• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, March 28, 2010

Abinursyifa - bimbingan cerpen

Sunday, March 28, 2010 // by Noraini Eslah // 74 comments

Assalammualaikum Abinursyifa,
Saya sudah buka thread cerpen untuk anda. Sinopsis anda juga saya pindahkan di sini. Selepas ini sifu akan mulakan bimbingan untuk anda.
Harap dapat berikan nama penuh, umur dan pekerjaan dalam thread cerpen anda ini. Maklumat ini bagi memudahkan sifu memberikan pedekatan dan bimbingan yang sesuai untuk anda. Harap maklum.

74 comments:

  1. durian Said,

    (Setelah melakukan kajian melalui laman web kementerian kesihatan bersama beberapa buku rujukan panduan ibu bapa Islam serta hasil teguran sifu, dapat olah sinopsis ni. Walaupun mungkin klise, tapi saya akan cuba melakukan sesuatu dalam penyampaiannya. Oleh kerana menurut sifu, di dalam cerpen segalanya terhad, saya akan lebih kepada menggarap isu hubungan antara seorang ibu dan anak, dan isu antara Amir dan Fina hanya di selitkan di dalam beberapa flashback sahaja. Harap sifu dapat menerima idea saya kali ini dan memberi peluang untuk saya mengolah cerpen pertama saya.. huhuhu...)

    Tajuk : 1 Permintaan

    Oleh : Abi Nur Syifa

    10 tahun lalu, Amir dan Fina yang baru tamat persekolahan telah di tangkap berdua-duaan dan di tuduh berzina. Untuk mengelakkan aib, mereka di nikahkan. Pak Yazid, bapa Fina walaupun malu tetapi redha, namun Pak Akob, bapa Amir tak dapat menerima hakikat dan amat tertekan dengan perbuatan Amir. Di takdirkan, Pak Akob meninggal dunia akibat serangan jantung. Mak Tom, ibu Amir tak dapat menerima hakikat kematian suaminya dan menyalahkan Amir sebagai punca. Mak Tom seterusnya menghalau Amir dan tidak mengakui Amir sebagai anaknya lagi. Walaupun begitu, Amir tetap kerap pulang ke kampung dan memujuk Mak Tom agar memaafkannya, tetapi Mak Tom tetap berkeras enggan memaafkan malah menyumpah seranah Amir dan isterinya. Akhirnya, Amir putus asa dan enggan lagi pulang ke kampung.

    ReplyDelete
  2. 10 tahun berlalu, Amir kini berjaya sebagai usahawan restoran. Fina pula sedang mengandung zuriatnya yang pertama setelah hampir sekian lama menunggu. Walaupun begitu, Amir kerap di serang sakit perut tanpa sebab, namun Amir hanya menganggapnya sakit perut biasa sahaja. Sehinggalah, Amir mula kerap muntah darah dan di serang sakit perut yang tidak terkawal. Akhirnya, melalui satu ujian biopsy, Amir di sahkan mengidap kanser usus tahap 3. Dan lebih teruk lagi, kanser itu sudah mulai merebak ke organ dalaman yang lain tanpa di sedari. Berbagai cara rawatan dari pembedahan, radioterapi hingga ke kimoterapi malahan rawatan alternatif telah di lakukan, namun semuanya memberikan hasil keberkesanan yang minima. Hingga akhirnya Amir hilang upaya untuk bekerja dan terlantar tidak bermaya. Fina menghubungi Mak Tom memberitahu akan penderitaan Amir, dan cuba memohon restu dan simpati keampunan dari Mak Tom, namun Mak Tom membidasnya malahan menambah lagi sumpah seranahnya pada Amir dan Fina.

    Intan, adik kepada Amir cuba memujuk Mak Tom agar pergi melawat Amir dan memberi keampunan di saat-saat akhir usianya, namun Mak Tom tetap enggan. Mak Tom menganggap apa yang berlaku pada Amir adalah hukuman atas dosa Amir menderhakai dirinya dan enggan menganggapnya sebagai takdir. Akhirnya, setelah di pujuk berulang kali oleh Intan dengan bantuan Mak Long Zainab, kakak kepada Mak Tom, akhirnya Mak Tom bersetuju untuk melawat Amir tetapi sesekali tidak akan mengampunkan Amir. Setelah melihat keadaan Amir, naluri keibuan Mak Tom mula tersentuh. Dengan satu sentuhan, Amir yang selama ini lemah tak mampu berkata-kata mula menunjukkan reaksi. Akhirnya, dengan satu gerakan lemah, Amir meletakkan tangan Mak Tom di perut Fina, sebagai tanda memohon restu Fina menjadi menantu dan anak yang di kandungnya sebagai cucu dan kemudian menghembuskan nafas terakhir.

    Posted on September 24, 2012 7:11 PM

    ReplyDelete
  3. aini :) thanks

    abinur :)

    saya dah baca sinopsis anda kat atas tu, dan komen saya; sgt2 baik dan menyentuh perasaan.

    1. sekarang anda dah boleh mulakan cerpen dgn menggunakan formula 4/5 daripada ksseluruhan cerita, yakni saat cerpen nak habis gitu. cerpen bermula di sini;

    Akhirnya, setelah di pujuk berulang kali oleh Intan dengan bantuan Mak Long Zainab, kakak kepada Mak Tom, akhirnya Mak Tom bersetuju untuk melawat Amir tetapi sesekali tidak akan mengampunkan Amir.

    ini yg perlu anda buat;

    2. pilih satu sudut pandangan (siapa yg bercerita) sama ada amir atau ibunya.

    3. utk intro, masuk seluruhnya ke perasaan watak utama yg anda pilih dgn menggammbarkan gelojak perasaan yg mewakili 4/5 (flashback)

    4. buat antara 5 - 7 mukasurat (di dokumen komputer anda) sbb nanti setelah saya bedah, ia akan bertambah dgn sendirinya.

    5. apabila gambarkan suasana - angin, udara cuaca, dll - mesti dikait/bandingkan dgn perasaan watak utama ketika tu.

    anda buat ni dulu, nanti saya lihat bagaimana. gigih terus k

    ReplyDelete
  4. Nama : Hatta Bin Midy.
    Umur : 30 Tahun.
    Pekerjaan : Kerani Pentadbir.

    Tajuk : 1 Permintaan.

    Oleh : Abi Nursyifa.

    Bibir kering Mak Tom muncung. Nafasnya turun naik. Matanya merah bak saga menahan amarah. Dingin putaran kipas di syiling tak mampu menyejukkan hatinya. Andai bukan kerana mengenangkan wanita di hadapannya itu kakak kandungnya, mungkin sudah lama di halau keluar wanita itu. Sebolehnya dia tak mahu berbincang mengenai anak sulungnya, Amir. Namun, entah kenapa kunjungan kakaknya hari ini tak habis-habis ingin membincangkan perihal Amir.

    “Tom. Dah 10 tahun dah Amir tu berharap kamu maafkan dia. Intan kata, hari-hari dia telefon kamu tanya khabar, tapi kamu tak nak layan. Dari dia sihat, sampai dia sakit, kamu tetap juga tak nak maafkan dia.” Nada Mak Long Zainab lembut dalam lenggok memujuk.

    “Kak Long ingat, bila Fina tu dah mengandung, kamu tu sejuk hati sikit. Maklumlah, bakal terima cucu sulung.” Sekali lagi suara lembut Mak Long Zainab menambah kata. Mak Tom tetap diam. Gelojak hatinya yang meronta untuk bersuara cuba ditahan.

    “Dah la tu Tom. Semua yang berlaku dulu tu takdir. Mesti ada hik...”

    “Kak Long!”

    Tiba-tiba Mak Tom memotong bicara Mak Long Zainab. Mak Long Zainab terkedu. Jarang sekali adiknya itu meninggikan suara terhadapnya.

    ReplyDelete
  5. .. sambungan

    “Dari dulu Kak Long tak pernah campur urusan Tom dengan Amir. Kenapa sekarang ni tiba-tiba Kak Long pujuk Tom maafkan budak tu?!” Mak Tom mengajukan soalan sambil menjegilkan matanya. Angin barannya sudah sampai ke kemuncak.

    “Tom. Kan Amir tu sakit Tom. Sementara ada masa ni, kamu maafkanlah dia...” Mak Long Zainab menjawab lembut.

    “Maaf... Huh! Kak Long cakap senang la! Kak Long pernah rasa apa yang Tom rasa? Kak Long pernah di malukan anak sendiri? Kak Long pernah kematian suami? Pernah?!” Nada suara Mak Tom semakin lantang menempelak. Mak Long Zainab memandang sayu adik kandungnya yang sedang di ulit amarah. Benar, apa yang pernah di lalui adiknya itu terlalu berat. Sedikit sebanyak sememangnya segalanya berpunca dari Amir.

    Sepengetahuan Mak Long Zainab, Amir bukanlah anak yang bermasalah. Taat beragama, hormat ibu bapa malah tekun dalam pelajaran. Keputusan SPM Amir pula amat cemerlang. 3 tawaran dari universiti tempatan hadir menawarkan tempat. Ianya cukup membanggakan Pak Akob, suami kepada adiknya. Berita kebijaksanaan dan kejayaan Amir di canang Pak Akob ke seluruh kampung dengan penuh bangga. Kenduri kesyukuran juga di adakan.

    Namun, ketika segalanya seolah berjalan lancar, seisi kampung di gemparkan dengan penangkapan Amir bersama Fina yang sedang berdua-duaan di tepi pantai. Ternyata, di dalam diam selama ini Amir menjalinkan hubungan cinta dengan Fina, anak kepada Pak Yazid, seorang tukang kebun sekolah. Pertemuan yang di anggap sebagai 'terakhir' sebelum masing-masing meniti laluan ke menara gading nyata mengundang tohmah. Amir dan Fina di fitnah terlanjur walau kebenarannya tiada apa yang berlaku. Dan insan yang paling kecewa pastinya Pak Akob. Kerana tak mampu menangkis fitnah demi fitnah yang di lemparkan, Amir dan Fina di nikahkan. Pak Akob pula akibat terlalu tertekan di serang serangan jantung sejurus selepas majlis pernikahan Amir dan Fina.

    Berpunca dari kejadian itu, adiknya yang hampir separuh gila tak dapat menerima hakikat kematian suaminya, menyalahkan Amir sebagai punca kematian Pak Akob. Akhirnya, Amir di halau pergi dan tidak menerima Fina sebagai menantunya.

    Namun, setelah 10 tahun berlalu, hingga ke saat Amir telah terlantar menderita barah usus hari ini, dendam seorang ibu pada anaknya masih membara dan tidak langsung sekelumit tanda-tanda yang ia akan padam.

    “Tapi Tom, itukan semua kan takdir Tom. Kak Long tahu kamu sayang sangat dengan arwah Akob tu, tapi ini kan kehendak takdir Allah.” Ujar Mak Long Zainab lembut menerangkan.

    “Aaah! Takdir! Takdir! Takdir! Kalau Tom kata yang Tom memang dah di takdirkan tak akan akan maafkan Amir sampai akhir hayat Amir, Kak Long boleh terima?!”

    “Masyallah! Tom! Bawa mengucap Tom! Bawa mengucap!” Mak Long Zainab terkejut dengan kenyataan dari lisan Mak Tom yang semakin lantang mengkritik takdir.

    “Kak Long. Kak Long rasa penyakit Amir tu takdir ke? Penyakit Amir tu bukan takdir Kak Long, tapi hukuman! Ini balasan setimpal yang sepatutnya Amir terima!”

    “Astaghfirullahalazim! Tom! Amir tu anak kamu Tom! Darah daging kamu! Takkan sikit simpati pun tak ada pada dia? Arwah abah dulu dah didik kita supaya jangan simpan sifat dendam ni, tapi kamu...” Kata-kata Mak Long Zainab terhenti. Butir kaca airmata mula membasahi pipi. Sebak mula menyapa hati.

    ReplyDelete
  6. ... sambungan..

    Mak Tom diam. Dia sedar akan sedu sedan Mak Long Zainab. Dia perasan ada hujan mula turun di hati kakak sulungnya itu. Rasa bersalah mula mengasak hatinya.

    “Tom. Kamu dengar cakap Kak Long ni. Amir tu tengah menderita sakit. Kamu jenguk dia sekali cukuplah Tom. Mudah-mudahan jadi penawar untuk dia. Tolonglah Tom. Demi arwah abah, demi Kak Long Tom..”

    Mak Tom memandang wajah kakak sulungnya itu. Sorot matanya yang jernih penuh harapan itu di renung. Seketika rasa pilu menjengah. Hanya itulah satu-satunya adik beradiknya yang tinggal. Timbul pula rasa bersalah andai permintaan itu tidak di tunaikan. Teringat jasa-jasa kakak kandungnya itu padanya dulu. Hubungannya dengan arwah Akob dulu pun andai bukan kerana kakak kandungnya itu yang berusaha memujuk Haji Borhan, arwah bapanya, mungkin Akob tak akan menjadi suaminya, selain dari ketentuan jodoh.

    “Tom, Tom minta maaf Kak Long. Tom tertekan Kak Long. Tom tak tahu kenapa Tom susah sangat nak maafkan Amir. Beginilah Kak Long. Tom akan ikut Kak Long pergi melawat Amir esok. Tapi Tom pergi kerana Kak Long. Jadi Kak Long jangan simpan harapan yang Tom akan ampunkan Amir. Sekarang Tom nak masak. Sekejap lagi Intan balik dari kuliah, tak ada lauk pula nak di makan...”

    Mak Tom bangun dari sofa berjalan menuju ke arah dapur. Hati Mak Long Zainab mula bercambah rasa syukur. Mendung yang tadi berarak di hati mula di sinari cahaya harapan.

    “Alhamdulillah. Moga ini jalan untuk satu lafaz keampunan dari seorang ibu... Amin... ”

    *********************

    ReplyDelete
  7. ... sambungan...

    “Assalamualaikum...”

    Tiba-tiba lafaz salam bergema di muka pintu. Kelihatan Intan yang baru tiba menolak perlahan birai pintu. Pantas Mak Long Zainab menoleh.

    “Waalaikumussalam. Hah! Panjang umur. Baru je mak kamu sebut nama kamu tadi.” Mak Long Zainab spontan menjawab.

    “Mak Long sihat? Dah lama sampai? Pak Long mana?” Intan bertanyakan Mak Long Zainab sambil menghulur tangan untuk bersalam tanda hormat. Mak Long Zainab menyambutnya. Jemari tua itu di kucup lembut.

    “Lama la juga Intan. Sempat la bersembang-sembang dengan mak kamu tadi. Pak Long kamu esok baru sampai. Kamu dari rumah Amir kan?”

    Intan mengangguk lalu melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan Mak Long Zainab. Hatinya berkobar-kobar. Dia tak sabar menanti berita baik dari makciknya itu. Dua hari lalu, Intan meminta bantuan Mak Long Zainab agar memujuk ibunya supaya memaafkan Amir, setelah segala usaha memujuk ibunya gagal. Dia yakin dengan kebijaksanaan Mak Longnya itu memujuk. Bijak berbicara, setiap tutur di lafaz sempurna, penuh santun dan hati-hati dengan setiap patah kata-kata. Jika tidak, masakan arwah datuknya dulu dapat menerima arwah bapanya sebagai menantu walau pada awalnya di tentang habis-habisan. Bicara Mak Longnya lah yang melembutkan hati datuknya.

    “Macamana dengan Amir?” Mak Long Zainab bertanya lagi kepada Intan.

    “Abang Amir? Macam tu lah Mak Long. Makan pun dah tak nak sangat. Sekarang ni pun dah kena pakai pampers. Kanser usus abang Amir tu dah kritikal sangat Mak Long, sampai dah merebak ke organ lain. Bila doktor kata rawatan kimo dengan radioterapi tu cuma beri kesan minimum, saya cuba dengan ikhtiar lain. Minggu lepas saya bawa abang Amir pergi ke Pusat Rawatan Islam Alternatif dekat Meru. Manalah tahu, Allah izinkan untuk sembuh.” Intan menjawab perlahan.

    Mak Long Zainab menggeleng perlahan. Panggung mindanya mula membayangkan keadaan Amir. Jika 3 bulan dulu, sewaktu melawat Amir, Amir masih lagi mampu bersembang, mampu lagi berjalan, masih mampu tersenyum. Tak sangka dalam tempoh cuma 3 bulan, Amir kini terlantar dan tak mampu mengurus diri sendiri. Teringat Mak Long Zainab dengan kata-kata Amir yang amat menyentuh perasaannya...

    Rasa Mak Long, saya ni masuk syurga tak? Mak kan tak nak maafkan saya Mak Long. Tapi saya tak akan putus asa Mak Long, selagi Allah izin saya bernafas dengan nikmatNya...

    Kata-kata itu sudah cukup membayangkan perasaan Amir yang mula kecewa mendambakan keampunan seorang ibu walau hatinya cekal tak akan jemu memohon keampunan dari insan yang melahirkannya.

    ReplyDelete
  8. ... sambungan..


    “Amir tu dulu kuat sangat kerja sampai sakit pun buat tak endah. Tapi itulah, dia kerja kuat pun macam dah tahu yang dia akan sakit. Dah takdir.” Mak Long Zainab mengeluh kecil.

    “Itulah Mak Long. Cuma saya kasihan dekat Kak Fina. Dia kan tengah sarat.”

    Mak Long Zainab mengangguk kecil. Dia teringat peristiwa Fina di halau oleh Mak Tom bulan lepas. Cekalnya hati seorang isteri yang datang memohon keampunan bagi pihak suaminya, namun di balas dengan caci maki oleh Mak Tom.

    “Untung Amir tu kan Intan. Dapat isteri yang cekal dan penyabar macam Fina tu. Dengan kandungan dah sarat, kena uruskan suami yang terlantar sakit lagi.”

    “Itulah Mak Long. Sebab tu lah saya selalu ke sana Mak Long, nak tolong Kak Fina. Kesian dekat Kak Fina tu, tengah-tengah sarat nak kena tukarkan pampers abang Amir lagi, nak masak lagi. Mmm, oh ya! Macamana Mak Long? Mak Long dah pujuk mak?”

    “Dah. Mak kamu dah setuju nak ikut kita melawat Amir esok.”

    “Betul ke Mak Long?” Kata-kata Mak Long Zainab mengundang ceria di wajah dan senyum di bibir Intan. Matanya bulat bersinar-sinar tanda hatinya girang dengan jawapan itu.

    “Betul. Cuma mak kamu kata dia setuju nak pergi jenguk Amir tu sebab Mak Long yang suruh...”

    “Habis tu, mak masih tak maafkan abang Amir la?”

    Mak Long Zainab mengangguk kecil. Terpalit riak wajah kecewa di raut wajah Intan.

    “Tak faham la mak tu Mak Long. Dah 10 tahun dah perkara tu berlaku. Takkan nak tunggu sampai Abang Amir dah tak ada baru nak menangis menyesal?” Getus nada kecewa Intan meluahkan.

    “Intan, jangan cakap macam tu. Kamu kena faham, mak kamu tu sebenarnya sayang sangat dengan arwah abah kamu. Bila arwah meninggal tiba-tiba, mak kamu tu macam terkejut. Dia kena cari seseorang untuk di persalahkan atas kematian arwah abah kamu tu. Siapa lagi yang mak kamu nak persalahkan kalau bukan abang kamu.”

    “Setakat ni, ini je yang Mak Long mampu buat Intan. Kita berdoalah biar hati mak kamu tu lembut sikit. Mak Long seorang ibu. Mak kamu pun seorang ibu. Banyak atau sikit, rasa sayang seorang ibu pada anaknya tu pasti ada.” Kata-kata Mak Long Zainab menyejukkan hati Intan. Sememangnya, Mak Long Zainab bijak berbicara.

    “Intan pun harap macam tu Mak Long. Lagi pun...”

    Tiba-tiba butir bicara Intan terhenti di situ. Ada satu panggilan dari kakak iparnya, Fina. Jantungnya mula berdegup laju. Perasaannya libang libu. Bayangan perkara buruk mula bertubi-tubi menjengah hati. Punat menjawab panggilan di tekan...

    “Hello. Assalamualaikum Kak Fina...”

    “Intan! Abang Amir Intan! Abang Amir dah tenat!”

    Intan menekup mulutnya. Airmatanya mula bergenang menanti masa untuk mengalir...

    ****************

    ReplyDelete
  9. ...sambungan..

    Intan, Mak Tom dan Mak Long Zainab berdiri tegak di halaman rumah Amir. Seharusnya esok mereka ke sini. Namun, panggilan Fina tadi membuat Mak Long Zainab dan Intan bergegas ingin pergi. Mak Tom pula terpaksa mengikuti atas dasar menepati janji. Tanpa lengah, Mak Long Zainab dan Intan mengorak langkah untuk masuk. Namun Mak Tom kaku berdiri, enggan memulakan langkah tapaknya.

    “Tom. Kamu tak nak masuk?” Mak Long Zainab mempelawa Mak Tom.

    “Kak Long masuklah dulu. Nanti Tom masuk...”

    Mak Long Zainab mengangguk kecil lalu beredar meneruskan langkahnya. Intan pula memerhati tingkah laku ibunya itu. Takkan sudah tiba di halaman rumah abang kandungnya itu pun, tetap tak mahu masuk melawat. Apa pula pandangan para tetamu yang ada di dalam nanti? Siapa perempuan itu? Ibu Amir? Kenapa tak nak masuk? Intan nekad. Dia tak ingin lagi keluarga di palit aib dengan menjadi buah mulut orang. Intan memalingkan tubuhnya lantas pantas melangkah untuk cuba mengajak ibunya ke dalam. Namun, belum sempat langkah di atur, jemari halusnya pantas di cuit Mak Long Zainab.

    “Intan. Ssst. Jangan paksa mak kamu tu. Biar hati mak kamu tu merelakan kakinya melangkah. Yakinlah dengan takdir Allah.”

    Bisik Mak Long Zainab membuat Intan akur. Benar kata-kata Mak Long Zainab, biar hati yang merelakan kaki melangkah. Tak guna memaksa andai hati ibunya itu tidak rela memaafkan. Memaafkan itu bukan perkara mudah. Ada tembok ego yang harus di runtuh dengan iman, ada tentera amarah yang perlu di tentang dengan takwa. Memaafkan itu umpama tidur, walau mata mampu terpejam, hakikatnya belum tentu tubuh dan minda lena. Sekurang-kurangnya, dia dan Mak Long Zainab sudah berusaha. Biar ibunya sendiri menentukan kejayaannya. Langkahnya terus di atur beredar meninggalkan ibunya yang masih tercegat berdiri.

