• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Monday, July 26, 2010

Nisha - bimbingan cerpen

Monday, July 26, 2010 // by Noraini Eslah // 64 comments

Assalammualaikum Nisha,

Saya sudah buka thread bimbingan cerpen untuk anda. Sinopsis anda juga sudah saya pindahkan ke dalam thread ini. Selepas ini sifu akan mulakan bimbingan dan menunjukkan kpd anda cara mengolah sebuah cerpen bermutu dan bernilai murni. Setiap kali anda membuat posting di sini, harap maklumkan di shout box supaya saya senaraikan utk sifu edit.
-kak aini.

64 comments:

  1. Nisha Said,

    Assalamualaikum Ummu Anas. Maaf banyak2 saya tak pandai buat sinopsis. Kalau salah lagi tolonglah buat/tunjukkan terus kepada saya. Tolong buatkan .... :). Puas saya fikirkan macammana. Di bawah ni jelah yang saya boleh buat.... :)

    Tajuk : Mujahadah Atikah


    Atikah, anak kampung yang serba kekurangan. Hidup susah dan sering menghadapi pelbagai masalah. Dia baru sahaja mendapat keputusan peperiksaan SPM dan keputusannya juga amat mengecewakannya. Tidak seperti yang dijangka. Oleh kerana terlalu kecewa dia mengambil keputusan untuk tidak menyambung belajar walaupun berjaya memasukki tingkatan 6. Dia ingin mengikut ibu saudaranya ke bandar mencari pekerjaan dan pengalaman hidup.
    Namun nasib selalu sahaja tidak menyebelahinya. Apa yang ingin dilakukan selalunya tidak semudah yang disangkakan. Sambil menuggu peluang yang datang dia menjada adik2 sepupunya/anak2 makcik sementara makcik pergi bekerja. Setelah berada beberapa bulan di rumah makciknya tetapi masih lagi tiada pekerjaan akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang semula kekampung.


    Di kampung dia mengisi masa yang ada dengan menolong bapanya menorah getah diwaktu pagi dan berkebun sayur di waktu petang. Walaupun pada mulanya dia mendapat tentangan dari ayahnya kerana dia seorang perempuan dan tidak sesuai bekerja seperti itu tetapi dengan kesungguhan yang ditunjukkan akhirnya ayahnya akur dengan kehendaknya. Duit yang diberi oleh ayahnya di simpan untuk projek yang ingin diusahakannya. Dia bercita2 untuk menternak kambing atau mengusahakan tanaman cendawan yang belum lagi diterokai oleh orang2 kampung.


    Setelah hampir setahun dia menolong bapanya dikebun barulah impiannya tercapai, walaupun ibubapanya kurang yakin dengan kemampuannya. Bukan sahaja ibubapanya tetapi anak muda dikampung tersebut samada lelaki maupun perempuan seolah2 memperlekehkan usahanya. Namun dia berusaha dengan gigih untuk membuktikan kesungguhan dan kejayaannya. Akhirnya dia Berjaya membuktikannya dan mampu membuka mata orang kampung diatas usaha yang dilakukannya.

    Posted on May 20, 2012 5:09 PM


    Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    Wa'alaikum salam nisha,
    Alhamdulillah, anda sudah mampu menyediakan sebuah sinopsis yang cantik dan bernilai murni. Saya yakin anda akan mampu menghasilkan cerpen bermutu, asal saja anda tekun dan gigih mengikuti bimbingan sifu nanti.

    Nisha,
    panggil saja saya kak aini, lebih mesra dan begitu yg semua peserta blog ini biasa panggil. Selepas ini sifu akan membimbing anda hingga selesai dan sempurna menggarap sebuah cerpen. Teruskan gigih, ya nisha.

    Posted on May 21, 2012 10:27 AM

    ReplyDelete
  2. (aini :) thanks)

    nisha :)

    saya dah baca sinopsis anda, dan saya rasa ia sgt2 menarik. sekarang anda dah boleh menggarap cerpen anda, dgn berpandukan di bwh ini;

    1. cari satu masalah besar yg terpaksa atikah hadapi, ketika mengendalikan projek penternakan kambingnya. misalnya, bencana alam, penyakit kuku dan mulut, fitnah, sabotaj dll, perlu tau mcm mana cara2 menjalankan projek penternakan kambing ni, sikit istilah2 (anda boleh dpt info ni lewat internet. mungkin, istilah ini nanti akan kita pilih jadi judul cerpen, tp jgn fikir ttg judul dulu) sementara info yg lain semuanya akan anda buat sebagai flashback ataupun dlm fikirannya saja nanti

    2. mulakan cerpen dengn menggunakan formula 4/5 drpd keseluruhan cerita, bermakna anda bermula dr hati atikah yg tgh bergolak (mcm dia rasa nak dihukum mati gitu) oleh isu dlm projek penternakan kambingnya.

    3. cari satu kisah cinta polos (suci, sekadar dlm hati atau sekadar lirik2 je antara watak utama dgn pemuda impiannya), dan nanti buat dia berfikir ttg isu dgn pemuda itu juga. jadi, dlm satu cerpen, anda nanti akan ada dua cerita yang saling berkait.

    3. pilih dua babak/episod yg dramatik yg diiringi dengan dua suasana latar.

    4. buat antara 6 - 8 mukasurat je dulu, sbb nanti setelah saya edit/bedah, ia akan panjang dgn sendirinya.

    nisha, anda buat dulu ni, nanti saya lihat bagaimana.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum semua,

    Terima kasih sifu dan kak aini... :).

    Nak tanya sikit...

    1. Macammana nak tentukan 1 muka surat tu berapa panjang atau mengikut atau 1 ms tu sama dengan 1ms kat microsoft windows tu... :).

    2. "pilih dua babak/episod yg dramatik yg diiringi dengan dua suasana latar" - tak berapa faham maksud yang ini.

    Maaf ye sifu baru nak belajar.

    ReplyDelete
  4. waalaikumusalam nisha :)

    ok, saya terus copy n paste and jwb soalan anda k;


    1. Macammana nak tentukan 1 muka surat tu berapa panjang atau mengikut atau 1 ms tu sama dengan 1ms kat microsoft windows tu... :).

    jwpn saya; ya, nisha :) kat sini mana boleh kira jumlah ms kan? anda tulis dulu cerpen tu di komputer sendiri, bila dah siap baru copy dan paste kat thread anda ni, satu ms demi satu ms

    2. "pilih dua babak/episod yg dramatik yg diiringi dengan dua suasana latar" - tak berapa faham maksud yang ini.

    jwpn saya; dua babak/espisod yg dramatik; cipta dua kisah yg dramatik (yg dahsyat, misalnya dia (watak utama) tgh bertengkar dgn org lain, watak utama kemalangan jalanraya dll, semua tu dramatikkan.

    jadi, anda hny perlu wujudkan 2 babak/drama yg dramatik.

    1. utk sekarang, mungkin dia tgh mundar mandir, memikirkan bagaimana nak mengatasi masalah besar dlm projek penternakan kambing dia, (masalah tu, mungkin saja berpunca drpd hasad dengki pihak saingan yg mahu menjatuhkan projeknya, atau kambing2 ternakannya sedang diserang penyakit kuku dan mulut yg mengakibatkan byk kerugian. dan sebagainya.

    2. babak/drama yg dramatik, mungkin tgh dia mundar-mandir tu, tiba2 dia teringat pertengkaran dia dengan saingan dia, atau dia teringat ttg kekecohan para penternak kambing ttg penyakit kuku dan mulut, di mana semuanya saling menuduh siapa yg empunya angkara, dan sebagainya.

    babak pertama dan babak kedua mesti ada relevan atau hubung kaitnya. babak kedua adalah sebagai punca knp babak pertama tu berlaku.

    fikirkan apa yg paling dekat di hati anda k, nisha. supaya anda senang menghasilkannya. masuk sepenuhnya dlm jiwa watak utama, tulis dr sudut pandangan dia saja; hanya di ayg mendengar, melihat, memikirkan, menghidu, mengalami - sementara watak lain hnylah watak sampingan yg berfungsi sebagai prop atau perhiasan cuma dlm karya anda.

    nisha :) tak perlu minta maaf, jika anda nak belajar, tp minta maaflah jika anda tak mau belajar bersungguh2. jika ada apa2 yg tak faham, tanya je lagi k. sementara tu, jgn terlalu fikirkan sangat tentang teknik penulisan dan sebagainya, anda redah je, nanti saya taulah apa nak buat.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum sifu dan kak aini,

    saya cuba masukkan cerpen saya ye... :). Tegurlah apa yang patut. Semoga suatu hari nanti saya berjaya menjadi seperti anda berdua... :).

    ms 1
    Terduduk Atikah di atas titian di kebun buah-buahan ayahnya. Tidak mampu dia berdiri dan terasa lututnya lemah tak bermaya. Mau saja dia terjun ke dalam sungai yang ada di hadapannya untuk menghilangkan rasa yang tidak keruan di hatinya. Mesej yang baru dibaca dari skrin telefon bimbitnya sungguh menyakitkan hatinya, “Maafkan aku Tikah, aku terpaksa lakukan ini semua untuk selamatkan diriku dari cengkaman seseorang. Aku akan hubungi kau bila keadaan mengizinkan”. Itulah mesej dari Ina sahabat karibnya.

    Marah, geram, benci, sakit hati, sedih dan pelbagai lagi. Seribu satu macam rasa yang tidak enak menerpa di dalam diri. Aduh! Jika diramukan semuanya mampu meledakkan peluru berpandu yang sudah tidak dapat di pandu lagi.

    Namun dia cuba memujuk dirinya sendiri, “Di dunia ini memang begitulah, terlalu sukar untuk mencari yang benar-benar jujur, ikhlas dan baik hatinya. Pasti sahaja kebaikkan yang dilakukan ada udang di sebaliknya. Sedangkan kaum keluarga sendiri, adik beradik sendiri boleh bergaduh dan bermasam muka bila berbicara tentang duit dan harta pusaka inikan pula orang jauh sedikit yang tiada apa-apa ikatan sekadar seorang sahabat sahaja”. Hatinya terus berkata.

    Telah dua tahun mengusahakan projek Penternakan Kambing Jenis Boer ini. Telah pun menampakkan hasil dan kejayaannya. Sahabatnya, Ina jugalah yang banyak memberi nasihat dan dorongan kepadanya malah dialah juga tempat untuk bercerita dan mengadu masalah yang dihadapinya dalam penternakan kambing ini. Setiap kali balik ke kampung menjenguk ibubapanya, Ina tidak pernah lupa untuk menjenguk sahabatnya yang seorang ini.

    ReplyDelete
  6. ms2
    Tidak disangka sama sekali sahabat karibnya sendiri sanggup menipu dirinya. Duit simpanan yang masih berbaki beberapa ribu ringgit lesap di tangan sahabatnya sendiri, setelah berjanji mahu menguruskan pembelian dedak palet iaitu makanan tambahan untuk projek kambingnya. Dalam masa dua tahun kambing yang diternak membiak begitu banyak sekali dan diluar jangkaannya. Manakala padang ragut yang sedia ada tidak mampu menampung makanan kambing-kambing tersebut. Stok makanan tambahan atau dedak palet yang diperuntukkan setiap bulan juga sudah tidak mencukupi untuk kambing-kambingnya. Makanan tersebut perlu ditambah quantitinya untuk menghasilkan kambing yang sihat dan gemuk.

    Setelah beberapa ribu ringgit di belanjakan untuk menambah dan membesarkan kandang baru untuk kambingnya, baki duit tersebut semuanya diserahkan kepada sahabatnya untuk pembelian makanan tambahan bagi kambing-kambingnya. Tambahan pula syarikat penghasilan dedak palet tersebut berada di Johor Baharu, bandar yang sama dengan tempat Ina berkerja. Jadi pada pandangannya senanglah dia berurusan kerana selama ini pun dialah yang banyak membantu, memberi nasihat serta semangat kepadanya. Jadi selama ini tiada sebarang curiga di hati kepada sahabatnya yang satu ini, Tambahan pula dialah satu-satunya sahabat yang menyokongnya selama ini, jadi di serahkan segala duit yang ada untuk menampung segala perbelanjaan pembeliaan dedak palet tersebut. Sayang sekali, sikapnya yang ringan tulang yang ditunjukkan serta kepetahan bercakap yang ada padanya dipergunakan untuk menipu Atikah.

    ReplyDelete
  7. ms 3
    “Tikah, jangan bimbang duit yang kau beri ni kalau tak cukup nanti aku tambah guna duit aku sendiri. Akukan kerja, adalah sikit-sikit duit simpanan aku. Kalau setakat dua tiga ribu tu insyaAllah aku boleh tambah”. Katanya.

    Gembira sungguh hatinya ketika itu mendengar kata-kata sahabat baiknya ini. Tapi malang sekali hati manusia memang tidak dapat ditebak. Sudah seminggu dia cuba menelefon Ina tetapi tiada sebarang jawapan. Dia telah pun menghubungi En. Zul, pengurus syarikat Bestari Farm di Johor Bahru tetapi katanya tiada sesiapa datang ke syarikatnya untuk pembelian dedak palet yang telah pun diperuntukkan untuk Atikah.

    Atikah mula berfikir, bagaimanakah dan apakah cara yang terbaik yang patut dia lakukan, duit simpanan sudah habis, kambing-kambing itu perlu diberikan makanan yang secukupnya untuk pembesaran yang lebih baik dan juga untuk ibu-ibu kambing tersebut boleh menghasilkan susu yang baik untuk anak-anak kambing yang perlukan susuan dari ibu kambing. Untuk membeli susu tambahan pun memerlukan duit juga.

    Bukanya senang untuknya mencari duit sebanyak itu. Selama setahun berhempas pulas dia menolong abahnya di kebun getah, menoreh bersama-sama abahnya setiap pagi. Manakala sebelah petangnya dia mengikut abahnya ke kebun buah-buahan dimana disitulah dia bercucuk tanam sayur-sayur kacang panjang dan timum untuk di hantar ke pasar borong di bandar berhampiran kampungnya. Dia bertekad untuk mencukupkan duit untuk projek yang diimpikannya dalam masa setahun. Ya… memang usahanya berjaya tetapi hidup takkan indah tanpa mehnah dariNYA. Dia terus diuji….

    ReplyDelete
  8. ms 4
    Atikah masih termenung di situ sambil membaling anak-anak batu ke dalam sungai, teringat dia bagaimana bermula perjalanan dia melangkah kebidang yang sedang diusahakan sekarang. Setelah gagal mendapat keputusan yang baik dalam SPM, dia sudah bertekad untuk tidak mahu menyambung pelajarannya lagi. Di tambah pula keluarganya sentiasa di dalam kesempitan takkan mungkin dia ingin terus membebankan abahnya lagi. Biarlah adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka kerana mereka lebih cemerlang di dalam pelajaran berbanding dirinya. Dia juga bertekad untuk membantu abahnya menampung perbelanjaan adik-adiknya suatu hari nanti. Jadi untuk itu dia ke bandar, ke rumah mak ciknya untuk mencari pekerjaan tetapi bukanlah niatnya untuk menetap dibandar selama-lamanya. Hajatnya tidak kesampaian, tiada rezeki untuk dia berkerja di bandar setelah lebih enam bulan tinggal di rumah mak ciknya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk balik ke kampung semula.

    Kini setelah hampir meniti kejayaan ia seakan-akan akan berkecai. Bagaimana harus dia menghadapi semua ini? Kepada siapakah dia harus mengadu dan memberitahu? Tak mungkin dia bercerita kepada sebarangan orang, sudahlah selama ini dia dipandang rendah oleh orang lain terutamanya pemuda dan pemudi kampungnya yang sentiasa cuba memperlekeh dan mencari kesilapannya.

    “Ah! Perempuan lemah. Hangat-hangat tahi ayam je tu, tengoklah nanti. Kalau dah perempuan buatlah cara perempuan. Duduk jelah kat rumah, tunggu je pinangan…”, kata salah seorang pemuda di tembok di tepi jalan semasa dia berjalan menuju ke surau pada suatu hari.

