• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, May 9, 2010

28 comments:

  1. zulkifli arrayyan Said,

    ASSALAMUALAIKUM KAK AINI

    CERPEN " RINTIHAN DHUHA "
    Cerpen ini mengisahkan tentang seorang pemudi Palestin iaitu Sarah, yang mengusahakan gerai kraftangan di pinggir Sungai Jordan. Gerai yang diusahakan ini merupakan warisan dari ibu angkatnya iaitu Asiah yang mengambil Sarah menjadi anak angkatnya selepas kematian anak kandungnya.
    Suatu pagi, ketika Sarah menjalankan perniagaannya seperti biasa, tiba seorang pemuda Israel ke gerai Sarah. Pemuda Israel yang datang ke gerai itu seolah-olah cuba membetulkan fahaman Sarah yang menganggap semua rakyat Israel itu teroris tetapi Sarah menentang dengan sekeras-kerasnya sehinggalah Sarah menceritakan mengenai kisah kematian keluarganya dan kisah kehidupan Ummi Asiah.
    Pemuda Israel itu ternyata gagal untuk menegakkan benang yang basah dan kemudian mengundur diri dengan membawa suatu pertanyaan yang entah bila akan dijawabnya .

    ReplyDelete
  2. Azmah Nordin Said,

    waalaikumusalam Zul :)

    saya dah baca sinopsis anda, mmg menarik sgt2. anda dah boleh mengolah cerpen ini berpandukan ini;

    1. oleh kerana kita orang Malaysia dan pembaca anda juga orang Malaysia, watak utama sama ada utk cerpen ataupun novel, mesti orang Malaysia ataupun paling tidak pun, separa Malaysia.

    maka, menarik sekali, jika anda boleh buat Sarah sebagai mempunyai darah kacukan Malaysia dan Palestin, tp mesti logik knp dia jadi begitu dan berada di negara itu.

    tambah menarik, jika pertemuan mereka bukan di gerai, sebalaiknya di kawasan yg dimusnahkan oleh israel, dan di sini kita boleh memperlihatkan semangat juang sarah. perlu dramatik. perlu buat sedikti kajian ttg budaya masyarakat palestin, istilah2, supaya nanti nampak karya lebih `real' atau mcm betul2 berlaku di sana.

    2. guna formula 4/5 drpd keseluruhan cerita, dekat cerita dah nak habis beberapa minit atau beberapa saat gitu, supaya cerpbn anda bulat, padat dan kuat.

    3. oleh kerana cerpen serba terhad sifatnya, sebagai peringkat permulaan, elok anda pilih satu watak utama saja supaya mudah anda buat sudut pandangannya; dia yg mendengar, melihat, menyentuh, memikir dan mengalaminya. cerita dtg dari seorang itu saja.

    6. jika anda dah sediakan semua di atas tu, anda dah boleh berkarya. pilih 2 babak yang diiringi dua suasana latar, satu sekarang (waktu perjumpaan mereka) satu lagi flashback (flash back mesti ada kaitan dgn kisah sekarang)

    5. intro yg mewikili paragraf pertama dan kedua, menggambarkan seluruh gelojak perasaan watak utama yg mewikili 4/5 drpd keseluruhan cerita dlm cerpen anda.

    6 buat antara 6 - 7 ms, nanti bila saya dah bedah/edit, ia akan bertambah dgn sendirinya.

    zul :) anda buat dulu ni, nanti saya lihat bagaimana.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  3. OK , TERIMA KASIH ATAS NASIHAT SIFU , Insya-Allah akan saya hantar cerpennya dalam masa terdekat ,

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum Zulkifli,

    Saya sudah meneliti format dan font bagi karya/cerpen yang anda post di sini. Ada beberapa perkara yang perlu anda kemaskan sebelum membolehkan sifun mengeditnya;

    1.guna 'new times roman' dgn font size 12
    2.double spacing - tekan enter dua kali untuk memisahkan antara paragraf.
    3.setiap muka surat mesti dinomborkan,e.g pg 1, pg 2.../ms 1, ms 2..

    Ketiga-tiga ciri tersebut penting untuk memudahkan sifu mengedit karya anda. Harap dapat anda post semula cerpen di atas sekali lagi dengan mengambil kira ketiga-tiga ciri tersebut.

    Teruskan gigih zulkifli, ia cuma masalah teknikal saja. Ia tetap penting kerana sifu hanya akan mengedit karya yang mengikut format yang ditetapkan dalam blog sastera ini. Harap maklum.

