• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, October 11, 2009

MENCARI AMIRA- Novel sulung blog sastera, karya sdra Zulina Hassan

Sunday, October 11, 2009 // by Noraini Eslah // 6 comments

Temu ramah bersama Zulina Hassan - menelusuri jejak kasih peserta awal blog sastera.

oleh: Ummu Anas.

Assalammualaikum sdra Zulina atau lebih mesra dgn panggilan ummu najah yg digunakan sepanjang berbengkel di blog sastera ini...,

Dgn rasa besar hati sy ingin merakamkan rasa sukacita kami seisi blog sastera di atas kesudian anda memberi izin untuk saya mulakan temuramah secara dlm talian ini.
Untuk makluman peserta yg masih baru di blog ini, sdra zulina adalah antara barisan pertama peserta blog ini..., sebelum sy sendiri turut serta. Kumpulan pertama tersebut sgt hebat! hanya dlm masa kurang dari 1/2 thn mereka telah mnghasilkan novel dan cerpen2 yg brmutu. Apa rahsianya?...mgkin akan kita ketahui lewat temuramah dgn sdra zulina...mari kita mulakan sekarang;





1. Harap dapat sdra zulina ceritakan secara ringkas bagaimana terdorong mngikut bengkel di blog sastera ini, antara lainnya sbb yg mmbawa perkenalan dgn sifu az...




2. Seingat sdra, ada berapa org peserta di peringkat awal tersebut dan bagaimana perjalanan bengkel sastera ketika itu?

3. Jika tidak keberatan, dapatkah sdra gambarkan semula bagaimana interaksi antara sesama peserta juga antara sifu dan peserta bengkel; adakah dirasakan wujud disiplin yang tinggi di kalangan semua pihak yg menjurus kpd sikap serius dlm brkarya?

4. Berbalik kepada novel sulung blog sastera - 'mencari amirah', hrp dpt sdra jelaskan sedikit sinopsisnya dan penerbitnya.

5. Selain dari novel tersebut, sy difahamkan anda juga ada mnghasilkan bbrapa karya lain sebelum dan selepas novel tersebut. Diharap juga dapat anda kongsikan maklumat berkaitan karya2 itu...

6. Turut difahamkan kini anda agak sibuk dgn kerja2 mg edit, hampir sepenuh masa...; masih adakah ruang untuk anda menyertai kami semula di blog sastera ini dalam waktu yg terdekat?

7. Akhir sekali, sy berharap anda sudi memberikan sepatah dua pesanan khas bagi peserta yang baru ikut serta di sini...

Sy sudahi temuramah ini dgn ucapan ribuan terima kasih di atas kesudian sdra zulina meluangkan masa bertandang di blog sastera yang menjadi tempat bermulanya langkah-langkah kejayaan kita semua.

Sebelum pena diletakkan, sy ingin mengambil kesempatan ini mnjemput sama sifu Azmah Nordin memberikan sedikit sentuhan yang menambah indah padat berkesan temuramah ini,
silakan sifu...

6 comments:

  1. Assalamualaikum, salam kasih buat Sifu Az yang dihormati. Demikian juga buat Ummu Anas, pengurus-pengurus blog dan kesemua peserta bengkel.

    Terharu saya baca kata-kata aluan Ummu Anas di atas tu. Begitu saya tak datang menjengah blog sifu ini, mereka datang menjejak kasih.. Saya hargai ingatan kalian... Kepada Sifu saya benar2 mohon maaf kerana ada juga saya terima kiriman ingatan daripada sifu melalui fb dll, tapi sama ada ketika itu saya tidak sempat membalasnya atau saya tak faham macam mana nak balas. Maaf ye sifu...

    Ok, terus kepada jawapan.

