.

Photobucket

.

.

SINOPSIS CERPEN

Sunday, August 29, 2010 Posted by Noraini Eslah (Ummu Anas)
Bagi peserta dan pengunjung yang berminat menghasilkan cerpen bermutu dan bernilai murni, sila masukkan sinopsis cerpen yang ingin anda garap ke dalam thread ini. Saya akan menilai berdasarkan checklist karya blog sastera yang disediakan. Kemudian akan saya daftarkan untuk mendapat bimbingan dari sifu az.

*Nyatakan nama ringkas anda pada sinopsis yang dimasukkan.
(nama penuh,umur dan status, hanya perlu dinyatakan dalam thread anda setelah saya buka nanti)
-kak aini
(pengurus blog sastera)
You can leave a response, or trackback from your own site.

68 Response to "SINOPSIS CERPEN"

  1. Bunga-bunga Cinta Said,

    ##Sinopsis Cerpen Amy##

    Kamilia adalah gadis miskin yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Setiap pagi sebelum dia ke sekolah , terlebih dahulu dia akan cari dari tong sampah besi-besi buruk atau botol-botol kosong.Kadangkala dia bertandang ke rumah jiran mengambil surat khabar lama.Semuanya disimpan dirumah hingga benar-benar banyak sebelum dijual kepada pihak yang menjalankan aktiviti kitar semula.Ada yang memandang hina sikapnya yang sanggup menggeledah tong sampah.Dia dipandang jijik seperti pengemis jalanan.

    Pada sebelah petang sebaik pulang dari sekolah, Kamilia membantu Ibu berniaga pisang goreng di samping menjaga tiga orang adik yang masih kecil.Sebagai anak sulung kadangkala dia korbankan masa untuk jaga adik-adik bila mana ibu tidak sihat atau kepenatan. Kamilia selalu menghiburkan adik-adiknya dengan bercerita tauladan. Hasrat Kamilia agar adik-adiknya yang kecil ini kuat semangat tidak melihat kesengsaraan dalam keluarga suatu kelemahan.

    Kamilia akur dengan kehidupan sukar yang terpaksa diharungi. Dia redha hidupnya tak sebahagia orang lain yang memiliki keluarga yang sempurna. Ayah tempat Kamilia bermanja telah menjauh pergi dengan menceraikan ibu dan berkahwin lain. Ada sesuatu yang mengusik perasaanya setiap kali takbir Hari Raya berkumandang , dia tidak pernah miliki baju baru seperti orang lain . Berbuka puasa pun sekadar cukup alas kelaparan. Sambutan hari Raya suram tanpa dapat menonton televisyen atau membeli biskut raya.Mereka sekeluarga hanya mendiamkan diri dalam rumah tanpa berkunjung kemana-mana semasa hari raya.

    Sungguh pilu hatinya.Kamilia gadis yang pendiam tidak pernah menceritakan atau mengadu simpati pada sesiapa.Apabila ada antara rakan-rakan bertanya tempah berapa pasang baju raya, dia hanya mampu mengeleng-geleng kepala. Cuba ukirkan senyuman dan dia menangis dalam hati.

    Kamilia bertekad mengubah kehidupan keluarga nya dengan menjadi penulis buku cerita kanak-kanak tersohor.Kerjaya penulis muda dipilih kerana dia dapat bekerja dari rumah , di samping dapat membantu ibu dan menjaga sebaik mungkin adik-adik .Walau tak ada pengalaman dalam bidang Sastera, tetapi dia menulis berdasarkan minat dan displin.

    Cubaan pertama dan kedua mengirimkan manuskrip yang gagal memikat hati editor tidak mematahkan semangat Kamilia. Diedit karya itu berkali-kali secara sendirian. Selain itu dia meminta pendapat adik-adiknya cerita yang macam mana yang teringin nak baca. Hasil jualan dari membantu Ibu berniaga pisang goreng, Kamilia cuba belikan beberapa buku cerita kanak-kanak karya penulis lain untuk dijadikan panduan ketika menulis cerita kanak-kanak.

    Posted on June 21, 2012 at 8:50 AM

     
  2. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    Amy,
    Terkedu saya membaca sinopsis anda.Bagi saya jika dinilai dari sudut nilai murni, tiada masalah; memang terlihat nilai murni di mana-mana dalam sinopsis ini.

    Saya tertarik pada bahagian yang anda sebut watak utama memilih utk menjadi penulis,
    komen saya,
    seeloknya buat watak utama berazam kuat utk melanjutkan pelajaran di bidang yang memudahkan dan membolehkan dia sampai kepada cita-citanya menjadi penulis tersohor. Tidak dinafikan penulis gigih juga boleh sampai kpd puncak kejayaan! Tetapi utk memotivasikan golongan remaja kini, adalah lebih baik mempunyai kelulusan tinggi dan cemerlang. Cuba anda fikirkan...,k

    Saya pindahkan dulu sinopsis ini ke thread cerpen anda supaya di sana sifu akan menambah komen pencerahan beliau pula.

    Teruskan gigih amy.

    Posted on June 24, 2012 at 7:41 AM

     
  3. Ain Has Deen Said,

    Cerpen ini berkisar mengenai,seorang pemuda berusia 25 tahun yang bernama Fuad. Ibunya melahirkan dia awal dari dijangkakan,dan hampir 3 minggu ditempatkan di ICU kanak-kanak kerana kelahiran pra matang. Dia sejak dari kecil lagi mempunyai masalah dalam pergaulan.Fuad lebih suka bermain bersendirian.Kurang bergaul dengan kanak-kanak yang lain. Encik Helmi dan Puan Kamariah beranggapan yang anak keduanya ini pendiam. Di sekolah rendah,Fuad tidak melibatkan diri dengan sebarang persatuan ataupun sukan. Walaupun guru sekolahnya menyifatkan sebagai murid yang lembap,dia mampu lulus dalam kebanyakan mata pelajaran.
    Ketika berada di sekolah menengah, tumpuan terhadap pelajaran mula merosot. Dia lebih mudah hilang tumpuan di dalam kelas. Walaubagaimanapun, Fuad amat berminat dalam mata pelajaran seni lukisan.Pada suatu hari, ketika berada dalam tingkatan tiga dia sering melapurkan pada pihak sekolah yang rakan-rakan kelas membulinya dengan menyorokkan buku-buku atau barang peribadi.Berikuatan dengan lapuran tersebut, perhubungan Fuad dengan rakan-rakan sekelasnya tegang.
    Dia mula berasa yang rakan sekelasnya mengatanya dan membuat pakatan untuk memukul atau mencederakannya. Sehinggakan pada satu tahap, dalam perjalanan Fuad terasa diekori sewaktu pergi dan pulang sekolah.. Akibat beberapa kali berperasaan sebegitu, dia mengambil tindakan nekad untuk melapurkan kepada pihak polis. Berikutan dengan lapuran tersebut, polis melakukan siasatan di sekolah.Namun,tiada bukti yang budak-budak sekolahnya mengekorinya, pihak polis dan sekolah meminta keluarga Fuad membawanya berjumpa dengan doktor .
    Akhirnya,Fuad diagnosa menghidapi penyakit skizofenia.Rawatan psikosis dengan antipsikotik dimulakan keatas Fuad. Ubat antipsikotik seperti Benzhexol yang berfungsi untuk mengurangkan delusi dan halusinasinya, harus diambilnya setiap hari.Fuad mengalami delusi yang ada orang mengekorinya dengan bertujuan mencederakannya.
    Setelah 2 minggu cuti sakit,Fuad kembali ke sekolah. Rakan-rakan disekolah mulai memboikotnya berserta dengan sindiran-sindiran seperti ‘ budak gila’ atau ‘orang tak siuman’.Fuad berasa tertekan dengan keadaan itu. Tambahan pula peperiksaan PMR makin dekat. Tekanan makin kuat. Salah satu sifat pesakit skizofenia adalah pesakit tidak tahan dengan tekanan yang tinggi.
    Fuad berupaya menduduki PMR walaupun persiapannya untuk menghadapi peperiksaan besar itu ala kadar sahaja. Fuad hanya mampu lulus untuk menduduki kelas sastera atau kelas terendah di peringkat tingkat empat.
    Di tingkat empat,Fuad mula menunjukkan bakatnya dengan lukisandan puisi. Dia berasa tenang dengan kedua-dua cabang seni ini. Ibu bapanya memberi sokongan penuh terhadap minatnya ini.
    Akhirnya,Fuad gagal dalam SPM. Faud bertekad untuk berkecimpung dalam arena lukisan. Dia mahu menunjukkan kepada abang dan adik-adik yang dia dengan penyakit skizofenia ini ,tanpa lulusan university dia mampu berjaya seperti orang lain.

    Tajuk Cerpen: Skizofrenia
    Nama ringkas : Ain Hasdin
    Nama penuh : Nurulain Binti Birhanuddin
    Umur : 37 tahun
    Status : Bujang

    Posted on September 3, 2012 at 9:59 PM

     
  4. durian Said,

    Sinopsis : 2 Permintaan.

    Oleh : Abi Nur Syifa

    Amir seorang pemuda yang hidup penuh kemewahan, hasil dari sumber pendapatannya sebagai seorang gigolo dan share sebagai pemilik sebuah kelab malam. Namun, segalanya berubah bila Amir di sahkan mengidap barah usus dan hati tahap 3. Semuanya kerana tabiatnya yang gemarkan minuman keras. Namun penyakitnya itu di rahsiakan dari pengetahuan sesiapa kecuali Doktor Aziz, iaitu doktor yang merawatnya. Oleh kerana itu, timbul rasa sesalan di hatinya dan ingin bertaubat. Walaupun begitu, Amir masih lagi tertanya-tanya dan ragu akan cara dan nilai taubatnya. Lagi pula, niat sucinya itu di perlekeh Fina, gadis yang amat di cintainya. Fina sebenarnya seorang bohsia yang di selamatkan oleh Amir di dalam satu kemalangan. Oleh kerana Fina gadis yang lari dari rumah kebajikan dan yatim piatu, maka Amir mempelawa Fina tinggal di banglo mewahnya. Kemudian, Amir mempelawa Fina menjadi seorang pelayan kemudian membimbingnya menjadi seorang GRO. Hasilnya, Fina terkenal dan menjadi rebutan di kalangan ahli korporat yang dahagakan khidmatnya. Realitinya, Fina sukar untuk menerima cinta Amir, namun terpaksa berbuat begitu atas dasar terhutang budi. Lagi pula, Fina tak dapat menerima hakikat yang Amir ingin bertaubat.

    Tak lama kemudian, Amir mengasingkan diri dari dunia kejinya dengan mendekati masjid. Satu hari, ketika Amir solat di sebuah masjid, Amir terlihat jawatan kosong sebagai seorang cleaner di masjid itu. Amir menghadiri temuduga itu dan di terima bekerja. Bertepatan dengan niat hatinya yang nekad ingin mencari rezeki yang halal. Kemudian Amir bertemu Ustaz Asri yang membimbingnya dalam persoalan taubat. Sementara itu, Mak Tom, ibu Amir masih lagi menyimpan amarah terhadap Amir. Selama ini, dia menyangkakan duit yang di kirimnya setiap bulan adalah hasil daripada kerjayanya sebagai seorang pengurus besar. Setelah mengetahui kerjaya Amir yang sebenar, Mak Tom telah mengharamkan Amir pulang ke kampung dan Mak Tom tidak lagi mengakui Amir sebagai anak kandungnya.

    2 bulan kemudian, setelah 10 tahun tidak pulang ke kampung, Amir menjejakkan kakinya ke sana. Dengan penampilan yang berbeza, Amir pulang membawa harapan, ingin memohon keampunan dari Mak Tom pada sisa-sisa usianya yang tinggal. Namun Mak Tom masih enggan memaafkan dan menghalau Amir pergi. Sementara itu, Fina telah menerima sepucuk surat dari Amir yang menyatakan permohonan maafnya kerana membimbing Fina ke lembah maksiat serta menyatakan rasa cinta yang kali ini tulus kerana Allah. Dalam masa yang sama, Amir meminta Fina menemui Dr Aziz untuk membantunya menunaikan dua permintaan terakhir. Setelah itu, Fina yang terharu dan terkesan dengan cinta Amir kali ini, pulang ke kampung Amir dengan harapan dapat menemui Amir dan menunaikan permintaannya, namun Amir telah meninggal dunia pada hari sebelumnya. Kematian Amir juga di selubungi fitnah kerana kebanyakan penduduk kampung telah menuduh Amir mati kerana Aids, balasan akibat kerjaya haramnya dulu. Namun, kehadiran Fina merungkaikan segalanya, termasuk dua permintaan terakhir Amir yang mahukan Fina membantunya menghantar surat-surat permohonan maaf Amir kepada semua rakan-rakan serta bekas-bekas clientnya, serta menyerahkan wang Rm800, hasil tugasnya sebagai cleaner masjid kepada Mak Tom sebagai menebus kesalahannya dulu mengirimkan wang haram setiap bulan.

    Posted on September 12, 2012 at 12:21 AM

     
  5. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    Abinursyifa,
    Saya sudah membaca dan meneliti sinopsis anda di atas; menarik sungguh ceritanya walaupun agak klise juga. bermakna cerita ini agak biasa dikisahkan oleh penulis2 karya popular yg lain.

    abinurshifa, sebenarnya sifu lebih senang hati membimbing karya yg bernilai murni dan ada perjuangan. sebolehnya sifu minta dielakkan karya yang berunsur negatif. Namun saya fikir jika cerpen ini cerpen dewasa, anda masih boleh meneruskan utk menggarapnya, tetapi...mesti dimurnikan sinopsis anda pd bahagian awalnya yg terdapat peristiwa2 hitam itu. lebih2 lagi watak wanita yg disebut bohsia dgn pekerjaannya dan pekerjaan amir seperti yg anda sebut itu, akan menjadi masalah jika kita hantar karya ini kpd penerbitn majalah nanti.
    Oleh itu saya cadangkan anda gantikan bahagian ini.
    Bahagian yg amir sakit barah usus itu, boleh diteruskan. terlebih dahulu cuba anda buat kajian di internet ttg penyakit tersebut. cari kemungkinan penyebab penyakit itu selain drpd akibat minum arak.

    ** abinursyifa, utk menyampaikan mesej kpd pembaca melalui karya kita, sebagai penulis, dlm pengkaryaan, kita wajar memaparkan perjuangan yg mulia dgn persekitaran yg positif.keadan seperti ini bukanlah dibuat2, tetapi paparan yg positif akn membentuk pembaca turut jd positif dan bernilai murni. lama2 kelamaan ia akn benar2 wujud positif dlm realiti... saya yakin anda faham maksud saya ini.

    Abinursyifa,
    sekarang,anda cuba ubah sikit saja sinopsis ini.
    jika ada masalah lagi, beritau saja, saya akan cuba beri pandangan. Tentang bimbingan dgn sifu, sebaik anda baiki sinopsis ini, saya akn buka thread cerpen utk anda. kemudian sifu akn mulakan bimbingan beliau.

    Posted on September 12, 2012 at 7:07 PM

     
  6. durian Said,

    ** NewPost dengan sedikit edit **

    Sinopsis : 2 Permintaan.

    Oleh : Abi Nur Syifa

    Doktor Aziz mengesahkan yang Amir mengidap barah usus dan hati tahap 3. Tabiatnya yang gemarkan minuman keras telah di syaki menjadi punca kepada penyakit itu. Walaupun pada awalnya hakikat itu sukar di terima Amir, namun lama kelamaan Amir pasrah dan redha. Hatinya nekad untuk bertaubat. Segala kemewahan yang di kecapi selama ini hasil dari kerjaya haramnya sebagai pendamping VIP, ingin di tinggalkan. Namun, Amir meminta Doktor Aziz merahsiakan penyakitnya itu dari pengetahuan sesiapa. Dalam masa yang sama, kekasih Amir iaitu Fina mulai sedar akan perubahan Amir. Fina memperlekeh perubahan Amir yang mula mendekati agama. Fina sebenarnya seorang gadis jalanan yang di selamatkan oleh Amir di dalam satu kemalangan. Memandangkan Fina yatim piatu, maka Amir mempelawa Fina tinggal bersamanya dan seterusnya mempelawa Fina menceburkan diri dalam bidang kerjaya sepertinya. Realitinya, Fina sukar untuk menerima cinta Amir, namun terpaksa berbuat begitu atas dasar terhutang budi. Lagi pula, Fina tak dapat menerima hakikat yang Amir ingin bertaubat.

    Demi untuk mencari sinar baru di dalam hidupnya, Amir mengasingkan diri untuk lari dari dunia kejinya. Ketika Amir solat di sebuah masjid, Amir terlihat jawatan kosong sebagai seorang cleaner di masjid itu. Amir menghadiri temuduga itu dan di terima bekerja. Bertepatan dengan niat hatinya yang nekad ingin mencari rezeki yang halal. Kemudian Amir bertemu Ustaz Asri, seorang ustaz yang sering memberikan tazkirah di masjid tempat Amir bekerja. Melalui bimbingan Ustaz Asri, Amir semakin dekat dengan agama. Namun, hatinya masih lagi di rundung rasa bersalah dan terbeban kerana dosanya terhadap ibunya masih lagi belum sempat untuk di pohon keampunannya. Sementara itu, Mak Tom, ibu Amir masih lagi menyimpan amarah terhadap Amir. Selama ini, dia menyangkakan duit yang di kirimnya setiap bulan adalah hasil daripada kerjayanya sebagai seorang pengurus besar. Setelah mengetahui kerjaya Amir yang sebenar, Mak Tom telah mengharamkan Amir pulang ke kampung dan Mak Tom tidak lagi mengakui Amir sebagai anak kandungnya.

