantu menjaga anak-anak. Semakin difikir semakin dia tidak mengerti. Semakin semak dadanya semakin sakit jadinya.

    ReplyDelete
  48. Bahagian 2

    Mana mungkin dia melupakan kejadian di malam itu. Malam kian larut, dia masih di pejabat. Hati diulit resah. Dia benar-benar terlambat kali ini. Telefon tidak berhenti bordering, memanggil-manggil minta dijawab. Dia hanya mampu mengeluh. Kerja yang ada perlu segera disiapkan, esok ada mesyuarat dengan semua unit di bank tempatnya bekerja. Takut tidak sempat, dirinya juga yang menjadi masalah. Tidak mahu dipandang tidak cekap bekerja. Sebab bukan itu sikapnya. Dia terkenal dengan kecekapan bekerja dan mampu menguruskan kerjanya dengan baik dan berjaya.
    Tisya melangkah turun ke tempat meletak kereta. Tercari-cari kereta suaminya. Dia melangkah masuk. Beg di letakkan di atas riba. Anak-anak sudah terlena di tempat duduk belakang. Wajah suaminya yang kelat di pandang seketika. Keluhan berat dilepaskan.
    “Tisya tak boleh balik lagi, ada kerja yang belum selesai. Kena siapkan malam ini juga!” katanya.
    “Awak ingat sekarang sudah pukul berapa? Anak-anak sudah letih menunggu!” jerit Zali. Terkejut Tisya tidak terkira. Beg di tangannya diambil dan dibaling ke muka. Sakitnya. Air mata bagaikan tidak mampu ditahan lagi, merembas dan mengalir keluar.
    “Keluar!” jerit Zali lagi.
    “Abang!” hanya perkataan itu sahaja yang keluar dari bibirnya. Dia melangkah keluar dari perut kereta. Berdecet bunyi tayar kereta meninggalkan dia di hadapan tempat kerjanya terpinga-pinga sendiri. Sampai hati suaminya. Kenapa kau berubah laku wahai suamiku.
    Wajah teman-teman sepejabat yang sedang bekerja dipandang seorang demi seorang. Apakah nasib mereka sama sepertinya? Terpaksa berdepan dengan suami yang tidak mahu cuba memahami. Jika tertekan dan terhimpit mahupun di rumah atau di tempat kerja, telanlah sahaja. Hati yang menangis dan terluka tiada siapa yang tahu. Kepada Yang Esa tempat mengadu. Bagi yang tidak tahan kepada kawan-kawan tempat melepas geram. Meluahkan apa yang dirasa. Tidak berani simpan lama-lama takut memakan diri. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia berhenti kerja. Namun dia tidak sanggup kehilangan pekerjaan yang amat diminatinya itu. Ya ALLAH perasaan kecewa semakin menari-nari dalam diri. Tidak terluah dengan kata-kata. Tisya meraup wajah dengan kedua belah tangannya. Mengharap apa yang berlaku hanyalah mimpi di siang hari. Mainan tidur mohon berhenti apabila terbuka mata. Namun ia benar belaka. Hanya air mata yang berbicara menahan rasa sebak dan kecewa.

    ReplyDelete
  49. Bahagian 3

    Dia mencari suaminya di rumah sahabat dan rakan sekerja. Mungkin suaminya bawa anak-anak ke sana. Tapi hatinya hampa. Mereka tiada di situ. Dengan Ridzuan dia bertanya, apa sebenarnya terjadi.
    Wajah sahabat dan teman sekerja suaminya dipandang lama. Berita yang disampaikan sememangnya tidak disangka. Syarikat suaminya bekerja menghadapi masalah. Sebagai Pengurus terlalu banyak bebanan yang terpaksa ditanggung, mungkin disebabkan itu suaminya merasa tertekan. Kepada dirinya dilepaskan bebanan. Aduhai, kenapalah tidak berterus terang. Ego seorang lelaki tidak mahu runtuh.
    “Tisya akan bantu, tapi tolong rahsiakan perkara ini,” kata Tisya kepada sahabat dan rakan sekerja suaminya. Ridzuan, hanya mengangguk sambil tersenyum. Selama ini syarikat suaminya tidak pernah menghadapi masalah. Malah bertambah maju dibawah pengurusan suaminya. Terlalu mudah percaya kepada orang lain boleh menimbulkan masalah jika tidak ditangani dengan betul.
    Barulah dia tahu apa sebenarnya yang berlaku. Rupanya suaminya turut merasa terganggu, di rumah tempat melepaskan apa yang berbuku di kalbu. Ke mana mereka pergi. Balik ke kampung? Dia mengeluh. Malu berhadapan dengan bapa dan emak mertua. Nanti apa pula kata mereka.

    ReplyDelete
  50. Bahagian 4

    Sudah seminggu dia ambil cuti. Sengaja dia membawa anak-anak pulang ke kampung. Biarlah dia dan isteri bertenang seketika. Masalah yang sedang dihadapi di pejabat membuatkan dia rasa tertekan. Hendak meminta tolong isterinya dia terasa malu. Tercabar keegoannya sebagai seorang lelaki dan suami. Mungkin juga iserinya kecewa dengan sikapnya beberapa hari ini. Dia melepaskan kekecewaan di hati kepada isteri yang langsung tidak bersalah. Dia jadikan kerjaya isteri sebagai punca masalah sedangkan dirinya yang bersalah.
    Panggilan telefon dari pejabat pagi tadi benar-benar membuatkan dia sedar apa yang berlaku. Isterinya sanggup memperjudikan kerjayanya lantaran ingin menolong memulihkan kembali tempatnya bekerja. Pinjaman diluluskan dengan mudah atas kepercayaan isterinya terhadap kepimpinan dan pengurusannya. Malu pula menjunam di hati. Kalaulah dia tidak terburu-buru bertindak ikut nafsu tentu hubungannya suami isteri tidak dingin seperti hari ini.
    “Tiya, telefon mama, suruh mama datang ke sini, hari ini juga!” arah Zali kepada anak sulong yang sudah berumur 10 tahun. Berkerut dahi Tiya.
    “Bukankah ayah tidak mahu hubungi mama?” Tiya mencebik. Zali mendengus kasar. Salah dirinya juga, meracun anak-anak agar menjauhkan diri daripada mama mereka. Dia benar-benar rasa bersalah. Dia bagaikan api dalam sekam pula. Bukan hendak mencantumkan keluarga agar sentiasa bahagia, saling hormat menghormati. Dia sendiri yang menghancurkan rumah tangga yang bertahun-tahun dibina, selama ini mereka bahagia sahaja. Ujian yang sedikit sudah dianggap besar. Lemahnya diri, namun tidak pernah mengaku kalah. Isterinya bukan calang-calang orangnya. Mempunyai master dalam bidang perakaunan. Bertatih dari bawah untuk jadi seperti hari ini. Kenapalah dia tidak mahu menghargai.
    “Jangan sesekali menjauhkan diri daripada mama. Ayah yang bersalah. Bukan mama! Hubungi mama tahu!” arahnya lagi. Tiya mengangguk laju. Takut ayahnya melepaskan kemarahan kepada dirinya pula,

    ReplyDelete
  51. Bahagian terakhir

    Tisya tersenyum riang. Panggilan telefon daripada anak sulongnya sekurang-kurang melegakan perasaannya. Sudah mahu berdamaikah suami dan anak-anaknya? Dia mampu menari nafas lega walaupun belum sepenuhnya. Bohong kalau dia tidak rindu kepada mereka. Bohong kalau sudah hilang rasa sayang di hati. Usai menguruskan apa yang perlu, dia terus pulang ke kampung suaminya. Hujung minggu dihabiskan di sana bersama anak-anak dan suami. Semoga bahagia menjelma kembali atau ada bala yang menanti. Dia tidak lupa berfikiran negatif. Tidak boleh berburuk sangka terutama kepada keluarga sendiri.
    Dari kejauhan sudah terlihat kereta suami. Berdebar-debar pula rasa hati. Takut pun ada, seram juga bertandang. Berbagai perkara menjadi mainan fikiran. Buruk atau baik biarlah dia hadapi. Langkah dihayun memasuki perkarangan rumah keluarga mertua. Sunyi bagaikan tiada berpenghuni. Dahinya berkerut lagi. Kalau begini hari-hari cepatlah wajahnya berkedut.
    Dia memberi salam. Salam bersambut. Daun pintu terbuka luas.
    “Tahniah!” jerit anak-anak seramai tiga orang. Tisya menutup mulut dengan jari jemari. Terkejut. Dia melangkah masuk. Anak-anak memandang riang. Suami yang berdiri di hadapan kek yang dihias cantik memandang dengan muka manis. Hiba hatinya. Air mata mengalir tanpa dipinta. Bukan air mata sedih, tetapi air mata gembira.
    Hari ini adalah ulangtahun perkahwinannya yang ke sebelas. Suaminya tidak pernah melupakkannya. Setiap tahun mereka menyambutnya. Cuma kali ini keadaan amat berlainan. Hampir sahaja rumah tangga mereka hancur kerana sikap masing-masing yang tidak sabar dengan ujian. Kedua orangtua mertua turut tersenyum bahagia.
    Zali mendekati isteri yang berdiri, tergamam dan terkejut. Dipeluk isteri dengan penuh rasa rindu dan sayang.
    “Terima kasih bang!” kata Tisyah riang sambil menyeka air mata.
    “Anak-anak yang rancang. Semoga rumah tangga kita pulih kembali. Tisya
    tidak perlu berhenti kerja. Abang izinkan Tisya terus bekerja,” Zali memujuk.

    Tisya tersenyum bahagia. Apakah dia tidak tersalah dengar. Anak-anak bersorak gembira. Dia sayang kedua-duanya , kerja dan keluarga. Dengan dorongan dan bantuan keluarga barulah dia mampu berjaya. Jika tidak usahanya hanya sia-sia dan dia tidak ke mana-mana. Tidaklah mahu cemerlang dalam bidang kerjaya tetapi gagal membina keluarga bahagia. Kini kedua-dua miliknya, akan dijaga dengan baik agar kehidupan menjadi miliknya di dunia mahupun akhirat.

    ReplyDelete



  52. (soalnya,) perlukah dia berkorban sedangkan selama ini mereka sama-sama sepakat dan menjalani hidup berkeluarga dan (saling menyokong – sesuaikan dgn ayat seterusnya) bekerjaya? Tidak pernah menjadi masalah (di antara mereka berdua). Tidak pernah (terhimpit antara dua pilihani, sehingga dia) diulit resah (berpanjang2an). Tidak pernah dihimpit rasa bersalah (menggapai - ? kaitkan dgn impian dlm kerjanya) lantaran suam (yg) i amat memahami. Kenapa baru sekarang sengketa terjadi? Kenapa baru kini hatinya tidak merestui? (sebelum ini,) dia (tmbh; amat) (gembira – tukar; bahagia apabila) di rumah. Dia (riang – tukar; senang) dalam (suasana) pejabat (yg penuh cabaran). Kehidupannya penuh berwarna-warni. Pelangi memayung diri, keceriaan (terasa mengalir dalam salur nadinya, sebelum) terpampang di wajah. Ketenangan (yg bak – apa? puitis) memberi impak yang tidak pernah disangka.

    (Dia berjaya dan terus berjaya – buat dia laungkan kpd dunia, misalnya; lihatlah, berkat - apa? aku berjaya, aku berjaya, aku berjaya.. dll).

    (sesungguhnya, tidak sia2 dia) belajar (hingga ke peringkat institusi tinggi itu. (Dia belajar bukan untuk suka-suka. Dia berjaya atas usaha yang tidak pernah kenal putus asa – dua ayat dlm kurungan ni buat monolog hidup, dlm bentuk soalan) . Dia ingin menjadi seperti Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, (sebut siapa ni). Beliaulah idolanya yang (menyebabkan – menyemarakkan semangatnya utk) memilih bidang perakaunan (bila ni). Itu sebab dia (memilih – memohon) bekerja di bank (sebut nama bank rekaan). (Mula bekerja di bahagian kaunter – ini tak logik, tukar; sebagai pegawai penolong akauntan? Pegawai akaun? Dll – cuba cek di internet kerjaya yg sesuai dgn pemengang ijazah akauntansi, tp pegawailah. Sebut ttg kerja2 yg dia buat, isilah2, gigih tak? selalu jam berapa balik? Lazimnya, bila masa2 yg sibuk bagi karyawan bank hingga terpaksa kerja smpai lewat malam? Bila hamil, mcm mana? suami sokong tak?) Kini, (setelah berapa tahun, setelah dia berjaya mengambil master dlm bidang perakuanan dan lulus dlm peperiksaan utk dpt taraf sebagai sebagai akauntan profesioanal), dia mampu tersenyum bangga. (akhirnya, jawatan penolong pengurus kini menjadi miliknya.(gmbarkan perasaan bangga tu, puitis) Dia juga ingin menyambung pelajaran di peringkat PHD. Dia ingin pergi jauh lagi. Selama ini suamilah pendorong sejati. Tanpa sokongan padu suami tidak mungkin dia berjaya seperti hari ini. (dia yakin tentang perkara itu.)

    ReplyDelete

  53. Kenapa baru sekarang (mahu) menghalang? Kerana baru sekarang terdengar riuh rendah (riuh rendah - apa?)? Kenapa baru sekarang ketidakpuasan berlaku? Kenapa baru sekarang terasa susah dan (sukar – susah = sukar, tukar;) (tmbh; saling menyokong seperti dahulu? (ya, Tuhan....!) Semakin difikir semakin dia tidak faham. Semakin difikir semakin berat kepalanya – seberat air muka - kaitkan dgn suami, anak2, bos). Apa yang telah merasuk suaminya? Apa yang telah menganggu suaminya? Bukan tidak pernah dia pulang lewat. Selalu juga. (siapa jemput pulang) Malah suaminya (ternyata) dengan senang hati, rela (dan sentiasa bersedia) membantu menjaga anak-anak (mereka). (tetapi, sekarang tidak. Sekarang - ?) Semakin difikir semakin dia tidak mengerti. Semakin semak dadanya semakin sakit jadinya.

    (riak muka, tmbh; dengan secara mendadak, ) (Mana mungkin dia melupakan kejadian di malam itu – tukar; gmbaran kejadian pada malam itu, menerpa di ruang mata). (ketika itu,) malam kian larut, dia masih (tertunduk2 – tgh buat apa di meja tulisnya? Gmbarkan apa yg ada atas meja, apa tertera pada skrin komputer, atau fail, kaitkan dgn isu syarikat suaminya, istilah2 mcm mana dia tahu ttg syarikat suami dia bermasalah – buat monolog hidup cmdia merugut dlm hati gitu) di pejabat. Hati (diulit – ulit = lembut je - resah; sesuaikan. Gmbarkan udara dan kaitkan dgn perasaannya. Tmbh; sekelip lintasan menjelma – buat dia terbayang siapa tiba2) . Dia benar-benar terlambat kali ini. Telefon tidak berhenti berdering, memanggil-manggil minta dijawab (siapa agaknya yg memanggil tu? Knp tak jawab?). Dia hanya mampu mengeluh (buat dia pandang ke arah karyawan yg lain, mereka tgh buat apa? jantina). (Kerja – sebab jenis kerja, istilah2) yang ada perlu segera disiapkan, esok ada mesyuarat dengan semua unit di (bank – sebut nama bank) tempatnya bekerja. Takut tidak sempat, dirinya juga yang menjadi masalah. Tidak mahu dipandang tidak cekap bekerja (oleh siapa?). Sebab bukan itu sikapnya. Dia (tahu dirinya mmg) terkenal dengan kecekapan bekerja dan mampu menguruskan kerjanya dengan baik dan berjaya, (dan dia mahu kekalkan pendapat – siapa tu?)

    (monolog ttg knp dia perl melangkah keluar) Tisya (yg – gmbarkan penampilan) (tmbh; lalu bergegas) melangkah turun ke tempat meletak kereta. Tercari-cari kereta suaminya (yg berkereta warna? Dia nmpak tak?). Dia melangkah masuk (masuk ke mana?). (dgn – riak muka – kpd siapa? ) beg (tangan – warna?) diletakkan di atas riba. (dijenguknya) anak-anak sudah terlena di tempat duduk belakang. Wajah suaminya yang kelat dipandang seketika. Keluhan berat dilepaskan.

    “Tisya tak boleh balik lagi, ada kerja yang belum selesai. Kena siapkan malam ini juga!” katanya, (perlahan. Gmbarkan suasana hati dlm dada, puitis)

    ReplyDelete

  54. “Awak ingat sekarang sudah pukul berapa? Anak-anak sudah letih menunggu!” jerit Zali, (tnpa memperdulikan tidur anak2 yg akan terganggu?) (Tanpa mempedulikan riak muka) terkejut tidak terkira Tisya, (apabila) beg di tangan (Tisya) (diambil – direnggut) dan dibaling ke muka (muka siapa?). Zali (dgn - riak muka, sinar mata) menjerit lagi. “Keluar!”

    “Abang!” Hanya perkataan itu sahaja yang keluar dari bibirnya. Dia melangkah keluar dari perut kereta. Sakitnya. Air mata bagaikan tidak mampu ditahan lagi, merembas dan mengalir keluar.

    Berdecet (nyaring) bunyi tayar kereta (yg zali pecut laju) meninggalkan dia di hadapan tempat kerjanya (yg – gmbarkan suasana di tempat letak kereta tu). (dgn hati yg - ?) dia terus (tercegat di situ), terpinga-pinga sendiri. Sampai hati suaminya! (smpai hati!) Kenapa kau berubah laku (sedingin itu,) wahai suamiku? (kenapa...?).

