• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Wednesday, January 16, 2013

10 Petua Utk Siapkan Novel

Wednesday, January 16, 2013 // by Azmah Nordin // // 35 comments

(tulisan ini ditulis khas untuk kita kongsi bersama, terutama sekali utk Ummu Anas, peserta bengkel yg membangkitkan persoalan ttg perkara ini kepada saya sebentar tadi :))

1. Tentukan masa utk menulis dan anggaplah sebagai sesuatu yang suci; mcm memenuhi tnggjwb bila masa solat tiba. Begitulah tnggjwb memenuhi waktu menulis. Masa yg sesuai yg dirasai masa anda paling kreatif – lewat malam? Dinihari? Subuh? Atau mengikut waktu pejabat biasa (mcm yg saya lakukan?) Ataupun, anggaplah masa yg anda janji pada diri sendiri itu, macam masa yang anda janjikan utk memenuhi `dating’ dgn kekasih; mesti dipenuhi, mesti diutamakan, kalau tidak putus cinta. Kalau anda tak cinta, tak kisahlah kalau putus sekalipun kan? Anda malah mungkin sengaja cari pasal atau alasan utk tidak meneruskan perhubungan itu. Tapi kalau anda sgt cinta...?



2. Jauhkan diri atau ketepikan segala bentuk gangguan; tekan punat off pada peti televisyen. Silent/senyapkan telefon bunyi telefon, hanya jawab sms setelah anda siap tugasan (penulisan) pada hari itu. Tetapkan masa menulis semasa tiada orang di sekeliling anda. Atauun, macam saya, sumbatkan telinga dengan ear phone dan mainkan muzik drpada mp3 dgn sekuat yang boleh, supaya anda tidak terganggu dgn sebarang bunyi lain di sekitar anda.


3. Pastikan hala tuju plot/jalan cerita anda. Biarpun plot, watak2 dan ceritanya mungkin akan berkembang pesat - hala tuju (mesej) ttp sama.

4. Jgn tergugat melihat skrin computer anda yg kosong. Tulis saja apa yg terlintas dalam fikiran anda, tak perlu fikir ttg salah ejaan, salah tata bahasa dll lain2, krn itu semua boleh diedit-perbaiki kemudiannya. Yg penting ceritanya dulu, biar mengalir mcm sungai. Mulakan dari gelojak perasaan watak utamanya atau dari satu babak memalukan/menyayat hati/menyeramkan/menggetarkan yg disusuli dgn imbas balik demi imbas balik sehingga terungkai mengapa ia boleh berlaku.

5. Dari bab ke bab, pasti anda sudah ada buat draf secara mental. Tiada satu pun yg anda tulis akan kekal atau tidak boleh dipadam, selagi ia belum dihantar kepada penerbit atau sudah terbit. Apatah lagi jika manuskrip itu masih berada dlm tangan sendiri, anda boleh mengubah-perbaiki pada bila2 masa saja. Jadi, jgn ganggu pengaliran ceritanya semasa anda perturunkan ke atas skrin computer. Jika ada tidak berpuas hati dengan ejaan, jalan cerita, gaya bahasa dan sebagainya, ia boleh diubah kemudiannya.


6. Jgn berasa anda perlu memulakan cerita dari titik permulaan atau mengikut urutan kronologi atau terlalu bergantung kpd draf asal novel anda. Masuk sepenuhnya ked lm jiwa watak-watak utama yg menghadapi konflik hidup itu, dan gambarkan sepenuhnya dr sudut pandangan watak2 tersebut. Kenali jiwa/perasaan/psikologi/kerjaya watak2 utama anda dgn mendalam, supaya anda tidak berasa tertekan hingga tersangkut dlm proses penciptaan kreatif anda nanti.

7. Berkaryalah tentang sesuatu yg anda suka, ini utk mengelakkan daripada anda menghadapi buntu pemikiran atau Writers Block.

8. Ulang kaji dan edit berulang-kali. Ini perlu dilakukan, setelah karya anda siap ditulis. Anda boleh tambah-cantikkan bahasa, susun-indah-kmplekkan ayat2 anda. Mana yg tidak berkaitan atau longgar, anda hanya perlu padam/delete daripada menyemakkan manuskrip novel anda.


9.Jangan ragu2 meletakkan diri anda di kalangan penulis lain. Buat satu senarai penulis yang baru menghasilkan beberapa buku2 secara sederhana saja mutunya, dan berkatalah pada diri sendiri `jika dia boleh buat, aku juga boleh – malah jauh lebih baik dariapda dia.’ Apa yg membezakan anda dgn si penulis itu, adalah kesungguhan mereka utk menghasilkan karya demi karya, dan jika mereka boleh, anda juga boleh, bukan? Sudah tentu akan ada ulasan dan krikan terhadap karya anda, begitu terbit nanti. Itu biasalah. Lagipun, hanya karya yang baik saja yang akan mendapat perhatian utk diulas atau dikritik – yang tidak baik, diabaikan, seolah-olah tidak pernah wujud. Jika ramai penulis top yg sanggup melalui pelbagai kritikan terhadap karya mereka – knp pula anda tidak, bukan?

