.

Photobucket

.

.

Siti Sara - bimbingan novel

Wednesday, November 02, 2011 Posted by Noraini Eslah (Ummu Anas)
Assalammualaikum Siti Sara,
Saya sudah buka thread novel anda utk mulakan langkah seterusnya; harap anda sediakan senarai watak dan perawakan watak utama dan watak-watak sampingan yg penting termasuk antagonis(penentang watak utama-yg jg kanak-kanak).

Saya doakan anda cekal n tekun dlm menggarap novel pertama anda ini.
-noraini eslah.
You can leave a response, or trackback from your own site.

91 Response to "Siti Sara - bimbingan novel"

  1. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    Siti sara, saya pindahkan sinopsis n komen untuk anda mula mengikuti bimbingan novel di sini,k.
    gigih n tekun terus,ya...
    -aini.

    ***

    Siti Sara Said,

    Salam sifu.
    Tajuk : Duka Si Anak Tiri

    Sinopsis,

    Kematian Aishah benar-benar meruntuhkan jiwa raga Yusoff. Epat anak kecil yang ditinggalkan amat memilukan hatinya. Yusoff mendambakan diri membesarkan anak-anak yang masih kecil. Kesalan dalam hidup tidak pernah padam.

    Sudah lima tahun kematian Aishah, ibu Yusoff amat simpati melihat keadaan Yusoff. Yusoff dipaksa berkahwin dengan seorang perawan. Mungkin jika ada isteri disisi pada anggapan Ibu Yusoff senang sikit untuk Yusoff menjaga anak-anaknya.

    Malang bagi emapat anak ini. Si ibu tiri tidak sudi mereka disisi. Saban hari anak-anak ini diperlakukan berbagai cara. Sudah ditinggslksn ibu mereka,kini ayah mereka dirampas, Mereka tidak di benarkan bersama ayah mereka.

    Berbagai peristiwa tragis berlaku sepanjang hidup tiga beradik ini(seorang telah meninggal semasa usia empat thun).

    Tapi Allah maha kaya pembalasan untuk ibu tiri termaktub sudah. Dosa silamnya telah di ganti dengan kedukaan selepas kematian yusoff. Tiga beradik Yatim piatu sudah bebas dari kemelut duka.

    Posted on November 3, 2011 9:58 AM

     
  2. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    Assalammualaikum Siti Sara,
    Saya sudah baca sinopsis anda di atas,saya cuba komen sedikit sebagai memenuhi tugas membaca n menilai sinopsis sebelum sifu mulakan bimbingan beliau.
    Komen saya begini;

    1.memandangkan ini novel pertama anda dgn sifu az, beliau minta anda mulakan dgn mngolah novel kanak-kanak berusia bwh 12 tahun.

    2.setiap karya mestilah bernilai murni dan berunsur positif;tambahan pula sebagai novel kanak-kanak, kita mahu mendidik pembaca pd tahap usia itu menjadi baik buat masa hadapan.

    3.mesti ada kemelut/masalah/keinginan yg sgt2 mnguasai perasaan n fikiran watak utama. berfokus dgn ini,watak utama bangun berusaha membina keupayaan diri sesuai dgn persekitaran n usianya utk melepasi ujian/kemelut yg dihadapinya.

    4. jika anda mngambil isu kematian ibu dlm novel anda ini(anggap berlaku pd kanak2 bwh 12thn, mgkin anda boleh olah penanggungan perit kanak2 itu melalui hari2nya tanpa ibu, hanya ada ayah yg sibuk bekerja n nenek yg uzur terlantar..kmudian hujung cerita kelihatan akn muncul peleraian masalah n harapan dgn ura2 ayah berkahwin dgn ibu tunggal baru kematian anak. peristiwa kematian ibu kandung masa berumur 6thn,jadikan flashback...(ini cadangan sy, anda fikir2 dulu yg mampu anda garap)

    **p/s; suka saya ingatkan semua penerbit mudah menerima karya yg positif n mendidik pembaca melakukan yg terbaik dlm kehidupan. banyak penerbit menolak kisah2 berbentuk rungutan n keluhan yg merintih2. menulis samalah seperti kita mencadangkan kpd khalayak penyelesaian kpd masalah dlm hidup,jg mahukan semua org mnjadi yg terbaik. semua keburukan kita kecilkan n kita besar2kan kebaikan yg mesti ditonjolkan.misalnya masalah sedia ada, ibu tiri jahat...cuba kita jadikan dlm karya ibu tiri yg baik pd tanggapan sianak(ini berlaku dlm keadaan anak sudah kematian ibu,bukan anak mahu beribu tiri semasa ibunya hidup lagi,kan..)fikir sudut lojik utk usia kanak2.

    siti sara, thread novel anda akn saya sediakan lps sifu komen sinopsis ini. Teruskan tekun n gigih; mengolah novel perlukan ketabahan yang berterusan sehingga selesai.

    Posted on November 3, 2011 9:59 AM

     
  3. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    Azmah Nordin Said,

    (aini :) thread novel sitisara dah boleh dibuka skrg, terima kasih)

    sitisara :) saya setuju dgn pendapat kak aini awak ttg betapa cerita ttg ibu tiri sudah terlalu begitu klise dan terlalu ramai org menulis ttgnya.

    namun, ada sesuatu yg boleh anda buat, jika menulis dr sudut pandangan ketiga2 anak tiri tersebut. utk itu, ini yg perlu anda lakukan, di thread novel kelak;

    1. cari kelebihan atau keistimewaan watak utama (misalnya, pandai melukis, menulis, bersukan olah raga dll, utk diangkat ilmu bantu dan semangat juangnya ke dlm karya anda kelak.

    2. pada hakikatnya, mmg ibu tiri akan sentiasa membenci anak tiri kerana sentiasa terbayangkan apa yg suaminya dgn isteri terdahulu itu lakukan sehingga anak2 itu lahir, secara psikologi, ia mmg logik dan amat sakit bagi pihak si ibu tiri juga.

    jadi, sebagai kanak2 watak utama dlm karya anda, anda perlu wujudkan dia sebagai seorang anak yg bijaksana - bukan melawan si ibu tiri, sebaliknya berusaha utk memikat hatinya. dan, di bahagian penamat cerita kelak, seeloknya bukan si ibu tiri dihukum - tp si ibu tiri akan insaf dan menyedari bahawa anak2 itu tidak berdosa, segalanya adalah suratan takdir dan bersedia menerima anak2 tersebut, sebagai bayaran kpd mengahwini suami org; budak2 tu berbuat baik, tentulah akhirnya akan dibalas baik juga oleh si ibu tiri kan?

    3. cari satu lagi watak antagonis (jahat, yg suka mengapi2kan si ibu tiri) dan masukkan dlm jalan cerita anda kelak. seelokkan, biar kanak2 juga, mungkin berakibat drpd kecemburuannya terhadap bakat yg ada pada watak utama dll.(penamat cerita, mereka juga akan berdamai, utk menimbulkan unsur2 murni dlm karya anda)

    itu je sitisara. selepas kak aini buka thread utk awak kelak, sila buat draf utk perwatakan/perawakan watak utama dan sampingan penting anda. watak2 sprti ayah, ibu tiri dan semua org dewasa lain hnylah watak sampingan tak penting dan dianggap sebagai perhiasan saja. tumpukan kpd perjuangan jiwa watak utama utk membangunkan harga diri, ketenteraman dan (ekonomi - jika boleh) keluarganya.

    gigih terus k

    az

    sitisara, diharapkan selepas ini anda terus gigih dan tak hilang dr blog ini dlm jangka yg lama lagi, krn setakat ini, hny anda seorang saja yg kami kembalikan nama di blog ini, selepas dipadam.

    Posted on November 3, 2011 10:01 AM

     
  4. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    Terimakasih banyak untuk sifu dan kak Aini Watak utama ialah tiga beradik iaitu Roslan,Shimah dan Norizan.Watak sampingan Nenek,Yusoff,Aishah dan beberapa ibu saudara.

    Roslan anak kedua yang ditinggalkan ibu selepas melahirkan adik kembarnya. Seorang anak yang pada mulanya terlonta=lonta kehilangan kasih ibu. Dek kehilangan ibu yang mengejut, Roslan sakit, Sehingga seluruh keluarga beranggapan dia tentu akan mengikut jejak ibunya.

    Tetapi dek kerana keadaan selapas ayahnya berkahwin Roslan mula menjadi cint kasih bapa saudara dan ibu saudaranya. Mereka cuba kembalikan kehidupannya. Lantaran menerima layanan yang tidak setimpal dari ibu tiri Roslan cuba berdikari. Dalam usia muda iaitu lapanbelas tahun beliau memulakan langkah hidup sebagai pekerja industri.

    walaupun pelajarannya tidak tinggi kebolehan dalam kemahiran tidak dapat dipertikaikan. Roslan belajar bagaimana untuk menjadi seorang yang boleh dalam bidang pendawaian elektrik, pembinaan rumah dan pemasangan paip air.Sifu,ini sebahagian watak Roslan adakah ianya sesuai? Adakah olahan saya ini betul? Saya harap dapat teguran sebelum saya mulakan.

    Posted on November 3, 2011 10:02 AM

     
  5. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    watak kedua shimah kakak kepada Roslan banyak cuba mendekatkan diri adik-adiknya. Dia cuba memperjuangkan kehidupan mengantikan kehilangan ibu tercinta.

    sikap ibu tirinya menyebabkan Shimah ingin menjadikan kehidupan mereka tiga beradik sesuatu yang boleh menjadi suatu kesedaran padanya. Shimah menjadikan dirinya satu contoh dengan bergelar pelajar cemerlang saban tahun. Dia ingin mebuktikan bahawa kehilangan ibunya bukan punca mereka jatuh tersungkur.

    Shimah seorang gadis ayu dengan kelembutannya dia berjuang membantu kehidupan adik2nya. Bukan dengan wang ringgit tapi bimbingan semangat dalam hidup walaupun usianya hanya lima tahun. Kematangan menerjah kehidupannya dek bergelar anak tanpa ibu dalam usia kanak-kanak.

    Posted on November 3, 2011 10:03 AM

     
  6. Azmah Nordin Said,

    sitisara :)

    saya dah baca draf yg anda buat kat atas tu, mmg menarik. sekarang saya beri panduan seterusnya;

    1. turunkan usia roslan ke 15 tahun. (sesuai dgn kategori sasaran usia yg anda perlu tulis)

    2. turunkan usia shimah ke 14 tahun.

    3. cari sedikit ilmu bantu ttg wiring, dll yg dikuasai oleh roslan, istilah2 dan fikirkan bagaimana cara roslan mengetengahkan bakatnya. cari masalah yg mungkin timbul dlm dunia tersebut, utk dibandingkan dgn masalah peribadinya.

    4. fikirkan ttg mata pelajar utama yg paling dikuasai oleh shima, pilih satu drpdnya, istilah2. dan masalah atau kerumitan dlm memahami dan bagaimana dia menguasainya. nanti perlu dibandingkan ilmu tersebut dgn cara bagaimana dia menangani masalah keluarga, terutama sekali dgn kerenah si ibu tiri.

    5. fikirkan di mana letaknya 3/4 (90 - 99 peratus drpd keseluruhan cerita, utk anda mulakan novel ini kelak

    setelah anda dpti semua maklumat yg diperukan, turunkan ke thread ini, supaya mudah dijadikan sbg bahan rujukan.

    anda buat ni dulu, nanti saya lihat bagaimana. gigih teru sk

    Posted on November 3, 2011 4:59 PM

     
  7. Siti Sara Said,

    Sudah empatbelas tahun berlalu, Roslan menghitung hari kematian ibu yang tak pernah ditatap sebelum ini."Alangkah indahnya andai ibu masih di dunia" keluh Roslan.
    Tekak Roslan terasa begitu dahaga sekali.Pancaran matahari dirasakannya amat terik Bahangnya seakan memangang tubuh. Keputusan PMR nya begitu meruntun jiwanya. Sindiran tajam dari ibu tirinya mencabar jiwa remajanya. Hati Roslan bagai dirobek. Hancur. "Alah menghabiskan duit aja sekolahkan budak ni" . Bukan Roslan tidak mampu menjawab soalan tapi masa untuknya belajar langsung tidak ada. Masanya dihabiskan untuk kerja yang tidak pernah habis .
    Ayah? sebok mencari duit sebagai kontraktor binaan ayah Roslan hanya balik ke rumah beberapa hari sahaja. Masanya banyak dihabiskan di site.Sangkanya anaknya dibelai sepertimana dia ada. Maka Roslan disalahkan atas keputusan Pmr yang tidakmemuaskan.

    Hari ini Roslan bertekad akan mencari pekerjaan.
    Masuk hari ini sudah dua kali dia datang ke bandar ini. Tujuannya mencari pekerjaan yang sesuai. Walaupun usia masih muda Roslan bertekad akan berdikari. Dia tidak mahu melihat ibu tirinya menanggung dosa menghinanya. Dia bersyukur kerana diberi peluang memanggil ibu . Itu sudah cukup bagi dirinya yang dahagakan kasih seorang ibu.

    Sudah puas dia berkeliling bandar namun pekerjaan yang dicari nya belum juga dapat. Timbul rasa putus asa dalam dirinya. Susah juga mencari kerja sekarang. Roslan memutuskan untuk pulang. Esok dia akandatang lagi. Di lipatan hatinya tergambar apa akan berlaku bila pulang nanti. Roslan mengeluh. Berat hatinya untuk melangkah kembali kerumah.

    Posted on November 3, 2011 11:48 PM

     
  8. Siti Sara Said,

    Perlahan Roslan mengayuh basikal kesayanggnya. Rasa letih tidak terkata. Perutnya belum dialas walupun sebutir nasi. Sampai di rumah dia meletakkan basikalnya bersebelahan kereta ayahnya digaraj. Waktu itu tiada sesiapa di rumah. Dengan langkah lesu dia ke dapur . Di meja makan terdapat lauk pauk dan nasi yng barangkali di simpan untuknya. Perlahan dia membuka tudung saji. Terharu Roslan walaupun ibu tirinya tidak senang dengan dirinya sifat kemanusiaan masih ada . Di jamahnya nasi berlaukkan kari kegemarannya. Cumabeberapa suap buat mengalas perut. Seleranya hilang bila mengenangkan masa depannya.

    Selesai makan Roslan mengemas meja dan pinggan. Dia terus ke bilik. Di ambilnya tuala untuk membersihkan diri. Selesai solat Asar dia cepat-cepat ke halaman buah koko yang dijemur perlu dimasukkan dalam guni. Esok biji koko ini akan dijual. Selepas selesai semuanya.Dengan kekuatan yang ada dia menyusun guni koko dengan kemas. Esok dia tahu , dia tidak sempat berbuat begitu sebab sebelah pagi dia akan mengutip koko di kebun. Upahnya makanan yang di makan seharian .

    Pagi lagi Roslan sudah bangun selesai solat subuh dia akan kedapur makan nasi lebihan semalam buat mengalas perut semasa kait buah koko nanti. Dia cepat-cepat keluar dari rumah, Kalau boleh dia tidak mahu dipersoaldengan persoalan yang boleh meruntuhkan jiwa raganya.
    Hatinya tenang dapatmelihat kehijauan alam iiona. Di cantasnya pokok yang cuba tumbuh meliar ,buah koko di kaitnya satu demi satu. Hampirlima guni sudah berisi.

    Roslan duduk sambil membelah buah koko. Satu persatu hingga habis. Segala kenangan bersama ayah berputar . Belum puas rasanya dia berkelah di Batu Feringgi , indahnya melihat layanan yang begitu mesra ibu tirinya. "Lan nak mak cedokkan bihun tu" sapa ibu tirinya dengan lembut. Alangkah baiknya jika keadaan ini berterusan. Tapi igauan itu hanya bebekali dalam setahun.

    Semua tugas di kebun selesai jam sepuluh pagi. Roslan cepat-cepat menyalin pakaian . Dia mesti ke bandar. Cepat-cepat dikayuhnya basikal . Dia melalui sebuah kedai mengopek kelapa, Taukenya bernama Aba. '
    "Hei Lan nak kemana tu?" Jerit Aba. Roslan membrek basikalnya. Tergejut. "Nak cari kerja" beritahu Roslan. "Mau kerja dengan Aba" pelawa Aba dia kasihan melihat anak yang tidak pernah henti rehat ini.

    Posted on November 4, 2011 6:58 AM

     
  9. Siti Sara Said,

    Roslan memerhati sekeliling . Kelihatan sabut bersusun berbaris banyaknya. kelapa berlongok dikelililng kawasan tersebut. Perhatiannya tiba-tiba tertumpu pada pengopek kelapa berdekatan. Terkenang pada datuk dan nenek. Bertahun dia membesar bersama mereka. Tiba-tiba ayahnya datang mengajak tinggal dengannya. Tentu nenek tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya.

    Apa kak Shimah buat sekarang. Apabila melihat keliling kedai Aba Roslan terkenang Nenek dan Datuk. Aba sering ke rumah Datuk untuk membeli kelapa di kebun Datuk. "Lan,Lan..... apa difikir tu?" Soal Aba. Roslan tergejut dari lamunan. Di sorongnya basikal bersebelahan sabut yang tersusun tadi. "Kerja apa Aba?" soal Roslan sambil mengesat manik-manik peluh yang mengalir."Tolong Aba buat kerja sambil belajar, mahu? Aba meletakkan segulung wayar di atas meja, tangan Roslan di pegang. "Aba tengok Lan kerja selalu. Lan mesti jadi orang baik Lan duduk dengan Aba ,tu kedai kosong". Lan boleh tolong Aba wyring ,pasang paip dan kopek kelapa mau". Roslan termenung panjang. "Aba nanti saya balik fikir dulu. Aba menepuk bahu Roslan, dia menangguk-angguk kepalanya berkali-kali.

    "Lan mari minum dulu sekotak air milo diberi kepada Roslan. Wajah Aba di renung riak keikhlasan terpahat diwajah Aba, walaupun dia berbangsa Cina naluri kemanusiaan merentap jiwanya melihat anak ini yang timbul urat tangannya yang terlalu banyak bekerja. Aba tahu andai diasuh budak ini akan menjadi manusia yang berguna. Aba berazam membantu Roslan.

    "Aba saya balik dulu" minta Roslan pada Aba. Roslan menuju kebasikalnya, dia mengayuh basikal dengan cepat menuju kerumahnya . Pada Roslan cuaca yang panas terik itu tidak dirasainya lagi.

    Roslan menyelit perlahan kedalam rumah, tekadnya padu dalam diam dia akan keluar dari rumah yang menyiksa hidupnya. Roslan pergi dalam diam. Dua tiga helai baju dimasukkan dalam plastik. Biar mereka tidak tahu pemergiannya. Jiwa mudanya seolah ingin membalas dendam. Baginya tiada dirumah itu lebih baik, dia tidak perlu menatap wajah mencuka ibu tirinya. Dia tidak akan ditagih wang lagi. Saat bapanya tiada ini dia perlu ambil peluang mengubah nasibnya.

    Posted on November 5, 2011 6:38 AM

     
  10. Siti Sara Said,

    lbu tiri Roslan dibelakang berbual dengan jirannya. Tidak disedarinya kehadiran Roslan. Semua pakaian sudah tersedia untuk dibawa. Perlahan Roslan menyusur keluar. Dia sudah nekad untuk menjauhkan diri dari rumah neraka ini. Dia ingin perubahan dalam hidupnya. Dia ingin buktikan dia akan berjaya lebih dari semua ahli keluarga yang lain . Suatu hari apabila kejayaan mengundang baru dia akan menjengah muka ke rumah ini. Biarlah mereka mencari dia , dia tidak peduli.

    Berbekalkan beberapa helai baju Roslan mengayuh basikal ke kedai Aba. Kedatangan Roslan mengembirakan Aba. Aba sudah fikir panjang Roslan akan di bawa dari kampung itu.

    Malam menjelang tiba kelibat Roslan tidak kelihatan. Sang unggas riuh bebunyi seolah sedar kehilangan Roslan. Kesepian malam ini tergugat dek kehilangan Roslan. Asmah ibu tiri Roslan mula gundah.. Esok Yusoff akan balik . Segala belangnya akan terbongkar. Hatinya gundah, peluh merenik keluar, "Celaka" bisik hatinya, syaitan mula menguasai hati dan fikirannya.

    Anak yang tidak berdosa itu menjadi sarang bencinya. Apalagi bila Midah jirannya sering datang dan memberi api bagi menyalakan api yang sedia ada. Tanpa sedar Asmah telah melakukan kesilapan terbesar dalam hidupnya. Dia telah memutuskan ikatan yang Tuhan anugerahkan padanya. Dia bertuah kerana diberi peluang membesarkan seorang anak yatim. Hari ini Asmah rugi dia akan sesal seumur hidupnya.

    Berita kehilangan Roslan tersebar seluruh kampung. Nenek dan Datuk Roslan gempar tidak diduga cucunya senekad itu. Penyesalan mula bersarang dikelopak hati masing-masing. Shimah kakak Roslan menangis. Hatinya membengkak. Jiwanya hancur luluh. Semua mula akur dengan cerita yang selama ini sering berkumandang di udara kampungnya. Rupanya bukan khabar angin Roslan di perlakukan umpama hamba.

    Roslan dicari merata tempat tapi tidak ada. Semua ahli keluarga berkumpul dirumah Ysoff. "Asmah apa yang berlaku?" soal Datuk lembut. Asmah masih tetap keras hatinya. "Dia bukan anak Mah Pak biarlah" kata-kata Asmah benar-benar mencabar kesabaran Datuk. Tanpa sedar Datuk menampar pipi Asmah. "Rupanya selama ini kau tidak ikhlas menerima dia, kenapa kau tak beritahu?'Kata-kata kesal tehambur dari mulut Datuk. Datuk benar-benar menyesal menyerahkan Roslan untuk bersekolah berdekatan rumah ayahnya. Tapi segalanya sudah terlambat Roslan perlu dicari .Datuk akan ambil kembali cucunya dia akan satukan kembali tiga beradik yang terpisah ini. Itu tekad Datuk. Esok Yusoff balik Datuk akan bincangkan hal ini. Datuk berdoa agar Asmah sedar kesilapannya. Asmah sepatutnya menerima seadanya anak tirinya,sepatutnya dia beritahu dia tidak mahu Roslan.

    Posted on November 5, 2011 2:52 PM

     
  11. Siti Sara Said,

    Jam menunjukkan pukul lima pagi. Deruan kenderaan memasuki rumah nenek. Seawal pagi Yusoff kerumah ayahnya merisik khabar tentan anak kesayangannya. Dia malas bercerita panjang dengan isterinya. Dia tidakmahu kekeruhan yang ada bertambah lagi. Cukup dia sudah kehilangan Norsiah. Padanya biarlah menarik rambut pada tepung berhati-hati rambut tidak putus tepung tidak berselerak. lni ujian Tuhan buatnya kepahitan kehilangan Norsiah masih terpahat dilipatan hatinya.

    Lampu rumah nenek terang benderang, rupanya seorangpun tidak dapat melelapkanmata . Dimana Roslan masing-masing tertanya-tanya. Soalan ini tidak berjawab . Tiada titik noktah untuk soalan ini.

    Yusoff masuk kerumah tanpa dipelawa. Nenek dan Datuk yang termenung di sofa didakapnya rembesan airmata lelakinya menitis tanpa sedar. Dia terharu , sedih dan sesal. Tanpa sepatah kata masing-masing membeku diri.

    Yusoff merenung anaknya Shimah yang leka tidur berdekatan neneknya sesekali kelihatan sedu sedan mengiringi dengkuran nafasnya. Riak rindu pada seorang ibu jelas pada wajah anaknya. Yusoff mengeluh. Rasa serba salah mengisi setiap nalurinya. Yusoff benar-benar tidak berdaya.

    "Mak maafkan Saya, saya terlalu sebok hingga tidak sedar apa yang terjadi" Yusoff memerhati wajah tua ibunya, jelas ada riak duka diwajah ibunya.

    Nenek tua ini masih ingat saat-saat Yusoff datang memujuknya untuk mengambil Roslan. Kemanisan cakap A smah menyebabkan dia rela melepaskan Roslan yng selama ini dibelanya. Dia akur memang sukar membesarkan empat anak kecil sekali gus.

    Roslan seorang anak yang murung selepas kematian ibunya . Sikapnya yang suka bersendirian membimbangkan. Kadangkala nenek terjumpa Roslan tertidur atas guni padi. Dia sering melukis diartas tanah.

    Posted on November 8, 2011 4:48 PM

     
  12. Siti Sara Said,

    Hari ini yUSoff melangsungkan perkahwinan keduanya. Majlis persandingan diadakan secara besaran umpama pengantin yang baru mula berkahwin. Usia Yusoff baru dua puluh enam tahun. Wajah masih kacak umpama teruna yang baru mengenal perempuan. Sedangkan hakikatnya Ysoff adalah duda kematian isteri beranak tiga. Asmah menjeling penuh rasa cinta.

    Tiga beradik menyaksikan persandingan ayah mereka. Jauh disuduthati tiga anak ini mengharap ibu baru mereka bakal penganti ibu mereka yang tiada. Mereka begitu ceria, Roslan yang kurang sihat sejak kematian ibunya kelihatan kurus melidi. Perutnya membuncit tiada siapa berkenan padanya.

    Hari ini hari kedua yusoff berkahwin . Asmah isteri barunya cuba mendekati anak kecil Yusoff.Gembira kanak-kanak ini bila penganti ibu mereka mula bermesra dengan mereka. Di kotak fikiran masing-masing terpahat satu keinginan untuk hidup bersama ayah tercinta. Rona harapan terukir pada wajah ceria mereka. Hari ini mereka dilayan dengan mesra. Makanan terhidang Roslan yang sakit disuap dengan mesra. Datuk dn nenek amat gembita. Jauh dilubuk hati mereka terungkap harapan jodoh Yusoff kali ini biarlah serasi, biarlah terus menjadi ibu terbaik buat anak-anak Yusoff yang dahagakan cukup kedar seteguk kasih seorang ibu.

    Masa bersileh ganti kini usia perkahwinan Yusoff mencecah setahun. Asmah mula mual dan muntah-muntah. Kini Asmah mengandungkan anaknya . Shimah, Roslan dan Norizan amat gembira impian mereka mengunung untuk miliki seorang adik kecil. Masing-masing memasang impian untuk membelai adik mereka.

    Saat kelahiran anak sulong Asmah sudah tiba. Asmah melahirkan seorang bayi lelaki. Sikap ASmah mula berubah ada saja yang tidakkena dihatinya. Pantang tiga beradik ini mendekati anak kecilnya. Akan ditengkingnya takut berjangkit penyakit Roslan pada anaknya.

    Hari ini Yusoff terpaksa tinggal di site beberapa hari. "Shimah, jeritnya , terkejut Shimah yang sedang bermain guli dengan adik-adiknya. Pada Shimah inilah pertama kali ibu tirinya bersuara langtang begitu. Shimah cuba mencari kesalahan yang dilakukannya. Shimah bingung. "Kenapa mak bersikap begini? Berbagai persoalan bermain dikotak fikirannya yang masih lagi kecil.

    Posted on November 9, 2011 7:48 PM

     
  13. Siti Sara Said,

    Sekali lagi nama Shimah di laung dengan lebih kuat. Cepat-cepat Shimah masuk kedalam rumah. "Ada apa mak ? Soal shimah yang pada ketika itu baru berusia sepuluh tahun. "Tolong kemas rumah rumah lepas tu pergi dapur keluarkan ikan kat peti tu!!!!!!kata Asmah dengan kasar. Segala tutur kata tidak selembut dulu lagi. Bahang kebencian mula bersarang disanubarinya. Baginya anak-anak ini mula menganggu kebahagiaannya bersama suami tercinta. Dia tidak boleh bermesra seperti pasangan yang baru berkahwin lain. Hatinya mengerutu.

    Disisinya nyenyak tidur bayi kesayangannya. Kasih nya mengalir terus pada bayi ini. Segalanya ingin dicurahkan pada anak kecil ini.Padanya kasihnya hanya tertumpah pada darah daging sendiri. Hasutan iblis mula bersarang seluruh jiwa raganya. Dijeritnya semua nama anak tirinya. Ada saja yang tidak kena dihatinya. Terkodek-kodek datang tiga beradik tersebut.

    Dipiat-piatnya telinga Roslan dan Norizan"Asyik main saja" gerutunya. Kanak-kanak yang berusia enam dan lima tahun ini mengaduh kesakitan. "Pergi tolong kakak kat dapur. Shimah terpaksa menyiang ikan,seumur hidupnya dia tidak pernah melakukan kerja tersebut. Habis hancur ikan-ikan tersebut. Roslan dan adiknya datang membantu membasuh pinggan dek kerana tidak sampai tangan semasa menyusun pinggan beberapa biji pinggan menjadi mangsa. Habis pecah berderai.

    Asmah di hdapan yang sedang membelai bayinya terkocoh-kocoh datang matanya mula memerah. Rasa marah membuak-buak. Dicapainya penyangkut baju yang berdekatan . Ketiga anak kecil ini dibelasahnya cukup-cukup. Haaa baru puas hatinya. selama ini dia banyak menghabiskan masanya untuk mereka. Kali ini dia merasaklan anak-anak ini tidak bermakna untuknya hanya menyusahkan. "Keluarrr ..." jerit Asmah. Dengan wajah takut ketiga beradikini keluar dari ruang dapur kearah adik mereka. Mereka belum mengerti yang Asmah sedang menyingga memarahi mereka. Mereka mengacah-acah adik yang mereka sayangi, BAYI asmah sudah pandai ketawa , apalagi bertambah suka anak-anak yang kehilangan ibu ini. Apalah mereka tahu erti sebuah kemarahan.