    Mak Tom menarik nafas sedalam-dalamnya kemudian di lepaskan kembali, seolah melepaskan satu bebanan yang teramat berat. Perasaannya berbeza. Jika pagi tadi amarahnya meluap, entah mengapa pertama kali berpijak sahaja di halaman rumah Amir, emosi kebenciannya merudum. Gema halus bacaan Surah Yasin yang di baca oleh para hadirin yang melawat Amir, seolah mengundang rasa syahdu yang mengusik naluri keibuannya. Dia mula buntu akan niat dan tujuan asalnya dia berada di situ. Sekadar menepati janji atau ingin melawat insan yang amat di benci.

    Mak Tom mendongak memandang rumah banglo dua tingkat milik Amir yang tersergam indah, bukti usaha keras anak sulungnya selama ini berjaya. 3 cawangan restoran ikan bakar yang tak putus pengunjung sudah cukup membuktikan kejayaan Amir. Walau tanpa di iringi doa dari lisannya yang tak pernah langsung mendoakan kebahagiaan anak sulungnya itu, tetapi Amir tetap berjaya dalam kehidupannya.

    Dan itu semua takdir.

    Dia kenal sifat anak sulungnya itu. Cekal hati, sukar berputus asa. Dan sifat terpuji itu turut di bawa dalam soal memohon keampunan darinya. Tiada langsung rasa putus asa untuk memohon keampunan dari seorang ibu walau sudah berjuta patah herdik dan caci maki di hamburkan. Tak pernah walau sekali dalam 10 tahun, Amir tak pulang untuk hari raya, walau Amir tahu pengakhirannya ialah di halau pergi. Tak pernah juga dalam 10 tahun Amir terlupa untuk menghubungi dirinya bertanya khabar sekurang-kurangnya seminggu sekali, walau Amir tahu penyudahnya, di hamburkan kata-kata yang mengguris jiwa. Tak pernah dalam 10 tahun, Amir putus asa membawa Fina bertemu dirinya, untuk memohon restu seorang ibu walau tahu restu darinya seolah satu permintaan yang tak akan pernah di kabulkan.

    ReplyDelete
  10. ... sambungan...


    Ego. Dendam melangit. Mak Tom mula sedar, terlalu lama sifat mazmumah itu di biarkan bercambah di dalam hati sehingga imannya kabur mencari sinar. Yang bathil di anggap terpuji. Asalkan hatinya puas.

    'Ini bukan dendam'. Ayat manis yang kerap terbisik di hatinya, walau itu hakikat sebenarnya.

    Mak Tom tunduk melihat bumi. Angin petang separa panas yang bertiup mula mengundang konflik di hati. Terlalu banyak persoalan bertalu-talu menghentam minda. Bersilih ganti iman dan nafsu memberi jawapan.

    Puaskan hati kau Tom! Biar Amir ke lahad dengan murka kau Tom! Biar dia rasa balasannya Tom!

    Biar dia ke neraka Tom! Biar segala amal ibadahnya tak di terima! Ini yang selayaknya untuk dia!

    Tidak! Tidak! Aku tak sekejam itu! Aku bukan seorang ibu yang pendendam!

    Aku cuma nak mengajar dia! Itu sahaja!

    Argh! Ingin sahaja Mak Tom menjerit melepaskan beban jiwanya.

    Mak Tom dengan penuh debar melangkah setapak demi setapak mendekati birai pintu. Kasut di buka dan langkahnya di teruskan perlahan memasuki perkarangan rumah banglo itu. Gema sayu bacaan Surah Yasin semakin jelas menerjah deria pendengarannya. Di tinjau perlahan satu demi satu wajah-wajah yang hadir. Terlihat wajah-wajah jiran Amir yang hadir mengambil berat. Terlihat juga Pak Yazid dan Kak Zaharah, besannya yang sudah hampir seminggu di situ. Mereka memandang tersenyum sayu. Terbit pula rasa malu. Mertua lebih mengambil berat perihal menantu berbanding ibu sendiri yang tak sudah-sudah mempertahankan ego.

    Perlahan Mak Tom menoleh ke arah Amir. Luluh jiwa raga melihat zuriatnya. Mak Tom tak menyangka Amir sederita ini. Wajah cengkung, tubuh kurus melidi, hanya di tutupi selimut. Mata Amir terpejam rapat namun bibirnya tak henti bergerak, seolah berbicara akan satu ungkapan perkataan.

    “Tom...” Tiba-tiba Mak Long Zainab muncul dari belakang. Mak Tom menoleh.

    “Tom. Kamu ingat tak apa perkataan pertama yang Amir sebut waktu kecil dulu?” Bisik Mak Long Zainab mengundang tanda tanya.

    Mak Tom mengerutkan dahi. Mindanya ligat cuba memainkan semula ulang tayang detik itu, detik Amir belajar menyebut perkataan pertamanya. Dia teringat akan peristiwa itu. Kala itu, arwah Akob pening untuk memahami kehendak dan maksud lisan Amir tak henti henti berkata 'tu tu', 'tu tu', 'tu tu'. Dan atas naluri sayang dan prihatin seorang ibu, walau bahasa itu tak sempurna, namun dia memahami kehendak anaknya.

    Amir tu nak susu bang. Tu yang dia sebut 'tu tu' banyak kali tu.

    Teringat Mak Tom akan penjelasannya kepada arwah Akob mengenai maksud sebutan 'tu tu' itu. Begitu juga dengan sebutan keduanya, 'a ying'. Dialah orang pertama yang memahami maksud sebutan itu yang bermaksud baring dan membawa kepada kehendak Amir iaitu ingin tidur. Tetapi atas sebab apa kakak kandungnya bertanya begitu masih menjadi tanda tanya.

    “Kenapa Kak Long tanya macam tu?” Mak Tom mengerutkan dahinya.

    “Cuba kamu lihat bibir Amir yang tak henti-henti bergerak tu. Kamu rasa kamu faham tak apa yang Amir cuba sebutkan?”

    Mak Tom merenung kembali bibir Amir. Terbuka, tertutup kemudian terbuka kembali.

    “Tom. Ketika Amir kecil, waktu Amir belum mampu bercakap, waktu lampin Amir pun Tom yang tukarkan, makan Amir pun Tom yang suapkan, Tom boleh faham apa sahaja kehendak Amir. Walau sekadar cuma satu rengekan, sedikit tangisan dan sepatah perkataan. Kasih sayang seorang ibu yang membuat kamu berusaha untuk faham kehendak seorang anak.”

    Mak Tom diam. Hatinya sayu. Dia faham maksud kakak sulungnya itu.

    “Tom. Lihat zuriat kamu tu Tom. Sisa kudrat yang tinggal di kerah sepenuhnya untuk menggerakkan bibirnya, semata-mata nak mengucapkan satu perkataan. Sepatutnya kamu dah cukup faham maksud dan kehendak Amir tu Tom. Kamu ibunya Tom...”

    ReplyDelete
  11. ... sambungan...

    Gerak bibir Amir sememangnya menandakan lafaz satu gelaran. Gelaran yang memaknakan rasa sayang, hormat dan cinta seorang khalifah pada wanita yang bertarung nyawa melahirkannya. Gelaran agung, khusus untuk sang penggoncang buaian yang menggegar dunia. Gelaran yang andai berdoa untuk anaknya, tiada ruang hijab antara dirinya dan Penciptanya.

    Mak.

    Ya Allah.

    Di waktu bernafas pun semakin sukar, Amir masih lagi gagahkan lisannya menyebut 'Mak'?

    Tubuh Mak Tom di serang dingin. Darah yang mengalir ke seluruh urat sarafnya seolah terhenti. Bibirnya di ketap berulang kali. Tubuhnya gigil cuba menahan tangis. Anak matanya mula menterjemahkan sebak hati. Butiran kaca halus mula bergenang di kelopak. Tanpa di suruh langkah tapaknya menuju ke arah Amir. Semua hadirin memerhati. Pilu. Hiba.

    Fina bangun menyambut Mak Tom. Jemari yang sekian lama tak pernah di kucup hormat itu di kucup lembut. Hatinya gembira walau di terjemah dengan tangis duka di wajahnya. Doanya pada Ar Rahman akhirnya di makbulkan. Hati ibu mertuanya akhirnya di bukakan untuk melawat suaminya. Fina mengesot sedikit memberi ruang kepada ibu mertuanya duduk di sebelah anak lelakinya yang terlalu lama dahagakan keampunan seorang ibu.

    “Abang. Mak datang bang. Mak abang datang jenguk abang.” Bisikan halus Fina di lafaz lembut di telinga Amir. Mak Tom menggenggam erat jari jemari Amir yang dari tadi hanya berlabuh di dada tidak bermaya.

    “A... Am... Amir...” Mak Tom memanggil nama anak sulungya dalam nada sebak. Jemari kirinya mengusap-usap dahi Amir yang mula dingin.

    Panggilan bersama sentuhan dari insan yang amat di rindu itu ternyata memberi reaksi. Perlahan Amir membuka matanya. Hujung matanya hanya menjeling kehadiran insan yang amat di rindui belaiannya. Airmata mula bergenang menanti untuk mengalir dari kelopaknya. Tangannya yang sekian lama terkulai tak berdaya mula terketik-ketik.

    Di dalam sedu sedan, Mak Tom tersenyum menatap mata Amir yang separa terbuka.

    “Maafkan mak Mir. Selama ini mak kejam pada kamu. Mak ampunkan Amir. Mak ampunkan Amir dunia akhirat.” Mak Tom tunduk mengucup lembut dahi Amir.

    Tiba-tiba Amir menggerakkan tangan kanannya yang masih erat di genggam Mak Tom. Mak Tom terpinga-pinga di dalam hiba memandang Fina dengan tanda tanya. Fina juga begitu. Masih ada sesuatu yang ingin di luahkan Amir.

    “Mir, Mir. Kenapa Mir?”

    Bertongkat siku, Amir gagahkan dirinya mengangkat jemarinya yang masih erat di genggam Mak Tom, lalu di biarkan terhempas di atas ribaan Fina. Mak Tom gigil menahan tangis. Naluri keibuannya membuatkan dia faham apa maksud Amir. Lantas Mak Tom meletakkan jemarinya pada kandungan Fina.

    “Mir. Mak faham Mir. Mak faham. Mak restu Fina jadi menantu mak Mir. Mak restu. Mak restu zuriat kamu ni jadi cucu mak Mir.”

    Seraya itu, bibir Amir mengukir senyum. Matanya mula meredup memandang Mak Tom. Sedikit demi sedikit mulai terpejam. Amir menarik nafas kencang sehingga belakang tubuhnya terangkat.

    “Allah...”

    Ucapan itu terlafaz dari lisan Amir bersama satu hembusan nafas halus. Tiada lagi ombak nafas turun naik di dadanya. Sepasang matanya juga tertutup rata. Airmatanya juga berhenti mengalir.

    Mak Tom tunduk menahan derasnya airmata. Fina teresak menahan duka. Para tetamu yang melihat mengeluh redha.

    “Innalillahi wa inna ilaihir ro ji un.”

    Mak Tom dan Fina berpelukan menangisi kepergian.

    Dari kejauhan, Mak Long Zainab duduk tasyahud menadah tangan. Airmata syukur berlinangan.

    “Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas limpah kasih sayangMu...”

    *************

    ReplyDelete
  12. Minta maaf sifu. Mula-mula buat dalam format bukan double spacing cuma 8 page je. Sekali tukar format double spacing dah jadi 17 page pulak..

    Terlalu panjang ke untuk sebuah cerpen...?

    ReplyDelete
  13. abinur :)

    saya dah baca karya anda kat atas tu, komen saya;

    1. gaya bahasa anda sgt2 baik, setiap ejaan, setiap patah perkataan, anda susun dengan begitu sempurna dan buat saya senyum happy. jauuuuuuuh sekali anda boleh pergi dlm penulisan, jika anda gunakan gaya bahasa ini dan gigih terus.

    2. ya mmg terlalu panjang utk sebuah cerpen, jika kita nak hantar ke Mingguan Wanita, krn ia mmg sesuai dihantar ke majalah tersebut.

    3. cerita tidak begitu menyentuh perasaan, kerana tidak diceritakan dari sudut pandangan org yg seratus peratus terlibat jiwanya, misalnya mak tom atau amir sendiri. hanya dua org ni yang betul2 boleh buat pembaca merasa gelojak perasaan mereka.

    4. dialog agak terlalu byk, dgn sendiri, ia tidak menggambarkan gelojak perasaan watak dan isi cerita yg berat, sebaliknya ia terasa agak ringan.

    saya beri contoh;

    Judul cerpen
    oleh (nama betul)

    Bibir kering Mak Tom muncung. Nafasnya turun naik. Matanya merah bak saga menahan amarah. Dingin putaran kipas di syiling tak mampu menyejukkan hatinya. Andai bukan kerana mengenangkan wanita di hadapannya itu kakak kandungnya, mungkin sudah lama di halau keluar wanita itu. Sebolehnya dia tak mahu berbincang mengenai anak sulungnya, Amir. Namun, entah kenapa kunjungan kakaknya hari ini tak habis-habis ingin membincangkan perihal Amir.

    kita cuba buat mcm di bawah ni, supaya cerita ni terasa hidup apabila dibuat sepenuhnya dr sudut pandangan mak tom, sebagai contoh,;

    (amat sukar bagi Mak Tom mengawal gelojak perasaannya. Bibir keringnya memuncung. Nafasnya turun naik dengan pantasnya. Matanya yang menahan amarah, terasa membahang merah bak saga. Dingin putaran kipas di syiling tak mampu menyejukkan hatinya yang membuak ganas. Ah, andai bukan kerana mengenangkan wanita di hadapannya itu kakak kandungnya, mungkin sudah lama dihalau keluar wanita itu. Biar perempuan itu tahu akan erti menghormati perasaan seorang ibu yang terluka parah. Biar padan!

    ReplyDelete


  14. (kita buat monolog hidup drpd dialog kaklong, mcm dia berckp dlm hati gitu, sebagai contoh)

    Huh! Balik-balik Kak Long datang nak bincang tentang si Amir (anak sulongku - yg ni, di paragraf dekat2 nak akhir, baru beritau siapa tu amir, supaya ada unsur suspen) yang tak berguna itu! Memujuk, merayu, mendesaknya! Tak habis-habis. Amir, Amir, Amir... Hisy! gerutu hati Mak Tom dgn perasaan yang membuak ganas. Macam aku tak ada kerja lain saja!

    yg kat bawah ni, kita tukar jadi dlm fikiran Mak Tom... sebagai contoh;

    Mak Tom menghela nafas yg terasa menyendat dalam dadanya. Ah! Tanpa Kak Long yang menyampaikan laporan Intan kepadanya itu pun, Mak Tom sudah lama maklum. Sudah 10 tahun Amir mengharapkan kemaafannya. Bahkan, setiap hari juga, Amir akan menelefonnya, bertanyakan khabar dan sebagainya. Dari Amir sihat sehinggalah dia sakit sekarang, khabarnya. Terus-terusan Amir cuba meraih simpatinya dan kemaafannya. Malas Mak Tom hendak melayannya. Lagipun, untuk apa Amir ambil berat tentang perasaan dan kesihatan dirinya bagai? Dulu, waktu Amir berdua2 dengan Fina sampai tertangkap basah, ada Amir fikirkan tentang maruah ibu tuanya ini? Ada? Ingat, setelah Fina mengandung, ingat semudah itu aku boleh lupa?

    (“Kak Long ingat, bila Fina tu dah mengandung, kamu tu sejuk hati sikit. Maklumlah, bakal terima cucu sulung.” Sekali lagi suara lembut Mak Long Zainab menambah kata. Mak Tom tetap diam. Gelojak hatinya yang meronta untuk bersuara cuba ditahan. - yg ni, boleh delete k)

    abinur, begitulah lebih kurang cara mengurangkan dialog. anda perlu kurangkan lebih 70 peratus daripada dialog di atas, dgn ambil infonya dan masukkan dlm fikiran Mak Tom, sama ada dlm bentuk monolog hidup ataupun dlm fikiran. dialog2 kosong, tak perlu letak k, sbb cerpen terhad segalanya, sifatnya.

    anda masuk sepenuhnya dlm jiwa mak tom dan olah balik cerpen ni. lihat semuanya dr mata kasar dan mata fikir mak tom saja. guna formula 4/5 sepenuhnya, hny 2 babak yg diiringi dua suasana, satu babak sekarang dan satu babak flashback.

    buat antara 7 - 8 mukasurat saja, double spacing di dokumen komputer anda, sbb nanti setelah saya bedah, ia akan panjang dgn sendirinya.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum..

    Minta maaf. Dah lama saya tak sempat edit. Terlalu sibuk menguruskan keluarga. Di bawah ni saya post kan cerpen yang saya dah edit. Tapi tak sempat nak edit banyak. Harap sifu boleh menilai hasil kerja saya ni dan komenlah apa yang patut... Terima kasih sifu...

    ReplyDelete
  16. Tajuk : 1 Pemintaan.

    Oleh : Abi Nur Syifa (Hatta Midy)

    Teramat sukar bagi Mak Tom mengawal gelojak perasaannya. Bibir keringnya memuncung. Nafasnya turun naik dengan pantasnya. Matanya yang menahan amarah, terasa membahang merah bak saga. Dingin putaran kipas di siling tak mampu menyejukkan hatinya yang membuak ganas. Huh! Andai bukan kerana mengenangkan wanita di hadapannya itu kakak kandungnya, mungkin sudah lama dihalau keluar wanita itu. Balik-balik Kak Longnya itu datang nak bincang tentang si Amir yang tak berguna tu! Memujuk, merayu, mendesaknya! Tak habis-habis. Amir, Amir, Amir... Hisy! gerutu hati Mak Tom dengan perasaan yang membuak ganas. Macam aku tak ada kerja lain saja!

    “Kesian la dekat Amir tu Tom. Dia kan sakit...”

    Mak Tom menghela nafas yg terasa menyendat dalam dadanya. Sakit, sakit, sakit kemudian mati. Itulah modal yang tak pernuh jemu di gunakan untuk memujuk dirinya supaya memaafkan Amir. Tanpa Kak Long yang menyampaikan laporan Intan kepadanya itu pun, Mak Tom sudah lama maklum. Sudah 10 tahun Amir mengharapkan kemaafannya. Bahkan, setiap hari juga sebelum Amir sakit, Amir akan menelefonnya, bertanyakan khabar dan sebagainya. Dari Amir sihat sehinggalah dia sakit sekarang, khabarnya. Terus-terusan Amir cuba meraih simpati dan kemaafannya. Malas Mak Tom hendak melayan. Lagipun, untuk apa Amir ambil berat tentang perasaan dan kesihatan dirinya bagai? Dulu, waktu Amir berdua-duaan dengan Fina sampai tertangkap basah, ada Amir fikirkan tentang maruah ibu tuanya ini? Ada? Ingat, setelah Fina mengandung, ingat semudah itu aku boleh lupa? Semudah tu simpati tu menghapuskan dosa-dosa silam? Sekarang, biar perempuan di hadapannya itu tahu akan erti menghormati perasaan seorang ibu yang terluka parah. Biar dia tahu tinggi rendahnya langit!

    Mak Tom menyampah, mengapa tiada siapa yang pernah faham perasaannya. Kak Long cuma tahu menasihati, tetapi yang menanggungnya siapa? Bukan aku? Pernah Kak Longnya itu merasai perasaan kematian suami tercinta, perasaan di kecewakan zuriat sendiri? Kalau bukan kerana kebodohan Amir yang terlalu gatal hendak sangat bercinta, mungkin semua ini tak akan terjadi. Akob, peneman hidup yang amat di cintai tak akan di serang sakit jantung, Amir pula pastinya sudah jadi mungkin peguam, mungkin doktor, atau mungkin seseorang yang mampu membanggakan keluarga. Mana mungkin harga kehilangan suaminya, harga terpaksa menanggung aib di balas dengan semudah ucapan kemaafan. Kalau setakat, menghalau Amir keluar dari rumah, tak merestui Fina sebagai menantu, tak mengaku Amir itu anaknya... Ah! Itu semua baru permulaan. Belum puas lagi hati aku nak menyeksa batin Amir.

    “Dah la tu Tom. Semua yang berlaku dulu tu takdir. Mesti ada hik...”

    “Kak Long!”

    Bicara Mak Tom tiba-tiba memintas Mak Long Zainab. Mak Long Zainab terkedu. Jarang sekali adiknya itu meninggikan suara terhadapnya.

    “Takdir! Takdir! Takdir! Kalau Tom kata yang Tom memang dah di takdirkan tak akan akan maafkan Amir sampai Amir mati, Kak Long boleh terima?!”

    “Masyallah! Tom! Bawa mengucap Tom! Bawa mengucap!” Mak Long Zainab terkejut dengan kenyataan dari lisan Mak Tom yang semakin lantang mengkritik takdir. Terpapar riak kecewa di wajahnya.

    ReplyDelete
  17. “Kak Long. Kak Long rasa penyakit Amir tu takdir ke? Penyakit Amir tu bukan takdir Kak Long, tapi hukuman! Ini balasan setimpal yang sepatutnya Amir terima! Biar padan muka dia! Biar...”

    “Assalamualaikum...”

    Kata-kata lantang tempelak Mak Tom terhenti. Di lihat Intan sudah tercegat di muka pintu. Penghantar laporan sudah pulang! Ingat aku tak tahu ini kerja kau Intan! Mempergunakan kakak aku ni untuk memujuk aku! Dia tahu Intan mahu ibunya ini cair dengan kata rayu kakaknya sendiri. Sememangnya, kakaknya itu pandai merayu. Jika tidak, masakan arwah Akob dapat mengahwininya kalau bukan kerana lisan kakaknya itu yang berusaha memujuk arwah bapanya, Haji Borhan.

    “Waalaikumussalam. Masuk Intan.” Mak Long Zainab spontan menyambut salam sambil mengukir senyum, cuba menyembunyikan wajah kecewa. Mak Tom pula menjeling tajam lalu berpaling.

    “Mak Long sihat? Dah lama sampai? Pak Long mana?” Intan bertanyakan Mak Long Zainab sambil menghulur tangan untuk bersalam tanda hormat. Mak Long Zainab menyambutnya. Jemari tua itu di kucup lembut.

    “Lama la juga Intan. Sempat la bersembang-sembang dengan mak kamu tadi. Pak Long kamu esok baru sampai. Kamu dari mana?”

    Intan menjeling ke arah ibunya. Masam. Hujung mata pun tidak menjeling akan dirinya. Dia tak ingin bercakap banyak. Silap hari bulan, dia pula yang di maki hamun ibu sendiri.

    “Err, saya dari rumah Kak Fina tadi. Hantar pampers Abang Amir. Mak Long, Intan masuk dulu ye...” Intan tunduk meminta izin, kemudian beredar tergesa-gesa.

    “Sampai dah pakai pampers dah si Amir tu, kamu tak nak juga maafkan dia. Kak Long mohon sekali je Tom, kamu jejakkan kaki kamu ke sana jadilah...”

