• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Monday, April 26, 2010

53 comments:

  1. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    wa'alaikum salam zuhairy,
    saya sudah membaca n meneliti sinopsis anda. Saya senyum lebar sendiri...hebat!lengkap cerita dari awal hingga akhir...

    sedikit komen saya;
    1. anda perlu pilih satu watak utama n tentukan usia watak; samaada kanak-kanak, remaja n dewasa.
    2. mesti ada satu masalah/tekanan/kemelut yg mendesak watak utama bangkit menyelesaikan masalahnya.
    3. ada satu keistimewaan/kekuatan/kelebihan watak yg digunakan utk bangun menyelesaikan masalahnya.
    4. keseluruhan isi cerpen mesti bernilai murni,memberi kesan positif n bermanfaat kpd pembaca.

    memadai sedikit itu komen saya, selepas ini sifu az akn memberi komen lebih lengkap dan sempurna utk memudahkan anda memulakan olahan.

    zuhairy, anda kelihatan berbakat utk menghasilkan karya kreatif yang menarik n bermutu, asal saja anda tekun n gigih mengikuti n mematuhi bimbingan sifu. Yakin boleh!

    wassalam.
    -noraini eslah.

    Posted on January 8, 2012 9:58 AM


    Azmah Nordin Said,

    (terima kasih aini :))

    zuhairy :)

    saya dah baca sipnosis anda kat atas tu, komen saya; wah, anda sudah memberikan saya sebuah sinopsis novel yang sempurna!

    utk menghasilkan cerpen yg serba terhad sifatnya, ini yang perlu anda lakukan;

    berdasarkan panduan yg diberikan oleh kak aini anda kat atas tu, pilih antara dua babak yg paling hebat/dahsyat yg boleh anda wujudkan lewat pengalaman yazdan, di bawah ni;

    1. Yazdan merupakan pekerja pertama di bengkel kereta Turbonetics yang baru dibuka kepunyaan Pak Ajis. Di awal penubuhannya, mereka mengharungi jatuh bangun perniagaan bengkel kereta bersama-sama sehingga mampu menggaji tiga orang pekerja sepenuh masa.

    Sifat dedikasi, komited, jujur, disiplin dan pantang mengalah menjadi pegangan utama Yazdan untuk membantu perniagaan Pak Ajis. Selain itu, komunikasi yang baik bersama pelanggan, jaminan kualiti produk pada harga patut dan semangat kerjasama antara satu sama lain menjadi kunci penting kejayaan awal Turbonetics. Mereka mempunyai ramai pelanggan tetap yang berpuashati dengan tahap perkhidmatan yang ditawarkan.

    atau yg di bawah ni;

    2. Anak Tan Sri Musa bernama Shariman merupakan pelanggan baru Turbonetics. Dia adalah usahawan korporat yang berjaya dan mengenali Zara sejak di universiti. Shariman yang berstatus duda masih menaruh hati pada Zara walaupun cintanya pernah ditolak Zara sewaktu mereka masih belajar. Namun sikap playboy, sombong dan pentingkan diri sendiri Shariman menghalau jauh-jauh perasaan sayang Zara walaupun mereka sudah lama berkawan.

    setelah anda pilih satu drpdnya, mulakan dgn menggunakan formula 4/5 drpd keseluruhan cerita. masuk ke dlm jiwa watak utama dan gmbarkan gelojak perasaan dia yg melambangkan 4/5 drpd keseluruhan cerita, yg lain flashback.

    istilah2 dlm kerjayanya perlu ada spy nanti boleh saya fikirkan bahagian mana yg paling menarik dibuat simbol utk keseluruhan cerpen anda kelak.

    jika anda berminat nak gambarkan kemelut cintanya sebagai kisah utama, maka keseluruhan kemelut dlm kerjayanya adalah flashback. gmbarkan bagaimana, {dekat2 penamat cerpen nanti}, dia belajar mengatasi masalah peribadinya (cinta) dgn membandingkan bagaimana dia mengatasi masalah dlm kerjayanya. dan sudah tentulah bahagian penamat utk kerjayanya dia berjaya mengatasi masalah/isunya dulu.

    syarat utama utk blog sastera; sama sekali tidak boleh menjatuhkan maruah kaum wanita. mujur, anda mengangkat zara sebagai seorang wanita yg berpendidikan tinggi, secara tidak langsung ini juga cara anda juga mengangkat mertabat kaum wanita. zara mungkin saja tersasar jalan, tp zara mesti bangun dan jadi seorang wanita yang boleh dicontohi oleh para pembaca yg menghayati karya anda kelak. (nilai murni ni dan yazdan mesti buktikan kpd zara bahawa dia mmg layak menerima cinta zara - bukan sebaliknya berasa rendah diri)

    ok, anda buat dulu ni, nanti saya lihat bagaimana. cuba buat antara 6 - 7 mukasurat je dulu, sbb nanti setelah saya buat editing dan beri anda saranan2, ia akan panjang dgn sendirinya.

    gigih terus k

    Posted on January 8, 2012 12:54 PM

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas ruang & peluang yang diberi Sifu Azmah dan pengurus2 blog sastera ini.

    Insya Allah saya akan manfaatkan segenap ruang & peluang yg ada di sini utk memajukan diri dalam penulisan sastera Melayu.

    Saya akan post entri cerpen ni dalam masa terdekat. :)

    ReplyDelete
  3. Salam Sifu Az & Kak Aini. Cerpen saya ni hampir 6 halaman penuh. Mohon nasihat dan kritikan.



    SUASANA dalam bengkel Turbonetics agak lengang tengah hari itu. Biasanya, akan ada tiga hingga empat kereta akan diparkir di bengkel seluas dua lot kedai pada waktu begini. Cuma ada satu kereta pelanggan yang sedang diperiksa. Aku dan Din sedang meneliti bahagian injap yang mengawal aliran keluar masuk angin ke bahagian enjin kereta yang biasanya dipanggil ‘throttle body’.

    “Din, kena adjust lagi ni. Timing bagi tinggi sikit,” arahku kepada Din yang sudah empat, lima kali memaksa kudrat enjin kereta Nissan Langley supaya menjerit lantang semahunya.

    “Okay,” jawab Din sambil memutar satu skru pada pangkal throttle body. Din kemudiannya merapatkan penutup enjin kereta dan memandu keluar kereta tersebut untuk menguji prestasi enjin lewat perubahan yang dilakukan sebentar tadi. Aku sempat memerhatikan kereta tersebut sehingga hilang dari pandangan.

    “Yazdan.”

    Aku menoleh ke arah lantunan suara dari arah dalam bengkel.

    “Bagaimana dengan kereta saya? Apa yang tak kena?” tanya seorang lelaki muda yang juga pemilik kereta Nissan Langley tadi.

    “Kereta encik ada masalah timing atau idling yang tak stabil. Kami sedang cuba kenalpasti timing terbaik untuk enjin jenis turbo ni memandangkan timing asal tak sesuai dengan spesifikasi enjin sekarang. Sudah berapa lama encik gunakan enjin jenis CA18DET ni?”

    “Hampir setahun. Tapi sebelum ni tiada masalah macam ni.”

    “Ada encik lakukan sebarang modifikasi pada enjin atau ekzos baru-baru ni?” soalku ingin mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh dikaitkan dengan permasalahan yang sedang dialami.

    “Hmm..ada. Saya pasang ekzos lebih kurang sebulan yang lepas. Dari depan sampai belakang saya beli baru jenis stainless steel. Tawaran harganya menarik sangat. Tak dapat saya nak tolak,” tambah pemuda itu lagi, kelihatan gembira dan bangga dengan modifikasi yang dibuat.

    “Kalau begitu kata encik, mungkin kita dah tahu punca masalahnya,” aku memberi akuan diagnosis berbentuk andaian. “Encik jangan risau. Saya fikir ‘mereka’ hanya pandai memasang paip ekzos baru untuk kereta encik tetapi mungkin tidak begitu arif untuk menala semula timing enjin. Lebih-lebih lagi enjin jenis turbo memang agak rumit untuk ditala kecuali bagi mereka yang dah biasa dengannya. Selepas ni, kawan saya akan periksa semula enjin ni dengan mesin dan kereta encik akan siap dalam masa satu hingga dua jam,” jawabku dengan harapan semoga pemuda itu dapat bersabar menunggu dan memahami langkah penyelesaian masalah enjin keretanya. “Encik boleh tunggu di sini. Saya nak masuk office,” terangku sambil menghulurkan kepadanya sebotol air mineral.

    “Terima kasih,” balasnya.

    “Kami amat menghargai kesabaran encik untuk menunggu dan saya beri jaminan bahawa encik akan berpuashati dengan hasilnya nanti.”

    ReplyDelete
  4. Kami berdua berbalas senyuman dan berpisah di bahagian tengah bengkel. Aku sendiri melangkah masuk ke pejabat dan duduk di atas sebuah kerusi beroda. Mataku terus ligat memerhatikan jadual temujanji pada papan putih yang sudah diatur oleh seorang pengurus kami di Turbonetics; Cik Zara.

    “Kereta Nissan tu dah siap?” soal satu suara dari arah yang aku sendiri tidak pasti.
    “Belum. Din sedang uji respon enjin lepas buat timing adjustment pada TB(throttle body),” jawabku sambil mencari-cari arah suara yang datang.

    “Cik Zara kat bawah meja ke?” tanyaku sambil berjalan mendekati meja.

    “Iyalah. Tengah nak ambil pen yang jatuh tadi,” kata Zara sambil berusaha membangunkan dirinya dan kembali duduk di atas kerusinya. Dalam genggaman tangan kirinya ada sebatang pen bersadur emas yang dicarinya tadi.

    “Cantik pen!” ucapku spontan.

    “Mestilah. Shariman yang bagi,” jawab Zara bernada bangga.

    “Aikk..kata hari tu menyampah dengan dia? Ni macam dah suka kat dia pulak?” tanyaku cuba menyelami perasaan sebenar Zara pada Shariman.

    “Yang saya menyampah tu orangnya, pen ni tak buat salah apa-apa kan?” jelas Zara seakan meneliti penilaianku terhadap fikirannya. Bahasa badan Zara semacam menunggu jawapan konkrit daripadaku yang diharapkan akan berpihak kepadanya.

    “Alah, kalau Cik Zara suka dia pun tak salah kan? Sama-sama single,” dugaku lagi, kali ini lebih bernas.

    “Whatever...”

    Aku tidak memandangnya walaupun sedikit sewaktu dia membalas cakapku dengan perkataan berpangkal huruf ‘W’ itu. Sesungguhnya, aku sudah tahu benar bilamana perkataan itu diucapkannya tentunya dia sedang beralah tanpa berhujah. Aku berasa seperti sedang melompat di dalam hati – meraikan kemenangan yang sebenarnya tidak bermakna apa-apa.

    “Yazdan, timing enjin dapat sekitar 1200rpm masa free gear. Gear 1 sampai 3, bunyi enjin kuat sikit. Bahagian lain aku dah check, tak ada masalah. Aku rasa TB tu kene cuci,” beritahu Din sambil meletakkan separuh badannya di dalam pejabat dan separuh lagi di luar dengan sebelah tangannya menongkat pada tombol pintu.

    “Beritahu encik tu harga cuci TB, kalau dia setuju baru kita teruskan,” kata Zara sambil menekan sejumlah harga pada kalkulator dan menunjukkannya pada Din.

    “Okay,” jawab Din, kemudiannya menutup pintu pejabat.

    Malam itu, lebih kurang jam 11, aku masih bercelik mata sambil berbaring di katil. Letih siang tadi masih bersisa namun mataku masih ringan berjaga, menelusuri kejadian siang tadi dan bercampur-campur dengan kejadian-kejadian sebelumnya yang mungkin seronok untuk diingati.

    ReplyDelete
  5. Sungguh tidak kusangka, kehadiran Zara di bengkel Pak Ajis amat memberi kesan, khususnya pada aku sendiri. Kesan yang bagaimana mungkin? Kesan langsung berlawanan jantina rasanya. Kesan yang lebih menjurus kepada persoalan senioriti dan persoalan hati yang jika disatukan sudah tentu membingungkan.

    Aku bukan tidak suka dengan Zara. Cuma, pada pemikiranku, gadis secantik Zara sudah terhukum untuk tidak sesuai melibatkan diri dalam arena automotif yang sememangnya dimonopoli oleh kaum Adam. Tidak langsung menonjol sisi femininnya yang mungkin akan terhakis nanti. Langsung tidak terfikir olehku akan kedatangannya seperti mencabar kemampuanku, kepakaranku dalam membelai setiap ceruk lapis komponen enjin dan segala kombinasinya yang begitu kompleks untuk dinyatakan walaupun dalam satu perenggan ayat!

    Dan di sebelah akalku pula cuba menyebelahi Zara. Biarkanlah dirinya di situ membantu Turbonetics agar terus maju dan membangun. Pasti kita memerlukan mereka yang cerdik pandai hasil keluaran kilang universiti terkemuka – supaya dapat membimbing dan mempraktis semua ilmu yang dipelajari demi memastikan kelangsungan perjuangan hidup itu terus berpaksi pada jalan yang sepatutnya.

    Aku berharap agar perhitungan Pak Ajis menempatkan Zara bersama kami tidak sia-sia. Walaupun Zara kelihatan tegas dan tuturnya berpendidikan, aku begitu berkeinginan melihat wibawa dan kepimpinannya dapat menerajui Turbonetics dengan lebih baik. Dari segi rekod jualan tahun pertamanya di sini, aku melihat kenaikan sebanyak 12 peratus berbanding rekod jualan tahun sebelumnya adalah terlalu sedikit, tidak mencukupi sebagaimana harapanku.

    “Kita harus beri peluang padanya. Pengetahuannya sangat tinggi. Kebolehannya mengurus memang boleh nampak, cuma dia tak berpengalaman. Pengalamannya akan terhasil sedikit masa lagi, di sini,” kata Pak Ajis cukup optimis. Begitulah sikap Pak Ajis yang amat kusenangi. Dia benar-benar sabar dan dapat mengesan potensi dan bakat seseorang walaupun dalam tidak mengambil masa yang lama. Seperti sekilas ikan di laut.