    1. Bagaimana terdorong mengikuti blog ini dan perkenalan dengan sifu.
    Julai 2007, saya ambil keputusan meletak jawatan sebagai penolong editor majalah i di karangkraf untuk memberi lebih tumpuan kepada rumah tangga. Saya tidak berhenti kerja sebaliknya hanya bertukar kerja - menjadi penulis dan penyunting dari rumah. Pada awalnya, saya mencari-cari genre yang lebih sesuai dengan jiwa saya. Saya cuba menulis novel berbekalkan ilmu yang diberi oleh Alaf21 semasa saya masih berada di karangkraf. Malangnya setiap kali saya cuba menulis, tak pernah sudah. Jadi saya pun merayau-rayau di alam siber, mencari-cari bengkel menulis novel yang mudah saya sertai.

    Apabila terjumpa blog sifu ini, alangkah riangnya hati. Saya dapat berbengkel tanpa meninggalkan anak-anak di rumah dan percuma pula! Ketika itu sifu baru ada beberapa orang murid, antara yang saya ingat Aranam dan An-tusufi (yang sifu panggil antu-sufi :)) Aranam jadi murid pertama yang berjaya menyudahkan novelnya di blog sifu.
    Dengan keramahan sifu dan layanannya yang mesra dan tak jemu2 dengan kerenah kami yang kadang2 macam budak2, alhamdulillah saya berjaya menyiapkan novel sulung saya, dengan izin Allah.

    2. Berapa jumlah peserta bengkel ketika itu dan bagaimana perjalanan bengkel.
    Ketika saya menyertai bengkel sifu, barangkali ada 4-5 yang sudah mendaftarkan nama untuk menulis novel. Tetapi saya tidak dapat mengingati nama2 mereka, kecuali Aranam dan Antusufi. Sesudah itu, senarai nama bertambah dengan cepat.
    Apa yang saya ingat, ketika itu peserta bengkel dapat berhubung terus dengan sifu hampir setiap hari. Kami dalam kumpulan kecil, hampir setiap hari boleh berbual2 dengan sifu di shoutbox.

    3. Interaksi sesama peserta dan disiplin
    Sifu sentiasa mengingatkan kami supaya saling berinteraksi antara satu sama lain. Dalam hal ini sifu memang serius. Sifu suka apabila peserta bengkel saling bertegur sapa satu sama lain. Begitulah yang dilakukan oleh kebanyakan peserta bengkel. Cuma ada peserta bengkel yang jarang-jarang muncul kerana sibuk dengan tugas masing-masing.
    Dalam soal disiplin menyiapkan karya, kita akur tidak semua peserta mampu melakukannya. Saya sendiri berjaya menyiapkan novel kerana ketika itu tidak ada kerja lain, hanya focus pada novel, selain urusan rumah tangga. Bagi yang berkerjaya atau sedang belajar, sudah tentu ia menjadi cabaran hebat buat mereka.

    4. Ringkasan ‘Mencari Amira’
    Novel ‘Mencari Amira’ mengenai kisah penculikan seorang budak perempuan berumur 12 tahun bernama Amira. Saya cuba mencipta watak budak perempuan (Amira) yang hebat peribadinya supaya menjadi contoh kepada pembaca sasaran. Dengan bimbingan sifu tentunya, saya menggabungjalinkan unsur-unsur kasih sayang, kekeluargaan dan bersahabatan di dalamnya.
    Novel ini diterbitkan oleh syarikat Galeri Ilmu Sdn Bhd. Sebelumnya, saya hantar manuskrip ini ke salah satu anak syarikat PTS, tetapi ditolak.

    ReplyDelete
  2. 5. Sebelum dan selepas Mencari Amira
    Sebelum Mencari Amira, saya sama sekali tidak yakin untuk menulis novel. Jadi saya menulis sebuah buku cerita kanak-kanak yang bukan novel. Pihak penerbit (Galeri Ilmu) menamakannya sebagai novel episode. Watak sama bagi keseluruhan novel, tetapi setiap bab mempunyai cerita dan konflik tersendiri. Memandangkan sambutan agak menggalakkan, pihak penerbit mahu menjadikannya buku bersiri. Tajuk bagi buku pertama ialah Hello Anak-Anak Ayah dan akan dijadikan siri Hello Anak-Anak Ayah. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah bagi saya menyambungnya.
    Selain itu ada buku bacaan tambahan budak2 sekolah iaitu Siri Fenomena Alam (10 buah), Siri Mari Berfikir (5 buah) dan Siri Mari Meneroka Alam Haiwan (10 buah). Saya menulis buku-buku ini kerana minat yang mendalam terhadap sains dan alam.

