.

Photobucket

.

.

Kemaskini Disiplin Blog Sastera

Monday, March 28, 2011 Posted by Noraini Eslah (Ummu Anas)

disediakan oleh: Ummu Anas

Salam sejahtera buat semua peserta bimbingan cerpen dan novel yang budiman.

Berikut saya senaraikan beberapa perkara paling penting berkaitan disiplin blog sastera untuk melicinkan perjalanan bimbingan cerpen dan novel.

Sila ambil perhatian serius!




1. Setiap kali memulakan karya baru, cerpen atau novel; peserta mestilah terlebih dahulu menghantar sinopsis ke dalam kotak sinopsis(cerpen/novel). Setelah disemak dan diluluskan oleh ketua kelas - ummu anas, baru thread bimbingan cerpen/novel akan dibuka untuk mula mendapat bimbingan sifu az.

2. Setiap kali membuat posting karya, hendaklah diberitahu di shout box, bagi memudahkan mendapat giliran diedit.

3. Selepas sifu edit karya yang dihantar, mesti segera membuat pembaikkan; sedapatnya dalam tempoh satu minggu dari editing.

4. Selepas selesai posting pembaikan semua peserta hendaklah mengambil rehat 3 hari sebelum memulakan bab yang baru, ini untuk memastikan ilham lancar dan segar.

5. Setiap peraturan terdahulu, checklist karya, nilai murni dan teori pengkaryaan yang sifu ajarkan mesti dipatuhi dengan sempurna.

6. Bagi setiap peserta cerpen, hendaklah menyediakan sebuah cerpen lengkap anggaran 5-6 muka surat untuk sifu edit. Setelah diedit dan peserta membuat pembaikan, akan sempurnalah panjang cerpen seperti yang penerbit mahukan (kira-kira 9-10ms)

7. Bagi peserta novel pula, sebaik mulai mengolah intro novelnya, mesti menyediakan draf ringkas; awalan novel, pertengahan ceritanya dan penamat novel, Ini untuk memudahkan peserta mengawal aliran plot sepanjang proses pengkaryaan.

8. Jumlah mukasurat bagi novel yang diolah juga mesti diseragamkan untuk setiap bab. Untuk memudahkan proses penyuntingan dan menepati kehendak penerbit, peserta mesti menyediakan manuskrip yang jumlah mukasuratnya menepati kebiasaan setiap kategori;

-kanak-kanak: 120 muka surat

-remaja: 200 - 250 muka surat

-dewasa: 300- 400 muka surat

* terlalu panjang dan terlalu tebal jumlah muka surat akan menimbulkan masalah untuk diterbitkan.

9. Setiap peserta hanya diberi 3 buah cerpen yang dibimbing secara percuma. Bagi setiap cerpen dihadkan waktu penyempurnakannya dalam masa dua bulan bagi setiap satu.

10. Setiap peserta novel mesti memaklumkan kpd sifu n ketua kelas, apabila novelnya sudah tinggal 3 bab saja lagi untuk tamat. Ini bagi urusan menjemput peserta berbengkel penamat novel di blog tertutup pula. Bagi peserta novel pertama, bimbingan penamat novel di blog tertutup adalah percuma! Sila ambil perhatian tentang hal ini.

*11. Setiap peserta, hanya diberi satu buah novel bimbingan secara percuma dalam masa satu tahun genap untuk menyelesaikannya. Jika masa bimbingan terpaksa dilanjutkan lagi, kerana novel belum selesai, boleh diteruskan dengan bimbingan berbayar di blog tertutup.

**Untuk peraturan n0.10, sifu az minta respon dari peserta novel, setuju dengan syarat ini? Atau mahu syarat yang lain yang lebih praktikal? Sila respon di shout box.

Jika tiada peserta yang respon dalam tempoh seminggu, peraturan ini akan dikekalkan.

***Bererti setiap peserta novel diberi masa satu tahun untuk menyiapkan novel pertama yang dibimbing percuma. Selepas tempoh itu, bimbingan seterusnya akan berbayar di blog tertutup.

Bagaimana???

Saya menunggu respon semua peserta, silakan...

-ummu anas.





You can leave a response, or trackback from your own site.

1 Response to "Kemaskini Disiplin Blog Sastera"

  1. Hawahashima Said,

    salam..
    ok..faham...
    insyaallah sy akan hantarkan sinopsis cerpen sy secepat mungkin...

    Posted on May 30, 2011 9:30 AM

     

Post a Comment

featured-video