    Dulu, aku juga melalui pengalaman yang sama. Pak Ajis hanya menawarkan kerja mekanik kepadaku selepas dia mengarahkan aku membuka keempat-empat tayar kereta dengan air gun berkuasa tinggi. Kemudian, aku disuruhnya lagi membuka kesemua tayar berkenaan langsung dari rimnya dan memasangnya semula seperti dalam keadaan asal. Terkial-kial juga aku menyudahkan arahan tersebut walaupun peralatan yang digunakan semuanya secara automatik.

    “Kamu belum ada kemahiran tetapi kesungguhan kamu boleh dipuji.” Begitulah lebih kurang kata-kata awal Pak Ajis selepas aku berjaya dalam ujian yang melayakkan aku bekerja sebagai mekanik pertama di Turbonetics yang pada masa itu hanya berkeluasan satu lot kedai. Di sinilah aku mula belajar mengenal blok-blok enjin yang berbilang bangsa dan segala macam isinya seperti omboh, aci engkol, aci sesondol, retainers, head gasket dan bahagian luarnya seperti karburator, fuel injection, flywheel, radiator, kotak gear, gandar stereng dan beribu-ribu lagi komponen lain sehingga sekecil-kecil skru sebesar kepala jarum peniti boleh boleh membawa muatan penumpang dan barang ke sana ke mari. Dan akhirnya aku terlena juga malam itu.

    “Bro, tolong check kereta ni. Aku nak pergi toilet,” sapa seorang lelaki berumur sekitar tiga puluhan sambil membaling kunci keretanya padaku dengan cermin mata hitamnya menyilau pandangan. Belum sempat aku bertanya lanjut, dia sudah hilang ke arah dalam bengkel.

    “Teruk betul,” bisikku di dalam hati sambil memandang ke arah kereta lelaki tadi yang sudah biasa kulihat sebelum ini. Kereta Audi TT Coupe berwarna merah metallic dengan enjin bersesaran 2.4cc itu cukup mempersona kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Kapasiti muatan hanya untuk dua penumpang tetapi harganya mencecah sehingga angka RM300 ribu sebuah. Cukup membazir pada fikiranku. Tetapi mungkin tidak pada mereka yang benar-benar kaya.


    -------------bersambung

    ReplyDelete
  6. zuhairy :)

    saya dah baca karya anda kat atas tu, komen saya; ternyata anda mmg boleh meghasilkan karya kreatif dgn baik. gaya bahasa anda yg baik dan terbukti anda mampu menghasilkan karya dr sudut pandangan yg betul, tahniah!

    cuma anda perlu gunakan formula 4/5 daripada keseluruhan dan teknik penulisan cerpen yg lebih berkesan saja.

    utk itu, ini yg perlu anda buat;

    1. Sungguh tidak kusangka, kehadiran Zara di bengkel Pak Ajis amat memberi kesan, khususnya pada aku sendiri. Kesan yang bagaimana mungkin? Kesan langsung berlawanan jantina rasanya. Kesan yang lebih menjurus kepada persoalan senioriti dan persoalan hati yang jika disatukan sudah tentu membingungkan.

    (angkat paragraf kat atas ni sebagai intro. cari perbandingan utk perkataan `memberi kesan', dan `membingungkan' misalnya, smemberi kesan seperti apa yg memberi kesan? membingungkan, sebingung apa? semasa buat perbandingan, mesti ada kaitan dgn kerjayanya dan juga jiwa/hatinya. misalnya, memberi kesan kepada keseluruhan keseimbangan pemikiran warasannya. membingungkan, sebingung aku memikirkan antara yg - kaitkan dgn kerjayanya, mungkin semasa menangani kerenah para pelanggan atau lebih menarik jika dibandingkan dgn kerosakan kenderaan yg diperbaiki tu. puitiskan - caranya, telusuri internet, cari puisi yg mempunyai nada suara yg sama,(memberi kesan dan membingungkan), pilih perkataan yg paling tepat utk menggambarkan gelojak perasaannya.

    kembangkan perkataan senioriti dgn buat monolog, mcm dia berungut dlm hati gitu.

    2. oleh sebab cerpen adalah terhad segalanya sifatnya, maka cerita perlu bermula di bengkel, dan mungkin berakhir di bengkel juga. perjalanan masa utk sebuah cerpen mungkin memakan masa hanya antara 5 minit - satu jam saja - lagi pendek perjalanan masanya lagi baik, supaya karya anda bulat, padat dan kuat.

    3. hny perlu ada 2 babak yg diiringi dgn dua suasana, 1) di bengkel (sekarang) dan perlu gmbarkan suasananya, bau, bunyi, siapa yg ada kat situ, apa yg dia nampak,udara, angin, dll 2. flashback - wujdukan satu babak yg berkaitan dgn kisah sekarang - gmbarkan suasananya. jika anda boleh bermain dgn unsur alam, pasti lebih menarik. misalnya, udara dlm bengkel tu panas, tp tak sepanas perasaannya yg membuak ganas itu, dll

    4. perlu kurangkan dialog, tp bykkan monolog, dlm fikiran watak utama.

    zuhairy :) itu je dulu dpt saya komen, nanti setelah anda ikuti panduan dan formula yg saya beri kat tu, saya percaya anda akan dapati menulis cerpen mudah saja sebenarnya.

    sekarang anda perlu buat pengolahan semula, buat antara 6 - 7 mukasurat je dulu, sbb nanti selepas saya edit, ia akan panjang dgn sendirinya.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas pandangan Sifu. Saya cuba untuk memahami kaedah yang diajar dan akan buat olahan semula dengan mengurangkan dialog dan menambah monolog sebagaimana perlu.

    ReplyDelete
  8. Salam Sifu & Kak Aini...

    Maaf sebab saya belum lagi pos olahan semula cerpen ni. Dua minggu ini saya agak sibuk dengan urusan lain. Saya perlukan sekurang-kurangnya seminggu lagi sebelum poskan ke sini. Harap maklum.

    ReplyDelete
  9. Rasanya ini yg dapat saya poskan buat masa ni. Perlukan bantuan Sifu sebab saya dah mula rasa tekanan untuk menulis sekarang ni.


    Olahan semula



    Sungguh tidak kusangka, kehadiran gadis jelita bernama Zara di bengkel kereta Turbonetics kepunyaan Pak Ajis amat memberi kesan sampingan, khususnya pada aku sendiri. Kesan sampingan yang kurasakan bukan sedikit. Seumpama pengambilan sejenis ubat yang boleh membawa kesan sampingan. Seperti itulah aku merasakan bila aku terfikirkan tentang Zara. Aku lebih banyak termenung dan berfikir jauh sejak kebelakangan ini. Aku juga terkesan beberapa perubahan lain yang sememangnya di luar kawalanku. Degup jantung kurasakan lebih pantas, sepantas pusingan aci sesondol menggerakkan putaran enjin. Malah, semangat kerjaku kini jauh lebih termotivasi. Bagaikan mendapat satu kuasa baru, aku berasa amat bertenaga luar dan dalam, lebih-lebih lagi bila Zara berada dekat bersama.

    Bukan aku seorang saja yang sedar dengan perubahan seperti ini, malah tiga orang mekanik lain yang kesemuanya lelaki juga bagaikan terkena fenomena yang sama. Kehadiran Zara bukanlah atas tujuan lawatan sambil belajar seperti yang pernah diaturkan oleh sebuah sekolah teknik berdekatan beberapa tahun lalu. Zara datang bersama satu skrol Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif dari Royal Melbourne Institute of Technology University (RMIT), Australia. Dia ditawarkan jawatan pengurus bengkel Turbonetics yang sebelum ini hanya diuruskan oleh Pak Ajis sendiri selaku pemilik. Mungkin Pak Ajis sudah lama memikirkan tentang seseorang yang diharapkan dapat mengurus legasinya ini dengan baik seperti yang pernah dia ucapkan beberapa tahun lepas.

    “Yazdan, Pak Ajis merancang nak ambil pekerja baru yang boleh membantu kita nanti,” ujarnya semasa kami sedang bersarapan pagi di sebuah warung berhampiran bengkel.

    “Pekerja yang macam mana Pak Ajis mahukan?” soalku ingin kepastian lanjut.

    “Pak Ajis membayangkan seseorang yang ada kelayakan akademik yang sesuai dan yang paling penting – orangnya bersikap tulen dalam semua hal kerja dan penuh bertanggungjawab.”

    “Boleh Yazdan tahu, Pak Ajis cari pekerja baru untuk jawatan apa?”

    “Pak Ajis mahukan seorang pengurus bengkel,” katanya yakin. “Pak Ajis dah tak sekuat dulu. Makin hampir masanya untuk Turbonetics diuruskan oleh mereka yang lebih muda dan bersemangat waja macam Yazdan,” terang Pak Ajis sambil menepuk-nepuk belakangku.

    “Saya?” suaraku antara dengar dan tidak.

    “Bukan Yazdan seorang. Bila Pak Ajis dah jumpa calon pengurus yang sesuai, dia dan Yazdan akan sama-sama uruskan bengkel ni. Itu janji Pak Ajis,” katanya bersungguh-sungguh.

    ReplyDelete
  10. Dua tahun sebelumnya, selepas kira-kira 11 tahun beroperasi, Pak Ajis telah berjaya mendapatkan suntikan modal pinjaman daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dimohonnya beberapa kali. Alhamdulillah, kali ni rezeki berpihak kepadanya dan kami juga. Dengan modal sebanyak RM130,000 itu, Pak Ajis mengubahsuai hampir keseluruhan bengkel sesuai dengan keperluan semasa dan peningkatan bilangan pelanggan. Beberapa mesin sofistikated yang amat diperlukan seperti jenis crankshaft grinding, coil winding, ECU diagnostic, alignment dan lain-lain dijangka dapat memenuhi permintaan pelanggan yang mementingkan prestasi tahap tertinggi dan modifikasi taraf separa perlumbaan.

    Dan kini, bengkel Turbonetics sudahpun menerima sentuhan pengurus baru berjiwa feminin yang sesungguhnya di luar petala imaginasi aku selama ini.

    Dalam sedar, aku terkadang berasa terancam dengan egoku sendiri apabila menerima pelbagai arahan yang bukan sedikit daripada Zara. Aku tahu, dia bebas untuk mengarahkan aku asal saja hal itu melibatkan urusan kerja yang tidak melanggari etika dan serba-serbi betul. Cuma, ada masa-masanya aku seperti berat hati untuk melaksanakannya. Mujur wajah jelitanya persis model Siti Saleha selalu menjinakkan suara-suara jahat dalam hatiku supaya akur dengan arahan kerjanya.

    “Yazdan. Encik Shariman akan sampai jam 3 nanti. Awak uruskan kereta dia,” kata Zara semasa kami bertemu di dalam pejabat yang berdingin hawa.

    “Shariman? Hmm...boleh tak kalau Din yang uruskan?” aku mengusul cadangan yang sudah pasti dibantah Zara.

    Terus saja pandangan Zara dipusatkan ke arahku. Matanya kulihat membesar, kulit pipinya kelihatan sedikit kemerahan – menahan marah lagaknya. Tanpa menunggu balasan jawapannya yang mungkin berpotensi mencipta bala, aku bertindak berdiplomasi dengan menerima kembali
    arahannya selepas itu.

    “Okay. Kereta Encik Shariman dalam tanggungjawab saya hari ni,” santun saja lantunan nada suaraku dan kemudiannya meninggalkan Zara tanpa melihat respon di wajahnya. Aku sendiri bimbang untuk mengambil risiko itu.

    Shariman. Satu nama lelaki asing pada mulanya. Langsung selepas beberapa lama menjemput rasa kurang senang dalam diriku setelah mengetahui sedikit sebanyak sejarahnya dengan Zara. Mereka berkawan sejak menuntut di universiti luar negara. Menariknya, Shariman pernah meluahkan perasaan sayangnya pada Zara tapi ditolak terang-terangan oleh Zara. Aku tersenyum dalam hati apabila cerita berkenaan disampaikan sendiri oleh Pak Ajis. Cerita yang aku sendiri sangat ingin mendengarnya.

    Dari situ, barulah aku tahu bahawa Zara sebenarnya merupakan anak saudara Pak Ajis yang paling bongsu. Hubungan Zara dan Shariman yang sememangnya diketahui keluarga Zara hanyalah perkenalan biasa yang tidak didasari unsur-unsur cinta dan bersifat tepuk sebelah tangan. Entah berapa kali malam itu sebelum tidur, aku sengaja mengulang-ulang kata-kata Pak Ajis tentang cerita Zara yang cukup seronok untuk diingati.

    Zara. Nama itu sendiri kurasakan amat pendek tetapi hidup. Tidak cukup untuk menggambarkan segenap kelebihan pemilik nama itu yang kusifatkan agak sempurna juga. Sempurna? Mungkin aku terlalu terlebih-lebih dalam menilai keperibadiannya. Zara masih lagi seorang manusia yang bukan maksum sifatnya. Tentu saja ada kekurangannya di mana-mana. Dan tidak perlulah aku mencari-cari bahagiannya yang kurang itu sebab aku berasa tindakan itu seperti meletakkan diriku terlalu unggul jauh di depan, sesuatu yang dangkal dan tidak realistik.


    bersambung

    ReplyDelete
  11. zuhairy :)

    saya dah baca karya anda kat atas tu, dan ternyata ia jauuuuuuuuuuuuh lebih baik drpd sebelumnyanya, dari segala sudut. nah, terbukti anda mmg berbakat besar juga, bukan?

    selepas anda siapkan cerpen ni barulah saya edit. jika karya and akat atas tu dah masuk 5 - 6 ms, maka anda hanya perlu tambah di antara 2 - 3 ms je lagi, sbb bila saya dah edit dan anda buat pembaikan, ia akan bertambah menjadi antara 9 - 12 ms nanti.

    ada dua perkara yg perlu anda fikirkan, semasa menyiapkan cerpen anda ini;

    1. zara berkelulusan bidang apa? dia tahu apaq2 ttg kerja2 mekanikkah? apakah dia menjadi pengurus bermodalkan pencapaian skrol ijazahnya, atua pengalaman? andainya akademik, zara juga perlu menghargai org yg lebih hebat sprti `aku' yg berpengalaman dlm bidangnya kan? sbb, jika dr dialog arahan zara kpd aku, kelihatan seakan zara sendiri agak egois orgnya, mengarah tanpa menggunakan perkataan `tolong' pun kan?