    ReplyDelete
  9. ms 5
    Dia hanya mendiamkan diri seolah-olah tidak mendengar apa yang mereka cakapkan, namun di dalam hatinya dia terus berkata, “Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk aku meneruskan usahaku ini dan berilah aku kejayaan supaya aku menjadi contoh untuk anak muda lain di kampung ini mengikut jejakku. Ya Allah, aku ingin lakukan semua ini kerana ENGKAU Ya Allah.. Ameen, ameen Ya Robb.”

    Atikah bertekad ingin melakukan sesuatu untuk meneruskan usahanya tanpa perlu menghebahkan masalahnya kepada sesiapa. Tetapi apakah akalnya?

    Untuk dia meminta bantuan pak cik dan mak ciknya, tak mungkin kerana mereka pun tidak setuju atas apa yang dia lakukan selama ini. Mereka lebih suka kalau Atikah berkerja makan gaji atau menyambung pelajarannya ke peringkat lebih tinggi.

    Adakah mungkin dia ingin terus meminta bantuan Farid yang berada jauh di Kuwait sana. Dalam keadaan begini, dalam keadaan buntu ini dia terkenangkan Farid yang juga banyak memberi kata-kata semangat walaupun berjauhan. Di peringkat awal projeknya dulu dialah juga yang banyak membantu samada dari segi kewangan maupun yang lainnya. Padang ragut untuk kambingnya sekarang pun adalah kepunyaan Farid. Oleh kerana tanah tersebut tiada siapa yang ingin mengusahakan jadi dia mencadangkan kepada Atikah untuk diusahakan sebagai padang ragut untuk kambing-kambingnya.

    ReplyDelete
  10. ms 6
    Teman tetapi mesra itulah istilah yang boleh diungkapkan perhubungan mereka berdua. Mereka tidak pernah meluahkan perasaan masing-masing tetapi seolah terikat dengan satu ikatan yang kuat yang tidak mampu dirungkaikan. Farid bekerja dengan salah sebuah syarikat minyak di negara tersebut. Telah beberapa tahun dia berada di sana, namun dia tidak bercadang untuk tinggal selamanya di sana. Setelah simpanan cukup dia akan balik dan mengusahakan sesuatu di sini, di Malaysia tercinta ini.

    Mereka tidak selalu berhubung, namun hubungan hati mereka cukup kuat. Sekurang-kurangnya sebulan sekali pasti Farid menelefonnya. Kadang-kadang baru tergerak untuk menelefon dia sudah mendapat pangilan telefon dari Farid seolah-olah mereka mempunyai satu rasa yang sama. Farid sendiri pun sudah sedia maklum akan perangai Atikah. Dia tahu sangat dengan sikap Atikah yang tidak akan menelefon jika tiada sebarang perkara yang penting untuk di bicarakan. Tambahan pula dia seorang terlalu berjimat dan berkira-kira dengan perbelanjaan kewangannya. Dia tidak akan membazir dengan perkara-perkara yang tidak berfeadah dan tidak perlu. Oleh kerana Farid lebih berkemampuan, jadi dialah yang selalunya meghubungi Atikah.

    “Aduhhhh.., malu rasanya untuk dia terus mengadu dan meminta pertolongan kerana selama ini pun terlalu banyak pertolongan yang diberikan oleh Farid walaupn berada nun jauh di Timur Tengah sana. Tetapi apa lagi ikhtiarku. Hanya Faridlah satu-satunya harapanku untuk meminta pertolongan”. Dia terus mengomel berseorangan.

    Sedikit tenang hati Atikah bila teringatkan Farid.

    ReplyDelete
  11. ms 7
    “Aku mesti telefon Farid mala mini,” Dengan yakinnya dia berkata.

    Ketika ini dia sudah mampu untuk bagun dari lamunan di titian itu. Lututnya sudah terasa kuat untuk berdiri. Di perhatikannya di sekeliling. Terasa indah, damai dan mempersonakan suasana di sini. Beburung masih berkicau riang, langit membiru tenang walaupun mentari petang panasnya membahang. Senja telah mula mengamit.

    “Ya Allah, aku belum solat Asar lagi, astagfirullahhalazim…., betapa rapuhnya hati ini. Baru sedikit dugaan yang diberi telah mula melupakan Tuhan.”. Dia merunggut sendirian sambil berlari-lari anak menuju ke motor yang ditinggalkan berhampiran kandang kambingnya. Bergegas dia pulang untuk menjalankan tanggunjawabnya sebagai seorang hamba Allah.

    Biasanya waktu malam begini keluarga Atikah bersama-sama ke surau untuk solat berjemaah serta bersama-sama menghadiri kuliah maghrib tetapi hari ini hatinya berat sedikit untuk mengikut mereka. Dia solat bersendirian di rumah. Dia sudah tidak sabar untuk menelefon Farid.

    Selepas solat Isyak dia menyambung solat-solat sunat yang lain dan di tambah dengan solat hajat. Dia berdoa kepada Allah semoga segala masalah akan dipermudahkan jalan penyelesaiannya.

    ReplyDelete
  12. ms 8
    Telefon bimbit hadiah dari Farid dipegangnya. Hadiah yang di terimanya ketika Farid bercuti tahun lepas. Masih cantik dan tersimpan rapi. Dia jarang menggunakankan telefon ini. Terasa sayang untuk digunakannya cuma menjadi hiasan untuk tatapannya sahaja. Telefon inilah pengubat rindunya pada sang jejaka yang jauh di mata.

    Hatinya masih ragu-ragu untuk menelefon Farid. Dia sudah buntu, tiada jalan lain lagi yang dapat difikirkan. Inilah satu-satunya cara yang terfikir di kotak fikirannya. Hatinya berdebar-debar kerana dia jarang sekali untuk menelefon Farid selagi tiada perkara penting yang ingin di sampaikan. Farid pun sudah faham dengan sikapnya.

    “Aku mesti telefon dia, sudah tiada jalan lain lagi yang boleh ku fikirkan saat ini.” Itulah luahan rasanya kali ini. Diteruskan juga dengan tekad yang kuat, diteruskan juga walaupun malu teramat sangat.

    Akhirnya berjaya juga dia menghubungi Farid. Panjang perbualannya kali ini. Selain bertanya khabar tentang Farid, dia juga sempat bercerita tentang kehidupannya di perantauan. Farid pun sudah masak sangat dengan sikap Atikah, tentu ada sesuatu yang ingin di sampaikan oleh Atikah. Lalu ditanyakan apakah yang mendorong dia untuk menelefon. Panjang perbualan mereka tentang hal ini. Namun di akhir perbualannya, seri wajah Atikah kembali bercahaya semula. Ceria seperti sedia kala, apa tidaknya Farid telah berjanji akan memasukkan duit ke dalam akaun Atikah untuk membantu kekusutan dan masalah yang dialaminya.

    ReplyDelete
  13. ms 9
    Alangkah gembiranya hati Atikah kerana segala kebuntuan telah menampakkan jalan penyelesaian. Sebelum tidur lenanya dia telah mengerjakan solat sunat syukur menandakan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang Maha Kuasa di atas segala urusan yang dipermudahkannya. Ameen….

    ReplyDelete
  14. nisha :)

    saya dah baca cerpen anda di atas tu, komen saya; sgt sgt sgt sgt sgt bulat, padat, baik dan menarik! terasa mcm saya membaca karya anak didik saya yg sudah lama ikut kelas saya ataupun, mcm dah lama berkarya, tahniah!

    namun, utk menguatkan cerpen, ada perlu fikirkan beberapa perkara yg sgt2 penting, utk mengangkat mertabat atikah sebagai usahawan wanita di dlmnya.

    1. atikah tidak boleh sama sekali bergantung sepanjangnya dgn farid. atikah mesti mencari jalan bagaimana hendak mengatasi masalah sendiri dgn menggunakan kebijaksanaan sendiri. berdikari gitu, sbb hny begitu saja, atikah boleh dapat meraih rasa hormat farid dan org lain ttg usahanya. respect got to be earn kan?

    2. perlu dijelaskan juga apa yg dimaksudkan ina;

    `“Maafkan aku Tikah, aku terpaksa lakukan ini semua untuk selamatkan diriku dari cengkaman seseorang. Aku akan hubungi kau bila keadaan mengizinkan'

    - sebagai sahabat, tidakkah dia bertanggungjawab utk turut meleraikan masalah ina yg `dicengkam' seseorang, biar betapa tersinggungpun dia dgn sahabatnya itu? nilai persahabatan perlu dipelihara. walau ina kecundang sekarang, tp ina pernah menjadi sahabat atikah dan ini perlu dihargai.

    3.. cerpen ini akan indah sgt2, jika ina kembali menyambung tali persahabatan mereka, setelah atika dgn tulus memaafkan dia (tp ttp hati2 utk tidak lagi bulat2 mempercayai sesiapa, kecuali diri sendiri)

    4. perlu jelaskan apa farid buat di timur tengah, dan bagaimana farid mempercayainya dgn sepenuh jiwa - beri tanah utk kegunaannya, beri bantuan kewangan dll.

    6. beritau apa bezanya kambing biasa dgn kamping ternakan atikah, di mana dia memperolehi bakanya. saiz, warna dll.

    nisha, anda hnya perlu tambah sikit je di sana sini info penting ni, nanti baru saya edit dgn menyentuh sikit di sana sini, sikit je, sbb cerpen anda sudah cukup baik.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  15. Salam sifu,
    saya nak tanya sikit tentang kata2 sifu yang di bawah ni. Tak berapa faham. maksud sifu saya kena tukarlah bantuan kewangan tu bukannya dari farid tetapi dari sumber lain. begitukah?.... :).

    1. atikah tidak boleh sama sekali bergantung sepanjangnya dgn farid. atikah mesti mencari jalan bagaimana hendak mengatasi masalah sendiri dgn menggunakan kebijaksanaan sendiri. berdikari gitu, sbb hny begitu saja, atikah boleh dapat meraih rasa hormat farid dan org lain ttg usahanya. respect got to be earn kan?

    ReplyDelete
  16. nisha :)

    saya terus copy dan jwb soalan anda k;

    dr anda; bantuan kewangan tu bukannya dari farid tetapi dari sumber lain. begitukah?

    jwpn; bantuan kewangan tu, seboleh mungkin, bukan dr farid lagi. sbb kita tak mahu cipta wanita yg sentiasa nak minta tolong org lain, utk mengatasi masalahnya, kerana ini seolah2 menggambarkan wanita tu lemah, suka meminta2 dan ini bukan sesuatu yg positif, tentunya.

    saya kembangkan sikit lagi maksud saya di bawah ni;

    1. atikah tidak boleh sama sekali bergantung sepanjangnya dgn farid. atikah mesti mencari jalan bagaimana hendak mengatasi masalah sendiri dgn menggunakan kebijaksanaan sendiri. berdikari gitu

    - sama seprti jawapan saya di atas tu, jika atikah sentiasa mengharapkan org lain, sama ada farid, atau kekasih atau bapa sendiri atau suami sekali pun, kita tak memperlihatkan atikah sebagai seorang yg mandiri, tidak boleh menggunakan keupayaan sendiri untuk mengatasi masalah sendiri. ini sama sekali tidak positif dan tidak mampu memberikan inspirasi kepada pembaca yg mungkin menghadapi masalah yg sama dgn atikah. kita tak mau org2 kampung kata;

    "Eleh, kalau tanpa farid, ingat dia boleh jadi usahawan ternakan kambingkah?" sinis, tp tepat kan>

    untuk itu, nisha, anda kena cari idea mcm mana atikah sendiri yg menyelesaikan masalah sendiri, tanpa bantuan farid. buat loan mara, misalnya? tp, dia kena usaha sendiri, turun naik pejabat tu, utk dptkan loan. fikirkan k

    2. hny begitu saja, atikah boleh dapat meraih rasa hormat farid dan org lain ttg usahanya. respect got to be earn kan?

    - hny setelah atikah membuktikan kepada orang2 kampung bahawa dia mampu mengatasi masalahnya, barulah org kapung akan menghormati dia. orang kampung akan menjadi lebih kagum, jika setelah berjaya, atikah menghulurkan ilmu atau menganjurkan kepada anak2 muda kampungnya yg menganggur tu, supaya turut menceburi bidang keusahawanan, tak kisahlah bidang apa pun. Ini nilai murni yg amat bermakna jika dpt disalurkan ke dlm cerpen anda.

    di sini, mungkin, anda boleh angkat penamatnya atikah berjaya ketua belia kampungnya, yg akhirnya mendapat pengiktirafan di peringkat negeri/kebangsaan.

    nisha, cerpen anda kat atas tu, dah hampir sempurna. anda hanya perlu ubah sikit je bahagian dia nak minta tolog farid tu, dan selitkan info baru (nilai murni) di sana sini.

    itu je dulu, nisha :) gigih terus k

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum sifu,

    Mohon maaf fahaman nilai murni saya lain sikit pada orang lain. tak ikut perkembangan semasa.... :).


    Jadi saya kena fikirkan juga macammana nak dapatkan duit bantuan yang serta merta sebelum mendapat bantuan dari mara.

    ok, InsyaAllah saya akan ubah sikit tapi lambat sikitlah sebab cuti ni nak balik kampung... :).

    Tq sifu.

    ReplyDelete
  18. nisha :)

    itulah yg saya maksudkan. nilai murni, mudah je; yg ada nilai murni/baik/sucinya, yg apabila kita bantu org yg memerlukan, kita tak minta balasan, begitulah lebih kurang. tp, hny utk yg memerlukan, bukan utk bantu org kaya.

    baiklah nizha, saya beri anda masa utk berfikir. jika watak utama terpaksa berkorban dgn menjual sebahagian drpd hasil ternakannya juga ok, buat sementara waktu. yg penting, dia mesti berusaha utk mengatasi masalah sendiri, krn kita mahu bentuk wanita kuat dlm karya. lagipun, sebuah perjuangan, jika tanpa cabaran, tiada maknanya. nanti, mudah dapat, mudah pula pergi kan?

    sama2 nisha :) gigih terus k

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum sifu dan kak Aini.

    Saya nak masukkan posting yang baru ni, yang telah di olah semula.... :).

    ms 1
    Terduduk Atikah di atas titian di kebun buah-buahan ayahnya. Tidak mampu dia berdiri dan terasa lututnya lemah tidak bermaya. Mau saja dia terjun ke dalam sungai di hadapannya untuk menghilangkan rasa yang tidak keruan di hatinya. Mesej yang baru dibaca dari skrin telefon bimbitnya sungguh menyakitkan hatinya, “Maafkan aku Tikah, aku terpaksa lakukan ini semua untuk selamatkan diriku dari cengkaman seseorang. Aku akan hubungi kau bila keadaan mengizinkan”. Itulah mesej dari Ina sahabat karibnya.

    Marah, geram, benci, sakit hati, sedih dan pelbagai lagi. Seribu satu macam rasa yang tidak enak menerpa di dalam dirinya. Aduh! Jika diramukan semuanya mampu saje meledakkan peluru berpandu yang sudah tidak mampu di pandu lagi.

    Namun dia cuba memujuk dirinya sendiri, “Di dunia ini memang begitulah, terlalu sukar untuk mencari yang benar-benar jujur, ikhlas dan baik hatinya. Pasti sahaja kebaikkan yang dilakukan ada udang di sebaliknya. Sedangkan kaum keluarga sendiri, adik beradik sendiri boleh bergaduh dan bermasam muka bila berbicara tentang duit dan harta pusaka inikan pula orang jauh sedikit yang tiada apa-apa ikatan sekadar seorang sahabat sahaja”. Hatinya terus berkata.

    Telah dua tahun Atikah mengusahakan projek Penternakan Kambing Jenis Boer. Dibeli dari sebuah syarikat penternakan bumiputra yang telah stabil di negeri Selangor. Kebanyakkan kambing jenis ini dieksport dari Australia walaupun kambing jenis ini berasal Afrika Selatan. Kambing jenis Boer ini kebanyakkannya berbadan putih dan berwarna coklat di kepalanya

    ms 2
    serta mempunyai telinga besar dan lebar. Badannya juga lebih besar dari kambing biasa yang ada di Malaysia ini.