    Asmah datang hatinya bertambah sakit melihat anak-anak yang masih tidak serik dengan pukulannya. "Siapa suruh kalian duduk sini? soala Asmah berang, lain yang mak suruh lain yang kau buat ye!!!.Terkebil-kebil mata tiga beradik ini mereka tidak faham maksud Asmah. Ada saja yang tidak kena dimata Asmah. "Keluarrrr..... jerit Asmah Shimah menangis, Roslan yang sakit mrnangis begitu juga Norizan . Mereka tidak mengerti kesalahan mereka.

    Mereka keluar dari rumah. Pada mereka ,mereka mudah lupa apa yang berlaku tadi . Kanak-kanak ini bermain diluar. Jam menunjukkan tujuh petang .Asmah menutp pintu, tekadnya biar tiga beradik itu tidur diluar rumah. Pintu dikunci ,Asmah berehat sebentar. Setelah itu dia kedapaur memasak. Ikan yang hancur dibuangnya. Hatinya mula membara. Tin sardin dibuka bagi menganti lauk yang telah rosak.

    Selepas selesai urusan didapur Asmah makan dan terus mendpatkan anak kecilnya. Dia tertidur disisi anak kecilnya. Shimah dan dua adiknya memanggil Asmah berkali-kali jam sudah menunjukkan pukul sembilan malam nyamuk mula bergembira menhirup darah tiga anak kecil ini. Rasa takut tidak terkata. Rasa pedih pada sebatan dari penyangkut baju berdenyut-denyut. Shimah dan adik-adiknya memeluk sesama mereka.

    Terdapat kain tudung kereta ayah mereka digaraj . Itulah hamparan dan selimut mereka. Mereka tertidur dalam kelaparan. Hari bersileh ganti . kepahitan hidup mula dirasai oleh tiga beadik ini. Hari ini Datuk dan Nenek bercadang ke rumah Yusoff sudah lama mereka tidak melihat cucu mereka rasa rindu menyelinap dalam hati. "Apa agaknya cucu kita sedang buat? soal Datuk pada nenek."Jom, saya dah masakkan lauk pauk baik kita bawa makan beramai-ramai dengan mereka. Tentu Asmah gembira bila kita datang" Ajak nenek.

    Posted on November 10, 2011 5:42 AM

     
  14. Azmah Nordin Said,

    sitisara :)

    saya dah baca karya anda kat atas tu, komen saya;

    yg positif dulu;

    1. gaya bahasa yang baik, dan ini membuktikan anda boleh menulis novel remaja dengan baik sekali.

    2. gmbaran suasana sekitar dan gaya hidup juga baik, dan boleh dipertingkatkan.

    3. anda dpt memasuki sudut pandangan dan menggambarkan gelojak perasaan roslan dengan baik juga, dan ini boleh dipertingkatkan di sepanjang kelas bimbingan novel anda ini kelak.

    yg kurang positif;

    1. sudut pandangan bercampur aduk dlm satu bab. sepatutnya, jika ia bermula dgn sudut pandangan roslan, hingga ke akhir bab juga perlu guna sudut pandangan roslan - kecuali jika ada tanda baca pemisah (* * *) dlm bab.

    2. oleh kerana novel ini novel remaja, bahagian yusof yg sudah dewasa dan dgn persoalan org dewasa juga, tidak patut diwujudkan, sebaliknya pilih watak remaja lain yang bersesuaian dgn kategori sasaran usianya utk menggantikan bahagian tu.

    2. cerita ttg perlakuan remaja lari dr rumah sgt2 tidak begitu digalakkan digambarkan dlm novel, sbb nanti jadi ikut2an oleh para remaja lain yg membaca karya anda kelak. apa yg perlu anda gambarkan adalah perjuangan remaja utk memperbaiki kelemahan diri utk meraih rasa hormat org lain kepadanya. contoh mudah, dia berjuang di gelanggang bola sepak, utk meraih rasa hormat drpd guru, rakan2 sesekolah dan keluarganya di rumah. dan, sekali gus, dia juga mengangkat mertabat diri drpd remaja yg lemah kpd remaja yg punya harga diri. bykkkkk sekali idea yg boleh diperolehi di sekeliling anda ttg perjuangan hidup yg positif ini.

    sitisara, saya tak edit dulu karya anda kat atas tu, utk beri anda peluang mengolahnya semula. semasa pengolahan, bahagian yusof boleh diambil dr sudut pandangan roslan; roslan yg mendengar, melihat, merasa, memikir, mengalami.

    wujudkan satu kelebihan roslan, gmbarkan dia menggeluti bidang tu, buat dia berfikir lebih byk kpd perjuangannya utk memperbaiki diri.

    anda buat dulu pengolahan ini, nanti saya lihat bagaimana.

    gigih terus k

    Posted on November 11, 2011 2:06 PM

     
  15. Siti Sara Said,

    Sudah empatbelas tahun berlalu. Empat belas tahun bukan jangka masa pendek. Ia boleh mengundang pelbagai peristiwa. Empat belas tahun juga ibu tersayang Roslan kembali kealam fana pergi meninggalkan Roslan dan tiga saudaranya. Empat belas tahun juga ke empat saudara ini melalui detik hidup yang membawa kepada kejayaan yang tidak pernah di duga.

    Roslan menghtung hari kematian ibunya yang tidak pernah ditatap sebelum ini. "Alangkah indahnya andai ibu masih ada" keluh Roslan. Tapi masa yang diinjak takkan berputar kembali. Roslan perlu melalui suratan nasib yang tersurat. Keluhannya tidak akan meraih simpati sesiapapun kerana putaran waktu menentukan segalanya.

    Tekak Roslan terasa begitu dahaga. Pancaran matahari dirasakannya amat terik. Bahangnya seakan memangang tubuh. Keputusan PMR nya begitu meruntun jiwanya. Sindiran tajam ibu tirinya benar-benar mencabar jiwa remajanya.Hati Roslan bagai di robek hancur. bersepai-sepai bagai dilanyak gergasi yang menganas. "Alah, menghabiskan duit aja sekolah kan budak ni" Kata-kata ini terpahat dalam jiwa Roslan sampai bila-bila. Roslan bertekad dalam hati akan buktikan kelayakan akademik bukan pengukur segalanya. Roslan perlu bangkit memandang dunia yang maha luas ini. Roslan sedar Allah tidakkan kecewakan hambanya yang berusaha. Roslan tidak mahu menjadi insan yang dipandang hina dek kelayakan akademik yang kurang memuaskan. Perbandingan antara dia dan Kak Shimah bukan pengukur kejayaan hidup mereka . Memang Kak Shimah seorang pelajar bijak , lapan A yang dicekaknya membanggakan ayah dan semua. Roslan hanya satu A itupun matapelajaran Kemahiran Hidup. Semua senyum sinis tengok result Roslan. Hati Roslan bagai dipanggang bara api yang sering diguna oleh neneknya membakar ikan keli kesukaannya. Roslan ingin melepaskan kemelut dukanya.

    Siapa yang perlu disalahkan kalau begini keadaannya. Nak salahkan ayah? Benarkah ayah bersalah kerana tidak pedulikan Roslan. Ayah sebok mengisi koceknya dengan saban hari tinggal di site konon takut pekerja curi tulang. Mak tiri Roslan juga nak disalahkan? Tidak..!!! pada Roslan ini semua sudah tersurat. ltu kebolehannya. Kalau semua pandai dalam bidang akademik siapa pulak nak buat bidang kemahiran? Mana mungkin semua ditumpukan pada satu bidang sahaja.

    Persoalan demi persoalan berputar dikotak fikiran Roslan. Pada dirinya dia perlu mengubah gaya hidupnya, dia ingin menjadi manusia, bukan kaldai yang boleh diarah begitu saja. Roslan ingin menjadi manusia yang cukup power , yang boleh mengegar dan menyedarkan manusia di sekelilingnya tentang keupayaanya.

    Hari ini Roslan bertekad mencari pekerjaan. Nanti bila segalanya dapat baru dia akan minta izin ayahnya, itu tekad Roslan. Masuk hari ini sudah dua kali dia datang ke bandar ini. Tujuannya mencari pekerjaan yang sesuai, bukan ayahnya tidak mampu unutk menyara dirinya tidak..Tapi Roslan ingin menjadi manusia yang boleh mengubah diri sendiri. Sepanjang percutiannya biarlah dia buat sesuatu yang bermakna. Walupun usianya masih muda Roslan bertekad akan berdikari. Dia tidak mahu melihat ibu tirinya menanggung dosa menghinanya. Dia bersyukur kerana diberi peluang memanggil ibu. Itu sudah cukup bagi dirinya yang dahagakan kasih seorang ibu.

    Sudah puas Roslan berkeliling bandar namun pekerjaan yang dicarinya belum juga dapat. Timbul rasa putus asa dalam dirinya. Susah juga mencari kerja sekarang. Roslan memutuskan untuk pulang. Esok dia akan datang lagi. Dilipatan hatinya tergambar apa akan berlaku nanti. Roslan mengeluh. Berat hatinya untuk melangkah kembali ke rumah.

    Posted on November 15, 2011 6:18 AM

     
  16. Siti Sara Said,

    Perlahan Roslan mengayuh basikal kesayangannya. Rasa letih tidak terkata. Perutnya belum dialas walaupun sebutir nasi. Sampai di rumah dia meletakkan basikalnya bersebelahan kereta ayahnya di garaj. Waktu itu tiada sesiapa dirumah. Dengan langkah lesu dia melangkah ke dapur. Di bukanya tudung saji , hanya sisa makanan yang ada. Dia mengeluh. Biarpun begitu Roslan cuba mengalas perut dengan apa yang ada. Cukup sekadar pelapik perut. Dia sedar siapa dirinya dimata ibu tirinya. Biarlah dia redza dengan takdir yang tersurat. Mungkin bagi orang lain siksaan emosi menambah benci pada ibu tirinya tapi bagi Roslan semua itu tidak terlintas dihati walau sekelumit. Mungkin ini juga pendorong untuknya.

    Selesai makan Roslan mengemas meja dan membasuh pinggan mangkuk, dirinya telah dilatih untuk menjalani disiplin di rumah ini. Asmah ibu tirinya tidak suka walau sedikit pinggan mangkuk bersepah di sink. Kalau ada siap hadiah roti panjang jawabnya. Roslan sudah lali. Ini hadiah ilmu yang tanpa sedar amat besar ertinya untuk dirinya kelak.

    Setelah selesai mengemas dapur. Roslan trus ke biliknya. Kewajipan kepada Allah tidak pernah diabaikan. Doa buat ibu tersayang adalah kalimah pertama dilafaz...Allahummafilanazunubana....aliran airmata bercucuran sedih mengenang ibu. Tapi itu adalah kewajipan pertama sebagai anak buat ibubapa. Bagi Roslan itulah yang paling berharga hadiah diberi buat ayah bonda tercinta.Roslan melipat sejadah dengan rapi semuanya dilakukan dengan penuh tertib.

    Posted on November 18, 2011 8:54 PM

     
  17. Siti Sara Said,

    Pagi lagi Roslan sudah bangun cepat-cepat dia terus kebilik mandi. Bagi Roslan masa itu emas walau sedetik umurnya akan meningkat dan tidak akan berulang lagi. Deruan air mandi kedengaran. Sikap Roslan ini patut menjadi amalan setiap anak muda. Baginya masa tidor amat rugi kecuali untuk menghilang kan letih badan. Ltu sifat semulajadi Roslan. Kelebihan ini jarang ada pada anak muda zaman ini. Selesai mandi Roslan terus solat subuh , doa buat ibubapa serta muslim lain tidak pernah dilupai. Kesyahduan pagi begitu meruntun jiwa Roslan. Selesai solat subuh Roslan terus kedapur kewajipan pertamanya ialah memasak untuk seisi keluarga. Ibutirinya masih berdengkur enak ,maklum hari ini ayahnya tiada. Di atas meja tersedia sebungkus bihun yang telah direndam . Roslan faham kewajipannya ialah mengoreng bihun tersebut. Bagi Roslan kerja itu amat mudah. Sawi,udang semuanya tersedia, Roslan mengoreng bihun tersebut. Dibancuhnya seteko teh. Sambil itu Roslan telah bersedia untuk menjemur kain yang telah siap dibasuh semalam. Kiranya seratus peratus kerja dirumah itu dilakukan Roslan. Bertuah hidup ibu tiri Roslan walaupun dirinya dihina tapi anak muda ini tidak pernah melawan. Menyedari hal ini kadangkala timbul persaan sayang Asmah ibu tiri Roslan kepadanya tapi Asmah tidak tunjukkan.

    Posted on November 19, 2011 8:14 AM

     
  18. Siti Sara Said,

    Setelah selesai tugasan rumah. Roslan makan dan terus cepat-cepat keluar rumah. Baginya biarlah dia tidak bersua muka dengan wajah mencuka ibu tirinya. Roslan tidak mahu disoal dengan persoalan yang boleh meruntuhkan jiwa raganya. Hatinya tenang dapat menikmati kehijauan alam fiona...Setiap pagi apabila hari cuti tugasan sebagai pengutip buah koko adalah untuk Roslan. Inilah baktinya sebagai anak yang sedar dirinya ada yang sudi membesarkan.

    Dicantasnya pokok yang cuba menghadirkan diri sebagai tumbuhan liar di sekitar pepohon koko keluarganya. Buah koko dikaitnya satu demi satu sehingga beberapa guni. Roslan duduk sambilmembelah buah kokosatu persatu sehingga habis. Biji koko akan diperam. Esoknnya akan dijemur pula. Roslan mengimbas kembali ingatan apabila ayah nya ada bersama. Kemanisan mulut ibu tirinya menyebabkan ayahnya benar-benar percaya isterinya seorang penyayang. Disaat ayahnya ada Roslan akan dibawa bersiar-siar sekeluarga.Malahan mereka akan tidor dihotel mewah . Tapi semua itu umpama percutian bgi Roslan. Ini cuma masanya untuk melepaskan penat.

    Semua tugas selesai jam sepuluh pagi. Roslan cepat-cepat menyalin pakaian. Dia mesti ke bandar. Dia ingin melakukan satu perubahan pada dirinya. Sepanjang jalan ke bandar yang dilaluinya berbagai kedai tersusun digigi jalan. Roslan melalui sebuah kedai mengopek kelapa . Taukenya bernama Aba juga merupakan sahabat karib ayahnya. Aba tahu keperitan yang dialami Roslan. Timbul rasa simpati padanya.

    "Hei Lan nak kemana tu?" Jerit Aba. Roslan membrek basikalny. Tergejut. Roslan menyeka manik-manik peluh yang mengalir, tekaknya terasa dahaga. Tapi tidak diindahkan. "Nak cari kerja!!! beritahu Roslan dengan nada kepenatan. Aba merenung wajah tulus itu rasa simpati jelas pada wajahnya. Bahu Roslan ditepuk. "Macamana keputusan PMR ada bagus? " tanya Aba dalam nada seorang berbangsa Cina. "A satu saja Aba" sahut Roslan."Pelajaran apa A?" soal Aba. "Kemahiran Hidup "jawab Roslan perlahan. "Bagus,bagus" puji Aba. Inilah pujian peretama yang Roslan terima. "Lan nak sekolah lagi tak?" soal Aba lagi. Roslan mengeleng kepala. Aba merenung wajah Roslan. "Tak boleh macam tu, Lan perlu sekolah" pujuk Aba. "Tapi saya bodoh Aba mak cakap " dengan nada sebak Roslan meluah gelodak perasaan yang ditanggungnya. "Macam ni Aba tolong Lan masuk asrama Lan belajar di sekolah vokosional nak?" Cadang Aba.

    Cadangan Aba benar-benar membuka mindanya tidak terlintas dikotak fikirannya tentang perkara itu. Dulu ada cikgu kelasnya beritahu tapi dia kurang peduli. Cadangan Aba benar-benar menaikkan kembali semangat Roslan. Harapan dan impian Roslan berbunga kembali. "Ya Allah kenapa tidak terfikir selama ini" bisik hati Roslan.

    "Aba saya cuti ni boleh kerja dengan Aba tak? Tanya Roslan. Wajah Roslan direnung. Anak sahabat baiknya ini cukup rajin bertuah Yusoff bisik hatinya.

    Posted on November 19, 2011 8:15 AM

     
  19. Siti Sara Said,

    Tangan Roslan ditarik kesatu sudut. Terdapat sebuah meja kecil dan sebuah laptop. Ada beberapa kotak air minuman . Aba menghulurkan sekotak air laici untuk Roslan. "Minum, saya tahu awak dahaga" pelawa Aba. Roslan meneguk air tersebut. Hilang segala dahaganya. Jawapan dari soalan Roslan belum berjawab. Roslan menanti dengan penuh kesabaran. Jauh disudut hatinya mengharap Aba dapat memberi pekerjaan padanya.

    Roslan di beri tiga buah buku , pertama mengenai cara-cara pendawaian elektrik, kedua mengenai catering dan ketiga buku Bagaimana untuk menjadi manusia berjaya. Roslan benar-benar merasakan bagai mimpi, Aba yang disangkanya hanya pengopek kelapa rupanya seorang berilmu. Buku itu dibelek Roslan . "Lan ambil buku ini dulu balik baca lepas ni datang jumpa Aba" beritahu A

    ba dengan penuh semangat. Disekeliling Roslan amat selesa. Walaupun diluar kedai penuh bersusun kelapa dan sabut ianya berbeza didalam. "Aba boleh saya kerja dengan Aba ?Roslan bertanya lagi." Dua hari lagi awak datang" beritahu Aba ." Tapi habiskan baca buku itu" pinta Aba. Roslan menanggok kepalanya.

    Posted on November 20, 2011 6:19 AM

     
  20. Siti Sara Said,

    Roslan mengambil basikalnya "Saya balik dulu Aba" Aba memberi sebuah senyuman penuh bermakna. Tekad Roslan satu untuk membaca kesemua buku yang Aba beri.

    Dengan perasaan gembira Roslan mengayuh basikalnya kerumah neneknya yang berdekatan iaitu kira-kira setengah kilometer dari kedai Aba. Tanpa disedarinya dia telah hampir sampai kle rumah neneknya. Roslan pasti nenek dan datuknya akan menyokong cadangan Aba. Hari ni Roslan bercadang bermalam dirumah neneknya. Dia akan telefon ayahnya nanti memberitahu hajatnya.

    Roslan masih ingat lagi kehidupan semasa kecilnya bersama nenek dan datuk tersayang tapi atas desakan ayahnya Roslan tinggal dengan ayahnya semasa usianya tigabelas tahun. Nenek dan datuk tidak pernah tahu segala keperitan hidup R oslan Hari ini Roslan bertekad menceritakan segalanya , Roslan ingin bersekolah seperti orang lain. Kali ini biarlah dia tinggal di asrama dia ingin bina azam baru.

    Dikejauhan kelihatan nenek dan datuk berehat di pangkin berhadapan pokok rambutan. "Tentu nenek dah siap masak". Bisik hati Roslan. Tiba-tiba perutnya terasa lapar melihat nenek dan kesayangan. cepat-cepat dikayuhnya basikal. Basikal diletakkan berdekatan dengan tempat datuk dan neneknya berehat. Roslan datang dan bersalam serta memeluk datuk dan neneknya. Perasaan rindu dan sedih mengcekam dalam lubuk hatinya. Sudah lama mereka tidak bertemu, bukan dek kerana berjauhan tempat tetapi situasi membataskan pertemuan mereka.

    Datuk dan nenek banyak mengetahui perjalanan hidup Roslan melalui jiran dan rakan-rakan ayahnya. Mereka tahu apa yang berlaku, tetapi bagi mereka untuk bertindak sesuka hati bukan jalan penyelesaian. Roslan diajak kedalam rumah. Rumah nenek begitu sepi sejak ketiadaan kak Shimah . Mak Usu ke pejabat, Pak Lang pula ke universiti meyambung ijazahnya kep eringkat Master. Kak Shimah sudah tiga tahun tinggal di Asrama Sekolah Menengah Sains Muar Johor. Kedatangan Roslan umpama penghibur sepi nenek dan datuk.

    "Jpm kita makan dahulu, nanti kita berbual panjang" . Ajak nenek. Roslan membantu nenek menghidang juadah tengahari. 5Terdapat ikan keli bakar kesukaan Roslan.Begitu juga dengan air asam dan kari ikan jenahak semua ini dah lama Roslan tidak nikmati. Selesai makanRoslan mohon izin untuk bersolat dahulu.

    Setelah selesai solat Zohor . Roslan mendapatkan datuk dan nenek, dia menceritakan cadangan Aba . Ditunjukkan buku yang Aba beri padanya. Setelah berfikir seketika datuk mengajak Roslan ke kedai Aba menaiki motosikal RXZ datuk.

    dah lama mereka tid

    Posted on November 20, 2011 11:46 AM

     
  21. Siti Sara Said,

    Kelihatan Aba sedang mengarahkan pekerjanya menaikkan kelapa yang telah di kopek kedalam lori. Datok meletakkan motosikalnya berdekatan dengan pejabat Aba. Aba memberi isyarat menyuruh Datuk dan Roslan masuk kedalam pejabatnya, tetapi datuk lebih suka melihat pekerja Aba bekerja sambil menolong mereka. Datuk memang selalu membuat kerja tersebut. Apa lagi Aba adalah pelanggan tetap datuk dan juga merangkap pengurus kebun kelapa datuk.

    Setelah selesai urusan tersebut datuk, Roslan dan Aba masuk kedalam pejabat. Aba mempelawa datuk dan Roslan duduk dikerusi berhadapan meja tulisnya. Laptop Aba di buka. Laman Web sekolah Menengah Teknik dan Vokasional dibuka. Aba menunjukkan syarat kelayakan yang perlu. Dalam matapelajaran Matematik, Kemahiran Hidup dan sains Roslan menepati kehendak Syarat.

    Setelah diberi penerangan terperinci, Datuk dan Roslan mula faham . Aba memang mahir tentang hal ini kerana dia adalah bekas guru bersara dari sekolah menengah vokasional. Dengan penuh rasa besar hati Datuk meminta Aba menolong Roslan memohon ke sekolah tersebut. Aba mula mengisi semua yang diminta oleh pihak sekolah tersebut.

    "Terimakasih Aba kerana susah payah tolong cucu aku."ucap datuk. " Mat aku kawan kau begitu juga Yusoff dah aku anggap macaqm anak aku, aku tidak mahu dia terbiar begitu saja. Banyak masalah yang dihadapinya kalau kita tidak pantau aku takut dia hanyut dalam arus kecewa pada masa depannya" sahut Aba. Walaupun mereka berbeza agama dan bangsa tapi batas persahabatan tidak menghalang untuk mereka bersahabat.

    Posted on November 24, 2011 8:28 AM

     
  22. Siti Sara Said,

    Datuk dan Roslan kembali ke rumah atuk. Hari ini datuk akan selesaikan masalah yang ada. Datuk akan mengambil Roslan kembali.

    Deringan telefon berdering memecah kesunyian malam di rumah Yusoff. Kebetulan Yusoff ada di rumah. Yusoff mengangkat gagang telefon. Rupanya pangilan dari ayahnya memberitahu Roslan akan bermalam dirumahnya beberapa hari. Asmah yang mendengar khabar itu merasa lega baginya tiada gangguan untuknya bolehlah dia dan anak-anaknya bersama suami tercinta. Baginya Roslan mengugat klasih nya pada suami. Padanya anak tirinya itu tidak perlu di beri perhatian. Dia ingin kasih suami kepada dia dan anaknya semata.

    ltu yang sering bermain dikotak fikiran Roslan ,dia tidak ada harga dimata ibu tirinya, dia akan buktikan dan kembalikankasih yang hilang dari ibu tirinya setelah ibu tirinya mendapat tiga anak hasil perkahwinan dengan ayahnya. Hanya dengan mengubah dirinya Roslan percaya semua akan berubah nanti itu impian Roslan.

    Jam menunjukkan pukul sepuluh malam ini malam pertama selepas keputusan PMR diumumkan Roslan bermalam di rumah datuknya. Roslan menatap buku-buku yang diberi oleh Aba salah satu buku paling menarik perhatian Roslan Bagaimana menjadi insan cemerlang karya Proff Saidon. Helaian demi helaian ditatapnya . Semangat Roslan melonta-lonta ingin meneruskan pelajarannya. Hampir jam satu pagi Roslan baru dapat melelapkan matanya.

    Kokokan ayam menyedarkan Roslan dari tidur nyenyaknya. Roslan bergegas bangun dan melihat jam yang tergantung di dinding. Jam tepat menunjukkan pukul 6.00 pagi. Roslan lalu mencapai tuala lalu menuju kebilik air untuk mandi. Keadaan cuaca dirumah datuk amat sejuk ini membuatkan Roslan malas untuk mandi lama-lama. Selesai mengerjakan solat, Roslan memakai baju berwarna biru dan berseluar hitam lalu pergi kedapur. Di dapur nenek sudah menyediakan sarapan cucur udang dengan teh panas. Teh panas ini amat enak diminum dalam cuaca sejuk begini.

    "Lan pergi dulu nek," Kata Roslan setelah mengambil basikal yang terletak berdekatan susunan pasu bunga dihadapan rumah neneknya.

    "Berhati-hati , Lan," pesan nenek kepada cucunya yang amat disayangi. Nenek memandang Roslan sehingga hilang dari pandangannya.

    Tepat jam 7.30 pagi Roslan tiba di hadapan kedai Aba. Roslan m3eletakkan basikalnya bersebelahan tempat letak kereta Aba.

    "Masih awal lagi Roslan , sepatutnya datang lewat sikit dari waktu ini.Kata Aba ."Saya datang awal untuk elakkan jam dijalan nanti Aba."

    Posted on November 24, 2011 9:31 PM

     
  23. Siti Sara Said,

    Aba mempelawa Roslan masuk kepejabatnya. Tujuan Aba bukan untuk memerah tenaga anak muda ini. Bagi Aba dia akan memberi ilmu yang dia ada sebagai azimat apabila Roslan berada di sekolah barunya nanti. Sebagai bekas seorang guru tugas pendidik sudah sebati dalam dirinya. Permulaannya Roslan dibawa kestor kedainya , terdapat berbagai jenis alatan elektrik disini. Roslan diperkenalkan dengan nama alatan tersebut dari lampu sehingga ke wayar dan plug.

    Dengan cara ini Roslan dapat mengenal setiap inci semua peralatan wyaring. Roslan akan dilatih sepanjang percutiannya mengenai wyaring..

    Hari ini sehari suntuk Roslan diperkenalkan dengan nama barang tersebut. Semua nama barang disuruh oleh Aba Roslan menulisnya. "Anggap ini adalah pelajaran permulaan kamu sebelum kamu ke sekolah" beritahu Aba.

    Menjelang jam lima petang Roslan meminta izin untuk pulang. Dikayuhnya basikal kesayangannya ke rumah nenek. Hari ini dia banyak mengetahui hal ehwal wyaring dari Aba.

    Setengah jam kemudian Roslan tiba di rumah nenek. "Bagaimana dengan kerja di kedai Aba Lan?" "bagus nek. Aba mengajar Lan bagaimana cara-cara wyaring dan memperkenalkan banyak alatan utnuk wyaring."

    "Lega hati nenek mendengar perkara itu. Lan mandi dulu biar nenek ke dapur ada bubur kacang nenek buat tadi nanti boleh makan bersama dengan datuk. Dia dah lama menunggu Lan kat dapur tu," kata nenekyang merasa senang dengan kehadiran Roslan.

    Setelah mandi dan mengerjakan solat Roslan bingkas kedapur, tak sabar untuknya menikmati bubur kacang di makan dengan roti kering. Rindu betul Roslan dengan suasana begini. Roslan menikmati juadah tersebut bersama nenek dan datuk. Raut wajah bahagia jelas diwajah anak muda ini. Kalau boleh dia ingin selamanya dirumah nenek.

    Malam ini Roslan bersungguh-sungguh membaca buku mengenai hal ehwal elektrik . Roslan berazam menjadi seorang pekerja terbaik dimata Aba walaupun hanya sebentar bekerja dengannya.