    2. latar keluarga aku (sikit2 je)

    3. pastikan ada kisah dan teladan di dlmnya.

    4. fikirkan judulnya. misalnya,1) Legasi 2) Zara 3) dll

    5. setiap kali hantar posting, perlu ada no mukasurat, supaya saya tak tertinggal mana2 posting anda nanti.

    itu je dulu zuhairy, gigih terus k

    ReplyDelete
  12. pembetulan; judul Legasi tak sesuai, sbb terlalu berat. jadi, cari judul lain atua judul Zara je dah memadai k

    ReplyDelete
  13. Terima kasih Sifu. Saya akan cuba masukkan persoalan atau maklumat2 yg Sifu berikan. Keterangan info2 ni perlu untuk melancarkan cerita dan memberi maklumat yg cukup supaya pembaca faham dan enjoy dengan cerita ni. :)

    ReplyDelete
  14. Salam Sifu,

    Cerpen yang diolah kali ke2. Tajuknya saya dah ubah kepada 'Zara'.

    M/s 1


    Siapa yang mahu percaya kalau aku katakan, ada seorang gadis muda jelita bekerja di bengkel kereta Turbonetics milik Pak Ajis? Tentu sukar sekali mempercayainya kalau tidak melihat dengan mata kepala sendiri. Aku bersetuju. Tidak mengapa. Aku sendiri pun susah hendak percaya. Namun, itulah realitinya. Realiti yang cukup menggembirakan pria yang masih tidak punya teman seperti aku walaupun usia sudah menjangkau tiga puluhan.

    Begini ceritanya. Orangnya cukup jelita. Umurnya sekitar pertengahan dua puluhan. Ayunya terserlah dari hujung rambut separas bahu hingga hujung kaki yang memanjang, semuanya kelihatan cantik persis primadona Melayu. Kulitnya putih gebu dan wajahnya amat mempersona. Walaupun gayanya ringkas dan bersahaja tetapi masih dapat memukau mata yang melihatnya. Ah, pendek kata – tak mungkin jemu melihat wajahnya. Akan kubuang jauh-jauh perkataan ‘jemu’ itu dari fikiran ini. Malah, mungkin aku akan melupai erti jemu itu sendiri. Aduh, mungkinkah aku sudah terjangkit penyakit angau? Apa angau itu ya? Aku sendiri kurang pasti. Nanti aku semak sendiri maknanya dalam kamus dewan!

    “Yazdan!” satu suara garau menghalau jauh-jauh lamunanku langsung keluar dari bengkel kereta.
    Aku mencari-cari arah suara yang datang.
    “Aku tengah buat kerja ni. Kenapa?” soalku sambil memandang ke arah Din.

    ReplyDelete
  15. M/s 2

    “Dari tadi aku perhatikan gelagat kau. Tak siap-siap jugak blok enjin ni. Kalau guna spanar saiz 8 untuk laraskan skru saiz 10, sampai tahun depan pun tak siap-siap tahu?” terang Din sambil mengunjurkan spanar saiz 10 kepadaku.

    “Eh, ya ke?” aku mempersoal Din.

    “Eh, ya ke?” Din mengulang ajuk soalanku tadi sambil membuat mimik muka. “Kau ni berangan tak sudah-sudah. Biar aku tolong siapkan kerja ni. Kau sambunglah kerja dalam pejabat tu,” sambung Din lagi.

    “Toyota MR2 tadi dah siap?” aku bertanya ingin kepastian.

    “Siap dah. Siap bayar sekali,” jawab Din dengan yakin.

    “Zara minta aku tolong siapkan kereta ni sebab Haris masih bercuti. Kalau macam tu okaylah, aku sambung kerja dekat dalam,” terang aku sambil mengesat tangan dengan kain bersih. Kami berpisah di tengah bengkel kereta seluas dua lot kedai itu.

    Sejak aku dinaikkan pangkat ke jawatan ketua mekanik bengkel, tugasanku lebih menjurus kepada penyeliaan terhadap mekanik muda dan tugasan pejabat yang pelbagai. Jika ada keperluan, aku akan membantu mekanik muda bagi mempercepat masa menunggu pelanggan yang kadang-kadang memakan masa agak lama.

    Kehadiran Zara di sini bukanlah atas tujuan lawatan sambil belajar seperti yang pernah diaturkan oleh beberapa sekolah menengah teknik sebelum ini.

    ReplyDelete
  16. M/s 3

    Bersama satu skrol Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif dari Royal Melbourne Institute of Technology University (RMIT), Australia. Zara memenuhi impian Pak Ajis sebagai seorang pengurus bengkel kereta sepenuh masa. Jawatan tertinggi dalam bengkel Turbonetics. Sebelum ini, Pak Ajis menguruskan sendiri bengkel miliknya ini. Tentunya, Pak Ajis sudah memikirkan tentang masa depan Turbonetics. Dia juga sudah tentu berharap agar ada seseorang yang berkemampuan mengurus legasinya ini dengan baik sepertimana yang pernah diucapkannya.

    “Tak lama lagi, Pak Ajis nak ambil pekerja baru yang boleh membantu kita nanti,” ujarnya semasa kami sedang bersarapan pagi di sebuah warung berhampiran bengkel.

    “Pekerja yang macam mana Pak Ajis mahukan?” soalku ingin kepastian lanjut.

    “Pak Ajis nak seorang pekerja yang bukan saja bertanggungjawab dan tahan lasak tetapi ada kelayakan akademik. Dan tak kurang penting – orangnya haruslah jujur menguruskan bengkel ini.”

    “Pak Ajis nak tambah mekanik lagi?” aku menyoalnya.

    “Bukan, tetapi seorang pengurus bengkel. Bila sesuai masanya, bengkel ini akan bertukar tangan. Lagipun, Pak Ajis tidak ada waris untuk jaga bengkel ini. Sementara ingatan dan kudrat Pak Ajis masih kuat, Pak Ajis nak turunkan segala ilmu yang ada untuk mereka yang benar-benar boleh diharapkan. Mungkin sekali sekala, Pak Ajis boleh datang jenguk bengkel ini,” jelasnya panjang lebar. Wajahku ditenungnya dengan tenang sambil tersenyum.

    ReplyDelete
  17. M/s 4

    “Yazdan tentu boleh bantu Pak Ajis untuk teruskan perjuangan ini!” sambung Pak Ajis sambil menepuk-nepuk belakangku.

    “Saya?” suaraku antara dengar dan tidak.

    “Bukan Yazdan seorang saja. Bila Pak Ajis dah jumpa calon pengurus bengkel yang sesuai nanti , dia dan Yazdan akan sama-sama uruskan bengkel ni,” katanya penuh makna.

    Aku masih lagi mengingati dan kagum dengan semangat kental Pak Ajis yang tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan modal pinjaman daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) walaupun sudah beberapa kali gagal. Alhamdulillah, akhirnya rezeki berpihak kepadanya dan kami juga. Dengan modal pinjaman sebanyak RM130,000 itu, Pak Ajis telah mengubahsuai hampir keseluruhan bengkel sesuai dengan keperluan semasa dan peningkatan bilangan pelanggan. Beberapa mesin sofistikated yang amat diperlukan seperti mesin dyno, single cylinder hydraulic lift, crankshaft grinding, coil winding, ECU diagnostic, mesin alignment dan lain-lain dijangka dapat memenuhi permintaan pelanggan yang mementingkan prestasi ekstrim dan modifikasi bertaraf perlumbaan.

    Kini, bengkel kereta Turbonetics bergerak maju, seiring dengan wibawa pengurus jelita yang tidak pernah terlintas di petala imaginasiku selama ini. Penilaianku terhadap kemampuannya semakin berubah sejak dari hari pertama Zara mula bekerja. Dia berpengetahuan tinggi dan bijak berniaga. Walaupun, ada kalanya aku berasa seperti bertarung dengan egoku sendiri apabila menerima arahan kerja daripada seorang gadis seperti Zara.

    ReplyDelete
  18. M/s 5

    Namun, sebagai pembantu pengurus merangkap ketua mekanik, aku harus mematuhi setiap arahannya. Tidak dinafikan, arahannya sangat membantu melancarkan perjalanan tugasan kami. Dari situ, aku dapat menilai fungsi dan kredibiliti Zara sebagai seorang pengurus yang tidak hanya semudah itu menjawat posisi tertinggi pengurusan dan bergoyang kaki. Lebih jauh dari itu, aku juga mula menyedari kemajuan produktiviti bengkel ini meningkat lebih baik dari tahun sebelumnya. Ternyata, Zara benar-benar arif dan bijak dalam setiap percaturannya.

    Jumlah pelanggan baru juga semakin memberangsangkan. Malah, aliran jualan untuk peralatan aksesori perlumbaan yang agak dingin sebelum ini telah mencatatkan angka jualan jauh lebih positif. Dengan kebolehan yang dimiliki Zara, dia berusaha mengoptimumkan pendekatan strategi promosi secara ‘atas talian’ dan ‘telemarketing’ secara meluas. Dan hasilnya, Turbonetics berjaya mendapatkan beberapa kontrak perkhidmatan penyelenggaraan daripada jabatan kerajaan, syarikat pengangkutan dan kelab kereta persendirian. Pendekatan itu telah membuatkan bengkel kami semakin sibuk dan buat pertama kali dalam sejarah Turbonetics, bengkel ini kini dibuka 7 hari seminggu. Kami juga terpaksa menggaji tiga lagi mekanik baru bagi memenuhi beban kerja sedia ada.

    “Yazdan. Encik Shariman akan sampai jam 3 nanti. Tolong uruskan kereta dia ya?” kata Zara sekaligus mematikan segala ‘flashback’ tadi.

    “Shariman? Hmm...boleh tak kalau Din yang uruskan?” aku mengusul cadangan sendiri.

    ReplyDelete
  19. M/s 6

    Terus saja pandangan Zara dipusatkan ke arahku. Matanya kulihat membesar, halus mulus pipinya kelihatan sedikit kemerahan – cuba menahan nafsu amarah yang mula mendatang. Tanpa menunggu respon selanjutnya yang berpotensi mencipta bala, aku bertindak segera berdiplomasi dengan mematuhi kembali arahan Zara.

    “Okay bos. Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kereta Encik Shariman hari ni,” balasku sambil berlalu meninggalkan Zara bersama kemarahannya.

    Shariman – Nama seorang lelaki yang sangat asing pada mulanya. Dia berwajah agak tampan,tinggi dan berkulit cerah. Shariman merupakan seorang ketua pengarah eksekutif di sebuah syarikat perkapalan terkenal dan memang lahir dalam sebuah keluarga berada. Menariknya, Shariman mengenali Zara. Mereka mula berkenalan semasa melanjutkan pengajian ke Australia. Yang mengejutkan aku, Shariman pernah meluahkan cintanya pada Zara tetapi ditolaknya secara baik. Zara cuma menganggap Shariman tidak lebih daripada teman biasa. Hubungan Zara dan Shariman memang diketahui kedua belah keluarga mereka.

    Dari situ, barulah aku tahu bahawa Zara sebenarnya adalah anak saudara Pak Ajis yang paling bongsu. Aku sememangnya terkejut dengan cerita yang disampaikan Pak Ajis.

    Lantas, aku terus teringat tentang satu perlakuan aneh antara Shariman dan Zara sebelum ini. Waktu itu, aku sedang berjalan memasuki pejabat bengkel kami dan sewaktu pintu bilik kutolak laju, aku terpana menyaksikan Zara sedang menarik tangannya daripada genggaman tangan Shariman. Kami bergilir-gilir berpandangan. Keadaan kami saat itu kurasakan cukup tegang dan berbahang. Angin dingin dari pendingin hawa ternyata gagal merubah darjah kepanasan di hatiku.

    ReplyDelete
  20. M/s 7

    Dalam masa yang sama, terbit rasa kesal dan marah bercampur-campur. Wajah Zara dan Shariman masing-masing kaget. Suasana mendiam.

    “Sorry.”

    Hanya perkataan itu yang termampu keluar dari mulutku sebelum aku tergesa-gesa melangkah keluar pejabat. Aku sendiri tidak pasti apa tujuan maafku tadi. Fikiranku sedikit berserabut. Tanpa berfikir panjang, aku terus menghidupkan enjin keretaku dan menekan pedal minyak beberapa kali. Aku berasa agak puas kerana dapat menyalurkan kemarahan hati yang sedang menjerit lantang. Selantang deruman enjin 4 silinder Toyota Celica GT tahun 1974 melalui ekzos FGK. Sebentar kemudian aku mematikan enjin kereta dan kembali menyambung kerjaku. Din yang sempat memerhatikan perbuatanku hanya menggelengkan kepala.

    Malam itu sebelum tidur, aku berusaha merajinkan diri membaca surah Yassin. Amalan yang agak sekian lama kutinggalkan. Aku berniat bersedekah pahala bacaan Yassin untuk kedua orang tuaku yang telah lama meninggal dunia. Aku juga mendoakan kesejahteraan roh mereka dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Amin ya Rabbal alamin. Kemudian, aku berbaring di katil sambil cuba melelapkan mata. Fikiranku masih berjaga. Sesekali apabila teringat pada arwah ayah dan emak, hatiku sayu mengenangkan nasib diri yang sebatang kara. Aku hampir berputus asa untuk bangkit dari kesedihan yang paling dalam kurasakan. Dengan keputusan SPM yang sekadar lulus atas pagar, aku terus mencari kerja. Mujur dengan pertolongan dan timbang rasa Pak Ajis, aku diberi peluang bekerja dengannya. Aku berasa sangat terharu dengan budi Pak Ajis dan berjanji untuk membalas kepercayaannya. Entah jam berapa malam itu, aku akhirnya tertidur juga.