    Usaha Atikah telah pun menampakkan hasil dan kejayaannya. Sahabatnya, Ina jugalah yang banyak memberi nasihat dan dorongan kepadanya malah dialah juga tempat untuk bercerita dan mengadu masalah yang dihadapinya dalam penternakan kambing ini. Setiap kali balik ke kampung menjenguk ibubapanya, Ina tidak pernah lupa untuk menjenguk sahabatnya yang seorang ini.

    Tidak disangka sama sekali sahabat karibnya sendiri sanggup menipu dirinya. Duit simpanan yang masih berbaki beberapa ribu ringgit lesap di tangan sahabatnya sendiri, setelah berjanji mahu menguruskan pembelian dedak palet iaitu makanan tambahan untuk projek kambingnya. Dalam masa dua tahun kambing yang diternak membiak begitu banyak sekali dan diluar jangkaannya. Manakala padang ragut yang sedia ada tidak mampu menampung makanan kambing-kambing tersebut. Stok makanan tambahan atau dedak palet yang diperuntukkan setiap bulan juga sudah tidak mencukupi untuk kambing-kambingnya. Makanan tersebut perlu ditambah quantitinya untuk menghasilkan kambing yang sihat dan gemuk.

    Setelah beberapa ribu ringgit di belanjakan untuk menambah dan membesarkan kandang baru untuk kambingnya, baki duit tersebut semuanya diserahkan kepada sahabatnya untuk pembelian makanan tambahan bagi kambing-kambingnya. Tambahan pula syarikat penghasilan dedak palet tersebut berada di Johor Baharu, bandar yang sama dengan tempat

    ReplyDelete
  20. ms 3
    Ina berkerja. Pada pandangannya senanglah dia berurusan kerana selama ini pun dialah yang banyak membantu, memberi nasihat serta semangat kepadanya. Selama ini tiada sebarang curiga di hati kepada sahabatnya yang satu ini, Tambahan pula dialah satu-satunya sahabat yang menyokongnya selama ini, jadi di serahkan segala duit yang ada untuk menampung segala perbelanjaan pembeliaan dedak palet tersebut. Sayang sekali, sikapnya yang ringan tulang yang ditunjukkan serta kepetahan bercakap yang ada padanya dipergunakan untuk menipu Atikah.

    “Tikah, jangan bimbang duit yang kau beri ni kalau tak cukup nanti aku tambah guna duit aku sendiri. Akukan kerja, adalah sikit-sikit duit simpanan aku. Kalau setakat dua tiga ribu tu insyaAllah aku boleh tambah”. Katanya.

    Gembira sungguh hatinya ketika itu mendengar kata-kata sahabat baiknya ini. Tapi malang sekali hati manusia memang tidak dapat ditebak. Sudah seminggu dia cuba menelefon Ina tetapi tiada sebarang jawapan. Dia telah pun menghubungi En. Zul, pengurus syarikat Bestari Farm di Johor Bahru tetapi katanya tiada sesiapa datang ke syarikatnya untuk pembelian dedak palet yang telah pun diperuntukkan untuk Atikah.

    Atikah mula berfikir, bagaimanakah dan apakah cara yang terbaik yang patut dia lakukan, duit simpanan sudah habis, kambing-kambing itu perlu diberikan makanan yang secukupnya untuk pembesaran yang lebih baik dan juga untuk ibu-ibu kambing tersebut boleh menghasilkan susu yang baik untuk anak-anak kambing yang perlukan susuan dari ibu kambing. Untuk membeli susu tambahan pun memerlukan duit juga.

    ms 4
    Bukanya senang untuknya mencari duit sebanyak itu. Selama setahun berhempas pulas dia menolong abahnya di kebun getah, menoreh bersama-sama abahnya setiap pagi. Manakala sebelah petangnya dia mengikut abahnya ke kebun buah-buahan dimana disitulah dia bercucuk tanam sayur-sayur kacang panjang dan timum untuk di hantar ke pasar borong di bandar berhampiran kampungnya. Dia bertekad untuk mencukupkan duit untuk projek yang diimpikannya dalam masa setahun. Ya… memang usahanya berjaya tetapi hidup takkan indah tanpa mehnah dariNYA. Dia terus diuji….

    Atikah masih termenung di situ sambil membaling anak-anak batu ke dalam sungai, teringat dia bagaimana bermula perjalanan dia melangkah kebidang yang sedang diusahakan sekarang. Setelah gagal mendapat keputusan yang baik dalam SPM, dia sudah bertekad untuk tidak mahu menyambung pelajarannya lagi. Di tambah pula keluarganya sentiasa di dalam kesempitan takkan mungkin dia ingin terus membebankan abahnya lagi. Biarlah adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka kerana mereka lebih cemerlang di dalam pelajaran berbanding dirinya. Dia juga bertekad untuk membantu abahnya menampung perbelanjaan adik-adiknya suatu hari nanti. Jadi untuk itu dia ke bandar, ke rumah mak ciknya untuk mencari pekerjaan tetapi bukanlah niatnya untuk menetap dibandar selama-lamanya. Namun hajatnya tidak kesampaian, tiada rezeki untuk dia berkerja di bandar setelah lebih enam bulan tinggal di rumah mak ciknya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk balik ke kampung semula.

    Kini setelah hampir meniti kejayaan ia seakan-akan akan berkecai. Bagaimana harus dia menghadapi semua ini? Kepada siapakah dia harus mengadu dan memberitahu? Tak

    ReplyDelete
  21. ms 5
    mungkin dia bercerita kepada sebarangan orang, sudahlah selama ini dia dipandang rendah oleh orang lain terutamanya pemuda dan pemudi kampungnya yang sentiasa cuba memperlekeh dan mencari kesilapannya.

    “Ah! Perempuan lemah. Hangat-hangat tahi ayam je tu, tengoklah nanti. Kalau dah perempuan buatlah cara perempuan. Duduk jelah kat rumah, tunggu je pinangan…”, kata salah seorang pemuda di tembok di tepi jalan semasa dia berjalan menuju ke surau pada suatu hari.

    Dia hanya mendiamkan diri seolah-olah tidak mendengar apa yang mereka cakapkan, namun di dalam hatinya dia terus berkata, “Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk aku meneruskan usahaku ini dan berilah aku kejayaan supaya aku menjadi contoh untuk anak muda lain di kampung ini mengikut jejakku. Ya Allah, aku ingin lakukan semua ini kerana ENGKAU Ya Allah.. Ameen, ameen Ya Robb.”

    Atikah bertekad ingin melakukan sesuatu untuk meneruskan usahanya tanpa perlu menghebahkan masalahnya kepada sesiapa. Tetapi apakah akalnya?

    Untuk dia meminta bantuan pak cik dan mak ciknya, tak mungkin kerana mereka pun tidak setuju atas apa yang dia lakukan selama ini. Mereka lebih suka kalau Atikah berkerja makan gaji atau menyambung pelajarannya ke peringkat lebih tinggi.

    ms 6
    Adakah mungkin dia ingin terus meminta bantuan Farid yang berada jauh di Kuwait sana? Dalam keadaan begini, dalam keadaan buntu ini dia terkenangkan Farid yang juga banyak memberi kata-kata semangat walaupun berjauhan. Di peringkat awal projeknya dulu dialah juga yang banyak membantu samada dari segi kewangan maupun yang lainnya. Padang ragut untuk kambingnya sekarang pun adalah kepunyaan Farid. Oleh kerana tanah tersebut tiada siapa yang ingin mengusahakan jadi dia mencadangkan kepada Atikah untuk diusahakan sebagai padang ragut untuk kambing-kambingnya.

    Farid merupakan kawan dan jiran Atikah sejak kecil lagi. Dia adalah satu-satunya anak kepada Pak Cik Fuad dan al-marhumah Mak Cik Leha. Beberapa tahun selepas ibunya meninggal dunia ayahnya berkahwin semula dan berpindah ke kampung isteri barunya. Dia tidak mengikut ayahnya berpindah kerana jarak sekolahnya jauh dari kampung tersebut dan juga lebih selesa tinggal di rumahnya sendiri. Jadi Ibu dan ayah Atikahlah yang selama ini sering mengambil tahu tentang dirinya. Apa sahaja yang ibu Atikah masak, akan dihulurkannya kepada Farid. Ayah Atikah jugalah yang selama ini membersih serta menjaga kebun dan rumah peninggalan ibu Farid. Ayah Atikah selalu memotong rumput di halaman rumah Farid dan sesekali membersihkan kebun Farid sejak dia berada jauh di Kuwait sana.

    “Daripada tanah itu terbiar dan menjadi hutan, biarlah Atikah menggunakannya untuk projek penternakan kambing. Selama ni pun pak cik yang selalu membersihkan kebun saya tu. Saya pun tak tahu bila akan balik dan berkerja di sini.” Kata Farid kepada ayah Atikah semasa mereka berbual tentang hasrat Atikah beberapa tahun yang lepas.

    ReplyDelete
  22. ms 7
    “Dalam Islam kita pun dianjurkan jangan terlalu berkira-kira jika ingin melakukan kebaikkan, firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 3, yang bermaksud: “Dan sentiasalah tolong menolong dalam kebaikan dan yang mendorong kepada takwa serta jangan tolong menolong dalam perkara membawa dosa serta permusuhan,” Tambah Farid lagi.

    Dia merupakan lulusan Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Ekonomi Islam. Oleh kerana dia seorang yang cemerlang dan aktif semasa belajar dahulu dia mendapat banyak tawaran bekerja dari bank-bank tempatan maupun luar negara setelah tamat pengajiannya. Setelah berfikir semasak-masaknya dan ingin menimba pengalaman yang lebih luas lagi dia mengambil keputusan untuk bekerja di luar negara. Di samping dapat melihat negara orang lain, dia juga boleh menggunakan pengalaman serta kepakarannya nanti untuk di gunakan di dalam negara pula. Begitulah detik hati Farid semasa mula-mula dia ingin membuat keputusan dahulu.

    Telah beberapa tahun dia berada di sana, namun dia tidak bercadang untuk tinggal selamanya di sana. Dia pasti akan balik untuk menabur bakti untuk negaranya yang tercinta.

    Teman tetapi mesra itulah istilah yang boleh diungkapkan perhubungan mereka berdua. Mereka tidak pernah meluahkan perasaan masing-masing tetapi seolah terikat dengan satu ikatan yang kuat yang tidak mampu dirungkaikan.

    ms 8
    Mereka tidak selalu berhubung, namun hubungan hati mereka cukup kuat. Sekurang-kurangnya sebulan sekali pasti Farid menelefonnya. Kadang-kadang baru tergerak untuk menelefon dia sudah mendapat pangilan telefon dari Farid seolah-olah mereka mempunyai satu rasa yang sama. Farid sendiri pun sudah sedia maklum akan perangai Atikah. Dia tahu sangat dengan sikap Atikah yang tidak akan menelefon jika tiada sebarang perkara yang penting untuk di bicarakan. Tambahan pula dia seorang terlalu berjimat dan berkira-kira dengan perbelanjaan kewangannya. Dia tidak akan membazir dengan perkara-perkara yang tidak berfeadah dan tidak perlu. Oleh kerana Farid lebih berkemampuan, jadi dialah yang selalunya menghubungi Atikah.

    Telefon bimbit hadiah dari Farid dipegangnya. Hadiah yang di terimanya ketika Farid bercuti tahun lepas. Telefon inilah pengubat rindunya pada sang jejaka yang jauh di mata. Telefon ini juga yang menjadi peneman dirinya sepanjang hari-hari yang dilaluinya.

    “Aduhhhh.., malu rasanya untuk dia terus mengadu dan meminta pertolongan kerana selama ini pun terlalu banyak pertolongan yang diberikan oleh Farid walaupn berada nun jauh di Timur Tengah sana. Tetapi apa lagi ikhtiarku? “ Bicara hatinya. Sedikit tenang hatinya bila teringatkan Farid.

    “Tapi…, takkan selamanya aku bergantung harap padanya,” Dia sedang berfikir-fikir untuk mencari peluang lain pula. Untuk dia terus membuat pinjaman dengan agensi-agensi kerajaan memakan masa yang lama untuk di luluskan, sedangkan kambing-kambing ini perlu

    ReplyDelete
  23. ms 9
    diberi makan setiap hari, “Aku mesti selesaikan secepat mungkin, aku mesti selesai dalam tempoh terdekat ini,” katanya lagi.

    Atikah sedang ligat berfikir. Adakah patut dia menjualkan sebahagian kambingnya untuk mendapatkan duit tambahan bagi membeli dedak palet yang diperlukan. Tetapi kepada siapa? Perlukah dia menghantar kambing-kambing yang telah disembelih ke kedai-kedai runcit ataup ke pasar-pasar di Bandar?

    Tiba-tiba dia teringatkan Amin yang baru balik menetap semula di kampungnya. Kilang tempat Amin bekerja telah ditutup akibat masalah kewangan. Namun majikannya telah memberikan pampasan kepada semua pekerjanya mengikut prestasi kerja dan juga berapa lama perkhidmatan bersama syarikat tersebut. Jadi dengan duit pampasan itu dia telah pun memulakan langkah pertamanya untuk mengusahakan projek penternakkan kambing seperti Atikah juga. Bulan lepas dia telah pun merujuk dan bertanyakan Atikah tentang hal ini. Atikah sangat-sangat menyokong tindakan Amin dan telah pun memberi pandangan serta pengalamannya kepada Amin.

    Sekarang, Amin sedang menyiapkan kandang-kandang kambingnya. Tetapi dia masih belum pasti baka kambing jenis apa yang ingin di usahakan. Dia telah pun bertanya kepada Atikah tentang hal ini dan juga pengusaha-pengusaha lain namun belum membuat keputusan yang muktamat lagi.

    ms 10
    “Aaaaa…. Esok aku nak pergi jumpa Amin”, tiba-tiba Atikah bersuara.

    Ada sesuatu yang di fikirkannya. Dia bercadang untuk menjualkan sebahagian dari kambingnya kepada Amin dan mengharapkan amin bersetuju untuk membeli kambing-kambingnya.

    Ketika ini dia sudah mampu untuk bagun dari lamunan di titian itu. Lututnya sudah terasa kuat untuk berdiri. Di perhatikannya di sekeliling. Terasa indah, damai dan mempersonakan suasana di sini. Beburung masih berkicau riang, langit membiru tenang walaupun mentari petang panasnya membahang. Senja telah mula mengamit.

    “Ya Allah, aku belum solat Asar lagi, astagfirullahhalazim…., betapa rapuhnya hati ini. Baru sedikit dugaan yang diberi telah mula melupakan Tuhan.”. Dia merunggut sendirian sambil berlari-lari anak menuju ke motor yang ditinggalkan berhampiran kandang kambingnya. Bergegas dia pulang untuk menjalankan tanggunjawabnya sebagai seorang hamba Allah.

    Biasanya waktu malam begini keluarga Atikah bersama-sama ke surau untuk solat berjemaah serta bersama-sama menghadiri kuliah maghrib tetapi hari ini hatinya berat sedikit untuk mengikut mereka. Dia solat bersendirian di rumah. Selepas solat Isyak dia menyambung solat-solat sunat yang lain dan di tambah dengan solat hajat. Dia berdoa kepada Allah semoga segala masalahnya dapat diselesaikan dan perjumpaannya dengan Amin pada keesokkan hari akan berjaya membuahkan hasil.

    ReplyDelete
  24. ms 11
    Hari ini hari yang bertuah dan bersejarah bagi Atikah. Tidurnya kali ini tidak diganggu oleh mimpi yang ngeri lagi. Di awal-awal pagi lagi dia menerima panggilan telefon dari Ina. Kebalakangan ini hati Ina merasa tidak tenang serta resah gelisah dengan tindakannya. Dia selalu teringatkan Atikah dan hatinya berterusan merasa bersalah, jadi dia menelefon dengan tujuan untuk menerangkan lebih jelas lagi apa yang telah terjadi. Dia diburu dan di ugut oleh “Ah Long”. Jadi dia terpaksa membayar hutangnya kepada Ah Long jika tidak dia bakal menerima padahnya. Perniagaan yang di usahakan bersama seorang lagi rakan kongsinya mengalami masalah kewangan. Dia tersilap mengambil keputusan kerana inginkan duit yang segera untuk kegunaan syarikatnya, jadi dia mengambil keputusan untuk membuat pinjaman dari “Ah Long”. Dia terus bercerita bagaimana dia diugut akan dicurahkan asid kemukanya jika dia gagal membuat bayaran dengan segera.