    6. Kerja mengedit?
    Ya, inilah kerja saya sekarang. Penghujung 2009 saya menilai semula apa yang sudah saya lakukan dan pencapaian saya sepanjang tempoh saya berhenti karangkraf terutama berkaitan kerjaya utama saya di dunia ini iaitu sebagai isteri, ibu dan anggota masyarakat.
    Hasilnya, saya buat rumusan bahawa saya hanya mampu focus kepada kerja-kerja mengedit dan urusan rumah tangga terutama mendidik dan menguruskan enam anak yang sedang membesar.
    Walaupun demikian, keinginan menulis tidak pernah padam. Tetapi saya yakin penuh, apa yang saya lalui ini adalah yang terbaik Allah tentukan untuk saya. Semua ini bertepatan dengan doa yang saya panjatkan kepada Allah setiap hari. Allah beri dengan jalan yang perit, tetapi apabila saya menyedari apa yang Allah hendak beri kepada saya sebenarnya, saya bersyukur dengan apa yang saya lalui sekarang.

    Ruang untuk kembali menyertai blog sastera?
    Buat masa ini saya tidak pasti. Oleh sebab job editing kebanyakannya bahan-bahan yang serius/ilmiah/separa ilmiah, nak kena tukar switch dulu untuk masuk kembali ke dunia penulisan novel.

    7. Pesanan
    Setiap kali ada kenalan atau sesiapa saja yang datang kepada saya bertanya tentang penulisan novel, saya cadangkan mereka berbengkel dengan sifu. Bagi saya, ilmu yang sifu curahkan sudah cukup bagi kita menghasilkan novel yang bagus dan bermutu. Jadi kepada peserta-perserta bengkel yang baru, kutiplah sebanyak mungkin mutiara ilmu daripada sifu selagi kita ada kesempatan. Di sini, di blog sifu ini, kita dipimpin dari mula perjalanan hingga akhir. Sifu dengan sikap ramah dan keibuannya memegang tangan kita untuk bertatih, berjalan dan berlari, membantu kita bangkit apabila jatuh di cerum yang curam dan membantu kita mendaki gunung tinggi yang penuh onak dan duri. Saya tidak tahu di mana kalian boleh dapat semua ini selain di sini.

    Saya tidak pandai menari-narikan pen untuk memberi kata-kata nasihat yang indah2 seperti Ummu Anas. Cukuplah rasanya sampai di sini.

    Doa saya, semoga Allah terus beri kekuatan kepada sifu untuk membimbing seluruh peserta bengkel yang dahagakan ilmu dan bimbingan daripada sifu. Semoga sifu berada dalam rahmat dan peliharaan Allah dan terus sihat.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. Ummu Najah tersayang :)

    Wah, rindunya saya pada awak dan anak2 didik siber saya yg terawal$. Jelasnya, hanya awak, aranam dan jamilah saja, murid terawal saya yg berjaya menghasilkan novel. Yg lain, mungkin oleh hambatan kerja hakiki yg mmg perlu diutamakan, terhalang di tgh jalan. Sesungguhnya, ini amat merugikan kedua belah pihak, pihak saya krn ilmu yg diperturunkan, tak kesampaian - pihak penulisnya sendiri, krn tidak berjaya menggapai impian yg sudah separuh jalan mereka usahakan.

