• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Wednesday, July 15, 2009

Penggunaan Kata Ganti Singkat Kau

Wednesday, July 15, 2009 // by Abdul Razak Bin Husin // No comments

Siri 3- Penggunaan Kata Ganti Singkat Kau

Oleh: Abdul Razak bin Husin

Oleh sebab ramai pengunjung blog Sastera yang masih keliru dengan penggunaan kata ganti singkat Kau justeru kali ini fokus yang akan saya berikan berkaitan dengan penggunaan kata singkat berkenaan.

Pengenalan

1.Kata ganti diri kedua kau dikenal sebagai kata ganti singkat, iaitu bentuk singkat daripada kata ganti diri engkau. Kedua-dua engkau dan kau boleh digunakan dalam bahasa kita tetapi berbeza cara menulisnya dalam ejaan Rumi.

2. Dalam tulisan Rumi, kata ganti diri engkau ditulis sebagai kata yang utuh yang dipisahkan daripada kata-kata yang ada di depan dan di belakangnya.

Contoh:

Mengapa engkau selalu balik ke kampung?

3. Tetapi kata ganti singkat kau disatukan dengan kata dasar yang mengikutinya untuk membentuk kata kerja pasif diri kedua. Kata ganti singkat kau tidak boleh dipisahkan daripada kata dasar yang ada selepasnya atau dirangkaikan dengan tanda sempang.

Contoh penggunaan:

i) Buatlah seperti yang telah kaujanjikan.
ii)Kaupejamkan matamu,nescaya tidak dapat kaulihat cahaya di depanmu.
iii)Apa yang kaufikirkan sekarang?

Diharapkan segala kekeliruan yang timbul dapat segera ditangani oleh semua peserta bengkel.
Terima kasih juga atas respons yang telah diterima setakat ini.

0 comments:

Post a Comment