• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Wednesday, December 14, 2011

Penulis Muda; Cabaran & Idealisma

Wednesday, December 14, 2011 // by Azmah Nordin // No comments


Seringkali saya terdengar pelbagai pertanyaan dan keluhan penulis muda, antaranya;  (a)  bagaimanakan mahu mencari kekuatan untuk menyiapkan sesebuah karya? (b) Kenapa karya mereka yang digarap dengan begitu sempurna dari segi teknik penulisan dan gaya bahasa, ditolak bulat-bulat, sedangkan karya penulis mampan terus diburu oleh penerbit tersebut?   Kenapa penulis mampan lebih mudah dapat laluan karyanya diterbitkan, dibandingkan dengan karya-karya penulis muda? 

    Agak lama saya memikirkan bagaimana hendak menjawab soalan penulis-penulis muda ini.   Sekali gus memikirkan apakah saya  perlu  turut berpolemik tentang posisi dan takrif penulis muda itu lagi ataupun tidak.  Kerana semua orang sudah tahu bahawa penulis muda itu tidak mengira usia tetapi lebih fokus kepada usia kepengarangannya dalam bidang kreatif atau penulisan. Kalau seorang penulis itu sudah menulis dan menghasilkan beberapa buku contohnya, kita tidak boleh melabelkan beliau sebagai penulis muda walaupun usianya muda belia, tapi umur kepengarangannya sudah semakin matang.   Dalam erti kata yang lain, penulis yang berusia muda ini, jika dalam penghasilan buku, sudah ditakdirkan lebih dahulu `makan garam’ daripada penulis yang berusia lanjut tetap baru mulai berjinak-jinak dengan dunia kepenulisan ini. Biar dalam usia apa pun,  menghasilkan karya kreatif bukan suatu kerja yang mudah, itu yang pasti.

       Saya lalu kembali kepada persoalan  (a) daripada  penulis-penulis muda tadi.  Sebagai jawapan,   kiranya elok saya perturunkan semula 10 petuanya di sini;

1.    Tentukan masa untuk menulis dan anggaplah sebagai sesuatu yang suci; mcm memenuhi tanggungjawab apabila masa solat tiba. Begitulah tanggungjawab memenuhi waktu menulis. Masa yang sesuai yang dirasai masa anda paling kreatif – lewat malam? Dinihari? Subuh? Atau mengikut waktu pejabat biasa (macam yang saya lakukan?) Ataupun, anggaplah masa yang anda janji pada diri sendiri itu, macam masa yang anda janjikan utk memenuhi `dating’ dengan kekasih; mesti dipenuhi, mesti diutamakan, kalau tidak putus cinta. Kalau anda tak cinta, tak kisahlah kalau putus sekalipun kan? Anda malah mungkin sengaja cari pasal atau alasan untuk tidak meneruskan perhubungan itu. Tapi kalau anda sangat-sangat cinta...?

2. Jauhkan diri atau ketepikan segala bentuk gangguan; tekan punat off pada peti televisyen. Silent/senyapkan telefon bunyi telefon, hanya jawab sms setelah anda siap tugasan (penulisan) pada hari itu. Tetapkan masa menulis semasa tiada orang di sekeliling anda. Atauun, macam saya, sumbatkan telinga dengan ear phone dan mainkan muzik drpada mp3 dengan sekuat yang boleh, supaya anda tidak terganggu dgn sebarang bunyi lain di sekitar anda.

3. Pastikan hala tuju plot/jalan cerita anda. Biarpun plot, watak2 dan ceritanya mungkin akan berkembang pesat - hala tuju (mesej) tetap sama.

4. Jangan tergugat melihat skrin computer anda yang kosong. Tulis saja apa yg terlintas dalam fikiran anda, tak perlu fikir tentang salah ejaan, salah tata bahasa dll lain-lain, kerana itu semua boleh diedit-perbaiki kemudiannya. Yang penting ceritanya dulu, biar mengalir macam sungai.   Mulakan dari gelojak perasaan watak utamanya atau dari satu babak memalukan/memilukan/menyayat hati/menyeramkan/menggetarkan yg disusuli dengan imbas balik demi imbas balik sehingga terungkai mengapa ia boleh berlaku.  Gunakan formula 4/5 daripada keseluruhan cerita, untuk memulakannya.

5. Dari bab ke bab, pasti anda sudah ada buat draf secara mental. Tiada satu pun yang anda tulis akan kekal atau tidak boleh dipadam, selagi ia belum dihantar kepada penerbit atau sudah terbit. Apatah lagi jika manuskrip itu masih berada dalam tangan sendiri, anda boleh mengubah-perbaiki pada bila2 masa saja. Jadi, jangan ganggu pengaliran ceritanya semasa anda perturunkan ke atas skrin computer. Jika ada tidak berpuas hati dengan ejaan, jalan cerita, gaya bahasa dan sebagainya, ia boleh diubah kemudiannya.

6. Jangan berasa anda perlu memulakan cerita dari titik permulaan atau mengikut urutan kronologi atau terlalu bergantung kpd draf asal novel anda. Masuk sepenuhnya ke dalam jiwa watak-watak utama yang menghadapi konflik hidup itu, dan gambarkan sepenuhnya dr sudut pandangan watak-watak tersebut. Kenali jiwa/perasaan/psikologi/kerjaya watak-watak  utama anda dengan mendalam, supaya anda tidak berasa tertekan hingga tersangkut dalam proses penciptaan kreatif anda nanti.

7. Berkaryalah tentang sesuatu yang anda suka, ini untuk mengelakkan daripada anda menghadapi buntu pemikiran atau Writers Block.

8. Ulang kaji dan edit berulang-kali. Ini perlu dilakukan, setelah karya anda siap ditulis. Anda boleh tambah-cantikkan bahasa, susun-indah-kmplekkan ayat-ayat anda. Mana yang tidak berkaitan atau longgar, anda hanya perlu padam/delete daripada menyemakkan manuskrip novel anda.
.
9.Jangan ragu-ragu meletakkan diri anda di kalangan penulis lain. Buat satu senarai penulis yang baru menghasilkan beberapa buku-ragu secara sederhana saja mutunya, dan berkatalah pada diri sendiri `jika dia boleh buat, aku juga boleh – malah jauh lebih baik dariapda dia.’ Apa yg membezakan anda dengan si penulis itu, adalah kesungguhan mereka utk menghasilkan karya demi karya, dan jika mereka boleh, anda juga boleh, bukan?  Sudah tentu akan ada ulasan dan krikan terhadap karya anda, begitu terbit nanti. Itu biasalah. Lagipun, hanya karya yang baik saja yang akan mendapat perhatian utk diulas atau dikritik – yang tidak baik, diabaikan, seolah-olah tidak pernah wujud. Jika ramai penulis top yg sanggup melalui pelbagai kritikan terhadap karya mereka – knp pula anda tidak, bukan?

10. Hanya anda yang boleh menentukan sama ada karya anda sudah siap ataupun belum. Biarpun anda mungkin akan menunjukkan manuskrip anda kepada rakan2 yang memang pakar dlm penulisan kreatif – dan sebagai kawan, tentulah dia akan memuji karya anda utk menjaga hati – kerana itu adalah tugas mereka. Yang paling baik, adalah dengan menghakimi karya sendiri. Pemisah antara karya bermutu dengan tidak bermutu hanya satu – diri anda. Jadi, tentukanlah bila atau bagaimana anda mahu melihat karya anda lahir.

Untuk persoalan b);  Kenapakah karya yang setengah mati mereka garap dengan begitu sempurna teknik dan gaya penulisannya, ditolak bulat-bulat oleh pihak penerbitan, sebaik siap dinilai?

      Sekali lagi saya termenung panjang memikirkannya. Ya, kenapa karya yang ditulis  proses penciptaannya, boleh ditolak mentah-mentah oleh pihak penerbit?  Segera saya kembali ke zaman silam, 20 tahun yang lalu, semasa saya masih di tahap penulis muda..   Waktu itu, sama macam penulis muda sekarang,  saya juga selalu penuh dengan gelojak,  selalu saja andrenalin terpacu bukan alang kepalang, semangat juga meluap-luap untuk bangkit dan memperjuangkan nasib mereka yang saya anggap teraniaya oleh pihak-pihak tertentu - lewat penulisan.
       Apa yang buat semangat juang saya hidup  dengan sebegitu rupa, sebenarnya? Sekelip lintasan menjelma.  Segera saya ingat;   Perjuangan!  Dan setiap perjuangan itu tentulah berpaksikan kepada sebuah idealisme atau sebuah cita-cita besar pengarangnya!    Bukankah itu yang dilakukan oleh setiap pengarang-pengarang Berjaya dan besar, selama ini?   Yang pasti, sama ada sedar mahupun tidak,   dalam kehidupan setiap insan – biar dalam bidang apa pun yang diceburi - mempunyai idealism atau sebuah cita-cita besar yang perlu dicapai sebagai tujuan hidupnya.  Berniaga,  berpolitik,  hidup bermasyarakat, berbangsa yang berbudaya  dan malah berkarya juga harus memiliki semangat idealisme yang jitu.   Ini kerana mereka tidak sudi  kewujudan mereka yang hanya sekali di dunia ini hanya sekadar pak turut semata-mata.   Ini soal  energi positif yang kita gelar idealism. Ini  soal harga diri..
       Hanya dengan dengan idealisme, seseorang pengarang akan memiliki prinsip hidup dan keteguhan diri untuk menegakkan idealisme itu dalam kehidupan sehari-hari. Hidup (yang dipersembahkan lewat karya)  tanpa idealisme bak  lauk pauk tanpa garam, tawar, dan hambar rasanya.  Seorang pengarang tanpa idealism yang disalurkan lewat karyanya, ibaratkan sebuah  mesin yang bergerak setiap saat, hanya untuk melaksanakan tugasan harian secara rutin – tanpa sebarang makna, sama ada kepada dirinya ataupun kepada masyarakat lingkungan, bangsa mahupun negara.