    2 bulan kemudian, setelah 10 tahun tidak pulang ke kampung, Amir menjejakkan kakinya ke sana. Di waktu ini, barah usus dan hati Amir semakin serius. Dia sudah tidak boleh menelan makanan, malah sering batuk berdarah. Dengan tubuh kurus cengkung, Amir gagahkan langkahnya untuk pulang dengan harapan, ingin memohon keampunan dari Mak Tom pada sisa-sisa usianya yang tinggal. Namun Mak Tom masih enggan memaafkan dan menghalau Amir pergi. Sementara itu, Fina telah menerima sepucuk surat dari Amir yang menyatakan permohonan maafnya kerana membimbing dirinya ke lembah maksiat serta menyatakan rasa cinta yang kali ini tulus kerana Allah. Dalam masa yang sama, Amir meminta Fina menemui Dr Aziz untuk melunaskan permintaan terakhirnya. Setelah bertemu Dr Aziz, Fina pulang ke kampung Amir dengan harapan dapat menemui Amir dan menunaikan permintaanya, namun Amir telah meninggal dunia pada hari sebelumnya. Kematian Amir juga di selubungi fitnah kerana kebanyakan penduduk kampung telah menuduh Amir mati kerana Aids, balasan akibat kerjaya haramnya dulu di tambah lagi dengan fizikal Amir yang cengkung dan kurus, berbeza dari Amir yang asal. Namun, kehadiran Fina merungkaikan segalanya, termasuk permintaan terakhir Amir yang ingin Fina mengirimkan surat permohonan maaf kepada bekas-bekas clientnya serta menyerahkan wang Rm800 hasil dari titik peluhnya yang halal iaitu sebagai bekerja selama 2 bulan sebagai seorang cleaner di sebuah masjid kepada Mak Tom, sebagai menebus kesalahannya dulu yang mengirimkan duit dari sumber yang haram.

    ** Saya dah ubah sikit-sikit. Harap beri tunjuk ajar. **

    Posted on September 13, 2012 at 2:41 PM

     
  7. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    Abinursyifa,
    Saya sudah baca semula sinopsis anda di atas.
    Selain dari nilai murni dalam karya, sifu juga mahu dalam setiap karya yg beliau bimbing mengangkat martabat wanita. Begitulah pendirian sifu az dalam karya sastera.
    Dari itu,
    pada bahagian yg anda ganbarkan Fina menuruti kemahuan Amir kerana terhutang budi dan Fina asalnya seorang perempuan jalanan...;harap dapat anda tukar.
    Cuba anda fikirkan begini; misalnya Fina seorang gadis yatim piatu yang baik, bekerja di kedai buku. Andaikan satu hari Amir melanggar Fina, kemudian menghantarnya ke hospital. Setelah Fina sembuh, Amir cuba menarik perhatiannya, tetapi Fina tidak menghiraukan... Amir sering berkunjung ke kedai buku tempat Fina bekerja, dari sini Amir mulai insaf. Ditambah dgn penemuan penyakitnya yg membuat dia sungguh2 ingin bertaubat...
    Saya cuma beri contoh. Untuk karya anda ini, mungkin anda dapat idea lebih baik.

    Abinursyifa,
    esok saya akan minta sifu masuk ke thread ini, untuk mendapatkan pandangan beliau pula.
    Tidak mengapa mengambil masa sedikit untuk membaiki sinopsis ini, kerana anda nampaknya berbakat untuk menghasilkan karya yang baik dan bermutu.

    Posted on September 13, 2012 at 11:02 PM

     
  8. Azmah Nordin Said,

    (aini :) thanks)

    abinur :)

    saya dah baca sinopsis anda kat atas tu, dan ini komen saya;

    1. terlalu banyak yg ingin anda isu/ceritakan dalam sebuah cerpen yg serba terhad segala2nya, sifatnya. sebaliknya, anda hanya perlu sentuh dua saja daripada isu di atas - kanser usus dan amarah ibu yg menanggung malu di atas perbuatannya.

    ini bermakna anda perlu buat kajian - lewat internet juga boleh diperolehi byk sekali ilmu ttg kanser usus, ttg simptom2nya, tentang proses rawatannya; namun, ada satu yg perlu anda ingat; penyakit kanser, lazimnya, tidak pernah diketahui akan puncanya. ia bergantung pd nasib/suratan takdir, bukan satu hukuman atau balasan Tuhan, sbb bayi yg masih suci juga boleh dihidapi penyakit kanser.

    kisah2 ttg gigalo - wah, gelak saya baca tentang ini. abinur, anda perlu berhati2 memilih isu rendah moral begini. sebab, anda tak mau ia jadi sinonim dgn diri anda sebagai penulis. nanti, apabila pembaca membaca ttg gigalo, pembaca akan sentiasa mengaitkan dgn anda saja. sia2 perjuangan anda dlm dunia sastera nanti, jika dianggap sedemikian rupakan? padahal, byk lagi `dosa' lain, yg boleh anda angkat sebagai karya anda utk menggambarkan dia sebagai anak yg buat ibu dia marah.

    soalnya; jika dia hidup bermewah2an, buat apa dia jadi gigalo kan? jadi, tukar perkataan/aktiviti gigalo tu, supaya lebih logik.

    tapi, andai (bukan dlm cerpen ni la k) anda nak angkat watak gigalo sebagai watak utama, hukuman yg paling afdal adalah penyakit hiv atau kemalangan dan terus lemah tenaga batin. mmg ramai orang lain juga mengalami kemalangan yg seumpamanya, tp tak semua yg akan mengalami masalah lemah tenaga batin kan? dgn sendiri, aktiviti nakalnya telah terkawal di sana.


    ttg gadis jalanan;

    1. andai mahu dikekalkan, perlu cari sebab mengapa dia jadi begitu, supaya anda boleh berlaku adil kepada watak ini

    2) setiap gadis/wanita/manusia yg diselamatkan oleh mana2 lelaki, akan sentiasa berasa terhutang budi dan menghargai pengorbanan yg dilakukan oleh lelaki itu. jadi, di sini, sama sekali tidak logik, jika wanita yg telah ditolong itu, meremehkan usaha watak utama anda utk berubah menjadi baik, krn ini menggambarkan seolah2 gadis itu tidak pandai menghargai budi org. dia mungkin akan tertarik/terpikat utk mengikut jejak lelaki yg telah menyelamatkan dia, bukan sebaliknya. fikirkan k

    jadi, cadangan saya; kekalkan dgn penyakit kanser usus, cari ilmu bantu/informasi ttg penyakit ini, sebanyk mungkin. dan bermainlah dgn perkataan `sistem pencernaan', di sepanjang cerpen anda nanti. namun, sebelum ini, buat sinopsis baru, berdasarkan cadangan saya. fikirkan ttg kerjaya yg lebih murni (guru, pegawai, peniaga gerai, pemandu lori, dll)

    itu je dulu, abinur :) gigih terus k

    Posted on September 14, 2012 at 2:42 PM

     
  9. Siti Sara Said,

    Assalamualaikum kak Aini. Menepati janji saya di sini saya sertakan sinopsis cerpen Cu Ani agak ringkas.

    Tajuk : Cu Ani

    Karya : Siti Sara Hassan


    Cu Ani wanita yang terpaksa melalui kehidupan yang penuh tragis. Kehilangan anak dan suami kesayangan menyebabkan dia hilang ingatan. Cu Ani terpksa mellui kehidupan sebagai pesakit jiwa hampir separuh dari hidupnya.

    Kegagalan dalam mendapatkan seteguk kasih dari suami juga kehilnagan anak semasa beljar di sekolah menyebabkan Cu Ani mengalami tekanan jiwa yng hebat.

    Tetapi Allah maha kaya, bila suatu hari seseorang Cuba mengubah kehidupan Cu Ani. Cu Ani mula mendapat rawatan dari kawan karibnya sendiri seorang doktor sakit jiwa di Hospital Tanjung Rambutan.

    Cu Ani mula mengilap kembali kehidupannya. Cu Ani bangkit menjadi seorang tokoh wanita yang disegani. Tidak siapa menduga kejayaan Cu Ani adalah hasil dari kegagalan masa silamnya. Pergolakan hidupnya membawa kejayaan kepadanya.

    Itu sinopsis cerita Cu Ani. Terimakasih.

    Posted on September 23, 2012 at 8:35 PM

     
  10. durian Said,

    (Setelah melakukan kajian melalui laman web kementerian kesihatan bersama beberapa buku rujukan panduan ibu bapa Islam serta hasil teguran sifu, dapat olah sinopsis ni. Walaupun mungkin klise, tapi saya akan cuba melakukan sesuatu dalam penyampaiannya. Oleh kerana menurut sifu, di dalam cerpen segalanya terhad, saya akan lebih kepada menggarap isu hubungan antara seorang ibu dan anak, dan isu antara Amir dan Fina hanya di selitkan di dalam beberapa flashback sahaja. Harap sifu dapat menerima idea saya kali ini dan memberi peluang untuk saya mengolah cerpen pertama saya.. huhuhu...)

    10 tahun lalu, Amir dan Fina yang baru tamat persekolahan telah di tangkap berdua-duaan dan di tuduh berzina. Untuk mengelakkan aib, mereka di nikahkan. Pak Yazid, bapa Fina walaupun malu tetapi redha, namun Pak Akob, bapa Amir tak dapat menerima hakikat dan amat tertekan dengan perbuatan Amir. Di takdirkan, Pak Akob meninggal dunia akibat serangan jantung. Mak Tom, ibu Amir tak dapat menerima hakikat kematian suaminya dan menyalahkan Amir sebagai punca. Mak Tom seterusnya menghalau Amir dan tidak mengakui Amir sebagai anaknya lagi. Walaupun begitu, Amir tetap kerap pulang ke kampung dan memujuk Mak Tom agar memaafkannya, tetapi Mak Tom tetap berkeras enggan memaafkan malah menyumpah seranah Amir dan isterinya. Akhirnya, Amir putus asa dan enggan lagi pulang ke kampung.

    10 tahun berlalu, Amir kini berjaya sebagai usahawan restoran. Fina pula sedang mengandung zuriatnya yang pertama setelah hampir sekian lama menunggu. Walaupun begitu, Amir kerap di serang sakit perut tanpa sebab, namun Amir hanya menganggapnya sakit perut biasa sahaja. Sehinggalah, Amir mula kerap muntah darah dan di serang sakit perut yang tidak terkawal. Akhirnya, melalui satu ujian biopsy, Amir di sahkan mengidap kanser usus tahap 3. Dan lebih teruk lagi, kanser itu sudah mulai merebak ke organ dalaman yang lain tanpa di sedari. Berbagai cara rawatan dari pembedahan, radioterapi hingga ke kimoterapi malahan rawatan alternatif telah di lakukan, namun semuanya memberikan hasil keberkesanan yang minima. Hingga akhirnya Amir hilang upaya untuk bekerja dan terlantar tidak bermaya. Fina menghubungi Mak Tom memberitahu akan penderitaan Amir, dan cuba memohon restu dan simpati keampunan dari Mak Tom, namun Mak Tom membidasnya malahan menambah lagi sumpah seranahnya pada Amir dan Fina.

    Intan, adik kepada Amir cuba memujuk Mak Tom agar pergi melawat Amir dan memberi keampunan di saat-saat akhir usianya, namun Mak Tom tetap enggan. Mak Tom menganggap apa yang berlaku pada Amir adalah hukuman atas dosa Amir menderhakai dirinya dan enggan menganggapnya sebagai takdir. Akhirnya, setelah di pujuk berulang kali oleh Intan dengan bantuan Mak Long Zainab, kakak kepada Mak Tom, akhirnya Mak Tom bersetuju untuk melawat Amir tetapi sesekali tidak akan mengampunkan Amir. Setelah melihat keadaan Amir, naluri keibuan Mak Tom mula tersentuh. Dengan satu sentuhan, Amir yang selama ini lemah tak mampu berkata-kata mula menunjukkan reaksi. Akhirnya, dengan satu gerakan lemah, Amir meletakkan tangan Mak Tom di perut Fina, sebagai tanda memohon restu Fina menjadi menantu dan anak yang di kandungnya sebagai cucu dan kemudian menghembuskan nafas terakhir.

    Posted on September 24, 2012 at 7:09 PM

     
  11. durian Said,

    (Setelah melakukan kajian melalui laman web kementerian kesihatan bersama beberapa buku rujukan panduan ibu bapa Islam serta hasil teguran sifu, dapat olah sinopsis ni. Walaupun mungkin klise, tapi saya akan cuba melakukan sesuatu dalam penyampaiannya. Oleh kerana menurut sifu, di dalam cerpen segalanya terhad, saya akan lebih kepada menggarap isu hubungan antara seorang ibu dan anak, dan isu antara Amir dan Fina hanya di selitkan di dalam beberapa flashback sahaja. Harap sifu dapat menerima idea saya kali ini dan memberi peluang untuk saya mengolah cerpen pertama saya.. huhuhu...)

    Tajuk : 1 Permintaan

    Oleh : Abi Nur Syifa

    10 tahun lalu, Amir dan Fina yang baru tamat persekolahan telah di tangkap berdua-duaan dan di tuduh berzina. Untuk mengelakkan aib, mereka di nikahkan. Pak Yazid, bapa Fina walaupun malu tetapi redha, namun Pak Akob, bapa Amir tak dapat menerima hakikat dan amat tertekan dengan perbuatan Amir. Di takdirkan, Pak Akob meninggal dunia akibat serangan jantung. Mak Tom, ibu Amir tak dapat menerima hakikat kematian suaminya dan menyalahkan Amir sebagai punca. Mak Tom seterusnya menghalau Amir dan tidak mengakui Amir sebagai anaknya lagi. Walaupun begitu, Amir tetap kerap pulang ke kampung dan memujuk Mak Tom agar memaafkannya, tetapi Mak Tom tetap berkeras enggan memaafkan malah menyumpah seranah Amir dan isterinya. Akhirnya, Amir putus asa dan enggan lagi pulang ke kampung.

    10 tahun berlalu, Amir kini berjaya sebagai usahawan restoran. Fina pula sedang mengandung zuriatnya yang pertama setelah hampir sekian lama menunggu. Walaupun begitu, Amir kerap di serang sakit perut tanpa sebab, namun Amir hanya menganggapnya sakit perut biasa sahaja. Sehinggalah, Amir mula kerap muntah darah dan di serang sakit perut yang tidak terkawal. Akhirnya, melalui satu ujian biopsy, Amir di sahkan mengidap kanser usus tahap 3. Dan lebih teruk lagi, kanser itu sudah mulai merebak ke organ dalaman yang lain tanpa di sedari. Berbagai cara rawatan dari pembedahan, radioterapi hingga ke kimoterapi malahan rawatan alternatif telah di lakukan, namun semuanya memberikan hasil keberkesanan yang minima. Hingga akhirnya Amir hilang upaya untuk bekerja dan terlantar tidak bermaya. Fina menghubungi Mak Tom memberitahu akan penderitaan Amir, dan cuba memohon restu dan simpati keampunan dari Mak Tom, namun Mak Tom membidasnya malahan menambah lagi sumpah seranahnya pada Amir dan Fina.

    Intan, adik kepada Amir cuba memujuk Mak Tom agar pergi melawat Amir dan memberi keampunan di saat-saat akhir usianya, namun Mak Tom tetap enggan. Mak Tom menganggap apa yang berlaku pada Amir adalah hukuman atas dosa Amir menderhakai dirinya dan enggan menganggapnya sebagai takdir. Akhirnya, setelah di pujuk berulang kali oleh Intan dengan bantuan Mak Long Zainab, kakak kepada Mak Tom, akhirnya Mak Tom bersetuju untuk melawat Amir tetapi sesekali tidak akan mengampunkan Amir. Setelah melihat keadaan Amir, naluri keibuan Mak Tom mula tersentuh. Dengan satu sentuhan, Amir yang selama ini lemah tak mampu berkata-kata mula menunjukkan reaksi. Akhirnya, dengan satu gerakan lemah, Amir meletakkan tangan Mak Tom di perut Fina, sebagai tanda memohon restu Fina menjadi menantu dan anak yang di kandungnya sebagai cucu dan kemudian menghembuskan nafas terakhir.

    Posted on September 24, 2012 at 7:11 PM

     
  12. Siti Sara Said,

    Nama : Siti Sara Hassan

    Nama Pena : Siti Salwana

    Alamat : 840 Lorong 14/2, Taman Angsana,

    09000 , Kulim,Kedah.

    Emel : salwana65@gmail.com

    Mengisahkan seorang wanita sarat mengandung pergi bersama dua rakannya ke hutan mencari buah berangan . Namun setelah menjumpai buah berangan dua rakannya telah pulang kerumah tanpa disedari wanita tersebut .