    Mak Tom diam. Tak ada sedikit pun selera untuk menjejak kaki ke rumah Amir. Dari waktu Amir tinggal di flat dulu, hingga ke rumah banglo 2 tingkat, tak akan pernah hatinya berubah. Apa perlu aku ke sana kalau tak ada sekelumit pun rasa nak memaafkan tu ada? Tetapi hati Kak Longnya itu juga harus di jaga. Terlalu banyak jasa Kak Long padanya. Tambahan pula, hanya itulah satu-satunya adik beradiknya yang tinggal.

    “Baiklah Kak Long. Tom akan pergi, tapi jangan Kak Long harap Tom akan maafkan Amir! Tom pergi kerana Kak Long. Dah, Tom nak masak.” Mak Tom bangun beredar dengan hati yang masih panas membara. Mak Long Zainab tersenyum kecil. Ada air mata bergenang menanti untuk mengalir dari kelopaknya.

    “Alhamdulillah. Syukur Kau tunaikan permintaanku ini...” Bisik hati Mak Long Zainab.

    Tiba-tiba....

    “Mak Long! Mak Long! Abang Amir Mak Long! Abang Amir dah tenat!”

    Jeritan bercampur tangis Intan yang berlari keluar dari bilik mencemaskan Mak Long Zainab...

    ******************************

    ReplyDelete
  18. Mak Tom menarik nafas sedalam-dalamnya kemudian di lepaskan kembali, seolah melepaskan satu bebanan yang teramat berat. Perasaannya berbeza. Jika pagi tadi amarahnya meluap, entah mengapa pertama kali berpijak sahaja di halaman rumah Amir, emosi kebenciannya merudum. Gema halus bacaan Surah Yasin yang di baca oleh para hadirin yang melawat Amir, seolah mengundang rasa syahdu yang mengusik. Dia mula buntu akan niat dan tujuan asalnya dia berada di situ. Sekadar menepati janji atau ingin melawat insan yang amat di benci. Intan dan Kak Long sudah melangkah ke dalam. Dia masih lagi di situ. Berperang dengan jiwanya sendiri.

    Mak Tom mendongak memandang rumah banglo dua tingkat milik Amir yang tersergam indah, bukti usaha keras anak sulungnya selama ini berjaya. 3 cawangan restoran ikan bakar yang tak putus pengunjung sudah cukup membuktikan kejayaan Amir. Walau tanpa di iringi doa dari lisannya yang tak pernah langsung mendoakan kebahagiaan anak sulungnya itu, tetapi Amir tetap berjaya dalam kehidupannya.

    Dan itu semua takdir.

    Dia kenal sifat anak sulungnya itu. Cekal hati, sukar berputus asa. Dan sifat terpuji itu turut di bawa dalam soal memohon keampunan darinya. Tiada langsung rasa putus asa untuk memohon keampunan dari seorang ibu walau sudah berjuta patah herdik dan caci maki di hamburkan.

    Ego. Dendam melangit. Terlalu lama sifat mazmumah itu Mak Tom biarkan bercambah di dalam hati sehingga imannya kabur mencari sinar. Yang bathil di anggap terpuji. Asalkan hatinya puas, puas dan puas.

    Mak Tom tunduk melihat bumi. Angin petang separa panas yang bertiup menyemarakkan lagi konflik hatinya. Terlalu banyak persoalan bertalu-talu menghentam minda. Bersilih ganti iman dan nafsu memberi jawapan. Puaskan hati kau Tom! Biar Amir ke lahad dengan murka kau Tom! Biar dia rasa balasan derhaka! Biar dia derita hingga ke neraka Tom! Tapi, siapakah aku ini? Manusia ciptaan Allah. Allah maha Pengampun, tapi aku? Menghukum Amir seolah nama aku ini sudah tertulis di pintu syurga.

    Argh! Ingin sahaja Mak Tom menjerit melepaskan beban jiwanya.

    Mak Tom dengan penuh debar melangkah setapak demi setapak mendekati birai pintu. Gema sayu bacaan Surah Yasin semakin jelas menerjah deria pendengarannya. Di tinjau perlahan satu demi satu wajah-wajah yang hadir. Terlihat wajah jiran-jiran yang mengambil berat. Terlihat juga Pak Yazid dan Kak Zaharah, besannya yang sudah hampir seminggu di situ. Mereka memandang tersenyum sayu. Terbit pula rasa malu. Mertua lebih mengambil berat perihal menantu berbanding ibu sendiri yang tak sudah-sudah mempertahankan ego.

    Perlahan Mak Tom menoleh ke arah Amir. Luluh jiwa raga melihat zuriat pernah di rasakan sakit melahirkannya. Mak Tom tak menyangka Amir sederita ini. Wajah cengkung, tubuh kurus melidi, hanya di tutupi selimut. Mata Amir terpejam rapat namun bibirnya tak henti bergerak, seolah berbicara akan satu ungkapan.

    “Tom. Kamu ingat tak apa perkataan pertama yang Amir sebut waktu kecil dulu?” Bisik Mak Long Zainab yang tiba-tiba muncul dari entah dari mana.

    ReplyDelete
  19. Mak Tom menoleh sekilas lalu mengerutkan dahi. Mindanya ligat cuba memainkan semula ulang tayang detik Amir belajar menyebut perkataan pertamanya. Dia teringat akan peristiwa itu. Kala itu, arwah Akob buntu untuk memahami kehendak dan maksud lisan Amir yang dalam tangis tak henti henti berkata 'tu tu', 'tu tu', 'tu tu'.

    “Amir tu nak susu bang. Tu yang dia sebut 'tu tu' banyak kali tu.”Teringat Mak Tom akan penjelasan ringkasnya kepada arwah Akob. Hati Mak Tom sedikit terusik dengan kenangan itu.

    “Kenapa Kak Long tanya macam tu?” Mak Tom kembali bertanya Mak Long Zainab.

    “Cuba kamu lihat bibir Amir yang tak henti-henti bergerak tu. Kamu rasa kamu faham tak apa yang Amir cuba sebutkan?”

    Mak Tom merenung kembali bibir Amir. Terbuka, tertutup kemudian terbuka kembali.

    “Tom. Ketika Amir kecil, waktu Amir belum mampu bercakap, waktu lampin Amir pun Tom yang tukarkan, makan Amir pun Tom yang suapkan, Tom boleh faham apa sahaja kehendak Amir. Walau cuma satu rengekan, sedikit tangisan atau sepatah perkataan. Kasih sayang seorang ibu yang membuat kamu berusaha untuk faham kehendak seorang anak.”

    Mak Tom diam. Hatinya sayu. Dia faham maksud kakak sulungnya itu.

    “Tom. Lihat zuriat kamu tu Tom. Sisa kudrat yang tinggal di kerah sepenuhnya untuk menggerakkan bibirnya, semata-mata nak mengucapkan satu perkataan. Sepatutnya kamu dah cukup faham maksud dan kehendak Amir tu Tom. Kamu ibunya Tom...”

    Gerak bibir Amir sememangnya menandakan lafaz satu gelaran. Gelaran yang memaknakan rasa sayang, hormat dan cinta seorang khalifah pada wanita yang bertarung nyawa melahirkannya. Gelaran agung, khusus untuk sang penggoncang buaian yang menggegar dunia. Gelaran yang andai berdoa untuk anaknya, tiada ruang hijab antara diri dan Maha Penciptanya.

    Mak. Ya Allah. Di waktu bernafas pun semakin sukar, Amir masih lagi gagahkan lisannya menyebut lafaz itu? Sedangkan aku...? Ya Allah! Kejamkah aku ini Ya Allah? Ibu apakah aku ini Ya Allah?

    Tubuh Mak Tom di serang dingin. Darah yang mengalir ke seluruh urat sarafnya seolah terhenti. Bibirnya di ketap berulang kali. Tubuhnya gigil cuba menahan tangis. Anak matanya mula menterjemahkan sebak hati. Butiran kaca halus mula bergenang di kelopak. Tanpa di suruh langkah tapaknya menuju ke arah Amir. Semua hadirin memerhati. Pilu. Hiba.

    Fina bangun menyambut Mak Tom. Jemari yang sekian lama tak pernah di kucup hormat itu di kucup lembut. Hatinya gembira walau di terjemah dengan tangis duka di wajahnya. Doanya pada Ar Rahman akhirnya di makbulkan.

    ReplyDelete
  20. “Abang. Mak datang bang. Mak abang datang jenguk abang.” Bisikan halus Fina di lafaz lembut di telinga Amir. Mak Tom menggenggam erat jari jemari Amir yang dari tadi hanya berlabuh di dada tidak bermaya.

    “A... Am... Amir...” Panggilan Mak Tom tersekat-sekat dalam nada sebak. Jemari kirinya mengusap-usap dahi Amir yang sejuk. Perlahan Amir membuka matanya yang sekian lama terpejam. Hujung matanya menjeling kehadiran insan yang amat di rindui belaiannya. Airmata mula bergenang menanti untuk mengalir dari kelopaknya. Jemari yang sekian lama terkulai tak berdaya mula terketik-ketik.

    Di dalam sedu sedan, Mak Tom tersenyum menatap mata Amir yang separa terbuka. Tatapan itu mula menterjemahkan rasa. Rasa yang sekian lama luput dari hati seorang ibu. Rasa sayang, belas dan ihsan. Sedikit demi sedikit sang nafsu mulai tewas dengan asakan iman. Awan suram ego mulai kabur di sinari cahaya kasih seorang ibu. Mak Tom menarik nafas sedalam-dalamnya. Lisannya bersedia untuk menzahirkan ucapan keramat...

    “Mir. Maafkan mak Mir. Selama ini mak kejam pada kamu. Mak ampunkan Amir. Mak ampunkan kamu dunia akhirat Mir...” Mak Tom tunduk mengucup lembut dahi Amir.

    Tiba-tiba Amir menggerakkan tangan kanannya yang masih erat di genggam Mak Tom. Mak Tom terpinga-pinga di dalam hiba memandang Fina dengan tanda tanya. Fina juga begitu. Masih ada sesuatu yang ingin di luahkan Amir.

    Bertongkat siku, Amir gagahkan diri mengangkat jemarinya yang masih erat di genggam Mak Tom, lalu di biarkan terhempas di atas ribaan Fina. Mak Tom gigil menahan tangis. Naluri keibuannya cukup arif memahami maksud tindakan Amir. Lantas Mak Tom meletakkan jemarinya pada kandungan Fina.

    “Mir. Mak faham Mir. Mak faham. Mak restu Fina jadi menantu mak Mir. Mak restu. Mak restu zuriat kamu ni jadi cucu mak Mir...”

    Seraya itu, lafaz Mak Tom itu membuat bibir Amir tersenyum lemah. Matanya mula meredup. Sedikit demi sedikit mulai terpejam. Amir menarik nafas kencang sehingga belakang tubuhnya terangkat.

    “Allah...”

    Amir melepaskan satu hembusan nafas halus bersama ungkapan itu. Tiada lagi ombak nafas turun naik di dadanya. Sepasang matanya juga tertutup rapat. Airmatanya juga berhenti mengalir. Mak Tom tunduk menahan derasnya airmata. Fina teresak menahan duka. Para tetamu yang melihat mengeluh redha.

    “Innalillahi wa inna ilaihir ro ji un.” Mak Tom dan Fina berpelukan menangisi kepergian.

    Dari kejauhan, Mak Long Zainab duduk tasyahud menadah tangan. Airmata syukur berlinangan.

    “Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas limpah kasih sayangMu...”

    ********************



    ReplyDelete
  21. abinur :)

    saya dah baca pembaikan yg anda buat kat atas tu, komen saya; sgt sgt sgt sgt sgt bulat, padat, kuat, dan menyentuh perasaan! gay abahasa juga, kian lama kian cantik dan setiap butir perkataan anda gunakan, mempunyai makna dan menyokong kpd kekuatan ceritanya, terutama sekali di bahagian kedua (di bawah **********) tu, tahniah!

    namun, ada masalah skit ttg tanda baca pemisah dlm cerpen tu, (*********) ia sepatutunya hanya tiga butir saja (* * *) yg diletak di tengah2 mukasurat.

    abinur :) sekarang anda dah boleh hantar cerpen ni ke Mingguan Wanita, nanti minto tolong aini ttg cara2 nak hantar ke sana dan kpd siapa.

    lps ni, anda dah boleh buat cerpen kedua pula, tp say anak yg lebih sukar temanya, kita perlu angkat dunia kerjaya watak utama, dan istilah2nia, sebolehnya, masalah dlm kerjayanya disamakan mcm masalah peribadinya.

    itu je dulu abinur, gigih terus k

    ReplyDelete
  22. Tahniah! Abinursyifa,
    anda telah berjaya menyiapkan cerpen pertama dengan baik sekali.

    Untuk menghantar cerpen ini ke Majalah Mingguan Wanita mudah saja...

    Berikut, saya sertakan nama, alamat email dan no.tel. editor yang berkenaan, di MWW.
    Anda emailkan cerpen ini beserta surat iringan yang menyatakan nama penuh, alamat surat menyurat, no.i.c dan no.telefon anda. selepas beberapa hari anda menghantar menghantarnya, bolehlah anda hubungi no.tel editor,samaada sudah diterima atau belum. Bersabarlah menunggu kira-kira dua minggu, kemudian bolehlah anda hubungi lagi bertanya samaada cerpen anda sesuai untuk di siarkan di MMW. Jika editor MMW mahu anda mengeditnya sikit lagi, nyatakan saja setuju. Insya-Allah akan memudahkan untuk mereka menebitkannya.

    Editor Pengurusan MMW,
    Puan Nuri Supian,
    nuri@karangkraf.com.my
    tel.no. 03-51013888 ext 7371

    Gigih terus, Abinursyifa! Ambil rehat seminggu sambil mikirkan tema untuk cerpen kedua. Minggu hadapan bolehlah anda kemukakan tema cerpen kedua pula mengikut cadangan sifu. Saya akan bertugas menilai sinopsisnya saja.

    ReplyDelete
  23. Abinursyifa, di bawah ini saya tunjukkan contoh surat iringan untuk anda gunakan bagi menghantar cerpen ke Majalah Mingguan Wanita;


    (alamat anda)

    (tarikh surat ini)


    Editor Pengurusan Majalah Mingguan Wanita
    Puan Nuri Supian


    Assalamualaikum wm wb


    CERPEN: (judul cerpen)

    Bersama ini saya sertakan cerpen berjudul( )Cerpen ini disediakan dengan bimbingan Puan Azmah Nordin. Puan Azmah yang mencadangkan supaya cerpen ini dihantar ke Majalah Mingguan Wanita ini.

    Jasa baik Puan dalam mempertimbangkan cerpen ini sangat saya hargai.
    Sekian terima kasih.

    Wassalam.

    Yang benar,
    (nama awak,
    K/P:
    Tel bimbit: )


    Begitu saja surat iringan yang mudah dan perlu disertakan untuk menghantar cerpen anda.Semoga Allah mudahkan urusan ini.

    *cerpen itu boleh dihantar dlm bentuk attachment atau boleh juga anda paste dalam surat iringan ini. Sebaiknya ia dlm bentuk attachment.

    ReplyDelete
  24. Izin ku Berhijab.

    Oleh : Abi Nur Syifa

    Rozita seorang gadis yang bertugas sebagai seorang Penolong Pengurus Pemasaran di sebuah hotel. Seawal dari di tawarkan jawatan itu 5 tahun dulu, salah satu syarat yang terpaksa di patuhi ialah, dia tidak di benarkan bertudung kerana ia di lihat tidak bersesuaian dengan imej syarikat. Rozita menerima syarat itu kerana dia sememangnya bukan gadis yang bertudung. Baginya bertudung merupakan tanggungjawab berat yang membawa nama agama. Lagi pula, kekasihnya Fahmi, anak seorang hartawan sukakan gadis moden dan urban. Setelah 5 tahun bertugas, Rozita akhirnya di tawarkan jawatan Pengurus Pemasaran yang amat di idam idamkan.

    Namun, selepas terbabit dalam satu kejadian yang hampir meragut maruahnya, Rozita mula tergerak untuk berubah. Dia mula sedar kepentingan menutup aurat dengan sempurna. Sekembalinya Rozita dari cuti sakit, imej barunya yang berhijab ternyata memberi impak. Pihak pengurusan syarikat mula memberikan kata dua kerana imejnya yang di katakan tidak bersesuaian dengan syarikat. Kekasih Rozita, Fahmi yang amat di cintai juga enggan menerima perubahan Rozita. Alasan Fahmi ialah sukar untuk bersosial dan enjoy dengan imej sebegitu. Fahmi juga memberikan kata dua kepadanya sama ada mengubah kembali imejnya, atau Fahmi akan meninggalkannya. Rozita mula putus asa. Dia bakal kehilangan kekasih dan kerja hanya kerana imej barunya.

    Hasil keputusan mesyuarat lembaga pengarah hotel, Rozita di tawarkan kenaikan gaji 2 kali ganda, namun Rozita nekad mempertahankan hijabnya. Akhirnya, Rozita di pecat dari jawatannya sekarang atas alasan melanggar etika syarikat. Walau Rozita hampa, dia redha dan menganggap itu sebagai ujian. Dia yakin dengan rezeki Allah. Dia juga redha di tinggalkan Fahmi. Dia tak ingin merayu lagi cintanya pada Fahmi. Asalkan maruahnya sebagai seorang muslimah tidak lebur hanya kerana duit dan cinta. Akhirnya, sewaktu Rozita melangkah keluar dari lobi hotel pejabatnya, rakan lamanya menghubunginya kembali menawarkan Rozita menjadi rakan kongsi dalam perniagaan butik busana muslimah. Rozita bersetuju dan bermulalah lembaran baru dalam hidup Rozita.

    ReplyDelete
  25. Izin ku Berhijab.

    Oleh : Abi Nur Syifa

    Rozita seorang gadis yang bertugas sebagai seorang Penolong Pengurus Pemasaran di sebuah hotel. Seawal dari di tawarkan jawatan itu 5 tahun dulu, salah satu syarat yang terpaksa di patuhi ialah, dia tidak di benarkan bertudung kerana ia di lihat tidak bersesuaian dengan imej syarikat. Rozita menerima syarat itu kerana dia sememangnya bukan gadis yang bertudung. Baginya bertudung merupakan tanggungjawab berat yang membawa nama agama. Lagi pula, kekasihnya Fahmi, anak seorang hartawan sukakan gadis moden dan urban. Setelah 5 tahun bertugas, Rozita akhirnya di tawarkan jawatan Pengurus Pemasaran yang amat di idam idamkan.

    Namun, selepas terbabit dalam satu kejadian yang hampir meragut maruahnya, Rozita mula tergerak untuk berubah. Dia mula sedar kepentingan menutup aurat dengan sempurna. Sekembalinya Rozita dari cuti sakit, imej barunya yang berhijab ternyata memberi impak. Pihak pengurusan syarikat mula memberikan kata dua kerana imejnya yang di katakan tidak bersesuaian dengan syarikat. Kekasih Rozita, Fahmi yang amat di cintai juga enggan menerima perubahan Rozita. Alasan Fahmi ialah sukar untuk bersosial dan enjoy dengan imej sebegitu. Fahmi juga memberikan kata dua kepadanya sama ada mengubah kembali imejnya, atau Fahmi akan meninggalkannya. Rozita mula putus asa. Dia bakal kehilangan kekasih dan kerja hanya kerana imej barunya.

    Hasil keputusan mesyuarat lembaga pengarah hotel, Rozita di tawarkan kenaikan gaji 2 kali ganda, namun Rozita nekad mempertahankan hijabnya. Akhirnya, Rozita di pecat dari jawatannya sekarang atas alasan melanggar etika syarikat. Walau Rozita hampa, dia redha dan menganggap itu sebagai ujian. Dia yakin dengan rezeki Allah. Dia juga redha di tinggalkan Fahmi. Dia tak ingin merayu lagi cintanya pada Fahmi. Asalkan maruahnya sebagai seorang muslimah tidak lebur hanya kerana duit dan cinta. Akhirnya, sewaktu Rozita melangkah keluar dari lobi hotel pejabatnya, rakan lamanya menghubunginya kembali menawarkan Rozita menjadi rakan kongsi dalam perniagaan butik busana muslimah. Rozita bersetuju dan bermulalah lembaran baru dalam hidup Rozita.

    ReplyDelete
  26. sifu dan Kak Aini...

    Assalamualaikum...

    tak tahu lah kali ini sinopsis saya berjaya di post ke tak..

    Nilai lah sinopsis saya tu ek..

    Insyallah, saya akan cuba olah cerpen ini nanti mengaitkan antara pentingnya kerjaya, cinta atau agama.

    dan saya dah buat research pasal apa yang saya nak tulis.. hehehe..

    ReplyDelete
  27. Abinursyifa,

    Tersenyum panjang saya membaca sinopsis anda yang kedua ini. Ternyata anda sudah banyak berlajar dari blog sastera ini. Teruskan dengan isu yang mengangkat nilai murni dan membuat pembaca berfikir!

    Kita tunggu komen pencerahan daripada sifu. Saya doakan anda dapat menggarap cerpen kedua ini dengan baik. Setelah itu berkemungkinan sifu akan memberi peluang untuk anda menulis novel pula!

    ReplyDelete
  28. (aini :) thanks)

    abinur :)

    saya dah baca sinopsis anda kat atas tu, ya mmg sgt2 menarik, terutama sekali ttg kerjaya wanita yg akan anda angkat ke dalm cerpen anda nanti. saya suka juga isu ttg bertudung ygdiperjuangkan oleh watak utama.

    anda boleh mula menghasilkan cerpen ini, dengan menggunakan formula yg telah 4/5 daripada keseluruhan cerita. masuk dalam seluruh gelojak perasaan watak utama, utk intronya, mcm cerpen anda yg pertama dulu. juga perlu dimasukkan ilmu atau apa yg dibuat oleh watak utama, sebagai penolong pengurus, istilah2 yg jika menarik nanti kita angkat sebagai simbol utk keseluruhan cerpen, buat sedikit kajian ttg suuasana perhotel sendiri, warna, bau, dll

    ok, sebelum anda memulakan cerpen ini, ini yg perlu anda fikirkan;

    1. ada dua cabaran/tentangan/rintangan utk watak utama hadapi di sini; satu dr kekasihnya, satu dr majikan dan satu dari dlm diir sendiri. ia adalah sebuah pergolakan jiwa yg hebat, tentnunya. di sinilah anda patut bermula, utk kemudiannya menggambarkan pendirian atau prinsip watak utama. yg mana lebih penting pdnya.

