.

Photobucket

.

.

Kesalahan Lazim Menulis atau Mengeja Kata Majmuk

Friday, July 31, 2009 Posted by Abdul Razak Bin Husin
Kesalahan Lazim Menulis atau Mengeja Kata Majmuk
Oleh: Abdul Razak bin Husin

Kali ini saya akan dedahkan beberapa kesalahan lazim ketika menulis dan mengeja kata majmuk yang sering dilakukan oleh kebanyakan pengarang sama ada genre cerpen atau novel.
Beberapa kesalahan lazim telah dipaparkan seperti berikut. Perkataan tersebut sepatut ditulis secara terpisah antara satu sama lain.
  • tengahhari sepatutnya dieja tengah hari
  • suratkhabar sepatutnya dieja surat khabar
  • ulangtahun sepatutnya dieja ulang tahun
  • sekaligus sepatutnya dieja sekali gus
  • samada sepatutnya dieja sama ada
  • papantanda sepatutnya dieja papan tanda
  • latarbelakang sepatutnya dieja latar belakang
  • ibubapa sepatutnya dieja ibu bapa
Untuk makluman semua, entri ini akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Response to "Kesalahan Lazim Menulis atau Mengeja Kata Majmuk"

  1. NaqHuHiNes Said,

    Terima kasih Cikgu Razak. Entri ini sangat membantu. Membantu saya menulis 'sama ada' dengan ejaan yang betul.

    Posted on July 31, 2010 at 9:11 PM

     
  2. Abdul Razak Bin Husin Said,

    Sama-sama Naqhuhines..

    Posted on August 6, 2010 at 8:33 PM

     

Post a Comment

featured-video