• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, March 28, 2010

Nur Aliah

Sunday, March 28, 2010 // by Azmah Nordin // 3 comments

Nama : Nur Aliah Syazwanie Ahmad Shukri 
Judul : ( Belum ditetapkan )
Jantina : Perempuan
No k/p : 970205-12-5868
Tempat tinggal: Sandakan, Sabah
Jenis Karya : Cerpen


Assalamualaikum, kak aini. Ini adalah sinopsis cerpen saya. Sebenarnya saya telah mengubah keseluruhan jalan cerita saya kerana karya yang saya telah tunjukkan kepada sifu sudah tidak dapat saya sambung kerana saya telah kekurangan idea dan saya rasa tidak sesuai dengan peringkat umur saya. Semoga ia bermanfaat dan saya berharap kak aini dapat meluluskan sinopsis baru saya untuk saya meneruskan karya saya agar saya dapat bimbingan seterusnya daripada Sifu Azmah. Terima kasih kak aini :)

Nur Athirah Lee, seorang gadis yang berusha membuka pintu hati keluargnya untuk menerima kenyataan bahawa dia telah menjadi seorang mualaf dan menjadi seorang hamba Allah yang Maha Esa. Keluarganya membencinya dan tidak menganggapnya sebagai anak mereka apabila dia telah memeluk agama Islam setelah terdengar satu ceramah yang berunsurkan keagamaan apabila dia menemani seorang sahabatnya untuk menghadiri cermah tersebut. Namun, iman Athirah tidak pernah goyah. Dia tetap berusaha untuk berbuat baik kepada keluarganya. Dia juga selalu meminta nasihat daripada sahabatnya, Wawa agar dia boleh kekal istiqamah dengan perubahan dalam dirinya tersebut. Usaha dan kesabaran Nur Athirah tidak sia – sia apabila ibunya terdengar laungan azan dari telefon bimbit Nur Athirah apabila telefon bimbit Athirah tertinggal di atas meja rumahnya. Ibunya berasa sungguh syahdu dan amat tenang. Lantas dia membuka papan kekunci yang terdapat di telefon bimbit Athirah dan cuba untuk memeriksa isi kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit tersebut. Semuanya berunsurkan islamik. Keesokan harinya, Athirah datang ke rumah ibunya untuk mengambil telefon bimbitnya apabila dia menyedari telefonnya tiada di tangan pada malam itu. Baru sahaja Athirah ingin melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah ibunya, ibunya telah terlebih dahulu datang dan memeluknya. Athirah terkedu kerana ibunya tiba – tiba mesra terhadapnya begitu juga ahli keluarga yang lain. Setelah ibunya menjelaskan segalanya, Athirah memanjatkan syukur kepada ilahi kerana doanya telah dimakbulkan.

3 comments:

  1. aliah :)

    sebelum anda memulakan karya, anda jwb dulu soalan saya ni k;

    1. dari anda; Dia tetap berusaha untuk berbuat baik kepada keluarganya.

    2. dari anda; Dia tetap berusaha untuk berbuat baik kepada keluarganya.

    soalan; beri beberapa contoh dia berusaha berbuat baik kpd keluarganya.

    2. dari anda; dia telah memeluk agama Islam setelah terdengar satu ceramah yang berunsurkan keagamaan apabila dia menemani seorang sahabatnya untuk menghadiri cermah tersebut.

    soalan; beri contoh salah satu ceramah yg paling menyentuh perasaan dan buat dia ingin berubah, ceramah ttg apa?

    3. dari anda; Keluarganya membencinya dan tidak menganggapnya sebagai anak mereka apabila dia telah memeluk agama Islam.

    soalan; apabila keluarga membenci, apakah dia ttp terus diterima tinggal serumah? bagaimana cara mereka tunjukkan benci - tanpa menyentuh soal agama (sensitif ni)

    4. dari anda; Usaha dan kesabaran Nur Athirah tidak sia – sia apabila ibunya terdengar laungan azan dari telefon bimbit Nur Athirah apabila telefon bimbit Athirah tertinggal di atas meja rumahnya.

    soalan; tidakkan bunyi telefon bimbit sprti itu akan tambah buat si ibu terganggu? cuba fikirkan sesuatu yg boleh menyentuh naluri keibuan si ibu, sbb bagaimana marah pun seorang ibu, dia ttp sayangkan anaknya. contohnya, dia kemalangan/demam panas/dll - ataupun, sewaktu si ibu menghadapi masalah kesihatan yg agak teruk (dll), dialah yg tergesa2 dtg menolong ibunya, sedangkan yg lain belum pulang atau sibuk dgn urusan lain? fikirkan. biar dramatik dan menyayat hati.

    aliah, anda jawab dulu soalan saya ni, dan mungkin selepas itu, anda sudah boleh menulis cerpen yg berpandukan formula 4/5.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  2. baiklah sifu. saya akan menjawab soalan - II sifu itu.