    ReplyDelete
  14. Wa'alaikummusalam w.b.t ,

    terima kasih atas teguran Pn Aini , Saya akan post semula cerpen ini selepas saya membuat rombakan terhadap cerpen ini. Terima Kasih

    ReplyDelete
  15. Halaman 1

    Rintihan Dhuha …Demikianlah suara hati kami bergetar…!


    “SUDAH tiba masanya. Kita tidak boleh berdiam diri. Menikus dan tunduk dengan kerakusan si bangsat celaka itu,” suara ayah meninggi seperti mempamerkan semangat jihadnya yang bagai sudah mengelegak kepanasan. Sarah yang sedang lena tidur tersentak mendengar kata-kata ayahnya namun dia berpura-pura tidur.


    “Tapi bagaimana ? Kita tak punyai senjata, perlukah kita meneruskannya ?,”


    “Jihad itu tak semestinya menggunakan senjata ! Percayalah, Allah akan membantu perjuangan kita. Tidakkah kau ingat wahai Asiah, bagaimana Allah menghancurkan tentera Abrahah ?,”
    Asiah menekur lantai. Dahinya berkerut seperti mengimbas kembali kerakusan Bani Israel terhadap bangsanya.


    “Wahai suamiku, dengan nama tuhan yang maha pemurah dan yang maha mengetahui, aku serahkan diriku kepadaNya !,” suara Asiah lantang seperti mempamerkan semangatnya yang kian membara.


    Asiah dan suaminya kemudian melangkah keluar. Anak-anaknya yang masih lena dibuai mimpi dibiarkan. Perjuangan harus diteruskan !. Asiah dan suaminya kini seorang pejuang. Ya ! seorang pejuang yang bergelar mujahid. Sarah menjenguk di jendela. Kelihatan ayah dan ibunya melangkah bersama obor jihad yang membuak-buak. Sarah ikut serta. Dari kejauhan, Sarah mengekori jejak kedua orang tuanya.


    Meskipun mentari masih belum memancarkan teriknya, ayahnya tetap nekad untuk mengadakan demonstrasi menentang keganasan Zionis. Sudah seminggu ayahnya merencana segalanya. Kini tiba masanya. Ratusan penduduk Palestin hari ini akan memenuhi jalan-jalan utama dengan memegang sepanduk beserta obor jihad yang telah lama membara.


    ***


    “Allahuakbar …!!! Allahuakbar …!!! Allahuakbar ...!!!”

    ReplyDelete
  16. Halaman 2


    Pagi itu, laungan nama Sang Pencipta bergema di setiap inci jalan-jalan utama Palestin. Sarah hanya memerhati di sebalik runtuhan sisa-sisa banggunan. Dalam kesibukkan itu, kelihatan ayahnya mengetuai demonstrasi itu. Ibunya juga masih setia disebelah ayahnya. Semangat jihad yang dipamerkan penduduk Palestin pagi itu amat mengagumkan. Namun, itu hanya sebentar. Beberapa minit kemudian, beberapa buah kereta kebal milik tentera Zionis mara dengan melepaskan asap pemedih mata dan mereka sewenang-wenangnya membedil Kota Aqsa itu. Rakyat Palestin berlindung di sebalik sisa-sisa konkrit untuk menyelamatkan diri. Ada juga yang membaling batu-batu kecil sambil melaungkan nama tuhan. Peristiwa itu masih kekal terpahat di jendela fikiran Sarah. Peristiwa yang berlaku kira-kira lima tahun yang lalu itulah yang memberikan semangat kepada Sarah.


    “ASSALAMUALAIKUM Sarah. Deras benar Sungai Jordan mengalir,” Fatimah berbicara memecahkan kesunyian. Lamunan Sarah terhenti. Wajahnya seakan terkejut namun salam yang dihulur dibalasnya dengan tenang.


    “Walaikumusalam Fatimah. Ya deras. Derasnya membawa rahmat tuhan.” tukas Sarah spontan. Mentari tatkala itu seperti baru menguakkan cahayanya meskipun teriknya masih belum cukup membekalkan bahang kepanasan seperti hari-hari sebelumnya. Hari ini tidak seperti selalu. Lazimnya, waktu-waktu sebegini kanak-kanak Palestin sudah mula mengatur langkah mencari rezeki di sebalik sisa-sisa runtuhan banggunan yang berselerakan. Namun, pagi itu masih sunyi.


