• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, September 27, 2009

Temuramah bersama dengan Ummu Anas...Satu Untaian Pengalaman

Sunday, September 27, 2009 // by Abdul Razak Bin Husin // 4 comments

Oleh : Abdul Razak bin Husin.


Kini, tiba pula giliran saya untuk menemuramah secara dalam talian bersama dengan Ummu Anas atau lebih mesra saya panggil Kak Ummu.

Saya amat berharap Kak Ummu sudi-sudilah menjawab soalan yang telah saya susun atur di bawah ini.




1. Bagaimana Kak Ummu boleh melayari laman blog Sastera ini serta menjadi peserta bengkel blog ini?

2. Cerpen pertama yang dibengkelkan di blog sastera ini. Bagaimana respons Kak Ummu apabila dikomen oleh Sifu Azmah Nordin serta tanggapan awal terhadap sifu.



3. Mohon Kak Ummu senaraikan cerpen yang telah dibengkelkan di blog sastera setakat ini. Jumlah cerpen yang telah dihantar atau bakal dihantar pada majalah/akhbar.

4. Proses kreatif penulisan cerpen "Gerimis Kasih" sehingga berjaya disempurnakan. Tarikh menghantar cerpen serta tempoh masa yang terpaksa ditunggu untuk disiarkan.

5. Pengalaman terindah Kak Ummu sebagai peserta bengkel /pengurus bengkel untuk dikongsi bersama-sama rakan sebengkel yang lain.

6. Cadangan daripada Kak Ummu untuk menyemarakkan laman blog sastera ini.

7. Harapan /cita-cita/angan-angan Kak Ummu dalam bidang penulisan cerpen dan novel pada masa akan datang.

8. Apakah nasihat Kak Ummu kepada rakan sebengkel dan pengurus-pengurus blog?

Sekian, terima kasih...


4 comments:

  1. Bismillahirrahmanirrahim.
    Berdebar-debar sangat sy nak jwb soalan2 yang dikemukakan, maklumlah saya ni agak pemalu...

    1.bagaimana sy boleh sy boleh melayari blog sastera n mnyertainya?
    oh! ini satu kenangan sgt manis sewaktu blog pribadi sy -blog ummu anas mula broperasi; sifu az telah singgah di sana n mulalah kami berkenal2an...hehe. apabila sy brkunjung ke blog sastera ini...wah! brmulalah kisah satu jatuh cinta dgn karya kreatif/sebelumnya sy hanya biasa mnulis artikel.

    2. peringkat awal menyertai bengkel sastera di sini, sy mulai dgn mngikuti bengkel novel, kerana sudah lama sgt sy brangan2 nak belajar mnulis novel, tapi tak jumpa siapa yg boleh mengajar sy dgn sabar..hinggalah sy ditakdirkan mnyertai blog ini. setelah siap novel prtama sy dan dah dihantar ke pertandingan, baru sy minta sifu bimbing sy mnulis cerpen pula.

    Cerpen 'gerimis kasih' inilah cerpen pertama sy di bengkelkan dan dihantar ke media cetak. cerpen ni sebenarnya tak berapa cantik walau 3X sudah sy baiki,maklum sy agak lemah dlm mnulis cerpen../belum mahir. tapi angan2 lah mmbuat sy tak serik.

    pandangan sy tentang sifu?
    ini sgt sensitif...apa pun prtama kali mndpt bimbingan beliau, sy tau beliau punya disiplin yg tinggi n sgt professional dlm brkarya. sy sgt hormati cara beliau dan itulah yg terbaik utk sy pd usia begini, biar sy sedar semuanya sy mesti lakukan secara pantas dan gigih.

    3.Setakat ini/setelah setahun sy menyertai blog sastera, disebabkan sy sdg menumpukan prhatian kpd novel kedua yang lebih berat, sy hanya mampu mnyiapkan dua buah cerpen saja. yang sebuah lagi itu belum lagi dihantar ke mana2; berjudul 'anjakan paradigma'. sdg sy fikir2 utk dihantar kemana...tiba2 trilham pula ingin menulis sebuah cerpen yg menyedut idea novel yg sdg sy tulis n sifu turut mencadangkan begitu. Justru itu, sehari dua ini sy sdg mnumpukan masa membaikinya, insya-Allah ingin dihantar ke dewan siswa, kerana ceritanya berlatar belakang kehidupan di kolej.

