• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, July 11, 2010

Nurul Izzaty

Sunday, July 11, 2010 // by Azmah Nordin // 1 comment

Nama : Nurul Izzaty Nor Jefri
Judul : (belum d'tetapkan)
Jantina : perempuan
No. k/p : 971123-12-6474
Tempat Tinggal : Sandakan, Sabah
Jenis Karya : Cerpen


Menceritakan sebuah persahabatan yang erat antara Jihan, Safwanah, dan Balqis. Mereka mempunyai banyak kenangan manis bersama ketika di Tingkatan 3. Persahabatan yang jujur dan suci ini Cuma sementara setelah mereka masuk ke dunia Tingkatan 4.
Jihan, Safwanah, dan Balqis dipisahkan kelas mengikut keputusan PMR mereka. Jihan telah dimasukkan ke kelas 4Sains Tulen, manakala Safwanah dan Balqis pula dimasukkan ke kelas 4Sains Asasi. Pada awal tahun mereka di Tingkatan 4, mereka masih mempunyai saat-saat mesra bersama, namun kemesraan itu semakin pudar disebabkan mulai timbulnya rasa terpinggir oleh Safwanah dan Balqis.
Kehadiran Soffy telah mengubah keadaan menjadi keruh. Safwanah dan Balqis menganggap Soffy adalah pengganti Jihan dalam ikatan persahabatan mereka. Seperti Jihan tidak lagi penting bagi mereka. Konflik demi konflik berlaku antara Jihan, Safwanah, Balqis dan Soffy. Rasa iri hati atas sikap peramah Jihan telah timbul semenjak kehadiran pelajar baru di kelas 4Sains Tulen. 
Jihan hanya mampu bersabar mengharungi pelbagai sindiran dan kadang ditinggalkan keseorangan oleh mereka. Namun, kesabaran Jihan juga ada batasnya. Jihan mengambil keputusan untuk mengikut keluarganya berpindah ke luar Negara tanpa memaklumkan kepada Safwanah, Balqis, dan Soffy. Sebelum Jihan berangkat, Jihan telah meninggalkan sesuatu kepada Safwanah, Balqis, dan Soffy yang membuatkan mereka rasa menyesal dan bersalah terhadap Jihan. Namun, mereka tidak lagi dapat menjejak di mana keberadaan Jihan. 

1 comment:

  1. izzaty, pastikan karya anda tak sama dgn shahira, dan ini panduan seterusnya;

    1. anda boleh mulakan cerpen anda dgn menggunakan formula 4/5 - mulakan ia lagi dekat cerita nak habis, lagi baik.

    2. pilih 2 babak (drama) yg diiringi dgn dua suasana; satu sekarang dan satu flashback

    3. pilih hanya seorang watak utama, dan pastikan anda betul2 menghayati gelojak perasaannya.

    izzaty :) anda buat dulu ni, nanti saya lihat bagaimana. gigih terus k

    ReplyDelete