    Posted on November 25, 2011 11:28 AM

     
  24. Azmah Nordin Said,

    sitisara :)

    saya dah baca sepintas lalu karya anda kat atas tu, ternyata ia jauuuuuuh lebih baik dr sebelumnya, terutama sekali dr sudut gaya bahasa, tahniah!

    cuma, agak terlalu byk babak dan latar dlm satu bab, padahal, ini yg perlu anda buat;

    1. 1 babak/episod sekarang yg diiringi dgn suasana latarnya

    2. 1 babak/episod flashback yg diiringi dgn suasana latarnya.

    kedua2 babak/episod yg anda gmbarkan kat atas tu, perlulah saling berkait ceritanya,lebih kurang mengapa dia jadi begitu.

    ttg episod atau babak, lebih kurang mcm kita tonton drama/sketsa di tv yg hny ada satu tempat/lokasi/latar/suasana dan satu babak (misalnya, dia tgh tunggang basikal gitu) dan satu flashback (yg mungkin dia di rumah nenek.

    dr mula bab satu hingga ke akhir bab satu, jarak masanya singkat - mungkin hny beberapa minit atau jam saja. kalau ia bermula pada sebelah pagi jam 9, ia mungkin berakhir jam 9.30 pagi tu juga, tak boleh diseret2 smpai ke malam. sbb kita nakkan novel yg bulat, padat dan kuat.

    bila anda tulis dia mendapat keputusan pmr (elok naikkan balik usianya ke 18 tahun, sbb nada suara sudut pandangannya agak matang), itulah flashback yg paling baik, semasa dia dpt keputusan tu, di mana, gmbarkan suasananya, perasaan takut dia, knp keputusan tu boleh jadi begitu, dll. kembangkan bahagian tu je dulu. jadi, bila dia bawa balik keputusan tu ke rumah (mungkin di bab 2) gmbarkan suasananya juga, gelojak perasaan, dll dramatikkan)

    cuba olah balik, dan tolak episod2 yg selebihnya tu ke bab 2 atau tiga nanti. jgn lupa tulis no mukasurat (ikut kiraan dokumen komputer anda, font 11 arieal, double spacing) supaya saya dpt anggarkan berapa lagi yg anda perlukan utk bab satu.

    sitisara, mungkin mula2 ni je anda akan berasa ia terlalu sukar utk digarap, tp lama kelamaan i akan menjadi lebih mudah. berdasarkan gaya bahasa anda, saya yakin anda boleh.
    gigih terus k

    Posted on November 25, 2011 11:38 PM

     
  25. Siti Sara Said,

    Salam sifu Az dan kak Aini. Agak dinihari saya mulakan pembaikan .Sifu keinginan mengatasi kesukaran. Memang agak sukar bagi saya mengarap semula . Banyak kelemahan yang meliputi karya permulaan saya ini. Saya rasa idea saya bertaburan. Banyak idea tapi tak pandai nak susun maaf sifu perlu pengajaran yang lebih. Terasa sempitnya otak ini.

    Saya cuba permulaan bab ini.

    Posted on December 1, 2011 3:59 AM

     
  26. Siti Sara Said,

    Sudah empatbelas tahun berlalu. Empatbelas tahun bukan suatu jangka masa singkat. la boleh mengundang berbagai peristiwa. Empatbelas tahun juga ibu kesayangan Roslan meninggalkan dia serta tiga saudaranya.

    Kematian bonda tercinta benar-benar meragut kebahagiaan anak muda ini. lbunya berjuang mempertaruhkan nyawa melahirkan adik kembarnya. Perjuangan bonda tercinta tumpas di tengah jalan. Allah lebih sayang ibunya. Ibu Roslan kembali kealam barzah disaat Roslan dan saudaranya mendambakan sekelumit kasih dari ibu tercinta.

    Empatbelas tahun juga Roslan meneruskan perjuangan hidup meredah setiap sudut dunia. Mengisi sisa hidup dengan impikan suatu yang boleh merungkai kemelut yang melingkari hidupnya.

    Roslan menghitung hari kematian ibunya yang tidak pernah ditatap sebelum ini . "Alangkah indah andai ibu masih ada" detik hati kecil Roslan. Tapi masa yang diinjak tidak akan kembali. Roslan perlu melalui suratan nasib yang tersurat. Keluhan ean ratapannya tidak akan meraih simpati sesiapapun kerana putaran waktu adalah ketentuan llahi. Roslan pasrah.

    Jam menunjukkan pukul dua petang. Anak muda berusia lapan belas tahun ini masih berteleku mengadap llahi. Memohon doa agar bonda tercinta dirahmati rohnya. Kalimah kudus pertama dipanjatkan dipermulaan doa selepas solat Allahhummafirlanazunubanawaliwalidainasoqiro... Gugusan airmata bercucuran tanpa dipinta. Penghayatan makna doa ibubapa meingatkan Roslan betapa bernilainya kasih yang didambakan.

    Roslan seorang anak muda berusia lapanbelas tahun berambut lurus. Kulitnya putih kuning parasnya seakan bintang filem Korea, sekali pandang tidak ada yang menduga anak muda ini pemilik darah Melayu sejati..Paras rupanya ini adalah aset untuk kerjayanya nanti.

    Titisan hujan yang turun berjurai-jurai bagai untaian mutiara yang terlerai dari tali sudah berhenti. Kepanasan pancaran matahari mula terserlah. Dunia kembali terang setelah diselaputi mendung sebentar tadi.

    Setelah selesai solat. Roslan bersiap untuk keluar. Sehelai T Shirt berlengan pendek dipakai seluar panjang berwarna hitam kegemarannya disesuaikan dengan T Shirt tersebut. Tampak tampan dan gagah anak muda ini.

    Roslan mendapatkan basikal kesayangannya di garaj kereta ayahnya. Niat Roslan satu ingin mencuba nasib mencari kerja sementara menunggu keputusan samada dia meneruskan pelajarannya atau sebaliknya.

    Posted on December 1, 2011 4:45 AM

     
  27. Siti Sara Said,

    Perlahan basikal dikayuh, bahang mentari yang mencengkam setiap inci tubuhnya tidak dihiraukan. Hari ini Roslan bertekad mencari pekerjaan. Tujuannya duit hasil titik peluhnya nanti akan digunakan untuk pengajiannya. Sedikit sebanyak boleh mengursngkan beban keluarganya. Masanya ingin diluangkan dengan perkara berfaedah.

    Masuk hari ini sudah dua kali dia datang ke bandar ini. Tujuannya ialah untuk mencari pekerjaan. Dia tahu di sini banyak peluang pekerjaan ditawarkan. Terutama dipasaraya besar seperti Tesko. Cadang Roslan gajinya nanti boleh juga digunakan untuk mengambil lesen memandu. Keadaan kini memerlukan setiap anakmuda sepertinya mempunyai lesen memandu.

    Roslan mempunyai perancangan hidup tersendiri. Cukup baginya keputusan PMRnya dulu yang tidak memuaskan. Itu semua adalah pengajaran bagi Roslan. Kehidupannya di asrama telah banyak mengubah dirinya. Roslan yakin akan mendapat keputusan SPM yang cemerlang.

    Masih tersimpan kukuh disanubarinya bagaimana rasa putusasa yang mengcengkam seluruh jiwa raganya apabila menda

    pat keputusan PMR yang tidak memuaskan. Masih ingat lagi dikotak fikiran Roslan bagaimana datuk bersusah payah berusaha untuk cucunya masuk ke sekolah Teknik.

    Aba yang banyak membantu sehingga Roslan berjaya ke asrama jauh dari lingkaran hidup penuh siksaan di rumah sendiri.

    Posted on December 5, 2011 3:23 AM

     
  28. Azmah Nordin Said,

    sitisara :)

    saya dah baca karya anda kat atas tu, dan dapati ia semakin baik dan jelas. cuma, masih ada dua babak kat atas tu;

    1. dia di rumah - bab satu

    2. dia naik basikal - bab 2

    3. dia sampai di pekan - bab 3

    dlm setiap bab, anda perlu masuk ke dlm jiwa watak utama, berlakon mcm dia, gmbarkan apa yg dia nmpak dan setiap yg dia nampak atau sentuh, perlu dikaitkan dgn kenangan silam atau perasaannya. bayangkan anda berada di rumah skrg, apa yg anda nampak? kipas angin? lantai? gmbar di diniding? tv? kucing? dll, lps tu, buat anda berjalan ke jendela, apa yg anda nampak, ada udara, cuaca; kaitkan semuanya dgn perasaan anda. utk setiap bab, begitulah caranya. dan perasaan yg digambarkan itu mestilah melambangkan 4/5 drpd keseluruhan cerita dlm novel anda kelak, masa cerita berada di peringkat nak meletup2 gitu.

    itu je dulu sitisara, gigih terus k

    Posted on December 5, 2011 6:23 PM

     
  29. Siti Sara Said,

    Kak Aini dan Sifu Az salam sejahtera dari saya moga dalam peliharaan Allah Selalu hendaknya.

    Saya mulakan sekali lagi bab pertama .

    Sudah empat belas tahun berlalu, empat belas tahun bukan satu jangkamasa pendek. Ia boleh mengundang pelbagai peristiwa. Hari ini empatbelas sudah ibu tercinta Roslan meninggalkan alam fana ini menuju alam yang lebih kekal. Alam yang mesti dilalui oleh setiap insan di bumi ini. Tiada siapa boleh mengelaknya walau setinggi mana darjatnya. Cuma waktu dan keadaan berbeza mengikut ketentuan Allah.

    Roslan seorang anakmuda sederhana. Kulitnya putih kuning, berambut lurus matanya agak kecil dibandingkan dengan pemuda Melayu. Wajahnya agak serius kalau siapa tidak mengenalinya pasti dia dianggap seorang anakmuda yang sombong. Apatah lagi paras rupanya yang agak kacak ini seiras bintang filem Korea Lee Min Ho.

    Roslan diasuh oleh nenek dan datuknya semenjak kematian ibunya. Kehidupan bersama datuk dan nenek penuh dengan tata tertib. Nilai keagamaan adalah tunjang kehidupannya. Lantaran itu Roslan tidak pernah lupa menunaikan solat. Malahan dengan melakukan solat Roslan mendapat ketenangan yang tidak ternilai.

    Roslan menghitung hari kematian ibunya yang tidak pernah ditatap semenjak dia mengenal erti sebuah kehidupan. "Alangkah indahnya andai ibu masih ada" keluh Roslan. Tapi masa yang diinjak tidak akan kembali. Roslan perlu melalui suratan yang tersurat. Keluhannya tidak akan mengubah apa yang terjadi.

    Roslan masih berteleku di atas sejadah kesayangannya. Sejadah hadiah semasa mula-mula Roslan mendaftar keasrama dua tahun lepas. Nenek yang menghadiahkan sejadah tersebut. Kata nenek walau dimana Roslan berada Allah sentiasa bersama jadi sebagai hambanya kita tidak boleh melupainya. Hanya dengan mendirikan solat kita akan dekat dengan Allah. Sejadah ini adalah tempat paling bersih untuk bersujud pada yang esa.

    Setiap kali menghabiskan solat dia tidak pernah lupa untuk berdoa buat kedua ibubapanya jua buat nenek ,datuk, jua umat muslim lainnya. Kalimah kudus dari bibirnya sering terucap dengan penuh syahdu. Lafaz ayat suci yang lahir dari bibir Roslan begitu mendayu. Memukau setiap yang mendengarnya.

    Lantaran kehebatan suara lunak Roslan bersolat dia telah dilantik sebagai imam muda di sekolahnya. Malahan dia lebih dikenali dengan nama budak Robbana oleh semua pelajar apatah lagi pelajar perempuan yang gemar pada watak wajah pelakon Korea Lee Min Ho.

    Setiap kali doa untuk ibu tercinta dilafaz airmata umapama mutiara berjurai-jurai mengalir tanpa sedar. lngatan pada ibu tercinta begitu dalam. Hanya dua keping gambar yang tergantung didinding bilik ini menjadi pelepas rindu Roslan pada ibunya. Tergantung didinding potret ayah dan ibunya. Tersenyum manis ibunya berpegangan tangan dengan ayahnya. Diwaktu potret itu diambil ibunya mengandungkan adik kembarnya. ltulah potret terakhir ibunya. Wajah ibunya cantik rambutnya lurus panjang, matanya bulat macam mata anak patung, Kata nenek kulit ibunya putih melepak. Bila ibunya ketawa muka akan kemerahan bak buah ceri.

    Posted on December 7, 2011 11:01 AM

     
  30. Siti Sara Said,

    Roslan melipat kain sejadah lalu disidainya disudut kiri bilik. Disudut inilah ibu Roslan menghembuskan nafas terakhirnya. Disaat semua menanti dengan penuh debaran kelahiran kembar kedua, darah turun dengan banyaknya bagai curahan air. Segalanya begitu cepat berlaku. Disaat inilah Roslan hilang seorang ibu. Bilik ini tidak pernah di ubah walau sedikitpun, bagi ayah Roslan ini adalah kenangan dia dan isterinya. Roslan amat faham dengan situasi perasaan ayahnya.

    Kesejukan udara pagi menusuk tulang sum-sum Roslan apalagi dengan putaran kipas yang sentiasa bergerak laju menambah lagi kesejukan yang sedia ada.

    Perlahan Roslan menuju ketingkap bilik , dikuaknya dedaun tingkap seluasnya. Angin sejuk pagi menerjah masuk, terasa segar dan nyaman. Di balik jendela tingkap sang mentari mula meyimbahkan cahaya lembut dan menyegarkan.

    Suluhan sang mentari bagai membelai dedaun yang masih lembap disentuh sang embun. Sinaran cahaya mentari memantulkan warna pelangi disetiap hujung rumput. Warna merah, kuning,jingga,hijau dan biru begitu memukau pandangan Roslan. Bilah-bilah cahaya matahari mula menembusi setiap pepohon yang ada berhadapan tingkap rumahnya. "Alangkah indahnya ciptaan Tuhan" bisik Roslan sendirian.

    Keindahan pagi ini disambut riang oleh sang murai. Kicauannya cukup mempersonakan. Kenangan Roslan dizaman anak-anaknya berputar kembali. Di situ dibalik pohon koko itu tidak pernah dilupai Roslan dia pukul lantaran terlewat balik dari sekolah. Bukan salah Roslan ,hari itu cikgu Salmiah mengadakan kelas tambahan bagi pelajar UPSR. Disebabkan hal itu badan Roslan berbirat dikerjakan oleh ibu tirinya. Hari itu kebetulan nenek dan datuk keluar kerumah kenduri. Sedaplah Roslan mendapat habuan roti panjang. Bagi Roslan peristiwa itu tetap terpahat dilipatan hatinya.

    Di situ Roslan duduk seharian menanti nenek dan datuk pulang. Roslan benar-benar merajuk pada ibu tirinya yang tidak pernah mahu usul periksa perkara sebenar. Roslan sedar ibu tirinya tidak begitu sebelum kelahiran Zaini adik lelakinya. Boleh dikatakan saban hari Roslan disalahkan. Kasih ibu tirinya sudah berpindah tangan. Roslan akur semua itu, dia sedar siapa dirinya, dia hanya menumpang kasih. Dia pasrah dengan apa yang terjadi.

    Di balik pohon koko inilah tempat Roslan menangisi nasib diri . Di sini ada pondok kecil . Terdapat sebuah meja usang dan dua kerusi tempat rehat. Di sini juga tempat Roslan mengulangkaji pelajaran. Roslan cukup tenang di sini.

    Datuk dan nenek jarang ada dirumah. Boleh dikatakan hidup mereka banyak berjalan-jalan di rumah anak-anak.
    Semua anak-anak datuk dan nenek tinggal jauh. Sebab itu rumah ini diberi kepada ayah Roslan. Ayah Roslan pula jarang berada dirumah. Dia sebok bekerja sebagai kontraktor binaan. Boleh dikatakan saban hari dia akan tinggal di site. ltulah rumah kedua ayah Roslan.

    Posted on December 7, 2011 11:48 AM

     
  31. Azmah Nordin Said,

    sitisara :)

    saya dah baca karya anda kat atas tu, dan saya rasa setelah saya edit nanti, ia akan lebih bulat, padat dan kuat.

    bagaimanapun, saya perlu anda buat 10 - 12 ms, dan ingat, setiap bab ada satu peristiwa yg perlu anda wujudkan, biar dramatik dan mengejutkan jika boleh.

    gigih terus k

    Posted on December 7, 2011 9:18 PM

     
  32. Siti Sara Said,

    Yang paling dekat dengan Roslan adalah ibu tirinya. Saban hari wajah itu akan ditemuinya. Dia tidak boleh mengelak. Wajah yang mencuka itu jarang tersenyum padanya. Sungguh benci dia pada Roslan. Tapi Roslan berjanji pada diri akan buktikan kebolehannya. Roslan tidak mahu rasa benci yang bersarang dihati ibu tirinya terus bertapak. Roslan akan kikis perasaan itu sedikit demi sedikit ibarat menarik rambut dalam tepung. rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

    Roslan beredar dari bilik menuju ke dapur, meja makan masih berselerak, pinggan mangkuk tidak berbasuh, sungguh pelik semalam Roslan sudah kemas semuanya. "Ah, biarlah " detak hati Roslan. Pinggan mangkuk tersebut dibawa kesink untuk dibasuh. Suasana dirumah agak sepi agaknya ibu tiri dan adiknya masih belum bangun.

    Secolek sabun disapu untuk membasuh pinggan. Dalam keasyikan membasuh pinggan , Roslan berfikir ligat apakah akan di masak nanti. Rasanya enak juga dia memasak nasi lemak dengan sambal ikan bilis. Kenyang juga perutnya nanti.

    Setelah selesai membasuh pinggan dan mengemas meja makan . Roslan mula menumis cili yang siap dikisar didalam petiais. ikan bilis digoreng separuh dan separuh lagi dimasukkan dalam sambal.Beras diambil didalam bekas setelah dibasuh dan ditos, Roslan mula memerah santan . Akhirnya siap juga nasi lemak ikan bilis yang dimasak oleh Roslan. Bagi Roslan walaupun dia seorang lelaki dia tidak kekok membuat kerja dapur.

    Baginya tidak ada beza antara lelaki dan perempuan dalam menguruskan kehidupan harian. Segala yang dilakukan ini akan memberi manafaat bila dia berjauhan dirantau nanti. Dia tidk perlu membeli makanan seperti setengah anak bujang dirantau. Segala yang dilakukan ini banyak memberi pengajaran pada kehidupannya kelak.

    Setelah selesai melakukan tugas di dapur ,Roslan bergegas keruang tamu dia ingin selesaikan semua tugasan dirumah , nanti bila dia ke pekan tidak lagi diingat perkara yang belum selesai dibuat.

    Dentingan jam berdenting tujuh kali. Kedengaran rengekan adiknya dan suara ibu tirinya. Agaknya mereka sudah sedar dari mimpi indah. Roslan cepat-cepat keluar dari rumah. Pura-pura sebok. Memang hari ini dia agak sebok. Dia akan ke pekan untuk mencari kerja sementara keputusan SPM diumumkan. Angan-angannya nanti duit yang terkumpul hasil kerjanya akan di simpan untuk tambahan belanja pelajarannya. Di samping itu Roslan berkeinginan belajar memandu. D izaman kini lesen memandu adalah aset amat berharga. Baginya tak akan selamanya dia akan naik basikal.

    Posted on December 8, 2011 1:28 AM

     
  33. Siti Sara Said,

    Di luar rumah kelihatan kemilau sang mentari yang menyuluh setiap penjuru rumah. Titisan embun yangbersinar disuluh cahaya pagi kian lenyap . Rumput kian mengering. Para penduduk sekitar sebok dengan tugas masing-masing. Kedengaran deruan kenderaan motosikal dan motokar dijalan berhadapan rumah Roslan.

    Kebanyakan penduduk sekitar rumah Roslan bekerja dalam sektor industri. Kawasan ini satu-satunya kawasan terdekat untuk ke kawasan perindustrian Prai. Sebab itu setiap jiran tidak punya masa untuk bergaul masing-masing sebok dengan tugas harian. Perubahan kehidupanhasil dari kemerdekaan dapat dirasai. Semua bebas menunaikan cita-cita masing-masing.

    Posted on December 9, 2011 9:33 PM

     
  34. Siti Sara Said,

    Roslan kehairanan apa yang telah dilakukan. Sehingga diberi ucapan tahniah. Ditatapnya wajah Liau. Liau tersenyum . Dia tahu Roslan tertanya-tanya dengan ucapannnya, memang sengaja dirahsiakan." Nanti tunggu " kata Liau. Roslan bertambah pelik dengan gelagat Liau dan ayahnya. Berbagai persoalan bermain dibenaknya.


    Aba datang membawa sekeping kertas yang telah siap Diprint. Dia menghulurkan kertas tersebut sambil memberi senyuman penuh bermakna. Roslan mengambil kertas tersebut. Hatinya penuh dengan persoalan. "Kertas apa ni" bisik hati Roslan.

    Tertera susunan ayat "Tahniah anda terpileh sebagai seorang pelajar sekolah Menengah Teknik dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik" Roslan tergejut dia tidak menduga akan terpileh ke aliran Teknik sebab dia hanya mendapat 1 A dan yang lain semua B . Pada fikiran Roslan dia mungkin hanya mendapat peluang ke sekolah Vokasional sahaja.

    Dengan wajah riang Liau rakan karib Roslan juga anak Aba bersuara" Lan kita berdua terpileh ke sekolah yang sama" .Bertambah tergejut lagi Roslan. Tiba-tiba perasaan Roslan didatangi rasa gelodak gembira yang amat sangat. Di peluknya Liau. "Kita akan belajar bersama dan kamu boleh ajar aku matematik kan" pinta roslan .Liau menangguk kepalanya.


    "Jom", ajak Liau sambil menarik tangan Roslan ke kereta. Di tempat driver sudah ada Aba. "Hari ini Uncle belanja makan " beritahu Aba. Lepas tu kita pergi Shoping unuk barangan sekolah kalian". "Tapi uncle...." Roslan mencelah. Sambil memandu Aba memberitahu"Hari ni Uncle belanja okey"


    Hari itu juga Aba membeli alat keperluan Roslan dan anaknya Liau . Roslan dibawa makan-makan. Segalanya sudah tersedia. Beg sekolah buku,alat tulis ,sabun dan segala keperluan asrama telah siap.

    Roslan sudah tidak sabar untuk hidup di asrama. Baginya ini satu dunia baru yang amat bermakna dalam hidupnya. Dia gembira berjauhan dari segala yang meruntun jiwanya selama ini.

    Dia berharap bila berjauhan nanti ibu tirinya akan berubah. imapiannya akan belajar bersungguh-sungguh . Dia akan menjadi jurutera suatu hari nanti. Itu cita-citanya. Tanggapan bahawa sekolah Teknik itu Low kelas perlu dikikis .Dia berazam akan mengatasi keputusan kak Shimah yang kini belajat Di Kolej Matrikulasi. Itu impiannya.

    "Lan!!!!!bila balik? satu soalan singgah ditelinga Roslan. Lamunannya tergugat. Roslan menoleh . Tergejut Roslan.

    Posted on December 16, 2011 7:52 AM

     
  35. ZaCk Ash Said,

    Setelah selesai kerja di dalam rumah Roslan keluar meninjau apa yang belum selesai di luar rumah. Di celah pepohon koko pancaran mentari kian terang. kilauan embun kian hilang dimamah cahaya matahari pagi. Disini banyak kenangan di zaman anak-anak . Di sinilah tempat Roslan menghabiskan masa bersama kawan-kawan bermain , menolong datuk mengopek koko juga tempat Roslan melabuhkan diri setiap kali keletihan melakukan kerja harian.

    Terdapat sebuah meja dan kerusi panjang yang telah usang dek sudah jarang dihuni. Kerinduan pada masa silam menyebabkan tanpa sedar Roslan terus ketempat tersebut disapunya daun-daun yang memenuhi setiap sudut.

    Rasa kepuasan menyelinap dalam diri. Sudah bersih kawasan keliling. Roslan duduk dikerusi .Dikuisnya daun-daun dibawah meja. Wajah Zakiah, Hamidah ,Tina,Azman, Liau dan Rama bermain difikirannya. Dulu mereka inilah yang menjadi teman sepermainan nya. Zakiah dan Liau yang paling akrab. Segala masalah tertumpah pada mereka.

    Dimeja ini mereka akan membuat kerja sekolah bersama . Nenek akan datang menghidang ayer dan kadangkala kueh. Masih terbayang diingatan apabila nenek datang Zakiah orang paling sebok menolong. Entah kenapa Roslan begitu senang dengan kehadiran Zakiah. Roslan tidak segan untuk menceritakan setiap gelodak yang dihadapinya.

    Rakan-rakan Roslan kini semuanya telah pergi membawa haluan masing-masing. Zakiah telah berpindah ke Sabah, mengikut ayahnya seorang guru yang ditugaskan ke sana. Sejak itu Zakiah tidak dapat dihubungi. Roslan hanya berhubung rapat dengan Liau itupun setelah mendapat tawaran sekolah yang sama . Sebelum ini Liau bersekolah dibandar. Sementara Roslan tinggal dirumah ayahnya untuk beberapa tahun.

    Ayah Roslan sering ke Site . Disebabkan rumah ayahnya tidak jauh dari rumah nenek dunia Roslan didua tempat tinggal. Keluarga Roslan sering kerumah nenek. Anak-anak datuk dan nenek yang lain berjauhan. Kebanyakan merantau di Kuala Lumpur.

    Salam kak Aini. Maaf untuk mukasurat ini bukan dibawah mukasurat diatas. Ia di atas mukasurat yang dipost bertarikh 20 Dis 2011. Saya tidak tahu entah dimana hilang mukasurat tersebut.

    Posted on December 22, 2011 2:03 AM

     
  36. Siti Sara Said,

    Masih jelMasih jelas difikiran Roslan ketika dia dalam dilema untuk meneruskan pelajarannya akibat keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan. Ayah Liau banyak memberi dorongan dan perangsang serta membuka jalan untuk Roslan meneruskan impiannya.

    Ketika itu Roslan lebih banyak bersama
    dirumah ayahnya. Masa untuk belajar agak kurang berbanding dirumah datuknya. Kesilapan datuknya membenarkan Roslan tinggal dirumah ayahnya.

    Tetapi ayah Liau bijak dia telah berjaya kembalikan Roslan ke rumah datuk apabila Roslan hidup di asrama. Mak tiri Roslan banyak memainkan peranan supaya Roslan lebih bersemangat untuk pelajarannya. Kata-kata hinaan dan sindiran tajam darinya telah menyebabkan Roslan tercabar. Masih terpahat dilipatan hatinya apabila pada suatu hari di sebalik kemeriahan sanak saudara berkumpul dirumah nenek . Roslan dihina oleh ibu tirinya.

    "Buat apa sekolah kan budak Lan tu menghabiskan duit sahaja" cetus suara dimulut ibu tirinya apabila semua keluarga berbincang tentang persekolahan anak masing-masing. Memang keputusan peperiksaan PMR Roslan tidak sebaik dua sepupunya yang mendapat Lapan A . Mereka layak ke sekolah berasrama penuh.

    Roslan yang berada bersama-sama hanya mendiamkan diri. Semua menoleh ke arah Roslan. Roslan pura-pura sebok . Namun dihatinya hanya tuhan yang tahu. Rasa malu dan rendah diri menyelinap dalam diri Roslan. Jiwanya luruh bersepai-sepai. Hatinya merintih pilu. Tiada siapa yang memujinya. Roslan sedar dengan keadaan dirinya.

    Dalam diam dia menyusur keluar dari kelompok keluarganya. Dia terus keluar dan mendapatkan basikalnya . Dikayuhnya basikalnya ke rumah Liau tidak sabar rasanya dia untuk menceritakan keputusan peperiksaanya pada Aba ayah Liau. Baginya Aba lebih rapat dari ayahnya sendiri.

    Posted on December 22, 2011 4:29 PM

     
  37. Siti Sara Said,

    Dibalik susunan sabut kelapa Roslan terus mengayuh basikalnya kepejabat ayah Liau tidak dihirau cuaca yang membahang panas. Baginya hatinya lebih panas dari pancaran terik mentari. Sebaik sampai dia terus meletakkan basikalnya ditepi kedai. Roslan mendapatkan Aba. "Aba saya tidak mahu lagi bersekolah, saya nak kerja dengan Aba". Adu Roslan jiwa remajanya yang panas cukup cepat membuat keputusan. Aba dengan tenang mengajak Roslan ke meja tulis . "Lan cuba duduk dan bertenang" pujuk Aba. Baginya Roslan adalah sebahagian hidupnya. Keakraban Roslan dan keluarganya tidak dapat dinafikan. Roslan menunjukkan keputusan peperiksaannya kepada Aba.

    Perlahan Aba membelek keputusan peperiksaan Roslan. Bagi Aba sebagai seorang bekas guru, keputusan peperiksaan Roslan yang mendapat satuA dan yang lainnya B bukanlah keputusan yang teruk. Bagi Aba Roslan hanya tidak berpeluang untuk menunjukkan kebolehannya. Roslan banyak menghabiskan masa menunaikan perintah dan kehendak ibu tirinya.

    Aba bertekad akan memberi peluang kepada Roslan. Jalan yang paling mudah ialah dengan menghantar Roslan ke sekolah berasrama. Dengan pantas Aba mula menekan punat komputer. Aba terus memohon ke sekolah Mnengah Teknik untuk Roslan.

    "Lan percayalah hidup Lan akan berubah suatu hari nanti. Lan mesti buktikan kepada semua bahawa keputusan Pmr bukan penentu segalanya. Lan mesti buka minda semua masyarakat bahawa tidak semestinya calon yang terpileh keasrama penuh boleh cemerlang andai mereka asyik leka berseronok dengan kejayaan mereka." pujuk Aba lagi.

    "Betul uncle?" soal Roslan. Selama ini pada fikiran Roslan kak Shimah ,Nurul dan Naim dua sepupunya orang paling bijak. "Ya, Lan mesti buktikan kepada semua tentang kebolehan Lan."nasihat Aba . "Ingat keputusan PMR ini adalah jalan sebenar untuk Lan meniti kejayaan. Ramai masyarakat kita belum sedar bahawa pelajaran teknikal amat berguna dialam pekerjaan nanti. Kalau Di Amarika 70 peratus pelajarnya lebih kearah pendidikan teknikal. Okey buka minda tu sikit. Jangan ketinggalan. " Aba memberi sekuntum senyuman bila dilihatnya Roslan sudah faham keadaan sebenar kehidupan sekarang. "Liaupun Aba mohon sekolah Teknik" beritahu Aba. Liau mendapat lapan A dalam peperiksaanya.