       Di jiwa para pengarang yang mempunyai idealisme, lazimnya  membuak-buak dengan  semangat untuk melakukan perubahan dan pembaharuan lewat karya mereka.  Berbeza dengan pengarang yang biasa-biasa,  pengarang idealis lazimnya adalah seorang yang  gigih mengasah bakat tanpa henti,  bercita-cita besar dan tinggi, rajin belajar dan terus belajar memperbaiki kelemahan diri dan  memperkukuhkan keupayaan dirinya dalam cara mempersembahkan perjuangan lewat karya penulisan kreatifnya,  dengan agar mesej yang mengandung harapan untuk melihat pembaharuan dan perubahan,  sampai kepada khalayak pembaca.   (mungkin kita boleh bicara tentang idealisme ini, dengan lebih terperinci,  dalam lain artikel)

Jadi, kenapa karya yang begitu baik dari sudut proses penciptaannya dan sempurna pula dari sudut idealismenya, juga ditolak mentah-mentah oleh penerbit alas an tidak boleh jual?  Barangkali,  sebagai pengarang,  kita perlu melihat dari sudut penerbit juga.  Perlu sedar sepenuhnya bahawa buku adalah industri, bukan sekadar romantisme menuangkan seluruh gelojak perasaan dan buah fikiran yang meledak-ledak itu,  ke dalam karya kita.  Dan sebagai sebuah industri, sudah tentu pihak penerbit akan berfikir dari sudut perniagaan; bukan semata-mata dari segi pulangan keuntungan yang berlipat ganda, tapi dari sudut perundangan andainya karya kita yang mereka terbitkan kelak,  menyentuh isu-isu sensitive dan menerbitkan kemarahan pihak-pihak tertentu. 

Wah,   apakah itu bermakna seorang pengarang perlu korbankan idealism,   semata-mata untuk melihat karya kita terbit di penerbitan tersebut?  Sama sekali tidak.   Pengarang tersebut harus berpegang teguh pada idealismenya.   Cuma cara mempersembahkan mesej kita itu saja, yang perlu diperhalusi.  Bukankah penulis penulis karya kreatif sastera?  Berkreatiflah secara sastera.  Banyak cara untuk mengatasinya,  misalnya, dengan menulis cerpen atau novel satira.  Secara tidak langsung,  tiada seorang pun boleh menuduh atau mendakwa kononnya kita  `menyerang’  peribadi sesiapa ingin kita `lawan.. Siapa makan cili, dia terasa pedas sendiri.  Andainya dibaca oleh peribadi berkenaan pun,  dia tidak boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pengarang ataupun penerbit yang menerbitkan karyanya, kerana ia  sama sekali tidak menyebut tentang nama peribadi, jawatan, jabatan, kaum, negeri asal peribadi berkenaan dengan jelas.  Malah, jika dia cuba mengambil tindakan undang-undang pun,  bermakna dia sengaja membuka pekung di dadanya sendiri – sebab bukan semua orang tahu akan perbuatan jeliknya bukan?

Dan untuk soalan (c) (d) Kenapa penulis mampan lebih mudah dapat laluan karyanya diterbitkan, dibandingkan dengan karya-karya penulis muda?   Jawapannya mudah saja;   sebelum penulis mampan itu menjadi penulis mampan, dia terlebih dahulu melalui detik-detik getir yang dilalui oleh setiap penulis muda sekarang.   Dia belajar daripada kesilapan, dan berusaha memperbaiki diri dalam proses penciptaannya agar memenuhi piawaian pihak penerbit.  Dia belajar memahami bahawa antara pihak penerbitan (terutama sekali para editor) hubungannya perlu seperti aur dengan tebing,  saling memerlukan.  Dia belajar bahawa tiada sesuatu pun yang mudah diperolehi -  berbaloi atau  tahan lama.  Kerja keras, termasuk memaksa diri untuk terus berkarya terus adalah antara ramuan untuk menjadi seorang pengarang mampan.

      Jadi,   sekarang tiada lagi cabaran maha berat lagi menggerunkan penulis muda, bukan?  Pasti anda pernah mendengar pepatah dalam bahasaInggeris; `publish or perish’, `publish’, bermakna karya anda diterbitkan oleh pelbagai pihak media massa untuk dibaca, dihayati dan dinikmati khalayak pembaca, atau `perish’, yang bermakna akan hilang begitu saja, tanpa diterbitkan.  Andainya karya anda diterbitkan dibaca khalayak pembaca,  bermakna anda sudah pun berjaya berkongsi idealisme dan menyampaikan mesej yang anda perjuangkan itu.  Terserah kepada pembacalah untuk meneruskan perjuangan itu.  Anda sudah laksanakan tanggungjawab di bahagian anda.  Selagi anda menghasilkan karya dengan nawaitu yang murni (menegakkan keadilan, memperjuangkan nasib mereka yang teraniaya dan sebagainya),  selagi itu hayat kepengarangan anda akan berpanjangan hingga ke penghujung usianya,  insya Allah.   Untuk itu,  menulislah dan gigih terus k!  

Thursday, November 10, 2011

Apa Itu Cerpen

Thursday, November 10, 2011 // by Azmah Nordin // // 12 comments

Semua orang tau, cerpen adalah sebuah cerita yg jauh lebih pendek drpd sebuah novel. Cara menghasilkannya, antaranya;




1. Tersangat terhad jumlah watak dan episod di dalamnya.

2. Dimulakan di bahagian paling hampir dengan penyelesaiannya.

3. Lazimnya, hanya menangani satu isu atau masalah, dlm satu karya.

4. Menggunakan hanya maklumat terperinci yang perlu saja, utk memahami situasinya.

5. Ia biasanya meliputi satu masa yg singkat.

6. Dan, yg paling penting, nawaitu semasa menghasilkan cerpen ini, perlu bersih dan jernih, tentunya k :)



Perkara Penting Yg Perlu Ada Dlm Cerpen;

Terdapat beberapa perkara penting yg boleh mengangkat cerpen anda sebagai karya yg bermutu tinggi. Membiasakan diri dgn petua menulis cerpen ini, mampu membantu anda mempelajari cerpen2 lain yg anda baca dan hayati, mampu membantu anda membezakan antara cerpen bermutu dgn yg tidak, dan membantu anda memperbaik-kukuhkan lagi karya anda sendiri.

1. Cerpen harus dicerita dari sudut pandangan watak (watak2) utamanya. Watak utamanya mungkin hanya seorang, tp boleh juga dua orang, bagi menghidupkan karya dan membolehkan pembaca mengenali dan berasa hampir dengan pergolakan jiwa watak2 dlm karya anda. Jika anda mahu ada dua watak utama dlm cerpen anda, boleh saja dngan menggunakan tanda pemisah (* * *) bagi memudahkan anda menguasai jalan ceritan dan fokus fokus kpd pergolakan jiwa satu2 watak dgn lebih teratur, konsisten dan tidak bercelaru.

2. Unsur2 konflik haruslah, diperkenalkan pada paragraf pertama lagi, seboleh mungkin; cuba gambarkan ttg
suasana, waktu dan latar, secara tidak langsung, pada paragraf2 pertama. Elakkan drpd membuat ayat `memberitahu', sebaliknya ayat `tunjuk' (sila baca ttg ini di Senarai Pos kat sebelah kanan anda tu k) Mulakan dgn pergolakan jiwa watak utama yg berkaitan dgn tema (ada artikel ttg tema, di Senarai Pos itu) cerita anda. Elakkan menggambarkan pemandangan latar pada paragraf pertama.

3. Unsur2 suspen juga harus seboleh mungkin diwujudkan pada paragraf pertama atau kedua cerpen anda, supaya pembaca akan tertanya2 apa yg akan berlaku seterusnya kpd watak2 yg menghadapi konflik itu dan bagaimana kekusutan fikiran watak utama dlm cerpen itu diungkaikan.

4. Pada klimak cerita, yg berhampiran atau akhir cerita, seharusnya menjadi tempat di mana konflik itu dileraikan.

5. Ceritanya harus difokuskan pada satu peristiwa, pada pusat segala masalah hidup yg dihadapi oleh watak utamanya. Interaksi antara watak2 utama, adalah antara nadi dlm karya cerpen anda - jadi pastikan prwatakan watak utama ini sentiasa ditonjolkan, dan hanya `menunjukkankan' latar belakang yg diperlukan saja. untuk menggerakkan plot (jalan cerita). Cuba memulakan setiap paragraf dgn aksi fizikal atau luahan perasaan, utk menarik minat pembaca.

6. Cerita digambarkan lewat sudut pandangan watak utama, tanpa campur tangan pengarang. Maksudnya, sudut pandang itu harus bersesuaian dgn perwatakan watak utama, Agama, pemikiran, pembawaan diri, fahaman politik, ideologi, dn sebagainya - bukan pengarangnya. Ini boleh dipelajari, jika anda berbengkel dgn saya di blog ini k

8. Lazimnya, akhbar2 tempatan menerima karya yg berjumlah 8 - 10 mukasurat, sementara majalah pula antara 10 - 14 mukasurat saja. Jadi, pastikan anda tidak melangkau jumlah itu. Pastikan karya yg dihantar, mengandungi nilai2 murni, misalnya, perjuangan, kasih sayang sesama insan, pengorbanan, keinsafan dan sebagainya.

