• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, August 29, 2010

Khairulazwat - bimbingan cerpen

Sunday, August 29, 2010 // by Noraini Eslah // 7 comments

Assalammualaikum Khairulazwat,

Saya sudah buka thread cerpen untuk anda mendapat bimbingan daripada sifu.
sinopsis anda juga saya pindahkan ke sini, supaya mudah dirujuk sepanjang bimbingan.

Selepas ini sifu akan menunjukkan kpd anda cara mengolah sinopsis ini menjadi cerpen bermutu yang tidak klise. Semoga mudah usaha anda , asal saja tekun dan gigih!
-kak aini.

7 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Kak Aini saya lampirkan sekali lagi sinopsis cerpen untuk dibedah. Kalau ada masalah akak beritahu sahaja. Saya menerima segala teguran akak kerana saya baru hendak berjinak-jinak dengan penulisan ini. Tiba-tiba minat menulis terbuku di dalam jiwa raga saya.

    Sinopsis cerpen bertajuk :- Ketabahan

    Cerpen ini mengisahkan kehidupan Aiman dan keluarganya yang miskin, semenjak ayahnya meninggal dunia setahun yang lalu. Aiman merupakan anak sulung daripada dua orang adik beradik terpaksa mencari rezeki dengan menjual kerepek yang dibuat oleh ibunya Puan Hasnah.

    Demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya, Aiman terpaksa berhenti dari persekolahannya dan melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Selalunya Aiman akan menjual kerepek ibunya di depan bank yang berdekatan tempat tinggalnya.

    Sehingga pada suatu hari, ketika Aiman sedang menjual kerepek ibunya, dia telah memulangkan dompet milik Dato’ Bakar yang ketika itu sedang keluar dari bank dan telah keciciran dompetnya. Oleh kerana kejujuran yang ditunjukkan oleh Aiman, Dato’ Bakar berhasrat untuk membantu Aiman untuk memajukan jualan kerepek ibunya.

    Hasil bantuan Dato’ Bakar, perniagaan kerepek Puan Hasnah bertambah maju dan kehidupan Aiman dan keluarganya berubah dari kemiskinan ke kehidupan yang lebih baik. Aiman telah menyambung semula persekolahannya agar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor terlaksana.

    Posted on June 18, 2012 10:58 PM


    Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    Wa'alaikum salam Khairulazwat.
    Saya sudah membaca sinopsis anda yang baru. Alhamdulillah ia bernilai murni dan boleh digarap menjadi karya bermutu.

    Selepas ini saya akan buka thread kelas cerpen untuk anda mula mendapat bimbingan sifu az. Gigih terus ya khairulazwat.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Saya berminat untuk mengikuti bimbingan sastera sifu. Disini saya sertakan maklumat peribadi saya :-
    Nama : Khairulazwat Bin Khamis
    Umur : 28 tahun
    Pekerjaan : Kerani

    ReplyDelete
  3. Khairulazwat,
    setelah sifu tunjukkan langkah dan formula memulakan cerpen anda, anda olah dulu 7-8ms di komputer anda.

    Kemudian post ke dlm kotak komen thread ini, page by page. tidak boleh post sekaligus sebab muatan kotak ini kecil saja.
    selepas selesai post karya anda di sini, harap beritau saya di shout, supaya mudah saya senaraikan dlm giliran diedit.

    ReplyDelete
  4. khairul :)

    saya dah baca sinopsis anda kat atas tu, komen saya; agak klise, sbb dah ramai sgt buat kisah mcm ni, tp masih boleh kita buat ia menjadi sebuah cerpen yg istimewa, dengan memasukkan ilmu bantu (nanti saya tunjukkan caranya)

    sekarang anda sudah boleh menggarap cerpen anda dgn panduan di bwh ni;

    1. gunakan formula 4/5 daripada keluruhan cerita, yakni, mulakan dekat2 cerita anda nak habis. sementara 1/5, 2/5, 3/5 semunya flashback. begitu anda sampai di 4/5 kembali, anda sudah mudah ke garisan terakhir sebab dah nampak gmbarannya.

    2. pilih dua babak yg diiringi dua suasana; satu sekarang dan satu flashback

    3. utk intro, gmbarkan keseluruhan gelojak perasaan yg mewakili 4/5 daripada keseluruhan cerita. mungkin anda boleh buat dia bergelut dgn diri sendiri antara mahu pulangkan dgn tidak, mahu pulangkan dgn tidak dompen tersebut. gmbarkan seluruh perasaan serba tersepit tu.

    4. buat antara 6 - 7 mukasurat, sbb nanti setelah saya bedah dan telah anda perbaiki, ia akan bertambah dgn sendirinya.

    5. perlu tahu ttg proses buat krepek, apa yg digunakan, cara ia dibuat - istilah2 (utk kita pilih sebagai simbol bagi keseluruhan cerpen kelak), rasanya, bagaimana pasarannya, pulangan hasilnya, dsb.

    6. pastikan anda kekal dengan satu je sudut pandangan, misalnya; jika anda buat sudut pandangan org ketiga, maka org itulah yg melihat, mendengar, menyentuh, memikir dan mengalaminya - sedangkan watak sampingan tidak lebih drpd perhiasan atau prop dlm cerpen anda kelak.

    khairul, anda buat dulu ini, nanti saya lihat bagaimana. gigih terus k

    ReplyDelete
  5. terlupa pula; thanks aini tersayangggg :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...
    Terima kasih tak terkata kepada Sifu Az dan Kak Aini kerana sanggup membimbing saya yang masih mentah dalam penulisan ini.

    Sifu Az dan Kak Aini saya akan mula garap cerpen saya. Doakan kejayaan saya dari anak murid yang dahagakan ilmu dari gurunya.

    ReplyDelete
  7. macam mana nak join group ni,sy juga berminat untuk menulis cerpen dan novel ni,,

    ReplyDelete