• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, November 8, 2009

Artikel Mengenai Suntingan

Sunday, November 08, 2009 // by Noraini Eslah // 1 comment

Salam sejahtera semua peserta bengkel sastera yang dimuliakan,


Sukacita saya paparkan di sini sumbangan pertama dari sdra Ummunajah/Zulina Hassan yang saya yakin sgt berguna untuk panduan kita sepanjang menggarap karya masing-masing. Besar harapan saya sdra ummunajah akan meneruskan sumbangan sedemikian pada masa seterusnya.

Sumbangan ikhlas ini saya iringi ucapan terima kasih istimewa buat ummunajah, dari mula hingga akan datang...
- ummu anas.


Artikel pertama ini, saya hendak sentuh mengenai penggunaan boleh dandapat. Boleh dikatakan setiap kali saya menyunting buku sama ada novel ataupun bukan novel, penulis kerap kali tidak dapat membezakan penggunaan kedua-dua perkataan ini.

Boleh bererti dengan izin, sedangkan dapat bererti ada kemampuan.

Contoh:

"Pintu itu tidak boleh dibuka."

Tidak boleh di sini bererti pintu itu tidak dibenarkan dibuka/tidak ada keizinan bagi membukanya. Barangkali pintu itu membawa ke satu laluan rahsia ataupun pintu itu hanya menjadi laluan orang tertentu sahaja.

Sekiranya pintu itu terkunci ataupun rosak, maka kita gunakan perkataan tidak dapat. Contoh: "Pintu itu tidak dapat dibuka kerana terkunci dari dalam."

Kita sebagai ibu bapa sering kali juga silap menggunakan kedua-dua perkataan ini ketika bercakap dengan anak-anak. Akibatnya, anak-anak juga silap dalam menggunakannya. Barangkali secara umum kesalahan ini tidak dianggap kesalahan besar/masih dapat diterima. Namun penggunaannya tidak tepat dan elok jika kita dapat membetulkannya. Seperti kata sifu bahasa, 'biasakan yang betul dan betulkan yang biasa'.

Sekian daripada saya. Sekiranya ada kesalahan tutur kata mahupun kesalahan dalam isi kandungan bahan ini, saya mohon maaf dan sama-samalah kita membetulkannya.

Terima kasih, wassalam

-zulinahassan

1 comment:

  1. Ummunajah :)

    Jutaan terima kasih di atas perkongsian ilmu yg berkaitan dgn penulisan ini, dan saya percaya setiap peserta bengkel dan termasuk saya juga, dpt manfaat drpdnya. Semoga anda terus menyumbang ilmu yg seperti ini, bagi memudahkan lagi perjalanan yg penuh ranjau dan duri buat semua peserta bengkel kita. Sumbangan ini, amat dihargai.

    Gigih terus k

    ReplyDelete