    ‘Ya Allah, moga hari ini rahmatmu melindungi kami’. Jauh di sudut hati Sarah berbisik seakan mendoakan kesejahteraan rakyat di bumi Aqsa.


    “Kak Sarah, Sungai Jordan juga akan matikan ?” tanya Soleh dengan anak matanya terus menerus memandang Sungai Jordan. Sungai Jordan yang terletak di bahagian barat Palestin juga merupakan sempadan di antara Israel dan bumi Palestin. Sungai ini juga di anggap suci bagi penduduk Israel dan dianggap sebagai tempat menyucikan diri. Namun bagi rakyat Palestin, sungai itu seakan sarat mengalirkan penderitaan mereka yang entah bila akan berakhir.


    “Soleh, ajal itu ketentuan Allah. Andai Allah mahukan sungai ini mati pasti akan terjadi,

    ReplyDelete
  17. Halaman 3


    begitu juga dengan kita,” Sarah berbicara spontan. Anak matanya masih membulat memanah Sungai Jordan dan kemudian mengalihkannya ke wajah Fatimah.


    “Fatimah, jaga gerai sebentar ya. Ana mahu menunaikan solat dhuha,” sambung Sarah. Gadis lewat 20an itu perlahan-lahan melangkah menuju ke suatu ruang di sudut kiri gerainya. Fatimah mengangguk sambil tersenyum.


    Seperti hari-hari sebelumnya, tepat jam 10 pagi Sarah akan membuka gerainya di tebing Sungai Jordan yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya. Sudah menjadi rutin Sarah berjalan kaki setiap pagi. Keadaan sekeliling yang menghidangkan sisa-sisa banggunan runtuh terpaksa dijamahnya setiap hari. Sebelum melangkah, Sarah perlu memasak apa-apa sahaja untuk dijadikan alas perut bagi dia dan umminya. Sarah kagum akan sikap rakyat Palestin yang tidak pernah mengeluh menjalani kehidupan setiap hari. Mereka juga tidak pernah meminta-minta malah mereka sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Sang Pencipta.
    Setelah Sarah membuka pintu gerainya, dia mula membersihkan kawasan persekitaran yang penuh debu dan pasir. Keadaan inilah yang terpaksa ditanggung oleh penduduk Palestin. Walaupun debu mengaburi mata namun mereka tidak pernah merungut malah bersyukur akan kebesaran-Nya. Sarah dibantu oleh Fatimah iaitu teman rapatnya sejak kecil dan kehadiran Soleh iaitu anak angkat keluarga Fatimah turut menemani Sarah dalam menjalankan perniagaannya. Soleh yang berusia kira-kira lapan tahun telah menjadi anak angkat kepada keluarga Fatimah sejak dua tahun yang lalu selepas pemergian kedua orang tuanya.


    ***


    Seusai solat, Sarah memulakan rutin hariannya. Sejak tiga tahun lalu, Sarah membuka gerai menjahit kraftangan bagi menampung kehidupannya. Namun bukan semua keuntungan itu digunakan untuk dia sekeluarga tetapi Sarah gemar berkongsi keutungannya itu dengan penduduk di desanya. Sikap penyayang dan prihatin Sarah amat disenangi masyarakat sekelilingnya.


    Masih segar dalam ingatan Sarah akan kata-kata umminya sewaktu dia mula-mula menjadi anak angkat Mak Cik Zubaidah. Peristiwa di rumah Mak Cik Zubaidah itu masih kekal terpahat di

    ReplyDelete
  18. Halaman 4


    dalam kamus memorinya.


    “Sarah, aku mahu kau teruskan perniagaan ini kerna inilah satu-satunya waris aku untukmu. Dan jangan kau berputus asa kerana Allah Maha Mengetahui,”. Kata-kata itulah yang menyebabkan dia terus tabah dalam meneruskan perniagaannya meskipun saban hari dia terpaksa menempuhi pelbagai cabaran.


    “Gggrrraaarrr…,”


    Lamunan Sarah terhenti. Soleh berlari mendakap Fatimah seeratnya.


    “Siapa akan membantu kita ?” Soleh tiba-tiba memuntahkan soalan sedemikian. Fatimah dan Sarah memandang antara satu sama lain. Soleh hanya memerhati kepulan asap itu naik ke udara sambil menunggu soalannya dijawab.


    “Soleh, Allah yang akan membantu kita,” Fatimah membalas lembut. Sarah tunduk menekur lantai. Fatimah dapat melihat air mata Sarah mula berterjunan namun tidak disapanya kerana Fatimah tahu hati rakyat Palestin sudah digores selamba oleh pendatang celaka.