    2. ini penting sgt2; apabila seorang wanita - sama ada yg masih kanak2, yg dah remaja, atau dewasa atau yg dah tua sekalipun - maruahnya dicerobohi (dicabul, diperkosa, dirogol) ia sama sekali bukan salah kaum wanita itu. yg dicerobohi adalah mangsa, ingat tu.

    pernah baca berita di mana kanak2 berusia lapan tahun, bertudung labuh, berbaju kurung seragam sekolah yg berjalan ke sekolah agama, dirogol dan ditikam bertubi2 sampai mati? salah kanak2 perempuan itukah?

    ternyata kat sini, kanak2 itu mangsa bukan? dan sebagai penulis/manusia, kita perlu berlaku adil dgn tidak menghukum sesiapa pun yg jadi mangsa. mangsa kepada kelemahan lelaki yg tidak mampu mengawal syahwat sendiri, dgn memaksakan diri ke atas yg dikira lemah. yg lemah tu adalah si penceroboh, bukan si mangsa.

    jadi, seeloknya, anda tak gambarkan watak utama hanya berubah, setelah hampir dicerobohi maruahnya, ada unsur2 paksaan di sini. dan terlalu klise sifatnay. orang zaman dahulu kala dah buat byk cerita2 mcm ni, dan ditulis oleh org yg sekepala dengan pemangsa itu juga.

    cari idea bagaimana nak merubah pemikiran watak utama dengan sesuatu yg murni, yg berkaitan dengan kasih sayang sesama insan atau sesama makluk Tuhan. pernah dgr org memeluk Islam sbb terpesona dgn sifat2 sahabatnya yg begitu Islami bukan? itu cara org zaman dulu, tp ttg boleh digunakan hingga ke zaman sekarang, sbb ia logik.

    sebagai cadangan; mungkin watak utama berasa jiwanya kekosongan, sbb biar betapa seronok pun hidup bebasnya dia pasti akan mencari jati diri. mungkin dia berada dlm kesusahan, dan dibantu oleh orang yg baik hati tanpa minta balasan, tanpa memaksa dia menukar imejnya, sebaliknya dia sendiri yg mahu. mungkin dia berasa terharu dgn ketulusan seseorang membantunya atau bantu orang lain, hingga buat hati dia berasa dekat dgn org yg mungkin solehah sifatnya?

    pendek kata, cerita perlu berjalan secara natural, tiada unsur2 paksaan gitu. mungkin, apabila ada kasih sayang, barulah hati watak utama terbuka, dan buat dia dpt nilai yg mana satu intan yg mana satu kaca, yg mana sayangkan dia secara tulus dan yg mana sayangkan dia kerana nfasu atau kerana nak pergunakan tenaga atau otak cemerlang dia saja.

    byk lagi boleh anda fikirkan.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  29. abinur :)

    wah, terlalu byklah pula salah ejaan kat atas tu, tp saya terlalu letih utk perbaikinya, sbb seharian juga saya pulun nulis sakan. dah dekat jam dua belas setengah tengah malam ni... harap maaf k, dan harap anda faham apa yg cuba saya sampaikan.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum..

    Sekian lama menunggu demam campak ni baik, akhirnya siap jugak cerpen saya... sifu, saya terpaksa olah sikit cerita ni dari asal... tak tahu lah okay ke tak... idea pun tergesa-gesa datang, buat cerpen ni pun curi-curi masa waktu rehat... minat punya pasal... hehehe...

    harap sifu dapat nilaikan cerpen saya kali ni... best ke tak...

    Terima kasih...

    ReplyDelete
  31. Tajuk : Izinku Berhijab.

    Oleh : Abi Nur Syifa.

    120 kmj... 140 kmj... 180 kmj... Deruan pacuan mewah Honda Civic semakin rakus menderu membelah laluan. Kaki yang ghairah menekan minyak sudah tidak peduli akan akibat. Dia perlu melepaskan lelah hatinya yang terlalu kecewa. Hijab. Apa salah ke aku berhijab macam ni? Dah lah aku bakal hilang kerja, sekarang aku bakal hilang cinta pula! Cinta. Bagaimana aku mampu hidup tanpa cintanya selepas ni? Aku sayangkan dia, tapi kenapa dia tak mahu terima aku? Selepas ni, apa lagi yang akan meninggalkan aku? Apa?! Arrgh! Rozita tertekan, geram dan marah pada sesuatu yang dia tak pasti.

    “I dah bagi you peluang untuk you. Tapi you still dengan keputusan you. So, I minta maaf. I tak boleh terima Rozita yang back to the primitive ni. Dengan you yang macam ni... Hish! I tak tahu la nak terima you macamana. Macamana kita nak pergi kelab lepas ni, dengan you yang macam ni? Or you akan kata, you dah tak nak pergi kelab lagi. Maksiat, haram, bla bla bla... Macam ni lah, bagi I senang je. If you really love me, you kena jadi orang yang boleh I cintai...”

    Bait ucap kata Fahmi tadi masih terngiang-ngiang di akal sedarnya. Memek wajah Fahmi yang seolah mual dan sinis sentiasa terbayang di pandangannya. Sangkanya, insan itu akan menerima seadanya perubahan dirinya, demi cinta yang sudah hampir 3 tahun mereka semai dan jaga. Dan kata dua dari Fahmi tadi membunuh perasaannya, dan semakin hampir membunuh tekad hijrahnya.

    Fahmi. Takkan hanya kerana penampilanku ini kau korbankan cinta yang selama ini kita semai? Takkan ini kesudahan cinta yang kita pelihara, yang kita sentiasa angankan indah kesudahannya?

    Rozita! Belum terlambat Rozita! Belum terlambat untuk kau berjuang demi cinta kau. Kau masih ada peluang merebut kembali cinta kau! Bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Buang hijab kau! Korbankan hijrah kau! Korbankan!

    Arghh! Rozita semakin buntu dan celaru. Imannya semakin menipis walau hatinya bertungkus lumus menuturkan tasbih. Segala ruang bisikan yang cuba menembusi tembok istiqamahnya cuba di tepis. Dia cuba nyahkan perasaan ragu yang mula wujud dalam hijrahnya. Memang hati ini terlalu sakit kehilangan cinta, tapi takkan aku sanggup korbankan hijabku ini demi cinta pada manusia? Kenapa hati aku terlalu sukar untuk redha kali ini? Rozita semakin tertekan. Amarah dan kecewanya semakin meluap-luap. Nafasnya semakin pantas mendengus. Pandangannya pula semakin tajam memerhati laluan di hadapannya. Keretanya semakin pantas meluru. Ingin rasanya dia menjerit, namun untuk apa? Andai ada yang perlu di persalahkan itu siapa? Fahmi? Atau aku? Atau takdir?! Takdir yang mempertemukan aku dengan hidayah yang semakin menjauhkan aku dari segala yang aku sayang! Aku akan kehilangan semuanya!

    Buk!

    Tiba-tiba sebuah beg kertas berdekorasi bunga yang setia menemani di tempat duduk kirinya, terjatuh ke lantai setelah terhoyong hayang di buai pemanduan penuh amarah Rozita. Sekilas, Rozita terpandang akannya. Sebuah telekung biru laut terdampar keluar menyembah lapik pemijak kaki. Sejurus itu, Rozita terkedu. Rasa sejuk dan dingin menyerang tulang temulangnya.

    ReplyDelete
  32. Ya Allah! Apa aku buat ni?! Aku yang aku fikir ni?!

    Peluh dingin terpercik di dahinya. Degup jantungnya kian pantas. Amarahnya tiba-tiba merudum walau rasa kecewa masih bertakhta. Honda Civic yang di pandunya segera di perlahankan seterusnya di hentikan di bahu jalan. Rozita tunduk lemah. Jari jemarinya penuh gigil menggenggam stereng kereta. Perasaannya yang bercampur baur cuba di tenangkan. Ini ujian! Ujian! Aku kena kuat! Aku kena tabah! Aku mampu hadapi semua ini! Rozita pejam menahan amukan perasaannya yang mula di landa bah air mata. Bibirnya di ketap geram dalam gigil menahan lara. Sedu sedan di dalam nafasnya sukar di kawal. Tanpa sedar, dia tewas. Kilauan air penuh kepiluan mengalir juga dari kelopak matanya walau sudah sedaya upaya cuba untuk tidak di bazirkan. Hijab hitam yang tersarung rapi mulai basah di siram kesedihan. Satu persatu ujian hadir menguji hijrahnya yang baru masih hijau, yang baru menginjak angka 45 hari. Istiqamahnya semakin letih di cabar.

    Kenapa kau berhenti Rozita? Kenapa kau tak lepaskan semua amarah kau? Kau sendiri nampak kan apa yang kau dapat dengan perubahan bodoh kau ni? Hijrah konon... Kau tengok sekarang! Semua yang kau sayang, semua yang kau usahakan akan meninggalkan kau! Apa lagi yang tinggal pada kau Rozita?! Apa?! Berbaloi kau pertahankan hijrah kau ni?!

    Astagfirullahalazim! Rozita beristighfar berulang kali. Bisik halus di hatinya sedaya upaya cuba di bisukan. Airmatanya di seka berulang kali. Salahkah aku berubah untuk kebaikan? Kenapa kebaikan tak di balas kebaikan? Rozita tunduk bungkam menahan lara yang semakin mencengkam. Tubuhnya di tundukkan untuk mengambil telekung biru yang terjatuh tadi. Pasir-pasir yang melekat segera di tepuk perlahan untuk di nyahkan. Setelah bersih, lantas Rozita memeluk erat telekung itu, menciumnya dan berinteraksi dengannya, seolah telekung itu bernyawa. Sekali lagi air mata kepiluan membasahi pipinya. Telekung itu mengingatkan dirinya kepada seseorang. Seseorang yang amat di rindui kasih, belai dan sentuhannya.

    Ibu, tolong Ita ibu. Ita dah tak kuat. Ita dah lemah. Ita tak mampu nak hadapi ujian ni lagi.

    Imbauan detik saat Rozita menerima telekung itu terbayang di ruang angkasa memorinya. Telekung itu adalah pemberian terakhir ibunya sebelum di jemput Ilahi. Saat pertama kali melihat hadiah pemberian ibunya itu hatinya bergetar. Telekung biru laut bersulam. Terlipat rapi, harum mencengkam. Terasa amat janggal dengan pemberian itu. Dulu, ibunya tak pernah peduli perihal agamanya. Dari solat, aurat, puasa... Ah! Hampir semua tak pernah di peduli. Namun, sejak 3-4 bulan lepas, pulang sahaja ke kampung, ada kelainan yang di rasai. Tiada lagi bual bicara soal hebatnya dunia dari lisan ibunya seperti selalu. Ibunya lebih suka membahas soal kematian, syurga neraka, titian sirat, mizan dan berbagai lagi perihal yaumul akhir, malah mula rajin ke surau mendengar kuliah, malahan bangun awal pagi untuk bertahajud! Padahal selama ini waktu Maghrib pun leka berurus niaga di pasar malam! Tetapi, Rozita memandang remeh perubahan ibunya. Mungkin faktor usia, atau dah sampai seru? Yang pasti, tidak ada satu pun pesan akhirat ibunya yang di hadam terus ke lubuk imannya. Semua di biar berlalu, di biar pergi. Namun rasa kasih dan hormat pada ibunya masih menebal, cuma... Entah. Mungkin, hidayah belum menjengah atau belum bersedia menerima hidayah.

    Hidayah... Huh! Salah hidayahkah aku enggan berubah dulu? Aku faham dan tahu syariat yang di wajibkan ke atas aku... Dan bukankah pengetahuan itu satu hidayah? Kenapa aku perlu menunggu sehingga saat ibu dah tiada baru aku nak sedar? Baru aku nak solat, tutup aurat. Minta maaf ibu. Sisa-sisa umur ibu di gunakan untuk mengubah aku, tapi aku? Hati aku terlalu keras untuk berubah.

    ReplyDelete
  33. Telekung. Rozita bersyukur di atas pemberian ibunya itu. Jika tidak, mungkin dia tak menyedari yang ada Raqib dan Atid di sisinya. Hakikatnya, dia sekadar cemerlang di dunia, namun di akhirat? Jahil! Terlalu bangga dengan dunia yang sementara. Mungkin kerana menyedari hakikat lalainya zuriat kesayangannya itu, ibunya menghadiahkan telekung. Ibunya ingin Rozita solat. Ibunya tahu, solat itu tiangnya walau sebelum ini tak pernah di pedulikan wajibnya. Dan saat pertama kali Rozita menyarung telekung itu, terasa sejuk, dingin mencengkam tulang temulang dan urat sendinya. Ya Allah! Terlalu jauh aku dariMu sebelum ini. Solat Subuh yang hampir 15 tahun tak pernah di tunaikan, di lakukan dengan penuh insaf. Sebulan kemudian, dari solat itu terbitnya rasa ingin menjadi muslimah sempurna. Rozita ingin berhijab.

    Hijab. Tak sangka, keputusan untuk berhijab amat menguji imannya. Dulu, tak pernah terlintas untuk rambutnya yang lurus mengurai itu ingin di hijab. Dia tak mahu jadi hipokrit. Dia tak mahu hanya sekadar bertudung namun dahinya tak pernah mencium tikar sejadah, atau bertudung tetapi seluruh liuk lekuk tubuhnya sendat di lekapi pakaian ketat. Apa bezanya dengan dirinya sekarang yang lebih selesa menunjukkan betis dan indahnya anting-anting di cuping telinganya?

    Jadi, apa perlunya aku berhijab kalau sekadar di jadikan kosmetik untuk mengiakan Islam di kad pengenalan aku? Sekurang-kurangnya aku tak hipokrit, tak munafik! Inilah aku di hadapan Tuhan dan manusia! Subhanallah. Rozita sebak. Bergenang air matanya mengingati kembali ijtihad pemikiran dangkalnya dulu.

    Tiit! Tiit! Tiiit!

    Bunyi itu menarik perhatian Rozita. Lampu LED telefon bimbit miliknya tiba-tiba menyala. Nada bunyi petunjuk satu SMS. Adakah dari Fahmi? Adakah Fahmi berubah fikiran? Tak mungkin. Dengan pantas Rozita mencapai telefon bimbitnya. Punat-punat kecil di tekan penuh bersungguh walau di lihat kelam kabut. Ah! Bukan SMS dari Fahmi, tapi dari Maisarah.

    >> Assalamualaikum. Selamat pagi akak. Hidup penuh dengan pilihan. Pilihlah dengan iman, bukan dengan akal dan nafsu semata. Yakinlah, Allah sentiasa ada. <<

    Maisarah. Anak buahnya itu sememangnya bijak berkata-kata. Kebelakangan ini pun, anak buahnya itu yang menjadi sumber rujukan untuknya mendalami agama. Sesuai dengan kelulusannya, Ijazah Maqasid Syariah. Pertemuan ketika majlis pengkebumian ibunya 3 bulan lalu tak di sangka menjalinkan hubungan akrab antara mereka.

    “Ni telekung yang mak akak bagi tu kan? Manisnya muka akak pakai telekung ni. Boleh jadi model busana muslimah.” Teringat Rozita akan gurauan Maisarah yang memujinya sambil membulatkan matanya yang galak dengan nada suara ceria.

    Rozita merenung jauh. Bait SMS dari Maisarah mula menjana fikirannya untuk berfikir. Pilihan? Kenapa aku pilih untuk berhijab? Kerana ingin mendapat pujian? Kerana ingin membuktikan sesuatu? Yakin. Kenapa aku perlu menangis kecewa dengan ujian ini andai aku yakin ia dari Allah? Di mana pergi keyakinan aku? Istiqamah aku?

    “Kesedaran yang akak dapat tu tanda Allah masih sayangkan akak. Dia tak biar akak lalai. Sebab akak di uji dengan perkara yang akak sayang. Dia nak tengok, istiqamah akak pada hidayah dan petunjuk yang di kurniakan...”

    Sekali lagi nasihat Maisarah berlagu di mindanya. Rozita tersenyum sendiri. Dia terlupa, ada yang lebih menyayanginya. Dan kasih sayang itu lebih dari sayangnya dia kepada Fahmi. Dan kasih sayang itu juga melebihi sayangnya dia kepada kerjayanya sekarang. Aku terlupa Kau selalu ada. Aku terlupa Kau yang memberi aku pilihan. Pilihan untuk aku memilih kembali jalan hidupku. Aku terlupa semua itu. Rozita bersandar tenang. Nafasnya berombak penuh yakin. Istiqamahnya kembali ampuh. Hatinya bertasbih halus, Subhanallah... Maha Suci Allah. Honda Civicnya kembali di pacu untuk di teruskan perjalanannya, menuju ke arah destinasi yang selama ini menjadi medan tugas duniawi untuknya. Ada lagi yang perlu dirinya selesaikan.

    ***

    ReplyDelete
  34. Rozita tercegat diam. Entah mengapa kakinya berat untuk melangkah menuju ke lobi hotel 5 bintang itu. Berselang seli antara amarah, kecewa dan pilu mendiami perasaan. Rozita menarik nafas sedalam dalamnya. Beberapa saat kemudian hembusan itu di lepaskan dalam satu keluhan yang memaknakan isi hatinya yang celaru. Kepalanya menggeleng kecil. Takkan ini kesudahan ke atas apa yang aku usahakan selama ini? Rozita melangkah berjalan menuju ke satu sofa empuk mewah yang di khaskan untuk para pengunjung hotel. Punggungnya di labuhkan. Sekeping sampul surat yang menjadi penemannya di letakkan di atas sebuah meja kaca di hadapannya. Pandangannya redup memerhati suasana lobi hotel 20 tingkat itu. Memang cukup indah!

    Gaya moden dari lantai ke dinding membangkitkan suasana mewah dan ekslusif lobi itu. Bunyi unsur aliran air dari kolam air terjun mini di sebelah tangga mewah berlantai granit pula membangkitkan rasa aman dan tenang. Rozita memandang ke atas. Terlihat lampu kristal indah yang di tempah khas, di gantung di tengah-tengah lobi untuk membangkitkan suasana elegan. Permainan rona warna setiap inci dinding pula... Ah! Tak sia-sia cadangannya dulu untuk menggunakan khidmat pakar rekaan dalaman dari Venice. Terlihat sentuhan magis pakar itu di setiap sudut hotel. Bertuah juga, kertas kerja strategi pemasaran baru yang di bentangkan di terima oleh ahli lembaga pengarah hotel walau baru setahun di lantik sebagai Ketua Pengurus Pemasaran. Cadangannya agar melakukan transformasi pada imej dan penampilan hotel agar lebih moden dan kontemporari demi untuk menarik pelanggan ternyata membuahkan hasil.

    Dengan wajah hotel yang baru, Rozita tak jemu-jemu menterjemahkan pelbagai idea untuk membawa 'jenama' Dream Hotel ke arah lebih antarabangsa. Kini, dengan gahnya, Dream Hotel berdiri sebagai hotel 'terlaris' di Kuala Lumpur. Ah! Banyak juga usahanya demi memajukan hotel yang selama ini menjadi tempat dia mencari rezeki.

    Namun, apa ertinya semua itu?

    Hanya kerana mempertahankan sepotong kain yang rapi menutup kepalanya, episod gemilang kerjayanya bakal berakhir. Sesekali terasa seperti ada unsur diskriminasi terhadap wanita sepertinya. Ketidakadilan sejagat. Takkan kerana sehelai kain, segala jasa dan sumbangannya selama ini tidak di nilai langsung? Benar, 10 tahun yang lalu, sewaktu di tawarkan berkerja, dia sudah akur dengan syarat utama untuk berkerja di situ, tetapi takkanlah nilai kecemerlangannya terpadam hanya kerana perubahan di dalam penampilan? Inikah harga sebuah penghijrahan yang terpaksa aku bayar? Entahlah. Mungkin retribusi atas segala dosa aku dulu.

    Rozita mengalih pandangannya ke arah gadis-gadis receptionist yang sesekali menjeling ke arahnya sambil melempar senyum. Zura dan Shila. Mereka masih begitu, seperti dirinya dulu sebelum berhijrah. Dan mereka masih di situ, selesa dengan tugas mereka. Tetapi sampai bila mereka akan menidakkan syariat yang di wajibkan ke atas mereka? Itu yang Rozita terlupa di saat dakwat hitam di carik lembut di atas surat tawaran yang di persetujui kandungannya 10 tahun dulu.

    ReplyDelete
  35. “Ita.. Dah lama sampai?” Tiba-tiba satu suara lelaki menyapa, menyedarkannya dari bual bicara dengan dirinya sendiri. Rozita menoleh. Alvin, salah seorang CEO Dream Hotel, merangkap majikannya sudah tercegat senyum di hadapannya. Senyum itu tak dapat di tafsir ertinya. Adakah membawa khabar gembira atau sebaliknya. Walau permintaan bertulis yang di hantar minggu lalu untuk terus menjawat jawatannya sekarang sambil mengekalkan imej berhijabnya amat mustahil untuk di kotakan, namun... Entahlah. Mungkin ada keajaiban. Mungkin.

    “Err, baru je Alvin. Have a seat...” Rozita bangun menundukkan kepalanya tanda hormat. Alvin menghulur jemarinya, namun hanya di sambut senyum oleh Rozita.

    “Sorry, I`ve forgot that you already convert...” Alvin menarik kembali jemarinya dengan wajah serba salah.

    “Not convert Mr Alvin, but revert.” Rozita menjawab sambil tersenyum.

    “Revert?” Alvin tertanya-tanya.

    “Yup. Err, lets not talk about it. Kita ada perkara lain yang nak di bincangkan, kan?” Rozita pantas mengalih topik. Dia tak mahu memanjangkan bicara.

    “Mmm, okay. So selepas meeting yang agak panjang semalam... Mmm, I'm so sorry. Mereka tolak permintaan you untuk bertudung.”

    Rozita menyambut kata-kata Alvin dengan senyuman tawar. Dia sudah bersedia dengan jawapan itu. Hadirnya hari ini ke hotel itu tidak lebih sekadar ingin menyerahkan surat perletakkan jawatan, walau masih ada sedikit sinar harapan di letakkan. Sekurang-kurangnya, dia perlu berterima kasih pada Alvin.

    “But they make you an offer.” Tiba-tiba Alvin memandangnya serius.

    “Offer?” Rozita tertanya-tanya.

    “Yes. Mereka setuju akan naikkan gaji you sebanyak 3 kali ganda..”

    3 kali ganda? Angka yang membuat Rozita terdiam. Jika benar 3 kali ganda, gajinya sudah menghampiri seorang perdana menteri! Tawaran itu sememangnya menggoncang iman. 6 angka sebulan! Hanya orang tak waras yang akan menolak tawaran itu. Tapi, atas dasar apa kepemurahan itu, Rozita masih ragu. Takkan orang yang melanggar peraturan syarikat di kurniakan gaji sebanyak itu?

    “Alvin, you nak bagi tahu I yang I akan terima gaji tu dengan syarat, I korbankan tudung I ni?” Rozita cuba mengagak.

    Alvin diam. Riak wajahnya berubah. Pucat lesi dengan dahi berpeluh. Dia tak tahu bagaimana untuk menjawab soalan Rozita. Dia sedar, tawarannya itu ada unsur penghinaan terhadap agama. Tetapi, dia terpaksa. Kuasa majoriti mengarahkannya berbuat begitu.