    Wanita tersebut dikenali sebagai Esah . Esah asyik mengumpul buah berangan , tanpa disedari tiba - tiba seekor harimau menyerangnya kebetulan Esah sudah sampai saat untuk melahirkan anak . Esah sempat melahirkan anaknya.

    Harimau tidak jadi memakan Esah . Tiba - tiba sang belang kasihan dengan Esah . Dari saat itu Esah dan anaknya hidup dihutan . Setiap hari penduduk kampung mendengar bunyi tanggisan bayi namun apabila dicari taidak dijumpai sebab itu nama tempat itu diberi nama Bukit Teriak .

    Posted on November 2, 2012 at 8:47 AM

     
  13. Azmah Nordin Said,

    sitisara :)

    saya dah baca sinopsis cerpen anda, ini komen saya:

    1, novel cerita rakyat, lazimnya, watak remaja yg kita angkat sebagai watak utama, sedangkan sinopsis anda mengangkat wanita hamil dan tentulah ini novel dewasa. novel dewasa tidak dibuat dlm bentuk cerita rakyat.

    2. mengangkat haiwan dlm novel mmg menarik, tp, ia perlu kerja keras, misalnya penyelidikan yg terperinci, istilah2, supaya cerita yg kita tulis nanti logik.

    2. walau novel cerita rakyat, cara menggarapnya sama mcm kita buat novel moden biasa, yakni, perlu logik. harimau adalah seekor haiwan pemangsa, biar betapa baik pun harimau tu, ia tetap seekor haiwan pemangsa - kecuali, barangkali ia dipeluhara oleh manusia dari 'cub' atau baru lahir. ia tak akan menyerang manusia, jika ia kenyang.

    jadi, ini bermakna, kita tak boleh gunakan sinopsis ini, perlu cari cerita lain yang sprti cerita; bawang merah bawang putih, si tenggang (tp jgn buat cerita ni, sbb dah popular) dan sebagainya. cerita rakyat harus ada cerita macam cerpen yang baik juga; perlu mempunyai nilai2 murni, yg baik di balas baik, yg jahat akan Tuhan balas, tp biar logik juga, tanpa menggunakan sebarang kuasa magis.

    2.cuba beli buku 360 cerita rakyat (klu tk silap, itulah judulnya) terbitan Utusan publication, ada byk cerita rakyat yg bernilai murni di dalamnya. pilih satu atau dua buah yg dari negeri kelahiran anda, dan buat sinopsisnya.

    itu je dulu sitisara :) gigih terus k

    Posted on November 2, 2012 at 9:44 PM

     
  14. Azmah Nordin Said,

    sitisara :)

    saya dah baca sinopsis cerpen anda, ini komen saya:

    1, novel cerita rakyat, lazimnya, watak remaja yg kita angkat sebagai watak utama, sedangkan sinopsis anda mengangkat wanita hamil dan tentulah ini novel dewasa. novel dewasa tidak dibuat dlm bentuk cerita rakyat.

    2. mengangkat haiwan dlm novel mmg menarik, tp, ia perlu kerja keras, misalnya penyelidikan yg terperinci, istilah2, supaya cerita yg kita tulis nanti logik.

    2. walau novel cerita rakyat, cara menggarapnya sama mcm kita buat novel moden biasa, yakni, perlu logik. harimau adalah seekor haiwan pemangsa, biar betapa baik pun harimau tu, ia tetap seekor haiwan pemangsa - kecuali, barangkali ia dipeluhara oleh manusia dari 'cub' atau baru lahir. ia tak akan menyerang manusia, kecuali jika ia kenyang. ini adalah undang2 belantara.

    jadi, ini bermakna, kita tak boleh gunakan sinopsis ini, perlu cari cerita lain yang sprti cerita; bawang merah bawang putih, si tenggang (tp jgn buat cerita ni, sbb dah popular) dan sebagainya. cerita rakyat harus ada cerita macam cerpen yang baik juga; perlu mempunyai nilai2 murni, yg baik di balas baik, yg jahat akan Tuhan balas, tp biar logik juga, tanpa menggunakan sebarang kuasa magis.

    2.cuba beli buku 360 cerita rakyat (klu tk silap, itulah judulnya) terbitan Utusan publication, ada byk cerita rakyat yg bernilai murni di dalamnya. pilih satu atau dua buah yg dari negeri kelahiran anda, dan buat sinopsisnya.

    itu je dulu sitisara :) gigih terus k

    Posted on November 2, 2012 at 9:51 PM

     
  15. Siti Sara Said,

    Nama : Siti Sara Hassan
    Nama Pena : Siti Salwana
    Alamat Rumah : 840 lorong 14/2, Taman Angsana, Kulim, Kedah
    E mel : salwana65@gmail.com
    TAJUK : Rahsia Khazanah Permata
    Sinopsis : Kisah seorang hartawan yang bijak, rumahnya yang mewah telah direka dengan cantik. Lantainya berkilau seperti cermin. Sesiapa melaluinya akan jelas dapat dilihat seperti cermin. Suatu hari seorang pencuri telah masuk ke rumah hartawan tersebut. Pencuri tersebut adalah seorang pemuda yang sangat miskin, dia bersembunyi di atas alang rumah hartawan tersebut.Hartawan tersebut dapat melihat pencuri tersebut melalui lantai rumahnya. Selepas itu hartawan tersebut member I wang. Sejak hari itu pemuda si pencuri menjadi seorang yang rajin hasil bermodalkan duit emas yang di beri oleh hartawan tersebut. Sejak itu pencuri dan si hartawan menjadi kawan baik.

    Posted on November 8, 2012 at 3:24 PM

     
  16. Azmah Nordin Said,

    sitisara :)

    saya copy, paste sinopsis anda dan kita bincang di sini, nanti anda jwb soalan2 saya k;

    1. dari anda; Kisah seorang hartawan yang bijak, rumahnya yang mewah telah direka dengan cantik. Lantainya berkilau seperti cermin. Sesiapa melaluinya akan jelas dapat dilihat seperti cermin.

    dari saya;

    1. rumah mewah ini menarik dan boleh dijadikan sebagai latar novel anda kelak. perlu buat kajian tentang arkitekur seni bina bangunan sikit, utk spy cerita lebih realistik dan logik.

    2. watak utama (hartawan) perlu perlu dijadikan sebagai orang muda, pemuda yg hebat, berotak geliga, kreatif. perlu bentuk perwatakan dgn menggambarkan bagaimana dia boleh jadi hartawan (sbb kalau dapat harta warisan, tidak boleh angkat dia sebagai hero anda, dia mesti cari sendiri kekayaan tu) lebih menarik, jika watak utama ini seorang gadis yg luar biasa cerdeknya.

    2. dr anda; Suatu hari seorang pencuri telah masuk ke rumah hartawan tersebut. Pencuri tersebut adalah seorang pemuda yang sangat miskin, dia bersembunyi di atas alang rumah hartawan tersebut.

    dr saya; seeloknya, kita tak menggambarkan orang miskin sebagai orang jahat. cuba fikirkan sesuatu yg lain, yg lebih murni dan lebih adil.

    perlu bentuk perwatakan watak kedua, perlu tahu mengapa dia jadi pencuri dll

    3. dr anda; Hartawan tersebut dapat melihat pencuri tersebut melalui lantai rumahnya. Selepas itu hartawan tersebut member I wang.

    dr saya; ini satu plot yg menarik. anda perlu
    12 plot (paling kurang) untuk mengisi 12 bab dlm novel anda nanti.

    4. dari anda; Sejak hari itu pemuda si pencuri menjadi seorang yang rajin hasil bermodalkan duit emas yang di beri oleh hartawan tersebut.

    dr saya; ini tidak logik. jika mmg dasarnya seorang pencuri, biar diberi berkapuk2 wang pun, dia tetap akan mencuri. perlu cari idea lain yang lebih menarik dan logik.

    5. dr anda; Sejak itu pencuri dan si hartawan menjadi kawan baik.

    dr saya; persahabatan, adalah sebuah tema yg sgt baik utk digarapi, tp persahabatan itu mesti berdasarkan pada suatu niat yg murni, pada akar umbinya. jadi, pencuri yg tak jadi mencuri, bukan murni dan sama sekali tak boleh dijadikan sahabat.

    fikirkan ini; perjuangan, pengorbanan, kasih sayang sesama insan; ini ada unsur2 yg mesti ada dalam setiap novel sastera (dan kehidupan kita!)

    sitisara, anda jwb dulu komen saya tu, nanti saya lihat bagaimana.

    Posted on November 9, 2012 at 6:39 PM

     
  17. siti salwana Said,

    Nama: Siti Sara hassan
    Nama Pena : Siti Salwana
    alamat emel : sitisalwana27@gmail.com

    Sinopsis cerita rakyat: Bawang Putih Bawang Merah

    Kisah seorang janda yang memiliki dua orang anak gadis rupawan. Mereka ialah Bawang Putih dan Bawang Merah.
    Kedua mereka mempunyai sikap yang berbeda. Ayah kandung dan ibu Bawang Putih telah meninggal; dunia. Bawang Putih mempunyai sifat mulia dan berbudi pekerti .
    Sementara Bawang Merah mempunyai sikap sebaliknya, iaitu malas dan sombong.
    Bawang Putih sering didera oleh ibu tirinya iaitu ibu Bawang Merah. Semua pekerjaan terpaksa di pikul oleh Bawang Putih.
    Suatu hari Bawang Putih telah di arah membasuh kain di sungai oleh ibu tirinya. Tiba-tiba kain yang di basuh oleh Bawang Putih dihanyut oleh arus. Kain itu paling disayangi oleh ibu tiri Bawang putih. Bawang Putih ketakutan lalu mengejar kain tersebut sehingga ke kuala.
    Di sini Bawang Putih telah berjumpa seorang tua yang menjumpai kain Bawang Putih yang hanyut.
    Bawang Putih di ajak tinggal dengannya selama seminggu kerana dia kesepian itu antara syarat yang dikenakan. Sepanjang seminggu Bawang Putih disitu dia sangat rajin bekerja dan banyak menolong orang tua tersebut. Apabila genap seminggu Bawang Putih meminta izin untuk kembali ke rumahnya. Bawang Putih di beri pilihan dua buah labu sebagai pilihan. Bawang Putih memilih labu yang kecil sebagai pilihan.
    Apabila kembali ke rumah didapati labu tersebut mengandungi barang kemas dan intan berlian.
    ini menyebabkan ibu tiri Bawang Putih ingin juga anaknya Bawang Merah memiliki apa yang ada si Bawang putih.
    Bawang Mearah di suruh pergi ke tempat tersebut. Di sana BawangMerah berjumpa orang tua yang sama Bawang Putih jumpa. Bawang merah amat malas dan sering menengking orang tua tersebut. Apabila genap seminggu maka Bawang Merah akan kembali ke rumahnya, lalu orang tua tersebut menawarkan hadiah, Bwang Merah memilih buah labu yang paling besar.lalu tanpa mengucapkan terimakasih Bwang Merah meninggalkan rumah orang tua tersebut dengan hati gembira kerana labunya lebih besar dari labu Bawang Putih.
    Dirumahnya apabila labu di belah keluarlah binatang bisa dan juga bauan yang amat busuk. Bawang Merah dan ibunya digigit oleh binatang tersebut . Dengan penuh simpati Bawang Putih menolong mereka. Dengan kejadian tersebut Ibu tiri dan Bawang Merah mula insaf atas perbuatan mereka.

    Posted on December 1, 2012 at 7:10 AM

     
  18. Azmah Nordin Said,

    sitisara :)

    saya dah baca sinopsis anda kat atas tu, dan ok, boleh digunakan, dan anda boleh mulakan dgn meminta aini jemput ke blog Sastera Kayangan.

    sementara tu, ini yang perlu anda buat dan fikirkan;

    1. tukar nama semua watak

    2. besarkan sedikit perjuangan watak utama, bukan sekadar rajin di rumah atau di rumah orang tua tu saja, tp wujudkan sebuah masyarakat kampung. lebih kurang mcm kisah cu aini gitu, ada masyarakat kampung dan bagaimana dia menyumbang bakti kpd orang ramai dgn cara yg tersendiri (bukan sebagai konselor) supaya layak diterima sebagai `hero/wirap dlm novel anda nanti. perlu ada perjuangan yg besar, bersesuaian dgn kemahiran watak utama.

    3. tempatkan cerita dalam sebuah negeri yg dekat di hati anda, perlu tahu atau buat kajian sedikit tentang budaya masyarakat negeri/kampung tu, tarian, pakaian, adat istiadat perkahwinan, nama alat muzik tradisiona, jika ada satu puisi rakyak/syair pun bagus.

    4. bila dah berpindah ke blog kayangan nanti, anda perlu susun draf watak utama, watak sampingan dan perawakan mereka. watak utama mesti kuat semangat, bagi memudahkan anda mengangkat mertabat kaum wanita dlm karya.

    ok sitisara :) kita jumpa di kayangan nanti. gigih terus

    Posted on December 3, 2012 at 6:50 PM

     
  19. syeera Said,

    Assalamualaikum sifu dan ummu anas (:

    Nama : Syahirah binti Hamdan
    Nama Pena : Syahirah Hamdan
    Alamat rumah : No.3, Lorong Seni, Jalan Baru, Simpang Lima, 83020 Batu Pahat, Johor.
    No. tel : 017-7576502
    e-mel : syahirahhamdan2410@yahoo.com
    status : pelajar


    Ini synopsis cerpen daripada saya. Maaf kerana lambat responsnya. Bingung mahu mulakan. Hehe


    Baik. Ini saya pilih cerita dongeng dari Korea :

    Pada zaman dahulu, seorang lelaki telah nazak. Dia mempunyai tiga orang anak lelaki. Dia tidak mempunyai apa-apa harta. Lalu, dia memberikan sedikit barang kepada ketiga-tiga anaknya, dengan harapan barang itu akan membawa nasib baik kepada mereka.

    Anak yang sulun diberikan pengisar tangan dengan batu giling. Anak kedua diberikan batang buluh dan mangkuk yang dibuat daripada separuh labu. Manakala anak yang bongsu diberikan sebuah gendang panjang dengan pinggan yang kecil.

    Setelah ayah mereka meninggal dunia, mereka berpecah di satu persimpangan, dan berjanji akan bertemu semula setelah 10 tahun.

    Si abang sulung berjalan dalam gelap, dan mangambil keputusan untuk memanjat pohon tinggi, bagi mengelakkan serangan binatang buas. tiba-tiba, dia terdengar perkelahian perompak di bawah pokok. Perompak tersebut sedang berbalah tentang pembahagian harta rompakan.

    Si abang sulung pemuda itu menggoyang-goyang ranting pokok supaya daunnya berguguran. Pengisar dan batu giling pula digosoknya, lalu mengahasilkan bunyi semacam guruh. Perompak tersebut bertempiaran lari kerana menganggap bahawa fenomena tersebut merupakan kemarahan dari syurga. Abang sulung mengambil harta tersebut. Dia menjadi kaya dan berkahwin dengan gadis idamannya.

    Anak kedua juga berjalan dalam gelap. Dia bermalam di sebuah kawasan perkuburan. Dengan bantuan batang buluh dan mangkuk pemberian ayahnya, dia berjaya memperdaya jin yang mengacaunya, kemudia menghidupkan kembali seorang wanita yang dibunuh oleh jin tersebut. Anak yang tengah kemudian berkahwin dengan gadis tersebut.

    Anak yang bongsu pula berjalan dalam hutan sambil memukul gendang panjangnya. Seekor harimau mengekorinya sambil menari mengikut irama muziknya. Anak yang bongsu terus bermain dengan alat muziknya sehinggalah tiba di sebuah Bandar. Raja menjemputnya membuat persembahan di istana. Puteri kepada raja tersebut jatuh hati kepadanya, lalu mereka berkahwin.

    Setelah 10 tahun, mereka bertemu kembali, dan menceritakan pengalaman masing-masing. Mereka bercerita tentang kebaikan barang-barang yang diberi oleh ayah mereka sehingga mampu mengubah nasib mereka.


    Sifu, ini cerita asal. Pada saya, mungkin plotnya boleh dikuatkan dengan kecerdikan tiga orang pemuda tersebut. Boleh juga diselitkan hubungan kekeluargaan antara mereka.

    Sifu, saya kira mahu mengolah cerita ini menjadi gabungan pengembaraan berbeza tiga orang remaja ( seorang anak satu pengembaraan ), tetapi ada unsur-unsur islamik di dalamnya. Juga, saya sangat teringin memasukkan elemen sejarah islam.

    Bagaimana sifu? Adakah ini terlalu awal dan sukar untuk saya?

