.

Photobucket

.

.

Syeera-bimbingan cerpen

Monday, May 31, 2010 Posted by Noraini Eslah (Ummu Anas)
Assalammualaikum Syeera,
Saya sudah buka thread cerpen anda yang baru. Seperti biasa, anda perlu letakkan sinopsis cerpen terlebih dahulu untuk saya lihat sebelum mula sifu bimbing. Teruskan gigih, syeera.
-noraini eslah(ummu anas)
You can leave a response, or trackback from your own site.

53 Response to "Syeera-bimbingan cerpen"

  1. syeera Said,

    assalamualaikum w.b.t buat sifu dan ummu anas. ini sinopsis cerpen saya yang baru.

    evianna merupakan seorang gadis yang dilahirkan melalui proses pengklonan. menginjak dewasa, evianna berasa cemburu melihat kemesraan rakan-rakannya dengan ibu bapa mereka. ini kerana, evianna tidak dibesarkan dalam suasana kekeluargaan dalam erti kata yang sebenar. 'ibu bapanya' merupakan pengamal hubungan sejenis (perempuan-perempuan). menyedari hakikat tidak dapat melahirkan zuriat melalui hubungan sejenis, maka itu mereka mangambil jalan pintas dengan melakukan pengklonan. wujudlah evianna.

    cerpen ini amnya berkisar tentang sesetengah kelompok masyarakat yang mengangkat gaya hidup homoseksual, kononnya memperjuangkan hak asasi individu tanpa memikirkan hak asasi masyarakat. cerpen juga berkisar tentang perasaan dan cabaran evianna dalam mengharungi kehidupan sebagai insan yang lahir daripada pengklonan. juga kecerdikan manusia yang disalah guna sehingga seolah-olah mancabar sang Pencipta.

    begitulah sedikit sebanyak idea kasar saya setakat ini. bagaimana? terlalu komplekskah?

    assalamualaikum :)

    Posted on November 29, 2011 at 11:30 AM

  2. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    wa'alaikum salam syeera,
    saya dah baca n meneliti sinopsis anda yg baru. Sungguh menarik jika diangkat dlm cerpen yg sarat ilmu bantu sains n kemanusian. Cuma saya tidak pasti jika isu sedemikian akn diterima oleh penerbit seumpama DBP. Kita tunggu sifu memberi komen berdasarkan pengalaman beliau.

    Syeera sy ada satu cadangan, bagaimana jika awak angkat tentang isu kesihatan yg awak hadapi dgn tulang belakang n fokus kpd prjuangan anda menghadapinya secara kreatif n hubungkan dgn kekuasaan Allah. Tentu akan byk memberi kesan positif dlm membina kekuatan jiwa seorang remaja n jadi panduan pd remaja lain juga.. Itu cadangan saya saja, awak tentu byk isu direaliti yg sgt menarik. Kita tunggu komen sifu pula,k.

    Posted on November 29, 2011 at 6:39 PM

  3. Azmah Nordin Said,

    (aini :) terima kasih)

    syeera :) sprti kata kak aini (ummu anas) anda kat atas tu, ia adalah sebuah cerpen yg menarik jika diangkat dr sudut saintifiknya yg pastinya sarat dgn ilmu bantu.

    namun, ia jadi lebih menarik jika anda yg digambarkan adalah perasaan watak utama yg ingin menjadi gadis biasa yg dikelilingi kasih sayang ahli keluarga. pernah tgk wayang steven spielberg (lupa pula saja judulnya) ttg seorang kanak2 klon yg diambil sebagai anak angkat dan bagaimana kanak2 itu berjuang utk menagih kasih sayang ibu dan keluarga angkatnya dan terpaksa pula bersaing dgn anak kandung pasangan tersebut? menyentuh perasaan kan?

    cuba buat dr sudut tu, saya rasa pasti menarik. cuba cari satu isu yg berkaitan dgn pengklonan, istilah2, wujudkan persaingan, mainkan tekanan psikologi dan cari cara bagaimana dia boleh mengatasi masalahnya dgn berdasarkan ingatan; respect got to be earn

    lagi satu, persoalan ttg homoseks dan sebagainya yang berunsur sensitif, sebaiknya sama sekali tidak dibawa ke kelas terbuka di sini, sbb saya bimbang nanti ada pembaca yg tersinggung.

    jadi sekarang, anda fikirkan dan jika dah bersedia, tulislah berdasarkan formula 4/5 (dulu saya guna formula 3/4, kiranya 4/5 lebih sesuai dgn matlamatnya) daripada keseluruhan cerita anda.

    gigih terus k

    Posted on November 29, 2011 at 9:59 PM

  4. syeera Said,

    sifu, saya kurang jelas tentang ini,

    "cuba cari satu isu yg berkaitan dgn pengklonan, istilah2, wujudkan persaingan, mainkan tekanan psikologi dan cari cara bagaimana dia boleh mengatasi masalahnya dgn berdasarkan ingatan; respect got to be earn"

    boleh beri keterangan lanjut?

    Posted on November 29, 2011 at 11:30 PM

  5. Azmah Nordin Said,

    syeera :)

    ok, ini maksud saya;

    1. cuba cari satu isu yg berkaitan dgn pengklonan - cari isu/skandal/masalah ttg tujuan pengklonan dilakukan, misal, mereka mahu gunakan organ dlm badan manusia clon tu utk menggantikan organ rosak milik manusia asal yg diklonkan tu (dah ada wayang ni) atau, paling mudah, mereka bertujuan utk mengambil alih seluruh badan manusia klon tu utk menggantikan dgn tubuh manusia asal yg sudah uzur atau sakit tua (ambil otaknya je) dan sebagainya. saintifik, mmg. tp tema yg anda angkat juga saintifik kan? perlu istilah2 sikit

    2. wujudkan persaingan - wujudkan persaingan dlm hidupnya sebagai insan klon, sama ada sesama klon, dgn menusia yg paling hampir dgn dia, dgn alam - dgn diri sendiri, dll, sbbnya, hidup tanpa perjuangan adalah kosong

    3. mainkan tekanan psikologi - gmbarkan gelojak perasaannya di sepanjang cerpen dan hanya akan tenteram apabila menemukan cahaya di penghujungnya.

    4. dan cari cara bagaimana dia boleh mengatasi masalahnya dgn berdasarkan ingatan; respect got to be earn - sebaiknya dia belajar bahawa dia perlu berusaha keras utk buat org percaya dan yakin akan kebolehan diri, setelah dia berjaya mengatasi kelemahan diri sendiri (cari kelebihan diri dia) dan biarpun dia sudah berjaya, dia ttp ingat utk berkorban utk org lain (ini nilai murninya)

    itu je syeera :) gigih terus k

    Posted on November 30, 2011 at 5:49 PM

  6. syeera Said,

    Sering kali persoalan yang satu ini menujah kotak fikiranku. Apa tujuan manusia diciptakan di muka bumi ini? Mengapa manusia yang mentadbir dunia? Bukan si haiwan berbelang yang hidup di hutan. Atau makhluk hijau bertanduk yang terbang dengan piring leper di angkasa seperti cerita wayang di panggung. Pernah sampai ke pendengaranku, ada ajaran nur Muhammad yang mengatakan bahawa manusia ini adalah ciptaan Tuhan, khalifah di muka bumi. Khalifah itu semacam pemimpinlah, yang diberi tanggungjawab untuk menjadikan bumi ini sebuah tempat yang aman, makmur dan harmoni berdasarkan peraturan yang ditetapkan Tuhan. Itu hanyalah satu ajaran. Bagi ajaran yang lain, aku sendiri tidak pasti. Yang aku diberi tahu, semua manusia itu punya Tuhannya sendiri. Dan manusia yang tidak Tuhan ialah manusia yang tidak punya pegangan. Cis, betapa ruginya mereka tiada pendirian!
    Ah, adakah lagi manusia yang masih mematuhi peraturan Tuhan sehingga kini? Entah. Pada fikiranku, mungkin ada. Tetapi, sekelumit cuma. Banyak yang sudah hanyut dibawa arus budaya yang datang dari tempat tinggalku. Ramai yang menggelarnya, Budaya Barat; gelaran yang datang dari sebuah negara islam di Asia Tenggara. Ah, budaya barat yang menyesakkan! Budaya barat yang menjadikan manusia terlalu berkuasa. Taksub dengan kebijaksanaannya sendiri sehingga mencabar Sang Pencipta. Tidak percayakah? Lihat aku dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Amati setiap inci tubuhku. Akulah bukti utama kerakusan mereka!
    Ini aku ceritakan semula, ya. Benar katamu, aku tidak pandai bercerita. Aku bukan si penglipurlara yang hebat dan menghiburkan seperti Pak Hassan dalam cerita Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman dalam buku sastera negara yang memberi gelaran Budaya Barat tadi. Tapi, aku harap kalian menghayatinya dengan sepenuh jiwa raga. Mengapa? Nanti aku kasi tahu, ya!

    *************************************

    Aku sepertinya sudah lama kesejukan. Iyalah, terendam dalam air berbulan-bulan lamanya, siapa yang tahan? Haba dari bintang terang yang meresap ke dalam bilik ini terasa begitu menghangatkan tubuhku yang sedang dibalut dengan sejenis kain istimewa. Tanpa berlengah, aku segera ditempatkan kemas dalam sebuah kubikel khas. Pastinya berpuluh-puluh wayar sudah berulit di sebatang tubuh kecilku. Mungkinkah kerana aku memang ‘istimewa’? Maka itu semua perlatan yang digunakan untuk menjaga dan merawatku juga hanya satu-satunya di dunia ini? Ah! Aku menangis sekuat-kuatnya. Air mataku mengalir keluar deras bagai air jernih di hulu sungai. Tidak pula tekak kecilku terasa perit menjerit sekuat demikian. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Mungkinkah aku ingin menyatakan kepada seluruh dunia bahawa aku yang ‘istimewa’ ini sudah ‘dilahirkan’ ke dunia? Cis!

    Posted on December 4, 2011 at 10:34 PM

  7. syeera Said,

    Posted on December 4, 2011 at 10:38 PM

  8. syeera Said,

    *******************************

    Aku sepertinya sudah lama kesejukan. Iyalah, terendam dalam air berbulan-bulan lamanya, siapa yang tahan? Haba dari bintang terang yang meresap ke dalam bilik ini terasa begitu menghangatkan tubuhku yang sedang dibalut dengan sejenis kain istimewa. Tanpa berlengah, aku segera ditempatkan kemas dalam sebuah kubikel khas. Pastinya berpuluh-puluh wayar sudah berulit di sebatang tubuh kecilku. Mungkinkah kerana aku memang ‘istimewa’? Maka itu semua perlatan yang digunakan untuk menjaga dan merawatku juga hanya satu-satunya di dunia ini? Ah! Aku menangis sekuat-kuatnya. Air mataku mengalir keluar deras bagai air jernih di hulu sungai. Tidak pula tekak kecilku terasa perit menjerit sekuat demikian. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Mungkinkah aku ingin menyatakan kepada seluruh dunia bahawa aku yang ‘istimewa’ ini sudah ‘dilahirkan’ ke dunia? Cis!

    Dalam melawan suara tangis sendiri, aku dapat mendengar sayup-sayup suara lelaki dan wanita dalam keterujaan yang tidak terkata. Masing-masing mengucapkan tahniah antara satu sama lain atas kejayaan mereka. Pada wajah masing-masing jelas terpancar kepuasan atas usaha yang selama ini mereka rancangkan.

    “Tahniah Dr. Brigitte. Akhirnya tulang empat kerat kita yang berhempas pulas selama ini membuahkan hasil yang amat-amat memberangsangkan,” ucap seorang saintis yang berkot putih sambil menggoncang tangan Dr. Brigitte yang digenggam erat. Lelaki itu sekadar tersenyum. Meleret-leret hingga ke telinga. Wajahnya yang sudah sedia berkedut seribu dengan rambut dan jambang yang memutih ditepuk-tepuk di pipi oleh rakan sejawatan. Saya tahu mereka gembira. Kemudian mereka berpelukan sebelum menepuk belakang badan masing-masing. Cerah sinar sang suria yang menerjah masuk melalui tingkap seolah-olah meraikan kejayaan penciptaan sejarah dunia ini.

    Ikhlaskah ucapan tahniah itu atau mereka sekadar mahukan populariti dunia? Suara-suara mereka itu sudah seringkali kudengar sewaktu aku masih direndamkan. Dan aku pasti, mereka juga yang dengan rela hatinya bergilir-gilir mengawasi perkembanganku 24 jam. Tidak sesaat pun diriku dilepaskan dari pandangan. Tanpa henti! Cis, istimewakan aku?

    Tidak lama kemudian, suasana menjadi kecoh. Aku sendiri sudah berhenti menangis. Bilik itu menjadi terang bergemerlapan tiba-tiba. Bagai ada kilat yang sedang sambar menyambar. Aku silau. Mata yang sedia kecil semakin terpaksa aku sepetkan. Oh, wartawan rupanya! Masing-masing sibuk dengan kamera dan buku catatan di tangan. Semua berpusu-pusu ingin masuk ke kamar dan mengambil fotoku. Tidak lupa juga yang paling mendapat perhatian iala Dr. Brigitte. Dirinya kelihatan sesak dikelilingi petugas-petugas media tersebut. Jurucakap kesatuan saintis kumpulan mereka mengambil langkah bijak dengan mengumumkan bahawa sesi konferens media akan diadakan tidak lama lagi, tetapi bukan di sini, di kamar ini. Alasannya mudah sahaja. Para saintis tidak mahu pekembangangku terjejas dengan kesibukan dan kekecohan yang berlaku. Setelah didesak dan dihalau oleh pengawal keselamatan yang sasa-sasa belaka, mereka beredar dengan wajah yang jelas terpancar sirna dan kehampaan. Ya, hampa untuk memiliki laporan dan merakam wajahku buat pelaris akhbar besok pagi. Suasana reda. Dan aku juga lega.

    Oh, ya. Dr. Brigitte yang disanjung-dipuja itulah bapaku. Lelaki tua yang terlalu bijak. Dan aku dijadikan bahan untuk merealisasikan impian anak tunggalnya yang teramat manja. Yang sangat berkehendak dengan setiap kehendak sehingga tiada sesiapa yang mampu berkata tidak. Dungu pula aku fikirkan lelaki ini yang seolah-olah telah terhipnosis dengan perintah anaknya sendiri. Bukankah bapa itu yang memimpin keluarga? Ah, giliran aku pula yang akan memenuhi impian gadis 10 tahun itu. Iaitu mempunyai adik yang punya wajah seiras dengannya. Merepek!

    Posted on December 4, 2011 at 10:40 PM

  9. syeera Said,

    Dua minggu aku dari tarikh aku dilahirkan, aku masih berada dalam kubikel khas itu. Semestinya, kadar pernafasanku dijaga, tidak terlalu cepat atau lambat. Kadar degup jantungku juga direkod setiap detik melalui komputer yang canggih-canggih belaka. Jangan sampai aku ketidakcukupan oksigen atau ada inci tubuhku yang tidak menerima darah beroksida. Tidak sama sekali.

