• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Saturday, July 11, 2009

Penggunaan Kata Singkat Ku

Saturday, July 11, 2009 // by Abdul Razak Bin Husin // // 2 comments

Penggunaan Kata Singkat Ku sering dieja salah oleh sesetengah penulis dalam karya mereka. Oleh itu dalam siri yang pertama ini, saya akan cuba memberikan panduan kepara para penulis tentang penggunaan kata singkat itu.

Pedoman
Kata ganti ku dikenal sebagai kata ganti singkat, iaitu bentuk singkatan daripada kata ganti diri aku. Dalam tulisan Rumi, kata ganti aku ditulis sebagai utuh yang dipisahkan daripada kata-kata yang ada di sampingnya. Kata ganti singkat ku disatukan dengan kata dasar yang ada selepasnya, atau disatukan dengan kata yang ada di depannya, menurut fungsinya.

Contoh penulisan:

Bentuk Tunggal Bentuk Singkat

aku makan kumakan
aku katakan kukatakan
aku kasihi kukasihi
rumah aku rumahku
fikiran aku fikiranku
kebahagian aku kebahagianku

2 comments:

  1. salam sdr razak..apakah penggunaan kau sama seperti ku..contohnya kaugeledah...betul tak?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam saudari Nur Hanis atas pertanyaan itu.
    Kata "kau" ialah perkataan singkatan bagi perkataan engkau justeru perkataan kau yang diikuti dengan perkataan lain perlu dicantumkan.Maka perkataan dieja kaugeledah adalah tepat.

    Terima kasih.

    ReplyDelete