.

Photobucket

.

.

Siti Hajar - bimbingan cerpen

Tuesday, October 11, 2011 Posted by Noraini Eslah (Ummu Anas)
Assalammualaikum Siti Hajar,
Saya sudah buka thread ini untuk anda dapat mengikuti bimbingan cerpen dengan sifu az. Saya pindahkan sinopsis n bab 1 yang sudah anda olah supaya mudah sifu lihat dan komen. Tentang biodata anda, post di thread ini, kerana semua bimbingan akan dibuat di thread anda ini.

Di bawah sinopsis n bab contoh anda, akan saya turunkan sedikit komen, harap anda baca,k...
-norani eslah.
You can leave a response, or trackback from your own site.

132 Response to "Siti Hajar - bimbingan cerpen"

  1. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    SINOPSIS – MEMORI CINTA

    Husna seorang gadis yang dilahirkan sumbing di bibirnya, bersuara agak sengau dan dibesarkan oleh keluarga yang agak sederhana dan mempunyai ramai adik-beradik. Husna satu-satunya anak tunggal perempuan dengan 6 adik-beradik lelaki. Ibu Husna meninggal dunia semasa usianya 12 tahun dan ayahnya berkahwin lain selepas 6 bulan pemergian ibunya. Husna mempunyai 5 lagi adik-adik lelaki & seorang adik perempuan hasil perkahwinan ayahnya dengan ibu-tirinya.

    Pada awal persekolahan, Husna adalah seorang yang amat pintar dan selalu mendapat nombor satu dalam setiap kelas yang di masukkinya sehinggalah dia bersekolah menengah. Kerana tanggung-jawabnya mengelolakan kerja rumah dan adik-adiknya, Husna tak dapat belajar dengan sempurna kerana keletihan dan tak cukup masa.

    Husna telah menaruh hati pada anak saudara ibu-tirinya Zaffuan secara senyap-senyap pada usianya menjangkau 14 tahun apabila saudara sepupu tiri itu selalu mengunjungi keluarganya di Kuala Lumpur. Namun cintanya tak berbalas kerana Zaffuan mengganggapnya sebagai adik sendiri. Walau bagaimana pun Husna tak dapat melupakannya.

    Disebabkan Husna tidak dapat meneruskan pengajiannya ke peringkat lebih tinggi, Husna telah mula bekerja sebaik selepas tamat Tingkatan 5 di sebuah Kilang Perindustrian Elektronik di Shah Alam dan seterusnya bertukar kerja ke tempat-tempat lain untuk jawatan yang lebih baik. Di sinilah bermulanya kisah-kisah cinta Husna dengan jejaka-jejaka yang ingin menyuntingnya sebagai isteri disebalik kekurangan dirinya sehingga dia dipertemukan jodoh dengan suaminya sekarang, Hanafi suaminya yang menerima Husna seadanya walaupun pada mulanya mendapat tentangan dari ibu Hanafi.

    Dalam novel ini juga diselitkan kisah-kisah cinta kawan-kawan baik Husna buat renungan dan tatapan kita bersama. Tidak semestinya cinta seseorang itu akan berkekalan, semuanya adalah Takdir Allah Taala. Kita hanya dapat merancang tetapi ketetapan dan kesudahannya adalah dari Allah SWT.

    Posted on October 29, 2011 7:25 AM

     
  2. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    Assalamualaikum Puan Noraini, ini contoh Bab 1 karya saya (Siti Hajar) utk dianalisa & dikomen. Terima kasih.

    MEMORI CINTA


    Husna tak mahu ganggu fikiran tenangnya lagi tapi hati kecil ini sudah tak sanggup membendungi darah-darah yang sentiasa menerajah ingin keluar. Husna terpaksa…terpaksa meluahkan segala-galanya agar ia bisa kering kontang. Buat sekiannya.

    Husna berbisek pada dirinya.
    “Mengapa aku begitu bodoh sekali…mengapa aku terburu-buru mengeluarkan kata-kata. Aku tak dapat berganjak lagi. Aku begitu naif tidak memahami kedudukan yang sebenarnya”

    Sungguh terasanya Husna berdosa, bersalah dan kesal hatinya menusuk dadanya. “Dapatkah aku di ampuni…dimaafi di atas kejujuranku…ketulusan hatiku meluahkan perasaanku terhadapmu…bolehkah? Apakah Zaffuan sudi memaafiku.…bolehkah kau memaafkan Husna atau tergamakkah kau memutuskan perhubungan persaudaraan kita??? Pertanyaan dan persoalan yang selalu menulari fikiran Husna – tidak berjawab.

    “Mengapa begitu sekali hukuman yang kau berikan. Kau membisu seribu kata, menjauhkan dirimu dariku lantas lembaranku tidak berbalas. Hatimu sangat kejam sekali. Batinku menjerit-perih…kau buat aku runsing. Bilakah ia akan berakhir?” Husna meluahkan perasaannya dalam dairi usangnya itu.

    Setiap tika sengsara pedih dan perih. Husna teringat kisah lama, peristiwa yang mencolek hati dan menghibakan perasaannya. Lucu jenaka, gembira ria, senda-gurau…oh…tak mungkin dapat Husna lupakan. Kenangan itu tak bisa lari ingatannya. Ia tetap setia terpahat seperti setianya pantai yang menanti landaan ombak yang ada kala pasang surut itu.

    Kadang sepertua Husna amat menyesali akan nasibnya itu. Kalau Husna tahu menenung dan begini sudahnya suratan hidupnya, Husna bersumpah di depan pepohon hijau dalam desir angin, tak akan Husna mahu lalui jambatan perkenalan mereka itu. Tapi apa dayanya menghalang kerana mereka bersaudara. Zaffuan anak saudara ibu tirinya. Tidak bisa tak bertegur sapa.

    Ingatan Husna masih segar di masa zaman persekolahan menengah satu ketika dulu. Husna, Zaffuan dan abangnya Shuhaimi sering bercuti di rumah nenek dan datuk mereka apabila cuti sekolah penggal ketiga bermula pada Tahun 1973. Husna berada di Tingkatan 1 Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang Kuala Lumpur manakala Zaffuan dan Shuhaimi masing-masing di Tingkatan 3 Sekolah Menengah Lenggong Perak. Walaupun mereka tidak pernah berpakat, mungkin secara kebetulan mereka bertemu di waktu masa yang sama. Yang lucunya mereka tidak pernah bertegur-sapa. Tak pernah berbual apatah lagi mengeluarkan sepatah dua kata. Husna seorang pemalu, dua beradik tu pun sama juga agaknya atau mereka itu sombong. Sepanjang percutian itu, mereka bertiga hidup seperti berlakon sandiwara bisu sehinggalah…

    Posted on October 29, 2011 7:26 AM

     
  3. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    Siti Hajar,

    Saya sudah membaca n meneliti karya anda, tahniah! Ternyata anda berbakat dan bahasa pun indah. Alangkah baiknya jika anda terus gigih untuk mengikuti bimbingan sastera sifu azmah nordin, insyaAllah beliau dapat membantu anda menghasilkan karya sastera bemutu dan bernilai murni.

    Suka saya nyatakan, penerbitan di luar sana/dlm realiti mudah menerima karya dlm novel/cerpen yang ada nilai murni dan unsur perjuangan yang kuat.Justeru itu, di dalam blog sastera ini, anda akan dibimbing menghasilkan karya sastera yang sedemikian.

    Di pihak sifu pula, beliau mahu setiap peserta barunya terlebih dahulu mengikuti bimbingan cerpen; supaya dapat diterapkan langkah yang tersusun rapi dan sempurna dlm menghasilkan karya sastera. Untuk itu, pertama sekali cuba anda fikirkan satu kemelut bagi watak utama anda ini, dan satu penyelesaiannya. Di sebabkan sifu cuti dari blog pada hari sabtu,anda ada masa sehingga ahad malam untuk merangka draf cerpen pertama. jika anda ingin mengambil cerita dari sinopsis novel anda ini, cuba fikirkan masalah utama yg mengheret watak itu sampai boleh trpaut hati dgn sepupunya; dari pengamatan saya, bukan soal cinta yg menimbul masalah kepada watak utama, tetapi ada masalah yg lebih besar yg membuat watak utama mencari tempat meluahkan perasaan tertekannya.Anda fikirkan dahulu masalah itu, kemudian rangkakan juga penyelesaiannya. Adun semuanya dalam cerpen yg sedapatnya ada satu watak utama dan tidak lebih dari dua watak sampingan. Anda cuba ini dahulu sebelum sifu masuk dengan komen beliau pada Ahad malam, insya-Allah.

    Siti Hajar, sementara menunggu bimbingan sifu, jika ada soalan, boleh saja anda masukkan dlm thread ini, saya akan cuba menjawabnya.
    -noraini eslah.

    Posted on October 29, 2011 7:52 AM

     
  4. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Assalamualaikum Puan Noraini, maksudnya saya kena olah karya saya tu ke bentuk Cerpen. Kalau cerpen berapa isipadu kandungannya..maksud saya berapa muka surat or patah perkataan. Karya yg saya tulis tu mengandungi 340 muka surat dlm double spacing (1.24 mb size). Harap advice saya. Saya masih boleh guna karya asal saya & pendekkan ceritanya kan. Terima kasih.

    Posted on October 29, 2011 10:15 AM

     
  5. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Assalamualaikum Sifu Az & Aini, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk mengikuti Kelas Bimbingan Cerpen ini. Saya telah mengolah & memendekkan karya saya utk draft Cerpen Memori Cinta. Tak 'sure' kalau saya boleh muatkan draft ini dlm Post Comment Box. Saya cuba dulu, kalau tak lepas..bermakna saya kena hantar file ke email Sifu Az.

    Posted on October 29, 2011 11:43 AM

     
  6. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    This comment has been removed by a blog administrator.

    Posted on October 29, 2011 11:53 AM

     
  7. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    ya hajar,
    cerpen mmg pendek, dan cerpen pertama anda ini sebagai testing n permulaan utk anda mengenali format karya sastera. anda masih boleh mnggunakan cerita sedia ada dlm 'memori cinta'; klu ambil bab 1 pun dah boleh jd satu cerpen. nanti sifu az akn tunjuk bagaimana nak padatkan lg ceritanya,k. gigih terus hajar, sy yakin anda boleh mngolahnya dgn baik.

    sebelum trlupa, sifu minta anda masukkan maklumat pribadi dlm thread ini. dan nyatakan jg, anda nak buat karya remaja atau dewasa?

    ttg seluruh isi cerpen kelak, semua kita lakukan dlm blog ini saja. utk posting isinya,anda kena post page by page..tak boleh semua 10pages sekaligus. satu cerpen anggaran 10-12 ms double spacing, size 12 new times roman.

    Posted on October 29, 2011 12:11 PM

     
  8. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Puan Noraini, ok saya cuba sekali lagi muatkan dlm kotak comment ini maklumat diri & draft cerpen Memori Cinta tu..

    Biodata:

    SITI HAJAR BT OTHMAN
    301, Block C10, Seksyen 1
    Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
    Tel (house): 603-1420477 (h/p) 019-2230866
    Email: sitilatifa@yahoo.com
    Email: sitihajar.othman5@gmail.com


    Personal Data

    Date of Birth : 15th August 1959
    IC Number : 590815-08-5280 (new) 5730843 (old)
    Place of Birth : Tapah, Perak
    Sex : Female
    Race/Religion : Malay / Islam
    Status : Married with 2 kids (Son 23 yrs, daughter 21 yrs)
    Age : 52 years
    Husband Name : Ramli Mohamad
    Facebook : www.facebook.com/sitihajar.othman1
    Job : Full time housewife / part time businesswoman

    Posted on October 29, 2011 12:39 PM

     
  9. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    sambungan Biodata:

    Educational Background

    1966 – 1971 Passed Standard 6
    Sekolah Rendah Kebangsaan Kg Datok Keramat 2
    Kuala Lumpur

    1972 – 1975 Lower Certificate of Educations (LCE Grade A)
    Sekolah Menengah Bukit Bintang (Perempuan)
    Kuala Lumpur

    1976 – 1977 Malaysia Certificate of Educations (MCE Grade 3)
    Sekolah Menengah Bukit Bintang (Perempuan)
    Kuala Lumpur

    Posted on October 29, 2011 12:42 PM

     
  10. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Employment History And Experience

    1993 – 2008 Private & Confidential Clerk
    Ford Malaysia Sdn Bhd, Shah Alam
    (Formerly known as AMIM Holdings Sdn Bhd)

    1987 – 1993 General Clerk
    AMIM Holdings Sdn Bhd, Shah Alam

    1986 – 1987 General Clerk
    Ford Concessionaires Sdn Bhd, Petaling Jaya – P&S Centre

    1985 – 1986 General Clerk
    Ford Concessionaires Sdn Bhd, Sg Besi – Showroom
    1983 – 1985 General Clerk
    Sri Kinabalu Sdn Bhd, Kuala Lumpur

    1978 – 1983 General Clerk
    General Instruments, Sg Way

    Posted on October 29, 2011 12:45 PM

     
  11. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Biodata Siti Hajar (sambungan)

    Personal Strength and Characteristics

    1. Able to communicate and correspond in English and Bahasa Malaysia and able to communicate with all level of people.
    2. Able to prepare and type letters / correspondence – have Business Skill Writing, PC Knowledge / Literate.
    3. Able to communicate and follow-up with Local Suppliers and Overseas on Outstanding Orders, Shipment Discrepancies, Pricing Error and etc.
    4. Able to do simple analysis and statistics.
    5. Able to perform general clerical and confidential duties.
    6. Able to work independently and able to perform work with minimum supervision.
    7. Willing to learn new things – Fast learner

    Posted on October 29, 2011 12:47 PM

     
  12. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    As Salam Sifu & Aini,

    Tak boleh post draft cerpen Memori Cinta tu hari ni..dah cuba byk kali sampai pening kepala kenapa button copy & paste tak function. Kena tunggu esok anak saudara sy dtg & format. Harap maaf dr Siti Hajar. InsyaAllah saya muatkan esok di sini.

    Posted on October 29, 2011 5:05 PM

     
  13. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Assalamualaikum Sifu Az & Aini,
    Saya nak buat karya kategori Dewasa. Di sini saya cuba muatkan draft Cerpen Memori Cinta itu.

    Husna tak mahu ganggu fikiran tenangnya lagi tapi hati kecil ini sudah tak sanggup membendungi darah-darah yang sentiasa menerajah ingin keluar. Husna terpaksa…terpaksa meluahkan segala-galanya agar ia bisa kering kontang. Buat sekiannya.

    Husna berbisek pada dirinya.
    “Mengapa aku begitu bodoh sekali…mengapa aku terburu-buru mengeluarkan kata-kata. Aku tak dapat berganjak lagi. Aku begitu naif tidak memahami kedudukan yang sebenarnya”

    Sungguh terasanya Husna berdosa, bersalah dan kesal hatinya menusuk dadanya. “Dapatkah aku di ampuni…dimaafi di atas kejujuranku…ketulusan hatiku meluahkan perasaanku terhadapmu…bolehkah? Apakah Zaffuan sudi memaafiku.…bolehkah kau memaafkan Husna atau tergamakkah kau memutuskan perhubungan persaudaraan kita??? Pertanyaan dan persoalan yang selalu menulari fikiran Husna – tidak berjawab.

    “Mengapa begitu sekali hukuman yang kau berikan. Kau membisu seribu kata, menjauhkan dirimu dariku lantas lembaranku tidak berbalas. Hatimu sangat kejam sekali. Batinku menjerit-perih…kau buat aku runsing. Bilakah ia akan berakhir?” Husna meluahkan perasaannya dalam dairi usangnya itu.

    Setiap tika sengsara pedih dan perih. Husna teringat kisah lama, peristiwa yang mencolek hati dan menghibakan perasaannya. Lucu jenaka, gembira ria, senda-gurau…oh…tak mungkin dapat Husna lupakan. Kenangan itu tak bisa lari ingatannya. Ia tetap setia terpahat seperti setianya pantai yang menanti landaan ombak yang ada kala pasang surut itu.

    Posted on October 29, 2011 8:53 PM

     
  14. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Kadang sepertua Husna amat menyesali akan nasibnya itu. Kalau Husna tahu menenung dan begini sudahnya suratan hidupnya, Husna bersumpah di depan pepohon hijau dalam desir angin, tak akan Husna mahu lalui jambatan perkenalan mereka itu. Tapi apa dayanya menghalang kerana mereka bersaudara. Zaffuan anak saudara ibu tirinya. Tidak bisa tak bertegur sapa.

    Ingatan Husna masih segar di masa zaman persekolahan menengah satu ketika dulu. Husna, Zaffuan dan abangnya Shuhaimi sering bercuti di rumah nenek dan datuk mereka apabila cuti sekolah penggal ketiga bermula pada Tahun 1973. Husna berada di Tingkatan 1 Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang Kuala Lumpur manakala Zaffuan dan Shuhaimi masing-masing di Tingkatan 3 Sekolah Menengah Lenggong Perak. Walaupun mereka tidak pernah berpakat, mungkin secara kebetulan mereka bertemu di waktu masa yang sama. Yang lucunya mereka tidak pernah bertegur-sapa. Tak pernah berbual apatah lagi mengeluarkan sepatah dua kata. Husna seorang pemalu, dua beradik tu pun sama juga agaknya atau mereka itu sombong. Sepanjang percutian itu, mereka bertiga hidup seperti berlakon sandiwara bisu.

    Tahun 1975, mereka bertemu lagi di rumah nenek dan datuk di kampong…tapi hanya Husna dan Zaffuan sahaja. Secara kebetulan agaknya. Tiada perancangan pernah dibuat bersama. Mereka masih membisu seribu bahasa. Husna ingin sekali mengetahui tentang diri Zaffuan dengan lebih mendalam lagi. Suatu ketika Husna sengaja membuka diari Zaffuan…itupun setelah ibu saudara Zaffuan, Mak Chu (adik bongsu ibu-tiri Husna) berbuat demikian. Husna pada mulanya tidak berani berbuat demikian tapi hatinya berhasrat benar ingin membaca diari itu. “Maafkan aku Zaffuan, aku terpaksa dan aku tidak berniat sebenarnya nak mencuri baca diarimu” bisek hati Husna. Perasaan ingin tahu lebih menguasai fikirannya ketika itu.

    Posted on October 29, 2011 8:56 PM

     
  15. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Dalam dairi Zaffuan tercatit….
    Tarikh lahir 17hb September 1958. Dia seorang pelukis, bergiat dalam penulisan, aktif dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Ahli sukan juga. Seorang yang pintar dan ‘hardworking’. Husna juga terbaca bagaimana Zaffuan dimarahi oleh ibunya dengan kata-kata yang menyinggong perasaan dan pedih sekali namun Zaffuan tetap sabar.

    Tanggal 20hb Januari 1976, saat yang tak mungkin Husna dapat lupakan. Ketika itu Zaffuan bercuti di rumah keluarga Husna semasa menanti keputusan peperiksaan SPM Zaffuan. Pada mulanya mereka tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun sehingga pada satu ketika, Zaffuan bersuara menanyakan sesuatu…akibatnya mereka mesra kini bisa berbual-bual dan bergurau-senda.

    Petang Khamis mereka ke surau berdekatan rumah keluarga Husna untuk mendengar Ceramah ugama. Selesai saja majlis Ceramah itu Husna ternampak Zaffuan sedang mencari kasutnya yang diletakkan bersama-sama beberapa kasut dan selipar jemaah-jemaah yang lain. Husna menolong mencarinya dan akhirnya menemui kasut Zaffuan. “Terima kasih” Zaffuan bersuara. Husna menggangguk sambil tersenyum. Mereka beriringan berjalan kaki pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan mereka berbual sedikit sahaja. Sampai di rumah Husna menggoreng ikan untuk makan malam. Mereka makan bersama-sama. Ibu, Ayah dan adik-beradik Husna telah pun makan malam dan mereka sedang membuat hal masing-masing. Selesai makan mereka berbual tentang sekolah, hal peribadi dan berbahas tentang ceramah Islam tadi hingga larut malam.

    Zaffuan petah berpidato. Dia membuat Husna mati akal apatah lagi soalan-soalannya ada yang tidak dapat dijawabnya dengan tepat. Akhirnya dia jawab “Tak Tahu”. Zaffuan tersenyum sinis dan segera memberi jawapan yang manasabah dan di terima akal. Tingkahnya dan kemesraannya memikat hati Husna tapi Husna tidak pernah berterus-terang padanya. Perasaan curiga dan malu lebih mengelubungi fikirannya namun dia senang sekali dengan kehadiran Zaffuan.

    Posted on October 29, 2011 8:59 PM

     
  16. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Larut malam mereka masih rancak berbual dan bertukar-fikiran sedangkan keluarga Husna yang lain sudah lama berdengkur dan diulit mimpi. Hari-hari yang berikutnya mereka menjadi mesra, tidak lagi kekok berbicara dan tidak ada lagi drama bisu.

    “Husna, jom kita jalan-jalan di KL…temankan Zaffuan beli barang, boleh tak?” pinta Zaffuan beria-ia. “OK…boleh saja” jawab Husna dengan riang.

    Sebelum ke Pusat Beli-Belah, Zaffuan membawa Husna melawat Arts Gallery di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Banyak sekali lukisan-lukisan dan ukiran seni dipamerkan di Arts Gallery itu. Zaffuan sangat teruja dan dia kagum dengan hasil seni karyawan-karyawan terkenal yang ada di Arts Gallery tersebut. Husna juga sama dan tumpang gembira melihat Zaffuan berperasaan begitu.

    Posted on October 29, 2011 9:01 PM

     
  17. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Hampir tengah malam mereka masih berbual. Husna berpura-pura mendengar cerita-cerita Zaffuan walaupun pada hakikatnya perasaan hati Husna dingin dan terluka. Husna sedih tapi dia tidak menunjukkan emosinya. Pada Husna, mungkin malam itu adalah malam terakhir mereka dapat bersama-sama kerana selepas Zaffuan berangkat pulang ke rumahnya di Lenggong, entah bila pula mereka dapat bertemu.

    “OKlah, aku dah mengantuk..jom kita masuk tidur” ajakan seorang abang pada adiknya.
    “Zaffuan tidurlah dulu…kejap lagi Husna tidur lepas habis kerja sekolah ini” pinta Husna. Semua ahli keluarga yang lain telah lama diulit mimpi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12.30 malam.

    Tanpa pengetahuan sesiapa, Husna telah menulis sepucuk surat untuk Zaffuan. Kandungannya…isi-hatinya, perhubungannya dengan rakan sepersekolahannya, pendiriannya, matalamat hidupnya dan ucapan terima kasihnya kerana dapat bersama-sama buat seketika. “Patutkah aku meluahkan perasaanku terhadapnya?” soalnya pada diri sendiri berkali-kali. “Jangan…tak perlu aku menyatakan itu…biar ku pendam sendiri” kata hatinya. Pena usangnya terus maju dan menulis apa juga yang tersirat dihatinya. Segalanya diluahkan. Akhirnya diselitkan surat itu ke dalam beg galas Zaffuan.

    Posted on October 29, 2011 9:34 PM

     
  18. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Di pagi hari Zaffuan sudah pun bersedia untuk pulang ke rumah ayahbondanya. Husna sedang membasuh pinggan ketika itu selepas semuanya selesai bersarapan. Ibu-tiri dan ayah Husna ke kebun. Nenek dan datuk pun tiada di rumah. Husna perasan Zaffuan berdiri di belakangnya sambil merenung Husna sepuas-puasnya. Tanpa menoleh, Husna menahan perasaan sedihnya dengan bertanya bila Zaffuan akan bertolak.

    “Kejap lagi” jawab Zaffuan ringkas. Suasana sunyi seketika. Tanpa disedari Husna, Zaffuan beredar ke ruang tamu. Selesai saja Husna membasuh pinggan, dia bergegas ke ruang tamu tapi Zaffuan dah tiada. Husna berlari ke luar halaman rumah dan berharap dapat melihat Zaffuan berjalan menyusur keluar dari kawasan rumah tapi hampa. Zaffuan pergi tanpa memberitahunya dulu, ucapan selamat tinggal juga tidak didengarinya.

    “Kau sungguh kejam Zaff…kejam meninggalkanku tanpa kata-kata. Sampai hatimu. Senyap-senyap kau pergi dan mungkin kita tak akan berjumpa lagi” rintih hati Husna.
    “Kau marah agaknya kerana suratku kau dah baca dan ianya menyinggong perasaanmu. Oh…mengapa mesti ku tulis surat itu, mengapa mesti ku selitkan ke dalam begmu itu” keloh hati Husna lagi.

    Dalam fikiran Husna, Zaffuan tentu membencinya kini. Suratnya tidak dibalas Zaffuan. Sungguh terasa hatinya disingkirkan Zaffuan. Tentu Zaffuan menganggap Husna yang bukan-bukan. “Ah…biarkan…yang pasti aku tidak dapat melupakannya, kenangan manis bersama walaupun buat seketika” bisek hati Husna. Husna merasakan kehilangannya, rindunya kian mendalam.

    Posted on October 29, 2011 9:36 PM

     
  19. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Masa berlalu terlalu pantas. Husna masih menunggu balasan surat Zaffuan atau panggilan talipun darinya. Husna ingin meminta maaf seandainya berpeluang bertemu dengan Zaffuan kembali. Hukuman membisu seribu kata yang Zaffuan berikan kepadanya sungguh meninggalkan kesan sedih perit di hatinya.

    “Aku berdosa padamu Zaff…maafkan aku. Tak sepatutnya aku menulis surat itu padamu...bodohnya aku. Aku tahu jawapannya…kau pasti anggap aku seperti adikmu..tak lebih. Tapi aku tak boleh menganggapnya sedemikian”

    Seandainya Husna dapat menenung masa depan dan tahu akibat kesudahannya, tak akan Husna mahu lalui jambatan perkenalan mereka. Tapi mereka bersaudara walaupun bersaudara tiri, bisa menyapa bukan. Setiap hari setiap masa Husna masih menanti surat balasan dari Zaffuan. Dia masih mengharap. Rindunya padanya menjadi-jadi. “Apa inikah namanya cinta?” soal Husna pada dirinya. Husna sendiri tak tahu mengapa dia begitu cepat terperangkap dalam pergolakan cinta padahal dia tak tahu apa itu cinta sebenarnya. Dia teramat sayang pada Zaffuan. Husna mengutuk dirinya sendiri mengapa dia berfikiran begitu. Sebaliknya Zaffuan tidak punya apa-apa dengannya.

    Suatu malam Husna terdengar sebuah lagu dari corong radionya. Lagu dendangan penyanyi Indonesia ‘Diana Nasution’ bertajuk “Benci Tapi Rindu”. Dia mengikut nyanyi bersama…

    Bukan hanya sekadar penghibur
    Diriku ini sayang
    Bukan pula sekadar pelepas
    Rindumu Oh Sayang…
    Sakit hatiku
    Kau buat begini

    Kau datang dan pergi
    Sesuka hatimu
    Oh…kejamnya dikau
    Teganya dikau padaku

    Posted on October 29, 2011 9:39 PM

     
  20. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    3hb April 1977 hari Ahad…tidak disangka tidak diduga Zaffuan muncul lagi dalam hidupnya. Tapi…ah tidak rela Husna nak menatap wajah Zaffuan yang amat dirinduinya sekali. Kebetulan hari itu Husna baru balik bercuti di pantai Port Dickson bersama rakan-rakan sekelasnya. Muka Husna yang putih itu menjadi merah akibat panahan matahari yang berlebihan. Husna menangis lagi, hanya itu yang dapat dibuatnya. Tapi Zaffuan terlalu ego dan diam sahaja melihat Husna. Membisu seribu bahasa. Dan Husna…Husna tidak mahu bersapa pun dengannya…dia takut untuk memandang wajah Zaffuan yang serius itu.
    “Ah! Biarkanlah…kau tak sudi bercakap denganku…begitu juga aku” hati Husna berkata-kata. Hati kecilnya menjerit, merintih ingin bermesra dengannya seperti dulu. Tapi sayang…harapan tinggal harapan. Husna tak sanggup mendekatinya. Dia cuba menjauhkan dirinya tiap kali mereka bertembung. Tiap kali Zaffuan datang menghampirinya mahupun duduk berdekatan dengannya, sepantas kilat juga Husna akan meninggalkannya bersendirian. Husna akan terus berkurung dalam bilik dan menangis hiba.
    Husna berkata-kata di dalam hatinya “Maafkan aku Zaff, kiranya aku bersalah. Tanpa izinmu sepucuk lembaran kekasihmu telah ku baca. Keputusan muktamad telah ku buat untuk menjauhkan diriku darimu. Aku tidak akan mengganggumu lagi. Kau telah berpunya dan aku tidak layak untuk menagih kasih darimu”.
    Bulan berganti bulan. Husna hampir dapat melupakan segala kenangannya bersama Zaffuan. Bulan Ogos 1981, keluarga Husna berpindah ke Kampong Sawa, Slim Village. Bapanya telah bersara dan membeli rumah di sana. Adik-beradik (anak ibu-tiri) seramai 5 orang semuanya bersekolah di kampong pula. Husna balik ke kampong kerana tidak bekerja pada hari Sabtu hingga Isnin 3 - 5 Ogos 1981.

    “Husna, kau dijemput Mak Lang pergi rumahnya malam ini dan esuk” ibu-tirinya memberitahunya. “Zaffuan nak bertunang” sambungnya lagi. Husna terkejut tapi tidak menunjukkan air-mukanya yang sudah agak sedih. Mulanya Husna agak keberatan untuk pergi tetapi ibu-tiri dan bapanya mendesak. Kerana tak mahu perasaannya diketahui sesiapa, Husna pergi juga demi menjaga hati orang tuanya dan Mak Lang ibu Zaffuan dan keluarganya.

    Posted on October 29, 2011 9:43 PM

     
  21. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Malam yang mengharukan perasaan Husna. Malam yang menentukan penyeksaan batin Husna yang kian berterusan. Namun Husna tabahkan hati. Dia cekalkan iman menyembunyikan perasaan hibanya itu.

    Kesibukan malam yang hening dengan persiapan barang-barang hantaran untuk bakal tunang Zaffuan, Husna turut menyumbangkan tenaga sekadar memberi apa jua bantuan untuk Zaffuan dan keluarganya sebagai tanda kasih dan ikhlas darinya.

    Husna terus berpura-pura tersenyum dan mempersenda-guraukan kekecuhan perbualan dan perbalahan dalam membentuk gubah-gubahan hantaran itu. Semua keluarganya seolah-olah gembira dengan lucu jenaka Husna. “Tapi tahukah engkau Zaff, betapa lukanya hati kecilku ini” Husna berkata-kata dalam hatinya. Airmatanya tidak mampu dititiskan lagi, cukuplah sekilas tangisan dalam senyuman.

    Zaffuan sentiasa di sisi Husna. Tidak berganjak ke tempat lain. Dia seolah-olah memahami jiwa Husna tetapi ianya amat menyakitkan dirinya. Kita duduk bersebelahan bersama-sama saudara-mara yang hadir menyiapkan gubahan-gubahan yang dirancang bersama bakal hantaran tanda pertunangan Zaffuan keesukkan harinya.

    Malam berlarutan, mereka sama-sama ikut berbual dengan saudara-mara sehingga tak disedari Zaffuan dan Husna tertidur pada pukul 4.30 pagi di kusyen sebelah menyebelah. Terasa sakit sekali kepala Husna bila berkeadaan tidur yang kurang sempurna lalu Husna berbaring di hamparan permaidani. Kedudukan tidur semua ahli keluarga tidak ketentuan kerana terlalu ramai yang terlibat dalam penyiapan hantaran pertunangan Zaffuan.

    Sedar-sedar di subuh pagi, Zaffuan di sebelah Husna tidur bersama-sama di hamparan permaidani ruang tamu rumahnya. Mujurlah Husna tidak lasak dan syukurlah mereka saudara-mara tidak menyangkakan apa-apa terhadap mereka berdua.

    Posted on October 29, 2011 9:46 PM

     
  22. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    “Tahulah kau Zaff, ketidak-apaan dan sikap selambamu itu membuat ku tetap merasakan kasih yang mendalam darimu…tapi kau bakal dipunyai orang. Tidak mungkin ku sanggup merampasmu dan tidak mungkin ku akan meluahkan perasaanku terhadapmu” bisek hati Husna. Husna mandi dan mengerjakan sembahyang Subuh dan berdoa seperti biasa memohon Allah menenangkan hatinya.

    Pagi 4hb Ogos, Zaffuan mengajak Husna ke Bandar Slim River untuk membeli beberapa perkakas yang masih tidak cukup dan diperlukan untuk persiapan hantarannya. Husna menolak pada mulanya dan menyuruhnya membawa adik-adik perempuannya membantu dia. Tetapi Zaffuan terusan mendesak kerana katanya adik-beradiknya sibuk dengan hal-hal lain seperti mengemas, memasak untuk kenduri dan sebagainya. Husna membonceng motor Zaffuan. Kelakuan mereka menjadi tuntunan ahli keluarganya. Perasaan malu mengelubungi diri Husna tapi dia patut bersikap bersahaja. Terpaksa berpura-pura. Husna berharap sanak saudara tentu memikirkan mereka tidak ada apa-apa cuma kemesraan mereka tidak ubah seperti seorang adik dan abang. Tapi hakikatnya Husna tidak berfikiran begitu.

    Ingin sekali Husna memeluk erat tubuh Zaffuan ketika membonceng motornya yang dibawa begitu deras dan agak membahayakan mereka. Tapi sikap tata-susila, jahil dan malunya menghalangnya berbuat demikian agar tidak nanti menjadi perbualan orang kampong yang suka mengada-adakan cerita dan membuat fitnah. Husna perasan Zaffuan sengaja membawa motornya dengan laju, katanya nak kejar masa takut tak sempat. Kerana bimbangkan mereka jatuh, Husna terpaksa memeluk juga erat tubuh Zaffuan setiap kali motornya menderum laju ketika membelok jalanraya yang berliku itu.

    Persiapan hantaran pertunangan Zaffuan lengkap akhirnya. Keluarganya berangkat membawa sireh junjung dan semua hantaran persalinan sebagainya ke rumah bakal tunangnya.

    Malamnya Zaffuan dan Husna bersama lagi. Husna meminta Zaffuan memperkenalkan tunangannya. Zaffuan segera menunjukkan beberapa keping gambar tunangannya. Tunangnya adalah anak ketua Pegawai Imigresen tempat Zaffuan bekerja.
    Cantik sekali orangnya. Begitu ayu dan lembut. Dia menanyakan pendapat Husna.

    Posted on October 29, 2011 9:48 PM

     
  23. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    “Cantik, ayu…comel orangnya…pantas sekali sesuai untuk Zaff…dia menjadi suri-rumahtangga Zaff” komen Husna ikhlas.

