• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Thursday, November 19, 2009

Tips Penyuntingan - sdra Zulina Hassan

Thursday, November 19, 2009 // by Noraini Eslah // 1 comment

Salam sejahtera semua peserta bengkel yang tekun dan gigih!


Di entri kali ini, saya dengan rasa gembira memaparkan satu lagi bahan sumbangan dari sdra zulina hassan yang kita kasihi untuk seisi blog kita ini. Ia sangat bermanfaat bagi membantu proses karya kita. Terima kasih sdra zulina, moga anda beroleh rahmat dan berkelapangan lagi di masa-masa akan datang.
-ummu anas.


Elipsis

Apakah yang dikatakan elipsis? Elipsis ialah tiga titik berturutan (...) bermaksud menggantikan sebahagian daripada satu ayat yang ditinggalkan/tidak mahu dipetik keseluruhannya. Penggunaan elipsis terhad pada bahagian ayat yang tidak hendak dilengkapkan.

Dalam penulisan karya kreatif, elipsis digunakan secara berseni pada tempat-tempat tertentu, bukan dengan sewenang-wenang atau sekehendak hati penulis sahaja.

Tanda elipsis juga digunakan bagi menggambarkan kalimat yang terputus-putus, atau bagi menunjukkan jeda dan keheningan yang agak lama dalam satu kalimah.

Cara menulis elipsis
Tanda elipsis ditulis dengan tiga titik (...), terpisah daripada kata sebelum dan selepasnya jika diletakkan di tengah-tengah ayat.
Sekiranya elipsis digunakan pada akhir kalimah, perlu ditambah noktah, tiga untuk penghilangan teks dan satu sebagai titik akhir.

Elipsis dan koma digunakan bagi ayat yang tidak selesai.

Elipsis tidak boleh diikuti oleh tanda seru atau tanda soal.

Contoh penggunaan elipsis

1. "Sayalah...." Husna berbisik.
2. "Ya ... ya, saya akan pulang segera.
3. "Apa yang sudah terjadi? Bukankah kamu..., kata-kata Samad terhenti.

1 comment:

  1. Ummunajah :)

    Jutaan terima kasih di atas perkongsian ilmu ini lagi, saya percaya setiap penulis dpt memanfaatkan ilmu panduan yg cukup dasar dan sgt penting utk membangunkan sebuah karya supaya lebih sempurna, sama ada utk karya kreatif mahu pun bukan kreatif. Dgn memanfaatkan panduan ini, penulis sekali gus dpt menjaga hati editor (juga jika tak mau karya kita ditolak jauh2 dr pandangannya) yg terpaksa menghadapi puluhan/ratusan ribu patah perkataan sehari semasa melakukan editing.

    Sekali lagi, terima kasih, gigih terus k :)

    ReplyDelete