    ‘Wahai Allah yang maha melihat , bantulah kami dan lindungilah kami’, hati Fatimah berbisik.


    Beberapa minit kemudian, muncul seorang pemuda yang berpakaian kemeja putih dengan menaiki motosikal. Sarah mengangkat mukanya dan mengesat air mata. Perlahan-lahan gadis itu bangun dan mula mengatur langkah.Mata Sarah ligat memerhati setiap inci ruang wajah pemuda awal 20an itu dan kuntuman senyum mula diukir.


    “Assalamualaikum wahai pemuda. Selamat datang ke gerai ana,” Sarah berbicara lembut. Bibirnya menguntumkan senyuman nipis.


    “Terima kasih, tapi aku bukan muslim,” balas pemuda berambut perang itu.


    “Justeru, agamamu apa, kamu berbangsa apa?” Sarah seakan terkejut. Anak matanya membulat dan memanah tepat wajah pemuda itu.


    “Aku penganut agama Jesus Christ. berbangsa Israel ,” jawab pemuda itu dengan riak wajah yang tenang.

    ReplyDelete
  19. Halaman 5


    “Apakah yang kamu mahu di sini?” suara Sarah mula meninggi. Soleh dan Fatimah tekun memerhati.


    “Aku hanya bersiar-siar lalu terlihat gerai ini maka aku singgah sebentar. Mengapa?” balas pemuda berambut perang itu.


    “Kamu bangsa penindas, lanun daratan yang celaka,” jawab Sarah dengan sinis.


    “Bukan semua bangsa Israel itu penindas...” alunan suara pemuda itu terputus.


    “Tapi bangsa kamu menindas kami dan menuduh kami teroris. ,” kata-kata itu terpacul keluar dari mulut Sarah.


    “Tapi aku tidak mengatakan sedemikian,” pemuda itu menjawab perlahan. Mendengar kata-kata itu, Sarah lalu tunduk menekur lantai.


    “Ah, bangsa kamu sama sahaja semuanya. Malah sudah tercatat di dalam Al-Quran akan perihal bangsamu. Yakni surah al-Maidah ayat ke 78 telah menceritakan bahawa orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil )melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh ,” suara Sarah lantang seperti meyindir lelaki itu.


    Pemuda itu tunduk menekur lantai. Mulutnya seperti terkunci. Beberapa deti kemudian, pemuda itu mula berbicara.


    “Wahai gadis Palestin, aku ke mari tiada niat untuk menimbulkan kemarahan sesiapa tetapi jika saudari berkelakuan sedemikian lebih baik aku pulang,” pemuda itu memalingkan mukanya dan melangkah menuju ke motosikalnya. Sarah hanya memerhati.


    “Maafkan ana, ana hanya mahu suara kami didengari Bani Israel,” suara Sarah berbicara lembut sambil menjemput lelaki tadi duduk di kerusi rotan di gerainya.


    “Kamu tinggal di mana dan apa pekerjaanmu?” tanya Sarah seakan cuba menenangkan perasaannya.


    “Aku tinggal di kawasan berhampiran. Aku seorang wartawan,” terang pemuda itu. Sarah hanya mendiamkan diri.

    ReplyDelete
  20. Halaman 6


    “Izinkan aku melihat kraftanganmu,” pinta lelaki tesebut.


    “Silakan wahai pemuda,” ucap Sarah dengan senyuman. Sarah kemudian menyambung kerjanya menjahit kraftangan. Fatimah hanya memerhati sejak tadi.


    ***


    Setelah membelek-belek beberapa hasil sentuhan Sarah dan Fatimah, pemuda itu duduk semula. Pemuda itu terlihat lukisan yang tergantung pada dinding gerai tersebut. Kagum pemuda itu melihatnya. Gambar sebuah keluarga.


    “Wahai saudari, ceritakanlah siapa di dalam gambar ini,” pinta pemuda tersebut.


    Sarah terkedu. Terhenti jahitannya. Fatimah memandang Sarah dengan penuh kesayuan. Sarah mula bangkit dari kerusi tempatnya duduk.


    “Wahai pemuda, ketahuilah bahawa itu gambar keluargaku,” nada Sarah sayu.


    “Di manakah mereka ?” tanya pemuda itu dengan penuh keterujaan.