    Mendengar cerita Ina, Atikah merasa kasihan dan simpati serta hilang rasa marahnya. Lagipun selama ini Ina telah banyak membantunya. Dia merelakan duitnya digunakan oleh Ina semoga dengan itu mengurangkan sedikit bebanannya yang di tanggung oleh sahabatnya ini.

    “Tak pelah Ina, nak buat macammana, duit tu pun kau dah berikan pada Ah Long. Kita pun dah lama berkawan. Selama ni pun kau yang banyak tolong aku. Takkan masa kau susah macam ni pun aku tak boleh tolong dan mengalah sikit. Kan kita dah janji akan terus bersahabat walaupun apa keadaan sekali pun. Sahabat yang sejati sahabat yang sentiasa memberi dan sanggup berkorban walaupun di dalam keadaan susah sekali pun,” Kata Atikah dalam perbualan di talian telefon.

    ms 12
    “Aku pun dah ada jalan penyelesaian ni, harap-harap berjaya. Aku nak jumpa Amin pagi ni nak berbincang tentang penjualan kambing dengannya. Dia berminat nak menternak kambing seperti aku. Jadi bolehlah aku menjualkan sebahagian kambing aku ni untuk mendapatkan duit tambahan, nak beli dedak palet tu sementara aku mendapat bantuan dari MARA. Aku pun tengah berkira-kira nak buat pinjaman dengan MARA selepas ini. Harap-harap semua yang aku rancang berjalan dengan lancar,” Sambung Tikah lagi.

    “Terima kasih Tikah. Bulan depan, InsyaAllah aku balik kampung dan aku akan cerita lebih lanjut lagi. Aku pun nak cuti lama sikit kali ni. Harap-harap masa tu kita boleh pergi sama-sama ke pejabat MARA untuk temankan kau buat pinjaman itu.” Ina mengakhiri perbualan mereka.

    Jam di tangan menunjukkan pukul 9.00a.m. Malam tadi Atikah telah pun menelefon Amin untuk berbincang tentang penjualan kambingnya. Atikah berjanji dengan Amin akan datang ke rumahnya dalam pukul 9.30a.m ini.

    Alhamdulillah perbincangan mereka berjalan dengan lancar. Amin telah bersetuju untuk membeli sebahagian kambing Atikah. Atikah juga bersedia memberikan tunjuk ajar kepada Amin untuk mengendalikan penternakan kambing tersebut. Kegembiraan jelas tergambar di wajah Atikah kerana akhirnya kebuntuannya telah berlalu. Segalanya akan berjalan seperti biasa dan projek penternakkan kambingnya insyaAllah akan terus maju serta berkembang lebih baik lagi selepas ini.

    ReplyDelete
  25. nisha :)

    saya dah baca pengolahan semula yg anda buat kat atas tu, komen saya; jauuuuuuuh lebih baik drpada sebelumnya, tahniah!

    sekarang, kita sudah nampak bahawa atikah seorang gadis yg punya tulang belakang dan bijaksana. inilah yg dimaksudkan adanya nilai murni.

    cuma, sebelum dihantar ke Mingguan Wanita, anda perlu mengurangkan jumlah mukasurat (mengikut di komputer anda) ke hny 10 ms saja, krn pihak majalah tak boleh terima terlalu byk utk memberi ruang kpd penulis lain pula.

    ada sikit je pembaikan yg perlu anda buat utk hidupkan ayat kat bwh ni, supaya tak kedengaran memberitahu sebaliknya tunjuk;

    1. Farid merupakan kawan dan jiran Atikah sejak kecil lagi. Dia adalah satu-satunya anak kepada Pak Cik Fuad dan al-marhumah Mak Cik Leha. Beberapa tahun selepas ibunya meninggal dunia ayahnya berkahwin semula dan berpindah ke kampung isteri barunya. Dia tidak mengikut ayahnya berpindah kerana jarak sekolahnya jauh dari kampung tersebut dan juga lebih selesa tinggal di rumahnya sendiri. Jadi Ibu dan ayah Atikahlah yang selama ini sering mengambil tahu tentang dirinya. Apa sahaja yang ibu Atikah masak, akan dihulurkannya kepada Farid. Ayah Atikah jugalah yang selama ini membersih serta menjaga kebun dan rumah peninggalan ibu Farid. Ayah Atikah selalu memotong rumput di halaman rumah Farid dan sesekali membersihkan kebun Farid sejak dia berada jauh di Kuwait sana.

    “Daripada tanah itu terbiar dan menjadi hutan, biarlah Atikah menggunakannya untuk projek penternakan kambing. Selama ni pun pak cik yang selalu membersihkan kebun saya tu. Saya pun tak tahu bila akan balik dan berkerja di sini.” Kata Farid kepada ayah Atikah semasa mereka berbual tentang hasrat Atikah beberapa tahun yang lepas.

    tukar ke begini (anda perlu copy je ni);

    Atikah tersenyum lembut Terbayang dia akan Farid, kawan dan jirannya sejak kecil lagi. Farid, satu-satunya anak kepada Pak Cik Fuad dan al-marhumah Mak Cik Leha. (kasihan farid, fikirnya), Beberapa tahun selepas ibu Farid meninggal dunia ayahnya berkahwin semula dan berpindah ke kampung isteri barunya. Dia tidak mengikut ayahnya berpindah kerana jarak sekolahnya jauh dari kampung tersebut dan ternyata lebih selesa tinggal di rumahnya sendiri. Jadi Ibu dan ayah Atikahlah yang selama ini sering mengambil tahu tentang dirinya. Apa sahaja yang ibu Atikah masak, akan dihulurkannya kepada Farid. Ayah Atikah jugalah yang selama ini membersih serta menjaga kebun dan rumah peninggalan ibu Farid. Ayah Atikah selalu memotong rumput di halaman rumah Farid dan sesekali membersihkan kebun Farid sejak dia berada jauh di Kuwait sana.

    ReplyDelete
  26. “Daripada tanah itu terbiar dan menjadi hutan, biarlah Atikah menggunakannya untuk projek penternakan kambing. Selama ni pun pak cik yang selalu membersihkan kebun saya tu. Saya pun tak tahu bila akan balik dan berkerja di sini,” kata Farid kepada ayah Atikah semasa mereka berbual tentang hasrat Atikah, beberapa tahun yang lepas. “Dalam Islam kita pun dianjurkan jangan terlalu berkira-kira jika ingin melakukan kebaikkan, bukan?"

    Atikah setuju, terutama sekali dia teringatkan pada firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 3, yang bermaksud: “Dan sentiasalah tolong menolong dalam kebaikan dan yang mendorong kepada takwa serta jangan tolong menolong dalam perkara membawa dosa serta permusuhan.

    Atikah menghela nafas panjang. Terkenang dia akan Farid, lulusan Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Ekonomi Islam itu lagi. Hebatnya Farid! Khabarnya, oleh kerana pencapaian pedidikannya cemerlang dan aktif semasa belajar dahulu, maka banyaklah pula dia mendapat tawaran bekerja dari bank-bank tempatan mahupun luar negara setelah tamat pengajiannya. Alangkah! Khabarnya lagi, setelah berfikir semasak-masaknya dan ingin menimba pengalaman yang lebih luas lagi, Farid akhirnya mengambil keputusan untuk bekerja di luar negara. Jelasnya, di samping dapat melihat negara orang lain, dia juga boleh menggunakan pengalaman serta kepakarannya nanti untuk di gunakan di dalam negara pula. Begitulah yang Farid jelaskan kepada Atikah, semasa mula-mula dia ingin membuat keputusan dahulu.

    itu je nisha, lepas anda berjaya memendekkannya dan postkan kembali ke sini, anda dah boleh minta bantuan aini ttg cara2 menghantarnya ke Mingguan Wanita.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  27. tmbh;

    nisha, ada sikit kesilapan format penulisan yg saya temui di sana sini, saya beri contoh;

    1. “Aaaaa…. Esok aku nak pergi jumpa Amin”, tiba-tiba Atikah bersuara.

    ada kesilapan tanda baca kat atas tu, sebab sebelum penutup dialog harus ada koma atau titik atau tanda seru atau tanda soal, bukan selepasnya, sepatutnya begini;

    “Aaaaa…. Esok aku nak pergi jumpa Amin,” tiba-tiba Atikah bersuara.

    2. “Ya Allah, aku belum solat Asar lagi, astagfirullahhalazim…., betapa rapuhnya hati ini. Baru sedikit dugaan yang diberi telah mula melupakan Tuhan.”.

    sepatutnya begini;

    “Ya Allah, aku belum solat Asar lagi, astagfirullahhalazim….! Betapa rapuhnya hati ini. Baru sedikit dugaan yang diberi telah mula melupakan Tuhan.”

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum sifu dan Kak Aini

    di bawah ni pengolahan terbaru cerpen saya... :).

    ms 1 & 2
    Terduduk Atikah di atas titian di kebun buah-buahan ayahnya. Tidak mampu dia berdiri dan terasa lututnya lemah tidak bermaya. Mau saja dia terjun ke dalam sungai di hadapannya untuk menghilangkan rasa yang tidak keruan di hatinya. Mesej yang baru dibaca dari skrin telefon bimbitnya sungguh menyakitkan hatinya, “Maafkan aku Tikah, aku terpaksa lakukan ini semua untuk selamatkan diriku dari cengkaman seseorang. Aku akan hubungi kau bila keadaan mengizinkan,” Itulah mesej dari Ina sahabat karibnya.

    Marah, geram, benci, sakit hati, sedih dan pelbagai lagi. Seribu satu macam rasa yang tidak enak menerpa di dalam dirinya. Aduh! Jika diramukan semuanya mampu saje meledakkan peluru berpandu yang sudah tidak mampu di pandu lagi.

    Namun dia cuba memujuk dirinya sendiri, “Di dunia ini memang begitulah, terlalu sukar untuk mencari yang benar-benar jujur, ikhlas dan baik hatinya. Pasti sahaja kebaikkan yang dilakukan ada udang di sebaliknya. Sedangkan kaum keluarga sendiri, adik beradik sendiri boleh bergaduh dan bermasam muka bila berbicara tentang duit dan harta pusaka inikan pula orang jauh sedikit yang tiada apa-apa ikatan sekadar seorang sahabat sahaja,” Hatinya terus berkata.

    Telah dua tahun Atikah mengusahakan projek Penternakan Kambing Jenis Boer. Dibeli dari sebuah syarikat penternakan bumiputra yang telah stabil di negeri Selangor. Kebanyakkan kambing jenis ini dieksport dari Australia. Kambing jenis Boer ini kebanyakkannya berbadan putih dan berwarna coklat di kepalanya serta mempunyai telinga besar dan lebar. Badannya juga lebih besar dari kambing biasa yang ada di Malaysia ini.
    Tidak disangka sama sekali sahabat karibnya sendiri sanggup menipu dirinya. Duit simpanan yang masih berbaki beberapa ribu ringgit lesap di tangan sahabatnya sendiri, setelah berjanji mahu menguruskan pembelian dedak palet iaitu makanan tambahan untuk projek kambingnya. Dalam masa dua tahun kambing yang diternak membiak begitu banyak sekali dan diluar jangkaannya. Manakala padang ragut yang sedia ada tidak mampu menampung makanan kambing-kambing tersebut. Stok makanan tambahan atau dedak palet yang diperuntukkan setiap bulan juga sudah tidak mencukupi untuk kambing-kambingnya. Makanan tersebut perlu ditambah quantitinya untuk menghasilkan kambing yang sihat dan gemuk.

    Beberapa ribu ringgit telah di belanjakan untuk menambah dan membesarkan kandang baru untuk kambingnya, baki duit tersebut semuanya diserahkan kepada sahabatnya, Ina untuk pembelian makanan tambahan bagi kambing-kambingnya.

    “Tikah, jangan bimbang duit yang kau beri ni kalau tak cukup nanti aku tambah guna duit aku sendiri. Akukan kerja, adalah sikit-sikit duit simpanan aku. Kalau setakat dua tiga ribu tu insyaAllah aku boleh tambah,” Katanya.

    Gembira sungguh hatinya ketika itu mendengar kata-kata sahabat baiknya ini. Tapi malang sekali hati manusia memang tidak dapat ditebak. Sudah seminggu dia cuba menelefon Ina tetapi tiada sebarang jawapan. Dia telah pun menghubungi En. Zul, pengurus syarikat Bestari Farm di Johor Bahru tetapi katanya tiada sesiapa datang ke syarikatnya untuk pembelian dedak palet yang telah pun diperuntukkan untuk Atikah.

    ReplyDelete
  29. ms 3
    Atikah mula berfikir, bagaimanakah dan apakah cara yang terbaik yang patut dia lakukan, duit simpanan sudah habis, kambing-kambing itu perlu diberikan makanan yang secukupnya untuk pembesaran yang lebih baik dan juga untuk ibu-ibu kambing tersebut boleh menghasilkan susu yang baik untuk anak-anak kambing yang perlukan susuan dari ibu kambing. Untuk membeli susu tambahan pun memerlukan duit juga.

    Bukanya senang untuknya mencari duit sebanyak itu. Selama setahun berhempas pulas dia menolong abahnya di kebun getah, menoreh bersama-sama abahnya setiap pagi. Manakala sebelah petangnya dia mengikut abahnya ke kebun buah-buahan dimana disitulah dia bercucuk tanam sayur-sayur kacang panjang dan timum untuk di hantar ke pasar borong di bandar berhampiran kampungnya. Dia bertekad untuk mencukupkan duit untuk projek yang diimpikannya dalam masa setahun. Ya… memang usahanya berjaya tetapi hidup takkan indah tanpa mehnah dariNYA. Dia terus diuji….

    Atikah masih termenung di situ sambil membaling anak-anak batu ke dalam sungai, teringat dia bagaimana bermula perjalanan dia melangkah kebidang yang sedang diusahakan sekarang. Setelah gagal mendapat keputusan yang baik dalam SPM, dia sudah bertekad untuk tidak mahu menyambung pelajarannya lagi. Di tambah pula keluarganya sentiasa di dalam kesempitan takkan mungkin dia ingin terus membebankan abahnya lagi. Biarlah adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka kerana mereka lebih cemerlang di dalam pelajaran berbanding dirinya. Dia juga bertekad untuk membantu abahnya menampung perbelanjaan adik-adiknya suatu hari nanti.

    ms 4

    Kini setelah hampir meniti kejayaan ia seakan-akan akan berkecai. Bagaimana harus dia menghadapi semua ini? Kepada siapakah dia harus mengadu dan memberitahu? Tak mungkin dia bercerita kepada sebarangan orang, sudahlah selama ini dia dipandang rendah oleh orang lain terutamanya pemuda dan pemudi kampungnya yang sentiasa cuba memperlekeh dan mencari kesilapannya.

    “Ah! Perempuan lemah. Hangat-hangat tahi ayam je tu, tengoklah nanti. Kalau dah perempuan buatlah cara perempuan. Duduk jelah kat rumah, tunggu je pinangan!” kata salah seorang pemuda di tembok di tepi jalan semasa dia berjalan menuju ke surau pada suatu hari.

    Dia hanya mendiamkan diri seolah-olah tidak mendengar apa yang mereka cakapkan, namun di dalam hatinya dia terus berkata, “Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk aku meneruskan usahaku ini dan berilah aku kejayaan supaya aku menjadi contoh untuk anak muda lain di kampung ini mengikut jejakku. Ya Allah, aku ingin lakukan semua ini kerana ENGKAU Ya Allah.. Ameen, ameen Ya Robb.”

    Atikah bertekad ingin melakukan sesuatu untuk meneruskan usahanya tanpa perlu menghebahkan masalahnya kepada sesiapa. Tetapi apakah akalnya?