7. sebelum hantar karya yg sudah siap kpd pihak penerbit, perlu disemak-edit dahulu buat beberapa kali, utk mempastikan ceritanya cukup kuat, padat dan menarik. Mungkin lebih baik jika dibiarkan karya anda itu buat sehari dua selepas siap ditulis, sebelum anda kembali kpdnya untuk menyemak-editnya semula dgn fikiran yg lebih segar, dan mungkin juga dgn tambahan/penukaran idea yg baru tiba dan lebih menarik drpd sebelumnya.

9. Judul karya; bagi saya, ljika anda memberikan judul awal2 sebelum karya anda siap, anda akan terikat pada judul itu. Padahal, di sepanjang berkarya, plot cerita akan berkembang, hidup dan berubah dgn sendirinya, bersesuaian dgn cerita anda. Jadi, lebih mudah memberi judul setelah karya anda siap, kerana judul itu nanti akan merangkumi ke seluruhan cerita anda, tp biar suspen. Judul yg baik, biasanya, memiliki 1, 2 dan 3 perkataan.

Saturday, November 5, 2011

Motivasi Untuk Terus Berkarya

Saturday, November 05, 2011 // by Azmah Nordin // // 5 comments

Mungkin, saya boleh katakan bahawa ada sesuatu dalam diri anda yang ingin bangkit memperjuangkan sesuatu, yang mendorong anda menulis. Sesuatu yang membara dan membuak2 ganas dalam dada anda... sesuatu yang menyentuh pilu yg memerlukan pembelaan anda, sesuatu yang membangkitkan semangat perjuangkan dlm diri anda... apa saja, dan semunya menjurus kepada sesuatu yg bernilai murni sifatnya, tentunya.

Walau bagaimanapun, andainya contoh di atas itu tidak juga dpt mendorong anda menulis, mungkin kita boleh gunakan satu cara lain pula. Cara paling mudah; fokus kepada faedah yg anda boleh perolehi daripada karya anda, apabila ia siap. Apatah lagi jika sudah terbit.

Ya, betul... sudah tentu ada faedahnya, bukan? Pernah anda baca karya yang seronok dibaca?



Maksud saya, yg anda benar2 seronok? Boleh bayangkan bagaimana seronoknya pengalaman pengarangnya semasa menghasilkan cerita dalam karya itu?

Untuk membina suatu dunia yang baru (dalam karya) dengan pelbagai jenis watak dan gelojak perasaannya, dengan situasi yang pelbagai dan sebagainya... dan kemudian melihat balik pada hasil karya yg sudah menjadi/siap. dengan suatu perasaan bersyukur tidak terhingga kpd Tuhan Yang Maha Esa kerana telah memberikan anda kekuatan dalaman dan luaran utk melaksanakannya dengan sempurna... di samping perasaan lega,gembira, puas yang bukan alang kepalang; itulah faedah yg sebenarnya, dalam dunia penulisan.

Sebaik2 saja karya anda diterbitkan, anda akan menikmati faedah yang seterusnya; anda dapat abadikan `nama' anda sebagai seorang pengarang, bukan hanya untuk tahun buku/novel itu diterbitkan, malah untuk selama2nya - jasad mungkin saja akan meninggal suatu hari nanti, tapi nama anda akan kekal terus pada buku2 anda. Dan menyedari karya anda yg dihasilkan dengan semangat juang yang kuat, mampu menyumbangkan sesuatu yang bermakna dalam hidup khalayak pembaca, mampu membuatkan mereka berfikir sekaligus memberikan mereka keseronokan dalam pembacaan, sudah membuatkan anda terdorong utk berkarya terus. Selain daripada itu, penulis juga boleh memperolehi faedah `escapism' melalui penulisan. Penulis dapat berimaginasi, membayangkan perjalanan cerita, lakonan watak2nya, rasa `thrill'nya, berlagak seperti pencari jodoh di dalamya, membalas dendam di dalamnya, meluahkan perasaan di dalamnya, melakukan pengorbanan di dalamnya, melahirkan hero/heroin di dalamnya dan sebagainya.

Tapi, faedah yang paling best sekali tentulah kerana anda menguasai segalanyanya secara total di dalam karya anda itu, bukan?


(Sprt sebahagian drpd artikel di dlm blog ini, artikel ini adalah sedutan drpd artikel2 yg saya jumpa di internet dan saya gabung dgn pengalam peribadi yg telah menghasilkan puluhan karya berbentuk cerpen. semoga ia dpt dimanfaatkan oleh semua pembaca, lagipun lewat website yg ilmunya saya perolehi itu, membenarkan saya menyalin apa2 yg patut k)


Monday, September 5, 2011

Bagaimana Memilih Tema?

Monday, September 05, 2011 // by Azmah Nordin // 1 comment

Memilih Tema


Ia boleh apa saja, sebenarnya. Apa2 saja yang mencengkam gelojak perasaan anda, sehingga mampu mencetuskan daya imaginasi yang bukan alang kepayang. Ia mungkin saja tentang sesuatu yang anda tahu dgn mendalam, atau sesuatu yang anda minat dan bersedia untuk membuat kajian yang menyeluruh tentangnya.

Kadangkala, anda mungkin mendapat ilham untuk mengangkat satu2 tema - maka, catitlah ia, sebelum lenyap dari pemikiran anda. Mungkin anda belum ada masa untuk membina dan kembangkan pada ketika itu, tapi ia boleh dibuat rujukan untuk masa yg mendatang. Ramai penulis2 yg sudah established dan ternama yang menggunakan buku nota untuk menyimpan buku nota atau ke dalam mswords di komputer anda.

Seorang penulis terkenal, David Langford, pernah menulis bahawa tiada nasihat yg lebih buruk boleh diberikan kepada bakal penulis, selain daripada menulis tentang `apa yang anda tahu' saja... kerana ia akan memaksa bakal penulis itu menghasilkan karya yang sudah `dibersih-sucikan' dalam pengalaman hidupnya. Ini akan mengurangkan impaks kepada cerita itu sendiri, kerana ia tidak tulen lagi.


Jangan takut untuk meneroka sesuatu tema yang sama sekali lain dan jarang disentuhi orang atau sesuatu yang baru, daripada yg pernah anda lalui secara peribadi! Bagaimanapun, dalam masa yang sama, emosi dan buah fikiran yang anda luahkan di dalam karya itu haruslah `betul', supaya isi cerpen atau novel anda tetap `kedengaran' asli. Terutama sekali sekarang, apabila pelbagai informasi boleh diperolehi secara percuma lewat internet, dan tiada alasan mengapa seorang penulis kreatif tidak boleh mencapai ilmu untuk tema2 yang berbeza dengan pengalaman hidup anda sendiri.

Namun, biar apa pun jenis karya yang anda mahu hasilkan, pertama2 sekali yang perlu dibuat adalah `Memulakannya'. Maksud saya adalah, anda tak perlu tunggu sehingga seluruh jalan cerita itu begitu jelas di depan mata fikir, baru anda hendak mula menulis. Dan paling penting sekali, mesti mempunyai cukup kuat semangat untuk menolak daripada keinginan untuk menangguh2 memulakan sesebuah karya. Untuk itu, ambillah pen anda atau masuklah segera ke prog. mswords anda dan mulakan. Hanya itu cara untuk anda melakukannya, percayalah.

Yang penting sekali, apabila anda memilih sesuatu tema, pastikan anda memilih tema yang ANDA SUKA dan dapati ia begitu menarik serta mencabar.

Hanya satu saja yang boleh membosankan dalam penulisan anda; menulis tentang sesuatu tema yang sama sekali anda tidak minat. Apatah lagi kalau tema itu bertentangan dengan konflik cerita anda, kerana ia adalah dua perkara yang berbeza. Kerana konfliklah yang mendorong perjalanan pelbagai plot cerita, sementara tema adalah keseluruhan idea atau emosi yang saling terikat dan membuatkan ia bersifat `manusia'. Katakanlah anda menceritakan dunia komputer, dan konflik muncul apabila hero itu pulang ke rumah dan mendapati anak dia (yg mungkin sepakar anda dlm bidang perkomputeran) terjebak dalam kegiatan jenayah kolar putih. Mungkin saja tema untuk cerita ini ialah tentang kebaikan lwn kejahatan, kekuatan semangat juang manusia, atau tentang hubungan antara anak dengan bapa.


Jika anda belum lagi mempunyai sebarang idea untuk sebuah tema sebelum memulakan sebarang penulisan, pun tak mengapa juga. Anda pasti akan menemuinya, di sepanjang penghasilan karya anda nanti. Kerana, ia pasti akan terbentuk dengan sendirinya, kadang2 tanpa anda sedari.


Jadi, mulakanlah... jika ada apa2 masalah, saya boleh membantu...

Sudut Pandangan; Bagaimana Nak Pilih?

Monday, September 05, 2011 // by Azmah Nordin // // 4 comments

Sudut pandangan adalah perspektif daripada arah mana cerita itu disampaikan. Kita mungkin akan memilih untuk menyampaikannya dari Sudut Pandangan;

Orang Pertama = Saya, aku atau kami.

Orang Kedua = Awak, engkau, kau.

Orang Ketiga = Dia, ia

Sudut pandangan di mana menggunakan `saya' atau `kami', menggambarkan penulisnya sebagai bahan atau watak dalam karya penulisan kreatif itu. Mungkin saja penulisnya (watak dlm karya itu) memilih untuk memegang watak kecil cuma, sebagai pemerhati kepada pelbagai aksi/drama di sekelilingnya, menyaksikan watak utama (hero dlm karya itu).