    “Bangsamu menghancurkan keluargaku. Ketahuilah wahai pemuda sesungguhnya kehadiran bangsamu ke tanah Aqsa ini tidak pernah diundang sama sekali. Bangsamu menjadikan kami seperti pelarian di tanah sendiri sedangkan bangsamu seronok melihat kesengsaraan kami,” balas Sarah dengan panjang lebarnya sambil anak matanya tepat memandang wajah pemuda Palestin itu.


    “Ceritakanlah kepadaku. Mungkin dapat mengurangkan tekananmu,” bisik lelaki itu. Sarah memandang lukisan tersebut. Lukisan itu menjadi jambatan kepadanya membuka tirai kepedihan yang berlaku kepada keluarganya.


    “Lima tahun yang lalu. Seusai kami mengerjakan solat subuh, kami berkumpul bersama-sama di ruang tamu untuk bersarapan. Sebagai anak sulung aku bertanggungjawab membantu ibuku menyediakan sarapan. Sewaktu aku ke dapur, suatu letupan yang kuat telah menggegarkan rumah kami. Aku terkejut . Aku berlari ke ruang tamu tetapi malangnya aku hanya mampu melihat darah kaum keluargaku mengalir begitu saja. Tidak sempat mereka menjamah makanan walau sedikit,” air mata Sarah mengalir sayu. Riak wajahnya seperti digigit rindu yang memuncak terhadap keluarganya.

    ReplyDelete
  21. Halaman 7


    “Graarrrrrr....” suatu letupan yang kuat memecahkan lamunan Sarah.


    “Lihat, kau dengar bunyi itu wahai pemuda? Bangsamu hanya bisa membunuh kami di dunia tetapi tidak di akhirat,” bisik Sarah. Pemuda itu tidak bersuara.


    “Sejak peristiwa itu, hidupku menjadi tidak terurus. Setiap hari aku terpaksa meminta ehsan jiran-jiranku. Sehinggalah pada suatu hari aku bertemu dengan Mak cik Zubaidah...” kata-katanya terputus.


    “Siapakah Mak cik Zubaidah?” tanya pemuda itu.


    “Seorang ibu yang baru kehilangan anak perempuannya. Anaknya yang berusia hampir sebayaku juga mati di tangan bangsamu. Kemudian dia menyatakan hasratnya untuk menjadikanku sebagai anak angkatnya,” balas Sarah.


    “Lantas, kau penuhi hasratnya?” pemuda itu seakan tertarik.


    “Pada mulanya aku keberatan. Tetapi lama kelamaan aku rasa kehilangan dan dahagakan kasih sayang seorang ibu. Kemudian aku berjumpa dengannya lalu menyatakan persetujuanku,” kata Sarah.


    “Sejak itu, aku lihat dia sering menitiskan air matanya tatkala mendengar bedilan bom bangsamu. Aku tahu dia rindu akan anaknya, dia rindu akan suaminya dan dia rindu akan keamanan. Tetapi bangsamu tidak pernah beri kami peluang menghirup keamanan,” sambung Sarah. Pemuda itu kaku. Anak matanya berkaca-kaca. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Fatimah tunduk menekup mukanya.


    “Wahai pemuda Israel, usah kau menangis di sini kerana tangisanmu tidak dapat menebus kerakusan bangsamu. Biarlah segala keperitan kami ini menjadi saksi suatu hari nanti. Biarkan sungai Jordan membawa keperitan kami yang pasti kami bukan penindas seperti bangsamu. Khabarkan pada bangsamu yang kami bahagia di sini kerana syurga menanti kami,” kata Sarah ketika melihat air mata pemuda itu berterjunan Suasana menjadi hiba seperti menghayati penderitaan rakyat Palestin.


    “Mengapa bangsamu terus menerus mempertahankan tanah airmu ini,” soalan spontan itu

    ReplyDelete
  22. Halaman 8


    tiba-tiba terpacul keluar dari mulut pemuda itu. Sarah terkejut. Nyawanya bagai direntap keluar apabila pemuda itu menanyakan soalan sebegitu.


    “Hei orang Israel, ini tanah air kami. Leluhur kami warisan tanah ini, sepatutnya kau perlu tanya bangsamu, mengapa mereka menindas kami…,”


    “Sabar wahai saudari…,”


    “Sabar kau katakan? Sampai bila kami mahu bertahan, sudah ribuan orang terkorban masa depan pemuda pemudi Palestin hancur dan demi Allah yang Maha Berkuasa akan kami pertahankan Masjidil Aqsa,” suara Sarah bergema lantang. Sarah memandang tepat ke muka Soleh dan kemudian menyambung bicaranya.


