• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Friday, July 10, 2009

MENGOLAH NOVEL TERANCANG

Friday, July 10, 2009 // by Noraini Eslah // 3 comments



oleh: Ummu Anas


Peserta bengkel yang budiman!

Setujukah anda jika saya katakan, pada peringkat permulaan ingin menulis novel, kita pasti tertanya-tanya; apakah cara terbaik untuk menghasilkan sebuah novel? Begitulah persoalan yang sering timbul, kita tercari-cari satu cara paling mudah dan berkesan yang mampu kita paraktikkan. Sebenarnya jika kita tanyakan mereka yang terlibat secara khusus dalam pengolahan novel, ada berbagai pendapat dari sekian ramai novelis. Setiap orang ada cara dan kaedah yang bersesuaian untuk diri masing-masing.




Sebenarnya, untuk menghasilkan sebuah novel tidaklah sukar. Asal saja kita menulisnya berpandukan kaedah mengolah sebuah novel, selesai dan tamat sebuah cerita kita tulis, maka sempurnalah ia sebagai novel. Namun, untuk menghasilkan sebuah novel yang bermutu dan layak memenangi pertandingan memang sukar. Hal ini sangat diidam-idamkan oleh setiap novelis. Saya sendiri juga walau masih terlalu baru dalam mempelajari kaedah menulis novel, juga turut teringin dan berangan-angan untuk menulis novel bermutu. Dari itu saya cuba melayari internet mencari-cari kaedah paling berkesan dan mudah diparaktikkan. Memang banyak cadangan dari pengalaman praktikal yang saya temui lewat internet. Ada beberapa kaeadah yang saya kira bersesuaian dan serasi dengan cara menggarap novel yang telah sifu ajarkan kepada kita semua.

Sebenarnya, saya tidak bercadang mengupas kaedah-kaedah yang saya temui itu. Saya hanya ingin mencari idea bagaimana kaedah sedia ada yang telah sifu tunjukkan kepada kita dapat dipraktikkan dengan lebih berkesan. Paling utama kita mampu menghasilkan karya yang bermutu di masa akan datang. Tidak salah bukan, jika kita berangan-angan...,sebagai murid sifu kita juga akan menjadi novelis sehebat sifu Azmah Nordin! Semoga begitulah hendaknya. Dengan angan sedemikian kita akan lebih teransang untuk bekerja keras dalam usaha kita menghasilkan novel bermutu.

Berbalik kepada persoalan cara berkesan yang saya cari-cari itu, sebenarnya untuk memudahkan proses menggarap novel itu sendiri. Pada fikiran saya, sekiranya cara menggarapnya boleh dipermudahkan, bermakna bayak masa boleh dimanfaatkan dan kertja buat novel itu juga akan berjalan lancar dan kurang menekan perasaan. Jika masa yang diambil dalam menggarap sesebuah novel sering tersangkut dan idea kerap terbantut, dikhuatiri kesudahannya hanya terbengkalai. Untuk menghindari masalah sedemikian, saya cuba adun cara semudah mungkin yang lebih kurang begini:
MERANCANG PENGOLAHAN NOVEL

Mari kita fikirkan dengan teliti, sebuah novel yang bermutu pastinya terhasil dari satu perancangan secara sangat teliti. Jika timbul pertanyaan, bila dan bagaimana merancang pembikinannya? Apa jawaban yang tergambar di minda anda semua? Ya, pasti ramai yang menjawab; rancang sebelum menulisnya lagi. Namun tidak dinafikan, ada juga yang akan menjawab, semasa sedang ditulis pun, perancangan masih boleh dilakukan. Benar, kedua-dua jawapan ini boleh diguna pakai. Tapi di awal pencarian saya tadi, saya inginkan cara paling tepat dan berkesan, supaya hasilnya juga cukup baik dan bermutu. Sudah tentu perancanagn awal sebelum memulakan proses penulisannya merupakan cara yang terbaik dan menjimatkan masa.

Sebelum kita memulakan praktik perancangan yang saya maksudkan di sini, terlebih dahulu kita mesti membina gambaran jelas dalam minda cerita yang ingin kita tuliskan menjadi novel. Bermula dari awal cerita sehinggalah tamat keseluruhan cerita bulat tergambar seperti wayang gambar di minda kita. Selepas ini barulah kita boleh memulakan perancangan novel kita. (ini draf, belum lagi menulis teks).

LANGKAHNYA BERMULA DI SINI
**( Kita sangat membuat perancangan awal ini kerana, sifat pelupa kita; sekali datang idea, tidak mustahil kemudiannya akan terpadam dari ingatan. Perancangan sedemikian juga sanagt berguna untuk memudahkan kita membuat semakan sepanjang menyiapkan kerja tulis novel kita kelak).

Langkah Pertama:
Ambil masa sejam memikirkan dan menyusun patah perkataan paling sesuai untuk membina ringkasan keseluruhan novel anda dalam satu ayat sahaja! Lakukan ini dalam keadaan tenang, tidak mendesak dan memaksa diri. Ayat ini tergambar bulat dapat anda lihat dalam minda bentuk seluruh cerita yang anda garap.
*saya beri contoh begini:
Anak muda itu membuktikan ibu kandung sepupu perempuannya itu merupakan ibu kandungnya juga.
Ayat yang anda pilih untuk mengambarkan isi keseluruhan novel anda ini sangat penting kerana ia menggambarkan bagaimana bentuk dan mesej cerita itu.