    Tapi di sebalik keikhlasannya itu, hati kecil Husna cuba mententeramkan perasaan kecewa dan hibanya. Lantaran itu Husna bawa dirinya bersembahyang, bertawakkal sebentar untuk menenangkan fikirannya. Mahu saja dia lari dari rumah Zaffuan ketika masa itu juga tapi tak berdaya berbuat demikian demi menjaga hati Zaffuan dan keluarganya. Husna tak mahu sesiapa pun tahu perasaannya ketika itu.
    Selesai sahaja keluarganya mengeluarkan semua barang-barang hantaran itu, Husna terus meninggalkan rumah Zaffuan tanpa pengetahuan Zaffuan. Husna ingin lari dari Zaffuan agar ingatan kenangan manis mereka bersama bisa luput dengan segera. Namun ingatan itu tetap bersemadi di dalam hatinya.

    Tiap kali Husna dengar lagu ini “Seribu Bintang”, dia pasti akan terus menitiskan airmatanya tanda cintanya terhadap Zaffuan walaupun ianya tak kesampaian.

    Ingin ku pergi jauh darimu
    Agar ku kenal erti rindu ini
    Ingin aku menyelami jiwamu
    Agar ku kenal dirimu kasih

    Ingin aku membenci dirimu
    Tapi kebencian tiada padaku
    Walau apa yang kau sangkakan
    Aku tetap cinta padamu

    Posted on October 29, 2011 9:50 PM

     
  24. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Salam Sifu As & Aini, dah makan mlm ke? Saya dah post draft Cerpen Memori Cinta sebentar td..Harap Sifu As analisa & beri komen. Terima kasih.

    Posted on October 29, 2011 9:54 PM

     
  25. Azmah Nordin Said,

    waalaikumusalam sitihajar :) saya dah makan awal pagi tadi.. hehehe..

    ok, kembali kpd karya anda kat atas tu, dan saya dapati ternyata anda mampu menghasilkan karya kreatif dan ini sgt penting bagi memudahkan saya membentuk anda ke arah pemantapan karya anda.

    cuma ini yg perlu anda fikirkan utk mengolah kembali karya di atas supaya menjadi sebuah cerpen yg padat dan kuat.

    1. sila baca entri saya `Perbezaan antara cerpen dan novel.' (dlm kotak Senarai Post)

    2. perlu gunakan formula 90 - 99 peratus drpd keseluruhan cerita utk memulakan karya supaya padat, kuat dan bulat. bahagian intro perlu menggambarkan keseluruhan 90 - 99 peratus drpd cerita anda, cara utk mencantikkan intro andalah dgn membuat ayat2nya puitis, sbbnya, cuba baca entri "Kenapa NOvelis/Cerpenis perlu baca puisi' (saya dah terbitkan kembali entri tu kat atas sana).

    2. fikirkan satu ilmu bantu dlm kerjaya atau apa2 ilmu atau kelebihan yg watak utama miliki, dan beritau saya nanti. contohnya,

    dr anda;

    a) Able to communicate and follow-up with Local Suppliers and Overseas on Outstanding Orders, Shipment Discrepancies, Pricing Error and et

    (pilih satu drpd yg kat atas ni, sedikit istilah2 yg dah anda diterjemah dlm bahasa melayu, maknanya dan nanti anda perlu bandingkan dgn pengalaman hidup watak utama dan bagaimana watak utama mengatasi masalahnya dgn menggunakan ilmu bantu di atas. setiap daya pemikiran watak utama perlulah melambangkan pemikiran sebagai seorang profesional, bersesuaian dgn kerjayanya. jika bersesuaian, mungkin salah satu drpd istilahnya, boleh diangkat sebagai simbol utk keseluruhan cerpen anda kelak.

    3. dlm sebuah cerpen yg serba terhad sifatnya, anda hanya perlu pilih;

    a) satu peristiwa/babak sekarang yg diiringi suasana latar

    (b) satu peritiwa/babak masa lalu (flashback) yg diiringi suasana latar tersendiri.

    4. oleh krn anda nak hasilkan cerpen dewasa, maka pemikiran watak utama dlm cerita juga perlu dewasa, yakni, ceritanya harus berat dan perlu punya perjuangan yg jitu. jika perjuangan dlm kerjayanya dibandingkan dgn perjuangan peribadinya pasti karya akan lebih kuat dan menarik. jika ada kisah wanita yg tertindas dan anda cuba perjuangkan lewatkarya anda, pasti akan menjadi lebih hebat. sementara kisah2 cintanya hny perlu disebut secara sepintas lalu saja, tanpa dialog2 yg berusur remaja. cintanya juga perlu cinta org dewasa.

    5. kecuali nama watak utama dan seorang watak sampingan penting, nama watak2 smpingan yg lain - jika dlm cerpen, tidak perlu disebut nama. misalnya, jika abang, kakak, cikgu dll, anda sebut sebagai pangkat mereka saja, itupun sikit2 je, sbb anda perlu kpd pergolakan jiwa watak utama, bukan kpd mereka.

    6. tulis tak lebih drpd 6 - 7 mukasurat, font 11 - 12 arial, double spacing, di dokumen komputer anda

    saya tak edit dahulu karya anda di atas tu, utk memberi peluang anda membuat pengolahan semula. lps tu, post balik ke sini dan nanti saya lihat bagaimana.

    gigih terus k

    Posted on October 30, 2011 11:19 AM

     
  26. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Salam Sifu Az & Aini, Selamat pagi & Salam Ceria.

    Sifu Az, saya perlu sedikit masa utk olah Cerpen sy tu mengikut tips panduan yg Sifu sarankan & tunjuk-ajar pd sy. InsyaAllah sy akan muatkan dlm Post ini secepat mungkin. Terima kasih.

    Posted on November 1, 2011 9:29 AM

     
  27. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Assalamualaikum Sifu Az & Aini..Selamat Pagi..Kejap lg sy nak post draft cerpen sy tu..dah edit jd 9 ms..nak edit lg pendek takut jln cerita tak lengkap. Apa2 pun sy post dulu ye Sifu Az. Terima kasih.

    Posted on November 2, 2011 3:41 AM

     
  28. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Draft Cerpen: Memori Cinta


    Setiap tika sengsara pedih dan perih. Husna teringat kisah lama, peristiwa yang mencuit hati dan menghibakan perasaannya. Lucu jenaka, gembira ria, senda-gurau…oh…tak mungkin dapat Husna lupakan. Kenangan itu tak bisa lari ingatannya. Ia tetap setia terpahat seperti setianya pantai yang menanti landaan ombak yang ada kala pasang surut itu.

    Kadang sepertua Husna amat menyesali akan nasibnya itu. Kalau Husna tahu menenung dan begini sudahnya suratan hidupnya, Husna bersumpah di depan pepohon hijau dalam desir angin, tak akan Husna mahu lalui jambatan perkenalan mereka itu. Tapi apa dayanya menghalang kerana mereka bersaudara. Zaffuan anak saudara ibu tirinya. Tidak bisa tak bertegur sapa.

    Ingatan Husna masih segar di masa zaman persekolahan menengah satu ketika dulu. Husna, Zaffuan dan abangnya Shuhaimi sering bercuti di rumah nenek dan datuk mereka apabila cuti sekolah penggal ketiga bermula pada Tahun 1973. Walaupun mereka tidak pernah berpakat, mungkin secara kebetulan mereka bertemu di waktu masa yang sama. Yang lucunya mereka tidak pernah bertegur-sapa. Tak pernah berbual apatah lagi mengeluarkan sepatah dua kata. Husna seorang pemalu, dua beradik tu pun sama juga agaknya atau mereka itu sombong. Sepanjang percutian itu, mereka bertiga hidup seperti berlakon sandiwara bisu.

    Tahun 1975, mereka bertemu lagi di kampong tapi hanya Husna dan Zaffuan sahaja. Secara kebetulan agaknya. Tiada perancangan pernah dibuat bersama. Mereka masih membisu seribu bahasa.

    Tanggal 20hb Januari 1976, saat yang tak mungkin Husna dapat lupakan. Ketika itu Zaffuan bercuti di rumah keluarga Husna semasa menanti keputusan peperiksaan SPM Zaffuan. Pada mulanya mereka tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun sehingga pada satu ketika, Zaffuan bersuara menanyakan sesuatu…akibatnya mereka mesra kini bisa berbual-bual dan bergurau-senda.

    Zaffuan petah berpidato. Dia membuat Husna mati akal apatah lagi soalan-soalannya ada yang tidak dapat dijawabnya dengan tepat. Akhirnya dia jawab “Tak Tahu”. Zaffuan tersenyum sinis dan segera memberi jawapan yang manasabah dan di terima akal. Tingkahnya dan kemesraannya memikat hati Husna tapi Husna tidak pernah berterus-terang padanya. Perasaan curiga dan malu lebih mengelubungi fikirannya namun dia senang sekali dengan kehadiran Zaffuan.

    Larut malam mereka masih rancak berbual dan bertukar-fikiran sedangkan keluarga Husna yang lain sudah lama berdengkur dan diulit mimpi. Hari-hari yang berikutnya mereka menjadi mesra, tidak lagi kekok berbicara dan tidak ada lagi drama bisu.

    “Husna, jom kita jalan-jalan di KL…temankan Zaffuan beli barang, boleh tak?” pinta Zaffuan beria-ia. “OK…boleh saja” jawab Husna dengan riang. Sebelum ke Pusat Beli-Belah, Zaffuan membawa Husna melawat Arts Gallery di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Banyak sekali lukisan-lukisan dan ukiran seni dipamerkan di Arts Gallery itu. Zaffuan sangat teruja dan dia kagum dengan hasil seni karyawan-karyawan terkenal yang ada di situ.
    Hampir tengah malam mereka masih berbual. Husna berpura-pura mendengar cerita-cerita Zaffuan walaupun pada hakikatnya perasaan hati Husna dingin dan terluka. Husna sedih tapi dia tidak menunjukkan emosinya. Pada Husna, mungkin malam itu adalah malam terakhir mereka dapat bersama-sama kerana selepas Zaffuan berangkat pulang ke rumahnya di Lenggong, entah bila pula mereka dapat bertemu.

    Posted on November 2, 2011 3:43 AM

     
  29. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Di pagi hari Zaffuan sudah pun bersedia untuk pulang ke rumah ayahbondanya. Husna sedang membasuh pinggan ketika itu selepas semuanya selesai bersarapan. Ibu-tiri dan ayah Husna ke kebun. Nenek dan datuk pun tiada di rumah. Husna perasan Zaffuan berdiri di belakangnya sambil merenung Husna sepuas-puasnya. Tanpa menoleh, Husna menahan perasaan sedihnya dengan bertanya bila Zaffuan akan bertolak.

    “Kejap lagi” jawab Zaffuan ringkas. Suasana sunyi seketika. Tanpa disedari Husna, Zaffuan beredar ke ruang tamu. Selesai saja Husna membasuh pinggan, dia bergegas ke ruang tamu tapi Zaffuan dah tiada. Husna berlari ke luar halaman rumah dan berharap dapat melihat Zaffuan berjalan menyusur keluar dari kawasan rumah tapi hampa. Zaffuan pergi tanpa memberitahunya dulu, ucapan selamat tinggal juga tidak didengarinya.

    “Kau sungguh kejam Zaff…kejam meninggalkanku tanpa kata-kata. Sampai hatimu. Senyap-senyap kau pergi dan mungkin kita tak akan berjumpa lagi” rintih hati Husna.
    “Kau marah agaknya kerana suratku kau dah baca dan ianya menyinggong perasaanmu. Dalam fikiran Husna, Zaffuan tentu membencinya kini. Suratnya tidak dibalas Zaffuan. Sungguh terasa hatinya disingkirkan Zaffuan. Tentu Zaffuan menganggap Husna yang bukan-bukan. “Ah…biarkan…yang pasti aku tidak dapat melupakannya, kenangan manis bersama walaupun buat seketika” bisek hati Husna. Husna merasakan kehilangannya, rindunya kian mendalam.

    “Apa inikah namanya cinta?” soal Husna pada dirinya. Husna sendiri tak tahu mengapa dia begitu cepat terperangkap dalam pergolakan cinta padahal dia tak tahu apa itu cinta sebenarnya. Dia teramat sayang pada Zaffuan. Husna mengutuk dirinya sendiri mengapa dia berfikiran begitu.

    Suatu malam Husna terdengar sebuah lagu dari corong radionya. Lagu dendangan penyanyi Indonesia ‘Diana Nasution’ bertajuk “Benci Tapi Rindu”. Dia mengikut nyanyi bersama…

    Bukan hanya sekadar penghibur
    Diriku ini sayang
    Bukan pula sekadar pelepas
    Rindumu Oh Sayang…
    Sakit hatiku
    Kau buat begini

    Kau datang dan pergi
    Sesuka hatimu
    Oh…kejamnya dikau
    Teganya dikau padaku

    Satu-satunya surat Zaffuan yang bertarikh 14hb November 1976 telah Husna simpan baik-baik. Surat kecil yang tidak bersampul ditulis oleh Zaffuan dalam tangisan menurut kata Kamal sepupunya. “Benarkah?...Zaffuan menangis menulis surat itu?” soal Husna lagi.

    Posted on November 2, 2011 3:45 AM

     
  30. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Husna membaca surat itu dalam hatinya.

    “Husna, maafkan Zaff kerana tak dapat memenuhi permintaan untuk mengajar Husna kerana Zaff ada study-group di Lenggong. Belajarlah dengan tekun. Semoga berjaya dalam pepereksaan MCEmu nanti. Zaff sentiasa mendoakan kejayaanmu Husna”

    3hb April 1977 hari Ahad…tidak disangka tidak diduga Zaffuan muncul lagi dalam hidupnya. Tapi…ah tidak rela Husna nak menatap wajah Zaffuan yang amat dirinduinya sekali. Kebetulan hari itu Husna baru balik bercuti di pantai Port Dickson bersama rakan-rakan sekelasnya. Muka Husna yang putih itu menjadi merah akibat panahan matahari yang berlebihan. Husna menangis lagi, hanya itu yang dapat dibuatnya. Tapi Zaffuan terlalu ego dan diam sahaja melihat Husna. Membisu seribu bahasa. Dan Husna…Husna tidak mahu bersapa pun dengannya…dia takut untuk memandang wajah Zaffuan yang serius itu.

    “Ah! Biarkanlah…kau tak sudi bercakap denganku…begitu juga aku” hati Husna berkata-kata. Hati kecilnya menjerit, merintih ingin bermesra dengannya seperti dulu. Tapi sayang…harapan tinggal harapan. Husna tak sanggup mendekatinya. Dia cuba menjauhkan dirinya tiap kali mereka bertembung. Tiap kali Zaffuan datang menghampirinya mahupun duduk berdekatan dengannya, sepantas kilat juga Husna akan meninggalkannya bersendirian. Husna akan terus berkurung dalam bilik dan menangis hiba. Keputusan muktamad telah Husna buat untuk menjauhkan diri dari Zaffuan.

    Tahun-tahun berikutnya Husna hampir dapat melupakan segala kenangannya bersama Zaffuan. Bulan Ogos 1981, keluarga Husna berpindah ke Kampong Sawa, Slim Village. Bapanya telah bersara dan membeli rumah di sana. Adik-beradik (anak ibu-tiri) seramai 5 orang semuanya bersekolah di kampong pula. Husna balik ke kampong kerana tidak bekerja pada hari Sabtu hingga Isnin 3 - 5 Ogos 1981.

    “Husna, kau dijemput Mak Lang pergi rumahnya malam ini dan esuk” ibu-tirinya memberitahunya. “Zaffuan nak bertunang” sambungnya lagi. Husna terkejut tapi tidak menunjukkan air-mukanya yang sudah agak sedih. Mulanya Husna agak keberatan untuk pergi tetapi ibu-tiri dan bapanya mendesak. Kerana tak mahu perasaannya diketahui sesiapa, Husna pergi juga demi menjaga hati orang tuanya dan Mak Lang ibu Zaffuan dan keluarganya. Malam yang mengharukan perasaan Husna. Malam yang menentukan penyeksaan batin Husna yang kian berterusan. Namun Husna tabahkan hati. Disembunyikan perasaan hibanya.

    Kesibukan malam yang hening dengan persiapan barang-barang hantaran pertunangan Zaffuan, Husna turut menyumbangkan tenaga sekadar memberi apa jua bantuan untuk Zaffuan dan keluarganya sebagai tanda kasih dan ikhlas darinya.

    Husna terus berpura-pura tersenyum dan mempersenda-guraukan kekecuhan perbualan dan perbalahan dalam membentuk gubah-gubahan hantaran itu. Semua keluarganya seolah-olah gembira dengan lucu jenaka Husna. “Tapi tahukah engkau Zaff, betapa lukanya hati kecilku ini” Husna berkata-kata dalam hatinya. Airmatanya tidak mampu dititiskan lagi, cukuplah sekilas tangisan dalam senyuman.

    Posted on November 2, 2011 3:46 AM

     
  31. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Zaffuan sentiasa di sisi Husna. Tidak berganjak ke tempat lain. Dia seolah-olah memahami jiwa Husna tetapi ianya amat menyakitkan dirinya. Mereka duduk bersebelahan bersama-sama saudara-mara yang hadir menyiapkan gubahan-gubahan hantaran untuk pertunangan Zaffuan keesukkan harinya.

    Malam berlarutan, mereka sama-sama ikut berbual dengan saudara-mara sehingga tak disedari Zaffuan dan Husna tertidur pada pukul 4.30 pagi di kusyen sebelah menyebelah. Terasa sakit sekali kepala Husna bila berkeadaan tidur yang kurang sempurna lalu Husna berbaring di hamparan permaidani. Kedudukan tidur semua ahli keluarga tidak ketentuan kerana terlalu ramai yang terlibat dalam penyiapan hantaran pertunangan Zaffuan.

    Sedar-sedar di subuh pagi, Zaffuan di sebelah Husna tidur bersama-sama di hamparan permaidani ruang tamu rumahnya. Mujurlah Husna tidak lasak dan syukurlah mereka saudara-mara tidak menyangkakan apa-apa terhadap mereka berdua.

    “Tahulah kau Zaff, ketidak-apaan dan sikap selambamu itu membuat ku tetap merasakan kasih yang mendalam darimu…tapi kau bakal dipunyai orang. Tidak mungkin ku sanggup merampasmu dan tidak mungkin ku akan meluahkan perasaanku terhadapmu” bisek hati Husna. Husna mandi dan mengerjakan sembahyang Subuh dan berdoa seperti biasa memohon Allah menenangkan hatinya.

    Pagi 4hb Ogos, Zaffuan mengajak Husna ke Bandar Slim River untuk membeli beberapa perkakas yang masih tidak cukup dan diperlukan untuk persiapan hantarannya. Husna menolak pada mulanya dan menyuruhnya membawa adik-adik perempuannya membantu dia. Tetapi Zaffuan terusan mendesak kerana katanya adik-beradiknya sibuk dengan hal-hal lain seperti mengemas, memasak untuk kenduri dan sebagainya. Husna membonceng motor Zaffuan. Kelakuan mereka menjadi tuntunan ahli keluarganya. Perasaan malu mengelubungi diri Husna tapi dia patut bersikap bersahaja. Terpaksa berpura-pura. Husna berharap sanak saudara tentu memikirkan mereka tidak ada apa-apa cuma kemesraan mereka tidak ubah seperti seorang adik dan abang. Tapi hakikatnya Husna tidak berfikiran begitu.

    Persiapan hantaran pertunangan Zaffuan lengkap akhirnya. Keluarganya berangkat membawa sireh junjung dan semua hantaran ke rumah bakal tunangnya.

    Malamnya Zaffuan dan Husna bersama lagi. Husna meminta Zaffuan memperkenalkan tunangannya. Zaffuan segera menunjukkan beberapa keping gambar tunangannya. Tunangnya adalah anak ketua Pegawai Imigresen tempat Zaffuan bekerja. Dia menanyakan pendapat Husna.

    “Cantik, ayu…comel orangnya…pantas sekali sesuai untuk Zaff…dia menjadi suri-rumahtangga Zaff” komen Husna ikhlas.

    Tapi di sebalik keikhlasannya itu, hati kecil Husna cuba mententeramkan perasaan kecewa dan hibanya. Lantaran itu Husna bawa dirinya bersembahyang, bertawakkal sebentar untuk menenangkan fikirannya. Mahu saja dia lari dari rumah Zaffuan ketika masa itu juga tapi tak berdaya berbuat demikian demi menjaga hati Zaffuan dan keluarganya. Husna tak mahu sesiapa pun tahu perasaannya ketika itu.

    Posted on November 2, 2011 3:47 AM

     
  32. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Selesai sahaja keluarganya mengeluarkan semua barang-barang hantaran itu, Husna terus meninggalkan rumah Zaffuan. Husna ingin lari dari Zaffuan agar ingatan kenangan manis mereka bersama bisa luput dengan segera. Namun ingatan itu tetap bersemadi di dalam hatinya.

    Tiap kali Husna dengar lagu ini “Seribu Bintang”, dia pasti akan terus menitiskan airmatanya tanda cintanya terhadap Zaffuan walaupun ianya tak kesampaian.

    Ingin ku pergi jauh darimu
    Agar ku kenal erti rindu ini
    Ingin aku menyelami jiwamu
    Agar ku kenal dirimu kasih

    Ingin aku membenci dirimu
    Tapi kebencian tiada padaku
    Walau apa yang kau sangkakan
    Aku tetap cinta padamu

    Pertengahan tahun 1985 Syarikat Sri Kinabalu tempat Husna bekerja hampir 2 ½ tahun itu diistiharkan muflis kerana menanggung hutang yang banyak dan tidak mencapai matalamat menyelesaikan projek tender yang diberi Kerajaan pada masa yang ditentukan seperti dalam kontrak tender. Dengan lain kata kontrak tender pembinaan bangunan dan landasan keretapi itu dibatalkan secara otomatik. Lebih menyedihkan lagi semua pekerja-pekerja terpaksa berhenti kerja dan ditawarkan duit pampasan. Husna tidak terkecuali. Pada akhir bulan Julai 1985 segala urusan operasi Syarikat itu akan diberhentikan. Semua pekerja-pekerja merasa amat sedih dan kecewa kerana mereka akan kehilangan mata pencarian tapi terpaksa menerimanya dengan hati yang tabah.
    “Rezeki ada di mana-mana, ada hikmah di sebalik semua ketentuan ini” kata-kata ingatan Kapten Baharuddin, juruterbang bersara ‘pilot’ syarikat menasihati rakan-rakan sepejabat yang dianggapnya seperti adik-adiknya sendiri. Perasaan sedih dan pilu mengelubungi semua warga kerja Syarikat Sri Kinabalu di hari terakhir mereka di premis bangunan syarikat itu. Masing-masing bersalaman-salaman, bermaaf-maafan dan yang perempuannya berpeluk-pelukan sambil saling bertukar nombor talipon agar senang menghubungi sesama mereka.
    Hampir 3 minggu Husna menganggur. Dia telah memohon apa jua kerja kosong yang diiklankan dalam suratkabar semenjak awal bulan Julai lalu. Pada awal bulan Ogos 1985, Husna telah mendapat satu temuduga di sebuah Syarikat Permotoran kereta Ford iaitu Ford Concessionaires Sdn Bhd. Selepas seminggu ditemuduga, Husna menerima panggilan talipon dari wakil Pejabat Pengurusan Ford Concessionaires menyatakan yang dia berjaya dalam temuduga dan diterima bekerja bermula 21hb Ogos 1985. Husna berasa amat bersyukur dan gembira kerana diterima bekerja sebagai Kerani Am di bahagian Jualan kereta Ford walaupun jawatan yang sebenar diiklankan itu sepatutnya di Jabatan Bengkel Kereta. Apa-apa pun Husna bersedia di mana saja dia diarahkan bekerja kerana rezeki itu anugerah Allah Taala.

    Posted on November 2, 2011 3:48 AM

     
  33. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Pejabat Jualan kereta Ford itu terletak di Sg Besi Kuala Lumpur. Husna bekerja di bahagian pendaftaran kereta baru itu selama 6 bulan sahaja sebelum dia diarah berpindah ke bahagian Bengkel Kereta Ford di Seksyen 19 Petaling Jaya. Rasa sedih juga terpaksa meninggalkan kawan-kawan baru di bahagian Jualan itu kerana mereka semua sangat baik, peramah dan saling Bantu-membantu dalam apa jua pekerjaan. Selama 6 bulan itu Husna telah belajar selok belok peroses pengurusan pendaftaran kereta baru seperti menaip invois, tugas-tugas kerani am, mengemas-kini keterangan terperinci pelanggan-pelanggan ke dalam buku ‘Owner Manuals’ dan mengecop ‘Company Stamp’ di dalamnya.
    Berakhir sudah tahun 1985 tanpa ada peristiwa manis, melangkah pula tahun baru 1986. Husna seperti dulu juga…masih keseorangan. Masih kesepian. Masih diselubungi seribu penyesalan dan kehampaan.
    “Bilakah semua penderitaan ini akan berakhir? Oh Tuhan! Kau yang Maha Mendengar dan Melihat. Tenangkanlah fikiranku. Tunjukkan ku jalan yang benar…yang Kau redhai. Aku tetap bersyukur atas pemberianMu. Berilah aku kekuatan dan keazaman agar diri ini tidak merasa terlalu kecewa dan sengsara. Pertemukan aku dengan orang yang benar-benar menyayangiku sepenuh hati dan mencintaiku seadanya, orang yang beriman dan berhati murni. AMIN” doa Husna di pagi Subuh 1hb Januari 1986.
    Tiga hari di kampong terlalu cepat berlalu. Pagi Isnin itu Husna dah nak bersiap balik ke Kuala Lumpur. Seperti biasa dia akan menziarahi kubur ibunya dulu. Setelah membersihkan kubur dan kawasan sekelilingnya, membaca surat Yasin dan mendoakan untuk arwah ibunya semoga Allah mengampunkan dosa-dosa ibunya dan dirinya dan semoga Allah menempatkan ibu di tempat yang soleha. Ditaburinya kepingan bunga-bunga ros yang dipetik dari halaman rumah ayahnya. Husna menangis sendu tatkala meninggalkan tanah perkuburan.
    “Husna, kau tak pergi rumah Mak Lang dulu sebelum balik” ibu-tirinya bertanya.
    “Pergilah ziarah Mak Lang…dia tak berapa sihat itu, biar abah hantar kejap ke sana, lepas tu kau boleh naik bas di ‘Bus Stop’ dekat rumah Mak Lang itu” arahan ibu-tirinya lagi.
    “Baiklah Mak…Husna ikut saja”
    Sesampai di rumah Mak Lang, Husna tergamam kerana ternampak Zaffuan juga ada di situ. Ibunya sedang bercakap sesuatu dengan Zaffuan dan selepas itu dia terus memasuki keretanya. Dia tak memandang pun Husna. Selepas Husna bersalam-salaman dan berborak sedikit bertanya kabar dengan Mak Lang, Husna meminta diri untuk balik ke KL.
    “Husna nak balik KL kan…kebetulan Abang Zaffuan pun nak balik KL. Tak payah naik bas lah, naik je sama Abang Zaff kau tu” Mak Lang memberitahu. Zaffuan masih di dalam keretanya menunggu.
    “Tapi…Mak Lang…tak apalah, Husna boleh naik bas saja”
    “Tak pa…Abang Zaffuan kau tu sedang tunggu. Buat apa naik bas, kan kau orang nak balik KL arah yang sama…biarlah dia hantar kau balik ke Setapak Garden”

    Posted on November 2, 2011 3:49 AM

     
  34. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    “Husna tak nak menyusahkan…tak apa Husna naik bas…Mak Lang” Husna masih mencari alasan agar dia tak payah menaiki kereta dan menemui Zaffuan yang masih dirinduinya.
    “Ah…dia tu kan suami orang…aku tak mahu difitnah” bisek hati Husna.
    “Husna…Zaff tu dah bercerai sejak dua bulan lalu. Janganlah Husna bimbang…dia tu dah menduda”
    “Benar ke Mak Lang…apa yang terjadi…macam mana anak-anaknya?” Husna terkejut mendengar berita itu.
    “Sudah bukan jodoh mereka lagi…bininya masih di Ipoh…tak mahu ikut dia ke KL…mungkin sebab kerja dia…Pegawai Bank. Anak-anak…Marlia yang pelihara…Sudahlah, Zaff dah tunggu lama itu…pergilah!” pujuk Mak Lang sambil menghantar Husna ke kereta Zaffuan. Husna memeluk dan mencium tangan Mak Lang sebelum masuk ke kereta Zaffuan.
    Zaffuan juga mencium tangan ibunya dan terus memandu pecut keretanya. Keretanya dipandu pada kelajuan 150 – 160 km sejam. Mereka tidak bersuara pun. Wajah Zaffuan serius mencuka. Husna pula tak berani memulakan perbualan walaupun dia teruja sangat nak berbicara dan bertanyakan kabar. Peluang itu tak digunakannya walaupun mereka dah ada bersebelahan dalam satu kereta. Hati Husna berdebar-debar dan berkecamuk. Perasaan bimbang pun ada, takut mereka kemalangan. Ya..lah, kelajuan kereta Zaffuan melebihi had laju jalanraya. Apa-apa boleh terjadi. Husna hanya dapat berdoa dalam hati agar tidak terjadi apa-apa kemalangan ke atas diri mereka.
    “Atau…sengaja Zaffuan berbuat begitu…nak mati bersama agaknya” bisek hati Husna.
    “Ya…Allah…kenapa aku perlu menemuinya dalam keadaan seperti ini? Apakah ini semua salah aku…kenapa dia tak bercakap pun denganku?” hati Husna terus berkata-kata.
    Perjalanan ke KL itu cuma memakan masa 1 ½ jam sahaja kerana kelajuan kereta Zaffuan. Sesampai di rumah Setapak Garden, Zaffuan mula bersuara.
    Dua bulan berlalu selepas peristiwa itu Husna mendapat berita terkini mengenai Zaffuan dari Mak Lang ibu Zaffuan. Sudah menjadi kebiasaannya, Husna akan menalipon keluarganya dan Mak Lang sekadar bertanyakan kabar dalam masa dua minggu atau sebulan sekali jika dia tak balik kampong.
    “Zaffuan dah berkahwin lain sebulan lalu, kawan sepejabatnya di Kedutaan Luar Negara…janda beranak dua” Mak Lang memberitahu.
    “Zaffuan dan isteri barunya akan bekerja di luar Negara untuk tempoh yang agak lama…mereka di bawah satu jabatan” cerita Mak Lang lagi.
    Husna mendoakan kebahagian mereka. Sudah jodoh Zaffuan, Husna tumpang gembira walaupun hatinya sudah banyak kali dilukainya. Harapan Husna agar perkahwinan Zaffuan yang kedua ini akan kekal hingga ke akhir hayat.
    “Syukurlah Zaffuan telah ada pengganti…mudah-mudahan Husna tak akan menemuinya lagi kerana mereka kena berhijrah ke luar Negara untuk masa yang agak lama. Harap aku dapat lupakan dia terus dari ingatan ini” bisekan doa Husna. Husna redha atas ketentuan Allah kerana Zaffuan bukan jodohnya.

    Posted on November 2, 2011 3:50 AM

     
  35. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    This comment has been removed by a blog administrator.

    Posted on November 2, 2011 3:50 AM

     
  36. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Suatu pagi di awal bulan Oktober 1986, Hanafi salah seorang mekanik di tempat kerjanya meminta Husna membuat salinan kad pengenalannya.
    “2 keping kan…untuk apa salinan I/C ni?” Husna ‘curious’ nak tahu.
    “Hanafi kemalangan sikit tadi masa ‘test drive’ van baru tu…nak claim insuran”
    “Hanafi kemalangan…you ‘OK’ ke…tak luka mana-mana ke?…kalau you luka, lebih baik pergi klinik atau hospital dulu” kata-kata Husna cemas. Husna memandang keseluruhan tubuh Hanafi.
    “Tak adalah…Hanafi tak luka pun…Cuma lebam sikit di kaki kiri ini…Yang luka teruk tu Van baru tu…Hanafi terlanggar ‘divider’ jalanraya, tak perasan masa membelok tadi sebab hujan agak lebat”
    “Syukurlah Hanafi tak apa-apa” Husna mengakhiri perbualan dengan perasaan lega.
    Itulah pertemuan dan perbualan pertama setelah 7 bulan mereka bekerja di Bengkel itu. Hanafi Mustakim yang bekerja sebagai mekanik pembaikan kereta-kereta Ford itu berasal dari Terengganu. Anak tunggal kepada seorang ibu tunggal Puan Habibah Abdullah. Orangnya agak kacak, tidaklah tinggi sangat, berbudi-bahasa, baik hati dan disenangi oleh kawan-kawan di Bengkel kereta itu.
    “Husna, bolehkan Hanafi tunggu Husna lepas habis kerja…dan kita balik sama-sama ya”
    “Tapi…Husna kan balik lambat sikit…tak apalah kalau Hanafi nak balik dulu, tak payah tunggu Husna…Husna dah biasa balik seorang diri”
    “Tak sudi kah Hanafi temankan”
    “Bukan macam tu…takut lewat sangat pula…nanti menyusahkan…takut Hanafi ‘boring’ sebab kena tunggu lama”
    “Husna…percayalah…ianya tak menyusahkan Hanafi sedikit pun…at least kalau Husna ada boleh temankan Hanafi…kita kan bekerja di Syarikat yang sama…kita kan naik bas yang sama menuju KL”
    “Terima kasihlah Hanafi…baik hati you…ya lah at least Husna rasa ‘secured’ bila you ada menemani…thank you again”
    “Don’t mention it…kita kan kawan” kata Hanafi sambil tersenyum.
    Hari-hari yang berikutnya persahabatan Husna dan Hanafi menjadi lebih intim dan mesra. Tetapi apabila di pejabat dan di bengkel, mereka tidak menunjukkan keakraban dan kemesraan mereka. Sebaliknya mereka merasakan penumpuan kerja yang padu dan disiplin perlu ada untuk mempertingkatkan prestasi pekerjaan mereka masing-masing. Husna dan Hanafi tidak mahu mencampur-adukkan kisah peribadi mereka dengan tugasan mereka. Pada mulanya semasa Hanafi menyatakan hasrat nak berkawan lebih mesra, Husna masih teragak-agak dan bimbang takut kecundang sekali lagi. Hampir 2 tahun lebih Husna tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan lelaki sebagai teman. Tetapi disebabkan kejujuran, keikhlasan dan kesungguhan Hanafi ingin menjadikan dia teman wanitanya, Husna menerimanya dengan harapan impian mereka akan tercapai.