    Dlm berkarya apa saja pun, saya rasa, tanpa pengorbanan, apa pun tak akan jadi. Itulah yg anda, jamilah dan aranam lakukan, semasa menghasilkan novel dahulu. Mengorbankan segala kenikmatan (tv tv tv!) utk menghasilkan sesuatu yg bermakna dan akan abadi, biarpun setelah ratusan tahun kita meninggal kelak. Itulah karya kreatif :)

    tergelak saya baca statement anda ttg `Saya tak pandai menari-narikan pen utk memberikan kata2 nasihat yg indah2 sprti Ummu Anas'.

    respon saya, sila baca susunan kata2 indah drpd anda di bawah ini;

    Di sini, kita dipimpin dari mula perjalanan hingga akhir. Sifu dengan sikap ramah dan keibuannya memegang tangan kita untuk bertatih, berjalan dan berlari, membantu kita bangkit apabila jatuh di cerum yang curam dan membantu kita mendaki gunung tinggi yang penuh onak dan duri. Saya tidak tahu di mana kalian boleh dapat semua ini selain di sini.

    wah, jika ayat2 di atas ini tidak dianggap begitu indah dan begitu bermakna sekali kpd saya, sehingga terasa sebak di dada saya hingga membuatkan saya terpaksa melawan air jernih drpd menitis di kelopak mata - sesungguhnya, saya tak tahu apa lagi!

    Ummu najah, saya faham benar dgn kesibukan anda dgn kerja hakiki, hingga menyukarkan anda terus giat dlm penulisan kreatif. Namun, saya berdoa juga - berdasar bakat penulisan kreatif anugerah Illahi kpd anda dn kesungguhan anda menghasilkan novel sulong dgn saya dahulu - suatu hari kelak, apabila anak2 semuanya sudah ke sekolah, mungkin, dlm seminggu, anda dpt untukkan masa satu atau dua hari utk menggeluti penulisan novel semula. Buat yg ringan2 saja dulu, dan, sebaik anak2 sudah meningkat ke sekolah menengah, anda sudah punya cukup masa utk menghasilkan novel yg lebih berat lagi. Yg penting, jgn putus terus, rugi besar tu. Bimbang nanti Tuhan ambil bakat yg dianugerahiNya pada anda dan berikan kpd org lain yg lebih memerlukannya pula. Sayang kan?

    Ummu Najah, saya juga doakan semoga anda juga terus diberikan kekuatan dann kesihatan, utk bersama2 saya berjuang dlm dunia penulisan, sehingga ke akhir hayat, agi idup agi ngelaban, agi idup agi nulis pulun sakan - bak kata Ummu Anas :)

    gigih terus k

    ReplyDelete
  4. Sifu, Ummunajah, sy juga tidak dpt menahan hamburan airmata di hadapan skrin lap-top ni...

    Menulis, menulis...n mnulis ini satu prjuangan mulia. Sy hajat sgt kita n jg sesiapa jua yg broleh anugerah boleh mngasilkan karya tulis utk trus mnulis hingga akhir hayat...

    Dgn mnulis, insya-Allah kita akn trjarak jauh dari sakit'nyanyuk' prcayalah!...ada fakta yg menghuraikan hal ini...

    selebihnya sy sgt trharu krana ikatan hati insan pnulis sgt kuat!...sy rasai sndiri...n itulah antara sbb mngapa sy tidak trgamak mninggalkan blog sastera ini n juga sifu...bukan sbb manja.., tapi sbb satu prjuangan; agi idup ngi ngelaban, agi idup agi nulis pulun sakan! semata2 brjuang utk memandaikan manusia n mnyambung peradaban...

    Terima kasih sifu n Ummunajah moga kita semua seisi blog, khas smua peserta yg sgt2 sy kasihi...trus gigih! TRUS GIGIH,K (kata2 sifu yg sntiasa mmbakar smangat sy)

    ReplyDelete
  5. :) wah terbakar semangat saya membaca catatan ummu najah ini!!! Sifu, saya muncul lagi ni ... :) cakk!

    ReplyDelete
  6. Salam Sifu tersayang dan sahabat sesifu sekalian.

    Sesungguhnya saya rindu ....

    ReplyDelete