10. Hanya anda yg boleh menentukan sama ada karya anda sudah siap ataupun belum. Biarpun anda mungkin akan menunjukkan manuskrip anda kepada rakan2 yg memang pakar dlm penulisan kreatif – dan sebagai kawan, tentulah dia akan memuji karya anda utk menjaga hati – kerana itu adalah tugas mereka. Yg paling baik, adalah dgn menghakimi karya sendiri. Pemisah antara karya bermutu dengan tidak bermutu hanya satu – diri anda. Jadi, tentukanlah bila atau bagaimana anda mahu melihat karya anda lahir k

35 comments:

  1. SIFUUUUU....

    timakasi banyak2 atas entri ini!!..memang pa'al buntu ni..timakasih atas suntikan semangat secara tak langsung ini!!!..sayang sifu... :-)

    ReplyDelete
  2. PA'AAAAAALLL... sama2, jika itu yg berlaku, tak sia2lah usaha den ni nampaknya. sayang pa'al juga :)

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah,
    Petua yang sangat menarik.

    ReplyDelete
  4. Salam kenal puan,

    Saya sentiasa ke mari untuk mengutip ilmu secara diam-diam. Cukup tertarik dengan poin no 9. Itulah saya; kurang percaya diri. Saya baru belajar-belajar menulis puisi, cerpen dan belum pernah menghantar sebarang karya.

    Terima kasih untuk tulisan ini( dan yang lain-lainnya juga) :)

    ReplyDelete
  5. Melihat Kesunyataan :) terima kasih..

    ReplyDelete
  6. Waterlily :) sama2, dtg je bila2 senang. Mmg apa yg terdpt kat blog ini tujuannya utk membantu bagi yg memerlukannya.

    Penulisan kreatif ni, mula2 je kelihatan sprt sukar. Tp, begitu kita tau `jalannya' senang saja kita laluinya berulang kali, percayalah.

    ReplyDelete
  7. Melihat Kesunyataan :) salam ziarah kembali, dtg lagi k

    ReplyDelete
  8. salam ziarah kak...

    memang bermanafaat panduan itu...

    satu dari kesusahan saya menggarap novel adalah, selalu tertunda kerana terlalu memikirkan kesempurnaan ayat-demi ayat... ingin merangka emosi yang baik... hingga kekadang buntu dan tersentap dari menulis...

    kekadang terlalu menjaga nahu dan puitis ayat pun boleh melewatkan karya yang ditulis... dah terbiasa... writer block tu memang selalu sangat lah... apa pendapat akak?

    salam hormat dari saya

    ReplyDelete
  9. salam kembali riesna :)

    kesempurnaan dan keindahan susunan ayat hanyalah perhiasan kulit sesebuah karya, yg penting adalah strukturnya. keindahan dan kesempurnaan ayat mmg penting, tanpanya mcm manusia tanpa pakaian. Tp, terlalu berlapis2 tebal pakaiannya juga, manusia itu boleh mati lemas kan... apa2 pun, ttp manusiannya harus diwujudkan dulu.

    ttg merangka emosi dgn baik, ini juga senang dilakukan, jika anda betul2 memahami watak dan masalah watak yg anda angkat dlm novel anda tu. Ini semua boleh dipelajari lewat bengkel ini :)

    writers block boleh dtg dr byk perkara, antaranya itulah, sprti yg tulis dlm petua tu. tp, ada juga org boleh diserang writes block apabila suasana sekitar terlalu menekan; masalah keluarga, putus cinta, tidak punya `energi atau aset dalaman' dan sebagainya.

    `aset dalaman', pelbagai gelojak perasaan; kemarahan, kekecewaan, keresahan, keterkilanan, ketersinggungan dll. Hanya jika anda punya aset dalaman ini saja, anda boleh menghasilkan novel dewasa dgn jaya dan membuak2 hidupnya k..

    salam hormat dari saya juga.

    ReplyDelete
  10. Salam..

    Terima kasih saudari Azmah. Sangat membantu dalam keadaan buntu ni

    ReplyDelete
  11. salam Guru Hujung Dunia :) sama2... jika perlu bantuan dlm bidang penulisan, dtg saja ke sini, dan saya akan cuba bantu seboleh mungkin k

    ReplyDelete
  12. salam puan,
    tahniah atas anugerah SEA Write baru-baru ini.
    saya mencadangkan puan menulis sebuah buku tentang panduan penulisan cerpen atau novel. sangat kurang dalam pasaran kita pada masa ini. saya juga sedang mengusahakan, namun jika seseorang penulis yang sudah ternama seperti puan menghasilkannya pasti lebih mendapat perhatian dan keyakinan.
    terima kasih juga blog ini yang dapat memberi input yang berguna.