    Posted on November 2, 2011 3:51 AM

     
  37. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Enam bulan berlalu sudah. Pada suatu hari di bulan Mac 1987 ketika Husna dan Hanafi mengambil angin petang di Taman Bunga KL selepas melawat Muzium Negara.
    “Husna…Hanafi sayang pada Husna…apakah Husna juga sayang pada Hanafi?”
    “Tentulah Husna sayang pada Hanafi…kalau tak…tak akan lah Husna ada di sini?”
    “Sudikah Husna menjadi bakal suri-rumahtanggaku?” Hanafi bersuara setelah hampir 15 minit mereka berdiam sahaja sambil memerhatikan gelagat anak-anak kecil berlari-larian di padang Taman Bunga KL itu.
    “Tapi…Hanafi, kita baru kenal 6 bulan…benarkah apa yang Husna dengar ini?”
    “Benar…Hanafi sungguh-sungguh ni”
    “Tapi…Hanafi, kita belum cukup kenal…masih banyak kita perlu selami hati budi masing-masing...macam mana keluarga Hanafi…emak Hanafi dah tahu ke tentang kita?…apa…Hanafi dah tetap hati…Husna takut emak Hanafi mesti menentang…Husna ni kan tak sempurna, tak cantik, keluarga pun bukan orang senang…lagi Husna rasa mana ada orang Pantai Timur akan pilih orang luar jadi isteri atau suami…”
    “Eh…mengarutlah Husna ni…jodoh tu tak kira tempat dan keturunan, kan semua itu ketentuan Allah Taala, kalau kita ada jodoh, InsyaAllah kita akan bersatu juga…tentang Mak Hanafi, InsyaAllah Hanafi akan berbincang dan menyuarakan hasrat ini…percayalah pilihan Hanafi anak tunggalnya ini tak akan ditolaknya” kata-kata harapan dan doa Hanafi.
    “Husna, apa ada pada kecantikan…itu semua sementara dan luaran saja…bagi Hanafi, yang penting dalam sesuatu perhubungan itu ialah cinta yang tulus dan jujur, sehati-sejiwa, mengenali hati-budi, kasih-sayang, bertolak-ansur, saling maaf-memaafi dan mengerjakan perintah Allah Taala” tambah Hanafi lagi.
    “Bukannya apa Hanafi, Husna takut pisang berbuah dua kali. Husna takut kita tak dapat restu dari emak Hanafi. Terus terang Husna katakan, 2 tahun lalu cinta Husna terkubur kerana tak dapat restu dari orang tuanya. Husna lebih rela mengundur diri sekarang kalau tiada restu emak Hanafi…Maafkan Husna, itu semua kenangan lalu…kisah silam yang pedih…pengalaman pahit…Husna cuba lupakan dan tak mahu ianya berulang lagi”
    “Jangan risau…kita kena yakin…InsyaAllah cinta dan impian kita untuk bersama akan termakbul. Kita memohon dan berdoa pada Allah Taala. Husna, semua orang ada kenangan lalu, Hanafi juga tak terkecuali. Jangan dikenangkan sangat…itu semua dah berlalu…dah jadi sejarah. Ada hikmah disebalik kekecewaan percintaan itu…jangan serik bercinta…kalau cinta Husna yang dulu itu berjaya, tentu Husna tak dapat berjumpa Hanafi”
    Hanafi memegang erat tangan Husna. Mereka tersenyum dalam tangisan. Semoga harapan mereka menjadi kenyataan. InsyaAllah.

    Posted on November 2, 2011 3:52 AM

     
  38. Azmah Nordin Said,

    sitihajar :)

    saya dah baca karya anda kat atas tu, komen saya;


    1. ternyata anda berbakat dlm penulisan kreatif

    2. gaya bahasa yg baik dan boleh dipertingkatkan, di sepanjang kelas bimbingan ini kelak.

    3. ada perjuangan yg jitu dlm karya, tp tidak begitu menonjol kerana ditenggelami oleh kisah cinta remaja.

    4. terlalu byk babak/episod, sehingga tidak terkira lagi dan kebykannya tersgt kurang menyumbang kpd kekuatan cerita anda. padahal, anda hny perlu dua saja; satu sekarang dan satu dahulu sebagai flashback utk menguatkan cerpen anda.

    sitihajar, bagaimanapun, saya masih boleh mencari di bahagian mana kekuatan yg boleh anda cari dr karya anda dan nanti di kotak komen yg lagi satu, akan saya tunjukkan caranya k

    Posted on November 2, 2011 2:17 PM

     
  39. Azmah Nordin Said,

    sitihajar :) kisah husna dgn zaffuan tak sepenting kisah dia dgn hanafi, jadi kita sentuh sikit2 je kisah zafuan.

    ok, kita mulakan k
    ___________________________________

    `Benarkah apa yang Husna dengar ini? Atau...' (kita angkat dialog kat atas tu sebagai monolog husna, yg tak percaya pada apa yg didgrnya. (di mana mereka sekarang, gmbarkan suasana sekitarnya, cuaca, udara, dll - bandignkan dgn perasaannya) buat dia tatap mata hanafi, gmbarkan hanafi - terbayang bagaimana dia pernah menatap mata zaffuan, gmbarkan zafuan. kat sini gmbarkan dia dicengkam perasaan rendah diri, dan dia terbayangkan kepahitan dilukai oleh zaffuan dahulu.

    (buat dialog ulang, "Benarkan apa yg husna dgr ni?" gmbarkan perasaannya sama semasa dia dgn pengalaman dia di tempat kerja di syarikat Sri kinabalu, bila ni? gmbarkan suasana, perasaan cemasnya, reaksi karyawan lain ketika itu.

    buat dia di tempat kerjanya di syarikat Sri kinabalu, ketika itu dia tgh buat apa, gmbarkan mcm mana dia buat kerja, istilah2, dan kaitkan dgn peristiwa di bwh ni - flashback)


    (Pertengahan tahun 1985 - yg ni tak perlu) (Syarikat Sri Kinabalu tempat Husna bekerja hampir 2 ½ tahun itu diistiharkan muflis kerana menanggung hutang yang banyak dan tidak mencapai matalamat menyelesaikan projek tender yang diberi Kerajaan pada masa yang ditentukan seperti dalam kontrak tender. Dengan lain kata kontrak tender pembinaan bangunan dan landasan keretapi itu dibatalkan secara otomatik. Lebih menyedihkan lagi semua pekerja-pekerja terpaksa berhenti kerja dan ditawarkan duit pampasan. Husna tidak terkecuali. Pada akhir bulan Julai 1985 segala urusan operasi Syarikat itu akan diberhentikan. Semua pekerja-pekerja merasa amat sedih dan kecewa kerana mereka akan kehilangan mata pencarian tapi terpaksa menerimanya dengan hati yang tabah. - semua dlm paragraf ni buat monolog hidup)

    Posted on November 2, 2011 2:52 PM

     
  40. Azmah Nordin Said,

    “Rezeki ada di mana-mana, ada hikmah di sebalik semua ketentuan ini” kata-kata ingatan Kapten Baharuddin, juruterbang bersara ‘pilot’ syarikat menasihati rakan-rakan sepejabat yang dianggapnya seperti adik-adiknya sendiri.

    Perasaan sedih dan pilu mengelubungi semua warga kerja Syarikat Sri Kinabalu di hari terakhir mereka di premis bangunan syarikat itu. Masing-masing bersalaman-salaman, bermaaf-maafan dan yang perempuannya berpeluk-pelukan sambil saling bertukar nombor talipon agar senang menghubungi sesama mereka. (apakah ia sesedih mengenangkan hubungannya dgn zaffuan? beri sikit2 info ttg zaffuan di sini, perasaannya - sebut ttg sepi kat sini, usia husna)

    (tmbh; terbayang betapa peritnya detik2 yg dilalui, di sepanjang) hampir 3 minggu Husna menganggur. Dia telah memohon apa jua kerja kosong yang diiklankan dalam suratkabar semenjak awal bulan Julai lalu. (mujur), pada awal bulan Ogos 1985, Husna telah mendapat satu temuduga di sebuah Syarikat Permotoran kereta Ford iaitu Ford Concessionaires Sdn Bhd. Selepas seminggu ditemuduga, Husna menerima panggilan talipon dari wakil Pejabat Pengurusan Ford Concessionaires menyatakan yang dia berjaya dalam temuduga dan diterima bekerja bermula 21hb Ogos 1985. Husna berasa amat bersyukur dan gembira kerana diterima bekerja sebagai Kerani Am di bahagian Jualan kereta Ford walaupun jawatan yang sebenar diiklankan itu sepatutnya di Jabatan Bengkel Kereta. Apa-apa pun Husna bersedia di mana saja dia diarahkan bekerja kerana rezeki itu anugerah Allah Taala.

    (ulang dialog `pilot' syarikat kinabalu tu kat sini)

    (husna setuju tak?) Pejabat Jualan kereta Ford itu terletak di Sg Besi Kuala Lumpur. Husna bekerja di bahagian pendaftaran kereta baru itu selama 6 bulan sahaja sebelum dia diarah berpindah ke bahagian Bengkel Kereta Ford di Seksyen 19 Petaling Jaya. Rasa sedih juga terpaksa meninggalkan kawan-kawan baru di bahagian Jualan itu kerana mereka semua sangat baik, peramah dan saling Bantu-membantu dalam apa jua pekerjaan. Selama 6 bulan itu Husna telah belajar selok belok peroses pengurusan pendaftaran kereta baru seperti menaip invois, tugas-tugas kerani am, mengemas-kini keterangan terperinci pelanggan-pelanggan ke dalam buku ‘Owner Manuals’ dan mengecop ‘Company Stamp’ di dalamnya. (penat tak? perasaannya)

    (riak muka husna) Berakhir sudah tahun 1985 tanpa ada peristiwa manis, melangkah pula tahun baru 1986. Husna seperti dulu juga…masih keseorangan. Masih kesepian. Masih diselubungi seribu penyesalan dan kehampaan.

    Posted on November 2, 2011 2:52 PM

     
  41. Azmah Nordin Said,

    (sitihajar, dialog terlalu byk dlm kotak komen ni, ambil isinya dan masukkan dlm fikiran husna, sementara selebihnya ditiadakan. biar dialognya sedikit tp dramatik utk menggambarkan pertemuan pertama mereka.)

    Suatu pagi di awal bulan Oktober 1986, Hanafi salah seorang mekanik di tempat kerjanya meminta Husna membuat salinan kad pengenalannya.

    “2 keping kan…untuk apa salinan I/C ni?” Husna ‘curious’ nak tahu.
    “Hanafi kemalangan sikit tadi masa ‘test drive’ van baru tu…nak claim insuran”
    “Hanafi kemalangan…you ‘OK’ ke…tak luka mana-mana ke?…kalau you luka, lebih baik pergi klinik atau hospital dulu” kata-kata Husna cemas. Husna memandang keseluruhan tubuh Hanafi.
    “Tak adalah…Hanafi tak luka pun…Cuma lebam sikit di kaki kiri ini…Yang luka teruk tu Van baru tu…Hanafi terlanggar ‘divider’ jalanraya, tak perasan masa membelok tadi sebab hujan agak lebat”
    “Syukurlah Hanafi tak apa-apa” Husna mengakhiri perbualan dengan perasaan lega.
    Itulah pertemuan dan perbualan pertama setelah 7 bulan mereka bekerja di Bengkel itu. Hanafi Mustakim yang bekerja sebagai mekanik pembaikan kereta-kereta Ford itu berasal dari Terengganu. Anak tunggal kepada seorang ibu tunggal Puan Habibah Abdullah. Orangnya agak kacak, tidaklah tinggi sangat, berbudi-bahasa, baik hati dan disenangi oleh kawan-kawan di Bengkel kereta itu.
    “Husna, bolehkan Hanafi tunggu Husna lepas habis kerja…dan kita balik sama-sama ya”
    “Tapi…Husna kan balik lambat sikit…tak apalah kalau Hanafi nak balik dulu, tak payah tunggu Husna…Husna dah biasa balik seorang diri”
    “Tak sudi kah Hanafi temankan”
    “Bukan macam tu…takut lewat sangat pula…nanti menyusahkan…takut Hanafi ‘boring’ sebab kena tunggu lama”
    “Husna…percayalah…ianya tak menyusahkan Hanafi sedikit pun…at least kalau Husna ada boleh temankan Hanafi…kita kan bekerja di Syarikat yang sama…kita kan naik bas yang sama menuju KL”
    “Terima kasihlah Hanafi…baik hati you…ya lah at least Husna rasa ‘secured’ bila you ada menemani…thank you again”
    “Don’t mention it…kita kan kawan” kata Hanafi sambil tersenyum.
    Hari-hari yang berikutnya persahabatan Husna dan Hanafi menjadi lebih intim dan mesra. Tetapi apabila di pejabat dan di bengkel, mereka tidak menunjukkan keakraban dan kemesraan mereka. Sebaliknya mereka merasakan penumpuan kerja yang padu dan disiplin perlu ada untuk mempertingkatkan prestasi pekerjaan mereka masing-masing. Husna dan Hanafi tidak mahu mencampur-adukkan kisah peribadi mereka dengan tugasan mereka. Pada mulanya semasa Hanafi menyatakan hasrat nak berkawan lebih mesra, Husna masih teragak-agak dan bimbang takut kecundang sekali lagi. Hampir 2 tahun lebih Husna tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan lelaki sebagai teman. Tetapi disebabkan kejujuran, keikhlasan dan kesungguhan Hanafi ingin menjadikan dia teman wanitanya, Husna menerimanya dengan harapan impian mereka akan tercapai.

    (tmbh; "Husna..."

    ("Hmmm...? lamunan husna terhenti tiba2 - buat dia tatap wajah hanafi balik)

    “Sudikah Husna menjadi bakal suri-rumahtanggaku?” Hanafi bersuara setelah hampir 15 minit mereka berdiam sahaja sambil memerhatikan gelagat anak-anak kecil berlari-larian di padang Taman Bunga KL itu.

    “Tapi…Hanafi, kita baru kenal 6 bulan…benarkah apa yang Husna dengar ini?”

    “Benar…Hanafi sungguh-sungguh ni.” (ucap hanafi - gmbarkan riak muka hanafi

    tmbh; perasaan husna, puitis.

    tmbh; benarlah - ulang dialog `pilot' ttg rezeki ada di mana2 tu)

    (riak muka husna)

    sitihajar, cukup sampai sini cerpen ni, sbb sebuah kisah cinta, tak indah jika diperpanjangkan ke perkahwinan. ttg zaffuan tu, setiap dua paragraf, selitkan dgn buat perbandingan dll. sementara episod pulang kampung, bertemu dgn ibu tiri dll tu, mungkin boleh dimuatkan dlm novel kelak.

    sitihajar, ini adalah editing pertama saya, utk memberi peluang anda mengolah semula. nanti setelah anda melakukan pembaikan, saya lihat bagaimana.

    gigih terus k

    Posted on November 2, 2011 3:03 PM

     
  42. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Salam Sifu, saya dah baca komen2 & saranan2 Sifu utk pengolahan semula cerpen saya tu. Terima kasih. Berikan saya sedikit masa utk buat 'correction' & mengolah draft cerpen mengikut panduan2 yg Sifu berikan. InsyaAllah saya akan 'post' kan secepat mungkin.

    Posted on November 2, 2011 8:38 PM

     
  43. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Assalamualaikum Sifu Az, saya ni Siti Hajar nak post draft olahan semula Cerpen saya tu.

    1. “Benarkah apa yang Husna dengar ini? Atau...aku bermimpikah?” bisek hati Husna.
    Husna terkejut, lidahnya kelu untuk berkata-kata. Suasana di sekeliling Tasik Perdana petang itu agak riuh dengan hilai-tawa anak-anak yang berlari-lari berkejar-kejaran. Cuaca sedikit mendung. Pasti hujan akan turun sebentar lagi. Sekawan burung-burung kelihatan berkeliaran di udara.
    Mata Husna dan Hanafi bertentangan. Husna cuba menilai “Ada kesungguhan di matanya. Ada kejujuran di hatinya. Ada ketulusan di jiwanya..pastikah aku?..Hanafi ini orang yang di tunggu-tunggu?”
    Sekilas itu juga Husna terus terbayang kepahitan cinta dilukai oleh Zaffuan dulu. Takut cinta nya dengan Hanafi tidak kesampaian. Zaffuan yang hanya suka mempermainkan perasaannya suatu ketika dulu. Apakah Hanafi sejujurnya mahu menerima diri Husna yang tidak cantik, tidak sempurna dan serba kekurangan itu. Semua itu menjadi tanda-tanya.
    "Benarkah apa yang Husna dengar ni?" soalan ulangan itu berdesir lagi di cuping telinganya. Tiba-tiba dia terkenang perjalanan hidupnya sebelum bertemu Hanafi.
    Tahun 1983 – 1985 semasa Husna bekerja di Syarikat Sri Kinabalu Jalan Yap Kwan Seng. Sebuah syarikat ‘Contruction’ yang mempunyai seramai 25 orang pekerja. Husna bekerja di jabatan Tender bersama-sama ‘staff’ yang lebih ‘senior’ Lilian, Siti Hawa, Shafian, Kamarul dan ‘Boss’ mereka Mr Raymond Wong. Mereka akan bekerja lebih masa sehingga ke malam sekiranya ada ‘Pembukaan Tender’ apa-apa projek dari pihak Kerajaan mahupun mana-mana Syarikat yang ‘established’. Etika kerja ‘Team-Work’ dan ‘No Stress’ terpahat di hati semua pekerja di situ. Tapi sesuatu yang tidak dapat diduga, setelah Husna bekerja hampir 2 ½ tahun, syarikat itu diistiharkan muflis kerana menanggung hutang yang banyak dan tidak mencapai matalamat menyelesaikan projek tender yang diberi Kerajaan pada masa yang ditentukan seperti dalam kontrak tender. Dengan lain kata kontrak tender pembinaan bangunan dan landasan keretapi itu dibatalkan secara otomatik. Lebih menyedihkan lagi semua pekerja-pekerja terpaksa berhenti kerja dan ditawarkan duit pampasan. Husna tidak terkecuali. Pada akhir bulan Julai 1985 segala urusan operasi Syarikat itu akan diberhentikan. Semua pekerja-pekerja merasa amat sedih dan kecewa kerana mereka akan kehilangan mata pencarian tapi terpaksa menerimanya dengan hati yang tabah.
    “Rezeki ada di mana-mana, jodoh pertemuan, ajal-maut ketentuan Allah SWT..Ada hikmah di sebalik semua ini” kata-kata ingatan Kapten Baharuddin, juruterbang bersara ‘pilot’ syarikat menasihati rakan-rakan sepejabat yang dianggapnya seperti adik-adiknya sendiri.

    Perasaan sedih dan pilu mengelubungi semua warga kerja Syarikat Sri Kinabalu di hari terakhir mereka di premis bangunan syarikat itu. Masing-masing bersalaman-salaman, bermaaf-maafan dan yang perempuannya berpeluk-pelukan sambil saling bertukar nombor talipon agar senang menghubungi sesama mereka.
    Sekali lagi Husna merasa kekosongan dan kesepian. Terus terkenang kawan-kawan yang sama-sama kehilangan kerja dan lebih-lebih lagi Zaffuan yang sepatutnya tidak perlu diingatkan lagi.

    Posted on November 3, 2011 9:03 PM

     
  44. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    2.Husna harus bangun dan sedar akan matalamat hidupnya yang sebenar. Harus lupakan kisah pahit itu dan teruskan penghidupan untuk terus maju. Bukan menyesali apa yang terjadi. Semua ini adalah suratan dan ketentuan Allah SWT. Husna kena tabah mengatasi dugaan Allah Taala.
    Husna terus bersyukur pada Allah. Bersujud dan bertawakkal padaNya. Bila fikir tentang sepi, Husna rasa tentu ada orang yang lebih perit perjalanan hidupnya dari dia. Usia Husna menjangkau 26 tahun itu membolehkan dia berfikiran matang dan tidak lagi mahu putus asa. Hidup mesti diteruskan. Padanya Zaffuan sudah bahagia bersama pilihannya. Husna redha dan harus meneruskan kehidupannya dengan azam baru dan berwawasan.
    Terbayang betapa peritnya detik-detik yang dilalui di sepanjang hampir 3 minggu Husna menganggur. Dia telah memohon apa jua kerja kosong yang diiklankan dalam suratkabar semenjak awal bulan Julai lalu. Mujurlah pada awal bulan Ogos 1985, Husna telah mendapat satu temuduga di sebuah Syarikat Permotoran kereta Ford iaitu Ford Concessionaires Sdn Bhd. Selepas seminggu ditemuduga, Husna menerima panggilan talipon dari wakil Pejabat Pengurusan Ford Concessionaires menyatakan yang dia berjaya dalam temuduga dan diterima bekerja bermula 21hb Ogos 1985. Husna berasa amat bersyukur dan gembira kerana diterima bekerja sebagai Kerani Am di bahagian Jualan kereta Ford walaupun jawatan yang sebenar diiklankan itu sepatutnya di Jabatan Bengkel Kereta. Apa-apa pun Husna bersedia di mana saja dia diarahkan bekerja kerana rezeki itu anugerah Allah Taala.

    Husna masih ingat ungkapan ini:
    “Rezeki ada di mana-mana, jodoh pertemuan, ajal-maut ketentuan Allah SWT..Ada hikmah di sebalik semua ini” kata-kata ingatan Kapten Baharuddin, juruterbang bersara ‘pilot’ syarikat menasihati rakan-rakan sepejabat yang dianggapnya seperti adik-adiknya sendiri.

    Husna menerima jawatan itu. Kegembiraan Husna dikongsi bersama keluarganya.
    Pejabat Jualan kereta Ford itu terletak di Sg Besi Kuala Lumpur. Husna bekerja di bahagian pendaftaran kereta baru itu selama 6 bulan sahaja sebelum dia diarah berpindah ke bahagian Bengkel Kereta Ford di Seksyen 19 Petaling Jaya. Rasa sedih juga terpaksa meninggalkan kawan-kawan baru di bahagian Jualan itu kerana mereka semua sangat baik, peramah dan saling Bantu-membantu dalam apa jua pekerjaan. Selama 6 bulan itu Husna telah belajar selok belok peroses pengurusan pendaftaran kereta baru seperti menaip invois, tugas-tugas kerani am, mengemas-kini keterangan terperinci pelanggan-pelanggan ke dalam buku ‘Owner Manuals’ dan mengecop ‘Company Stamp’ di dalamnya. Husna sangat gembira bekerja di tempat baru itu. Bertambah pula ‘staff’ di jabatan itu sangat peramah, bantu-membantu dan memberi bimbingan sepenuhnya pada Husna sebagai pekerja baru.

    Husna menulis lagi di diarinya “Berakhir sudah tahun 1985 tanpa ada peristiwa manis, melangkah pula tahun baru 1986. Aku seperti dulu juga…masih keseorangan. Masih kesepian. Masih diselubungi seribu penyesalan dan kehampaan. Ya Allah..Tenangkanlah hati hambamu ini, tetapkan imanku, temukan aku jodoh yang baik dan beriman. Aku tetap bersyukur dan redha apa jua ketetapanmu..Amin. Airmatanya mengalir jernih.

    Posted on November 3, 2011 9:05 PM

     
  45. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    3. Seperti biasa masa lapang dan sunyi di waktu malam Husna akan membaca apa jua majalah atau buku novel yang dibelinya buat teman berbicara. Husna terbaca nukilan hati seorang pembaca dalam sebuah majalah yang bertajuk ‘AKU dan SUARA’ yang begitu menyentuh hatinya. Soal jawab tentang cinta…macam ada persamaan dengan perjalanan hidupnya.
    AKU: Mengapa aku mesti terus lara dalam bercinta? Kenapa aku tidak boleh hidup bahagia seperti pasangan kekasih yang lain?
    SUARA: Kerana kau belum bertemu dengan insan yang dapat mengabdikan cintanya yang murni buat dirimu. Selama ini, kau hanya dipertemukan dengan insan yang sekadar ingin mengenalimu, bukan hatimu.
    AKU: Mengapa kau berbisek begitu, wahai suara hatiku?
    SUARA: Kerana aku telah menjadi saksi pada segala peristiwa cinta yang kau lalui. Tidakkah kau lihat…betapa satu demi satu insan yang hadir dalam dirimu terlalu sayang padamu, tapi bila tiba masanya mereka pergi meninggalkan debu-debu cinta untuk nafasmu.
    AKU: Kenapa mereka mesti begitu padaku?
    SUARA: Kerana mereka belum dapat menerima kelahiran dirimu sebagai insan yang layak
    AKU: Lalu bagaimanakah harus aku mengakhiri sisa-sisa hidupku sebelum nafasku terhenti?
    SUARA: Ohhh…terlalu aib untuk aku menjawab persoalan itu. Tapi bersabarlah, Tuhan tidak pernah kejam pada hambaNya. Suatu hari, akan ditemukan kau kebahagiaan dengan cara lain.
    Sekalipun jika tidak sempat kau kecapi kebahagian yang kau ingini selama ini sewaktu di dunia, tapi jika ka uterus bersyukur atas nikmatNya dan bersabar menghadapi dugaanNya, insyaAllah di Akhirat jua akan diperhitungkan.
    AKU: Wahai sang SUARA…aku ingin bertanya lagi. Mengapakah terlalu ramai lelaki yang pernah menyayangi aku, tidak dapat menyintai aku hingga penghujungnya?
    SUARA: Kerana perjalanan liku-liku cinta tidak pernah mempunyai jalan penghujung. Seperti lautan tidak bertepi…seperti langit tidak bersipi.
    Kau harus menyedari akan kelahiran dirimu yang aib. Lagipun, setiap lelaki yang telah kau temui selama ini, bukanlah lelaki yang menyintai dirimu dengan setulus hatinya.
    Mereka tidak ikhlas menyintaimu, mereka tidak menyelami hatimu sepenuhnya. Mereka membelaimu hanya untuk seketika. Kau jua mempunyai keistimewaan membalut hati-hati mereka yang terluka.
    Lantas kau sekadar dianggap tempat berteduh di musim gerimis. Selepas gerimis berlalu, mereka pun meneruskan perjalanan mencari cinta yang baru.
    AKU: Lalu siapakah aku sebenarnya? Sampai bilakah harus aku begini?
    SUARA: Kau adalah seorang insan jua. Cuma keadaan semulajadimu yang luar biasa itu saja sukar untuk menentukan suasana normal hidup berkelamin.

    Posted on November 3, 2011 9:08 PM

     
  46. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    4. HANYA lelaki yang pengasih, penyayang dan benar-benar sanggup berkorban apa saja untuk dirimu, akan sanggup menerimamu seadanya dan dalam apa jua suasana tentangan yang dihadapi.
    AKU: Sudah kuduga dari dulu. Hanya kekuatan cinta dari seorang lelaki saja yang akan rela mengorbankan dirinya untuk cintaku. Dan aku akan terus menunggu kehadiran seorang insan lelaki seperti itu.
    Sekalipun di saat-saat aku akan menghembuskan nafas terakhir nanti, ingin sekali aku mendengar suara seorang lelaki membisik ke telingaku; “Aku ingin mengahwini hatimu”. Bagiku, biarpun bisikan itu terlalu lewat, namum cukup untuk menenangkan jiwaku ketika kembali ke alam baqa’.
    Suatu pagi di awal bulan Oktober 1986, Hanafi salah seorang mekanik di tempat kerjanya meminta Husna membuat salinan kad pengenalannya.

    “2 keping kan…untuk apa salinan I/C ni?” Husna ‘curious’ nak tahu.
    “Hanafi kemalangan sikit tadi masa ‘test drive’ van baru tu…nak claim insuran”
    “Hanafi kemalangan…you ‘OK’ ke…tak luka mana-mana ke?…kalau you luka, lebih baik pergi klinik atau hospital dulu” kata-kata Husna cemas. Husna memandang keseluruhan tubuh Hanafi.
    “Tak adalah…Hanafi tak luka pun…Cuma lebam sikit di kaki kiri ini…Yang luka teruk tu Van baru tu…Hanafi terlanggar ‘divider’ jalanraya, tak perasan masa membelok tadi sebab hujan agak lebat”

    “Syukurlah Hanafi tak apa-apa” Husna mengakhiri perbualan dengan perasaan lega.
    Itulah pertemuan dan perbualan pertama setelah 7 bulan mereka bekerja di Bengkel itu. Hanafi Mustakim yang bekerja sebagai mekanik pembaikan kereta-kereta Ford itu berasal dari Terengganu. Anak tunggal kepada seorang ibu tunggal Puan Habibah Abdullah. Orangnya agak kacak, tidaklah tinggi sangat, berbudi-bahasa, baik hati dan disenangi oleh kawan-kawan di Bengkel kereta itu.

    Hari-hari yang berikutnya persahabatan Husna dan Hanafi menjadi lebih intim dan mesra. Tetapi apabila di pejabat dan di bengkel, mereka tidak menunjukkan keakraban dan kemesraan mereka. Sebaliknya mereka merasakan penumpuan kerja yang padu dan disiplin perlu ada untuk mempertingkatkan prestasi pekerjaan mereka masing-masing. Husna dan Hanafi tidak mahu mencampur-adukkan kisah peribadi mereka dengan tugasan mereka. Pada mulanya semasa Hanafi menyatakan hasrat nak berkawan lebih mesra, Husna masih teragak-agak dan bimbang takut kecundang sekali lagi. Hampir 2 tahun lebih Husna tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan lelaki sebagai teman. Tetapi disebabkan kejujuran, keikhlasan dan kesungguhan Hanafi ingin menjadikan dia teman wanitanya, Husna menerimanya dengan harapan impian mereka akan tercapai.

    "Husna...Husna…Husna" Hanafi memanggil Husna berkali-kali.

    "Hmmm...? lamunan Husna terhenti tiba-tiba. Husna segera menatap balik wajah Hanafi.

    Posted on November 3, 2011 9:10 PM

     
  47. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    5. “Sudikah Husna menjadi bakal suri-rumahtanggaku?” Hanafi bersuara setelah hampir 15 minit mereka berdiam sahaja sambil memerhatikan gelagat anak-anak kecil berlari-larian di padang Taman Bunga KL itu.

    “Tapi…Hanafi, kita baru kenal 6 bulan…benarkah apa yang Husna dengar ini?”

    “Benar…Hanafi sungguh-sungguh ni.” ucap Hanafi dengan serius dan jelas sambil memegang erat kedua-dua tangan Husna.

    Husna hanya tersenyum dan terharu atas ucapan ikhlas dari Hanafi yang menerimanya seadanya.

    Husna masih ingat ungkapan ini – Benarlah..
    “Rezeki ada di mana-mana, jodoh pertemuan, ajal-maut ketentuan Allah SWT..Ada hikmah di sebalik semua ini” kata-kata ingatan Kapten Baharuddin, juruterbang bersara ‘pilot’ Syarikat Sri Kinabalu.

    Husna tersenyum lagi. Airmata kegembiraan menitis ke pipi gebunya. Husna dan Hanafi beriringan tangan pulang dengan harapan impian mereka untuk bersatu sebagai suami-isteri menjadi kenyataan. InsyaAllah.

    Posted on November 3, 2011 9:11 PM

     
  48. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Assalamualaikum Sifu Az & Aini, di sini Siti ingin mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha" pd Sifu Az & Sis Aini sekeluarga. Saja juga nak beritahu sy & keluarga akan balik kampong di T'ganu utk beraya & cuti bermula esok sehingga hari Selasa. Harap maaf selama kami di sana, sy x dpt online sbb x ada internet access di sana. InsyaAllah bila balik ke KL hari Selasa nanti, sy akan buka Thread Post ini. Terima kasih.

    Posted on November 4, 2011 10:21 AM

     
  49. Azmah Nordin Said,

    sitihajar :)

    saya dah baca pengolahan cerpen yg anda buat kat atas tu, dan wah, cepatnya anda belajar! tahniah!

    sekarang, anda sudah pun mempunyai sebuah cerpen yg bulat dan padat - sudah pun betul2 menjadi sebuah cerpen, bukan seperti sebelumnya. apa yg perlu kita lakukan sekarang adalah menghidupkannya, sbb sekarang kebanyakan ayat kat atas tu bersifat `memberitahu' bukan `tunjuk'.

    nanti mlm, jika internet tiada masalah oleh hujan ribut kat tempat saya sekarang ni, akan saya tunjukkan bagaimana nak menghidupkan karya anda k

    dan, salam selamat Hari Raya Haji buat anda juga :)

    Posted on November 4, 2011 11:40 AM

     
  50. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Assalamualaikum Sifu Az, terima kasih kerana tunjuk-ajar & bimbingan dari Sifu Az & Sis Aini juga sehingga saya dpt belajar & mengolah semula karya saya supaya boleh jd padat & jd cerpen sebenarnya. Sesuatu yg baru sy nak belajar apa itu ayat bersifat 'tunjuk' & cam ne nak hidupkan karya..Seronok yer & x sabar nak belajar ni. Terima kasih sekali lg. Syukur Alhamdulillah..

    Posted on November 4, 2011 2:39 PM

     
  51. Azmah Nordin Said,

    sitihajar :)

    selepas saya buat sentuhan utk menghidupkan karya anda, saya cadangkan anda membaca entri saya yg berjudul `tunjuk dan bukan beritau' (lebih kurang begitu bunyinya) dlm kotak senarai post dlm blog ni.

    ok, kita mulakan k;

    “Benarkah apa yang Husna dengar ini? Atau...aku bermimpikah?” (bisek - bisik) hati Husna, terkejut, lidahnya kelu untuk berkata-kata. (gmbarkan seluruh perasaan rendah dirinya kat sini)

    (pernafasan, posisi badannya sekarang, penampilan) Suasana di sekeliling Tasik Perdana petang itu agak riuh dengan hilai-tawa anak-anak yang berlari-lari berkejar-kejaran (gunakan perkataan `riuh' dan `hilai tawa' dgn perasaannya). Cuaca sedikit mendung (semendung apa? bandingkan dgn waktu dia dgn kisah silamnya). Pasti hujan akan turun sebentar lagi (bandingkan hujan yg pernah lebat dlm hatinya waktu bersama zaffuan). Sekawan burung-burung kelihatan berkeliaran (bebas) di udara, (bandinhkan perkataan bebas dgn perasaan dia sekarang, detik ini).

    (sedetik itu), mata Husna dan Hanafi bertentangan. (gmbarkan hanafi, penampilan, buat dia terbayangkan zaffuan, gmbarkan zaffuan, perasaan husna)

    Husna cuba menilai (lelaki di hadapannya itu; “Ada kesungguhan di (tmbh; sinar) matanya. Ada kejujuran di (hatinya - husna tak boleh tahu apa yg ada dlm hati hanafi, jika dilihat dr sudut pandangan husna, tukar; pada riak muka? dll). Ada ketulusan di (jiwanya husna tak boleh lihat apa yg ada di jiwanya, tukar). Pastikah aku?..Hanafi ini orang yang di tunggu-tunggu?”