    ReplyDelete
  21. M/s 8

    Zara. Nama itu sendiri kurasakan amat pendek. Tidak cukup untuk menggambar segenap kelebihan pemilik nama itu yang kusifatkan agak sempurna juga. Sempurna? Atau aku mungkin keterlaluan memujinya setinggi langit dalam menilai keperibadiannya. Zara masih lagi seorang insan biasa yang bukan maksum sifatnya. Tentu saja ada kekurangannya di mana-mana. Tidak perlulah aku berterusan mencari sifat kekurangannya kerana puncak tindakan itu seperti cuba meletakkan diriku terlalu unggul jauh di depan, sesuatu yang dangkal akal dan tidak yakin diri.

    “Termenung nampak?” tegur satu suara tiba-tiba.

    Aku yang agak terkejut tidak terus menjawab. Masih terpacak di depan papan putih yg mencatat maklumat temujanji pelanggan, aku pantas berfikir jawapan penyelamat keadaan.

    “Tak adalah. Yaz tengah fikir tarikh sesuai nak bercuti.”

    “Bercuti ke mana?” tanya Zara sambil duduk di tempatnya.

    “Adalah,” balasku pendek.

    “Kerja tengah banyak. Yaz tak boleh ambil cuti. Saya tak benarkan,” tegas nada suara Zara.

    Aku yang tidak ambil peduli dengan jawapannya hanya meneruskan laku tadi, memerhatikan papan putih dengan pandangan kosong untuk beberapa lama.

    ReplyDelete
  22. M/s 9

    Kemudian aku kembali ke mejaku. Meneliti rekod jualan untuk bulan lalu, aku harus memesan beberapa peralatan tukar ganti yang akan kehabisan stok. Aku menyerahkan senarai peralatan yang perlu dipesan kepada Zara untuk kelulusan. Zara meneliti senarai tersebut dan menyemak rekod yang sama pada skrin komputernya.

    “Dah buat manual stock checking?” Zara bertanya.

    “Sudah.”

    Zara hanya mengangguk kecil. Aku kembali duduk. Tanganku laju menggerakkan tetikus dan mengklik sasaran pada skrin komputer. Mataku mundar-mandir memerhatikan imej yang terpampang. Sedang asyik aku membuat tugasan, aku tersedar sesuatu. Gerak geriku seperti diperhatikan orang. Sepantas kilat, aku memandang Zara. Cepat-cepat dia mengalih pandangan ke arah lain. Pelik. Dia telah mencuri pandang ke arahku.

    “Ada apa-apa Cik Zara?” aku selamba bertanya.

    “Ada apa?” Zara berpura-pura tanya bagi menyorok tindakannya tadi.

    “Kalau perlukan bantuan, mungkin Yaz boleh tolong?” aku cuba menduga akalnya.

    Kali ini, tanpa mencuri pandang, Zara memandangku. Dia menunjukkan dirinya sedang memikirkan sesuatu hal sehingga dahinya sedikit berkerut.

    “Saya mungkin balik lewat sikit. Boleh Yaz temankan?” pinta Zara.

    Aku agak terkejut dan ingin bertanya alasannya tetapi aku bertindak untuk diamkan saja.

    ReplyDelete
  23. M/s 10

    “Boleh. Maybe, Yaz boleh belikan dinner nanti. Yaz belanja!” lancar aku membuat tawaran.
    Zara tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

    Seperti yang dijanjikan, aku masih di bengkel menemani Zara sehingga malam menjengah. Semua pekerja termasuk Din sudah awal-awal lagi pulang sekitar jam 6 setengah petang tadi.

    “Cik Zara. Yaz nak keluar beli dinner ni. Nak pesan apa?”

    “Yaz nak beli dinner kedai mana?”

    “Kedai Pak Samad dekat bandar baru.”

    “Jauhnya,” balas Zara.

    “Kedai ni saja yang paling dekat dan masih dibuka waktu begini,” terangku lagi.

    “Alright. Tolong beli nasi goreng padprik ayam, kurang pedas. Dengan air limau ais,” kata Zara sambil menghulurkan wang kertas sepuluh ringgit.

    “Tak mengapa, Cik Zara. Yaz nak belanja ni,” kataku tersenyum sambil bersegera meninggalkan Zara. Senyumku berbalas.

    Perjalanan ke bandar baru memakan masa lebih kurang 15 minit. Setelah membuat pesanan, aku melihat siaran berita nasional di televisyen. Sekali sekala, aku mengikuti berita-berita yang disampaikan sehinggalah makanan yang dipesan bungkus berada di depanku. Selesai membayar sejumlah wang, aku terus memecut laju ke arah bengkel Turbonetics.

    ReplyDelete
  24. M/s 11

    Setibanya aku di depan bengkel yang hanya separuh pintunya bertutup, aku terlihat sebuah kereta sports yang diparkir agak jauh dari situ.

    “Macam kereta Shariman?” aku meneka. “Apa dia buat malam-malam ni?” aku kehairanan.

    Memikirkan segala kemungkinan, aku berlari-lari menuju ke arah pejabat bengkel. Tiada sesiapa di situ. Kemudian aku terdengar bunyi bising yang datang melalui pintu lot kedai sebelah. Dengan segera aku ke situ dan menolak pintu sekuatnya. Aku tergamam melihat dalam kesamaran cahaya lampu, dua orang manusia seperti sedang bergelut antara satu sama lain di atas lantai.

    “Zara!” aku menjerit ke arahnya.

    “Yaz! Tolong!” jerit Zara sambil cuba melepaskan dirinya. Shariman sedang menindih tubuh Zara sambil memegang kuat tangan Zara ke belakang badannya. Muka Shariman terkejut melihat kehadiranku.

    “Kurang ajar!” aku spontan berteriak dan berlari menuju ke arah Shariman. Langkah kaki kuatur kemas sambil menunggu saat sesuai untuk melepaskan tendangan sulung.

    Buk! Satu tendangan tepat mengenai muka Shariman sehingga dia jatuh bergolek ke tepi dinding. Aku mendapatkan Zara dan cuba membantunya berdiri.

    “Cik Zara tak apa-apa?” aku bertanya inginkan kepastian.

    ReplyDelete
  25. M/s 12

    “Tangan saya sakit sangat,” jawab Zara sambil mengusap tangannya. Belum sempat aku melihat keadaan Zara lebih lama, satu sepakan padu singgah di belakang badanku. Aku dan Zara sama-sama terjelepuk ke lantai.

    “Please don’t be a hero! You will never deserve her!” jerit Shariman sambil mencapai satu batang besi sepanjang 3 kaki. Aku sempat memandang Zara. Dia sudah tidak sedarkan diri. Shariman sedang menghayun batang besi ke kiri dan ke kanan. Keadaannya benar-benar bersedia untuk menyerang balas. Aku berusaha berdiri tegak sambil menahan belakang badan yang sakit diterajang Shariman. Batang besi yang dipegang Shariman kuperhatikan dengan penuh waspada. Aku mencari ruang untuk membuat serangan. Shariman semakin menghampiriku sambil mengacah batang besi ke atas dan ke bawah.

    Dia menyerang! Zup! Satu libasan menuju ke sasaran. Aku mengelak serangan itu ke sebelah kanan. Lega kerana dapat mengelak serangannya kali ini. Aku menjarakkan diri daripada Shariman untuk berasa lebih selamat. Dalam masa yang sama fikiranku ligat berputar, memikirkan ikhtiar untuk menumpaskan Shariman. Kemudian, aku melihat satu peluang baik. Aku mengundur langkah menghampiri satu botol mineral kecil yang berdiri tegak di atas lantai. Melalui ekor mata, aku cuba mengagak jarak sesuai dengan posisi kaki yang sedang melangkah. Saat ini aku sudah cukup bersedia. Aku hanya perlu menunggu serangan Shariman.

    “Hiyahh..,” jerit Shariman sambil mara menyerangku. Aku juga serentak bertindak dengan satu tendangan rendah ke sasaran, botol mineral yang masih berisi air itu terbang melayang mengenai tangan Shariman, lalu batang besi yang dipegangnya terlepas ke lantai.

    ReplyDelete
  26. M/s 13

    Aku terus menyambung serangan dengan tumbukan tangan kanan ke muka Shariman. Tulang tangan bertemu tulang muka. Perit sungguh sakitnya. Shariman terus rebah dan pergerakannya semakin lemah. Aku memegang buku lima yang sakit sambil memerhatikan Shariman yang sedang terbaring kesakitan.

    Kemudian, aku terdengar bunyi enjin kereta di luar bengkel. Dari celahan cahaya lampu yang berbalam,aku sempat melihat Pak Ajis sampai bersama Din. Penglihatanku kemudiannya semakin kabur. Terus gelap.

    “Yaz..,” panggil satu suara, perlahan.

    Aku mendengarnya tetapi pandanganku masih gelap gelita. Aku membuka mata. Terkebil-kebil memandang ke atas. Siling putih. Aku menoleh ke kiri, ada sebuah wajah yang amat aku kenal sedang melempar senyuman. Sangat manis. Dalam senyuman manisnya, aku melihat mata Zara sedikit lebam, keadaan yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Kemudian, aku baru sedar kehadiran Pak Ajis di sebelah kananku dan beberapa rakan sekerja yang berdiri dan bersandar pada dinding bilik.

    “Syukurlah. Kamu dah sedar,” bicara Pak Ajis memecah kesunyian.

    “Terima kasih,” ucapku lemah. Hampir seluruh badan berasa sakit. Setelah aku melihat sekeliling bilik, barulah aku mengetahui diriku sedang terlantar di bilik wad hospital.

    “Kamu berehatlah dulu. Pastikan betul-betul sembuh, baru datang kerja,” nasihat Pak Ajis sungguh-sungguh. Tanganku yang masih lemah dipegang Pak Ajis. Dia menganguk kecil dan tersenyum. Selepas itu, dia mohon diri beredar kembali ke bengkel bersama semua pekerja, meninggalkan aku dan Zara.

    Perlahan-lahan aku memandang Zara dan mengamati wajahnya dalam-dalam. Aku berasa simpati dengan keadaannya yang kelihatan bersedih dan tidak bersemangat. Sangat berbeza dengan keadaan lazimnya di pejabat bengkel. Tegas, serius dan cergas.

    “Cik Zara okay?” aku cuba menyelami keadaannya.
    Zara menggeleng lemah beberapa kali.

    “Maafkan Yaz. Kalau bukan pasal Yaz keluar beli dinner malam tu, tentu Cik Zara selamat,” aku cuba berkongsi rasa bersalah yang bersarang.

    “Bukan salah Yaz. Shariman yang buat hal. Dia tak pernah serik. Tak pernah insaf. Tak mungkin saya maafkan dia,” kata Zara dengan nada kesal.

    “Tak buat repot polis?”

    “Oh, pagi tadi polis dah tahan dia lepas saya buat repot dengan Pak Ajis dan Din,” Zara menerangkan. Aku sangat senang mendengar berita itu.

    “Kalau bukan sebab CCTV, tentu tiada siapa yang datang tolong kita. Syukurlah.” kata Zara dengan matanya bergenang air.

    “Alhamdulillah. Allah sentiasa bersama hambaNya yang benar,” balasku.

    Kemudian, tanpa aku duga, Zara memegang lembut tanganku sambil mengucapkan terima kasih kerana bertindak berani menyelamatkannya daripada kejadian hitam malam semalam.

    ReplyDelete
  27. M/s 14

    Aku melihat dirinya cuba bersenyum melawan kesedihan yang sedang dialami. Wajahnya kulihat masih cantik. Hatiku berasa tenang sekali kerana masih dapat melihat wajah kesayangan dalam diam. Pandangan kami saling bertaut dan bermakna.

    “Mulai hari ni, jangan panggil saya Cik atau bos,” kata Zara. Tanganku dipegangnya lebih erat. Senyumnya masih melebar.

    “Tapi kenapa?” aku bertanya tidak mengerti.

    “Sebab saya dah sayangkan awak, Yaz!”



    ~TAMAT~

    ReplyDelete
  28. zuhairy :)

    saya dah baca karya anda kat atas tu lewat malam tadi lagi, dan saya memerlukan masa utk memikirkan bagaimana nak bulat, padat dan kuatkan karya anda supaya boleh menjadi sebuah cerpen yg baik.

    jadi, pagi ini, saya telah menemukan caranya dan nampaknya pengolahan ketiga perlu dilakukan dgn menggunakan formula 4/5, yakni bermula 4/5 drpd keseluruhan cerita;

    1. pastikan hny ada dua babak/episod saja; satu masa sekarang dan satu flashback, dan setiap babak/episod perlu diiringi dgn suasana sekitarnya dan suasana sekitar ini perlu dibandingkan/kaitkan dgn perasaan watak utama.

    cadangan; babak flashback adalah waktu dia bergaduh dgn lelaki yg cuba memperkosa zara tu, babak sekarang adalah waktu cerpen dah nak siap - bandingkan bagaimana pergelutan dgn lelaki jahat tu, tidak sehebat pergelutan dlm jiwanya utk memberanikan diri menghampiri zara.

    2. kurangkan dialog, dgn mengambil isi dr dialog yg byk itu dan jadikan dlm bentuk monolog atau dlm fikiran watak.

    3. buat antara 6 - 8 mukasurat saja, sbb nanti bila saya dah edit, ia akan bertambah dgn sendirinya.

    anda bermula di sini;

    “Syukurlah. Kamu dah sedar,” bicara Pak Ajis memecah kesunyian.