    1.dia rela dicaci di hadapan pekerja ayahya apabila dia menghantar makanan untuk ayahnya di pejabat, dia juga selalu berusaha untuk kembali ke rumah itu dan berjumpa dengan ahli keluarganya untuk membuka pintu hati mereka dan menerimanya semula kerana dia masih sayangkan mereka semua.

    2. Nur Athirah telah terdengar seorang ustaz berceramah mengenai azab-II yang akan diterima oleh kaum wanita yang tidak menutup aurat di akhirat. Kemudian dia menangis apabila mendengarnya. Macam tu la idea saya sifu. hehe

    3. Sebenarnya dia tidak diterima oleh ibu dan ayahnya utk tinggal serumah dgn mereka. dia tinggal dengan kawan baik dia. tapi adik perempuan dia selalu mengharapkan dia balik ke rumah tu. Athirah pun kesiankan adiknya kerana adiknya amat menyayanginya walaupun keluarganya membenci dia. oleh itu dia pun balik ke rumah itu tanpa pengetahuan ibu dan bapanya. maksud saya dia akan balik ke rumah itu apabila adik dia memeberitahu bahawa waktu itu ibu bapa dan kakak abangnya tidak ada di rumah.

    4. ok, saya faham sifu. kalau macam tu, saya akan buat ibu dia ditimpa kemalangan yang agak parah semasa ibunya dalam perjalanan balik dari luar negara ke Malaysia. kapal terbang terhempas akibat daripada pembentukan ais di bahagian sayap dan akhirnya kapal terbang tersebut menjadi berat lalu terhempas. Lepas tu, Athirah mendapat panggilan dari pihak hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Lalu dia segera ke hospital kerana keadaan ibuya kritikal apabila diterbangkan semula ke malaysia. dia seorang sahaja yang tergesa-gesa ke hospital sedangkan yang lain memberikan alasan bahawa mereka sibuk, tidak sempat utnuk membeli tiket untuk balik ke Sabah dan lain - II lagi.

    Sifu rasa okey ka ? harap okey. hehe.

    ReplyDelete
  3. aliah :)

    sangat2 istimewa dan menarik jawapan anda, saya suka. terasa berat, tp saya yakin anda boleh buat.

    ok, sekarang anda dah boleh mula berkarya, dgn berpandukan ini;

    1. pilih di mana letaknya 4/5 (atau dekat2 cerita nak habis), dan masuk sepenuhnya dlm pergolakan jiwa watak utama.

    2. pilih dua babak/drama yg diiringi dua suasana latar.

    3. mainkan perasaan rindu watak utama pd ibu, ayah dan terutama sekali adiknya, sebanyak mungkin. apabila dia tinggal bersama kawannya, tidakkah keluarganya mencrai? siapa biaya makan minum dan pembelajarannya. apabila kapal terbang terhempas, berapa ramai lagi yg hidup dan bagaimana dgn ayahnya, pastikan logik. fikirkan.

    4. gmbarkan ini dlm fikirannya selalu - mengenai azab-II yang akan diterima oleh kaum wanita yang tidak menutup aurat di akhirat. Kemudian dia menangis apabila mendengarnya. - gmbarkan bagaimana rupa azab tu, menghantui fikirannya sebelum dia memeluk agama Islam, bagaimana dia tenang setelah dia berubah dan bagaimana dia mahu keluarganya juga turut merasa ketenangan ini. mainkan gambaran azab tu, selalu, misalnya dia sprti nampak dirinya atau ahli keluarganya mengalami azab tu, dll

    4. paragraf pertama perlu menggambarkan seluruh gelojak perasaan watak utama.

    4. buat antara 5 - 7 ms, double spacing.

    aliah, anda buat ini dulu, nanti saya lihat
    bagaimana.

    gigih terus k

    ReplyDelete