    “Lantaran bangsamu, anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa. Sanggupkah kau melihat anak kecil seperti Soleh saban hari menanyakan ibu bapanya ?,” tubir matanya digenangi mutiara yang perlahan mencair ke pipi namun dibiarkannya.


    “Tetapi aku kagum dengan bangsamu. Aku tidak pernah menyangka bahawa Palestin akan mengebom Tel Aviv…,”


    “Itu amaran dari kami melalui pertolongan Allah. Sampaikanlah pada seluruh penduduk Israel Laknat’ullah bahawa itu petanda kebangkitan kami,” Fatimah yang dari tadi hanya melihat apa yang berlaku tiba-tiba bersuara. Fatimah seperti meluahkan geram yang bersarang di mindanya.


    “Grraarrr…,”


    Soleh tersentak mendengar bedilan bom itu dan terus mendapatkan Fatimah.


    “Bila ini semua akan berakhir ?” soalan itu melantun keluar dari mulut Soleh. Fatimah dan Sarah membisu. Pemuda Israel itu terpakur mendengar pertanyaan itu dan anak matanya memandang tepat bebola mata Soleh. Pemuda itu tunduk membisu.
    Pemuda itu mengesat air matanya sambil perlahan-lahan bangun. Dia berjalan ke muka pintu dan meminta izin untuk pulang.


    “Kenapa kau mahu pulang saat aku menceritakan penderitaan kami dan mengapa kau tidak menjawab persoalan itu?” tanya Sarah.

    ReplyDelete
  23. Halaman 9


    “Adakah kau tidak sanggup lagi mendengar kesengsaraan kami?” sambungnya.


    Pemuda itu tidak menjawab. Mulutnya seakan terkunci. Di wajahnya terpancar rasa bersalah namun dia terus menghidupkan enjin motosikalnya lalu beredar. Fatimah segera mendapatkan Sarah di muka pintu.


    “Semoga bangsanya mendengar rintihan kita dan…,” kata-kata Sarah dipancung.


    “Insya-Allah,” jawab Fatimah ringkas.


    “Andai Rasulullah bersama kita pasti baginda akan membela tanah Aqsa ini,” bisik Sarah perlahan dan terus menyambung kerjanya.

    ReplyDelete
  24. zulkifli :)

    saya dah baca karya anda kat atas tu, komen saya;

    1. bahasa baik, tp perlukan suatu gaya bahasa yg boleh dijadikan identiti anda. bermakna, perlu tulis dr hati. andai hati anda tengah membara terhadap zionis, maka perlu diluahkan kemarahan tu lewat fikiran/monolog hidup sarah

    2. agak terlalu byk episod/babak, padahal anda hnya patut wujudkan 2 episod saja; satu sekarang dan satu kisah lalu sebagai flasback.

    2. tidak dramatik, sebaliknya lebih bersifat `memberitahu bukan tunjuk',

    3. kurang memasuki gelojak perasaan watak utama, jika digambarkan sebuah drama yg tragis yg melibatkan keluarga sarah sendiri, misalnya, sarah menyaksikan salah seorang ahli keluarganya mati terkena serpehan peluru berpandu dll, pasti menarik sebagai flashback)

    4. judul; nanti bila dah siap cerpen, akan kita cari dr dlmnya, supaya judul tak lebih drpd; satu, dua ataupun tiga perkataan cuma spy lebih menarik.

    ok, utk `memotong byk episod yg tidak berapa penting kat atas tu spy karya anda bulat, padat dan kuat, kita mulakan semasa sarah di kedai, yg lain flashback.

    saya lakukan editing di kotak komen di selanjutnya.

    ReplyDelete
  25. zulkifli, seboleh mungkin, cuba fikirkan satu watak org malaysia di kedai asiah. pelangga, misalnya. kita mulakan, dgn menggambarkan sarah sudah di kedai, yg sebelumnya semuanya flashback dn dlm fikiran. kita gmbarkan ayahnya sbnrnya telah menjadi mangsa tentera zionis dan meninggal, tp biar suspen dulu.

    soalan; siapa sarah? siapa asiah? sesuaikan k:

    Rintihan Dhuha …Demikianlah suara hati kami bergetar…! (kalau getaran je, lembut, tak sesuai utk gambarkan gelojak perasaannya, judul contoh; Gegaran Dhuha)


    “Allahuakbar …!!! Allahuakbar …!!! Allahuakbar ...!!!” ayah meninggi seperti mempamerkan semangat jihadnya yang bagai sudah mengelegak kepanasan, (meletus dlm benaknya lagi.)