    Terima kasih sifu dan ummu anas (:

    Posted on December 4, 2012 at 3:03 PM

     
  20. Azmah Nordin Said,

    syeera :)

    saya dah baca sinopsis anda kat atas tu, ya mmg menarik. tak kisahlah ia cerita dr korea ataupun tidak, krn cerita rakyat antara negara mana-mana mmg mempunyai persamaan atau persamaan yg hampir sama, bergantung pada budaya.

    boleh diterima dan dijadikan novel yg menarik tapi akan sukar kepada anda kerana anda nak jalin jalan cerita dr satu watak ke satu watak, tanpa putus supaya logik. sukar, ya boleh, jika anda sanggup. dan boleh minta kak aini (ummu anas) jemput awak ke kayangan.

    jika anda nak kekalkan dgn cerita rakyat ini, ini yg prlu anda fikir dan buat bila dah sampai d blog sastera kayangan nanti;

    1. ubah budaya masyarakat ke masyarakat malaysia. dlm erta kata yg lain, malaysiakan semuanya bersesuaian dgn zaman.

    2. sesuaikan semu pemberian si ayah supaya logik dan bersesuaian dgn apa yg terdapat di negara kita.

    3. sebelum si ayah meninggal, si anak mestilah mempunyai sikap dan kemahiraen masing-masing yg boleh dibanggakan (tak boleh kosong yang bersesuaian dgn pemberian si anak.

    4. perlu wujudkan satu isu/masalah besar dlm masyarakat tu yg sesuai dgn zaman dahulu kala, supaya nanti ketiga2 anak ini akan kembali untuk berjuang bersama2. dan beitau saya apa yg diperjuangkan itu dan kita boleh bincangkan kesesuaiannya

    5. buat draf watak utama (tiga orang ni kan), dan watak2 sampingan.

    6. pilih satu negeri bagi memudahkan anda angkat budaya masyarakatnya, ke dlm novel.

    7. seboleh mungkin, salah seorang drpd watak utama adalah watak seorang perawan/gadis yang kuat semangat juangnya dan lebih menarik jika dia nilah `hero' di antara ketiga2 watak utama tu nanti

    syeera, sori kalau byk salah ejaan kat atas tu, saya tgh demam sgt2 ni, demam nak siap novel terbaru.

    nanti jumpa di blog kayangan, gigih terus k

    Posted on December 5, 2012 at 10:45 AM

     
  21. zulkifli arrayyan Said,

    ASSALAMUALAIKUM KAK AINI

    CERPEN " RINTIHAN DHUHA "
    Cerpen ini mengisahkan tentang seorang pemudi Palestin iaitu Sarah, yang mengusahakan gerai kraftangan di pinggir Sungai Jordan. Gerai yang diusahakan ini merupakan warisan dari ibu angkatnya iaitu Asiah yang mengambil Sarah menjadi anak angkatnya selepas kematian anak kandungnya.
    Suatu pagi, ketika Sarah menjalankan perniagaannya seperti biasa, tiba seorang pemuda Israel ke gerai Sarah. Pemuda Israel yang datang ke gerai itu seolah-olah cuba membetulkan fahaman Sarah yang menganggap semua rakyat Israel itu teroris tetapi Sarah menentang dengan sekeras-kerasnya sehinggalah Sarah menceritakan mengenai kisah kematian keluarganya dan kisah kehidupan Ummi Asiah.
    Pemuda Israel itu ternyata gagal untuk menegakkan benang yang basah dan kemudian mengundur diri dengan membawa suatu pertanyaan yang entah bila akan dijawabnya .

    Posted on December 26, 2012 at 10:43 PM

     
  22. Azmah Nordin Said,

    waalaikumusalam Zul :)

    saya dah baca sinopsis anda, mmg menarik sgt2. anda dah boleh mengolah cerpen ini berpandukan ini;

    1. oleh kerana kita orang Malaysia dan pembaca anda juga orang Malaysia, watak utama sama ada utk cerpen ataupun novel, mesti orang Malaysia ataupun paling tidak pun, separa Malaysia.

    maka, menarik sekali, jika anda boleh buat Sarah sebagai mempunyai darah kacukan Malaysia dan Palestin, tp mesti logik knp dia jadi begitu dan berada di negara itu.

    tambah menarik, jika pertemuan mereka bukan di gerai, sebalaiknya di kawasan yg dimusnahkan oleh israel, dan di sini kita boleh memperlihatkan semangat juang sarah. perlu dramatik. perlu buat sedikti kajian ttg budaya masyarakat palestin, istilah2, supaya nanti nampak karya lebih `real' atau mcm betul2 berlaku di sana.

    2. guna formula 4/5 drpd keseluruhan cerita, dekat cerita dah nak habis beberapa minit atau beberapa saat gitu, supaya cerpbn anda bulat, padat dan kuat.

    3. oleh kerana cerpen serba terhad sifatnya, sebagai peringkat permulaan, elok anda pilih satu watak utama saja supaya mudah anda buat sudut pandangannya; dia yg mendengar, melihat, menyentuh, memikir dan mengalaminya. cerita dtg dari seorang itu saja.

    6. jika anda dah sediakan semua di atas tu, anda dah boleh berkarya. pilih 2 babak yang diiringi dua suasana latar, satu sekarang (waktu perjumpaan mereka) satu lagi flashback (flash back mesti ada kaitan dgn kisah sekarang)

    5. intro yg mewikili paragraf pertama dan kedua, menggambarkan seluruh gelojak perasaan watak utama yg mewikili 4/5 drpd keseluruhan cerita dlm cerpen anda.

    6 buat antara 6 - 7 ms, nanti bila saya dah bedah/edit, ia akan bertambah dgn sendirinya.

    zul :) anda buat dulu ni, nanti saya lihat bagaimana.

    gigih terus k

    Posted on December 27, 2012 at 11:20 AM

     
  23. Maharatu Rafidah Mohamad Said,

    Salam, saya dah mencuba beberapa kali untuk menyimpan sinopsis saya tetapi memandangkan masalah internet yang tidak berapa baik di kawasan saya membuatkan saya meninggalkan sinopsis saya di thread comment di sinopsis ini. Di harap ia tidak melanggar syarat-syarat di blog ini. Mohon maaf yang tidak terhingga dari pihak saya. Kerjasama yang diberikan kelak, amatlah saya hargai.


    Sinopsis Cerpen : KERETA TIDAK BERODA.
    Oleh : Maharatu Rafidah Mohamad (PERWILA).


    Mengisahkan Raisa seorang wanita berusia lewat 20an yang menjaga ayahnya yang sakit iaitu Kasman dan juga dua orang adiknya iaitu Ahmad dan Lokman yang OKU. Raisa bekerja sebagai pemanjat pokok kelapa menggunakan hasil bayaran upah bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga. Raisa tidak pernah penat dan lelah dengan tanggungjawab yang diberikan kepadanya oleh arwah ibunya 10 tahun yang lalu. Dalam pada masa yang sama, Raisa yang disenangi di kampung itu juga turut tidak disukai oleh Mak Tirah yang sebenarnya mempunyai kisah silam yang mana pernah menyukai Kasman tetapi Kasman memilih ibu Raisa, Kalsom. Mak Tirah sentiasa menabur fitnah kepada Raisa namun Raisa tidak pernah mengenal erti berputus asa kerana dia tahu, dia sentiasa berada di pihak yang benar. Muhriz, seorang pengawai di Jabatan Pertanian membantu Raisa untuk mengusahakan kebun betik yang mana Pak Yakob membantu merealisasikan impian itu. Akhirnya Raisa berjaya menjadi seorang usahawan pekebun wanita yang berjaya.

    Posted on December 27, 2012 at 7:25 PM

     
  24. Azmah Nordin Said,

    ratu :) (saya panggil anda ratu, tp bila hantar karya nanti, hantar dgn guna nama betul yg penuh.

    saya dah baca sinopsis anda kat atas tu, ini komen saya; sgt2 menarik, ternyata gadis raisa adalah seorang gadis yg kuat dan bersemangat juang yg hebat.

    anda boleh garap cerpen ini, dgn menggunakan panduan di bawah ni;

    1. kita gunakan formula 4/5 drpd keseluruhan cerita untuk memulakannya, yakni sprti berikut;

    1/5 - 2/5 -3/5 - 4/5 - 5/5

    mulakan pada 4/5, yakni dekan cerita dah nak dekat2 nak habis gitu, ini bagi membolehkan anda menghasilkan karya bulat, padat, dan kaut.

    2. oleh kerana cerpen tersangat terhad segala2nya sifatnya, maka adik2 raisa semuanya disebut sebagai `adik2nya' saja, tanpa perlu sebut nama, lagi sedikit jumlah watak sampingan lagi baik, supaya anda boleh ebrcakap ttg org yg sama sama saja baik2.

    3. pastikan kelojikan seorang gadis memanjat pokok - jika memang benar boleh berlaku, maka ini yg perlu anda buat; buat sikit kajian ttg pohon kelapa, bentuk, kulit, daun, termasuk warna, bau, apa yg turut menghuni atau memanjat pohon tu, selain drpd raisa, dan lazimnya buah2 yg dupetik, digunakan utk apa, istilah2

    4. dia berjaya sebagai usahawan pekebun - usahawan dan pekebun dua perkerjaan yang berbeza, pilih satu - jika pilih sebagai usahawan, dia usahakan apa? seeloknya, biar ia ada kaitan dgn buah kelapa - ciptakan sesuatu yg lain. anda boleh saja memulai cerita saat dia berada dari bangunan pejabat yg memandang ke arah pucuk pohon kelapa, ini tentu locik kalau dia ingat/flashback bagaimana dia panjat pokok kelapa kan? fikirkan.

    kalau sebagai pekebun berjaya - apa yang dia kebunkan, ini perlu logik dgn keadaan silamnya sebagai pemanjat pohon kelapa.

    3. pilih dua babak yg diiringi dua suasana sekitar; satu sekarang 1.)dia sedang menghadapi konflik yg mungkin menggugat perniagaannya - fitnah dlm dunia perniagaan dan dia bandingkan dgn kisah silam dia kena fitnah oleh mak tirah, nanti dia gmbarkan bagaimana dia mengatasi masalah ni dgn penuh bijak sana. ada dua babak ni kan? bermakna, setiap satu babak, mesti gambarkan suasana latarnya.

    4. masalah sekarang perlu dibandingkan dgn masalah silam (flashback)

    5. sebagai intro - paragraf pertama dan mungkin kedua, mesti menggambarkan 4/5 drpd keseluruhan cerita, yg lain flashback.

    anda buat dulu ni, ratu :) nanti saya lihat bagaimana. anda tersangkut, tanya saya di sini. lps tu beritau kpd kak aini anda ada hantar posting, supaya boleh dpt nombor giliran.

    gigih terus k

    p/s

    anda perlu berinteraksi dgn saya di sini, panggil saya sifu

    Posted on December 28, 2012 at 7:48 PM

     
  25. Maharatu Rafidah Mohamad Said,

    SINOPSIS CERPEN : DUA HATI
    OLEH : RAFIDAH MOHAMAD (MRATU)

    Sebuah cerita yang mengisahkan dari dua sudut pandangan iaitu Ibu dan Abidin. Ibu adalah seorang wanita yang dikenali sebagai penceramah dan kaunselor yang berjaya yang telah berjaya menyelesaikan banyak masalah yang melibatkan para ibu, ibu tunggal dan ibu bapa yang mempunyai masalah dengan anak-anak. Abidin pula adalah anak susuan Ibu yang ditugaskan menjadi pemandu yang menghantar Ibu ke satu-satu majlis ceramah yang mengundang Ibu. Abidin yang sudah tidak mampu lagi untuk menjadi pemandu Ibu akhirnya membulatkan keputusan untuk bekerja di Mesir. Di awal cerita, Abidin tiba semula di halaman rumah Ibu dan teringat dengan malam terakhir dia berdebat dengan Ibu mengenai keinginannya untuk menempah kejayaan sendiri. Ibu kecewa dengan kehendak Abidin yang tetap juga ingin meneruskan niat itu. Ibu yang melihat kehadiran Abidin di luar rumah sangat gembira namun pada masa yang sama dia juga menyesali dengan segala tindakannya selama ini kepada Abidin kerana merahsiakan perkara sebenar kepada Abidin. Abidin adalah anak kepada adiknya iaitu Fudziah yang meninggal dunia akibat masa dera suami itu telah mengamanahkan kepada Ibu agar tidak memberitahu namanya pada Abidin. Abidin yang tidak mengerti dan tidak mengetahui kisah sebenarnya, mencemburui segala kejayaan yang dicapai Ibu sedangkan dia hanya menjadi pemandu sejak dia habis belajar lagi. Namun setelah Abidin berada di Mesir enam tahun dan bertemu dengan bekas adik ipar Fudziah telah membawa Abidin kembali semula kepada Ibu. Dia tidak memarahi Ibu dan juga begitu dengan Ibu. Bagi mereka, rahsia yang tersimpan itu bukanlah satu jalan penyelesaian yang sebaiknya di antara mereka berdua. Apabila rahsia itu sudah jelas, mereka menerima semula kehendak hati masing-masing.

    Posted on January 13, 2013 at 4:36 AM

     
  26. Azmah Nordin Said,

    ratu :)

    saya dah baca sinopsis terbaru anda kat atas tu, dan ternyata sgt menarik. anda boleh memulakan cerpen ini dgn berpandukan;

    1. gunakan formula 4/5

    2. pastikan kedua2 watak memperkatakan tentang isu yg sama;

    3. andai anda nak buat dua watak sebagai watak utama, pilih satu drpd mereka sebagai hero (ibu). jadi, ibunya sebagai pembuka cerpen dan penutupnya.

    4. cerita yg dimulakan dgn watak ibu, tulis 1 setengah ke 2 ms, lepas tu letak tanda baca pemisah dlm cerpen ( * * *) buat pula bahagian abidin. begitulah seterusnya, silih berganti, hingga si ibu menutup cerpen.

    5. fikir dr segi logik cerita; anak susuan atau anak buah sekali pun - patutkah hanya layak jadi pemandu saja, sedangkan ibu angkat atau mak ciknya adalah seorang berkerjaya hebat? kalau anak tiri, mungkin boleh terima juga, kerana dia bencikan budak itu sbb teringatkan ibu budak tu dgn suami dia saja kan? fikirkan.

    2. si ibu ada anak kandung sendiri tak? suami? gmbarkan mcm mana dia membesarkan abidin.

    3. cari satu budaya tempatan yg mungkin boleh diangkat dlm karya anda. alat muzik, puisi/lagu rakyat (mcm lagu mai daling-daling gitu)

    4. sebagi seorang konselor, gmbarkan bagaimana dia menangani kerjayanya, pilih satu masalah paling getir dlm kerjayanya yg berjaya diatasi, istilah2 dan mengapa dia gagal mendidik abidin dgn baik. kenapa dia sanggup biarkan saja abidin jadi seorang pemandu, padahal dia mampu untuk menghantar abidin belajar lebih tinggi, berdasarkan keupayaan atau bakat abidin. abidin ke mesir atas biaya siapa? sebut nama jawatannya, istilah2 dlm kerjayanya di sana.

    5. semua watak penting, termasuk fauziah, perlu disebut secara kreatif/beri bunga2 di bahagian pertama si ibu.

    ratu :) anda buat dulu ni di thread anda, nanti saya lihat bagaimana.

    gigih terus k

    Posted on January 14, 2013 at 7:50 PM

     
  27. Maharatu Rafidah Mohamad Said,

    SINOPSIS CERPEN : POKOK BELUNU
    OLEH : RAFIDAH BINTI MOHAMAD (MRATU


    Sebuah cerita yang mengisahkan Husin, seorang lelaki tua yang terlalu menyayangi pokok belunu yang ditanamnya sejak dari kecil lagi. Orang kampung begitu tidak menyukai akan pokok belunu miliknya itu dan berkeras untuk menebang pokok belunu tersebut kerana mereka beranggapan pokok belunu itu akan membahayakan penduduk kampung. Namun Husin tidak mengendahkannya kerana dia mempercayai bahawa pokok belunu itu sudah banyak membantu dirinya, keluarganya dan juga telah mempereratkan hubungannya dengan penduduk kampung walaupun mereka selalu sahaja mengutuk tentang dirinya. Namun, akhirnya, pokok belunu itu tumbang juga di waktu malam pada petang dia bersama buat kali terakhir dengan pokok belunu itu.

    Posted on January 24, 2013 at 11:25 PM

     
  28. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    Rafidah, sebenarnya tugas membedah sinopsis juga saya lakukan. Ketika saya tumpu masa pd karya sendiri, sifu akan membedah sinopsis. Begitu juga ketika sifu sdg menggarap karyanya sendiri, saya pula yang membedah sinopsis peserta. Kami saling bergilir n bekerjasama.

    Ketika ini sifu ada beberapa tugasan yang mesti diselesaikan, jadi saya akan bedah/komen sedikit sinopsis anda ini.

    Sifu mahu cerpen itu menepati ciri2 berikut;
    1st- cerpen yang kuat semangat perjuangannya.
    2nd - watak utamanya wanita n mengangkat taraf wanita/sebaiknya wanita muda.
    3rd - cerpen yang bernilai murni/ tidak boleh memaparkan keruntuhan moral dan rumah tangga yang kucar-kacir.
    4th - watak utama mempunya masalah/kemelut yg genting. kmudian berjaya mengatasinya. kegigihan ini dapat dicontohi dan bermanfaat kpd org lain.