    4. Seingat sy proses penulisan cerpen 'gerimis kasih'mengambil masa perjalanan dari jb-jengka, pahang pergi dan pulang kira2 12jam perjalanan. menulis tangan ats kertas semasa menemankan suami memandu mnghantar anak pulang ke uitm pahang,kampus jengka. proses bengkelnya yg lama, kira2 dua minggu sbb ini cerpen yg pertama n merangkak2 blum mahir kaedah 3/4 yg sifu ajarkan.

    ttg penghantaran cerpen ni dah lama...awal thn, sy hampir ingat ianya sudah trkubur..hehe. sy mengerti, jika ia cerpen yg kuat sudah sepantasnya cepat trsiar. bagaimana pun sy sgt brsyukur ia trsiar n mmbuat semangat utk sy mnghasilkan cerpen mmbara semula! dgn itu sy sgt mnghargai pihak majalah mingguan wanita yang sudi memberi laluan yg sgt bermakna bagi sy dgn tersiarnya cerpen tersebut.

    ReplyDelete
  2. 5. pengalaman terindah sy di blog sastera ini?
    ...jawapannya, semuanya dari awal2 lg hingga ke hari ini, mmg trlalu sgt indah, sbb sy brpeluang menceburi bidang pnulisan kreatif. sekali telah sy terokai, insya-Allah akan terus-menerus saya jiwai sepanjang hayat; kerana sy merasai kepuasan jiwa dlm arena ini; sy seperti beroleh semula diri sy yng telah dicolek dari minat sebenar sy...hehe.

    6. harapan sy utk menyemarakkan laman blog kita ini...,khasnya buat pengurus bengkel n blog, kita perlu tautkan hati kita semua; perlu saling mngenali dan bantu mmbantu demi meningkatkan prestasi karya. kita perlu bergabung tenaga dalam masa yang sama bergabung idea. perlu sntiasa intouch dlm batas waktu yg kita trmampu.


    Sy sentiasa mnunggu n memerlukan pandangan n makluman peserta kpd sy; kita sgt perlukan hubungan dua hala, barulah dpt blog ini berfungsi mngendalikan bengkel online.

    7. sy berangan-angan dan merancang meningkatkan lagi usaha, ketabahan dan kegigihan sy berkarya. sy ingin mencuba utk mnulis novel pd semua peringkat umur kanak2, remaja,n dewasa. disebabkan sy menulis dua novel remaja, tahun hadapan sy ingin mnulis novel kanak-kanak dan novel dewasa pula.

    Tentang cerpen pula akn sy cuba giatkan dan mahirkan lagi menulisnya dgn bykkan latihan n mmbranikan diri mnghantarnya ke majalah2 terbitan DBP pula.

    8.soalan nasihat ini...sepatutnya utk diri sendiri sy terlebih dahulu, kerana sy sering terleka dgn byk hal2 lain dlm dunia realiti...
    sy sgt berharap sesama pengurus blog saling berpesan-pesan untuk gigih dan tekun. jika melihat sesiapa yg tersangkut dlm karyanya, cuba saling membantu meringankan kekusutan masalah berkarya; tidaklah hanya menumpukkan masalah semasa berbengkel dgn sifu sahaja.mana2 yg kita boleh bincang n selesaikan bersama, kita usahakan dahulu, barulah nanti praktiknya kita telah berusaha menggunakan ilmu yg sifu bri, tidak hanya menelan saja.

    Sekadar itu saja yang mampu sy jawab, mgkin ketara banyak kelemahannya. Saya mohon maaf dari sifu juga kalian semua.yg silap itu adalah dari kelemahan saya dan yg benar adalah dari sisi Allah jua.

    wassalam.

    ReplyDelete
  3. Ummu Anas :)

    Lewat jawapan di atas, terbukti sekarang mengapa anda diangkat sebagai ketua Kelas kan? Semoga semua pengurus dan peserta bengkel dpt mencontohi kegigihan, ketabahan dan kesabaran anda dlm menekuni karya, Ummu Anas.

    Ttg hubungan dua hala antara para pengurus blog dan peserta bengkel, saya setuju sgt2. Cuma ada satu tambahan cadangan yg perlu difikirkan; bagaimana jika suatu hari nanti, anda buka satu entri baru khas `bengkel ilham', utk membuka ruang sumbang saran kpd peserta bengkel yg punya idea tp tak tau bagaimana nak kembangkannya. Maksud saya, saling berbahas utk mencari idea yg paling kreatif gitu :) sesiapa pun boleh masuk ke thread itu, utk memberikan sumbangan ilham kpd peserta bengkel yg memerlukan bantuan, bagaimana?

    gigih terus Ummu Anas :) agi idup agi ngelaban, agi idup agi nulis pulun sakan!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kak Ummu dan sifu..

    Tentang cadangan sifu itu saya sangat bersetuju kerana ada dalam kalangan peserta bengkel yang sudah mempunyai idea tapi sukar untuk memperkembang idea dan menulis cerpen. Jadi, gelanggang tersebut sesuai untuk kita bincangkan secara bersama-sama.

    Sekian, terim kasih.

    ReplyDelete