    Dalam kadar penglihatan yang masih samar-samar, aku dapat merakam serba sedikit suasana sebenar di kamar itu. Semuanya putih. Dindingnya putih. Perabotnya putih. Cuma robot-robot, komputer dan peralatan yang digunakan semasa menciptaku sahaja yang berwarna hitam. Di satu sudut, ada sebuah meja besar yang penuh beritimbun dengan segala macam fail, dokumen dan proposal penting. Kusut dan berselerak aku kira. Dan pasti, di sisiku akan ada seorang jururawat bertopi putih bercap palang merah di tengahnya. Sama ada sedang nyenyak dalam lena singkat, atau sedang meneliti laporan harian kesihatanku sebelum diserahkan kepada ‘bapa’ku dan rakan-rakannya untuk dikaji.

    Hari berganti hari, genap sebulan aku dalam penjagaan rapi mereka, aku kini dibawa pulang oleh Dr. Brigitte ke rumahnya. Besar. Indah. Bagaikan istana! Persis sekali dengan mahligai indah puteri-puteri dalam cerita-cerita fantasi. Kepulanganku yang dinanti-nanti disambut dengan ceria oleh anak gadisnya di muka pintu. Senyuman mekar nan indah bak mawar yang sedang menanti kedatangan sang kumbang sentiasa menghiasi wajah gebunya. Anak matanya yang sebiru langit bagai menghantar segunung impian kegembiraan tatkala anak mata kecilku ditatap tajam. Rambutnya yang keperang-perangan asli indah sekali beralun tatkala dibuai angin sepoi-sepoi bahasa tiap kali aku didukung keluar untuk menghirup segar senja saat pawana mulai berlabuh, atau menadah guguran melur kala mentari mulai memncah, di laman hijau. Aku mulai senang dengan perwatakannya. Gadis yang ceria. Cantik. Teramat cantik. Tidak pula terserlah sikapnya yang suka memerintah pada pandanganku. Ah, Melissa memang gadis yang sempurna !

    Musim berganti, datang dan pergi. Sudah 10 kali aku meraikan musim salji dengan Melissa dan Dr. Brigitte. Saban tahun hadiah mewah yang aku idam-idamkan tersedia di bawah pohon krismas. Permainan mahal pastinya. Sejak umurku enam tahun lagi, aku sudah tahu membaca, mengeja dan mengira. Keluarga kaya seperti itu, masakan pendidikanku ketinggalan, bukan?

    Aku membesar dengan membawa nama Edward Frank. Seorang anak lelaki yang tampan, bermata biru, juga berkulit putih-putih seperti orang sekelilingku. Ya, memang sekali wajah kami seiras. Sangat! Dan orang sekeliling tidak akan mempertikaikan kami sebagai adik beradik, malahan ada juga yang menyangka kami kembar memandangkana aku lebih tinggi daripadanya. Aku ini lelaki bukan? Wajarlah walau Melissa lebih tua dariku.

    Namun sejak kebelakangan ini, ada sesuatu yang sering menggusarkanku. Melissa. Aku aneh dengan sikapnya dua tiga hari ini. Bagaikan ada sesuatu yang ingin diperkatakan namun tidak terucap di bibir mungilnya. Aku resah dan gelisah. Sentiasa. Namun, tiap kali kami menghabiskan waktu bersama, aku sedar yang kakakku itu sentiasa cuba memaniskan roman wajahnya agar aku tidak terperasan dengan sugul gadis itu. Ah!

    Posted on December 4, 2011 at 10:41 PM

  10. syeera Said,

    assalamualaikum sifu. maaf lambat responsnya untuk kali ini. saya masih tidak tahu mahu dimulakan dengan cara apa lagi.

    ini saya sertakan setengah plot sahaja. takut perlu diformat semula bila disemak sifu nanti:)

    Posted on December 4, 2011 at 10:43 PM

  11. Azmah Nordin Said,

    syeera :)

    saya dah baca karya anda kat atas tu, komen saya, ada dua nada suara kat atas tu;

    1. bahagian permulaannya, begitu matang dan serba berilmu utk usianya, biarpun dia manusia klon, dia ttg perlu mendapatkan pendidikan sama sprti manusia biasa. tahap pemikirannya ketika `dilahirkan', ttp sama dgn org yg diklonkan kpdnya atau mungin kosong, bak bayi baru lahir. jd, dia sudah tentu tak boleh berfikir sebagai seorang ahli falsafah atau saintis hebat kan? - kecuali jika dia mendapat pemindahan otak seorang saintis atau sbgnya.

    2. bahagian keduanya (masa dia dibawa pulang) nampak jelas pemikirannya jatuh menjunam ke tahap kanak2 atau awal remaja. isu berat kat atas tu, hilang begitu saja.

    jadi skrg, anda perlu buat pilihan.

    1. nak buat watak klon org dewasa yg hebat daya pemikirannya. jika anda pilih, perlu logik, perlu gmbarkan bagaimana dia boleh tau semuanya ada sekitarnya, jika usianya baru bebeapa hari, misalnya, komputer, fail proposel, doktor, dll.

    andainya ini yg anda pilih, semua pemikirannya dlm bahagian intro tu, perlu diselitkan di mana2 di sepanjang cerpen anda, spy tidak kelihatan sperti anda `beritahu tapi tunjuk'.

    2. nak buat ttg klon kanak2 berusia 10 tahun. ingatan; lazimnya, jika klon, jantinanya sama, usianya juga sama, pemikirannya juga sama dgn org yg diklonkan dgnnya tu; mcm kembar gitu, apa yg dirasai oleh manusia tu, turut dirasainya. perlu masuk sepenuhnya dlm jiwa kanak2 klon yg seharusnya berfikiran seperti kanak2 juga.

    syeera, sbnrnya tema yg anda angkat ni berat sgt2, perlu byk sekali kajian dr sudut pengklonannya, istilah2 pengklonan dan sebagainya, utk menjadikan ia sebuah cerpen yg baik. cerita ini lebih menarik jika anda ambil dr sudut pandangan org dewasa yg terlibat dlm bidang pengklonan ini. jika anda nak teruskan dgn watak kanak2 (ingat ya, klon tak boleh dewasa dan dia akan terus begitu hingga ke akhir hayat - ini berbeza dgn anak tabung uji) anda hny fokus kpd kemanusiaannya, perasaan kelirunya dan bagaimana dia adapt dgn dunia persekitarannya, menyaksikan org lain mendewasa dan dia sendiri kekal begitu. permainan perasaan rendah diri amat menarik jika disemaikan di sini.

    cara paling mudah, bayangkanlah andalah anak klon ini dan gmbarkan semuanya dr sudut pandangan gadis klon yg serba innocent.

    gigih terus k

    Posted on December 5, 2011 at 6:13 PM

  12. syeera Said,

    salam alaik sifu. ya, benar kata sifu. isu ini agak berat dan sememangnya berat untuk remaja bagi saya. sekarang saya tidak tahu harus menyambungnya semula dengan cara apa. silap saya kerana mengambil risiko dengan mengangkat isu ini :(

    sifu, bagaimana jika saya menukar cerpen, apa pandangan sifu?

    Posted on December 6, 2011 at 5:10 PM

  13. Azmah Nordin Said,

    syeera :)

    jika saya pun, saya akan berfikir berpuluh2 atau beratus2 kali utk angkat tema seberat ini, sbb byyyyyyyyk sekali kajian yg perlu dibuat, sebelum kita boleh betul2 duduk dgn penuh yakin utk menghasilkan karya supaya logik dan tak dipertikaikan org begitu terbit nanti.

    elok lagi jika angkat cerita yg kita yakini dan perjuangan watak utamanya dpt kita bawa, mcm dlm cerpen catur anda yg hebat tu kan?

    sekarang anda dah berapa cerpen dgn saya syeera? setiap seorang peserta hny dpt 3 buat saja, sama ada cerpen tu siap ataupun tidak.
    namun, saya akan beri anda peluang satu kali lagi utk mencari sebuah cerita yg sehebat cerita catur tu.

    gigih terus k

    p/s

    suatu hari nanti, jika ada ada masa, kita angkat cerpen catur tu sebagai novel remaja pula

    Posted on December 6, 2011 at 7:06 PM

  14. syeera Said,

    benar sifu. saya memang silap besaaaaaaar. saya tidak ukur baju di badan sendiri :(

    setakat ini, saya sudah dua cerpen dengan sifu. satu cerpen catur, dan satu cerpen klon yang tidak manjadi itu. tak apalah kalau tinggal satu cerpen aja lagi. janji dapat hasilkan cerpen yang betu2 berkualiti n puas hati.

    bagaimana sifu? kalau sifu ok, saya boleh mula brainstorm idea baru untuk cerpen seterusnya.

    mohon doakan saya untuk terus berusaha :)

    p/s : saya juga teringin terbitkan novel sendiri seperti kakak yang tulis novel FRIENDS FOREVER itu. insyaAllah. sifu doakan ya :)

    Posted on December 6, 2011 at 11:16 PM

  15. Azmah Nordin Said,

    syeera :)

    tiada seorang pun yg tak pernah buat kesilapan, termasuk saya. jadi, it's ok la k

    sekarang, anda perlu ambil masa utk cari idea baru. cara cari idea juga mudah sebenarnya, cuba cari kisah2 inspirasi menarik ttg perjuangan, pengorbanan, keberanian, kegigihan dll, di internet. pasti anda akan menemukannya. lps tu, ambil masa utk memikirkannya, isnin nanti, jika dah jumpa, baru anda post sinopsis ceritanya.

    ttg novel friends forever tu (tajuk asal Nekad, mungkin dah ramai org guna judul ni dan penerbit menukar kpd yg sesuai dgn jalan cerita), illa husna (jamilah) mula menghasilkannya lebih kurang 3 tahun yg lalu, menghasilkannya dgn penuh sabar dan gigih dari asrama UIA, terpaksa menggunakan internet di U, berkorban masa beristirehat utk menyudahkan novel ini, terpaksa melalui editing demi editing saya yg tegas dan sebagainya. ini sgt2 mengkagumkan saya.

    mungkin illa husna seusia dgn anda ketika itu :) drpd ini, kita dpt saksikan, setiap kerja keras, pasti akan membuahkan hasil yg baik juga kan?

    ok syeera, gigih terus k

    Posted on December 7, 2011 at 8:10 PM

  16. syeera Said,

    salam alaik ummu anas. ini sinopsis cerpen saya yang ke-3. mohon diluluskan :)

    teja merupakan pelajar sekolah menengah. sejak dalam tingkatan 1, teja mula diperkenalkan dengan subjek KOMSAS, iaitu komponen sastera untuk pelajar. semenjak itu, teja begitu tertarik dengan bidang sastera. banyak perkara yang dilakukan sendiri dan bantuan temannya untuk mengangkat nilai kesusateraan dalam dirinya dan juga di sekolah. teja menggunakan teks komsas sebagai platform terbaik untuknya bagi mengenal sastera dengan lebih mendalam.

    Posted on December 12, 2011 at 10:15 AM

  17. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    wa'alaikumsalam syeera,
    saya sudah baca n meneliti sinopsis anda utk cerpen ketiga ini. Tiada masalah dari segi nilai murninya,cuma perlu ada kemelut/masalah yg menimpa/dialami oleh watak utama yg membuatnya bangkit berjuang supaya maruahnya turut diangkat dan bermanfaat. cuba anda fikirkan dulu kemelutnya bersesuaian dgn tema sastera dlm KOMSAS yg anda angkat dlm cerpen ini. Kemudian anda poskan sinopsis lengkap cerpen ini yg membawa seperti format yg telah sifu tunjuk ajar sebelum ini.

    Posted on December 12, 2011 at 6:29 PM

  18. syeera Said,

    salam alaik sifu dan ummu anas :)

    teja merupakan pelajar sekolah menengah. sejak dalam tingkatan 1, teja mula diperkenalkan dengan subjek KOMSAS, iaitu komponen sastera untuk pelajar. semenjak itu, teja begitu tertarik dengan bidang sastera. malangnya, dalam tingkatan 2, dia disahkan menghidpa penyakit tulang belakang. disebabkan penyakit itu, teja tidak seharusnya melakukan kerja yang berat-berat kerana ditakuti temulangnya lenguh2. namun begitu, teja tetap berusaha dalam pelbagai cara seperti malakukan banyak rujukan saatera di perpustakaan dan menggalakkan rakan-rakannya agar turut menceburkan diri dalam bidang penulisan cerpen dan puisi.

    Posted on December 14, 2011 at 6:41 PM

  19. Azmah Nordin Said,

    syeera :)

    saya dah baca sinopsis anda kat atas tu, sekarang ini yg perlu anda fikirkan dan jika dah bersedia, berkaryalah;

    1. ambil satu drpd cerita dlm mata pelajaran komsas tu, jika watak utama dlm cerita itu perempuan lagi baik.

    2. bandingkan perjuangan hidup watak utama dlm cerita tu, dgn perjuangan hidup teja yg mengalami sakit tulang belakang tu. punca2nya. gmbarkan bagaimana teja belajar drpd perjuangan watak utama tu. perlukan istilah2 perubatan sikit. perlu gmbarkan perasaan teja yg `down' sbb ini normal bagi seorang manusia yg menghadapi sebarang masalah kesihatan. sindrom2 atau tanda2 sakit tulang belakang tu juga perlu dibuat kajian sedikit, dan jenis rawatannya, istilah2 perubatan.

    3. jika anda boleh masukkan watak utama dlm alam bawah sedar (mcm halusinasi atau fantasi gitu), cerpen anda pasti akan jadi sebuah cerpen yg lain drpd lain. ini teknik aliran bawah sedar namanya. misalnya, buat teja bertemu dgn watak utama dlm cerita dr buku komsas yg teja pelajari tu. buat mereka berbincang ttg masalah dan perjuangan masing2. dan mungkin teja boleh memberikan saranan kpd watak utama tu bagaimana menghadapi masalahnya, begitulah sebaliknya.

    4. seperti biasa, gunakan teknik 4/5 (dah tukar dr 3/4 sbb tidak begitu tepat) drpd keseluruhan cerita. masuk sepenuhnya dlm jiwa teja dan gmbarkan seluruh gelojak perasaan teja yg menanggung rasa sakit yg amat sangat pd tulang belakangnya sebagai intro.

    anda buat lebih kurang 6 - 7 ms je, nanti saya lihat bagaimana.

    gigih terus k

    Posted on December 15, 2011 at 4:17 PM

  20. syeera Said,

    “Aku ingin sekali bersujud di bumi Tuhan ini, Seri,” tenang matanya memandang ke pentas, melihat ucapan Yang Berhormat, entah apa.

    “Bukankah ikhlasmu yang menjadi nilaian?” saya turut membuang pandang ke susuk lelaki berbaju batik kuning jingga itu. Saya lihat Teja tersenyum nipis. Manis dengan tahi lalat mungil di bawah kanan bibir.

    “Ya. Tapi aku sangat rindukan tenang jiwa yang bukan biasa. Sangat rindu,” Teja mengulum senyum lagi sebelum menarik secangkir kopi hangat ke pinggir bibir.

    Oh Teja!

    Usai pembedahan, sudah tiga bulan Teja duduk berdiri bersama besi dan skru tiga belasnya. Wajah tenang itu, tiada mudah mampu menelah sukmanya yang kian menggetar jiwa kami; jiwa wanita seusianya. Gadis penuh cita-cita ingin menyarung kot putih berlengan panjang separas lutut dewasa nanti.