    "Baiklah kalau macam tu saya balik dulu " pinta Roslan. Roslan bersiul-siul kecil. Hatinya kembali tenang. Dia mula berazam akan belajar bersungguh nanti. Dia berdoa agar dapat bersekolah kembali bersama rakan karibnya Liau.

    Posted on December 22, 2011 4:29 PM

     
  38. Siti Sara Said,

    H ari itu Roslan benar-benar sebok maklum segala tugasan rumah terpaksa dipikul. Sebagai anak dia tidak pernah mengeluh walaupun dia amat letih. Dia sedar kehidupannya bergantung kepada mereka. Kenangan indah semasa bersama datuk dan nenek tidak pernah luput disanubari. Zaman kanak-kanaknya dulu cukup indah.

    Keindahan itu hilang dek ditelan masa . Ayah Roslan meluahkan hasrat untuk Roslan tinggal dengannya sedangkan kak Shimah dan adiknya tidak bersama. Mereka tetap bersama nenek. Entah apa istimewanya dia ayah memilih dia sebagai anak disampingnya. Mungkin kerana Roslan anak lelaki satu-satunya. Mulanya Roslan amat senang maklum dirumah ayahnya serba serbi ada berbanding dengan rumah nenek. Memang rumah ayah tidak jauh dari rumah nenek. Tapi nenek jarang ke rumah ayah Roslan dan sanak saudara lain akur apa sebabnya.

    Dikeasyikan Roslan menyiapkan segala kerja rumah tiba-tiba terdengar deruan sebuah kereta dihalaman rumah. Kedengaran bunyi hon bertalu-talu. Roslan menjengah , dilihatnya ayah Liau Aba keluar dari kereta. Dilambainya tangan kepada Roslan.

    Cepat-cepat Roslan melangkah kaki menuju kehalaman . "Ada apa uncle"? soal Roslan. Selalunya Aba jarang datang kerumah ayah Roslan kecuali bila ada urusan dengan ayah Roslan . Tapi hari ini tiba-tiba Aba muncul."Apa sebabnya"? Roslan bertanya dalam hati.

    Aba dan Liau turun dari kenderaan. Senyuman penuh makna dilemparkan pada Roslan. Dengan wajah berseri Aba berjabat tangan dengan Roslan. "Tahniah" sepatah ucapan kudus diluahkan kepada Roslan.

    Posted on December 24, 2011 12:37 AM

     
  39. Siti Sara Said,

    Wajah yang amat dirinduinya terpacak didepan mata, Zakiah gadis yang menjadi pujaannya dalam diam tiba-tiba menjelma . Zakiah salah seorang rakan sepermainan Roslan, agak hairan Roslan diremang pagi begini gadis ini tiba-tiba berhadapan dengannya. Tadinya Roslan agak gugup maklum dulu Zakiah masih lagi kanak-kanak. Enam tahun yang silam mengubah segalanya. Zakiah kini seorang anak gadis belasan tahun.

    Paras rupa Zakiah sudah berubah dia amat cantik bertudung menutupi rambutnya yang lurus. Kulitnya lebih putih dari dahulu. Tubuhnya yang gempal sudah lenyap . Zakiah kini seorang gadis ayu , tinggi lampai bak seorang peragawati. Kulitnya putih bak salju, hidungnya mancung halus. Pipinya licin bak telur dikupas. Roslan terpaku melihat perubahan Zakiah jiwa remajanya bergetar melihat kecantikan Zakiah.

    "Bagaimana tiba-tiba muncul"? Suatu soalan tiba-tiba terpacul dari mulut Roslan. Memang dia benar-benar tergejut dengan kehadiran Zakiah. "Keluarga saya telah kembali ke Semenanjung. Buat sementara kami tinggal di rumah nenek" terang Zakiah panjang lebar.

    Baru Roslan faham, memang baru-baru ini nenek Zakiah ada bersuara memberitahu mereka akan kembali ke Semenanjung . Tapi Roslan tidak menduga begitu cepat. Hati Roslan berbunga riang.

    Mereka berdua berjalan menuju ke meja tempat mereka sering bersama dahulu. Banyak yang ingin dibualkan.

    Rupanya Zakiah juga mengambil jurusan Kejuruteraan Elektrik di salah sebuah sekolah menengah Teknik di Sabah. Menurut Zakiah dia mendapat sepuluh A dalam peperiksaan percubaan SPM nya dan antara calon yang dipileh untuk ke Jepun atas tajaan Biasiswa Petronas.

    Roslan tersenyum. Nampaknya ada sesuatu yang menjadi rahsianya. Dia tidak lagi memberitahu sesiapa . Biarlah dia dan Liau rahsiakan dahulu mengenai hal ini dari sesiapa. Baginya dia akan beri kejutan pada semua apabila tiba masanya kelak.

    Tidak sia-sia Roslan tinggal di ASrama. Kehidupannya di sana benar-benar mengubah dirinya. Roslan antara murid yang paling aktif dalam setiap aktiviti sekolahnya. Malahan dia telah di lantik sebagai wakil pelajar dari sekolahnya kepertukaran pelajar ke negara matahari terbit. Sejak itu juga Roslan memasang cita-cita untuk memeneruskan pelajarannya di negara itu.

    Tapi impian itu masih tersemat dilipatan sanubarinya. Roslan menyimpan impiannya itu kemas-kemas. Dia ingin beri kejutan pada semua.Terutama pada ibu tirinya yang memandang rendah padanya. Kini atas kehendak Tuhan manusia mampu mengubah nasibnya andai dia berusaha. Pada Roslan dia tidak perlu bangga dengan kejayaan yang kini mula bertapak dalam setiap yang dilakukannya. Roslan tetap merasa dia perlu lagi mengetahui berbagai perkara. Semua ini adalah sifat yang diperolehinya dari sahabat karibnya Liau.

    "Lan ,apakata esok kita berkumpul untuk berbincang apa yang patut dilakukan sepanjang percutian kita" pinta Zakiah. "Maaf Kiah esok Aku ada hal" beritahu Roslan.

    Posted on December 24, 2011 1:19 AM

     
  40. Siti Sara Said,

    "Hal apa..? soal Zakiah, selalu kalau semasa sekolah rendah dahulu setiap yang dilakukan akan diberitahu. "Agaknya keadaan merubah segalanya"...detik hati Zakiah.

    "Sebenarnya aku akan ke bandar esok nak cari kerja sementara result keluar. Aku juga akan ke sekolah memandu untuk mendaftar ujian memandu" jelas Roslan.

    Zakiah akur dengan kata Roslan. Bagi Zakiah dia bercadang untuk bekerja di kilang berdekatan rumah neneknya, Cadangnya dia nak ajak Roslan dan rakan-rakan sekali. Tapi Roslan sudah berjanji dengan Liau untuk bekerja dengan Aba ayah Liau pengalaman Roslan dahulu terutama mengenai elektrik akan diteruskan bersama Aba.

    Roslan sudah banyak mengetahui nama-nama kompenen elektrik sehingga memudahkan lagi dia belajar sepanjang persekolahan nya dahulu. Disamping itu Roslan berazam akan belajar dan mengambil sijil pendawaian elektrik tahap satu ini sebagai ilmu untuk dia bekalkan apabila dia menerokai alam pekerjaan setelah tamat pengajian nanti. Roslan tidak mahu sekadar pada teori sahaja, biarlah dia mempraktikkan semuanya agar menjadi lebih mudah lagi nanti.

    Posted on December 25, 2011 5:02 PM

     
  41. Siti Sara Said,

    Pertemuan antara Roslan dan Zakiah memang sesuatu yang tidak pernah dijangka. Zakiah menyepi tanpa berita bertahun lamanya. Di pagi yang bening ini, wajah itu kembali lagi mengembalikan kehidupan yang hilang selama ini.

    Zakiah tidak mengetahui apa yang terjadi sebelum ini. Pada Zakiah mungkin Roslan seperti dulu seorang anak yang bijak. Sering mendapat tempat pertama pada setiap acara yang disertai.

    ltu dulu, sejarah mengubah nasib Roslan lima tahun Roslan tinggal sepenuhnya dengan bapanya. Disebuah rumah mewah berdekatan . Disebalik kemewahan yang dilihat tiada siapa nampak perang saikologi berlaku,penderaan saikologi terhadap seorang anak lebih sakit dari sebilah rotan yang dilibas. Kebijaksanaan yang dimiliki hancur dek perang saikologi.

    Kehidupan harian Roslan disekat, dia tidak dibenarkan bergaul dengan rakan taulan. Masa seharian dihabiskan dengan berbagai aktiviti, setiap yang dilakukan berada dalam kocek ibutirinya. Untuk menelaah pelajaran suatu mimpi indah buat Roslan.

    Tidak siapa menduga suatu hari sesuatu berlaku pada Roslan. Hari itu cuaca amat terik, Roslan merasakan dirinya benar-benar tidak berdaya, diusia sebelas tahun kebiasaan bagi Roslan akan turut segala kemahuan ibu tirinya. ltu pesan terakhir nenek semasa bapanya membawa bersama kerumah baru bapanya. Hari itu Roslan di suruh pergi kekedai. Tapi pertama kali dalam hidupnya Roslan menolak kemahuan ibu tirinya.

    Tanpa usul periksa Roslan dipukul dia dianggap mengingkari perintah orang tua. Berbirat badan Roslan. Roslan tidak dibenarkan tidur dibiliknya. pada ibu tirinya ini satu pengajaran kerana tidak ikut perintahnya. Hari itu Roslan disuruh tidur dihalaman. Ibu tirinya amat benci pada anak yang malas. Roslan benar-benar tidak berdaya dia tidur dibawah pokok yang berdekatan halaman rumahnya.

    Hari sudah petang Roslan masih tidak bangun, Asmah ibu tiri Roslan menjengah mukanya dibalik birai tingkap. Hatinya kian panas dengan perubahan Roslan . Dia menduga ini helah baru Roslan. Dia amat kesal kerana Roslan mula degil. diamatinya Roslan dari jauh. Jam nenunjukkan pukul tujuh petang Roslan masih tidur. Perlahan Asmah menghampiri anak tirinya yang sebelum ini tidak pernah engkar pada setiap arahannya.

    Roslan tidak bergerak. Asmah meraba kaki Roslan sejuk.
    Nun jauh kelihatan sayup sebuah kereta menghampiri rumah . Tidak lain tidak bukan ayah Roslan balik dari site.

    Posted on December 26, 2011 3:30 AM

     
  42. Azmah Nordin Said,

    sitisara :)

    kita buat seluruhnya dr sudut pandangan roslan je k. lagi satu, bila buat posting, mesti letak no muka surat, sbb baru tadi saya buat editing 4 mukasurat, sekali saya dapati bahawa ia adalah posting lama anda. kesilapan itu byk makan masa saya, dari pagi saya buat editing tu, sia2 je tu. baiklah, kita mulakan k
    _______________________
    Bab 1


    "Alangkah indahnya andai ibu masih ada" keluh Roslan. Tapi masa yang diinjak tidak akan kembali, (fikirnya. Sama ada suka ataupun tidak,) dia perlu melalui suratan yang tersurat (dgn tabah. dia sedar,) keluhannya tidak akan mengubah apa yang terjadi.

    Roslan masih berteleku di atas sejadah kesayangannya, (pernafasan). Sejadah (itu adalah) hadiah semasa mula-mula Roslan mendaftar ke asrama (asrama apa?) dua tahun lepas. Nenek yang menghadiahkan sejadah tersebut. Kata nenek walau di mana Roslan berada, Allah sentiasa bersama. Jadi sebagai hambanya kita tidak boleh melupainya. Hanya dengan mendirikan solat kita akan dekat dengan Allah. Sejadah ini adalah tempat paling bersih untuk bersujud pada yang esa.

    Setiap kali menghabiskan solat dia tidak pernah lupa untuk berdoa (semoga keputusan peperiksaannya - ? knp dia perlu berdoa begitu?) Dia juga turut berdoa buat kedua ibubapanya jua buat nenek, datuk, jua umat muslim lainnya. Kalimah kudus dari bibirnya sering terucap dengan penuh syahdu.

    Lafaz ayat suci yang lahir dari bibir Roslan begitu mendayu. Memukau setiap yang mendengarnya. Lantaran kehebatan suara lunak Roslan bersolat dia telah dilantik sebagai imam muda di sekolahnya. (buat dr sudut pandangan roslan je, buat monolog dlm bentuk soalan je, misalnya; hatinay tertanya-tanya; apakah lafaz ayat suci yg terbit drpd bibirnya begitu mendayu2? dan seterusnya k)

    (gmbarkan riak mukanya. (tmbh; sungguh Roslan tidak tahu. tetapi, yang pasti) dia lebih dikenali dengan nama budak Robbana oleh semua pelajar. Apatah lagi pelajar perempuan yang gemar pada watak wajah pelakon Korea Lee Min Ho. (perasaannya dpt gelar mcm tu?)

    (pernafasan) Setiap kali doa untuk ibu tercinta dilafaz airmata umapama mutiara berjurai-jurai mengalir tanpa sedar. lngatan pada ibu tercinta begitu dalam. Hanya dua keping gambar yang tergantung didinding bilik ini menjadi pelepas rindu Roslan pada ibunya. Tergantung didinding potret ayah dan ibunya. Tersenyum manis ibunya berpegangan tangan dengan ayahnya. Di waktu potret itu diambil ibunya mengandungkan adik kembarnya. (adik Wajah ibunya cantik rambutnya lurus panjang, matanya bulat macam mata anak patung, Kata nenek kulit ibunya putih melepak. Bila ibunya ketawa muka akan kemerahan bak buah ceri. kembarnya di mana sekarang?) ltulah potret terakhir ibunya.

    Roslan menghitung hari kematian ibunya yang tidak pernah ditatap semenjak dia mengenal erti sebuah kehidupan.

    (gmbarkan gelojak perasaan dlm dada roslan) Sudah empat belas tahun berlalu, empat belas tahun bukan satu jangkamasa pendek. Ia boleh mengundang pelbagai peristiwa. Hari ini empatbelas sudah ibu tercinta Roslan meninggalkan alam fana ini menuju alam yang lebih kekal. Alam yang mesti dilalui oleh setiap insan di bumi ini. Tiada siapa boleh mengelaknya walau setinggi mana darjatnya. Cuma waktu dan keadaan berbeza mengikut ketentuan Allah.

    Roslan (yg berbadan) sederhana, berkulitnya putih kuning, berambut lurus, dengan matanya agak kecil dibandingkan dengan pemuda Melayu (biasa itu, menghela nafas panjang). (dia sedar) wajahnya agak serius kalau siapa tidak mengenalinya pasti dia dianggap seorang anakmuda yang sombong. Apatah lagi paras rupanya yang agak (dikatakan) kacak ini seiras bintang filem Korea Lee Min Ho (siapa yg kata dia kacak?).

    (prnafasan) (teringat dia) akan nenek dan datuk yang mengasuhnya, semenjak kematian ibunya dahulu. (usia dia berapa masa tu?) Kehidupan bersama datuk dan nenek penuh dengan tata tertib. Nilai keagamaan adalah tunjang kehidupannya. Lantaran itu Roslan tidak pernah lupa menunaikan solat. Malahan dengan melakukan solat Roslan mendapat ketenangan yang tidak ternilai.

    Posted on December 28, 2011 1:51 PM

     
  43. Azmah Nordin Said,

    (sejurus), Roslan melipat kain sejadah lalu disidainya di sudut kiri bilik. (dia tersendu kepiluan) Di sudut inilah ibu Roslan menghembuskan nafas terakhirnya. Di saat semua menanti dengan penuh debaran kelahiran kembar kedua. (ada bidan tak? tmbh; khabarnya) darah ibunya) turun dengan banyaknya bagai curahan air. (apa kata bidan tu? nada suara ibu? di mana roslan ketika itu? reaksi ayah? gmbarkan suasana, udara, cuaca)

    Segalanya begitu cepat berlaku. (sungguh tidak disangka,) di saat inilah Roslan hilang seorang ibu. (gmbarkan suasana hari pengkebumian, siapa datang, siapa baca yasin, reaksi ayah, roslan, ada sedara mara? siapa urus jenazah? roslan masa tu darjah berapa? ada pergi sekolah? ada peperiksaan? ada dll ikut pergi kubur tak?)

    (riak muka roslan semasa mematikan kenangan silamnya) Biarpun hingga ke detik ini, bilik ini tidak pernah di ubah walau sedikitpun. (menurut ayahnya, (biarlah bilik) ini adalah (tinggal sebagai) kenangan dia dan (arwah) isterinya. Roslan amat faham dengan situasi perasaan ayahnya. (jika boleh, roslah juga ingin punya bilik khas utk mengingati arwah ibunya? dll)

    (kini) kesejukan udara pagi menusuk tulang sum-sumnya. Apalagi dengan putaran kipas yang sentiasa bergerak laju menambah lagi kesejukan yang sedia ada. Perlahan Roslan menuju ke tingkap bilik, dikuaknya dedaun tingkap seluasnya. Angin sejuk pagi menerjah masuk, terasa segar dan nyaman. Di balik jendela tingkap sang mentari mula menyimbahkan cahaya lembut dan menyegarkan.

    Suluhan sang mentari bagai membelai dedaun yang masih lembap disentuh sang embun, (turut membelai roslan tak?). Sinaran cahaya mentari memantulkan warna pelangi di setiap hujung rumput. Warna merah, kuning, jingga, hijau dan biru begitu memukau pandangan Roslan. Bilah-bilah cahaya matahari mula menembusi setiap pepohon yang ada berhadapan tingkap rumahnya.

    "Alangkah indahnya ciptaan Tuhan" bisik Roslan sendirian. (alangkah baiknya jika cahaya matahari itu juga mernerbitkan warna pelangi dlm bidupnya? dll) Keindahan pagi ini disambut riang oleh sang murai. Kicauannya cukup mempersonakan. Kenangan Roslan dizaman anak-anaknya berputar kembali. Di situ di balik pohon koko itu tidak pernah dilupai Roslan dia pukul lantaran terlewat balik dari sekolah.

    (buat dialog hidup ibu tirinya)

    Bukan salah Roslan, hari itu cikgu Salmiah mengadakan kelas tambahan bagi pelajar UPSR. Disebabkan hal itu badan Roslan berbirat dikerjakan oleh ibu tirinya. Hari itu kebetulan nenek dan datuk keluar kerumah kenduri. Sedaplah Roslan mendapat habuan roti panjang. Bagi Roslan peristiwa itu tetap terpahat dilipatan hatinya.

    Di situ Roslan (usia) duduk seharian menanti nenek dan datuk pulang. Roslan benar-benar (merajuk - tukar; tersinggung diperlakukan sebegitu kejam oleh) ibu tirinya yang tidak pernah mahu usul periksa perkara sebenar. (Roslan sedar - tukar; anehnya) ibu tirinya tidak begitu sebelum kelahiran Zaini adik lelakinya. (kini) boleh dikatakan saban hari Roslan disalahkan. Kasih ibu tirinya sudah berpindah tangan. (bandingkan kasih ibu tirinya dgn titisan embun tu) Roslan akur semua itu, dia sedar siapa dirinya, dia hanya menumpang kasih. Dia pasrah dengan apa yang terjadi.

    Di balik pohon koko inilah tempat Roslan menangisi nasib diri. Di sini ada pondok kecil. Terdapat sebuah meja usang dan dua kerusi tempat rehat. Di sini juga tempat Roslan mengulangkaji pelajaran. Roslan cukup tenang di sini.

    Datuk dan nenek jarang ada di rumah. Boleh dikatakan hidup mereka banyak berjalan-jalan di rumah anak-anak (yg lain? ayahnya anak yg ke berapa?). Semua anak-anak datuk dan nenek tinggal jauh. Sebab itu rumah ini diberi kepada ayah Roslan. Ayah Roslan pula jarang berada dirumah. Dia sibuk bekerja sebagai kontraktor binaan. Boleh dikatakan saban hari dia akan tinggal di site. ltulah rumah kedua ayah Roslan. (perasaan roslan ttg perkara ini?)

    Posted on December 28, 2011 2:09 PM

     
  44. Azmah Nordin Said,

    (Yang paling dekat dengan Roslan adalah ibu tirinya. Saban hari wajah itu akan ditemuinya. Dia tidak boleh mengelak. Wajah yang mencuka itu jarang tersenyum padanya. Sungguh benci dia pada Roslan. Tapi Roslan berjanji pada diri akan buktikan kebolehannya. Roslan tidak mahu rasa benci yang bersarang dihati ibu tirinya terus bertapak. Roslan akan kikis perasaan itu sedikit demi sedikit ibarat menarik rambut dalam tepung. rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.- pelbagaikan cara persembahan ayat, paragraf ni buat monolog hidup mcm dia berckap dlm hati gitu)

    Roslan beredar dari bilik menuju ke dapur, meja makan masih berselerak, pinggan mangkuk tidak berbasuh, sungguh pelik semalam Roslan sudah kemas semuanya. "Ah, biarlah!" detak hati Roslan. Pinggan mangkuk tersebut dibawa kesink untuk dibasuh. Suasana dirumah agak sepi agaknya ibu tiri dan adiknya masih belum bangun. (mana dia tau, dia ada intai ke bilik merekakah? jelaskan, pendek2 je)

    Secolek sabun disapu untuk membasuh pinggan. Dalam keasyikan membasuh pinggan, Roslan berfikir ligat apakah akan dimasak nanti. Rasanya enak juga dia memasak nasi lemak dengan sambal ikan bilis. Kenyang juga perutnya nanti.

    Setelah selesai membasuh pinggan dan mengemas meja makan. Roslan mula menumis cili yang siap dikisar di dalam peti ais. ikan bilis digoreng separuh dan separuh lagi dimasukkan dalam sambal. Beras diambil didalam bekas setelah dibasuh dan ditos, Roslan mula memerah santan . Akhirnya siap juga nasi lemak ikan bilis yang dimasak oleh Roslan. Bagi Roslan walaupun dia seorang lelaki dia tidak kekok membuat kerja dapur.

    (buat dialog seseorang tegur dia buat kerja rumah mcm tu)

    (riak muka roslan mengingatinya) Baginya tidak ada beza antara lelaki dan perempuan dalam menguruskan kehidupan harian. Segala yang dilakukan ini akan memberi manafaat bila dia berjauhan dirantau nanti. Dia tidk perlu membeli makanan seperti setengah anak bujang dirantau. Segala yang dilakukan ini banyak memberi pengajaran pada kehidupannya kelak.

    Setelah selesai melakukan tugas di dapur, Roslan bergegas keruang tamu dia ingin selesaikan semua tugasan dirumah, nanti bila dia ke pekan tidak lagi diingat perkara yang belum selesai dibuat.

    Dentingan jam berdenting tujuh kali. Kedengaran rengekan adiknya dan suara ibu tirinya. Agaknya mereka sudah sedar dari mimpi indah. Roslan cepat-cepat keluar dari rumah. Pura-pura sebok. Memang hari ini dia agak sebok. Dia akan ke pekan untuk mencari kerja sementara keputusan SPM diumumkan. Angan-angannya nanti duit yang terkumpul hasil kerjanya akan di simpan untuk tambahan belanja pelajarannya. Di samping itu Roslan berkeinginan belajar memandu. Di zaman kini lesen memandu adalah aset amat berharga. Baginya tak akan selamanya dia akan naik basikal.

    Posted on December 28, 2011 2:18 PM

     
  45. Azmah Nordin Said,

    Di(jenguknya) kemilau sang mentari yang menyuluh setiap penjuru, di luar rumah. Titisan embun yangbersinar disuluh cahaya pagi kian lenyap. Rumput kian mengering. (bandingkan semua suasana tu dgn perasaan/hidupnya, tmbh; pernafasan) Para penduduk sekitar (kelihatan) sibuk dengan tugas masing-masing. Kedengaran deruan kenderaan motosikal dan motokar dijalan berhadapan rumah Roslan.

    (roslan tahu,) kebanyakan penduduk sekitar rumahnya bekerja dalam sektor industri. Kawasan ini satu-satunya kawasan terdekat untuk ke kawasan perindustrian Prai. (mungkin) sebab itu setiap jiran tidak punya masa untuk bergaul (mesra). Mereka sibuk dengan tugas (harian - hakiki) masing-masing. Perubahan kehidupan hasil dari kemerdekaan dapat dirasai. Semua bebas menunaikan cita-cita masing-masing. (cita2 roslan?)

    (buat dialog ucapan liau tu kat sini, bila ni? di mana, suasana)

    Roslan kehairanan apa yang telah dilakukan. Sehingga diberi ucapan tahniah. Ditatapnya wajah Liau. Liau (gmbarkan liau, penampilan), tersenyum. Dia (seakan) tahu (bahwaa) Roslan tertanya-tanya dengan ucapannnya, (ternyata) memang sengaja dirahsiakan.

    "Nanti tunggu!" kata Liau.

    Roslan bertambah pelik dengan gelagat Liau, (siapa liau kpd roslan) dan ayahnya. Berbagai persoalan bermain dibenaknya. Aba (siapa aba?) datang membawa sekeping kertas yang telah siap (Diprint - tuakr; dicetak). Dia menghulurkan kertas tersebut sambil memberi senyuman penuh bermakna. Roslan mengambil kertas tersebut. Hatinya penuh dengan persoalan.

    "Kertas apa ni" bisik hati Roslan.

    Tertera susunan ayat; "Tahniah anda terpileh sebagai seorang pelajar sekolah Menengah Teknik dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik."

    Roslan (tergejut - ejaan yang betul; terkejut) dia tidak menduga akan terpilih ke aliran Teknik sebab dia hanya mendapat 1 A dan yang lain semua B. Pada fikiran Roslan dia mungkin hanya mendapat peluang ke sekolah Vokasional sahaja. (perasaannya)

    Dengan wajah riang Liau rakan karibnya itu juga anak Aba bersuara, "Lan kita berdua terpilih ke sekolah yang sama,"

    Bertambah (tergejut - eja dgn betul) lagi Roslan. Tiba-tiba perasaan Roslan didatangi rasa gelodak gembira yang amat sangat. Di peluknya Liau.

    "Kita akan belajar bersama dan kamu boleh ajar aku matematik kan?" pinta roslan .Liau menangguk kepalanya.

    "Jom," ajak Liau sambil menarik tangan Roslan ke kereta. Di tempat (driver - pemandu) sudah ada Aba, (gmbarkan aba).

    (buat mereka masuk kereta tu, kereta bergerak, suasana sekitar laluan, bandingkan dgn hati roslan)

    "Hari ini Uncle belanja makan, " beritahu Aba. Lepas tu kita pergi Shoping untuk barangan (keperluan) sekolah kalian."

    "Tapi uncle...." Roslan mencelah. (dlm hatinya?)

    Sambil memandu Aba memberitahu,"(jgn bimbang.) Hari ni Uncle belanja okey?"

    Hari itu juga Aba membeli alat keperluan Roslan dan anaknya Liau. Roslan dibawa makan-makan. Segalanya sudah tersedia. Beg sekolah buku,alat tulis, sabun dan segala keperluan asrama telah siap. (buat roslan terfikir ttg reaksi ayah dan ibu tirinya, andai mereka tahu dia dibelanja oleh Uncle Aba, fikiran roslan sendiri terhadap reaksi mereka nanti?)

    Roslan sudah tidak sabar untuk hidup di asrama. Baginya ini satu dunia baru yang amat bermakna dalam hidupnya. Dia gembira berjauhan dari segala yang meruntun jiwanya selama ini.
    Dia berharap apabila berjauhan nanti ibu tirinya akan berubah. Impiannya (hny satu; dia) akan belajar bersungguh-sungguh . Dia akan menjadi jurutera suatu hari nanti. Itu cita-citanya. Tanggapan bahawa sekolah Teknik itu (Low kelas - tukar; berdarjat rendah, tmbh; itu sama sekali tidak benar dan) perlu dikikis. Dia berazam akan mengatasi keputusan kak Shimah (siapa kak shimah?) yang kini belajat Di Kolej Matrikulasi. Itu impiannya.

    "Lan...! Bila balik?"

    Satu soalan singgah ditelinga Roslan. Lamunannya tergugat. Roslan menoleh . (Tergejut - perbaiki ejaan yg salah ni) Roslan.

    Posted on December 28, 2011 2:46 PM

     
  46. Azmah Nordin Said,

    Setelah selesai kerja di dalam rumah Roslan keluar meninjau apa yang belum selesai di luar rumah. Di celah pepohon koko pancaran mentari kian terang. kilauan embun kian hilang dimamah cahaya matahari pagi. (riak mukanya, misalnya, dia tersenyum lembut) Di sini banyak (sekali) kenangan di zaman anak-anak. Di sinilah tempat dia menghabiskan masa bersama kawan-kawan bermain, menolong datuk mengopek koko juga tempat Roslan melabuhkan diri setiap kali keletihan melakukan kerja harian. (gmbarkan mcm mana cara dia mengopek koko, warna koko, bau, kopek guna apa, dll)

    Terdapat sebuah meja dan kerusi panjang yang telah usang dek sudah jarang dihuni. Kerinduan pada masa silam menyebabkan tanpa sedar Roslan terus ke tempat tersebut disapunya daun-daun yang memenuhi setiap sudut. (ada angin tak? angin tu bertiup di mana?)