    (gmbarkan asiah yg tgh buat apa, - riak mukanya, misalnya, asiah mengertapkan giginya atas bawah, asiah mengancing gigi, menegang rahang, dll atau asiah menggenggam tinjunya, dll, gmbarkan pergerakan tubuhnya, gmbarkan asiah, penampilan - buat dia ternampak bayangan ayahnya, gmbarkan ayahnya, penampilan, riak wajah ayah)

    (dari sini - SUDAH tiba masanya! Kita tidak boleh berdiam diri. Menikus dan tunduk dengan kerakusan si bangsat celaka itu, (Sarah yang sedang lena tidur tersentak mendengar kata-kata ayahnya namun dia berpura-pura tidur - yg ni delete, sbb dia skrang dah di kedai). Tapi bagaimana? Kita tak punyai senjata, perlukah kita meneruskannya ? Jihad itu tak semestinya menggunakan senjata! Percayalah, Allah akan membantu perjuangan kita. Tidakkah kau ingat wahai Asiah, bagaimana Allah menghancurkan tentera Abrahah ? - sampai sini, buat seolah2 semua dlm paragraf ni, dtg dr fikiran asiah; buat monolog hidup dlm bentuk soalan, mcm dia bersoal jwb dlm hati gitu)

    (tmbh; sedetik itu,) Asiah menekur lantai. Dahinya berkerut. (seperti mengimbas kembali kerakusan Bani Israel terhadap bangsanya. - buat dia terbayang suasana perang, bunyi, kereta kebal, jet pejuang, peluru berpandu, jeritan, daging manusia yg tak berdosa, bau, warna, gmbarkan gelojak perasaannya, puitis)

    “Wahai suamiku, dengan nama tuhan yang maha pemurah dan yang maha mengetahui, aku serahkan diriku kepadaNya!” Suara (silam) Asiah, (ibunya?) lantang seperti mempamerkan semangatnya yang kian membara, (terngiang2 kembali dlm ingatannya).

    (Asiah - kalau ini ibunya, tulis ibunya je k) dan (suaminya - tukar; ayahnya) kemudian melangkah keluar. Anak-anaknya yang masih lena dibuai mimpi dibiarkan. Perjuangan harus diteruskan !. Asiah dan suaminya kini seorang pejuang. Ya ! seorang pejuang yang bergelar mujahid. Sarah menjenguk di jendela. Kelihatan ayah dan ibunya melangkah bersama obor jihad yang membuak-buak. Sarah ikut serta. Dari kejauhan, Sarah mengekori jejak kedua orang tuanya. - - yg dlm paragraf ni, sesuaikan. gmbarkan ibu dan ayahnya keluar, lps tu kedengaran bunyi sprti letupan peuru berpandu, lps tu, hny ibunya yg kembali, perasaan sarah)

    (buat sarah pandang ke luar jendela kedai - sesuaikan dgn ayat seterusnya, ingat ayahnya dah meninggal ) Meskipun mentari masih belum memancarkan teriknya, ayahnya tetap nekad untuk mengadakan demonstrasi menentang keganasan Zionis. Sudah seminggu ayahnya merencana segalanya. Kini tiba masanya. Ratusan penduduk Palestin hari ini akan memenuhi jalan-jalan utama dengan memegang sepanduk beserta obor jihad yang telah lama membara.

    (Allahu akhbar - tulis 3 kali," gmbarkan ia sebagai zikir yg dibawca oleh para penunjuk perasaan secara serentak. gmbarkan kesan gema suara mereka pd salam sekitar.

    (perasaan sarah ketika itu, buat dia berpandang2an dgn soleh)

    (*** - ni tak perlu, sbb anda buat hny satu sudut pandangan)

    ReplyDelete
  26. (sulkifli, semasa dia pandang di luar jendela, gmbarkan apa yg dia nampak, sebut nama pohon2, angin, org yg lalu lalang, penampilan dan riak wajah mereka. antara ramai, buat dia terlihat salah seorang (pemuda israel tu), penampilan pemuda tu, buat dlm hati sarah tertanya2 ttg pemuda tu, lps tu dia lupakan dan fokus pd kerja yg sedang dibuat - apa yg kerja yg sedang dibuat, gmbarkan secara terperinci)