    Rozita diam memandang Alvin. Dia kenal siapa Alvin. Hanya dialah CEO yang berfikiran terbuka dalam masalahnya berbanding CEO lain. Kualiti lebih di utamakan berbanding penampilan, itu hujah yang fasih di bahas. Kenapa perlu taat pada piagam kejam syarikat terhadap wanita yang ingin bertudung walhal prestasinya amat membanggakan? Sekurang-kurangnya, dia masih ada rasa sensitif terhadap agama lain.

    “I`m sorry. I cannot accept their offer. Tapi I tak salahkan you. Mungkin bagi mereka penampilan I ni sekadar fesyen atau trend. Huh... Okaylah. Actually, I nak ucap terima kasih sebab you dah banyak tolong I. Nanti senang-senang I belanja you makan, okay? So, ni surat perletakkan jawatan I. Mmm, I ada hal lain lagi. Kita jumpa lain kali?”

    Alvin menyambut pemberian Rozita sambil mengangguk senyum. Rozita membalas senyum lalu bangun melangkah meninggalkan Dream Hotel. Fuhh! Rozita menarik nafas lega. Terasa bagai hilang satu beban yang selama ini di tanggung. Sepatutnya, dia runsing kerana kehilangan kerja, tetapi kali ini, dia puas dengan keputusannya. Mungkin ini penyelesaian terbaik untuknya.

    ReplyDelete
  36. So lepas ni... Apa plan aku seterusnya? Ya Allah. Bantu aku.

    Tiit! Tiit ! Tiiiit!!

    Sekali lagi SMS di terima. Siapa pula kali ini. Fahmi? Alvin? Oh! Maisarah lagi.

    >> Assalamualaikum. Mai nak kenalkan akak dengan lecture Mai. Dia nak buka butik pakaian muslimah and tengah cari share partner. Akak minat tak? <<

    Rozita tersenyum. Syukur Ya Allah. Tak sangka cepat sungguh rezeki singgah. Dia melangkah dengan penuh hati berkobar menuju ke kereta Honda Civicnya. Tak sabar SMS Maisarah ingin di balas. Angannya sudah mula jauh menerawang. Bibirnya mengukir senyum sendiri tanpa di suruh. Namun, tidak semena mena... Oh ya! Masih ada sesuatu yang belum selesai.

    Dia menekan pantas telefon bimbitnya mencari satu nama. Dan pencariannya terhenti pada nama insan itu. Nama insan yang telah membuatnya menangis duka walau dahulunya sering membuatnya ketawa gembira, yang pernah bertakhta di hatinya sebagai putera yang akan menjadi teman hidup sepanjang hayatnya, yang pernah berjanji akan setia mencintai dan tulus menyayangi. Dia tak mahu lagi hidupnya di bayangi nama itu. Jemarinya pantas menekan punat sehinggalah anak matanya terhenti pada mesej yang terpapar di skrin telefon bimbitnya.

    >> Are you sure want to delete this number? <<

    Rozita tersenyum yakin. Butang Yes di tekan. Hatinya bertasbih kecil. Rozita menarik nafas sedalam-dalamnya, kemudian melihat ke langit. Bibirnya bertasbih halus. Subhanallah... Maha Suci Allah. Dengan yakin, Rozita menyambung kembali langkahnya menuju ke arah pilihan hidupnya yang baru.

    ** tamat **

    ReplyDelete
  37. Silalah komen ye sifu... tajuk cerpen ni macamana? Okay tak sifu?

    ReplyDelete
  38. abinur :)

    saya sentuh sikit2 je di sana sini k;
    ____________________________________________

    Tajuk : Izinku Berhijab. (judul tak ngam, kecuali dgn Tuhan - dia tak perlu minta izin utk dia percaya dan yakini, terutama sekali dgn org yg membangkang perjuangan dia; tukar)

    Oleh : Abi Nur Syifa. (guna nama betul anda yg indah itu)

    120 kmj... 140 kmj... 180 kmj... Deruan pacuan mewah Honda Civic semakin rakus menderu membelah laluan. Kaki yang ghairah menekan minyak sudah tidak peduli akan akibat. (gmbarkan bagaimana pergerakan hijabnya, apabila dia bergerak kasar begitu, warna hijab, bau hijap)

    Dia perlu melepaskan lelah hatinya yang terlalu kecewa. Hijab.

    Apa salah ke aku berhijab macam ni? Dahlah aku bakal hilang kerja, sekarang aku bakal hilang cinta pula! Cinta. Bagaimana aku mampu hidup tanpa cintanya selepas ni? (Aduuuh...!) Aku sayangkan dia, tapi kenapa dia tak mahu terima aku? (kenapa?) Selepas ni, apa lagi yang akan meninggalkan aku? Apa? (apa? apaaa...?) Arrgh! Rozita tertekan (bagai nak gila), geram (bukan alang kepalang) dan marah pada sesuatu yang dia tak pasti.

    “I dah bagi you peluang untuk you. Tapi you still dengan keputusan you. So, I minta maaf. I tak boleh terima Rozita yang back to the primitive ni. Dengan you yang macam ni... Hish! I tak tahu la nak terima you macamana. Macamana kita nak pergi kelab lepas ni, dengan you yang macam ni? Or you akan kata, you dah tak nak pergi kelab lagi. Maksiat, haram, bla bla bla... Macam ni lah, bagi I senang je. If you really love me, you kena jadi orang yang boleh I cintai...” Bait ucap kata Fahmi tadi masih terngiang-ngiang di akal sedarnya. Memek wajah Fahmi yang seolah mual dan sinis sentiasa terbayang di pandangannya.

    Sangkanya, insan (yg mengaku setengah mati mencintainya) itu akan menerima seadanya perubahan dirinya, demi cinta yang sudah hampir 3 tahun mereka semai dan jaga. (kononnya, demi cinta, insan itu sanggup - beri beberapa cntoh dia snggup buat apa, misalnya, sanggup renangi lautan api - tp cipta ayat lain yg seumpamanya) Dan kata dua dari Fahmi tadi membunuh perasaannya, dan semakin hampir membunuh tekad hijrahnya.

    ReplyDelete

  39. Fahmi. (sampai hati you! sampai hati! rintih hatinya, kekecewaan) Takkan hanya kerana penampilanku ini kau korbankan cinta yang selama ini kita semai (dgn seluruh jiwa dan hati ini)? Takkan ini kesudahan cinta yang kita pelihara, yang kita sentiasa angankan indah kesudahannya? (seindah apa - puitis)

    Rozita! Belum terlambat Rozita! Belum terlambat untuk kau berjuang demi cinta kau. Kau masih ada peluang merebut kembali cinta kau! Bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Buang hijab kau! Korbankan hijrah kau! Korbankan! (bisikan suara siapa yg menggoda ni? gmbarkan nada suara tu)

    Arghh! Rozita semakin buntu dan celaru. Imannya semakin menipis walau hatinya bertungkus lumus menuturkan tasbih. Segala ruang bisikan yang cuba menembusi tembok istiqamahnya cuba di tepis. Dia cuba nyahkan perasaan ragu yang mula wujud dalam hijrahnya. Memang hati ini terlalu sakit kehilangan cinta, tapi takkan aku sanggup korbankan hijabku ini demi cinta pada manusia? Kenapa hati aku terlalu sukar untuk redha kali ini? (kenapa...?)

    Rozita semakin tertekan. Amarah dan kecewanya semakin meluap-luap. Nafasnya semakin pantas mendengus. Pandangannya pula semakin tajam memerhati laluan di hadapannya. Keretaannya semakin pantas meluru (gmbarkan suasana sekitar laluannya). Ingin rasanya dia menjerit, namun untuk apa? Andai ada yang perlu di persalahkan itu siapa? Fahmi? Atau aku? Atau takdir?! Takdir yang mempertemukan aku dengan hidayah yang semakin menjauhkan aku dari segala yang aku sayang! Aku akan kehilangan semuanya!

    Buk! (ini tak perlu, sbb anda buat cerpen dewasa, bukan remaja atau kanak2)

    Tiba-tiba sebuah beg kertas berdekorasi bunga yang setia menemani di tempat duduk kirinya, terjatuh ke lantai setelah terhoyong hayang di buai pemanduan penuh amarah Rozita. (tmbh di sini; berdebuk bunyinya) Sekilas, Rozita terpandang akannya. Sebuah telekung biru laut terdampar keluar menyembah lapik pemijak kaki. Sejurus itu, Rozita terkedu. Rasa sejuk dan dingin menyerang tulang temulangnya.

    ReplyDelete
  40. Ya Allah! Apa aku buat ni?! Aku yang aku fikir ni?! (laung jiwanya, rusuh)

    Peluh dingin terpercik di dahinya. Degup jantungnya kian pantas. (dia terngah-rengah menghela nafas yang terasa menyendat dlm dada, (dll) entah mengapa, mendadak pula) amarahnya tiba-tiba merudum walau rasa kecewa masih bertakhta. Honda Civic yang di pandunya segera diperlahankan seterusnya dihentikan di bahu jalan. (sedetik itu), Rozita tunduk lemah. Jari jemarinya penuh gigil menggenggam stereng kereta. Perasaannya yang bercampur baur cuba di tenangkan.

    Ini ujian! Ujian! Aku kena kuat! Aku kena tabah! Aku mampu hadapi semua ini! Rozita pejam menahan amukan perasaannya yang mula dilanda bah air mata. Bibirnya di ketap geram dalam gigil menahan lara. Sedu sedan di dalam nafasnya sukar di kawal. Tanpa sedar, dia tewas. Kilauan air penuh kepiluan mengalir juga dari kelopak matanya walau sudah sedaya upaya cuba untuk tidak di bazirkan. Hijab hitam yang tersarung rapi mulai basah di siram kesedihan. Satu persatu ujian hadir menguji hijrahnya yang baru masih hijau, yang baru menginjak angka 45 hari. Istiqamahnya semakin letih di cabar.

    Kenapa kau berhenti Rozita? Kenapa kau tak lepaskan semua amarah kau? Kau sendiri nampak kan apa yang kau dapat dengan perubahan bodoh kau ni? Hijrah konon... Kau tengok sekarang! Semua yang kau sayang, semua yang kau usahakan akan meninggalkan kau! Apa lagi yang tinggal pada kau Rozita?! Apa?! Berbaloi kau pertahankan hijrah kau ni?!

    Astagfirullahalazim! Rozita beristighfar berulang kali. Bisik halus di hatinya sedaya upaya cuba dibisukan. Airmatanya di seka berulang kali. Salahkah aku berubah untuk kebaikan? Kenapa kebaikan tak di balas kebaikan? Rozita tunduk bungkam menahan lara yang semakin mencengkam. Tubuhnya di tundukkan untuk mengambil telekung biru yang terjatuh tadi. Pasir-pasir yang melekat segera di tepuk perlahan untuk di nyahkan. Setelah bersih, lantas Rozita memeluk erat telekung itu, menciumnya dan berinteraksi dengannya, seolah telekung itu bernyawa. Sekali lagi air mata kepiluan membasahi pipinya. Telekung itu mengingatkan dirinya kepada seseorang. Seseorang yang amat di rindui kasih, belai dan sentuhannya.

    Ibuuu...! Tolong Ita ibu. Ita dah tak kuat. Ita dah lemah. Ita tak mampu nak hadapi ujian ni lagi. (sungguh!)

    (mendadak,) imbauan detik saat Rozita menerima telekung itu terbayang di ruang angkasa memorinya. Telekung itu adalah pemberian terakhir ibunya sebelum di jemput Ilahi. Saat pertama kali melihat hadiah pemberian ibunya itu hatinya bergetar. Telekung biru laut bersulam. Terlipat rapi, harum mencengkam. Terasa amat janggal dengan pemberian itu. Dulu, ibunya tak pernah peduli perihal agamanya. Dari solat, aurat, puasa... Ah! Hampir semua tak pernah di peduli. Namun, sejak 3-4 bulan lepas, pulang sahaja ke kampung, ada kelainan yang di rasai. Tiada lagi bual bicara soal hebatnya dunia dari lisan ibunya seperti selalu. Ibunya lebih suka membahas soal kematian, syurga neraka, titian sirat, mizan dan berbagai lagi perihal yaumul akhir, malah mula rajin ke surau mendengar kuliah, malahan bangun awal pagi untuk bertahajud! Padahal selama ini waktu Maghrib pun leka berurus niaga di pasar malam! Tetapi, Rozita memandang remeh perubahan ibunya. Mungkin faktor usia, atau dah sampai seru? Yang pasti, tidak ada satu pun pesan akhirat ibunya yang di hadam terus ke lubuk imannya. Semua dibiar berlalu, dibiar pergi. Namun rasa kasih dan hormat pada ibunya masih menebal.

    Cuma... Entah. Mungkin, hidayah belum menjengah atau belum bersedia menerima hidayah, (fikirnya.
    Hidayah... Huh! Salah hidayahkah aku enggan berubah dulu? Aku faham dan tahu syariat yang di wajibkan ke atas aku... Dan bukankah pengetahuan itu satu hidayah? Kenapa aku perlu menunggu sehingga saat ibu dah tiada baru aku nak sedar? Baru aku nak solat, tutup aurat. Minta maaf ibu. Sisa-sisa umur ibu di gunakan untuk mengubah aku, tapi aku? Hati aku terlalu keras untuk berubah.

    ReplyDelete
  41. Telekung! (getus) Rozita (dlm hati,) bersyukur di atas pemberian ibunya itu. Jika tidak, mungkin dia tak menyedari yang ada Raqib dan Atid di sisinya. Hakikatnya, dia sekadar cemerlang di dunia, namun di akhirat? Jahil! Terlalu bangga dengan dunia yang sementara. Mungkin kerana menyedari hakikat lalainya zuriat kesayangannya itu, ibunya menghadiahkan telekung. Ibunya ingin Rozita solat. Ibunya tahu, solat itu tiangnya walau sebelum ini tak pernah di pedulikan wajibnya. Dan saat pertama kali Rozita menyarung telekung itu, terasa sejuk, dingin mencengkam tulang temulang dan urat sendinya. Ya Allah! Terlalu jauh aku dariMu sebelum ini. Solat Subuh yang hampir 15 tahun tak pernah di tunaikan, di lakukan dengan penuh insaf. Sebulan kemudian, dari solat itu terbitnya rasa ingin menjadi muslimah sempurna. Rozita ingin berhijab.

    Hijab. Tak sangka, keputusan untuk berhijab amat menguji imannya. Dulu, tak pernah terlintas untuk rambutnya yang lurus mengurai itu ingin di hijab. Dia tak mahu jadi hipokrit. Dia tak mahu hanya sekadar bertudung namun dahinya tak pernah mencium tikar sejadah, atau bertudung tetapi seluruh liuk lekuk tubuhnya sendat di lekapi pakaian ketat. Apa bezanya dengan dirinya sekarang yang lebih selesa menunjukkan betis dan indahnya anting-anting di cuping telinganya?

    Jadi, apa perlunya aku berhijab kalau sekadar di jadikan kosmetik untuk mengiakan Islam di kad pengenalan aku? Sekurang-kurangnya aku tak hipokrit, tak munafik! Inilah aku di hadapan Tuhan dan manusia! Subhanallah. Rozita sebak. Bergenang air matanya mengingati kembali ijtihad pemikiran dangkalnya dulu.

    Tiit! Tiit! Tiiit! (yg di baris ni, delete, sbb anda tak menulis cerpen kanak2 atauremaja k)

    (tmbh; tiba2 ada bunyi yg) menarik perhatian Rozita. Lampu LED telefon bimbit miliknya tiba-tiba menyala. Nada bunyi petunjuk satu SMS. Adakah dari Fahmi? Adakah Fahmi berubah fikiran? Tak mungkin. Dengan pantas Rozita mencapai telefon bimbitnya. Punat-punat kecil di tekan penuh bersungguh walau di lihat kelam kabut. Ah! Bukan SMS dari Fahmi, tapi dari Maisarah.

    >> Assalamualaikum. Selamat pagi akak. Hidup penuh dengan pilihan. Pilihlah dengan iman, bukan dengan akal dan nafsu semata. Yakinlah, Allah sentiasa ada. << (italikkan paragraf ni)

    ReplyDelete


  42. Maisarah, (fikir Rozita) Anak buahnya itu sememangnya bijak berkata-kata. Kebelakangan ini pun, anak buahnya itu yang menjadi sumber rujukan untuknya mendalami agama. Sesuai dengan kelulusannya, Ijazah Maqasid Syariah. Pertemuan ketika majlis pengkebumian ibunya 3 bulan lalu tak di sangka menjalinkan hubungan akrab antara mereka.

    “Ni telekung yang mak akak bagi tu kan? Manisnya muka akak pakai telekung ni. Boleh jadi model busana muslimah.” Teringat Rozita akan gurauan Maisarah yang memujinya sambil membulatkan matanya yang galak dengan nada suara ceria.

    Rozita merenung jauh. Bait SMS dari Maisarah mula menjana fikirannya untuk berfikir. Pilihan? Kenapa aku pilih untuk berhijab? Kerana ingin mendapat pujian? Kerana ingin membuktikan sesuatu? Yakin. Kenapa aku perlu menangis kecewa dengan ujian ini andai aku yakin ia dari Allah? Di mana pergi keyakinan aku? Istiqamah aku?

    “Kesedaran yang akak dapat tu tanda Allah masih sayangkan akak. Dia tak biar akak lalai. Sebab akak di uji dengan perkara yang akak sayang. Dia nak tengok, istiqamah akak pada hidayah dan petunjuk yang di kurniakan...”

    Sekali lagi nasihat Maisarah berlagu di mindanya. Rozita tersenyum sendiri. (hampir) dia terlupa, ada yang lebih menyayanginya. Dan kasih sayang itu lebih dari sayangnya dia kepada Fahmi. Dan kasih sayang itu juga melebihi sayangnya dia kepada kerjayanya sekarang.

    Aku terlupa Kau selalu ada. Aku terlupa Kau yang memberi aku pilihan. Pilihan untuk aku memilih kembali jalan hidupku. Aku terlupa semua itu. Rozita bersandar tenang. Nafasnya berombak penuh yakin. Istiqamahnya kembali ampuh. Hatinya bertasbih halus, Subhanallah... Maha Suci Allah. Honda Civicnya kembali di pacu untuk di teruskan perjalanannya, menuju ke arah destinasi yang selama ini menjadi medan tugas duniawi untuknya. Ada lagi yang perlu dirinya selesaikan.

    ***

    ReplyDelete
  43. (So - tukar; jadi) lepas ni... Apa plan aku seterusnya? Ya Allah. Bantu aku.

    (Tiit! Tiit ! Tiiiit!! - ini delete, masukkan ke baris ayat di bawah ni, secara tak langsung)

    Sedetik itu, skali lagi SMS diterima. Siapa pula kali ini. Fahmi? Alvin? Oh! Maisarah lagi.

    >> Assalamualaikum. Mai nak kenalkan akak dengan lecture Mai. Dia nak buka butik pakaian muslimah and tengah cari share partner. Akak minat tak? << (italik)

    Rozita tersenyum. Syukur Ya Allah. Tak sangka cepat sungguh rezeki singgah. Dia melangkah dengan penuh hati berkobar menuju ke kereta Honda Civicnya. Tak sabar SMS Maisarah ingin di balas. Angannya sudah mula jauh menerawang. Bibirnya mengukir senyum sendiri tanpa di suruh. Namun, tidak semena mena... Oh ya! Masih ada sesuatu yang belum selesai.

    Dia menekan pantas telefon bimbitnya mencari satu nama. Dan pencariannya terhenti pada nama insan itu. Nama insan yang telah membuatnya menangis duka walau dahulunya sering membuatnya ketawa gembira, yang pernah bertakhta di hatinya sebagai putera yang akan menjadi teman hidup sepanjang hayatnya, yang pernah berjanji akan setia mencintai dan tulus menyayangi. Dia tak mahu lagi hidupnya dibayangi nama itu. Jemarinya pantas menekan punat sehinggalah anak matanya terhenti pada mesej yang terpapar di skrin telefon bimbitnya.

    >> Are you sure want to delete this number? <<

    Rozita tersenyum yakin. Butang Yes di tekan. Hatinya bertasbih kecil. Rozita menarik nafas sedalam-dalamnya, kemudian melihat ke langit. Bibirnya bertasbih halus. Subhanallah... Maha Suci Allah. Dengan yakin, Rozita menyambung kembali langkahnya menuju ke arah pilihan hidupnya yang baru.
    ___________________________

    abinur :) pada dasarnya, cerpen anda sudah cukup hebat dan hidup, tahniah! cuma kita tambah sikit2 saja, utk mencantikkannya.

    pastikan, selepas ini, gunakanlah cerpen terbaru anda ini sebagai acuan untuk cerpen mendatang, supaya ia sebulat, padat dan sekuat cerpen ini. daya kreativiti anda sgt2 baik, tahniah!

    gigih terus k

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum...

    Lepas beberapa hari, sambil sambil sibuk kemas nak pindah rumah, curi masa sikit nak edit cerpen. Tajuk cerpen pun saya dah tukar. tak tahu la sesuai ke tak... kalau agak tak sesuai bagi tahu saya lah sifu ye...

    ReplyDelete
  45. Tajuk : Ku Pilih...Mu.

    Oleh : Hatta Bin Midy.

    120 kmj... 140 kmj... 180 kmj... Deruan pacuan mewah Honda Civic semakin rakus menderu membelah laluan. Kaki yang ghairah menekan minyak sudah tidak peduli akan akibat. Dia perlu melepaskan lelah hatinya yang terlalu kecewa. Hijab hitam separa dada yang tersarung di kepalanya mula di rasakan rimas dan menyusahkan. Sang jemari mula geram menggenggam hijabnya. Ingin sahaja hijab itu di rentap! Biar! Asalkan semuanya kembali seperti dulu.

    Apa salah ke aku berhijab macam ni? Dah lah aku bakal hilang kerja, sekarang aku bakal hilang cinta pula! Cinta. Bagaimana aku mampu hidup tanpa cintanya selepas ni? Aduuuh...! Aku sayangkan dia, tapi kenapa dia tak mahu terima aku? Kenapa? Selepas ni, apa lagi yang akan meninggalkan aku? Apa?! Apaaaa...?! Arrgh! Rozita tertekan bagai nak gila, geramnya bukan alang kepalang dan marahnya pada sesuatu yang dia tak pasti.

    “I dah bagi you peluang untuk you. Tapi you still dengan keputusan you. So, I minta maaf. I tak boleh terima Rozita yang back to the primitive ni. Dengan you yang macam ni... Hish! I tak tahu la nak terima you macamana. Macamana kita nak pergi kelab lepas ni, dengan you yang macam ni? Or you akan kata, you dah tak nak pergi kelab lagi. Maksiat, haram, bla bla bla... Macam ni lah, bagi I senang je. If you really love me, you kena jadi orang yang boleh I cintai...” Bait ucap kata Fahmi tadi masih terngiang-ngiang di akal sedarnya. Memek wajah Fahmi yang seolah mual dan sinis sentiasa terbayang di pandangannya.