    Rasa kepuasan menyelinap dalam diri. Sudah bersih kawasan keliling. Roslan duduk dikerusi Dikuisnya daun-daun dibawah meja. Wajah Zakiah, Hamidah, Tina, Azman, Liau dan Rama bermain difikirannya. Dulu mereka inilah yang menjadi teman sepermainannya. Zakiah dan Liau yang paling akrab. Segala masalah tertumpah pada mereka.

    Di meja ini mereka akan membuat kerja sekolah bersama. Nenek akan datang menghidang ayer (manisan?) dan kadangkala kueh (mueh - beri nama beberapa jenis kueh). Masih terbayang diingatan apabila nenek datang Zakiah (gmbarkan zakiah, usia, penampilan) orang paling sibuk menolong. Entah kenapa Roslan begitu senang dengan kehadiran Zakiah. (yg pasti), Roslan tidak segan untuk menceritakan setiap gelodak yang dihadapinya. (reaksi zakiah mendengarkannya?)

    Rakan-rakan Roslan kini semuanya telah pergi membawa haluan masing-masing. Zakiah telah berpindah ke Sabah, mengikut ayahnya seorang guru yang ditugaskan ke sana. Sejak itu Zakiah tidak dapat dihubungi. Roslan hanya berhubung rapat dengan Liau itupun setelah mendapat tawaran sekolah yang sama. Sebelum ini Liau bersekolah dibandar. Sementara Roslan tinggal di rumah ayahnya untuk beberapa tahun.

    Ayah Roslan sering ke (Site - cari bahasa melayu utk perkataan site ini). Disebabkan rumah ayahnya tidak jauh dari rumah nenek, dunia Roslan (berulang alik) di dua tempat tinggal. Keluarga Roslan sering ke rumah nenek. (nenak suka tak agaknya?) (tmbh; lagipun), Anak-anak datuk dan nenek yang lain berjauhan. Kebanyakan merantau di Kuala Lumpur.

    Posted on December 28, 2011 2:58 PM

     
  47. Azmah Nordin Said,

    (riak muka roslan) Masih jelas di fikiran Roslan ketika dia dalam dilema untuk meneruskan pelajarannya akibat keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan, (bila ni). Ayah Liau banyak memberi dorongan dan perangsang serta membuka jalan untuk Roslan meneruskan impiannya. Ketika itu Roslan lebih banyak bersama (bersama siapa?) di rumah ayahnya. Masa untuk belajar agak kurang berbanding di rumah datuknya (knp kurang?). Kesilapan datuknya membenarkan Roslan tinggal di rumah ayahnya. (knp silap?)

    (buat dialog ayah liau kat sini, dgn siapa dia berdialog, nada suara, riak muka)

    Tetapi ayah Liau (ternyata amat) bijak. Dia telah berjaya kembalikan Roslan ke rumah datuk apabila Roslan hidup di asrama. Mak tiri Roslan banyak memainkan peranan supaya Roslan lebih bersemangat untuk pelajarannya - (secara tidak langsung Kata-kata hinaan dan sindiran tajam darinya telah menyebabkan Roslan tercabar. Masih terpahat dilipatan hatinya apabila pada suatu hari di sebalik kemeriahan sanak saudara berkumpul di rumah nenek . Roslan dihina oleh ibu tirinya.

    "Buat apa sekolah kan budak Lan tu menghabiskan duit sahaja!" cetus suara di mulut ibu tirinya apabila semua keluarga berbincang tentang persekolahan anak masing-masing. (gmbaran mak tiri, gayanya, riak mukanya, sinar matanya)

    (roslan tersentak nafas) Memang keputusan peperiksaan PMR Roslan tidak sebaik dua sepupunya yang mendapat Lapan A. Mereka layak ke sekolah berasrama penuh. (namun) Roslan yang berada bersama-sama hanya mendiamkan diri. Semua menoleh ke arah Roslan. Roslan pura-pura sibuk. Dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Rasa malu dan rendah diri menyelinap dalam diri Roslan. Jiwanya luruh bersepai-sepai. Hatinya merintih pilu. Tiada siapa yang memujinya. Roslan sedar dengan keadaan dirinya.

    Dalam diam dia menyusur keluar dari kelompok keluarganya. Dia terus keluar dan mendapatkan basikalnya. Dikayuhnya basikalnya ke rumah Liau tidak sabar rasanya dia untuk menceritakan keputusan peperiksaanya pada Aba ayah Liau (yg berada di mana ayah liau ni?). Baginya Aba (bekerja sebagai apa?) lebih rapat dari ayahnya sendiri.

    Posted on December 28, 2011 3:54 PM

     
  48. Azmah Nordin Said,

    Di balik susunan sabut kelapa Roslan terus mengayuh basikalnya ke pejabat ayah Liau. Dia tidak dihirau cuaca yang membahang panas. Baginya hatinya lebih panas dari pancaran terik mentari. Sebaik sampai dia terus meletakkan basikalnya di tepi kedai. Roslan mendapatkan Aba (di mana? nama tempat)

    "Aba saya tidak mahu lagi bersekolah, saya nak kerja dengan Aba!" Adu Roslan jiwa remajanya yang panas cukup cepat membuat keputusan.

    Aba dengan tenang mengajak Roslan ke meja tulis. "Lan cuba duduk dan bertenang" pujuk Aba.

    Baginya Roslan adalah sebahagian hidupnya. Keakraban Roslan dan keluarganya tidak dapat dinafikan. Roslan menunjukkan keputusan peperiksaannya kepada Aba. Perlahan Aba membelek keputusan peperiksaan Roslan. bagi Aba, sebagai seorang bekas guru, keputusan peperiksaan Roslan yang mendapat satu A dan yang lainnya B bukanlah keputusan yang teruk. (mungkin bagi) Aba, Roslan hanya tidak berpeluang untuk menunjukkan kebolehannya. Roslan banyak menghabiskan masa menunaikan perintah dan kehendak ibu tirinya. (buat dr sudut pandangan roslan je, buat dlm bentuk monolog hidup, dlm bentuk soalan gitu)

    (Aba bertekad akan memberi peluang kepada Roslan. Jalan yang paling mudah ialah dengan menghantar Roslan ke sekolah berasrama. Dengan pantas Aba mula menekan punat komputer. Aba terus memohon ke sekolah Mnengah Teknik untuk Roslan. - buat dr sudut pandangan roslan je dan roslan tak boleh baca hati aba,perbaiki ayat ni k)

    "Lan percayalah hidup Lan akan berubah suatu hari nanti. Lan mesti buktikan kepada semua bahawa keputusan Pmr bukan penentu segalanya. Lan mesti buka minda semua masyarakat bahawa tidak semestinya calon yang terpileh keasrama penuh boleh cemerlang andai mereka asyik leka berseronok dengan kejayaan mereka." pujuk Aba lagi.

    "Betul uncle?" soal Roslan. Selama ini pada fikiran Roslan kak Shimah, Nurul dan Naim dua sepupunya orang paling bijak.

    "Ya, Lan mesti buktikan kepada semua tentang kebolehan Lan."nasihat Aba. "Ingat keputusan PMR ini adalah jalan sebenar untuk Lan meniti kejayaan. Ramai masyarakat kita belum sedar bahawa pelajaran teknikal amat berguna di alam pekerjaan nanti. Kalau Di Amarika 70 peratus pelajarnya lebih kearah pendidikan teknikal. Okey buka minda tu sikit. Jangan ketinggalan. "

    Aba memberi sekuntum senyuman bila dilihatnya Roslan sudah faham keadaan sebenar kehidupan sekarang.

    "Liaupun Aba mohon sekolah Teknik" beritahu Aba. Liau mendapat lapan A dalam peperiksaanya.

    "Baiklah kalau macam tu saya balik dulu, " pinta Roslan, (kembali tenang).

    Roslan bersiul-siul kecil. Hatinya kembali tenang. Dia mula berazam akan belajar bersungguh nanti. Dia berdoa agar dapat bersekolah kembali bersama rakan karibnya Liau.

    Posted on December 28, 2011 4:04 PM

     
  49. Azmah Nordin Said,

    Hari itu Roslan benar-benar sibuk dengan segala tugasan rumah terpaksa dipikul. Sebagai anak dia tidak pernah mengeluh walaupun dia amat letih. Dia sedar kehidupannya bergantung kepada mereka. Kenangan indah semasa bersama datuk dan nenek tidak pernah luput di sanubari. Zaman kanak-kanaknya dulu cukup indah. (beri beberapa contoh pengalaman `indah' tu)

    Keindahan itu hilang dek ditelan masa. Ayah Roslan meluahkan hasrat untuk Roslan tinggal dengannya sedangkan kak Shimah dan adiknya tidak bersama. Mereka tetap bersama nenek. Entah apa istimewanya dia ayah memilih dia sebagai anak disampingnya. Mungkin kerana Roslan anak lelaki satu-satunya. Mulanya Roslan amat senang hati. Di rumah ayahnya serba serbi ada berbanding dengan rumah nenek. Memang rumah ayah tidak jauh dari rumah nenek. Tapi nenek jarang ke rumah ayah Roslan dan sanak saudara lain akur apa sebabnya.

    (apa sebabnya, jelaskan dlm bentuk monolog hidup, mcm dia berungut dlm hati gitu, pendek2 je)

    (sejurus), dalam keasyikan Roslan menyiapkan segala kerja rumah tiba-tiba terdengar deruan sebuah kereta di halaman rumah. Kedengaran bunyi hon bertalu-talu. Roslan menjengah, dilihatnya ayah Liau Aba keluar dari kereta. Dilambainya tangan kepada Roslan. Cepat-cepat Roslan melangkah kaki menuju kehalaman.

    "Ada apa uncle"? soal Roslan. Selalunya Aba jarang datang kerumah ayah Roslan kecuali bila ada urusan dengan ayah Roslan . Tapi hari ini tiba-tiba Aba muncul."Apa sebabnya"? Roslan bertanya dalam hati.

    Aba dan Liau turun dari kenderaan. Senyuman penuh makna dilemparkan pada Roslan. Dengan wajah berseri Aba berjabat tangan dengan Roslan.

    "Tahniah!" sepatah ucapan kudus diluahkan kepada Roslan.

    Posted on December 28, 2011 4:32 PM

     
  50. Azmah Nordin Said,

    (mendadak) wajah yang amat dirinduinya terpacak didepan mata, Zakiah gadis yang menjadi pujaannya dalam diam tiba-tiba muncul. Zakiah salah seorang rakan sepermainan Roslan, (ternyata) agak hairan (melihat akan) Roslan di remang pagi begini. Gadis ini tiba-tiba berhadapan dengannya. Tadinya Roslan agak gugup. Dulu, (lama dahulu) Zakiah masih lagi kanak-kanak. Enam tahun yang silam mengubah segalanya. Zakiah kini seorang anak gadis belasan tahun.

    Paras rupa Zakiah sudah berubah. Dia amat cantik bertudung menutupi rambutnya yang lurus. Kulitnya lebih putih dari dahulu. Tubuhnya yang gempal sudah lenyap. Zakiah kini seorang gadis ayu, tinggi lampai bak seorang peragawati. Kulitnya putih bak salju, hidungnya mancung halus. Pipinya licin bak telur dikupas. Roslan terpaku melihat perubahan Zakiah jiwa remajanya bergetar melihat kecantikan Zakiah.

    "Bagaimana tiba-tiba muncul"? Suatu soalan tiba-tiba terpacul dari mulut Roslan. Memang dia benar-benar (tergejut - perbaiki ejaan ni) dengan kehadiran Zakiah.

    "Keluarga saya telah kembali ke Semenanjung. Buat sementara kami tinggal di rumah nenek," terang Zakiah panjang lebar.

    Baru Roslan faham, memang baru-baru ini nenek Zakiah ada bersuara memberitahu mereka akan kembali ke Semenanjung. Tapi Roslan tidak menduga begitu cepat. Hati Roslan berbunga riang. Mereka berdua berjalan (beriringan) menuju ke meja tempat mereka sering bersama dahulu. (gmbarkan suasana, kaitkan dgn perasaan roslan) Banyak yang ingin dibualkan.

    Rupanya Zakiah juga mengambil jurusan Kejuruteraan Elektrik di salah sebuah sekolah menengah Teknik di Sabah. Menurut Zakiah dia mendapat sepuluh A dalam peperiksaan percubaan SPM nya dan antara calon yang dipilih untuk ke Jepun atas tajaan Biasiswa Petronas.

    (buat dialog balas roslan terhadap zakiah yg mendapat biasiswa petronas tu, nada suara, perasaan)

    Roslan tersenyum. Nampaknya ada sesuatu yang menjadi rahsianya. Dia tidak lagi memberitahu sesiapa. Biarlah dia dan Liau rahsiakan dahulu mengenai hal ini dari sesiapa. Baginya dia akan beri kejutan pada semua apabila tiba masanya kelak.

    (sesungguhnya, ternyata) tidak sia-sia Roslan tinggal di asrama (asrama apa?). Kehidupannya di sana benar-benar mengubah dirinya. Roslan antara murid yang paling aktif dalam setiap aktiviti sekolahnya. Malahan dia telah di lantik sebagai wakil pelajar dari sekolahnya kepertukaran pelajar ke negara matahari terbit. Sejak itu juga Roslan memasang cita-cita untuk memeneruskan pelajarannya di negara itu.

    (Tapi impian itu masih tersemat di lipatan sanubarinya. Roslan menyimpan impiannya itu kemas-kemas. Dia ingin beri kejutan pada semua.Terutama pada ibu tirinya yang memandang rendah padanya. Kini atas kehendak Tuhan manusia mampu mengubah nasibnya andai dia berusaha. Pada Roslan dia tidak perlu bangga dengan kejayaan yang kini mula bertapak dalam setiap yang dilakukannya. Roslan tetap merasa dia perlu lagi mengetahui berbagai perkara. Semua ini adalah sifat yang diperolehinya dari sahabat karibnya Liau. - kita pelbagaikan bentuk persembahan ayat k, buat monolog hidup)

    "Lan, apakata esok kita berkumpul untuk berbincang apa yang patut dilakukan sepanjang percutian kita?" pinta Zakiah.

    "Maaf Kiah, esok aku ada hal" beritahu Roslan, perasaan.

    Posted on December 28, 2011 4:41 PM

     
  51. Azmah Nordin Said,

    "Hal apa..? soal Zakiah, (mungkin memikikan bagaimana) selalunya kalau semasa sekolah rendah dahulu setiap yang dilakukan akan diberitahu.

    ("Agaknya keadaan merubah segalanya"...detik hati Zakiah. - buat dr sudut pandangan roslan je, mesti dr hati roslan je k, perbaiki ayat ni)

    "Sebenarnya aku akan ke bandar esok nak cari kerja sementara result keluar. Aku juga akan ke sekolah memandu untuk mendaftar ujian memandu," jelas Roslan. (siapa biaya kelas memandu? berapa yurannya?)

    (Zakiah akur dengan kata Roslan. Bagi Zakiah dia bercadang untuk bekerja di kilang berdekatan rumah neneknya, Cadangnya dia nak ajak Roslan dan rakan-rakan sekali - (dr sudut pandangan roslan saja, perbaiki ayat2 ni). Tapi Roslan sudah berjanji dengan Liau untuk bekerja dengan Aba ayah Liau pengalaman Roslan dahulu terutama mengenai elektrik akan diteruskan bersama Aba.

    (kini), Roslan sudah banyak mengetahui nama-nama kompenen elektrik sehingga memudahkan lagi dia belajar sepanjang persekolahannya dahulu. Disamping itu Roslan berazam akan belajar dan mengambil sijil pendawaian elektrik tahap satu ini sebagai ilmu untuk dia bekalkan apabila dia menerokai alam pekerjaan setelah tamat pengajian nanti. Roslan tidak mahu sekadar pada teori sahaja, biarlah dia mempraktikkan semuanya agar menjadi lebih mudah lagi nanti.

    Posted on December 28, 2011 4:49 PM

     
  52. Azmah Nordin Said,

    (sesungguhnya,) pertemuan antara Roslan dan Zakiah memang sesuatu yang tidak pernah dijangka. Zakiah menyepi tanpa berita bertahun lamanya. (di sepanjang zakiah hilang tu, apa roslan buat? perasaan) Di pagi yang bening ini, wajah itu kembali lagi mengembalikan kehidupan yang hilang selama ini.

    (Zakiah tidak mengetahui apa yang terjadi sebelum ini. Pada Zakiah mungkin Roslan seperti dulu seorang anak yang bijak. Sering mendapat tempat pertama pada setiap acara yang disertai. - buat dr sudut pandangan roslan je k, perbaiki ayat ni)

    ltu dulu, sejarah mengubah nasib Roslan. Lima tahun Roslan tinggal sepenuhnya dengan bapanya. Di sebuah rumah mewah berdekatan (berdekatan dgn apa?). Dis ebalik kemewahan yang dilihat tiada siapa nampak perang psikologi berlaku, penderaan psikologi terhadap seorang anak lebih sakit dari sebilah rotan yang dilibas. Kebijaksanaan yang dimiliki hancur dek perang psikologi.

    (Kehidupan harian Roslan disekat, dia tidak dibenarkan bergaul dengan rakan taulan. Masa seharian dihabiskan dengan berbagai aktiviti, setiap yang dilakukan berada dalam kocek ibutirinya. Untuk menelaah pelajaran suatu mimpi indah buat Roslan. - buat monolog, mcm dia berungut dlm hati gitu)

    Tidak siapa menduga suatu hari sesuatu berlaku pada Roslan. Hari itu cuaca amat terik, Roslan merasakan dirinya benar-benar tidak berdaya, di usia sebelas tahun kebiasaan bagi Roslan akan turut segala kemahuan ibu tirinya. ltu pesan terakhir nenek semasa bapanya membawa bersama ke rumah baru bapanya. Hari itu Roslan disuruh pergi ke kedai (oleh siapa). Tapi pertama kali dalam hidupnya Roslan menolak kemahuan ibu tirinya. (knp dia menolak?)
    Tanpa usul periksa Roslan dipukul (gmbarkan cara dia dipukul)

    (dia dianggap mengingkari perintah orang tua. - buat dialog hidup mak tiri, riak muka, anda suara, sinar mata)

    Berbirat badan Roslan. (menangis tak?) Roslan tidak dibenarkan tidur di biliknya. (mungkin), pada ibu tirinya ini satu pengajaran kerana tidak ikut perintahnya. (pada roslan pula?) Hari itu Roslan disuruh tidur di halaman rumah. (gmbarkan pengalaman tidur di halaman, suasana, udara, nyamuk, seram tak? cuaca, dll)

    (Ibu tirinya amat benci pada anak yang malas. - buat dialog ibu tirinya)

    Roslan benar-benar tidak berdaya dia tidur di bawah pokok yang berdekatan halaman rumahnya.
    Hari sudah petang Roslan masih tidak bangun (masih di bawah pokok?). Ibu tirinya menjengah mukanya dari balik birai tingkap. Hatinya kian panas dengan perubahan Roslan. (mungkin) dia menduga ini helah baru Roslan. (ternyata) dia amat kesal kerana Roslan mula degil. Diamatinya Roslan dari jauh.

    Jam nenunjukkan pukul tujuh petang Roslan masih tidur. Perlahan (Asmah - ibu tirinya) menghampiri Roslan yang sebelum ini tidak pernah engkar pada setiap arahannya. (mcm mana roslan yg tidur boleh nampak mak tirinya menghampirinya? pastikan dr sudut pandangan roslan je)

    (Roslan tidak bergerak. (terasa ibu tiri) meraba kaki Roslan sejuk. Nun jauh kelihatan sayup sebuah kereta menghampiri rumah. Tidak lain tidak bukan ayah Roslan balik dari site. - buat dr sudut pandangan roslan je, perbaiki paragraf ni)

    Posted on December 28, 2011 5:03 PM

     
  53. Azmah Nordin Said,

    itu je pembaikan yg perlu awak buat, sitisara :) jgn lupa letak no mukasurat lain kali.

    gigih terus k

    Posted on December 28, 2011 5:04 PM

     
  54. Siti Sara Said,

    salam sifu Az dan Kak Aini. Di sini saya sertakan pembaikan yang perlu saya buat. Terimakasih.

    Bab 1

    Mukasurat 1

    "Alangkah indahnya andai ibu masih ada" keluh Roslan. Tapi masa yang diinjak tidak akan kembali. Fikirnya sama ada suka atau tidak dia perlu melalui suratan yang tersurat. Dengan penuh rasa tabah dia sedar keluhannya tidak akan mengubah apa yang terjadi.

    Roslan masih berteleku di atas sejadah kesayangannya. Dia menarik nafas perlahan. Pasrah dengan apa yang terjadi. Sejadah itu adalah hadiah semasa mula-mula Roslan mendaftar ke asrama Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai Pulau Pinang. Sekolah ini adalah satu-satunya sekolah menengah Teknik berasrama penuh di Malaysia.

    Sejadah ini pemberian nenek dua tahun lepas. Berwarna hijau berlatar belakang Kaabah , sejuk mata memandang. Kata nenek walau dimana kita berada Allah sentiasa bersama tidak kira senang atau susah. Allah tidak pernah tinggalkan kita. Jadi sebagai hambanya wajarlah kita meningatinya. Hanya dengan mendirikan solat. kita akan dekat dengan Allah. Sejadah ini adalah paling bersih untuk bersujud kepada Allah. Pesan nenek itu tersemat kemas dilipatan hati Roslan.

    Setiap kali selepas solat Roslan tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya nenek dan datuk jua umat lslam lainnya. Roslan berharap Allah akan makbulkan cita-citanya . Segalanya telah diusahakan. Hanya Allah tempat dia meminta agar berjaya dalam peperiksaan SPM nya nanti. Dengan ini dia berharap ibu tirinya akan mengubah pandangan negatif terhadapnya.

    Posted on December 31, 2011 5:12 AM

     
  55. Siti Sara Said,

    This comment has been removed by the author.

    Posted on January 4, 2012 11:51 PM

     
  56. Siti Sara Said,

    Mukasurat 3

    Roslan menghitung hari kematian ibunya yang tidak pernah ditatap semenjak dia mengenal erti sebuah kehidupan. Hatinya merasa begitu pilu terutama bila melihat kemesraan kehidupan rakan karibnya Liau yang begitu mesra dengan ibunya. Ibu Liau amat mesra bagai kawan dengan anaknya. Kadangkala terlintas rasa cemburu pada rakannya itu.

    Sudah empat belas tahun berlalu. Emapt belas tahun bukan satu jangka masa pendek. Ia boleh mengundang pelbagai peristiwa. Hari ini empat belas tahun sudah ibu tercinta meninggalkan alam fana menuju alam yang lebih kekal. Alam yang akan dilalui oleh tiap insan di bumi ini. Tiada siapa boleh mengelaknya walau setinggi mana darjatnya. Cuma waktu dan keadaan yang berbeza mengikut ketentuan Allah.

    Roslan yang berbadan sederhana , berkulit putih kuning, berambut lurus dengan matanya agak kecil berbanding pemuda Melayu lain. Dia menghela nafas panjang. Dia sedar wajahnya agak serius , kalau siapa tidak mengenalinya pasti dia dianggap anak muda sombong. Rakan-rakan terutama pelajar Cina sering menyatakan dia kacak seiras pelakon filem Korea Lee Min Ho. Tapi Roslan tidak mudah lupa diri dengan pujian. Baginya itu sebagai gurauan cuma.

    Roslan mengeluh , teringat dia akan nenek dan datuk yang mengasuhnya , semenjak kematian ibunya dahulu. Usianya baru dua tahun waktu itu. Kehidupan bersama datuk dan nenek penuh dengan tata tertib. Nilai keagamaan adalah tunjang kehidupannya. Lantaran itu Roslan tidak pernah lupa menunaikan solat. Malahan dengan melakukan solat Roslan mendapat ketenangan yang tidak ternilai.

    Sejurus selepas selesai menunaikan solat , Roslan melipat kain sejadah lalu disidainya di sudut kiri bilik. Dia tersendu kepiluan. Di sudut inilah ibu Roslan menghembuskan nafas terakhirnya. Di saat semua menanti penuh debaran kelahiran kembar kedua bidan Bedah kHabarnya melihat darah mencurah keluar bersama kembar kedua yang dilahirkan. Darah yang mengalir tidak dapat disekat. Menurut cerita adik ibunya Pak cik Norman titisan darah berbunyi bagai deruan air hujan yang mencurah...Roslan ketika itu diatas ribaan ayahnya.

    Ayah Roslan tidak mampu berbuat apa-apa dipeluk erat anak-anaknya. Peluh dingin terus meleleh didahinya. Di saat itu ibu Roslan sempat berpesan meminta salah seorang anak kembarnya diberi pada kakaknya.

    Pada saat itu juga hujan mula turun dengan lebatnya, seolah turut menangisi kejadian yang bakal terjadi. Udara kian sejuk dunia keliling kian suram sesuram penghuni rumah tersebut. Di saat itu berlaku peristiwa yang mencatat seribu sejarah , sejarah yang mengubah kehidupan seorang anak iaitu Roslan.

    Posted on January 5, 2012 12:37 AM

     
  57. Siti Sara Said,

    Mukasurat 2

    Lafaz suci yang lahir dari bibir Roslan begitu mendayu "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya aku berlindung padamu daripada keluh kesah dan kesedihan dan aku berlindung daripada lemah dan malas aku berlindung daripada sifat penakut dan bakhhil dan aku berlindung dari bebanan hutang dan penindasan manusia.

    Maha suci Tuhanku Tuhan yang mempunyai kemuliaan daripada apa yang mereka sifatkan dan kesejahteraan keatas para Rasul serta segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam.

    Saban hari doa ini dilafaz. Dia tidak pernah jemu Dengan doa ini Roslan akan tenang setenang air dikali. Hanya Allah tempat dia mengadu. Ketenangan hatinya dapat dilihat pada riak wajahnya suci bersih penuh dengan kelembutan seorang anak . Siapa memandangnya akan merasa tenang.

    Roslan tersenyum sendiri bila terkenangkan gelagat rakan di asrama. Entah kenapa dia di beri gelaran budak Robbana. Malahan mereka sering membandingkan paras rupanya yang seiras pelakon Korea Lee Min Ho , ada yang sanggup datang membawa gambar pelakon berkenaan untuk di tunjukkan pada Roslan . Takut Roslan tidak percaya dengan gelaran tersebut. Kadangkala Roslan rasa malu dengan semua itu. tapi dia menerima seadanya. 'Mungkin ini sebagai cara rakan-rakanku mengisi kebosanan hidup di dunia yang jauh dari kampung halaman' bisik hati Roslan.

    Roslan menarik nafas panjang " Ya Allah ampunilah dosa kedua ibubapaku, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil..."Airmata jatuh umpama butiran mutiara gugur satu persatu. Roslan tiba-tiba merasa cukup hiba. Apatah lagi bila terkenangkan ibu tercinta.

    Ingatan pada ibu tercinta begitu dalam. Hanya dua potret yang ada buat dia melepskan rindu pada ibu tercinta. Potret itu tergantung kemas di dalam bilik ini. Roslan bangun. Dia menghampiri potret tersebut. Perlahan potret itu di ambilnya. Lalu dia kembali ketempat dia berteleku tadi. Ditatapnya potret tersebut puas-puas. lbunya berpegangan tangan dengan ayahnya begitu romantis. Ayah Roslan memeluk pinggang ibunya seolah tidak akan terpisah pasangan muda ini. Ayah Roslan memakai baju kemeja berlengan panjang bertali leher. Cukup tampan dan bergaya. lbunya memakai baju kurung berbunga kecil . Amat sopan. Ibunya tersenyum penuh kelembutan. Wajah ibunya cantik rambutnya mengalun lembut. Panjang melepasi bahu. Kata nenek kulit ibunya putih melepak kalau dia ketawa mukanya akan kemerahan bak buah ceri. Potert ini diambil semasa ibunya berusia sembilan belas tahun, ibunya mengandungkan adik kembarnya Norizan dan Norizah. Disebabkan ibunya meninggal dunia Norizah dipelihara datuk dan nenek begitu juga Roslan dan kakaknya. Sementara Norizan di beri kepada ibu saudara sebelah ibunya. Tapi malang tidak berbau Norizah kemabali ke alam barzah semasa usia empat tahun.

    Posted on January 7, 2012 7:20 AM

     
  58. Siti Sara Said,

    Mukasurat 4

    Dalam suasana hujan yang melanda kampung itu. Suasana pilu tergambar dari setiap riak wajah yang hadir di hari kematian ibu Roslan siapa tidak terharu melihat dua bayi kembar yang baru lahir serta dua kanak-kanak masih kecil ditinggalkan ibu .Apatah lagi bagi seorang suami muda dia tidak tahu arah tuju melihat anak-anak yang tidak mengerti suatu apapun. tiba-tiba si suami hilang seorang isteri dalam sekelip mata.

    Roslan hanya melihat kesedihan setiap yang hadir. Dia dan kakaknya tidak bangun dari ribaan ayahnya. Apalah yang dia tahu di usia dua tahun erti sebuah kematian. Setiap sanak saudara yang hadir akan datang memeluk mereka penuh kesedihan.

    Nenek pula hanya duduk membaca surah Yasin bersama beberapa saudara lain ,itu yang mampu nenek lakukan. Orang ramai kian banyak masing-masing sebok menolong menguruskan apa yang patut.