    Rafidah, harap anda tidak keberatan untuk menyediakan sinopsis menepati ciri2 yg saya senaraikan di atas. kmudian pos semula ke sini utk saya lihat sekali lagi.

    Posted on January 25, 2013 at 12:34 AM

     
  29. Amy Qaisara Said,

    #Salam Sayang Sifu Az dan Sis Aini#

    Posted on January 31, 2013 at 6:45 AM

     
  30. Amy Qaisara Said,

    #Sinopsis Cerpen Amy#

    Maria adalah gadis pendiam yang berasal dari Long Lama, pedalaman Mulu Sarawak. Maria adalah anak sulung dari lima adik beradik. Kehidupan mereka sangat daif kerana datang dari keluarga petani yang miskin dan begitu terpinggir dari segi pendidikan. Keempat-empat adik Maria masih dalam alam persekolahan. Setiap hari Maria pasti menemani kesemua adiknya berjalan kaki selama 8 jam melalui hutan tebal, mendaki bukit dan menuruni lembah dan menyeberang sungai sebelum dapat tiba ke sekolah.

    Pada suatu hari Maria dikejutkan dengan berita permohonan kemasukan ke universiti sudah diluluskan. Memang Maria sangat gembira apabila mengetahui ditawarkan untuk menyambung pengajian. Sekilas lintasan menjelma, jika dia menerima tawaran belajar tersebut, pastilah tiada siapa dapat menemani adik-adiknya kesekolah. Beberapa hari dia termenung, hingga hilang selera makan memikirkan soal ini. Setelah ayah mengetahui punca perubahan Maria, ayah memberi obor api semangat. Ujar ayah, hanya dengan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dapat menjamin masa depan yang lebih gemilang. Pasti hanya dengan memiliki pendidikan tinggi dapat menjawat pekerjaan yang baik kelak.

    Maria berasa berat hati untuk berjauhan dari keluarga walau menyedari nasihat ayah ada kebenarannya.Tambahan lagi Ibu sedang terlantar sakit.
    Ayah memberi dorongan kata-kata bersengat dengan menggunakan ungkapan:
    ‘Agi Idup, Agi Ngelaban’ . Pepatah ini membawa maksud ‘selagi hidup, selagi itu berjuang.’ Ungkapan magis ini diungkap oleh Kanang Anak Langkau . Kecekalan Kanang berjuang sekalipun perut ditembusi peluru , dia tetap meneruskan perjuangan tanpa berundur.

    Berbekalkan deruan semangat yang dialirkan ayah dalam setiap titis darah dan setiap nadi berdetak , Maria kuatkan tekad keazaman untuk berjaya bergelar graduan kelas pertama kelak!

    Setelah beberapa bulan belajar di kolej ketiga belas dengan mengambil jurusan Bacelor Sains Taman dan Rekreasi, akhirnya Maria dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai mahasiswa. Setiap hari Maria melalui rutin harian yang sama. Menaiki dan berebut tempat duduk dalam bas atau terpaksa berdiri kepenatan.

    Satu hal yang merungsingkan Maria ialah dari segi kewangan. Dia tidak sanggup membebankan ayah dengan sebarang masalah peribadi. Akhirnya dia membuat keputusan untuk bekerja part time di restoren . Ada antara rakan sekolejnya memujuk Maria agar tidak belajar sambil bekerja. Kata mereka, aktiviti kolej sudah cukup banyak sukar untuk luangkan masa untuk difokuskan pada perkara lain. Pelajaran seharusnya menjadi prioriti setiap pelajar. Maria hanya mendiamkan diri tidak mengiakan atau menidakkan. Maria berpegang pada prinsip tidak ada gunanya bercerita kesusahan diri , tidak ada sesiapa yang akan memahami kerana rakan-rakan kebanyakkan dari golongan kaya. Betapa sukar sekalipun perjalanan diri tidak pernah Maria merayu simpati agar dipinjamkan wang. Maria ingin hidup berdikari !

    Pada cuti semester, Maria terpaksa mengekang hasrat untuk pulang ke kampung. Walau jiwa berombak membadai ingin berada di sisi keluarga, tetapi dia tetap perlu memikirkan soal kewangan. Tambang penerbangan pergi balik menggunakan wang yang banyak untuk dibelanjakan.

    Kepiluan makin menjerut rasa ketika Maria sedang melangkah ke dewan peperiksaan, dia menerima khabar yang mengetarkan sukma. Ibu yang sememangnya sedang sakit menjadi kian tenat setelah tergelincir dalam bilik air. Longlai tubuhnya dengan panggilan itu. Segera dia terimbau saat itu dia perlu cekal menjawab soalan agar tidak terkandas dalam medan juang.

    Detik kegembiraan terserlah apabila tiba majlis konvokesyen, namanya dipanggil untuk terima skrol ijazah, dia menangis keharuan. Pilu terasa lebih-lebih lagi kerana ayah datang bersama adik-adik tanpa ditemani Ibu. Ternyata Allah swt lebih menyayangi Ibu, sesungguhnya Ibu telah dijemput pulang ke Rahmatullah.



    Posted on January 31, 2013 at 6:55 AM

     
  31. yustie81 Said,

    Sinopsis :~ Sara~


    Sara merupakan seorang wanita yang cukup tabah dalam melalui hidup sebagai seorang isteri kepada Ferhan.Hidupnya sentiasa dilanda kemelut perasaan selepas disahkan menjadi isteri kepada Ferhan yang mana terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang sentiasa tidak berpuas hati dengannya.Entah di mana silapnya dan entah bagaimana lagi harus dia lakukan demi meleraikan segala masalah yang berlaku lantaran sikap keluarga dan saudara mara sebelah suaminya itu dek kerana berpunca dari satu peristiwa sewaktu majlis pertunangannya dulu bersama Ferhan.
    Mungkin jua kerana Sara bukanlah seorang yang dari keturunan orang kaya-kaya,mereka semua sanggup memandang hina terhadap sara dan keluarganya.Namun sehingga kini Saralah yang harus menanggung semuanya itu hanya kerana berpunca dari kesilapan kedua orang tuanya dahulu yang mana tidak diduga sama sekali hanya kerana perkara itu mereka semua bertindak menghukum Sara dan keluarganya dengan melabel mereka sebagai mata duitan.Mujurlah Ferhan seorang yang pandai menilai dan berpendirian.Atas sebab itulah Sara sanggup menerima Ferhan sebagai suaminya sehinggakan dia sanggup berkorban untuk hidup bersama Ferhan yang sah menjadi seorang suaminya kini.Sara sedar dirinya bukanlah di antara menantu pilihan yang diinginkan oleh keluarganya,namun Sara telah cuba buat yang terbaik.Baginya cukuplah andai suaminya tahu menilai dan menghargai dirinya sebagai seorang isteri.
    Banyak peristiwa yang berlaku dalam kehidupannya setelah bergelar isteri .Setelah memiliki dua orang anak pun keadaan tetap sama.Bukan Sara tidak cuba melakukan yang terbaik dan cuba mengambil hati semua orang,namun semakin dia cuba keadaan semakin menemui jalan buntu.Pandangan mereka tetap sama kepada Sara.Ada sahaja perkara yang dicipta oleh mereka untuk menampakkan kesilapan Sara.Hanya doa yang mampu Sara panjatkan ke hadrat Ilahi agar suatu hari segalanya akan berubah.Sehingga tiba satu berita gembira Ferhan ditawarkan untuk berkhidmat di luar negara.Bagaikan satu mimpi buat Sara,lantas menyambut berita itu dengan penuh rasa kesyukuran yang teramat .Dia berharap agar ini merupakan penamat kisahnya untuk pergi jauh dan hidup dengan penuh ketenangan dan menemui suatu hakikat kebahagiaan bersama suami dan anak-anak tersayang.Harapannya hanya satu agar mereka yang bersikap iri hati dan sentiasa berburuk sangka terhadap dirinya agar mendapat petunjuk pada suatu hari nanti.
    Kerana kasih sayang Allah itu, hidup ini penuh dengan dugaan dan karma.Syukur dipanjatkan keadaan telah berubah .Namun masih ada segelintir yang masih menaruh perasaan yang tidak senang hati terhadap kehidupannya bersama Ferhan .Adakah kerana perasaan cemburu terlalu tinggi menguasai diri sehingga sanggup melibatkan ramai orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.Dia berharap semoga ada sinar kebahagiaan di hadapan sana,agar dirinya menjadi seorang wanita dan isteri yang tabah kepada Ferhan.Kerana berpegang kepada kata-kata inilah hidup Sara sentiasa kuat dan redha atas apa yang terjadi iaitu ,” mereka yang tinggi darjatnya itu adalah semakin besar dugaan Allah ke atasnya semakin menebal pula baik sangkanya kepada Allah Taala...”Apakah Sara mampu menepis segala cabaran yang mendatang demi mencipta sebuah hakikat kebahagiaan yang hakiki untuk dirinya dan untuk semua orang yang dia sayang?

    Posted on April 13, 2013 at 7:58 PM

     
  32. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    yustie,

    saya sudah membaca sinopsis anda di atas, begini komen saya;

    1. tiada masalah dari segi nilai murni, sinopsis ini boleh kita cerahkan lagi untuk mudah mengolahnya.

    2. anda perlu tahu, penceritaan dalam sebuah cerpen sangat terhad. jumlah muka surat hanya 10-12 muka surat. bilangan watak juga terhad, memadai 1-2 watak dan tidak melebehi 3 watak. sebaiknya, cerpen lebih mudah diolah dari sudut pandangan watak utama/seorang.

    3. cerepen yang kuat dan bagus mesti memaparkan satu kemelut n satu penyelesaian yang berkesan. juga dikuatkan dgn satu flashback yg berkaitan/penyebab kpd kemelut yg berkaitan.

    4. jika anda seorang penulis wanita, sebaiknya watak utama yg anda pilih juga wanita. watak utama wanita ini mesti bangun berjuang menyelesaikan kemelut dgn mengambil kira langkah penyelesaian yg bernilai murni dan menjaga sensitiviti bangsa n agama semua anggota masyarakat Malaysia.

    5. dalam konteks sinopsis anda di atas, cuba anda cari n kenal pasti masalah besar yg sara alami dgn ipar-duai n mertua. cari puncanya sebagai flasback dan cara peleraian yg berkesan n bermanfaat kpd semua/menimbulkan keinsafan/ hubungan jadi baik/lupuskan hasad dengki n dendam. seumpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus n tepung tidak berselerak.

    6. menulislah dari dasar hati yang berperasaan murni...

    ***yustie selepas ini sifu pula yg akan memberi komen untuk pencerahan sebelum dimulakan bimbingan utk mengolah cerpen sebenar.

    Posted on April 14, 2013 at 7:10 PM

     
  33. Azmah Nordin Said,

    (aini :) thanks)

    yustie :)

    baiklah, saya terus komen sinopsis anda yang bakal menjadi tulang belakang kepada keseluruhan cerpen anda;

    1. cerita terlalu klise (terlalu ramai dah buat cerita begini - semenjak 25 tahun yang lalu)

    2. seperti komen aini, watak utama perlu bangkit drpd kemelut yg dihadapi. ini penting sangat2, kerana kita sebagai pengarang bertanggungjawab mengangkat mertabat kaum wanita.

    3. kita tak mahu melihat wanita yg seratus peratus bergantung kepada lelaki (suami, bapa, anak, dll. kita mahu melihat/mengangkat watak wanita yg punya kekuatan semangat juang utk membina diri dan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam masyarakat.

    4. walau sebagai suri rumah sekalipun, bijak menggunakan bakat anugerah Illahi, supaya bukan saja masyarakat sekitar (termasuk keluarga suami), menghormati dan menghargainya. kerana, `respect got to be earned), bermakna, watak utama perlu melakukan sesuatu yg cukup hebat, utk membuat org menjadi kagum dan hormat adanya.

    5. kebencian/prasangka ipar duai atau siapapun, harus ditanggapi sebagai sebuah cabaran oleh watak utama, bukan sebagai sesuatu yg menghukum - mula2 mungkin, tp kemudian dia perlu bertekad dan langsung bertindak dengan bangkit utk memperbaiki kelemahan diri. hanya ini caranya, seseorang itu akan dihormati, biar apa jantina pun.

    yustie, anda cuba wujudkan sesuatu keistimewaan yg ada pada watak utama - kerana kita tak mau watak utama (hero) ini bagai kotak kosong je, nanti cuba olah balik sinopsis anda. semua yang anda tulis di atas tu, boleh digunakan sebagai flashback (silam), yakni sebelum dia mencapai kejayaan.

    anda perlu fikirkan satu lagi konflik yg seakan sama dgn konflik flashback, dan nanti watak utama akan belajar bagaimana hendak mengatasi masalah terkini, dgn membandingkan dgn kisah silam.

    gigih terus k



    Posted on April 15, 2013 at 8:29 PM

     
  34. yustie81 Said,

    This comment has been removed by the author.

    Posted on April 15, 2013 at 11:26 PM

     
  35. yustie81 Said,

    Sinopsis :~ Sara~
    Sara wanita awal 30-an merupakan seorang isteri kepada Ferhan,ibu kepada dua orang anak.Kini menetap di bumi Amsterdam.Kegagalan semalam demi membuktikan dia seorang isteri dan menantu yang baik ,telah membuka minda semua orang yang memandang rendah kepadanya kini telah sedar dan menjadikan Sara sebagai idola.Faris merupan adik kepada Ferhan yang mana sikapnya seorang yang panas baran , suka menabur fitnah dan menghasut keluarganya agar membenci Sara.Hanya kerana kelantangan sikap Sara yang amat tegas dalam memberi pendapat demi kebaikkan bersama.Tambahan pula sifat Ferhan suaminya amat berbeza dengan Faris.seorang yang pendiam ,sebab itulah membangkitkan lagi rasa tidak puas hati sebelah mertuanya itu yang menyatakan dia adalah seorang yang ‘ queen control’. Sudah Menjadi lumrah jika bersuamikan seorang lelaki yang pendiam sering kali disalah tafsir dan suka membuat penilaian yang negetif andai hati penuh dengan penyakit hati..Bolehlah dikatakan Sara seorang yang mempunyai ilmu agama yang baik.Kebanyakkan isu yang memulakan kerentakkan hubungan Sara dengan keluarga mertuanya adalah kerana Faris kerana dia suka memanipulasikan maksud yang ingin disampaikan oleh Sara.Dia hanya ingin semua orang mengikut telunjuk dia sahaja.walaupun perkara yang bercanggah dengan agama.
    Namun Sara nekad demi membuktikan yang dirinya adalah di pihak yang benar dan teramat sayang akan keluarga suaminya itu ,dia tidak akan menyerah kalah.Setelah kematian bapa mertuanya kehidupan keluarga suaminya Ferhan ,dilanda dengan pelbagai musibah.Kali ini mungkin Allah telah memberi laluan kepada Sara untuk menyelamatkan maruah keluarga mertuanya itu .Sara telah Berjaya menyelamatkan adik iparnya dari ditipu oleh seorang lelaki dari seberang.Walau pada mulanya ibu mertuanya tidak percaya,namun Sara nekad untuk membuktikannya bahawa lelaki pilihan adik iparnya itu adalah seorang yang tidak baik.Hanya menggunakan khidmat rangkaian mukabuku,yang kini sedang ‘hot ‘di seluruh dunia,Sara telah dapat membantu adik iparnya itu dari menjadi mangsa seorang lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai anak.Sedaya upaya Sara berazam tidak akan membiarkan maruah keluarga mertuanya itu dipermainkan.Dia harus menjadi penyelamat.Setelah mempunyai bukti yang kukuh segalanya telah membuka mata semua pihak akan kebenaran yang tersirat.Boleh saja andai Sara hanya membiarkan sahaja dan memandang dari jauh jika diikutkan dendam yang memenuhi kalbunya.Namun dirinya masih ada iman.Sara cuba membantu,kerana mungkin ini sahaja ruang untuk dia membaikpulih hubungannya dengan keluarga Ferhan.
    Sejak dari itu Sara telah bertambah yakin bahawa segalanya pasti ada jalan andai kita bijak mengatur langkah dalam mencari sebuah penyelasaian dan kuat berusaha andai ditimpa masalah.Dengan berbekalkan ilmu serta semangat itulah Sara cuba membersihkan namanya dengan bekerja sendiri dari rumah dan kini dia telah bjaya menjadi seorang usahawan internet yang Berjaya.Sekarang tiada sesiapa lagi menuduh bahawa dirinya adalah seorang yang hanya mengharapkan suami sahaja.Dan kini keluarga Ferhan sendiri telah sedar dan memohon maaf atas setiap tuduhan dan cacian mereka selama ini kepada Sara.Malah mereka sendiri sentiasa meminta pertolongandan pendapat dari Sara.Faris juga telah menyesal dan meminta maaf dari Sara.Kini Farislah yang banyak membela Sara andai ada yang mengeji.Sara kini telah menjadi seseorang yang amat dihormati dan disegani .kehidupan mereka kini kembali terjalin baik dengan penuh kasih sayang..andai dulu kehidupan mereka penuh dengan dengki,dendam ,dan buruk sangka andai bertemu pasti seperti anjing dangan kucing,namun kini tidak lagi.Syukur ....