    Sekilas itu juga Husna terus terbayang (akan Zaffuan). (masih terasa akan) kepahitan cinta dilukai oleh Zaffuan dulu, (berapa lama yg lalu ni?). Takut cintanya dengan Hanafi tidak kesampaian. Zaffuan yang hanya suka mempermainkan perasaannya suatu ketika dulu. Apakah Hanafi sejujurnya mahu menerima diri Husna yang tidak cantik, (yang - gmbarkan husna), (yg) tidak sempurna dan serba kekurangan itu. Semua itu menjadi tanda-tanya.

    Posted on November 7, 2011 6:21 PM

     
  52. Azmah Nordin Said,

    "Benarkah apa yang Husna dengar ni?" soalan ulangan itu berdesir lagi di cuping telinganya. (mainkan perkataan rezeki dgn apa yg ditawarkan oleh hanafi tu, ulang perkataan rezeki beberapa kali)

    (pernafasan. tmbh; entah mengapa, dgn) tiba-tiba (pula) dia terkenang perjalanan hidupnya sebelum bertemu Hanafi. Tahun 1983 – 1985 semasa Husna bekerja di Syarikat Sri Kinabalu Jalan Yap Kwan Seng. Sebuah syarikat ‘Contruction’ yang mempunyai seramai 25 orang pekerja. Husna bekerja di jabatan Tender bersama-sama ‘staff’ yang lebih ‘senior’ Lilian, Siti Hawa, Shafian, Kamarul dan ‘Boss’ mereka Mr Raymond Wong. Mereka akan bekerja lebih masa sehingga ke malam sekiranya ada ‘Pembukaan Tender’ apa-apa projek dari pihak Kerajaan mahupun mana-mana Syarikat yang ‘established’. Etika kerja ‘Team-Work’ dan ‘No Stress’ terpahat di hati (buat dr sudut pandangan husna je dan husna tak boleh baca hati org lain, jadi tmbah; Husna dan mungkin juga di hati) semua pekerja di situ. (Tapi - tukar; Aduh!) Sesuatu yang tidak dapat diduga, setelah Husna bekerja hampir 2 ½ tahun, syarikat itu diistiharkan muflis kerana menanggung hutang yang banyak! Dan tidak mencapai matalamat menyelesaikan projek tender yang diberi Kerajaan pada masa yang ditentukan seperti dalam kontrak tender! (perasaan husna ketika tu) Dengan lain kata kontrak tender pembinaan bangunan dan landasan keretapi itu dibatalkan secara otomatik. Lebih menyedihkan lagi semua pekerja-pekerja terpaksa berhenti kerja dan ditawarkan duit pampasan. Husna tidak terkecuali, (perasaannya terhadap nasib sendiri dan nasib org lain). Pada akhir bulan Julai 1985 segala urusan operasi Syarikat itu akan diberhentikan. Semua pekerja-pekerja merasa amat sedih dan kecewa kerana mereka akan kehilangan mata pencarian tapi terpaksa menerimanya dengan hati yang tabah. (reaksi husna dan semua karyawan yg diberhentikan)

    “Rezeki ada di mana-mana, jodoh pertemuan, ajal-maut ketentuan Allah SWT..Ada hikmah di sebalik semua ini” kata-kata peringatan Kapten Baharuddin, juruterbang bersara ‘pilot’ syarikat menasihati rakan-rakan sepejabat yang dianggapnya seperti adik-adiknya sendiri.

    (Perasaan sedih dan pilu mengelubungi semua warga kerja Syarikat Sri Kinabalu di hari terakhir mereka di premis bangunan syarikat itu. - gmbarkan dr sudut pandangan husna je) Masing-masing bersalaman-salaman, bermaaf-maafan dan yang perempuannya berpeluk-pelukan sambil saling bertukar nombor talipon agar senang menghubungi sesama mereka.
    Sekali lagi Husna merasa kekosongan dan kesepian. Terus terkenang kawan-kawan yang sama-sama kehilangan kerja dan lebih-lebih lagi Zaffuan yang sepatutnya tidak perlu diingatkan lagi. (cuba cari puisi yg boleh menggambarkan perasaan husna ketika tu)

    Posted on November 7, 2011 6:21 PM

     
  53. Azmah Nordin Said,

    .(Husna harus bangun dan sedar akan matalamat hidupnya yang sebenar. Harus lupakan kisah pahit itu dan teruskan penghidupan untuk terus maju. Bukan menyesali apa yang terjadi. Semua ini adalah suratan dan ketentuan Allah SWT. Husna kena tabah mengatasi dugaan Allah Taala.
    Husna terus bersyukur pada Allah. Bersujud dan bertawakkal padaNya. Bila fikir tentang sepi, Husna rasa tentu ada orang yang lebih perit perjalanan hidupnya dari dia. Usia Husna menjangkau 26 tahun itu membolehkan dia berfikiran matang dan tidak lagi mahu putus asa. Hidup mesti diteruskan. Padanya Zaffuan sudah bahagia bersama pilihannya. Husna redha dan harus meneruskan kehidupannya dengan azam baru dan berwawasan. - kita pelbagaikan betuk ayat supaya lebih menarik; buat monolog hidup, mcm anda brckp gitu, dgn nada suaranya lagi)

    (skelip lintasan menjelma. segera) terbayang betapa peritnya detik-detik yang dilalui di sepanjang hampir 3 minggu Husna menganggur (dahulu? apa komen keluarganya ttg pengangguran tu? ibu? ayah? adik beradik, handai taulan? dll, pendek2 je, perasaannya, puitis). (terkenang bagaimana terhimpit perasaannya ketika) dia telah memohon apa jua kerja kosong yang diiklankan dalam suratkabar semenjak awal bulan Julai lalu. Mujurlah pada awal bulan Ogos 1985, (selitkan perkataan rezeki kat sini) Husna telah mendapat satu temuduga di sebuah Syarikat Permotoran kereta Ford iaitu Ford Concessionaires Sdn Bhd. Selepas seminggu ditemuduga, Husna menerima panggilan talipon dari wakil Pejabat Pengurusan Ford Concessionaires menyatakan yang dia berjaya dalam temuduga dan diterima bekerja bermula 21hb Ogos 1985. Husna berasa amat gmebira dan bersyukur (kpd allah) kerana diterima bekerja sebagai Kerani Am di bahagian Jualan kereta Ford walaupun jawatan yang sebenar diiklankan itu sepatutnya di Jabatan Bengkel Kereta. Apa-apa pun Husna bersedia di mana saja dia diarahkan bekerja kerana rezeki itu anugerah Allah Taala.

    (Husna masih ingat ungkapan ini: - ni tak payah, delete)

    “Rezeki ada di mana-mana, jodoh pertemuan, ajal-maut ketentuan Allah SWT..Ada hikmah di sebalik semua ini” kata-kata Kapten Baharuddin, juruterbang bersara ‘pilot’ syarikat menasihati rakan-rakan sepejabat yang dianggapnya seperti adik-adiknya sendiri itu, (terngiang2 kembali dlam ingatannya).

    (riak muka husna. tmbh; tanpa teragak2 lagi) Husna menerima jawatan di Pejabat Jualan kereta Ford itu terletak di Sg Besi Kuala Lumpur itu. (yg pasti) kegembiraan (ini perlu) Husna dikongsi bersama keluarganya. (knp dikongsi, gmbarkan reaksi mereka, pendek2 je. tmbh; tak mengapalah jika) Husna bekerja di bahagian pendaftaran kereta baru itu selama 6 bulan sahaja sebelum dia diarah berpindah ke bahagian Bengkel Kereta Ford di Seksyen 19 Petaling Jaya. (tk mengapa jugalah jika) rasa sedih juga terpaksa meninggalkan kawan-kawan baru di bahagian Jualan itu kerana mereka semua sangat baik, peramah dan saling Bantu-membantu dalam apa jua pekerjaan. (rezeki ada di mana2. lagipun, bukankah) selama 6 bulan itu Husna telah belajar (dan menjadi begitu mahir dlm) selok belok peroses pengurusan pendaftaran kereta baru seperti menaip invois, tugas-tugas kerani am, mengemas-kini keterangan terperinci pelanggan-pelanggan ke dalam buku ‘Owner Manuals’ dan mengecop ‘Company Stamp’ di dalamnya?

    (alhamdulillah...! sesungguhnya,) Husna (juga) sangat gembira bekerja di tempat baru itu. Bertambah pula ‘staff’ di jabatan itu sangat peramah, bantu-membantu dan memberi bimbingan sepenuhnya pada Husna sebagai pekerja baru. (gmbarkan kegembiraannya secara puitis)

    (riak muka husna, tmbh; malah, apabila ada kesempatan,) Husna (akan) menulis lagi di diarinya “Berakhir sudah tahun 1985 tanpa ada peristiwa manis, melangkah pula tahun baru 1986. Aku seperti dulu juga…masih keseorangan. Masih kesepian. Masih diselubungi seribu penyesalan dan kehampaan. Ya Allah.. Tenangkanlah hati hambamu ini, tetapkan imanku, temukan aku jodoh yang baik dan beriman. Aku tetap bersyukur dan redha apa jua ketetapanmu.. Amin. Airmata (keharuan)nya mengalir jernih.

    Posted on November 7, 2011 6:40 PM

     
  54. Azmah Nordin Said,

    (Seperti biasa masa lapang dan sunyi di waktu malam Husna akan membaca apa jua majalah atau buku novel yang dibelinya buat teman berbicara. - ni tak perlu, tmbh; sekoyong2, (Husna terbaca - ni delete) nukilan hati seorang pembaca dalam sebuah majalah yang bertajuk ‘AKU dan SUARA’ yang (pernah dibaca dan) begitu menyentuh hatinya, (suatu ketika dahulu, menerpa ke dlm ingatannya semula). (Soal jawab tentang cinta…macam ada persamaan dengan perjalanan hidupnya. - ni tak perlu, delete)

    AKU: Mengapa aku mesti terus lara dalam bercinta? Kenapa aku tidak boleh hidup bahagia seperti pasangan kekasih yang lain?

    SUARA: Kerana kau belum bertemu dengan insan yang dapat mengabdikan cintanya yang murni buat dirimu. Selama ini, kau hanya dipertemukan dengan insan yang sekadar ingin mengenalimu, bukan hatimu.

    AKU: Mengapa kau berbisek begitu, wahai suara hatiku?

    SUARA: Kerana aku telah menjadi saksi pada segala peristiwa cinta yang kau lalui. Tidakkah kau lihat…betapa satu demi satu insan yang hadir dalam dirimu terlalu sayang padamu, tapi bila tiba masanya mereka pergi meninggalkan debu-debu cinta untuk nafasmu.

    AKU: Kenapa mereka mesti begitu padaku?

    SUARA: Kerana mereka belum dapat menerima kelahiran dirimu sebagai insan yang layak
    AKU: Lalu bagaimanakah harus aku mengakhiri sisa-sisa hidupku sebelum nafasku terhenti?

    SUARA: Ohhh…terlalu aib untuk aku menjawab persoalan itu. Tapi bersabarlah, Tuhan tidak pernah kejam pada hambaNya. Suatu hari, akan ditemukan kau kebahagiaan dengan cara lain.
    Sekalipun jika tidak sempat kau kecapi kebahagian yang kau ingini selama ini sewaktu di dunia, tapi jika ka uterus bersyukur atas nikmatNya dan bersabar menghadapi dugaanNya, insyaAllah di Akhirat jua akan diperhitungkan.
    AKU: Wahai sang SUARA…aku ingin bertanya lagi. Mengapakah terlalu ramai lelaki yang pernah menyayangi aku, tidak dapat menyintai aku hingga penghujungnya?

    SUARA: Kerana perjalanan liku-liku cinta tidak pernah mempunyai jalan penghujung. Seperti lautan tidak bertepi…seperti langit tidak bersipi.
    Kau harus menyedari akan kelahiran dirimu yang aib. Lagipun, setiap lelaki yang telah kau temui selama ini, bukanlah lelaki yang menyintai dirimu dengan setulus hatinya.
    Mereka tidak ikhlas menyintaimu, mereka tidak menyelami hatimu sepenuhnya. Mereka membelaimu hanya untuk seketika. Kau jua mempunyai keistimewaan membalut hati-hati mereka yang terluka.

    Lantas kau sekadar dianggap tempat berteduh di musim gerimis. Selepas gerimis berlalu, mereka pun meneruskan perjalanan mencari cinta yang baru.

    AKU: Lalu siapakah aku sebenarnya? Sampai bilakah harus aku begini?

    SUARA: Kau adalah seorang insan jua. Cuma keadaan semulajadimu yang luar biasa itu saja sukar untuk menentukan suasana normal hidup berkelamin.

    sitihajar, andainya nukilan ni mmg wujud dlm majalah yg anda pernah baca, lebih baik didelete je semuanya, sbb bimbang ia melanggar etika penerbitan. lagi satu, nukilan ini `berbau' nukilan hati seorang gadis remaja, sedangkan anda menghasilkan karya utk dewasa, jadi fikirkanlah k)

    Posted on November 7, 2011 6:57 PM

     
  55. Azmah Nordin Said,

    HANYA lelaki yang pengasih, penyayang dan benar-benar sanggup berkorban apa saja untuk dirimu, akan sanggup menerimamu seadanya dan dalam apa jua suasana tentangan yang dihadapi.

    AKU: Sudah kuduga dari dulu. Hanya kekuatan cinta dari seorang lelaki saja yang akan rela mengorbankan dirinya untuk cintaku. Dan aku akan terus menunggu kehadiran seorang insan lelaki seperti itu.

    Sekalipun di saat-saat aku akan menghembuskan nafas terakhir nanti, ingin sekali aku mendengar suara seorang lelaki membisik ke telingaku; “Aku ingin mengahwini hatimu”. Bagiku, biarpun bisikan itu terlalu lewat, namum cukup untuk menenangkan jiwaku ketika kembali ke alam baqa’.

    (sitihajar, yg kat atas ni juga masih berbau cinta remaja, jika boleh ditukar dan dikreatifkan menjadi perjuangan seorang wanita dewasa lebih menarik, fikirkan k)

    “2 keping kan… untuk apa salinan I/C ni?” Husna (‘curious’ - guna bahasa melayu je) nak tahu. Suatu pagi di awal bulan Oktober 1986, Hanafi salah seorang mekanik di tempat kerjanya meminta Husna membuat salinan kad pengenalannya. (bila ni?)

    “Hanafi kemalangan sikit tadi masa ‘test drive’ van baru tu…nak claim insuran”

    “Hanafi kemalangan…you ‘OK’ ke…tak luka mana-mana ke?…kalau you luka, lebih baik pergi klinik atau hospital dulu” kata-kata Husna cemas. Husna memandang keseluruhan tubuh Hanafi.

    “Tak adalah…Hanafi tak luka pun… Cuma lebam sikit di kaki kiri ini…Yang luka teruk tu Van baru tu…Hanafi terlanggar ‘divider’ jalanraya, tak perasan masa membelok tadi sebab hujan agak lebat”

    “Syukurlah Hanafi tak apa-apa” Husna mengakhiri perbualan dengan perasaan lega.
    Itulah pertemuan dan perbualan pertama setelah 7 bulan mereka bekerja di Bengkel itu. Hanafi Mustakim yang bekerja sebagai mekanik pembaikan kereta-kereta Ford itu berasal dari Terengganu. Anak tunggal kepada seorang ibu tunggal Puan Habibah Abdullah. Orangnya agak kacak, tidaklah tinggi sangat, berbudi-bahasa, baik hati dan disenangi oleh kawan-kawan di Bengkel kereta itu.

    Hari-hari yang berikutnya persahabatan Husna dan Hanafi menjadi lebih intim dan mesra. Tetapi apabila di pejabat dan di bengkel, mereka tidak menunjukkan keakraban dan kemesraan mereka. Sebaliknya mereka merasakan penumpuan kerja yang padu dan disiplin perlu ada untuk mempertingkatkan prestasi pekerjaan mereka masing-masing. Husna dan Hanafi tidak mahu mencampur-adukkan kisah peribadi mereka dengan tugasan mereka. Pada mulanya semasa Hanafi menyatakan hasrat nak berkawan lebih mesra, Husna masih teragak-agak dan bimbang takut kecundang sekali lagi. Hampir 2 tahun lebih Husna tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan lelaki sebagai teman. Tetapi disebabkan kejujuran, keikhlasan dan kesungguhan Hanafi ingin menjadikan dia teman wanitanya, Husna menerimanya dengan harapan impian mereka akan tercapai.

    "Husna... Husna… Husna" (suara) Hanafi memanggil Husna berkali-kali.

    "Hmmm...? lamunan Husna terhenti tiba-tiba. (dtn mata yg terkebil2) Husna segera menatap balik wajah Hanafi.

    Posted on November 7, 2011 7:03 PM

     
  56. Azmah Nordin Said,

    “Sudikah Husna menjadi bakal suri rumahtanggaku?” Hanafi bersuara setelah hampir 15 minit mereka berdiam sahaja sambil memerhatikan gelagat anak-anak kecil berlari-larian di padang Taman Bunga KL itu.

    “Tapi… Hanafi, kita baru kenal 6 bulan…benarkah apa yang Husna dengar ini?”(husna masih teragak2? gunakan perkataan rezeki di sini)

    “Benar… Hanafi sungguh-sungguh ni.” ucap Hanafi dengan serius dan jelas sambil memegang erat kedua-dua tangan Husna.

    Husna hanya tersenyum dan terharu atas ucapan ikhlas dari Hanafi yang menerimanya seadanya.
    (Husna masih ingat ungkapan ini – ni tak payah, delete)

    “Rezeki ada di mana-mana, jodoh pertemuan, ajal-maut ketentuan Allah SWT..Ada hikmah di sebalik semua ini” kata-kata ingatan Kapten Baharuddin, juruterbang bersara ‘pilot’ Syarikat Sri Kinabalu, (suatu ketika dahulu)

    Benarlah...rezeki ada di mana2, fikir husna. gmbarkan perasaan gembiranya, puitis) Husna tersenyum lagi. Airmata kegembiraan menitis ke pipi gebunya. Husna dan Hanafi beriringan tangan pulang dengan harapan impian mereka untuk bersatu sebagai suami-isteri menjadi kenyataan. InsyaAllah.
    ________________________________

    sitihajar, anda buat pembaikan buat kali kedua ini dan nanti saya lihat bagaimana.

    gigih terus k

    Posted on November 7, 2011 7:08 PM

     
  57. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Assalamualaikum Sifu Az, semoga Sifu Az segera sembuh dr demam. Sy baru je sampai dr kampong cuti raya. Maaf lambat reply sbb sy kat kg x dpt online. Terima kasih atas bimbingan & cadangan utk cerpen sy tu. Sy dah baca & fahamkan & akan olah semula mengikut tunjuk-ajar & ilmu2 Sifu yg sgt berharga tu. Sy juga dah baca post Sifu Az ttg 'Tunjuk, bukan Beritau'. Beri sy sedikit masa utk pembaikan buat kali kedua ini. Sy akan post kan secepat mungkin sebaik saja saya dah siap, InsyaAllah.

    Posted on November 9, 2011 2:39 AM

     
  58. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Assalamualaikum Sifu Az, saya dah buat pembetulan draf cerpen saya tu. Saya post kan di sini untuk penilaian & komen Sifu. Harap maklum.

    1. “Benarkah apa yang Husna dengar ini? Atau...aku bermimpikah?” bisek-bisik hati Husna, terkejut, lidahnya kelu untuk berkata-kata. Husna masih membisu, matanya dialihkan ke suatu penjuru kanannya seolah-olah memandang pada sekumpulan anak-anak yang asyik bermain. Sejujurnya Husna merasa malu untuk bertentang mata dengan Hanafi yang sabar menunggu jawapan darinya.

    Husna menghela nafas perlahan-perlahan seiring dengan belaian angin petang sepoi-sepoi bahasa itu. Sekali-sekala dia memperbetulkan butang lengan bajunya dan tudung labuci warna ungu. Mereka duduk di sebuah kerusi batu marmar taman rekreasi itu menghadap ke Tasik Perdana. Suasana di sekeliling tasik petang itu agak riuh dengan hilai-tawa anak-anak yang berlari-lari berkejar-kejaran. Husna turut tersenyum dan gembira sekali melihat gelagat anak-anak kecil itu. Tapi senyum-tawa itu buat seketika sahaja…
    Kelihatan di langit biru beberapa gumpalan awan hitam bergerak perlahan-lahan dibawa angin. Cuaca sedikit mendung..semendung hati Husna yang pernah dipermainkan oleh Zaffuan suatu masa dulu. Husna dan Zaffuan pernah datang ke sini bersama ibu saudara. Mereka berjalan seiringan menikmati keindahan taman bunga dan udara yang nyaman segar sekali. Disengajakan atau tidak disengajakan Zaffuan berjalan terlalu dekat sehingga mereka bergeselan sesama sendiri. Betapa Husna cuba menjauhkan diri darinya, sepantas kilat pula Zaffuan dapat bersaing beriringan semula dengannya. Merah padam muka Husna menahan malu dan marah. Ibu saudara Husna hanya tersenyum simpul melihat gelagat mereka berdua. Sepanjang perjalanan itu Zaffuan asyik menceritakan tentang perhubungannya dengan beberapa teman wanitanya. Husna hanya mendengarnya dengan acuh tak acuh saja. Tapi Zaffuan masih bercerita dengan megahnya. “Ah..aku mesti lupakan ini semua..” tekad Husna.
    Pasti hujan akan turun sebentar lagi. Hujan rahmat dari Allah Taala. Hanafi yang baru dikenalinya selama 6 bulan itu tidak pernah melukakan hatinya, sentiasa menjaga hatinya dan hanya membincangkan perihal mereka berdua dan keluarga masing-masing. Hanafi lebih bersikap jujur, bertanggung-jawab, perihatin, setia dan merancang masa depan untuk hidup bersama sebagai suami-isteri seandainya mereka ada jodoh. Semua itu tidak ada pada Zaffuan walaupun dia lebih kacak, tinggi dan berpendidikan tinggi. Betapa kebaikan dan pengorbanan yang pernah Husna lakukan untuk Zaffuan tapi Zaffuan seolah-olah tidak pernah menghargainya.
    Sekawan burung-burung kelihatan berkeliaran bebas di udara, Husna sama-sama merasakan kebebasan dirinya dari dibelenggu cinta yang tidak kesampaian bersama Zaffuan. Husna pasrah, tetap bersyukur. Allah telah membuka hatinya untuk seorang jejaka yang lebih mengasihi dirinya seadanya dan menyayanginya sepenuh hati. Sedetik itu, mata Husna dan Hanafi bertentangan. Hanafi seorang anak tunggal berasal dari Terengganu, berkulit sawo matang, tidak berapa tinggi, agak kacak juga, pandai mengambil hati dan mudah mesra dan bergaul dengan semua orang. Berbanding dengan Zaffuan, orangnya tinggi, agak kacak tapi megah, hanya mementingkan diri sendiri, tidak memahami dan menghormati perasaan Husna dan orang lain.

    Husna cuba menilai lelaki di hadapannya itu; “Ada kesungguhan di sinar matanya. Ada kejujuran di raut wajahnya. Ada ketulusan di dirinya..Pastikah aku?..Hanafi ini orang yang di tunggu-tunggu?”

    Posted on November 11, 2011 5:39 AM

     
  59. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    2. Sekilas itu juga Husna terus terbayang akan Zaffuan. Masih terasa akan kepahitan cinta dilukai oleh Zaffuan sepanjang perkenalan mereka 1973 semasa masih di alam persekolahan dan berakhir tahun 1983 . Takut juga cintanya dengan Hanafi tidak kesampaian. Zaffuan yang hanya suka mempermainkan perasaannya suatu ketika dulu. Apakah Hanafi sejujurnya mahu menerima diri Husna yang tidak cantik, dilahirkan sumbing, bersuara sengau, tidak berada, yang tidak sempurna dan serba kekurangan itu? Semua itu menjadi tanda-tanya.
    "Benarkah apa yang Husna dengar ni?" soalan ulangan itu berdesir lagi di cuping telinganya. “Sudikah Husna menjadi bakal suri rumahtanggaku?” pertanyaan Hanafi masih tak berjawab.
    “Rezeki ada di mana-mana, jodoh pertemuan, ajal-maut ketentuan Allah SWT..Ada hikmah di sebalik semua ini” kata-kata peringatan Kapten Baharuddin, juruterbang bersara ‘pilot’ syarikat menasihati rakan-rakan sepejabat yang dianggapnya seperti adik-adiknya sendiri (terngiang-ngiang kembali dalam ingatannya berulang-ulang kali).

    Husna masih membisu. Degup jantungnya bertambah kencang. Entah mengapa dengan tiba-tiba pula dia terkenang perjalanan hidupnya sebelum bertemu Hanafi. Tahun 1983 – 1985 semasa Husna bekerja di Syarikat Sri Kinabalu Jalan Yap Kwan Seng. Sebuah syarikat ‘Contruction’ yang mempunyai seramai 25 orang pekerja. Husna bekerja di jabatan Tender bersama-sama ‘staff’ yang lebih ‘senior’ Lilian, Siti Hawa, Shafian, Kamarul dan ‘Boss’ mereka Mr Raymond Wong. Mereka akan bekerja lebih masa sehingga ke malam sekiranya ada ‘Pembukaan Tender’ apa-apa projek dari pihak Kerajaan mahupun mana-mana Syarikat yang ‘established’. Etika kerja ‘Team-Work’ dan ‘No Stress’ terpahat di hati Husna dan mungkin juga di hati semua pekerja di situ.
    Aduh! Sesuatu yang tidak dapat diduga, setelah Husna bekerja hampir 2 ½ tahun, syarikat itu diistiharkan muflis kerana menanggung hutang yang banyak dan tidak mencapai matalamat menyelesaikan projek tender yang diberi Kerajaan pada masa yang ditentukan seperti dalam kontrak tender. Husna berasa amat sedih dan hampa. Dengan lain kata kontrak tender pembinaan bangunan dan landasan keretapi itu dibatalkan secara otomatik. Lebih menyedihkan lagi semua pekerja-pekerja terpaksa berhenti kerja dan ditawarkan duit pampasan. Husna tidak terkecuali, Husna dan rakan-rakannya terkejut dan terharu ketika menerima berita pemberhentian kerja secara tiba-tiba itu. Pada akhir bulan Julai 1985 segala urusan operasi Syarikat itu akan diberhentikan. Semua pekerja-pekerja merasa amat sedih dan kecewa kerana mereka akan kehilangan mata pencarian tapi terpaksa menerimanya dengan hati yang tabah. Mr Raymond Wong, pengurus mereka mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja atas usaha kerjasama mereka selama bekerja dengan Syarikat Sri Kinabalu. Dia juga memohon maaf bagi pihak Majikan dan memberi semangat agar semua pekerja tabah menghadapi situasi yang tidak dapat dielakkan itu. Tambahnya lagi mereka semua pasti dapat mencari pekerjaan baru memandangkan mereka semua berpengalaman. Katanya lagi, “Malaysia punya banyak syarikat-syarikat besar mahupun kecil yang memerlukan ramai pekerja-pekerja, berusahalah anda memohonnya”. Kelihatan wajah-wajah kawan-kawan sekaryawan dan Husna sendiri mengangguk-angguk tanda setuju dan ada juga yang menitiskan air-mata sebaik menerima taklimat dari pengurus mereka.
    “Rezeki ada di mana-mana, jodoh pertemuan, ajal-maut ketentuan Allah SWT..Ada hikmah di sebalik semua ini” kata-kata peringatan Kapten Baharuddin, juruterbang bersara ‘pilot’ syarikat menasihati rakan-rakan sepejabat yang dianggapnya seperti adik-adiknya sendiri.

    Posted on November 11, 2011 5:40 AM

     
  60. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    3. Perasaan sedih dan pilu mengelubungi semua warga kerja Syarikat Sri Kinabalu di hari terakhir mereka di premis bangunan syarikat itu. Husna memandang setiap penjuru bangunan syarikat sambil bersuara di dalam hatinya..”Tiada lagi kesibukan ketika menyediakan profile syarikat dan dokumen-dokumen tender di bilik Mesyuarat. Tiada lagi riuh-rendah, gurau-senda dan hilai- tawa kawan-kawan semasa minum pagi atau makan tengahhari di bilik makan. Tiada lagi suara mesra telefonis syarikat menjawab panggilan menggunakan system PABX. Semuanya tinggal kenangan kini”.
    Masing-masing bersalaman-salaman, bermaaf-maafan dan yang perempuannya berpeluk-pelukan sambil saling bertukar nombor talipon agar senang menghubungi sesama mereka. Buat kali terakhir mereka mengambil gambar bersama buat kenangan dalam album masing-masing. Sekali lagi Husna merasa kekosongan dan kesepian. Terus terkenang kawan-kawan yang sama-sama kehilangan kerja dan lebih-lebih lagi Zaffuan yang sepatutnya tidak perlu diingatkan lagi.
    Husna teringat sajak yang dikarangnya pada suatu malam.

    “ESUK MASIH ADA”

    Dalam aku melewati masa lalu
    Apakah telah tercapai segala cita
    Aku kesali…tikanya
    Onak duri yang aku sendiri ranjaui
    Tersilap langkah kaki yang ku bawa
    Aku terlalu khayal
    Dunia fantasi yang bernama cinta bila belum tiba masanya
    Aku terkapar sendiri – cuai dalam tujuan matalamatku yang suci
    Apakah ada esuk mentari menerangi hidupku
    Cinta yang diberi ku kira hanya lamunan mimpi
    Atau sewajarnya kau belum mengerti apa itu Cinta?
    Cinta suci persis pengorbanan
    Kerna kau telah mendustai
    Menodai
    Kesucian cinta yang seharusnya dibelai
    Dengan rasa kasih sayang dan pengertian
    ….Erti hidup dan mati
    Kasih dua insan yang berpadu
    Bukannya…kepuraan, pelepas hawa nafsu
    Sekiranya ia merupakan garisan perit
    Dalam hati ini namun….
    Kewibaanku
    Aku akan terus lalui
    Hutan belantara dunia hipokrit yang
    Penuh berduri dan beracun
    Api Kota yang ketandusan
    Imanku biar teguh
    Rintangi segala cabaran dan dugaan
    Sesungguhnya ingin ku perbaiki
    Secebis sisa-sisa yang masih ada
    Agar bisa ku capai jua
    Cita-cita suciku yang kian membara
    Moga Allah berkati
    Adanya ESUK bagiku.

    Posted on November 11, 2011 5:41 AM

     
  61. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    4. “Ya Allah, aku harus bangun dan sedar akan matalamat hidupku yang sebenar. Harus lupakan kisah pahit itu dan teruskan penghidupan untuk terus maju. Bukan menyesali apa yang terjadi. Semua ini adalah suratan dan ketentuanMu ya Allah. Aku kena tabah mengatasi dugaanMu ya Allah” doa Husna dalam sembahyangnya. Husna terus bersyukur pada Allah. Bersujud dan bertawakkal padaNya. Bila fikir tentang sepi, Husna rasa tentu ada orang yang lebih perit perjalanan hidupnya dari dia. Usia Husna menjangkau 26 tahun itu membolehkan dia berfikiran matang dan tidak lagi mahu putus asa. Hidup mesti diteruskan. Padanya Zaffuan sudah bahagia bersama pilihannya. Husna redha dan harus meneruskan kehidupannya dengan azam baru dan berwawasan.

    Sekelip lintasan menjelma segera, terbayang betapa peritnya detik-detik yang dilalui di sepanjang hampir 3 minggu Husna menganggur. Pengalaman yang sama juga suatu waktu dulu apabila dia baru tamat pengajiannya di Tingkatan 5. Pendaftaran diri Husna telah dibuat untuk menyambung pelajarannya di Tingkatan 6 memandangkan keputusan MCEnya hanya pangkat 3 tidak berpeluang untuknya mendapat tempat di university. Pembayaran jua telah dijelaskan. Bapa Husna telah bersiap-sedia untuk menghantarnya…tetapi satu batu penghalang telah mematahkan semangatnya walaupun pada hakikatnya itu adalah benar belaka. Baginya terlalu sukar untuk menerima. Malangnya Husna terpaksa menuruti teguran ibu-tirinya. Sedikit kesal. Kata-katanya memang benar menyedarkannya atas risiko yang akan dihadapinya.
    “Husna..apakah sudah nekad tujuanmu. Ibu bukan nak membunuh cita-citamu yang suci itu tapi fikirlah ekonomi rumah-tangga kita. Sedangkan kau bersekolah menengah dulu, kau mendapat peruntukan biasiswa dan bantuan buku-buku pinjaman. Seterusnya kau berdikari tanpa sesen pun wang abahmu keluar untuk membantumu. Kau sedia maklum abahmu punya anak yang ramai…dan kesempitan kewangan kadangkala dialaminya” hujah ibu-tiri Husna.

    Posted on November 11, 2011 5:43 AM

     
  62. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    5. Husna faham dan akur. Husna terpaksa mematahkan rancangan asalnya. Diminta bapanya menghantarnya ke Pejabat Kolej Yayasan Anda untuk memberitahu penarikan dirinya dengan alasan dia telah mendapat pekerjaan di Petaling Jaya. Hanya sebahagian dari wang pembayaran dikembalikan padanya.
    Hati Husna semakin hari semakin kosong dan terhimpit…tambahan pula abang sulong Husna sering merungut kerana dia masih tidak bekerja. Ekonomi rumah mereka kian meningkat. Husna tak sanggup menerima rungutan dan sindiran abangnya lantas dia mencari jalan keluar. Bila dia memohon kerja buat pertama kali di sebuah Kilang Elektronik Sungei Way tempat ibu saudaranya bekerja, dia bersyukur diterima bekerja sebagai operator utility dengan gaji permulaan hanyalah RM150.00 waktu itu. Tetapi berkat kerajinan dan keupayaan Husna, dia telah dinaikkan pangkat sebagai Quality Operator dan seterusnya bekerja sebagai kerani di dalam pejabat. Seterusnya Husna masih memohon jawatan yang lebih baik sehinggalah dia diterima masuk bekerja di Syarikat Sri Kinabalu pada tahun 1982. Sebelum itu Husna juga telah banyak menerima temuduga di Sektor-Sektor Kerajaan seperti Jabatan Ukur, Imigresen, Polis, Penyiaran Radio dan MAS tetapi tidak ada rezeki.
    Kini Husna mengganggur buat kali kedua selepas Syarikat Sri Kinabalu tutup. Husna telah memohon apa jua kerja kosong yang diiklankan dalam suratkabar semenjak awal bulan Julai lalu. Mujurlah pada awal bulan Ogos 1985, (“Rezeki ada di mana-mana..Alhamdulillah”) Husna telah mendapat satu temuduga di sebuah Syarikat Permotoran kereta Ford iaitu Ford Concessionaires Sdn Bhd. Selepas seminggu ditemuduga, Husna menerima panggilan talipon dari wakil Pejabat Pengurusan Ford Concessionaires menyatakan yang dia berjaya dalam temuduga dan diterima bekerja bermula 21hb Ogos 1985. Husna berasa amat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana diterima bekerja sebagai Kerani Am di bahagian Jualan kereta Ford walaupun jawatan yang sebenar diiklankan itu sepatutnya di Jabatan Bengkel Kereta. Apa-apa pun Husna bersedia di mana saja dia diarahkan bekerja kerana rezeki itu anugerah Allah Taala.