    "Lannn....kedengaran laungan panjang dihalaman, Roslan tergejut dari lamunannya. Diseka airmata yang mengalir tanpa sedar. Hingga ke detik ini bilik ini tidak pernah diubah walau sedikitpun menurut ayah Roslan biarlah bilik ini kekal sebagai kenangan dia dan arwah isterinya. Roslan amat faham dengan situasi perasaan ayahnya. Kalau boleh Roslan juga ingin punya bilik khas untuk mengingati arwah ibunya.

    Kini kesejukan udara pagi menusuk tulang sum-sumnya. Apalagi dengan putaran kipas yang sentiasa bergerak laju menambah lagi kesejukan yang sedia ada. Perlahan Roslan menuju ke tingkap bilik, dikuaknya dedaun tingkap seluasnya. Angin sejuk pagi menerjah masuk, terasa segar dan nyaman. Di balik
    jendela tingkap sang mentari mula meyimbahkan cahaya lembut dan menyegarkan.

    Suluhan sang mentari bagai membelai dedaun yang masih lembap dek titisan embun. Roslan turut merasa sentuhan cahaya pagi yang lembut, yang memantulkan warna pelangi disetiap hujung rumput. Warna merah .kuning, jingga, hijau dan biru begitu memukau pandangan Roslan. Bilah-bilah cahaya matahari mula menembusi setiap pepohon yang ada berhadapan tingkap rumahnya.

    Roslan tersenyum melihat suara memanggil tidak lain selain datuknya yang gusar kalau-kalau Roslan belum bangun dari mimpinya.

    Posted on January 10, 2012 3:03 PM

     
  59. Siti Sara Said,

    Mukasurat 5

    "Alangkah indahnya ciptaan Tuhan andai hidup aku umpama pelangi sentiasa dihiasi warna warni nan indah bertuah aku..." Bisik hati Roslan.

    Keindahan pagi itu disambut riang oleh sang murai. Kicauannya cukup mempersonakan. Kenangan Roslan dizaman kanak-kanaknya berputar kembali. Disitu di balik pokok koko itu tidak pernah dilupai Roslan dia dipukul lantaran terlewat balik dari sekolah.

    Perlahan-lahan Roslan mengayuh basikal kesayangannya. Dia meletakkan basikal di pepohon koko sengaja dia berbuat begitu unuk mengelakkan dari ibu tirinya mengetahui kelewatannya balik dari sekolah hari itu.

    "Apa kamu buat, Lannn....?" sergah satu suara tiba-tiba. Tergejut Roslan tidak di duga ibu tirinya sudah bersedia dibelakangnya dengan sebilah rotan.

    Dia mennoleh ke belakang , ibu tirinya Asmah , berdiri bercekak pinggang sambil merenung tajam ke arahnya.

    "Mengapa kamu lewat balik haa...?" tengking ibu tirinya. Bagai halilintar membelah bumi kedengaran suaranya. Ibu tirinya seolah seekor singa yang kelaparan. Roslan bungkam , dia tahu biar apapun alasan dia tidak akan dikasihani.

    "Lan ada kelas tambahan mak" jawab Roslan hatinya Tuhan sahaja yang tahu ketika itu.

    "oooo kelas tambahan ... mari sini ...Tangan Roslan ditarik baju Roslan diselak berdesis-desis bunyi rotan singgah di badan Roslan. Setelah puas barulah Roslan dilepaskan .

    "Sudah berapa kali aku cakap balik awal tuu banyak kerja perlu dibuat sudahlah otak tak boleh pakai ada hati nak pergi kelas tambahan. Degil betul budak niii.."kata ibu tiri Roslan seraya menarik telinga kanan Roslan.

    "A...a..duh, tolong saya, mak," rayu Roslan sambil menjengketkan kaki untuk mengurangkan rasa sakitnya.

    "Kamu nak buat lagi tak?" tanya Asmah ibu tiri Roslan . Tangannya terus menarik telinga kanan Roslan. Dia belum puas dengan apa yang berlaku tadi.

    "Ti...ti...dak , mak. Saya tak buat lagi," ujar Roslan minta dikasihani sudahlah perutnya kelaparan ini kena pukul pula.

    Asmah melepaskan telinga Roslan . Dia berlalu dengan wajah mencuka. Hari ini bertambah kerjanya kerana kelewatan Roslan pulang dari sekolah.

    Bukan salah Roslan, hari ini cikgu Salmiah mengadakan kelas tambahan bagi pelajar UPSR. Disebabkan hal itu badan Roslan berbirat dikerjakan oleh ibu tirinya. Hari itu kebetulan nenek dan datuk keluaar kerumah kenduri. Sedaplah Roslan mendapat habuan roti panjang. Bagi Roslan peristiwa itu tetap terpahat di lipatan hatinya.

    Di balik pohon koko inilah tempat Roslan menangisi nasib diri . Dia tidak mengerti kenapa ibu tirinya begitu membenci dirinya.

    Di saat itu usia Roslan baru dua belas tahun. Dia duduk seharian menanti datuk dan nenek pulang. Roslan benar-benar tersinggung diperlakukan sebegitu kejam oleh ibu tirinya yang tidak pernah mahu usul periksa perkara sebenar.

    Anehnya ibu tirinya tidak begitu sebelum kelahiran Zaini adik lelakinya. Kini boleh dikatakan saban hari Roslan disalahkan . Kasih ibu tirinya sudah berpindah tangan umpama titisan embun diwaktu pagi akan hilang lenyap dek panahan mentari. Roslan akur semua itu, dia sedar siapa dirinya dia hanya menumpang kasih . Dia pasrah dengan apa yang tersurat.

    Posted on January 10, 2012 6:26 PM

     
  60. Siti Sara Said,

    Mukasurat 6

    Di balik pohon koko inilah tempat Roslan menangisi nasib dirinya . Di sini ada pondok kecil. Kadangkala Roslan suka tidur di sini . Terdapat meja usang dan kerusi panjang untuk merehatkan diri. Di sini juga tempat Roslan mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakannya. Roslan cukup tenang di sini.

    Datuk dan nenek jarang di rumah. Boleh dikatakan hidup mereka banyak berjalan-jalan di rumah anak-anak. Lagipun datuk ada dua buah rumah sebuah lagi di kawasan bukit yang datuk beli semasa mendapat duit pencen sebagai guru dahulu. Rumah itu adalah rumah rehat datuk terutama semasa musim buah.

    Ayah Roslan adalah anak sulong sebab itu dia yang diamanahkan tinggal di rumah datuk. Anak datuk yang lain ada tinggal di lpoh, Sabah dan Kuala Lumpur. Datuk selalu ke Sabah sebab di sana Mak Usu Roslan tinggal. Kadangkala sampai empat lima bulan. Rumah datuk hanya sebagai tempat persingahan sahaja. Dulu datuk banyak tinggal dirumah ini tetapi sejak ayah Roslan berkahwin datuk dan nenek jarang lagi tinggal di sini. Mungkin mereka tidak mahu menganggu kehidupan berkeluarga ayah Roslan. Atau mereka tidak tahan melihat tingkah laku ibu tiri Roslan yang pandai bermuka-muka dihadapan mereka.

    Sementara ayah Roslan seorang kontraktor perumahan , dia jarang berada di rumah, masanya banyak dihabiskan ditapak pembinaan. Dia sering tidur di pejabat yang terdapat berbagai kemudahan. Itulah rumah kedua ayah Roslan. Memang Roslan tidak nafikan dia mewah dengan wang ringgit tetapi dia kecewa dengan keasyikkan ayahnya dengan kerjaya sehingga tidak sedar Roslan sering di perlakukan dengan zalim oleh isteri kedua ayahnya.

    " Sampai bila nasib aku akan berubah..." bisik hati Roslan. "Ya aku perlu buktikan pada mak yang aku bukan sebarang anak, buat apa aku menangisi nasib yang tersurat. Hanya aku yang boleh mengubah semua ini. Aku tidak boleh biarkan rasa benci yang bersarang dalam hati mak berterusan...." Bisik hati Roslan lagi.

    Posted on January 12, 2012 1:00 PM

     
  61. Siti Sara Said,

    Roslan beredar dari bilik menuju ke dapur, meja makan masih berselerak, pinggan mangkuk tidak berbasuh, terdapat banyak lidi satay di atas meja. Semalam Roslan telah kemas semua pinggan mangkuk tersebut. "Agaknya mak ke pasar malam dan membeli semua makanan ni dan mereka makan semasa aku tidur" detik hati Roslan. Roslan tahu ibu tirinya sengaja melakukan ini semua sekadar bermain perang saikologi dengannya dalam usianya begini iaitu usia belasan tahun cara ini lebih baik untuk ibu tirinya menyakitkan perasaannya.

    "Ah biarlah" keluh Roslan. Pinggan mangkuk itu di bawa ke sink untuk di basuh. Suasana di rumah agak sepi.

    Posted on January 12, 2012 1:13 PM

     
  62. Siti Sara Said,

    Mukasurat 7

    Selalunya di waktu begini ibu tiri Roslan masih lagi di tempat tidur. Kalau ayah atau nenek dan datuk ada dia akan bangun awal menyediakan sarapan. Roslan sudah memahami keadaan itu. Sekarang ini dia mesti mengantikan tugas yang selalu dibuat oleh ibu tirinya semasa ayahnya ada.

    Secolek sabun disapu untuk membasuh pinggan. Dalam keasyikan membasuh pinggan Roslan berfikir ligat apakah akan dimasak nanti. Rasanya enak juga dia memasak nasi lemak dengan sambal ikan bilis. Kenyang juga perutnya nanti.

    Setelah selesai membasuh pinggan dan mengemas meja makan. Roslan mula menumis cili yang siap dikisar yang memang tersedia dalam peti ais, ikan bilis di goreng separuh dan separuh lagi dimasukkan kedalam sambal yang siap mengelegak diatas dapur. Beras diambil didalam bekas, setelah dibasuh beras dan ditos Roslan mengambil santan yang memang tersedia ditempat sejuk beku. Akhirnya siap juga nasi lemak ikan bilis yang dimasak oleh Roslan.

    Bagi Roslan walaupun dia seorang lelaki dia tidak kekok membuat kerja dapur. Masih diingatnya bila satu hari dulu dia memasak kari kepala ikan semua memujinya. Waktu itu kebetulan bapa saudara Roslan dari Ipoh datang ke rumahnya secara mengejut. Ketika itu usia Roslan baru melangkah empat belas tahun. Jam menunjukkan pukul sebelas pagi Roslan sedang asyik menumis kari bila tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Terperanjat dia .

    "Laa.. dah jadi tukang masak pulak anak buah Pak Teh ni..." Bahu Roslan ditepuk. Namun ada riak tidak puas hati di wajah Pak Teh Roslan. Roslan tersenyum. "Lan dah biasa buat kerja ni Pak Teh..." "Tapi mak Lan mana...? Soal Pak Teh Roslan. Selama ini dia hanya mendengar cerita dari jiran mengenai perlakuan ibu tiri Roslan tetapi dia tidak pernah percaya. "Mak tidur, agaknya badannya kurang sihat...." Roslan cuba melindungi ibu tirinya.

    Bapa saudara Roslan merenung Roslan, Roslan cuba mengelak pandangan bapa saudaranya dengan cepat-cepat mendapatkan kari yang dimasaknya. "Pak Teh pergi rehat dulu Lan nak siapkan makan tengahari. Nanti Lan buatkan air sejuk untuk hilangkan dahaga okey!!1...

    "Tapiiii....Pak Teh masih tidak puashati. Dilihatnya ada kesengsaraan yang ditanggung oleh anak ini dari riak wajahnya, namun tersimpan jauh sengaja disembunyi dari diketahui semua sanak saudara.


    Roslan mengeluh sudah berkali Pak Teh mengajak Roslan tinggal dengannya tapi Roslan menolak dengan berbagai alasan. Bagi Roslan tidak ada beza antara lelaki dan perempuan dalam menguruskan kehidupan harian. Segala yang dilakukan ini akan memberi manafaat bila dia berjauhan dirantau nanti. Dia tidak perlu membeli makanan seperti setengah anak bujang dirantau. Segala yang dilakukan ini banyak memberi pedoman untuk kehidupannya kelak.

    Setelah selesai melakukan tugas di dapur, Roslan bergegas ke ruang tamu dia ingin selesaikan semua tugasan di rumah. Nanti bila ke pekan tidak lagi diingat perkara yang belum selesai dibuat.

    Dentingan jam berdenting tujuh kali. Kedengaran rengekan adiknya dan suara ibu tirinya. Hasil perkahwinan ayah Roslan dengan ibu tirinya Roslan mendapat tiga orang adik lagi iaitu Zaini berusia dua belas tahun, Zarina sepuluh tahun dan Fauzi dua tahun.

    Mendengar suara mereka Roslan cepat-cepat keluar dari rumah. Pura-pura sebuk. Memang hari ini dia agak sebuk. Dia akan ke pekan untuk mencari kerja sementara keputusan SPM diumumkan . Angan-angannya nanti duit yang terkumpul hasil kerjanya akan di simpan untuk tambahan belanja pelajarannya. Di samping itu Roslan berkeinginan belajar memandu. Di zaman kini lesen memandu adalah aset yang amat berharga. Baginya tidak selamanya dia akan naik basikal.

    Posted on January 13, 2012 8:08 AM

     
  63. Siti Sara Said,

    Roslan menjenguk keluar rumah, kelihatan kemilau mentari menyuluh setiap penjuru alam. Titisan embun yang bersinar disuluh cahaya pagi kian lenyap. Kemilau pelangi sudah hilang, rumput kian mengering diganti dengan cahaya pagi yang kian membahang. Bagi Roslan dia akan menjadi seperti sang mentari ,dia akan tunjukkan kegagahan sinarnya apabila hari siang. Dia tidak akan peduli segala tohmahan ibu tirinya. ltu tekadnya. Dia melepaskan nafas penuh kelegaan bila melihat keindahan pagi ini.

    Di halaman rumahnya Roslan melihat para penduduk sekitarnya masing-masing sebuk dengan tugas . kenderaan bertali arus bergerak dijalanraya berhadapan rumahnya. Roslan tahu kebanyakan penduduk sekitar rumahnya bekerja dalam sektor industri. Kawasan rumahnya adalah satu-satunya kawasan terdekat untuk ke kawasan Perindustrian Prai. Mungkin sebab itu jiran tidak punya banyak masa untuk bergaul mesra. Mereka sebuk dengan tugas harian masing-masing. Perubahan kehidupan ini adalah hasil dari kemerdekaan yang dicapai oleh negara ini. Semua bebas menunaikan cita-cita masing-masing. Roslan juga begitu. Cita-citanya ialah untuk menjadi seorang Jurutera yang berjaya membuka Syarikat sendiri. Seperti Pak Usunya.

    Roslan keluar rumah dia berjalan menuju ke pohon koko bersebelahan rumahnya. Dia berhenti lalu senyum sendiri bila mengenang kembali kenangan di zaman anak-anaknya. Disinilah banyak sekali kenangan di waktu kecilnya. Di sini tempat dia bermain bersama kawan-kawan , menolong datuk mengopek koko juga tempat Roslan melabuhkan diri setiap kali keletihan melakukan
    kerja harian.

    Roslan dan kawan-kawannya akan mengelilingi datuk mengopek koko ...masing-masing berebut untuk mengopek buah tersebut, kulitnya yang rapuh memang mudah dibelah dengan mengunakan pisau yang tajam. Buah koko ini kekuningan ,isinya manis kemasaman enak dikulum oleh Roslan dan rakannya. Biji koko akan diluah didalam timba. Datuk akan menutup timba yang telah berisi biji koko dan diperam dua hari. Jika ada Roslan dan kawan-kawannya mudah, biji koko tidak perlu dicuci sebab mereka akan mengulum biji koko tersebut hingga bersih.

    Terdapat sebuah meja dan kerusi panjang yang telah usang dek jarang dihuni. Kerinduan pada masa silam menyebabkan tanpa sedar Roslan terus ke tempat tersebut. Disapunya daun-daun yang memenuhi setiap sudut pokok koko tersebut. Suasana pada waktu ini tenang sesekali angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

    Rasa suatu kepuasan dalam diri Roslan. Sudah bersih kawasan sekeliling. Roslan duduk di kerusi dikuisnya daun-daun di bawah meja. Wajah Zakiah, Hamidah, Tina, Azman, Liau dan Rama bermain difikirannya. Dulu mereka inilah yang menjadi teman sepermainannya. Zakiah dan Liau yang paling akrab. Segala masalah tertumpah pada mereka.

    Posted on January 13, 2012 9:13 AM

     
  64. Siti Sara Said,

    Mukasurat 8

    Di meja ini mereka akan membuat kerja sekolah bersama. Nenek akan datang menghidang ayer minuman koko yang dibuat sendiri bercampur susu krimer. Nenek sering menghidangkan kueh serimuka ,karipap dan agar-agar koko.Semuanya nenek buat sendiri. Kecur air liur Roslan
    bila ingat keenakan kueh serimuka nenek yang berbau wangi daun pandan dan jintan manis goreng. Memang lain dari kueh yang dibeli. Masih jelas diingatan Roslan Zakiah adalah yang paling sebuk menolong menghidang kueh mueh tersebut.

    Zakiah seorang anak yang cantik ketika itu. Dia sebaya Roslan waktu itu mereka baru darjah enam. Sejak dari kecil dia berpewatakan lemah lembut dan periang. Entah kenapa Roslan begitu senang dengan kehadiran Zakiah . Yang pasti Roslan tidak segan menceritakan setiap gelodak yang dihadapinya. Zakiah begitu setia mendengar setiap luahan perasaannya. Kadangkala Zakiah turut menitiskan airmata bila Roslan menceritakan kisah hidupnya.

    Rakan-rakan Roslan kini semuanya telah pergi membawa haluan masing-masing. Zakiah telah berpindah ke Sabah rumah nya telah disewa kepada Encik Sanusi. Ayah Zakiah telah ditugaskan sebagai Pensyarah di Maktab Perguruan Gaya di Sabah. Sejak itu Zakiah tidak dapat dihubungi. Roslan hanya berhubung rapat dengan Liau sahaja. Itupun setelah mendapat tawaran sekolah yang sama . Sebelum ini Liau bersekolah di bandar. Sementara Roslan bersekolah berdekatan rumah.

    Roslan menyandar badannya di kerusi dia termenung panjang masih jelas diingatannya ketika dia dalam dilema untuk meneruskan pelajaran akibat keputusan peperiksaan PMR yang kurang memuaskan. Ayah Liau banyak memberi dorongan dan perangsang serta membuka jalan untuk Roslan meneruskan impiannya. Ketika itu Roslan lebih banyak bersama ibu tirinya. Nenek dan Datuk sudah enam bulan ke Sabah Ke rumah Pak Usu kerana menjaga anak Pak Usu yang dilahirkan tidak cukup bulan.

    Masa belajar agak kurang berbanding semasa datuk dan nenek ada . Ibu tiri Roslan sering memberi alasan bila Roslan mengulang kaji pelajaran,ada sahaja kerja yang disuruh buat termasuk menjaga adik-adiknya. Roslan sering keletihan kerana melakukan kerja rumah tidak sepadan dengan usianya ketika itu. Ini menyebabkan dia tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah dia sering tertidur dalam kelas.

    Masih diingat lagi suatu hari ayah Liau berjumpa ayah Roslan.
    "Mat aku nak cakap sesuatu" pinta ayah Liau yang dikenali sebagai Aba. "Ada apa....? soal ayah Roslan "Apakata awak hantar Roslan ke sekolah berasrama aku
    akan uruskan. Pada mulanya ayah Roslan menolak tetapi setelah dipujuk akhirnya dia mengalah.

    Ayah Liau ternyata amat bijak dia telah berjaya mengubah Roslan. Keadaan kehidupan di asrama telah mengubah diri Roslan seratus peratus.

    Posted on January 13, 2012 10:02 AM

     
  65. Siti Sara Said,

    Salam kak Aini dan Sifu Az maaf terdapat pembaikkan
    mukasurat . Iaitu mukasurat 8 ditukar kepada mukasurat 9 dan mukasurat tujuh pada page sebelum nya. Saya terlupa menulis muka surat pada page tersebut.


    Mukasurat 10

    Masih terpahat dilipatan hatinya apabila suatu hari disebalik kemeriahan sanak saudara berkumpul di rumah nenek, Roslan dihina oleh ibu tirinya.

    "Buat apa sekolahkan budak Lan tu, menghabiskan duit sahaja!!..." Asmah ibu tiri Roslan cuba meninggikan suara supaya didengar oleh Roslan. Riak mukanya mengambarkan rasa tidak senang dengan Roslan . Sinar matanya penuh dengan cahaya kebencian.

    Roslan menarik nafas panjang. "Ya Allah berilah aku kesabaran dalam menghadapi detik-detik begini. Kau berilah aku ketabahan untuk aku mengharungi ujian mu ini....." Detik hati Roslan. Memang keputusan PMR Roslan tidak sebaik dua sepupunya yang mendapat lapan A. Mereka layak ke sekolah berasrama penuh. Namun Roslan yang berada bersama-sama hanya mendiamkan diri.

    Semua menoleh kearah Roslan. Roslan pura-pura sebuk. Dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Rasa malu dan rendah diri menyelinap dalam diri Roslan. Jiwanya luluh kecewa. Hatinya merintih pilu. Tiada siapa memahaminya dikala itu. Masing-masing memandang dengan satu pandangan yang sukar untuk dimengertikan. Roslan sedar dengan keadaan dirinya. Dia merasakan tidak perlu bersama-sama disitu.

    Dalam diam dia menyusur keluar dari kelompok keluarganya. Dia terus keluar dan mendapatkan basikalnya. Dikayuhnya basikalnya ke rumah Liau, tidak sabar rasanya dia menceritakan keputusan peperiksaannya kepada Aba ayah Liau yang berada dirumah kedai lebihkurang satu kilometer dari rumah Roslan.

    Ayah Liau yang dikenali sebagai Aba adalah seorang guru yang mengajar di Kolej Vokesional Seberang Perai. Dia mempunyai sebuah rumah kedai yang memang sedia ada milik keluarganya sebelum ayahnya lahir lagi. kedai itu diuruskan oleh pak ciknya yang tinggal dengan mereka. Malahan tidak dapat dinafikan ayah Liau lebih rapat dengan Roslan berbanding ayah Roslan yang banyak masanya dihabiskan ditapak pembinaan.

    Posted on January 15, 2012 6:08 AM

     
  66. Siti Sara Said,

    Roslan terus mengayuh basikalnya. Cuaca panas bagai memangang tubuhnya. Tidak dihirau kepanasan terik mentari yang terus meratah tubuhnya. Baginya hatinya lebih panas dari terik mentari. Gelora darah mudanya membuak-buak dihati. Arahnya cuma satu mendapatkan Aba ayah Liau basikal dikayuh laju. Sebaik sampai dirumah kedai dua tingkat dipekan, Roslan terus meletakkan basikalnya.

    Roslan bergegas terus ke pejabat yang terletak disudut kiri rumah kedai tersebut, pada masa itu Aba sebuk mengadap fail-fail tentang jual beli barang dikedainya. Tugasan itu hanya dilakukan seminggu sekali. Tugas harian lainnya diberi kepada adiknya Atan yang juga pak cik Liau.

    "Abaaa....Roslan terus mendapatkan Aba. Dia duduk di kerusi mengadap Aba tanpa dipinta. Tergejut Aba dengan kedatangan mendadak itu.

    "Haaa... Lan ada apa...? Soal Aba agak tergejut.

    "Abaaa .. tolong ....tolong Uncle...berselang seli Roslan memulakan percakapan. Saya tidak mahu bersekolah lagi... Saya bodohhh... Saya nak kerja dengan Aba jadi Kuli pun tidak apa...dengan nada sedih Roslan memohon simpati Aba.

    Aba dengan tenang mengajak Roslan ke bilik rehat. Disana cukup mendamaikan terdapat set sofa berwarna hijau lumut . Sebuah meja tersedia sebuah laptop dengan talian intenet, serta sebuah petisejuk. Kedinginan penghawa dingin amat terasa ini menye garkan diri Roslan yang kepanasan dek kayuhan basikal diterik mentari tadi.

    Aba dengan tenang menepuk-nepuk bahu Roslan. Dia amat sayang dengan anakmuda ini. "Lan cuba duduk dan bertenang....pinta Aba.

    Baginya Roslan adalah sebahagian dari hidupnya. Keakraban Roslan dan keluarganya tidak dapat dinafikan.

    Roslan menghulur sesuatu dari tangannnya. Secarik kertas kecil. Ini adalah penyata keputusan PMR Roslan.
    Aba mengambil dan membelek keputusan tersebut. Aba tersenyum. Tahniah....!!! ucap Aba . Bagi Aba keputusan PMR tiga A lima B bukanlah keputusan yang teruk. Mungkin peluang untuk belajar bagi Roslan agak terbatas. Itu sebab yang Aba tahu. Sebagai seorang guru Aba amat faham situasi yang dialami Roslan.

    Posted on January 15, 2012 6:46 AM

     
  67. Siti Sara Said,

    Mukasurat 11

    "Lan...nak masuk ke sekolah menengah Teknik tak? soal Aba.
    "Maksud Aba....? Roslan tidak menduga soalan itu akan ditanya Aba. Dia ingatkan akan terus diberi kerja.
    "Lan belajar di sekolah Teknik disana ada kemudahan asrama, disitu Lan akan berpeluang belajar tanpa apa=apa gangguan. Lagipun Liau sudah memohon ke sekolah tersebut. Nanti dia boleh sama-sama belajar dengan Lan...setuju..? tanya Aba lagi.

    "Percayalah hidup Lan akan berubah nanti. Lan mesti buktikan pada semua keputusan PMR bukanlah penentu segalanya. Lan mesti buka minda semua masyarakat bahawa tidak semestinya calon yang terpileh ke asrama penuh boleh cemerlang andai mereka asyik leka berseronok dengan kejayaan mereka. Tengok Pak Usu Lan dia dari Sekolah Menenngah Teknik Alor Setar, dulu dia berpeluang ke sekolah berasrama penuh iaitu sekolah Menengah Sains Sungai Petani tapi dia menolak . Haa sekarang terbukti dia sudah menjadi Jurutera yang berjaya.....pujuk Aba.

    "Betul uncle...?" soal Roslan. Selama ini pada fikiran Roslan kak Shimah, Nurul dan Naim dua sepupunya orang paling bijak. Dari sekolah rendah mereka asyik mendapat A sahaja.

    "Ya...Lan mesti buktikan kepada semua tentang kebolehan Lan...." nasihat Aba umpama seorang bapa kepada anaknya.

    "Ingat keputusan PMR ini adalah jalan sebenar untuk Lan meniti kejayaan. Ramai masyarakat kita belum sedar bahawa pelajaran teknikal amat berguna dialam pekerjaan nanti. Kalau dinegara maju contohnya Amarika 70 peratus pelajarnya lebih kearah pendidikan teknikal dan vokasional. Cuma pemikiran masyarakat kita masih lagi dalam kepompong pendidikan feudal..." panjang lebar Aba bercerita.

    Roslan termenung panjang, hari ini pertama kali dalam hidupnya dia merasa satu kelainan satu semangat baru muncul. "Uncle saya setuju memohon ke sekolah menengah teknik...." beritahu Roslan dengan penuh yakin dan bersemangat.

    "Baik mari kita on line sekarang...." sahut Aba

    Setelah selesai semuanya. Roslan meminta izin balik ke rumah. Hatinya berbunga riang. Dia mula berazam akan belajar bersungguh nanti. Dia berdoa agar dapat bersekolah kembali bersama rakan karibnya Liau.

    Posted on January 17, 2012 5:12 AM

     
  68. Siti Sara Said,

    Mukasurat 12

    Hari itu Roslan benar-benar sebuk dengan segala tugasan
    rumah yang terpaksa dipikulny Sebagai anak dia tidak pernah mengeluh walaupun dia amat letih. Dia sedar keluarganya adalah segalanya. Kenangan indah semasa bersama datuk dan nenek tidak pernah luput disanubari. Zaman kanak-kanaknya dulu cukup indah.

    Dulu apabila pagi menjelang Datuk akan memanggilnya untuk solat nenek pula akan sediakan air suam untuk Roslan mandi. Malahan sebut sahaja apa yang diinginkan segera akan dapat. Apabila hari cuti datuk akan bawa Roslan , Kak Shimah dan semua anak-anaknya bersantai kepusat peranginan. Datuk akan bawa naik feri.

    Diwaktu itu ikan lumba-lumba akan ikut sepanjang belakang feri . Roslan akan ketawa dan melompat-lompat apabila feri mula berlabuh ke pengkalan. Tempat yang paling disukai mereka ialah Bukit Bendera dan Pantai Batu Feringgi. Airnya yang jernih ,pantainya yang berpasir putih bersih. Alunan ombak yang perlahan memukau setiap yang melihatnya. Nun jauh dipesisir pantai akan dapat dilihat tanah besar diseberang. Roslan akan mandi dengan kak Shimah puas-puas sampai seluruh badan bagai udang bakar merah dek pancaran terik mentari dan simbahan air masin.

    Dirumah pula apabila tiba waktu solat mereka sekeluarga akan solat berjemaah. Roslan dilatih cara untuk azan malah dia cukup bangga bila berpeluang imamkan kak Shimah kakak kesayangannya yang telah melajutkan pelajarannnya ke Belgium dalam bidang
    perubatan.

