• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Monday, November 23, 2009

Menerap Nilai Murni dan Kasih Sayang Insani Dlm Karya

Monday, November 23, 2009 // by Noraini Eslah // 3 comments

oleh: Ummu Anas


Pengunjung dan peserta blog sastera yang dimuliakan!

Izinkan saya membuka jaluran perbincangan yg agak lebar berkaitan tajuk yang tertera di atas; Menerap Nilai Murni dan Kasih-Sayang Insani dlm Karya. Secara peribadi saya sangat tergugah dengan isu yang sifu az cadangkan pada entri 'diskusi ilham' kali ini, kerana ia menjadi satu peringatan supaya saya teliti dalam mengolah novel yang saya sedang garap ketika ini...

Setiap seorang drpd kita,di awal2 mengikuti bimbingan novel atau cerpen dari sifu az sudah diperingatkan supaya cerita yang kita angkat mempunyai nilai perjuangan. Hal ini akan mengangkat mutu karya kita. Jika ditambah lagi dengan ilmu bantu lewat buku-buku ilmiah dan berbagai maklumat kajian yang diperolehi dari internet, juga akan lebih meningkatkan lagi mutu karya. Malahan mutu karya akan lebih melambung apabila kita terapkan nilai murni dan menghidupkan perasaan kasih sayang dalam setiap watak yang telah kita pilih. Paling penting watak utama; sebagai 'hero' dlm karya, mesti kita beri dia keunggulan dengan meletakkannya berkorban demi kepentingan sahabatnya. Ini juga bermakna, dia lebih mengutamakan sahabatnya berbanding diri sendiri dan akhirnya kedua-dua mereka akan sama2 beroleh kejayaan yang ingin dicapai...

Meskipun semua episod ini; nilai murni dan nilai kasih sayang insani sesuatu yang kita susun atur dalam karya, namun di dalam realiti ia merupakan nilai kemanusiaan yang benar-benar berlaku. Justru itu kerja tulis karya kita yang sedemikian merupakan satu usaha perjuangan yang bernilai tinggi demi membentuk insan dalam realiti menjadi sebaik mungkin melalui kisah yang diolah. Dalam masa yang sama menyempurnakan sebuah karya yang tinggi mutunya,...mungkin akan layak disebut sebagai karya berlian?!


Seterusnya, saya bukakan untuk peserta lain sama-sama membincang dan membahas isu ini, silakan...









3 comments:

  1. Salam sifu, mummy ummu n rakan2 sekalian...

    Melht tajuk diskusi ilham pd mggu ni, ingin sy kgsikn ilmu sy yg baru setipis kulit bawang ini..hehe..

    Pertama, saya mengangkat martabat watak utama dlm sesuatu karya itu bg menerap nilai murni dan kasih syg insani dlm karya. Misalnya, novel prtama sy 'Titian Muhibah' mnceritakn prjuangan seorg wanita yg brbgsa Sungai Paitan brasal dr daerah Beluran. Watak Mastura Rizwan adalah seorg wanita yg brjiwa besar, kental semangat, tabah dlm usaha mendaulatkn bangsanya sbgi seorg anak Melayu, memprkasakn budayanya sbgi salah satu etnik sabah yg kaya seni warisan trsendiri, unik n menarik.

    Kedua, saya melht watak antagonis bg menerap nilai murni dan kasih sayang insani dlm karya. Apabila sikap tak baik dlm watak antagonis telah dikenalpasti, sekaligus sikap baik, luhur dan murni dpt dwujudkn dlm diri watak2 yg lain.

    Akhir sekali, cara sy menerap nilai murni dan kasih sayang insani dlm karya adalah dgn memuhasabah diri sendiri sbgi seorg penulis yg ingin menyampaikn ilmu kpd para pembaca. Sy sllu ingatkn diri ketika menulis karya, sy brperanan memberitahu pembc tentang apa jua ilmu yg brmanfaat, sy brusaha membuka minda pembaca agar melht dunia dgn mata hati dan sy meninggalkn pembaca dgn sesuatu perasaan yg mndlm tntg erti sebuah kehidupan yg brsifat penuh kesementaraan ini. Seolah2 sy sedang melepaskn seog anak ke dunia baru dgn bekalan yg padat ilmu dunia n akhirat.