    Untuk dia meminta bantuan pak cik dan mak ciknya, tak mungkin kerana mereka pun tidak setuju atas apa yang dia lakukan selama ini. Mereka lebih suka kalau Atikah berkerja makan gaji atau menyambung pelajarannya ke peringkat lebih tinggi.

    ReplyDelete
  30. ms 5
    Atikah tersenyum lembut. Terbayang dia akan Farid, kawan dan jirannya sejak kecil lagi. Farid, satu-satunya anak kepada Pak Cik Fuad dan al-marhumah Mak Cik Leha. (kasihan farid, fikirnya). Beberapa tahun selepas ibu Farid meninggal dunia ayahnya berkahwin semula dan berpindah ke kampung isteri barunya. Dia tidak mengikut ayahnya berpindah kerana jarak sekolahnya jauh dari kampung tersebut dan ternyata lebih selesa tinggal di rumahnya sendiri. Jadi Ibu dan ayah Atikahlah yang selama ini sering mengambil tahu tentang dirinya. Apa sahaja yang ibu Atikah masak, akan dihulurkannya kepada Farid. Ayah Atikah jugalah yang selama ini membersih serta menjaga kebun dan rumah peninggalan ibu Farid. Ayah Atikah selalu memotong rumput di halaman rumah Farid dan sesekali membersihkan kebun Farid sejak dia berada jauh di Kuwait sana.

    “Daripada tanah itu terbiar dan menjadi hutan, biarlah Atikah menggunakannya untuk projek penternakan kambing. Selama ni pun pak cik yang selalu membersihkan kebun saya tu. Saya pun tak tahu bila akan balik dan berkerja di sini,” kata Farid kepada ayah Atikah semasa mereka berbual tentang hasrat Atikah, beberapa tahun yang lepas. “Dalam Islam kita pun dianjurkan jangan terlalu berkira-kira jika ingin melakukan kebaikkan, bukan?"

    Atikah setuju, terutama sekali dia teringatkan pada firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 3, yang bermaksud: “Dan sentiasalah tolong menolong dalam kebaikan dan yang mendorong kepada takwa serta jangan tolong menolong dalam perkara membawa dosa serta permusuhan.

    Atikah menghela nafas panjang. Terkenang dia akan Farid, lulusan Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Ekonomi Islam itu lagi. Hebatnya Farid! Khabarnya, oleh kerana pencapaian pedidikannya cemerlang dan aktif semasa belajar dahulu, maka banyaklah pula dia mendapat tawaran bekerja dari bank-bank tempatan mahupun luar negara setelah tamat pengajiannya. Alangkah! Khabarnya lagi, setelah berfikir semasak-masaknya dan ingin menimba pengalaman yang lebih luas lagi, Farid akhirnya mengambil keputusan untuk bekerja di luar negara. Jelasnya, di samping dapat melihat negara orang lain, dia juga boleh menggunakan pengalaman serta kepakarannya nanti untuk di gunakan di dalam negara pula. Begitulah yang Farid jelaskan kepada Atikah, semasa mula-mula dia ingin membuat keputusan dahulu.

    Telah beberapa tahun dia berada di sana, namun dia tidak bercadang untuk tinggal selamanya di sana. Dia pasti akan balik untuk menabur bakti untuk negaranya yang tercinta.

    Teman tetapi mesra itulah istilah yang boleh diungkapkan perhubungan mereka berdua. Mereka tidak pernah meluahkan perasaan masing-masing tetapi seolah terikat dengan satu ikatan yang kuat yang tidak mampu dirungkaikan.

    Mereka tidak selalu berhubung, namun hubungan hati mereka cukup kuat. Sekurang-kurangnya sebulan sekali pasti Farid menelefonnya. Kadang-kadang baru tergerak untuk menelefon dia sudah mendapat pangilan telefon dari Farid seolah-olah mereka mempunyai satu rasa yang sama. Farid sendiri pun sudah sedia maklum akan perangai Atikah. Dia tahu sangat dengan sikap Atikah yang tidak akan menelefon jika tiada sebarang perkara yang penting untuk di bicarakan. Tambahan pula dia seorang terlalu berjimat dan berkira-kira dengan perbelanjaan kewangannya. Dia tidak akan membazir dengan perkara-perkara yang

    ReplyDelete
  31. ms6
    tidak berfeadah dan tidak perlu. Oleh kerana Farid lebih berkemampuan, jadi dialah yang selalunya menghubungi Atikah.

    Telefon bimbit hadiah dari Farid dipegangnya. Hadiah yang di terimanya ketika Farid bercuti tahun lepas. Telefon inilah pengubat rindunya pada sang jejaka yang jauh di mata. Telefon ini juga yang menjadi peneman dirinya sepanjang hari-hari yang dilaluinya.

    “Aduhhhh..! malu rasanya untuk dia terus mengadu dan meminta pertolongan kerana selama ini pun terlalu banyak pertolongan yang diberikan oleh Farid walaupun berada nun jauh di Timur Tengah sana. Tetapi apa lagi ikhtiarku? “ Bicara hatinya. Sedikit tenang hatinya bila teringatkan Farid.

    Atikah sedang ligat berfikir. Adakah patut dia menjualkan sebahagian kambingnya untuk mendapatkan duit tambahan bagi membeli dedak palet yang diperlukan. Tetapi kepada siapa? Perlukah dia menghantar kambing-kambing yang telah disembelih ke kedai-kedai runcit atau ke pasar-pasar di Bandar?

    Tiba-tiba dia teringatkan Amin yang baru balik menetap semula di kampungnya. Kilang tempat Amin bekerja telah ditutup akibat masalah kewangan. Namun majikannya telah memberikan pampasan kepada semua pekerjanya mengikut prestasi kerja dan juga berapa lama perkhidmatan bersama syarikat tersebut. Jadi dengan duit pampasan itu dia telah pun memulakan langkah pertamanya untuk mengusahakan projek penternakkan kambing seperti Atikah juga. Bulan lepas dia telah pun merujuk dan bertanyakan Atikah tentang hal ini.

    ReplyDelete
  32. ms7
    berfeadah dan tidak perlu. Oleh kerana Farid lebih berkemampuan, jadi dialah yang selalunya menghubungi Atikah.

    Telefon bimbit hadiah dari Farid dipegangnya. Hadiah yang di terimanya ketika Farid bercuti tahun lepas. Telefon inilah pengubat rindunya pada sang jejaka yang jauh di mata. Telefon ini juga yang menjadi peneman dirinya sepanjang hari-hari yang dilaluinya.

    “Aduhhhh..! malu rasanya untuk dia terus mengadu dan meminta pertolongan kerana selama ini pun terlalu banyak pertolongan yang diberikan oleh Farid walaupun berada nun jauh di Timur Tengah sana. Tetapi apa lagi ikhtiarku? “ Bicara hatinya. Sedikit tenang hatinya bila teringatkan Farid.

    Atikah sedang ligat berfikir. Adakah patut dia menjualkan sebahagian kambingnya untuk mendapatkan duit tambahan bagi membeli dedak palet yang diperlukan. Tetapi kepada siapa? Perlukah dia menghantar kambing-kambing yang telah disembelih ke kedai-kedai runcit atau ke pasar-pasar di Bandar?

    Tiba-tiba dia teringatkan Amin yang baru balik menetap semula di kampungnya. Kilang tempat Amin bekerja telah ditutup akibat masalah kewangan. Namun majikannya telah memberikan pampasan kepada semua pekerjanya mengikut prestasi kerja dan juga berapa lama perkhidmatan bersama syarikat tersebut. Jadi dengan duit pampasan itu dia telah pun memulakan langkah pertamanya untuk mengusahakan projek penternakkan kambing seperti Atikah juga. Bulan lepas dia telah pun merujuk dan bertanyakan Atikah tentang hal ini.

    ms8
    Atikah sangat-sangat menyokong tindakan Amin dan telah pun memberi pandangan serta pengalamannya kepada Amin.

    Sekarang, Amin sedang menyiapkan kandang-kandang kambingnya. Tetapi dia masih belum pasti baka kambing jenis apa yang ingin di usahakan. Dia telah pun bertanya kepada Atikah tentang hal ini dan juga pengusaha-pengusaha lain namun belum membuat keputusan yang muktamat lagi.

    “Aaaaa…. Esok aku nak pergi jumpa Amin,” tiba-tiba Atikah bersuara.

    Ada sesuatu yang di fikirkannya. Dia bercadang untuk menjualkan sebahagian dari kambingnya kepada Amin dan mengharapkan amin bersetuju untuk membeli kambing-kambingnya.

    Ketika ini dia sudah mampu untuk bagun dari lamunan di titian itu. Lututnya sudah terasa kuat untuk berdiri. Di perhatikannya di sekeliling. Terasa indah, damai dan mempersonakan suasana di sini. Beburung masih berkicau riang, langit membiru tenang walaupun mentari petang panasnya membahang. Senja telah mula mengamit.

    “Ya Allah, aku belum solat Asar lagi, astagfirullahhalazim….! Betapa rapuhnya hati ini. Baru sedikit dugaan yang diberi telah mula melupakan Tuhan.” Dia merunggut sendirian

    ReplyDelete
  33. ms 9
    sambil berlari-lari anak menuju ke motor yang ditinggalkan berhampiran kandang kambingnya. Bergegas dia pulang untuk menjalankan tanggunjawabnya sebagai seorang hamba Allah.

    Biasanya waktu malam begini keluarga Atikah bersama-sama ke surau untuk solat berjemaah serta bersama-sama menghadiri kuliah maghrib tetapi hari ini hatinya berat sedikit untuk mengikut mereka. Dia solat bersendirian di rumah. Selepas solat Isyak dia menyambung solat-solat sunat yang lain dan di tambah dengan solat hajat. Dia berdoa kepada Allah semoga segala masalahnya dapat diselesaikan dan perjumpaannya dengan Amin pada keesokkan hari akan berjaya membuahkan hasil.

    Hari ini hari yang bertuah dan bersejarah bagi Atikah. Tidurnya kali ini tidak diganggu oleh mimpi yang ngeri lagi. Di awal-awal pagi lagi dia menerima panggilan telefon dari Ina. Ina telah menerangkan kedudukan sebenarnya atas apa yang telah berlaku. Dia diburu dan di ugut oleh “Ah Long”. Jadi dia terpaksa membayar hutangnya kepada Ah Long jika tidak dia bakal menerima padahnya. Perniagaan yang di usahakan bersama seorang lagi rakan kongsinya mengalami masalah kewangan. Dia tersilap dengan membuat keputusan mendapatkan pinjaman dari “Ah Long” kerana inginkan duit yang segera bagi kegunaan syarikatnya. Dia terus bercerita bagaimana dia diugut akan dicurahkan asid kemukanya jika dia gagal membuat bayaran dengan segera.

    ms10
    cerita Ina, Atikah merasa kasihan dan simpati serta hilang rasa marahnya. Lagipun selama ini Ina telah banyak membantunya. Dia merelakan duitnya digunakan oleh Ina semoga dengan itu mengurangkan sedikit bebanannya yang di tanggung oleh sahabatnya ini. Lagipun dia tengah berusaha mendapatkan pinjaman dari MARA untuk membesarkan lagi projek penternakan kambingnya.

    “Terima kasih Tikah. Bulan depan, InsyaAllah aku balik kampung dan aku akan cerita lebih lanjut lagi. Aku pun nak cuti lama sikit kali ni. Harap-harap masa tu kita boleh pergi sama-sama ke pejabat MARA untuk temankan kau buat pinjaman itu.” Ina mengakhiri perbualan mereka.

    Jam di tangan menunjukkan pukul 9.00a.m. Malam tadi Atikah telah pun menelefon Amin untuk berbincang tentang penjualan kambingnya. Atikah berjanji dengan Amin akan datang ke rumahnya dalam pukul 9.30a.m ini.

    Alhamdulillah perbincangan mereka berjalan dengan lancar. Amin telah bersetuju untuk membeli sebahagian kambing Atikah. Atikah juga bersedia memberikan tunjuk ajar kepada Amin untuk mengendalikan penternakan kambing tersebut. Kegembiraan jelas tergambar di wajah Atikah kerana akhirnya kebuntuannya telah berlalu. Segalanya akan berjalan seperti biasa dan projek penternakkan kambingnya insyaAllah akan terus maju serta berkembang lebih baik lagi selepas ini.

    ReplyDelete
  34. nisha :)

    saya dah baca pengolahan semula yg anda buat kat atas tu, komen saya; sgt sgt sgt sgt sgt bulat, padat dan kuat, tahniah!

    sekarang anda dah boleh minta bantuan aini ttg cara2 menghantar cerpen ni kpd Mingguan Wanita

    gigih terus k

    ReplyDelete
  35. tahniah nisha anda sudah berjaya mengolah sebuah cerpen bermutu dan bernilai murni. ini adalah permulaan yg mesti diteruskan secara berterusan.

    berikut saya turunkan alamat editor di Majalah Mingguan Wanita;
    Puan Nuri Supian,
    nuri@karangkraf.com

    nisha, mudah saja menghantar karya anda ke MW,
    send attachment beserta dgn surat iringan yg menyebut cerpen ini melalui bimbingan sifu Azmah Nordin di azmahnordin blogspot.com


    *sample surat iringan;

    (alamat anda n tarikh)


    Editor Mingguan Wanita
    (U/P: Puan Nuri Supian)

    Assalamualaikum wm wb


    CERPEN: (judul)
    Oleh:
    Bersama ini saya sertakan cerpen berjudul ( ) Cerpen ini diolah dengan bimbingan Puan Azmah Nordin di dalam blog beliau, azmahnordin blogspot.com. Puan Azmah mencadangkan supaya cerpen ini dihantar ke Majalah Mingguan Wanita.

    Jasa baik Puan dalam mempertimbangkan cerpen ini sangat saya hargai.
    Sekian terima kasih.

    Wassalam.

    Yang benar,
    (nama,no.ic,no.tel)

    ReplyDelete
  36. nisha :) ini adalah judul cadangan saya;

    1. Boer Harapan.

    2. Palet Hati

    3. Atikah

    anda boleh pilih salah satu judul di atas, atau gabungkan mana2 perkataan di atas tu, utk dijadikan judul yg penuh suspen dan menarik. petua; judul yg menarik adalah antara 1,2 dan tiga perkataan saja.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum kak Aini dan sifu. Berikut adalah sinopsis cerpen terbaru saya. Harap mendapat komen2 yang berguna untuk saya pelajari dan perbaharuinya nanti.... :).


    Judul : Hati Midah

    Dalam perjalanan balik ke kampung, Hamidah mengambil peluang berbual-bual pelbagai perkara dengan anak-anaknya terutama anak remajanya. Anak sulungnya, Amir belajar di salah sebuah universiti tempatan. Anak keduanya, Muiz masih lagi menunggu tawaran belajar di universiti tempatan maupun luar Negara. Anak ke tiga dan ke empatnya, Izat dan Aisyah masih lagi belajar di sekolah menengah.

    Mereka anak beranak memang rapat antara satu sama lain. Mereka boleh bercerita tentang kisah masing-masing. Walaupun demikian Hamidah selalu sahaja tidak bersetuju dengan tindakan anak-anaknya dalam menghadapi kehidupan remaja mereka. Dia selalu sahaja mengkritik dan membantah apa yang dilakukan oleh anak-anaknya. Maklumlah naluri seorang ibu sentiasa merasa risau dan bimbang dengan masalah remaja kini menjadikan dia sentiasa sensitif dengan apa yang berlaku.

    Rupa-rupanya dalam diam-diam anak-anaknya memendam rasa dan tidak berpuas hati dengan tindakan ibunya walaupun selama ini mereka tidak pernah membantah/melawan kata-kata ibunya. Di dalam perjalanan inilah mereka meluahkan isi hati masing-masing.

    Hamidah terduduk dengan kata-kata anak-anaknya. Dia terpaksa akur dengan pandangan mereka. Namun jauh di sudut hatinya dia mempunyai alasan yang kukuh untuk melakukan segala tindakannya selama ini. Hamidah terpaksa mengalah dan akur dengan kata-kata anaknya demi mencari titik persefahaman antara mereka, dia termenung dan mengimbau kembali kisah-kisah lamanya dalam mendidik anak-anaknya. Pada fikiran Hamidah segala apa yang telah diusahakan telahpun menampakan hasilnya sekarang ini walaupun semasa menghadapi berbagai dugaan yang dialaminya.