Sementara sudut pandangan Orang Pertama biasanya membenarkan khalayak pembaca berasa dekat dengan watak tertentu dalam karya itu (penulisnya), ia juga membatasi kpd satu perspektif itu saja. Pembaca hanya tahu apa yang watak ini tahu. Segelintir penulis, terutama sekali penulis baru, ada kecenderungan utk `trsangkut/terbuntu' apabila menggunakan kaedah sudut pandangan Orang Pertama ini. Lebih baik dan luas jangkauan penulisnya, jika menggunakan sudut pandangan Orang Ketiga.


Sudut pandangan Orang Ketiga, menghadkan penulis pada pemikiran dan perasaan watak yang satu itu saja - kecuali anda cukup mahir dan mampu mempelbagaikan penggunaan sudut pandangan Orang Ketiga ini. Sudut pandangan Orang Ketiga memberikan lebih kebebasan dibandingkan dengan sudut pandangan Orang Pertama, tapi kurang daripada Sudut Pandangan Orang Ketiga yang Serba Tahu.

Jika anda baca novel Anna Karenina, di mana ia ditulis dari sudut Orang Ketiga yang Serba Tahu semuanya - ditulis orang pengarang yg serba tahu segalanya, membenarkan kita melihat dari sudut pandangan ramai watak, bukan hanya sudut pandangan Anna.

Sebagai penulis, anda perlu berfikir secara strategik untuk memilih sudut pandangan yang boleh memudahkan anda membina karektor anda dengan lebih berkesan. Saya sendiri lebih senang menggunakan sudut pandangan Orang Ketiga dlm setiap karya saya, kerana rasanya ia kurang bersifat peribadi (dan agak mengganggu emosi) dan membolehkan saya lebih ruang utk berkreatif.

Walaupun sudut pandangan Orang Pertama boleh menjadi sangat kukuh (emosi, psikologi), sudut pandangan Orang Ketiga lebih versatile dan fleksibel. Orang Ketika membenarkan anda menciptakan sebuah jagatraya yang lebih kaya dan kompleks. Novel seperti Anna Karenina, misalnya, hanya boleh ditulis dari sudutpandangan Orang Ketiga.

Cuba Pelbagaikan Penggunaan Sudut Pandangan

Lazimnya, penulis baru lebih cenderung berkarya dari sudut pandangan Orang Pertama, samada kerana ia lebih mudah atau kerana memang meraka menghasilkan karya itu tentang diri sendiri. Biarpun cerita anda ialah tentang autobiographi anda sendiri pun, kenapa tak cuba menulis dari sudut pandangan Orang Ketiga? Ini akan membantu anda untuk tidak terikat secara emosional dan boleh membuat anda menulisnya dengan lebih berkesan lagi.

Andainya anda rasa `tersangkut/terbuntu/ fikiran dlam menghasilkan karya anda, kenapa tidak cuba berpindah ke sudut pandangan yang lebih fleksibel? Ini bermakna, berpindah dari sudut pandangan Orang Pertama kepada Orang Ketiga. Mungkin, sebagai penulis baru, anda akan merasa sangat tersiksa apabila terpaksa menulis semula karya anda dari sudut pandangan Orang Ketiga, tapi untuk penulis profesional, eksperimen seperti itu adalah salah satu bahagian dalam dunia penulisan kreatif. Menyeronokkan juga, percayalah :)




(sdr.2. seperti sebahagian drpd artikel dlm blog ini, ilmu sudut pandangan ini saya perolehi lewat sifu2 lain di internet dlm bahasa inggeris - dan saya gabungkan dgn ilmu dan pengalaman sendiri)

...

Wednesday, March 2, 2011

Gagasan Satu Malaysia dlm Karya Sastera

Wednesday, March 02, 2011 // by Azmah Nordin // No comments

(artikel terbaru saya ini telah terbit dlm bulan Mac, WADAH, DBP)

Bak kata sebuah pepatah:  `Bahasa Menunjukkan Bangsa’,  dan untuk sekian lama memang sudah terbukti bahawa  pepatah ini adalah tepat sebagai kewujudan identiti dan warisan budaya sebuah bangsa di dunia.   Bagaimana jika kita tambah pepatahnya;  Sastera Menunjukkan Bangsa’ pula?

Penulis  percaya,  semenjak zaman berzaman lagi, semua orang tahu bahawa `Bahasa’ merujuk kepada  lambang budaya dan fungsi atau peranan bahasa sebagai sistem perhubungan sosial dalam masyarakat.  Melalui peribahasa ini,  kita dapat mempelajari dua aspek penting tentang hubungan antara bahasa dengan orang atau bangsa yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa asalnya.   Pertama, cara kita menggunakan bahasa Melayu atau ragam tertentu bahasa Melayu menunjukkan kelakuan budaya,  sosial atau taraf sosial kita dalam masyarakat. Orang Melayu melihat bahasa sebagai sistem budaya. Bahasa yang baik atau betul tidak hanya bererti baik atau betul dari segi peraturan tatabahasanya tetapi lebih penting lagi adalah dari segi peraturan sosial, budaya atau adatnya. Ungkapan “tahu bahasa” bererti “tahu adat”, dan ungkapan “tak tahu bahasa” bererti “tak tahu adat.”

    Yang pasti, tiada siapa yang mahu dianggap sebagai `tidak tahu bahasa’,  atau `tidak tahu adat’ bukan?   Lagipun,  siapa lagi yang harus berbahasa  Melayu/Malaysia,  jika bukan kita sendiri.     Jika bukan kita yang mempertahankan Bahasa sebagai warisan budaya yang terus berkembang dengan kosakata-kosakata (bahasa etnik)  yang murni ciptaan orang tempatan,  siapa lagi?  Terbukti sudah bukan?    Terpenting,  peranan  bahasa    dalam perkembangan intelektual, sosial, dan emosional,  membantu kita mengenal diri, budaya, dan budaya orang lain, serta membolehkan mengemukakan gagasan dan perasaan,  memudahkan kita bergabung  dalam masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut, dan menemu- gunakan keupayaan menganalisa dan ber analitis dan imajinatif yang ada dalam diri kita.

     Jadi, apa kaitan semuanya dengan Sastera?   Itu satu soalan yang menarik, tapi boleh dijawab .   Jelasnya,  sastera juga sebenarnya,  mempunyai fungsi yang  lebih kurang sama?    Sastera adalah kewujudan buah fikiran dalam bentuk tulisan. Tulisan adalah media pemikiran yg dituangkan melalui bahasa,  dan bahasa boleh saja diwakilkan dalam bentuk tulisan,  bahkan lewat  media lain juga boleh, misalnya dalam bentuk gambar, muzik, lukisan ataupun karya seni yang lain, misalnya senibina.    Sastera sewajarnyalah  menjadi sebahagian dari budaya masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama di Malaysia.  Sastera memuatkan bahan-bahan cerita bernilai murni,  bermutu tinggi dan dipelihara dengan sebegitu rupa oleh para pujangga,  turun-temurun,  sama ada secara lisan mahupun secara tulisan.   Sama seperti Bahasa,  Sastera juga mempertahankan  identiti, warisan budaya yang terus berkembang dari masa ke semasa.  Melalui puisi, cerpen, novel, prosa atau bentuk tlisan lain yang merupakan karya sastera,  kita sepatutnya berupaya mengungkap pengalaman hidup sehari-hari sendiri atau pengalaman orang lain,  dipadu dengan daya khayal (imaginasi) lalu dikemaskan dengan susunan kata dan gaya bahasa yang indah.  Puisi adalah antara contoh terbaik untuk menyaksikan media pelahiran maksud dengan kata-kata (gerak-geri)   yang begitu hampir dengan kita, kerana saban hari pun kita akan bersua dengan pelbagai macam peristiwa yang sekali gus menciptakan pengalaman peribadi tersendiri,  sama ada yang menyayat-robekkan hati,  yang pahit getirkan, yang membuai-bahagiakan mahupun yang yang menduka-larakan.  

 Yang pasti,  kita tidak boleh menjernihkan sesuatu kemelut berakibat dari peristiwa yang dialami itu,  jika hanya dalam fikiran cuma.   Kita perlu berfikir bersesuaian sebagai seorang penulis dan yakin bahawa pada kekuatan menyusun kata-kata  sahaja,  seorang penulis sudah mampu menyampaikan gagasan melalui tulisan.  Dengan bahasa tulisannya,  khalayak pembaca  akan mengerti apa yang menjadi idea fikirannya.   Khalayak  pembaca dapat pula dibawa  menelusuri  ke alam fiikiran kita  dengan kata-kata yang disusun-rangkainkan dengan sebegitu rupa. Namun, apakah anda masih mengalami kesukaran  untuk menerap-adun-terjemahkan gagasan dalam bentuk tulisan?   Mungkin, bukan satu masalah bagi penulis handalan/mampan  untuk menerap-adunkan gagasan dalam bentuk karya kreatif.  Bagaimanapun,    andainya masalah ia dialami oleh penulis muda, maka masalah itu harus diungkaikan.  Ini termasuk  dengan masalah dalam pemilihan kata-kata untuk menyusun-rangkaikannya  dalam bentuk ayat yang bersesuaian, supaya gagasan yang cuba diutara-terjemahkan itu, sampai kepada pembaca.  Jika penulis dapat mengatasi dan menguasai semua teknik penulisannya,  penulis akan dapat menghasilkan tulisan  bertema apa saja.
Jadi,  bagaimana hendak diterap-adun-terjemahkan Gagasan Satu Malaysia itu di dalam karya sastera?  Seperti semua orang tahu,  `gagasan ‘ itu bererti  hasil pemikiran.   Sebabnya,  sebuah tulisan bukanlah hasil angan-angan semata-mata,   biarpun  seorang penulis juga tidak terlepas dari berangan,  berdaya khayal, atau berimajinasi.  Imajinasi di sini merupakan imajinasi yang ditempa dalam fikiran,  dicerna dalam otak, dan diterus terjemahkan dalam bentuk tulisan. Tulisan yang dimaksud adalah tulisan yang ditulis dengan perancangan yang teliti,  dengan pemikiran yang dalam, dan dengan peraturan yang dipatuhi,  dengan ilmu bantu bersesuaian dengan tema karya  yang diselidiki,  tidak sebatas angan-angan kosong saja.

