.

Photobucket

.

.

Sastera Sabah Sudah Mati?

Monday, June 06, 2011 Posted by Azmah Nordin
(Sdr.2 sekalian :) bersama ini ingin saya kongsikan artikel terbaru saya yang sudah terbit di WADAH, DBP Sabah.)

Benarkah Sastera Sabah mati? Soalan ini pernah hangat di persada sastera Sabah, baru-baru ini. Saya ada dua jawapan untuk soalan ini;

Jawapan pertama;



Tidak, Sastera Negeri Sabah tidak mati, namun saya rasakan Sastera Sabah mengalami kecederaan parah jiwanya akibat darpada kurang dihargai dalam masyarakat kontemporari. Bolehkah kecederaan sembuh dengan sendirinya, jika kian hari kita kian boleh disogokkan dengan gambaran bagaimana hampir semua kedai-kedai buku di mana-mana pun, dipenuhi dengan karya-karya picisan. Sedangkan karya-karya sastera bermutu tinggi bagaikan tidak pernah layak untuk bersaing dalam pasaran dengan karya-karya picisan, di kedai-kedai buku seperti ini.

Kemudiannya, ada pula yang mengatakan bahawa karya-karya sastera, terutama sekali novel, terlalu mahal dan tidak mampu dibeli oleh masyarakat golongan kelas bawahan dan menengah. Dengan kerjaya hakiki yang menuntut setiap fokus dan masa mereka, membaca dan menulis adalah sesuatu yang terlalu `mewah’ dan tidak mampu mereka miliki. Saya tak tahu sama ada mahu menyetujuinya ataupun tidak. Yang pasti, semua orang tidak tahu; perkataan `mewah’ itu selalunya dikaitkan sesuatu yang bersifat kebendaan seperti kereta, makanan, penginapan, perjalanan dan seumpamanya. Dan, lazimnya, benda-benda mewah ini hanya mampu dibeli oleh mereka dari golongan kelas elit saja.

Anehnya, jika ini benar, mengapa mereka dari golongan kelas elit ini, kebanyakannya cenderung menjauhi karya-karya sastera dalam bahasa Melayu. Mereka beli juga karya-karya sastera, tetapi dalam bahasa Inggeris – tapi bukan untuk dibaca, sebaliknya untuk dijadikan perhiasan di kabinet2 buku mereka, untuk menunjukkan mereka hebat, mampu menelaah karya-karya dunia, konon! Jadi, ini tentunya bukan soal wang bagi golongan kelas elit ini, bukan?

“Mana kami ada masa mau berjam-jam duduk membacanya begitu?” rintih masyarakat kelas bawahan yang merungut akan ketidak-mampuan mereka membeli karya sastera. Uina! Mau beli makanan dan bayar sewa rumahpun, kami sudah hampir putus nafas, bagaimana mahu beli buku karya sastera?”

“HIsy, karya puisi, cerpen ataupun novel begitu kompleks untuk difahami, begitu membosankan, hanya sesuai dibaca oleh si kaki buku saja. Lebih senang baca buku picisan thriller biar lebih 600 ms drpd membaca novel sastera. Lebih menghiburkan.”kata masyarakat kelas menengah pula, acuh tak acuh.

Terkejut tidak anda, jika mendengar pengungkapan sesinis itu. Padahal, pada hakikatnya, sastera bukan diwujudkan hanya sebagai tulisan yang mempunyai gaya bahasa yang indah dan menarik saja. Sastera adalah sebuah ekspresi manusia yang disampaikan dengan menggunakan bahasa yang dikuasai sebagai wadah; ia begitu penting kerana berguna untuk menggambarkan kewujudan manusia dan bermutu.tinggi. Sastera adalah pengembangan daya jangkau pemikiran/perenungan untuk memahami kehidupan dan seluruh fenomenanya, pencarian jiwa dan batin terhadap pelbagai makna, pengembaraan, pengutaraan pengalaman antara manusia dengan manusia, antara manusia dengan alam, antara manusia dengan Tuhan Yang Maha Esa. Sastera bukan sekadar sebuah cerita yang padat dengan pelbagai bentuk symbol, ungkapan dan permaian gaya bahasa, sebaliknya ia adalah ilmu adalah ilmu yang mampu mengenal pasti sikap, pilihan sudut pandangan dalam menelusuri kehidupan dan menterjemahkan pelbagai makna dengan tepat kepada pembacanya yang mencari jati diri. Tidakkah itu cuup penting dan berharga untuk setiap manusia?

Jadi, apa masalah sebenarnya, hingga ada yang beranggapan bahawa sastera sudah mati?
Kemudian, timbul pula persoalan tentang tuntutan; masyarakat golongan menengah mahukan buku bermutu rendah, golongan kelas bawahan tak minta apa-apa pun (kalau minta pun tak mungkin dapat kan?), sementara golongan kelas elit pun lebih kurang sama tuntutan mereka dengan yang dari golongan kelas menengah, dan mungkin mereka juga baca jumlah buku yang sama dengan golongan menengah. Sedangkan golongan kelas menegah inilah yang paling ramai dalam sesebuah masyarakat, dan apakah kita akan terkejut dan lalu bersetuju apabila kebanyakan penulis dan penerbit bersedia untuk memenuhi citarasa mereka?