    (gmbarkan mcm mana dia melangkah balik ke pejabat. Masih menangis?) Wajah teman-teman sepejabat yang sedang bekerja dipandang seorang demi seorang. Apakah nasib mereka sama sepertinya? Terpaksa berdepan dengan suami yang tidak mahu cuba memahami. Jika tertekan dan terhimpit mahupun di rumah atau di tempat kerja, telanlah sahaja. Hati yang menangis dan terluka (parah) tiada siapa yang tahu. Kepada Yang Esa tempat mengadu. (perrnah terjadi,) bagi yang tidak tahan kepada kawan-kawan (sepejabat) tempat melepas geram. Meluahkan apa yang dirasa. Tidak berani simpan lama-lama takut memakan diri? Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia berhenti kerja. Namun dia tidak sanggup kehilangan pekerjaan yang amat diminatinya itu. (bukan senang dia sampai ke tahap ini. dia sampai ke tahap ini bukan tanpa restu suami pu? Dll)
    Ya Allah... (tolong! Rintihnya – kembalikan dia sedang memandu balik, di mana sudah dia sekarang) Perasaan kecewa semakin (menari-nari – menari2 ni kalau dia happy je, tukar;) dalam diri. Tidak terluah dengan kata-kata (lagi. Terlalu pedih, terlalu menyinggung perasaan). Tisya meraup wajah dengan kedua belah tangannya (boleh memandukan, kalau kedua belah tangan meraup muka?). Mengharap apa yang berlaku hanyalah mimpi di siang hari. (Mainan tidur mohon berhenti apabila terbuka mata. – delete, gantikan dgn ayat yg sesuai) Namun ia benar belaka. Hanya air mata yang berbicara menahan rasa sebak dan kecewa.

    (dgn pandangan mata yg kabur oleh – kaitkan dgn air matanya – gmbarkan dia terus memandu. Jam berapa agaknya ni?) Dia mencari suaminya di rumah sahabat dan rakan sekerja (rakan ssekerja siapa, di mana). Mungkin suaminya bawa anak-anak ke sana. Tapi hatinya hampa. Mereka tiada di situ. (gmbarkan dia terus menebalkan mukanya) Dengan Ridzuan (yg – gmbarkan ridzuan) dia bertanya, apa sebenarnya terjadi. Wajah sahabat dan teman sekerja suaminya dipandang lama. Berita yang disampaikan sememangnya (tidak disangka – asmah, kita nak buat supaya waktu dia cari suami dan anak2, kes suami dah selesai, supaya tak meleret2, tukar; sudah dia tahu sejak bila?). Syarikat (syarikat mengendalikan apa?, tmbh; tempat) suaminya bekerja menghadapi masalah. (sebut apa masalahnya, sesuaikan dgn ayat seterusnya dlm bentuk soalan) Sebagai Pengurus terlalu banyak bebanan yang terpaksa ditanggung, mungkin disebabkan itu suaminya merasa tertekan. Kepada dirinya dilepaskan bebanan. Aduhai, kenapalah tidak berterus terang. Ego seorang lelaki tidak mahu runtuh.

    ReplyDelete

  55. (“Tisya akan bantu, tapi tolong rahsiakan perkara ini,” kata Tisya kepada sahabat dan rakan sekerja suaminya. Ridzuan, hanya mengangguk sambil tersenyum. Selama ini syarikat suaminya tidak pernah menghadapi masalah. Malah bertambah maju dibawah pengurusan suaminya. Terlalu mudah percaya kepada orang lain boleh menimbulkan masalah jika tidak ditangani dengan betul. – yg dlm paragraf ni tak perlu, tp tukar; gmbarkan mcm mana dia bertungkus lumus di pejabat, hingga balik lewat, utk membantu syarikat suami dia sampai selesai. Gmbarkan mcm mana rakan2 sepejabat turut membantu, memberi info dan sokongan ketika itu, bos dia bagaimana?)

    (Barulah dia tahu apa sebenarnya yang berlaku. Rupanya suaminya turut merasa terganggu, di rumah tempat melepaskan apa yang berbuku di kalbu – sesuaikan ayat ni, seolah2 dia sudah lama tahu ttg masalah ni, bukan baru malam ni je k, gmbarkan dia terus memandu, gmbarkan suasana sekitar, cahaya, angin, dll, perasaan).

    Ke mana mereka pergi. Balik ke kampungkah? (di mana kampung, jarak dr rumah? Di mana rumah) Dia mengeluh. Malu berhadapan dengan bapa dan emak mertua (yg – gmbarkan sikap mertua dan ipar lamai, pernafasan). Nanti apa pula kata mereka.

    (asmah, sampai sini, sudut pandangan ok, baik. Tp, di bawah ni, sudut pandangan dah bercampur aduk; tiba2 saja kita jumpa suara hati, pengalaman sang suami dlm cerita tisya.)

    (Sudah seminggu dia ambil cuti. Sengaja dia membawa anak-anak pulang ke kampung. Biarlah dia dan isteri bertenang seketika. Masalah yang sedang dihadapi di pejabat membuatkan dia rasa tertekan. Hendak meminta tolong isterinya dia terasa malu. Tercabar keegoannya sebagai seorang lelaki dan suami. Mungkin juga iserinya kecewa dengan sikapnya beberapa hari ini. Dia melepaskan kekecewaan di hati kepada isteri yang langsung tidak bersalah. Dia jadikan kerjaya isteri sebagai punca masalah sedangkan dirinya yang bersalah. – tak perlu ni, sbb bukan dr sudut pandangan tisya dan dah pun diberitau secara kreatif di bahagian tisya kat atas tu)

    (Panggilan telefon dari pejabat pagi tadi benar-benar membuatkan dia sedar apa yang berlaku. Isterinya sanggup memperjudikan kerjayanya lantaran ingin menolong memulihkan kembali tempatnya bekerja. Pinjaman diluluskan dengan mudah atas kepercayaan isterinya terhadap kepimpinan dan pengurusannya. Malu pula menjunam di hati. Kalaulah dia tidak terburu-buru bertindak ikut nafsu tentu hubungannya suami isteri tidak dingin seperti hari ini – yg ni, ambil infonya, dan selitkan di bahagian suara hati tisya).

    (“Tiya, telefon mama, suruh mama datang ke sini, hari ini juga!” arah Zali kepada anak sulong yang sudah berumur 10 tahun. Berkerut dahi Tiya. – yg ni, buat tisya yg terima panggilan telefon.

    ReplyDelete
  56. (asmah, di paragraf pertama gmbarkan tisya cuba hubungi telefon bimbit suami dan anak2, tp tak dpt dan ulang beberapa kali lagi di sebelah bawahnya, supaya panggilan telefon tu tak tiba2 je muncul di sini)

    (“Ibu, penting. Segera datang, kami tunggu di kampung,” – asmah, seeloknya, panggilan telefon anaknya ini saja, supaya ada unsur2 suspen di dlmnya)

    (“Bukankah ayah tidak mahu hubungi mama?” Tiya mencebik. – delete ni)

    (Zali mendengus kasar – delete). (Salah dirinya juga, meracun anak-anak agar menjauhkan diri daripada mama mereka. Dia benar-benar rasa bersalah. Dia bagaikan api dalam sekam pula. Bukan hendak mencantumkan keluarga agar sentiasa bahagia, saling hormat menghormati. Dia sendiri yang menghancurkan rumah tangga yang bertahun-tahun dibina, selama ini mereka bahagia sahaja. Ujian yang sedikit sudah dianggap besar. Lemahnya diri, namun tidak pernah mengaku kalah. Isterinya bukan calang-calang orangnya. Mempunyai master dalam bidang perakaunan. Bertatih dari bawah untuk jadi seperti hari ini. Kenapalah dia tidak mahu menghargai. – buat dari sudut pandangan tisya je, sesuaikan ayat; jgn lupa sebut usia anak2)

    (“Jangan sesekali menjauhkan diri daripada mama. Ayah yang bersalah. Bukan mama! Hubungi mama tahu!” arahnya lagi. Tiya mengangguk laju. Takut ayahnya melepaskan kemarahan kepada dirinya pula, - delete, sbb ini bukan sudut pandangan tisya, tisya tak lihat, dgr, alami suasana ni pun ni kan? Dan terasa agak meleret2 dah nii)

    (Tisya tersenyum riang. Panggilan telefon daripada anak sulongnya sekurang-kurang melegakan perasaannya. Sudah mahu berdamaikah suami dan anak-anaknya? Dia mampu menari nafas lega walaupun belum sepenuhnya. Bohong kalau dia tidak rindu kepada mereka. Bohong kalau sudah hilang rasa sayang di hati. Usai menguruskan apa yang perlu, dia terus pulang ke kampung suaminya. Hujung minggu dihabiskan di sana bersama anak-anak dan suami. Semoga bahagia menjelma kembali atau ada bala yang menanti. Dia tidak lupa berfikiran negatif. Tidak boleh berburuk sangka terutama kepada keluarga sendiri. – semua dlm paragraf ni, sesuaikan ayat supaya terus suspen, gmbarkan dia pandu pulang dgn penuh debar, apa yg terbayang di kepala, kekalkan suspen)

    (ulang kata2 anaknya lewat panggilan telefon tadi)

    (gmbarkan perasaan dlm dada, puitis) jam berapa ni? suasana, cahaya) Dari kejauhan sudah terlihat kereta suami (di mana, gmbarkan rumah kampung secara ringkas). Berdebar-debar lagii. Takut pun ada, seram juga bertandang. Berbagai perkara menjadi mainan fikiran. Buruk atau baik biarlah dia hadapi. Langkah dihayun memasuki perkarangan rumah keluarga mertua. Sunyi bagaikan tiada berpenghuni. Dahinya berkerut lagi. Kalau begini hari-hari cepatlah wajahnya berkedut.

    (Dia memberi salam – buat dialog).. Daun pintu terbuka luas.

    “Waalaikumusalam... Tahniah!” jerit anak-anak seramai tiga orang. (gmbarkan mereka secara ringkas, penampilan, diterangi cahaya – di mana ni? riak muka mereka)

    ReplyDelete

  57. Tisya menutup mulut dengan jari jemari. Terkejut. Dia melangkah masuk. Anak-anak memandang riang. Suami yang berdiri di hadapan kek yang dihias cantik memandang dengan muka manis. Hiba hatinya. Air mata mengalir tanpa dipinta. Bukan air mata sedih, tetapi air mata gembira. (Oh, oleh kesibukan yg – kaitkan dgn kerja di pejabat – tmbh; dia terlupa! Rupanya,) hari ini adalah ulangtahun perkahwinannya yang ke sebelas. Suaminya tidak pernah melupakkannya. Setiap tahun mereka menyambutnya. Cuma kali ini keadaan amat berlainan. (Hampir sahaja rumah tangga mereka hancur kerana sikap masing-masing yang tidak sabar dengan ujian. Kedua orangtua mertua turut tersenyum bahagia. – buat dia masih belum tahu ttg kedudukan rumahtangganya, tp ttp - ?) (tmbh; terkedip2 kelopak matanya, melihat) Zali mendekati dirinya yang berdiri (di mana), (masih dlm keadaan) tergamam dan terkejut. (tmb; Tambah terkejut apabila zali tiba2) memeluknya dengan penuh rasa rindu dan sayang.

    “Terima kasih Tisya!” (kata – bisik) (Tisyah – tukar; zali yg jelas keharuan).

    “Hmm?” terkejut kehairanan, sbb dia ingat suaminya berterima kasih sbb fikir dia setuju berhenti kerja). Gmbarkan suasana kecewa dlm dada. ( tmbh; namun – dia segera lega apabila – buat zali jelaskan mcm masalah di syarikat dah selesai. Ttg mcm mana dia tahu tisya tolong selesaikan masalahnya, mungin bos tisya yg garang tu yg telefon, bila? Ttg siapa yg empunya angkara hingga syarikat tu bermasalah, dah diambil tindakan terhadap org tu belum, dll.

    (tmbh dialog, “Ibu, jgn sekali2 ibu berhenti kerja ya.. sbb nanti kalau ayah ada masalah, di syarikatnya siapa nak tolong kan? dll” (nada suara suara anak, riak muka)
    (“ya, tepat sekali tu – sebut nama anak tu,”sampuk zali, riak muka.

    (Selitkan ni; Eh Apakah dia tidak tersalah dengarkah ini.)

    “Anak-anak yang rancang. Semoga rumah tangga kita pulih kembali. Tisya tidak perlu berhenti kerja. Abang izinkan Tisya terus bekerja,” Zali memujuk. – delete ni)
    (Anak-anak bersorak gembira. – ni tak perlu)

    (pernafasan. ) Dia sayang kedua-duanya, kerja dan keluarga. Dengan dorongan dan bantuan keluarga barulah dia mampu berjaya. Jika tidak usahanya hanya sia-sia dan dia tidak ke mana-mana. Tidaklah mahu cemerlang dalam bidang kerjaya tetapi gagal membina keluarga bahagia. Kini kedua-dua miliknya, akan dijaga dengan baik agar kehidupan menjadi miliknya di dunia mahupun akhirat. syukur Alhamdulillah...!)

    (sinar mata Tisya. dia nampak dunia sekarang mcmmana, puitis)


    asmah, itu je pembaikan yg perlu anda buat, gigih terus k

    ReplyDelete
  58. Salam, Sifu.... ini cerpen yang telah siap. Tajuk pula masih tidak diberi hik hik hik. Maaf ya sifu :) cantik sifu hari ini.

    BAHAGIAN 1

    Ke manakah sahaja kalian pergi, wahai insan-insan tersayang, detik hati kecilnya . Tisya mengeluh kesal. Stereng diketuk berkali-kali melepaskan rasa marah di hati. Hatinya rusuh, kecewa dan dihambat gelisah . Jiwanya kacay. Fikirannya berserabut, berbagai perkara bermain dimindanya. Sesekali marah menyinggah, sakit hati juga bertamu. Tetapi kepada siapa dia harus marah dan sakit hati. Rasa mahu dirobek-robek hatinya. Mahu disiat-siat perasaannya sendiri. Biar kembali tenang dan damai.
    Keresahan bagaikan racun memakan diri. Hatinya benar-benar hancur luluh. Kebahagian bagai melarikan diri, lantaran penyinggahan masalah yang bertandang tanpa dijemput. Kenapa tiba-tiba perlu ada perubahan kepada diri? Di mana kesefahaman selama ini antara mereka? Sudah hilangkah budi bicara? Sudah tiadakah ruang untuk bertolak ansur? Dia terhimpit antara cita-cita dan keluarga. Bagaimana dia harus menyelesaikan masalah tanpa perlu mengorbankan keluarga dan kerjayanya. Ah! Berat tanggungan ini. Ditelan mati emak, diluah mati bapak.
    Perlukah dia berkorban? Sedangkan selama ini mereka sama-sama sepakat dan menjalani hidup berkeluarga dan saling menyokong antara satu sama lain dalam bekerjaya. Tidak pernah menjadi masalah di antara mereka berdua. Tidak pernah terhimpit antara dua pilihan ini, sehingga dia diulit resah berpanjang-panjangan. Tidak pernah dihimpit rasa bersalah dalam mengapai impian mengejar kejayaan menjadi seorang wanita bekerjaya lantaran suami yang amat memahami dan mengerti kehendak isteri yang tidak pernah bertepi.
    Kenapa baharu kini impiannya tidak direstui? Sebelum ini dia amat bahagia apabila di rumah. Dia senang dalam suasana pejabat yang penuh cabaran. Kehidupannya penuh berwarna warni. Pelangi memayung diri, keceriaan terasa mengalir dalam salur nadinya, terpampang di wajah. Ketenangan terasa seperti menjejakkan kaki di syurga Firdausi.
    Dia telah berjaya dan semakin berjaya. Dari satu anak tangga ke satu anak tangga dia terus mendaki. Tanpa bertoleh lagi. Kejayaan yang diperolehi berkat sokongan suami tercinta. Segalanya digenggaman. Dunia miliknya itulah yang terasa di hati. Kegembiraan yang tidak mungkin terlafaz dengan kalimah jiwa. Kegembiraan yang tiada sempadannya.
    Untuk apa dia belajar sehingga ke peringkat institusi tinggi? Adakah dia belajar untuk suka-suka? Dia berjaya atas usaha yang tidak kenal putus asa. Dia punya impian dan cita-cita. Menjadi wanita besi dan bersemangat wajah seperti Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliaulah idolanya yang menyemarakkan semangatnya untuk memilih bidang perakaunan setelah habis SPM. Usai mendapat ijazah dalam perakaunan dia memohon bekerja di Bank Nasional. Dia bermula sebagai Pegawai Penolong Akauantan. Pekerjaan yang menyebabkan dia terpaksa bekerja sehingga larut malam setiap hujung bulan. Mengira, memeriksa dan meneliti akaun pelanggan di bank tempat dia bekerja. Mengemas kini data peminjam setiap bulan satu kemestian.
    Setiap hujung bulan adalah hari yang paling sibuk buat dirinya dan juga orang bawahannya. Waktu itulah mereka akan sama-sama bertungkus lumus memeriksa akauan yang dibawa seliaannya. Tidak boleh berlaku kesilapan waktu mengira. Tersilap kira kesannya sungguh besar terpaksa ditanggung oleh pelanggan dan pihak bank.