    (pernafasan) Pagi (itu - tukar; tadi), laungan nama Sang Pencipta bergema di setiap inci jalan-jalan utama Palestin. Sarah hanya memerhati di sebalik runtuhan sisa-sisa banggunan. Dalam kesibukkan itu, kelihatan ayahnya mengetuai demonstrasi itu. Ibunya juga masih setia disebelah ayahnya. Semangat jihad yang dipamerkan penduduk Palestin pagi itu amat mengagumkan. Namun, itu hanya sebentar. Beberapa minit kemudian, beberapa buah kereta kebal milik tentera Zionis mara dengan melepaskan asap pemedih mata dan mereka sewenang-wenangnya membedil Kota Aqsa itu. Rakyat Palestin berlindung di sebalik sisa-sisa konkrit untuk menyelamatkan diri. Ada juga yang membaling batu-batu kecil sambil melaungkan nama tuhan. Peristiwa itu masih kekal terpahat di jendela fikiran Sarah. Peristiwa yang berlaku kira-kira lima tahun yang lalu itulah yang memberikan semangat kepada Sarah. (semua dlm paragraf ini, terlalu bersifat memberitau, bukan tunjuk. tukar; buat monolog hidup)

    “Assalamualaikum Sarah. Deras benar Sungai Jordan mengalir,” seorang menegurnya, sekali gus memecahkan kesunyian. Suara Fatimah.

    Lamunan Sarah terhenti, (serta-merta). (Wajahnya seakan - tukar; biarpun dia yg agak) terkejut namun salam yang dihulur dibalasnya dengan tenang.(buat dia berpaling ke arah suara tu, dan tersua wajah Fatimah, gmbarkan fatimah, riak muka fatimah, usia, penampilan, latar belakang keluarga fatimah yg tragis, perasaan sarah)

    “Walaikumusalam Fatimah. Ya deras. Derasnya membawa rahmat (tuhan - Tuhan).” (tukas - ujar) Sarah spontan. (gunakan perkataan `deras', bandingkan dgn air mata masyarakat palestin. bandingkan dgn airmata dia yg mungkin boleh membanjiri pada pasri, dll.)

    Mentari tatkala itu seperti baru menguakkan cahayanya meskipun teriknya masih belum cukup membekalkan bahang kepanasan seperti hari-hari sebelumnya. (bandingkan bola matahari yg membakar panas tu, tak membunuh - bandingkan dgn tentera zionis, buat dia terbayangkan ayah dia, perasaan sara)

    (pernafasan) ) Hari ini tidak seperti selalu. Lazimnya, waktu-waktu sebegini kanak-kanak Palestin sudah mula mengatur langkah mencari rezeki di sebalik sisa-sisa runtuhan banggunan yang berselerakan. Namun, pagi itu masih sunyi.


    ‘Ya Allah, moga hari ini rahmatmu melindungi kami’. Jauh di sudut hati Sarah berbisik seakan mendoakan kesejahteraan rakyat di bumi Aqsa.

    “Kak Sarah, Sungai Jordan juga akan matikan?” tanya Soleh dengan anak matanya terus menerus memandang Sungai Jordan. (gmbarkan soleh, usia, riak muka, penampilan)

    (gmbarkan sarah pandang ke arah sungai jordan, gmbarkan sungai jordan - warna, keluasannya, apakah digunakan sebagai laluan pengangkutan sungai? dll) Sungai Jordan yang terletak di bahagian barat Palestin juga merupakan sempadan di antara Israel dan bumi Palestin. Sungai ini juga di anggap suci bagi penduduk Israel dan dianggap sebagai tempat menyucikan diri. Namun bagi rakyat Palestin, sungai itu seakan sarat mengalirkan penderitaan mereka yang entah bila akan berakhir.

    “Soleh, ajal itu ketentuan Allah. Andai Allah mahukan sungai ini mati pasti akan terjadi,

    ReplyDelete
  27. zulkifli,

    saya edit sampai di situ saja dulu, utk beri peluang pd awak memperbaikinya. kemudian mensesuaikan selebihnya dgn mengikut editin yg saya dah buat. di sepanjang membuat pembaikan, cuba kurangkan dialog yg tidak begitu diperlukan. dan cuba kurangkan jumlah mukasurat selepas anda buat pembaikan nanti, tidak lebih drpd 7 ms saja, di komputer anda.

    anda buat ini dulu, nanti saya lihat bagaimana.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  28. tmbhn;

    1. org israel tidak beragama Christian, mereka beragama Yahudi.

    2. “Grraarrr…,” - ini mcm bunyi erangan kucing manja, bukan mcm bunyi letupan. sesuaikan.

    ReplyDelete