    Keindahan itu hilang dek ditelan masa. Ayah Roslan meluahkan hasrat membawa Roslan berpindah berdekatan tempat kerjanya. Entah kenapa Roslan yang dipileh, mungkin kerana waktu itu dia satu-satunya anak lelaki ayahnya. Dirumah ayah serba serbi ada berbanding rumah nenek. Tapi sayang Roslan tidak boleh mengunakan peralatan rumah itu sesuka hatinya. Kata ibu tirinya semua barangan mahal kalau Roslan sentuh rosak siapa nak ganti. Walhal itu semua harta milik ayah Roslan.

    Malahan datuk dan nenek juga kurang senang ke rumah ayahnya banyak peraturan dan segalanya dikawal oleh ibu tirinya.

    "Macam hebat sangat" itu sering terbetik disanubari Roslan bila yang dibuat serba tidak kena dari pandangan ibu tirinya. "Ahh dari susah jumpa senang itulah jadinya" kata-kata itu sering Roslan dengar dari mulut jirannya.

    Posted on January 18, 2012 5:15 AM

     
  69. Siti Sara Said,

    Sejurus, dalam keasyikan Roslan menyiapkan segala kerja rumah tiba-tiba terdengar deruan sebuah kereta di halaman rumah. Kedengaran bunyi hon bertalu-talu. Roslan menjengah ke halaman dilihatnya ayah Liau Aba keluar dari kereta. dilambainya tangan kepada Roslan. Cepat-cepat Roslan melangkah kaki menuju kehalaman

    "Ada apa uncle....? soal Roslan

    Posted on January 18, 2012 11:01 PM

     
  70. Siti Sara Said,

    Mukasurat 13

    Di jenguknya kedalam kereta uncle Aba kelihatan tersengih padanya. Pintu kereta dibuka perlahan, Roslan ditarik kedalam kereta. Sekeping kertas berwarna kuning ada ditangan uncle Aba. "Kertas apa agaknya....bisik hati Roslan. Uncle Aba menghulur kertas berwarna kuning "Tahniah ....!!! Aba memberi sebuah senyuman.

    Roslan membaca kandungan kertas tersebut. TAWARAN KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEBERANG PERAI. PAKEJ TEKNIKAL. JURUSAN KEJURUTERAAN AWAM. TAWARAN DENGAN ASRAMA.

    Hari ini Roslan benar-benar gembira. Liau anak uncle Aba juga sahabat karib Roslan menunjukkan kertas yang sama dengan Roslan. Mereka ditawarkan disekolah yang sama . Ini benar-benar mengembirakan Roslan.

    Roslan tidak menduga akan terpileh kealiran teknikal sebab keputusan tiga A lima B nya itu . Pada perasaannya dia hanya terpileh kealiran vokasional sahaja.
    "Kita akan belajar bersama.... dipeluknya Liau.
    "Lan ... jom kita keluar kita pergi makan-makan..." Ajak Liau.

    "Sekejap aku kunci pintu rumah, mak aku masih tidur .
    riak bimbang nampak dimatanya. "Nanti uncle akan beritahu kamu ikut uncle" balas Aba dia tahu ibubapa Roslan tidak akan melarang kalau Aba yang mengajak maklum Aba adalah orang penting dalam perniagaan keluarga mereka.

    Posted on January 20, 2012 9:27 AM

     
  71. Siti Sara Said,

    "Hari ini uncle akan bawa
    kamu berdua beli barang keperluan asrama. Sebagai hadiah uncle belanja okey...? "Tapi uncle..." Roslan mencelah.
    "Jangan bimbang uncle dah beritahu ayah kamu...." sahut Aba dengan cepat. Dia tahu Roslan agak keberatan menerima pemberiannya.
    Hari itu juga Aba membeli alat keperluan sekolah Roslan dan Liau dia tahu ayah Roslan tidak sempat untuk melakukan semua ini. Bagi Aba segala yang dilakukan ini tidaklah seberapa berbanding dengan jasa datuk Roslan dahulu yang sudi menumpangkan dia dan isteri ditanah mereka semasa dia mula datang kekampung Roslan.

    Jiwa Roslan bercelaru, dia takut ayah dan ibu tirinya akan marah melihat pemberian Aba yang begitu banyak. Dia agak keberatan apabila dihulurkan barangan keperluan asrama yang lengkap oleh Aba. Tapi Aba tetap berkeras memberinya. "Jangan bimbang uncle dah beritahu ayah kamu...."Aba cuba menyakinkan Roslan.

    Roslan sudah tidak sabar untuk tinggal di asrama . Baginya ini satu dunia baru yang akan mengubah masadepannya. Dia berharap apabila berjauhan nanti ibu tirinya akan berubah. Impiannya hanya satu dia akan belajar bersungguh-sungguh. Dia akan menjadi seorang Jurutera suatu hari nanti. Itu cita-citanya. Tanggapan yang Sekolah Menengah Teknik berdarjat rendah sama sekali tidak benar dan perlu dikikis. Dia berazam akan mengatasi keputusan kak Shimah .

    Kak Shimah adalah kakak kandung Roslan yang belajar di Kolej Matrikulasi ketika itu. Sekarang dia berada di Belgium belajar dalam jurusan perubatan dibawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam.

    "Lan....!! Bila balik...?

    Satu soalan singgah ditelinga Roslan. Lamunannya tergugat. Roslan menoleh. Dia benar-benar terperanjat.

    Posted on January 30, 2012 5:06 AM

     
  72. Siti Sara Said,

    Mendadak wajah yang amat dirinduinya terpacak didepan mata. Zakiah yang menjadi pujaannya dalam diam muncul. Zakiah salah seorang rakan sepermainan Roslan. Ternyata agak hairan Roslan melihat Zakiah diremang pagi begini. Gadis itu tiba-tiba berhadapan dengannya. Tadinya Roslan agak gugup. Lama dahulu Zakiah masih lagi kanak-kanak. Enam tahun, mengubah segalanya. Zakiah kini sudah menjadi gadis belasan tahun yang cantik dan menawan sesiapa yang memandangnya.

    Paras rupa Zakiah sudah berubah. Dia amat cantik bertudung menutupi rambutnya yang lurus. Kulitnya lebih putih dari dahulu. Tubuhnya tidak segempal dahulu. Zakiah kini seorang gadis ayu, tinggi lampai bak seorang peragawati. Kulitnya putih bak salju hidungnya mancung halus. Pipinya halus licin bagai telur dikupas. Roslan terpaku melihat perubahan Zakiah, jiwa remajanya bergetar melihat kecantikan Zakiah.

    "Bagaimana tiba-tiba muncul....? Suara Roslan kedengaran bergetar, dia benar-benar terkejut dengan kehadiran Zakiah .

    "Keluarga kami telah kembali ke Semenanjung. Buat sementara kami tinggal di rumah nenek....." Terang Zakiah panjang lebar.


    Baru Roslan faham,memang baru-baru ini nenek Zakiah ada bersuara memberitahu keluarga Zakiah akan kembali ke Semenanjung setelah enam tahun di negeri di bawah bayu.

    Tapi Roslan tidak menduga keluarga Zakiah akan kembali secepat ini. Hati Roslan berbunga riang. Mereka berdua berjalan beriringan menuju kemeja tempat mereka sering bersama dahulu. Keadaan di sini agak usang sepi, terdapat daun koko kering berselerak diatas meja, namun keredupan dan kesegaran tempat ini masih seperti mereka dizaman anak-anak pepohon koko masih memayungi tempat ini. Bagi Roslan tempat ini cukup istimewa. Tempat yang penuh nostalgia dalam memori hidupnya.

    Rupanya Zakiah juga mengambil jurusan Kejuruteraan Elektrik di salah sebuah sekolah menengah Teknik di Sabah. Menurut Zakiah dia mendapat sepuluh A dalam peperiksaan percubaan SPMnya . Dia antara calon yang dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun atas tajaan biasiswa Petronas.

    "Tahniah....!!! bergetar suara Roslan. Hatinya berbunga gembira . Sungguh tidak diduga Zakiah akan bersama kembali. Mereka mendapat peluang yang sama begitu juga Liau sahabat karibnya. Namun Roslan tetap merahsiakan tawaran yang diterimanya. Dia telah mengesahkan tawaran tersebut. Baginya dia akan beri kejutan pada semua apabila tiba masanya kelak.

    Sesungguhnya ternyata tidak sia-sia Roslan tinggal di asrama . Kehidupan di sana benar-benar mengubah dirinya. Asrama Seri Meranti sekolah Menengah Teknik Seberang Prai telah membawa kehidupan baru kepada Roslan. Roslan antara pelajar yang aktif di sekolah. Malahan dia adalah ketua Majlis Perwakilan Pelajar . Dia telah terpileh ke pertukaran pelajar dari sekolahnya ke negara matahari terbit iaitu Jepun. Sejak saat itu Roslan terus memasang cita-cita untuk meneruskan pelajarannya di negara tersebut.

    Posted on January 30, 2012 8:55 PM

     
  73. Siti Sara Said,

    Mukasurat 15

    Tapi impian itu masih tersemat dilipatan sanubarinya. Roslan menyimpan impiannya itu kemas-kemas. Dia ingin beri kejutan pada semua. Terutama kepada ibu tirinya yang memandang rendah kepada kebolehannya. Kini atas kehendak Tuhan manusia akan mampu mengubah nasibnya andai dia berusaha.

    Pada Roslan dia tidak perlu bangga dengan kejayaan yang mula bertapak dalam setiap yang dilakukannya. Roslan tetap merasa dia perlu lagi mengetahui berbagai perkara. Semua ini adalah sifat yang diperolehinya dari sahabat karibnya Liau.

    Posted on February 2, 2012 6:43 AM

     
  74. Siti Sara Said,

    salam kak Aini dan sifu Az monolog hidup tu bagaimana? Adakah dia berbual seorang diri?

    Posted on February 2, 2012 6:45 AM

     
  75. Siti Sara Said,

    "Maafkan aku Kiahh...bukan aku tidak mahu beritahu mu tapi biarlah dahulu, pokoknya kita akan bersama kerana jalan kini sehaluan , bukan aku meraguimu, tapi..biarlah peluang ini benar-benar didepan mata baru aku beritahu...bisik hati Roslan. Roslan merenung Zakiah dengan seribu rahsia yang sukar dimengertikan.

    "Lan....apa kata esok kita berkumpul macam dulu. Kita gabungkan kembali kawan-kawan kita. Kita berbincang apa yang patut dilakukan sepanjang percutian kita....? Cadang Zakiah.

    "Maaf Kiah....Esok aku ada hal...lain kali boleh kan....? Pinta Roslan.

    Hal apa..? Wajah Zakiah penuh dengan persoalan. Sejak dua menjak ni Roslan begitu perahsia. Usianya menjadikan dia begitu berubah. Berbeza dengan diwaktu sekolah rendah dahulu . Mereka tidak pernah merahsia antara satu sama lain.

    "Kiah keadaan telah berubah usia membataskan hubungan kita...Aku..." beritahu Roslan. Dia agak kekok berbual dengan Zakiah mungkin kerana perpisahan mereka terlalu lama.

    "Sebenarnya aku akan kebandar esok bersama Liau, kami nak daftar kelas memandu. Aku akan bekerja dengan ayah Liau sementara keputusan sebenar SPM diumumkan. Ayah Liau akan membayar semua sehingga aku dan Liau dapat lesen. Aku akan bayar balik apabila aku bekerja dengan ayah Liau.." Roslan menjelaskan dengan panjang lebar pada Zakiah.

    Kini Roslan telah banyak mengetahui nama-nama komponen alat-alat elektrik. Semua ini dipelajari sepanjang kehidupannya selama dua tahun dI Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai Pulau Pinang.

    Roslan berazam akan mengisi masa cutinya dengan dunia pekerjaan dan mengambil sijil pendawaian elektrik tahap satu sebagai ilmu untuk dia bekalkan apabila dia menerokai alam pekerjaan apabila dia menamatkan pengajiaannya nanti. Roslan tidak mahu belajar secara teori sahaja. Biarlah dia mempraktikkan semuanya agar menjadi lebih mudah lagi nanti.

    '

    Posted on February 2, 2012 6:06 PM

     
  76. Azmah Nordin Said,

    sitisara :)

    saya dah baca pembaikan yg anda buat kat atas tu, dan saya dapati anda berjaya melakukannya dgn sgt2 baik, tahniah! cuma ada sedikit pembaikan yg perlu anda buat;

    pembaikan;

    1. "Lannn....kedengaran laungan panjang dihalaman, Roslan terkejut dari lamunannya.
    (harus ada pemisah paragraf di sini, sbb laungan tu bukan laungan roslan)

    Diseka airmata yang mengalir tanpa sedar. Hingga ke detik ini bilik ini tidak pernah diubah walau sedikitpun menurut ayah Roslan biarlah bilik ini kekal sebagai kenangan dia dan arwah isterinya. Roslan amat faham dengan situasi perasaan ayahnya. Kalau boleh Roslan juga ingin punya bilik khas untuk mengingati arwah ibunya.

    2. Sejurus, dalam keasyikan Roslan menyiapkan segala kerja rumah tiba-tiba terdengar deruan sebuah kereta di halaman rumah. Kedengaran bunyi hon bertalu-talu. Roslan menjengah ke halaman dilihatnya ayah Liau Aba keluar dari kereta. dilambainya tangan kepada Roslan.

    Cepat-cepat Roslan melangkah kaki menuju kehalaman. (gmbarkan gelojak hatinya.)

    (bab 1 berakhir di sini dan bab 3 bermula)


    Bab 3

    "Ada apa uncle....? soal Roslan
    ________

    utk bab 1, anda perlu wujudkan beberapa lagi dialog hidup di sana sini, utk menambahkan jumlah mukasuratnya mejadi antara 15 - 16 ms. anda tiada masalah buat dialog hidup, sbb yg telah anda buat itu sudah cukup sempurna dan hidup.

    sitisara, anda buat dulu pembaikan dan tambahan yg saya sarankan di atas tu dan beri saya lihat semula, nanti baru boleh mulakan bab 2.

    gigih terus k

    p/s

    setiap kali anda hantar posting, mesti letakkan no mukasurat dan segeralah beritau kepada kak aini anda di shoutbox Jerit Apa Je tu, supaya kami tahu akan kewujudannya k

    Posted on February 11, 2012 4:58 PM

     
  77. Siti Sara Said,

    mukasurat 3

    perengan 5

    Tap...Tap....Tap....semakin lama semakin kerap. Deruannya kian laju. Atap yang tersusun di bawah rumah sudah penuh dibanjiri darah merah pekat....cair semuanya ...mengerikan....Aishah terus........ berjuang dengan maut... malaikat datang menagih janji hari ini Aishah perlu kembali, kembali kepada Allah yang menciptanya dahulu....

    Roslan masih diribaan ayahnya merenggek ingin mendapatkan ibu tempat bermanjanya selama ini. Dia tidak mengerti ibunya sedang mengalami kepedihan maha hebat bertarung nyawa untuk sebuaah kelahiran.

    Ayah...Ayahhh nak ibu ditariknya tangan ayah yang sudah lemah melihat penderitaan siisteri. Ayah Roslan bagai dipukau dia sudah tidak berdaya...Dibelainya rambut kedua anak dipangkuan...Dia tidak berdaya...

    Mak Bidan sedaya mungkin mencuba ....Tapi apa daya dengan segala kekurangan dia tidak dapat menyelamatkan nyawa seorang ibu muda...

    "Yusofff.... panggil mak bidan ....Ayah Roslan Yusoff perlahan esotkan diri kearah mak bidan. Roslan masih diribaan ..Datang sini...Aishah nak cakap...panggil mak bidan perlahan.

    Airmata Yusoff mdngalir laju jiwa lelakinya bagai ditoreh sembilu...Dia takut...Roslan memeluk erat ayah tercinta seolah mengerti apa bakal berlaku. Hari ini penentu kehidupan anak kecil ini.

    "Bangggg....maaafffkannn Aishah....Aishah ....tak dapat bersaaammaa abanggg....bisik Aishah...sayang....makkk Aisahah sempat memeluk kedua anaknya...Belaian terakhir buat dua anak ini.
    '

    "Jagaaaa anakkk kita....Allahhhhhhhhh.....? Aisahah terkulai diribaan suami tercinta. Darah merah memenuhi sebahagian kainnya.

    Roslan terus menangis tanpa henti seolah mengerti hidup yang bakal dilalui selepas kematian ibu tercinta....Begitu jua Shimah...Semua....nenek datuk , Mak usu, menjadi sebak...tidak diduga kelahiran dua bayi kembar ini telah meragut nyawa seorang ibu muda berusia sembilan belas tahun.

    Wajah Aishah ditutup perlahan."Jangannnn.... jangan buat macam tu kat ibu... kasihan ibu.....Roslan menjerit....dia tidak mengerti mengapa wajah ibunya ditutup...Semua yang ada bertambah hiba...nenek cepat-cepatkleuar dari ruang itu hatinya hancur....kehilangan menantu sulong jua pedih melihat anak-anak Aishah yang masih kecil.

    Posted on February 23, 2012 5:59 AM

     
  78. Siti Sara Said,

    Bab Satu
    " Alangkah indahnya andai ibu masih ada..." Keluh Roslan. Tapi masa yang diinjak tidak akan kembali. Fikirnya sama ada suka atau tidak dia perlu melalui suratan yang tersurat. Dengan penuh kesedaran dia sedar keluhannya tidak akan mengubah apa yang terjadi.

    Roslan masih berteleku di tikar sejadah kesayangannya. Dia menarik nafas perlahan. " Agaknya ada hikmah dibalik semua ini...ini ujian yang terpaksa aku lalui, ya Allah ampuni dosaku kerana meragui ketentuanmu...." Bisik hiba hati Roslan. Pasrah dengan apa yang terjadi.

    Sejadah kesayangannya ini adalah hadiah pemberian Nenek semasa Roslan ditawarkan ke asrama Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai Pulau Pinang. Sekolah ini adalah satu-satunya sekolah menengah teknik berasrama penuh di Malaysia.

    Masih jelas lagi diingatan Roslan waktu itu Roslan sedang sibuk mengemas barang keperluan asrama, nenek datang dengan senyman penuh kasih sayang memberi sebuah bungkusan. " Bukaaaa..." Pinta nenek penuh nada kelembutan. " Apa ni nek..."? soal Roslan penuh tanda tanya. "Ambillah ini hadiah nenek..." nenek berkata sambil melemparkan senyuman. Roslan membuka bungkusan tersebut. "Cantiknyaaaa..." sejadah berwarna hijau berlatar belakangkan Kaabah begitu sinonim
    (1)
    dengan selera Roslan. Nenek dipeluk dengan penuh kasih sayang. " Terimakasih nek..Lan suka...nenek dipeluk penuh kasih. Nenek mene.puk-nepuk bahu Roslan..

    Kata nenek " Walau dimana kita berada Allah sentiasa bersama tidak kira senang atau susah. Allah tidak pernah tinggalkan kita. Jadi sebagai hambanya wajarlah kita meningatinya. Hanya dengan mendirikan solat kita akan tenang dan dekat dengan Allah. Sejadah ini paling bersih untuk kita mengadap Allah..." Pesan nenek itu tersemat kemas di lipatan hati Roslan.

    Setiap kali selepas solat Roslan tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya , nenek, datuk jua umat Islam lainnya. " Ya Allah makbulkan segala impian dan cita-citaku ....Rabbana Atina Piddon ya hasana...Amin.." Itulah kalimah setiap kali Roslan mengadap Ilahi. Hanya Allah tempat dia meminta setelah segala usaha dilakukan. Dia berharap mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM nya. Dengan ini dia berharap ibu tirinya akan mengubah pandangan negetif terhadapnya.

    Roslan menghitung hari kematian ibunya yang tidak pernah ditatap semenjak dia mengenal erti sebuah kehidupan. Hatinya begitu pilu terutama melihat kemesraan kehidupan kawan karibnya Liau yang begitu mesra dengan ibunya. Ibu Liau amat mesra dengan Liau mereka seperti sahabat karib saling bercerita apa sahaja.

    Sudah empat belas tahun berlalu. Empat belas tahun bukan satu masa yang singkat. Ia boleh mengundang berbagai peristiwa. Hari ini empat belas tahun sudah ibu
    (2)

    Posted on March 7, 2012 4:48 PM

     
  79. Siti Sara Said,

    Roslan meninggalkan alam fana ini menuju alam yang lebih kekal. Alam yang akan dilalui oleh tiap insan dibumi ini. Tiada siapa boleh mengelaknya walau setinggi mana darjatnya. Cuma waktu dan keadaan yang berbeza mengikut ketentuan Allah.

    Roslan seorang pemuda berbadan sederhana, berkulit putih kuning, berambut lurus dengan matanya agak kecil berbanding pemuda Melayu lainnya. Dia menghela nafas panjang. Wajah seriusnya agak ketara terutama bila dia memikirkan sesuatu yang penting. Kalau sesiapa tidak mengenalinya pasti beranggapan Roslan seorang yang sombong. Rakan-rakan terutama pelajar Cina sering menyatakan dia kacak seiras Lee Min Ho seorang pelakon filem Korea . Tapi Roslan tidak pernah mudah hanyut dengan setiap pujian yang diberi. Baginya itu semua anugerah Allah dia menerima seadanya.

    Roslan mengeluh, teringat dia akan nenek dan datuk yang mengasuhnya. Semasa usianya dua tahun nenek adalah pengasuh Roslan.Neneklah penganti ibu Roslan. Kehidupan bersama datuk dan nenek dilimpahi dengan penuh kasih sayang . Nilai-nilai keagamaan tidak pernah dilupakan . Roslan di ajar setiap hukum hakam agama. Lantaran itu nilai agama adalah tunjang kehidupannya. Malahan dengan melakukan solat Roslan merasa amat tenang seluruh jiwa raganya. Lafaz suci yang lahir dari bibir Roslan begitu mendayu “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya aku berlindung padamu daripada keluh kesah dan kesedihan dan aku berlindung daripada lemah dan malas aku berlindung daripada sifat penakut dan bakhil Dan aku berlindung dari bebanan hutang dan penindasan manusia.Maha suci Tuhanku Tuhan yang mempunyai kemuliaan daripada apa yang mereka sifatkan dan kesejahteraan keatas para Rasul
    (3)
    segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam.

    Saban hari doa ini dilafaz. Dia tidak pernah jemu dengan doa ini. Roslan akan tenang dengan doa ini setenang air dikali. Hanya kepada Allah tempat dia mengadu. Ketenangan hatinya dapat dilihat pada riak wajahnya bersih serta tulus.

    Roslan menarik nafas panjang “Ya Allah ampunilah segala dosa kedua ibubapaku, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku diwaktu kecilku….Airmata jatuh umpama butiran mutiara gugur satu persatu. Roslan tiba-tiba merasa cukup hiba apatah lagi bila terkenang kan ibu tercinta.

    Ingatan pada ibu tercinta begitu dalam. Hanya dua potret yang ada buat dia melepaskan rindu pada ibu tercinta. Potret itu tergantung kemas dalam bilik ini. Roslan bangun dia menghampiri potret tersebut. Perlahan potret itu diambilnya. Lalu dia kembali ketempat tadi.

    Ditatapnya potret tersebut puas-puas . Ibunya kelihatan berpegangan dengan ayahnya begitu romantis sekali. Ayah Roslan memeluk pinggang ibunya seolah tidak akan terpisah pasangan muda ini. Ayah Roslan memakai baju kemeja berlengan panjang bertali leher. Cukup tampan dan bergaya. Ibunya memakai baju kurung berbunga kecil . Amat sopan dan anggun sebaga wanita Melayu. Ibunya tersenyum penuh kelembutan seorang wanita. Wajah ibunya cantik menawan. Rambutnya panjang melepasi bahu. Kata nenek kulit ibunya putih melepak kalau dia ketawa mukanya akan kemerahan bak buah ceri. Potret ini diambil semasa ibunya berusia
    (4)

    Posted on March 7, 2012 4:49 PM

     
  80. Siti Sara Said,

    sembilan belas tahun . Ibunya mengandungkan adik kembarnya Norizan dan Norizah.Disebabkan ibunya meninggal dunia Roslan kak Shimah dan Norizah dipelihara . datuk dan nenek. Sementara Norizan diberi kepada emak saudara Roslan sebelah ibunya. Tapi malang salah seorang adik Roslan Norizah yang dipelihara oleh nenek meninggal dunia semasa berusia empat tahun.

    Sejurus selepas selesai menunaikan solat, Roslan melipat kain sejadah lalu disidainya disudut kiri bilik. Dia tersendu kepiluan." Ibu…!!!! Bisik hati kecilnya. Direnungnya wajah ibu tercinta yang tersenyum manis disudut pintu masuk ke bilik tersebut. Wajah manis itu cuma dapat ditatap dalam sebuah potret cuma. Jua disudut inilah ibu Roslan menhembuskan nafas terakhir. Menurut cerita adik ibunya iaitu Pak Cik Norman titisan darah berbunyi ,” tap, tap, tap....semakin lama semakin laju . Deruannya mengerikan . Atap yang tersusun dibawah rumah sudah penuh dibanjiri darah merah pekat...cair semuanya...mengerikan sesiapa menyaksikan... ibu kamu Aishah terus berjuang dengan maut... malaikat datang menagih janji hari ini ibumu perlu kembali kepada Allah yang menciptanya ....” Pak cik Norman bercerita dengan wajah murung.

    Pak Cik Norman bercerita lagi, Roslan melihat manik-manik airmata mengalir dipipi Pak cik Norman. Mungkin Pak Cik Norman amat sedih dengan kehilangan kakak nya agaknya fikir Roslan. Dengan wajah hiba pak Cik Norman meneruskan ceritanya.

    “ Roslan kamu pada masa itu masih diribaan ayahmu merengek ingin mendapatkan
    (5)
    ibu kesayangan, Pada masa itu kamu belum mengerti penderitaan yang ibumu terpaksa lami demi kelahiran adik kembar kamu. Kamu memanggil” Ayahhh....ayah Lan nakibu …” bertalu-talu rengekan kamu sedangkan ayah kamu waktu itu tidak mampu berbuat apa-apa dia panik dia bagai terpukau dengan kejadian yang tidak diduga itu. Kamu dan kakak kamu tetap diribaan ayah kamu ,kamu seolah dapat merasakan keadaan yang bakal berlaku tapi kalian tidak mampu menjelaskan kerana waktu itu kamu baru berusia dua tahun….” Jelas Pak Cik Norman.

    “ Mak bidan sedaya mungkin mencuba...Pak Cik sendiri terpaku dengan kejadian itu. Segala usaha yang dilakukan tidak berhasil ibumu meninggal dunia kerana tumpah darah melahirkan adik kembar kamu Norizan dan Norrizah. Usia ibu mu waktu itu baru awal dua puluhan. Masih kuat diingatan Pak cik Ibumu berpesan ." Banggg maafkan Aishah jaga anak-anak kita....." sempat dibelainya kamu dan kakak kamu namun dua adik kembar kamu tidak sempat dipegangnya, dia sudah tidak berdaya saat itu. kamu terus menangis tanpa henti begitu juga dengan kakak kamu Shimah, disaat wajah ibumu ditutup dengan kain kamu menjerit-jerit tidak membenarkan....kata kamu " Jangannnnn...jangan buat begitu pada ibu....kasihan ibu...kamu menjerit kakak kamu yang baru berusia empat tahun datang memeluk kamu , ayah kamu juga turut berpelukan bersama. Kami semua begitu terharu sehingga bilapun Pak cik Takkan lupakan kejadian itu. Begitulah luahan Pak cik Norman setiap kali masuk ke bilik ini. Bilik ini adalah bilik nostalgia kehidupan ayah dan ibumu...cerita Pak cik Norman lagi.


    (6)

    Posted on March 7, 2012 4:52 PM

     
  81. Siti Sara Said,

    Dihari kematian Ibu Roslan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Suasana pilu tergambar dari setiap riak wajah yang hadir. Siapa tidak terharu melihat dua bayi kembar yang baru melihat keindahan dunia sudah kehilangan tempat bernaung kasih.

    Hati siapa tidak terguris melihat dua kanak-kanak kecil meratap hiba melihat ibu
    mereka kaku di perbaringan….? Apatah lagi bagi seorang suami yang sudah kenal erti sebuah tangungjawab…Sebagai suami yang masih muda akan merasa cukup sedih apatah lagi melihat wajah anak-anak yang tidak mengerti erti sebuah kematian. Roslan hanya melihat kesedihan setiap yang hadir. Dia dan kakaknya tidak bangun dari ribaan ayahnya.. Apalah yang dia tahu semua didepan matanya ini. “ Sabar soppp….” Itu yang sering diungkapkan oleh setiap yang hadir dihari kematian ibu Roslan.

    Nenek asyik membaca surah Yasin tanpa henti. Dia amat sayangkan menantu sulongnya ini Diluar hujan masih renyai seolah turut meratap kehilangan ibu Roslan . Cuaca dan suasana cukup muram . Sang mentari enggan menjengah diri. Kadangkala kilat sabung menyabung menyuluh setiap rakan taulan yang datang menziarah

    “ Lannnn….!!! Kedengaran laungan panjang dihalaman …Roslan terkejut dari lamunannya.. Diseka air mata yang mengalir tanpa sedar. Hingga kedetik ini bilik ini tidak diubah walau sedikitpun. Menurut ayah Roslan biarlah bilik ini kekal sebagai kenangan dia dan arwah isterinya. Roslan amat faham dengan situasi perasaan ayahnya. Kalau boleh Roslan juga berangan mempunyai bilik yang penuh nostalgia
    (7)

    seperti bilik ini. “ Tapi biarlah nostalgia indah cuma…..detik hati Roslan.