    Sangkanya, insan yang mengaku setengah mati mencintai, akan menerima seadanya perubahan dirinya, apatah lagi demi cinta yang sudah hampir 3 tahun mereka semai dan jaga. Kononnya, demi cinta, segalanya sanggup di korbankan. Walau di landa ribut pasir, walau di hujani hujan api, walau di halang tembok setinggi langit, cinta ini akan tetap utuh, kukuh dan... Aaaargh! Dusta! Dusta! Dusta! Hijabku ini lebih panaskah dari hujan api? Adakah hijrahku ini lebih dahsyat dari ribut pasir? Rozita menggeleng tidak percaya. Dan, kata dua dari Fahmi tadi membunuh perasaannya, dan semakin hampir membunuh tekad hijrahnya.

    Fahmi. Sampai hati you! Takkan hanya kerana penampilan I ni, you korbankan cinta yang selama ini kita pelihara dengan seluruh jiwa dan raga? Takkan ini kesudahan cinta yang kita sentiasa angankan indah kesudahannya? Impian kita untuk hidup bersama, bagaimana?

    Rozita! Belum terlambat Rozita! Belum terlambat untuk kau berjuang demi cinta kau. Kau masih ada peluang merebut kembali cinta kau! Bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Buang hijab kau! Korbankan hijrah kau! Korbankan! Bisik halus tetapi lantang yang tak di undang itu terus membisikkan hasutan.

    Arghh! Rozita semakin buntu dan celaru. Imannya semakin menipis walau hatinya bertungkus lumus menuturkan tasbih. Segala ruang bisikan yang cuba menembusi tembok istiqamahnya cuba di tepis. Dia cuba nyahkan perasaan ragu yang mula wujud dalam hijrahnya. Memang hati ini terlalu sakit kehilangan cinta, tapi takkan aku sanggup korbankan hijabku ini demi cinta pada manusia? Kenapa hati aku terlalu sukar untuk redha kali ini? Kenapa...?

    ReplyDelete
  46. Rozita semakin tertekan. Amarah dan kecewanya semakin meluap-luap. Nafasnya semakin pantas mendengus. Pandangannya pula semakin tajam memerhati laluan di hadapannya. Keretanya semakin pantas meluru. Dia tak peduli dengan cara pemanduannya yang semakin hilang pertimbangan. Papan tanda had laju tidak langsung di endah. Walau sebesar atau sepantas manapun kenderaan di hadapannya, Rozita tetap ingin di hadapan, tetap ingin memotong mereka seolah simbolik ingin meninggalkan masalah yang di hadapinya, walau dia tahu sebanyak mana pun kenderaan yang di potong, dia tetap gagal berada di hadapan. Ingin rasanya dia menjerit, namun untuk apa? Andai ada yang perlu di persalahkan itu siapa? Fahmi? Atau aku? Atau takdir?! Takdir yang mempertemukan aku dengan hidayah yang semakin menjauhkan aku dari segala yang aku sayang! Aku akan kehilangan semuanya!

    Tiba-tiba sebuah beg kertas berdekorasi bunga yang setia menemani di tempat duduk kirinya, terjatuh ke lantai setelah terhoyong hayang di buai pemanduan penuh amarah Rozita. Berdebuk! Sekilas, Rozita terpandang akannya. Sebuah telekung biru laut terdampar keluar menyembah lapik pemijak kaki. Sejurus itu, Rozita terkedu. Rasa sejuk dan dingin menyerang tulang temulangnya.

    Ya Allah! Apa aku buat ni?! Aku yang aku fikir ni?! Laung jiwanya. Rusuh.

    Peluh dingin terpercik di dahinya. Degup jantungnya kian pantas. Dia termengah-mengah menghela nafas yang mula menyendat di dalam dada. Entah mengapa, secara mendadak, amarahnya tiba-tiba merudum walau rasa kecewa masih bertakhta. Honda Civic yang di pandunya segera di perlahankan seterusnya di hentikan di bahu jalan. Sedetik itu, Rozita tunduk lemah. Jari jemarinya penuh gigil menggenggam stereng kereta. Perasaannya yang bercampur baur cuba di tenangkan.

    Ini ujian! Ujian! Aku kena kuat! Aku kena tabah! Aku mampu hadapi semua ini! Rozita pejam menahan amukan perasaannya yang mula di landa bah air mata. Bibirnya di ketap geram dalam gigil menahan lara. Sedu sedan di dalam nafasnya sukar di kawal. Tanpa sedar, dia tewas. Kilauan air penuh kepiluan mengalir juga dari kelopak matanya walau sudah sedaya upaya cuba untuk tidak di bazirkan. Hijab hitam yang tersarung rapi mulai basah di siram kesedihan. Satu persatu ujian hadir menguji hijrahnya yang baru masih hijau, yang baru menginjak angka 45 hari. Istiqamahnya semakin letih di cabar.

    Kenapa kau berhenti Rozita? Kenapa kau tak lepaskan semua amarah kau? Kau sendiri nampak kan apa yang kau dapat dengan perubahan bodoh kau ni? Hijrah konon... Kau tengok sekarang! Semua yang kau sayang, semua yang kau usahakan akan meninggalkan kau! Apa lagi yang tinggal pada kau Rozita?! Apa?! Berbaloi kau pertahankan hijrah kau ni?!

    Astagfirullahalazim! Rozita beristighfar berulang kali. Bisik halus di hatinya sedaya upaya cuba di bisukan. Airmatanya di seka berulang kali. Salahkah aku berubah untuk kebaikan? Kenapa kebaikan tak di balas kebaikan? Rozita tunduk bungkam menahan lara yang semakin mencengkam. Tubuhnya di tundukkan untuk mengambil telekung biru yang terjatuh tadi. Pasir-pasir yang melekat segera di tepuk perlahan untuk di nyahkan. Setelah bersih, lantas Rozita memeluk erat telekung itu, menciumnya dan berinteraksi dengannya, seolah telekung itu bernyawa. Sekali lagi air mata kepiluan membasahi pipinya. Telekung itu mengingatkan dirinya kepada seseorang. Seseorang yang amat di rindui kasih, belai dan sentuhannya.

    Ibu, tolong Ita ibu. Ita dah tak kuat. Ita dah lemah. Ita tak mampu nak hadapi ujian ni lagi. Sungguh!

    ReplyDelete
  47. Tanpa di undang, imbauan detik saat Rozita menerima telekung itu terbayang di ruang angkasa memorinya. Telekung itu adalah pemberian terakhir ibunya sebelum di jemput Ilahi. Saat pertama kali melihat hadiah pemberian ibunya itu hatinya bergetar. Telekung biru laut bersulam. Terlipat rapi, harum mencengkam. Terasa amat janggal dengan pemberian itu. Dulu, ibunya tak pernah peduli perihal agamanya. Dari solat, aurat, puasa... Ah! Hampir semua tak pernah di peduli. Namun, sejak 3-4 bulan lepas, pulang sahaja ke kampung, ada kelainan yang di rasai. Tiada lagi bual bicara soal hebatnya dunia dari lisan ibunya seperti selalu. Ibunya lebih suka membahas soal kematian, syurga neraka, titian sirat, mizan dan berbagai lagi perihal yaumul akhir, malah mula rajin ke surau mendengar kuliah, malahan bangun awal pagi untuk bertahajud! Padahal selama ini waktu Maghrib pun leka berurus niaga di pasar malam! Tetapi, Rozita memandang remeh perubahan ibunya. Mungkin faktor usia, atau dah sampai seru? Yang pasti, tidak ada satu pun pesan akhirat ibunya yang di hadam terus ke lubuk imannya. Semua di biar berlalu, di biar pergi. Namun rasa kasih dan hormat pada ibunya masih menebal...

    Cuma... Entah. Mungkin, hidayah belum menjengah atau belum bersedia menerima hidayah, fikirnya. Hidayah... Huh! Salah hidayahkah aku enggan berubah dulu? Aku faham dan tahu syariat yang di wajibkan ke atas aku... Dan bukankah pengetahuan itu satu hidayah? Kenapa aku perlu menunggu sehingga saat ibu dah tiada baru aku nak sedar? Baru aku nak solat, tutup aurat. Minta maaf ibu. Sisa-sisa umur ibu di gunakan untuk mengubah aku, tapi aku? Hati aku terlalu keras untuk berubah.

    Telekung! Getus Rozita di dalam hati yang bersyukur di atas pemberian ibunya itu. Jika tidak, mungkin dia tak menyedari yang ada Raqib dan Atid di sisinya. Hakikatnya, dia sekadar cemerlang di dunia, namun di akhirat? Jahil! Terlalu bangga dengan dunia yang sementara. Mungkin kerana menyedari hakikat lalainya zuriat kesayangannya itu, ibunya menghadiahkan telekung. Ibunya ingin Rozita solat. Ibunya tahu, solat itu tiangnya walau sebelum ini tak pernah di pedulikan wajibnya. Dan saat pertama kali Rozita menyarung telekung itu, terasa sejuk, dingin mencengkam tulang temulang dan urat sendinya. Ya Allah! Terlalu jauh aku dariMu sebelum ini. Solat Subuh yang hampir 15 tahun tak pernah di tunaikan, di lakukan dengan penuh insaf. Sebulan kemudian, dari solat itu terbitnya rasa ingin menjadi muslimah sempurna. Rozita ingin berhijab.

    Hijab. Tak di sangka, keputusan untuk berhijab amat menguji imannya. Dulu, tak pernah terlintas untuk rambutnya yang lurus mengurai itu ingin di hijab. Dia tak mahu jadi hipokrit. Dia tak mahu hanya sekadar bertudung namun dahinya tak pernah mencium tikar sejadah, atau bertudung tetapi seluruh liuk lekuk tubuhnya sendat di lekapi pakaian ketat. Apa bezanya dengan dirinya sekarang yang lebih selesa menunjukkan betis dan indahnya anting-anting di cuping telinganya?

    Jadi, apa perlunya aku berhijab kalau sekadar di jadikan kosmetik untuk mengiakan Islam di kad pengenalan aku? Sekurang-kurangnya aku tak hipokrit, tak munafik! Inilah aku di hadapan Tuhan dan manusia! Subhanallah. Rozita sebak. Bergenang air matanya mengingati kembali ijtihad pemikiran dangkalnya dulu.

    ReplyDelete
  48. Tiba-tiba, ada bunyi yang menarik perhatian Rozita. Lampu LED telefon bimbitnya tiba-tiba menyala. Nada bunyi tadi petunjuk dia menerima satu SMS. Adakah dari Fahmi? Adakah Fahmi berubah fikiran? Tak mungkin. Dengan pantas Rozita mencapai telefon bimbitnya. Punat-punat kecil di tekan penuh bersungguh walau di lihat kelam kabut. Ah! Bukan SMS dari Fahmi, tapi dari Maisarah.

    >> Assalamualaikum. Selamat pagi akak. Hidup penuh dengan pilihan. Pilihlah dengan iman, bukan dengan akal dan nafsu semata. Yakinlah, Allah sentiasa ada. <<

    Maisarah. Rozita tersenyum sendiri teringatkan Maisarah. Anak buahnya itu sememangnya bijak berkata-kata. Kebelakangan ini pun, anak buahnya itu yang menjadi sumber rujukan untuknya mendalami agama. Sesuai dengan kelulusannya, Ijazah Maqasid Syariah. Pertemuan ketika majlis pengkebumian ibunya 3 bulan lalu tak di sangka menjalinkan hubungan akrab antara mereka.

    “Ni telekung yang mak akak bagi tu kan? Manisnya muka akak pakai telekung ni. Boleh jadi model busana muslimah.” Teringat Rozita akan gurauan Maisarah yang memujinya sambil membulatkan matanya yang galak dengan nada suara ceria.

    Rozita merenung jauh. Bait SMS dari Maisarah mula menjana fikirannya untuk berfikir. Pilihan? Kenapa aku pilih untuk berhijab? Kerana ingin mendapat pujian? Kerana ingin membuktikan sesuatu? Yakin. Kenapa aku perlu menangis kecewa dengan ujian ini andai aku yakin ia dari Allah? Di mana pergi keyakinan aku? Istiqamah aku?

    ReplyDelete
  49. “Kesedaran yang akak dapat tu tanda Allah masih sayangkan akak. Dia tak biar akak lalai. Sebab akak di uji dengan perkara yang akak sayang. Dia nak tengok, istiqamah akak pada hidayah dan petunjuk yang di kurniakan...”

    Sekali lagi nasihat Maisarah berlagu di mindanya. Rozita tersenyum sendiri. Hampir dia terlupa, ada yang lebih menyayanginya. Dan kasih sayang itu lebih dari sayangnya dia kepada Fahmi. Dan kasih sayang itu juga melebihi sayangnya dia kepada kerjayanya sekarang. Aku terlupa Kau selalu ada. Aku terlupa Kau yang memberi aku pilihan. Pilihan untuk aku memilih kembali jalan hidupku. Aku terlupa semua itu. Rozita bersandar tenang. Nafasnya berombak penuh yakin. Istiqamahnya kembali ampuh. Hatinya bertasbih halus, Subhanallah... Maha Suci Allah. Honda Civicnya kembali di pacu untuk di teruskan perjalanannya, menuju ke arah destinasi yang selama ini menjadi medan tugas duniawi untuknya. Ada lagi yang perlu dirinya selesaikan.

    ***

    Rozita tercegat diam. Entah mengapa kakinya berat untuk melangkah menuju ke lobi hotel 5 bintang itu. Berselang seli antara amarah, kecewa dan pilu mendiami perasaan. Rozita menarik nafas sedalam dalamnya. Beberapa saat kemudian hembusan itu di lepaskan dalam satu keluhan yang memaknakan isi hatinya yang celaru. Kepalanya menggeleng kecil. Takkan ini kesudahan ke atas apa yang aku usahakan selama ini? Rozita melangkah berjalan menuju ke satu sofa empuk mewah yang di khaskan untuk para pengunjung hotel. Punggungnya di labuhkan. Sekeping sampul surat yang menjadi penemannya di letakkan di atas sebuah meja kaca di hadapannya. Pandangannya redup memerhati suasana lobi hotel 20 tingkat itu. Memang cukup indah!

    Gaya moden dari lantai ke dinding membangkitkan suasana mewah dan ekslusif lobi itu. Bunyi unsur aliran air dari kolam air terjun mini di sebelah tangga mewah berlantai granit pula membangkitkan rasa aman dan tenang. Rozita memandang ke atas. Terlihat lampu kristal indah yang di tempah khas, di gantung di tengah-tengah lobi untuk membangkitkan suasana elegan. Permainan rona warna setiap inci dinding pula... Ah! Tak sia-sia cadangannya dulu untuk menggunakan khidmat pakar rekaan dalaman dari Venice. Terlihat sentuhan magis pakar itu di setiap sudut hotel. Bertuah juga, kertas kerja strategi pemasaran baru yang di bentangkan di terima oleh ahli lembaga pengarah hotel walau baru setahun di lantik sebagai Ketua Pengurus Pemasaran. Cadangannya agar melakukan transformasi pada imej dan penampilan hotel agar lebih moden dan kontemporari demi untuk menarik pelanggan ternyata membuahkan hasil.

    Dengan wajah hotel yang baru, Rozita tak jemu-jemu menterjemahkan pelbagai idea untuk membawa 'jenama' Dream Hotel ke arah lebih antarabangsa. Kini, dengan gahnya, Dream Hotel berdiri sebagai hotel 'terlaris' di Kuala Lumpur. Ah! Banyak juga usahanya demi memajukan hotel yang selama ini menjadi tempat dia mencari rezeki.

    ReplyDelete
  50. Namun, apa ertinya semua itu?

    Hanya kerana mempertahankan sepotong kain yang rapi menutup kepalanya, episod gemilang kerjayanya bakal berakhir. Sesekali terasa seperti ada unsur diskriminasi terhadap wanita sepertinya. Ketidakadilan sejagat. Takkan kerana sehelai kain, segala jasa dan sumbangannya selama ini tidak di nilai langsung? Benar, 10 tahun yang lalu, sewaktu di tawarkan berkerja, dia sudah akur dengan syarat utama untuk berkerja di situ, tetapi takkanlah nilai kecemerlangannya terpadam hanya kerana perubahan di dalam penampilan? Inikah harga sebuah penghijrahan yang terpaksa aku bayar? Entahlah. Mungkin retribusi atas segala dosa aku dulu.

    Rozita mengalih pandangannya ke arah gadis-gadis receptionist yang sesekali menjeling ke arahnya sambil melempar senyum. Zura dan Shila. Mereka masih begitu, seperti dirinya dulu sebelum berhijrah. Dan mereka masih di situ, selesa dengan tugas mereka. Tetapi sampai bila mereka akan menidakkan syariat yang di wajibkan ke atas mereka? Itu yang Rozita terlupa di saat dakwat hitam di carik lembut di atas surat tawaran yang di persetujui kandungannya 10 tahun dulu.

    “Ita.. Dah lama sampai?” Tiba-tiba satu suara lelaki menyapa, menyedarkannya dari bual bicara dengan dirinya sendiri. Rozita menoleh. Alvin, salah seorang CEO Dream Hotel, merangkap majikannya sudah tercegat senyum di hadapannya. Senyum itu tak dapat di tafsir ertinya. Adakah membawa khabar gembira atau sebaliknya. Walau permintaan bertulis yang di hantar minggu lalu untuk terus menjawat jawatannya sekarang sambil mengekalkan imej berhijabnya amat mustahil untuk di kotakan, namun... Entahlah. Mungkin ada keajaiban. Mungkin.

    “Err, baru je Alvin. Have a seat...” Rozita bangun menundukkan kepalanya tanda hormat. Alvin menghulur jemarinya, namun hanya di sambut senyum oleh Rozita.

    “Sorry, I`ve forgot that you already convert...” Alvin menarik kembali jemarinya dengan wajah serba salah.

    “Not convert Mr Alvin, but revert.” Rozita menjawab sambil tersenyum.

    “Revert?” Alvin tertanya-tanya.

    “Yup. Err, lets not talk about it. Kita ada perkara lain yang nak di bincangkan, kan?” Rozita pantas mengalih topik. Dia tak mahu memanjangkan bicara.

    ReplyDelete
  51. “Mmm, okay. So selepas meeting yang agak panjang semalam... Mmm, I'm so sorry. Mereka tolak permintaan you untuk bertudung.”

    Rozita menyambut kata-kata Alvin dengan senyuman tawar. Dia sudah bersedia dengan jawapan itu. Hadirnya hari ini ke hotel itu tidak lebih sekadar ingin menyerahkan surat perletakkan jawatan, walau masih ada sedikit sinar harapan di letakkan. Sekurang-kurangnya, dia perlu berterima kasih pada Alvin.

    “But they make you an offer.” Tiba-tiba Alvin memandangnya serius.

    “Offer?” Rozita tertanya-tanya.

    “Yes. Mereka setuju akan naikkan gaji you sebanyak 3 kali ganda..”

    3 kali ganda? Angka yang membuat Rozita terdiam. Jika benar 3 kali ganda, gajinya sudah menghampiri seorang perdana menteri! Tawaran itu sememangnya menggoncang iman. 6 angka sebulan! Hanya orang tak waras yang akan menolak tawaran itu. Tapi, atas dasar apa kepemurahan itu, Rozita masih ragu. Takkan orang yang melanggar peraturan syarikat di kurniakan gaji sebanyak itu?

    “Alvin, you nak bagi tahu I yang I akan terima gaji tu dengan syarat, I korbankan tudung I ni?” Rozita cuba mengagak.

    Alvin diam. Riak wajahnya berubah. Pucat lesi dengan dahi berpeluh. Dia tak tahu bagaimana untuk menjawab soalan Rozita. Dia sedar, tawarannya itu ada unsur penghinaan terhadap agama. Tetapi, dia terpaksa. Kuasa majoriti mengarahkannya berbuat begitu.

    Rozita diam memandang Alvin. Dia kenal siapa Alvin. Hanya dialah CEO yang berfikiran terbuka dalam masalahnya berbanding CEO lain. Kualiti lebih di utamakan berbanding penampilan, itu hujah yang fasih di bahas. Kenapa perlu taat pada piagam kejam syarikat terhadap wanita yang ingin bertudung walhal prestasinya amat membanggakan? Sekurang-kurangnya, dia masih ada rasa sensitif terhadap agama lain.

    ReplyDelete
  52. “I`m sorry. I cannot accept their offer. Tapi I tak salahkan you. Mungkin bagi mereka penampilan I ni sekadar fesyen atau trend. Huh... Okaylah. Actually, I nak ucap terima kasih sebab you dah banyak tolong I. Nanti senang-senang I belanja you makan, okay? So, ni surat perletakkan jawatan I. Mmm, I ada hal lain lagi. Kita jumpa lain kali?”

    Alvin menyambut pemberian Rozita sambil mengangguk senyum. Rozita membalas senyum lalu bangun melangkah meninggalkan Dream Hotel. Fuhh! Rozita menarik nafas lega. Terasa bagai hilang satu beban yang selama ini di tanggung. Sepatutnya, dia runsing kerana kehilangan kerja, tetapi kali ini, dia puas dengan keputusannya. Mungkin ini penyelesaian terbaik untuknya.

    Jadi lepas ni... Apa pelan aku seterusnya? Ya Allah. Bantu aku.

    Sedetik itu, secara tak langsung, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Sekali lagi SMS di terima. Siapa pula kali ini. Fahmi? Alvin? Oh! Maisarah lagi.

    >> Assalamualaikum. Mai nak kenalkan akak dengan lecture Mai. Dia nak buka butik pakaian muslimah and tengah cari share partner. Akak minat tak? <<

    Rozita tersenyum. Syukur Ya Allah. Tak sangka cepat sungguh rezeki singgah. Dia melangkah dengan penuh hati berkobar menuju ke kereta Honda Civicnya. Tak sabar SMS Maisarah ingin di balas. Angannya sudah mula jauh menerawang. Bibirnya mengukir senyum sendiri tanpa di suruh. Namun, tidak semena mena... Oh ya! Masih ada sesuatu yang belum selesai.

    Dia menekan pantas telefon bimbitnya mencari satu nama. Dan pencariannya terhenti pada nama insan itu. Nama insan yang telah membuatnya menangis duka walau dahulunya sering membuatnya ketawa gembira, yang pernah bertakhta di hatinya sebagai putera yang akan menjadi teman hidup sepanjang hayatnya, yang pernah berjanji akan setia mencintai dan tulus menyayangi. Dia tak mahu lagi hidupnya di bayangi nama itu. Jemarinya pantas menekan punat sehinggalah anak matanya terhenti pada mesej yang terpapar di skrin telefon bimbitnya.