    ReplyDelete
  59. Bahagian 2

    Suami pula begitu memahami. Waktu dia hamil anak sulong sehinggalah yang ketiga ringan sahaja suaminya membantu. Menunggu penuh setia diwaktu dia tidak mampu memandu sendiri. Di rumah suami tidak keberatan membantu mana yang perlu, tidak kenal erti jemu. Setia di sisi setiap masa. Setelah kejayaan dan impiannya hampir digenggaman. Setelah dia berjaya memperolehi master dalam bidang perakaunan dan lulus dalam peperiksaan untuk dapat taraf sebagai akautan professional, dia mampu merasa bangga atas pencapaian diri. Dengan sijil dan kelayakan yang ada, jawatan penolong pengurus menjadi miliknya.
    Tidak tergambar dengan kata-kata, kejayaan idaman kalbu, walaupun langkah baharu bermula, perjalanan masih jauh dan berliku, dia akan tetap berusaha selagi daya. Dia ingin pergi jauh lagi. Dia ingin menyambung pelajaran di peringkat PHD. Suaminyalah pendorong sejati. Tanpa suaminya tidak mungkin dia berjaya seperti hari ini. Dia yakin tentang perkara itu. Bagaimana mungkin seorang isteri berjaya dalam hidup tanpa sokongan suami tercinta. Impian yang dikejar pasti tidak akan berjaya digapai dengan begitu mudah sahaja.
    Kenapa ketika ini nada dan sarikata berlainan bunyinya, sumbang dan tidak sedap didengari. Iramanya pincang. Kenapa baharu sekarang terasa susah dan sukar untuk terus menyokong seperti dahulu? Ya Tuhan! Semakin difikir, semakin dia tidak faham. Semakin difikir semakin berat kepalanya. Seberat air muka suami yang kelat. Anak-anak juga begitu. Bagaikan tidak mahu memahami. Sedangkan mereka membesar waktu dia masih bekerja. Sudah mangli sepatutny dengan rutin harian yang tidak menentu waktu dan masa. Sudah mampu memahami bahawasanya mama mereka seorang yang produkti dan rajin bekerja dalam mengejar kejayaan dalam bidang yang diceburi.
    Apa yang telah merasuk suaminya? Apa yang telah menganggu fikiran suaminya. Bukan dia tidak pernah pulang lewat. Sudap acap kali. Dia meredah kegelapan malam sendirian di waktu insan lain enak dibuai mimpi.. Suami pula dengan rela hati dan sentiasa bersedia membantu menjaga anak-anak di rumah. Semakin difikir semakin dia tidak mengerti. Terasa semak dadanya. Sakitnya menjadi-jadi. Peritnya bagaikan dihiris sembilu.
    Air mukanya bertukar suram, muram. Awan mendung berarak lalu, hanya menunggu turunnya hujan membasahi bumi. Gambar kejadian pada malam itu menerpa di ruangan mata. Ketika itu malam kian larut. Dia masih tertunduk-tunduk sedangn memeriksa akaun-akauan pelanggan bank tempat dia bekerja. Fail-fail peminjam kereta, perumahan, kad kredit dan yang sam waktu dengannya tersusun kemas di atas meja. Menunggu untuk diperiksa, disemak satu persatu sebelum dihantar ke meja pengurusnya. Di skrin komputer semua data akauan pelanggan perlu disemak dan dikemas kini.
    Ketika itulah dia terlihat borang permohonan pinjaman oleh syarikat suaminya. Segala butiran mengenai syarikat, penyata kewangan diteliti satu persatu. Dia tersandar di kerusi. Dia benar-benar hairan. Apa sebenarnya yang terjadi? Kenapa syarikat suaminya memohon pinjaman? Bukankah syarikat suaminya sudah cukup stabil? Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Apakah syarikat tempat suaminya bekerja menghadapi masalah? Kenapa dia tidak diberitahu? Kenapa suaminya merahsiakan keadaan itu daripadanya? Bertubi-tubi soalan menembak benaknya.

    ReplyDelete
  60. Hatinya diulit resah. Cahaya mentari yang menerangi bumi tidak mampu menerangkan hatinya yang sedang mendung itu. Awan yang memutih dan langit membiru tidak langsung memberi ketenangan di hatinya yang berserabut. Terbayang diruangan mata waah anak-anak dan suami yang sudah pasti menunggunya di bawah untuk keluar makan malam bersama, bagi meraikan hari ulangtahun suaminya.
    Telefon tidak berhenti-henti bordering minta dijawab. Tertera nama suami tercinta. Bukan tidak mahu menjawab, sudah tahu soalan daripada suaminya. Dia hanya mampu mengeluh. Matanya memandang ke arah beberapa rakan sekerja yang terpakasa bekerja sehingga larut malam. Mereka juga seperti dirinya, menyiapkan tugasan masing-masing. Esok ada mesyuarat dengan semua bahagian di Bank Nasional tempatnya bekerja. Takut tidak sempat, dirinya juga yang akan ditimpa masalah. Tidak mahu dipandang tidak cekap oleh pengurus dan orang bawahannya. Bukan itu sikap dia. Dia tahu dirinya memang terkenal dengan kecekapan bekerja dan mampu menguruskan kerjanya dengan baik dan berjaya. Setakat ini belum pernah menghampakan. Dia mahu terus mengekalkan prestasi kerjanya.
    Tisya mengeluh lagi. Deringan telefon itu menganggu perhatiannya kepada tugas yang sedang dilakukan. Dia melangkah eluar ke tempat letak kereta. Tercari-cari kereta Nissan X-Trail milik suaminya. Akhirnya terlihat juga. Dia melangkah masuk ke dalam perut kereta. Cuba berwajah manis sedangkan fikirannya berserabut memikirkan kerja dan keluarga. Beg tangan berwarna krim diletakkan di atas riba. Dijenguknya anak-anak yang sudah terlena di tempat duduk belakang. Wajah suaminya yang kelat dipandang seketika. Keluhan berat dilepaskan.
    “Tisya tidak boleh balik lagi. Ada kerja yang belum selesai. Kena siapkan malam ini juga!” katanya perlahan. Dadanya berat menahan debar. Jantungnya berdegup kencang. Perasaan bersalah menghimpit diri.
    “Awak ingat sekarang sudah pukul berapa? Anak-anak sudah letih menunggu!” jerit Zali. Tanpa memperdulikan tidur anak-anak yang akan terganggu.

    Terkejut Tisya apabila beg tangannya direnggut dan dibaling ke mukanya.
    “Keluar!” jerit Zali dengan muka mencuka. Membulat matanya memandang wajah Tisya.
    “Abang!” Hanya itu perkataan sahaja yang keluar daripada bibirnya. Dia melangkah keluar dari perut kereta. Sakitnya hati. Air mata bagaikan tidak mampu ditahan lagi. Merembas dan mengalir keluar.
    Nyaring bunyi tayar kereta Zali meninggalkan dia di hadapan tempat kerjanya. Keadaan sunyi dan sepi, hanya terdapat beberapa buah kenderaan diparkirkan di situ. Dengan hati yang sarat kecewa dia tercegat di situ. Terpinga-pinga sendiri. Sampai hati! Kenapa kau berubah laku sedingin itum wahai suamiku? Bukan dia sengaja lewat dan tidak menepati janji yang telah dibuat sejak pagi tadi. Dia benar-benar terlupa, bahawa esok ada mesyuarat di tempatnya bekerja.

    ReplyDelete
  61. Bahagia 4

    Dengan penuh kepayahan dia menghayun langkah kembali ke tempat kerja. Sebak di dada masih berbaki. Kecewa dengan sikap suami yang tiba-tiba tidak memahami . Air mata bagaikan air hujan yang tidak tahu bila akan berhentinya. Wajah teman-teman sepejabat yang masih menunggu dipandang seorang demi seorang. Apakah nasib mereka sama spertinya? Terpaksa berhadapan dengan suami yang tidak memahami. Jika tertekan dan terhimpit mahupun di rumah atau di tempat kerja, telanlah sahaja. Hati yang menangis dan terluka parah tiada siapa yang tahu. Kepada Yang Esa tempat dia mengadu.
    Pernah terjadi bagi yang tidak tahan, kepada kawan-kawan sepejabat tempat mengadu dan melepaskan geram. Meluahkan apa yang dirasa. Tidak berani simpan lama-lama takut memakan diri. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia berhenti kerja. Namun dia tidak sanggup kehilangan pekerjaan yang amat diminatinya itu. Bukan senang dia berada sampai ke tahap ini. Itupun dengan restu suami. Kenapa hari ini tidak sama seperti hari-hari sebelumnya.
    Ya ALLAH! Rintihnya dalam diri. Terlalu pedih, terlalu menyinggung perasaan. Dia mengharap apa yang berlaku hanyalah mimpi di siang hari. Bukan kenyataan tetapi mimpi yang menerjah untuk menguji kekuatan dan kesabaran diri. Namun ia benar belaka. Hanya air mata yang berbicara menahan rasa sebak dan kecewa.
    ***
    Dengan pandangan yang kabur lantaran air mata yang masih mengalir dia terus memandu. Hampir melewati waktu makan tengahari. Dia mencari suaminya di rumah sahabat dan rakan sekerja suaminyal Mungkin suaminya bawa anak-anak ke sana. Tekaannya salah belaka. Mereka tiada di situ. Tisya mengeluh lagi.
    “Kenapa Ridzuan? Apa yang terjadi?” wajah sahabat dan teman sekerja suaminya dipandang lama. Berita yang disampaikan sememangnya tidak pernah disangka.
    “Syarikat hadapi masalah. Pengurus akaun syarikat gelapkan duit pelanggan jutaan ringgit. Projek perumahan kami tertangguh lantaran tidak cukup suntikan modal. Jadi syarikat kami menghadapi masalah. Bahan-bahan mentah dipesan, ingatkan sudah selesai dibayar, rupanya tidak. Di mana kami hendak cekau modal pusingan untuk memulakan projek perumahan sedangkan hampir separuh duit syarikat lenyap begitu sahaja. Saya ingin ucapkan terima kasih kerana meluluskan pinjaman kami. Kami mampu menarik nafas lega." cerit” Ridzuan panjang lebar.
    Tisya terdiam mendengarnya. Sebagai pengurus syarikat tentu terlalu banyak bebanan yang terpaksa ditanggung, mungkinkah sebab itu maka suaminya merasa tertekan? Kepada dirinya dilepaskan bebanan. Aduhai, kenapalah tidak berterus-terang. Ego seorang lelaki tidak mahu runtuh.
    .
    Beberapa minggu yang lalu dia bertungkus lumus di pejabat sehingga balik lewat untuk membantu syarikat suaminya sehingga selesai. Rakan-rakan sekerja turut membantu memperbaiki kertas kerja yang diserahkan oleh syarikat suaminya untuk memohon pinjaman bagi memulakan projek perumahan yang tertangguh. Malah pengurusnya juga turut memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Dia sanggup memperjudikan kerjayanya demi suami tercinta. Jika selama ini suaminyalah pembakar semangat untuk dia berjaya sehingga ke tahap ini, kenapa dia tidak boleh membantu suaminya menyelesaikan masalah yang berlaku. Kelulusan telah diterima. Sepatutnya tiada lagi kebimbangan di hati suaminya. Melarikan diri bukan penyelesai masalah. Malah memberi masalah baharu dalam hidup mereka.

    ReplyDelete
  62. Bahagian 5

    Masalah yang berlaku membelengu fikiran suaminya sehingga menganggu gugat keharmonian rumah tangganya. Sehingga mengejutkan kerjayanya sendiri. Dia terus memandu meredah kesuraman malam. Cahaya lampu jalan yang ada ketika terang dan ada ketika bagaikan hilang cahayanya bagaikan mengerti perasaannya. Hembusan angin malam yang menerpa masuk melalui tingkap kereta yang terbuka menampar pipi gebunya. Cuba menenangkan hati dan perasaan sendiri. Dia tidak pernah berhenti menghangat pesanan ringkas dan menelefon suaminya. Biarpun tiada jawapan dia tetap terus mencuba.
    Ke manakah mereka pergi? Balik ke kampungkah? Suaminya berasal dari utara tanahair. Rumah mereka pula terletak di Kuala Lumpur. Hampir 5 jam memandu baharulah sampai ke kampung mertuanya. Dia mengeluh. Malu berhadapan dengan bapa dan ibu mertua yang agak cerewet. Cerewet tentang pengurusan rumah tangga. Mereka lebih suka dia duduk di rumah menguruskan anak-anak dan suami. Jika tidak kerana suami yang berkeras mahu dia bekerja sudah tentu setiap kali ternampak sahaja wajahnya, mereka akan memberi nasihat agar dia berhenti bekerja. Begitu juga ipar duai yang rata-rata isteri mereka tidak bekerja. Tugas isteri adalah di rumah, itulah kata mereka. Dia hanya mampu mendengar sahaja, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tidak mahu bertekak mempertahankan pendapat sendiri. Selagi suami di sisi dan merestui, dia sudah cukup bahagia.

    ***
    Berkali-kali telefon suami didail. Mengharap ada jawapan. Namun hampa. Dia tidak berputus asa, terus mencuba dan mencuba. Hati yang bimbang semakin tebal kerisauannya. Hati yangn marah semakin parah jadinya. Rindu, geram bercampur aduk. Marah, tertekan menganggu gugaat. Dia terus mencuba mengharapkan keajaiban berlaku kepada diri. Hubungan yang terjalin sekian lama tidak mungkin berakhir. Salah diri masing-masing yang mengikut kata hati.
    “Ibu, penting. Segera datang, kami tunggu di kampung!”
    Itulah panggilan telefon yang diterima daripada anak sulongnya, Tiya. Panggilan itu sekurang-kurangnya melegakan perasaannya. Dia tahu mereka berada di mana. Sudah mahu berdamaikah suami dan anak-anaknya yang berumur 9 tahun hingga 4 tahun itu? Dia mampu menarik nafas lega biarpun belum sepenuhnya. Bohong kalau dia tidak merindui mereka? Bohong kalau sudah hilang rasa sayang di hati. Usai menguruskan apa yang perlu, dia terus pulang ke kampung suaminya. Hujung minggu akan dihabiskan bersama anak-anak dan suami. Semoga bahagia menjelma kembali atau ada bala yang menanti. Dia tidak boleh berfikiran negative. Tidak boleh berburuk sangka terutama kepada keluarga sendiri.

    ReplyDelete
  63. Bahagian 6

    Dia memandu dengan hati yang berdebar, makan tidak lalu, mandi pula tidak basah. Otaknya asyik memikirkan apakah yang bakal berlaku. Suara Tiya, anak sulongnya bagaikan bergema, bernyanyi-nyanyi di telinga memintanya pulang ke kampung segera.
    Takut ada, seram juga berbuku di hati. Sukar untuk mententeramkan diri lantaran kebimbangan menguasai diri.
    “Ibu, penting. Segera datang, kami tunggu di kampung.”
    Ayat itu bermain-main di benaknya. Berpusing dan berputar-putar di mindanya. Hari semakin menganjak ke asar, suasana tenang di lebuhraya Utara- Selatan. Mentari semakin menganjak ke barat menunggu untuk berlabuh, memanggil bukan menghiasi malam. Semakinn dekat menghampiri daerah kelahiran suami, semakin laju jantungnya berdegup. Semakin berdebar rasa di hati. Bagaikan boleh terasa getarannya. Bagaikan terdengar ditelinga. Jalan ke kampung suami dilalui. Hatinya tidak keruan. Tangannya mula sejuk bagaikan ais. Berdebar-debar lagi. Takutpun ada. Macam-macam ada di fikirannya. Buruk atau baik, biarlah dia menghadapinya.
    Kereta suami berada di halaman rumah keluarga mertua yang dihiasi dengan bunga-bunga kertas tumbuh subur, berbunga lebat. Rumah batu setingkat itu tetap teguh berdiri biarpun sudah berusia puluhan tahun. Semoga hatinya juga seteguh itu menghadapi apa sahaja yang bakal berlaku. Dia meletakkan kereta Vivanya di sebelah kereta suami. Langkah dihayun memasuki perkarangan anjung rumah mertuanya. Sunyi dan sepi bagaikan tiada penghuni. Dahinya berkerut lagi. Kalau begini hari-hari cepatlah wajahnya berkedut.
    “Assalamualaikum, Tiya! Mak! Ayah!” Menunggu seketika.
    Daun pintu terbuka luas.
    “Waalaikumsalam, tahniah!” jerit anak-anak seramai tiga orang. Tiya tinggi lampai menyambutnya dengan penuh riang. Tasya, anak yang tengah sedikit tembam namun pandai bergaya. Talia, anak yang bongsu tetap manja di sisi suaminya. Ruang tamu keluarga mertua tetap kemas seperti selalu. Dia terharu. Dia melangkah masuk. Anak-anak melemparkan senyuman manis dan memandangnya dengan wajah yang riang. Suami yang berdiri di hadapan kek yang dihias cantik memandang dengan muka manis. Hiba hatinya.
    Air mata mengalir tanpa dipinta, bukan air mata sedih tetapi air mata gembira. Kesibukan dengan kejer-kerja di pejabat membuatkan dia terlupa. Rupanya hari ini adalah ulangtahun perkahwinannya yang ke sebelas. Suaminya tidak pernah melupakannya. Setiap tahun mereka menyambutnya bersama. Cuma kali ini keadaan amat berlainan. Hampir sahaja rumah tangga mereka hancur kerana sikap masing-masing yang tidak sabar dengan ujian. Kedua orangtua mertuanya turut tersenyum bahagia. Tisya terpinga-pinga. Terkedip-kedip kelopak matanya melihat Zali mendekati dirinya yang masih berdiri kaku di ruang tamu. Masih dalam keadaan tergamam dan terkejut, bertambah terkejut apabila Zali tiba-tiba memeluknya dengan penuh rasa rindu dan sayang.
    “Terima kasih Tisya!” bisik Zali yang jelas keharuan.
    “Hah? Terkejut, kehairanan. Apakah suaminya berfikir, dia sudah berhenti kerja. Aduhai, tidak pernah terfikir sejauh itu. Kehadirannya bersebab, keinginannya juga bersebab. Hatinya benar-benar kecewa jika suaminya menganggap kehadirannya ke situ kerana dia setuju untuk berhenti kerja. Tiada sebarang reaksi daripada Tisya. Hatinya kembali suram setelah mekar seketika disirami air pujukan daripada anaknya sewaktu memandu pulang ke kampung suami. Jika itulah harapan suaminya, dia benar-benar hampa. Diulit rasa kecewa yang terus-terusan menghenyak hati dan perasaannya ketika dan saat itu.