        Jadi, apa itu Gagasan Satu Malaysia?  Tentu ada yang akan menanyakan begitu, bukan?  Setiap hari, ketika melakukan pelbagai aktiviti harian,  kita akan mendengar pelbagai  tafsiran berbeza mengenaik gagasan Satu Malaysia.   Mulai bangun tidur sampai tidur kembali  pada sebelah malamnya, kita akan tertanya-tanya pada diri sendiri;  bagaimana mahu ditafsirkan gagasan Satu Malaysia dalam karya sastera?   Kemudian kita mengangguk.  Hmm... Bukankah matlamat sebenar gagasan Satu Malaysia itu adalah demi  kepentingan semua rakyat negara ini? Yakni, dengan mengambil kira kesejahteraan setiap etnik?  Kemudiannya,  saat matahari mulai terbenam dan bintang-bintang bergemerlapan mengitari bulan yang memantulkan cahaya di permukaan laut,  sungai,  sawah bendang,  dan  menyinari setiap makhluk Tuhan Yang Maha Kuasa di sekitar kita,  hati kita berbunga indah kerana menyedari i bahawa kita sudah lama terdidik untuk menghormati identiti etnik, peruntukan teras perlembagaan dan sikap penerimaan kaum,  sebelum gagasan Satu Malaysia dilaungkan lagi pun.     

Apabila fajar merendah sayap dan  kabus tipis di depan rumah berombak-ombak di udara ketika menyaksikan  kupu-kupu  beraneka warna hinggap dan menikmati manisan dari bunga ke bunga lainnya,  disertai ciapan keriangan beburung  bersahutan  menyambut kehadiran pagi dari  pepohon  di sekitar rumah;  kita terkedip-kedip mata,  mengingati  artikel-artikel perkembangan isu semasa yang sempat dibaca; Tentang bagaimana  gagasan 1 Malaysia menganjurkan nilai-nilai yg mampu membantu mengukuhkan perpaduan nasional, supaya dapat membina sebuah negara Malaysia yang hakiki.   Tentang bagaimana gagasan 1 Malaysia menganjurkan budaya hidup bahawa walaupun agama, budaya hidup dan keutamaan pelbagai kaum di Malaysia berbeza-beza, mereka perlu mendekati sesuatu isu daripada perspektif `Malaysian’.  Tentang bagaimana setiap kaum dan golongan harus mendapatkan bantuan agar tiada sapa pun merasa bahawa mereka tidak dipingir dalam arus perdana pembangunan Negara.  Tentang bagaimana menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat untuk membawa usaha meningkatkan perpaduan malah menyuburkan cara hidup harmonis antara kaum, sekali gus menganggap dirinya sebagai seorang ahli dalam satu keluarga besar, yakni `Keluarga Malaysia’  .  Tentang bagaimana perpaduan seperti itulah yang diharapkan dapat menentukan kelangsungan tamadun Malaysia yang bakal diwarisi kepada genarasi  akan datang.  Dan sebagainya.   

       Wah, segala-galanya kedengaran begitu  `dingin‘  dan kaku  sekali!    Jadi,   bagaimana hendak menerap-adun-terjemah-hidupkan sesuatu yang sedingin dan kaku  itu, ke  dalam karya sastera kita?   Sambil-sambil berfikir tentang perkara itu, cuba pandang keindahan alam,  pada  laut
yang terbentang luas,  pada air sungai yang mengalir jernih,  pada bukit yang hijau kebiru-biruan, dan soal pada diri sendiri; apakah yang kiat mahu buat dengan panorama alam mempesona di sekitar  kita  yang Tuhan Maha Kuasa Anugerahi pada sekelian umatNya ini?   Kemudian kita pandang pada jiran-jiran kita yang berbilang kaum dan berbilang agama pula, tapi dapat hidup dan berinteraksi dalam suasana yang harmonis dan saling mengambil berat.   Mahu biarkan sahaja segalanya berlalu begitu saja,  atau  mendokumentasikan seluruh kehidupan di negera kita dengan karya sastera?   Bagaimana caranya?

 Mudah saja jawapannya;

1.    Tumpukan perhatian  kepada manusia berbilang kaum di sekeliling kita itu semula.  Tumpukan seluruh jiwa dan raga kita  pada kisah  manusia di dalam sesebuah peristiwa,  atau cerita seseorang di sebalik peristiwa merupakan sebuah kes /isu/masalah  menarik untuk diangkat, dan diperjuangkan.   Rasa simpati dan empati kita sebagai penulis terhadap nasib salah seorang  mangsa kebakaran, misalnya,  akan menggugah para  penyiasan atau mereka yang berkenaan untuk mencari punca kebakaran dan membela nasib mereka yang teraniaya.  Cerita mengenai manusia berbilang kaum di sebalik berita akan memberikan penekanan  pada laporan utama, akan mewarnai dan lebih  memperkayakan hidup ini; kaya perasaan, kaya fikiran, kaya pengalaman, kaya wawasan, kaya jiwa; kekayaan yang lebih bermakna, biarpun kehidupan  fizikal sederhana cuma.
2.     Adun dan terjemahkan semua pengalaman batin dan peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada makhluk Tuhan Yang Maha Esa dengan sejujur-jujurnya,  dalam bentuk tulisan yang logik lagi menyentuh perasaan, penuh dengan gambaran pergolakan jiwa dalam inti kehidupan  manusia, tentang cinta dan pengkhianatan,  tentang  kasih sayang dan pengorbanan,  tentang perjuangan dan  cabaran,   dan sebagainya.   Dengan menggunakan teknik penulisan yang terkini, mampu membantu anda mengolah karya dengan lancar dan menarik.  Diperhalusi dengan menggunakan bahasa sastera yang indah dan   tidak menjurus kepada karya picisan.
3.    Apabila mengangkat watak antagonis dalam karya,  elakkan sepenuhnya daripada menggambarkan seolah-olah watak antagonis itu mewakili  kaumnya, sebaliknya, gambarkanlah perbuatannya itu bersifat individu semata-mata. Terutama sekali,  perlu disedari bahawa  dalam setiap kaum, pasti ada antagonisnya.
4.    Penamat yang kuat dan menarik.  Wujudkan unsur-unsur suspen di sepanjang karya dan hanya diungkaikan setelah sampai ke paragraph akhirya, ini untuk mendorong naluri ingin tahu pembaca untuk membaca terus hingga ke paragraph akhir.   Penamat cerita tidak semestinya memenangkan watak utama (yang mungkin saja antagonis),  tapi kemenangan haruslah kepada yg benar, buat  ditatap dan difikirkan bersama oleh pembaca yang diharapkan menjadi orang yang lebih arif  dan bijaksana daripada sebelumnya.   
5.     
Untuk menjadi seorang penulis karya sastera juga tidak sesukar mana, sebenarnya.   Kita hanya perlu 1 peratus bakat dan 99 peratus kegigihan dan dedikasi.   Dan setiap kali mahu memulakan berkarya, berkaryalah dengan nawaitu yang betul, sebagai mensyukuri segala nikmat dan bakat yang dianugerahi dan dirahmati  Tuhan kepada kita semua.

Salam Gagasan Satu Malaysia J

Az

Sunday, February 27, 2011

Sipnosis

Sunday, February 27, 2011 // by Azmah Nordin // No comments

salam semua, nanti masukkan sinopsis cerpen anda untuk dinilai di thread/ruangan ini, andai didapati sinopsis itu cukup kuat untuk dijadikan sebuah karya yang lain daripada yang lain dan bermutu tinggi,  akan kita teruskan ke kelas cerpen di thread peribadi anda sendiri yang akan diwujudkan nanti k

Monday, January 24, 2011

Menerap Ilmu Dlm Mikrotom

Monday, January 24, 2011 // by Azmah Nordin // // 1 comment

(saya paste kan sedutan cerpen bertema perubatan ini khas utk sesiapa yg ingin melihat bagaimana hendak menerap ilmu secara kreatif. Cerpen ini memenangi tempat pertama, Hadiah Sastera Maybank & Gapena dan Hadiah Sastera (S))



MIKROTOM

Dia menenjegukkan kepalanya ke luar, melihat
suasana petang di luar pejabatnya. Cuaca di luar kelihatan
cerah dan hening. Dalam meninjau-ninjau suasana di luar
itu, tiba-tiba pandangannya terhenti pada halaman
bangunan hospital terkemuka, yang terletak nun jauh di
bawah sana. Kini bayang-bayang bangunan hospital itu sudah beralih dan memanjang ke arah timur. Seterusnya
dia meleretkan matanya ke persekitarannya; pandangannya
menangkap pucuk pohon-pohon bunga yang meiambai-
lambai di udara, yang berada sayup-sayup darinya.
Ternyata tiupan angin semakin kencang, sekencang gelodak
hatinya, yang mendesis-desis lalu dihimbau lewat hem-
busan nafasnya.