    “Rezeki ada di mana-mana, jodoh pertemuan, ajal-maut ketentuan Allah SWT..Ada hikmah di sebalik semua ini” kata-kata Kapten Baharuddin, juruterbang bersara ‘pilot’ syarikat menasihati rakan-rakan sepejabat yang dianggapnya seperti adik-adiknya sendiri itu, (terngiang--ngiang kembali dalam ingatannya).

    Husna menangis kegembiraan. Tanpa teragak-agak lagi Husna menerima jawatan di Pejabat Jualan kereta Ford itu terletak di Sg Besi Kuala Lumpur itu. Yang pasti kegembiraan ini perlu Husna kongsi bersama keluarganya. Ayah Husna gembira Husna telah dapat mengatasi dugaan Allah dan mendapat kerja baru. Husna disuruh balik dan tinggal di rumah pesaka di Setapak Garden supaya senang berulang-alik ke tempat kerja barunya. Sebelum itu Husna tinggal menyewa di Greenwood bersama beberapa kawan-kawan. Adik-adik Husna juga gembira kerana kakaknya masih boleh belikan apa-apa untuk mereka.

    Posted on November 11, 2011 5:44 AM

     
  63. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    6. Tak mengapalah jika Husna bekerja di bahagian pendaftaran kereta baru itu selama 6 bulan sahaja sebelum dia diarah berpindah ke bahagian Bengkel Kereta Ford di Seksyen 19 Petaling Jaya. Tak mengapa jugalah jika Husna bakal berasa sedih terpaksa meninggalkan kawan-kawan baru di bahagian Jualan itu kerana mereka semua sangat baik, peramah dan saling bantu-membantu dalam apa jua pekerjaan. Rezeki ada di mana-mana. Lagipun, bukankah selama 6 bulan itu Husna telah belajar dan menjadi begitu mahir dalam selok belok peroses pengurusan pendaftaran kereta baru seperti menaip invois, tugas-tugas kerani am, mengemas-kini keterangan terperinci pelanggan-pelanggan ke dalam buku ‘Owner Manuals’ dan mengecop ‘Company Stamp’ di dalamnya?

    Alhamdulillah...! Sesungguhnya Husna juga sangat gembira bekerja di tempat baru itu. Bertambah pula ‘staff’ di jabatan itu sangat peramah, bantu-membantu dan memberi bimbingan sepenuhnya pada Husna sebagai pekerja baru. Hati Husna bak bunga mawar yang sentiasa kembang setiap hari. Ceria, wangi, segar dan bersemangat hidup mekar. Bermulalah episod baru di suasana tempat kerja baru.

    “Hmmm apa aku nak tulis ye” berkerut dahi Husna sambil memikirkan sesuatu. Jam di dinding baru pukul 9.00 malam. Dia bersorangan di rumah. Adiknya telah keluar berjumpa kawannya. Biasanya apabila ada kesempatan Husna akan menulis luahan hatinya di diarinya. Malam itu penanya menulis lagi.
    “Berakhir sudah tahun 1985 tanpa ada peristiwa manis, melangkah pula tahun baru 1986. Aku seperti dulu juga…masih keseorangan. Masih kesepian. Masih diselubungi seribu penyesalan dan kehampaan. Ya Allah.. Tenangkanlah hati hambamu ini, tetapkan imanku, temukan aku jodoh yang baik dan beriman. Aku tetap bersyukur dan redha apa jua ketetapanMu.. Amin. Airmata keharuannya mengalir jernih.
    “2 keping kan… untuk apa salinan I/C ni?” Tanya Husna nak tahu. Suatu pagi pukul 9.30 di awal bulan Oktober 1986, Hanafi salah seorang mekanik di tempat kerjanya meminta Husna membuat salinan kad pengenalannya.

    “Hanafi kemalangan sikit tadi masa ‘test drive’ van baru tu…nak claim insuran”

    “Hanafi kemalangan…you ‘OK’ ke…tak luka mana-mana ke?…kalau you luka, lebih baik pergi klinik atau hospital dulu” kata-kata Husna cemas. Husna memandang keseluruhan tubuh Hanafi.

    “Tak adalah…Hanafi tak luka pun… Cuma lebam sikit di kaki kiri ini…Yang luka teruk tu Van baru tu…Hanafi terlanggar ‘divider’ jalanraya, tak perasan masa membelok tadi sebab hujan agak lebat”

    Posted on November 11, 2011 5:45 AM

     
  64. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    7. “Syukurlah Hanafi tak apa-apa” Husna mengakhiri perbualan dengan perasaan lega.
    Itulah pertemuan dan perbualan pertama setelah 7 bulan mereka bekerja di Bengkel itu. Hanafi Mustakim yang bekerja sebagai mekanik pembaikan kereta-kereta Ford itu berasal dari Terengganu. Anak tunggal kepada seorang ibu tunggal Puan Habibah Abdullah. Orangnya agak kacak, tidaklah tinggi sangat, berbudi-bahasa, baik hati dan disenangi oleh kawan-kawan di Bengkel kereta itu.

    Hari-hari yang berikutnya persahabatan Husna dan Hanafi menjadi lebih intim dan mesra. Tetapi apabila di pejabat dan di bengkel, mereka tidak menunjukkan keakraban dan kemesraan mereka. Sebaliknya mereka merasakan penumpuan kerja yang padu dan disiplin perlu ada untuk mempertingkatkan prestasi pekerjaan mereka masing-masing. Husna dan Hanafi tidak mahu mencampur-adukkan kisah peribadi mereka dengan tugasan mereka. Pada mulanya semasa Hanafi menyatakan hasrat nak berkawan lebih mesra, Husna masih teragak-agak dan bimbang takut kecundang sekali lagi. Hampir 2 tahun lebih Husna tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan lelaki sebagai teman. Tetapi disebabkan kejujuran, keikhlasan dan kesungguhan Hanafi ingin menjadikan dia teman wanitanya, Husna menerimanya dengan harapan impian mereka akan tercapai.

    "Husna... Husna… Husna" (suara) Hanafi memanggil Husna berkali-kali.

    "Hmmm...? lamunan Husna terhenti tiba-tiba. Dengan mata yang terkebil-kebil Husna segera menatap balik wajah Hanafi.
    “Sudikah Husna menjadi bakal suri rumahtanggaku?” Hanafi bersuara setelah hampir 15 minit mereka berdiam sahaja sambil memerhatikan gelagat anak-anak kecil berlari-larian di padang Taman Bunga KL itu.

    “Tapi… Hanafi, kita baru kenal 6 bulan…benarkah apa yang Husna dengar ini?” Husna masih teragak-agak? “Rezeki ada di mana-mana, jodoh pertemuan, ajal-maut ketentuan Allah SWT..Ada hikmah di sebalik semua ini” kata-kata itu lagi terngiang-ngiang di telinganya.
    “Benar… Hanafi sungguh-sungguh ni.” ucap Hanafi dengan serius dan jelas sambil memegang erat kedua-dua tangan Husna.
    “Tapi…Hanafi, kita belum cukup kenal…masih banyak kita perlu selami hati budi masing-masing...macam mana keluarga Hanafi…emak Hanafi dah tahu ke tentang kita?…apa…Hanafi dah tetap hati…Husna takut emak Hanafi mesti menentang…Husna ni kan tak sempurna, tak cantik, keluarga pun bukan orang senang…lagi Husna rasa mana ada orang Pantai Timur akan pilih orang luar jadi isteri atau suami…”
    “Eh…mengarutlah Husna ni…jodoh tu tak kira tempat dan keturunan, kan semua itu ketentuan Allah Taala, kalau kita ada jodoh, InsyaAllah kita akan bersatu juga…tentang Mak Hanafi, InsyaAllah Hanafi akan berbincang dan menyuarakan hasrat ini…percayalah pilihan Hanafi anak tunggalnya ini tak akan ditolaknya” kata-kata harapan dan doa Hanafi.
    “Husna, apa ada pada kecantikan…itu semua sementara dan luaran saja…bagi Hanafi, yang penting dalam sesuatu perhubungan itu ialah cinta yang tulus dan jujur, sehati-sejiwa, mengenali hati-budi, kasih-sayang, bertolak-ansur, saling maaf-memaafi dan mengerjakan perintah Allah Taala” tambah Hanafi lagi.

    Posted on November 11, 2011 5:46 AM

     
  65. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    8. “Bukannya apa Hanafi, Husna takut pisang berbuah dua kali. Husna takut kita tak dapat restu dari emak Hanafi. Husna lebih rela mengundur diri sekarang kalau tiada restu emak Hanafi…Maafkan Husna, itu semua kenangan lalu…kisah silam yang pedih…pengalaman pahit…Husna cuba lupakan dan tak mahu ianya berulang lagi”
    “Jangan risau…kita kena yakin…InsyaAllah cinta dan impian kita untuk bersama akan termakbul. Kita memohon dan berdoa pada Allah Taala. Husna, semua orang ada kenangan lalu, Hanafi juga tak terkecuali. Jangan dikenangkan sangat, itu semua dah berlalu…dah jadi sejarah. Ada hikmah disebalik kekecewaan percintaan itu…jangan serik bercinta…kalau cinta Husna yang dulu itu berjaya, tentu Husna tak dapat berjumpa Hanafi”
    “Benarlah...rezeki ada di mana-mana”, fikir Husna. Husna tidak mengeluarkan suara pun tapi mengangguk kesyahduan. Husna tersenyum lagi. Airmata kegembiraan menitis ke pipi gebunya. Hanafi pula melonjak kegembiraan dan menadahkan tangan tanda kesyukuran. Husna dan Hanafi beriringan tangan pulang dengan harapan impian mereka untuk bersatu sebagai suami-isteri menjadi kenyataan. InsyaAllah.

    Posted on November 11, 2011 5:47 AM

     
  66. Azmah Nordin Said,

    sitihajar :)

    saya dah baca pembaikan yg anda buat kat atas tu, dan sekarang kita boleh melihat betapa ia jauuuuuuuh lebih baik drpd sebelumnya kan? tahniah!

    cuma ada satu je pembaikan yg perlu ada buat;


    dr anda; “Rezeki ada di mana-mana, jodoh pertemuan, ajal-maut ketentuan Allah SWT..Ada hikmah di sebalik semua ini” kata-kata Kapten Baharuddin, juruterbang bersara ‘pilot’ syarikat menasihati rakan-rakan sepejabat yang dianggapnya seperti adik-adiknya sendiri itu, (terngiang--ngiang kembali dalam ingatannya).

    sepatutnya tanpa sebarang kurungan begini;

    “Rezeki ada di mana-mana, jodoh pertemuan, ajal-maut ketentuan Allah SWT..Ada hikmah di sebalik semua ini” kata-kata Kapten Baharuddin, juruterbang bersara ‘pilot’ syarikat menasihati rakan-rakan sepejabat yang dianggapnya seperti adik-adiknya sendiri itu, terngiang--ngiang kembali dalam ingatannya.

    sitihajar, sekarang anda dah boleh hantar ke Majalah Wanita, boleh minta bantuan aini ttg cara menghantar ke sana. andainya cerpen ini melebihi 8 - 9 ms, font arial 11 dan double spacing di dokumen komputer anda, pilihlah yg mana2 yg tak begitu menyumbang kpd kekuatan cerpen anda. jika trlalu panjang, pihak penerbit akan menghadapi masalah menerbitkan karya anda nanti.

    cari judul yg menarik dan penuh suspen, antara 1 - 3 perkataan saja yg cantik.

    selepas menyiapkan cerpen ini, anda ada dua lagi buat cerpen utk dihasilkan di blog sastera ini, dan sebuah novel. andai anda berminat nak menghasilkannya di blog tertutup, beritau saja.

    gigih terus k

    Posted on November 11, 2011 6:27 PM

     
  67. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Assalamualaikum Sifu Az, terima kasih atas bimbingan & tunjuk-ajar yg sgt berharga & tak ternilai ni. Tanpa ini semua, tak mungkin sy dpt jd lebih baik dlm bidang penulisan ini. Semoga Allah mengurniakan rezeki yg melimpah-ruah utk Sifu Az & Sis Aini juga. Saya akan minta bantuan Sis Aini ttg cara hantar cerpen tu ke Majalah Wanita. InsyaAllah saya akan post kan 2 lg cerpen utk Sifu analisakan, boleh ke? Psl Novel tu, kalau sy hantar di Blog tertutup, harap beritahu saya lebih lanjut mengenainya. Terima kasih.

    Posted on November 12, 2011 10:18 AM

     
  68. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Sifu Az, psl tajuk cerpen saya tu..boleh ke saya gunakan tajuk asal saya "Memori Cinta" atau Sifu Az ada cadangan lain utk saya.

    Posted on November 12, 2011 10:41 AM

     
  69. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Ooh..maaf..Sifu Az kata tajuk suspen kan..Ok, kalau sy bubuh tajuk "Berakhirnya sebuah impian" or "Masih ada Esuk untukku" or "Begitu sudah suratan" or "Cinta Suci Bersemi"..harap komen ye. Terima kasih.

    Posted on November 12, 2011 11:23 AM

     
  70. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Atau tajuk ini "Ada Hikmah Disebaliknya"

    Posted on November 12, 2011 11:30 AM

     
  71. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    Assalammualaikum Siti Hajar,
    Tentang judul yang suspen seeloknya, satu atau dua patah perkataan; saya rasa, 'hikmah'lebih sesuai berbanding yg lain2. jika 'ada hikmah di sebaliknya',ia merupakan ayat penyata yg memberi tahu isi yg terkandung. jika ambil judul 'hikmah',bagi yg menatapnya tentu tertarik utk membaca trus...hikmah apa?

    Siti Hajar, anda send attach fail utk cerpen itu ke alamat email berikut dgn surat iringannya...

    nuri@karangkraf.com

    *sample surat iringan;
    (alamat anda n tarikh surat dihantar)

    Editor
    Mingguan Wanita (U/P: Puan Nuri Supian)


    Assalamualaikum Puan Nuri Supian,

    Bersama ini saya sertakan cerpen berjudul (..) untuk disiarkan di Majalah Mingguan Wanita, mengikut pertimbangan Puan. Untuk makluman Puan, cerpen ini merupakan cerpen pertama saya di bawah bimbingan sifu Azmah Nordin di dalam blog sastera milik beliau. Sukacita saya menghantarnya kepada penerbitan Majalah Mingguan Wanita, dengan harapan mendapat perhatian pihak Puan.

    Berasa-sama ini saya sertakan attachment bagi cerpen (judul). Jasa baik Puan dalam mempertimbangkan cerpen ini sangat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

    Sekian, terima kasih.
    Wassalam.

    Yang benar,
    (Siti Hajar Othman)
    K/P: (..)
    Tel. bimbit (..)

    Posted on November 12, 2011 1:33 PM

     
  72. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Dear Sis Aini, email ni nak buat c.c. Sifu Az & Aini ke? Harap beritahu sy email add utk Sifu Az & Aini juga. Terima kasih.

    Posted on November 12, 2011 3:28 PM

     
  73. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Assalamualaikum Dear Sifu Az & Aini, saya dah email cerpen saya tu ke Editor Majalah Mingguan Wanita. Saya guna judul "Hikmah". Terima kasih Sifu Az & Aini. Selepas ni boleh ke saya post kan cerpen ke2 dlm thread ini. Harap advise.

    Posted on November 12, 2011 5:04 PM

     
  74. Azmah Nordin Said,

    (aini :) terima kasih, `Hikmah', sebuah judul yg sgt2 baik)

    sitihajar :)

    utk cerpen kedua, anda perlu menghasilkan sesuatu yg jauh lebih baik drpd sebelumnya. utk itu, tiada lagi kisah cinta yg wajar diketengahkan, sebaliknya anda perlu angkat mertabat/perjuangan murni dan hebat watak utama wanita dlm karya anda. ini membolehkan anda mengangkat kerjaya dan istilah2nya ke dlm karya anda, ini penting utk mempastikan karya anda tidak kosong sifatnya.

    utk itu, persoalan cerpen anda yg kedua kelak, bukan lagi berkisar pada kisah percintaan atau perkahwinan, sebaliknya sesuatu yg lebih besar dan luas, yg memerlukan watak bergelut dgn dlm kerjayanya, berjuang antara hidup dan mati, misalnya sdg sakit penyakit kronik gitu, atau berjuang utk org lain yg teraniaya hidupnya, dll. jika disebut teraniaya, bermakna bukan penganiayaan dlm kisah cinta lagi, sebaliknya dr sudut kemanusiaan.

    jadi, fikirkan dulu ttg sebuah kisah yg menggemparkan yg boleh kita angkat sebagai cerpen bermutu tinggi. nanti bila sudah dpt idea, postkan di diskusi cerpen itu utk diteliti oleh sdr aini kita.

    gigih terus k

    Posted on November 13, 2011 2:11 PM

     
  75. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Assalamualaikum Sifu, terima kasih kerana memberi saya peluang lg utk menulis & memuatkan dlm Blog Sastera bimbing Sifu Az & Sis Aini.

    Ttg cerpen ke2 tu yg melibatkan pengorbanan..boleh ke sy nak ceritakan berkenaan seorg ibu yg mempunyai 7 org anak berkorban utk kebahagian & kejayaan anak2nya dlm pelajaran. Dia yg berpenyakit bengkak hati tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorg ibu, isteri & penasihat bagi kebaikan anak2nya & ekonomi rumahtangga walaupun masanya terlalu terhad utk mencapai semuanya kerana dia bakal meninggal dunia akibat penyakitnya.

    Harap beritahu sy kalau boleh sy tulis cerpen mengenai kisah ini.

    Terima kasih Sifu2.

    Posted on November 14, 2011 9:06 AM

     
  76. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    Wa'alaikum salam siti hajar,

    ttg cerita yg anda sebut itu, pd pandangan saya ia sungguh bagus. angkat wanita dewasa yg brpenyakit itu sebagai watak utama. nanti sifu akn tunjuk cara mengolahnya. perlu siti buat kajian berkaitan penyakit bengkak hati itu utk diserap masuk ke dlm cerpen anda. pertama sekali, sediakan sinopsisnya utk sy lihat,k.
    gigih n tekun terus, siti hajar; anda perlu stamina jiwa utk mnggarap karya bermutu, tapi berbaloi!

    Posted on November 14, 2011 11:01 AM

     
  77. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Salam Sis Aini, terima kasih atas komen & saranan utk cerpen ke2 saya tu. InsyaAllah, saya akan buat kajian ttg penyakit bengkak hati tu..terus terang kisah ni kisah benar family Siti. Cuma punca Ibu meninggal, beliau kena demam kuning yg kuat & hempedunya pecah pd usianya 36 tahun. Selalu keluar masuk hospital. Nanti saya akan buat Sipnosis cerpen ni. Beri sy sedikit waktunya. So, apa pendapat Sis Aini, sy kena tulis penyakit demam kuning or bengkak hati utk penyakit kronik tu. Terima kasih.

    Posted on November 14, 2011 12:12 PM

     
  78. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    siti hajar,
    saya tahu serba sedikit melalui pembacaan ttg penyakit yg anda sebutkan itu, kerana salah satu novel saya jg berkisar ttg penyakit hepatitis B;ia berkenaan seorg remaja yg disahkan sebagai hepatitis b carrier, seorg pelajar pra-perubatan.

    mmg bagus sgt anda memilih isu ini utk diangkat menjadi novel dewasa. ttg penyakit itu, sebaiknya anda sebut seperti yg doktor shahkan dlm laporan kesihatan si sakit, mesti logik n tepat. disebabkan ia novel dewasa,mesti ada istilah2 perubatan yang berkaitan dgn penyakit ini. juga dijelaskan di sudut rawatan yg dilakukan juga. apa2 pun pendetailan dlm pngolahan akn sifu tunjukkan kemudian.

    siti hajar ambillah seminggu ini masa mengkaji, membaca n menyediakan sinopsis. novel dewasa perlu pengamatan mendalam.(penting juga, anda cuba cari novel dewasa yg dbp terbitkan, bacalah dgn teliti utk memahami bagaimana ia diolah. juga baca koleksi puisi dlm mana2 majalah dbp yg sedia tersimpan, supaya terbina keindahan bahasa yg puitis sepanjang berkarya kelak...)

    Posted on November 14, 2011 2:36 PM

     
  79. Noraini Eslah (Ummu Anas) Said,

    siti hajar,
    maaf sgt2...wah!begitu sgt sy fokus mikir2 novel dewasa yn akn sy olah tidak lama lg...sehingga trbawa2 dlm komen utk sinopsis cerpen anda sebenarnya...hehe.

    sebenarnya sama saja pendekatan utk novel n cerpen, cuma cerpen agak terhad bilangan watak dan babaknya. hrp maklum.

    Posted on November 14, 2011 3:55 PM

     
  80. Azmah Nordin Said,

    aini :) terima kasih


    sitihajar :)

    boleh saja angkat ttg seorang pengorbanan seorang ibu. sekarang, di samping perkongsian ilmu dan pengalaman aini, ini yg perlu anda tambah fikirkan;

    1. apakah dia ibu tunggal? fikirkan bagaimana cara dia membesarkan anak2nya, ada kerjaya? berniaga? dll

    2. dlm membesarkan anak2nya, pasti ada rintangan besar/dahsyat yg menjadi membuatkan perasaannya membengkak dlm hatinya (di sini anda perlu gunakan perkataan`bengkak hati' sebagai simbol) satu je isunya yg perlu dipilih utk dibandingkan dgn masalah kesihatan dia sekarang.

    3. penamat harus positif - ajal maut tngan Tuhan, mungkin doktor kata dia akan mati dlm masa tiga bulan, tp tiga tahun kemudian dia masih bergerak aktif oleh kegigihan dan semangat juangnya yg tak pernah padam, biar apa pun.

    4. seperti biasa, fikirkan di mana letaknya 3/4 (atau 90 - 99 peratus) drpd keseluruhan cerita anda, dan pastikan intronya mewikili yg 3/4 (90 - 99 peratus) drpd keseluruhan cerita itu. lebih kurang mcm cerpen Hikmah anda tu juga.

    5. masuk sepenuhnya dlm jiwa watak utama dan melihat segalanya dri sudut pandangan matanya.


    anda buat dulu yg ini, nanti saya lihat bagaimana.

    Posted on November 14, 2011 7:58 PM

     
  81. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Salam Sifu Az & Sis Aini..Salam Maall Hijrah 1433H..Syukur Alhamdulillah, sy dpt online semula start hari ni..anak sy dh belikan lap top baru gantikan yg lama rosak tu..InsyaAllah saya akan post kan Sipnosis cerpen ke 2 ini secepat mungkin. Terima kasih atas cadangan2 & panduan2 yg Sifu Az & Aini berikan pd saya.

    Posted on November 27, 2011 12:18 PM

     
  82. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Assalamualaikum Sifu Az & Sis Aini, minta maaf lambat 'post' Sipnosis Cerpen ke 2 saya ini. Hari ini saya ingin memuat masuk dlm kotak 'Post a Comment' ini. Cuma tajuknya perlu diubah kemudian. Harap maklum.


    SIPNOSIS – CERPEN KASIH IBU

    Humaira Salleh dilahirkan pada tahun 1934. Bersekolah setakat sekolah rendah sahaja. Setelah tamat darjah enam, Humaira dan kakaknya bekerja menorah getah di kebun keluarganya di Kg Lintah, Slim Village Perak. Pada usianya 15 tahun (1949) Humaira telah mendirikan rumahtangga dengan seorang anggota Polis bernama Othman Leman atas dasar suka sama suka. Sebagai seorang Polis Kawad, Othman sering berpindah-randah atas arahan Ibu Pejabat Polis apabila khidmatnya diperlukan. Pernah tinggal di Kampar, Bidor, Sungkai, Tapah sebelum destinasi terakhirnya dipindahkan ke Kuala Lumpur pada awal tahun 1966. Humaira sekeluarga pun berhijrah ke Kuala Lumpur menaiki keretapi.
    Humaira seorang surirumahtangga sepenuh masa. Hasil perkahwinannya mereka dikurniakan 8 orang anak, 7 lelaki dan seorang sahaja perempuan tetapi anak yang ke 4 telah meninggal dunia semasa kecil akibat demam panas. Humaira mengasihi kesemua anak-anaknya dan tidak pernah pilih kasih. Semua pekerjaan rumah, makan-minum, pakaian dan sebagainya diuruskan sendiri olehnya. Baginya dia bertanggung-jawab membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang, cukup makan-minum dan mendidik anak-anaknya supaya mengerjakan perintah Allah, bersembahyang, mengaji Quran serta bersekolah. Humaira memahami suaminya kena bekerja kuat mencari nafkah untuk mereka sekeluarga. Humaira sentiasa mendoakan kejayaan anak-anaknya supaya mereka berjaya dalam pelajaran masing-masing dan dapat berdikari serta mendapat pekerjaan yang baik bila tamat persekolahan mereka.

    Posted on December 6, 2011 4:54 AM

     
  83. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Pada suatu ketika anak perempuannya Husna mendapat peluang menyambungkan persekolahannya ke Sekolah Menengah Penghantaran Bahasa Inggeris oleh pihak Sekolah Rendahnya. Bapa Husna tidak bersetuju kerana katanya anak perempuan tidak perlu bersekolah tinggi kerana akhirnya tempat dia hanya di dapur juga. Humaira tidak setuju sekali lalu memujuk suaminya membenarkan Husna menerima tawaran Sekolahnya itu. Bertambah pula Husna akan menerima biasiswa kewangan untuk sepanjang persekolahan hingga ke Tingkatan 5. Humaira tidak mahu dan rela anak-anaknya lebih-lebih lagi yang seorang perempuan itu mengikut jejaknya hanya bersekolah tahaf sekolah rendah sahaja.
    Menjelang usianya 36 tahun, Humaira sering sakit-sakit dan demam. Namun begitu Humaira tidak pernah merungut atau merintih mahupun pergi ke klinik atau hospital. Seboleh-bolehnya dia tidak pernah menunjukkan kesakitannya pada suami dan anak-anaknya. Pernah dalam Humaira kesakitan, dia masih dapat menyiapkan baju gaun yang diminta Husna menjahitkannya untuk dipakai ke sekolah pada hari Sabtu. Husna berasa malu memakai baju-baju yang sama berulang kali sedangkan kawan-kawannya semua selalu bertukar-tukar fesyen baju bila datang untuk aktiviti sekolah pada setiap hari Sabtu.

    Posted on December 6, 2011 4:55 AM

     
  84. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Suatu hari ketika Humaira sedang menyapu halaman rumah sewa mereka, dia berasa amat pening lalu terjatuh pengsan di tepi longkang. Mujurlah ada jirannya yang ternampak akan kejadian itu dan segera memberi pertolongan. Suaminya diberitahu dan Humaira di bawa ke Hospital. Setelah menjalani pemereksaan, doktor mengesahkan Humaira menghidap penyakit Bengkak Hati.

    Tahun yang berikutnya Humaira sering keluar masuk Hospital sehinggalah Humaira menghembuskan nafasnya pada 4hb Oktober 1971 ketika umurnya 37 tahun. Suami dan anak-anak Humaira amat sedih dengan pemergian isteri/ibu mereka. Pengorbanan dan kasih sayang Humaira terhadap keluarganya sentiasa dikenang sepanjang hayat mereka.

    Posted on December 6, 2011 4:56 AM

     
  85. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Suatu hari ketika Humaira sedang menyapu halaman rumah sewa mereka, dia berasa amat pening lalu terjatuh pengsan di tepi longkang. Mujurlah ada jirannya yang ternampak akan kejadian itu dan segera memberi pertolongan. Suaminya diberitahu dan Humaira di bawa ke Hospital. Setelah menjalani pemereksaan, doktor mengesahkan Humaira menghidap penyakit Bengkak Hati.
    Tahun yang berikutnya Humaira sering keluar masuk Hospital sehinggalah Humaira menghembuskan nafasnya pada 4hb Oktober 1971 ketika umurnya 37 tahun. Suami dan anak-anak Humaira amat sedih dengan pemergian isteri/ibu mereka. Pengorbanan dan kasih sayang Humaira terhadap keluarganya sentiasa dikenang sepanjang hayat mereka.

    Posted on December 6, 2011 4:57 AM

     
  86. Azmah Nordin Said,

    sitihajar :)

    saya dah baca sinopsis anda kat atas tu, jadi, utk menjadikannya cerpen, anda perlu fikirkan ini;

    1. watak utama mestilah yg masih hidup sbb kita nak cerita dr sudut pandangan dia kan, bermakna husna

    2. perlu diwujudkan konflin di antara husna dan ibunya (sbb cerita tanpa konflik/isu yg boleh buat husna bengkak perasaan di hatinya) tidak boleh dijadikan cerpen. di sini anda boleh wujudkan keinsafan di hati husna, skaligus bertekad utk menjadi lebih baik demi ibu.

    3. apabila menulis cerpen, anda tak perlu sebut tarikh, cukup jika sekadar menyebut sebagai suatu ketika dahulu, dll

    4. oleh krn husna seorang pelajar cemerlang, pilih satu mata pelajaran yg dikuasainya, istilah2, gmbarkan apa masalah yg trpaksa dihadapi dlm mata pelajaran tu - bandingkan dgn masalah dia dgn ibunya

    5. semua kisah pengalaman hidup silam ibu hny perlu disebut sedikit2 saja, yg penting adalah kisah hubungan antara husna dgn ibunya.

    6. kisah perlu bermula ketika ibunya berada di ambang maut, istilah2 perubatan. dan kisah ibunya jatuh di tepi longkang itu adalah flashback, gmbarkan seluruh gelojak perasaan husna. mungkin, ibunya jatuh tu, ketika baru lepas bertengkar dgn husna, dll

    7. kisah boleh berakhir semasa mereka menghantar jenazah ke tanah perkuburan, nanti kita lihat bagaimana perkembangan ceritanya.

    itu je dulu sitihajar, gigih terus k

    Posted on December 6, 2011 6:58 PM

     
  87. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Assalamualaikum Sifu Az..terima kasih atas cadangan & panduan2 lanjut utk saya mengarang cerpen ke2 ini..InsyaAllah saya akan segera menulisnya & 'post' kan secepat mungkin. Terima kasih sekali lagi.

    Posted on December 8, 2011 9:22 PM

     
  88. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Assalamualaikum Sifu Az,saya nak 'post' kan Cerpen ke2 saya di sini. Harap mendapat komen & bimbingan dari Sifu Az. Terima kasih.


    CERPEN: KASIH HUMAIRA

    1. Sepanjang malam Husna tak dapat tidur. Dia teringat saat-saat manis ketika ibu kandungnya arwah Humaira Salleh masih hidup. Husna satu-satunya anak perempuan yang amat disayangi dan dimanjai oleh ibunya. Semua kerja rumah ibunya yang buat, Husna cuma tolong basuh pinggan dan menyapu sampah. Ibu selalu menyuruhnya belajar dengan tekun dan memberi sepenuh semangat untuk Husna berjaya dalam hidupnya.

    Tapi ada kekesalan di hati Husna kerana membiarkan ibunya bertungkus lumus mengerjakan kerja-kerja rumah yang banyak sendirian dan mengelolakan seramai 6 orang anak-anak lelaki, seorang perempuan serta suami juga. Semasa umurnya 11 tahun dalam darjah 5, Husna perlu mengambil kelas tambahan di sekolahnya tiap-tiap hari Sabtu. Semua murid-murid akan datang ke kelas itu dibenarkan berpakaian biasa tanpa ‘uniform’ sekolah. Pakaian-pakaian mereka selalunya cantik-cantik dan mahal-mahal belaka. Husna malu juga kerana asyik pakai baju yang sama dan agak lusuh tiap kali ke sana. Dia merenget pada ibunya dan berharap dapat pakai sesuatu yang baru. Ibunya pun menjahitkan satu baju gaun batik berbunga ros warna merah darah untuknya. Ada tali dipinggangnya untuk diikat buat reben. Setelah siap Husna mencuba memakainya dan melihat dirinya di depan cermin besar. Husna terlalu gembira, bangga dan mencium ibunya tanda sayang yang tak terhingga. “Terima kasih Mak, I love you…Husna akan belajar lebih tekun lagi” Husna memeluk ibunya kemas. Husna teruja sekali untuk memakainya pada hari Sabtu depan. Dipadankan dengan memakai sepatu hitam pemberian kakak angkatnya Hanum Wee Abdullah seorang muaalaf yang tinggal berdekatan rumah mereka. Kak Hanum berbangsa cina berkahwin dengan Abang Faisal mempunyai seorang anak perempuan kecil. Husna selalu juga bertandang ke rumah mereka untuk bermain dengan anak perempuan mereka yang comel.

    Posted on December 9, 2011 10:35 AM

     
  89. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    2. “Cantik baju Husna” tegur Cikgu Norhayati pada Husna pagi Sabtu itu.
    “Oh…Terima kasih Cikgu…Mak saya yang jahit sendiri”
    “Tapi kata mak Husna sakit, betul ke?” soal Cikgu Norhayati lagi.
    “Benar tapi sekarang dah agak sembuh…mak perlu pergi ke hospital tiap-tiap bulan”

    Selama hampir 2 tahun itu Mak Husna selalu berulang-alik ke hospital. Dia selalu pening-pening dan muntah-muntah. Bapa Husna yang akan menghantarnya ke sana. Pada suatu hari di akhir bulan September 1971, Ibu Husna dimasukkan ke wad di Hospital Besar Kuala Lumpur. Ibu Husna telah jatuh pengsan semasa sedang menyapu sampah-sampah yang terperangkap di dalam longkang berdekatan rumah sewa mereka. Tiap-tiap hari waktu petang Husna akan menziarahi ibunya di hospital. Doktor yang merawatnya mengesahkan ibu Husna sakit bengkak hati dan demam kuning. Husna mula merasakan dia bersalah membiarkan ibunya terusan menguruskan rumah-tangga tanpa membantunya dengan lebih banyak.