    ReplyDelete
  64. Bahagian Akhir

    “Abang seharusnya mengucapkan terima kasih kepada isteri abang ini. Malu untuk abang ucapkan, sayang. Masalah syarikat abang telah selesai. Abang tidak sangka Tisya sejauh itu sanggup membantu abang. Pengurus Tisya menelefon abang pagi tadi memberitahu permohonan pinjaman untuk syarikat abang sudah diluluskan dalam masa yang begitu singkat. Alhamdulillah, orang yang menipu dan menggelapkan wang syarikat telahpun ditangkap.” Kata Zali panjang lebar.
    “Ibu, jangan sesekali ibu berhenti kerja. Nanti kalau ayah ada masalah di syarikat siapa nak tolong, kan?” kata anak sulongnya gembira. Selamba sahaja Tiya menyebutnya.
    “Yaaaa, tepat sekali, Tiya,” sampuk Zali. Dia tersenyum gembira.
    Dahi Tisya berkerut semula, apakah dia tidak tersalah dengar? Benarkah kata-kata suaminya. Dia mencubit lengan sendiri. Benar, dia bukan berilusi. Dia sayang kedua-duanya, kerjaya dan keluarga. Dengan dorongan dan bantuann keluarga baharulah dia mampu berjaya. Jika tidak, usahanya hanya sia-sia dan tidak ke mana-mana. Dia tidak mahu cemerlang dalam bidang kerjaya tetapi gagal membina keluarga bahagia. Kini kedua-dua miliknya, akan dijaga dengan baik agar kehidupan menjadi miliknya di dunia dan akhirat. Syukur, Alhamdulillah.
    Mata Tisya bersinar cerita. Bagaikan sang suria di awal pagi menyinari alam di setiap sudut bumi. Kegembiraan terpancar di wajahnya. Senyumannya mekar berkembang bagaikan bunga mawar yang sedang berkembang. Menambah cantinya alam. Hatinya menari-nari, kebahagian adalah miliknya kini.


    TUNJUKAIARKU SIFU :)

    ReplyDelete
  65. asmah :)

    saya dah baca cerpen anda kat atas tu, komen saya; sgt sgt sgt sgt sgt bulat, padat, kuat dan mendebarkan, tahniah!

    cuma ada sikit je lagi yg perlu dibuat dan diingati untuk cerpen yg ketiga;

    1. yg perlu dingiati; pemisah paragraf perlu tekan dua kali, supaya mata saya yg mengedit tak berasa terdera melihat ayat2 yg terlalu dekan antara satu paragraf dengan satu paragraf.

    2. utk diperbaiki di komputer sendiri;

    “Waalaikumsalam, tahniah!” jerit anak-anak seramai tiga orang. Tiya tinggi lampai menyambutnya dengan penuh riang. Tasya, anak yang tengah sedikit tembam namun pandai bergaya. Talia, anak yang bongsu tetap manja di sisi suaminya. Ruang tamu keluarga mertua tetap kemas seperti selalu. (iin bukan dialog tisya kan? patut ada pemisah paragraf; tekan dua kali enter kat sini, sbb dialog menggambarkan org yg berckp tu, jd perlu diberi sebuah paragraf yg bersifat individualistik k) Dia terharu. Dia melangkah masuk. Anak-anak melemparkan senyuman manis dan memandangnya dengan wajah yang riang. Suami yang berdiri di hadapan kek yang dihias cantik memandang dengan muka manis. Hiba hatinya.

    sepatutunya begini;

    “Waalaikumsalam, tahniah!” jerit anak-anak seramai tiga orang. Tiya tinggi lampai menyambutnya dengan penuh riang. Tasya, anak yang tengah sedikit tembam namun pandai bergaya. Talia, anak yang bongsu tetap manja di sisi suaminya. Ruang tamu keluarga mertua tetap kemas seperti selalu.

    Dia terharu. Dia melangkah masuk. Anak-anak melemparkan senyuman manis dan memandangnya dengan wajah yang riang. Suami yang berdiri di hadapan kek yang dihias cantik memandang dengan muka manis. Hiba hatinya.

    saya beri tiga contoh judul utk anda ambil terus atau ubah suai dgn cita rasa sendiri k;

    1. Tarian Mawar

    2. Diulit Ilusi

    3. Di Puncak Gelora

    asmah, pilih dan ubah suailah mana2 yg patut, dan hantarkanlah ke penerbitan yg sesuai dgn kisah perjuangan wanita ini.

    slps tu, ambil cuti dua hari dan sambil cari ilham baru utk cerpen terakhir di blog terbuka ni, sebelum anda dijemput terbang ke kayangan di blog tertutup. ilham kali ini;

    1. perlu 90 peratus kisah perjuangan dlm kerjaya watak utama, cari isu2 atau kes2 terkini dlm berita atau yg anda tahu, misalnya, ttg perlecehan seksual di pejabat dan bagaimana watak ni memperjuangkannya, ttg bagaimana watak ni menangani saingan dlm dan di luar firma, istilah2, atau dunia perniagaan, istilah2 dan dpt berdiri sama tinggi dgn orang lelaki secara bijaksana. dan sebagainya. fikir.

    3. kisah keluarga, kita sentuh sikit je.

    4. bila dah dpt idea yg mantap, anda dh boleh buat sinopsis dan post ke sini balik.

    itu je asmah, gigih terus k

    ReplyDelete
  66. Salam, terima kasih sifu. Insya-ALLAH akan diperbaiki. Tugasan ketiga akan terus difikirkan. Insya-ALLAH saya cuba hantar ke Utusan Karya. Majalah Wanita. Doakan ya Sifu.

    ReplyDelete
  67. Sala Sifu Azmah, ada sinopsis untuk cerpen ketiga. Mohon tunjukajar.

    Kisah seorang ustazah muda yang dilantik sebagai Pengurus Masjid di Masjid Wilayah Persekutuan. Terpaksa berdepan dengan ustaz-ustaz yang tidak mahu menerima arahan daripada seorang wanita. Ustazah Fatiah terpaksa bertungkus lumus melakukan tugasnya sendiri. Berbagai dugaan dan tohmahan dilemparkan kepadanya, malah diperlekehkan oleh golongan lelaki ini kerana statusnya sebagai seorang wanita tidak melayakkan dia memberi arahan kepada mereka golongan Adam ini.
    Idea dan rancangan yang diatur dicantas, malah ada yang langsung tidak memberi kerjasama. Terpaksalah Ustazah Fatiah bertungkus lumus sendiri dengan meminta bantuan daripada sukarelawan masjid bagi menjayakan majlis yang dirancang.
    Dia juga dicadangkan untuk ditukarkan ke jabatan lain. Ustazah Fatiah sayang dengan tugasnya mengimarahkan masjid tersebut. Dia punya impian dan cita-cita untuk menarik lebih ramai masyarakat tidak kira tua atau muda mendekati masjid. Keluarga memberi sokongan tidak berbelah bahagi.
    Dia tidak kenal putus asa. Dia berjuang bersungguh-sungguh sesuai dengan jawatan yang disandang. Biar apa mereka kata. Dia bekerja kerana ALLAH SWT, bukan kerana manusia. Dia akhirnya dihormati kerana kejayaannya menarik ramai Jemaah menghampiri masjid.

    ReplyDelete
  68. waalaikumusalam asmah :) panggil saya sifu je sudah k,

    saya dah baca sinopsis anda kat atas tu, komen saya; sebuah cerita yg sgt2 menarik, dan mmg cita rasa saya seratus peratus!

    namun, ada sikit masalah, sikit sangat; cerpen ini tentunya berkisar dalam kalangan para agamawan, dan hampir 90 peratusnya adalah lelaki. jadi, jika tersilap sedikit, pembaca yg datang drpd golongan agamawan seperti ini dan yg pro dengan mereka, akan bangkit dan hentam anda, habis-habisan! isu sensitif ni.

    tapi, jika anda memang berani (cabarankan ini?), menghadapi semua yg bakal berlaku kelak, anda boleh menuskan cerpen ini tema cerpen seperti ini, dgn mengikut panduan ini;

    1. seperti biasa, mulakan cerpen dgn menggunakan formula 4/5

    2. perlu ditulis dengan sepenuh perasaan watak ustazah tu, tak boleh lembut2 cara pemikirannya, biarpun dari segi pertuturan dan budi pekerti ttp bersesuaian dgn statusnya sebagai ustazah.

    3. perlu wujudkan satu isu yg hampir2 menjatuhkan kerjaya dan semangat juang ustazah ni, sementara isu2 perlekehan yg lain boleh disebut sebagai sub-plot.

    4. ustazah perlu berusaha untuk dpt rasa hormat dr rakan sekerja lelaki - yakni dgn membantu lelaki2 yg cuba menjatuhkannya, secara halus.

    5. perlu pilih dua babak yg diriingi dengan dua suasana latar. lebih menarik jika salah satu drpd babak itu menggambarkan satu majlis keagamaan utk membuat pembaca kian tersentuh.

    ok asmah, anda buat dulu ni, nanti saya lihat bagaimana. gigih terus k

    ReplyDelete
  69. tmbhn;

    6. perlu ada latar keluarga dan mengapa dia minat kerjaya tu

    7. cara pemikiran ustazah perlulah sesuai dengan dirinya sebagai seorang ustazah juga.

    8. jika boleh cari seorang tokoh wanita Islam zaman dahulu kala untuk ustazah tu contohi semangat juangnya, tambah menarik.


    ReplyDelete
  70. Salam, terima kasih sifu. Insya-ALLAH akan saya cuba.

    ReplyDelete
  71. Salam sifu, mohon tunjukajar

    Bahagian 1

    Air mata ditahan agar tidak gugur mencecah pipinya. Dia tidak mahu menangisi apa yang sedang berlaku. Esok majlis bermula, segala persiapan yang diatur bagaikan tidak sempurna. Ahli jawatankuasa yang telah dipilih entah ke mana perginya. Ada yang ambil cuti tergesa-gesa. Ada yang langsung tidak nampak muka. Karnival Masjid An Nur bakal diadakan. Khemah yang telah ditempah sudah siap tersusun di sekeliling masjid. Para peniaga sudah mula menyusun barang masing-masing mengikut nombor khemah yang ditentukan oleh pihak penganjur. Kali ini dengan kerjasama sebuah stesen radio. Ustazah Tiyah mengeluh. Susah betul bekerja dengan kaum Adam yang langsung tidak mahu memahami dan membantu. Kalau ditegur ada sahaja alasan yang diberi. Hati siapa yang tahan. Mahu sahaja dia melepaskan apa yang berbuku di hati, namun dia sedar status dirinya. Dia perlu bertenang dan sabar. Ini dugaan untuknya. Tidak boleh putus asa, tidak boleh kecewa. Hanya orang yang lemah sahaja akan berasa kecewa.
    Berkelulusan Sarjana Muda Syariah b. a, hons Azhar. Memilih bidang agama secara kebetulan dan juga adalah anugerah daripada ALLAH SWT. Mungkin tugas ini sesuai dengan dirinya. Tugas yang berat dan mencabar apatah lagi dia seorang wanita yang sudah berkeluarga. Ada masa sehingga ke malam dia akan berada di Masjid. Jawatannya sebagai Penolong Pengarah Kanan membuatkan dia terpaksa memantau banyak perkara. Terutama tentang pengurusan masjid tersebut serta bangunan. Sebelum menjawat jawatan tersebut dia pernah menjadi seorang guru di sebuah sekolah agama. Namun tugas seorang guru tidak mencabar dirinya. Apabila dihantar bertugas di masjid tersebut baharulah dia menggunakan semua kemahiran yang dia ada. Dialah satu-satunya pegawai wanita yang bekerja di masjid sebagai Penolong Pengarah, jawatan yang dikira tinggi di kalangan penjawat awam. Jawatan tidak penting, yang penting adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Dia tidak mahu dipersoalkan nanti di akhirat. Tidak mahu berhadapan dengan ALLAH SWT kerana gagal melunaskan tugas-tugas yang dipikul sebagai orang atasan yang perlu memantau kerja-kerja orang dibawahnya. Lebih-lebih lagi menjaga rumah ALLAH SWT bukanlah satu kerja yang main-main.
    Ustazah Tiyah mengeluh. Dia membawa senarai ahli jawatankuasa yang bertugas di pejabat. Mahu sahaja dia mengamuk hari itu. Biar mereka tahu dia bukan main-main atau sekadar bekerja untuk mendapatkan nama. Karnival yang dirancang bagaikan membawa nama masjid dan nama institusi agama. Kenapa susah sangat hendak berbakti kepada umat? Bukankah di zaman Rasulullah saw dahulu masjid digunakan untuk berbagai urusan baik dunia mahupun akhirat. Mereka adalah lulusan agama, tidakkah mereka faham akan tanggungjawab mereka yang sebenar? Lupa atau tidak tahu? Dia sendiri pening memikirkan apa yang berlaku. Sepatutnya mereka yang berkelulusan agamalah yang rajin turun padang berdakwah, mendekati masyarakat, buat program agar ramai lagi

    ReplyDelete
  72. Bahagian 2

    masyarakat di luar sana berpusu-pusu menghampiri masjid. Inikan rumah ALLAH SWT. Tiada tuan di sini, tiada yang empunya. Merekalah yang telah diamanahkan menjaga dan memelihara kesucian rumah ALLAH SWT.
    “Mana Ustaz Halim? Bukankah dia perlu ada di tempat urusetia, perlu pastikan semua urusan gerai-gerai yang telah ditempah disusun dengan baik!” kata Ustazah Tiyah. Beberapa pekerja bawahannya hanya menjungkitkan bahu. Hampir 98 peratus pekerja di masjid adalah lelaki.
    “Dia bercuti ustazah, ada kecemasan,” beritahu salah seorang orang bawahnya.
    “Subhana-ALLAH, pandai pula ya ada kecemasan disaat-saat sibuk seperti ini?” tempelak Ustazah Tiyah.
    “Siapa yang hendak gantikan dia?” matanya memerhati lagi, mengharapkan ada yang sudi bekerja secara sukarela. Dalam keadaan genting seperti itu mereka perlu membantu. Tidak kiralah mereka ditugaskan atau tidak.
    “Hish, kami tidak bertugas ustazah, carilah orang lain. Lagipun kerja kami sebagai imampun masih banyak.” Kata seorang pemuda yang bekerja sebagai Imam di masjid tersebut.
    “Takkan tak boleh bantu?” pinta Ustazah Tiyah.
    “Maaflah ustazah, memang tak boleh,” ustaz itu menolak.
    “Tak apalah ustazah, biar Imah tolong.” Pelawa kerani masjid.
    “Terima kasih Imah,” Ustazah Tiyah menepuk bahu Imah. Tidak terkata dan tidak mampu meluahkan apa-apa. Karnival itu adalah program terbesar yang diuruskan oleh pihak masjid. Selama tiga hari dua malam. Di malam hari diadakan majlis ilmu dengan memanggil beberapa ulama besar dari luar negara memberi ceramah di masjid tersebut.
    “Ustaz Zaki juga tak ada? Dia kan uruskan program ceramah malam ini? Bagaimana dengan penceramah, makanan dan minuman untuk penceramah dan mereka yang datang ke masjid? Adakah pihak catering sudah diberitahu berapa jumlah makanan yang perlu mereka sediakan?” Ustazah Tiyah memeriksa senarai kerja yang telah diatur waktu mesyuarat tiga hari yang lepas.
    “Anaknya tiba-tiba demam, itu yang dia terus balik, ustazah,” cerita Imah lagi.
    Ustazah Tiyah tepuk dahi. Terasa mahu pengsang di situ juga. Biar dia tidak sedarkan diri. Biar dia tidak tahu apa yang berlaku. Satu persatu masalah menjelma, bagaikan menghiris hatinya. Tidak mungkin dia mampu uruskan semua. Dia bukan robot yang dikawal selia. Dia manusia biasa.