Langkah Kedua:
Ambil satu jam lagi untuk mengembangkan satu ayat ringkasan tadi menjadi satu paragraf lengkap; menggambarkan isi keseluruhan novel. Keseluruhannya mesti mengambil kira plot selengkapnya, kemelut utama, peleraian dan penamat cerita. Sebaik dan sesempurnanya novel dibahagikan kepada empat bahagian. Tiga bahagian kemelut dan satu bahagian peleraian. Ini bermakna setiap kemelut mengambil1/4 novel, peleraian 1/4 terakhir bab novel. Pergerakan cerita mesti semakin membukit setiap bab ke hadapan.

Sebaik-baiknya paragraf pengembangan ini mengandungi lima ayat lengkap. Ayat pertama menggambarkan plot dan flashback dalam novel tersebut. Manakala tiga ayat menjelaskan tiga kemelut utama. Ayat terakhir menerangkan peleraian dan penutup novel. Keseluruhan paragraf lengkap ini dikira sinopsis sebenar keseluruhan novel, paragraf inilah yang perlu dikemukakan kepada pembimbing dan penerbit yang ingin anda temui dalam usaha menulis teks keseluruhan novel.

Langkah Keempat:
Ambil 2-7 hari mengembangkan lima ayat pada langkah kedua di atas menjadi lima paragraf yang menggambar keseluruhan novel. Sepanjang menyusun paragraf ini, anda sedapatnya menghalusi plot keseluruhan novel. Paragraf terakhir mesti diolah begitu rupa sebagai penutup cerita secara sempurna.
Setakat langkah Keempat ini anda sudah menyediakan sinopsis yang lengkap dan sempurna juga menjadi rangka lengkap sebuah novel anda. Ia mesti sentiasa anda baca semula dan rujuk sepanjang bergerak dari bab ke bab.

Langkah Kelima:
Ambil 2-7 hari menyediakan sinopsis bagi semua watak, watak utama dan sampingan; satu muka penuh bagi setiap watak utama dan 1/2 muka surat bagi setiap watak sampingan. Sinopsis ini juga menjelaskan sudut pandangan watak terhadap plot cerita. Semasa anda mengemukakan sinopsis novel anda, lebih utama dan lebih menarik dikemukakan sinopsis gambaran watak di samping sinopsis plot.

Sekarang setelah anda sampai ke langkah kelima ini, saya yakin anda sudah dapat menangkap kaedah yang saya kongsikan dengan anda ini merupakan ‘step by step’ cara mengembangkan idea dalam mengolah novel yang terancang. Dengan meneliti kaedah ini, saya dapati ia banyak membantu saya mengembangkan idea secara lebih teratur dan teliti. Walaubagaimana pun, secara peribadi saya baru saja meletakkannya di tahap percubaan saya. Di sini saya menunggu sentuhan dari dari sifu az untuk menghalusinya lagi. Keseluruhan langkah hingga selesai sebuah novel ada sepuluh semuanya. Jika kaedah ini sifu setuju untuk saya teruskan berkongsi dengan anda semua, akan saya sambung sedikit masa lagi, insyaAllah. Saya juga membuka laluan perbincangan dengan peserta lain sehubungan hal ini, khasnya peserta yang karya novelnya sudah terbit. Semoga kita semua sama-sama beroleh manfaat dalam menghasilkan karya bermutu.

3 comments:

  1. ummu anas :)

    wah, hebat sekali entri anda kali ini. ada dua perkara saya nak komen;

    1. Tidak salah bukan, jika kita berangan-angan...,sebagai murid sifu kita juga akan menjadi novelis sehebat sifu Azmah Nordin! Semoga begitulah hendaknya. Dengan angan sedemikian kita akan lebih teransang untuk bekerja keras dalam usaha kita menghasilkan novel bermutu.

    cari yg lebih afdal/berkesan utk betul2 berjaya dlm penulisan, dgn berfikir begini; eleh, kalau aku cukup rajin, aku boleh jadi lebih baik drpd azmah nordin. tengoklah, akan aku buktikan!

    sebenarnya, itulah yg saya fikirkan, semasa mula2 belajar menulis dulu. sbb, apabila kita berjanji pd diri sendiri, dgn sendiri, kita terpaksa memaksa diri utk membuktikan kebenaran kata2 kita tu - pd diri sendiri juga.

    walaupun saya tak pernah kalahkan salah seorang pengarang yg sgt2 saya kagumi (shahnon ahmad), tp secara tidak langsung, segala semangat juang yg saya perolehi lewat keinginan utk `bersaing' dgn semua penulis seangkatan dgn saya - semata2 utk memenuhi janji pd diri, telah menempatkan saya di mana saya berada sekarang kan?

    2. setiap Langkah Pertama: Langkah Ketua; dan sebagainya, perlu anda selitkan sendiri dgn pengalaman sendiri melalui proses langkah demi langkah ini, serta berikan contoh2nya secara ringkas juga.

    ummu anas, utk buat penambahan kpd langkah demi langkah itu, tak perlu dimasukkan dlm entri tu (tp, kalau nak selitkan lagi baik), anda boleh saja sambung terus lewat kotak komen ni k

    (nanti malam, kalau sempat, saya buat entri ringkas, ttg buku cerpen saya antologi bersama dgn penulis2 lain, dlm bahasa inggeris yg baru terbit :))

    ReplyDelete
  2. hello sifu...salam 1 Malaysia

    Nama saya :Anwar bin Arijal
    Jantina : Lelaki
    Umur : 31 tahun

    ReplyDelete
  3. salam .saya cuba mengolah ayat .saya sekarang cuba buat satu cerpen .yg mana perlukan pengolahan ayat2 yang begitu bnyak .ade pertolonga ?saya terma apa saja

    ReplyDelete