    Posted on April 16, 2013 at 12:17 AM

     
  36. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    Asti,

    Saya sudah baca dan menilai sinopsis anda di atas. Satu perkataan dapat menggambarkan seluruh sinopsis anda; hebat! Ya satu sinopsis yang hebat jika dapat diolah menjadi novel yang diangkat dengan menggunakan ilmu bantu yang sesuai dengan temanya.

    Namun, disebabkan ini permualaan anda ingin berkarya di blog sastera, kita harus mulakan dengan cerpen yang bermutu dan bernilai murni. Sebaiknya kita mulakan dengan mengolah cerpen yang mudah; dari sudut pandangan watak utama. Ini akan sifu az jelaskan kemudian.

    Setelah membaca sinopsis anda yg baru ini, kelihatan lebih jelas kemelut yang watak utama/sara hadapi. Saya lihat ada tiga kemelut yang telah anda paparkan;
    1. sara dianggap queen control oleh ipar-duai disebabkan sikap suaminya?
    2. sara berdepan dengan masalah ipar lelaki n ipar perempuannya.
    3. sara dianggap hidup mengharap kesenangan n kekayaan suami.

    Asti, anda mesti pilih satu yg benar2 kuat. Nanti sifu akan tunjukkan caranya.
    Sikit ini komen dari saya, kerana selepas ini sifu akan beri pencerahan dan formula utk memilih kemelut dan cara meleraikannya.
    Sama-sama kita tunggu sifu masuk malam nanti,k.

    Posted on April 16, 2013 at 12:27 PM

     
  37. Azmah Nordin Said,

    aini :)

    mmg byk sekali yg perlu dijadikan monolog dan dlm fikiran, tapi mungkin saya sudah temukan di mana kekuatan yg boleh asti dapat, drpd sinopsis ini; dari hati watak utama yg murni, sanggup mengenepikan kepentingan diri demi org lain (ipar lamai)

    dan mmg perlu byk sekali perlu dikorbankan atau disesuaikan daripada sinopsis di atas tu, tapi boleh - asal asti sanggup bekerja keras dan ikut panduan yg saya beri nanti.

    aini, saya rasa, dah boleh pindahkan sinopsis ini ke thread asti, supaya saya boleh memulakan panduan seterusnya.

    asti :) jumpa di thread awak nanti.

    gigih terus k

    Posted on April 16, 2013 at 7:56 PM

     
  38. Siti Norhidayah Bt. Ismail Said,

    Sinopsis cerpen

    "AIR MATA DENDAM"

    Humaira merupakan seorang gadis berusia 17 tahun yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Dia tinggal di sebuah rumah usang bersama ibu dan dua orang adiknya. Kesusahan hidup tidak sekali-kali menggoyahkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan. Saban pagi, dia akan membantu ibunya untuk menjaja kuih sebelum ke sekolah.

    Namun, kehidupan Humaira bukan setakat ditekan dari segi kewangan, bahkan juga dia terdera dari segi emosi. Itu semua berpunca dari sikap ayahnya yang kaki botol. Peristiwa hitam yang berlaku pada suatu malam menjadikan Humaira berubah menjadi seorang yang pendendam. Berdendam dengan insan yang bergelar ayah.

    Pada malam kejadian, Humaira dan dua orang adiknya sedang menelaah pelajaran di dalam bilik. Ketika itulah ayahnya yang sering mabuk datang mengamuk di rumah. Mangsa pertama ayahnya pastilah ibu Humaira. Dia mengugut sekiranya isterinya itu tidak memberikannya wang untuk berjudi, dia akan menjual Humaira!

    Malam itu, berlaku pergelutan antara ibu Humaira dan ayahnya. Setelah ayah Humaira berjaya menerajang pintu bilik, dia menarik Humaira hingga ke halaman rumah. Adik lelaki Humaira yang berumur 13 tahun bertindak untuk menyelamatkan kakaknya, namun dia ditolak kasar oleh ayahnya hingga kepalanya terhantuk pada batu. Ayah Maisara akhirnya ditangkap polis.

    Semenjak peristiwa itu, adiknya mengalami masalah saraf pada bahagian otak. Maisara menyimpan dendam yang membara terhadap ayahnya sendiri. Setelah ayahnya dibebaskan, ayahnya kembali tinggal bersama mereka anak beranak. Bezanya kali ini, ayahnya sudah berubah dan mula sakit-sakit. Humaira mengambil kesempatan itu untuk "mendera" ayahnya sendiri.

    Nama: Siti Norhidayah bt Ismail
    Emel: sitianne@gmail.com

    Semoga sifu berpuas hati dan sudi membimbing saya untuk menulis cerpen ini. Wassalam :)

    Posted on May 16, 2013 at 10:11 AM

     
  39. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    Assalammualaikum siti,
    Sebelum sifu mulakan bimbingan, saya perlu membaca dan memberi komen kepada setiap sinopsis, berdasarkan nilai murni dan pandangan positif.

    Saya sudah membaca dan meneliti sinopsis cerpen anda, berikut di bawah ini saya sertakan komen;

    1. Ada kemelut dan ada penyelesaiannya, cuma agak klise - tema cerita yang sering kita baca dan tonton.

    **sebaiknya dlm memilih kemelut/isu yang ingin diolah menjadi cerpen, ketengahkan satu saja isu/kemelut yg kuat n bulat=gawat.
    **utk penyelesaiannya juga, cipta/reka satu penyelesaian yg bulat-padat-positif=menginsafkan=happy ending=berkesan kpd hati pembaca.

    2. Kebanyakkan penerbit tidak mahu menerima karya/cerpen/novel yang berunsur negatif, terutama yang membicarakan keganasan rumahtangga. Apatah lagi yg menggambarkan keburukan akhlak ayah dan ibu. Begitu juga dengan akhlak sumbang para remaja. Dipercayai karya yg cenderung demikian akan menanam nilai negatif seterusnya menggalakkan tingkah laku negatif, bukannya mencegah.

    **saya khuatir cerpen sedemikian akan ditolak oleh penerbit majalah.

    3. Cuba siti sediakan sinopsis lain; masih boleh berkisar dalam keluarga... ada masalah kehidupan, misalnya masalah kewangan utk pengajian anak2. ayah telah bertungkus lumus mengumpul wang, tapi ada kecelakaan... di sini boleh masukkan bagaimana ibu n anak2 membantu ayah menyelesaikan masalah.
    **cuba cari masalah yg berat dg penyelesaian yg murni.

    Siti sikit ini komen saya, harap anda terus gigih! Sediakan satu sinopsis baru, kemudian pos semula di kotak sinopsis. saya akan lihat sekali lagi.

    Posted on May 16, 2013 at 7:12 PM

     
  40. Siti Norhidayah Bt. Ismail Said,

    Salam,terima kasih di atas komen membina yang puan Noraini telah berikan...insyaAllah, saya akan menghantar sinopsis yang baru kepada puan kelak.. terima kasih :)

    Posted on May 18, 2013 at 8:50 PM

     
  41. Siti Norhidayah Bt. Ismail Said,

    Sinopsis cerpen : Seri Seramik

    Qaseh merupakan seorang gadis kampung yang baru menamatkan pelajaran di dalam bidang seni kraf seramik di Institut Kraf Negara. Sementara menunggu keputusan semester akhir, dia pulang ke kampung halamannya.

    Saban hari menyaksikan anak-anak kampung yang gemar melepak, dia seolah-olah terpanggil untuk melakukan sesuatu agar dapat membantu anak-anak muda di kampung supaya tidak terus hanyut di dalam aktiviti yang tidak berfaedah.

    Qaseh memberanikan diri untuk mencadangkan agar diwujudkan Persatuan Kraftangan untuk belia-belia di kampungnya. Dia bekerjasama dengan AJK belia kampung dan membuat promosi untuk menarik minat anak-anak kampung yang lain.

    Usahanya diteruskan juga dengan memohon bantuan dan bimbingan daripada pihak-pihak yang terlibat seperti Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

    Usahanya menemui jalan buntu apabila duit modal yang akan digunakan untuk penubuhan persatuan itu nanti, hilang dan semangatnya kian pudar tatkala mendengar berita kemalangan ayahnya.

    Namun, atas dorongan teman baiknya dan juga anak-anak muda yang memang berhasrat untuk berjuang bersama-sama dengannya, Qaseh meneruskan hasratnya.

    Akhirnya, Qaseh dan belia kampung yang terlibat mampu menarik nafas lega dengan tertubuhnya sebuah premis untuk membuat kraf berasaskan seramik. Premis tersebut diberikan nama Seri Seramik.


    Salam kak Aini,

    Ini adalah sinopsis yang yang baharu. Saya bersedia untuk menerima tunjuk ajar daripada kak Aini dan sifu. Terima kasih :)

    Posted on May 21, 2013 at 12:36 AM

     
  42. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    Wa'alaikum salam siti,
    Saya dah baca sinopsis anda di atas. Saya tersenyum lebar membaca idea sehalus itu. Ternyata anda cepat menangkap maksud saya tentang cerpen bernilai murni.

    Selepas ini saya akan buka thread cerpen untuk anda mula mendapat bimbingan sifu. Teruskan gigih siti, semoga selesai terhasil sebuah cerpen bermutu dan bernilai murni. Jika anda dapat menghasilkan tiga buah cerpen bermutu, sifu akan dengan senang hati memberikan bimbingan percuma satu buah novel. Yakin boleh! Insya-Allah.

    Posted on May 21, 2013 at 6:25 PM

     
  43. Siti Norhidayah Bt. Ismail Said,

    Alhamdulillah..terima kasih kak Aini...InsyaAllah, saya akan berusaha gigih untuk terus menulis. :)

    Posted on May 21, 2013 at 8:27 PM

     
  44. para hazerah Said,

    Nama : Nurfarahazirah Binti Zulosmira
    Judul : (belum ditetapkan lagi)
    Jantina : Perempuan
    No k/p : 970911-12-6040
    Tempat tinggal: Sandakan, Sabah
    Jenis Karya : Cerpen

    SINOPSIS

    Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Nor Saharah yang mengalami penyakit kanser paru-paru dan tidak mempunyai banyak masa untuk hidup dan menghabiskan masanya di hospital mengenangkan masa lalunya. Dia seorang anak yang terbiar dan mempunyai masa silam yang menyakitkan. Ibubapanya bercerai sebab ibunya Puan Hajariah tidak dapat menerima kenyataan yang ayahnya mempunyai isteri lain. Ayahnya menghawini seorang wanita cina sebelum menghawini mamanya dan mempunyai anak lelaki. Dia hidup sendirian setelah ibubapanya bercerai. Mamanya kurang mengambil berat tentang hidupnya sebab mamanya sibuk dengan urusan kerja. Mama dan ayahnya bercerai selepas dia mengambil peperiksaan sijil pelajaran Malaysia. Setelah dia mendapati yang dia mempunyai penyakit kanser paru-paru dia di rawat atas jagaan Doktor Haris dan mereka saling mempunyai perasaan kasih sayang dan saling mengambil berat antara satu sama lain tapi perhubungan mereka putus setelah mengetahui Haris dan Saharah ialah adik-beradik tiri. Ibu Haris Puan Jumatia ialah isteri pertama ayah kepada Encik Musarin ayah kepada Saharah. Dia sakit dan ditahan di hospital , dalam masa yang sama dia menulis surat melalui komputer ribanya untuk memohon maaf kepada ayah,mama dan Haris.Sebelum dia meninggal dunia keputusan spm nya suda keluar dan dia mendapat keputusan yang cemerlang tapi masa sudah memanggilnya. Pada saat akhir sebelum Saharah meninggal dunia, dia menulis sepucuk warkah untuk mama,ayahnya dan Haris untuk memohon maaf atas kesilapannya.

    Kak Aini , Semoga dapat diluluskan cerpen saya.. Saya berharap dapat berkongsi ilmu di blog ini.

    Posted on June 16, 2013 at 12:38 PM

     
  45. sofia mohd matlih Said,

    Nama ringkas : Sofia
    Nama penuh : Sofia Mohd Matlih
    Umur : 16 tahun
    Status : bujang

    Satu keluarga miskin yang terdiri daripada seorang ibu berserta anaknya yang diberi nama Risya. Seorang lelaki yang bergelar suami atau ayah tergamak meninggalkan keluarganya hanya kerana ingin mengejar kekayaan bersama wanita lain. Suami yang tidak bertanggungjawab telah meninggalkan beban keluarga ke atas bahu si isteri. Hidup si isteri bagaikan bergantung tanpa tali dengan masalah kewangan lagi yang tidak cukupi menampung keperluan seharian. Namun setiap kali melihat wajah anaknya si ibu terus bersemangat untuk menempuh segala dugaan kehidupan. Untuk membiayai persekolahan anaknya dan menyara keluarga kecilnya, si ibu harus membanting tulang untuk menjual pelbagai kuih muih. Seawal pagi, selepas bersolat si ibu sudah bangun untuk menggoreng kuihnya bersama-sama dengan anaknya. Sebelum si ibu mula berjualan dia menghantar anaknya dengan menaiki basikal tua. Sebahagian kuih si ibu telah menyuruh anaknya menjual dikantin sekolah dan sebahagian lagi si ibu bawa untuk dijual dikeliling kampung. Dengan hasil jualan kuih mereka dapat menampung keperluan harian. Untuk membuat ibunya bangga dan gembira, di sekolah Risya belajar dengan bersungguh-sungguh dan dengan kesungguhannya setiap kali peperiksaan markah yang tinggi akan diperolehnya. Berkat kegigihan ibu menjual kuih dan usaha Risya belajar bersungguh-sungguh telah membuat dia belajar sampai peringkat ijazah dan bakal bergelar guru. Dengan kejayaan yang telah diperolehnya telah membuat ibunya bangga memiliki anak seperti dia.

    Kak Aini , Semoga dapat diluluskan cerpen saya.. Saya berharap dapat berkongsi ilmu di blog ini....

    Posted on June 17, 2013 at 9:48 PM

     
  46. gaDis MusLimaH Said,

    Risna Nirwana

    Assalamualaikum kak aini. Ini adalah sinopsis untuk cerpen saya. Ianya tidak seberapa. Harap kak aini dapat luluskan cerpen saya agar saya boleh mendapat bimbingan dari Sifu Azmah. Terima Kasih kak aini. :)

    Nadia adalah seorang gadis yang ingin berhijrah dan ingin lebih mendalami tentang ilmu agama islam. Namun begitu , ibunya sering menghalang niat tersebut kerana ibunya tidak bertudung dan malu akan pandangan rakan rakan terhadapnya. Nadia merasakan bahawa ibunya membencinya dan menganggap layanan yang diberikan kepada mereka empat beradik agak berat sebelah. Nadia sentiasa berdoa agar Allah melembutkan hati ibunya untuk menerimanya seadanya dan membenarkan Nadia untuk bertudung. Walaupun banyak cubaan yang terpaksa Nadia hadapi, dia tetap bersabar dan berharap agar Allah memberinya petunjuk. Semasa Nadia menunaikan solat subuh , Nadia meluahkan segala rintihan dan harapan Nadia. Dengan tidak sengaja, ibunya terdengar doa tersebut dan menyedari akan kesalahannya dan terus meminta maaf daripada anak sulungnya itu. Sejak daripada itu, hati Nadia lebih tenang kerana kasih sayang seorang ibu yang dia dambakan selama ini akhirnya menjadi kenyataan.

    Posted on June 18, 2013 at 3:58 AM

     
  47. Aliah Syazwanie Said,

    Nama : Nur Aliah Syazwanie Ahmad Shukri
    Judul : ( Belum ditetapkan )
    Jantina : Perempuan
    No k/p : 970205-12-5868
    Tempat tinggal: Sandakan, Sabah
    Jenis Karya : Cerpen


    Assalamualaikum, kak aini. Ini adalah sinopsis cerpen saya. Sebenarnya saya telah mengubah keseluruhan jalan cerita saya kerana karya yang saya telah tunjukkan kepada sifu sudah tidak dapat saya sambung kerana saya telah kekurangan idea dan saya rasa tidak sesuai dengan peringkat umur saya. Semoga ia bermanfaat dan saya berharap kak aini dapat meluluskan sinopsis baru saya untuk saya meneruskan karya saya agar saya dapat bimbingan seterusnya daripada Sifu Azmah. Terima kasih kak aini :)

    Nur Athirah Lee, seorang gadis yang berusha membuka pintu hati keluargnya untuk menerima kenyataan bahawa dia telah menjadi seorang mualaf dan menjadi seorang hamba Allah yang Maha Esa. Keluarganya membencinya dan tidak menganggapnya sebagai anak mereka apabila dia telah memeluk agama Islam setelah terdengar satu ceramah yang berunsurkan keagamaan apabila dia menemani seorang sahabatnya untuk menghadiri cermah tersebut. Namun, iman Athirah tidak pernah goyah. Dia tetap berusaha untuk berbuat baik kepada keluarganya. Dia juga selalu meminta nasihat daripada sahabatnya, Wawa agar dia boleh kekal istiqamah dengan perubahan dalam dirinya tersebut. Usaha dan kesabaran Nur Athirah tidak sia – sia apabila ibunya terdengar laungan azan dari telefon bimbit Nur Athirah apabila telefon bimbit Athirah tertinggal di atas meja rumahnya. Ibunya berasa sungguh syahdu dan amat tenang. Lantas dia membuka papan kekunci yang terdapat di telefon bimbit Athirah dan cuba untuk memeriksa isi kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit tersebut. Semuanya berunsurkan islamik. Keesokan harinya, Athirah datang ke rumah ibunya untuk mengambil telefon bimbitnya apabila dia menyedari telefonnya tiada di tangan pada malam itu. Baru sahaja Athirah ingin melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah ibunya, ibunya telah terlebih dahulu datang dan memeluknya. Athirah terkedu kerana ibunya tiba – tiba mesra terhadapnya begitu juga ahli keluarga yang lain. Setelah ibunya menjelaskan segalanya, Athirah memanjatkan syukur kepada ilahi kerana doanya telah dimakbulkan.