    ReplyDelete
  73. Bahagian 3

    Di waktu begini masih di pejabat. Suami dan anak-anak di rumah entah bagaimana. Setiap masa begini. Nasib baik suami dan anak-anak memahami. Kalau tidak boleh hilang akal seketika. Tekanan di tempat kerja masih boleh diatasi, tetapi tekanan di rumah itulah yang dia tidak mampu hadapi.
    “Macam mana ini Imah?” Ustazah Tiyah mengeluh kesal.
    Imah mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia hanya pekerja biasa. Urusan kerjanya adalah memastikan pendaftaran para peserta program qiyamulail yang akan diadakan pada hujung minggu ini.
    Setiap orang sudah diberi tugas masing-masing. Bukan sahaja buat tetapi perlulah memantau tugas-tugas mereka. Perlu ada di masjid sepanjang karnival berlangsung. Kalau semua menghilangkan diri siapa pula yang akan tunggu di meja urusetia? Siapa yang akan menjawab pertanyaan dan menyelesaikan masalah peserta yang turut serta?
    “Awak bawa senarai ini, periksa berapa gerai yang sudah sampai dan menyusun barang-barang mereka. Biar saya telefon penceramah untuk malam ini.” Perintah Ustazah Tiyah.
    “Baik ustazah,” Imah mengambil kertas tersebut dan menuju ke kawasan masjid.
    “Banyak sangat program tahun ini yang ustazah susun, penatlah ustazah. Lagipun buat apa? Kerja kita jaga masjid ini, program-program seperti ini tak perlulah buat. Buang masa sahaja. Buat apa buang-buang tenaga? Cukuplah sekadar ada kuliah selepas maghrib, atau sebelum Jumaat. Yang ustazah susah-susahkan diri itu, buat apa?” kata pemuda itu tadi.
    “Kalau semua orang yang tahu agama bersikap seperti awak, rasanya Islam hanya ada di masjid! Cuba awak bayangkan jika Rasulullah SAW bersikap malas seperti mereka yang ada di masjid ini? Agak-agak awak, agama apa yang awak akan anuti sekarang?” tempelak Ustazah Tiyah. Sakit benar hatinya. Pemuda yang baharu beberapa bulan bekerja sebagai iman muda di Masjid An Nur hanya rajin di awal bulan dia bekerja, selepas itu perangai sebenarnya mula kenampakan.
    “Kalau ustazah hendak buat program, buatlah sendiri, kalau kami bekerja sehingga larut malam pun bukan ada bayaran,” pemuda itu mencebik.
    “ALLAH akan bayar, ustaz!” Ustazah Tiyah angkat kaki. Malas berlama di situ. Buat sakit mata dan sakit hati. Mereka boleh duduk bersantai dan membiarkan dia seorang diri ke hulu dank e hilir menyelesaikan semua perkara. Ada hati ke tidak agaknya? Kalau Rasulullah saw hanya duduk goyang kaki, rasa-rasanya manusia sekarang inipun masih duduk dalam zaman jahiliyah. Dia tidak peduli apa yang mereka rasa dan kata tentang dirinya. Dalam hati hanya ada ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  74. Bahagian 3

    Dia tidak sekuat Rabiatul Adawiyah, tidak seteguh hati Summayah, tidak seberani Asiah, namun dia ada hati seteguh besi waja dalam meneruskan kerja Rasulullah dalam berdakwah dan menyebarkan syiar Islam agar sampai ke akar umbi.
    Tidak hairanlah masyarakat kucar kacir kerana orang agama juga mementingkan diri dan duit. Tidak hairan masyarakat pincang kerana orang agama sudah tidak ambil kisah apa yang terjadi. Mereka lebih selesa duduk di masjid, jadi imam solat 5 waktu sehari semalam. Ustazah Tiyah mengetap bibir menahan rasa sebak di dada. Apa yang hendak dia beritahu kepada Imam Besar tentang program yang berjalan tiada urusetianya. Dia berdoa dalam hati semoga ALLAH SWT membantunya dalam menjayakan program tersebut. Langkah diayun semakin laju. Biarlah mereka dengan sikap mereka. Dia tidak mahu ambil pusing lagi.
    Di rumah, suami dan anak-anak tidak pernah bertanya dia ke mana dan buat apa. Mereka tahu di mana dia akan berada setiap masa. Mereka juga tahu tugas-tugas yang terpaksa dia uruskan. Suami begitu memahami. Dia amat terharu. Walaupun kadang-kala berbunyi juga namun dia buat tidak tahu. Tidak mahu menekan diri sendiri. Tekanan akan membawa penyakit. Berserah sahaja dan lakukan yang terbaik. Hanya dengan cara itu sahaja dia memotivasi diri sendiri.
    Program mengemarahkan masjid seterusnya adalah majlis katam al-Quran peringkat daerah, akan diadakan di masjid tersebut. Waktu bermesyuarat dengan Imam Besar, semua bahagian akan tunjuk muka, membentangkan kertas kerja serta cadangan mereka. Berkobar-kobar mereka bersuara. Bila tiba waktu kerja tidak seorangpun menampakkan muka. Terkontang-kantinglah dia dengan beberapa ustaz dan pekerja masjid yang sudi membantu. Bukankah yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Mengeluh sahajalah tempat dia melepaskan rasa sakit di hati. Pekerja wanita di masjid itu hanya ada tiga orang termasuk dirinya. Bayangkan bagaiman dia hendak melakukan semua perkara sendirian.
    Kerosakan di masjid juga dia yang uruskan. Kalau ada pegawai lelakipun semuanya ambil tahu sewaktu bermesyuarat, kerja mereka membentangkan masalah, orang yang memperbaiki masalah adalah dirinya. Senangkan kerja begitu. Kalau boleh dia juga mahu lakukan perkara yang sama, namun rasa bersalah akan menyusup masuk, menelan perasaannya, akan terbit rasa gundah gulana. Tanggungjawab dipikul tidak boleh dibuat sambil lewa. Ini urusan agama, bukan rumah persatuan yang boleh dibuat ikut suka sahaja. Ah, tiada guna mengeluh.
    Ustazah Tiyah memandang wajah Ustaz Zaki seperti orang ada masalah. Jarang dia nampak ustaz itu di pejabat sejak akhir-akhir ini. Malas hendak bertanya, nanti dikatakan menyibuk pula.

    ReplyDelete
  75. Bahagian 4

    Dia mendekati Imah yang sedang tekun menaip surat untuk menjemput beberapa persatuan menghadiri Majlis khatam ak-Quran beramai-ramai itu.
    “Kenapa dengan Ustaz Zaki?” tanya Ustazah Tiyah.
    “Kena marah dengan Imam Besar sebab tender untuk bersihkan kawasan masjid masih belum buat lagi,” cerita Imah.
    “Itukan tugas Ustaz Halim? Kenapa Ustaz Zaki pula yang kena buat?” Ustazay Tiyah kehairanan. Orang lain punya tugas, takkan orang lain yang kena marah.
    “Ustaz Halimkan masih bercuti, jadi tugasnya diambil alih oleh Ustaz Zaki. Ustazah faham-fahamlah sendiri,” Imah menyengih.
    Ustazah Tiyah mengeluarkan satu fail. Dia ke meja Ustaz Zaki. Pemuda itu langsung tidak menoleh memandangnya. Tekun bekerja atau meluat memandangnya, dia sendiri tidak tahu. Ah, usah dipeduli itu semua.
    “Ini tender untuk kontrak pembersihan masjid dan persekitarannya ustaz. Saya sudah siapkan sejak minggu lepas lagi. Bolehlah ustaz serahkan kepada Imam Besar. Biar dia semak dan pilih kontraktor yang layak.” Ustazah meletakan fail yang berisi nama-nama syarikat untuk tender pembersihan di atas meja Ustaz Zaki.
    Ustaz Zaki terpinga-pinga melihat fail tersebut. Wajah Ustazah Tiyah dipandang seketika kemudian matanya memandang semula fail itu. Dibuka dan dibelek satu persatu. Terdiam dan terkedu. Itu bukan tugas Ustazah Tiyah tetapi masih membuatnya.
    “Terima kasih ustazah,” kata Ustaz Zaki perlahan.
    “Kita sama-sama duduk dalam satu jabatan ustaz. Tempat kerja kita adalah tempat yang mulia dan suci, apa salahnya kita berganding bahu, saling membantu. Bukan untuk nama atau kedudukan tetapi kerana ALLAH. Kalau kita amanah dan bertanggungjawab, bukankah kita sepatunya menunjukan contoh yang baik kepada orang di luar sana betapa indahnya Islam. Yang memburukkan agama kita bukan orang lain, tetapi diri kita sendiri. Kalau di dalam masjidpun kita tidak mampu bekerja sama apatah lagi di luar sana,” kata Ustazah Tiyah panjang lebar.
    Ustaz Zaki terkesima dan tidak mampu menjawab apa-apa. Terasa malu kepada diri sendiri. Selama ini cuas kerja dan malas bekerjasama. Hanya menunggu cukup bulan mendapatkan imbuhan sebagai penjawat awam. Apa yang terjadi dengan masyarakat di luar sana tidak pernah diambil peduli. Baginya itu urusan mereka, biarlah mereka uruskan sendiri. Tiada kena mengena dengan dirinya, itulah anggapannya selama ini. Apa yang dipelajari jarang dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Menjadi Imam dan guru agama tetapi malas mendekati masyarakat, mengharapkan masyarakat mendekati mereka.

    ReplyDelete
  76. Bahagian Terakhir

    “Tak usah termenung lagi ustaz, pergilah hantar kepada Imam Besar, nanti Tuan Pengarah pula bertanya, lagi teruk,” Ustazah Tiyah kembali ke mejanya. Ada kerja yang perlu diselesaikan. Dia berharap semua pegawai masjid di bawah seliaannya mampu bekerja dengan amanah, jujur dan bertanggungjawab tanpa memilih siapa yang memberi arahan. Syaidatina Khatijah pernah jadi majikan kepada Rasulullah saw, malah Baginda tidak pernah membantah atau memandang rendah kepada Syaidatina Khatijah, malah menghormati majikannya walaupun perempuan. Berbeza dengan lelaki zaman ini. Benarlah Rasulullah saw adalah ikutan dan contoh yang terbaik.
    Ustazah Tiyah merenung jauh ke dalam masjid. Di situlah dia berbakti, mengabdikan diri demi agama yang dicintai. Tidak kira lelaki atau perempuan, dalam agama setiap orang bertanggungjawab demi memartabat dan memelihara kesucian agama yang dianuti. Bukan sahaja hanya tahu mengucapkan dua kalimah syahadah tetapi jauh dari kehidupan Islam yang sebenar. Islam itu cantik, bersih dan suci. Bukan hanya mengaku dan terukir di bibir tetapi dipraktikkan dalam kehidupan seharian, setiap masa dan setiap waktu. Belajar ilmu agama bukan hanya untuk diri sendiri tetapi hendaklah disampaikan kepada ummah.
    Dia seorang wanita sering dianggap tidak layak berada di kerusi yang diduduki sekarang. Setiap kali mesyuarat sering cadangannya diperlekehkan. Benar, dalam Islam wanita tidak boleh menjadi ketua, mungkin mereka beranggapan seperti itu sehingga dirinya kadang-kadang rasa terpinggir di dalam dunia yang rata-rata dimonopoli oleh kaum Adam. Bukan dipinta, itulah rezekinya. Dia memikul amanah yang telah diserahkan oleh ALLAH SWT kepadanya. Apa salahnya? Hanya kerana dia seorang wanita, maka semua arahannya langsung tidak didengari. Kerana dia wanita setiap suruhan dianggap memerintah. Bukan susah merendah diri, bukan susah hendak membantu. Mengenali peribadi Rasulullah saw, tetapi sukar hendak mengikuti akhlak Baginda yang sepatutnya wajib dipelajari dan diikuti. Kaum Adam egonya tinggi, tapi tidak ke mana-mana hanya kerugian kepada diri sendiri, agama dan bangsa.
    Dalam hati dia berdoa semoga usahanya membawa berkah. Rahmat ALLAH SWT yang didamba, kepada mereka yang membantah biarkan sahaja. Tiada kesal di hati, tiada rasa sakit di jiwa. Kepada ALLAH dia menyandarkan diri demi cinta yang hakiki.

    ReplyDelete
  77. asmah, kita mulakan :)

    Cinta Hakiki (judul cadangan)
    Oleh; nama betul

    Air (jernih yang bertakung di kelopak) mata, ditahan agar tidak gugur mencecah pipinya. Dia tidak mahu menangisi apa yang sedang berlaku, (sprt dia tak mau menangisi apa – kait dgn peribadi, ada faedah tak jika dia menangis? Kenapa – ? gmbarkan gelojak perasaan, puitis - suspen)

    (dgn perasaan yg - ? tmbh; Tiyah (yg - gmbarkan dia tgh buat apa, gmbarkan dia, penampilan) (menyoroti) sekitarnya - gmbarkan apa dia nampak, di mana dia, pernafasan) Esok majlis bermula, segala persiapan yang diatur bagaikan tidak sempurna. (beri beberapa contoh persiapan tu, knp tak sempurna, istilah2) Ahli jawatankuasa yang (terdiri drpd siapa? Sebut status – sesuaikan dgn ayat seterusnya) telah dipilih entah ke mana perginya. Ada yang ambil cuti tergesa-gesa, (mcm nak mengelak drpd apa?). Ada yang langsung tidak nampak muka, (tanpa sebarang alas an? Mcm tak menghormati majlis atau dirinya, sebenarnya? Perasaan, puitis))

    (tmbh; (di antara – gmbarkan bunyi, udara, cahaya, bau - dikerlingnya) khemah yang telah ditempah sudah siap tersusun di sekeliling masjid. Karnival Masjid An Nur bakal diadakan – bila? (riak mukanya) Para peniaga (yg – riak muka) sudah .mula menyusun barang masing-masing (sprti – beri contoh barangan) mengikut nombor khemah yang ditentukan oleh pihak penganjur. (tmbh; syukur tidak terhingga, apabila) kali ini, (sebut nama karnival) akan dijayakan) dengan kerjasama sebuah stesen radio. (Ustazah – dari sudut pandangan tiyah je, dan dia tak akan fikir ttg dirinya sebagai ustazah – gelar ustazah hanya selit dlm dialog org lain dgn baru pembaca tahu dia ustazah, biar suspen) Tiyah mengeluh (resah).

    (aduuuh!) Susah betul bekerja dengan kaum Adam! Langsung tidak mahu memahami. (apatah lagi mahu) membantu. Kalau ditegur, ada sahaja alasan yang diberi (beri beberapa contoh alasan tu. Tmbh; ada-ada saja). (buat dia beristighfar ) Hati siapa yang tahan? Mahu sahaja dia melepaskan apa yang berbuku di hati, namun dia sedar status dirinya. Dia perlu bertenang dan sabar, (biar bagaimana - ? menjengkelkan? dll tmbh; sikap - siapa?) Ini dugaan untuknya, (dia pasti) (Tidak boleh putus asa, tidak boleh kecewa. – cuba cipta satu simpulan bahasa yg sama makna dgn ayat ni. Sesuaikan dgn ayat berikut) Hanya orang yang lemah sahaja akan berasa kecewa.

    Air (jernih yang bertakung di kelopak) mata, ditahan agar tidak gugur mencecah pipinya. Dia tidak mahu menangisi apa yang sedang berlaku, (sprt dia tak mau menangisi apa – kait dgn peribadi, ada faedah tak jika dia menangis? Kenapa – ? gmbarkan gelojak perasaan, puitis - suspen)

    (dgn perasaan yg - ? tmbh; Tiyah (yg - gmbarkan dia tgh buat apa, gmbarkan dia, penampilan) (menyoroti) sekitarnya - gmbarkan apa dia nampak, di mana dia, pernafasan) Esok majlis bermula, segala persiapan yang diatur bagaikan tidak sempurna. (beri beberapa contoh persiapan tu, knp tak sempurna, istilah2) Ahli jawatankuasa yang (terdiri drpd siapa? Sebut status – sesuaikan dgn ayat seterusnya) telah dipilih entah ke mana perginya. Ada yang ambil cuti tergesa-gesa, (mcm nak mengelak drpd apa?). Ada yang langsung tidak nampak muka, (tanpa sebarang alas an? Mcm tak menghormati majlis atau dirinya, sebenarnya? Perasaan, puitis))

    (tmbh; (di antara – gmbarkan bunyi, udara, cahaya, bau - dikerlingnya) khemah yang telah ditempah sudah siap tersusun di sekeliling masjid. Karnival Masjid An Nur bakal diadakan – bila? (riak mukanya) Para peniaga (yg – riak muka) sudah .mula menyusun barang masing-masing (sprti – beri contoh barangan) mengikut nombor khemah yang ditentukan oleh pihak penganjur. (tmbh; syukur tidak terhingga, apabila) kali ini, (sebut nama karnival) akan dijayakan) dengan kerjasama sebuah stesen radio. (Ustazah – dari sudut pandangan tiyah je, dan dia tak akan fikir ttg dirinya sebagai ustazah – gelar ustazah hanya selit dlm dialog org lain dgn baru pembaca tahu dia ustazah, biar suspen) Tiyah mengeluh (resah).

    ReplyDelete
  78. (aduuuh!) Susah betul bekerja dengan kaum Adam! Langsung tidak mahu memahami. (apatah lagi mahu) membantu. Kalau ditegur, ada sahaja alasan yang diberi (beri beberapa contoh alasan tu. Tmbh; ada-ada saja). (buat dia beristighfar ) Hati siapa yang tahan? Mahu sahaja dia melepaskan apa yang berbuku di hati, namun dia sedar status dirinya. Dia perlu bertenang dan sabar, (biar bagaimana - ? menjengkelkan? dll tmbh; sikap - siapa?) Ini dugaan untuknya, (dia pasti) (Tidak boleh putus asa, tidak boleh kecewa. – cuba cipta satu simpulan bahasa yg sama makna dgn ayat ni. Sesuaikan dgn ayat berikut) Hanya orang yang lemah sahaja akan berasa kecewa.

    Air (jernih yang bertakung di kelopak) mata, ditahan agar tidak gugur mencecah pipinya. Dia tidak mahu menangisi apa yang sedang berlaku, (sprt dia tak mau menangisi apa – kait dgn peribadi, ada faedah tak jika dia menangis? Kenapa – ? gmbarkan gelojak perasaan, puitis - suspen)

    (dgn perasaan yg - ? tmbh; Tiyah (yg - gmbarkan dia tgh buat apa, gmbarkan dia, penampilan) (menyoroti) sekitarnya - gmbarkan apa dia nampak, di mana dia, pernafasan) Esok majlis bermula, segala persiapan yang diatur bagaikan tidak sempurna. (beri beberapa contoh persiapan tu, knp tak sempurna, istilah2) Ahli jawatankuasa yang (terdiri drpd siapa? Sebut status – sesuaikan dgn ayat seterusnya) telah dipilih entah ke mana perginya. Ada yang ambil cuti tergesa-gesa, (mcm nak mengelak drpd apa?). Ada yang langsung tidak nampak muka, (tanpa sebarang alas an? Mcm tak menghormati majlis atau dirinya, sebenarnya? Perasaan, puitis))

    (tmbh; (di antara – gmbarkan bunyi, udara, cahaya, bau - dikerlingnya) khemah yang telah ditempah sudah siap tersusun di sekeliling masjid. Karnival Masjid An Nur bakal diadakan – bila? (riak mukanya) Para peniaga (yg – riak muka) sudah .mula menyusun barang masing-masing (sprti – beri contoh barangan) mengikut nombor khemah yang ditentukan oleh pihak penganjur. (tmbh; syukur tidak terhingga, apabila) kali ini, (sebut nama karnival) akan dijayakan) dengan kerjasama sebuah stesen radio. (Ustazah – dari sudut pandangan tiyah je, dan dia tak akan fikir ttg dirinya sebagai ustazah – gelar ustazah hanya selit dlm dialog org lain dgn baru pembaca tahu dia ustazah, biar suspen) Tiyah mengeluh (resah).