    Teja yang bertuah saya kira. Walau sedang melawan rasa sengal usai temulang belakangnya sedikit dikikis, diselit besi beranyam skru mahal-mahal, gadis itu berpeluang merasa tamah doktor yang merawatnya.

    “Saban pagi seminggu itu mereka menghulur tangan memimpin saya turun dari katil, sambil seorang menjinjing kantungan darah yang bersambungan dengan tiub dari belakang badan. Juga jika ada yang kelapangan, akan menyorong kerusi roda saya ke taman, menikmati haruman kesidang saat matahari mulai memancah, atau menadah guguran melur kala pawana petang mula berlabuh. Sambil saya dititip pesan agar menjadi mawar putih yang persih,” meriah kongsi rasa Teja.

    Aduhai, sungguh saya iri! Siapa tahu, penghidap thoracolumbar scoliosis ini punya pengalaman indah di rumah sakit, biar cuma seminggu. Berkeliling doktor yang sentiasa bertanya kebas kaki, atau lenguh pelvis yang sudah kembali sama tinggi atau bisa pada ruas-ruas yang sudah dipulas dan sengal otot yang ditarik tegang. Oh ya! Tidak lupa cucian luka lembut daripada misi-misi manis berbaju biru. Bukankah itu bahagia?

    “Sungguh saya rindukan peti televisyen yang sayup-sayup gemanya di hujung kubikel 3. Katil 13 di sisi tingkap lutisnar berulit langsir ungu pendek. Bunyi tolak troli besi berisi ubatan dan alat pengepam darah. Juga baju geboi ungu yang berbutang ke belakang. Atau mungkin manis mesra warga wad itu sendiri. Wad spinal. Unit ortopedik. Seri!”

    Tisu lembut putih saya kesat pada bibir yang comot dengan sisa kopi. Teja masih lagi menala pandang ke arah lelaki beruban setengah itu. Tangannya ralit bermain-main dengan ‘skirting’ baldu merah di bawah meja. Entah di mana minda Teja. Saya tiba-tiba berharap agar Teja sekarang sedang terbang ke pojok kecil di sisi kolam ikan di sekolah. Bersama saya. Menjerit-jerit kecil melihat nakal ikan koi pakcik tukang kebun, melihat mekar mawar merah di kelilingnya, tanaman kami. Atau sekadar berpegang tangan sambil membisu masing-masing, cuba menjadi tenang air yang mengalir dari arah air terjun buatan. Walau cuma buatan. Ah, jiwa wanita!

    Posted on December 17, 2011 at 12:33 AM

  21. syeera Said,

    Buat penghibur hati yang sedang diadun segala macam istilah sains, kami menabur cebisan roti pada mulut ikan koi yang besar-besar melopong dari dalam air; kelaparan. Mencari ilham dengan alam. Kemudian menterjemah rasa lewat puisi atau yang gramatis. Ah, Tejaku yang puitis!

    Oh, bagaimana pula saya bisa lupa pada hari hati sahabat saya itu tertawan. Awal tingakatn satu dahulu. Tertawan yang bukan mainan. Yang saya juga turut terasa bias tempias anginnya. Yang membuatkan Teja jadi angau persis merindui kekasih yang terpaksa berjauhan merentas lautan. Teja bermadah! Apakah?

    “Kau tahu, Seri. Orang Melayu yang rugi ialah orang Melayu yang tidak tahu menilai permata. Keluar mencari delima kemudian dijaja dengan nilai yang lebih tinggi. Kononnya berbangga. Bahasa. Ah, betapa ruginya,”saya hampir tertelan nasi goreng yang belum berkunyah mendengar luahan Teja di tengah-tengah hingar kantin sekolah. Tejakah yang bersuara ini? Memerah muka saya melihat Teja yang berdekah mentertawakan reaksi saya sambil lembut tangan kanannya mengurut belakang badan.

    ’Komponen sastera untuk pelajar? Relevankah lagi dengan generasi baru seperti kita?’ masih segar lagi dalam ingatan saya kata-kata Teja yang skeptik saat diperkenalkan dengan matapelajaran itu. Ah, dia memang gadis yang suka meluahkan. Biar yang disukai atau tidak!

    ”Bukankah kau antara yang paling skeptik pada bahasa awalnya kau ke Malaysia? Fasih Inggerismu lebih menjadi kebanggaan, bukan? Antarabangsa! Global! Kau memuji sastera, kini?” saya cuba menguji gadis jati melayu yang 12 tahun membesar di bumi penjajah di barat itu. Matanya saya tenung dalam.

    Teja menahan tawa yang masih bersisa. Kepalanya digeleng-gelengkan sambil kedua tangannya lekap di bangku kayu menahan badan. Lucu barangkali mengenang sikapnya yang dulu. Hah!

    ”Itu dahulu. Sebelum aku membaca buah tangan Erda Roslan Khairi,” tenang sekali tuturnya. Teja lebih selesa melepas pandang ke arah gelanggang badminton di hadapannya. Seronok barangkali melihat gelagat pelajar duduk bersila dalam bulatan sambil bertukar-tukar bekalan. Sahabat.

    Israk? Ya, naskhah ringan dalam teks KOMSAS tingkatan 4. Kepunyaan senior kami. Disarankan saya supaya Teja menghayatinya. Kerana saya sudah. Dan saya melihat Israk dalam diri sahabat saya ini.

    Setengah cerpen diperhalusi, Teja menutup buku. Riaknya masih dikawal tenang namun jelas ketidakpuashatian pada amatan saya. Sudah! Sudah saya jangka memang.

    ”Kau jangan terlalu emosi, Teja. Cuma cerita, bukan?” saya cuba mengusik sambil membaringkan diri di katil dengan wajah yang masih bersisa air wudhuk Zuhur.

    ”Iyalah. Aku cuma sebal dengan si Israk itulah. Semangnya dia dibesarkan di luar negara. Jadi? Mengapa egonya setinggi gunungan Everest seluas lautan Atlantik?” saya tersenyum sinis. Perbandingan pun mahu digunakan alam di barat sana?

    ” Susah sekali mahu menerima budaya kampung. Semua tidak kena. Bukankah Wah yang menjaganya sejak bayi? Justeru mengapa mahu disakitkan hati wanita tua itu? Terima sajalah hakikat dia itu orang Melayu. Cara Melayu,” leteran Teja bersambung lagi dalam kelantangan suara yang cuba dikawal. Bimbang mengganggu senior yang mahu melelapkan mata waktu-waktu senggang begini. Ya, Teja memang mudah emosi dengan orang skeptik. Tidakkah Teja emosikan diri sendiri?

    Posted on December 17, 2011 at 12:34 AM

  22. syeera Said,

    ”Sesudah kau baca kalimah terakhir nanti, cerita pada aku, ya,” selamba saya menjawab tanpa mempeduli emosi gadis itu. Nota ringkas Sains di tangan saya tatap kembali. Wajahnya sedikit dicemikkan. Biarlah!

    Selang lima minit, khusyuk saya terganggu. Bahu saya ditepuknya lembut. Saya berpaling ke arah Teja. Senyum. Manis. Puas.

    ”Kan?” saya menduga. Teja pantas mengangguk laju. Kemudian cerpen itu diulang baca, sebelum kami terlena. Saya puas. Teja puas.

    ”Seri, bagun. Aku bermimpi,” suara Teja sayup-sayup menjengah telinga saya. Sepertinya, baru sekejap saya terlelap. Kelopak mata yang masih berat saya paksa untuk diangkat. Kabur wajah Teja yang menyapu pandangan perlahan-perlahan menjadi jelas.
    ”Aku mimpi. Mimpikan Israk, Seri” ceria bersemangat cerita Teja tanpa mempedulikan mamai saya yang masih bersisa. Memang. Waktu itu saya fikir Teja terlalu taksub dengan Israk sehingga terbawa-bawa ke mimpi. Ah!

    ”Aku berbicara dengannya. Sungguh!” masih bersungguh-sungguh sambungnya seolah-olah dapat menelah yang saya kurang percaya. Patah Teja menarik saya bangkit dari tidur. Apakah?

    ”Israk mengatakan yang aku dengannya serupa. Kami skeptik. Dia skeptik dengan budaya Melayu. Dan aku skeptik dengan sastera Melayu. Kami generasi Melayu yang lambat menghargai. Dia kata, dia tidak mahu aku turut terbencana dahulu sepertinya baru menghargai. Dia mahu aku lekas!” suaranya sedikit mengendur di akhir cerita. Ya, dalam cerpen itu, Israk sudah terjatuh ke sungai dan diselamatkan Wah. Malamnya, baru Israk keluar bilik berbaju Melayu. Dan Israk minta dihulurkan budu! Sinar matanya yang merenung tajam saya senang sekali saya tafsir. Insaf. Muhasabah. Baguslah, kau sudah mengetahui silapmu. Teja menekur ke cadar hijau kuning katil. Senyum simpul saya tidak lekang-lekang.

    Mimpi? Saya kurang pasti itu mainan syaitan atau apa. Biarlah. ’Israk’ telah menasihatinya. Mungkin kerana mereka sama; skeptik. Maka nasihat Israk mudah mempengaruhi Teja. Terima kasih Israk!

    Dan sejak itu. Teja berubah 360 darjah. Teja sangat menghargai. Malah lebih dari saya. Aduhai Teja yang penuh rasa cinta. Cinta nan bersukma. Cinta yang penuh jiwa. Cinta yang luas bebas umpama lelayang memerap sayap, mencari bahagia di seluruh pojok alam. Cinta!

    Dan cinta itulah yang akhirnya menjadikan Teja wanita yang memperjuangkannya; bukti penghargaan bukan? Tejalah si pelajar kesayangan guru-guru bahasa. Saban minggu langkah ringannya berhayun ke perpustakaan sekolah, berlama-lamaan di hadapan cermin besar di bawah ligat kipas siling. Tenang di atas kerusi kuning biru, berteman timbunan rujukan sastera yang kian bertompok kuning halamannya dek terperosok di rak buku. Menilai-nilai, menimbang tara, menganalisis, mencatat, kemudiannya Teja akan melangkah keluar dari gudang ilmu di tingkat empat itu dengan wajah puas, setelah kajian judul pembelajaran komponen sastera minggu itu berjaya ditafsir sendiri. Sendiri!

    “Komponen sastera pelajar ini hadiah terbaik buatku yang baru mahu mengenal sastera. Akhirnya, kutemukan jalan kebebasan untuk meluah rasa walau luahan itu nanar dalam benar semuanya. Kerana pada mata yang meniti nanti, semua itu tidak lebih daripada cereka. Naratif kreatif-bebas hukuman. Undang-undang, bukan?” saya terlongo mendengar hujahnya empat tahun lalu. Tejaku yang sentiasa mahukan kebebasan berjustifikasi, begitulah!

    Posted on December 17, 2011 at 12:34 AM

  23. syeera Said,

    Aroma rak besi karat di bahagian sastera Melayu sudah dapat saya hidu tiap kali mendekati Teja. Juga hapak buku-buku, cerpen-novel sasterawan negara yang hampir-hampir membuatkan saya bersin-bersin. Tetapi sanggup diperam Teja biar menjadi haruman peribadi. “Andai bisa, Seri, pasti akan kulakukan,” walau Teja mengulum sengih di hujung bicara jenakanya, saya tahu dia serius!

    Sejak disahkan tulang belakangnya yang semakin membengkok pada hujung tahun pertama menengah, selalu saya peringatkan, ‘jangan terlalu renyah, Teja. Nanti lenguh pinggangmu minta dipicit-picit,’ Dan Teja masih berkeras untuk mencari selagi mampu. Kadangkala, saya geram dengan Teja yang terlalu sangat berkeinginan. Ah!

    Sedari tingkatan satu lagi, tiap kali tiba hari satu jam perbincangan KOMSAS, Teja sahaja yang mengangkat tangan tinggi-tinggi. Merelakan diri mengganti guru bahasa mengetuai diskusi di hadapan kelas. Teja yang menghulur analisis pembelajaran yang ditaip sendiri, Teja yang memulakan bicara dengan indah kalam suci, Teja yang penuh semangat dalam santun menutur bicara tentang tiap satunya, Teja yang penuh falsafah dari sudut pandangan seorang Teja. Semuanya Teja! Boleh dibilang juga celahan guru sewaktu sesi perbincangan kami. Dan senyum lebar guru bahasa tidak pernah tidak usai tamat kelas hari itu.

    Di sekolah, Tejalah si penglipur yang tiada lara, walau dicemuh segolongan rakan. Yang membeli jiwa kami, rakan sekelasnya dengan manis bahasa. Entahlah, kami semuanya mudah sekali menerima bicara Teja. Mungkin kerana semua maklumatnya ditafsir sendiri yang mungkin lebih telus ke jiwa kami? Atau mungkin juga kami memang sudah tertawan dengan peribadi gadis manis itu. Ah, Teja memang pencari yang hebat!

    Dan bagaimana dengan analisanya itu Teja juga belajar buat diri sendiri. Tiap-tiap satu pertandingan deklamasi atau mencipta puisi mahupun cerpen, tidak sekalipun dilepaskan Teja. Oh, dia memang murah rezeki dalam semuanya. Memang yang nombor sebatang pertama itulah yang disandangnya selalu. Jarang sekali yang dibawa pulang pingat bermetalik atau bercoklat kilat. Hebat!

    Pernah sekali, Teja meluah rasa nanarnya kepada saya. Melihatkan sekolah-sekolah di negeri jiran kami yang meriah dengan aktiviti bersama pelajar dan Persatuan Penulis Negeri. Bengkel. Ceramah. Kem. Bukankah langkah meningkatkan palapis sastera yang ketandusan armada muda? Tetapi negeri selatan kami tidak pula begitu. Pasif. Ah, Teja cemburu!

    Saya hanya mampu tersenyum melihatkan keberanian dan semangatnya. Surat aduan yang mahu dikirim melalui sekolah kepada Pengerusi Persatuan Penulis Selatan saya amati. Bernas. Doa saya sahaja yang mampu dikirim tidak putus-putus agar aduan Teja yang mewakili kami semua diambil tindakan. Dan, ya. Sebulan selepas itu, kami diwara-warakan tentang satu bengkel penulisan sastera bagi pelajar menegah rendah yang terbesar buat julung-julung kalinya. Saya dan rakan bahasa yang lain bahagia!

    Posted on December 17, 2011 at 12:35 AM

  24. syeera Said,

    Bulan berganti tahun berselang minggu, dan Teja masih renyah. Masih mahu menyandang buku-buku sastera tebal yang berat. Walhal bukan gadis itu tidak tahu yang dia sudah tidak bisa! Setia lagi mendakap penuh buku-buku lama sedangkan pinggang dan bahunya sudah senget sebelah. Masih ingin terbongkok-bongkok mengutip jatuhan buku yang dikelek hingga nyata kiri tulang belakangnya yang kian membonggol. Teja yang penuh semangat dalam menanggung sakit. Tabah!