Jadi, soalnya sekarang, mengapa harus membaca karya picisan yang mampu membunuh minat pembaca membaca karya sastera?

Secara peribadi, saya rasa, tidak salah jika sesekali kita membaca karya picisan, jika sekadar untuk meringan-ringankan minda, sebabnya, karya picisan sendiri adalah ibaratkan makanan ringan.

Saya juga, sesekali mencicip makanan ringan ini, dengan penuh kesedaran bahawa makanan ringan adalah makanan tanpa khasiat yang berguna untuk tubuh manusia. Apabila terlalu kerap dan hanya memakan makanan ringan ini, apa akan berlaku? Kulit akan kering, tulang dan otot-otot pada seluruh badan yang kekurangan khasiat ini akan lemah.

Begitu juga apabila kita terlalu banyak atau hanya membiarkan minda kita `memakan’ karya-karya picisan yang sangat-sangat ringan sifatnya; jiwa dan batin akan kering, otot-otot pada semangat juang akan lemah dan sebagainya.

Siapakah yang ingin kita persalahkah, jika kita sendiri yang melakukannya ke atas minda, jiwa dan semangat juang sendiri? Siapa yang hendak dipersalahkan, jika sastera mengalami kecederaan parah kini, hinggakan bernafaskan sukar sudah sekarang? Apakah kita, pejuang-pejuang sastera, tergamak membiarkan saja atau menyembunyikan sastera yang mengalami kecederaan parah itu di sudut gelap, ataupun kita bangkit merawat kecederaan itu dengan semangat yang tidak mudah patah?
2. Jawapan kedua;

Yes, sastera memang sudah mati bagi mereka yang gagal menyedarii, menghargai nilai dan lalu memutuskan hubungan dengan karya sastera. Padahal, lewat karya sastera, seseorang pembaca itu boleh terpukau dengan keindahannya, mendapat inspirasi dengan merawat segala kebencian dan kepahitan dunia realiti dengan sastera Pendek kata, sastera adalah ubat.

Berbeza dengan mereka yg beranggapan bahawa Sastera Sabah sudah mati, seperti anda dan saya dan semua mereka yang mencintai dunia sastera, serta terpesona dan terus kekal mewarisinya lewat persatuan-persatuan yang berwibawa seperti Badan Bahasa Sabah, Ikatan Penulis Sabah dan lain-lain, Sastera akan terus mekar zaman ke zaman, insya Allah. Tiada apa pun usaha kita akan mati, selagi kita terus berusaha menghidupkannya, dan kemudian kita wariskan kepada generasi muda utk meneruskannya dgn gigih juga. Berjuang untuk mengembalikan sastera di medan pasaran buku hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa, memiliki kekuatan yang hebat seperti sewajarnya, memasuki kabinet-kabinet buku di setiap rumah, di setiap rak kedai-kedai buku di setiap pelusuk daerah, pekan, bandaraya dan di setiap perpustakaan kecil dalam bangunan-bangunan kerajaan.

Dan yang paling penting, kita teruskan perjuangan dan tidak menyalahkan sesiapa pun, di atas kegagalan kita sendiri – jika kita gagal sebab tidak berusaha menghidupkannya.

You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Response to "Sastera Sabah Sudah Mati?"

  1. Ummu Anas Said,

    Subhanallah! Terbangun saya dari rasa mengantuk, sifu... n bersemangat nak mnulis karya sastera sebanyak2nya...Bermakna ini jenis artikel yg persuasif!

    Secara peribadi artikel ini boleh dikembangkan menjadi esei yang berpengaruh membina n membangun semangat untuk giat menulis, khasnya karya sastera.

    Posted on July 7, 2011 8:04 PM

     
  2. Azmah Nordin Said,

    ummu anas:) terima kasih atas komen tu, dan jika benarlah ia persuasif hingga dpt menggalakkan penciptaan karya sastera dgn lebih byk drpd tangan2 seni seperti anda, syukur Alhamdulillah, kerana itulah tujuannya.

    berkemungkinan besar, lepas ni, saya akan tulis ttg kenapa penulis wanita lebih baik drpd penulis lelaki.. heheehe

    Posted on July 7, 2011 8:12 PM

     
  3. aziyatiyusof Said,

    salam sifu!

    kagum, kaget dan tersedar dari mimpi! Itulah gambarannya pada diri saya sendiri. Sebelum ini, mmg saya suka membaca semua jenis buku samaada sastera atau picisan.

    dan secara jujurnya, saya jadi mudah tertarik kepada karya yang agak santai dan straight to the point mcm kebanyakan karya picisan berbanding karya sastera yg memerlukan kita berfikir sedikit.

    tapi, sejak mendalami ilmu dengan sifu, saya mula menjadi bosan untuk membaca karya2 sebegitu kerana sudah dapat mengesan kelemahan ketara yang kadang2 terlepas dari mata penyuntingan...malah, kadang2 rasa pelik, macamana orang tu boleh jadi editor?

    saya harap pada diri sendiri agar terus mampu mencipta karya sastera, macam sifu...:) walaupun dua buah manuskrip karya picisan (tak lah picisan sangat krn masih ada bunga2 sasteranya hehehe) dah terlepas ke tangan penerbit sebelum saya berguru dengan sifu. harap dimaafkan!