    ReplyDelete
  79. (Berkelulusan Sarjana Muda Syariah b. a, hons Azhar . – yg ni selitkan kat gambarkan dia, di paragraph 2) Memilih bidang agama secara kebetulan dan juga adalah anugerah daripada ALLAH SWT Mungkin tugas ini sesuai dengan dirinya. Tugas yang berat dan mencabar apatah lagi dia seorang wanita yang sudah berkeluarga. Ada masa sehingga ke malam dia akan berada di Masjid. Jawatannya sebagai Penolong Pengarah Kanan membuatkan dia terpaksa memantau banyak perkara. Terutama tentang pengurusan masjid tersebut serta bangunan. Sebelum menjawat jawatan tersebut dia pernah menjadi seorang guru di sebuah sekolah agama. Namun tugas seorang guru tidak mencabar dirinya. Apabila dihantar bertugas di masjid tersebut baharulah dia menggunakan semua kemahiran yang dia ada. Dialah satu-satunya pegawai wanita yang bekerja di masjid sebagai Penolong Pengarah, jawatan yang dikira tinggi di kalangan penjawat awam. Jawatan tidak penting, yang penting adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Dia tidak mahu dipersoalkan nanti di akhirat. Tidak mahu berhadapan dengan ALLAH SWT kerana gagal melunaskan tugas-tugas yang dipikul sebagai orang atasan yang perlu memantau kerja-kerja orang dibawahnya. Lebih-lebih lagi menjaga rumah ALLAH SWT bukanlah satu kerja yang main-main. – asmah, semua ayat dlm paragraph ini bulat2 memberitahu, bukan tunjuk. Cara mengatasinya; bahagikan ke sebanyak bahagian yg boleh, lps tu selitkan di mana-mana yg ada gambaran perasaan atau gelojak perasaan dlm sebagai monolog hidup dlm bentuk soalan dan kreatifkan ayat)

    Tiyah (mengeluh – tukar; menghela nafas yg terasa menyendat dlm dada dan menghembuskannya perlahan2, dll). (Dgn perasaan yg - ?) dia (bergegas) membawa senarai ahli jawatankuasa yang bertugas di pejabat (pejabat siapa?). Mahu sahaja dia mengamuk hari itu. Biar mereka tahu dia bukan main-main. (biar mereka jgn) sekadar bekerja untuk mendapatkan nama. (biar mereke sedar bahawa) karnival yang dirancang (bagaikan – dgn sedemikian rupa itu, bertujuan utk) (membawa – mengangkat) nama masjid (sebut nama masjid) dan nama institusi agama, (bukan sebaliknya utk mengangkat nama mereka! Kenapa susah sangat hendak berbakti kepada umat, hah? Bukankah di zaman Rasulullah saw dahulu masjid digunakan untuk berbagai urusan baik dunia mahupun akhirat. Mereka adalah lulusan agama, tidakkah mereka faham akan tanggungjawab mereka yang sebenar? Lupa atau tidak tahu?

    Dia sendiri pening, (sepening2nya) memikirkan. (bagaimana boleh dipercayai segalanya?) (bukankah) sepatutnya mereka yang berkelulusan agamalah yang rajin turun padang berdakwah, mendekati masyarakat, buat program agar ramai lagi masyarakat di luar sana berpusu-pusu menghampiri masjid, (dan seumpamanya?) . Ini kan rumah ALLAH SWT? (Bukan terbukti sudah bahawa) tiada tuan di sini, tiada yang empunya? (Bukankah) merekalah yang telah diamanahkan menjaga dan memelihara kesucian rumah ALLAH SWT? (gerutu hatinya, kesal mengenangkan betapa sebelumnya, sudah berbuih mulutnya berbicara lembut utk menjaga hati mereka? Dan buih itu pun sudah basi kini. Apa hasilnya?)

    ReplyDelete
  80. “Mana Ustaz Halim? Bukankah dia perlu ada di tempat urusetia, perlu pastikan semua urusan gerai-gerai yang telah ditempah disusun-(uruskan) dengan baik?” (kata – Tanya) (Ustazah – tak perlu, delete) Tiyah. Beberapa pekerja bawahannya, (gmbarkan mereka, usia lingkungan? Penampilan) hanya menjungkitkan bahu. Hampir 98 peratus pekerja di masjid adalah lelaki.

    “Dia bercuti ustazah, ada kecemasan,” beritahu salah seorang (drpd) orang bawahnya (yg – gmbarkan dia secara ringkas, penampilan).

    “Subhana-ALLAH! (tiba2), pandai pula ya ada kecemasan di saat-saat sibuk seperti ini?” tempelak Ustazah Tiyah, (geram?) Matanya memerhati lagi, mengharapkan ada yang sudi bekerja secara sukarela. Dalam keadaan genting seperti itu mereka perlu membantu. Tidak kiralah mereka ditugaskan atau tidak. “(adi sekarang, siapa yang hendak gantikan dia?”

    “Hish, kami tidak bertugas ustazah, carilah orang lain. Lagipun kerja kami sebagai imampun masih banyak.” Kata seorang pemuda yang bekerja sebagai Imam di masjid tersebut.

    “Takkan tak boleh bantu?” pinta Ustazah Tiyah, (separuh merayu)

    “Maaflah ustazah, memang tak boleh,” ustaz itu menolak, (tegas)

    “Tak apalah Ustazah Tiyah, biar Imah saja tolong.” Pelawa kerani masjid.
    “Terima kasih Imah,”Tiyah menepuk bahu Imah, (terharu bukan alang kepalang). (hampir) tidak terkata dan tidak mampu meluahkan apa-apa. Karnival itu adalah program terbesar yang diuruskan oleh pihak masjid. Selama tiga hari dua malam. Di malam hari diadakan majlis ilmu dengan memanggil beberapa ulama besar dari luar negara memberi ceramah di masjid tersebut.

    “Ustaz Zaki juga tak ada? Dia kan uruskan program ceramah malam ini? Bagaimana dengan penceramah, makanan dan minuman untuk penceramah dan mereka yang datang ke masjid? Adakah pihak catering sudah diberitahu berapa jumlah makanan yang perlu mereka sediakan?”soal Tiyah (bertubi2 setelah) memeriksa senarai kerja yang telah diatur waktu mesyuarat tiga hari yang lepas.

    “Anaknya tiba-tiba demam, itu yang dia terus balik, ustazah,” cerita Imah lagi, (dgn - riak muka)

    ReplyDelete
  81. (buat dia beristighfar) Tiyah tepuk dahi. Terasa mahu pengsan di situ juga. Biar dia tidak sedarkan diri. (biar org tahu apa akan siapa yg mepunya angkara hingga dia sampai boleh jadi pengsan begitu. Biar padan dgn – sebut ustaz2 yg suka curi tulang tu. Biar adil!) ( Biar dia tidak tahu apa yang berlaku – ini tak perlu, delete) . Satu persatu masalah menjelma, (bagaikan – bukan bagai, delete) menghiris hatinya – (bila dihiris2, apa berlaku pd hatinya, beri dua tiga ayat menggambarkan hati dihiris, sakit tak? Tidak mungkin dia mampu uruskan semua, biarpun dgn bantuan imah yang baik hati?). Dia (dah imah), bukan robot yang dikawal selia (dgn alat kawalan jauh). Dia manusia biasa, (sama mcm ustaz tu?)


    (sampai ke) waktu begini, aku dan Imah masih di pejabat! (desis hatinya, perasaan, puitis. Buat dia terbayang pd) suami dan anak-anak di rumah (yg) entah bagaimana (keadaannya). Setiap masa begini. Nasib baik suami dan anak-anak memahami, (gmbarkan suami sekembali dr pejabat, buat apa – kaitkan dgn urusan anak2, makan dll waktu mereka kerja, siapa jaga anak2 tu) Kalau tidak boleh hilang akal seketika. Tekanan di tempat kerja masih boleh diatasi, tetapi tekanan di rumah itulah yang dia tidak mampu hadapi.

    “Macam mana ini Imah?” Tiyah mengeluh kesal.

    Imah mengangkat bahu tanda tidak tahu. (Tiyah sedar), Imah memang hanya pekerja, (tp semangat kerjanya luar) biasa. Urusan kerjanya adalah memastikan pendaftaran para peserta program qiyamulail yang akan diadakan pada hujung minggu ini. Setiap orang sudah diberi tugas masing-masing. Bukan sahaja buat tetapi perlulah memantau tugas-tugas mereka. Perlu ada di masjid sepanjang karnival berlangsung. Kalau semua menghilangkan diri siapa pula yang akan tunggu di meja urusetia? Siapa yang akan menjawab pertanyaan dan menyelesaikan masalah peserta yang turut serta? (asmah, hampir keseluruhan ayat dlm paragraph ini bersifat memberitahu bukan tunjuk, bermakna tak hidup, cuba masukkan kaitkan setiap ayat dgn diri dan perasaan tiyah)

    “(Imah, tolong saya) bawa senarai ini, periksa berapa gerai yang sudah sampai dan menyusun barang-barang mereka, (boleh?) Biar saya telefon penceramah untuk malam ini, ya,” Perintah Ustazah Tiyah (dgn lembut lagi sopan).

    “(Ustazah Tiyah, sudah tentu boleh, Baik ustazah,” Imah(riak mukanya) mengambil kertas tersebut dan (bergegas) menuju ke kawasan masjid.

    ReplyDelete
  82. “Banyak sangat program tahun ini yang ustazah susun, penatlah ustazah. Lagipun buat apa? Kerja kita jaga masjid ini, program-program seperti ini tak perlulah buat. Buang masa sahaja. Buat apa buang-buang tenaga? Cukuplah sekadar ada kuliah selepas maghrib, atau sebelum Jumaat. Yang ustazah susah-susahkan diri itu, buat apa?” kata pemuda itu tadi (dgn riak muka yg? Sinis?).

    “Kalau semua orang yang tahu agama bersikap seperti awak, rasanya Islam hanya ada di masjid! Cuba awak bayangkan jika Rasulullah SAW bersikap malas seperti mereka yang ada di masjid ini? Agak-agak awak, agama apa yang awak akan anuti sekarang?” tempelak Ustazah Tiyah. Sakit benar hatinya. Pemuda yang baharu beberapa bulan bekerja sebagai iman muda di Masjid An Nur hanya rajin di awal bulan dia bekerja, selepas itu perangai sebenarnya mula kenampakan.

    “Kalau ustazah hendak buat program, buatlah sendiri, kalau kami bekerja sehingga larut malam pun bukan ada bayaran,” pemuda itu mencebik.

    “(bukan ALLAH akan bayar ustazkah? (apa, waktu di university dulu, ustaz tak belajar tentang itulkah? Baik pergi bukan kitab balik! Dll)” (dengus) Tiyah (seraya) angkat kaki. Malas berlama di situ. Buat sakit mata dan sakit hati. Mereka boleh duduk bersantai dan membiarkan dia (seorang diri – dan imah) ke hulu dank e hilir menyelesaikan semua perkara. Ada hati ke tidak agaknya (mereka tu)? (padahal, gelar yg dijunjung cukup hebat; ustaz!) Kalau Rasulullah saw hanya duduk goyang kaki, rasa-rasanya manusia sekarang inipun masih duduk dalam zaman jahiliyah tak? Ah! Dia tidak peduli apa yang mereka rasa dan kata tentang dirinya. Dalam hati hanya ada ALLAH SWT, (dan dia berjuang hanya kerana Allah dan itu cukup jelas!)

    Tiyah (sedar amat, mmg dia) tidak sekuat Rabiatul Adawiyah (yg – gmbaran kekuatan tu, pendek2 je), tidak seteguh hati Summayah (yg – gmbarkan keteguhan tu) , tidak seberani Asiah – gmbarkan keberanian itu). Namun dia ada hati seteguh (hati ibunya – dll - yang bak) besi waja dalam meneruskan kerja Rasulullah dalam berdakwah dan menyebarkan syiar Islam agar sampai ke akar umbi. (beri contoh maksud hati ibunya yg bak besi waja, apa sumbangan ibunya kpd agama, ayahnya? – dll)

    (Tidak hairanlah masyarakat kucar kacir kerana orang agama juga mementingkan diri dan duit. Tidak hairan masyarakat pincang kerana orang agama sudah tidak ambil kisah apa yang terjadi. Mereka lebih selesa duduk di masjid, jadi imam solat 5 waktu sehari semalam. – ayat memberitahu bulat2 ni, jadikan monolog hidup dlm bentuk soalan) (getus hati) Tiyah (yg) mengetap bibir menahan rasa sebak di dada. Apa yang hendak dia beritahu kepada Imam Besar tentang program yang berjalan tiada urusetianya? (Dia berdoa dalam hati semoga ALLAH SWT membantunya dalam menjayakan program tersebut – buat dia berdoa)

    ReplyDelete

  83. (pernafasan) Langkah diayun semakin laju (menuju - ?). Biarlah mereka dengan sikap mereka. Dia tidak mahu ambil pusing lagi. (dia amat bersyukur apabila – sesuaikan dgn ayat seterusnya) Di rumah, suami dan anak-anak tidak pernah bertanya dia ke mana dan buat apa. Mereka tahu di mana dia akan berada setiap masa. Mereka juga tahu tugas-tugas yang terpaksa dia uruskan. Suami begitu memahami. (mereka seakan memberi ruang utk dia - ? kaitkan dgn perjuangan dan cita2) Dia amat terharu. Walaupun kadang-kala (berbunyi juga – apa?) namun dia buat tidak tahu. Tidak mahu menekan diri sendiri. Tekanan akan membawa penyakit. Berserah sahaja dan lakukan yang terbaik. Hanya dengan cara itu sahaja dia memotivasi diri sendiri.

    (riak muka) Program mengemarahkan masjid seterusnya adalah majlis katam al-Quran peringkat daerah, akan diadakan di masjid tersebut. (aneh,) waktu bermesyuarat dengan Imam Besar, semua bahagian akan tunjuk muka, membentangkan kertas kerja serta cadangan mereka. Berkobar-kobar mereka bersuara. (aneh lagi), (Bila – apabila) tiba waktu kerja, (tiba2) tidak seorangpun menampakkan muka. Terkontang-kantinglah dia dengan beberapa ustaz dan pekerja masjid yang sudi membantu. Bukankah yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Mengeluh sahajalah tempat dia melepaskan rasa sakit di hati. Pekerja wanita di masjid itu hanya ada tiga orang termasuk dirinya. Bayangkan bagaiman dia hendak melakukan semua perkara sendirian.

    Kerosakan di masjid, (seperti – beri bebrapa contoh kerosakan akibat apa), juga dia yang uruskan. (Mana perginya pegawai2 lelakinya? Oh, terlupa. (Kalau ada pegawai lelakipun – tukar; mereka lazimnya, hanya tayang diri seolah2) ambil tahu (dan ambil berat) sewaktu bermesyuarat, kerja mereka membentangkan masalah (saja, sedangkan) orang yang memperbaiki masalah (itu, siapa? Siapa lagi jika bukan) diri Tiyah sendrii. Senangkan kerja begitu, (kan ustaz – sebut nama. Dapat nama, dapat tunjuk kuasa – mmg ada kuasakah? Dpt – apa lagi?))? Kalau boleh Tiyah juga mahu lakukan perkara yang sama, namun (entah mengapa), rasa bersalah akan menyusup masuk, menelan perasaannya, akan terbit rasa gundah gulana. Tanggungjawab dipikul tidak boleh dibuat sambil lewa. Ini urusan agama, bukan rumah persatuan yang boleh dibuat ikut suka sahaja. Ah, tiada guna mengeluh.

    (gmbarkan langkah tiyah terhenti tiba2, di mana ni? Cuaca, cahaya, angin. Tmbh; kelopak mata) Tiyah (terkedip2?) memandang (ustaz zaki – di mana dia) (aneh,) wajah Ustaz Zaki seperti orang ada masalah. Jarang dia nampak ustaz itu di pejabat sejak akhir-akhir ini. Malas hendak bertanya, nanti dikatakan menyibuk pula. (aneh lagi, ustaz zaki tiba2) mendekati Imah yang sedang tekun menaip surat untuk menjemput beberapa persatuan menghadiri Majlis khatam ak-Quran beramai-ramai itu.

    ReplyDelete
  84. ((dari sini - “Kenapa dengan Ustaz Zaki?” tanya Ustazah Tiyah.
    “Kena marah dengan Imam Besar sebab tender untuk bersihkan kawasan masjid masih belum buat lagi,” cerita Imah.
    “Itukan tugas Ustaz Halim? Kenapa Ustaz Zaki pula yang kena buat?” Ustazay Tiyah kehairanan. Orang lain punya tugas, takkan orang lain yang kena marah.
    “Ustaz Halimkan masih bercuti, jadi tugasnya diambil alih oleh Ustaz Zaki. Ustazah faham-fahamlah sendiri,” Imah menyengih. – sampai sini, asmah, ini mcm aktiviti mengumpat je kan, ini negative yg klise ttg kaum wanita ni, bahaya ni, jatuh mertabat kaum wanita nanti, elok buat dia terdengar ttg perkara ni dr mulut ustaz zaki sendiri – sesuaikan)

    (gmbarkan perasaannya dan kenapa dia bertindak seperti selanjutnya), Ustazah Tiyah mengeluarkan satu fail. Dia ke meja Ustaz Zaki. Pemuda itu langsung tidak menoleh memandangnya. Tekun bekerja atau meluat memandangnya, dia sendiri tidak tahu. Ah, usah dipeduli itu semua.
    “Ini tender untuk kontrak pembersihan masjid dan persekitarannya ustaz. Saya sudah siapkan sejak minggu lepas lagi. Bolehlah ustaz serahkan kepada Imam Besar. Biar dia semak dan pilih kontraktor yang layak.” Ustazah meletakan fail yang berisi nama-nama syarikat untuk tender pembersihan di atas meja Ustaz Zaki.