    Kelmarin, saat kami diperkenalkan dengan apa itu gurindam, seluruh kelas sudah berjaya dipikat Teja. Semua mata terus lekat pada wajahanya yang sentiasa mewah cerita. Cerita Raja Ali Haji, anak sasterawan Raja Ahmad dari Kepulauan Riau. Si bangsawan Bugis, ulama, sejarawan (melalui Tuhfat al-Nafisnya) yang menjadi pencatat pertama hal ehwal tatabahasa Melayu melalui Kitab Bustan al-Katibin dan Kitab Pengetahuan Bahasa. Cerita pecahan Gurindam Dua Belas, bermula Fasal Satu hingga tamat Fasal 12. Walhal kami disilibuskan pada Fasal 6 sahaja. Juga cerita kerelevanan gurindam Raja Ali Haji diangkat menjadi emas sepanjang zaman. Semuanya pasti disebabkan falsafah agung ini yang bersinarkan keutuhan agama, yang begitu berinspirasi dan pastinya, unggul memaparkan simbol intelek Melayu sebagai lingua franca! Syair Siti Shianah, Syair Suluh Pegawai, Syair Hukum Nikah, Syair Sultan Abdul Muluk dan…ah, banyak sekali karyanya, cerita Teja. Raja Ali Haji si pujangga!

    “Andai sahaja aku Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, pencinta si Awang Sulung Merah Muda. Ah, pasti sahaja aku kupinta pemuda perkasa itu menggunakan saktinya kepada selautan manusia agar tunduk pada indah sastera. Aku mahu mereka nikmati apa yang aku nikmati. Sungguh!” sempat lagi Teje menyelitkan cerita KOMSAS; Pelayaran yang Penuh Peristiwa dalam bicara. Dan Teja masih mahu berlagak kuat seperti orang kebanyakan.

    Kepada sekalian rakan di kelas, Teja serukan agar berani-luahkanlah. Jangan disimpan-kritislah, kreatiflah, fikirlah, bicarakanlah segalanya yang terlintas, terfikir dalam apa jua cara. Syair, sajak, pantun, gurindam, cerpen, apa sahaja! Tiada yang akan melarang. Hantarlah luahan itu ke majalah-majalah untuk dinilai, meramaikan generasi yang menghargai. Semuanya naratif kreatif-bebas hukuman!

    “Justeru mengapa kau mahu menjadi doktor yang merawat, Teja? Jadilah pejuang sastera yang bergerak bebas menyampaikan falsafahmu,” pernah saya ajukan persoalan ini. Dan jawapan Teja memang tidak pernah tidak membuat saya terkesima.

    “Aku ingin mengumpul cinta. Bermain dengan teori dan falsafah sendiri bukan matlamatku selamanya. Bukankah sudah kubilang, aku ingin mencari? Aku masih pejuang yang ingin menyebarkan nur Muhammad dalam indah sastera. Dan aku yang akan berbicara tentangnya, bersama orang yang mengunjungiku nanti. Halus dalam lembut, bersukma!” matanya bersinar. Penuh harapan.

    Oh, Teja!

    Tejaku kini masih di sisi. Mengacau-ngacau sudu kecil dalam pekat kopi yang bersisa setengah, sambil matanya kembali menatap ke hadapan. “Aku ingin bersujud, Seri. Saat aku sudah bisa membongkok, setahun lagi nanti. Aku ingin menzahirkan rasa syukurku pada Tuhan yang Maha Esa. Nikmat apakah lagi yang ingin aku dustakan?” sekilas Teja menoleh ke arah saya. Tenang wajahnya. Pasrah. Persih.

    Aduh, Teja memang menawan. Cantik. Bijak. Santun. Segalanyalah! Teja si gadis Melayu tipikal! Wajar sekali semuanya bercita-cita mahu menjadi Teja. Teja memang pantas menerima anugerah ini. Anugerah Perantis Sastera Muda pada usia yang baru menjangkau 16 tahun. Ah, kerana Tejalah, kami di sekolah perempuan itu sudah bisa menulis puisi sendiri. Kerana Teja, saya sendiri sudah punya antologi sendiri, antologi remaja. Tepukan gemuruh sekalian dewan menyambut langkah Teja di karpet merah, menerima sijil anugerah setelah namanya diumumkan dan disampaikan sendiri oleh Yang Berhormat separuh usia itu. Dari tempat duduk, saya perhatikan gerak badan Teja menuju ke pentas utama. Teja sudah tegak. Bahunya tegap. Cantik, persis model memang. Alahai, saya cemburu lagi!

    Posted on December 17, 2011 at 12:36 AM

  25. Azmah Nordin Said,

    syeera :)(

    saya dah baca karya anda kat atas tu, dan komen saya; sebuah idea yg sgt2 menarik, namun, utk mempersembahkan ia sebagai sebuah cerpen bulat, padat, kuat, hidup - tidak mendatar, atau bersifat memberitahu bukan tunjuk saja dan terlalu byk informasi yg mahu disampaikan dlm sebuah cerpen yg serrba terhad sifatnya, karya anda perlu dirombak/olah semula dgn menggunakan panduan di bawah ni;

    1. bercerita sudut pandangan teja, supaya lebih kuat dan perlu dibandingkan penyakit yg ditanggung pd tulang belakangnya, tidak seberat penyakit pd tulang belakang dunia sastera, sebagai simbolnya. info yg selebihnya boleh masuk sebagai dlm fikiran dan monolog hidup teja.

    tujuan tidak menarik jika diambil dr sudut pandangan `saya', sbb yg menanggung derita tu teja, bukan `saya'; sakit mata memandang, sakit lagi bahu memikul. jadi, dgn sendirinya, cerita tidak kuat.

    2. latar sekarang - semasa teja di perpustakaan menghadap timbunan buku. semasa kipas berputar ligat, baru bawa teja masuk ke dunia dlm cerpen komsas; perlu wujudkan dua dunia, satu realiti (di perpustakaan) dan satu lagi dunia dlm cerpen komsas tu. semasa teja duduk di meja inilah, dia `berjumpa' dgn watak dlm cerpen tu, terlibat dgn masalah watak utama dlm cerpen tu, berdialog dgn dia dan belajar dr cara watak utama itu mengatasi masalahnya; itu tujuannya sastera itu penting kan? supaya kita boleh belajar drpd nilai2 murni yg terdapat drpd karya sastera tersebut.

    3. selang dua atau tiga paragaraf, perlu disebut ttg penyakit tulang belakang yg ditanggunginya. perlu gmbarkan tanggapan keluarga, guru2 dan rakan sekolah ttg masalah kesihatannya. perlu wujudkan konflik dlamanan (selain drpd nak perjuangkan sastera), dlm diri teja. dan nanti semasa penamat cerpen, teja akan menjadi lebih `kuat' setelah belajar mengatasi masalah setelah `masuk' dlm drama dr cerpen komsas tu.

    4. dialog perlu dikurangkan, yg penting adalah gambaran gelojak perasaan atau tekanan psikologi teja. sbb, terlalu byk dialog menunjukkankan sprti anda `memberitahu bukan tunjuk'.

    5. penamat cerpen adalah semasa teja masih di meja di library tu, atau dlm perjalanan melangkah keluar dr library tu.

    syeera, anda buat dulu ini, nanti saya lihat bagaimana. jika ada apa2 masalah, tnykan saja pada saya di sini, nanti saya akan bantu.

    gigih terus k

    Posted on December 18, 2011 at 5:30 PM

  26. Azmah Nordin Said,

    syeera, cerpen juga boleh bermula semasa dia dlm perjalanan ke perpustakaan k, dn dlm perjalanan tu, dia berfikir mcm2

    Posted on December 18, 2011 at 5:39 PM

  27. syeera Said,

    Saya memegang kemas tombol pintu kayu bercat biru itu dan menguaknya perlahan. Semerta deru dingin angin di dari dalam mencecah ke muka dan tapak tangan. Saya melangkah ke dalam dan mengambil sila di penjuru kegemaran saya sambil melepaskan lelah. Mata saya pejamkan. Ya, nikmat. Lebih nikmat bersejukan di dalam ini berbanding berjalan di bawah terik mentari yang sungguh membuat saya lencun. Sekejap saya tebarkan pandangan ke seluruh pojok kamar ini. Tidak ramai. Walaupun sekarang ini waktu lapang senggang menengah atas. Saya melepaskan nafas perlahan di bawah sedar. Mungkinkah kerana kedudukannya yang terlalu melelahkan di tingkat empat sampai semuanya berfikir dua kali bagi mendaki anak tangga yang sedikit curam ke sini?

    Kalau diikutkan hati pun, saya juga akan menyertai kumpulan rakan-rakan yang enak bergelak ketawa sambil mengisi perut di kantin. Sungguh mengecurkan apabila berjalan melewati bungkusan nasi lemak seringgit yang molek dibalut daun pisang. Juga harum kari yang semerbak dari dalam kuali panas sebelum dicurah ke atas bancuhan tepung kuning yang sudah garing nipis berjala-jala. Dalam diam saya cukup tertarik dengan hidangan makanan di sini yang pelbagai. Berbeza sekali dengan kafe di sekolah tinggi lama saya yang rata-rata hanya menyediakan pilihan hamburger pelbagai isi dan perisa. Tidak lebih dari itu.

    Saya lebih dari mampu. Sungguh! Cuma kehendak badan yang mahukan dingin seperti di sekolah lama menuntut saya untuk sekadar membelanjakan syiling 80 sen untuk sebatang roti coklat. Ah!

    Saya bangkit dan mengatur langkah meuju ke rak buku. Beberapa buku rujuakn fizik dan biologi saya capai. Hapak buku di rak bersebelahan cukup dekat untuk membikin saya bersin-bersin. Saya mendengus geram di dalam hati. Berbakul-bakul sumpahan saya; hanya pada buku. Pasti selepas ini selesemanya berlarutan. Disebabkan buku-buku itulah! Sudah!

    Saya menjeling tajam sekilas ke bahagian atas rak buku sebelah. Mencari kategori. Sastera? Ah, patutlah. Memang jelas bukunya yang agak bertompok kuning di helaian muka suratnya. Sudah terlalu lama mungkin? Atau sahaja, sudah memang tidak diminati generasi muda masa kini. Heh.

    Entah mengapa, saya mengundur beberapa langkah ke belakang, sambil menarik kain tudung menutup hidung. Buku rujukan tadi saya letak dahulu. Anak mata saya laju meneliti tajuk di tulang-tulang buku. Hampir semuanya tidak pernah saya dengar. Namun penulisnya adalah dua tiga yang saya cam, kerana namanya saya sering dengar melalui televisyen. Akhirnya, saya mencapai sebuah buku yang tidak terlalu nipis, dan tidak pula terlalu tebal. Cerita berkenaan seorang penglipurlara kalau tidak salah. Penulisnya saya cuma kenal pada nama, namun saya tertarik pada jolokan Siri Novel Malaysia Abad ke 20 pada keras muka depannya.

    Posted on December 28, 2011 at 8:28 PM

  28. syeera Said,

    Tiga buku sederhana tebal itu saya kelek kemas. Saya menuju ke ruangan sebelah. Sengaja saya ambil meja bulat yang kecil. Biar tidak akan berkongsi dengan pelajar lain. Saya mahu sendiri. Sekilas saya menatap cermin besar yang melekat di seluruh dinding yang bertentangan. Sempat saya menjuihkan bibir bawah dan meniup angin ke atas. Ah, hujung tudung atas sudah tidak betul. Cis, perempuan yang cerewet! Saya mengutuk sendiri dalam hati. Sekolah perempuan bukan, tiada siapa yang akan memerhatikan anda dan berjustifikasi. Percayalah!

    Lega benar rasanya dapat menyandarkan belakang badan di kerusi empuk itu. Serasa longgar sendi-sendi anggota badan dapat merehatkan diri dalam keadaan selesa. Sesekali berlelahan begini, telinga saya cekap menangkap bunyi ruas tulang yang bercantum dengan besi dan skru dari belakang badan.

    Ah, sudah tiga bulan saya duduk berdiri bersama skru tiga belas ini. Usai temulang saya dipulas ddan dikikis, pelvis dan bahu saya sudah kembali sama tinggi. Rasa lenguh teramat yang selalu menggeramkan saya juga sudah sangat berkurang.

    Ya, saya penghidap thoraculambar scolisis. Sejenis penyakit yang selalunya dihadapi oleh remaja perempuan , seusia saya. Waktu tingakatan dua, saya sahih menghidap penyakit ini. Entah, saya sendiri tidak terkesan langsung dengan pengesahan itu. Walhal saya semakin cenderung untuk berkhemah dan ikut petualang mendaki gunung. Ya, saya tidak suka dibeza-beza. Dan saya tidak suka dilihat sakit!

    Tulang belakang yang semakin bengkok sudah ditegakkan dengan sokongan besi dan skru sebagai penguat. Oh, betapa saya merindui katil 13 saya, unit spinal. Wad ortopedik.

    Juga tidak akan saya lupakan manis budi warga wad ungu itu. Bersama doktor yang sentiasaa bertanya kebas kaki, atau misi yang sentiasa merekah dengan senyuman tiap kali datang mengambil tekanan darah, atau mencucuk antibiotik atau juga saat saya menekan bantuan kecemasan bila badan menggelongsor dan tidak kuat mengangkat tubuh sendiri. Tidak pernah saya tidak senang dengan mereka. Sungguh!

    Posted on December 28, 2011 at 8:29 PM

  29. syeera Said,

    Dan sepanjang seminggu saya menjadi penghuni wad itu, ramai saudara mara yang datang berziarah. Yang datang jauh-jauh juga ramai! Saya senang dengan kehadiran mereka, walaupun terpaksa melawan ngantuk selepas menelan dua biji panadol tiap kali usai makan. Terasa sungguh saya disayangi kaum keluarga. Sungguh saya cuba menjadi tabah walau mulanya wajah saya pucat lesi kekurangan darah. Dan sungguh, saya begitu belas dengan ibu yang terpaksa tidur di kerusi malas setiap malam, juga ayah yang berulang alik dari rumah kediaman sementara yang disewa. Betapa mereka sanggup berkorban. Ah!

    Kembalian saya ke bumi tanah antara dua lautan ini sudah menjangkau usia enam bulan. Dan saya masih cuba untuk mengadaptasi diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Cuaca. Budaya. Makanan. Pakaian. Dan ah, yang paling membebankan, bahasa!

    Entahlah. Saya sendiri tidak tahu mengapa. Susah benar hati saya mahu tertambat dengan budaya di sini. Dahulu waktu di menengah satu, dua dan tiga, bahasa inggerisnya tidaklah sukar. Ya, kerana sudah menjadi bahasa rasmi saya. Siapa sahajalah yang mahu berbahasa nusantara ini dengan saya waktu di kelas atau di kantin sekolah? Kalau didengar saya berbahasa melayu ini, bias ditertawakan habis-habisan. Di rumah pula, saya lebih gemar menjawab dengan bahasa inggeris walau disoal ibu dengan bahasa melayu. Lidah saya ini, ah. Kelu!

    Di sini lagi. Belajar bahasa sahaja sudah tiga cabang utama. Yang pertama, kertas satu itu, kemudian kertas dua dan yang akhir sekali, komponen sastera untuk pelajar, KOMSAS. Hah. Inilah yang membingungkan saya. Perlu mempelajari cerita yang kadangkala tidak tertimba dek fikiran akal. Apa katanya? Hiperbola, bukan?

    Kelmarin, baru sahaja kami disuruh meladeni cerpen Israk. Salah satu cerpen dalam buku teks KOMSAS itu. Entah mengapa, saya dapat melihat Israk jauh dalam diri saya sendiri. Dia dibesarkan dari luar Negara, saya juga sama. Dia tidak sukakan cuaca di Malaysia yang sama, saya sendiri berasa demikian. Panas! Israk tidak suka berpakaian tradisional orang Melayu. Juga sama! Saya kurang gemar sebenarnya dengan pakaian kurung ini ke sekolah. Di sekolah tinggi dahulu. Bebas! Janji bersopan sahajalah!