    :)

    Posted on July 7, 2011 11:25 PM

     
  4. massruhaiza Said,

    Assalamualaikum,

    Wah...bagusnya artikel di atas...Terpukau saya sebentar. Selama ini saya di tanam dalam diri sebagai pelajar aliran sains dan sebagai guru sains..tak mungkin meminati bahasa sastera..

    Tapi kini saya seperti menyesal kerana tak di dedahkan kepada bahasa sastera seawalnya...Ketika masih kecil, saya membaca buku-buku ayah..dan buku yang paling menarik dan masih saya mengingati gaya penulisannya ialah, "Awang Sulung Merah Muda" Pada ketika itu saya kurang memahaminya...Saya harap saya akan memahaminya bila saya dewasa...Tapi kini bukunya dah tiada..Masih adakah buku tersebut di mana2 ?

    Rugi rasanya bila menulis, saya tak dapat meluahkannya dalam bahasa sastera seperti rakan yang lain.

    Maaf kalau komen saya tak releven Sifu..

    Posted on July 7, 2011 11:50 PM

     
  5. Azmah Nordin Said,

    azi :)

    sebenarnya, saya pun pernah baca karya picisan, waktu usia belasan tahun dulu. kemudiannya, suatu hari, jiwa saya terlonta2 kehausan dan kebuluran. jauh di lubuk hati, saya rasa saya layak membaca dan menerima sesuatu yang lebih bererti, lebih berkhasiat dan lebih bermanfaat drpd karya picisan.(cuba baca entri Sastera; Karya Berlian) itulah saya mula mencari novel sastera. nak beli, memang tak mampu pun, jadi saya ke perpustakaan. wah, terasa macam berada di pasaraya makanan mewah!

    saya sebenarnya amat bertuah, kerana novel sastera pertama yg jatuh ke tangan saya adalah novel karya shahnon ahmad, dan saya dapati sebenarnya, menulis karya sastera tidak sesusah mana rupanya. asal kita tulis dari hati (mcm dlm semua novel shahnon ahmad) pasti karya itu hidup dan kuat. kalau nak indahkan bahasa, tak susah mana juga kan dan boleh dipelajari juga kan? keindahan bahasa adalah no dua je, ceritanya yg mempunyai semangat juang dan nilai murni adalah nombor satu.

    semenjak novel dewasa sastera pertama tu, saya mula membaca dan membaca dan membaca karya sastera, sama ada dalam bahasa melayu mahupun bahasa inggeri. terasa seolah2 membaca karya sastera itu sama menikmati makanan dan minuman bergizi untuk jiwa saya. Saya terus membaca, pagi petang siang malam, sampai meja makan pun, kalau tak takut kena sound dek uncle huss, saya membaca. terutama sekali karya2 yg menang anugerah2 besar di peringkat antarabangsa tu, dan belajar bagaimana mereka boleh menang dan tema apa yg mereka angkat boleh menarik perhatian juri sehingga mereka menang. itu petua tu, kalau nak menang apa2 pertandingan penulisan.. heheheh

    dan hingga sekarang, saya masih membaca hasil karya idola saya tu :)

    Posted on July 8, 2011 8:22 PM

     
  6. Ummu Anas Said,

    sifu, wah! bersemangat sggh sifu mluahkn pndpt...hehe/trsenyum lebar n metitis airmata sy mmbacanya; ginilah sy sifu n adik2 sblog sastera. senyum dan tangis sy alami serentak, hal ini yg sy jadikan modal utk brkarya sastera skarang.

    dulu sy jg mcm mass, cuma profession sy spenuh masa broperasi dlm rmh sendiri. jika sebut kecenderungan mnulis, trutama karya sastera, sy wakil tunggal dlm keluarga saya, sebelah ibu maupun bapa. tiada ahli keluarga kami yg mnceburi bidang ini.

    cuma mungkin kerana sy sgt cenderung berlakon semenjak sekolah rendah, agaknya aliran seni itu yg meransang saya mnulis...hehe. jg sy sgt suka mmbaca n brmenung n mrenung; jadi sy trdorong mnuliskn perasaan sy.

    byk pula sy coret2kn, kena brhenti dulu n sambung mnulis. jom! pulun sakan nulis...

    Posted on July 9, 2011 11:25 AM

     

Post a Comment

featured-video