    Sifu, mummy ummu n rakan2 sbgkel yg sy kasihi sekalian, demikianlah pandangan yg dpt sy kgsikn pd kali ini. Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Salam ummu anas, badariah dan semua pengunjung blog Sastera :)

    Wah, dua buah fikiran yg hebat dari dua anak didik saya yang hebat juga, tahniah. Mungkin saya dapat tambah sedikit;

    Perasaan kasih sayang/cinta sudah bermula semenjak (atau lebih tepat, sebelum) dunia tercipta lagi, begitu juga dalam penulisan kreatif. Perasaan yang indah ini, sebenarnya adalah anugerah Illahi kepada setiap makhluk-Nya. Perasaan inilah yg perlu kita salurkan kepada pembaca, lewat karya sastera yang kita susun dgn gaya bahasa yang indah dan utuh.

    Bagi pasangan yg saling berkasih sayang, ini digelar cinta. Jadi, apabila kita gambarkan perasaan ini dlm bentuk karya kreatif, tidak dapat tidak, kita terpaksa juga menggambarkan bagaimana dada watak utama itu berdegup kencang, jantung bagaikan melonjak ke kerongkong, kebahagian bagaikan meletus di dalam dada, sukar menghela nafas, darah menyirap di wajah, dan lidah menjadi kelu, dan sebagainya. Dan, dia sanggup mengenepi kepentingan diri, demi kebahagian org tercinta. (wah, mcm klise je ni kan.. heheh)

    Bagaimanapun, ia hanya simptom sekilas pandang cuma, sehingga kadangkala watak utama kita tidak pasti sama ada apa yg dia alami itu benar-benar (cinta( berlaku, atau hanya sebuah imaginasinya semata2. sehingga membuatkan dia menjadi resah gelisah tidak keruan.

    Begitu juga ttg kasih ibu. Dari dahulu kala lagi, kisah penderitaannya, pengorbanan seorang demi masa depan anak2, byk digambarkan oleh para penulis lewat karya2 kreatif, di seluruh pelusuk dunia. Ini mungkin kerana di mana2 juga kita boleh menemukan kaum ibu. Bagi hampir 99.99 peratus penulis, akan mengangkat ibu mereka sebagai insan teristimewa dalam karya kareatif mereka; cerita2 ttg kasih sayang seorang ibu yang berjaya mengikat hati dan kesetiaan keluarganya, pengorbanan seorang ibu yang sanggup mengenepikan kepentingan diri sendiri, demi anak2 tersayang dan sebagainya, byk boleh dijumpai di mana2. Jelasnya, seorang ibu adalah insan istimewa, yg bukan hanya melahirkan, tp mereka sanggup bertungkus lumus untuk mempastikan kebahagian dan masa depan keluarganya.

    Dan, andainya itu isu yg mahu diangkat oleh penulid ke dlm karya kreatifnya, maka tugas utama penulis adalah mengangkat mertabat wanita itu sendiri. yakni, dgn menggambarkan dia sebagai seorang wanita gigih, tabah, kuat semangat juang, akan kelihatan logik bagaimana dia berjaya membesarkan anak2nya, tapi juga mengangkat mertabat diri sendiri dalam apa bidang usaha atau kerjaya, supaya karya boleh menjadi lebih besar dan lebih bermakna. secara tidak langsung, anda sebagai pengarang, turut berjaya menyalurkan kasih sayang anda kepada para watak yg anda angkat dlm karya itu bukan?

    Terbukti, betapa byk idea yg boleh kita perolehi untuk menghasilkan karya sastera, jika kita berkarya dengan berpandukan kasih sayang (dan cinta) sesama insan. Sbbnya; kasih sayang ataupun cinta adalah sebagian daripada kita, ia juga sebahagian daripada setiap manusia di dunia; ia begitu luas maknanya, ia bersifat universal!


    gigih terus k

    :)

    ReplyDelete
  3. Hi, nice blog & good post. truly like it especially meow snaps, you must submit your site for free in this website which really helps to get more traffic. hope u have a nice day & Keep posting!

    ReplyDelete