    “Terima kasih,” ucapku lemah. Hampir seluruh badan berasa sakit. Setelah aku melihat sekeliling bilik, barulah aku mengetahui diriku sedang terlantar di bilik wad hospital.

    “Kamu berehatlah dulu. Pastikan betul-betul sembuh, baru datang kerja,” nasihat Pak Ajis sungguh-sungguh.

    Tanganku yang masih lemah dipegang Pak Ajis. Dia menganguk kecil dan tersenyum. Selepas itu, dia mohon diri beredar kembali ke bengkel bersama semua pekerja, meninggalkan aku dan Zara.

    Perlahan-lahan aku memandang Zara dan mengamati wajahnya dalam-dalam. Aku berasa simpati dengan keadaannya yang kelihatan bersedih dan tidak bersemangat. Sangat berbeza dengan keadaan lazimnya di pejabat bengkel. Tegas, serius dan cergas. (kat sini masuk flasback, dan pergelutan jiwa aku)

    penamat cerpen di sini;

    “Mulai hari ni, jangan panggil saya Cik atau bos,” kata Zara. (Tanganku dipegangnya lebih erat. - tak perlu pegang2 ni, delete) Senyumnya masih melebar.

    “Tapi kenapa?” aku bertanya tidak mengerti.

    (“Sebab saya dah sayangkan awak, Yaz!” - ni tak perlu, delete. riak muka, sinar mata atau bahasa badan dah memadai utk menggambarkan perasaan zara)

    zuhairy, anda buat dulu pengolahan semula ini, nanti saya lihat bagaimana. gigih terus k

    ReplyDelete
  29. Terima kasih atas bantuan Sifu. Saya rasa saya faham dengan tunjuk ajar Sifu, cuma bila saya mula mengarang, saya gagal kawal struktur utamanya macam - cuma perlu ada 2 babak saja dan formula 4/5...Saya akan cuba sedaya upaya utk buat mengikut saranan Sifu. Insya-Allah, saya berusaha utk lebih gigih lagi. :)

    ReplyDelete
  30. Apa khabar Sifu & Kak Aini? Maaf sebab terlalu lama untuk kembali menulis kat sini. Saya harap masih dapat menyambung belajar dengan Sifu.

    Berikut adalah olahan semula mengikut kefahaman saya berdasarkan bimbingan ulasan Sifu genap setahun yang lepas...




    “Syukurlah. Kamu dah sedar,” bicara Pak Ajis memecah kesunyian.

    “Terima kasih,” ucapku lemah. Hampir seluruh badan berasa sakit. Setelah aku melihat ke serata bilik, barulah aku mengetahui diriku sedang terlantar di bilik wad hospital.

    “Kamu berehatlah dulu. Pastikan betul-betul sembuh, baru datang kerja,” nasihat Pak Ajis sungguh-sungguh.

    Tanganku yang masih lemah dipegang Pak Ajis. Dia mengangguk kecil dan tersenyum. Selepas itu, dia mohon diri untuk kembali ke bengkel bersama semua pekerja bengkel, meninggalkan aku dan Zara.

    Perlahan-lahan aku memandang Zara dan mengamati wajahnya dalam-dalam. Aku berasa simpati dengan keadaannya yang sedang bersedih dan tidak bersemangat. Cukup berbeza dengan keadaan lazimnya di pejabat bengkel – serius, tegas dan cergas. Pandangan kami bersatu seketika sehingga beberapa saat kemudian Zara mengalah dan menghala pandangannya ke arah lantai. Aku masih memandang ke arahnya. Wajahnya kelihatan agak runsing tetapi tidak aku tidak berani bertanya lanjut.

    Kemudian, aku mendongak ke arah siling bilik. Aku berasa bahagian tengkuk lebih selesa dan rileks. Lalu, terus ingatanku berpusar ke malam sebelumnya.

    “Boleh sangat. Yaz belikan dinner nanti. Yaz belanja!” lancar aku membuat tawaran. Zara tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

    Seperti yang dijanjikan, aku masih di bengkel menemani Zara sehingga malam menjengah diri. Semua pekerja bengkel termasuk Din sudah pulang awal sekitar jam 6 setengah petang.

    “Cik Zara. Yaz nak keluar beli dinner ni. Nak makan apa?”
    “Yaz nak beli dinner kedai mana?”
    “Kedai Pak Samad dekat bandar baru.”
    “Jauhnya,” balas Zara.
    “Kedai ni saja yang paling dekat dan masih dibuka waktu begini,” terangku lagi.
    “Alright. Tolong beli nasi goreng padprik ayam, kurang pedas. Dengan air limau ais,” kata Zara sambil menghulurkan wang kertas sepuluh ringgit.
    “Tak mengapa, Cik Zara. Yaz nak belanja ni,” kataku tersengih.
    “Serius ni?” soal Zara berseloroh.
    “Serius yang amat sangat ni,” balasku dalam nada berlawak. Senyumku berbalas mesra.

    Perjalanan ke bandar baru memakan masa lebih kurang 15 minit. Setelah membuat pesanan, aku melihat siaran berita nasional di televisyen. Sekali sekala, aku mengikuti berita-berita yang disampaikan sehinggalah makanan yang dipesan bungkus berada di depanku. Selesai membayar sejumlah wang, aku terus memecut laju ke arah bengkel Turbonetics.

    Setibanya aku di depan bengkel yang hanya separuh pintunya bertutup, aku terlihat sebuah kereta sports yang diparkir jauh sedikit dari situ.

    “Nampak macam kereta Shariman?” aku meneka. “Apa dia buat malam-malam ni?” aku kehairanan.

    Memikirkan segala kemungkinan, aku berlari-lari menuju ke arah pejabat bengkel. Tiada sesiapa di situ. Kemudian aku terdengar bunyi bising yang datang melalui pintu lot kedai sebelah. Dengan segera aku ke situ dan menolak pintu sekuatnya. Aku tergamam melihat dalam kesamaran cahaya lampu, dua orang manusia sedang bergelut di atas lantai.

    “Zara!” aku menjerit sekuatnya. Bungkusan makanan terlepas dari tanganku.

    “Yaz! Tolong! Tolong!” jerit Zara sambil cuba melepaskan dirinya. Shariman sedang menindih tubuh Zara sambil memegang kuat tangan Zara ke belakang badannya. Muka Shariman sangat terkejut melihat kehadiranku.

    ReplyDelete
  31. “Kurang ajar!” aku spontan berteriak dan berlari menuju ke arah Shariman. Langkah kaki kuatur kemas sambil menunggu saat sesuai untuk melepaskan tendangan sulung. Shariman tidak bersedia dengan serangan itu.

    Buk! Satu tendangan tepat mengenai muka Shariman sehingga dia jatuh bergolek ke tepi dinding. Aku mendapatkan Zara dan cuba membantunya berdiri.

    “Cik Zara boleh berdiri?”
    “Aduh, tangan saya sakit sangat ni,” jawab Zara sambil mengusap-usap tangannya. Belum sempat aku melihat keadaan Zara lebih lama, satu sepakan padu singgah di belakang badanku. Aku dan Zara sama-sama terjelepuk ke lantai. Sakit mulai terasa di mana-mana. Mataku tidak henti-henti berkelip memandang ke arah Shariman.

    “Macam mana kau rasa sekarang? Sakit? Hah?” Shariman menjerit lantang sambil mencapai satu batang paip ekzos sepanjang 3 kaki. Aku sempat memandang Zara. Dia sudah tidak sedarkan diri. Shariman sedang menghayun batang besi ke kiri dan ke kanan. Keadaannya benar-benar bersedia untuk menyerang balas.

    Aku berusaha berdiri tegak sambil menahan belakang badan yang sakit diterajang Shariman. Batang besi yang dipegang Shariman kuperhatikan dengan penuh waspada. Aku mencari ruang untuk membuat serangan. Shariman semakin menghampiriku sambil mengacah batang besi ke atas dan ke bawah. Nafas kami sama-sama pantas turun naik.

    Shariman menyerang. Zup! Satu libasan menuju ke arahku. Aku mengelak serangan itu ke sebelah kanan. Lega dapat mengelak serangannya kali ini. Aku menjarakkan diri daripada Shariman buat seketika. Dalam masa yang sama, fikiranku ligat memikirkan cara terbaik untuk menumpaskan Shariman. Kemudian, aku melihat satu peluang baik. Aku mengundur langkah menghampiri satu botol mineral kecil yang berdiri tegak di atas lantai. Melalui ekor mata, aku cuba mengagak jarak sesuai dengan posisi kaki yang sedang melangkah. Saat ini aku sudah cukup bersedia . Aku cuma perlu menunggu serangan Shariman. Aku redha dengan segala kemungkinan.

    ReplyDelete
  32. “Hiyahh..,” jerit Shariman sambil mara menyerangku. Aku juga serentak bertindak dengan satu tendangan rendah ke sasaran –
    botol mineral yang masih berisi air itu terbang melayang mengenai tepat tangan Shariman, lalu batang besi yang dipegangnya terlepas ke lantai.

    Aku terus melipatgandakan serangan. Begitu juga Shariman. Masing-masing berbalas pukulan yang mengenai sasaran. Muka dan badan habis dihentam sekuat-kuatnya. Ada masanya dapat mengelak, ada masanya terpaksa menahan pukulan dengan tangan. Sehinggalah terhidang satu peluang baik melepaskan tumbukan tangan kanan tepat mengenai tulang hidung Shariman. Shariman terus jatuh ke belakang dan rebah. Pergerakannya menjadi lemah. Aku memegang buku lima yang sakit sambil memerhatikan Shariman yang sedang terbaring kesakitan. Dia mengerang dan menekup mukanya dengan tangan.

    Kemudian, aku terdengar bunyi enjin kereta di luar bengkel. Dari celahan cahaya lampu yang berbalam,aku dapat melihat Pak Ajis datang berlari-lari bersama Din. Mereka menghampiri aku dan memapahku duduk di bangku kayu. Aku tidak daya menahan rasa sakit sehingga akhirnya aku pengsan.

    “Yaz..,” panggil satu suara, perlahan.

    Seperti baru tersedar buat kali kedua, aku melihat ke arah suara itu.
    “Saya nak awak cepat baik. Nanti awak boleh tolong saya kat bengkel. Saya pernah rasa bila awak tiada kat bengkel, saya rasa sunyi sangat. Entah kenapa, saya rasa saya sangat dekat dengan awak,” ujar Zara dengan suara sedikit tersekat dan sebak.

    Aku sangat terkejut dengan pengakuan Zara yang sangat berterus terang dan jujur. Sangat berat untuk aku membalas kata-katanya yang cukup mengujakan untuk pria pemalu seperti aku.

    “Mulai hari ni, jangan panggil saya Cik atau bos,” kata Zara. Senyumnya masih melebar.

    “Tapi kenapa?” aku bertanya, langsung tidak mengerti.

    Wajah Zara berubah ceria dan seakan tidak mampu menahan senyumannya yang semakin manis jelita. Rona matanya bersinar-sinar dan tidak berkedip memandangku. Lalu pipinya kulihat semakin kemerahan seperti dicalit mekap. Tanpa bicara apapun yang keluar dari mulutnya, aku akhirnya mengerti dengan tingkahnya yang sangat teruja memberitahu isi hatinya tanpa berselindung lagi. Kami sama-sama tertawa mesra.


    Tamat

    ReplyDelete
  33. zuhairy :) kita mulakan k;

    judul (nanti kita cari, lps siap cerpen)
    (nama betul)

    “Syukurlah. Kamu dah sedar,” (bicara - tukar; tegur) Pak Ajis (dr arah mana,) (memecah kesunyian - jika dia baru sedar, elok ditukar; menyentuh pendengarannya, dll).

    “Terima kasih,” ucapku lemah. (gmbarkan dia pandang pak ajis, gmbarkan perawakan/fizikan pak ajis, penampilan, riak mukab)

    (pernafasan) Hampir seluruh badan berasa sakit (sesakit apa? [puitis). Setelah aku melihat ke serata bilik, barulah aku mengetahui diriku sedang terlantar di bilik wad hospital. (bagaimana dia tahu itu bilik wad hospital, gmbarkan suasana, siang atau malam, apa yg dia dgr, apa yg dia hidu, apa yg nmpak, misalnya, peralatan perubatan yg digunakan kepadanya, ubat2an. wad kelas berapa, ada pesakit lain tak? ada pelawat? dia nmpak zara tak? gmbarkan debaran dada dia nmpak zara - puitis, selain drpd zara, dia nmpak sesapa lagi tak? gmbarkan mereka - pendek2 je, perasaan)

    “Kamu berehatlah dulu. Pastikan betul-betul sembuh, baru datang kerja,” nasihat Pak Ajis sungguh-sungguh.

    Tanganku yang masih lemah dipegang Pak Ajis (gmbarkan tangan pak ajis, bandingkan dgn tangan ayahnya, perasaan aku dipegang pak ajis, terharu? buat dia teringat pd pegangan ahli kelaurga tersayang, ayahnya? mana ayahnya? keluarganya?). Pak Ajis mengangguk kecil dan tersenyum. Selepas itu, dia mohon diri untuk kembali ke bengkel bersama semua pekerja bengkel, meninggalkan aku dan Zara. (zara di mana, riak muka zara, perasaan aku ditinggalkan dgn zara, puitis)

    Perlahan-lahan aku memandang Zara dan mengamati wajahnya dalam-dalam. (gmbarkan wajah zara, mata, hidung, mulut, warna kulit, bertudung tak, penampilan, riak muka zara, perasaan aku, puitis) Aku berasa simpati dengan keadaannya yang sedang bersedih dan tidak bersemangat. Cukup berbeza dengan keadaan lazimnya di pejabat bengkel – serius, tegas dan cergas.

