• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, December 30, 2012

Kenapa Novelis/Cerpenis Perlu Baca Puisi?

Sunday, December 30, 2012 // by Azmah Nordin // // 19 comments

Kenapa? Tentu anda akan tanya. Sebenarnya, bukan hanya novelis, biar dlm genre apa sekalipun, setiap penulis perlu baca puisi utk memperbaiki kemahiran penulisan mereka. Prinsip puisi boleh digunakan dalam semua bentuk penulisan yg anda laksanakan.

Jom kita lihat apa kelebihan yg ada pada puisi, jika anda membaca-hayatinya;



1. Puisi mengajar menggunakan perkataan seekonomi mungkin;

dlm setiap puisi, tidak satu pun perkataan itu `membazir'. Para penyair setengah mati (yg saya kenal la k) memerah otak utk mendapatkan perkataan yg paling tepat dan berkesan utk meluahkan pendapat, ilham, mesej dan perasaan. dan kita pula, sebagai pembacanya, bebas menafsirkan pengertian puisi, menurut pandangan kita masing-masing tergantung darimana sudut pandangnya.

2. Puisi menggunakan imaginasi yg sgt kuat;

puisi adalah epitom - keunggulan `tunjuk dan lihat'. Dalam puisi, anda tidak mempunyai byk ruang untuk menceritakan setiap apa yg berlaku. Para penyair menciptakan gambaran yg begitu kukuh dan betul2 berupaya memberikan kilasan subjeknya utk pembacanya

3. Puisi adalah inspirasi;

sama ada suka ataupun tidak, puisi adalah refleksi atas peristiwa yang terjadi. dan alatnya adalah motivasi dan kepekaan dari seorang penyair. Sebuah karya yg dijalin dgn sebegitu rupa indahnya, puisi mengandungi emosi yg kuat dan lazimnya boleh kekal zaman berzaman. Kadangkala, sebuah puisi yang mungkin hanya sebaris dua kata-kata bermakna, sudah boleh menggerakkan keinginan anda untuk berkarya. Tindak balas emosi kita, setiap kali selepas membaca sesebuah puisi, boleh membuatkan cakrawala pemikiran kita terbuka hingga tercetusnya idea/ilham kita sendiri terhadap subjek yg diangkat oleh penyair tersebut.

Dengan perkataan lain, puisi adalah ibaratkan cahaya rembulan yang keluar dari sebalik kepulan awan hitam, di dalam kebutaan mata hati :)

Sumbernya?

Selain drpd buku2 antologi puisi yg byk boleh kita perolehi di DBP dan di toko2 buku yg lain, kita juga boleh memperolehi puisi2 yg baik lewat internet, di laman2 web sastera Malaysia mahupun di Indonesia. Jika anda boleh berbahasa Inggeris, ia adalah satu bonus. byk laman web yg menawarkan puisi harian yg boleh anda langgan terus ke inbox emel anda.

Namun, andainya anda benar2 tak menggemari puisi, kenapa anda tak lirik2 lagu puisi, yg telah memberikan byk inspirasi kepda saya, semasa mula2 belajar menulis dahulu :)

(sdr.2 sprti karya yg lain di blog ini, karya ini juga sudah terbit; hak cipta terpelihara k)