    Dentingan jam di dinding kuning barat perpustakaan menghentikan lamunan saya. Ah, sudah tepat 10.30 pagi. Tinggal bersisa 15 minit waktu rehat kami. Jauh benar saya mengelamun. Teringatkan sekolah tinggi yang menyeronokkan. Dan membanding tara kehidupan kami di sini, serasa bagai langit dengan bumi!

    Posted on December 28, 2011 at 8:30 PM

  30. syeera Said,

    Saya meleret malas buku sastera itu. Dua tiga muka saya selak perlahan-lahan. Anak mata saya lambat-lambat meneliti satu persatu perkataan yang tertulis.memerhati gaya dan cara penulisannya. Frasanya. Istilahnya. Perlambangannya. Kiasannya. Bukan, ini bukan malas. Tetapi, entah. Semacam ada satu perasaan yang menyelinap jauh ke lubuk hati saya. Indah? Saya menggeleng laju, menidakkan kenyataan yang semacam bertapak di sudut hati.

    Buk !

    Aduh, sakit sekali! Kepala saya berdenyut-denyut. Sungguh bahagian belakang kepala ini terasa seperti di pukul benda keras. Buku tebal barangkali? Atau mungkin, sebatang kayu? Kayu? Dalam perpustakaan begini?

    Saya sudah menyeringai kesakitan. Bibir saya ketap kuat-kuat sambil tangan menggosok-gosok bahagian belakang kepala. Untukg tidak berdarah. Siapa pula yang mahu mencari fasal di sini? Saya mengangkat muka. Dari cermin besar di hadapan ini, jelas sekali imej seorang lelaki, dalam usia saya sedang berdiri di belakang kerusi sambil tersengih berpeluk tubuh!

    Cis! Bagaimana budak kampong ini boleh terlepas ke sini? Sudahlah dengan baju yang comot dengan lumpur, berselipar jepun pula itu! Lagipula, inikan sekolah perempuan, bagaimana pelajar lelaki boleh berada di sini? Di perpustakaan? Tingkat empat? Dengan kayu lagi?

    Saya masih galak memerhatikan lelaki ini. Dia pula masih selamba menyang giginya yang putih tersusun. Kami bertatapan melalui imej di cermin. Walau dipalit lumpur di pipi dan dahi, saya mengakui yang lelaki ini agak tampan. Ah!

    “Kau siapa?” kasar saya bertanya. Saya renung tajam wajahnya di cermin. Geram!

    “Israk,” mudah sekali jawabnya. Nama sepatah itu sekaligus membuatkan kening saya terangkat tinggi. Bukankah itu watak dalam cerpen Israk yang saya telitikan itu? Inikah yang dinamakan kebetulan?

    Posted on December 28, 2011 at 8:31 PM

  31. syeera Said,

    Jeda mengisi ruang kami. Saya amati wajahnya. Masih senyum. Manis!

    “mengapa kau datang comot-comot begini, Israk?” saya cuba bermanis bicara. Entah mengapa, pertanyaan itu yang meluncur di bibir saya. Sedangkan, banyak lagi persoalan yang bermain di benak fikiran saya. Persoalan yang seharusnya pertama-tama saya ajukan apabila bertamu dengan orang yang tidak sepatutnya berada di tempat yang sepatutnya. Dan lagi, bagaimana dia boleh basah dengan lumpur begini sekali? Setahu saya, bukannya ada kawasan paya atau parit yang menjadi tempat anak bujang berkubang!

    “Ah, sengaja. Mahu menunjuk-nunjuk pada kau betapa seronoknya hidup di bumi bertuah ini,” Israk tersengih, yang saya rasa sedikit memerli. Kayu di tangannya dipusing-pusing gaya samurai sedang berlawan. Saya mual dengan sombongnya.

    “kau jangan terlalu ego, Meli. Kau belum tahu betapa bertuahnya kau dilahirkan dengan darah Melayu. Kau tahu juga bukan, aku dahulu sama seperti kau. Melawan rasa dan mendidik hati untuk terus membenci. Jangan terlambat Meli. Tidakkah kau lihat betapa manisnya bahasa kita? Jika kau hayati, oasti terserap satu rasa klasik dalam diri kau yang tidak bias dijual beli. Begitu juga dengan budaya. Baju melayu dan kurung itu indah bukan. Kacak dan ayu! Lihat aku. Aku baru sahaja main lumpur di belakang rumah, beradu selam dengan Mikraj, dan belajar membubu ikal keli daripada Wah,” ceria cerita lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Israk itu. Anak matanya memandang ke atas seolah-olah mengimbau kenangan-kenangan manisnya itu.

    Wah? Mikraj? Sama lagi! Siapa lelaki ini sebenarnya? Siapa? Israk masih lagi berdiri dengan kayunya sudah aman di bahu, senyumnya masih belum cair. Dia merenung saya. Dan saya juga membalasa renungannya, sambil dalam diam mengagumi bicaranya. Dan, ah, sukar untuk saya katakana. Ya, saya membenarkan setiap patahnya tadi! Benar, saya harus merendahkan ego. Saya harus mendidik hati untuk mencitai warisan bangsa ini. Bibir saya perlahan menungungkap kata terima kasih kepadanya, namun tidak tersuara.

    Kepala saya berdenyut-denyut. Sakit! Saya pandang ke hadapan lagi. Saya lihat wajah israk perlahan-lahan menjadi kabur. Dua telapak tangan saya sudah memegang dahi yang semakin sakit. Tiba-tiba, pandangan saya terpusing-pusing. Sangat pusing. Seperti menaiki roller coaster! saya memejam mata kuat-kuat menahan sakit yang tidak tertanggung.

    Bahu saya ditepuk lembut. Saya kaget. Mata saya perlahan-lahan dibuka. Nafas saya kencang. Dada saya lelah kerana terlalu pantas turun dan naik. Mata saya membulat melilau ke sekeliling perpustakaan bagai orang kehilangan anak. Di mana Israk? Saya mengangkat muka lagi. Kelihatan seorang pustakawan sedang merenung kea rah saya dengaan muka cuak. Takut barangkali melihat reaksi saya yang agak mengejutkan.

    Jam tangan di meja saya capai. 10.45 ? Tapi, Israk? Saya masih diserang rasa terkejut yang tidak surut-surut.

    Saya menarik nafas dalam-dalam, menyerap masuk seberapa banyak oksigen yang mampu mengisi kekosongan sel darah merah. Otak saya cuba mengimbas kembali apa yang terjadi. Oh, bermimpi rupanya. Saya lega amat!

    Seketika kemudian, setiap patah yang diucapkan Israk bermain di minda saya. Satu persatu seperti melihat kembali rakaman di layar besar. Pustakawan tadi sudah berlalu pergi, membiarkan saya mencari ruang sendiri.

    Saya menunduk. Melihat kembali buku tulisan sasterawan Negara yang saya capai tadi. Tanpa sedar, saya tersenyum sendiri. Meleret-leret sehingga mencecah telinga. Saya bangkit. Mengemas barang dan segera melangkah ke rak peminjaman buku.

    Selesai, saya cepat –cepat keluar. Dengan semangat. Dengan azam. Azam untuk menjejak jejak Israk. Berazam untuk belajar menyanyagi bahasa. Ya, cinta!

    Posted on December 28, 2011 at 8:31 PM

  32. syeera Said,

    salam sifu . maaf banyak2 sebab lambat post pembetulan cerpen kali ni. saya kelamkabut siapkan homework sebab sekolah nak dekat. mohon krtikan dan bimbingan sifu dengan lebih banyak lagi :)

    Posted on December 28, 2011 at 8:33 PM

  33. Azmah Nordin Said,

    syeera :)

    tak mengapalah lambat sikit, jika awak boleh menghasilkan cerpen sebaik dan semenarik ini, tahniah kerana berani membuat eksperiment!

    ok, saya akan beri sedikit lagi panduan utk anda perbaiki cerpen ini, utk membulat,padat dan kuatkannya lagi k;

    1. Tulang belakang yang semakin bengkok sudah ditegakkan dengan sokongan besi dan skru sebagai penguat. (di paragraf pertama lagi harus sudah diselitkan info ini, tp mesti disampaikan secara kreatif, misalnya'

    saya menghela nafas panjang, terasa lelah yang amat sangat seolah2 tulang belakang yang sudah ditegakkan tegakkan dengan sokongan besi dan skru sebagai penguat itu, membengkok balik!

    lps tu, gmbarkan bagaimana rasa sakitnya (sakit halimunan sbb perasaan je kan?) semasa tulang belakang belum ditegakkan. lps tu buat dia lawan perasaan tu, misalnya; saya mengertapkan gigi saya atas dan bawah, mengertap putuskan bayangan rasa sakit itu drpd menghantui saya terus-terusan! dll

    2. selang satu atau dua paragraf, mesti kaitkan dgn penyakit tulang belakang yg disampaikan secara kreatif, misalnya waktu saya berjalan ke rak buku, waktu mencapai buku dll

    3. waktu israk menjelma, dia berdiri atau duduk, di mana - perlu digambarkan suasana sekitar yg apakah berlainan dgn suasana di library tu? gmbrkan pencahayaan, apakah org lain nmpak akan kewujudanya ataupun tidak, ada bunyi? udara bagaimana? bau?

    4. perawakan (fisikal) dan penampilan israk

    5. “Kau jangan terlalu ego, Meli!"(dengus israk, riak muka)

    "(buar dialog balas saya, perasaan)

    "Kau belum tahu betapa bertuahnya kau dilahirkan dengan darah Melayu. Kau tahu juga bukan, aku dahulu sama seperti kau,"(sela israk, nada suara?)

    (perasaan saya) Melawan rasa dan mendidik hati untuk terus membenci. Jangan terlambat Meli. Tidakkah kau lihat betapa manisnya bahasa kita? Jika kau hayati, oasti terserap satu rasa klasik dalam diri kau yang tidak bias dijual beli. Begitu juga dengan budaya. Baju melayu dan kurung itu indah bukan. Kacak dan ayu! Lihat aku. Aku baru sahaja main lumpur di belakang rumah, beradu selam dengan Mikraj, dan belajar membubu ikal keli daripada Wah,” - (paragraf ni buat monolog hidup saya, sbb terlalu pnjang dan bersifat memberitahu bukan tunjuk)

    (ceria cerita lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Israk itu. Anak matanya memandang ke atas seolah-olah mengimbau kenangan-kenangan manisnya itu. - sesuaikan)

    6. di sepanjang bercerita dgn israk, gmbarkan apakah saya masih ingat pd masalah tulang belakangnya? apakah perbualannya dgn israk dpt membantu saya dlm dunia realiti? apa yg dipelajari drpd israk yg tidak dipelajari dr dunia realiti sebelum ni?

    7. sebaiknya, jgn buat dia bermimpi. buat ia seolah2 benar2 berlaku, tp hny saya seorang je yg melihat; ini logik, sbb biasanya apabila seorang itu menghadapi tekanan hidup (sakit tulang belakang, misalnya) dia boleh melihat atau mengalami atau mewujudkan sesuatu bayangan tanpa sedar. ini namanya aliran bawah sedar. kira keistimewaan juga ini. pengalaman dgn alam bawah sedarnya harus bersifat peribadi kpd watak utamanya.

    itu je dulu syeera, anda buat dulu pembaikan ini, nanti saya lihat bagaimana. jgn lupa kira jumlah msnya dan pastikan setiap posting ada no msnya juga.

    gigih terus k

    Posted on December 29, 2011 at 8:11 PM

  34. syeera Said,

    Saya memegang kemas tombol pintu kayu bercat biru itu dan menguaknya perlahan. Semerta deru dingin angin di dari dalam mencecah ke muka dan tapak tangan. Saya melangkah ke dalam dan mengambil sila di penjuru kegemaran saya sambil melepaskan lelah. Mata saya pejamkan. Ya, nikmat. Lebih nikmat bersejukan di dalam ini berbanding berjalan di bawah terik mentari yang sungguh membuat saya lencun. Seketika saya nyilu. Besi dan skru yang menjadi tunjang postur tubuh ini pasti meragam. Terkejut dengan perubahan suhu barangkali. Besi, bukan? Tangan kanan saya panjangkan ke belakang badan dan mengusap-ngusap kulit. Saya takut sendiri tersentuh bonjolan skru yang tenggelam-timbul. Seketika saya terkenang pedih kulit yang terasa disiat apabila mengengsot dan bergerak sehabsi operasi bedah dahulu. Pedih. Saya memejam mata dan mengetap bibir kuat-kuat. Sungguh saya benci rasa nyilu dan bias itu bertandang lagi. Pergi! Pergi!

    Sekejap saya tebarkan pandangan ke seluruh pojok kamar ini. Tidak ramai. Walaupun sekarang ini waktu lapang senggang menengah atas. Saya melepaskan nafas perlahan di bawah sedar. Mungkinkah kerana kedudukannya yang terlalu melelahkan di tingkat empat sampai semuanya berfikir dua kali bagi mendaki anak tangga yang sedikit curam ke sini?

    Kalau diikutkan hati pun, saya juga akan menyertai kumpulan rakan-rakan yang enak bergelak ketawa sambil mengisi perut di kantin. Sungguh mengecurkan apabila berjalan melewati bungkusan nasi lemak seringgit yang molek dibalut daun pisang. Juga harum kari yang semerbak dari dalam kuali panas sebelum dicurah ke atas bancuhan tepung kuning yang sudah garing nipis berjala-jala. Dalam diam saya cukup tertarik dengan hidangan makanan di sini yang pelbagai. Berbeza sekali dengan kafe di sekolah tinggi lama saya yang rata-rata hanya menyediakan pilihan hamburger pelbagai isi dan perisa. Tidak lebih dari itu.

    Saya lebih dari mampu. Sungguh! Cuma kehendak badan yang mahukan dingin seperti di sekolah lama menuntut saya untuk sekadar membelanjakan syiling 80 sen untuk sebatang roti coklat. Ah!

    Saya bangkit dan mengatur langkah meuju ke rak buku. Skru serasa saya ada dua tuga yang berdetap perlahan. Beberapa buku rujuakn fizik dan biologi saya capai. Hapak buku di rak bersebelahan cukup dekat untuk membikin saya bersin-bersin. Saya mendengus geram di dalam hati. Berbakul-bakul sumpahan saya; hanya pada buku. Pasti selepas ini selesemanya berlarutan. Disebabkan buku-buku itulah! Sudah!

    Posted on December 30, 2011 at 3:33 AM

  35. syeera Said,

    Saya menjeling tajam sekilas ke bahagian atas rak buku sebelah. Mencari kategori. Sastera? Ah, patutlah. Memang jelas bukunya yang agak bertompok kuning di helaian muka suratnya. Sudah terlalu lama mungkin? Atau sahaja, sudah memang tidak diminati generasi muda masa kini. Heh.