    (buat dialog zara, semasa di bengkel - gmbarkan suasana, udara di bengkel, bunyi) .

    waktu tu, aku di mana, gmbarkan aku tgh buat kerja apa, istilah2, apa yg dihidu, perasaan ketika itu)

    (tmbh; kini, dari katil hospitalku ini,) pandangan kami bersatu seketika sehingga beberapa saat kemudian Zara mengalah dan menghala pandangannya ke arah lantai. (perasaan) Aku masih memandang ke arahnya. Wajahnya kelihatan agak runsing tetapi tidak aku tidak berani bertanya lanjut. (knp tak berani, puitis)

    (pernafasan aku) Kemudian, aku mendongak ke arah siling bilik. Aku berasa bahagian tengkuk lebih selesa dan rileks. Lalu, terus ingatanku berpusar ke malam sebelumnya (gmbarkan ingatan dia mcm berpusar dlm minyak yg digunakan di bengkel gitu, nama minyak, puitis).

    “Boleh sangat. Yaz belikan (dinner - guna bahasa melayu) nanti. Yaz belanja!” lancar aku membuat tawaran.

    Zara tersenyum dan mengucapkan terima kasih.
    Seperti yang dijanjikan, aku masih di bengkel menemani Zara sehingga malam menjengah diri. (menemani utk apa? zara minta dia tlg temankankah? zara buat apa hingga dinihari - kaitkan sikit nama pak ajis, sementara tu aku buat apa? gmbarkan suasana mlm, puitis) Semua pekerja bengkel termasuk Din sudah pulang awal sekitar jam 6 setengah petang.

    ReplyDelete
  34. “Cik Zara. Yaz nak keluar beli (dinner - bahasa melayu) ni. Nak makan apa?”

    “Yaz nak beli dinner kedai mana?”

    “Kedai Pak Samad dekat bandar baru.”

    “Jauhnya,” balas Zara.

    “Kedai ni saja yang paling dekat dan masih dibuka waktu begini,” terangku lagi, (perasaan).

    “(Alright - bahasa melayu). Tolong beli nasi goreng padprik ayam, kurang pedas. Dengan air limau ais,” kata Zara sambil menghulurkan wang kertas sepuluh ringgit.

    “Tak mengapa, Cik Zara. Yaz nak belanja ni,” kataku tersengih.

    “Serius ni?” soal Zara berseloroh.

    “Serius yang amat sangat ni,” balasku dalam nada berlawak. Senyumku berbalas mesra. (perasaan)

    Perjalanan (naik apa) ke bandar baru memakan masa lebih kurang 15 minit. (gmbarkan suasana, cahaya lampu, bunyi) Setelah membuat pesanan, aku melihat siaran berita nasional di televisyen. (gmbarkan perasaan aku ingat pd zara) Sekali sekala, aku mengikuti berita-berita yang disampaikan sehinggalah makanan yang dipesan bungkus berada di depanku. (gmbarkan perasaan aku berdetak tak enak, apabila teringatkan zara, tiba2) Selesai membayar sejumlah wang, aku terus memecut laju ke arah bengkel Turbonetics.

    Setibanya aku di depan bengkel yang hanya separuh pintunya bertutup, aku terlihat sebuah kereta sports yang diparkir jauh sedikit dari situ. (gmbarkan debaran tak enak di dada aku lagi)

    “Nampak macam kereta Shariman?” aku meneka, (gmbarkan detak berat dlm dada lagi, cemas? dll). “Apa dia buat malam-malam ni?”

    Memikirkan segala kemungkinan, aku berlari-lari menuju ke arah pejabat bengkel. Tiada sesiapa di situ. Kemudian aku terdengar bunyi bising yang datang melalui pintu lot kedai sebelah. Dengan segera aku ke situ dan menolak pintu sekuatnya. Aku tergamam melihat dalam kesamaran cahaya lampu (lampu apa), dua orang manusia sedang bergelut di atas lantai.

    “Zara!” aku menjerit sekuatnya. Bungkusan makanan terlepas dari tanganku.

    “Yaz! Tolong! Tolong!” jerit Zara sambil (meronta2), cuba melepaskan dirinya.

    Shariman sedang menindih tubuh Zara sambil memegang kuat tangan Zara ke belakang badannya. (melalui cahaya lampu - lampu apa - yg berbalam2 itu, jelas kelihatan) muka Shariman sangat terkejut melihat kehadiranku.

    ReplyDelete

  35. “Kurang ajar!” aku spontan berteriak (dgn perasaan - gmbarkan perasaan dlm dada, puitis) dan berlari menuju ke arah Shariman. Langkah kaki kuatur kemas sambil menunggu saat sesuai untuk melepaskan tendangan sulung. (tmbh; ternyata) Shariman tidak bersedia dengan serangan itu.

    Buk! Satu tendangan tepat mengenai muka Shariman sehingga dia jatuh bergolek ke tepi dinding. Aku mendapatkan Zara dan cuba membantunya berdiri.

    “Cik Zara boleh berdiri?”

    “Aduh, tangan saya sakit sangat ni,” (jawab - rintih) Zara sambil mengusap-usap tangannya.

    Belum sempat aku melihat keadaan Zara lebih lama, satu sepakan padu singgah di belakang badanku. Aku dan Zara sama-sama terjelepuk ke lantai. Sakit mulai terasa di mana-mana. Mataku tidak henti-henti berkelip memandang ke arah Shariman (gmbarkan shariman).

    “Macam mana kau rasa sekarang? Sakit? Hah?” Shariman menjerit lantang sambil mencapai satu batang paip ekzos sepanjang 3 kaki.

    (buat monolog balas aku sebagai respon pada kata2 shariman, dlm bentuk soalan, mcm dia menyoal dlm hati gitu, perasaan) Aku sempat memandang Zara. Dia sudah tidak sedarkan diri (perasan aku lihat zara begitu, puitis. Shariman sedang menghayun batang besi ke kiri dan ke kanan. (gmbarkan batang besi sebesar apa tu - batang besi yg diambil dr mana, apabila disentuhi cahaya lampu, perasaan aku) Keadaannya benar-benar bersedia untuk menyerang balas. (knp agaknya dia nak menyerag balas, buat monolog hidup, kaitkan dgn perasaan silam - dendam/cemburu, dll?)

    (termengah2) Aku berusaha berdiri tegak sambil menahan belakang badan yang sakit diterajang Shariman. Batang besi yang dipegang Shariman kuperhatikan dengan penuh waspada, (sprti memerhatikan apa dgn penuh waspada). Aku mencari ruang untuk membuat serangan. Shariman semakin menghampiriku sambil mengacah batang besi ke atas dan ke bawah. Nafas kami sama-sama pantas turun naik.

    (mendadak) Shariman menyerang. Zup! Satu libasan menuju ke arahku. Aku (melonjak utk) mengelak serangan itu ke sebelah kanan. Lega dapat mengelak serangannya kali ini. Aku menjarakkan diri daripada Shariman buat seketika. Dalam masa yang sama, fikiranku ligat memikirkan cara terbaik untuk menumpaskan Shariman. (knp aku mesti tumpaskan shariman, sebut ttg hidup dan mati, dll, zuhairy, jika boleh dimasukkan sikit ilmu silat kat sini lagi menarik utk angkat mutu karya, istilah2 ilmu pertahankan diri yg dipelahari masa dia kecil atau remaja dulu, atau kokurikulum di sekolah ke, dll, fikirkan k)

    Kemudian, aku melihat satu peluang baik. Aku mengundur langkah menghampiri satu botol mineral kecil yang berdiri tegak di atas lantai. Melalui ekor mata, aku cuba mengagak jarak sesuai dengan posisi kaki yang sedang melangkah. Saat ini aku sudah cukup bersedia. Aku cuma perlu menunggu serangan Shariman. (Aku redha dengan segala apa@ kemungkinan. - zuhairi, dia jgn redha sebelum s, dia mesti punya semangat juang yg kuat sbg anak lelaki)

    ReplyDelete
  36. “Hiyahh..,” jerit Shariman sambil mara menyerangku, (mcm apa yg dtg menyerang? mcm lembu jantan, misalnya? dll, dengusan nafas shariman semasa dtg menyerang)

    Aku, (bak pahlawan zaman silam? dll) juga serentak bertindak dengan satu tendangan rendah ke sasaran – botol mineral yang masih berisi air itu terbang melayang mengenai tepat ke tangan Shariman, lalu batang besi yang dipegangnya terlepas ke lantai.

    Aku terus melipatgandakan serangan. Begitu juga Shariman. Masing-masing berbalas pukulan yang mengenai sasaran. Muka dan badan habis dihentam sekuat-kuatnya. (berdarah tak? gmbarkan, bau darah) Ada masanya dapat mengelak, ada masanya terpaksa menahan pukulan dengan tangan. Sehinggalah terhidang satu peluang baik melepaskan tumbukan tangan kanan tepat mengenai tulang hidung Shariman. Shariman terus jatuh ke belakang dan rebah. Pergerakannya menjadi lemah.

    Aku memegang buku lima yang sakit sambil memerhatikan Shariman yang sedang terbaring kesakitan. Dia mengerang dan menekup mukanya dengan tangan. Kemudian, aku terdengar bunyi enjin kereta di luar bengkel. Dari celahan cahaya lampu yang berbalam, aku dapat melihat Pak Ajis, (siapa pak ajis, jelaskan) datang berlari-lari bersama Din, (siapa din?). Mereka menghampiri aku dan memapahku duduk di bangku kayu. Aku tidak daya menahan rasa sakit sehingga akhirnya aku pengsan.

    “Yaz..,” panggil satu suara, perlahan.

    Seperti baru tersedar buat kali kedua (di katil wad hospital - kelas berapa?), aku melihat ke arah suara itu. (gmbarkan pemilik suara tu, di mana pemilik suara tu - tercegat di sisi katil wad aku? - gmbar riak muka pemilik suara tu, perasaan aku)

    “Saya nak awak cepat baik. Nanti awak boleh tolong saya kat bengkel. Saya pernah rasa bila awak tiada kat bengkel, saya rasa sunyi sangat. Entah kenapa, saya rasa saya sangat dekat dengan awak,” ujar Zara dengan suara sedikit tersekat dan sebak.

    Aku sangat terkejut dengan pengakuan Zara yang sangat berterus terang dan jujur. (perasaan aku dgn pengakuan tu - puitis) Sangat berat untuk aku membalas kata-katanya yang cukup mengujakan untuk pria pemalu seperti aku.

    “Mulai hari ni, jangan panggil saya Cik atau bos,” kata Zara. Senyumnya masih melebar.

    “Tapi kenapa?” aku bertanya, langsung tidak mengerti.

    Wajah Zara berubah ceria dan seakan tidak mampu menahan senyumannya yang semakin manis jelita. Rona matanya bersinar-sinar dan tidak berkedip memandangku. Lalu pipinya kulihat semakin kemerahan seperti dicalit mekap. Tanpa bicara apapun yang keluar dari mulutnya, aku akhirnya mengerti dengan tingkahnya yang sangat teruja memberitahu isi hatinya tanpa berselindung lagi. Kami sama-sama tertawa mesra.

    (gmbarkan perasaan aku, walaupun masih terlantar di katil hospital, tp tak terasa sakit lagi, tp mesti guna ayat indah puitis, tmbh; alhamdulillah!).

    zuhairy, itu je pembaikan yg perlu anda buat, gigih terus k

    ReplyDelete
  37. m/s 1

    “Syukurlah. Kamu dah sedar,” suara Pak Ajis menyentuh deria pendengaranku. Dia sedang duduk bersandar di sebelah kanan katil di mana aku sedang berbaring.

    “Terima kasih,” ucapku lemah sambil pandangan kulemparkan ke wajah Pak Ajis yang sentiasa bersih dan tenang. Orangnya mempunyai susuk tubuh sederhana besar dan tinggi. Sentiasa berpakaian kemas dan menyimpan janggut adalah imej Pak Ajis yang sangat menyenangkan sesiapa sahaja. Dia memang selalunya begitu, seperti mula-mula aku berjumpa dengannya kira-kira 12 tahun sebelumnya.

    Pak Ajis merupakan seorang mekanik berpengalaman dan pemilik tunggal bengkel ‘Turbonetics’ membaiki kenderaan di Sungai Buloh. Ketika mula-mula Pak Ajis membuka perniagaannya, Turbonetics masih belum menggaji sesiapapun walau seorang mekanik. Cerita daripada mulut Pak Ajis sendiri, selepas dua tahun beroperasi, jumlah kenderaan yang mendapatkan khidmat Turbonetics semakin banyak dan peningkatan itu tidak mungkin dapat ditangani oleh Pak Ajis seorang. Lalu, Pak Ajis mengiklankan satu tawaran kerja membaiki kenderaan di Institut Kemahiran MARA, tempat aku sedang belajar.

    Pada masa itu, aku baru berumur 20 tahun dan hanya tiga minggu lagi akan tamat kursus sijil automotif tahap dua . Mungkin sudah tertulis rezeki buatku, aku berjaya mengalahkan berpuluh-puluh teman sekursus yang juga mencuba nasib dalam sesi temuduga dan ujian teknikal di bengkel Turbonetics.

    “Kamu mesti bekerja rajin-rajin dan jujur, tahu?” nasihat pertama Pak Ajis padaku ketika hari pertama aku mula bekerja di Turbonetics.

    “Insha-Allah, saya akan berusaha sebaik mungkin,” balasku sambil tersenyum penuh makna.

    “Uhuk, uhuk,” tiba-tiba aku terbatuk dan kerongkongku berasa gatal. Hampir seluruh badanku berasa sakit seperti dicucuk-cucuk dengan jarum. Aku berusaha membangunkan diri perlahan-lahan.

    Din yang berdiri di sebelah Pak Ajis segera membantu memegang tangan dan belakangku agar aku lebih mudah untuk duduk dan bersandar pada kepala katil. Kemudian, setelah dapat bersandar dengan selesa, aku melihat ke serata bilik dan barulah aku mengetahui diriku

    ReplyDelete
  38. m/s 2

    berada dalam sebuah bilik persis bilik wad hospital. Deria bauku juga dapat mengesan bau-bau ubat yang agak menyengat.