    Posted on December 9, 2011 10:36 AM

     
  90. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    3. Pada tanggal 1hb Oktober 1971, Husna sedang menyuap makanan pada ibunya sambil berbual-bual mesra. Adik-beradiknya yang lain ada bersama.
    “Mak, boleh tak esok Husna pergi mewakili sekolah ke jemputan jamuan Hari Kanak-Kanak Sedunia di salah sebuah rumah Menteri Kerajaan kita” Husna meminta izin. Husna adalah salah seorang dari 2 orang pelajar yang dipilih oleh Guru Besarnya untuk mewakili Sekolah Kebangsaan Dato Keramat 2 bersama beratus-ratus wakil pelajar dari Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah seluruh Malaysia. Husna berasa bangga dan teruja.
    “Pergilah…tak apa…Abah kan ada selalu…pergilah!” ibunya membenarkan.
    “Tapi…Husna tak dapat tengok mak di sini esok”
    “Tak apa….Mak OK saja…pergilah” Mak Husna memujuk sambil membelai rambut Husna.
    “Tapi!!”
    “Tak apa…tapi ingat ye tolong sediakan makan minum Abah dan adik-beradik lain bila Husna ada masa. Jangan lupa belajar ye” pesan ibunya.
    “Mak jangan bimbang…Husna akan buat semua kerja rumah. Jangan lupa makan ubat dan semoga mak cepat sembuh” Husna memeluk erat sambil mencium ibunya dan berjanji akan datang keesokkan harinya.

    Semasa Humaira berehat petang itu ditemani suaminya, Humaira tersenyum dan bersyukur kerana dapat menyakinkan suaminya membenarkan Husna terus belajar ke peringkat Sekolah Menengah. Pada suatu ketika Husna mendapat peluang menyambungkan persekolahannya ke Sekolah Menengah Penghantaran Bahasa Inggeris oleh pihak Sekolah Rendahnya. Husna seorang pelajar yang paling pintar di sekolahnya dan sering mendapat tempat pertama dalam setiap peperiksaan akhir kesemua kelas-kelas yang didudukinya. Keistimewaan Husna ialah dia boleh bertutur dan memahami Bahasa Inggeris dengan fasih. Malah dalam usianya 12 tahun itu dia boleh memterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dengan lancar dan betul.

    Posted on December 9, 2011 10:37 AM

     
  91. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    4. Pada mulanya bapa Husna tidak bersetuju kerana anak perempuan tidak perlu bersekolah tinggi kerana akhirnya tempat dia hanya di dapur juga. Humaira tidak setuju sekali lalu memujuk suaminya membenarkan Husna menerima tawaran Sekolahnya itu. Bertambah pula Husna akan menerima biasiswa kewangan untuk sepanjang persekolahan hingga ke Tingkatan 5. Humaira tidak mahu dan rela anak-anaknya lebih-lebih lagi yang seorang perempuan itu mengikut jejaknya hanya bersekolah tahaf sekolah rendah sahaja. Humaira tidak pernah berpeluang melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah. Setelah tamat Darjah Enam, ibu Husna dan kakaknya bekerja sebagai penoreh getah di kebun keluarga mereka di Slim Village sehinggalah dia dilamar bapa Husna ketika usia ibunya 15 tahun. Humaira seterusnya menjadi surirumah-tangga sepenuh masa dan mengikut suaminya Pak Othman seorang Polis Kawad ke mana sahaja dia diarahkan pindah tempat bekerja.

    Humaira seboleh-boleh tidak mahu Husna yang dilahirkan kurang sempurna dari abang-abang dan adik-adiknya merasa tersisih atau terpinggir jika dia diberhentikan sekolah setakat sekolah rendah. Sekilas itu Humaira teringat suatu ketika menceritakan pada Husna semasa dia mengandungkan Husna. Tatkala itu Humaira dan suaminya berada di kebun berdekatan rumah mereka di Tapah. Suaminya sedang mengail ikan di sebuah mata air di situ. Tiba-tiba joran kail kecilnya seperti ditarik-tarik sesuatu. Apabila suaminya cuba mengangkatnya ke atas, Humaira ternampak kura-kura kecil menghempas pulas hendak melepaskan dirinya dan mulutnya tersangkut di mata kail. Suaminya cuba melepaskannya dengan menggoncang-goncangkan kailnya dan kura-kura itu pun terlepas tetapi mulutnya telah terkoyak sedikit dan berdarah. Kura-kura itu terus masuk ke dalam mata air dan tidak timbul-timbul lagi.
    “Kesian kura-kura tu, ya Abang. Entahlah, kata orang kalau kita mengandung…jangan menganiaya haiwan, nanti tentu ada musibah terjadi” Humaira meluahkan kebimbangannya. Humaira semasa itu mengandungkan Husna 7 bulan.
    “Tetapi kita tidak sengaja pun..secara kebetulan kura-kura itu terkena kail kita” Pak Othman menenangkan isterinya.

    Apabila Husna dilahirkan sumbing di bibirnya, Humaira percaya ini semua sudah takdir Allah Taala. Humaira dan Pak Othman menerimanya dengan hati yang tabah dan reda segalanya

    Posted on December 9, 2011 10:38 AM

     
  92. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    5. Seperti janjinya, keesokkan hari selepas sekolah Husna terus bergegas ke hospital untuk menemui ibunya. Terpandang ibunya di katil dan bapanya yang agak cemas, Husna tertanya-tanya.
    “Kenapa Abah…Mak macam mana?”
    “Entahlah Husna…Mak dah tak boleh cakap lagi…Mak mu kena kancing gigi…” bapanya memberitahu.
    Husna memeluk erat sambil memanggil-manggil lembut ibunya. Benar ibunya tak boleh buka mulut untuk berkata-kata. Kaki-kakinya kelihatan amat bengkak. Ibunya tak boleh bangun. Husna menangis agak kuat. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Wajah ibu amat pucat dan lesi. Tapi ketabahan hati ibu yang menanggung seksa sakitnya, ibu masih cuba menggerakkan tangannya membelai-belai rambut Husna yang panjang sambil memberi bahasa isyarat seakan-akan memujuk Husna berhenti menangis. Husna tak sanggup melihat ibunya lantas dia lari keluar wad ke beranda hospital. Tangisannya lagi kuat. Kesal hatinya tak dapat menemani ibunya semalam.

    Bapa Husna, Pak Othman membiarkan Husna menangis sendirian. Dia pasti Husna akan dapat mengawal kesedihan sebentar lagi. Bagi Pak Othman, dia telah maklum akan masalah yang bakal dihadapi oleh isterinya. Sejak awal Humaira disahkan mengidap bengkak hati, doktor telah memberitahunya tentang penyakit itu. Menurut kata doktor lagi kerosakan hati boleh membawa kepada penyakit kuning. Hospital tidak mempunyai ubat bagi penyakit ini. Simpton penyakit ini pada peringkat awal, kekuningan dapat dikesan pada bahagian mata putih. Abdomen akan bengkak dan keras, secara terperinci bengkak ini kerana hati yang terletak di kedudukan tersebut telah bengkak dan keras. Tambah doktor lagi muka atau keseluruhan badan sembab atau bengkak seperti mengandungi lebihan air di bawah kulit terutama sekali waktu bangun tidur.

    Doktor pakar yang merawat ibunya memberitahu langkah-langkah akhir yang perlu di ambil untuk menyelamatkan ibu Husna. Disebabkan virus cancer hatinya dah merebak dan hempedu di badan ibu Husna telah pecah dan air yang banyak telah mengembang ke dalam kakinya, doktor menyarankan kedua-dua kaki ibu Husna perlu dibedah dan dipotong. Itulah sahaja kaedah terakhir dan harapan doktor untuk menyelamatkan nyawa ibu. Tapi ibu tak mahu dibedah dan kehilangan kaki-kakinya. Ibu Husna pasrah. Bapa dan semua ahli keluarganya amat sedih. Bapanya mahu mengikut cadangan doktor tetapi ibunya masih tegas dan enggan mengizinkan. Doktor tak dapat memaksa dan buat apa-apa kerana pesakitnya tidak membenarkan pembedahannya. Petang itu juga ibu dikeluarkan dari wad hospital dan bapanya membawa ibu Husna balik ke kampong untuk berubat pula.

    Posted on December 9, 2011 10:39 AM

     
  93. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    6. Husna dan adik-beradiknya bersekolah seperti biasa di pagi Isnin 4hb Oktober 1971. Setelah menyediakan sarapan pagi, Husna bertolak ke sekolah. Semasa perjalanan itu dia cuba mencari jawapan macamana ikan puyu yang ibunya pelihara dalam balang kaca bulat itu hilang begitu sahaja. Semasa Husna hendak bersembahyang Subuh pukul 5.45 pagi, dia terpandang ikan puyu itu dah hilang. Tiada percikan air, balang tak pecah, kucing pun tak ada di rumahnya. Hairan. Apakah ini satu pentanda?

    Jam 9.00 pagi Husna dipanggil keluar oleh Guru Besarnya dari kelasnya. Husna terpinga-pinga. Perasaannya berkecamuk dan bimbang. Di luar kelas kelihatan Abang sulongnya menunggu. Mukanya muram dan sedih.
    “Husna, Mak kita dah tak ada lagi…jam 5.45 pagi tadi Mak dah kembali ke Rahmatullah” Kamaruddin, abang sulong memberitahunya dengan sayu. Husna terus menangis hiba.
    “Mari kita balik kampong sekarang ya…” Abangnya menepuk-nepuk lembut bahu Husna seakan memujuk. Husna masih menangis.

    Setelah mengucapkan terima kasih pada Guru Besar, mereka beredar menaiki kereta balik ke kampong. Sesampai di Kampong Muda, Slim Village rumah Pak Long, Husna terus naik rumah untuk menemui arwah ibunya. Husna menangis teresak-esak memanggil ibunya.
    “Husna, tak baik menangis macam tu…Allah lebih menyayangi mak mu…bawa bertenang!” pujuk Mak Long pada Husna.

    Posted on December 9, 2011 10:41 AM

     
  94. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    7. Husna cuba menenangkan hatinya, dia mengucap dua kalimah shahadah berkali-kali. Husna terpaksa akur dan percaya pada ajal, maut dan takdir semuanya dari Allah Taala. Setelah jenazah dikebumikan dan upacara pembacaan Talkin dan doa jenazah selesai, semua orang, keluarga dan sanak saudara meninggalkan perkuburan itu. Husna masih di pusara ibunya bersama ayahnya. Sedih dan kesalnya tidak terhingga. Husna membaca surah Yasin dan menyiram air-mawar ke kubur ibunya. Tangisannya kian berterusan. Ayah Husna memujuknya dan mereka pulang ke KL selepas 2 hari di kampong. Husna dan adik-beradiknya berjanji untuk terus belajar dengan bersungguh-sunguh agar tercapai cita-cita mereka sepertimana yang selalu diharapkan dan didoakan oleh arwah ibu mereka.

    Husna merasakan tanggung-jawabnya lebih berat kini kerana kena menguruskan hal rumahtangga seperti memasak, membasuh, menggosok baju dan sebagainya di samping terus bersekolah. Itulah pengorbanan ikhlasnya sebagai mengambil alih tugas arwah ibunya kerana Husna sayangkan ayah dan adik-beradiknya lebih-lebih lagi ketiga-tiga adik lelakinya masih kecil masa itu. Husna juga faham yang ayahnya perlu bekerja untuk menyara mereka semua. Abang-abang Husna ada juga membantu tapi mereka bakal menduduki pepereksaan LCE dan MCE ketika itu. Husna tidak pernah lupa janjinya pada arwah ibunya untuk menjaga ayah dan adik-beradiknya seadanya sekiranya ibunya tidak dapat diselamatkan lagi. Husna pasrah dan redha segalanya ketentuan Allah SWT yang memberi dugaan pada hambaNya. Bagi Husna, pengorbanan dan kasih-sayang ibunya Humaira pada suami dan anak-anaknya lebih-lebih lagi Husna sendiri tiada tolok bandingan dan tiada gantinya. Semua itu menginsafkannya betapa besarnya pengorbanan seorang ibu walaupun dia berpenyakit kronik sehingga tidak dapat diselamatkan lagi masih mahu membahagiakan keluarganya dalam kesakitannya.

    Posted on December 9, 2011 10:41 AM

     
  95. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Salam Sifu Az, Sis Aini & Cikgu Razak, di sini saya 'postt' semula draft cerpen ke2 saya tu:

    CERPEN: KASIH HUMAIRA

    1. Sepanjang malam Husna tak dapat tidur. Dia teringat saat-saat manis ketika ibu kandungnya arwah Humaira Salleh masih hidup. Husna satu-satunya anak perempuan yang amat disayangi dan dimanjai oleh ibunya. Semua kerja rumah ibunya yang buat, Husna cuma tolong basuh pinggan dan menyapu sampah. Ibu selalu menyuruhnya belajar dengan tekun dan memberi sepenuh semangat untuk Husna berjaya dalam hidupnya.

    Tapi ada kekesalan di hati Husna kerana membiarkan ibunya bertungkus lumus mengerjakan kerja-kerja rumah yang banyak sendirian dan mengelolakan seramai 6 orang anak-anak lelaki, seorang perempuan serta suami juga. Semasa umurnya 11 tahun dalam darjah 5, Husna perlu mengambil kelas tambahan di sekolahnya tiap-tiap hari Sabtu. Semua murid-murid akan datang ke kelas itu dibenarkan berpakaian biasa tanpa ‘uniform’ sekolah. Pakaian-pakaian mereka selalunya cantik-cantik dan mahal-mahal belaka. Husna malu juga kerana asyik pakai baju yang sama dan agak lusuh tiap kali ke sana. Dia merenget pada ibunya dan berharap dapat pakai sesuatu yang baru. Ibunya pun menjahitkan satu baju gaun batik berbunga ros warna merah darah untuknya. Ada tali dipinggangnya untuk diikat buat reben. Setelah siap Husna mencuba memakainya dan melihat dirinya di depan cermin besar. Husna terlalu gembira, bangga dan mencium ibunya tanda sayang yang tak terhingga. “Terima kasih Mak, I love you…Husna akan belajar lebih tekun lagi” Husna memeluk ibunya kemas. Husna teruja sekali untuk memakainya pada hari Sabtu depan. Dipadankan dengan memakai sepatu hitam pemberian kakak angkatnya Hanum Wee Abdullah seorang muaalaf yang tinggal berdekatan rumah mereka. Kak Hanum berbangsa cina berkahwin dengan Abang Faisal mempunyai seorang anak perempuan kecil. Husna selalu juga bertandang ke rumah mereka untuk bermain dengan anak perempuan mereka yang comel.

    Posted on December 10, 2011 6:37 PM

     
  96. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    2. “Cantik baju Husna” tegur Cikgu Norhayati pada Husna pagi Sabtu itu.
    “Oh…Terima kasih Cikgu…Mak saya yang jahit sendiri”
    “Tapi kata mak Husna sakit, betul ke?” soal Cikgu Norhayati lagi.
    “Benar tapi sekarang dah agak sembuh…mak perlu pergi ke hospital tiap-tiap bulan”

    Selama hampir 2 tahun itu Mak Husna selalu berulang-alik ke hospital. Dia selalu pening-pening dan muntah-muntah. Bapa Husna yang akan menghantarnya ke sana. Pada suatu hari di akhir bulan September 1971, Ibu Husna dimasukkan ke wad di Hospital Besar Kuala Lumpur. Ibu Husna telah jatuh pengsan semasa sedang menyapu sampah-sampah yang terperangkap di dalam longkang berdekatan rumah sewa mereka. Tiap-tiap hari waktu petang Husna akan menziarahi ibunya di hospital. Doktor yang merawatnya mengesahkan ibu Husna sakit bengkak hati dan demam kuning. Husna mula merasakan dia bersalah membiarkan ibunya terusan menguruskan rumah-tangga tanpa membantunya dengan lebih banyak.

    Pada tanggal 1hb Oktober 1971, Husna sedang menyuap makanan pada ibunya sambil berbual-bual mesra. Adik-beradiknya yang lain ada bersama.
    “Mak, boleh tak esok Husna pergi mewakili sekolah ke jemputan jamuan Hari Kanak-Kanak Sedunia di salah sebuah rumah Menteri Kerajaan kita” Husna meminta izin. Husna adalah salah seorang dari 2 orang pelajar yang dipilih oleh Guru Besarnya untuk mewakili Sekolah Kebangsaan Dato Keramat 2 bersama beratus-ratus wakil pelajar dari Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah seluruh Malaysia. Husna berasa bangga dan teruja.
    “Pergilah…tak apa…Abah kan ada selalu…pergilah!” ibunya membenarkan.
    “Tapi…Husna tak dapat tengok mak di sini esok”
    “Tak apa….Mak OK saja…pergilah” Mak Husna memujuk sambil membelai rambut Husna.
    “Tapi!!”
    “Tak apa…tapi ingat ye tolong sediakan makan minum Abah dan adik-beradik lain bila Husna ada masa. Jangan lupa belajar ye” pesan ibunya.
    “Mak jangan bimbang…Husna akan buat semua kerja rumah. Jangan lupa makan ubat dan semoga mak cepat sembuh” Husna memeluk erat sambil mencium ibunya dan berjanji akan datang keesokkan harinya.

    Posted on December 10, 2011 6:39 PM

     
  97. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    3. Semasa Humaira berehat petang itu ditemani suaminya, Humaira tersenyum dan bersyukur kerana dapat menyakinkan suaminya membenarkan Husna terus belajar ke peringkat Sekolah Menengah. Pada suatu ketika Husna mendapat peluang menyambungkan persekolahannya ke Sekolah Menengah Penghantaran Bahasa Inggeris oleh pihak Sekolah Rendahnya. Husna seorang pelajar yang paling pintar di sekolahnya dan sering mendapat tempat pertama dalam setiap peperiksaan akhir kesemua kelas-kelas yang didudukinya. Keistimewaan Husna ialah dia boleh bertutur dan memahami Bahasa Inggeris dengan fasih. Malah dalam usianya 12 tahun itu dia boleh memterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dengan lancar dan betul.

    Pada mulanya bapa Husna tidak bersetuju kerana pada pendapatnya anak perempuan tidak perlu bersekolah tinggi kerana akhirnya tempat dia hanya di dapur juga. Humaira tidak setuju sekali lalu memujuk suaminya membenarkan Husna menerima tawaran Sekolahnya itu. Bertambah pula Husna akan menerima biasiswa kewangan untuk sepanjang persekolahan hingga ke Tingkatan 5. Humaira tidak mahu dan rela anak-anaknya lebih-lebih lagi yang seorang perempuan itu mengikut jejaknya hanya bersekolah tahaf sekolah rendah sahaja. Humaira tidak pernah berpeluang melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah. Setelah tamat Darjah Enam, ibu Husna dan kakaknya bekerja sebagai penoreh getah di kebun keluarga mereka di Slim Village sehinggalah dia dilamar bapa Husna ketika usia ibunya 15 tahun. Humaira seterusnya menjadi surirumah-tangga sepenuh masa dan mengikut suaminya Pak Othman seorang Polis Kawad ke mana sahaja dia diarahkan pindah tempat bekerja.

    Humaira seboleh-boleh tidak mahu Husna yang dilahirkan kurang sempurna dari abang-abang dan adik-adiknya merasa tersisih atau terpinggir jika dia diberhentikan sekolah setakat sekolah rendah. Sekilas itu Humaira teringat suatu ketika menceritakan pada Husna semasa dia mengandungkan Husna. Tatkala itu Humaira dan suaminya berada di kebun berdekatan rumah mereka di Tapah. Suaminya sedang mengail ikan di sebuah mata air di situ. Tiba-tiba joran kail kecilnya seperti ditarik-tarik sesuatu. Apabila suaminya cuba mengangkatnya ke atas, Humaira ternampak kura-kura kecil menghempas pulas hendak melepaskan dirinya dan mulutnya tersangkut di mata kail. Suaminya cuba melepaskannya dengan menggoncang-goncangkan kailnya dan kura-kura itu pun terlepas tetapi mulutnya telah terkoyak sedikit dan berdarah. Kura-kura itu terus masuk ke dalam mata air dan tidak timbul-timbul lagi.
    “Kesian kura-kura tu, ya Abang. Entahlah, kata orang kalau kita mengandung…jangan menganiaya haiwan, nanti tentu ada musibah terjadi” Humaira meluahkan kebimbangannya. Humaira semasa itu mengandungkan Husna 7 bulan.
    “Tetapi kita tidak sengaja pun..secara kebetulan kura-kura itu terkena kail kita” Pak Othman menenangkan isterinya.

    Apabila Husna dilahirkan sumbing di bibirnya, Humaira percaya ini semua sudah takdir Allah Taala. Humaira dan Pak Othman menerimanya dengan hati yang tabah dan redha segalanya.

    Posted on December 10, 2011 6:40 PM

     
  98. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    4. Seperti janjinya, keesokkan hari selepas sekolah Husna terus bergegas ke hospital untuk menemui ibunya. Terpandang ibunya terbaring lesu di katil dan bapanya yang agak cemas, Husna tertanya-tanya.
    “Kenapa Abah…Mak macam mana?”
    “Entahlah Husna…Mak dah tak boleh cakap lagi…Mak mu kena kancing gigi…” bapanya memberitahu.
    Husna memeluk erat sambil memanggil-manggil lembut ibunya. Benar ibunya tak boleh buka mulut untuk berkata-kata. Kaki-kakinya kelihatan amat bengkak. Ibunya tak boleh bangun. Husna menangis agak kuat. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Wajah ibu amat pucat dan lesi. Tapi ketabahan hati ibu yang menanggung seksa sakitnya, ibu masih cuba menggerakkan tangannya membelai-belai rambut Husna yang panjang sambil memberi bahasa isyarat seakan-akan memujuk Husna berhenti menangis. Husna tak sanggup melihat ibunya lantas dia lari keluar wad ke beranda hospital. Tangisannya lagi kuat. Kesal hatinya tak dapat menemani ibunya semalam.

    Bapa Husna, Pak Othman membiarkan Husna menangis sendirian. Dia pasti Husna akan dapat mengawal kesedihan sebentar lagi. Bagi Pak Othman, dia telah maklum akan masalah yang bakal dihadapi oleh isterinya. Sejak awal Humaira disahkan mengidap bengkak hati, doktor telah memberitahunya tentang penyakit itu. Menurut kata doktor lagi kerosakan hati boleh membawa kepada penyakit kuning. Hospital tidak mempunyai ubat bagi penyakit ini. Simpton penyakit ini pada peringkat awal, kekuningan dapat dikesan pada bahagian mata putih. Abdomen akan bengkak dan keras, secara terperinci bengkak ini kerana hati yang terletak di kedudukan tersebut telah bengkak dan keras. Tambah doktor lagi muka atau keseluruhan badan sembab atau bengkak seperti mengandungi lebihan air di bawah kulit terutama sekali waktu bangun tidur.
    “Penyakit ini mengikut perubatan doktor dan hospital masih tidak ada ubatnya. Kerana masih tiada ubatnya, rawatan yang dilakukan adalah melalui pembedahan pemindahan hati oleh penderma hati” kata-kata penerangan dari Doktor Ubaidah, pakar penyakit kronik.

    Doktor Ubaidah yang merawat ibunya memberitahu langkah-langkah akhir yang perlu di ambil untuk menyelamatkan ibu Husna. Disebabkan virus cancer hatinya dah merebak dan hempedu di badan ibu Husna telah pecah dan air yang banyak telah mengembang ke dalam kakinya, doktor menyarankan kedua-dua kaki ibu Husna perlu dibedah dan dipotong. Itulah sahaja kaedah terakhir dan harapan doktor untuk menyelamatkan nyawa ibu. Tapi ibu tak mahu dibedah dan kehilangan kaki-kakinya. Ibu Husna pasrah. Bapa dan semua ahli keluarganya amat sedih. Bapanya mahu mengikut cadangan doktor tetapi ibunya masih tegas dan enggan mengizinkan. Doktor tak dapat memaksa dan buat apa-apa kerana pesakitnya tidak membenarkan pembedahannya. Petang itu juga ibu dikeluarkan dari wad hospital dan bapanya membawa ibu Husna balik ke kampong untuk berubat pula.

    Posted on December 10, 2011 6:40 PM

     
  99. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    5. Husna dan adik-beradiknya bersekolah seperti biasa di pagi Isnin 4hb Oktober 1971. Setelah menyediakan sarapan pagi, Husna bertolak ke sekolah. Semasa perjalanan itu dia cuba mencari jawapan macamana ikan puyu yang ibunya pelihara dalam balang kaca bulat itu hilang begitu sahaja. Semasa Husna hendak bersembahyang Subuh pukul 5.45 pagi, dia terpandang ikan puyu itu dah hilang. Tiada percikan air, balang tak pecah, kucing pun tak ada di rumahnya. Hairan. Apakah ini satu pentanda?

    Jam 9.00 pagi Husna dipanggil keluar oleh Guru Besarnya dari kelasnya. Husna terpinga-pinga. Perasaannya berkecamuk dan bimbang. Di luar kelas kelihatan Abang sulongnya menunggu. Mukanya muram dan sedih.
    “Husna, Mak kita dah tak ada lagi…jam 5.45 pagi tadi Mak dah kembali ke Rahmatullah” Kamaruddin, abang sulong memberitahunya dengan sayu. Husna terus menangis hiba.
    “Mari kita balik kampong sekarang ya…” Abangnya menepuk-nepuk lembut bahu Husna seakan memujuk. Husna masih menangis.

    Setelah mengucapkan terima kasih pada Guru Besar, mereka beredar menaiki kereta balik ke kampong. Sesampai di Kampong Muda, Slim Village rumah Pak Long, Husna terus naik rumah untuk menemui arwah ibunya. Husna menangis teresak-esak memanggil ibunya.
    “Husna, tak baik menangis macam tu…Allah lebih menyayangi mak mu…bawa bertenang!” pujuk Mak Long pada Husna.

    Husna cuba menenangkan hatinya, dia mengucap dua kalimah shahadah berkali-kali. Husna terpaksa akur dan percaya pada ajal, maut dan takdir semuanya dari Allah Taala. Setelah jenazah dikebumikan dan upacara pembacaan Talkin dan doa jenazah selesai, semua orang, keluarga dan sanak saudara meninggalkan perkuburan itu. Husna masih di pusara ibunya bersama ayahnya. Sedih dan kesalnya tidak terhingga. Husna membaca surah Yasin dan menyiram air-mawar ke kubur ibunya. Tangisannya kian berterusan. Ayah Husna memujuknya dan mereka pulang ke KL selepas 2 hari di kampong. Husna dan adik-beradiknya berjanji untuk terus belajar dengan bersungguh-sunguh agar tercapai cita-cita mereka sepertimana yang selalu diharapkan dan didoakan oleh arwah ibu mereka.

    Posted on December 10, 2011 6:41 PM

     
  100. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    6. Husna merasakan tanggung-jawabnya lebih berat kini kerana kena menguruskan hal rumahtangga seperti memasak, membasuh, menggosok baju dan sebagainya di samping terus bersekolah. Itulah pengorbanan ikhlasnya sebagai mengambil alih tugas arwah ibunya kerana Husna sayangkan ayah dan adik-beradiknya lebih-lebih lagi ketiga-tiga adik lelakinya masih kecil masa itu. Husna juga faham yang ayahnya perlu bekerja untuk menyara mereka semua. Abang-abang Husna ada juga membantu tapi mereka bakal menduduki pepereksaan LCE dan MCE ketika itu. Husna tidak pernah lupa janjinya pada arwah ibunya untuk menjaga ayah dan adik-beradiknya seadanya sekiranya ibunya tidak dapat diselamatkan lagi. Husna pasrah dan redha segalanya ketentuan Allah SWT yang memberi dugaan pada hambaNya. Bagi Husna, pengorbanan dan kasih-sayang ibunya Humaira pada suami dan anak-anaknya lebih-lebih lagi Husna sendiri tiada tolok bandingan dan tiada gantinya. Semua itu menginsafkannya betapa besarnya pengorbanan seorang ibu walaupun dia berpenyakit kronik sehingga tidak dapat diselamatkan lagi masih mahu membahagiakan keluarganya dalam kesakitannya.

    Posted on December 10, 2011 6:42 PM

     
  101. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Assalamualaikum Sifu Az, Sis Aini & Cikgu Razak, rasanya draft cerpen Kasih Humaira di post kan 2 kali sbb ingatkan yg mula2 tu tak lepas..Harap gunakan post yg ke2 untuk buat komen sbb ada sedikit tambahan ayat2 dlm draft cerpen itu. Harap maklum & harap maaf. Terima kasih.

    Posted on December 11, 2011 5:14 PM

     
  102. Azmah Nordin Said,

    sitihajar :)

    saya dah baca karya anda kat atas tu, komen saya; dari segi dasar, perwatakan yg anda gmbarkan menunjukkan bahawa husna adalah seorang anak gadis yang baik. ttg keinginannya untuk memiliki pakaian cantik itu, adalah sesuatu yang normal bagi seorang gadis remaja yang cerdas dan punya keinginan sama seperti gadis2 remaja yang lain. lagipun, tiada bukti menunjukkan husna memaksa atau sengaja mengada2 utk menyusahkan ibunya kan? dan tentang kerja2 rumah yg dibuat sendirian oleh ibunya, juga tidak memperlihatkan bahawa ibunya pernah meminta tolong husna, mahupun anak2 lelakinya yang ramai itu. ibunya jelas berkorban demi anak2 tersayang. cuma, yg tidak kelihatan adalah timbang rasa antara husna dan adik-beradik lelakinya terhadap pengorbanan ibunya. itu saja dosa mereka sebenarnya. dan kemudian, suaminya pula, selepas kerja, knp tidak turut menyumbang tenaganya? apakah rumahtangga keluarga husna mengamalkan lelaki dipuja dan kewujudan wanita hanyalah untuk berbakti kepada lelaki2 tersebut? sementara kaum lelaki kerjanya goyang kaki saja?

    ok, oleh kerana ini sebuah cerita kreatif dan tugas kita di sini adalah untuk mengangkat mertabat kaum wanita (akhirnya - penamat cerita), maka, di penghujung cerita, mungkin kita boleh ubah dan memperlihatkan sedikit cahaya positif dlm keluarga husna.

    jadi, utk itu, saya rasa, kita teruskan dgn idea asal anda, dgn membuat pengolahan semula sprti ini.

    1. pastikan semua sudut pandangan drpd husna saja. dan jika dr husna, dia tidak melihat atau menggelar ibunya semagai humaira, tp sebagai ibunya saja. jika dr sudut pandangan husna, ia harus begini; husna yang melihat, mendengar, menyentuh, merasa dan mengalami. apa yg tidak menyangkut dgn kelima-lima unsur ini, sudah keluar dr sudut pandangan husna.


    2. carita harus bermula di sini;

    “Husna, tak baik menangis macam tu…Allah lebih menyayangi mak mu…bawa bertenang!” pujuk Mak Long pada Husna.

    Husna cuba menenangkan hatinya, dia mengucap dua kalimah shahadah berkali-kali. Husna terpaksa akur dan percaya pada ajal, maut dan takdir semuanya dari Allah Taala. Setelah jenazah dikebumikan dan upacara pembacaan Talkin dan doa jenazah selesai, semua orang, keluarga dan sanak saudara meninggalkan perkuburan itu. Husna masih di pusara ibunya bersama ayahnya. Sedih dan kesalnya tidak terhingga. Husna membaca surah Yasin dan menyiram air-mawar ke kubur ibunya. Tangisannya kian berterusan. Ayah Husna memujuknya dan mereka pulang ke KL selepas 2 hari di kampong. Husna dan adik-beradiknya berjanji untuk terus belajar dengan bersungguh-sunguh agar tercapai cita-cita mereka sepertimana yang selalu diharapkan dan didoakan oleh arwah ibu mereka.

    sementara yg lain sebelumnya flashback.

    3. pelbagaikan bentuk ayat; buat monolog (mcm dia berckp dlm hati, perlu ada nada suara dan penggunaan tanda2 baca sprti tanda seru (!), tanda soal (?) dan sebagainya, untuk menghidupkan karya, sbb karya anda terlalu bersifat `memberi tahu, bukan tunjuk', mendatar. ttg penyu yg rabit oleh mata kail itu, boleh saja buat dlm fikiran atau monolog husna, spy tak lari sudut pandangannya.

    4. perlu masuk sepenuhnya dlm jiwa husna, dan bercerita dr hatinya yang rusuh dan pilu.

    sitisara :) itu je komen saya dulu, saya tunggu anda olah semula karya anda tu, nanti saya lihat bagaimana.

    gigih terus k

    Posted on December 12, 2011 3:28 PM

     
  103. Azmah Nordin Said,

    sitihajar, sori. ralat sikit kat atas tu, patut saya sebut nama anda, sebaliknya tersebut nama sitisara pula.

    Posted on December 12, 2011 3:32 PM

     
  104. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Assalamualaikum Sifu Az, terima kasih atas komen & panduan2 yg Sifu beri. InsyaAllah saya akan perbaiki & olah semula karya cerpen saya itu & post kan secepat mungkin. Terima kasih sekali lg.

    Posted on December 13, 2011 11:51 AM

     
  105. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Assalamualaikum Sifu Az, saya 'post' kan draft cerpen ke2 saya ni semula utk di analisa & komen Sifu selanjutnya. Terima kasih.

    1. “Husna, tak baik menangis macam tu…Allah lebih menyayangi mak mu…bawa bertenang!” pujuk Mak Long pada Husna.

    Husna cuba menenangkan hatinya, dia mengucap dua kalimah shahadah berkali-kali. Husna terpaksa akur dan percaya pada ajal, maut dan takdir semuanya dari Allah Taala. Setelah jenazah dikebumikan dan upacara pembacaan Talkin dan doa jenazah selesai, semua orang, keluarga dan sanak saudara meninggalkan perkuburan itu. Husna masih di pusara ibunya bersama ayahnya. Sedih dan kesalnya tidak terhingga. Husna membaca surah Yasin dan menyiram air-mawar ke kubur ibunya. Tangisannya kian berterusan. Ayah Husna memujuknya dan mereka pulang ke KL selepas 2 hari di kampong. Husna dan adik-beradiknya berjanji untuk terus belajar dengan bersungguh-sunguh agar tercapai cita-cita mereka sepertimana yang selalu diharapkan dan didoakan oleh arwah ibu mereka.

    Sepanjang malam Husna tak dapat tidur. Dia teringat saat-saat manis ketika ibu kandungnya arwah Humaira Salleh masih hidup. Husna satu-satunya anak perempuan yang amat disayangi dan dimanjai oleh ibunya. Semua kerja rumah ibunya yang buat, Husna cuma tolong basuh pinggan dan menyapu sampah. Ibu selalu menyuruhnya belajar dengan tekun dan memberi sepenuh semangat untuk Husna berjaya dalam hidupnya.