    >> Are you sure want to delete this number? <<

    Rozita tersenyum yakin. Butang Yes di tekan. Hatinya bertasbih kecil. Rozita menarik nafas sedalam-dalamnya, kemudian melihat ke langit. Bibirnya bertasbih halus. Subhanallah... Maha Suci Allah. Walau penuh liku, ini nekadku untuk memilihMu. Dengan yakin, Rozita menyambung kembali langkahnya menuju ke arah pilihan hidupnya yang baru.

    ** Tamat **

    ReplyDelete
  53. Silalah baca dan komen ye sifu... Terima kasih....

    ReplyDelete
  54. abinur :)

    saya dah baca cerpen anda kat atas tu, komen saya; sgt sgt sgt sgt sgt bulat, padat, kuat dan sgt2 hebat! tahniah!

    terbukti, anda adalah antara anak didik saya yg sgt2 cepat belajar, tahniah sekali lagi.

    sekarang, anda ada dua pilihan dan perlu pilih satu saja; nak hantar ke majalah DBP dan serahkan kepada mereka ka majalah mana yg sesuai dimuatkan cerpen anda, atau ke Mingguan Wanita. nanti tanyakan kepada kak aini cara2 menghantarnya. jika ke dbp, mungkin anda kena tunggu berbulan2 baru terbit, kadang2 sembilan bulan tu, sbb mereka dah buat proses penerbitan berbulan2 ke hadapan. jadi kena sabar.

    setelah anda hantar ke salah satu penerbitan yg anda pilih, beri masa satu bulan, lepas tu telefon dan tnykan status cerpen anda akan diterbitkan ataupun tidak. jika tidak, tny kenapa dan apa yg perlu anda buat utk memperbaikinya supaya sesuai dgn penerbitan itu.

    itu je abinur :) gigih terus k

    p/s

    saya suka nama betul anda, cantik dan hebat!

    ReplyDelete
  55. Assalammualaikum abinursyifa,
    di sni saya sertakan alamat editor dbp utk anda cuba hantarkan cerpen yg baru;

    Dewan Sastera
    Bahagian Majalah,
    Tingkat 20 Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa 50460 Kuala Lumpur.

    Pen. Editor
    Nurzuzilawati Sulaiman
    norzuzilawati@dbp.gov.my
    03 2148 1484

    abinur, gunakan alamat di atas dan minta editornya tentukan kpd majalah terbitan dbp yg mana satu sesuai utk disiarkan...

    ReplyDelete
  56. Assalamualaikum..

    Kak Aini dan Sifu, sebenarnya untuk cerpen seterusnya ni, ada banyak juga idea yang dah terbayang-bayang dalam otak ni, tapi tak tahu kenapa saya suka sangat dengan idea saya untuk sinopsis ni. Mengangkat kucing sebagai watak utama, mungkin agak banyak juga homework yang perlu saya buat. Nak kaji sifat kucing, nak memandang manusia dengan pandangan kucing, cuba nak selami perasaan kucing, bila dia di sakiti, sihat, lapar... Ai.. susah juga tu... berat rasanya nak di nukilkan ni...

    Tapi melalui cerpen yang akan saya garap ni nanti, seperti cerpen-cerpen saya sebelum ni, saya akan bawa mesej kasih sayang dan kali ini, antara haiwan, manusia dan tuhan. Selalunya manusia lupa yang haiwan pun makhluk Allah, dan menganggap diri lebih mulia. Ai.. tak tahulah, macamana saya nak mula menulis nanti. Harap sifu nilai dan komen lah sinopsis saya ni ye...

    Terima kasih...

    ReplyDelete
  57. Tajuk Sinopsis : Belum ada. Mungkin “Niki” atau “Si Pencari”.

    Oleh : Hatta Midy.

    Niki, seekor kucing terbiar yang tinggal menumpang di sebuah kedai Tom Yam. Dulunya, Niki yang di beli di sebuah pet shop dengan harga Rm2 ribu oleh Eric, tinggal di sebuah rumah mewah. Anak bongsu Eric, Vivian yang telah mencadangkan nama Niki. Namun setelah Niki mula bunting dan bersalin, Niki mula di abaikan, apatah lagi Niki gagal untuk menguruskan anak-anaknya dengan baik. Kerana ketidak arifan Niki menguruskan anak-anak, kesemua anaknya mati ketika menginjak usia 2 minggu. Setelah itu, Niki di buang di sebuah food court dan selepas itu Niki tinggal menumpang di sebuah kedai Tom Yam milik Pak Usop.

    Namun, setelah hampir setahun tinggal di sana, kedai Tom Yam itu terpaksa di tutup kerana pemilik kedai Tom Yam itu menjadi mangsa kedengkian pesaing perniagaan yang lain. Pak Usop telah meninggal dunia akibat di santau. Setelah itu, kedai itu di ambil alih oleh pemilik yang lain, iaitu Mak Tam. Malangnya, Mak Tam bukan penggemar kucing, dan Niki sering di pukul kerana mencuri makanan. Dalam masa yang sama, Niki telah bunting sekali lagi. Oleh kerana tak tahan sering kelaparan dan di pukul juga demi menjaga kandungannya, Niki nekad mencari tempat tinggal baru.

    Dalam perjalanan mencari tempat tinggal yang baru, dari satu kedai ke satu kedai, Niki telah bertemu dengan pelbagai jenis sifat manusia, dari insan kaya yang tulus ikhlas memberi simpati atau yang kejam pada haiwan sepertinya, hingga ke insan miskin yang sanggup berkongsi sepinggan makanan dengannya. Pandangannya lebih terbuka untuk menilai insan di sekelilingnya. Hinggalah Niki, di takdirkan beranak di dalam sebuah kotak bekas simpanan epal, di tepi sebuah restoran steamboat. Niki bersama anak-anaknya kemudian di temui oleh Mastura, anak pemilik restoran tersebut. Saat itu, Niki pasrah andai gadis itu akan menghalaunya lagi atau mengasihininya. Saat Mastura melihat Niki, timbul rasa kasihan dan sayang pada Niki dan Mastura mengambil keputusan untuk membela Niki. Niki telah di berikan nama baru iaitu Apple, bersempena dengan tempat pertama kali Niki di temui.


    ReplyDelete
  58. abinur :)

    saya dah baca sinopsis anda kat atas tu, tp ia akan jadi lebih menarik jika anda jadikan ia sebagai sebuah cerpen satira.

    anda dah boleh mulakan karya ini dgn berpandukan di bawah ini;

    1. guna formula 4/5

    2. fikir; logikkan bagi seorang pemilik kucing utk membuang kucing mewah dgn sebegitu saja

    3. lazimnya, apabila kucing melahirkan anak, tugas si ibu hanyalah menyusukan anak dan ini pun, jika ibu kucing tu tak mau, tugas pemilik kucing itulah yg bertanggungjawab utk menjaga anak-anak kucing itu (sama ada mewah ataupun tidak - termasuk memberikan ia susu, perikemanusiaan namanya, ini)

    3. oleh kerana kita nak buat cerpen satira, maka anda perlu cari satu sbb yg lebih dan paling logik mengapa kucing ni dibuang. biasanya, kucing2 sebegini, akan lari dr rumah, apabila mahu melahirkan anak. kucing mewah begini, jika dibuang org, tak sampai satu saat sudah dipungut org lain.

    4. oleh kerana kucing mewah ini, tentulah kucing betina, bagaimana jika kita angkat maruahnya sebagai seekor makhluk Tuhan yg bermaruah. kita buat kucing ni tidak membiarkan dirinya menjadi `pencuri' makanan, sebaliknya `bekerja' utk melayakkan ia mendapat sepiring makanan. atau, buat dia lari ke hutan, dan membesarkan anak dia secara alami.

    fikirkan. gigih terus k

    ReplyDelete
  59. tmbhn; abinur, pendek kata, walaupun ia seekor kucing cuma, tugas anda adalah menanam semangat juang dan mengangkat harga dirinya sebagai makhluk Tuhan k

    ReplyDelete
  60. Assalamualaikum..

    Sifu dan Kak Aini. Sihat? Nak cerita sikit. Nak siapkan cerpen ni memang mencabar. Mencabar sebab, kampung tempat saya tinggal ni banjir. Paras peha! Nasib baik rumah tingkat atas, kalau tak, mau terapung laptop. Tapi, Alhamdulillah, dalam curi-curi masa time banjir, sempat juga siapkan cerpen ni. Nilailah karya saya ni ye Kak Aini dan Sifu. Tegurlah saya jika ada salah dan silap.

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  61. Tajuk : Janji Niki.

    Oleh : Hatta Bin Midy.

    Waarrgh! Gatalnya! Bersungguh Niki menggaru telinganya yang merenyam akibat kurap yang mula merebak. Tak tahulah dimana atau bila penyakit itu menjangkitinya. Puas menggaru, Niki menggeleng-gelengkan kepalanya sekuat hati sehingga bergoncang seluruh tubuhnya. Berterbangan di udara debu dan habuk garuannya tadi. Huh! Puas rasanya! Hilang rasa geram pada rasa gatal yang tiba-tiba menyerang. Niki kembali melabuhkan punggungnya pada tangga mozek bangunan besar itu. Sambil duduk Niki mendongak merenung langit. Sejuk matanya menikmati fenomena alam. Di lihat, awan biru yang berarak perlahan sedang mengalah dengan cahaya suria senja. Ish, rasanya belum puas panas mentari di nikmati, kini gelita malam sudah setia menanti.

    Memang terlalu pantas waktu berlalu!

    Tak sangka, pejam celik, sedar tak sedar sudah hampir 2 minggu Niki bermustautin di bangunan besar itu. Dulu, ketika tersesat ke sana, niatnya hanya sekadar untuk persinggahan sementara, menumpang teduh dari hujan dan panas sambil mencongak hala tuju masa depannya. Dan, waktu itu kandungannya masih lagi kecil. Diam tak diam, tak sangka kini perutnya sudah memboyot! Ah! Memang pantas masa berlalu! Semakin hari juga, terbit rasa selesa dan asyik Niki untuk terus tinggal di sana. Mungkin kerana suasana damai dan tenteram di bangunan besar itu mungkin. Atau kerana manusia yang hadir ke sini tak pernah lokek berkongsi rezeki dengannya. Jika nak di bandingkan, amat jauh berbeza dari suasana hidupnya sebelum ini. Penuh hiruk pikuk kesibukan manusia mengejar nikmat dunia yang tak pernah habis, di tambah lagi dengan sifat manusia-manusianya yang... Ah! Biarlah. Tak ingin Niki fikirkan perkara yang lepas.

    ReplyDelete
  62. Tajuk : Janji Niki.

    Oleh : Hatta Bin Midy.

    Waarrgh! Gatalnya! Bersungguh Niki menggaru telinganya yang merenyam akibat kurap yang mula merebak. Tak tahulah dimana atau bila penyakit itu menjangkitinya. Puas menggaru, Niki menggeleng-gelengkan kepalanya sekuat hati sehingga bergoncang seluruh tubuhnya. Berterbangan di udara debu dan habuk garuannya tadi. Huh! Puas rasanya! Hilang rasa geram pada rasa gatal yang tiba-tiba menyerang. Niki kembali melabuhkan punggungnya pada tangga mozek bangunan besar itu. Sambil duduk Niki mendongak merenung langit. Sejuk matanya menikmati fenomena alam. Di lihat, awan biru yang berarak perlahan sedang mengalah dengan cahaya suria senja. Ish, rasanya belum puas panas mentari di nikmati, kini gelita malam sudah setia menanti.

    Memang terlalu pantas waktu berlalu!

    Tak sangka, pejam celik, sedar tak sedar sudah hampir 2 minggu Niki bermustautin di bangunan besar itu. Dulu, ketika tersesat ke sana, niatnya hanya sekadar untuk persinggahan sementara, menumpang teduh dari hujan dan panas sambil mencongak hala tuju masa depannya. Dan, waktu itu kandungannya masih lagi kecil. Diam tak diam, tak sangka kini perutnya sudah memboyot! Ah! Memang pantas masa berlalu! Semakin hari juga, terbit rasa selesa dan asyik Niki untuk terus tinggal di sana. Mungkin kerana suasana damai dan tenteram di bangunan besar itu mungkin. Atau kerana manusia yang hadir ke sini tak pernah lokek berkongsi rezeki dengannya. Jika nak di bandingkan, amat jauh berbeza dari suasana hidupnya sebelum ini. Penuh hiruk pikuk kesibukan manusia mengejar nikmat dunia yang tak pernah habis, di tambah lagi dengan sifat manusia-manusianya yang... Ah! Biarlah. Tak ingin Niki fikirkan perkara yang lepas.

    ReplyDelete
  63. Assalamualaikum..

    Sifu dan Kak Aini. Sihat? Nak cerita sikit. Nak siapkan cerpen ni memang mencabar. Mencabar sebab, kampung tempat saya tinggal ni banjir. Paras peha! Nasib baik rumah tingkat atas, kalau tak, mau terapung laptop. Tapi, Alhamdulillah, dalam curi-curi masa time banjir, sempat juga siapkan cerpen ni. Nilailah karya saya ni ye Kak Aini dan Sifu. Tegurlah saya jika ada salah dan silap.

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  64. Tapi, kenapa sikit sekali manusia ke sini agaknya? Ada pun 5 kali sehari. Itu pun tak sampai 20 orang. Bukankah tempat ini sesuai untuk manusia yang perlukan ketenangan? Ah! Apa perlunya aku fikirkan semua itu. Yang penting, hidup aku sudah cukup damai dan tenang di sini. Inilah tempat yang sesuai dan selamat untuk aku melahirkan zuriat nanti, fikirnya.

    Setelah puas mendongak langit, Niki kembali tunduk memerhati alam maya yang terbentang luas di hadapannya. Pusuan manusia mula memenuhi ruang legar bangunan besar itu. Ramai pula yang datang ke bangunan besar ini hari ni. Kenapa ya? Ada pula deretan gerai yang mula memenuhi ruang lapang di luar bangunan besar itu yang selalunya kosong dan lengang. Oh ya! Patutlah! Dengarnya, ada seorang manusia yang tinggi ilmunya akan datang berkongsi ilmu. Tapi, selalunya ada juga manusia lain yang datang ingin berkongsi ilmu, tapi kenapa manusia yang hadir tak seramai ini? Mereka datang kerana inginkan ilmu atau... Ah! Biarlah! Niki tidak kisah semua itu. Untuknya, sudah pasti gerai-gerai yang di buka itu destinasinya!

    Niki bangun menggoyang-goyangkan tubuhnya untuk meregangkan otot-ototnya yang lenguh. Terlalu lama duduk mungkin. Ah! Masih terasa lagi denyut sakit di kaki kirinya. Walau bengkak sudah surut, tapi bisa sakitnya masih ada. Sedikit gerakan agresif, pasti akan mengundang rasa sakit yang teramat sangat. Ah! Aku kena kuat. Aku kena kuat demi anak di dalam perutku ini. Mungkin esok lusa, sembuh sakitnya itu, walau sudah berapa kali esok lusa berlalu meninggalkannya. Secara tiba-tiba, Niki teringat waktu itu, warung itu, wajah wanita itu...

    “Padan muka! Menyusahkan aku! Pergi! Kau datang lagi, mati kau aku kerjakan! Pergi!”

    Tak ingin rasanya saat-saat itu di kenang kembali. Kejam. Ada juga manusia begini. Wanita itu yang menghayun sebatang kayu tepat ke kaki kirinya! Nasib baik tidak mengenai perutnya yang sendat di diami zuriatnya. Kesalahan, memanjat meja kerana ingin mengambil tulang ikan! Sejak itu, Niki nekad tak akan kembali ke warung itu walau sudah sekian lama tinggal di sana. Dalam hencut, dia pergi meninggalkan warung yang sudah sekian lama di diami sejak dari zaman ibunya kecil lagi. Entahlah. Mungkin tiba waktunya untuk dia pula berdikari seperti ibunya dulu. Dia tahu hidup di luar sukar, tetapi mungkin kesukaran itu yang akan mengajarnya erti hidup berdikari. Lagi pula, kandungannya perlu di jaga. Andai dia terus di sana, mungkin belum sempat dia menjadi ibu, nyawanya sudah melayang!

    ReplyDelete
  65. Terhencut-hencut, Niki memaksa dirinya untuk melangkah, membawa beban perut yang berisi. Huh! Memang meletihkan! Pasti seperti itulah ibunya mengandungkannya dulu. Begini rupanya menjadi seorang ibu. Amat memenatkan!. Tapi hati gembira, suka dan teruja. Seolah tak sabar menanti sesuatu! Entahlah! Sukar nak di gambarkan. Niki masih ingat antara pesan ibunya dulu...

    Hukum alam akan mengajar kau memahami hidup setelah kau berdikari...

    Mungkin benar kata ibu. Mengapa dia tiada ayah, mengapa dia tiada adik beradik, semuanya punya jawapan dan hikmah yang mungkin di lihat kejam di mata manusia. Kejam... Huh! Memori mindanya pantas mengimbau apa yang pernah di temui ketika tersesat ke sebuah lorong gelap sebelum Niki tiba di bangunan besar ini. Di celah longgokan sampah, Niki terjumpa bangkai manusia kecil sempurna yang kaku kebiru-biruan. Wajahnya hampir tak kelihatan dek kerana penuh di hurung lalat. Mengapa pula dia di situ, Niki tak pasti. Di mana ibunya? Di mana ayahnya? Tak sayangkah mereka pada zuriat sendiri? Ibunya dulu memamah sendiri adik sejantinanya atas rasa sayang kerana tak mahu melihat adiknya itu besar dalam keadaan cacat dan pastinya sukar berdikari dan akan menjadi mangsa mahkluk lain termasuk manusia. Ah! Aku yang sempurna ini pun menjadi mangsa kejamnya manusia! Jika ibunya membunuh kerana sayang, manusia pula membiarkan manusia kecil menjadi bangkai itu kerana apa? Sekurang-kurangnya, ibunya tak membiarkan anaknya menjadi bangkai dan menjadi makanan mahkluk lain! Tatahukum hidup apa agaknya yang ibu dan ayah manusia kecil itu guna... atau mereka juga menggunakan peraturan hukum alam seperti aku... atau mereka bukan manusia! Manusia... memang sukar di fahami. Ah! Biarlah! Sekurang-kurangnya anak aku nanti ada aku yang menjaganya!

    Niki meneruskan langkahnya menuju ke sebuah gerai. Ramai manusia berbaju sedondon di situ sedang sibuk menyediakan kelengkapan gerai. Bau dan aroma masakan yang sedang sibuk di sediakan sememangnya mengetuk nafsu laparnya. Tapi Niki tak mahu mengambil hak mereka. Mereka beli, takkan aku sewang-wenangnya ingin mengambil? Kebiasaannya, Niki jarang mengadu domba meminta simpati untuk sesuap rezeki. Berdikari dengan hukum alam memang banyak mengajarnya. Ketika tinggal di warung dulu, Niki sering memburu. Hasil buruannya pula akan di pamerkan pada manusia. Terpulang pada manusia untuk menilai hasil buruannya itu. Di bangunan besar ini juga, Niki melakukan tugas yang sama. Beruntung Niki, pengunjung bangunan besar itu kebanyakkannya memahami. Setakat ini, setiap kali Niki menunjukkan hasil buruannya, jarang sekali tiada manusia akan memberinya 'upah'. Mungkin tanda terima kasih, atau tahniah, mungkin. Yang penting, Niki makan hasil dari titik peluhnya sendiri. Tapi, sejak kandungannya semakin besar, di tambah pula dengan keadaan kakinya yang masih lagi sakit, aktiviti memburunya terpaksa di kurangkan. Lebihan makanan manusia, atau lebih layak di panggil sisa lebih mudah di jadikan santapan. Walaupun terkadang perlu merayu penuh simpati. Asalkan ia masih elok, Niki tak kisah. Ia halal baginya.

    ReplyDelete
  66. Niki bertomakninah diam sambil matanya khusyuk dan meliar mencari sesuatu. Ah! Dah jumpa! Sekeping daging bakar di selaputi cairan putih dan merah terletak di atas rumput, di bawah meja yang di diami 3 pemuda. Pasti ianya tercicir dan tak akan ada manusia yang bernafsu untuk menjamahnya lagi! Walau sedikit berpasir tapi masih kelihatan lazat! Namun Niki masih duduk diam menanti waktu. Dia tahu, di waktu menjelang malam ini sebentar lagi, akan ada laungan bunyi kuat yang punya kuasa dan aura untuk menarik manusia pergi ke bangunan besar di belakangnya. Dan pastinya termasuk tiga pemuda tadi. Apatah lagi 3 pemuda itu memakai kain putih di kepalanya! Ia mengingatkan Niki pada manusia yang sering berada di perbarisan himpunan di bangunan besar 5 kali sehari! Mereka semua memakai kain putih di kepalanya. Manusia yang memberi `upah' hasil buruannya juga memakai kain putih di kepalanya! Manusia yang setiap hari membelai kepalanya pun memakai kain putih itu, malahan lebih besar! Kesimpulannya, orang yang memakai kain putih di kepalanya adalah orang yang sangat baik, fikirnya. Niki yakin, sebentar lagi pasti mereka beredar. Dan waktu itulah, baru Niki akan memulakan langkah membawa pergi daging tadi. Dia tak mahu berjalan di celahan simpang siur kaki yang bersilang di bawahnya. Terlalu berisiko untuk kandungannya! Sabar anak-anakku! Rezeki kamu hari ini dapat menjamah daging!

    Seperti yang di jangka, tiba-tiba laungan suara syahdu yang kuat memecah hiruk-pikuk kesibukan manusia. Namun Niki termanggu hairan. Kenapa tiada seorang pun dari 3 pemuda itu, beredar menuju ke bangunan besar itu? Mereka tetap di situ. Masih ligat bersembang beriklankan hilai tawa. Mungkin sebentar lagi, fikirnya. Namun, saat demi saat, minit demi minit... Aaaah! Mereka pasti tak akan ke bangunan besar. Mengapa mereka tak ke sana agaknya? Mereka itu manusia. Tak taatkah mereka dengan tatahukum dan aturan susila hidup manusia, seperti manusia lain? Atau mereka bukan manusia walau seperti manusia... Entahlah!

    ReplyDelete
  67. Oleh kerana mereka langsung tidak berganjak, Niki terpaksa menyelinap perlahan ke bawah meja. Dari bawah meja, terdengar butir bicara mereka yang sekali sekala di sulami dekahan ketawa...

    “Aku kalau ceramah ustaz ni, dekat celah mana pun,aku sanggup datang nak meniaga! Untung banyak Poji! Hari tu dekat Damansara, nugget aku goreng balik pun berebut orang beli! Hahaha!” Pemuda pertama lantang berbicara.