    Ustaz Zaki terpinga-pinga melihat fail tersebut. Wajah Ustazah Tiyah dipandang seketika kemudian matanya memandang semula fail itu. Dibuka dan dibelek satu persatu. Terdiam dan terkedu. Itu bukan tugas Tiyah tetapi masih membuatnya.

    “Terima kasih Ustazah Tiyah,” kata Ustaz Zaki perlahan, (keharuan) (“Maaf di atas segala - ? saya berjanji, kejadian sperti ini tidak akan saya ulangi).”

    (“terima kasih kembali… syukur Alhamdulillah!” getus tiyah, gmbarkan prasaan, puitis)

    Asmah, cerpen berakhir di sini sebenarnya, sbb dia dah Berjaya. Lagipun, kita tak buat ustazah tiyah mcm angkuh beri ceramah bagai kan? Kita nak angkat tiyah sebagai protoganis, yg positif sbb dia wanita agamawan yg tulus, jd dia juga perlu kekalkan budi pekerti masyarakat timur sesuai dgn masyarakat lingkungan dia membesar.

    ReplyDelete
  85. Sementara tu, yg selebihnya, anda ambil infonya dan selitkan di mana2 yg bersesuaian dengan ayat yang kreatif.

    Berckp ttg ayat kreatif, oleh kerana ini adalah cerpen terakhir anda dgn saya, maka saya nak lihat gaya bahasa yg simple dlm cerpen ini diupgradekan kepada gaya bahasa yg lebih kompleks atau sikit. Puitis supaya terkesan agak simbolik di mana2. Seboleh mungkin, cuba ciptakan peribahasa, simpulan bahasa yg simple2 pun jadi, asal asli dan bersesuaian dgn tema keagamaan dlm cerpen ni.

    Jika cerpen ini terlalu panjang, potong mana2 meleret2, dengan mengekalkan 2 babak yg diiringi dgn dua suasana saja, supaya ia bulat, padat dan kuat.

    selepas siap pembaikan dan dah ok, anda dah boleh terbang ke kayangan dgn minta bantuan aini menjemput anda ke sana k

    Asmah, itu je pembaikan yg perlu anda buat, gigih terus k

    ReplyDelete
  86. Salam sifu, Insya-ALLAH terima kasih kerana sudi membimbing saya. Tunjukajar sifu akan saya ingat sampai bila-bila. Boleh tak saya minta alamat sifu ada sesuatu yang saya hendak berikan kepada sifu sebagai kenangan daripada saya.

    ReplyDelete
  87. asmah :)

    seperti yg anda maklum, blog Sastera adalah blog amal, jadi bermakna saya tak boleh merima apa2 pun dari anak didik saya, sbb nanti tak sampai amal saya. kasihan saya kan.. tp, nanti, selepas buat satu novel di kelas amal juga di kayangan, anda ikut kelas berbayar, lps tu barulah boleh beri saya apa2 k bagaimanapun, terima kasih, saya amat menghargai ingatan anda pada saya :) :):

    kalau sekadar nak tahu boleh; alamat sementara saya; peti surat 63, 89700 Bongawan, Sabah.

    sebenarnya saya baru pindah ke rumah baru, dan rumah ni belum ada perkhidmatan pos officenya. kami terpaksa turun ke bongawan yg makan masa dekat dua jam ke sana dan dekat dua jam balik rumah. jadi, kami hanya turun sebulan sekali je. mudah2an, akan ada juga perkhidmatan tu kat rumah baru kami.

    sebelum saya terlupa; utk buat novel, kisah dlm cerpen ketiga ni menarik sekali. fikir

    itu je kan asmah :) gigih terus k

    ReplyDelete
  88. Salam, faham sifu, tapi saya hanya hendak beri karya pertama sayalah sifu. Novel saya yang telah diterbitkan sahaja. Okey ini cerpen terakhir yang mohon dibedah.

    Pertama


    Tajuk : Cinta Hakiki
    Oleh : Asmah Hashim
    Air yang bertakung di kelopak mata ditahan agar tidak gugur mencecah pipinya. Dia tidak mahu menangisi apa yang berlaku. Dia tidak selemah itu. Baharu diuji dengan sedikit ujian sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dirinya sudah mengeluh kesah. Tiada guna mengeluarkan mutiara jernih itu hanya kerana segelintir manusia yang berhati busuk bagaikan bangkai. Hanya kerana dia seorang perempuan, segala arahan bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tiada rasa hormat di hati mereka terhadap dirinya. Kalaulah dia api yang membara sudah pasti dia akan membakar setiap inci manusia yang merasakan dirinya sudah cukup menabur bakti kepada agama. Kalaulah dia gunung berapi sudah lama dia mengeluarkan lavanya biar tenggelam apa yang ada di sekelilingnya.
    Dia memeriksa senarai nama para peserta yang telah menempah khemah untuk menjual barangan mereka. Semakan terakhir sebelum majlis bermula esok. Longgokan barangan yang akan diberi kepada fakir miskin sudah disusun kemas sejak kelmarin lagi. Barangan bahan mentah itu akan diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan. Berkerut-kerut dahinya. Sesekali terdengar keluhan berat bagaikan meluahkan apa yang sedang menumbuk jantungnya ketika dan saat itu. Terasa meloya tekaknya, pening dan sakit kepala memikirkan apa yang berlaku. Terasa mahu sahaja dia menghentak kepalanya biar hilang ingatan. Tidaklah nanti orang akan menuduhnya tidak bertanggungjawab.
    Dia memeriksa satu persatu, apa yang perlu dibuat, yang sudah dibuat dan yang belum dibuat. Masih banyak rupanya tugasan yang terbengkalai. Tempat penginapan para tetamu yang akan mengikuti bengkel yang bakal diadakan masih juga belum dikemas. Kemana perginya mereka yang bertugas menguruskan bahagian tersebut? Hadiah untuk para penceramah dan perasmi juga tidak kelihatan. Minuman untuk para peserta bengkel. Beg hadiah dan perkakasan alat tulis masih tidak di isi ke dalam beg kertas yang telah dibeli minggu lepas lagi. Semuanya bersusun bagaikan tidak terusik langsung. Ahli jawatankuasa sudahpun dilantik dua bulan sebelum majlis bermula. Mereka terdiri daripada petugas masjid.

    Seorangpun tidak kelihatan. Ke mana mereka pergi. Ada yang mengambil cuti tergesa-gesa. Tidak kurang juga langsung tidak nampak batang hidung. Ghaib tanpa khabar berita. Hendak bertanya tentang tugasan mereka langsung tidak berjawab apabila ditelefon, benar-benar melarikan diri. Langsung tiada rasa hendak bertanggungjawab dengan tugasan yang telah diberikan kepada mereka. Lepas tangan itulah yang sedang mereka lakukan. Segala arahannya mudah sahaja mereka engkar, hanya kerana arahan daripada seorang perempuan. Mereka langgar tanpa rasa belas ihsan. Kalau masalah menerpa nanti dialah yang akan dipertanggungjawabkan. Rasa pedih mencengkam diri. Hiba terus-terusan bersarang di dada. Hatinya parah digelek resah dan takut menerjah-nerjah menghimpit

    ReplyDelete
  89. Kedua

    diri. Apa yang akan dijawab dengan Imam Besar dan Pengarah Majlis Agama nanti jika ditanya tentang program yang bakal berlangsung? Semua ini membuatkan fikiranya berserabut.

    Berkelulusan Sarjana Muda Syariah b. a, hons Azhar. Memilih bidang agama adalah satu anugerah daripada ALLAH kepadanya. Terlalu mencabar dan berat tugasan yang terpaksa disandang. Sebagai seorang isteri, ibu dan dalam masa yang sama menguruskan masjid sesuai dengan jawatan yang disandang. Hatinya benar-benar kecewa. Kalaulah hati itu di luar tubuhnya pasti dalam dilihat aliran darah yang mengalir lantaran sakit yang melampau. Rasa dirinya ditanam-tanam hidup, sesak nafasnya menahan rasa sebak yang menggunung. Maruah diri bagaikan dicabar lantaran segala urusan dia yang uruskan, arahan adalah daripadanya. Majlis itu juga adalah cadangannya bagi mengimarahkan masjid dan mendekatkan masyarakat persekitaran agar sering ke masjid.
    Mentari yang memancarkan sinarnya, angin bertiup damai menyapa wajahnya. Dia berjalan menyusuri khemah yang telah ditempah sudah siap tersusun di sekeliling masjid. Karnival Masjid An- Nur bakal berlangsung esok. Dia melemparkan senyuman ke arah para peniaga yang sibuk menyusun barangan perniagaan mereka. Ada yang menjual pakaian seperti jubah lelaki dan perempuan. T-shirt muslimah yang semakin digemari ramai. Peralatan beribadah turut dijual. Buku-buku agama juga tidak ketinggalan. Mereka tidak boleh memilih khemah yang mereka suka atau tempat yang mereka inginkan. Dua hari yang lepas para peniaga tersebut dipanggil untuk mencabut nombor khemah yang telah ditentukan oleh pihak penganjur. Dalam hati dia benar-benar bersyukur kerana Karnival Masjid An-Nur akan dijayakan dengan kerjasama dengan sebuah stesen radio. Dia berharap majlis berjalan lancar. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bukan calang-calang orang. Terdapat lebih seratus khemah yang bakal menjual beraneka jenis barangan. Program paling besar yang pernah dianjurkan oleh pihak masjid. Bukan main-main. Bukan hanya untuk berseronok untuk mencipta nama tetapi program itu membawa maruah Masjid An-Nur dan staf masjid tersebut.
    Susah betul bekerja dengan kaum Adam, langsung tidak mahu memahami apatah lagi mahu membantu. Kalau ditegur ada-ada sahaja alasan yang akan keluar dari bibir mereka. Disuruh membeli barangan keperluan majlis nanti seperti air mineral, alat tulis pasti ditolak dengan alasan susah hendak mendapatkan tempat letak kereta. Kalau diminta berhubung dengan penceramah, pasti alasannya sudah buat panggilan tetapi tiada siapa yang menjawab. Takkan cukup sekali? Perlulah menefon berkali-kali atau tinggalkan pesanan atau pun sms sahaja. Semuanya menjadi sukar bagi mereka. Sudah terbiasa duduk santai hanya menjadi iman solat maka mengikuti program atau mengatur majlis seperti itu bagaikan terasa membuang waktu sahaja. Tiyah beristighfar. Hati siapa yang tahan? Mahu sahaja dia melepaskan apa yang berbuku di hati, namum dia sedar status dirinya. Dalam soal ini dia perlu bertenang dan bersabar. Biar bagaimana menjengkelkan sikap orang bawahannya dia tetap perlu bersabar. Dia pasti semua ini adalah dugaan untuknya. Tidak boleh berputus asa dan tidak boleh kecewa, bak kata orang menggenggam bara api biar sampai jadi abu. Alang-alang mengail biar dapat ikan, tidaklah sia-sia dia berada di situ. Hanya orang yang lemah sahaja yang akan kecewa.

    ReplyDelete
  90. Ketiga

    Tiyah menghela nafas yang terasa menyendat dalam dada dan menghembuskannya perlahan. Terasa sempit hidungnya untuk bernafas. Dengan perasaan yang marah dia bergegas membawa senarai ahli jawatankuasa yang bertugas ke pejabatnya. Mahu sahaja dia mengamuk hari itu Biar mereka tahu dia bukan suka-suka mengatur program tersebut. Dia tidak mahu mereka sekadar bekerja untuk mendapatkan nama. Biar mereka sedar bahawa karnival yang dirancang dengan sedemikian rupa itu bertujuan untuk membawa dan mengangkat nama Masjid An-Nur dan nama institusi agama, bukan sebaliknya untuk mengangkat nama mereka! Kenapa susah sangat hendak berbakti kepada umat, hah? Bukankah di zaman Rasulullah saw dahulu masjid digunakan untuk berbagai urusan baik dunia mahupun akhirat. Mereka adalah lulusan agama, tidakkah mereka faham akan tanggungjawab mereka yang sebenar? Lupa atau tidak tahu?
    Bukankah sepatutnya mereka yang berkelulusan agamalah yang rajin turun padang berdakwah, mendekati masyarakat, buat program agar ramai lagi masyarakt di luar sana berpusu-pusu menghampiri masjid. Bukan hadir sekadar untuk mandikan jenazah dan akad nikah sahaja. Pandangan masyarakat tentang fungsi masjid harus diubah. Inikan rumah ALLAH SWT? Bukan terbukti sudah, bahawa tiada tuan di sini? Tiada yang empunya? Bukankah merekalah yang telah diamanahkan menjaga dan memelihara kesucian rumah ALLAH SWT? Gerutu hatinya, kesal mengenangkan betapa sebelumnya ini, sudah berbuih mulutnya berbicara lembut untuk menjaga hati mereka? Dan buih itu sudah basi kini. Apa hasilnya?

    “Mana Ustaz Halim? Bukankah dia perlu ada di tempat urusetia, perlu pastikan semuga gerai-gerai yang telah ditempah disusun dan diuruskan dengan baik?” Tanya Tiyah. Beberapa pekerja bawahannya, kebanyakkan hampir seusia dirinya, berkemeja dan berkopiah hanya menjungkitkan bahu. Hampir 98 peratus pekerja di masjid itu adalah lelaki.
    “Dia bercuti ustazah, ada kecemasan,” beritahu salah seorang daripada orang bawahannya. Berkaca mata, sudah siap berjubah dan berserban, mungkin sebentar lagi bakal menjadi iman solat.
    “Subhana-ALLAH, tiba-tiba? Pandai pula ya, ada kecemasan di saat-saat sibuk seperti ini?” tempelak Tiyah. Dia benar-benar geram. Matanya memerhati lagi. Mengharapkan ada yang sudi bekerja secara sukarela. Dalam keadaan genting seperti itu mereka perlu membantu. Tidak kiralah mereka bertugas atau tidak.
    “Jadi sekarang, siapa yang hendak gantikan dia?”
    “Hish, kami masih bertugas ustazah, carilah orang lain. Lagipun kerja kami sebagai imampun masih banyak,” kata seorang pemuda yang bekerja sebagai Imam 3 di masjid tersebut.
    “Takkan tak boleh bantu?” pinta Tiyah separuh merayu.
    “Maaflah ustazah, memang tak boleh,” tegas ustaz itu.

    ReplyDelete
  91. Keempat

    “Tak apalah Ustazah Tiyah, biar Iman sahaja yang tolong.” Pelawa kerani masjid.
    “Terima kasih Imah,” Tiyah menepuk bahu Imah, terharu bukan alang kepalang. Hampir tidak terkata dan tidak mampu meluahkan apa-apa. Karnival itu program terbesar yang diuruskan oleh pihak masjid. Selama tiga hari dua malam. Di malam hari diadakan majlis ilmu dengan memanggil beberapa ulama besar dari luar negara memberi ceramah di masjid tersebut.
    “Usta Zaki juga tak ada? Dia kan uruskan program ceramah malam ini? Bagaimana dengan penceramah, makanan dan minuman untuk penceramah dan mereka yang datang ke masjid? Adakah pihak catering sudah diberitahu berapa jumlah makanan yang perlu mereka sediakan?” Soal Tiyah bertubi-tubi setelah memeriksa senarai kerja yang telah diatur waktu mesyuarat tiga hari yang lepas.
    “Anaknya tiba-tiba deman, itu yang dia terus balik, ustazah,” cerita Imah lagi dengan riak muka simpati.
    Satu persatu masalah menjelma, menghiris hatinya. Terasa perit dan berdarah. Kalau diletak ubat pasti pedih dan menyucuk sehingga ke tulang hitam. Tidak mungkin dia mampu uruskan semuanya walaupun dengan bantuan Imah. Dia dan Imah bukan robot yang dikawal selia dengan alat kawalan jauh. Dia manusia biasa sama macam ustaz- ustaz itu.
    Sampai ke waktu begini, aku dan Imah masih di pejabat? Desis hatinya. Perasaan sedih menyelinap di setiap ruang rongga tubuhnya. Wajah suami dan anak-anak bermain di ruangan mata. Entah bagaimana keadaan mereka. Setiap masa begini. Nasib baik suami dan anak-anak memahami. Pulang sahaja dari tempat kerja, suaminya akan pergi mengambil anak di rumah pengasuh. Memastikan keperluan anak-anak terpenuhi, makan minum semuanya tersedia. Untung suaminya sudi membantu kalau tidak boleh hilang akal seketika. Tekanan di tempat kerja masih boleh diatasi, tetapi tekanan di rumah itulah yang dia tidak mampu hadapi.
    “Macam mana ini, Imah?” Tiyah mengeluh kesal.
    Imah mengangat bahu tanda tidak tahu.
    Tiyah sedar segalanya harus diuruskan sendiri. Tidak perlu bantuan sesiapa, kepada ALLH SWT dia berserah dan meminta agar diberi kekuatan dan kesabaran. Dia juga berdoa agar majlis yang telah disusun dan dirancangnya berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
    Imah menyusun senarai nama peserta untuk program Qiyamulail yang akan diadakan pada hujung minggu ini. Satu tugasan telah selesai. Dia letakkan ke tepi agar mudah dicari nanti. Dia mengatur tugas seterusnya. Beg kertas dan barangan hadiah untuk bengkel keibu bapaan yang telah dibeli beberapa hari yang lalu diambil pula dan di isi segala buku nota dan alat tulis dan senaskah al-Quran mini.