    ReplyDelete
  38. Wa'alaikum salam nisha,
    saya sudah membaca dan menilai sinopsis anda di atas. dari sudut nilai murni tiada masalah, ia ada menyimpan nilai murni jika kita pandai menggalinya.

    komen saya, ingin tertuju kpd kemelut yg anda mahu ketengahkan... adakah dlm sinopsis ini anda bermaksud ingin memaparkan 'generation gap'? Ia mmg lumrah sekarang n serius, lalu mmg mesti kita tangani dgn bijak. Tetapi isu ini jika ditonjolkan secara nyata, akn membosankan.

    maka sebaiknya dlm karya, anda cari satu kemelut yg dihadapi oleh watak utama; boleh saja ibu-jika anda mau buat cerpen dewasa. boleh jg watak utama itu remaja, jk anda mau buat cerpen remaja. anda fikirkan yg munasabah.

    setelah anda tentukan watak utamanya, pilih pula satu penyelesaian yg boleh kedua2 generasi/ibu n anak kongsi dlm meleraikan kemelut tersebut...akhirnya nanti anda membawa pembaca memansuhkan gap antara dua generasi ini. begitu yg saya nampak,utk tidak membiarkan karya anda nanti bersifat klise.

    ***walaubagaimana,saya yakin sifu ada idea dan panduan yg lebih mantap n memudahkan anda mengolah sinopsis anda ini.

    -mohon sifu beri pandangan dan pencerahan.

    ReplyDelete
  39. aini :) thanks

    nisha :)

    sprt komen kak aini anda :) terdapat dua sudut pandangan dr dua watak utama dlm sinopsis baru anda tu, jadi anda kena pilih yg mana satu sudut pandangan yg lebih dpt anda jiwai; ibu atau anak.

    kemudian, begitu sudah pilih, cari sesuatu yg istimewa ttg watak utama tersebut, supaya kita dpt angkat mertabat wanita dlm karya anda kelak. apa2 je boleh, yg penting, kita beri sesuatu yg boleh mengangkat mertabat wanita tersebut. sama ada kerjaya atau profesion ataupun perniagaan/usahawan. asal ada. dan pilih satu istilah drpdnya utk diulang2 balik2, sebagai simbol bagi keseluruhan cerita.

    seperti biasa, wujudkan 2 babak yg diiringi 2 latar/suasana, mulakan 4/5 drpd keseluruhan cerita. wujudkan cerita yg sedramatik/sedahsyat mungkin, supaya cerita anda hidup dan menarik.
    buat antara 6 - 8 ms saja, sbb setelah dibedah, ia akan bertamhah dgn sendirinya.

    anda buat dulu ni nisha, nanti saya lihat bagaimana. gigih terus k

    ReplyDelete
  40. Salam sifu dan kak Aini. Ni cerpen terbaru saya. Ni je yang dapat saya buat. Kalau rasa tak cukup umph, boleh tukar yang lain. Saya sedia menerima teguran. Mudah2an. ameen...

    ms1
    “Sajada wajhiyallillazi halaqohu wasouwarohi wasyaqqosam’ahu wabasorohu bihaulihi, waquwatihi, tabarokallahhu ahsanul kholiqiin.” Dahinya terus mencecah sejadah, sambil terus mengingatkan maksud di dalam hatinya… “Telah sujud oleh muka ku bagi Tuhan yang telah menjadikannya dan telah merupakannya dan telah memecahkan pendengarannya dan penglihatannya dengan dayaNya dan kuasaNya. Maha Suci Allah daripada segala sifat yang tidak layak baginya yang amat mengetahui akan segala yang ditakdirnya. Tuhan sebaik-baik pencipta.”

    Air matanya bagaikan aliran sungai yang deras yang tak mampu diempang, terus mencurah-curah meleleh keluar tanpa boleh ditahan-tahan lagi bagaikan ada satu aliran baru yang tidak tahu dari mana puncanya. Dia sendiri tidak tahu kenapa terlalu rasa sedih dan hiba di hatinya kali ini. Padahal selama ini selalu sahaja dia melakukan sujud syurkur tetapi tidak pernah sebegini sekali perasaannya.

    Jam di dinding menunjukkan pukul 4.30 pagi. Selesai sahaja melakukan sujud syukur dia menoleh kepada suaminya yang masih lagi tidur lena dilambungnya. Ingin sahaja dia mengejutkan suaminya tetapi terasa kasihan melihatkan wajahnya yang kelihatan keletihan dan kepenatan. Maklumlah malam tadi baru sahaja selesai membuat satu pembedahan jantung salah seorang pesakitnya.

    Terasa sekali dia ingin bercerita dan meluahkan isi hati kepada suaminya atas apa yang berlaku petang tadi semasa di dalam perjalanan balik dari kampungnya. Namun memandang

    ReplyDelete
  41. ms2
    wajah suaminya yang masa keletihan tidak sampai hati dia mengejutkannya untuk bercerita. Dipendamkannya buat seketika

    Kali ini suaminya tidak ikut sama balik ke kampung kerana tugasannya sebagai seorang doktor membataskan kebersamaan mereka. Jadi dicurahkan segala-galanya di atas sejadah cintaNYA. Siapa lagi yang boleh diluahkannya, tentulah Ilahi ya Robbi, Tuhan semesta alam, yang lebih mengerti dan memahami isi hatinya samada di luahkan atau tidak. Segala perkara sudah pun diketahui oleh Kekasihnya yang hakiki, walaupun disembunyikan di naluri sendiri. Dia terus mencurahkan perasaannya dengan kata-kata yang mendayu-dayu dan merayu-rayu kepada Allah yang Maha Mendengar itu. Terus berdoa sambil berlinangan air matanya.

    Selesai sahaja munajatnya dia menoleh ke langit Ilahi dari jendela cermin di biliknya. Menyelak dedaun jendela sambil memandang jauh di atas sana. Terasa lembutnya desiran angin menyapa ditelinga, terus menyentuh pipi seolah memujuk diri. Wah! Hebatnya ciptaan Ilahi, ketenangan hati terus menyapa dengan sentuhan bayu pagi dan keunikan langit Ilahi. Kelihatannya gelap tetapi terasa segar, nyaman lagi tenang, di serikan lagi dengan bintang-bintang yang berkelipan.

    “Subhanallah… gelap, tetapi masih indah dan tenang, diserikan bintang yang berkelip-kelipan sambil disapa desiran angin,” bisik hatinya.

    ms3

    Hamidah, seorang murabbi yang telah menghampiri separuh abad usianya. Dia tidak bekerja ketika ini tetapi sebelum ini dia mengajar di salah sebuah sekolah Menengah di Melaka. Pernah belajar di Universiti Malaya. Kerana mengenangkan anak-anaknya yang sedang membesar dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberi tumpuan yang lebih kepada anak-anaknya. Namun dia sentiasa mendapat undangan untuk memberi kuliah di surau-surau serta masjid-masjid di serata Malaysia dan sesekali menghadiri pelbagai forum berbentuk islamik. Dia gembira dengan kehidupannya sekarang ini.

    Dia mempunyai empat orang anak. Aisyah merupakan anaknya bongsu manakala Izat adalah anak ketiganya. Yang kedua, Muiz belajar di salah sebuah universiti tempatan manakala anak yang sulongnya bernama Amir telah pun membuka syarikat sendiri dan sedang berjinak-jinak dalam bidang motivasi Islamik. Dia bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Psikologi.

    Masih segar lagi di dalam ingatan Hamidah peristiwa yang berlaku petang tadi. Dalam kereta MPVnya, Hamidah dan anak-anak bercerita tentang pengalaman yang baru berlalu di kampung mereka. Terasa harmoni dan gembira sekali bila sesekali dapat berkumpul bersama ahli keluarga yang lain di kampung. Hamidah sekeluarga memang jarang balik ke kampung kerana memikirkan kesibukkan suaminya yang selalu sahaja di dalam situasi “On Call” dengan tugasan di hospital. Untuk meninggalkan suami berseorangan di rumah tidak sampai hati apatah lagi dia memangnya seorang ustazah yang amat tahu tentang hukum-hukum agama. Tempat isteri adalah di sisi suaminya, syurga isteri pun terletak atas reda suami, tentulah suaminya lebih penting dan diutamakan dari segala-galanya di dunia ini.

    ReplyDelete
  42. ms4
    Anaknya Aisyah memulakan cerita, “Bang Amir, bang Muiz, nak tau tak cerita tentang Nani malam tadi?”.
    “Ermmm, kenapa?” Amir membalasnya sambil memandu kereta MPV. Muiz anak kedua di sebelahnya yang tidak banyak bercakap, mendiamkan diri sambil membelek-belek buku motivasi yang selalu Hamidah tinggalkan di dalam MPVnya.

    Aisyah memang suka melayan adik-adik sepupunya yang masih kecil. Nani yang berusia dalam linkungan setahun lebih adalah anak Mak Tehnya. Bila berkumpul di kampung kebiasaannya yang perempuan berkumpul dan berbual di dapur, manakala kaum adam pula berkumpul di ruang tamu, anak-anak yang kecil pula berkumpul sambil menonton televisyen.

    “Malam tadi, kita orang duduk kat dapur sambil berbual-bual, tiba-tiba Nani datang sambil memegang pampers di tangannya,” Aisyah meneruskan, “Ibu! Nani beraklah,” . Sambil menunjukkan lampin pakai buangnya yang ada di tangannya.
    “eh, eh, eh… cepat-cepat pergi bilik air,” Kata Mak Teh Aisyah.
    “Dah terlambatttt, tak apalah, dah basuh pun. Dengan nada pelat dan manjanya. Sambil dia memakai kembali lampin yang dipegangnya di hadapan mereka, seperti dia menyarungkan seluarnya sendiri. Semua yang berada di situ ketawa dengan keletahnya,” Aisyah bercerita. Manakala mereka yang berada di dalam kereta juga ketawa dengan penceritaan semula dari Aisyah.

    ms5

    Pelbagai topik diperkatakan. Lama kelamaan cerita mereka melarat pula dengan kisah sepupu mereka yang agak nakal dan malas bila diberikan tugasan.
    Kata Izat, anak ketiga Hamidah, “Apalah Nurul tu, minta tolong basuh pinggan sikit pun tak nak, pinggan sendiri pun tak dibasuhnya, letak je dalam singki, lepas tu berlari ke depan tengok tv. Beginilah anak dara zaman sekarang, malas!”
    “Tulah sebabnya umi didik kamu semua dari kecil lagi, suruh tolong buat kerja-kerja rumah, tolong basuh pinggan, basuh bilik air, menyapu, mop lantai dan banyak lagi. Supaya nanti bila berada di mana-mana tahu apa yang patut di buat,”. Kata Hamidah sambil memandang anak-anaknya.
    “Tak kira lelaki ke, perempuan ke, semuanya kena buat kerja, kena tolong umi dan abi kat rumah, anak lelaki pun boleh memasak, anak perempuan juga boleh basuh bilik air, boleh angkat yang berat-berat. Tak ada istilah manja-manja atau pilih-pilih dalam melaksanakan kerja-kerja dalam rumah ni,”

    Dua orang anaknya berada di hadapan berpandangan sesama sendiri. Mungkin tanda isyarat, uminya telah mula bertakzirah, silap-silap haribulan tukar kepada ceramah, sampai rumah pun ceramahnya takkan selesai, siap dengan dalil-dalil dari al-Quran dan Hadith sekali. Itu belum lagi contoh-contah dari sahabat-sahabat Rasulullah atau pun dari Rasululullah sendiri. Begitulah agaknya fikiran anak-anaknya. Memang itulah bidangnya.

    “Umi, kalau bab itu oklah umi, memang umi bagus dan kami amat-amat berterima kasih dalam hal ini tapi kalau bab-bab berkawan pun umi tentukan siapa boleh kami berkawan, siapa yang tak boleh berkawan susahlah, kami tahulah siapa kawan kami dan macamna kami

    ReplyDelete
  43. ms6
    nak berkawan. Perkara yang tak elok tu taklah kami ikut juga. Sesekali nak keluar ke bandar pun umi tak bagi,” kata anaknya Amir.
    “Ya, betul-betul, give me five” Tak di sangka anaknya Muiz pun menyokong sambil mengangkat tangan kepada abangnya. Di sambut oleh abangnya dengan tepukan tangan mereka berdua.
    “Bila pulak umi tak bagi, umi cuma berikan cadangan, terpulanglah nak kawan ke tidak. Kalau masa sekolah dulu sesekali tu, umi bagilah pergi ke bandar bersama kawan-kawan tapi kalau tiap-tiap minggu atau tiap-tiap bulan tu memanglah tak boleh,” balas Hamidah.
    “Tapi dulu, kat padang pun umi intai-intai kami bermain dan berkawan, tu macam mana?”. Muiz pula bersuara.
    “Itu bukannya masalah berkawan dengan siapa tapi tak nak kamu merokok, maklumlah masa tu kan ada yang beritahu, budak-budak lelaki yang sekolah menengah ni merokok kat padang tanpa segan silu dan rasa hormat kat orang tua yang ada kat situ. Umi tak nak kamu terlibat sama,”. Sambung Hamidah.

    Keadaan mereka agak tegang seketika, bukan setakat itu sahaja bualan mereka. Telah berlarutan lagi sehingga adik-adiknya yang dua orang itu terdiam mendengarkan perbalahan tersebut. Namun akhirnya uminya mengalah dan mengaku kesilapannya.

    “Oklah, umi mengaku umi terlalu bertegas sebelum ini, jadi untuk kamu berdua Izat, Aisyah, umi akan cuba bertolak ansur. Umi cuba untuk tidak melakukan perkara yang sama yang mana umi lakukan kepada kedua-dua abang kamu. Umi minta maaf banyak-banyak, apa pun

    ms7
    umi lakukan untuk kebaikkan kamu semua, supaya kamu semua menjadi anak yang baik, soleh, solehah dan boleh menabur bakti untuk agama, bangsa dan Negara.” Pujuk Hamidah kepada anak-anaknya. Walaupun di dalam hatinya ingin terus bersuara, tetapi terpaksa dipendamkan demi mengelakkan perbalahan yang lebih berpanjangan.

    Kedengaran burung berkicauan di dahan pokok mangga di hadapan rumahnya, menandakan fajar bakal menyingsing tidak lama lagi. Tersedar dia dari lamunannya. Dihampiri suaminya yang masih lagi tidur lena sambil mengusap rambut suaminya.
    “Bang bangunlah, dah nak subuh dah ni, bolehlah mandi dan kita pergi masjid bersama-sama anak-anak kita. Hari inikan masih cuti lagi?”. Kata Hamidah kepada suaminya.

    Kebiasaannya pada hari cuti beginilah masanya diperuntukkan bersama suami dan anak-anaknya. Kebersamaan dalam menjalankan tanggunjawab terhadap Khaliknya dan keluarganya. Disamping itu boleh juga menambahkan kemesraan dan rasa kasih sayang yang lebih erat diantara mereka.

    Dikejutkan anak-anaknya seorang demi seorang untuk sama-sama ke masjid untuk solat berjemaah serta mendengar kuliah subuh. Walaupun mereka agak liat untuk bangun, namun diteruskan juga usahanya. Walaupun ada yang menunjukkan air muka yang masam mencuka, diteruskan juga. Semangatnya bertambah kuat bila sudah ternampak sedikit hasilnya. Anak pertamanya sedang meniti kejayaan menjadi pakar motivasi yang terkenal kini. Dia sering menerima jemputan dari kalangan guru-guru sekolah dan sesekali di panggil berforum dalam motivasi islami melalui syarikat yang ditubuhkan bersama sahabat-

    ReplyDelete
  44. ms8
    sahabatnya. Manakala anak keduanya, Muiz adalah salah seorang pemimpin pelajar disalah sebuah universiti tempatan. Dia menjadi ikon dan contoh kepada pelajar-pelajar lain di universitinya. Namanya sentiasa meniti dibibir pelajar-pelajar di situ.