    Kini kesejukan udara pagi menusuk tulang sum-sumnya. Apalagi dengan putaran kipas yang sentiasa bergerak laju menambah kesejukan yang sedia ada. Perlahan Roslan menuju ketingkap bilik , dikuaknya tingkap seluasnya. Angin pagi yang sejuk
    menerjah masuk terasa segar dan nyaman.

    Dibalik birai tingkap sang mentari mula meyimbahkan cahaya lembut dan menyegarkan . Suluhan sang mentari bagai membelai dedaun yang masih lembap dek titisan embun. Roslan turut merasa kehangatan sentuhan cahaya pagi yang lembut yang memantulkan warna pelangi disetiap hujung rumput. Warna merah, kuning, jingga, hijau, biru begitu memukau pandangan Roslan. Bilah-bilah cahaya matahari mula menembusi setiap pepohon yang ada berhadapan tingkap rumahnya.

    Roslan tersenyum mendengar suara memanggil, tidak lain tidak bukan selain datuk kesayangannya . Datuk agak gusar kalau-kalau Roslan belum bangun tidur lagi.

    “ Alangkah indahnya dunia ciptaan Tuhan andai hidup aku umpama pelangi sentiasa dihiasi warna warni nan indah bertuah aku….” Bisik Roslan pada dirinya.

    Keindahan pagi ini disambut riang oleh sang murai. Kicauannya cukup mempersonakan . Di sini kenangan di zaman kanak-kanak nya berputar kembali . Di situ di balik pepohon koko tidak pernah dilupai Roslan dipukul lantaran terlewat balik
    (8)

    Posted on March 7, 2012 4:53 PM

     
  82. Siti Sara Said,

    dari sekolah.

    Masih diingat lagi petang itu Roslan mengayuh basikal kesayangannya kembali kerumah dari sekolah . dia meletakkan basikalnya dibawah pohon koko. Sengaja dia berbuat begitu untuk mengelakkan dari menjadi mangsa kerakusan ibu tirinya. Hatinya merasa lega bila tidak bersua dengan ibu tirinya. Tapiiiii…tiba-tiba…

    “ Apa kamu buat, Lannn….? Sergah satu suara tiba-tiba . Terkejut Roslan tidak diduga ibu tirinya sudah bersedia dibelakangnya dengan sebilah rotan.

    Dia menoleh kebelakang , ibu tirinya bercekak pinggang sambil merenung tajam kearahnya.

    “ Mengapa kamu lewat balik haaa…?” tengking ibu tirinya . Bagai halilintar membelah bumi kedengaran suaranya. Ibu tirinya seolah seekor singa kelaparan . Roslan bungkam dia tahu biar apapun alas an dia tidak akan dikasihani.

    “ La nada kelas tambahan mak…” jawab Roslan, hatinya Tuhan sahaja yang tahu ketika itu.

    “ ooooooo…kelas tambahan…Mari sini….Tangan Roslan ditarik, baju Roslan di selak , berdesis-desis bunyi rotan singgah di badan Roslan. Setelah puas barulah Roslan dilepaskan .
    (9)

    “ Sudah berapa kali aku cakap balik awalll ..tuu… banyak kerja perlu dibuat , sudahlah otak tidak boleh pakai ada hati nak pergi kelas tambahan. Degil betull budak nii…!!! “leter ibu tiri Roslan seraya menarik telinga kanan Roslan.

    “A..a…duh, Tolong saya makkk….” Rayu Roslan sambil menjengketkan kaki untuk mengurangkan rasa sakitnya.

    “Kamu nak buat lagi tak..? soal Asmah ibu tiri Roslan lagi. Tangannya terus menarik telinga kanan Roslan . Dia belum puas dengan apa yang berlaku tadi.

    “ Ti…ti…dak, mak. Saya tidak buat lagi…” ujar Roslan minta dikasihani, sudahlah perutnya kosong dek belum diisi dengan makanan, ini kena pukul pula.

    Asmah melepaskan telinga Roslan. Dia berlalu dengan wajah mencuka. Hari ini bertambah kerjanya kerana kelewatan Roslanpulang dari sekolah.

    Bukan salah Roslan, hari itu cikgu Salmiah mengadakan kelas tambahan bagi pelajar UPSR. Disebabkan hal itu badan Roslan berbirat dikerjakan oleh ibu tirinya. Hari itu kebetulan nenek dan datuk keluar ke rumah kenduri. Sedaplah Roslan mendapat habuan roti panjang. Bagi Roslan peristiwa itu tetap terpahat dalam hatinya.

    Di balik pohon koko inilah Roslan menangisi nasib dirinya. Dia tidak mengerti
    mengapa ibu tirinya begitu membenci dirinya. “Apa salah diri ini….keluh Roslan.
    (10)

    Posted on March 7, 2012 4:53 PM

     
  83. Siti Sara Said,

    Di saat itu usia Roslan baru dua belas tahun. Dia duduk seharian menanti kepulangan datuk dan nenek . Roslan benar-benar trauma dengan perilaku ibutirinya. Dia sedih sebab ibu tirinya tidak pernah mahu usul periksa hal sebenarnya.

    Anehnya ibu tirinya tidak pernah begitu sebelum kelahiran adiknya Zaini. Kini boleh dikatakan saban hari Roslan disalahkan . Kasih ibu tirinya berpindah tangan umpama

    titisan embun diwaktu pagi akan hilang lenyap dek panahan sang mentari. Roslan akur semua itu, dia sedar siapa dirinya, dia hanya menumpang kasih setelah kasih sejati ibu nya sendiri di bawa pergi. Dia pasrah dengan apa yang tersurat.

    Di balik pohon koko inilah Roslan menangisi nasib dirinya. Di sini ada sebuah pondok kecil. Kadangkala Roslan akan terlelap disitu. Terdapat meja usang dan kerusi panjang untuk merehatkan diri. Di sini juga tempat Roslan mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakannya. Roslan cukup tenang di sini.

    Datuk dan nenek jarang di rumah. Sejak usia Roslan melangkah usia remaja datuk dan nenek lebih suka berjalan-jalan di rumah anak-anak. Lagipun datuk mempunyai dua buah rumah. Sebuah rtumah lagi di kawasan bukit yang datuk beli semasa datuk mendapat duit pencen dahulu. Rumah itu adalah rumah rehat datuk terutama pada musim buah.

    Datuk pernah berkata” Lan dan Kak Shimah mesti tinggal dengan ayah datuk dan
    (11)
    nenek sudah mengasuh kalian berdua , sekarang datuk dan nenek nak rehat dan tenangkan fikiran, terima apa yang berlaku seadanya,……” Itu pesan datuk. Pesanan itulah yang dipegang sehingga sekarang. Perasaan rindu pada datuk dan nenek akan terubat apabila datuk kembali kerumah.

    Ayah Roslan adalah anak sulong dari lima adik beradik. Dia diamanahkan menjaga rumah datuk yang tersergam indah di kampong itu. Anak-anak datuk yang lain tinggal berjauhan dari tempat kelahiran mereka ada tinggal di Ipoh, Kuala Lumpur,

    sabah dan Singapura. Mereka adalah antara anak kampung yang berjaya dalam
    bidang kerjaya dan akademik di kampung itu. Justeru itu abang mereka yang sulong iaitu ayah Roslan dibiarkan tinggal di kampong kerana tempat kerjanya berdekatan dengan kawasan tersebut.

    Tugas ayah Roslan sebagai kontraktor perumahan menyebabkan aktiviti bersama keluarga agak terbatas. Ayah Roslan lebih banyak menghabiskan masanya ditapak pembinaan . Tapak pembinannya adalah rumah kedua baginya. Memang tidak dinafikan Roslan hidup dilimpahi kemewahan wang ringgit. Tetapi dia kecewa dengan sikap ayahnya yang kurang memberi perhatian kepada dia dan keluarga. Malahan ayah Roslan menyerahkan tugas membesarkan anak-anak seratus peratus kepada isteri keduanya.

    “Sampai bila aku akan berterusan begini…..? Bisik hati Roslan. “Aku perlu buktikan pada mak aku bukan sebarang anak, buat apa aku menangisi nasib yang tersurat. Aku
    (12)

    Posted on March 7, 2012 4:53 PM

     
  84. Siti Sara Said,

    tidak boleh membiarkan nasib aku berterusan begini. Aku perlu mengubah apa yang terjadi. Aku tidak boleh membiarkan rasa benci yang bersarang dalam hati mak berterusan…..” bisik hati Roslan lagi.

    Roslan beredar dari bilik menuju ke dapur, meja makan masih berselerak, pinggan mangkuk tidak berbasuh, terdapat banyak lidi satay di atas meja. Semalam Roslan terlah kemas semua pinggan mangkuk tersebut. “Agaknya mak ke Pasar Malam dan membeli makanan ni dan mereka makan semasa aku tidur “ detik hati Roslan. Roslan tidak ambil hati. Dia tahu ibu tirinya sengaja melakukan semua ini sekadar

    bermain perang saikologi dengannya. Dalam usia belasan tahun cara ini lebih baik untuk ibu tirinya menyakitkan perasaannya.

    “ Ah ….biarlah….” keluh Roslan. Pinggan mangkuk itu di bawa ke sink untuk di basuh. Suasana di rumah agak sepi….

    Selalunya diwaktu begini ibu tiri Roslan masih lagi di tempat tidur. Kalau ayah atau nenek dan datuk ada dia akan bangun awal menyediakan sarapan. Roslan sudah memahami keadaan itu. Sekarang ini dia perlu mengantikan tugas yang selalu dibuat oleh ibu tirinya semasa ayah ada.

    Secolek sabun disapu untuk membasuh pinggan. Dalam keasyikan membasuh pinggan Roslan berfikir ligat apakah akan di masak nanti. Rasanya enak juga dia memasak nasi lemak berlaukkan sambal tumis ikan bilis. Kenyang juga perutnya nanti .
    (13)

    Setelah selesai membasuh pinggan dan mengemas meja makan . Roslan mula menumis cili yang siap dikisar yang memang tersedia dalam petiais. Ikan bilis digoreng separuh dan separuh lagi dimasukkan dalam sambal yang siap mengelegak di atas dapur . Beras diambil didalam bekas , lalu dibasuh dan dittos . Roslan mengambil santan yang memang tersedia di tempat sejuk beku. Akhirnya siap juga nasi lemak ikan bilis yang dimasak oleh Roslan.

    Bagi Roslan walaupun daia seorang lelaki dia tidak kekok membuat kerja dapur.

    Masih diingatnya bila satu hari dulu dia memasak kari kepala ikan semua memujinya. Waktu itu kebetulan bapa saudaranya dari Ipoh dating ke rumahnya secara mengejut. Ketika itu usia Roslan baru melangkah empat belas tahun. Jam menunjukkan pukul sebelas pagi Roslan sedang asyik menumis kari bila tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Terperanjat dia.

    “ Laaa….dah jadi tukang masak pulak anak buah Pak Teh niii…!!! Bahu Roslan ditepuk. Namun ada riak tidak puas hati diwajah Pak The Roslan. Roslan tersenyum. “Land ah biasa buat kerja ni Pak Tehh…” “Tapiii…mak Lan mana….? Soal Pak The hairan. Selama ini dia hanya mendengar cerita dari jiran mengenai perlakuan ibu tiri Roslan. Dia tidak pernah percaya. “Mak tidurrr….Badannya kurang sihat…” Rolan cuba melindungi ibu tirinya.

    Bapa saudara Roslan merenung Roslan, Roslan cuba mengelak pandangan bapa
    (14)

    Posted on March 7, 2012 4:54 PM

     
  85. Siti Sara Said,

    saudaranya dengan segera mendapatkan kari yang sedang dimasak dia tas dapur…Pak The pergi rehat dulu Lan nak siapkan makan tengahari. Nanti Lan buatkan ayer minuman sejuk untuk hilangkan haus Pak Teh okey…!!!

    “ Tapiii…” Pak Teh masih tidak puas hati. Dilihatnya ada kesengsaraan yang ditanggung oleh anak buahnya melalui riak muka Roslan yang perahsia itu.

    Roslan mengeluh sudah berkali Pak Teh mengajak Roslan tinggal dengannya tapi Roslan menolak dengan pelbagai alas an. Setelah selesai melakukan tugas di dapur . Roslan bergegas keruang tamu. Dia ingin selesaikan semua tugasan di rumah.. Nanti
    bila di Pekan tidak perlu lagi diingat perkara yang belum selesai dibuat.

    Jam berdenting tujuh kali… Roslan cepat-cepat keluar dari rumah. Dia akan ke pekan untuk mencari kerja sementara keputusan SPM diumumkan. Angan-angannya nanti duit yang terkumpul hasil kerjanya akan disimpan untuk tambahan belanja pelajarannya. Dia akan merasa puas mengunakan duit hasil titik peluhnya. Di samping itu Roslan bercadang belajar memandu. Di zaman ini lessen memandu adalah asset yang amat berharga.

    Roslan menjengah keluar rumah, kelihatan kemilau mentari menyuluh setiap penjuru alam. Titisan embun yang bersinar disuruh sang mentari pagi kian lenyap. Kemilau pelangi sudah hilang , rumput kian mengeringdiganti dengan cahaya pagi yang kian membahang . Bagi Roslan dia akan menjadi seperti sang mentari, dia akan tunjukkan kegagahan sinarnya apabila hari siang. Dia tidak akan peduli segala tohmahan ibu
    (15)
    tirinya. Itu tekadnya… Dia melepaskan nafas penuh kelegaan bila melihat keindahan pagi.

    Roslan keluar dari rumah dia berjalan menuju ke pohon koko bersebelahan rumahnya. Dia berhenti lalu senyum sendiri bila mengenang kembali kenangan dizaman anak-anaknya. Di sini banyak sekali kenangan waktu kecilnya. Di sini tempat dia bermain bersama kawan-kawan, menolong datuk mengopek koko juga tempat dia bermain bersama kawan-kawan menolong datuk mengopek koko juga tempat Roslan melabuhkan diri setiap kali keletihan melakukan kerja harian di rumah.

    Roslan dan kawan-kawan akan menggelilingi datuk mengopek buah koko… masing-masing berebut untuk mengopek buah tersebut kulitnya yang rapuh memang mudah dibelah dengan mengunakan pisau yang tajam. Buah koko ini kekuningan , isinya manis kemasaman . Enak ianya menjadi kesukaan kanak-kanak. Selepas dileraikan buah biji koko akan diperam selama dua hari lalu dijemur sehingga kering..

    Roslan melihat kerusi dan meja tempat mereka mengulangkaji pelajaran sudah usang dek ditelan masa. Kerinduan pada masa silam terus menapak dalam hati Roslan, Roslan terus ketempat tersebut lalu disapunya daun-daun yang bertaburan sehingga menjadi bersih. Keadaan agak sepi sekali sekala angin timur menyapu wajahnya sejuk dan nyaman. Roslan duduk dikerusi kenangan lalu berputar kembali. Wajah teman sepermainan menjelma seorang demi seorang. “Zakiah, Hamidah, Tina, Azman, Liau dan Rama bila kita akan berjumpa…..? Bisik hati kecil Roslan. Masih diingat lagi nenek akan datang membawa hidangan kueh mueh dan airminuman untuk
    (16)

    Posted on March 7, 2012 4:56 PM

     
  86. Siti Sara Said,

    mereka Minuman yang menjadi kegemaran mereka ialah air choklat bercampur crimer susu, Disulam pula dengan hidangan kueh serimuka atau karipap yang nenek buat sendiri. Haruman kueh serimuka nenek lain dari kueh yang dibuat dikedai. Bau wangi daun pandan dan jintan manis goreng semerbak pada serimuka nenek. “Nekkk….!!! Roslan mengeluh.

    Rakan-rakan sepermainan Roslan kini semua telah pergi membawa haluan masing-masing. Zakiah telah berpindah ke Sabah, rumahnya telah disewa kepada Encik Sanusi. Ayah Zakiah telah ditugaskan sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Gaya Sabah. Sejak itu Zkiah tidak dapat dihubungi lagi.. Roslan hanya berhubung dengan Liau sahaja. Itupun setelah mendapat tawaran sekolah yang sama. Sebelum ini Liau bersekolah di Bandar Puri. Sementara Roslan bersekolah berdekatan rumah.

    Roslan menyandar badannya di kerusi dia termenung panjang masih jelas diingatnnya ketika dia dalam dilemma untuk meneruskan. Pelajaran akibat keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan. Ayah Liau walaupun berbangsa asing masih sudi menjadi pendorong untuk Roslan sedangkan keluarga sendiri langsung tidak peduli perasaannya.. Ketika itu hidup Roslan lebih banyak bersama ibu tirinya . Datuk dan nenek telah ke Sabah mereka tinggal di sana dengan Pak Usu .

    Kurang tumpuan kepada pelajaran adalah punca utama keputusan peperiksaan PMR Roslan kurang memuaskan dia hanya mendapat 3A dan5B . Roslan sering keletihan kerana melakukan kerja rumah tidak sepadan dengan usianya apalagi sejak Bibi Arti berhenti bekerja di rumah mereka..Tugas Bibi Arti dig anti oleh Roslan pula.
    (17)

    Masih terpahat dihatinya apabila suatu hari disebalik kemeriahan sanak saudara berkumpul meraikan kejayaan sepupunya Naim dan Nurul kerana mendapat 8A dalam PMR Roslan dihina oleh ibu tirinya.

    “ Buat apa sekolahkan budak Lan tu…menghabiskan duit aja….” Asmah ibu tiri Roslan sengaja meninggikan suara supaya didengar oleh Roslan. Riak mukanya mengmbarkan rasa tidak senang dengan Roslan. Sinar matanya penuh dengan cahaya kebencian pada anak yang sudah ditinggalkan ibu ini.

    Roslan menarik nafas panjang….” Ya Allah berilah aku kesabaran dalam menghadapi detik-detik begini. Kau berilah aku ketabahan untuk aku menghadapi ujianmu ini….” Detik hati Roslan. Roslan hanya mendiamkan diri mendengar setiap perbualan antara ibu tirinya dan sanak saudara yang lain.

    Sesekali mereka menoleh kearah Roslan. Roslan tidak peduli dia berpura-pura tidak mengerti apa yang dibualkan. Namun tidak dapat dinafikan rasa malu dan rendah diri tetap bertapak disanubari Roslan. Jiwanya luluh kecewa , hatinya merintih pilu. Tiada siapa akan faham perasaannya ketika itu. Masing-masing memandang dengan satu pandangan yang sukar dimengertikan. “ Ta a pa , SPM ada lagi yang penting usaha lebih sikit kali ini ….Bela Pak The yang mula melihat perubahan airmuka Roslan.. Roslan sedar dia perlu undur diri dari situ…Takut dia akan terlepas cakap nanti….

    (18)

    Posted on March 7, 2012 4:56 PM

     
  87. Siti Sara Said,

    Dalam diam dia menyusur keluar dari kelompok keluarganya. Dia terus mendapatkan basikalnya. Dikayuhnya basikal kerumah Liau, tidak sabar rasanya dia menceritakan kepada uncle Aba ayah Liau yang berada di rumah kedai lebihkurangsatu kilometer dari rumah Roslan.

    Ayah Liau yang dikenali sebagai Aba adalah seorang guru yang mengajar di Kolej Vokasional Seberang Perai. Dia mempunyai sebuah rumah kedai yang sedia ada milik keluarganya sebelum ayahnya lahir lagi.
    Roslan terus mengayuh basikalnya. Cuaca panas bagai memanggang tubuhnya. Tidak dihirau kepanasan terik mentari yang terus meratah tubuhnya. Baginya hatinya lebih panas dari terik mentari. Gelora darah mudanya membuak-buak dihati. Arahnya Cuma satu mendapatkan Aba ayah Liau, basikal dikayuh laju

    Roslan bergegas ke pejabat yang terletak disudut kiri rumah kedai tersebut. Pada masa itu Aba sedang sibuk mengadap fail tentang jual beli barang dikedainya. Tugasan itu hanya dilakukan seminggu sekali. Tugas hariannya diberi kepada adiknya Atan yang juga pak cik Liau.

    “Uncleee….Roslan terus mendapatkan Aba. Dia duduk dikerusi mengadap Aba tanpa dipinta. Terkejut Aba dengan kedatangan mendadak itu.

    “ Haaa…Lan ada pa…? Soal Aba agak terkejut


    (19)

    “Abaa….tolong ….tolong uncle….berselang seli Roslan memulakan percakapan..Saya tidak mahu bersekolah lagi… Saya bodohhh…Roslan tidak dapat mengawal rasa sedihnya.

    Dengan tenang Aba mengajak Roslan ke bilik rehat, Disini amat mendamaikan terdapat set sofa berwarna hijau lumut. Di atas meja tersedia sebuah laptop dengan talian intenet serta sebuah petisejuk.. Kedinginan penghawa dingin menyegarkan kembali seluruh badan Roslan yang terbakar dek panahan mentari tadi.

    Aba menepuk bahu Roslan. Dia amat saying anak in


    “Lan…. Cuba duduk dan bertenang….pinta Aba.
    Baginya Roslan dah dianggap sebahagian dari keluarganya. Keakraban Roslan dan keluarganya tidak dapat dinafikan.

    Roslan menghulur sesuatu dari tangannya . Secarik kertas kertas kecil. Penyata keputusan PMR.

    Uncle Aba mengambil dan membelek keputusan tersebut. Aba tersenyum. Tahniah….!!! Ucap Aba, bagi Aba keputusan PMR 3A dan 5B bukanlah keputusan yang teruk. Mungkin peluang Roslan agak terhad untuk meraih kejayaan yang cemerlang. Itu sebab yang Aba tahu. Sebagai guru Aba amat faham situasi yang
    (20)

    Posted on March 7, 2012 4:56 PM

     
  88. Siti Sara Said,

    dialami Roslan.

    “Lan …apa kata masuk ke sekolah Menengah Teknik… cadang Uncle Aba.
    “Maksud uncle…? Soal Roslan.
    “ Percayalah hidup Lan akan berubah. Lan mesti buktikan pada semua PMR bukanlah penentu segalanya. Lan mesti buka minda semua masyarakat bahawa tidak semestinya calon yang terpileh ke asrama penuh boleh cemerlang andai mereka asyik leka berseronok dengan kejayaaan mereka. Tengok Pak Usu Lan dia dari Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, dulu, dia berpeluang ke sekolah menengah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Sais Sungai Petani, tapi dia menolak. Haa… sekarang sudah terbukti dia menjadi seorang jurutera yang berjaya….pujuk Uncle Aba.

    “ Betul uncle….? Soal Roslan. Selama ini pada fikiran Roslan Kak Shimah, Nurul dan Naim dua sepupunya yang paling bijak…. Dari sekolah rendah mereka asyik mendapat A sahaja.

    “ Ya ….Lan mesti buktikan kepada semua tentang kebolehan Lan…” nasihat Aba umpama nasihat seorang bapa kepada anaknya.

    “ Ingat….keputusan PMR ini adalah jalan sebenar untuk Lan meniti kejayaan . Ramai masyarakat kita belum sedar bahawa pelajaran teknikal amat berguna terutama di alam pekerjaan nanti Kebanyakan Negara maju terutamanya Jepun dan Amerika.70 peratus pelajarnya lebih kearah pendidikan teknikal dan vokasional. Kita
    (21)

    baru cuba mengikut jejak mereka. Panajang lebR Aba bercerita.

    Roslan termenung panjang, hari ini pertama kali dalam hidupnya dia merasa satu kelainan , satu semangat baru muncul. “ Uncle saya setuju memohon ke sekolah menegah teknik….beritahu Roslan dengan penuh yakin dan bersemangat.

    “Baik mari kita on line sekarang….” Sahut Aba.

    Semuanya telah selesai . Roslan meminta izin balik kerumah . Hatinya berbunga riang . Dia mula berazam akan belajar lebih tekun lagi

    Hari itu Roslan sibuk dengan tugas sehariannya dirumah. Sebagai anak yang taat dia tidak pernah mengeluh dan melawan apa bila disuruh melakukan kerja rumah. Walaupun dia amat letih tugas yang diamanahkan tetap dilakukan dengan penuh sabar. Keanangan dizaman kanaka-kanak berlalu begitu cepat.

    Dulu apabila pagi menjelang datuk akan memanggil untuk solat. Nenek pula akan sediakan air suam untuk Roslan mandi. Malahan sebut saja apa keinginan Roslan akan dipenuhi oleh datuk dan nenek. Seringkali setiap cuti sekolah datuk akan membawa Roslan dan kakaknya bersantai kepusat peranginan.

    Keindahan Pantai Batu Feringgi juga alunan ombak yang menghempas permukaan feribenar-benar memberi kenangan yang paling indah dalam hidup Roslan. Di waktu
    (22)
    itu Roslan terpekik keriangan apabila melihat ikan lumba-lumba yang mengikut belakang feri. Di panatai Roslan dan kak Shimah akan mandi puas-puas.

    Keindahan detik itu telah berlalu. Roslan terpaksa akur dengan kehendak ayahnya yang mengajak mereka berpindah kerumah ayahnya yang berdekatan dengan tempat kerja ayahnya.

    Sejurus dalam keasyikan Roslan menyiapkan kerja rumah serta melayang kenangan silamnyaterdenganr deruan sebuah keretas dihalaman rumah. Kedengaran bunyi hon kereta bertalu-talu. Roslan menjengah ke halaman dilihatnya ayah Liau keluar dari kereta. Dilambainya tangan kepada Roslan. Cepat-cepat Roslan melangkah kaki menuju kehalaman.





    .






    (23)

    Posted on March 7, 2012 4:56 PM

     
  89. Azmah Nordin Said,

    sitisara :)

    saya dah baca penambahan dialog yg anda buat kat atas tu, dan ternyata cukup bulat, padat,dan kuat. gaya bahasa juga kelihatan indah di sana sini, dan plot cerita berjalan lancar dan menarik. saya malah boleh suka pada perwatakan roslan di dlm novel anda ini, tahniah!

    ada sikit lagi pembaikan, caranya; copy dan gantikan paragraf yg saya perbetulkan di bawah ni dan gantikan dgn yg asal) di komputer anda sendiri saja;

    1. Masih jelas lagi diingatan Roslan waktu itu Roslan sedang sibuk mengemas barang keperluan asrama, nenek datang dengan senyman penuh kasih sayang memberi sebuah bungkusan.

    "Bukaaaa..." Pinta nenek penuh nada kelembutan.

    "Apa ni nek..."? soal Roslan penuh tanda tanya.

    "Ambillah ini hadiah nenek..." nenek berkata sambil melemparkan senyuman. Roslan membuka bungkusan tersebut.

    "Cantiknyaaaa..." sejadah berwarna hijau berlatar belakangkan Kaabah begitu sinonim dengan selera Roslan. Nenek dipeluk dengan penuh kasih sayang. " Terimakasih nek..Lan suka...nenek " Dipeluk penuh kasih. Nenek menepuk-nepuk bahu Roslan..

    2. “Laaa….dah jadi tukang masak pulak anak buah Pak Teh niii…!!! Bahu Roslan ditepuk. Namun ada riak tidak puas hati diwajah Pak The Roslan.

    Roslan tersenyum. “Land ah biasa buat kerja ni Pak Tehh…”

    “Tapiii…mak Lan mana….? Soal Pak The hairan. Jelaslah, selama ini dia hanya mendengar cerita dari jiran mengenai perlakuan ibu tiri Roslan. Dia tidak pernah percaya.

    “Mak tidurrr….Badannya kurang sihat…” Rolan cuba melindungi ibu tirinya.

    3. Bapa saudara Roslan merenung Roslan, Roslan cuba mengelak pandangan bapa saudaranya dengan segera mendapatkan kari yang sedang dimasak dia tas dapur…

    "Pak Teh pergi rehat dulu Lan nak siapkan makan tengahari. Nanti Lan buatkan ayer minuman sejuk untuk hilangkan haus Pak Teh okey…!!!"

    sitisara, bab 1 sebenarnya berakhir di paragraf ini;

    Sesekali mereka menoleh kearah Roslan. Roslan tidak peduli dia berpura-pura tidak mengerti apa yang dibualkan. Namun tidak dapat dinafikan rasa malu dan rendah diri tetap bertapak disanubari Roslan. Jiwanya luluh kecewa , hatinya merintih pilu. Tiada siapa akan faham perasaannya ketika itu. Masing-masing memandang dengan satu pandangan yang sukar dimengertikan. “ Ta a pa , SPM ada lagi yang penting usaha lebih sikit kali ini ….Bela Pak The yang ternyata mula melihat perubahan airmuka Roslan.

    Roslan sedar dia perlu undur diri dari situ…Takut dia akan terlepas cakap nanti….


    sitisara, yg selebihnya tolak ke bab 2, sbb ia sudah berada di latar yg berbeza. sekarang, anda dah boleh mulai buat bab dua pula. sprt bab satu, pilih 2 latar yg diringi suasana. pastikan ada suspen dan plot harus terus membukit dan membukit ketegangannya.

    itu je siti sara, gigih terus k

    Posted on March 9, 2012 8:52 PM

     

Post a Comment

featured-video