    ReplyDelete
  92. kelima

    Laju tangan Tiyah melakukan tugasan yang sama. Dalam diri bersarang beribu-ribu kehancuran, mencongak dan memikirkan sikap manusia. Kesedihan dan kehibaan yang masih berbaki tidak usah cerita. Kesakitan yang menyucuk jiwanya. Menghilangkan rasa ketenteraman di jiwa. Entah berapa puluh kali dia beristighfar memohon keampunan lantaran rasa sakit kepada manusia yang menebal di hati. Panahan perasaan geram menyala-nyala. Kalau ada sahaja kelibat orang yang dicari sudah pasti letupan gunung berapi akan membuak di bibirnya.
    “Imah, tolong saya bawa senarai ini, periksa berapa gerai yang sudah sampai dan menyusun barang-barang mereka, boleh? Biar saya telefon penceramah untuk malam ini, ya,” perintah Tiyah dengan lembut lagi sopan.
    “Ustazah Tiyah, sudah tentu boleh. Imah pergi dahulu,” Imah tersenyum riang. Dia mengambil kertas tersebut dan bergegas ke kawasan masjid.
    Tiyah menyambung semula tugasan mengisi beg kertas dengan buku nota dan alat tulis. Tugasan yang tinggal tidak banyak lagi. Senyuman terukir di bibirnya kerana satu persatu tugasan selesai dilakukan walaupun hanya melakukannya berdua dengan Imah.
    “Banyak sangat program tahun ini yang ustazah susun, penatlah ustazah. Lagipun buat apa? Kerja kita jaga masjid ini, program-program seperti ini tak perlulah buat. Buang masa sahaja. Buat apa buang-buang tenaga? Cukuplah sekadar ada kuliah selepas maghrib atau sebelum Jumaat. Yang Ustazah susahkan diri itu, buat apa?” kata pemuda itu tadi dengan riak muka yang sinis.
    “Kalau semua orang yang tahu agama bersikap seperti awak, rasanya Islam hanya ada di masjid! Cuba awak bayangkan jika Rasulullah SAW bersikap malas seperti mereka yang ada di masjid ini? Agak-agak awak, agama apa yang awak akan anuti sekarang?” Tiyah. Sakit benar hatinya. Pemuda yang baharu beberapa bulan bekerja sebagai iman muda di Masjid An Nur hanya rajin di awal bulan dia bekerja, selepas itu perangai sebenarnya mula kenampakan.
    “Kalau ustazah hendak buat program, buatlah sendiri, kalau kami bekerja sehingga larut malam pun bukan ada bayaran,” pemuda itu mencebik.
    “Bukan ALLAH akan bayar ustazkah? Apa, waktu di universiti dahulu, ustaz tak belajar tentang itukah? Baik pergi buka kitab balik,” dengus Tiyah seraya angkat kaki. Malas berlama di situ. Buat sakit mata dan sakit hati. Mereka boleh duduk bersantai dan membiarkan dia seorang diri dan Imah ke hulu dakn ke hilir menyelesaikan semua perkara. Ada hati ke tidak mereka itu? Padahal , gelaran yang dijunjung cukup hebat; ustaz! Kalau Rasulullah saw hanya duduk goyang kaki, rasa-rasanya manusia sekarang inipun masih duduk dalam zaman Jahiliyah tak? Ah! Dia tidak peduli apa yang mereka rasa dan kata tentang dirinya. Dalam hati hanya ada ALLAH SWT dan dia berjuang hanya kerana ALLAH dan itu cukup jelas!
    Tiyah sedar amat memang dia tidak sekuat Rabiatul Adawiyah beribadah setiap masa tidak kira siang dan malam sujud kepada ALLAH, kekasih hatinya. Hatinya juga tidak seteguh hati Summayah yang sanggup mengorbankan ahli keluarga demi agama ALLAH SWT. Tidak seberani Asiah yang begitu

    ReplyDelete
  93. keenam

    berani mengucapkan Kalimah Syahadah walaupun tahu suaminya Firaun mengaku Tuhan. Namun dia ada hati seteguh hati ibunya yang bak besi waja dalam meneruskan kerja Rasulullah saw dalam berdakwah dan menyebarkan syiar Islam agar sampai ke akar umbi. Jasa ibu besar sekali, sebagai jururawat pencen sanggup berbakti menerjah bedilan senapang kaum Yahudi demi berbakti kepada rakyat Palestin yang tertindas di bumi sendiri. Ayah pula bekas Iman masjid yang masih kuat bekerja, menungkah arus ke Sabah dan Sarawak menyampaikan ceramah memberi pendidikan agar Islam di sana terus mengembang, mekar dan subur tumbuhnya.
    Wang hanya di mata? Adakah hati telah buta? Agama entah ke mana? Kepentingan diri yang utama. Apa jadi di luar sana, bukan aku punya hal, itu agaknya yang ada di kepala? Di mana perginya rasa keimanan di hati kononnya sayangkan agama ini? Tapi apa yang dilakukan untuk berbakti sekadar duduk di masjid menunggu azan berbunyi? Tiyah mengetap bibir menahan rasa sebak di dada. Apa yang hendak diberitahu kepada Iman Besar nanti, tentang program yagn berjalan tiada urusetianya? Ya ALLAH, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-MU, bertemu dan mematuhi perintah-MU, bersatu memikul beban dakwah-MU, maka eratkahlah, Ya ALLAH akan ikatannya, doanya di dalam hati.
    Nafasnya turun naik, langkah diayun semakin laju menuju kembali ke ruangan khemah-khemah. Biarlah mereka dengan sikap mereka. Dia tidak mahu ambil pusing. Dia amat bersyukur apabila ada juga yang sudi membantu. Di rumah, suami dan anak-anak tidak pernah bertanya dia ke mana dan buat apa. Mereka tahu di mana dia akan berada setiap masa. Mereka juga tahu tugas-tugas yang terpaksa di uruskan. Suami begitu memahami, mereka seakan memberi ruang untuk dia berbakti kepada agama,bangsa dan negara. Dia amat terharu walaupun kadang-kadang berbunyi juga luahan rasa, kesunyian setiap masa lantaran isteri sibuk sentiasa. Dia akan memekakkan telinga, buat apa yang perlu. Tidak mahu menekan diri sendiri. Tekanan akan membawa penyakit. Berserah sahaja dan lakukan yang terbaik. Hanya dengan carai itu sahaja dia memotivasikan diri sendiri.

    Wajahnya muram seketika. Bukan tidak suka Cuma kecewa, takut perkara yang lepas terus berlaku lagi. Program mengemarahkan masjid seterusnya adalah majlis katam al-Quran peringkat daerah akan diadakan di masjid tersebut. Aneh, waktu bermesyuarat dengan Imam Besar, semua bahagia akan tunjuk muka, membentangkan kertas kerja serta cadangan dari mereka. Berkobar-kobar mereka bersuara. Kehairan sering menerpa apabila tiba waktu kerja tiada seorangpun menampakkan muka. Terkontang-kantinglah dia dengan beberapa ustaz dan pekerja masjid yang sudi membantu. Bukanlah yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Mengeluh sahajalah tempat dia melepaskan rasa terkilan di hati. Pekerja wanita di masjid itu hanya tiga orang termasuk dirinya. Bayangkan bagaimana dia hendak melakukan semua perkara bersendirian?
    Kerosakan di masjid, kebocoran bumbung lantaran panas dan hujan. Tandas tersumbat akibat pembuangan barang yang tidak sepatutnya dia juga yang akan uruskan. Mana perginya pegawai-pegawai lelaki? Oh lupa, mereka lazimnya hanya tayang diri seolah-olah ambil tahu dan ambil berat sewaktu bermesyuarat. Kerja mereka membentangkan masalah sahaja, sedangkan orang yang memperbaiki masalah itu siapa? Siapa lagi jika bukan dirinya sendiri. Senangkan kerja begitu, setakat mengarah, memberi pendapat selepas itu senyap bagaikan orang bisu, bagaikan orang cacat tidak bergerak ke mana-mana. Rasa bersalah menyusup masuk, menelan perasaanya. Akan terbir rasa gundah gulana, tanggungjawab yang dipikul tidak boleh dibuat sambil lewa sahaja. Ini urusan agama, urusan ummah, bukan rumah persatuan yang boleh dibuat sesuka hati sahaja Datang bila mahu, pergi ikut suka. Ah, tiada guna mengeluh.

    ReplyDelete
  94. Terakhir

    Langkah Tiyah terhenti tiba-tiba. Hujan yang renyai-renyai menyembah bumi, desiran angin penghawa dingin lembut menyapa pipi. Kelopak mata Tiyah terkedip-kedip memandang wajah Ustaz Zaki yang termenung jauh di mejanya. Wajah yang penuh masalah. Jarang dia melihat kelibat Ustaz Zaki sejak akhir-akhir ini. Berat mulut hendak bertanya, nanti dikatakan menyibuk pula.
    Ustaz Zaki mendekati Imah yang sedang tekun menaip surat untuk menjemput beberapa persatuan menghadiri Masjlid Khatam al-Quran beramai-ramai itu.
    “Kenapa dengan Ustaz Zaki?” tanya Tiyah setelah kelibat Ustaz Zaki menghilang dari meja Imah kembali ke tempatnya.
    “Kena marah dengan Imam Besar sebab tender untuk bersihkan kawasan masjid masih belum dibuat lagi,” cerita Imah.
    “Itukan tugas Ustaz Halim? Kenapa Ustaz Zaki pula yang kena buat?” Ustazay Tiyah kehairanan. Orang lain punya tugas, takkan orang lain yang kena marah.
    “Ustaz Halim bercuti, jadi tugasnya diserahkan kepada Ustaz Zaki,” kata Imah lagi.
    Simpati menjadi tetamu tanpa dipinta. Tiyah kembali ke biliknya. Dia mengeluarkan satu fail dari lagi mejanya. Dia menapak ke meja Ustaz Zaki. Pemuda itu langsung tidak menoleh memandangnya. Tekun bekerja atau meluat memandangnya, dia sendiri tidak tahu. Ah, usah dipeduli itu semua.
    “Ini tender untuk kontrak pembersihan masjid dan persekitarannya ustaz. Saya sudah siapkan sejak minggu lepas lagi. Bolehlah ustaz serahkan kepada Imam Besar. Biar dia semak dan pilih kontraktor yang layak.” Tiyah meletakan fail yang berisi nama-nama syarikat untuk tender pembersihan di atas meja Ustaz Zaki.

    Ustaz Zaki terpinga-pinga melihat fail tersebut. Wajah Ustazah Tiyah dipandang seketika kemudian matanya memandang semula fail itu. Dibuka dan dibelek satu persatu. Terdiam dan terkedu. Itu bukan tugas Tiyah tetapi masih membuatnya.

    “Terima kasih Ustazah Tiyah,” kata Ustaz Zaki perlahan. Dia terharu. Racun yang ditabur, madu pula yang di terima. Malu sendiri.
    “Maaf di atas segala kekhilafan saya, saya berjanji, kejadian seperti ini tidak akan saya ulangi lagi.” Janji Ustaz Zaki, termalu sendiri.
    “Terima kasih kembali, syukur Alhamdulillah,” getus Tiyah. Gembira tidak terkata, senyuman manis terukir di bibir, mekar, berbunga riang . Manusia akan berubah apabila dirinya tersepit mencari jalan keluar. Bantuan yang diterima bagaikan melepaskan diri dari tali gantung yang menjerut leher. Buang ego dan sikap pentingkan diri, maka segala urusan akan berjalan dengan baik.

    ReplyDelete
  95. asmah :)

    saya dah baca pembaikan cerpen anda kat atas tu, komen saya; sepuluh kali sgt bulat, padat, kuat dan lain daripada yang lain, yg pernah saya baca lewat media massa. tahniah! nampak jelas, byk penyelidikan yang anda serap dan hidupkan dengan begitu berjaya sekali!

    kecuali yg di bawah ni;

    .1. berhati busuk bagaikan bangkai - tak sesuai, hati busuk hanya kalau dia menganiaya, mensabotaj atau mengkhianati dan seumpamanya. tukar; gunakan perkataan pemalas, kerana itulah sebenarnya mereka kan? suka curi tulang? sesuaikan

    2. Kalaulah dia api yang membara sudah pasti dia akan membakar setiap inci manusia yang merasakan dirinya sudah cukup menabur bakti kepada agama. Kalaulah dia gunung berapi sudah lama dia mengeluarkan lavanya biar tenggelam apa yang ada di sekelilingnya. (bila saya baca ayat ni, terus saya ckp begini, "Ya Tuhan...!)

    saya jelaskan mengapa;

    1. tiyah, adalah seorang ustazah dan agamawan, biarpun masih sgt muda. jadi, perlu punya cara pemikiran sesuai sebagia seorang ustazah merangkap `hero' dlm cerpen ni. `api' lazimnya, dikaitkan dengan syaitan = maka, jika dari ayat itu, api itu seakan dtg dari hati tiyah dan ini lebih dahsyat, kerana ini bertentangan dengan dirinya yang agamawan. cara mengatasinya; tukar api dengan air, dan jika perlu guna sabun pun boleh, yg penting bersih dan tak memusnahkan - anda perlu buat pembaikan untuk paragraf ini saja dan post paragraf ini saja, utk saya lihat semula),

    3. andai ada peraduan menulis cerpen, hantar cerpen ini, sebagai usaha utk membina nama di gelanggang sasetra.

    4. yg paling penting, jika utk peraduan, jgn terbitkan cerpen ini di blog dahulu sebelum ia terbit di pasaran. kerana, sekali anda dah terbitkan di blog, ia dianggap sudah terbit dan pihak juri akan menolak karya yg sudah terbit.

    5. selepas buat pembaikan yg separagraf itu, jika bersedia mental dan fizikal utk bertungkus lumus menghasilkan novel bermutu tinggi pula, anda boleh mohon bantuan aini utk menjemput anda ke blog kayangan.

    itu je asmah :) gigih terus k

    ReplyDelete
  96. Salam, terima kasih sifu... segala tunjukajar akan saya manfaatkan sebaik mungkin. Jasa sifu akan dikenang sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  97. Salam sifu, Insya-ALLAH akan diperbaiki.

    ReplyDelete
  98. Sifu, ini bahagian yang telah saya perbaiki

    Air yang bertakung di kelopak mata ditahan agar tidak gugur mencecah pipinya. Dia tidak mahu menangisi apa yang berlaku. Dia tidak selemah itu. Baharu diuji dengan sedikit ujian sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dirinya sudah mengeluh kesah. Tiada guna mengeluarkan mutiara jernih itu hanya kerana sikap segelintir manusia yang tidak menghormatinya. Biarlah dia menjadi lilin menerangi orang lain, biarlah dia menjadi payung pelindung dari hujan dan panas. Biarlah dia menjadi air menyejukkan yang panas. Biarlah sikap Rasulullah SAW walaupun tidak semuanya mampu diikuti menjadi ikutan dalam diri. Kekuatan Bagindan menghadapi musuh-musuh Islam, ketabahan dan kesabaran Baginda wajib dicontohi dan ikuti. Semoga dia sekuat Rasulullah SAW, doanya di dalam hati.

    ReplyDelete
  99. asmah :)

    cantik..! inilah ada ciri2 seorang ustazah merangkap hero yg kita angkat dlm karya kita kan?

    ok, sekarang, anda buatlah sinopsis drpd cerpen yg hebat ini, lps tu beri pada aini, ini sebagai prosedur je k, lps tu, .. lps tu apa ya? nanti saya sihat, kita smbung di kayangan.

    bey dulu :)

    ReplyDelete
  100. Terima kasih sifu. Insya-ALLAH, bermakna saya buat sinopsis novel berpandukan kisah cerpen ini ya? baik, Cabaran ni, tapi tidak mengapa, akan berusaha gigih. Terima kasih sifu, semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  101. Salam sifu. Ini sinopsis novel yang bakal sifu tunjukajar. Cuma buat penambahan sedikit. Dan perlu tunjukajar sifu di mana harus bermulanya perjalanan karya ini.

    Kisah seorang ustazah muda yang dilantik sebagai Pengurus Masjid di Masjid Wilayah Persekutuan. Terpaksa berdepan dengan ustaz-ustaz yang tidak mahu menerima arahan daripada seorang wanita. Ustazah Fatiah terpaksa bertungkus lumus melakukan tugasnya sendiri. Berbagai dugaan dan tohmahan dilemparkan kepadanya, malah diperlekehkan oleh golongan lelaki ini kerana statusnya sebagai seorang wanita tidak melayakkan dia memberi arahan kepada mereka golongan Adam ini.
    Idea dan rancangan yang diatur dicantas, malah ada yang langsung tidak memberi kerjasama. Terpaksalah Ustazah Fatiah bertungkus lumus sendiri dengan meminta bantuan daripada sukarelawan masjid bagi menjayakan majlis yang dirancang.
    Dia juga dicadangkan untuk ditukarkan ke jabatan lain. Ustazah Fatiah sayang dengan tugasnya mengimarahkan masjid tersebut. Dia punya impian dan cita-cita untuk menarik lebih ramai masyarakat tidak kira tua atau muda mendekati masjid. Keluarga memberi sokongan tidak berbelah bahagi.
    Dia tidak kenal putus asa. Dia berjuang bersungguh-sungguh sesuai dengan jawatan yang disandang. Biar apa mereka kata. Dia bekerja kerana ALLAH SWT, bukan kerana manusia. Dia akhirnya dihormati kerana kejayaannya menarik ramai Jemaah menghampiri masjid.

    Dia juga berkahwin dengan seorang mualaf dan kehidupannya agak tertekan kerana ibu mertuanya tidak bersetuju sewaktu mula-mula berkahwin dahulu. Kerana sering menunjukkan sikap yang baik, prihatin dan penuh kasih sayang kepada ibu mertuanya walaupun berlainan agama membuatkan dia disayangi. Cuma masih belum mampu membawa ibu mertuanya memeluk Islam.

    Mungkin saya akan buat tambahan bagaimana ustazah Fatiah melayan kerenah ibu mertuanya dan bagaimana dia melayan sikap ibu mertuanya demi sebuah hubungan yang bahagia untuk keluarganya.

    ReplyDelete