    “Aku kat mana ni?” soalku ingin kepastian daripada Din.

    “Hospital Sungai Buloh, wad satu,” jawab Din bersahaja. Ternyata telahanku benar.

    Din juga seorang mekanik di Turbonetics seperti aku. Kira-kira selepas setahun aku bekerja di situ, Pak Ajis mengambil Din bekerja sebagai mekanik yang berkemahiran dalam bidang pendawaian dan elektrikal. Kami juga berkawan baik dan juga duduk menyewa di rumah yang sama tidak jauh dari bengkel.

    “Yaz, wad ini khas untuk seorang pesakit sahaja. Biar kamu rasa lebih selesa,” sambung Pak Ajis.

    Aku mengangguk perlahan sambil memandang mereka berdua.

    “Kamu berehatlah dulu. Pastikan betul-betul sembuh, baru datang kerja,” beritahu Pak Ajis sungguh-sungguh.

    Tanganku yang masih lemah dipegang Pak Ajis. Lantas, aku segera teringatkan ayah dan emak yang sudah meninggal dunia tidak lama dulu. Kematian mereka adalah akibat kemalangan langgar lari. Kehilangan besar yang amat kurasai sepanjang hidup. Hanya saudara mara yang menjadi keluarga terdekat.

    Kemudian, kedua tangan kami terlerai dan terus mematikan sekilas lamunanku pada allahyarham kedua orang tuaku. Pak Ajis bermohon diri untuk kembali ke bengkel bersama Din yang menemaninya sejak dari pagi tadi.

    Tiba-tiba fikiranku menerawang pada Zara. Bagaimana dengan keadaannya? Adakah dia baik-baik sahaja? Atau mungkinkah dia juga di wad hospital seperti aku? Aku membuat pelbagai andaian kasar.

    “Pak Ajis. Zara macam mana? Dia tidak apa-apa?” soalku ketika Pak Ajis dan Din sedang melangkah keluar melalui pintu bilik. Langkah mereka terhenti sebentar.

    ReplyDelete
  39. m/s 3

    “Jangan kamu risau sangat. Zara cuma cedera ringan. Doktor dah rawat luka tangannya dan dia dibenarkan pulang semalam. Mungkin petang nanti dia akan jenguk kamu pula,” terang Pak Ajis.

    “Oh, begitu. Baiklah Pak Ajis. Terima kasih sebab sudi melawat saya.”

    “Tidak mengapalah,” balas Pak Ajis sambil membuat isyarat dengan tangan kanannya. Mereka berdua berlalu pergi meninggalkan aku keseorangan. Pintu bilik tertutup semula.

    Lega rasa hatiku apabila Pak Ajis menerangkan keadaan Zara tadi. Sekurang-kurangnya aku mengetahui keadaan dirinya yang sebenar.

    Zara Adnin binti Idris. Raut wajahnya jelita dengan hidungnya yang mancung bak seludang, matanya bundar mempersona, bibirnya nipis sedikit kemerahan, rambutnya beralun ikal mayang, bentuk badannya umpama gitar, kulitnya putih mulus dan tingginya bak peragawati Sarimah. Ah, sungguh indah ciptaan Allah yang satu ini. Ibarat rasa kagum yang melangit pada keindahan hempasan ombak di tepian pantai, begitulah aku merasakan segala perasaanku terhadap Zara.

    Dia bukan sekadar cantik pada fizikal semata-mata namun lebih daripafa itu, Zara juga seorang yang terpelajar. Bersama satu skrol Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif dari Royal Melbourne Institute of Technology University (RMIT), Australia.

    Zara memang layak menyandang jawatan pembantu pengurus di bengkel Turbonetics. Berdasarkan pengalamannya menjalani latihan praktikal di bengkel-bengkel kereta ternama sekitar bandar Perth dan Sydney, Zara banyak berkongsi pelbagai ilmu automotif dengan kami yang masih belum diterokai secara komersial dan meluas bagi pasaran domestik. Contohnya, pembuatan komponen-komponen enjin yang banyak diimport dari luar negara. Zara pernah menerangkan bahawa beberapa syarikat pembuat komponen enjin tempatan yang pernah ditemuinya mampu menghasilkan kualiti yang hampir sama dengan kos pembuatan yang jauh lebih murah. Penemuan ini memberi kelebihan kepada Turbonetics untuk bekerjasama dengan syarikat tempatan sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import. Di sinilah, kami melihat bagaimana pengetahuan Zara amat membantu memajukan kepakaran bengkel Turbonetics ke arah yang lebih

    ReplyDelete
  40. m/s 4

    kompetitif. Dan Zara layak untuk menerima segunung pujian atas usaha keras dan ikhlasnya dia terhadap industri automotif.

    Tidak pernah terlintas di ruangan akalku bahawa pada satu hari akan hadir seorang wanita sepertinya mampu menongkat langit, mampu mentarbiah pemikiran kolot yang pernah aku dukung selama ini. Zara telah membuktikan bahawa kaum Hawa juga berpotensi dan mempunyai kualiti setanding dengan kami dalam bidang automotif. Dalam diam, Zara mula menjadi idola terbaik dan terindah buat kami semua di sini. Aku menyeringai sendirian dan bersambung lagi.

    Fikiranku masih tertancap pada Zara yang masih tidak kelihatan di sini. Sebentar, aku memejamkan mata dan memikirkan tentang kerja-kerja di bengkel yang masih bersisa. Satu persatu aku membayangkan buat beberapa lama.

    Tiba-tiba, aku mendengar deruman enjin dikerah sekuatnya keluar mengliar melalui liang ekzos Fujitsubo. Bagaikan tersentak dengan bunyi itu, aku bingkas melihat gerangan yang menekan pedal minyak tadi. Oh, Zara rupanya!

    “Bagaimana, Yaz?” soal Zara dari dalam kereta selepas beberapa ketika.

    “Kadar masa dengan putaran enjin lebih stabil dari sebelumnya,” aku merumuskan.

    “Berapa bacaan rpm?” soalku pula.

    “Enjin melahu tidak sekata pada rpm 1500 hingga 2000. Bacaan normal untuk enjin perlumbaan,” kata Zara sambil keluar dari kereta yang sedang kami tala untuk tujuan perlumbaan professional.

    Nampaknya, injap injeksi jenis T90 amat sesuai dengan perwatakan enjin yang sudah dipertingkatkan secara keseluruhannya. Kami sama-sama memeriksa bacaan kuasa kuda terhadap pusingan roda kereta melalui sebuah mesin dyno pemasa yang tersedia. Kira-kira selepas 10 minit menguji enjin kereta tersebut, Zara memutuskan bahawa kereta ini sudah bersiap sedia untuk perlumbaan sepenuhnya.

    Aku melihat jam tangan, sudah menunjukkan angka 9 malam. Semua mekanik yang lain termasuk Din sudah pulang sejak 6 petang tadi. Kali ini, giliran aku dan Zara pula untuk menyiapkan kereta pelanggan ini. Perut sudah mulai lapar berbunyi dan meminta-minta untuk diisi.

    ReplyDelete
  41. m/s 5

    “Cik Zara. Yaz nak pergi beli makan malam. Mahu pesan apa-apa? Yaz belanja!” lancar aku membuat tawaran. Zara tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

    “Yaz pergi kedai mana?”

    “Kedai Pak Samad dekat bandar baru.”

    “Jauhnya,” balas Zara.

    “Kedai ni saja yang paling dekat dan masih dibuka pada waktu begini,” terangku dengan penuh yakin.

    “Baiklah. Tolong belikan saya, nasi goreng padprik ayam kurang pedas dan air limau ais,” kata Zara sambil menghulurkan wang kertas sepuluh ringgit.

    “Eh, tak mengapa, Cik Zara. Yaz nak belanja ni,” kataku tersengih.

    “Serius ni?” soal Zara berseloroh.

    “Serius yang amat sangat ni,” balasku dalam nada berlawak.

    Senyumku berbalas mesra. Hatiku bertambah ceria. Kami berbalas padangan sebelum aku masuk ke dalam perut kereta.

    Perjalanan ke bandar baru memakan masa lebih kurang 15 minit. Di sepanjang jalanraya, lalulintas kelihatan masih sibuk dengan pelbagai kenderaan bermotor seperti kereta, lori pasir dan motorsikal – masing-masing menuju ke pelbagai cabang destinasi. Lampu-lampu jalanraya masih cergas menerangi kegelapan jalanraya yang menghitam.

    Selesai membuat pesanan makanan melalui seorang pelayan restoran, aku cuba mengikuti siaran berita nasional di kaca televisyen. Namun fokusku tidak lama di situ. Berselang-seli, ingatanku kembali berpusing pada Zara yang sedang menunggu kepulanganku bersama makan malam yang dipesannya. Sesekali, aku menoleh ke sekeliling restoran yang masih setia menerima kunjungan orang ramai walaupun malam semakin larut. Sehinggalah makanan yang kupesan bungkus berada di depanku. Kemudian, secara tiba-tiba hatiku berdetak tidak enak apabila memikirkan tentang Zara. Selepas membayar sejumlah wang, aku terus memecut laju ke arah bengkel.

    ReplyDelete
  42. m/s 6

    Setibanya aku di depan bengkel yang hanya separuh pintunya bertutup, aku terlihat sebuah kereta sports yang diparkir jauh sedikit dari situ. Hatiku terus diserang pelbagai andaian yang bukan-bukan. Terasa dadaku berombak kencang.

    “Kereta Shariman?” aku berbisik sendiri. Aku sangat pasti dengan kereta Shariman kerana dia merupakan pelanggan tetap Turbonetics. Namun, kami tidak pernah membenarkan mana-mana pelanggan untuk menunggu di bengkel selepas jam 6 petang atas polisi syarikat dan faktor keselamatan.

    Memikirkan sebarang kemungkinan, aku berlari-lari menuju ke arah pejabat bengkel. Ruang pejabat masih diterangi lampu tetapi tiada kelibat orang. Kemudian, aku terdengar bunyi bising yang datang melalui pintu lot kedai sebelah. Dengan pantas aku ke situ dan tanganku menolak pintu sekuatnya. Aku tergamam melihat dalam kesamaran cahaya lampu kalimantang, dua orang manusia sedang bergelut di atas lantai.

    “Zara!” aku menjerit sekuatnya. Bungkusan makanan terlepas dari jemari tanganku.

    “Yaz! Tolong! Tolong!” jerit Zara sambil meronta-ronta, cuba melepaskan dirinya.

    Shariman sedang menindih tubuh Zara sambil memegang kuat kedua-dua tangan Zara ke belakang badannya. Melalui cahaya lampu kalimantang yang berbalam-balam itu, aku dapat mengecam wajah Shariman yang amat terkejut melihat kehadiranku. Mata Shariman bulat terjegil memandangku yang hanya dipisahkan beberapa meter.

    “Kurang ajar!” aku spontan berteriak dgn perasaan marah yang membuak-buak sambil berlari menuju ke arah Shariman. Langkah kaki kuatur kemas dan bersedia untuk melepaskan tendangan sulung. Ternyata, Shariman tidak bersedia menerima serangan itu.
    Buk! Satu tendangan tepat mengenai muka Shariman sehingga dia jatuh bergolek ke tepi dinding. Aku mendapatkan Zara dan cuba membantunya berdiri.

    “Cik Zara boleh berdiri?” Apa yang berlaku sebenarnya?” soalku kelam-kabut.

    ReplyDelete
  43. m/s 7

    “Aduh, tangan saya sakit sangat,” rintih Zara sambil mengusap-usap tangannya. Suaranya bergetar. Tangannya juga menggeletar.

    Belum sempat aku mengetahui keadaan sebenar, satu sepakan padu singgah di belakang badanku. Aku dan Zara sama-sama terjelepuk ke lantai. Sakit mulai terasa di mana-mana. Mataku tidak henti-henti berkelip memandang ke arah Shariman yang sedang berdiri tidak jauh dari kami. Dia tersenyum puas kerana dapat membalas pukulanku tadi. Kedua tangannya mencekak pinggang.

    “Apa kau rasa sekarang? Sakit? Hah?” Shariman menjerit lantang sambil matanya liar memandang ke sekeliling ruangan. Dia ternampak sesuatu benda di atas sebuah meja berhampiran. Beberapa saat kemudian, dia berjaya menggenggam sebatang paip ekzos sepanjang 3 kaki.

    “Oh, kau cuba nak jadi hero ya? Jangan campur urusan aku!” jerit Shariman menggila. “Hal ini antara aku dengan Zara, kau tidak ada kaitan.”

    Dengan wajah bangga dan penuh yakin, Shariman menunjukkan batang paip yang digenggam erat kepadaku. Dia cuba menakutkan aku dengan sebatang paip ekzos sebagai senjata. Kemudian, dia melibas-libas senjatanya ke kiri dan ke kanan disertai bunyi hanyunan yang menambah lagi rasa panik yang sedang bersarang.

    Aku masih keliru dengan kejadian yang sedang berlaku. Mungkin Shariman dan Zara ada hubungan istimewa yang aku tidak ketahui. Atau mungkin Shariman mencuba untuk mencabul Zara? Ah, persoalan yang tidak mungkin aku jawab sendiri.

    “Shariman! Apa kau dah buat? Kau cuba nak cabul Zara?” lantang aku menuduhnya. Aku benar-benar marah.

    Tuduhanku serta merta mengundang gelak Shariman berdekah-dekah. Seperti sedang melihat aksi komedi yang sangat mencuit hati, Shariman menyambung gelaknya yang menambahkan lagi rasa marahku.

    ReplyDelete
  44. m/s 8

    Apa pun alasan Shariman, dia sangat biadap untuk memperlakukan Zara sebegitu rupa. Dia tidak ada hak untuk mengapa-apakan Zara. Diri Zara mesti dipertahankan.