Secepat itu, Lajim mengeluh resah lalu duduk di
kerusinya. Mengapa dia harus sampai jadi begini? Mengapa
mesti dia diburu semacam rasa ngeri dan ngilu, bagaikan
isi otaknya dihiris-hiris dengan sinar mikrotom, yang
memijar panas itu terus-terusan? Mengapa perlu dia
memikirkan yang bukan-bukan dan menempiaskan udara
hangat tajam yang mengalir daripada mulut Dr. Alang yang
celopar itu ke dalam benaknya? Mengapa?

Dengan tiba-tiba dia tersentak. Eh! Benarkah baru sebentar tadi
dia telah menelan dua butir pil Dexedrine? Mustahil dia
dia lupa. Mustahil. Tetapi ... ah! Kacau ini! Kacau!
Betapa dia teringin menghela nafas panjang bagi
nengizinkan suatu kelegaan, berkisar lembut ke dalam
embuluh dan langsung meresap ke dalam paru-parunya.
etapa dia teringin mengungkai gelojak perasaan yang
berantai-rantai dalam dadanya. Begitu dia teringin
memujuk hatinya; percayalah! Percayalah! Dia pasti akan berjaya
dengan amat cemerlang dan kemudiannya mengecapi suatu
macam kepuasan dan jungkir balik menyelinap ke dalam
warna-warna dirinya.

Dia perlu percaya pada keyakinan dirinya. Biarpun
setelah disoalsiasatkelak, sebaik-baik sahaja doktor pelatih
yang bermulut celopar itu membuat dakwaan terhadapnya,
Dia tetap akan selamat. Lagipun, siapa kata kemenangan
terletak pada pihak yang benar? Bukankah sudah banyak
bukti, kemenangan terletak pada yang kuat? Yang
berkuasa? Yang berpengaruh? Dia perlu yakin tentang ini.

Sambil mengancing gigi, dia terus mengisar punggung
kerusi empuk berwarna maroon itu. Matanya yang
berbinar-binar liar terus merenung sebatang pensel di
tangannya yang terketar-ketar. Hujung pensel itu diketukkan
permukaan meja, berulang-ulang kali. Buat beberapa
dia memejamkan matanya rapat-rapat, cuba mengawal-
perasaan yang membuak ganas dalam dadanya yang
membuak ganas dalam dadanya yang bidang.

Dengan kesabaran yang sudah lenyap entah ke
mana, dia menghumbankan pensel itu sehingga patah dua.
Seperti dia ingin mematahkan tengkuk, lalu memisahkan
daripada jasad doktor pelatih itu, daripada
terus-menerus mencengkam pernafasannya.

Angin yang berhembus dari alat hawa dingin, berkisar
di ruang pejabatnya yang dilengkapi dengan pelbagai
perabot mewah. (Udara dingin bagaikan cuba membelai
bahagian atas kepalanya yang tidak berambut itu, terasa
seperti meruap panas dan membakar seluruh urat sarafnya.
Aneh. Amat aneh. Dia seperti dapat melihat sesusuk
tubuh lelaki muda yang berjubah putih, layak dengan
statusnya sebagai seorang doktor muda, berdiri antara ahli
keluarga atau waris bekas para pesakit yang pernah
menjalani pembedahan di bawah tangannya yang sentiasa
menggeletar itu. Dia dapat mengenali lelaki muda yang
menonjolkan rasa simpati luar biasa ketika melayan ahli
keluarga atau waris bekas pesakit-pesakitnya.
Huh! Serta-merta hati Lajim membara. Pengkhianat!
Tidak mampu melaksanakan ethical dufynya dengan baik!
Pada ketika-ketikanya, dia ingin sekali melihat doktor
pelatih bermulut celopar itu menghormatinya, mengagumi-
nya, mempercayainya dan sebagainya. Tetapi, pada saat
ini, dia ingin sekali melakukan pembedahan ke atas doktor
pelatih itu, dan kemudiannya menghiris-hiris otaknya
dengan sinar mikrotom. Baru puas hatinya. Baru padan!

Sejurus, dia cuba memujuk hatinya. Bertenang. Ber-
tenang...! Huh! Statistik konon! Mentang-mentanglah aku
lebih berjaya daripada mereka di hospital terkemuka ini,
tergamak mereka menuduhku semakin cuai dalam me-
laksanakan kerja-kerja pembedahan itu.

Aneh. Lucu. Malah amat menjelikkan. Hisy! Takkanlah
bencana yang berlaku10 tahun yang lalu, di sebuah
hospital lain di bandar raya lain itu, akan berulang pula
di hospital terkemuka inikepadaku? Ah! Biar apa pun,
biar di mana pun, mereka tidak sepatutnya melakukannya
sekali lagi kepadaku. Tidak patut! Bahkan tidak wajar dibiarkan berlaku sama sekali!

-----

selebihnya anda boleh baca dari antologi persendirian Titian Gelora k :

Tuesday, January 4, 2011

Kenapa Perlu Baca Karya Sastera

Tuesday, January 04, 2011 // by Azmah Nordin // , // 1 comment

(terbit do Majalah WADAH, Disember 2010, DBP Sabah)
Oleh Azmah Nordin


Mengapa sebenarnya seseorang itu perlu membaca karya sastera? Mengapa di sepanjang sejarah kehidupan manusia, di seluruh pelusuk dunia masyarakat daripada pelbagai tradisi suku bangsa dan budaya, berusaha menghasilkan karya sastera terbaik dan mengongsikannya sesame mereka? Apa sebenarnya makna sastera kepada manusia sejagat? Apa sebenarnya sumbangan sastera terhadap manusia dan kemanusiaan?



Sementara memikirkan jawapan-jawapan terhadap persoalan-persoalan di atas, saya rasa ada eloknya dimulakan dengan penyelongkaran yang paling dasar sekali iaitu Sastera. Apa sebenarnya sastera itu?

Lazimnya, terdapat pelbagai sudut pandangan dan definisi tentang pengertian karya sastera, yang satu pun sebenarnya tidak pernah memuaskan semua pihak. Ini mungkin kerana pada dasarnya, sastera bukanlah sekadar ilmu, sebaliknya ianya terbit dari salah satu daripada cabang seni dan sebagai seni, tentulah ia amat bergantung kepada faktor manusia dan penafsiran individu. Terutama sekali yang berkaitan dengan semangat dan kepercayaan.

Nah! Ternyata, amat sukar untuk membuat definisinya bukan? Lebih2 lagi apabila penafsiran dibuat dengan menggunakan kaedah ilmiah.

Jelasnya, karya sastera bergantung pada suasana dan waktu penciptaannya. Sebagai contohnya, karya zaman perang Jepun dahulu kala, sudah tentu tidak sama dengan karya masa kini dalam dunia teknologi serba yang serba canggih. Apakah pihak pengkaji sastera mampu mencakup segalanya ke dalam satu ruang masa bagi menentukan hakikat pengertian sastera dan menetapkan satu definisi yang tepat dan kuat? Karya sastera, pada hakikatnya, merupakan satu hasil kreativiti manusia dan kreativiti itu merupakan sesuatu yang sangat unik dan bersifat individualistik. Malah, kadangkala, kita melihat bagaimana pihak pengkaji begitu cenderung merujuk kepada karya-karya Barat, sedangkan sedangkan semua orang tahu, tidak semestinya yang dilakukan untuk karya Barat, sesuai diterapkan pada karya-karya tempatan.

Sastera pada asasnya merangkumi 3 perkara di bawah:

1. Sifat khayali atau imaginasi.
3.. Adanya nilai-nilai seni/estetika
3. Penggunaan bahasa yang khas

Ianya juga boleh diperluaskan lagi melalui pemahaman berikut:

1. Sastera adalah seni berbahasa. Ia tidak disusun dengan sebegitu rupa, tanpa tujuan dan sentiasa memiliki keterbukaan panafsiran.
2. Sastera adalah ungkapan spontan dari lubuk perasaan yang mendalam atau dari dalam jiwa.
3. Sastera adalah luahan fikiran yang berbentuk pandangan, buah fikiran, idea, perasaan, pemikiran – dengan menggunakan bahasa sebagai sarana.
4. Sastera adalah bisikan hati ataupun ilham tentang kehidupan yang diwujudkan dalam sebuah bentuk keindahan. Juga tentang ungkapan peribadi manusia yang berupa pengalaman, pemikiran, idea, semangat juang dalam satu gambaran yang diolah dengan begitu kuat, padat, bulat, hidup, dan mempesonakan.
5.. Sastera adalah lembaran demi lembaran halaman yang memuat perasaan kemanusiaan yang mendalam dan kebenaran moral dengan sentuhan kesucian, keluasan pandangan, dalam bentuk yang istimewa dan sekali lagi dengan menggunakan susunan bahasa sebagai satu sarana.

Karya sastera terbahagi kepada dua kelompok iaitu;

1. Ciri-ciri sastera imaginatif seperti puisi, cerpen, novel, drama ; kandungannya bersifat khayali, menggunakan bahasa konotatif, memenuhi syarat-syarat estitika seni.

2. Ciri-ciri sastera non-kreatif seperti esei, kritikan, biografi, autobiografi; sejarah, memoir, catatan harian; kandungannya menekankan unsur fakta, menggunakan bahasa yang denotatif, namun tetap memenuhi unsur-unsur estetika seni.