    Tapi ada kekesalan di hati Husna kerana membiarkan ibunya bertungkus lumus mengerjakan kerja-kerja rumah yang banyak sendirian dan mengelolakan seramai 6 orang anak-anak lelaki, seorang perempuan serta suami juga. Semasa umurnya 11 tahun dalam darjah 5, Husna perlu mengambil kelas tambahan di sekolahnya tiap-tiap hari Sabtu. Semua murid-murid akan datang ke kelas itu dibenarkan berpakaian biasa tanpa ‘uniform’ sekolah. Pakaian-pakaian mereka selalunya cantik-cantik dan mahal-mahal belaka. Husna malu juga kerana asyik pakai baju yang sama dan agak lusuh tiap kali ke sana. Dia merenget pada ibunya dan berharap dapat pakai sesuatu yang baru. Ibunya pun menjahitkan satu baju gaun batik berbunga ros warna merah darah untuknya. Ada tali dipinggangnya untuk diikat buat reben. Setelah siap Husna mencuba memakainya dan melihat dirinya di depan cermin besar. Husna terlalu gembira, bangga dan mencium ibunya tanda sayang yang tak terhingga. “Terima kasih Mak, I love you…Husna akan belajar lebih tekun lagi” Husna memeluk ibunya kemas. Husna teruja sekali untuk memakainya pada hari Sabtu depan. Dipadankan dengan memakai sepatu hitam pemberian kakak angkatnya Hanum Wee Abdullah seorang muaalaf yang tinggal berdekatan rumah mereka. Kak Hanum berbangsa cina berkahwin dengan Abang Faisal mempunyai seorang anak perempuan kecil. Husna selalu juga bertandang ke rumah mereka untuk bermain dengan anak perempuan mereka yang comel.

    Posted on December 16, 2011 3:59 AM

     
  106. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    2. “Cantik baju Husna” tegur Cikgu Norhayati pada Husna pagi Sabtu itu.
    “Oh…Terima kasih Cikgu…Mak saya yang jahit sendiri”
    “Tapi kata mak Husna sakit, betul ke?” soal Cikgu Norhayati lagi.
    “Benar tapi sekarang dah agak sembuh…mak perlu pergi ke hospital tiap-tiap bulan”

    Selama hampir 2 tahun itu Mak Husna selalu berulang-alik ke hospital. Dia selalu pening-pening dan muntah-muntah. Bapa Husna yang akan menghantarnya ke sana. Pada suatu hari di akhir bulan September 1971, Ibu Husna dimasukkan ke wad di Hospital Besar Kuala Lumpur. Ibu Husna telah jatuh pengsan semasa sedang menyapu sampah-sampah yang terperangkap di dalam longkang berdekatan rumah sewa mereka. Tiap-tiap hari waktu petang Husna akan menziarahi ibunya di hospital. Doktor yang merawatnya mengesahkan ibu Husna sakit bengkak hati dan demam kuning. Husna mula merasakan dia bersalah membiarkan ibunya terusan menguruskan rumah-tangga tanpa membantunya dengan lebih banyak. Bertambah pula abang-abang Husna menghukumnya kerana membiarkan ibu mereka buat semua kerja rumah.

    “Itulah Husna, kerja menyapu tu kan kerja engkau..entah mana Husna merayap!!” herdek abang sulong Husna.
    “Husna kan pergi belajar di rumah kawan tadi, dua hari lagi ada peperiksaan akhir tahun..lagi pun Husna dah pun minta izin dengan mak dulu” Husna membela dirinya sambil menangis.
    “Alasan-alasan..nak lari dari buat kerja rumahlah tu..sekarang tak pasal-pasal mak kita masuk ke wad hospital” bebel abang sulong Husna lagi.

    Bapa Husna yang dari tadi mendengar perbualan anak-anaknya segera masuk campur.
    “Sudah-sudahlah tu..perkara dah terjadi..lain kali ingat bantu mak dulu sebelum hendak keluar ke mana-mana” perintah bapa Husna.

    Husna terus meninggalkan ayah dan adik-beradiknya. Hatinya sebak mendengar cemuhan abang sulongnya menuduhnya merayau-rayau dan membiarkan emak membuat kerja rumah sendirian. Dia mengunci dirinya dalam bilik. Husna mengambil diarinya lalu menulis sesuatu. Airmatanya mengalir lagi.

    Posted on December 16, 2011 3:59 AM

     
  107. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    3. “Emak..maafkan Husna..semoga emak cepat sembuh. Bukan Husna sengaja nak pergi belajar di rumah kawan. Kalau di rumah pasti Husna tak dapat belajar pun sebab adik-adik selalu buat bising dan Husna kena sama-sama bantu emak dalam semua urusan rumah-tangga. Abang-abang Husna pula semuanya lepas tangan, tak pernah bantu sikit pun. Adil ke macam ni? Husna pun nak berjaya dalam pelajaran. Tapi yang pasti selepas ini, Husna akan lebih bantu mak, InsyaAllah” bisek hati Husna.

    Pada tanggal 1hb Oktober 1971, Husna sedang menyuap makanan pada ibunya sambil berbual-bual mesra. Adik-beradiknya yang lain ada bersama. Suasana di wad hospital ketika itu agak riuh-rendah sedikit kerana ramai pelawat datang menziarahi keluarga atau saudara-mara mereka yang sakit.
    “Mak, boleh tak esok Husna pergi mewakili sekolah ke jemputan jamuan Hari Kanak-Kanak Sedunia di salah sebuah rumah Menteri Kerajaan kita” Husna meminta izin. Husna adalah salah seorang dari 2 orang pelajar yang dipilih oleh Guru Besarnya untuk mewakili Sekolah Kebangsaan Dato Keramat 2 bersama beratus-ratus wakil pelajar dari Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah seluruh Malaysia. Husna berasa bangga dan teruja.
    “Pergilah…tak apa…Abah kan ada selalu…pergilah!” ibunya membenarkan.
    “Tapi…Husna tak dapat tengok mak di sini esok”
    “Tak apa….Mak OK saja…pergilah” Mak Husna memujuk sambil membelai rambut Husna.
    “Tapi!!”
    “Tak apa…tapi ingat ye tolong sediakan makan minum Abah dan adik-beradik lain bila Husna ada masa. Jangan lupa belajar ye” pesan ibunya.
    “Mak jangan bimbang…Husna akan buat semua kerja rumah. Jangan lupa makan ubat dan semoga mak cepat sembuh” Husna memeluk erat sambil mencium ibunya dan berjanji akan datang keesokkan harinya.

    Semasa emak Husna berehat petang itu ditemani suaminya, Humaira tersenyum dan bersyukur kerana dapat menyakinkan suaminya membenarkan Husna terus belajar ke peringkat Sekolah Menengah. Pada suatu ketika Husna mendapat peluang menyambungkan persekolahannya ke Sekolah Menengah Penghantaran Bahasa Inggeris oleh pihak Sekolah Rendahnya. Husna seorang pelajar yang paling pintar di sekolahnya dan sering mendapat tempat pertama dalam setiap peperiksaan akhir kesemua kelas-kelas yang didudukinya. Keistimewaan Husna ialah dia boleh bertutur dan memahami Bahasa Inggeris dengan fasih. Malah dalam usianya 12 tahun itu dia boleh memterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dengan lancar dan betul.

    Posted on December 16, 2011 4:00 AM

     
  108. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    4. Pada mulanya bapa Husna tidak bersetuju kerana pada pendapatnya anak perempuan tidak perlu bersekolah tinggi kerana akhirnya tempat dia hanya di dapur juga. Emak Husna tidak setuju sekali lalu memujuk suaminya membenarkan Husna menerima tawaran Sekolahnya itu. Bertambah pula Husna akan menerima biasiswa kewangan untuk sepanjang persekolahan hingga ke Tingkatan 5. Emak Husna tidak mahu dan rela anak-anaknya lebih-lebih lagi yang seorang perempuan itu mengikut jejaknya hanya bersekolah tahaf sekolah rendah sahaja. Dia tidak pernah berpeluang melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah. Setelah tamat Darjah Enam, emak Husna dan kakaknya bekerja sebagai penoreh getah di kebun keluarga mereka di Slim Village sehinggalah dia dilamar bapa Husna ketika usia ibunya 15 tahun. Dia seterusnya menjadi surirumah-tangga sepenuh masa dan mengikut suaminya Pak Othman seorang Polis Kawad ke mana sahaja dia diarahkan pindah tempat bekerja. Kuala Lumpur ialah destinasi terakhir di mana Pak Othman dipindahkan selepas pernah tinggal di Kampar, Bidur, Sungkai dan Tapah sebelum itu.

    Emak Husna seboleh-boleh tidak mahu Husna yang dilahirkan kurang sempurna dari abang-abang dan adik-adiknya merasa tersisih atau terpinggir jika dia diberhentikan sekolah setakat sekolah rendah. Sekilas itu emak Husna teringat suatu ketika menceritakan pada Husna semasa dia mengandungkan Husna. Tatkala itu dia dan suaminya berada di kebun berdekatan rumah mereka di Tapah. Suaminya sedang mengail ikan di sebuah mata air di situ. Tiba-tiba joran kail kecilnya seperti ditarik-tarik sesuatu. Apabila suaminya cuba mengangkatnya ke atas, emak Husna ternampak kura-kura kecil menghempas pulas hendak melepaskan dirinya dan mulutnya tersangkut di mata kail. Suaminya cuba melepaskannya dengan menggoncang-goncangkan kailnya dan kura-kura itu pun terlepas tetapi mulutnya telah terkoyak sedikit dan berdarah. Kura-kura itu terus masuk ke dalam mata air dan tidak timbul-timbul lagi.
    “Kesian kura-kura tu, ya Abang. Entahlah, kata orang kalau kita mengandung…jangan menganiaya haiwan, nanti tentu ada musibah terjadi” emak Husna meluahkan kebimbangannya. Emak Husna semasa itu mengandungkan Husna. Kandungannya berusia 7 bulan.
    “Tetapi kita tidak sengaja pun..secara kebetulan kura-kura itu terkena kail kita..jangan fikir yang bukan-bukan” Pak Othman menenangkan isterinya.

    Apabila Husna dilahirkan sumbing di bibirnya, Humaira percaya ini semua sudah takdir Allah Taala. Ibu dan bapa Husna menerimanya dengan hati yang tabah dan redha segalanya.

    Posted on December 16, 2011 4:01 AM

     
  109. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    5. Seperti janjinya, keesokkan hari selepas sekolah Husna terus bergegas ke hospital untuk menemui ibunya. Terpandang ibunya terbaring lesu di katil dan bapanya yang agak cemas, Husna tertanya-tanya.
    “Kenapa Abah…Mak macam mana?”
    “Entahlah Husna…Mak dah tak boleh cakap lagi…Mak mu kena kancing gigi…” bapanya memberitahu.
    Husna memeluk erat sambil memanggil-manggil lembut ibunya. Benar ibunya tak boleh buka mulut untuk berkata-kata. Kaki-kakinya kelihatan amat bengkak. Ibunya tak boleh bangun. Husna menangis agak kuat. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Wajah ibu amat pucat dan lesi. Tapi ketabahan hati ibu yang menanggung seksa sakitnya, ibu masih cuba menggerakkan tangannya membelai-belai rambut Husna yang panjang sambil memberi bahasa isyarat seakan-akan memujuk Husna berhenti menangis. Husna tak sanggup melihat ibunya lantas dia lari keluar wad ke beranda hospital. Tangisannya lagi kuat. Kesal hatinya tak dapat menemani ibunya semalam.

    Bapa Husna, Pak Othman membiarkan Husna menangis sendirian. Dia pasti Husna akan dapat mengawal kesedihan sebentar lagi. Bagi Pak Othman, dia telah maklum akan masalah yang bakal dihadapi oleh isterinya. Sejak awal Humaira disahkan mengidap bengkak hati, doktor telah memberitahunya tentang penyakit itu. Menurut kata doktor lagi kerosakan hati boleh membawa kepada penyakit kuning. Hospital tidak mempunyai ubat bagi penyakit ini. Simpton penyakit ini pada peringkat awal, kekuningan dapat dikesan pada bahagian mata putih. Abdomen akan bengkak dan keras, secara terperinci bengkak ini kerana hati yang terletak di kedudukan tersebut telah bengkak dan keras. Tambah doktor lagi muka atau keseluruhan badan sembab atau bengkak seperti mengandungi lebihan air di bawah kulit terutama sekali waktu bangun tidur.
    “Penyakit ini mengikut perubatan doktor dan hospital masih tidak ada ubatnya. Kerana masih tiada ubatnya, rawatan yang dilakukan adalah melalui pembedahan pemindahan hati oleh penderma hati” kata-kata penerangan dari Doktor Ubaidah, pakar penyakit kronik.

    Doktor Ubaidah yang merawat ibunya memberitahu langkah-langkah akhir yang perlu di ambil untuk menyelamatkan ibu Husna. Disebabkan virus cancer hatinya dah merebak dan hempedu di badan ibu Husna telah pecah dan air yang banyak telah mengembang ke dalam kakinya, doktor menyarankan kedua-dua kaki ibu Husna perlu dibedah dan dipotong. Itulah sahaja kaedah terakhir dan harapan doktor untuk menyelamatkan nyawa ibu. Tapi ibu tak mahu dibedah dan kehilangan kaki-kakinya. Ibu Husna pasrah. Bapa dan semua ahli keluarganya amat sedih. Bapanya mahu mengikut cadangan doktor tetapi ibunya masih tegas dan enggan mengizinkan.

    Posted on December 16, 2011 4:02 AM

     
  110. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    6. Doktor tak dapat memaksa dan buat apa-apa kerana pesakitnya tidak membenarkan pembedahannya. Petang itu juga ibu dikeluarkan dari wad hospital dan bapanya membawa ibu Husna balik ke kampong untuk berubat pula.

    Husna dan adik-beradiknya bersekolah seperti biasa di pagi Isnin 4hb Oktober 1971. Setelah menyediakan sarapan pagi, Husna bertolak ke sekolah. Semasa perjalanan itu dia cuba mencari jawapan macamana ikan puyu yang ibunya pelihara dalam balang kaca bulat itu hilang begitu sahaja. Semasa Husna hendak bersembahyang Subuh pukul 5.45 pagi, dia terpandang ikan puyu itu dah hilang.
    “Tiada percikan air, balang tak pecah, kucing pun tak ada di rumahnya. Hairan. Mana ikan puyu mak ini? Husna rasa ada yang tak kena ni..Apakah ini satu pentanda? Ya Allah, semoga mak beransur baik” Husna berkata-kata di dalam hatinya.

    Jam 9.00 pagi Husna dipanggil keluar oleh Guru Besarnya dari kelasnya. Husna terpinga-pinga. Perasaannya berkecamuk dan bimbang. Di luar kelas kelihatan Abang sulongnya menunggu. Mukanya muram dan sedih.
    “Husna, Mak kita dah tak ada lagi…jam 5.45 pagi tadi Mak dah kembali ke Rahmatullah” Kamaruddin, abang sulong memberitahunya dengan sayu. Husna terus menangis hiba.
    “Mari kita balik kampong sekarang ya…” Abangnya menepuk-nepuk lembut bahu Husna seakan memujuk. Husna masih menangis.

    Setelah mengucapkan terima kasih pada Guru Besar, mereka beredar menaiki kereta balik ke kampong. Sesampai di Kampong Muda, Slim Village rumah Pak Long, Husna terus naik rumah untuk menemui arwah ibunya. Husna menangis teresak-esak memanggil ibunya.

    “Husna…Husna…Husna! Buat apa tu? Tak tidor lagi ke? Esok kan sekolah, kena bangun awal..” panggilan bapa Husna menyedarkan dia dari lamunannya. Pak Othman memandang jam dinding rumah menunjukkan pukul 2.00 pagi.

    “Ya abah, Husna nak masuk tidorlah ini..Selamat malam abah..Assalamualaikum..” Husna bersuara perlahan.

    Posted on December 16, 2011 4:03 AM

     
  111. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    7. Husna merasakan tanggung-jawabnya lebih berat kini kerana kena menguruskan hal rumahtangga seperti memasak, membasuh, menggosok baju, mengemas rumah dan sebagainya di samping terus bersekolah. Itulah pengorbanan ikhlasnya sebagai mengambil alih tugas arwah ibunya kerana Husna sayangkan ayah dan adik-beradiknya lebih-lebih lagi ketiga-tiga adik lelakinya masih kecil masa itu. Husna juga faham yang ayahnya perlu bekerja untuk menyara mereka semua. Abang-abang Husna ada juga membantu tapi kedua-dua abang sulong dan tengah telah bekerja dan abang Alang pula bakal menduduki pepereksaan MCE tidak lama lagi.

    Husna tidak pernah lupa janjinya pada arwah ibunya untuk menjaga ayah dan adik-beradiknya seadanya sekiranya ibunya tidak dapat diselamatkan lagi. Husna pasrah dan redha segalanya ketentuan Allah SWT yang memberi dugaan pada hambaNya. Bagi Husna, pengorbanan dan kasih-sayang ibunya Humaira pada suami dan anak-anaknya lebih-lebih lagi Husna sendiri tiada tolok bandingan dan tiada gantinya. Semua itu menginsafkannya betapa besarnya pengorbanan seorang ibu walaupun dia berpenyakit kronik sehingga tidak dapat diselamatkan lagi masih mahu membahagiakan keluarganya dalam kesakitannya.

    “Ya Allah! Ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan semua kaum muslimin di hari kiamat”
    “Ya Allah! Sayangilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka menyayangi aku waktu aku masih kecil” itulah doa-doa yang Husna amalkan dalam sembahyangnya.

    Husna pasrah dan tetap bersyukur pada Allah SWT.

    Posted on December 16, 2011 4:04 AM

     
  112. Azmah Nordin Said,

    sitihajar :) kita mulakan k

    Judul cerpen;

    “Husna, tak baik menangis macam tu… (bersabarlah, nak... bertawakallah... Allah lebih menyayangi ibumu... bawa bertenang!” pujukan (bernada tegas) Mak Long (terngiang-ngiang lagi di telinga) Husna.

    (pernafasan, tmbh; bertungkus lumus pula) Husna cuba menenangkan hatinya. Berkali-kali jugalah dia mengucap dua kalimah shahadah. (namun,) Husna (amat sedar, suka tidak suka, dia), terpaksa akur dan percaya pada ajal, maut dan takdir semuanya dari Allah Taala. (terkenang bagaimana) setelah jenazah dikebumikan dan upacara pembacaan Talkin dan doa jenazah selesai, semua orang, keluarga dan sanak saudara meninggalkan perkuburan itu, (dia terus duduk berteleku di pusara yang masih merah tanahnya itu, bersama-sama ayahnya. Sedih dan kesalnya tidak terhingga.
    (sedetik itu, dgn suara yg serak oleh tekanan emosi? dll) Husna membaca surah Yasin dan (kemudian) menyiram air-mawar ke kubur ibunya. Tangisannya kian berterusan, (biarpun) ayahnya memujuknya, (tanpa jemu? dll)

    (ada buat kenduri arwah tak? gmbarkan suasana, ada adik beradik dia yg lain? gmbarkan riak muka mereka, perasaan husna).

    `selamat tinggal ibu...' lirih hati husna, tersendu kepiluan? dll), ketika mereka (terpaksa) pulang ke KL selepas 2 hari di kampung.

    (Husna dan adik-beradiknya berjanji untuk terus belajar dengan bersungguh-sunguh agar tercapai cita-cita mereka sepertimana yang selalu diharapkan dan didoakan oleh arwah ibu mereka. - yg ni buat dialog hidup pendek2 antara husna dan adik beradiknya, riak muka mereka, di mana? gmbarkan suasana)

    Sepanjang malam Husna tak dapat tidur. (gmbaran wajah arwah ibunya, Humaira Salleh, memenuhi ruang mata fikirnya.) Teringat dia (akan) saat-saat manis ketika ibunya dahulu. (sesungguhnya,) (sebagai) satu-satunya anak perempuan, Husna (berasa amat bertuah kerana dia amat disayangi dan dimanjai oleh ibunya. (ibu menterjemahkan kasih sayangnya dgn berkorban tenaga dan masa?) untuk membuat semua kerja rumah, (sementara) Husna cuma (disarankan agar) menolong membasuh pinggan dan menyapu sampah.

    (Ibu selalu menyuruhnya belajar dengan tekun dan memberi sepenuh semangat untuk Husna berjaya dalam hidupnya. - buat dialog hidup)

    (waktu itu, apa perasaann husna?) (Tapi - tukar; bagaimanapun, jauh di lubuk hatinya, mmg) ada kekesalan di hati Husna kerana membiarkan ibunya bertungkus lumus mengerjakan kerja-kerja rumah yang banyak sendirian, sekali gus (terpaksa) mengelolakan enam anak-anak lelaki, seorang perempuan, di samping) suaminya, (yakni ayah husna).

    (husna mengesak lagi. terkenang bagaimana) semasa umurnya 11 tahun dalam darjah 5, Husna perlu mengambil kelas tambahan di sekolahnya tiap-tiap hari Sabtu. Semua murid-murid akan datang ke kelas itu dibenarkan berpakaian biasa tanpa (‘uniform’ - tukar; seragam) sekolah. Pakaian-pakaian mereka selalunya cantik-cantik dan mahal-mahal belaka. Husna malu juga kerana asyik pakai baju yang sama dan agak lusuh tiap kali ke sana.

    (Dia merengek pada ibunya dan berharap dapat pakai sesuatu yang baru. - buat dialog hidup dia merengek)

    (riak muka ibunya yg keletihan tu) Ibunya pun menjahitkan satu baju gaun batik berbunga ros warna merah darah untuknya. Ada tali dipinggangnya untuk diikat buat reben. Setelah siap Husna mencuba memakainya dan melihat dirinya di depan cermin besar. Husna terlalu gembira, bangga dan mencium ibunya tanda sayang yang tak terhingga.

    “Terima kasih Mak, I love you…Husna akan belajar lebih tekun lagi” Husna memeluk ibunya kemas. Husna teruja sekali untuk memakainya pada hari Sabtu depan. Dipadankan dengan memakai sepatu hitam pemberian kakak angkatnya Hanum Wee Abdullah seorang muaalaf yang tinggal berdekatan rumah mereka. Kak Hanum berbangsa cina berkahwin dengan Abang Faisal mempunyai seorang anak perempuan kecil. Husna selalu juga bertandang ke rumah mereka untuk bermain dengan anak perempuan mereka yang comel.

    Posted on December 16, 2011 5:43 PM

     
  113. Azmah Nordin Said,

    “Cantik baju Husna” tegur Cikgu Norhayati pada Husna pagi Sabtu itu.

    “Oh…Terima kasih Cikgu…Mak saya yang jahit sendiri,” (jelas husna - bangga dgn hasil kerja ibunya?)

    “Tapi kata mak Husna sakit, betul ke?” soal Cikgu Norhayati lagi.

    “Benar tapi sekarang dah agak sembuh… mak perlu pergi ke hospital tiap-tiap bulan.”

    Selama hampir 2 tahun itu Mak Husna selalu berulang-alik ke hospital. Dia selalu pening-pening dan muntah-muntah. (Dia - siapa ni? ibunya atau husna?) Bapa Husna yang akan menghantarnya ke sana. Pada suatu hari di akhir bulan September 1971, (suasana cemas tercipta;) Ibu Husna dimasukkan ke wad di Hospital Besar Kuala Lumpur. Ibu Husna telah jatuh pengsan semasa sedang menyapu sampah-sampah yang terperangkap di dalam longkang berdekatan rumah sewa mereka!

    (perasaan husna ibu dia kemalangan tu? buat monolog hidup, mcm dia berckp dlm hati gitu) Tiap-tiap hari waktu petang Husna akan menziarahi ibunya di hospital. (tmbh; alangkah terperanjatnya husna apabila) doktor yang merawat ibunya, mengesahkan ibu Husna sakit bengkak hati (istilah bengkak hati dr sudut perubatan) dan demam kuning!

    (Husna mula merasakan dia bersalah membiarkan ibunya terusan menguruskan rumah-tangga tanpa membantunya dengan lebih banyak. - buat monolog hidup dlm bentuk soalan, buat beberapa soalan ttg dia mencari punca dari mana silapnya hingga ibunynya menghidapi penyakit yg sedahsyat itu)

    Pada tanggal 1hb Oktober 1971, Husna sedang menyuap makanan pada ibunya (di mana ni?) sambil berbual-bual mesra. Adik-beradiknya yang lain ada bersama.

    “Mak, boleh tak esok Husna pergi mewakili sekolah ke jemputan jamuan Hari Kanak-Kanak Sedunia di salah sebuah rumah Menteri Kerajaan kita” Husna meminta izin. Husna adalah salah seorang dari 2 orang pelajar yang dipilih oleh Guru Besarnya untuk mewakili Sekolah Kebangsaan Dato Keramat 2 bersama beratus-ratus wakil pelajar dari Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah seluruh Malaysia. Husna berasa bangga dan teruja.

    “Pergilah… tak apa… Abah kan ada selalu… pergilah!” (ujar) ibunya, (membenarkan - ini tak payah, sbb dlm dialog dah ckp. tmbh; lembut? lemah? dll).

    “Tapi…Husna tak dapat tengok mak di sini esok.”

    “Tak apa….Mak OK saja…pergilah” IbuHusna memujuk sambil membelai rambut Husna.

    “Tapi!!”

    “Tak apa… tapi ingat ye tolong sediakan makan minum Abah dan adik-beradik lain bila Husna ada masa. Jangan lupa belajar ye...” pesan ibunya.

    “Mak jangan bimbang…Husna akan buat semua kerja rumah. Jangan lupa makan ubat dan semoga mak cepat sembuh” Husna memeluk erat sambil mencium ibunya dan berjanji akan datang keesokkan harinya.

    Posted on December 16, 2011 6:16 PM

     
  114. Azmah Nordin Said,

    (sitihajar, kita buat dr sudut pandangan husna saja k, tmbh; diperhatikannya) ibunya (ketika) berehat petang, (sambil) ditemani (suaminya - tukar; ayahnya). (Humaira - tukar; ibunya kelihatan) tersenyum (lembut) dan (seolah2) bersyukur kerana dapat menyakinkan suaminya (yg) membenarkan Husna terus belajar ke peringkat sekolah menengah. (husna teringat kembali bagaimana) pada suatu ketika dahulu, Husna mendapat peluang menyambungkan persekolahannya ke Sekolah Menengah Penghantaran Bahasa Inggeris oleh pihak Sekolah Rendahnya. (gembira tak?) Husna (bersyukur tidak terhingga krn dianggap) seorang pelajar yang paling pintar di sekolahnya. (pasti ini kerana dia) sering mendapat tempat pertama dalam setiap peperiksaan akhir kesemua kelas-kelas yang didudukinya, (fikirnya). (Keistimewaan Husna ialah dia boleh bertutur dan memahami Bahasa Inggeris dengan fasih. Malah dalam usianya 12 tahun itu dia boleh memterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dengan lancar dan betul. - sitihajar, kita hidupkan persembahan cerita anda ini k - cuba buat semua dlm paragraf ni buat monolog dlm bentuk soalan)

    (pada mulanya bapa Husna tidak bersetuju kerana pada pendapatnya anak perempuan tidak perlu bersekolah tinggi kerana akhirnya tempat dia hanya di dapur juga. - buat dialog hidup)

    (alhamdulillah, bisik hati husna, bersyukur tidak terhingga2. ternyata) emak Husna tidak setuju sekali lalu memujuk suaminya membenarkan Husna menerima tawaran Sekolahnya itu. Bertambah pula Husna akan menerima biasiswa kewangan untuk sepanjang persekolahan hingga ke Tingkatan 5. (jelasnya,) emak Husna tidak mahu dan rela anak-anaknya lebih-lebih lagi yang seorang perempuan itu mengikut jejaknya hanya bersekolah tahaf sekolah rendah sahaja. (Dia - tukar; khabarnya, emak husna) tidak pernah berpeluang melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah. Setelah tamat Darjah Enam, emak Husna dan kakaknya bekerja sebagai penoreh getah di kebun keluarga mereka di Slim Village sehinggalah dia dilamar bapa Husna ketika usia ibunya 15 tahun. Ibunya seterusnya menjadi surirumah-tangga sepenuh masa dan mengikut suaminya Pak Othman seorang Polis Kawad ke mana sahaja dia diarahkan pindah tempat bekerja. Kuala Lumpur ialah destinasi terakhir di mana Pak Othman dipindahkan selepas pernah tinggal di Kampar, Bidur, Sungkai dan Tapah sebelum itu.

    Posted on December 16, 2011 7:44 PM

     
  115. Azmah Nordin Said,

    (dr sudut pandangan husna je, tmbh; husna sedar) Emaknya seboleh-boleh tidak mahu Husna yang dilahirkan kurang sempurna dari abang-abang dan adik-adiknya merasa tersisih atau terpinggir jika dia diberhentikan sekolah setakat sekolah rendah. (Sekilas itu - tukar; barangkali) emak Husna (sering) (teringat suatu ketika menceritakan pada Husna semasa dia mengandungkan Husna - sitihajar perbaiki ayat ni k).

    (menurut cerita ibunya,) tatkala itu, ibunya dan bapanya berada di kebun berdekatan rumah mereka di Tapah. Suaminya sedang mengail ikan di sebuah mata air di situ. Tiba-tiba joran kail kecilnya seperti ditarik-tarik sesuatu. Apabila suaminya cuba mengangkatnya ke atas, emak Husna ternampak kura-kura kecil menghempas pulas hendak melepaskan dirinya dan mulutnya tersangkut di mata kail. Ayahnya cuba melepaskannya dengan menggoncang-goncangkan kailnya dan kura-kura itu pun terlepas tetapi mulutnya telah terkoyak sedikit dan berdarah. Kura-kura itu terus masuk ke dalam mata air dan tidak timbul-timbul lagi.

    “Kesian kura-kura tu, ya Abang. Entahlah, kata orang kalau kita mengandung…jangan menganiaya haiwan, nanti tentu ada musibah terjadi” (mungkin begitulah emak Husna meluahkan kebimbangannya. Emak Husna semasa itu mengandungkan Husna. Kandungannya berusia 7 bulan.

    “Tetapi kita tidak sengaja pun..secara kebetulan kura-kura itu terkena kail kita..jangan fikir yang bukan-bukan!” (Pak Othman - dari sudut pandangan husna je, tukar; bapanya menenangkan (isterinya - ibunya.

    (riak muka husna mengingati cerita ibu itu? tmbh; terbukti, kebimbangan ibunya menjadi kenyataan.) Apabila Husna dilahirkan sumbing di bibirnya, (Humaira - ibunya lalu memberitahu bahawa ibunya) percaya (bahawa) ini semua sudah takdir Allah Taala. Ibu dan bapa Husna menerimanya dengan hati yang tabah dan redha segalanya. (husna sendiri bagaimana? perasaan)

    Posted on December 16, 2011 7:45 PM

     
  116. Azmah Nordin Said,

    Seperti janjinya, keesokkan hari selepas sekolah Husna terus bergegas ke hospital untuk menemui ibunya. Terpandang ibunya terbaring lesu di katil dan bapanya yang agak cemas, Husna tertanya-tanya. (gmbarkan gelojak perasaannya, misalnya, jantungnya berdegup kencang,nafasnya sesak, hatinya berdetak berat, dll)

    “Kenapa Abah…Mak macam mana?”

    “Entahlah Husna… Mak dah tak boleh cakap lagi…Mak mu kena kancing gigi…” bapanya memberitahu.

    (dgn hati yg - ?) Husna memeluk erat sambil memanggil-manggil lembut ibunya. Benar ibunya tak boleh buka mulut untuk berkata-kata. Kaki-kakinya kelihatan amat bengkak. Ibunya tak boleh bangun. Husna menangis agak kuat. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Wajah ibu amat pucat dan lesi. Tapi ketabahan hati ibu yang menanggung seksa sakitnya, ibu masih cuba menggerakkan tangannya membelai-belai rambut Husna yang panjang sambil memberi bahasa isyarat seakan-akan memujuk Husna berhenti menangis. Husna tak sanggup melihat ibunya lantas dia lari keluar wad ke beranda hospital. Tangisannya lagi kuat. Kesal hatinya tak dapat menemani ibunya semalam.

    Bapa Husna, (Pak Othman - ni tak payah, sbb dr sudut pandangan husna dan dia tak anggap bapa dia sebagai pak othman) membiarkan Husna menangis sendirian. (pasti) (Dia - bapanya memikirkan bahawa) Husna akan dapat mengawal kesedihan sebentar lagi. (tmbh; mungkin) bagi (Pak Othman - bapanya), dia telah maklum akan masalah yang bakal dihadapi oleh isterinya. Sejak awal (Humaira - ibu husna) disahkan mengidap bengkak hati, doktor telah memberitahu (mereka sekeluarga) tentang penyakit itu.

    (husna masih ingat lagi? dll). Menurut kata doktor lagi kerosakan hati boleh membawa kepada penyakit kuning. Hospital tidak mempunyai ubat bagi penyakit ini. Simpton penyakit ini pada peringkat awal, kekuningan dapat dikesan pada bahagian mata putih. Abdomen akan bengkak dan keras, secara terperinci bengkak ini kerana hati yang terletak di kedudukan tersebut telah bengkak dan keras. Tambah doktor lagi muka atau keseluruhan badan sembab atau bengkak seperti mengandungi lebihan air di bawah kulit terutama sekali waktu bangun tidur.

    “(Penyakit ini mengikut perubatan doktor dan hospital masih tidak ada ubatnya - ini tak payah diulang lagi, sbb dah jelaskan di atas tu). Kerana masih tiada ubatnya, rawatan yang dilakukan adalah melalui pembedahan pemindahan hati oleh penderma hati” kata-kata penerangan dari Doktor Ubaidah, pakar penyakit kronik.

    (tmbh; mata husna terkebil-kebil mendengarkan penjelasan doktor pakar itu. perasaannya?) Doktor Ubaidah yang merawat ibunya memberitahu langkah-langkah akhir yang perlu di ambil untuk menyelamatkan ibu Husna. Disebabkan virus cancer hatinya dah merebak dan hempedu di badan ibu Husna telah pecah dan air yang banyak telah mengembang ke dalam kakinya, doktor menyarankan kedua-dua kaki ibu Husna perlu dibedah dan dipotong. (husna terkejut gempar tak? tmbh; dibedah dan dipotong? ya, tuhan!)

    Itulah sahaja kaedah terakhir dan harapan doktor untuk menyelamatkan nyawa ibunya, (tegas doktor pakar itu lagi). Tapi ibu tak mahu dibedah dan kehilangan kaki-kakinya. Ibu Husna pasrah. Bapa dan semua ahli keluarganya amat sedih. Bapanya mahu mengikut cadangan doktor tetapi ibunya masih tegas dan enggan mengizinkan.

    Posted on December 16, 2011 8:18 PM

     
  117. Azmah Nordin Said,

    (biarpun hatinya berat kpd - ?)Husna dan adik-beradiknya (terpaksa) bersekolah seperti biasa di pagi Isnin 4hb Oktober 1971. Setelah menyediakan sarapan pagi, Husna bertolak ke sekolah. Semasa perjalanan itu dia cuba mencari jawapan macamana ikan puyu yang ibunya pelihara dalam balang kaca bulat itu hilang begitu sahaja. Semasa Husna hendak bersembahyang Subuh pukul 5.45 pagi, dia terpandang ikan puyu itu dah hilang. Tiada percikan air, balang tak pecah, kucing pun tak ada di rumahnya. Hairan. Apakah ini satu pentanda?