    “Tidak mungkin aku akan menyerah kalah begitu sahaja. Perjuangan baru bermula. Ayuh, bangkit Yazdan! Kamu boleh menewaskan Shariman dengan keangkuhannya sekali,” aku cuba mengangkat motivasi diri ke satu tahap yang lebih berani dan lebih cekal. Semangat waja umpama pahlawan terbilang sedang kuhimpun sebanyak mungkin dalam waktu sesingkat ini.

    Aku sempat memandang Zara di sebelahku. Dia sudah tidak sedarkan diri. Cuma pengsan, aku mengharapkan. Rasa sedih, simpati, marah dan sayang bercampur-campur sewaktu melihat Zara terbaring kaku. Dalam kesakitan yang sedang mencengkam diri, aku berusaha untuk bangun. Tanganku berpaut pada satu rantai besi terjurai yang diikat kemas ke siling dan mulai bangun perlahan-lahan. Shariman seakan-akan memberi aku peluang untuk berdiri namun itu hanya helahnya sahaja. Belum sempatpun aku berdiri tegak, Shariman mengambil peluang terbaik – berlari sambil menghayun batang besi paip ekzos ke arahku.

    Dengan nafas turun naik, aku cuba mengelak serangan Shariman dengan merebahkan diri ke lantai. Sasaran Shariman tersasar dan dia telah melanggar sebuah rak besi yang penuh dengan kotak-kotak peralatan kereta. Dia nampak kesakitan akibat berlanggar dengan rak besi tadi. Batang paip ekzos masih di tangannya.

    Kami saling berpandangan di bawah sinaran lampu kalimantang yang agak berbalam. Wajah Shariman aku perhatikan dengan penuh kebencian yang meluap-luap. Tentu sekali Shariman merasakan hal yang sama. Kami masing-masing bernafas dengan bunyi yang agak kuat dan sedang berkira-kira untuk berbalas serangan.

    Aku mencari ruang sesuai untuk menyerang. Shariman melangkah ke depan dan semakin menghampiriku sambil mengacah-acah sebatang besi paip ekzos ke atas dan ke bawah. Mata-mata kami hampir tidak berkelip.

    ReplyDelete
  45. m/s 9

    Shariman menyerang. Zup! Satu libasan berbahaya menuju ke arahku. Tidak semena-mena, aku melonjak untuk mengelak serangan itu ke sebelah kanan. Nasib aku baik kerana dapat mengelak serangannya. Aku menjarakkan diri daripada Shariman buat seketika. Dalam masa yang sama, fikiranku ligat memikirkan cara paling ampuh untuk menumpaskan Shariman. Aku mesti memenangi perhitungan ini agar Zara tidak diapa-apakannya. Lalu, dalam keadaan genting sebegini, aku teringat dengan satu gerakan silat gayung yang pernah diajarkan oleh seorang abang saudaraku tidak lama dulu. Katanya, jika diserang musuh dari hadapan, boleh gunakan gerakan asas tangan ‘pancung dayung’.

    Kemudian, aku melihat satu peluang baik. Aku mengundur beberapa langkah menghampiri satu botol mineral kecil yang tegak berdiri di atas lantai. Melalui ekor mata, aku cuba mengagak jarak sesuai dengan posisi kaki yang sedang melangkah. Saat ini aku sudah cukup bersedia. Aku cuma perlu menunggu serangan Shariman. Segala pergerakan susulan perlu tepat dan tangkas. Kedua tangan kugenggam erat menjadi buku lima yang bersedia menanti serangan lawan.

    “Hiyahh..,” jerit Shariman sambil mara menyerangku seumpama harimau belang yang sedang kelaparan menerkam mangsanya, begitulah lagak Shariman pada saat ini.

    Aku juga memasang kekuda, bagaikan seorang pendekar zaman silam yang bersedia menerima serangan itu. Dengan pantas, aku bertindak agresif dengan satu tendangan rendah ke arah bahagian bawah sebotol mineral yang masih berisi air itu lalu terbang melayang mengenai tepat ke tangan Shariman, lalu batang besi yang dipegangnya terlepas ke lantai. Aku menendang batang besi ekzos itu ke satu sudut bengkel.

    Aku terus melipatgandakan serangan. Begitu juga Shariman. Masing-masing berbalas pukulan yang mengenai sasaran. Muka dan badan habis dihentam sekuat-kuatnya. Darah mulai terbit dari bibir yang cedera ditumbuk. Lidahku juga dapat merasakan bibirku yang sedang darah. Bau sedikit hanyir menusuk ke rongga hidung. Ada masanya dapat mengelak, ada masanya terpaksa menahan pukulan dengan tangan. Sehinggalah terhidang bagiku satu peluang baik melepaskan satu

    ReplyDelete
  46. m/s 10

    serangan tangan ‘pancung dayung’, iaitu pukulan sisi tapak tangan dengan jari jemari rapat dan lurus terbuka sepenuhnya mengenai tepat ke leher Shariman. Langsung dia terjatuh ke lantai sambil berteriak kesakitan yang bukan kepalang.

    Gerakan gaya silat gayung itu berhasil melemahkan pergerakan Shariman dan menyebabkan dia berguling-guling memegang lehernya yang cedera.

    Aku memegang tangan yang sakit sambil mengawasi keadaan Shariman yang sedang terbaring kesakitan. Aku masih tetap berwaspada dengannya kerana bimbang tertipu dengan helahnya. Beberapa detik kemudian, aku terdengar bunyi enjin kereta di luar bengkel. Melalui pintu yang terbuka, aku dapat melihat Pak Ajis, datang berlari-lari bersama Din. Mereka menghampiri aku dan memapahku duduk di atas bangku kayu. Aku tidak berdaya menahan rasa sakit sehingga akhirnya aku melihat segalanya gelap gelita.

    “Yaz..,” panggil satu suara, begitu perlahan namun amat kukenali. Melalui celahan kelopak mata, aku melihat ke arah suara yang datang. Mataku kelip berkali-kali. Perlahan-lahan imej kabur menjadi terang.

    “Zara,” aku hampir menjerit nama itu. “Maaf, Cik Zara,” aku membetulkan nama panggilannya sebagaimana lazim. Zara hanya mengukir senyuman apabila mendengarnya. Kemudian, dia menggeleng kepala dua kali sambil meneruskan senyumannya. Manis sekali. Aku khayal buat beberapa detik, menghayati keayuan wajahnya. Subhanallah.

    “Yaz?” Zara mengejutkan lamunanku dengan tangan kanannya digoyang ke kiri dan ke kanan betul-betul di depan mataku. Dia membetulkan duduknya.

    “Eh, Cik Zara ke ni? Yaz tak bermimpi kan?” aku menyoalnya sambil muka menahan gelak. Sengaja aku menyakatnya. Zara tidak segera menjawab tetapi reaksi wajahnya berubah. Pipinya kelihatan kemerahan secara tiba-tiba. Senyumannya melebar dan akhirnya ketawanya pecah berderai. Akupun menyertainya ketawa. Puas melihat dia begitu. Sampai berair mataku dibuatnya. Zara juga sama.

    ReplyDelete
  47. m/s 11

    Dia kemudiannya menyeka air matanya dengan sebelah tangannya yang berbalut kain. Lalu, ketawaku menghilang.

    “Tangan Cik Zara cedera teruk ke?” tanyaku sambil memandang balutan pada tangannya.

    “Tidak. Tidak seteruk kecederaan hero saya ni,” jawab Zara sambil menekup mukanya dengan kedua tangannya menahan malu. Aku terkaku mendengar jawapan Zara. Hatiku berbunga-bunga. Rasa bangga tiba-tiba menjalar ke seluruh badanku yang masih sakit. Aku masih melihatnya dengan mata tak berkelip. Perlahan-lahan Zara menurunkan kedua tangannya. Kelihatan mukanya masih merah menahan malu yang diciptanya sendiri beserta mekar seyumannya.

    Kemudian, Zara bersuara, “Terima kasih Yaz sebab selamatkan Zara. Terima kasih sangat-sangat. Tak terbalas rasanya budi Yaz...”

    “Jangan ucap begitu,” pantas aku memotong cakapnya. “Berterima kasihlah dengan Allah kerana Dialah yang lebih layak. Yaz hanya mencuba yang terbaik. Tuah menyebelahi kita. Syukurlah.”

    “Alhamdulillah,” spontan Zara mengucapkannya. Akupun sama mengikuti lafaznya, perlahan.

    Tiba-tiba, daun pintu diketuk dari luar dan seorang jururawat wanita masuk memberitahu Zara bahawa waktu melawat pesakit hampir tamat. Aku berasa masa-masa yang dihabiskan bersama Zara tadi cepat benar berlalu. Belum puas melihat dan mendengar suara Zara, aku harus melihat dia pergi meninggalkan aku keseorangan di sini.

    “Yaz. Zara balik dulu ya?” tuturnya sambil bangun dari kerusi.

    “Terima kasih Cik Zara sebab sudi melawat Yaz kat sini. Senang-senang datanglah lagi esok?” kataku benar-benar mengharap.
    “Insha Allah,” jawabnya pendek. Zara kemudiannya menarik tombol pintu bilik dan melangkah keluar. Aku melihat daun pintu perlahan-lahan merapat ke bingkai pintu semula.

    ReplyDelete
  48. m/s 12

    Pandangan kualihkan ke siling bilik yang memutih. Kosong. Sambil mengira jumlah hari aku bakal ditahan di sini. Bosan.

    Seketika kemudian, pintu bilik dikuak semula. Zara muncul lagi di tengah-tengah pintu bilik bersama sebiji belon besar terapung bertulis ‘harap sembuh cepat’. Aku terkejut melihat kejutannya.

    “Rajin-rajin makan ubat, Yaz. Saya nak awak cepat baik, cepat sembuh. Cepat-cepat datang kerja sebab saya rindukan masa-masa kita bersama. Jaga diri!” luah Zara sambil tersenyum malu. Dia kemudian bergegas keluar sambil cepat-cepat menutup semula pintu bilik.

    “Hah?” aku terpana buat ke sekian kalinya.


    TAMAT

    ReplyDelete
  49. zuhairy :)

    saya dah baca pembaikan yg anda buat kat atas tu, dan dapati ia sudah cukup baik, penuh aksi.
    cuma sikit penambahan yg perlu anda buat, sebelum menghantarnya kpd penerbit;


    1. “Uhuk, uhuk,” tiba-tiba aku terbatuk dan kerongkongku berasa gatal, (tmbh; sekali gus lamunanku terhenti.

    2. Satu persatu aku membayangkan buat beberapa lama. (satu persatu, peristiwa semalam, membayang dengan cepatnya.

    3. “Hah?” aku terpana buat ke sekian kalinya. (keliru dlm bahagia - zuhairy, jika dpt dipuitiskan sebaris ttg bahagian tu, lebih menarik.)

    itu saja penambahan yg perlu anda buat di komputer sendiri. sebaik selesai, cuba hantar ke majalah Mingguan Wanita, minta pd kak aini alamatnya, jika anda tidak tahu. bagaimanapun, cerpen ini lebih sesuai untuk bacaan kaum lelaki, jika ada majalah untuk lelaki yg menyediakan ruang cerpen, elok hantar ke sana saja.

    itu je zuhairy, gigih terus k




    ReplyDelete
  50. zuhairy, maksud saya, majalah lelaki di semenanjung. jika boleh dihantar secara by hand, lebih baik. selepas sebulan dihantar, cuba hubungi editornya dan tanyakan perkembangan cerpen anda.

    ReplyDelete
  51. Terima kasih Sifu sebab sudi luangkan masa untuk beri tunjuk ajar dan komen terhadap cerpen saya ni. Saya percaya, banyak yang saya dah belajar menerusi pengalaman buat pembaikan berkali-kali cerpen ni.

    Dan saya rasa, pengalaman menulis dengan lebih kerap, pengalaman hidup sendiri, baca karya2 penulis mapan dan pengetahuan am banyak membantu seseorang penulis untuk hasilkan karya hebat yang boleh diingati dalam satu tempoh masa yang lama.

    Insha Allah, saya memang teringin sangat nak hantar cerpen sendiri ke mana2 penerbitan majalah. Saya akan cuba usahakan untuk hantar sendiri.

    Mohon maaf sebab rasa seperti ada tunjuk ajar Sifu yang saya tak dapat ikuti dengan baik dan tak betul-betul faham dengan baik. Dapat belajar dengan penulis hebat yang ada nama besar macam Sifu adalah satu penghargaan besar untuk orang biasa yang ada cita2 nak jadi penulis macam saya. Terima kasih Sifu. Terima kasih Sifu.

    Saya akan fikirkan peluang untuk meneruskan kelas bimbingan dengan Sifu. Komited bukan sesuatu yang mudah nak buat walaupun niat tu ada. Sebab saya dah pernah rasa tekanan bila nak perbaiki cerpen yang berkali2...tapi itulah yang manisnya tentang kelas bimbingan Sifu ni..Saya hargai peluang yang diberikan dan saya cuba untuk berikan jawapan dalam masa terdekat.

    Mungkin Sifu boleh terangkan sedikit sebanyak tentang novel cerita rakyat? dari segi jalan cerita, jumlah bab & panjang mukasurat setiap bab? Terima kasih.

    ReplyDelete
  52. Zuhairy, berikut saya letakkan alamat penerbit untuk anda cuba menghantar cerpen ini, pilih satu yang anda fikir sesuai. Tidak boleh menghantar satu cerpen kepada beberapa penerbit berlainan;

    Majalah Anis
    Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
    No 44, Jalan Pekaka 8/3, Seksyen 8, Kota Damansara,
    47810 Petaling Jaya,
    Selangor DE.
    03 7726 0772
    Hajah Jalilah Abdullah
    anis@galeriilmu.com.my

    Mingguan Wanita
    Editor
    Nuri Supian
    nuri@karangkraf.com.my

    ReplyDelete
  53. Terima kasih Kak Aini...Saya akan berusaha untuk hantar sendiri ke satu-satu penerbitan. Selepas tak terpilih untuk disiarkan di situ, barulah saya akan hantar ke penerbitan yang lain... :)

    ReplyDelete