    Pagi ini hati Hamidah gembira sekali kerana usahanya sekali lagi berjaya. Berjaya membawa keluarganya bersama-sama ke rumah Allah. Berjaya mendengar kuliah subuh bersama. Balik dari kuliah mereka menghirup udara segar sambil berjalan-jalan di kawasan riadah berhampiran rumahnya bersama-sama. Akhirnya mereka bersama-sama bersarapan di kedai mamak berhampiran sebelum kembali semula ke rumah mereka.

    Harapan Hamidah hanya satu semoga Allah merestui segala usahanya ini walaupun kadang-kadang terasa kelelahan dalam menghadapi liku-liku hidup ini. Ameen….

    ReplyDelete
  45. nisha :)

    saya dah baca karya anda kat atas tu, komen saya; ketiadaan satu isu/masalah yg sgt2 besar dan bersifat peribadi kpd watak utama, membuatkan karya kelihatan ringan dab bersifat permukaan cuma. konflik antara hamidah dan anak2 adalaqh konflik yg lumrah dan biasa saja, yg sering berlaku dalam sesebuah keluarga yg bahagian dan sihat.

    apabila kita mengangkat kisah ttg keluarga bahagian begini, dgn sendiri `tiada berita' - no news means good news, sekali gus bermakna tiada cerita yg boleh didalami dgn baik.

    jadi, ini bermakna anda kena cari satu cerita/isu/masalah yg hebat/dahsyat utk dijadikan sebagai sebuah cerpen yg menarik dan baik. ingat cerpen pertama anda dgn blog sastera kita ni kan? gunakan cerpen tu sebagai contoh dan acuan utk cerpen2 anda seterusnya; segala gelojak perasaan, ilmu bantu dan nilai murni yg terdapat di dlmnya. byk cerita boleh ditemukan dlm internet dan anda hny perlu mengembangkannya saja, dgn memasuki ke jiwa watak utama. fikirkan dulu, tp jgn lambat sgt, sbb anda ada novel cerita rakyat yg perlu digarap di blog kayangan nanti.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum sifu sayang(he3... nak bodek ni).

    Alhamdulillah. Terima kasih sifu. Saya dah jangkakan komen sifu.

    Lebih banyak kesilapan semakin dekat kepada kejayaan. Lagi banyak dugaan, kejayaan besar menanti kemudian.

    Wahai masalah, datanglah sebanyak mungkin tapi jangan kau usik semangat ku yang membara untuk menulis. he3... untuk pujuk diri sendiri.

    Sebenarnya saya masih keliru. Memang ada ilham lain tapi takut keterlaluan sampai menonjolkan nilai2 yang tak murni/buruk.

    Sifu bolehkah saya ubah kepada masalah anaknya kepada masalah penagihan dadah? Nampaknya kena fikirkan jalan cerita yang baru ni....

    ReplyDelete
  47. nisha sayang :) ni tak bodek ni, sbb kasih sayang sesama insan mmg diwajibkan.

    ok, eloklah cari cerita lain. oklah, saya beri kelonggaran kped anda. jika tiada idea lagi elok terus je ke novel cerita rakyat supaya anda boleh hantar ke itbm secepat mungkin.

    boleh je buat ttg penagihan dadah, tp perlu betul2 mendalami dr sudut kejiwaan dan pemikirannya. jadi, fikirkan k

    ReplyDelete
  48. Subhanallah, sangat2 sayang sifu. Saya sentiasa dihadirkan dengan orang2 yang baik dan hebat di sekeliling saya walaupun sering dikelilingi dengan masalah kehidupan.

    He3... terkena dengan sifu. Sifu, maafkan saya. Saya memang seorang yang sangat berterus terang, kadang2 menyebabkan orang tersinggung dengan kata2 saya. Itulah yang perlu saya ubah.

    Sangat suka dan menghargai tawaran sifu. Cumanya saya masih tak ada idea nak buat cerita apa. Dan lepas ni kena cari novel cerita rakyat, supaya boleh mendapat idea.

    Terus terang saya katakan saya sudah cuba mencari buku2/novel sifu di kedai2 buku tapi setakat ini satu pun saya belum berjumpa. Di dalam internet juga sudah cuba cari tapi masih tak jumpa. Malu juga saya kepada sifu, belajar dengan sifu tapi novel sifu belum lagi saya jumpa dan belum dapat saya baca. Maaf banyak2 sifu.

    Kak Aini ada cadangan ke kat mana saya boleh cari novel2 sifu... :).

    Untuk kak Aini. saya memang teruja dengan tawaran sifu dan menerimanya dengan gembira sekali. Jadi apa patut saya buat?.

    MasyaAllah. Dalam sedih ada gembira. Dalam derita ada bahagia. Dalam susah ada senangnya. ameen, ameen, ya Robb...

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum kak Aini dan sifu.

    Ada sedikit pertanyaan....

    Bolehkah saya membuat separa cerita rakyat. Maksudnya dimulakan dengan kisah zaman sekarang kemudian diimbau masa lalu. Kerana kisah mereka ada kaitan dan persamaan.

    Dalam gambaran kasar saya - Di beri nama Lalang di sebabkan setiap kali dia/ibunya menanam padi akan tumbuh lalang. Akibat sumpahan/melanggar perintah kerana berkahwin dengan pemuda/pedagang arab. Keturunan akhir(keturunan yang ke 7) gadis asli(lalang) mengalami peristiwa hampir sama. Kalau dulu lalang dengan pemuda arab tapi sekarang keturunan lalang pula menghadapi masalah dengan keturunan syed/arab Malaysia.

    Adakah ini masih dikira cerita rakyat?

    Sifu atau kak Aini, tolong berikan saya pandangan sebelum saya berkira2 untuk menghasilkan sinopsisnya.

    Salam kasih sayang untuk anda berdua. ameen....

    ReplyDelete
  50. wa'alaikum salam nisha,
    saya dah baca pertanyaan anda di atas,
    ..setelah saya tilik2/nilaikan/timbang2kan...
    ada sikit masalah,sikit je. anda ada byk masa lagi untuk memikirkan sinopsis yg sesuai dan sememangnya tidak perlu terburu2 semasa membuat sinopsis.

    saya beri sikit tips utk jln cerita yg boleh diterima dan akn mudah digarap;
    1.mesti bernilai murni n menjaga sensitiviti agama n bangsa/keturunan.
    2. tiada eksploitasi watak
    3.logik- masuk akal/munasabah pd masa sekarang.
    4. bukan tahyul dan mistik.
    5. ada nilai perjuangan n pengajaran.
    6. membawa nilai positif n terhasil tindakan yg positif.

    nisha, ttg gaya penceritaan yg ingin anda olah, samaada boleh dikategorikan ncr; saya rasa sifu ada jawapan yg lebih jelas. Jadi kita tunggu komen sifu,k.

    apa pun jua nisha, teruskan gigih untuk mencuba lagi, semoga nanti hasilnya akan bermutu!

    ReplyDelete
  51. Salam kak Aini,
    Wah! saya kena banyak belajar lagi ni. Memang saya akan meletakkan nilai2 murninya. Itu sekadar gambaran kasarnya sahaja.

    Bolehkah kak Aini beritahu saya, daripada apa yang saya tuliskan itu adakah di dalam senarai yang kak Aini telah senaraikan. Maafkan saya, mungkin saya tak perasan/tak tahu/tak faham dengan ada yang kak Aini beritahu.

    Sebenarnya saya juga dari keturunan orang asli + Kelantan + arab. Jadi sepatutnya macammana ye... :).

    Saya lebih suka kalau kak Aini boleh jelaskan lebih jelas, berpandukan gambaran kasar saya itu. Nanti bolehlah saya berikan sinopsis yang betul/baik. ameen...

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum kak Aini dan sifu.

    Saya sedang menyambung membaca buku cerita rakyat untuk pelajar KBSM. Diantaranya ada kisah tahyul/mistik iaitu kisah 'Aman yang di sihir' dan 'Puteri Sundari dengan kekasihnya' yang berunsurkan cerita tahyul/mistik dan saya tidak nampak nilai murninya disitu.

    Tetapi saya ingin bertanya tentang perkara lain. Jika tulisan ini menyentuh sensitiviti sesiapa samada kak Aini, sifu dan yang lainnya, janganlah di publishkan. Saya masih keliru dan saya tidak berniat hendak menyalahkan sesiapa dan mencari salah sesiapa kerana saya juga ada salahnya. Saya juga tidak berkecil hati jika sifu/kak Aini tidak bersetuju/membantah pandangan dan cara saya.

    Sebenarnya saya masih keliru dengan nilai2 murni, eksploitasi dan sensitiviti. Pada saya nilai murni dll yang diinginkan oleh kita mengikut pandangan manusia tidak mengikut pandangan Allah. Apa yang saya belajar dalam ilmu tasawuf berbeza sekali dengan pandangan kita.

    Sebagai contoh, adakah dikira mereka yang bekerja di kilang(sebagai pekerja kilang/bawahan) atau bekerja di stesen minyak ataupun tempat2 yang seumpamanya di kira tiada nilai murni jika mereka menjaga akhlak mereka walaupun mereka di kelilingi oleh insan2 yang tidak berakhlak? Kenapa seorang CEO/pengurus/pengarah itu dipandang mulia/tinggi sedangkan mereka mempunyai akhlak yang sangat buruk dan hidupnya penuh didalam kemaksiatan dan kadang2 menindas/mengambil kesempatan terhadap orang2 bawahannya seperti pekerja kilang dll? Adakah nilai murni itu dilihat kepada pekerjaan mereka? Adakah seorang pelacur/Gro tiada nilai murni di dalam diri mereka? Sedangkan di dalam Islam kita tidak boleh menghina mereka kerana kemungkinan mereka diakhir/hujung usia mereka mati lebih mulia dari kita yang di pandang baik di sisi manusia ini.

    Ustazah saya juga pernah menceritakan kisah seorang yang alim/tok guru yang selalu berkunjung ketempat pelacur. Dia akan masuk ke satu bilik, ke satu bilik setiap pelacur tersebut. Kebanyakan orang di sekelilingnya dan anak muridnya sendiri telah berprasangka buruk terhadapnya. Kalau difikirkan dari segi logik akal memanglah kita akan berburuk sangka tetapi mereka tidak tahu sebenarnya tok guru tersebut sedang berdakwah dan mengajak pelacur tersebut berubah ke arah kebenaran/kebaikkan. Jadi tok guru tersebut telah difitnah dan kebanyakkan orang menghina serta berburuk sangka terhadapnya.

    Jadi, banyak perkara yang saya tidak faham sebenarnya kerana saya berada ditengah2 dan saya cuba memperjuangkan ilmu tasauf yang telah saya belajar walaupun masih ada nilai2 jahat didalam diri saya.

    Kadang2 pandangan saya atau perjuangan saya tak sama dengan apa yang diinginkan oleh panduan akhlak manusia menjadikan saya lari dari landasan kehendak manusia. Dalam penulisan saya juga saya suka dan ingin memperjuangkan hal2 sedemikian tetapi tak sehaluan dengan pemikiran sekarang ini. Nilai murni saya juga tidak sama dengan orang lain jadi bila menulis tu saya teragak2 untuk menulis.

    Jadi apa yang perlu saya lakukan? Bolehkah sifu dan kak Aini memberi penjelasan dan pandangan sedikit lagi dalam hal ini? Walaupun pendapat kita tidak sama bukan bermakna saya membenci sifu/kak Aini cuma perlukan pencerahan lebih kuat lagi supaya saya boleh faham.

    Jangan marah sifu dan kak Aini.... :). Saya sayangkan anda berdua kerana ilmu yang telah anda curahkan kepada saya tanpa mengharapkan apa2 balasan. ameen...

    ReplyDelete
  53. aini :) thanks

    nisha :) jwb soalan anda k;

    1. soalan di kotak komen yg mula2 kat atas tu; jawapannya; jika cerita zaman sekarang di bawa ke zaman dahulu (biar ada persamaan sekalipun) dianggap sebagai cerita sejarah - bukan cerita rakyat. jadi, jika nak buat cerita rakyat, mesti seratus peratus cerita pada zaman dahulu kala - bermakna, tiada kereta dan segala kemudahan zaman sekarang, termasuk manusiannya.

    2. ttg nilai murni, mudah saja utk melihatnya; yang baik di balas baik, yg buruk di balas buruk. watak utama mesti sentiasa mempunyai semangat juang tanpa mengira jantina, biar berada dlm keadaan apa sekalipun. mesti sentiasa berpegang pd syarak, dan mesti tonjolkan watak utama mempunyai hati yg baik/positif, biar berada dlm keadaan segenting mana sekalipun atau bertaraf apa pun kedudukannya dlm masyarakat.

    dr anda; Sebagai contoh, adakah dikira mereka yang bekerja di kilang(sebagai pekerja kilang/bawahan) atau bekerja di stesen minyak ataupun tempat2 yang seumpamanya di kira tiada nilai murni jika mereka menjaga akhlak mereka walaupun mereka di kelilingi oleh insan2 yang tidak berakhlak?

    jwpn saya; bekerja di kilang minyak tu tak bermakna tidak bernilai murni tp sebagai seorang penulis, kita bertanggungjawab utk menjalankan tanggungjawab murni kita utk tidak menggalakkan remaja berfikiran sempit utk mencari jalan mudah mencari wang. terutama sekali persekitaran tmpat stesyen minyak itu sendiri boleh sgr memudaratkan seorang remaja, jika tidak bernasib baik. kan org kata, jgn bermain apa, jika tak mau disambar api? so, kita sebagai penulis mesti beri alternatif kpd remaja (pembaca) bahawa ada jalan lain yg lebih baik utk dilakukan, utk buat wang. kita perlu beri maruah kpd watak utama kita dgn mengangkat semangat juangnya.

    ReplyDelete
  54. dr anda; Kenapa seorang CEO/pengurus/pengarah itu dipandang mulia/tinggi sedangkan mereka mempunyai akhlak yang sangat buruk dan hidupnya penuh didalam kemaksiatan dan kadang2 menindas/mengambil kesempatan terhadap orang2 bawahannya seperti pekerja kilang dll? Adakah nilai murni itu dilihat kepada pekerjaan mereka? Adakah seorang pelacur/Gro tiada nilai murni di dalam diri mereka? Sedangkan di dalam Islam kita tidak boleh menghina mereka kerana kemungkinan mereka diakhir/hujung usia mereka mati lebih mulia dari kita yang di pandang baik di sisi manusia ini.

    jwp saya; jika anda baca novel Menongkah Lumrah, Mega Nissa dan byk sekali cerpen saya, semuanya hentam org2 korporat, termasuk CEOnya. semuanya karya utk dewasa. tp, ini tentunya berbeza dgn menulis karya utk remaja. kita perlu berhati2 menjaga anak remaja (mcm kita jaga anak kita juga) supaya jgn pandang semuanya selamat dan ok. ini tanggungjawab kita.

    dr anda;
    Kadang2 pandangan saya atau perjuangan saya tak sama dengan apa yang diinginkan oleh panduan akhlak manusia menjadikan saya lari dari landasan kehendak manusia. Dalam penulisan saya juga saya suka dan ingin memperjuangkan hal2 sedemikian tetapi tak sehaluan dengan pemikiran sekarang ini. Nilai murni saya juga tidak sama dengan orang lain jadi bila menulis tu saya teragak2 untuk menulis.

    jwpn saya; takdelah. dr karya anda yg pernah dibimbing di sini, tiada unsur2 berlainan haluan antara kita. kita sama saja, sama hasrat dan sama semangat juang. perbezaannya, saya 20 tahun lebih berpengalaman (makan garam la tu) drpd anda. jgn rasa tertekan atau rendah diri k. yg penting pada saya, semangat juang awak. perbezaan pendapat - tak bermakna perbezaan ideologi.