    “Cerita pasal untung, semalam nombor motor bini aku naik! Rugi aku tak beli!” Pemuda kedua pula mencelah dalam nada halus.

    “Ssssh! Weh! Korang ni bercerita! Cover la sikit! Kita kan dekat masjid ni! Pakai kopiah lagi! Cerita duit haram pun nak kuat-kuat ke?!” Pemuda ketiga pula membidas dalam nada tegas.

    Haram? Apa yang haram? Ah! Biarlah. Untuk mereka ada halal haramnya. Lebih baik daripada di lihat suci tetapi menggelegak haram menghitamkan hati. Niki menyelinap lagi. Kembang kempis hujung hidungnya yang basah menghidu. Wah! Aroma daging bakar itu sudah mula menusuk. Dalam meniarap Niki bergerak dengan perlahan. Akhirnya, daging itu di hadapannya. Mulutnya sudah sedia untuk dibuka. Gigi-giginya sudah bersedia untuk menggigit kepingan daging itu...

    “Opocot mak kau! Mak ai! Terkejut aku!”

    Tiba-tiba suara lantang salah seorang pemuda berkumandang. Hampir terbalik meja atas tindakan refleks dirinya. Dua pemuda yang lain terpinga-pinga. Bingkas dia bangun mengintai di bawah meja.

    “Apa hal kau Mat?” Dua pemuda yang lain bertanya serentak.

    “Ada kucing bawah meja la Poji. Terkejut beruk aku. Dari mana pulak datang kucing kurap bunting ni?”

    Niki pula sudah menjauh. Tubuhnya terketar-ketar menahan sakit. Meleleh-leleh air liurnya keluar tanpa dapat di kawal tanda azab kesakitan yang di lalui. Kakinya yang sememangnya sudah sakit di sepak tanpa sengaja ketika pemuda itu menyilangkan kakinya. Tak sangka, pemuda itu melakukan gerakan seperti itu tadi. Tetapi, daging itu masih ada di situ. Walau rasa sakit itu bukan alang kepalang, tetapi,daging itu tetap keutamaan. Pasti anak-anak di dalam perutnya sudah terhidu aroma daging tadi. Takkan Niki ingin biar anak-anaknya kempunan! Tetapi, belum sempat Niki mengatur nafas, pemuda tadi menghulurkan tangannya. Jemarinya pantas mengambil daging bakar idaman Niki.

    “Oh! Patutlah kucing ni terperuk bawah meja ni! Nak ambil daging burger rupanya! Eh? Elok lagi ni...”

    Ia sudah kotor! Sudah tak sesuai untuk manusia! Berilah pada ku!

    “Hoi! Dengan kucing pun nak berkira ke? Bagi je lah kucing tu...” Pemuda yang seorang lagi tiba-tiba membidas kemudian bangun menuju ke belakang gerai di ikuti seorang lagi pemuda.

    “Elok lagi ni Mat. Boleh goreng balik ni...” Pemuda yang tadi membalas.

    Niki mendekati pemuda itu yang leka membelek-belek daging tersebut. Mulutnya tak henti mengiau tanda simpati. Dia akan lakukan apa sahaja, asalkan anak-anaknya dapat merasa secebis daging. Dalam langkah penuh kesakitan, Niki mendekati kaki pemuda itu...

    “Semak betullah kucing ni!”

    Satu sepakan menggunakan sepatu Timberland deras mengenai rusuk Niki, cukup untuk membuatkan Niki terpelanting. Niki mengiau kesakitan. Terketar-ketar tubuhnya menahan derita. Turun naik nafasnya mula menyendat di dadanya, seolah nyawanya ingin keluar dari jasad. Pandangannya mula kabur dek kerana keperitan yang teramat sangat. Pemuda tadi tanpa rasa bersalah terus beredar meninggalkan Niki yang terbaring kesakitan. Niki ternganga kempunan melihat daging bakar itu hilang begitu sahaja. Atas sebab apa daging itu di ambil... Entahlah. Niki tiada jawapan. Hidup dan kehendak manusia memang sukar di fahami. Minta maaf anak-anakku!

    ReplyDelete
  68. Dalam penuh sakit, Niki teringat akan seorang pemuda kurus kering tidak terurus, berbau busuk, tidak berbaju malahan berseluar pendek, duduk terdampar di tepi longkang sebuah lorong. Memakai kain putih di kepalanya, jauh sekali! Tetapi, pemuda itu sanggup berkongsi sepotong roti yang masih lagi elok, bukan sisa atau lebihan manusia.

    “Ustaz gua pernah cerita, ada pelacur masuk syurga sebab tolong anjing. Manalah tahu, gua pun nanti masuk syurga sebab tolong lu... Lu makan ye. Gua beli ni tau, bukan curi...”

    Entahlah. Niki semakin sukar nak memahami manusia. Aduh! Dadanya semakin sakit. Niki memerah tenaganya bangun untuk beredar. Ah! Darah apakah ini? Niki mula panik, tetapi gemuruhnya cuba di kawal. Mungkin waktunya sudah tiba. Tak sangka ia begitu awal. Mungkin kerana sepakan pemuda tadi... Ah! Janganlah apa-apa yang buruk berlaku pada anak-anakku! Niki bangun melangkah lemah menggagahkan diri melangkah. Tempat yang sudah di kenal pasti sebagai lokasi untuk anak-anaknya menjengah dunia berada di tingkat atas bangunan besar itu. Mana mungkin aku sempat ke atas di celahan kaki ribuan manusia ini!

    Oh ya! Kawasan belakang bangunan besar ini pasti kurang orang lalu lalang! Dalam sakit, Niki melangkah sepantas yang mungkin menuju ke kawan yang di maksudkan. Benar. Orang yang lalu lalang di situ memang sedikit. Matanya terarah pada sebuah kotak yang sudah agak lusuh di satu sudut penjuru bangunan. Ah! Mungkin kotak ini tiada empunyanya. Niki meninjau-ninjau keadaan dalam kotak itu sambil menghidu ke sekeliling kotak. Ada gumpalan-gumpalan kertas dan plastik putih lembut. Ah! Ini mungkin cukup sesuai untuk aku. Niki pantas melompat masuk ke dalam kotak itu lalu membaringkan tubuhnya. Dalam kesakitan, mindanya pantas teringatkan ibunya. Ibu! Beruntung ibu melahirkan aku dulu ketika Pak Usop masih ada.

    ReplyDelete
  69. Pak Usop. Rindu aku pada Pak Usop. Antara manusia yang Niki ingat jelas lafaz namanya, Manakan tidak, manusia itu yang dulu menjaga rapi ibunya selepas ibunya melahirkannya. Riang gembira, senyum hingga ke telinga Pak Usop melihat Niki yang masih basah dengan air ketuban waktu itu bersama tiga lagi adik-adiknya. Namun, dua adiknya yang berlainan jantina, mati di gigit ayahnya, ketika ibunya keluar sebentar. Atas rasional apa ayahnya membunuh dua adik-adiknya itu, kata ibu, tak mahukan saingan! Ini memang sifat si jantan! Dominan dan diktator. Jangan risau anak-anakku, takkan ibu biar kamu semua menjadi mangsa. Sejak itu, Pak Usoplah yang menjadi ayah kepada Niki. Nama Niki juga di beri sempena nama artis pujaan Pak Usop, Niki Ar.. Ardi... entahlah. Tak mampu mindanya mengingati nama manusia yang sesukar itu. Nama ibunya juga di beri sempena nama artis juga. Inul... Inul Dar... Ah! Putus asa mindanya mengingati nama manusia yang sepayah itu sebutannya. Dengar cerita, ibunya dulu datang ke warung Pak Usop dalam keadaan basah lencun, tak tahu dari mana. Mungkin sesat atau tercicir, entahlah. Ibunya tak pernah langsung bercerita perihal kisah silamnya.

    Namun, setelah ibunya mati, Pak Usop kelihatan murung. Mungkin kerana rasa sayangnya pada ibunya. Kini Pak Usop dan ibunya sama-sama telah tiada. Ibunya mati di gilis sang gajah jalanraya ketika sedang sibuk mengejar tikus dan Pak Usop... Entahlah. Dengarnya, Pak Usop tiba-tiba hilang entah ke mana. Niki pernah terjaga di satu malam, ada dua orang lelaki yang tidak di kenali menanam sesuatu di warung Pak Usop. Esoknya, tiada satu orang pun pelanggan yang datang ke warung Pak Usop, tak seperti selalu. 2 hari kemudian, Pak Usop sering batuk-batuk sehingga tersembur darah di dinding warung. Tak lama kemudian, Pak Usop hilang entah ke mana. Selang seminggu, wanita kejam yang memukul kakinya dengan kayu itu tiba-tiba muncul menjadi pemilik baru warung itu. Walau Niki tak faham apa sebenarnya yang berlaku, tapi dia amat rindukan Pak Usop.

    Rasa sakit semakin mencengkam. Niki menarik nafas sedalam-dalamnya walau sukar nak bernafas kerana rasa sakit di rusuk dadanya. Tapi Niki tetap berusaha. Ibu sanggup mati kerana anak-anak ibu! Hinggalah saat dan detik itu telah tiba...

    ***

    ReplyDelete
  70. Rengekan comel anak-anaknya mendamaikan hatinya. Masing-masing berebut di dalam pejam mengesot kecil mencari kehangatan ibunya. Enam. Patutlah beban yang aku bawa selama ini terasa beratnya. Setiap satu wajah anak-anaknya di perhati penuh simpati. Rasa sakit melahirkan seketika tadi tiba-tiba lenyap di selubungi rasa sayang dan cinta. Lidahnya sesekali tangkas singgah di tubuh anak-anaknya, andai terlihat ada sang semut atau pun nyamuk yang cuba hinggap. Takkan ku biar anakku di hurung lalat seperti bangkai manusia kecil itu!

    Namun Niki semakin lemah. Tubuhnya amat tidak bertenaga. Pasti akibat kerahan tenaga tadi sewaktu melahirkan anak-anaknya di tambah lagi dengan kesakitan di rusuk dadanya yang semakin mencengkam. Nafasnya pula semakin sesak. Matanya mulai layu, namun cuba di lawan rasa sakit itu. Apa pun berlaku, ibu tak akan meninggalkan kamu! Tak akan! Dia tak percaya lagi pada manusia walau martabat mereka lebih tinggi.

    “Eh eh! Comelnya!”

    Ah! Ada gadis kecil memakai kain labuh di kepalanya namun berwajah penuh cahaya meninjau keadaan dirinya dan anak-anaknya. Senyuman manis yang terukir menyejukkan hatinya. Tapi Niki tak percaya. Pergi! Jangan ganggu aku dan anak-anakku!. Mungkin gadis ini juga bukan manusia! Tapi amaran Niki tak mampu di terjemahkan dengan bahasa tubuh lantaran kondisi tubuhnya yang semakin lemah. Gadis itu tiba-tiba menghulur jemarinya. Niki semakin panik. Jangan pisahkan aku dari anak-anakku! Jangan! Namun sangkaan Niki meleset. Huluran jemari itu terus singgah di kepalanya. Kepala Niki yang penuh kurap di usap lembut, bawah dagunya di belai mesra, saling tak tumpah seperti belaian Pak Usop dahulu. Seketika, rasa sakit terasa semakin menjauh. Niki cuba bangun tapi tak mampu. Sentuhan itu membuat Niki terus lemah dan leka hingga terus melelapkan mata...

    ***

    ReplyDelete
  71. Toyota Estima itu bergerak perlahan di dalam hujan. Samar-samar jalan kelihatan dek kerana penglihatan yang mula samar di mamah usia tua. Segala lopak dan lubang bertakung hujan terpaksa di redah sahaja walau ada rasa simpati pada kereta yang menganjak usia 4 tahun itu.

    “Huh! Lopak apa abang langgar tadi? Dalam betul...”

    “Nak buat macamana, mata ni bukan nampak sangat dah. Lagi lah hujan-hujan ni...”

    Hoyong hayang kereta serta hentakan demi hentakan menyedarkan Niki yang entah dari bila tidak sedarkan diri. Pandangannya kabur namun sedikit demi sedikit mula mencerah. Terkelip-kelip matanya untuk meneutralkan penglihatan. Di mana aku ni? Di mana? Niki melihat sekeliling. Ah! Ini bukan bangunan besar! Jaring dan sangkar apa ni? Aku di mana?! Anak-anakku? Di mana mereka?!

    “Abi! Umi! Tengok ni! Apple dah bangun!” Seorang gadis kecil menjerit keriangan. Dua manusia di kerusi hadapan kereta itu terpinga-pinga.

    Apple? Siapa Apple? Ah! Aku tak peduli! Di mana anak-anakku?! Niki cuba bangun tapi tak berdaya. Kakinya berbalut putih. Berat, malah amat sukar di angkat. Begitu juga dadanya. Berbalut kain putih hingga tangannya sukar bergerak. Tetapi rasa sakitnya tidak sekritikal petang tadi.

    “Sssh. Apple jangan bangun dulu. Tulang Apple patah ni. Apple cari anak Apple ye... ? Anak-anak Apple semua ada dekat sini laa...”

    Gadis kecil itu memujuk dengan nada suara comel sambil mendekatkan sebuah kotak kecil berisi anak-anaknya. Wanita di tempat duduk hadapan menoleh ke belakang sambil tersenyum. Deria hidu Niki pula mula aktif mengesan bau! Ini bau anak-anakku! Niki memanjangkan tengkuknya menjenguk ke dalam kotak kecil itu. 1, 2, 3, 4,5,6!. Syukur! Niki mengeluh lega. Anak-anaknya di lihat sedang asyik di buai lena. Tapi Niki masih sangsi dan ragu. Dia di mana? Mereka siapa? Ke mana dia ingin di bawa? Kenapa kakinya bersalut benda putih keras ini? Dan siapa pula Apple?

    “Entah siapa la yang pukul kucing tu. Sampai retak tulangnya! Kaki tu kata doktor dah lama cedera, tapi yang dada tu, macam baru petang tadi kena pukul. Manusia jenis apa lah yang pukul kucing ni. Nasib baik klinik haiwan dekat PJ tu buka lagi. Kalau tak, tak tahulah. Tapi dah sakit macam tu pun, boleh lagi beranakkan anak-anaknya..” Tiba-tiba wanita di tempat duduk hadapan bersuara sekilas selepas menoleh ke hadapan semula.

    “Kita ni manusia sebenarnya sepatutnya malu dengan kucing. Pandai berdikari. Melahirkan anak tanpa bidan, uruskan uri, tali pusat, bersihkan anak-anak semuanya di buat sendiri. Kalau songsang pun, ada kaedah vakum sendiri! Kita ni, semuanya harap doktor, nurse... Tak macam awak, baru kena pisau sikit, dah nak menjerit-jerit minta tolong, hahaha! ” Lelaki yang sedang fokus terhadap pemanduannya menjawab pendek namun penuh maksud yang tersirat sambil menyindir wanita di sebelahnya.

    “Perli la tu! Menyampah! Tapi, sempurna ciptaan Allah kan bang?”

    Kata-kata wanita itu di sambut angguk oleh lelaki itu sambil tersenyum. Kemudian wanita itu kembali menoleh ke belakang, memerhatikan gadis kecil yang sedang asyik membelai anak-anak Niki.

    “Balqis. Jaga kucing ni elok-elok tau! Jaga betul-betul, macam Umi jaga Tompok dulu...”

    “Apalah Umi ni. Nama dia Apple la. Kan kita jumpa dia dalam kotak epal. Mestilah Balqis akan jaga Apple elok-elok. Apple kan patah kaki. Err, Umi. Nama anak-anak Apple pun Balqis nak letak nama buah-buahan juga lah. Strawberi, mango, papaya...”

    ReplyDelete
  72. Kata-kata anak kecil itu di sambut tawa oleh dua manusia yang berada di tempat duduk hadapan. Niki hanya diam mendengar perbualan mereka. Yang Niki faham, dia kini di panggil Apple. Walau bait bicara mereka kurang di fahami, tapi dia dapat rasakan, dia tak akan kembali ke bangunan besar itu. Hatinya pasrah dan redha dengan takdir. Mudah-mudahan mereka manusia seperti Pak Usop dan berpedomankan tatahukum sempurna yang sudah di tentukan untuk manusia dan pastinya punya ihsan dan adil untuk semua makhlukNya !

    Jangan risau anak-anakku! Ibu tak akan biar kamu di hurung lalat! Tak akan! Ibu janji!

    ***

    ReplyDelete
  73. abinur :)

    wah, hebatnya perjuangan anda dlm menghasilkan karya sastera! betullah kata org, jika dah cinta, lautan api sanggup direnangi!

    ok, saya komen dulu cerpen anda kat atas tu;

    1. seperti biasa, gaya bahasa anda sempurna.

    2. tidak cukup menyentuh perasaan, krn tidak betul2 memasuki jiwa watak kucing itu sendiri.

    3. terasa amat cerita datang drpd pengarangnya (manusia) bukan drpd watak utama (kucing). padahal, sudut pandangan seekor kucing, tentulah berbeza dgn sudut pandangan seorang manusia, misalnya;

    a) kucing tak panggil manusia sebagai manusia, sebaliknya dia akan beranggapan manusia sebagai makhluk dua kaki, dll

    b) perbuatan naik atas meja dan mencuri tulang ikan (atau apa pun) adalah satu perbuatan yg salah, tidak boleh kita halalkan cara, biar apa pun. jika ia kucing peliharaan, tuannya wajib memberi makan. jika tidak, kucing masih boleh hidup dgn berburu - bukan mencuri. merayu kalbu manusia pun masih ok - tp bukan mencuri... mungkin, nikki jadi mangsa salah faham, kucing lain yg mencuri nikki yg tertuduh? fikirkan.

    b) Waarrgh! Gatalnya! Bersungguh Niki menggaru telinganya yang merenyam akibat kurap yang mula merebak. Tak tahulah dimana atau bila penyakit itu menjangkitinya. Puas menggaru, Niki menggeleng-gelengkan kepalanya sekuat hati sehingga bergoncang seluruh tubuhnya. Berterbangan di udara debu dan habuk garuannya tadi. Huh! Puas rasanya! Hilang rasa geram pada rasa gatal yang tiba-tiba menyerang. Niki kembali melabuhkan punggungnya pada tangga mozek bangunan besar itu. Sambil duduk Niki mendongak merenung langit. Sejuk matanya menikmati fenomena alam. Di lihat, awan biru yang berarak perlahan sedang mengalah dengan cahaya suria senja. Ish, rasanya belum puas panas mentari di nikmati, kini gelita malam sudah setia menanti.

    (paragraf kat atas ni, elok lagi jika digambarkan kesakitannya yg baru dipukul org, cuba buat kajian bagaimana kucing (atau wanita) hamil, apabila mengalami kecederaan, gmbarkan seluruh rasa sakit tu, antaranya, rasa perut yg menegang2, dll

    c) Tak sangka, pejam celik, sedar tak sedar sudah hampir 2 minggu Niki bermustautin di bangunan besar itu. Dulu, ketika tersesat ke sana, niatnya hanya sekadar untuk persinggahan sementara, menumpang teduh dari hujan dan panas sambil mencongak hala tuju masa depannya.

    (yg kat atas ni, sepatutnya buat nikki yg memikirkan ttg laki ia yg tak guna dan tak bertanggungjawab tu, mencari habitat selamat utk melahirkan anaknya - jauh drpd hiruk pikuk makhluk dua kaki)

    d0 (Dan, waktu itu kandungannya masih lagi kecil. Diam tak diam, tak sangka kini perutnya sudah memboyot! Ah! Memang pantas masa berlalu! Semakin hari juga, terbit rasa selesa dan asyik Niki untuk terus tinggal di sana. Mungkin kerana suasana damai dan tenteram di bangunan besar itu mungkin. Atau kerana manusia yang hadir ke sini tak pernah lokek berkongsi rezeki dengannya. Jika nak di bandingkan, amat jauh berbeza dari suasana hidupnya sebelum ini. Penuh hiruk pikuk kesibukan manusia mengejar nikmat dunia yang tak pernah habis, di tambah lagi dengan sifat manusia-manusianya yang... Ah! Biarlah. Tak ingin Niki fikirkan perkara yang lepas.

    (yg kat atas ni, patut buat monolog hidup dr sudut pandangan seekor kucing yg sedang menanggung kesakitan. sebagai seekor kucing, nikki tidak tahu apa tujuan manusia yg hiruk pikuk tu, dia hny fikirkan ttg keselamatan diri dia saja. yg penting, survival.




    ReplyDelete
  74. e) “Padan muka! Menyusahkan aku! Pergi!"

    (kat atas tu adalah intro, mainkan dialognya sekali dua laig)

    f) warna sedondon - kucing tak tahu pun makna warna sedondon, tp ia tahu warna pelangi, sesuaikan.

    g) Satu sepakan menggunakan sepatu Timberland deras mengenai rusuk Niki, -

    (dr sudut pandangan nicky - niki sepatutnya tak tau pun sama ada sepatu tu berjenama timberlanda atau sebagainya, fikirkan)

    h) “Ustaz gua pernah cerita, ada pelacur masuk syurga sebab tolong anjing. Manalah tahu, gua pun nanti masuk syurga sebab tolong lu... Lu makan ye. Gua beli ni tau, bukan curi...”

    (nikki fahamkah dialog manusia kat atas tu? mungkin, yg difahami adalah nada suara? fikirkan)

    _______________________________

    abinur, saya komen setakat tu je dulu, utk beri peluang anda mengolah balik dgn panduan di bawah ni;

    1. buat sikit kajian ttg kucing, bulu, kalau kurang knp kurap, bukankah kucing pandai merawat diri sendiri dgn memakan rumput2an? tulang rusuk yg mengalami kecederaan, berapa bulan kucing hamil - (perjalanan masa bukan mcm perjalanan masa manusia, sebaliknya dr sudut pandangan kucing)

    2.buat sesuatu yg istimewa, buat pembaca tertanyat2; gambarkan seluruh penderitaan niki, seolah2 dtg dr seorang wanita yg mengalami penderaan parah, dihalau dr rumah, dll. nanti dekat penamat cerita, barulah kita bongkar dgn menggambarkan niki tu kucing. biar suspen.

    3. kucing yg baik (baik hait) adalah seekor haiwan yg bermaruah dan harga diri tinggi, angkuh juga, tidak mahu diperlekehkan; perlu gambarkan niki mampu berdikari dgn menangkap tikus atau burung, utk mengisi perut, bukan minta sedekah.

    4. sebagai seekor kucing (mahupun manusia) yg pernah didera, niki seharusnya sentiasa berwaspada dan tidak mempercayai siapa pun, terutama sekali manusia.

    3. gunakan deria kucing sepenuhnya, dan buat sepenuhnya dr sudut pandangan seekor kucing. biar kucing tu yg bercerita dgn cara kekucingannya.

    abinur, anda buat dulu ni, nanti saya lihat bagaimana.

    gigih terus k

    ReplyDelete