    Entah mengapa, saya mengundur beberapa langkah ke belakang, sambil menarik kain tudung menutup hidung. Buku rujukan tadi saya letak dahulu. Anak mata saya laju meneliti tajuk di tulang-tulang buku. Hampir semuanya tidak pernah saya dengar. Namun penulisnya adalah dua tiga yang saya cam, kerana namanya saya sering dengar melalui televisyen. Akhirnya, saya mencapai sebuah buku yang tidak terlalu nipis, dan tidak pula terlalu tebal. Cerita berkenaan seorang penglipurlara kalau tidak salah. Penulisnya saya cuma kenal pada nama, namun saya tertarik pada jolokan Siri Novel Malaysia Abad ke 20 pada keras muka depannya.

    Tiga buku sederhana tebal itu saya kelek kemas. Saya menuju ke ruangan sebelah. Sengaja saya ambil meja bulat yang kecil. Biar tidak akan berkongsi dengan pelajar lain. Saya mahu sendiri. Sekilas saya menatap cermin besar yang melekat di seluruh dinding yang bertentangan. Sempat saya menjuihkan bibir bawah dan meniup angin ke atas. Ah, hujung tudung atas sudah tidak betul. Cis, perempuan yang cerewet! Saya mengutuk sendiri dalam hati. Sekolah perempuan bukan, tiada siapa yang akan memerhatikan anda dan berjustifikasi. Percayalah!

    Lega benar rasanya dapat menyandarkan belakang badan di kerusi empuk itu. Serasa longgar sendi-sendi anggota badan dapat merehatkan diri dalam keadaan selesa. Sesekali berlelahan begini, telinga saya cekap menangkap bunyi ruas tulang yang bercantum dengan besi dan skru dari belakang badan.

    Ah, sudah tiga bulan saya duduk berdiri bersama skru tiga belas ini. Usai temulang saya dipulas ddan dikikis, pelvis dan bahu saya sudah kembali sama tinggi. Rasa lenguh teramat yang selalu menggeramkan saya juga sudah sangat berkurang.

    Ya, saya penghidap thoraculambar scolisis. Sejenis penyakit yang selalunya dihadapi oleh remaja perempuan , seusia saya. Waktu tingakatan dua, saya sahih menghidap penyakit ini. Entah, saya sendiri tidak terkesan langsung dengan pengesahan itu. Walhal saya semakin cenderung untuk berkhemah dan ikut petualang mendaki gunung. Ya, saya tidak suka dibeza-beza. Dan saya tidak suka dilihat sakit!

    Tulang belakang yang semakin bengkok sudah ditegakkan dengan sokongan besi dan skru sebagai penguat. Oh, betapa saya merindui katil 13 saya, unit spinal. Wad ortopedik.

    Posted on December 30, 2011 at 3:33 AM

  36. syeera Said,

    Juga tidak akan saya lupakan manis budi warga wad ungu itu. Bersama doktor yang sentiasaa bertanya kebas kaki, atau misi yang sentiasa merekah dengan senyuman tiap kali datang mengambil tekanan darah, atau mencucuk antibiotik atau juga saat saya menekan bantuan kecemasan bila badan menggelongsor dan tidak kuat mengangkat tubuh sendiri. Tidak pernah saya tidak senang dengan mereka. Sungguh!

    Dan sepanjang seminggu saya menjadi penghuni wad itu, ramai saudara mara yang datang berziarah. Yang datang jauh-jauh juga ramai! Saya senang dengan kehadiran mereka, walaupun terpaksa melawan ngantuk selepas menelan dua biji panadol tiap kali usai makan. Terasa sungguh saya disayangi kaum keluarga. Sungguh saya cuba menjadi tabah walau mulanya wajah saya pucat lesi kekurangan darah. Dan sungguh, saya begitu belas dengan ibu yang terpaksa tidur di kerusi malas setiap malam, juga ayah yang berulang alik dari rumah kediaman sementara yang disewa. Betapa mereka sanggup berkorban. Ah!

    Kembalian saya ke bumi tanah antara dua lautan ini sudah menjangkau usia enam bulan. Dan saya masih cuba untuk mengadaptasi diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Cuaca. Budaya. Makanan. Pakaian. Dan ah, yang paling membebankan, bahasa!

    Entahlah. Saya sendiri tidak tahu mengapa. Susah benar hati saya mahu tertambat dengan budaya di sini. Dahulu waktu di menengah satu, dua dan tiga, bahasa inggerisnya tidaklah sukar. Ya, kerana sudah menjadi bahasa rasmi saya. Siapa sahajalah yang mahu berbahasa nusantara ini dengan saya waktu di kelas atau di kantin sekolah? Kalau didengar saya berbahasa melayu ini, bias ditertawakan habis-habisan. Di rumah pula, saya lebih gemar menjawab dengan bahasa inggeris walau disoal ibu dengan bahasa melayu. Lidah saya ini, ah. Kelu!

    Di sini lagi. Belajar bahasa sahaja sudah tiga cabang utama. Yang pertama, kertas satu itu, kemudian kertas dua dan yang akhir sekali, komponen sastera untuk pelajar, KOMSAS. Hah. Inilah yang membingungkan saya. Perlu mempelajari cerita yang kadangkala tidak tertimba dek fikiran akal. Apa katanya? Hiperbola, bukan?

    Kelmarin, baru sahaja kami disuruh meladeni cerpen Israk. Salah satu cerpen dalam buku teks KOMSAS itu. Entah mengapa, saya dapat melihat Israk jauh dalam diri saya sendiri. Dia dibesarkan dari luar Negara, saya juga sama. Dia tidak sukakan cuaca di Malaysia yang sama, saya sendiri berasa demikian

    Posted on December 30, 2011 at 3:34 AM

  37. syeera Said,

    Panas! Israk tidak suka berpakaian tradisional orang Melayu. Juga sama! Saya kurang gemar sebenarnya dengan pakaian kurung ini ke sekolah. Di sekolah tinggi dahulu. Bebas! Janji bersopan sahajalah!

    Dentingan jam di dinding kuning barat perpustakaan menghentikan lamunan saya. Ah, sudah tepat 10.30 pagi. Tinggal bersisa 15 minit waktu rehat kami. Jauh benar saya mengelamun. Teringatkan sekolah tinggi yang menyeronokkan. Dan membanding tara kehidupan kami di sini, serasa bagai langit dengan bumi!

    Saya meleret malas buku sastera itu. Dua tiga muka saya selak perlahan-lahan. Anak mata saya lambat-lambat meneliti satu persatu perkataan yang tertulis.memerhati gaya dan cara penulisannya. Frasanya. Istilahnya. Perlambangannya. Kiasannya. Bukan, ini bukan malas. Tetapi, entah. Semacam ada satu perasaan yang menyelinap jauh ke lubuk hati saya. Indah? Saya menggeleng laju, menidakkan kenyataan yang semacam bertapak di sudut hati.

    Buk !

    Aduh, sakit sekali! Kepala saya berdenyut-denyut. Sungguh bahagian belakang kepala ini terasa seperti di pukul benda keras. Buku tebal barangkali? Atau mungkin, sebatang kayu? Kayu? Dalam perpustakaan begini?

    Saya sudah menyeringai kesakitan. Bibir saya ketap kuat-kuat sambil tangan menggosok-gosok bahagian belakang kepala. Untung tidak berdarah. Siapa pula yang mahu mencari fasal di sini? Saya mengangkat muka. Mengapa sepertinya sekeliling perpustakaan ini silau bukan kepalang? Mentari dhuha seakan menerobos telus dari celahan tingkap.terus ke meja saya. Indah, ya Tuhan!

    Dari cermin besar di hadapan ini, jelas sekali imej seorang lelaki, dalam usia saya sedang berdiri di belakang kerusi sambil tersengih berpeluk tubuh. Wajahnya cerah. Rambutnya tinggal sedikit tercacak dengan terpalit kotoran di sana sini.

    Cis! Bagaimana budak kampung ini boleh terlepas ke sini? Sudahlah dengan baju yang comot dengan lumpur, berselipar jepun pula itu! Lagipula, inikan sekolah perempuan, bagaimana pelajar lelaki boleh berada di sini? Di perpustakaan? Tingkat empat? Dengan kayu lagi? Saya menoleh ke kiri dan ke kanan.

    Posted on December 30, 2011 at 3:34 AM

  38. syeera Said,

    Aneh.

    Seorang pustakawan sedang menyusun majalah di rak buku, betul-betul sebaris dengan saya di hujung sana. Masakan tidak mendengar bunyi kuat kepala saya dihempuk. Seorang pelajar senior turut terserempak pandang dengan saya, dan melemparkan senyuman? Tidakkah dia melihat seorang bujang kampong telah tersesat di sini?

    Mata saya kembali galak memerhatikan lelaki ini. Dia pula masih selamba menyang giginya yang putih tersusun. Kami bertatapan melalui imej di cermin. Walau dipalit lumpur di pipi dan dahi, saya mengakui yang lelaki ini agak tampan. Ah!

    “Kau siapa?” kasar saya bertanya. Saya renung tajam wajahnya di cermin. Geram!

    “Israk,” mudah sekali jawabnya. Nama sepatah itu sekaligus membuatkan kening saya terangkat tinggi. Bukankah itu watak dalam cerpen Israk yang saya telitikan itu? Inikah yang dinamakan kebetulan?

    Jeda mengisi ruang kami. Saya amati wajahnya. Masih senyum. Manis!

    “mengapa kau datang comot-comot begini, Israk?” saya cuba bermanis bicara. Entah mengapa, pertanyaan itu yang meluncur di bibir saya. Sedangkan, banyak lagi persoalan yang bermain di benak fikiran saya. Persoalan yang seharusnya pertama-tama saya ajukan apabila bertamu dengan orang yang tidak sepatutnya berada di tempat yang sepatutnya. Dan lagi, bagaimana dia boleh basah dengan lumpur begini sekali? Setahu saya, bukannya ada kawasan paya atau parit yang menjadi tempat anak bujang berkubang!

    “Ah, sengaja. Mahu menunjuk-nunjuk pada kau betapa seronoknya hidup di bumi bertuah ini,” Israk tersengih, yang saya rasa sedikit memerli. Kayu di tangannya dipusing-pusing gaya samurai sedang berlawan. Saya mual dengan sombongnya.

    “kau jangan terlalu ego, Meli,” Israk mendengus perlahan, namun cukup terangkap di pendengaran saya.

    Posted on December 30, 2011 at 3:34 AM

  39. syeera Said,

    “ego seseorang itu peribadi,” cepat saya membidas. Saya turut mendengus, merengus.

    Saya belum tahu betapa bertuahnya saya dilahirkan dengan darah Melayu? Dan dia tahu juga tahu saya sama sepertinya? Heh. Telahan apakah ini? Israk cakpnya masih mendatar. Saya cekap menangkap siul kecilnya sambil matanya liar memerhati sekeliling.

    “jangan melawan rasa dan mendidik hati untuk terus membenci. Cuba lihat apa yang ada di hadapanmu itu juga dengan tamah warga rumah sakit waktu kau dibedah dahulu. Egomu. Egoku. Dan Wah.” Ringkas Israk bertutur.

    Saya terangkat kening. Wah? Sama lagi!

    Setafsiran saya usai membaca cerpen Israk, dia ialah lelaki yang terlalu ego. Walau kadang terusik hatinya untuk menggauli budaya hidup Wah, tapi egonya menolak keras. Dan Israk akhirnya berubah hati setelah diselamatkan Wah. Ditambat lagi dengan manis bicaranya. kesabarannya. Dan penyayangnya orang tua itu. Siapa yang tidak terbuai?

    “Kan? Melayu itu sendiri indah. Lembut. Sopan. Manis. Seperti wad spinal kau itu,” tepat sekali Israk menebak layangan fikiran saya apabila terkenangkan tempat yang saya rasa seluruh kasih sayang orang sekeliling tertumpah hanya kepada diri ini. Disayangi. saya tidak pernah tidak tersnyum melihat doktor wanita Melayu berbaju kurung di sebalik kot putihnya, atau sesetengah doktor lelaki yang kadang berbaju Melayu kala Jumaat hari. Manis. Segak! Namun waktu itu, saya hanya suka melihat, masih berkata tidak untuk memakinya sendiri.

    Dan ya, saya tidak pernah dimarahi doktor atau misi walau saya seperti sudah hilang semangat dan malas mahu berfisioterapi itu dan ini. Dipujuk dan diberi motivasi agar bangkit untuk segera pulih. Kerana mereka Melayu yang bersantun. Rela termakan hati dari memakan hati. Ah, rasa apakah ini?

    Sedang saya beremosi dalaman sendiri, mata saya tertancap pada novel Sasterawan Negara tadi. ya, inilah dia. Rasa tenang. Kerana indahnya bahasa. Saya tersenyum. Meret hingga ke telinga lantas memandang ke cermin semula. Benar, saya harus merendahkan ego. Saya harus mendidik hati untuk mencitai warisan bangsa ini. Bibir saya perlahan menungungkap kata terima kasih kepadanya, namun tidak tersuara.

    Dari pantulan imej, saya lihat Israk perlahan-lahan mengudur langkah. Senyum, dia tersenyum sambil jari kanan diletakkan separa dahi tanda hormat kepada saya. Langkahnya menuju ke pintu keluar dengan tiada sesiapun yang mempedulikan kehadiran dan kepulangannya, kecuali saya. Biarlah. Saya tersangat ingin memanggilnya, entah kenapa tidak terkeluar suara. Saya hanya mampu menghantarnya dengan pandangan, dari biasan cermin di hadapan. Juga dengan senyuman. Ya, dan azam.

    Saya menarik nafas dalam-dalam, menyerap masuk seberapa banyak oksigen yang mampu mengisi kekosongan sel darah merah. Saya menunduk. Melihat kembali buku tulisan sasterawan Negara yang saya capai tadi. satu perasaan mula bercambah dalam hati saya ini. Semangat, ya, semangat. Saya bangkit. Mengemas barang dan segera melangkah ke rak peminjaman buku.

    Selesai, saya cepat –cepat keluar. Dengan semangat. Dengan azam. Azam untuk menjejak jejak Israk. Berazam untuk belajar menyanyagi bangsa. Ya, cinta!

    Posted on December 30, 2011 at 3:35 AM

  40. syeera Said,

    salam sifu. bagaimana ya? takut semakin teruk pula jadinya setelah buat pembetulan ni.

    sifu, agak-agak, sempat ke tidak saya nak habiskan cerpen terakhir ni sebelum isnin? kalau boleh saya mahu selesai segera. dah naik sekolah nanti payah :)

    terima kasih sifuuuu :D

    Posted on December 30, 2011 at 3:37 AM

  41. Azmah Nordin Said,

    syeera :)

    sebuah pembaikan yg sgt2 menarik, dan sebenarnya sudahpun sempurna apabila anda masukkan balik beberapa ayat dan dialog yg anda ter missed kat atas tu (atau mungkin saya yg ter missed waktu membaca pemabaikannya?). ini perlu ada;

    “Kau siapa?” kasar saya bertanya. Saya renung tajam wajahnya di cermin. Geram!

    “Israk,” mudah sekali jawabnya.

    Nama sepatah itu sekaligus membuatkan kening saya terangkat tinggi. Bukankah itu watak dalam cerpen Israk yang saya telitikan itu? Inikah yang dinamakan kebetulan?

    dan yg kat bwh ni;

    “Ah, sengaja. Mahu menunjuk-nunjuk pada kau betapa seronoknya hidup di bumi bertuah ini,” Israk tersengih, yang saya rasa sedikit memerli. Kayu di tangannya dipusing-pusing gaya samurai sedang berlawan. Saya mual dengan sombongnya.