    3. ttg posting yg boleh menyentuh perasaan saya? tiada apa pun yg boleh menggugah saya - kecuali jika anda patah semangat. itu mahal bagi saya; semangat juang anda.

    ok, nisha tersayang :) ini yg perlu anda fikir;

    1. kita nak buat novel cerita rakyat remaja; jadi, semuanya perlu simple/mudah. semudah cerita bawang putih bawang merah. kita nak tonjolkan sikap manusia, misalnya, yg kejam di balas oleh Tuhan, yang baik juga dibalas baik. jadi, tak perlu fikir terlalu dlm.

    cerita anda ttg lelaki arab dan gadis asli tu sgt2 menarik, jika anda wujudkan gadis orang asli tu sebagai seorang pahlawan orang asli, berjuang utk kaumnya dan mungkin jatuh cinta dgn lelaki org arab.

    bagaimanapun, saya rasa, cerita ini mmg sukar nak diangkat, kecuali anda snggup bekerja keras buat sedikit kajian ttg budaya suku org asli, tarian, pakaian, alat muzik, muzik, mantera, puisi rakyat org asli dan sebagainya; kita sama sekali tak perjuangkan agama apa pun dlm cerita rakyat, krn itu dah tema novel agama dah k.

    jadi, fikir2kanlah dulu. jika anda sanggup bekerja keras, dan tak cepat ambil hati dgn saya (kami) yg ganas ini, kita boleh buat sebuah cerita rakyat yg menarik dan hidup.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  55. Salam sifu,

    Mengenai kata2 sifu, "kita sama sekali tak perjuangkan agama apa pun dlm cerita rakyat, krn itu dah tema novel agama dah k".

    Masih bolehkah kita meletakkan/mengaitkan dengan unsur2 islami di tambah pula gadis itu berkahwin/bercinta dengan orang Arab.

    Mengenai kerja keras itu, insyaAllah boleh, kalau ada sumber rujukannya dilibrary/internet. Untuk berjumpa dengan orang2 tertentu tu setakat ini masih tiada dalam fikiran.

    Terima kasih sifu. Nanti saya fikirkan dan mungkin jika ada ilham/cerita lain saya akan beritahu sifu.

    Sayang sifu. Semoga ukhuwwah kita berpanjangan. ameen.

    ReplyDelete
  56. waalaikumusalam nisha :)

    saya terus jwb soalan anda k;

    1. boleh je masukkan unsur2 islami dlm cerita rakyat, misalannya, amalannya sebagai seorang Islam yg baik. dan dia berjuang berdasarkan amalan dia sebagai seorang islam yg baik. ok la tu.

    2. ttg nak kahwin dgn lelaki arab tu, hny pada satu atau dau paragraf terakhir dlm novel anda saja, akan disebut dia akan berkahwin dgn lelaki arab tu. sebelum itu, kita perlihatkan perjuangannya sebagai seorang gadis perkasa. novel cerita rakyat ni adalah novel remaja, jd unsur2 kisah cinta sgt2 sikit ditonjolkan, sebaliknya kegigihan dia memperjuangkan sesuatu yang gmbarkan.

    jika ada kisah cinta pun, hny cinta polos, mcm dia tersipu malu apabila bersua muka, dadanya berdebar tidak keruan apabila bertemu. atau dia sering teringat2 atau terbayang2 akan pemuda arab tu, lebih kurang begitulah; polos,bersih, suci/murni. mcm cinta gadis pingitan gitu.

    ok nisha :) no satu yg perlu diwujudkan adalah perjaungan watak utama memperjuangkan sesuatu yg bermakna - bukan cinta, tp sesuatu yg lebih bermakna dan besar, misalnya utk seluruh penduduk kampung dll.

    fikirkan, dan bila dah dpt idea, kita bincang lagi. gigih terus k

    ReplyDelete
  57. Salam Ramadhan yang ke 5, sifu dan kak Aini.

    Bolehkah kalau saya menghasilkan cerita rakyat tu lebih kurang macam ni....

    Setelah ibu aisyah/lalang berkahwin dengan pemuda arab dia menghadapi pelbagai masalah dan kesulitan. Diantaranya menghadapi ... kampung mereka menghadapi bencana dan musibah di sebabkan melanggar pantang kaumnya iaitu tidak boleh berkahwin dengan pemuda dari suku kaum lain/luar. Banyak perkara yang terjadi diantaranya setiap kali menanam padi pasti tidak menjadi/tidak berisi/tidak berbuah tapi sebaliknya menghasilkan lalang. Mereka percaya ini semua di sebabkan oleh ibunya yang berkahwin dengan pemuda arab tersebut. Ibubapanya menghadapi kesukaran dalam berhadapan dengan penduduk kampungnya.

    Hanya sebahagian kecil sahaja yang beragama Islam atas dakwah yang di sampaikan oleh ayahnya. Ibubapanya juga menghadapi kesukaran untuk mendidik anak2 dalam suasana yang mereka alami di kampungnya. Jadi aisyah di hantar ke Madrasah yang jauh dari kampungnya demi untuk mendidik anaknya menjadi insan yang berguna dimana setelah selesai dia menuntut ilmu nanti dia boleh mengajarkan kepada penduduk kampung terutamanya anak2 kecil/muda di kampung. Kebanyakkan mereka masih tidak pandai membaca/menulis/mengira dan masih terlalu kuat memegang dengan kepercayaan dan adat yang tidak baik.

    Kaum wanitanya tertindas, tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Mereka melakukan sesuka hati terhadap kaum wanitanya.

    Bermulalah cabaran yang dihadapi oleh aisyah sejak di madrasah lagi. Oleh kerana dia berketurunan orang asli dia sentiasa di pandang rendah oleh pelajar2 dan sebahagian guru di madrasahnya. Dia di fitnah, di aniaya, di zalimi, dipermainkan dan banyak lagi. Namun dia tetap meneruskan pelajaran sehingga selesai kerana mengingatkan pesanan ayahnya dan juga kerana cita2nya untuk membela/menyedarkan penduduk kampung. Hanya dengan ilmu sahaja dia dapat menyedarkan kaumnya terutama anak2 muda dikampung tersebut.

    ReplyDelete
  58. nisha :)

    saya dah baca sinopsis anda kat atas tu, komen saya; sgt2 menarik! kita akan terus buat ncr dgn sinopsis ini, dgn panduan seterusnya;

    1. perlu pastikan cerita betul2 berada dlm suasana cerita rakyat yg logik, berkisar pd masa lebih kurang 200 tahun yg lalu, semasa apa2 kemudahan pun tiada, termasuk tiada elektrik, tiada kereta (kreta lembu ok je), tiada benda2 moden sprti bakul plastik dll, semua barangan yg digunakan, seboleh mungkin adalah hasil kraftangan org2 asli, istilah2.

    2. watak utama tak boleh lebih drpd usia 15 tahun, sbb pada zaman dahulu kalau, 15 tahun dah dianggap anak dara tua. sekitar 14 tahun dah sempurna dah.

    3. sebelum berpindah ke kayangan, anda perlu buat draf watak, perawakan/fizikal dan perwatakan/sifat.


    4. anda boleh pilih beberapa watak sampingan penting - remaja dan dewasa, tp sebagai watak sampingan, mreka tidak punya sudut pandangan dan tiada suara hati. perhiasan cuma saja.

    6. sebagai novel pertama anda, elok buat yg mudah dulu, yakni dgn mengangkat seorang saja watak utama, krn lebih senang kawal perjalanan plot cerita kelak.

    7. dr anda; Bermulalah cabaran yang dihadapi oleh aisyah sejak di madrasah lagi. Oleh kerana dia berketurunan orang asli dia sentiasa di pandang rendah oleh pelajar2 dan sebahagian guru di madrasahnya. Dia di fitnah, di aniaya, di zalimi, dipermainkan dan banyak lagi. Namun dia tetap meneruskan pelajaran sehingga selesai kerana mengingatkan pesanan ayahnya dan juga kerana cita2nya untuk membela/menyedarkan penduduk kampung. Hanya dengan ilmu sahaja dia dapat menyedarkan kaumnya terutama anak2 muda dikampung tersebut.

    (yg kat atas ini sgt2 menarik, kita akan fokus kpd perjuangan dia dan perjalanan masa dlm novel anda nanti, mungkin tak lebih dr seminggu je. sementara yg lain, termasuk ttg perkhawinan ibunya, adalah flashback - dr sudut pandangn gadis remaja tu je)

    7 perlu tau sedikit adat resah suku org asli, pilih satu yg paling menarik/dahsyat, yg boleh kita ketengahkan dlm karya anda nanti.

    ok nisha :) selepas anda buat draf yg diperlukan, dah jika dah ok, anda akan aini jemput ke blog kayangan utk memulakan ncr anda.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  59. ralat pula;

    adat resah = adat resam

    ReplyDelete
  60. Assalamualaikun sifu dan kak Aini yang saya kasihi.
    Sebenarnya semangat saya dlm banyak hal jatuh merudum minggu ini termasuk dalam penulisan. Terasa tak ingin meneruskan tetapi hati sentiasa berbolak balik. Bolehkah saya jadi seorang novelis? Jika benar ia jadi kenyataan memang banyak cerita yang boleh saya garap kerana banyak perkara terjadi dalam hidup saya tetapi saya jadi takut bila cerita yang saya tulis nanti akan dikaitkan dengan diri saya walaupun semuanya boleh diubah2 dan ditokok tambah. Apa pun saya cuba meneruskan dengan satu niat mencari pendapatan tambahan untuk menyara pelajaran anak2 kerana Allah. Mudah2an benar kerana Allah. ameen... Maklumlah hati manusia hanya Allah sahaja yang tahu maksud sebenarnya.

    Berikut adalah apa yang sifu hendak dan hanya inilah yang saya faham apa yang sifu maksudkan. Jika ada apa2 yang perlu saya tambah atau kurangkan beritahu sahaja. Saya akan cuba....

    untuk NCR saya....

    Watak utama - Aisyah/Lalang.
    Berusia lingkungan 14tahun. Banyak mengikut ciri2 dan perwatakan ayahnya yang berbangsa Arab. Mempunyai susuk tubuh yang menarik tinggi lampai dan cantik seperti gadis arab tetapi mempunyai kulit yang sawa matang dan berambut kerinting halus serta perang. Seorang yang lemah lembut dan sabar tetapi dalam keadaan tertentu akan bertindak/bertegas. Diberi nama Aisyah tetapi dipanggil oleh kebanyakkan penduduk kampung sebagai lalang.

    Watak tambahan – 1) Aminah/anah.
    Sepupu Aisyah yang sama2 belajar di Madrasah. Tubuh kecil/rendah. Berambut kerinting, berkulit sawa matang, matanya sepet dan hidungnya besar. Ciri2 orang asli sepenuhnya. Seorang yang pendiam dan tidak banyak membantah.

    2) Abdullah Waliyuddin
    Bapa Aisyah. Berbangsa Arab. Berumur 40an. Lambat berkahwin kerana banyak belayar kerserata tempat. Tinggi, tegap, berani dan mempunyai matlamat yang jelas dalam hidupnya. Berkulit putih, berjambang/janggut. Rambutnya beralun sehingga ke bahu.
    3) Halimah
    Ibu Aisyah- Orang Asli. Kurus/kecil, berumur 20an. Baik, sabar, lembut, rajin dan patuh kepada suami.

    4) Ustaz Syed Ali al-Baktiar
    Mudir Madrasah di Pondok al-Bakhtiar. Berbangsa arab. Sahabat2 yang sama2 belayar bersama ayahnya.

    5) Ustaz Mohammad Salehuddin.
    Berasal dari Kelantan. Berkulit putih. Berumur 20tahun. Berkulit Putih dan tinggi. Berasal dari Kelantan dan mengajar di Madrasah. Menjadi rebutan pelajar perempuan/Banat di Madrasah.

    6) Ustazah Rahimah
    Berasal dari Patani. Mengajar di madrasah juga sebagai penjaga pelajar2 perempuan. Baik, lembut dan bertolak ansur. Mengambil berat hal ehwal pelajar.

    7) Ustazah Juriah
    Berasal dari Kedah. Berkulit gelap, tinggi dan menarik tetapi sangat tegas dan terburu2 bila mengambil tindakan. Suka mengambil tahu hal2 pelajar dan suka mengkritik.

    9) Sharifah Rodziah
    Anak Mudir madrasah dan juga pelajar di madrasah. Sangat cantik dan berkulit putih serta mempunyai rupa paras kacukan Arab dan Siam. Berambut panjang dan lurus. Bersikap angkuh dan sombong dan meninggi diri. Suka memperkecil/merendahkan orang yang tidak sesuai dengannya.
    10) Siti Zubaidah
    Berasal dari Kelantan, juga merupakan pelajar di madrasah. Menarik dan sederhana. Berani dan cerdik. Suka mengampu dan mengadu domba.

    11) Tok Batin
    Ketua kampung orang Asli. Seorang yang sangat berpengaruh. Penduduk kampung amat taat dan mengikut segala kata-katanya. Banyak menggunakan ilmu2 batin/ghaib dalam membuat keputusan di kampungnya.

    ReplyDelete
  61. nisha :)

    saya dah baca draf watak2 dan perwatakan anda kat atas tu, ya, sgt2 menarik. saya tak sabar2 nak melihat bagaimana cerita anda berkembang nanti.

    cuma ada satu yg perlu diubah; nama Lalang tu, perlu dicarikan satu nama yg tak mengelirukan pembaca dgn lalang yg sebenarnya. cuba cari satu nama org asli yg indah dan tidak begitu sama dgn benda2 sekitarnya, sbb nanti dia akan jadi watak utama kan?

    nisha :) mmg lumrah bagi setiap penulis, akan menghadapi gelojak perasaan yg sama dgn anda. yg penting, itu dugaan namanya. bukan senang nak capai kejayaan, apa yg anda lakukan di blog ini dan di kayangan nanti, bukan proses mee segera yg boleh segera siap. perih lelah yg anda bakal hadapi kelak, berbaloi sgt2, percayalah. cuma, mungkin utk mencari wang tambahan dlm masa terdekat ini lewat penulisan, mungkin tidak begitu memberansangkan. tp, utk mendapat ilmu dan membina masa depan yg lebih baik - ya, sudah tentu boleh, insyaAllah.

    sekarang, anda dah boleh minta aini jemput dan buatkan thread utk anda di blog kayangan. di sana nanti, akan saya berikan anda panduan seterusnya.

    gigih terus k

    terlupa pula, jika boleh kurangkan ustaz2 kat atas tu, menarik juga. pilih dua org je, seorang remaja yg tak terlalu jauh usia dgn watak utama.

    ReplyDelete
  62. Assalamualaikum sifu dan kak Aini

    Terima kasih sifu atas komen. He3... memang saya fikirkan utk jangka masa yang panjang untuk anak2 yang kecil2 ni. Buat masa sekarang 'stok duit' masih ada tapi makin susut.

    utk NCR tu... maksud sifu saya kena kurangkan jadi seorang ustaz dan seorang ustazah je(sebelum ni 2 ustaz dan 2 ustazah) serta tukarkan kepada menjadi sahabat2 lelaki Aisyah. Nanti saya cuba cari nama baru utk Aisyah. Nama 'Bunga' boleh ke atau bagi nama seperti anggerik/melor/melati(tapi nama ni sudah terlalu biasa).

    Utk kak Aini sayang... :), ni alamat emel saya - ilhamnisha@yahoo.com

    Terima kasih kak Aini dan sifu.

    ReplyDelete
  63. nisha :)

    sori, saya ter miss soalan anda. ok, saya terus jwb ya. sudah tentu boleh guna nama bunga, tp jgn guna nama2 ni;

    1. kenanga - sudah digunakan aini utk ncrnya yg dah siap tu

    2. melati - sudah digunakan badariah juga utk novelnya yg dah siap.

    3. cuba cari nama2 yg biasa, tp indah. mesti ada tu kan.. tp, klu ada nama org asli yg indah2, boleh je, beri beberapa buah nama, nanti saya pilihkan. yg indah2 je

    4. terlupa plk; nama melor saya sendiri dah gunakan utk cerpen cite rakyat saya dah pun terbit.


    5. ttg ustaz tu, ya, gunakan seorang ustazah dan seorang ustaz dah memadai, sbb akan kita sebut balik2 hingga ke akhir novel. biarpun mrk hny watak sampingan, tp mereka tentunya akan menjadi watak sampingan yg byk memberikan sumbangan kpd novel anda kelak.

    itu je kan nisha :) gigih terus k

    ReplyDelete