    Posted on June 18, 2013 at 6:49 PM

     
  48. nurul izzaty Said,

    Said,

    Nama : Nurul Izzaty Nor Jefri
    Judul : (belum d'tetapkan)
    Jantina : perempuan
    No. k/p : 971123-12-6474
    Tempat Tinggal : Sandakan, Sabah
    Jenis Karya : Cerpen

    Assalammualaikum Kak Aini, ni sinopsis untuk cerpen saya. Saya harap Kak Aini dapat luluskan sinopsis saya untuk saya meneruskan karya saya agar saya dapat bimbingan seterusnya daripada sifu Azmah. terima kasih kak aini :D

    Menceritakan sebuah persahabatan yang erat antara Jihan, Safwanah, dan Balqis. Mereka mempunyai banyak kenangan manis bersama ketika di Tingkatan 3. Persahabatan yang jujur dan suci ini Cuma sementara setelah mereka masuk ke dunia Tingkatan 4.
    Jihan, Safwanah, dan Balqis dipisahkan kelas mengikut keputusan PMR mereka. Jihan telah dimasukkan ke kelas 4Sains Tulen, manakala Safwanah dan Balqis pula dimasukkan ke kelas 4Sains Asasi. Pada awal tahun mereka di Tingkatan 4, mereka masih mempunyai saat-saat mesra bersama, namun kemesraan itu semakin pudar disebabkan mulai timbulnya rasa terpinggir oleh Safwanah dan Balqis.
    Kehadiran Soffy telah mengubah keadaan menjadi keruh. Safwanah dan Balqis menganggap Soffy adalah pengganti Jihan dalam ikatan persahabatan mereka. Seperti Jihan tidak lagi penting bagi mereka. Konflik demi konflik berlaku antara Jihan, Safwanah, Balqis dan Soffy. Rasa iri hati atas sikap peramah Jihan telah timbul semenjak kehadiran pelajar baru di kelas 4Sains Tulen.
    Jihan hanya mampu bersabar mengharungi pelbagai sindiran dan kadang ditinggalkan keseorangan oleh mereka. Namun, kesabaran Jihan juga ada batasnya. Jihan mengambil keputusan untuk mengikut keluarganya berpindah ke luar Negara tanpa memaklumkan kepada Safwanah, Balqis, dan Soffy. Sebelum Jihan berangkat, Jihan telah meninggalkan sesuatu kepada Safwanah, Balqis, dan Soffy yang membuatkan mereka rasa menyesal dan bersalah terhadap Jihan. Namun, mereka tidak lagi dapat menjejak di mana keberadaan Jihan.

    Posted on June 19, 2013 at 7:59 PM

     
  49. eiyra Shahirah Said,

    Nama: Norshahirah binti Sharif Zakariah
    judul: Mencari RedhaMu Ilahi
    Jantina: Perempuan
    No k/p: 971130-12-6472
    Tempat Tinggal:Sandakan,Sabah
    Jenis: Cerpen

    Assalammualikum , kak Aini ini hasil sinopsis saya , saya harap kak Aini dapat meluluskannya agar dapat memupuk minat saya dalam bidang sastera ini , terima kasih kak Aini
    Sinopsis mencari radhaMu ilahi

    Cerpen ini mengisahkan, dua orang sahabat iaitu Fatimah dan Natasya yang mempunyai latar belakang yang berbeza namun itu tidak menjadi penghalang untuk mereka bersahabat baik. Mereka juga bersekolah di sekolah menengah yang sama bahkan sekolah rendah pun mereka bersama.
    Namun dua sahabat ini terlalu jahil terhadap agama mereka sendiri sehinggakan mereka digelar islam pada kad pengenalan sahaja. Dua orang sahabat ini sememangnya remaja yang sosial. Mereka sejak dari kecil lagi n kurang diberi pendekatan terhadap agama mereka sendiri bahkan kedua orang tua mereka sentiasa sibuk dengan urusan duniawi sehingga lupa tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Dalam kesibukan orang tua mereka mengejar urusan dunuawi mereka terabaikan kan kasih-sayang terhadap anak-anak mereka.
    Di sekolah dua orang sahabat itu terlalu nakal kerana kurangnya pendekatan terhadap agama mereka sendiri. Di sekolah merela sangat terkenal dengan sikap nakal mereka.bahkan guru-guru juga sudah bosan dengan terus menghukum mereka.di sekolah juaga mereka mempunyai seorang lagi sahabat yang bernama Hani, namun setelah Hani berubah dia sudah kurabg bergaul dengan rakan-rakannya yang terlalu nakal.
    Pada suatu hari Fatimah dan Natasya bertemu dengan Hani kerana kurang menyenangi perubahan Hani. Lalu mereka pun bertemu dengan Hani. Hani menceritakan pengalamannya danmengapa dia berubah dengan mendadak. Ini kerana hidayah terlah sampai kpadanya dan semua perubahannya didorong oleh suatu program iaitu “Progrsm keislaman”, di mana program itu banyak mendorongnya utuk meneruskankan niatnya. Mendangar penjelasan dan cerita Hani sebentar tadi, dua sahabat terdiam seketika.
    Keesokan harinya dua sahabat itu, sepertinya tertarik dengan perubahan hani, kemudian mereka pun ingin berubah seperti hani. Mereka sedar mereka terlalu jauh terpesong dengan ajaran agama mereka. Hani memberikan boring kepada mereka dua sahabat tadi. Hani percaya mereka pasti dapat berubah kerena program itu pasti dapat mendorong mereka.
    Setelah mengikuti program keislaman itu terlalu bnayak perubahan yang mereka tunjukkan sehinggakan Hani berbangga dengan dua orang sahabatnya itu bukan Hani sahaja bahkan kedua orang tua mereka. Dalam mereka berubah memang terlalu banyak cabaran dan dugaan yang mereka tempu namun itu tidak menjadi penghalang untuk mereka tetap berubah.

    Posted on June 20, 2013 at 9:51 PM

     
  50. Azmah Nordin Said,

    shahirah :)

    saya dah baca sinopsis anda dan dapati it begitu menarik sekali. sekarang saya bukakan anda thread di mana kita akan lebih selesa berinteraksi di sana k

    p/s

    kak aini anda sedang bercuti di luar negara :)

    Posted on June 23, 2013 at 8:33 PM

     
  51. Antara diri, minat, kerjaya dan perniagaan Said,

    Rashidah @ Ayda Rashidah
    24 tahun

    Perkahwinan Farah Sofea dengan Arif Zahrin hanya untuk memberikan keluarga besar Arif pewaris harta. Arif lelaki pertama dalam hidup Farah tidak pernah sekalipun menyintainya malah menganggap dirinya sebagai isteri. Tanpa diduga, Farah di timpa sakit kanser Rahim yang tidak ada siapapun mengetahuinya termasuklah suami dan keluarganya. Di saat sang suami mulai melafazkan kata-kata cinta, Farah telah dihalau oleh keluarga mertuanya setelah segalanya rahsianya terbongkar.
    Pertemuan semula dengan bekas kekasihnya, Ikhwan Radzi membuatkan hatinya kembali tenang. Ikhwan berjaya mengisi kekosongan hatinya tanpa mengetahui yang Farah telah pun berkahwin. Daripada perasaan sebagai kawan beralih kepada perasaan sayang. Farah mula sedar akan perasaannya itu tidak patut diteruskan kerana Ikhwan bakal berkahwin dengan gadis pilihan keluarganya, Syuhada.
    Farah buntu saat Ikhwan tiba-tiba membatalkan majlis akad nikah di saat-saat akhir. Segalanya terbongkar apabila Farah mendedahkan identitinya yang sebenar serta kesakitan yang ditanggungnya kepada umum. Disaat itu jugalah suaminya hadir untuk menebus segala kesilapan setelah sepuluh tahun meninggalkan dirinya sebatang kara.
    Dapatkah Farah membuat pilihan yang melibatkan tiga jiwa? Dapatkah Farah menerima kembali suaminya yang telah membuangnya? Bagaimana pula pengakhiran cinta antara Ikhwan dan Syuhada?

    Posted on July 3, 2013 at 8:09 PM

     
  52. Shahirah Idayu Said,

    Nama:Nur Syahirah Idayu binti Hussne.
    Judul:Kerana Sebiji Betik.
    No k/p:991006127150.
    Tempat tinggal:Sandakan Sabah.
    Jenis:Cerpen.

    Assalamualaikum,kak Aini.Ini adalah hasil cerepn saya.Saya hrp kak Aini dapat memperbaiki karya saya agar saya bleh membtulkn karya saya yang lain & tidak dilupa sifu saya.^^)

    Posted on July 8, 2013 at 2:10 PM

     
  53. Shahirah Idayu Said,

    Kerana sebiji betik.
    Cerpen ini mengisahkan tentang seorang pelajar lelaki yang bernama Yusri dan juga seorang guru Bahasa Malaysia yang bernama Cikgu Rashidah.Yusri seorang pelajar yang sangat nakal.
    Imbas kembali:
    Yusri berlegar-legar di ruang menunggu Hospital Duchess of Kent. Setelah penat menunggu akhirnya saat yang dinantikan telah tiba. Yusri telah tiba di ruangan Icu. Namun, Yusri terpaksa berbaris untuk memasuki wad tersebut. Akhirnya, Yusri dibenarkan memasuki wad itu. Ketika berada di ruangan itu, wanita yang dinantikan itu masih lagi belum sedarkan diri. Yusri menangis tatkala melihat tubuh wanita itu masih lagi bersambungkan dengan alat penyambung nyawa. Yusri begitu kesal dengan perbuatannya yang melampau itu.

    Posted on July 8, 2013 at 2:25 PM

     
  54. Shahirah Idayu Said,

    Beberapa hari sebalum itu:
    Waktu rehat telah tiba. Suasana yang begitu tenang seawal pukul enam empat puluh lima tadi telah bertukar menjadi riuh-rendah seperti karnival jom heboh. Yusri menikmati mekanannya di bawah sebatang pokok yang berhadapan dengan kelas 2B. Yusri makan sangat comot dan tidak bersopan. Tiba-tiba, Yusri ternampak Aimi yang sedang melalui kawasan surau itu. Yusri mendapat satu idea, inilah saat-saat manisnya untuk membalas dendam dengan Aimi kerana sebab Aimilah dia didenda oleh cikgu Saharudin. Apalagi, Yusri pun melontarkan sebiji batu kearah Aimi. Kepala Aimi berdarah! Aimi terjelopok ke atas lantai. Suasana telah bertukar menjadi hambar.Semua pelajar di kawasan itu berlari ke arah Aimi.Risky membantu menenangkan keadaan namun tidak berjaya. Wong Phui San terus memanggil Cikgu Saharudin bagi mengendalikan mesalah ini.

    Posted on July 8, 2013 at 2:37 PM

     
  55. Shahirah Idayu Said,

    Akhirnya,keadaan telah bertukar menjadi tenang.Waktu rehat telah tamat.Tiba-tiba Cikgu Sahrudin datang memanggil Yusri.Rupa-rupanya,Cikgu Rashidah telah melihat perlakuan Yusri.Yusri akhirnya digantung selama dua bulan.
    Kini Yusri telah tamat tempoh Gantungan,Yusri kini kembali untuk membalas dendam kepada cikgu Rashidah. Yusri asyik membuat masalah semasa Cikgu Rashidah mengajar dan Yusri juga telah mencalarkan kereta Cikgu Rashidah. Namun,Cikgu Rashidah memaafkannya.
    Yusri masih lagi tidak berpuas hati.Tetapi, cuti sekolah telah menjelang.Yusri berlepak di pasar bandar Sandakan.Tiba-tiba,Yusri terlihat sebiji betik yang dijual olah seorang penjual yang begitu tua.Yusri mencuri buah itu lalu memakan buah itu di tingkat tiga.Tiba-tiba,Yusri ternampak Cikgu Rashidah sedang menaiki tangga ke arah tingkat tiga.
    Yusri mendapat satu idea.Yusri sengaja membuang kulit biji betik itu di atas lantai lalu bersembunyi di sebalik kain-kain yang dijual di situ.Akhirnya,Cikgu Rashidah terjatuh dari tangga itu akibat terpijak kulit biji betik itu. Sayur-sayuran Cikgu Rahidah bertampiaran di atas lantai.Darah menyelubungi Cikgu Rashidah, Cikgu Rashidah pengsan.

    Posted on July 8, 2013 at 2:48 PM

     
  56. Shahirah Idayu Said,

    Yusri tersedar daripada imbauannya. Yusri kini benar-benar menyesal disebabkan tindakannya yang bodoh itu. Yusri tidak menyangka kerana sebiji betik di sudah menyebabkan seorang guru yang tidak berdosa terlantar di hospiyal ini. Yusri menjadi seperti ini sebab dia langsung tidak mendapat kasih sayang seorang ibu kandung seawal dia berusia sepuluh tahun lagi.Kini dia berharap agar Cikgu Rashidah tersedar semula agar anak-anaknya mendapat kasih sayang yang cukup.

    Posted on July 8, 2013 at 2:53 PM

     
  57. Shahirah Idayu Said,

    Saya harap Kak Aini dan Sifu menyukai karya saya.Panggil sahaja saya idayu.TQ.^^)

    Posted on July 8, 2013 at 2:54 PM

     
  58. rozie Said,

    ROZIE (42 TAHUN)
    SINOPSIS NOVEL : BERSAUH RINDU

    Nur Zalikah seorang gadis remaja yang bersemangat tinggi. Segala yang dicita pasti digenggam hingga jadi debu. Kekecewaan ayah kerana kehilangan abang-abangnya dalam kemalangan jalanraya dimalam raya menjadi pemangkin azam untuk menggalas tanggungjawab anak lelaki dibahu lembutnya. Sebaliknya pada ayah, dia hanya seorang perempuan yang setinggi mana perginya akan berakhir di ceruk dapur dan ditelunjuk suami.

    Bahagia sukar digapai. Kalau asyik menoleh ke belakang dia pasti kehilangan seluruh kehidupannya dan untuk membuktikan yang idealogi ayah adalah salah, Zalikah perlu mengharungi segalanya sendirian dengan tekad dan azam yang menggunung.

    Siapa yang minta tetapi jodoh sudah tertulis, Zalikah redha ditunangkan dengan Adam si duda beranak satu. Pesaing tunangnya, Nik Zafrin hadir dalam hidup Zalikah setelah dia mula untuk belajar menerima Adam.

    Diserang bekas isteri tunangnya, Sakinah hingga terasa diri seperti perampas atau mungkin penghalang kebahagian mereka. Bertahan atas segala tomahan dan ugutan Sakinah, demi janji kepada ibunya. Memalukan ibu dan ayah adalah tidak mungkin kerana ia melanggar prinsip hidupnya.

    Terusik dengan tingkah Nik Zafrin. Terasa kekurangan bila dia tiada, terasa kekosongan bila tidak bertemu. Terasa dihargai malah dihormati. Adakah itu cinta?
    Siapakah yang harus dipilih diantara Adam dan Nik Zafrin?

    Adakah dia perlu meneruskan perkahwinan bersama Adam dan berkongsi kapal dengan anak tiri serta bekas isteri yang masih menagih kasih Adam. Atau memilih cinta yang baru berputik di hati serta menikmati hidup yang lebih bahagia dan membuang azam yang telah lama digenggam untuk menjadi anak yang boleh memberikan piala kebanggaan pada ayah?

    Keputusan harus dilakukan demi sebuah kata…

    Posted on September 6, 2013 at 10:28 PM

     
  59. Azmah Nordin Said,

    rosie :)

    saya dah baca sinopsis anda kat atas tu, ini komen saya;

    1. pada peringkat awal sperti di bawah ni;

    SINOPSIS NOVEL : BERSAUH RINDU

    Nur Zalikah seorang gadis remaja yang bersemangat tinggi. Segala yang dicita pasti digenggam hingga jadi debu. Kekecewaan ayah kerana kehilangan abang-abangnya dalam kemalangan jalanraya dimalam raya menjadi pemangkin azam untuk menggalas tanggungjawab anak lelaki dibahu lembutnya. Sebaliknya pada ayah, dia hanya seorang perempuan yang setinggi mana perginya akan berakhir di ceruk dapur dan ditelunjuk suami.