    Jam 9.00 pagi Husna dipanggil keluar oleh Guru Besarnya dari kelasnya. Husna terpinga-pinga. Perasaannya berkecamuk dan bimbang (tidak keruan. dia terbayang apa?). Di luar kelas kelihatan Abang sulongnya menunggu. Muka abangnya muram dan sedih.

    “Husna, Mak kita dah tak ada lagi…jam 5.45 pagi tadi Mak dah kembali ke Rahmatullah.” Kamaruddin, abang sulong memberitahunya dengan sayu, (dan apabila) Husna terus menangis hiba.“Mari kita balik kampong sekarang ya…”

    Husna masih menangis sayu. Abangnya menepuk-nepuk lembut bahu Husna seakan memujuk.
    Setelah mengucapkan terima kasih pada Guru Besar, mereka beredar menaiki kereta balik ke kampong. Sesampai di Kampong Muda, Slim Village rumah Pak Long, Husna terus naik rumah untuk menemui arwah ibunya. Husna menangis teresak-esak memanggil ibunya.

    “Husna, tak baik menangis macam tu… bersabarlah... bertawakallah.. Allah lebih menyayangi mak mu… bawa bertenang!” pujuk Mak Long pada Husna.

    (bertungkus-lumus) Husna cuba menenangkan hatinya, dia mengucap dua kalimah shahadah berkali-kali.

    Posted on December 16, 2011 8:25 PM

     
  118. Azmah Nordin Said,

    (pernafasan, misalnya, dia menghela nafas dalam2, mencari kekuatan dlm dirinya, dll) Husna (di mana dia sekarang) merasakan tanggung-jawabnya lebih berat kini kerana kena menguruskan hal rumahtangga seperti memasak, membasuh, menggosok baju dan sebagainya di samping terus bersekolah. Itulah pengorbanan ikhlasnya sebagai mengambil alih tugas arwah ibunya kerana Husna sayangkan ayah dan adik-beradiknya lebih-lebih lagi ketiga-tiga adik lelakinya masih kecil masa itu. Husna juga faham yang ayahnya perlu bekerja untuk menyara mereka semua. Abang-abang Husna ada juga membantu tapi mereka bakal menduduki pepereksaan LCE dan MCE ketika itu. Husna tidak pernah lupa janjinya pada arwah ibunya untuk menjaga ayah dan adik-beradiknya seadanya sekiranya ibunya tidak dapat diselamatkan lagi. Husna pasrah dan redha segalanya ketentuan Allah SWT yang memberi dugaan pada hambaNya. Bagi Husna, pengorbanan dan kasih-sayang ibunya Humaira pada suami dan anak-anaknya lebih-lebih lagi Husna sendiri tiada tolok bandingan dan tiada gantinya. Semua itu menginsafkannya betapa besarnya pengorbanan seorang ibu walaupun dia berpenyakit kronik sehingga tidak dapat diselamatkan lagi masih mahu membahagiakan keluarganya dalam kesakitannya.

    (kat sini, gmbarkan tiba2 adik beradik dia dtg, dgn wajah serius - atas kesedaran diri, menawar diri utk membahagi2kan tugas di rumah.

    gmbarkan perasaan husna terharu dgn perubahan sikap adik beradiknya yg tidak mahu masalah kesihatan yg sama menyerang husna pula.

    ___________________________-

    sitihajar, semasa melakukan pembaikan kelak, seragamkan. jika dr mula sebut `ibu,' maka utk keseluruhan cerpen mesti sebut `ibu' saja, begitu juga `bapa'.

    itu je sitihajar, gigih terus k

    Posted on December 16, 2011 8:37 PM

     
  119. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Salam Sifu Az, Sis Aini & cikgu Razak. Semoga sihat sejahtera semua. Sifu Az, saya dah tgk komen Sifu dlm thread draft cerpen ke2 saya. Harap beri saya sedikit waktu untuk buat pembetulan. InsyaAllah saya akan post kan olahan semula draft cerpen itu secepat mungkin. Terima kasih.

    Posted on December 19, 2011 11:23 AM

     
  120. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    As Salam Sifu Az, Sis Aini & Cikgu Razak..Lama saya x post kat sini & thread. Harap maaf, masih mengolah semula draft cerpen ke2 tu..& baru2 ni agak sibuk dgn hal keluarga & kenduri kahwin.
    InsyaAllah saya akan cuba postkan selewat2nya sebelum hari Ahad ini..

    Posted on December 29, 2011 10:52 PM

     
  121. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Assalamualaikum Sifu Az & Sis Aini, saya nak post kan draft cerpen ke2 saya hari ini. Semoga Sifu2 dpt beri komen & pandangan selanjutnya.

    Judul cerpen: AMANAT IBU

    1. “Husna, tak baik menangis macam tu…bersabarlah, nak... bertawakallah... Allah lebih menyayangi ibumu... bawa bertenang!” pujukan bernada tegas Mak Long terngiang-ngiang lagi di telinga Husna.

    Husna masih menangis teresak-esak. Kedengaran pernafasannya tersekat-sekat dek tangisan hibanya. Husna cuba menenangkan hatinya. Berkali-kali jugalah dia mengucap dua kalimah shahadah namun Husna amat sedar, suka tidak suka, dia terpaksa akur dan percaya pada ajal, maut dan takdir semuanya dari Allah Taala. Terkenang bagaimana setelah jenazah dikebumikan dan upacara pembacaan Talkin dan doa jenazah selesai, semua orang, keluarga dan sanak saudara meninggalkan perkuburan itu setelah mengucapkan takziah dan memberi sokongan supaya sabar dan tabah dengan dugaan Allah, dia terus duduk berteleku di pusara yang masih merah tanahnya itu bersama-sama ayahnya. Sedih dan kesalnya tidak terhingga.
    Sedetik itu dengan suara yang serak oleh tekanan perasaan hiba, hampa dan kesalnya Husna membaca surah Yasin dan kemudian menyiram air-mawar ke kubur ibunya. Tangisannya kian berterusan biarpun ayahnya memujuknya tanpa jemu.
    “Mak..mengapa mak mesti pergi meninggalkan kami lebih-lebih lagi adik-adik yang masih kecil. Seandainya aku boleh ubah masa..seandainya kami tahu..tak akan kami biarkan Mak bertungkus-lumus mengorbankan diri bertungkus-lumus membesarkan kami walaupun mak sakit” bisekan kekesalan hati Husna.

    “Sudahlah Husna, jangan sedih macam ini..relakan Mak pergi nak..Kita kena redha dengan ketentuan Allah SWT..Allah sayang mak..” pujukan ayah Husna menyedarkan lamunannya. Mereka sama-sama berjalan pulang ke rumah Mak Long.

    Keesokan paginya rumah Mak Long didatangi sanak-saudara yang ingin membantu untuk membuat kenduri arwah. Cuaca pagi tu agak cerah. Udara sekeliling agak sejuk. Rumah Mak Long dan Pak Long didirikan atas tanah berbukit. Kawasan rumah Mak Long dikelilingi pohon-pohon getah dan buah-buahan seperti pohon durian, rambutan, manggis dan pulasan. Jam di dinding menunjukkan pukul 9 pagi. Kedengaran bunyi burung-burung berterbangan dan beberapa ekor ibu ayam dan anak-anaknya terkais-kais tanah mencari makanan. Husna berada di dapur sedang mengesat pinggan-mangkuk yang telah dibasuh malam tadi.

    “Husna, abah dan abang-abangmu nak ke Pekan beli barangan-barangan untuk kenduri arwah tengahhari ni. Husna tolong tengok-tengokkan adik-adik dan bantu Mak Long di dapur..Ok! Bapa Husna menepuk-nepuk lembut bahu Husna.

    Posted on January 5, 2012 4:22 PM

     
  122. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    2. “Baik..Abah!” Husna bersuara perlahan. Menerusi tingkap rumah Mak Long, Husna terpandang adik-adiknya Salleh dan Zainal sedang mengumpulkan kayu-kayu api dan Mohd Noor pula sedang menyapu sampah. Mereka baru sahaja bersarapan pagi. Mungkin bapa Husna sudah pesan mereka supaya mengerjakan semua itu.

    Husna dapat merasakan semua adik-beradiknya masih sedih dan bermuram dengan kejadian yang menimpa mereka walaupun mereka tidak menangis-hiba seperti Husna. Zainal adik bongsu Husna yang berumur 6 tahun itu, masih kecil tapi dia faham apa yang terjadi. Tanpa disedari airmata Husna menitis lagi bila mengenangkan nasib mereka ditinggalkan ibu mereka. Husna membayangkan macam mana hidup nanti tanpa ibu mereka disisi.

    Setelah selesai kenduri arwah tengah hari itu, Husna dan keluarganya bersiap-siap untuk balik ke Kuala Lumpur. Husna dan keluarga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada keluarga Mak Long dan Pak Long kerana membenarkan mereka bermalam dan sama-sama menguruskan pengkebumian arwah ibu dan kenduri arwah. Mereka sekeluarga singgah ke pusara ibu mereka sebelum meneruskan perjalanan.
    “Selamat tinggal mak...” lirih hati Husna, tersendu kepiluan, hiba tapi pasrah dan redha ketika mereka terpaksa pulang ke Kuala Lumpur selepas 2 hari di kampung.

    Selepas setengah jam perjalanan ke Kuala Lumpur, barulah mereka bersuara memecah suasana sunyi sepi sebelum itu.
    “Abah..nanti kita balik lagi ke kampong ziarah kubur mak ya..” harapan Husna.
    “InsyaAllah..nanti kita balik bila abah dapat cuti lagi”, janji bapa Husna yang sedang memandu dengan berhati-hati. Mereka baru sahaja melepasi Tol Tanjung Malim.
    “Adik-adik semua jangan nakal tau..ingat pesan mak, kena belajar rajin-rajin!! Husna memberitahu.

    Kelihatan adik-adik Husna mengangguk-angguk. Abang-abang Husna yang menaiki kereta sewa mengekori kenderaan bapa mereka. Husna dan adik-beradiknya berjanji untuk terus belajar dengan bersungguh-sunguh agar tercapai cita-cita mereka sepertimana yang selalu diharapkan dan didoakan oleh arwah ibu mereka.

    Sepanjang malam Husna tak dapat tidur. Gambaran wajah arwah ibunya, Humaira Salleh, memenuhi ruang mata fikirnya. Teringat dia akan saat-saat manis ketika bersama ibunya dahulu. Sesungguhnya, sebagai satu-satunya anak perempuan, Husna berasa amat bertuah kerana dia amat disayangi dan dimanjai oleh ibunya. Ibu menterjemahkan kasih sayangnya dengan berkorban tenaga dan masa untuk membuat semua kerja rumah sementara Husna cuma disarankan agar menolong membasuh pinggan dan menyapu sampah sahaja.

    Posted on January 5, 2012 4:23 PM

     
  123. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    3. Ibu selalu menyuruhnya belajar dengan tekun dan memberi sepenuh semangat untuk Husna berjaya dalam hidupnya. Husna teringat kata-kata ibunya.
    “Jangan jadikan alasan kemiskinan nak berhenti belajar. Mak hendak semua anak-anak mak berjaya macam orang lain. Jikalau kita mempunyai pelajaran, semua orang akan hormati kita. Anak-anak harus terus belajar. Mak dan abah akan usahakan supaya anak-anak terus dapat belajar ke peringkat lebih tinggi dan berjaya dalam kerjaya masing-masing suatu hari nanti. Jangan putus semangat dan mengalah dengan kesempitan hidup kita”

    Bagaimanapun jauh di lubuk hatinya, memang ada kekesalan di hati Husna kerana membiarkan ibunya bertungkus lumus mengerjakan kerja-kerja rumah yang banyak sendirian, sekali gus terpaksa mengelolakan enam anak-anak lelaki, seorang perempuan, di samping suaminya (yakni bapa Husna).

    Husna mengesak lagi. Mengenang kembali semasa umurnya 11 tahun dalam darjah 5, Husna perlu mengambil kelas tambahan di sekolahnya tiap-tiap hari Sabtu. Semua murid-murid akan datang ke kelas itu dibenarkan berpakaian biasa tanpa pakaian seragam sekolah. Pakaian-pakaian mereka selalunya cantik-cantik dan mahal-mahal belaka. Husna malu juga kerana asyik pakai baju yang sama dan agak lusuh tiap kali ke sana.

    “Mak…bolehlah buatkan satu baju untuk Husna. Husna malulah asyik pakai baju T-Shirt lusuh bila ke sekolah pada hari Sabtu tu” renyek Husna pada ibunya sambil memeluk kemas ibunya dan berharap dapat pakai sesuatu yang baru.

    Ibu Husna tersenyum dan mengangguk tanda setuju. Walaupun dalam keletihan, ibunya pun menjahitkan satu baju gaun batik berbunga ros warna merah darah untuknya. Ada tali dipinggangnya untuk diikat buat reben. Setelah siap Husna mencuba memakainya dan melihat dirinya di depan cermin besar. Husna terlalu gembira, bangga dan mencium ibunya tanda sayang yang tak terhingga.

    “Terima kasih Mak, I love you…Husna akan belajar lebih tekun lagi” Husna memeluk ibunya kemas. Husna teruja sekali untuk memakainya pada hari Sabtu depan. Dipadankan dengan memakai sepatu hitam pemberian kakak angkatnya Hanum Wee Abdullah seorang muaalaf yang tinggal berdekatan rumah mereka. Kak Hanum berbangsa cina berkahwin dengan Abang Faisal mempunyai seorang anak perempuan kecil. Husna selalu juga bertandang ke rumah mereka untuk bermain dengan anak perempuan mereka yang comel.

    Posted on January 5, 2012 4:23 PM

     
  124. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    4.“Cantik baju Husna!” tegur Cikgu Norhayati pada Husna pagi Sabtu itu.
    “Oh…Terima kasih Cikgu…Mak saya yang jahit sendiri,” jelas husna - bangga dengan hasil kerja ibunya.
    “Tapi kata mak Husna sakit, betul ke?” soal Cikgu Norhayati lagi.
    “Benar tapi sekarang dah agak sembuh… mak perlu pergi ke hospital tiap-tiap bulan.”

    Selama hampir 2 tahun itu Ibu Husna selalu berulang-alik ke hospital. Ibu Husna selalu pening-pening dan muntah-muntah. Bapa Husna yang akan menghantarnya ke sana. Pada suatu hari di akhir bulan September 1971, satu peristiwa cemas berlaku. Ibu Husna dimasukkan ke wad di Hospital Besar Kuala Lumpur. Ibu Husna setelah jatuh pengsan semasa sedang menyapu sampah-sampah yang terperangkap di dalam longkang berdekatan rumah sewa mereka!
    “Ya..Allah..pulihkanlah kesihatan mak...Kalau lah Husna ada di rumah masa kejadian itu (Husna telah pergi mengulang-kaji pelajarannya di rumah kawan baiknya di Kg Keramat Dalam), tentu kerja menyapu tu Husna yang buat. Mak pula tak nak duduk diam, nak buat juga walaupun mak tak berapa sihat…” bisek hati Husna menyesali apa yang menimpa ibunya. Husna rasa amat sedih dan bersalah sekali.

    Tiap-tiap hari waktu petang Husna akan menziarahi ibunya di hospital. Alangkah terperanjatnya husna apabila doktor yang merawat ibunya, mengesahkan ibu Husna sakit bengkak hati dan demam kuning!

    Menurut kata doktor lagi kerosakan hati boleh membawa kepada penyakit kuning. Hospital tidak mempunyai ubat bagi penyakit ini. Simpton penyakit ini pada peringkat awal, kekuningan dapat dikesan pada bahagian mata putih. Abdomen akan bengkak dan keras, secara terperinci bengkak ini kerana hati yang terletak di kedudukan tersebut telah bengkak dan keras. Tambah doktor lagi muka atau keseluruhan badan sembab atau bengkak seperti mengandungi lebihan air di bawah kulit terutama sekali waktu bangun tidur.

    “Penyakit ini mengikut perubatan doktor dan hospital masih tidak ada ubatnya, rawatan yang dilakukan adalah melalui pembedahan pemindahan hati oleh penderma hati” kata-kata akhir penerangan dari Doktor Ubaidah, pakar penyakit kronik.

    Posted on January 5, 2012 4:24 PM

     
  125. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    5. Husna mula merasakan dia bersalah membiarkan ibunya terusan menguruskan rumah-tangga tanpa membantunya dengan lebih banyak. - buat monolog hidup dlm bentuk soalan, buat beberapa soalan ttg dia mencari punca dari mana silapnya hingga ibunynya menghidapi penyakit yg sedahsyat itu)

    Pada tanggal 1hb Oktober 1971, Husna sedang menyuap makanan pada ibunya di katil wad Hospital Besar KL sambil berbual-bual mesra. Adik-beradiknya yang lain ada bersama.

    “Mak, boleh tak esok Husna pergi mewakili sekolah ke jemputan jamuan Hari Kanak-Kanak Sedunia di salah sebuah rumah Menteri Kerajaan kita” Husna meminta izin. Husna adalah salah seorang dari 2 orang pelajar yang dipilih oleh Guru Besarnya untuk mewakili Sekolah Kebangsaan Dato Keramat 2 bersama beratus-ratus wakil pelajar dari Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah seluruh Malaysia. Husna berasa bangga dan teruja.
    “Pergilah… tak apa… Abah kan ada selalu… pergilah!” (ujar) ibunya, (membenarkan - ini tak payah, sbb dlm dialog dah ckp. tmbh; lembut? lemah? dll).
    “Tapi…Husna tak dapat tengok mak di sini esok.”
    “Tak apa….Mak OK saja…pergilah” IbuHusna memujuk sambil membelai rambut Husna.
    “Tapi!!”
    “Tak apa… tapi ingat ye tolong sediakan makan minum Abah dan adik-beradik lain bila Husna ada masa. Jangan lupa belajar ye...” pesan ibunya.
    “Mak jangan bimbang…Husna akan buat semua kerja rumah. Jangan lupa makan ubat dan semoga mak cepat sembuh” Husna memeluk erat sambil mencium ibunya dan berjanji akan datang keesokkan harinya.
    Diperhatikannya ibunya ketika berehat petang sambil ditemani ayahnya. Ibunya kelihatan tersenyum lembut dan seolah-olah bersyukur kerana dapat menyakinkan suaminya yang membenarkan Husna terus belajar ke peringkat sekolah menengah. Husna teringat kembali bagaimana pada suatu ketika dahulu, Husna mendapat peluang menyambungkan persekolahannya ke Sekolah Menengah Penghantaran Bahasa Inggeris oleh pihak Sekolah Rendahnya. Husna sangat gembira dan bersyukur tidak terhingga kerana dianggap seorang pelajar yang paling pintar di sekolahnya.
    “Pasti ini kerana dia sering mendapat tempat pertama dalam setiap peperiksaan akhir kesemua kelas-kelas yang didudukinya” fikir Husna.
    “Agaknya Sekolah memberi peluang ini kerana aku boleh bertutur dan memahami Bahasa Inggeris dengan fasih? Adakah kerana aku boleh memterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dengan lancar dan betul? Husna menyoal dirinya sendiri.
    Apa-apa pun Husna sentiasa bersyukur pada Allah Taala memberi dia keistimewaan memahami Bahasa Inggeris dengan mudah.

    Posted on January 5, 2012 4:25 PM

     
  126. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    6. Husna masih ingat lagi begitu lantang dan jelasnya Bapa Husna membangkang harapan ibunya.
    “Abang tak bersetuju Husna sambung sekolah menengah tu…bukannya apa anak perempuan tidak perlu bersekolah tinggi kerana akhirnya tempat dia hanya di dapur juga” pendapat bapanya.

    “Alhamdulillah…” bisik hati husna, bersyukur tidak terhingga-hingga. Ternyata ibu Husna tidak setuju sekali pendapat bapa Husna lalu memujuknya membenarkan Husna menerima tawaran Sekolahnya itu. Bertambah pula Husna akan menerima biasiswa kewangan untuk sepanjang persekolahan hingga ke Tingkatan 5. Jelasnya ibu Husna tidak mahu dan rela anak-anaknya lebih-lebih lagi yang seorang perempuan itu mengikut jejaknya hanya bersekolah tahaf sekolah rendah sahaja. Kabarnya ibu Husna tidak pernah berpeluang melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah. Setelah tamat Darjah Enam, ibu Husna dan kakaknya bekerja sebagai penoreh getah di kebun keluarga mereka di Slim Village sehinggalah dia dilamar bapa Husna ketika usia ibunya 15 tahun. Ibunya seterusnya menjadi surirumah-tangga sepenuh masa dan mengikut suaminya Pak Othman seorang Polis Kawad ke mana sahaja dia diarahkan pindah tempat bekerja. Kuala Lumpur ialah destinasi terakhir di mana Pak Othman dipindahkan selepas pernah tinggal di Kampar, Bidur, Sungkai dan Tapah sebelum itu.

    Husna sedar ibunya seboleh-boleh tidak mahu Husna yang dilahirkan kurang sempurna dari abang-abang dan adik-adiknya merasa tersisih atau terpinggir jika dia diberhentikan sekolah setakat sekolah rendah. Barangkali ibu Husna sering teringat suatu ketika menceritakan pada Husna semasa dia mengandungkan Husna.

    Menurut cerita ibunya tatkala itu, ibunya dan bapanya berada di kebun berdekatan rumah mereka di Tapah. Suaminya sedang mengail ikan di sebuah mata air di situ. Tiba-tiba joran kail kecilnya seperti ditarik-tarik sesuatu. Apabila suaminya cuba mengangkatnya ke atas, ibu Husna ternampak kura-kura kecil menghempas pulas hendak melepaskan dirinya dan mulutnya tersangkut di mata kail. Bapanya cuba melepaskannya dengan menggoncang-goncangkan kailnya dan kura-kura itu pun terlepas tetapi mulutnya telah terkoyak sedikit dan berdarah. Kura-kura itu terus masuk ke dalam mata air dan tidak timbul-timbul lagi.

    “Kesian kura-kura tu, ya Abang. Entahlah, kata orang kalau kita mengandung…jangan menganiaya haiwan, nanti tentu ada musibah terjadi” mungkin begitulah emak Husna meluahkan kebimbangannya. Emak Husna semasa itu mengandungkan Husna. Kandungannya berusia 7 bulan.

    “Tetapi kita tidak sengaja pun..secara kebetulan kura-kura itu terkena kail kita..jangan fikir yang bukan-bukan!” Bapanya menenangkan ibunya.

    Posted on January 5, 2012 4:26 PM

     
  127. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    7. Sedihnya hati Husna setiap kali mengingati cerita ibunya itu. Terbukti, kebimbangan ibunya menjadi kenyataan. Apabila Husna dilahirkan sumbing di bibirnya, ibunya percaya bahawa ini semua sudah takdir Allah Taala. Ibu dan bapa Husna menerimanya dengan hati yang tabah dan redha akan segalanya. Bagi Husna pula, dia juga menerimanya dengan hati yang tabah dan redha ketentuan Allah SWT.

    Seperti janjinya, keesokkan hari selepas sekolah Husna terus bergegas ke hospital untuk menemui ibunya. Terpandang ibunya terbaring lesu di katil dan bapanya yang agak cemas, Husna tertanya-tanya. Jantungnya berdegup kencang, nafasnya sesak, hatinya berdetak berat dan seribu macam persoalan ada dalam kepalanya. Wajah bapanya amat suram.

    “Kenapa Abah…Mak macam mana?”
    “Entahlah Husna… Mak dah tak boleh cakap lagi…Mak mu kena kancing gigi…” bapanya memberitahu.

    Dengan hati yang sedih dan terkejut menerima berita itu, Husna memeluk erat sambil memanggil-manggil lembut ibunya. Benar ibunya tak boleh buka mulut untuk berkata-kata. Kaki-kakinya kelihatan amat bengkak. Ibunya tak boleh bangun. Husna menangis agak kuat. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Wajah ibu amat pucat dan lesi. Tapi dari ketabahan hati ibu yang menanggung seksa sakitnya, ibu Husna masih cuba menggerakkan tangannya membelai-belai rambut Husna yang panjang sambil memberi bahasa isyarat seakan-akan memujuk Husna berhenti menangis. Husna tak sanggup melihat ibunya lantas dia lari keluar wad ke beranda hospital. Tangisannya lagi kuat. Kesal hatinya tak dapat menemani ibunya semalam.

    Bapa Husna membiarkan Husna menangis sendirian. Pasti bapanya memikirkan bahawa Husna akan dapat mengawal kesedihan sebentar lagi. Mungkin bapanya telah maklum akan masalah yang bakal dihadapi oleh isterinya. Sejak awal ibu Husna disahkan mengidap bengkak hati, doktor telah memberitahu mereka sekeluarga tentang penyakit itu.

    Husna masih ingat lagi pengesahan dan penerangan Doktor pakar yang merawat ibunya pada hari pertama ibunya dimasukkan ke hospital. Menurut kata doktor lagi kerosakan hati boleh membawa kepada penyakit kuning. Hospital tidak mempunyai ubat bagi penyakit ini. Simpton penyakit ini pada peringkat awal, kekuningan dapat dikesan pada bahagian mata putih. Abdomen akan bengkak dan keras, secara terperinci bengkak ini kerana hati yang terletak di kedudukan tersebut telah bengkak dan keras. Tambah doktor lagi muka atau keseluruhan badan sembab atau bengkak seperti mengandungi lebihan air di bawah kulit terutama sekali waktu bangun tidur.

    Posted on January 5, 2012 4:27 PM

     
  128. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    8. Kali ini Doktor Ubaidah yang merawat ibunya memberitahu langkah-langkah akhir yang perlu di ambil untuk menyelamatkan ibu Husna. Mata husna terkebil-kebil mendengarkan penjelasan doktor pakar itu. Husna dan bapanya memandang satu sama lain dengan wajah yang cemas dan tertanya-tanya.
    “Disebabkan virus cancer hatinya dah merebak dan hempedu di badan Puan Humairah telah pecah dan air yang banyak telah mengembang ke dalam kakinya, kami menyarankan kedua-dua kaki puan perlu dibedah dan dipotong untuk menyelamatkannya” Doktor Ubaidah memberitahu. Husna dan bapanya terkejut dengan berita gempar itu.
    “Perlu dibedah dan dipotong? ya, Tuhan!” jerit Husna, airmatanya terus mengalir tanpa henti.
    “Itulah sahaja kaedah terakhir dan harapan kami untuk menyelamatkan nyawa ibu awak”, tegas doktor pakar itu lagi. Tapi ibu tak mahu dibedah dan kehilangan kaki-kakinya. Ibu Husna pasrah. Bapa dan semua ahli keluarganya amat sedih. Bapanya mahu mengikut cadangan doktor tetapi ibunya masih tegas dan enggan mengizinkan. Doktor tak dapat memaksa dan buat apa-apa kerana pesakitnya tidak membenarkan pembedahannya. Petang itu juga ibu dikeluarkan dari wad hospital dan bapanya membawa ibu Husna balik ke kampong untuk berubat pula.

    Biarpun hatinya berat memikirkan kesihatan ibunya di kampong, Husna dan adik-beradiknya terpaksa bersekolah seperti biasa di pagi Isnin 4hb Oktober 1971. Setelah menyediakan dan selesai sarapan pagi, Husna dan adik-adiknya bertolak ke sekolah masing-masing. Semasa perjalanan itu dia cuba mencari jawapan macamana ikan puyu yang ibunya pelihara dalam balang kaca bulat itu hilang begitu sahaja. Semasa Husna hendak bersembahyang Subuh pukul 5.45 pagi, dia terpandang ikan puyu itu dah hilang. Tiada percikan air, balang tak pecah, kucing pun tak ada di rumahnya. Hairan. Apakah ini satu pentanda?

    Jam 9.00 pagi Husna dipanggil keluar oleh Guru Besarnya dari kelasnya. Husna terpinga-pinga. Perasaannya berkecamuk dan bimbang tidak keruan. Dia terbayang ibunya yang dalam kesakitan. Di luar kelas kelihatan Abang sulongnya menunggu. Muka abangnya muram dan sedih.

    “Husna, Mak kita dah tak ada lagi…jam 5.45 pagi tadi Mak dah kembali ke Rahmatullah.” Kamaruddin, abang sulong memberitahunya dengan sayu, dan apabila Husna terus menangis hiba.“Mari kita balik kampong sekarang ya…” abangnya mengarahkan.

    Husna masih menangis sayu. Abangnya menepuk-nepuk lembut bahu Husna seakan memujuk.
    Setelah mengucapkan terima kasih pada Guru Besar, mereka beredar menaiki kereta balik ke kampong. Sesampai di Kampong Muda, Slim Village rumah Pak Long, Husna terus naik rumah untuk menemui arwah ibunya. Husna menangis teresak-esak memanggil ibunya.

    Posted on January 5, 2012 4:27 PM

     
  129. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    9. “Husna, tak baik menangis macam tu… bersabarlah... bertawakallah.. Allah lebih menyayangi mak mu… bawa bertenang!” pujuk Mak Long pada Husna.
    Bertungkus-lumus Husna cuba menenangkan hatinya, dia mengucap dua kalimah shahadah berkali-kali.
    “Husna…Husna…Husna! Buat apa tu? Tak tidor lagi ke? Esok kan sekolah, kena bangun awal..” panggilan bapa Husna menyedarkan dia dari lamunannya. Jam dinding rumah menunjukkan pukul 2.00 pagi.
    “Ya abah, Husna nak masuk tidorlah ini..Selamat malam abah..Assalamualaikum..” Husna bersuara perlahan.
    Husna menghela nafas dalam-dalam, mencari kekuatan dalam dirinya. Husna merasa kehilangan. Namun Husna pasrah. Husna merasakan tanggung-jawabnya lebih berat kini kerana kena menguruskan hal rumahtangga seperti memasak, membasuh, menggosok baju dan sebagainya di samping terus bersekolah. Itulah pengorbanan ikhlasnya sebagai mengambil alih tugas arwah ibunya kerana Husna sayangkan ayah dan adik-beradiknya lebih-lebih lagi ketiga-tiga adik lelakinya masih kecil masa itu. Husna juga faham yang ayahnya perlu bekerja untuk menyara mereka semua. Abang-abang Husna ada juga membantu tapi mereka bakal menduduki pepereksaan LCE dan MCE ketika itu. Husna tidak pernah lupa janjinya pada arwah ibunya untuk menjaga ayah dan adik-beradiknya seadanya sekiranya ibunya tidak dapat diselamatkan lagi. Husna pasrah dan redha segalanya ketentuan Allah SWT yang memberi dugaan pada hambaNya. Bagi Husna, pengorbanan dan kasih-sayang ibunya Humaira pada suami dan anak-anaknya lebih-lebih lagi Husna sendiri tiada tolok bandingan dan tiada gantinya. Semua itu menginsafkannya betapa besarnya pengorbanan seorang ibu walaupun dia berpenyakit kronik sehingga tidak dapat diselamatkan lagi masih mahu membahagiakan keluarganya dalam kesakitannya.

    Sedang Husna mengelamun seorang diri, tiba-tiba adik beradik Husna datang menghampirinya dengan wajah serius. Atas kesedaran diri masing-masing, mereka menawar diri untuk membahagi-bahagikan tugas di rumah.
    “Kita akan sama-sama bantu-membantu dalam kerja rumah ni..OK! serentak adik-beradik Husna memberitahu.
    Husna terharu dengan perubahan sikap adik beradiknya yang tidak mahu masalah kesihatan yang sama menyerang Husna pula. Mereka tersenyum dalam tangisan. Segala amanat ibu akan mereka tunaikan..InsyaAllah.
    “Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ibu dan menempatkan ibu di kalangan orang-orang yang beriman” doa Husna.

    TAMAT

    Posted on January 5, 2012 4:28 PM

     
  130. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Terima kasih banyak2 Sifu Az, Sis Aini & Cikgu Razak. Banyak lagi yg perlu saya belajar & perbaiki penulisan saya ini. Hanya Allah yg dpt membalas jasa baik Sifu Az, Sis Aini & Cikgu Razak dalam membimbing saya untuk menjadi seorg penulis sebenar. InsyaAllah.

    Posted on January 5, 2012 4:31 PM

     
  131. Azmah Nordin Said,

    sama2 sitihajar :)

    saya dah baca pembaikan yg ada buat kat atas tu, komen saya; sempurna! tahniah!

    cuma ada sedikit je lagi pembaikan yg perlu anda buat di komputer sendiri, sebelum usahakan kary aanda ini dihantar kpd pihak penerbit, Mingguan Wanita pun sesuai sgt tu.:

    1. “Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ibu dan menempatkan ibu di kalangan orang-orang yang beriman (?)” doa Husna. per

    ((perlu ada tanda baca penutup dialog (") di sini, sama ada {,.!? dll) ada byk kesilapan format penulisan yg sama kat atas tu

    2. bangsa cina = bangsa menunjukkan negara asal orgnya, jika dia rakyat malaysia, kita sebut dia sebagai `bangsa malaysia.

    jadi, yang betul; bangsa cina = kaum cina

    3. bisek - ejaan yg betul = bisik

    4. ejaan nama husna mesti dimulakan dgn capital letter

    5. Husna mula merasakan dia bersalah membiarkan ibunya terusan menguruskan rumah-tangga tanpa membantunya dengan lebih banyak. - buat monolog hidup dlm bentuk soalan, buat beberapa soalan ttg dia mencari punca dari mana silapnya hingga ibunynya menghidapi penyakit yg sedahsyat itu)

    (masih ada beberapa komen saya kat atas tu yg perlu didelete)

    6. “Itulah sahaja kaedah terakhir dan harapan kami untuk menyelamatkan nyawa ibu awak”, tegas doktor pakar itu lagi. Tapi ibu tak mahu dibedah dan kehilangan kaki-kakinya. Ibu Husna pasrah. Bapa dan semua ahli keluarganya amat sedih.

    (tiada tanda baca sebelum tanda baca penutup dialog. tidak perlu ada tanda baca koma selepas menggunakan tanda baca penutup dialog (")

    seharusnya begini;

    “Itulah sahaja kaedah terakhir dan harapan kami untuk menyelamatkan nyawa ibu awak,” tegas doktor pakar itu lagi. Tapi ibu tak mahu dibedah dan kehilangan kaki-kakinya. Ibu Husna pasrah. Bapa dan semua ahli keluarganya amat sedih.

    itu je sitihajar :) gigih terus k

    Posted on January 6, 2012 3:32 PM

     
  132. sitihajar.vemmabiz.blogspot Said,

    Assalamualaikum Sifu Az, terima kasih atas komen & bimbingan Sifu Az. Saya dah buat pembetulan, perlukah saya post kan balik draft ni atau terus hantar pd pihak Mingguan Wanita?

    Posted on January 9, 2012 3:46 AM

     

Post a Comment

featured-video