Jelas kelihatan perbezaan antara sastera imaginatif dan non-imaginatif adalah masalah estetika seni. Bagaimanapun, unsur estetika seni yang meliputi kekuatan, keselarasan atau keharmonian, keseimbangan, tumpuan/pusat penekanan suatu unsur, tetap sama; estetika seninya tetap diperjuangkan.

Sekarang, kita kembali kepada soalan pertama tadi; Mengapa kita perlu membaca karya sastera? Penting sangatkah kita baca karya sastera?

Terbukti lama sudah bukan? Karya sastera mewakili bahasa dan bangsanya; budaya dan tradisinya. Ianya lebih penting daripada sekadar sebuah peninggalan sejarah atau artifak budaya yang memperkenalkan kita pada pengalaman dan dunia luar. Kita belajar tentang sastera dari merata sumber; kita terhibur dengan kelucuan, kita tersentuh dengan kepahitan hidup, yang tergambar dalam puisi, cerpen, novel dan drama; dan minda kita pun lalu berkembang di sepanjang penggembaraan lewat karya-karya sastera tersebut.

Akhirnya, dengan `melihat’ apa yang diungkapkan oleh pengarangnya dan bagaimana dia mengungkapkannya, kita akan ketemukan makna di sebalik apa itu karya sastera. Kita akan dapat menterjemahkan mesej yang cuba disampaikan oleh pengarangnya. Jika dalam lingkungan akademik, wujud pula penggunaan kaedah-kaedah teori tertentu untuk mendekati karya sastera dengan lebih mendalam, seperti; mithologi, sosiologi, psikologi, sejarah, dan beberapa pendekatan lain.

Jadi, kenapa sastera penting pada kita? Mudah saja jawapannya; karya sastera penting pada kita, sebab ia `bercakap’ dengan kita, kerana ia bersifat universal dan ia memberi kesan kepada kita. Biarpun tema yang diangkat dalam karya itu begitu lemah atau kurang menarik, ia akan berubah menjadi kuat dan indah apabila ditulis dalam bentuk sastera.

Sesungguhnya, tidak ada cara yang lebih baik untuk melihat perbezaan etnik dan budaya, kekayaan warisan manusia, menilai perbezaan antara luahan daya kreativiti manusia daripada pelbagai aspek – selain daripada karya sastera. Membaca sebuah karya sastera yang hebat adalah satu nikmat yang unggul, tentunya. Sebuah pengalaman untuk mempelajari pelbagai perkara; tentang apa dan bagaimana, tentang keutuhan atau ketidak-sempurnaan sebagai manusia, dengan segala tindak-tanduk, impian dan kisah silam, kesendirian, dalam perhubungan dengan sesama insan, penampilan di mata masyarakat, juga di relungan rahsia dan aliran kesedaran.

Secara dasarnya, sesebuah karya sastera dibaca kerana jalan ceritanya yang menarik mampu mempesonakan. Isi karya sastera, adalah satu macam kewujudan manusia dalam bentuk seni. Cerita membentuk sebuah perhubungan, mengesahkan tentang budaya dan bahasa, menegaskan tentang ritual dan kepercayaan dalam masyarakat. Ia juga menggambarkan aturan kehidupan dan mentakrifkan kewujudan manusia di dalam jagatraya, sehingga mampu menggerakkan pancaindera dan emosi agar dapat merangsang dan merubah pemikiran kita ke arah yang lebih hebat.

Ikatan yang begitu mantap antara sastera dan manusia (pembaca), menarik mereka untuk turut menyumbangkan suara. Ikatan itu juga mungkin dapat membuatkan mereka berasa akan kesamaan gelojak perasaan dan cenderung membangkitkan semangat juang yang sama tanpa mengira batasan geografi, bangsa, fahaman agama ataupun ideologi politik. Sastera mampu memindahkan kita ke dunia silam, dan menghubungkan kita dengan mereka dari era tersebut, hingga begitu menghiburkan, sekali gus mendorong pembaca memasang impian atau membangkitkan semangat juang baru di antara susunan-susunan ayat dalam gaya bahasa yang indah dan kuat. Perasaan menjadi sebagai sebahagian daripada pengalaman masyarakat dalam ruang dan `buku besar’. Ia adalah suatu kejayaan budaya dan tiada satupun yang dapat menyumbang lebih daripada itu, selain daripada karya sastera. Jelasnya, ia adalah amat penting untuk kita pelajari dari masa silam, untuk kita memperbaiki masa hadapan.

Pendek kata, tanpa membaca karya sastera atau tidak pernah disentuhi sastera, samalah seperti kita berada di dalam lingkungan masyarakat yang emosi dan jiwanya terperangkap, kerana kelukaan dalam hati atau gelojak dalam diri tidak mampu dan dapat diluahkan dengan cara yang halus dan lembut.

Yang pasti, buku-buku sastera adalah diibaratkan seperti sebuah sungai yang mengalir menuju ke muara dan langsung ke lautan lepas, semakin banyak dibaca, semakin besarlah kebebasan minda yang kita anugerahkan kepada diri sendiri. Bebas untuk menerokai pengaliran idea, imaginasi, misteri, penerokaan dan sebagainya. Tanpa buku sastera, apa saja yang mengalir dalam diri kita?



Andainya semua yang sebut di atas masih belum meyakinkan anda untuk mendekati karya sastera, bagaimana dengan informasi ini;

Nabi Muhammad (s.a.w.) menggunakan puisi sebagai alat atau wasilah dalam mendakwah ajaran agama yang diturunkan kepadanya. Baginda sangat menghargai keupayaan para sahabat menggambarkan perasaan dan isi hati mereka dalam bentuk sastera tentang hubungan antara manusia dengan Tuhan, antara manusia dengan alam. Selagi keupayaan bersastera itu tidak merugikan kepentingan umum dan berada di dalam kerangka nafas ajaran keagamaan, selagi itulah tiada sebab untuk kita menolaknya. Bukan?


Sunday, January 2, 2011

Gagasan Satu Malaysia dlm Karya Sastera

Sunday, January 02, 2011 // by Azmah Nordin // // No comments

(artikel terbaru saya ini telah terbit dlm bulan Mac, WADAH, DBP)


Bak kata sebuah pepatah: `Bahasa Menunjukkan Bangsa’, dan untuk sekian lama memang sudah terbukti bahawa pepatah ini adalah tepat sebagai kewujudan identiti dan warisan budaya sebuah bangsa di dunia. Bagaimana jika kita tambah pepatahnya; Sastera Menunjukkan Bangsa’ pula?



Penulis percaya, semenjak zaman berzaman lagi, semua orang tahu bahawa `Bahasa’ merujuk kepada lambang budaya dan fungsi atau peranan bahasa sebagai sistem perhubungan sosial dalam masyarakat. Melalui peribahasa ini, kita dapat mempelajari dua aspek penting tentang hubungan antara bahasa dengan orang atau bangsa yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa asalnya. Pertama, cara kita menggunakan bahasa Melayu atau ragam tertentu bahasa Melayu menunjukkan kelakuan budaya, sosial atau taraf sosial kita dalam masyarakat. Orang Melayu melihat bahasa sebagai sistem budaya. Bahasa yang baik atau betul tidak hanya bererti baik atau betul dari segi peraturan tatabahasanya tetapi lebih penting lagi adalah dari segi peraturan sosial, budaya atau adatnya. Ungkapan “tahu bahasa” bererti “tahu adat”, dan ungkapan “tak tahu bahasa” bererti “tak tahu adat.”


Yang pasti, tiada siapa yang mahu dianggap sebagai `tidak tahu bahasa’, atau `tidak tahu adat’ bukan? Lagipun, siapa lagi yang harus berbahasa Melayu/Malaysia, jika bukan kita sendiri. Jika bukan kita yang mempertahankan Bahasa sebagai warisan budaya yang terus berkembang dengan kosakata-kosakata (bahasa etnik) yang murni ciptaan orang tempatan, siapa lagi? Terbukti sudah bukan? Terpenting, peranan bahasa dalam perkembangan intelektual, sosial, dan emosional, membantu kita mengenal diri, budaya, dan budaya orang lain, serta membolehkan mengemukakan gagasan dan perasaan, memudahkan kita bergabung dalam masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut, dan menemu- gunakan keupayaan menganalisa dan ber analitis dan imajinatif yang ada dalam diri kita.


Jadi, apa kaitan semuanya dengan Sastera? Itu satu soalan yang menarik, tapi boleh dijawab . Jelasnya, sastera juga sebenarnya, mempunyai fungsi yang lebih kurang sama? Sastera adalah kewujudan buah fikiran dalam bentuk tulisan. Tulisan adalah media pemikiran yg dituangkan melalui bahasa, dan bahasa boleh saja diwakilkan dalam bentuk tulisan, bahkan lewat media lain juga boleh, misalnya dalam bentuk gambar, muzik, lukisan ataupun karya seni yang lain, misalnya senibina. Sastera sewajarnyalah menjadi sebahagian dari budaya masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama di Malaysia. Sastera memuatkan bahan-bahan cerita bernilai murni, bermutu tinggi dan dipelihara dengan sebegitu rupa oleh para pujangga, turun-temurun, sama ada secara lisan mahupun secara tulisan. Sama seperti Bahasa, Sastera juga mempertahankan identiti, warisan budaya yang terus berkembang dari masa ke semasa. Melalui puisi, cerpen, novel, prosa atau bentuk tlisan lain yang merupakan karya sastera, kita sepatutnya berupaya mengungkap pengalaman hidup sehari-hari sendiri atau pengalaman orang lain, dipadu dengan daya khayal (imaginasi) lalu dikemaskan dengan susunan kata dan gaya bahasa yang indah. Puisi adalah antara contoh terbaik untuk menyaksikan media pelahiran maksud dengan kata-kata (gerak-geri) yang begitu hampir dengan kita, kerana saban hari pun kita akan bersua dengan pelbagai macam peristiwa yang sekali gus menciptakan pengalaman peribadi tersendiri, sama ada yang menyayat-robekkan hati, yang pahit getirkan, yang membuai-bahagiakan mahupun yang yang menduka-larakan.