    “kau jangan terlalu ego, Meli."

    syeera, utk mengangkat karya ini ke tahap yg lebih tinggi, ada satu paragraf lagi yg perlu anda tambah, pendek2 je pun ok. ini ttg masalah sastera yg tidak begitu diminati oleh para remaja. knp tak dibandingkan isu kbykan remaja tu ibaratkan isu biasa yg dihadapi oleh kbykn remaja. mcm masalah tulang belakang yg membengkok tu.

    jadi, tugas (atau cita2/azam) `saya' adalah melakukan sesuatu dgnnya. mislanya, memasang skru kpd pemikiran remaja2 tu, untuk menegakkannya. beri beberapa contoh bagaimana cara saya utk melakukannya. terapkan semangat juang dlm jiwa saya, supaya pembaca yg membaca karya anda kelak akan terjangkit dgnnya k

    soalan anda kat atas tu, apakah sempat anda menyiapkan cerpen yg hebat ini? ya, sudah tentu. sudah siap pun, cuma anda perlu buat ending yg hebat saja lagi, lps tu dah boleh hantar kpd pihak penerbit. jgn lupa cari judul yg menarik.

    gigih terus k

    Posted on December 30, 2011 at 2:27 PM

  42. syeera Said,

    Saya memegang kemas tombol pintu kayu bercat biru itu dan menguaknya perlahan. Semerta deru dingin angin di dari dalam mencecah ke muka dan tapak tangan. Saya melangkah ke dalam dan mengambil sila di penjuru kegemaran saya sambil melepaskan lelah. Mata saya pejamkan. Ya, nikmat. Lebih nikmat bersejukan di dalam ini berbanding berjalan di bawah terik mentari yang sungguh membuat saya lencun. Seketika saya nyilu. Besi dan skru yang menjadi tunjang postur tubuh ini pasti meragam. Terkejut dengan perubahan suhu barangkali. Besi, bukan? Tangan kanan saya panjangkan ke belakang badan dan mengusap-ngusap kulit. Saya takut sendiri tersentuh bonjolan skru yang tenggelam-timbul. Seketika saya terkenang pedih kulit yang terasa disiat apabila mengengsot dan bergerak sehabsi operasi bedah dahulu. Pedih. Saya memejam mata dan mengetap bibir kuat-kuat. Sungguh saya benci rasa nyilu dan bias itu bertandang lagi. Pergi! Pergi!

    Sekejap saya tebarkan pandangan ke seluruh pojok kamar ini. Tidak ramai. Walaupun sekarang ini waktu lapang senggang menengah atas. Saya melepaskan nafas perlahan di bawah sedar. Mungkinkah kerana kedudukannya yang terlalu melelahkan di tingkat empat sampai semuanya berfikir dua kali bagi mendaki anak tangga yang sedikit curam ke sini?

    Kalau diikutkan hati pun, saya juga akan menyertai kumpulan rakan-rakan yang enak bergelak ketawa sambil mengisi perut di kantin. Sungguh mengecurkan apabila berjalan melewati bungkusan nasi lemak seringgit yang molek dibalut daun pisang. Juga harum kari yang semerbak dari dalam kuali panas sebelum dicurah ke atas bancuhan tepung kuning yang sudah garing nipis berjala-jala. Dalam diam saya cukup tertarik dengan hidangan makanan di sini yang pelbagai. Berbeza sekali dengan kafe di sekolah tinggi lama saya yang rata-rata hanya menyediakan pilihan hamburger pelbagai isi dan perisa. Tidak lebih dari itu.

    Saya lebih dari mampu. Sungguh! Cuma kehendak badan yang mahukan dingin seperti di sekolah lama menuntut saya untuk sekadar membelanjakan syiling 80 sen untuk sebatang roti coklat. Ah!

    Saya bangkit dan mengatur langkah meuju ke rak buku. Skru serasa saya ada dua tuga yang berdetap perlahan. Beberapa buku rujuakn fizik dan biologi saya capai. Hapak buku di rak bersebelahan cukup dekat untuk membikin saya bersin-bersin. Saya mendengus geram di dalam hati. Berbakul-bakul sumpahan saya; hanya pada buku. Pasti selepas ini selesemanya berlarutan. Disebabkan buku-buku itulah! Sudah!

    Posted on January 1, 2012 at 12:25 PM

  43. syeera Said,

    Saya menjeling tajam sekilas ke bahagian atas rak buku sebelah. Mencari kategori. Sastera? Ah, patutlah. Memang jelas bukunya yang agak bertompok kuning di helaian muka suratnya. Sudah terlalu lama mungkin? Atau sahaja, sudah memang tidak diminati generasi muda masa kini. Heh.

    Entah mengapa, saya mengundur beberapa langkah ke belakang, sambil menarik kain tudung menutup hidung. Buku rujukan tadi saya letak dahulu. Anak mata saya laju meneliti tajuk di tulang-tulang buku. Hampir semuanya tidak pernah saya dengar. Namun penulisnya adalah dua tiga yang saya cam, kerana namanya saya sering dengar melalui televisyen. Akhirnya, saya mencapai sebuah buku yang tidak terlalu nipis, dan tidak pula terlalu tebal. Cerita berkenaan seorang penglipurlara kalau tidak salah. Penulisnya saya cuma kenal pada nama, namun saya tertarik pada jolokan Siri Novel Malaysia Abad ke 20 pada keras muka depannya.

    Tiga buku sederhana tebal itu saya kelek kemas. Saya menuju ke ruangan sebelah. Sengaja saya ambil meja bulat yang kecil. Biar tidak akan berkongsi dengan pelajar lain. Saya mahu sendiri. Sekilas saya menatap cermin besar yang melekat di seluruh dinding yang bertentangan. Sempat saya menjuihkan bibir bawah dan meniup angin ke atas. Ah, hujung tudung atas sudah tidak betul. Cis, perempuan yang cerewet! Saya mengutuk sendiri dalam hati. Sekolah perempuan bukan, tiada siapa yang akan memerhatikan anda dan berjustifikasi. Percayalah!

    Lega benar rasanya dapat menyandarkan belakang badan di kerusi empuk itu. Serasa longgar sendi-sendi anggota badan dapat merehatkan diri dalam keadaan selesa. Sesekali berlelahan begini, telinga saya cekap menangkap bunyi ruas tulang yang bercantum dengan besi dan skru dari belakang badan.

    Ah, sudah tiga bulan saya duduk berdiri bersama skru tiga belas ini. Usai temulang saya dipulas ddan dikikis, pelvis dan bahu saya sudah kembali sama tinggi. Rasa lenguh teramat yang selalu menggeramkan saya juga sudah sangat berkurang.

    Ya, saya penghidap thoraculambar scolisis. Sejenis penyakit yang selalunya dihadapi oleh remaja perempuan , seusia saya. Waktu tingakatan dua, saya sahih menghidap penyakit ini. Entah, saya sendiri tidak terkesan langsung dengan pengesahan itu. Walhal saya semakin cenderung untuk berkhemah dan ikut petualang mendaki gunung. Ya, saya tidak suka dibeza-beza. Dan saya tidak suka dilihat sakit!

    Tulang belakang yang semakin bengkok sudah ditegakkan dengan sokongan besi dan skru sebagai penguat. Oh, betapa saya merindui katil 13 saya, unit spinal. Wad ortopedik.

    Posted on January 1, 2012 at 12:26 PM

  44. syeera Said,

    Juga tidak akan saya lupakan manis budi warga wad ungu itu. Bersama doktor yang sentiasaa bertanya kebas kaki, atau misi yang sentiasa merekah dengan senyuman tiap kali datang mengambil tekanan darah, atau mencucuk antibiotik atau juga saat saya menekan bantuan kecemasan bila badan menggelongsor dan tidak kuat mengangkat tubuh sendiri. Tidak pernah saya tidak senang dengan mereka. Sungguh!

    Dan sepanjang seminggu saya menjadi penghuni wad itu, ramai saudara mara yang datang berziarah. Yang datang jauh-jauh juga ramai! Saya senang dengan kehadiran mereka, walaupun terpaksa melawan ngantuk selepas menelan dua biji panadol tiap kali usai makan. Terasa sungguh saya disayangi kaum keluarga. Sungguh saya cuba menjadi tabah walau mulanya wajah saya pucat lesi kekurangan darah. Dan sungguh, saya begitu belas dengan ibu yang terpaksa tidur di kerusi malas setiap malam, juga ayah yang berulang alik dari rumah kediaman sementara yang disewa. Betapa mereka sanggup berkorban. Ah!

    Kembalian saya ke bumi tanah antara dua lautan ini sudah menjangkau usia enam bulan. Dan saya masih cuba untuk mengadaptasi diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Cuaca. Budaya. Makanan. Pakaian. Dan ah, yang paling membebankan, bahasa!

    Entahlah. Saya sendiri tidak tahu mengapa. Susah benar hati saya mahu tertambat dengan budaya di sini. Dahulu waktu di menengah satu, dua dan tiga, bahasa inggerisnya tidaklah sukar. Ya, kerana sudah menjadi bahasa rasmi saya. Siapa sahajalah yang mahu berbahasa nusantara ini dengan saya waktu di kelas atau di kantin sekolah? Kalau didengar saya berbahasa melayu ini, bias ditertawakan habis-habisan. Di rumah pula, saya lebih gemar menjawab dengan bahasa inggeris walau disoal ibu dengan bahasa melayu. Lidah saya ini, ah. Kelu!

    Di sini lagi. Belajar bahasa sahaja sudah tiga cabang utama. Yang pertama, kertas satu itu, kemudian kertas dua dan yang akhir sekali, komponen sastera untuk pelajar, KOMSAS. Hah. Inilah yang membingungkan saya. Perlu mempelajari cerita yang kadangkala tidak tertimba dek fikiran akal. Apa katanya? Hiperbola, bukan?

    Kelmarin, baru sahaja kami disuruh meladeni cerpen Israk. Salah satu cerpen dalam buku teks KOMSAS itu. Entah mengapa, saya dapat melihat Israk jauh dalam diri saya sendiri. Dia dibesarkan dari luar Negara, saya juga sama. Dia tidak sukakan cuaca di Malaysia yang sama, saya sendiri berasa demikian. Panas! Israk tidak suka berpakaian tradisional orang Melayu. Juga sama! Saya kurang gemar sebenarnya dengan pakaian kurung ini ke sekolah. Di sekolah tinggi dahulu. Bebas! Janji bersopan sahajalah

    Posted on January 1, 2012 at 12:27 PM

  45. syeera Said,

    Dentingan jam di dinding kuning barat perpustakaan menghentikan lamunan saya. Ah, sudah tepat 10.30 pagi. Tinggal bersisa 15 minit waktu rehat kami. Jauh benar saya mengelamun. Teringatkan sekolah tinggi yang menyeronokkan. Dan membanding tara kehidupan kami di sini, serasa bagai langit dengan bumi!

    Saya meleret malas buku sastera itu. Dua tiga muka saya selak perlahan-lahan. Anak mata saya lambat-lambat meneliti satu persatu perkataan yang tertulis.memerhati gaya dan cara penulisannya. Frasanya. Istilahnya. Perlambangannya. Kiasannya. Bukan, ini bukan malas. Tetapi, entah. Semacam ada satu perasaan yang menyelinap jauh ke lubuk hati saya. Indah? Saya menggeleng laju, menidakkan kenyataan yang semacam bertapak di sudut hati.

    Buk !

    Aduh, sakit sekali! Kepala saya berdenyut-denyut. Sungguh bahagian belakang kepala ini terasa seperti di pukul benda keras. Buku tebal barangkali? Atau mungkin, sebatang kayu? Kayu? Dalam perpustakaan begini?

    Saya sudah menyeringai kesakitan. Bibir saya ketap kuat-kuat sambil tangan menggosok-gosok bahagian belakang kepala. Untung tidak berdarah. Siapa pula yang mahu mencari fasal di sini? Saya mengangkat muka. Mengapa sepertinya sekeliling perpustakaan ini silau bukan kepalang? Mentari dhuha seakan menerobos telus dari celahan tingkap.terus ke meja saya. Indah, ya Tuhan!

    Dari cermin besar di hadapan ini, jelas sekali imej seorang lelaki, dalam usia saya sedang berdiri di belakang kerusi sambil tersengih berpeluk tubuh. Wajahnya cerah. Rambutnya tinggal sedikit tercacak dengan terpalit kotoran di sana sini.

    Cis! Bagaimana budak kampung ini boleh terlepas ke sini? Sudahlah dengan baju yang comot dengan lumpur, berselipar jepun pula itu! Lagipula, inikan sekolah perempuan, bagaimana pelajar lelaki boleh berada di sini? Di perpustakaan? Tingkat empat? Dengan kayu lagi? Saya menoleh ke kiri dan ke kanan.
    Aneh.

    Seorang pustakawan sedang menyusun majalah di rak buku, betul-betul sebaris dengan saya di hujung sana. Masakan tidak mendengar bunyi kuat kepala saya dihempuk. Seorang pelajar senior turut terserempak pandang dengan saya, dan melemparkan senyuman? Tidakkah dia melihat seorang bujang kampong telah tersesat di sini?

    Mata saya kembali galak memerhatikan lelaki ini. Dia pula masih selamba menyang giginya yang putih tersusun. Kami bertatapan melalui imej di cermin. Walau dipalit lumpur di pipi dan dahi, saya mengakui yang lelaki ini agak tampan. Ah!

    Posted on January 1, 2012 at 12:27 PM

  46. syeera Said,

    “Kau siapa?” kasar saya bertanya. Saya renung tajam wajahnya di cermin. Geram!

    “Israk,” mudah sekali jawabnya. Nama sepatah itu sekaligus membuatkan kening saya terangkat tinggi. Bukankah itu watak dalam cerpen Israk yang saya telitikan itu? Inikah yang dinamakan kebetulan?

    Jeda mengisi ruang kami. Saya amati wajahnya. Masih senyum. Manis!

    “mengapa kau datang comot-comot begini, Israk?” saya cuba bermanis bicara. Entah mengapa, pertanyaan itu yang meluncur di bibir saya. Sedangkan, banyak lagi persoalan yang bermain di benak fikiran saya. Persoalan yang seharusnya pertama-tama saya ajukan apabila bertamu dengan orang yang tidak sepatutnya berada di tempat yang sepatutnya. Dan lagi, bagaimana dia boleh basah dengan lumpur begini sekali? Setahu saya, bukannya ada kawasan paya atau parit yang menjadi tempat anak bujang berkubang!

    “Ah, sengaja. Mahu menunjuk-nunjuk pada kau betapa seronoknya hidup di bumi bertuah ini,” Israk tersengih, yang saya rasa sedikit memerli. Kayu di tangannya dipusing-pusing gaya samurai sedang berlawan. Saya mual dengan sombongnya.

    “kau jangan terlalu ego, Meli,” Israk mendengus perlahan, namun cukup terangkap di pendengaran saya.
    “ego seseorang itu peribadi,” cepat saya membidas. Saya turut mendengus, merengus.

    Saya belum tahu betapa bertuahnya saya dilahirkan dengan darah Melayu? Dan dia tahu juga tahu saya sama sepertinya? Heh. Telahan apakah ini? Israk cakpnya masih mendatar. Saya cekap menangkap siul kecilnya sambil matanya liar memerhati sekeliling.