    Bahagia sukar digapai. Kalau asyik menoleh ke belakang dia pasti kehilangan seluruh kehidupannya dan untuk membuktikan yang idealogi ayah adalah salah, Zalikah perlu mengharungi segalanya sendirian dengan tekad dan azam yang menggunung.

    sgt2 menarik, cuma dia bukan mahu membuktikan ayahnya salah, tp ingin meraih rasa hormat dan percaya sang ayah kepadanya, itu sesuatu yg murni dan hebat.

    2. apabila masuk peringkat di bawah ni;

    Siapa yang minta tetapi jodoh sudah tertulis, Zalikah redha ditunangkan dengan Adam si duda beranak satu. Pesaing tunangnya, Nik Zafrin hadir dalam hidup Zalikah setelah dia mula untuk belajar menerima Adam.

    saya jadi terganggu sedikit, sebab;

    a) apabila kita tulis novel remaja, maka perlu fokus kepada perjuangan hidup remaja saja, sekarang dah masuk ke alam dewasa. katakanlah remaja tu baru berusia 17 - 18 - 20 tahun, maka kita perlu fokuskan kepada perjuangan hidupnya sebagai remaja yg (sprt sinopsis peringkat awal tu) mahu buktikan bapanya salah/mahu raih rasa hormat bapanya bahawa biarpun dia seorang anak perampuan, dia ttp sebaik anak lelaki - jika tidak lebihkan. ini yg perlu difokus.

    jika nak buat dia dipaksa berjodoh pun, dia perlu tegas memilih hidup.

    rozie, sebagai seorang penulis, kita bertanggungjawab membina semangat juang dalam diri setiap pembaca apabila mereka membaca karya kita. jika menurut sinopsis awal, dah cantik sangat. kita boleh lihat semangat juang watak utama yg hebat kan? tak mudah menyerah kalah, dan tak pasrah pada arus hidupnya. dia kuat dn dgn sendiri anda berjaya mengangkat mertabat watak utama di sini.

    b) yg ini: Diserang bekas isteri tunangnya,

    yg kat atas ni, sama sekali saya tak galakkan, kerana ia akan menjatuhkan maruah kaum wanita. kita nak angkat mertabat kaum wanita dgn menghasilkan karya yg berbeza daripada yg selalu ditulis oleh penulis lelaki yg suka memburuk2kan kaum wanita. kita tak mau jadi mcm kebanyakan penulis lelaki yg meremehkan hak kaum wanita. kita tak mau menambah kembangkan lagi ego lelaki dgn menggambarkan wanita mmg suka bercakar sesama sendiri hanya utk merebut kasih mereka, macamlah itu saja lelaki di dunia kan?

    kisah wanita serang wanita adalah sesuatu yg hny akan memalukan kaum wanita dan menjatuhkan harga diri dan maruahnya saja k.. tp, kalau wanita serang lelaki utk memperjuangankan haknya - saya sokong!

    rozie, anda masih boleh buat novel dari sinopsis di atas tu, tp perlu beri maruah kepada gadis hebat bernama sakinah. (terlalu ramai penulis guna nama sakinah, mungkin boleh cari nama lain yg simple je k)

    rozie, lazimnya, saya hanya baca sinopsis setelah anda mula kelas di blog kayangan. namun, tak mengapalah. jika anda nak teruskan dengan novel di kelas berbayar, emel saya di azmahnordin@gmail.com nanti kita bincang caranya dan jika tiada aral, akan saya jemput anda ke blog kayangan.

    gigih terus k

    (setiap kali hantar posting, beritau kak aini di kotak Jerit apa je tu k)

    Posted on September 9, 2013 at 11:51 PM

     
  60. Alny Leora Said,

    ini sinopsis cerpen ,sifu :)

    : ALNY LEORA
    KOTA MARUDU


    Cerpen ini berkisarkan tentang seorang wanita yang sangat bersemangat dalam menuntut ilmu iaitu , Nur Sara Khalid.Sebelum dia berada di menara gading untuk menggapai bintang ,tentangan demi tentangan oleh papanya harus ditempuhnya .

    Papanya benar-benar berkeras untuk tidak membenarkan Sara meneruskan pengajiannya pada awalnya kerana bagi papa , dia takut sejarah hitam akan berulang lagi dalam keluarga itu .Papa tidak mahu Sara juga menjadi pengikut sejarah itu.

    Papa dan mama yang dahulunya pernah dikecewakan oleh Kamilia ,kakak Sara telah beransur hilang keyakinan pada Sara walaupun Sara langsung tidak berniat untuk mengecewakan keluarganya .Selepas Kamilia mendapat keputusan SPM dahulu , Kamilia meneruskan pelajarannya di sebuah universiti tetapi akhirnya kecundang .Akhlaknya telah dipesongkan sehingga mengandungkan seorang bayi tanpa ayah yang sah.

    Mujurlah ada seorang pria sekampung yang sanggup menikahi Kamilia kerana pria itu juga memang sudah lama memendam perasaan terhadap Kamilia .

    Setelah mereka sekeluarga selesai makan malam pada suatu hari , Sara mengutarakan tentang pengajiannya sekali lagi .Papa Sara berasa sangat marah dan tercabar dan akhirnya , tanpa disengajakan , papa telah menampar pipi Sara .

    Tiba-tiba , Kamilia bersuara beserta tangis yang amat sambil bersungkur .Kamilia meminta maaf akan perbuatannya yang membuatkan Sara dilarang untuk sambung belajar ke bandar.

    Mata hati papa kian terbuka , lalu mengumpulkan ahli keluarganya dan memeluk mereka erat …Bermaaf-maafanlah mereka antara sesama dengan penuh kasih .Sejak dari itu , mereka menjadi semakin bahagia dengan meninggalkan kenangan pahit di belakang mereka .Sara juga telah dibenarkan untuk menyambung pelajarannya .

    Posted on November 9, 2013 at 10:18 AM

     
  61. Alny Leora Said,

    ALNY LEORA
    KOTA MARUDU


    Cerpen ini berkisarkan tentang seorang wanita yang sangat bersemangat dalam menuntut ilmu iaitu , Nur Sara Khalid.Sebelum dia berada di menara gading untuk menggapai bintang ,tentangan demi tentangan oleh papanya harus ditempuhnya .

    Papanya benar-benar berkeras untuk tidak membenarkan Sara meneruskan pengajiannya pada awalnya kerana bagi papa , dia takut sejarah hitam akan berulang lagi dalam keluarga itu .Papa tidak mahu Sara juga menjadi pengikut sejarah itu.

    Papa dan mama yang dahulunya pernah dikecewakan oleh Kamilia ,kakak Sara telah beransur hilang keyakinan pada Sara walaupun Sara langsung tidak berniat untuk mengecewakan keluarganya .Selepas Kamilia mendapat keputusan SPM dahulu , Kamilia meneruskan pelajarannya di sebuah universiti tetapi akhirnya kecundang .Akhlaknya telah dipesongkan sehingga mengandungkan seorang bayi tanpa ayah yang sah.

    Mujurlah ada seorang pria sekampung yang sanggup menikahi Kamilia kerana pria itu juga memang sudah lama memendam perasaan terhadap Kamilia .

    Setelah mereka sekeluarga selesai makan malam pada suatu hari , Sara mengutarakan tentang pengajiannya sekali lagi .Papa Sara berasa sangat marah dan tercabar dan akhirnya , tanpa disengajakan , papa telah menampar pipi Sara .

    Tiba-tiba , Kamilia bersuara beserta tangis yang amat sambil bersungkur .Kamilia meminta maaf akan perbuatannya yang membuatkan Sara dilarang untuk sambung belajar ke bandar.

    Mata hati papa kian terbuka , lalu mengumpulkan ahli keluarganya dan memeluk mereka erat …Bermaaf-maafanlah mereka antara sesama dengan penuh kasih .Sejak dari itu , mereka menjadi semakin bahagia dengan meninggalkan kenangan pahit di belakang mereka .Sara juga telah dibenarkan untuk menyambung pelajarannya .

    Posted on November 9, 2013 at 10:19 AM

     
  62. Azmah Nordin Said,

    alny :)

    saya dah baca sinopsis anda kat atas tu, dan dapati ia sgt2 menarik, kecuali;

    Akhlaknya telah dipesongkan sehingga mengandungkan seorang bayi tanpa ayah yang sah.

    Mujurlah ada seorang pria sekampung yang sanggup menikahi Kamilia kerana pria itu juga memang sudah lama memendam perasaan terhadap Kamilia .

    sebabnya;

    1. perilaku buruk si kakak, akan hanya menjatuhkan mertabat kaum wanita yg ingin kita angkat. bagaimana jika kita tukar watak kakak menjadi watak abang? byk perilaku lelaki yg buruk2 (tanpa menyentuh sesuatu yg memalukan kaum wanita) boleh diangkat dlm cerpen.a

    2. nama watak lebih menyerupai watak2 dari semenanjung, sedangkan kita mahukan keunikan pd cerita anda. saya suka nama2 suku kaum tempatan yg cantik lagi unik. fikirkan.

    alny, oleh kerana hny sikit je kelemahan terdapat dlm sinopsis ini, maka saya buatkan anda thread (ruangan) utk anda terus ikut kelas dengan saya.
    alangkah anda seterusnya, adalah mengepos balik sinopsis di atas, setelah anda perbaiki sprti yg saya tegur tu, di thread sendiri.

    selepas tu, akan saya beri petua seterusnya di thread peribadi anda.

    utk pengetahuan anda, hari sabtu saya cuti, tp hari ni saya beri sikit kelonggaran. jadi, saya akan cek sinopsis yg telah anda perbaiki, pada esok malam je. beritau kepada kak aini yg anda dah hantar posting supaya boleh dpt nombor giliran editng dr saya, jika diam2 je nanti kami tak nampak.

    gigih terus k

    Posted on November 9, 2013 at 2:11 PM

     
  63. Asmah Hashim Said,

    Salam, Sifu Azmah dan Kak Aini. Ini sinopsis cerpen saya yang mohon dinilai.

    NAMA : ASMAH HASHIM
    NAMA PENA : ASMAH HASHIM
    UMUR : 44 TAHUN
    SINOPSIS CERPEN : AKU INGIN BERJAYA...

    Rina seorang anak sulong yang dipaksa berhenti sekolah oleh kedua orangtuanya lantaran kemiskinan hidup. Dia mempunyai 6 orang adik-beradik yang masih bersekolah. Dia membantah kehendak orangtuanya. Baginya untuk mengubah kehidupan mereka sekeluarga, dia perlu berpelajaran tinggi. Hanya dengan ilmu dia mampu mengubah nasib keluarganya. Rina berusaha meminta bantuan pihak sekolah agar dapat membantu membayar yuran sekolah dan yuran peperiksaan SPMnya. Lantaran keluarganya yang serba kekurangan dan tidak mampu menjelaskan yuran-yuran tersebut.
    Berlaku pertembungan fikiran antara Rina dan kedua orangnya yang beranggapan anak perempuan tidak perlu bersekolah tinggi, cukuplah sekadar tahu membaca dan menulis serta mengira. Kerana bagi mereka, belajar setinggi mana sekalipun akhirnya akan ke dapur juga.
    Rina berusaha sendiri mencari duit belanja sekolah dan tambang untuk ke sekolah kerana rumahnya agak jauh dari sekolah dengan bekerja di restoran berhampiran di sebelah malam sebagai pembantu restoran. Dengan duit itu jugalah dia membantu kedua orangtuanya untuk belanja sekolah adik-adiknya. Dalam masa yang sama Rina tekun belajar, dia lupakan keindahan alam remaja kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pelajaran dan bekerja sambilan.
    Usaha tanpa kenal erti putusasa akhirnya membuahkan hasil apabila dia mendapat keputusan cemerlang dan ditawarkan melanjutkan pelajaran di universiti di luar negara dengan biasiswa dari kementerian pelajaran. Ketika itulah baharu orangtuanya merasa betul tindakan Rina. Mereka merasa bersalah kerana hampir menghampakan perasaan anak sulong mereka.

    * saya ingin menggunakan sudut pandangan orang pertama iaitu 'AKU' untuk watak RINA.

    Posted on December 29, 2013 at 9:49 AM

     
  64. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    sifu, mohon pencerahan sifu untuk sinopsis terbaru ini.

    Posted on December 29, 2013 at 5:26 PM

     
  65. Azmah Nordin Said,

    (aini, thaniks :))

    asmah :)

    saya dah baca sinopsis anda kat atas tu, komen saya; menarik tapi agak klise, bermakna sudah terlalu ramai sekali penulis lain tulis tentang ini, semenjak 25 tahun yang lalu. namun, ada cara untuk mengatasinya.

    sebagai penulis wanita, tanggungjawab utama kita adalah mengangkat mertabat kaum wanita, jadi yg perlu dielakkan adalah ini;

    1. Rina berusaha meminta bantuan pihak sekolah agar dapat membantu membayar yuran sekolah dan yuran peperiksaan SPMnya. Lantaran keluarganya yang serba kekurangan dan tidak mampu menjelaskan yuran-yuran tersebut.

    kita tak mau buat watak wanita kita meminta2 (minta sedekah?) belas ihsan sesiapa pun, sama ada drpd orang persendirian mahupun sesebuah jabatan kerajaan. saya tidak mahu sikap seperti ini. karya kita seharusnya memberikan inspirasi kepada sesiapa saja yg membaca karya kita. jadi, jika kita buat watak utama ambil jalan pintas dengan bekerja sebagai pembantu restoran, bermakna ini kita bukan mengangkat mertabat kaum wanita, sebaliknya kita menggalakan pembaca mencontohi watak utama itu seolah2 kerjaya itu ok untuk masa depan seorang gadis. itu belum bicara soal maruah dan harga diri watak utama itu lagi kan?

    jadi cara mengatasi masalah ini, anda perlu wujudkan satu kelebihan watak utama yang memungkinkan dia tunda persekolahannya, bekerja dan menyimpan duit, sekali gus membantu biaya persekolahan adik2 dia. ataupun, kita angkat watak utama sebagai seorang pembantu rumah anak2 yatim (wah, macam kenal je dengan watak utama ni kan?) dan anda perlu tahulah mcm2 ttg kerjaya ini, nanti kita buat dia bekerja dgn jujur dan penuh dedikasi, dan membantu anak2 yg mungkin bermasalah, mengatasi masalahnya - tanpa minta balasan. mana dia tahu, rupa2nya, salah seorang drpd anak yg dibantu itu, adalah waris kepada (ini anda fikirkan).. budak inilah nanti yg akan membiayai pengajian dia hingga ke peringkat universiti.

    ini baru idea spontan saya saja asmah, andai anda bersetuju dgn idea saya atau ada idea2 yg seumpamanya (nilai murni tu), anda boleh minta kak aini anda bukankan thread/ruangan khas utk kita saling berinteraksi dua hala.

    setelah kak aini anda bukakan thread nanti, akan saya berikan panduan selanjutnya untuk menghasilkan karya cerpen berunsur sastera yg bermutu tinggi.

    gigih terus k



    Posted on December 29, 2013 at 6:04 PM

     
  66. Asmah Hashim Said,

    Okey, Sifu, faham. Terima kasih untuk ulasannya. Akan dicuba.

    Posted on December 29, 2013 at 6:20 PM

     
  67. Asmah Hashim Said,

    Sifu! macam tahu sahaja. Saya pernah bekerja di rumah anak yatim uhuhuh... dan sekarang buka maahad tahfiz anak yatim bersama suami. Rasanya tidak susah untuk membuatnya.

    Posted on December 29, 2013 at 6:22 PM

     
  68. Anin Karlia AK Said,

    Nama Penuh : Isninah binti Ali Karar
    Nama Pena : Faina Arsiany A.K
    Umur : 38 Tahun
    Alamat Email : aninkarlia@gmail.com

    Salam, Puan.. tak tau nak buat macamana jadi saya post sinopsis ringkas saya di sini..harap dapat tunjuk ajar dari puan..

    Sinopsis Cerpen ‘Mak Tak Nyanyuk’

    Mengisahkan tentang Zira yang semakin hari semakin bingung menguruskan ibu mertuanya yang menghidap penyakit Alzheimer tanpa mereka sedari. Masalah demi masalah timbul disebabkan oleh ibu mertua. Walau bagaimanapun, sekiranya fikiran ibu mertuanya normal dan penyakit tersebut tidak menyerang, Mak Esah (ibu mertua Zira) merupakan seorang mertua yang amat baik dan tidak cerewet. Zira suami isteri semakin bingung menghadapi sikap Mak Esah yang semakin teruk dan suami Zira ( anak Mak Esah) berkali-kali mengatakan yang ibunya telah nyanyuk walaupun Mak Esah berkali-kali mengatakan tidak..konflik semakin memuncak setelah rumah mereka hampir hangus terbakar kerana Mak Esah langsung tidak ingat yang dia ada menanak nasi dan dia tidak mengaku perbuatan tersebut berpunca daripadanya. Ekoran dari itu, Zira mengesyorkan suaminya membawa mertuanya bejumpa doktor dan daripada diagnose doktor, didapati ibu mertuanya menghidap penyakit Alhzeimer tahap kronik..

    Posted on June 3, 2014 at 8:51 AM

     

Post a Comment

featured-video