Yang pasti, kita tidak boleh menjernihkan sesuatu kemelut berakibat dari peristiwa yang dialami itu, jika hanya dalam fikiran cuma. Kita perlu berfikir bersesuaian sebagai seorang penulis dan yakin bahawa pada kekuatan menyusun kata-kata sahaja, seorang penulis sudah mampu menyampaikan gagasan melalui tulisan. Dengan bahasa tulisannya, khalayak pembaca akan mengerti apa yang menjadi idea fikirannya. Khalayak pembaca dapat pula dibawa menelusuri ke alam fiikiran kita dengan kata-kata yang disusun-rangkainkan dengan sebegitu rupa. Namun, apakah anda masih mengalami kesukaran untuk menerap-adun-terjemahkan gagasan dalam bentuk tulisan? Mungkin, bukan satu masalah bagi penulis handalan/mampan untuk menerap-adunkan gagasan dalam bentuk karya kreatif. Bagaimanapun, andainya masalah ia dialami oleh penulis muda, maka masalah itu harus diungkaikan. Ini termasuk dengan masalah dalam pemilihan kata-kata untuk menyusun-rangkaikannya dalam bentuk ayat yang bersesuaian, supaya gagasan yang cuba diutara-terjemahkan itu, sampai kepada pembaca. Jika penulis dapat mengatasi dan menguasai semua teknik penulisannya, penulis akan dapat menghasilkan tulisan bertema apa saja.

Jadi, bagaimana hendak diterap-adun-terjemahkan Gagasan Satu Malaysia itu di dalam karya sastera? Seperti semua orang tahu, `gagasan ‘ itu bererti hasil pemikiran. Sebabnya, sebuah tulisan bukanlah hasil angan-angan semata-mata, biarpun seorang penulis juga tidak terlepas dari berangan, berdaya khayal, atau berimajinasi. Imajinasi di sini merupakan imajinasi yang ditempa dalam fikiran, dicerna dalam otak, dan diterus terjemahkan dalam bentuk tulisan. Tulisan yang dimaksud adalah tulisan yang ditulis dengan perancangan yang teliti, dengan pemikiran yang dalam, dan dengan peraturan yang dipatuhi, dengan ilmu bantu bersesuaian dengan tema karya yang diselidiki, tidak sebatas angan-angan kosong saja.


Jadi, apa itu Gagasan Satu Malaysia? Tentu ada yang akan menanyakan begitu, bukan? Setiap hari, ketika melakukan pelbagai aktiviti harian, kita akan mendengar pelbagai tafsiran berbeza mengenaik gagasan Satu Malaysia. Mulai bangun tidur sampai tidur kembali pada sebelah malamnya, kita akan tertanya-tanya pada diri sendiri; bagaimana mahu ditafsirkan gagasan Satu Malaysia dalam karya sastera? Kemudian kita mengangguk. Hmm... Bukankah matlamat sebenar gagasan Satu Malaysia itu adalah demi kepentingan semua rakyat negara ini? Yakni, dengan mengambil kira kesejahteraan setiap etnik? Kemudiannya, saat matahari mulai terbenam dan bintang-bintang bergemerlapan mengitari bulan yang memantulkan cahaya di permukaan laut, sungai, sawah bendang, dan menyinari setiap makhluk Tuhan Yang Maha Kuasa di sekitar kita, hati kita berbunga indah kerana menyedari i bahawa kita sudah lama terdidik untuk menghormati identiti etnik, peruntukan teras perlembagaan dan sikap penerimaan kaum, sebelum gagasan Satu Malaysia dilaungkan lagi pun.


Apabila fajar merendah sayap dan kabus tipis di depan rumah berombak-ombak di udara ketika menyaksikan kupu-kupu beraneka warna hinggap dan menikmati manisan dari bunga ke bunga lainnya, disertai ciapan keriangan beburung bersahutan menyambut kehadiran pagi dari pepohon di sekitar rumah; kita terkedip-kedip mata, mengingati artikel-artikel perkembangan isu semasa yang sempat dibaca; Tentang bagaimana gagasan 1 Malaysia menganjurkan nilai-nilai yg mampu membantu mengukuhkan perpaduan nasional, supaya dapat membina sebuah negara Malaysia yang hakiki. Tentang bagaimana gagasan 1 Malaysia menganjurkan budaya hidup bahawa walaupun agama, budaya hidup dan keutamaan pelbagai kaum di Malaysia berbeza-beza, mereka perlu mendekati sesuatu isu daripada perspektif `Malaysian’. Tentang bagaimana setiap kaum dan golongan harus mendapatkan bantuan agar tiada sapa pun merasa bahawa mereka tidak dipingir dalam arus perdana pembangunan Negara. Tentang bagaimana menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat untuk membawa usaha meningkatkan perpaduan malah menyuburkan cara hidup harmonis antara kaum, sekali gus menganggap dirinya sebagai seorang ahli dalam satu keluarga besar, yakni `Keluarga Malaysia’ . Tentang bagaimana perpaduan seperti itulah yang diharapkan dapat menentukan kelangsungan tamadun Malaysia yang bakal diwarisi kepada genarasi akan datang. Dan sebagainya.


Wah, segala-galanya kedengaran begitu `dingin‘ dan kaku sekali! Jadi, bagaimana hendak menerap-adun-terjemah-hidupkan sesuatu yang sedingin dan kaku itu, ke dalam karya sastera kita? Sambil-sambil berfikir tentang perkara itu, cuba pandang keindahan alam, pada laut yang terbentang luas, pada air sungai yang mengalir jernih, pada bukit yang hijau kebiru-biruan, dan soal pada diri sendiri; apakah yang kiat mahu buat dengan panorama alam mempesona di sekitar kita yang Tuhan Maha Kuasa Anugerahi pada sekelian umatNya ini? Kemudian kita pandang pada jiran-jiran kita yang berbilang kaum dan berbilang agama pula, tapi dapat hidup dan berinteraksi dalam suasana yang harmonis dan saling mengambil berat. Mahu biarkan sahaja segalanya berlalu begitu saja, atau mendokumentasikan seluruh kehidupan di negera kita dengan karya sastera? Bagaimana caranya?


Mudah saja jawapannya;


1. Tumpukan perhatian kepada manusia berbilang kaum di sekeliling kita itu semula. Tumpukan seluruh jiwa dan raga kita pada kisah manusia di dalam sesebuah peristiwa, atau cerita seseorang di sebalik peristiwa merupakan sebuah kes /isu/masalah menarik untuk diangkat, dan diperjuangkan. Rasa simpati dan empati kita sebagai penulis terhadap nasib salah seorang mangsa kebakaran, misalnya, akan menggugah para penyiasan atau mereka yang berkenaan untuk mencari punca kebakaran dan membela nasib mereka yang teraniaya. Cerita mengenai manusia berbilang kaum di sebalik berita akan memberikan penekanan pada laporan utama, akan mewarnai dan lebih memperkayakan hidup ini; kaya perasaan, kaya fikiran, kaya pengalaman, kaya wawasan, kaya jiwa; kekayaan yang lebih bermakna, biarpun kehidupan fizikal sederhana cuma.

2. Adun dan terjemahkan semua pengalaman batin dan peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada makhluk Tuhan Yang Maha Esa dengan sejujur-jujurnya, dalam bentuk tulisan yang logik lagi menyentuh perasaan, penuh dengan gambaran pergolakan jiwa dalam inti kehidupan manusia, tentang cinta dan pengkhianatan, tentang kasih sayang dan pengorbanan, tentang perjuangan dan cabaran, dan sebagainya. Dengan menggunakan teknik penulisan yang terkini, mampu membantu anda mengolah karya dengan lancar dan menarik. Diperhalusi dengan menggunakan bahasa sastera yang indah dan tidak menjurus kepada karya picisan.

3. Apabila mengangkat watak antagonis dalam karya, elakkan sepenuhnya daripada menggambarkan seolah-olah watak antagonis itu mewakili kaumnya, sebaliknya, gambarkanlah perbuatannya itu bersifat individu semata-mata. Terutama sekali, perlu disedari bahawa dalam setiap kaum, pasti ada antagonisnya.

4. Penamat yang kuat dan menarik. Wujudkan unsur-unsur suspen di sepanjang karya dan hanya diungkaikan setelah sampai ke paragraph akhirya, ini untuk mendorong naluri ingin tahu pembaca untuk membaca terus hingga ke paragraph akhir. Penamat cerita tidak semestinya memenangkan watak utama (yang mungkin saja antagonis), tapi kemenangan haruslah kepada yg benar, buat ditatap dan difikirkan bersama oleh pembaca yang diharapkan menjadi orang yang lebih arif dan bijaksana daripada sebelumnya.

5.

Untuk menjadi seorang penulis karya sastera juga tidak sesukar mana, sebenarnya. Kita hanya perlu 1 peratus bakat dan 99 peratus kegigihan dan dedikasi. Dan setiap kali mahu memulakan berkarya, berkaryalah dengan nawaitu yang betul, sebagai mensyukuri segala nikmat dan bakat yang dianugerahi dan dirahmati Tuhan kepada kita semua.


Salam Gagasan Satu Malaysia :)