    “jangan melawan rasa dan mendidik hati untuk terus membenci. Cuba lihat apa yang ada di hadapanmu itu juga dengan tamah warga rumah sakit waktu kau dibedah dahulu. Egomu. Egoku. Dan Wah.” Ringkas Israk bertutur.

    Saya terangkat kening. Wah? Sama lagi!

    Setafsiran saya usai membaca cerpen Israk, dia ialah lelaki yang terlalu ego. Walau kadang terusik hatinya untuk menggauli budaya hidup Wah, tapi egonya menolak keras. Dan Israk akhirnya berubah hati setelah diselamatkan Wah. Ditambat lagi dengan manis bicaranya. kesabarannya. Dan penyayangnya orang tua itu. Siapa yang tidak terbuai?

    “Kan? Melayu itu sendiri indah. Lembut. Sopan. Manis. Seperti wad spinal kau itu,” tepat sekali Israk menebak layangan fikiran saya apabila terkenangkan tempat yang saya rasa seluruh kasih sayang orang sekeliling tertumpah hanya kepada diri ini. Disayangi. saya tidak pernah tidak tersnyum melihat doktor wanita Melayu berbaju kurung di sebalik kot putihnya, atau sesetengah doktor lelaki yang kadang berbaju Melayu kala Jumaat hari. Manis. Segak! Namun waktu itu, saya hanya suka melihat, masih berkata tidak untuk memakinya sendiri.

    Dan ya, saya tidak pernah dimarahi doktor atau misi walau saya seperti sudah hilang semangat dan malas mahu berfisioterapi itu dan ini. Dipujuk dan diberi motivasi agar bangkit untuk segera pulih. Kerana mereka Melayu yang bersantun. Rela termakan hati dari memakan hati. Ah, rasa apakah ini?

    Posted on January 1, 2012 at 12:28 PM

  47. syeera Said,

    Sedang saya beremosi dalaman sendiri, mata saya tertancap pada novel Sasterawan Negara tadi. ya, inilah dia. Rasa tenang. Kerana indahnya bahasa. Saya tersenyum. Meret hingga ke telinga lantas memandang ke cermin semula. Benar, saya harus merendahkan ego. Saya harus mendidik hati untuk mencitai warisan bangsa ini. Bibir saya perlahan menungungkap kata terima kasih kepadanya, namun tidak tersuara.

    Dari pantulan imej, saya lihat Israk perlahan-lahan mengudur langkah. Senyum, dia tersenyum sambil jari kanan diletakkan separa dahi tanda hormat kepada saya. Langkahnya menuju ke pintu keluar dengan tiada sesiapun yang mempedulikan kehadiran dan kepulangannya, kecuali saya. Biarlah. Saya tersangat ingin memanggilnya, entah kenapa tidak terkeluar suara. Saya hanya mampu menghantarnya dengan pandangan, dari biasan cermin di hadapan. Juga dengan senyuman. Ya, dan azam.

    Saya menarik nafas dalam-dalam, menyerap masuk seberapa banyak oksigen yang mampu mengisi kekosongan sel darah merah. Saya menunduk. Melihat kembali buku tulisan sasterawan Negara yang saya capai tadi. satu perasaan mula bercambah dalam hati saya ini. Semangat, ya, semangat. Saya bangkit. Mengemas barang dan segera melangkah ke rak peminjaman buku.

    Selesai, saya cepat –cepat keluar. Dengan semangat. Dengan azam. Azam untuk menjejak jejak Israk. Berazam untuk belajar menyanyagi bangsa. Ya, cinta!

    Saya sedar kini. Masalah remaja Melayu tidak kurang samanya dengan penyakit saya. Virus yang menular luas, namun ramai yang kurang prihatin dengan simptomnya. Cuma ya, bezanya virus saya ini kebanyakannya hanya menyerang pelajar wanita. Lihatkan? Virus remaja Melayu lebih teruk dan dahsyat! Menyerang remaja lelaki dan wanita! Semuanya!

    Dan saya mahu adaptasi formula yang sama. Untuk merawat virus ini. Ah, kalau boleh biarlah terbunuh terus! Akan saya pasakkan besi dalam-dalam pemikiran mereka tentang pentingnya penghayatan sastera dalam mewarisi khazanah bangsa. Biar kukuh dan tegak semula jati diri mereka, seperti tegapnya postur saya kini. Biarlah kami menjadi armada yang gagah!

    Skru, ya, skru dan nat akan saya sisipkan di celah-celah pasak besi itu, biar menjadi semacam sendi yang memperkuat itulah. Agar mereka lebih tahu diri, yang hidup ini tidak akan lengkap tanpa tanggungjawab menjaga warisan sastera yang kian ketandusan armada remaja. Akan saya buktikan kepada dunia, bahawa sastera Melayu akan dijadikan antara sumber sastera bertauliah di seluruh pojok alam. Tunggulah! Lihatlah!

    Posted on January 1, 2012 at 12:29 PM

  48. syeera Said,

    salam sifu, saya sudah membuat sedikit penambahan di hujungnya, seperti yang sifu cakapkan. bagaimana, ok tak?

    sifu, jumlah perkataannya lebih kurang 2235 patah gitu. emmm, tajunya, kalau "DAN KATA ISRAK" boleh tak? saya memang tak kreatif bab-bab nak beri idea ni. heheeee.

    Posted on January 1, 2012 at 12:34 PM

  49. syeera Said,

    p/s : sifu, kalau sifu buka isnin malam selasa, kita jumpa dua minggu lagi ya :)

    Posted on January 1, 2012 at 12:37 PM

  50. Azmah Nordin Said,

    syeera :)

    saya dah baca pembaikan yang anda buat kat atas tu, komen saya; sgt sgt sgt sgt sgt bulat, padat, kuat dan hebat! tahniah!

    cuma ada beberapa kesilapan ttg pembahagian paragraf kat atas tu, yg perlu dibuat di komputer anda saja. contohnya;

    1. “Israk,” mudah sekali jawabnya. (sepatutnya ada pemisah paragraf di sini, sbb fikiran dlm paragraf selepas ni, bukan fikiran israk. ia harus bersifat individu, jika israk (atau sesiapa yg lain) yg bercakap ia tak boleh dicmpur dgn pemikiran atau monolog watak utama)Nama sepatah itu sekaligus membuatkan kening saya terangkat tinggi. Bukankah itu watak dalam cerpen Israk yang saya telitikan itu? Inikah yang dinamakan kebetulan?

    ia seharusnya begini;

    “Israk,” mudah sekali jawabnya.

    Nama sepatah itu sekaligus membuatkan kening saya terangkat tinggi. Bukankah itu watak dalam cerpen Israk yang saya telitikan itu? Inikah yang dinamakan kebetulan?

    2. “kau jangan terlalu ego, Meli,” Israk mendengus perlahan, namun cukup terangkap di pendengaran saya.

    “ego seseorang itu peribadi,” cepat saya membidas. Saya turut mendengus, merengus.

    (seharusnya, selepas tanda baca pembuka dialog (") mesti guna huruf besar))

    mcm ni;

    “Kau jangan terlalu ego, Meli,” Israk mendengus perlahan, namun cukup terangkap di pendengaran saya.

    “Ego seseorang itu peribadi,” cepat saya membidas. Saya turut mendengus, merengus.

    syeera :) judul tu mcm tak berapa ada umphlah kan? bagaimana jika guna judul; Pasak Azam?

    saya sebenarnya boleh cadangkan karya ni dihantarkan ke dewan siswa - jika bahagian percetakan dbp dah ok, walau bagaimanapun, cuba tnykan ummu aini awak bagaimana cara yg terbaiknya.

    suatu hari nanti, apabila anda dah sedia mengatur masa (paling tidak, dua minggu sekali - pada hari sabtu atau ahad) utk berkarya, kita boleh bincang bagaimana anda boleh mulakan novel remaja anda pula. anda ada satu novel percuma di sini. jika nak buat cerpen lagi boleh saja, tp terpaksa ikut kelas tertutup saja.

    sekarang, lps kirim kpd penerbit, fokuslah sepenuhnya pada pembelajaran hakiki awak pula.

    gigih terus k

    Posted on January 1, 2012 at 7:16 PM

  51. syeera Said,

    terima kasih sifu :)

    tak sangka pembikinan cerpen kali ni tak perlu banyak edit sangat. alhamdulillah.

    insyaAllah, nanti kalau saya ada kelapangan n dah pandai uruskan masa dengan lebih bijak, saya akan datang ke sini lagi, untuk novel remaja pertama saya. teringin sangat sebenarnya. lepas spm mungkin?

    terima kasih sifu untuk perkongsian ilmunya sepanjang saya menuntut di sini. doakan saya tekun dan konsisten waktu belajar, diberi kefahaman, rajin, sentiasa istiqamah dan dapat straight a's spm nanti. aminnnn :)

    ummu aini, macam mana ya? lebih elok dihantar ke mana?

    salam sayang untuk sifu dan ummu aini :)

    Posted on January 2, 2012 at 12:27 AM

  52. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    tahniah syeera,
    syukur anda telah selesai menyempurnakan cerpen ini dgn begitu baik sekali. teruskan gigih n tingkatkan kerajinan membaca fakta-fakta pengetahuan am,supaya byk membantu mengangkat mutu karya anda di masa akn datang.

    ya, betul kata sifu, melihat tema yg anda ketengahkan pd kali ini, saya juga fikir ia sesuai dihantar ke majalah Dewan Siswa.

    syeera,
    sekarang anda ambil alamat email editor Dewan Siswa;
    Abdul Ghani Abu
    ghanig@dbp.gov.my

    juga cc kpd;
    Rozninah Abd Azib
    rozninah@dbp.gov.my

    perkara yg mesti anda sebut dlm email anda;
    1. cerpen ini telah di bengkelkan dgn sifu Azmah Nordin di blog azmahnordin. blogspot.com
    dan sifu mencadangkan cerpen ini dihantar ke penerbitan majalah DBP.
    2. sinopsis ringkas ttg isi cerpen anda
    3. sebutkan juga pengenalan diri anda sebagai seorang pelajar sekolah menengah yg bakal menduduki SPM, kerana itu besar harapan anda cerpen ini sesuai utk diterbitkan dalam Dewan Siswa.

    syeera,
    setelah anda mnghantarnya ke alamat email editor DS, tumpukan kpd tugas realiti anda sebaik mungkin ...selepas sebulan, cuba hantar email susulan bertanya kedudukan cerpen tersebut.

    **saya pernah difahamkan, slps tiga bulan tidak mndpt jawapan kpd cerpen yg kita hantar, beerti cerpen itu tidak akn tersiar. jd lps itu kita boleh menghantar email utk mengambilnya semula.
    Dari itu, sekarang anda buat dulu seperti yg saya sarankan di atas. selepas tempoh tersebut, kita fikirkan semula langkah yg wajar,k. semoga anda sentiasa tabah n gigih dlm menghasilkan karya bermutu di masa akan datang.

    wassalam
    ummu anas.

    Posted on January 2, 2012 at 10:33 AM

  53. syahirah hamdan Said,

    Salam sifu dan ummu anas (:

    Ini draf watak untuk novel pertama saya. Saya belum ada thread sendiri di kayangan, kan? Post di sini dulu, ya? Takut lambat sangat, sebab ingat nak holiday dengan keluarga. Hehehee

    Baik. Sifu, hari tu, sifu cadangkan dalam ketiga-tiga watak tu, lebih baik kalau ada seorang perempuan, kan?

    1. Syukri : Abang sulung. Berumur 21 tahun. Seorang yang petah bercakap. Pandai berpidato. Pemikir. Seringkali menjadi pendamai andai berlaku pertelingkahan antara tiga beradik. Menuntut dalam bidang perubatan di salah sebuah universiti tempatan. diberikan kiub Rubic oleh ayahnya.

    2. Iera : Anak kedua. Berumur 20 tahun. Sukakan binatang. Lemah lembut. Namun kerap berselisih pendapat dengan adik lelakinya. Menuntut dalam bidang veterinary, juga di salah sebuah universiti tempatan. diberikan seekor arnab kesayangan ayahnya.

    3. Zaid : anak bongsu. Berumur 18 tahun. Pendiam, namun hanya banyak bercakap dengan ahli keluarga terdekat sahaja. Zaid banyak buah fikiran, namun, oleh kerana dia pendiam, dia lebih gemar meluahkan ideanya melalui penulisan. Zaid sedang berada di kolej Matrikulasi Johor. Diberikan sebatang pen kesayangan ayahnya.

    4. Encik Bandi : bapa kepada Zaid, Iera dan Syukri. Membesarkan anak-anaknya sendirian setelah kematian isterinya sewaktu melahirkan Zaid. Hidupnya sederhana. Seorang bapa yang tegas, namun penyayang. Meninggal dunia tidak lama selepas anak bongsunya, Zaid tamat Sijil Pelajaran Malaysia.

    5. Cik Nadia : Peguam keluarga yang dilantik Encik Jamil. Merupakan seorang yang berpandangan jauh, amanah dan berjiwa muslimah. Cik Nadia banyak membantu anak-anak Encik Jamil dalam menyelesaikan amanah arwah ayah mereka. Dikehendaki menjadi pemegang amanah keseluruhan asset Encik Jamil sebelum diserahkan kepada anak-anaknya.

    Sifu pun ada menyuruh saya meletakkan satu permasalahan yang perlu mereka rungkain, kan?

    Encik Jamil sebenarnya memiliki asset yang banyak, sama ada di dalam dan di luar Negara. namun begitu, kewujudan asset tersebut tidak diketahui oleh ketiga-tiga orang anaknya. Tambahan pula, Encik Jamil membesarkan mereka dalam mateariliti yang sederhana.

    Namun begitu, sebelum meninggal, Encik Jamil sempat mewasiatkan kepada mereka agar bertemu dengan Cik Nadia, peguam keluarga. Cik Nadia akan membantu mereka dalam proses pemindahan hak milik harta-harta tersebut, tetapi bersyarat.

    Mereka perlu menyelesaikan beberapa kod (atau misteri atau permasalahan) dan perlulah berjaya menyelesaikannya dahulu. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, klu yang diberikan adalah berdasarkan sejarah islam, tokoh terdahulu, sains islam dan teknologi. Mahu atau tak, semuanya perlu menguasai ilmu tersebeut dan mengaitkan antara satu sama lain.

    Tujuan sebenar arwah Encik Jamil berbuat demikian adalah kerana, dia mahu anak-anaknya membesar menjadi umat yang gemilang. Cemerlang dalam bidang akademik, dan juga dapat menghayati sejarah, belajar daripada sejarah, tidak memandang remeh pada perkara yang sudah terjadi pada zaman dahulu, agar tidak berulang pada masa kini.

    Encik Jamil juga berpendapat generai muda pada masa kini akan lebih mudah menerima dakwah, jika dikaitkan dengan sains. Sains lebih berkait rapat dengan logik. Dia mahu anaknya menjadi individu yang mampu berfikir terkehadapan, dapat mengaitkan alam semesta dengan kalam Tuhan, iaitu al-Quran.

    Akhirnya, mereka dapat mewarisi asset-aset Encik Jamil dan berjaya melebarkan sayap dakwah kepada generasi muda.

    Bagaimana sifu? Terlalu sukarkah untuk saya ?

    Terima kasih sifu dan ummu anas :DD

    Posted on December 8, 2012 at 9:48 PM

Post a Comment

featured-video