• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Friday, June 12, 2009

CIRI-CIRI PENULIS BERJAYA

Friday, June 12, 2009 // by Noraini Eslah // 6 comments


oleh: Ummu Anas

Semua pengunjung budiman!

Saya tertunduk malu dengan mata terkedip-kedip bila menatap tajuk di atas; CIRI-CIRI PENULIS BERJAYA.



Pada hakikatnya, hal itu belum wujud dalam diri saya, hanya sebagai impian yang seindah mimpi... Oh! Bilakah akan dapat saya capai dan garap? Pernah saya tanyakan seorang teman penulis yang dalam masa yang sama tenaga pengajar dalam bidang kewartawanan, kata-kata yang diajukan kepada saya benar-benar telah menggugah hati saya. demikian bunyinya:


"Seorang penulis persuasif yang berjaya sentiasa memperkayakan dirinya dengan ilmu dan istilah-istilah baru. Dia tidak hanya berpuas hati dengan hanya pandai membina ayat, tetapi dia menghiasi ayat-ayat yang dibina dengan elemen-elemen daya penarik dan istilah yang boleh memerangkap jiwa dan emosi pembaca."



Aduh!...Terlongo saya mendengarnya dan terkedip-kedip lagi mata saya merenung matanya yang tampak serius dalam bicaranya itu.


Saya beranikan diri bertanya lagi...

Bagaimana cara sebaiknya membina diri dan keupayaan ke arah itu?

Jawapannya:

1. SUKA KEPADA BAHASA
Penulis yang berkesan mesti suka kepada bahasa. Ini bermakna suka kepada pengucapan atau ungkapan-ungkapan yang segar dan meyakinan. Menguasai pertuturan dan sentiasa bertutur dalam sususan bahasa yang betul.

2. SUKA MEMBACA
Penulis tidak boleh terpisah dari bahan bacaan, setiap detik diisikan dengan aktiviti membaca. Baca apa saja bahan bacaan terbaik yang mengukuhkan kecenderungan menulis yang sesuai dengan tabiat dan bentuk penulisan yang kita pilih.


Wah! Setelah mendengar katanya itu, saya bangun berdiri lalu mahu bergerak dan bertindak menepati apa yang sahabat saya sarankan itu..., tiba-tiba beliau menahan saya; ada lagi beberapa perkara yang perlu saya semak selalu dalam diri saya.

Apa dia perkara penting itu....?

* Menulis bererti berkomunikasi, iaitu menyampaikan mesej kepada khalayak sasar/pembaca. Tuliskan perkongsian maklumat dan ilmu bermanfaat, supaya khalayak pembaca terdidik menjadi baik.

* Penulis yang berjaya akan sentiasa berusaha mempertingkatkan kemampuan bahasanya dengan laras dan lenggok yang sesuai untuk pelbagai kumpulan sasar, kanak-kanak, remaja dan dewasa.




Wow! Saya rasa sungguh banyak yang mesti saya lakukan segera untuk melengkapkan diri ke arah impian saya; menjadi PENULIS YANG BERJAYA!

Saya pun bingkas bangun untuk segera bertindak..., sempat juga saya kerling senyum simpul sahabat saya itu seiring dengan kata-katanya mengakhir sesi pertemuan kami; Anda adalah diri anda, serlahkan keistimewaan bakat dan gaya tersendiri anda. Cungkil dan pupuk bakat berkenaan. Segeralah maju untuk menzahirkannya supaya manusia sejagat akan terdidik berwibawa!

Saya pun ketika itu, tidak lagi menoleh ke belakang..., terus maju laju... menggarap dan mengolah apa yang saya termampu. Kini di mana saya berada??? Sayu hati saya bila merenungi tajuk di atas; CIRI-CIRI PENULIS BERJAYA

Mari bantu saya,...dan seharusnya kita saling bantu-membantu demi kelangsungan bidang penulisan yang sangat berkesan mendidik insan lain kepada kebaikan.

6 comments:

  1. ummu anas :)

    sebuah entri yg sgt sgt sgt sgt sgt menarik, tahniah!

    tmbhan; juga perlu menulis dr hati kan

    ReplyDelete
  2. Jutaan terima kasih sifu,

    Sgt2 sy hargai peluang n keluangan masa berkarya yg telah sifu beri dlm membimbing saya selama ini.

    Sungguh kata sifu, penulis mesti menulis dari hatinya, supaya segala mesej yang ingin disampaikan kpd khalayak pembaca berkesan di hati semua orang.

    Jika hanya menulis dengan keindahan bahasa, ia hanya lekat di mata dan di telinga...,tapi tidak berupaya menyentuh hati untuk memulakan perubahan peribadi umum.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Apakah maksud "Penulis Berjaya?" Apa ukuran kepada penulis untuk dilabelkan sebagai "Penulis Berjaya", kalau Ummu Anas boleh perjelaskan.

    Ungkapan "Ciri-Ciri Penulis Berjaya" ianya semacam satu ungkapan bernilai komersial.

    ReplyDelete
  4. Penuh informatif ni sifu. Tapi saya dah anggap sifu adalah penulis yang berjaya dengan anugerahnya lagi. Hebat. Bila saya nak sampai tahap tu agaknya. Teringin nak juga merasa. Bukan nak populari tapi nak satu penghargaan atas penat lelah kitakan. Heheh

    ReplyDelete
  5. utk sdra Upenyu,
    Terima kasih, sdra mngemukakan soalan yg begitu baik dan sgt berguna memperingatkan diri sy utk lebih giat ke arah itu.

    *Ttg Penulis berjaya, dari apa yg sy fahami, membawa maksud;
    1. berjaya menghasilkan karya tulis yg menepati bentuk penulisan samaada fiksyen maupun non-fiksyen.

    2. karya tulisnya berjaya diterbitkan oleh mana-mana penerbit dan media cetak.


    **manakala Ciri-ciri penulis berjaya pula;
    pandangan ini sy kutip dari pegangan penulis yg berjuang dlm menghasilkan penulisan...
    1. mampu melahirkan dan menerapkan pandangan positif dan nilai murni dalam karya tulisnya.

    2. menulis dengan setulus perasan dari hatinya yang murni.

    3. hasil karyanya bukan sekadar enak dibaca, malah yang lebih utama mampu mendorong pembaca berubah kpd kebaikan.

    4. terus menerus menulis sepanjang hayatnya, samaada tidak berhenti menghasilkan karya tulis, maupun membimbing penulis pelapis.

    sdra upenyu, sy yakin anda juga ada pandangan yg boleh dikongsi utk kita semua, lebih2 lagi anda telah termasuk dalam kriteria yg sy sebutkan di atas, sedangkan sy masih di laluan untuk menggarapnya.

    ReplyDelete
  6. Untuk Noorfadzillah,

    Sungguh fadzillah, sepanjang kita berbengkel dgn sifu az beerti beliau merupakan 'role-model' kita dlm menghasilkan karya kreatif.

    Pencapaian beliau begitu rupa, jika dinilai keindahan hasilnya, memang kita sgt2 mengidamkannya..., namun ia merupakan satu kerja keras yg super mega! Sarat pelbagai nilai perjuangan dan tepu objektif jangka panjang. Perlukan fokus dan displin.Dari itu kita juga mesti menyiapkan usaha gigih ke arah itu, jadi sepanjang kita menyiapkan karya di bawah bimbingan sifu, kita akan sedya upaya bertahan memampukan diri sehingga selesai.

    ReplyDelete