    ReplyDelete
  13. Sdr Ekspresi :)

    terima kasih di atas ucapan itu, saya amat terharu. ya, mmg saya sudah pun menyiapkan sebuah buku ttg panduan penulisan cerpen dan novel yg berjudul `Formula Penulisan Kreatif' dan sekarang sedang dlm proses penerbitan di DBP.

    ReplyDelete
  14. terima kasih. banyak peta berguna...

    ReplyDelete
  15. Asalamualaikum Kak Azmah,
    Saya sungguh teruja dengan tulisan kak ni. Banyak novel saya belum dapat saya siapkan, separuh jalan. Blog kak yang baru saya terjumpa memang sangat berguna. terima kasih kak Azmah, luv you dari adik. Juga, segunung tahniah atas penganugerahan Sea Write Award 2009. Teruskanlah memberi ilmu yang berguna. Noraini

    ReplyDelete
  16. Mastermoney :)

    terima kasih atas ucapan itu terharu amat saya...

    wah, byk novel tak siap ya? eloklah disiapkan, sbb setiap sebuah novel, ribuan ringgit juga harganya utk sekali cetak kan

    ReplyDelete
  17. Terima kasih atas perkongsiann.

    memberikan inspirasi =)

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah.Satu perkongsian yang amat bermanafaat.

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah berbaloi sangat bila meneroka isi blog ini. Terima kasih banyak Sifu, panduan besar bagi penulis yang bertatih macam saya.

    ReplyDelete
  20. Cikgu Rosnani :) sama2, gigih terus k

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum, Puan Azmah.

    Terima kasih atas tips berkenaan..
    Saya masih baru menceburi bidang penulisan setelah pergi ke bengkel penulisan novel tarbiah remaja pada akhir tahun 2010...
    Saya dapat rasakan penulis perlu berdisiplin untuk memastikan novel ini siap...
    Saya masih pelajar kampus..kene tetapkan masa yang sesuai di samping belajar di kuliah

    Datang la melawat blog saya di http://arifah-zin.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum puan Azmah.

    Syukur dan Alhamdulillah kerana saya bertemu dengan blog puan ini. Terlalu banyak ilmu dan perkongsian yang diberi memotivasikan saya untuk menghasilkan karya. Manfaatnya amat berharga. Terima kasih di atas curahan ilmu di alam blog ini.
    Semoga terus sukses.

    ReplyDelete
  23. Salam...
    Terima kasih ya K.Azmah Nordin... Sy rasa, sy perlu untuk memperbykkan membaca penulisan2 akak nie...
    Saya sering mendapat idea2 untuk menghasilkan sesuatu cerita, tetapi, masalahnya, sy ini tidak pernah menulis hingga habis cerita2 tersebut, kerana, sy tidak terlalu pandai berkarya... jadi, sy rasa sy perlu mengikuti langkah2 untuk menulis sebuah cerita, seperti yg k. Azmah sebutkan ini... Thanks A Lot ya...

    ReplyDelete
  24. salam singgah. terserempak sebenarnya blog ini. membaca sepintas lalu, akan datang lagi.

    saya selalu disuruh supaya menulis secara serius, tanpa henti, teman-teman mengusulkan. cuma saya, barangkali belum bersedia, atau memang tak pernah bersedia?..

    walau tuhan tahu, saya memang mahu.. :)

    salam hormat puan. :)

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah,teruja sungguh bila baca blog ni,baru terjumpa,,banyak yg sy dapat di sini,,,terima kasih,,

    ReplyDelete
  26. terima kasih sangat dengan info ini,amat berguna untuk saya,,

    ReplyDelete
  27. Salam puan, saya baru sahaja menulis sebuah novel remaja dan saya rasa saya belum cukup pengetahuan lebih-lebih lagi untuk novel dewasa...saya amat menyokong blog yang disediakan ini..semoga org baru seperti saya dapat input yang bermanfaat untuk saya jadikan panduan dalam usaha menulis sesuatu yang baik... :)

    ReplyDelete
  28. Salam hormat kak,
    Rezeki saya hari ni terjumpa blog ni ketika saya dalam keadaan buntu sangat untuk meneruskan penulisan. Dateline telah diberi tapi saya masih kurang yakin. Banyak yang saya pelajari tapi masih belum cukup. Saya suka cara kak Azmah mengajar, terkesan.

    ReplyDelete
  29. sangat membantu . terima kasih sifu :)

    ReplyDelete
  30. salam, sangat membantu. Terima kasih sifu Azmah. Semoga saya mampu belajar dengan sifu.

    ReplyDelete
  31. salam, sangat membantu. Terima kasih sifu Azmah. Semoga saya mampu belajar dengan sifu.

    ReplyDelete
  32. terima kasih sifu untuk tips yang berguna!

    ReplyDelete