• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Wednesday, May 27, 2009

MENGAPA INGIN MENULIS?

Wednesday, May 27, 2009 // by Azmah Nordin // No comments

Karya; Ummu Anas,
Ketua Kelas Blog Sastera


Jika kita perhatikan soalan di atas, pasti akan terbit berbagai jawapan. Ini tertakluk kepada individu yang menjawabnya. Jika ditanyakan kepada saya sendiri soalan itu, secara peribadi saya akan menjawab;

Saya ingin menulis untuk meluahkan perasaan saya kepada seseorang yang istimewa dalam hidup saya, dengan tujuan orang itu akan dapat membacanya walaupun saya tidak berada bersamanya. Matlamat dari usaha saya menulis itu pula mengharapkan orang itu bertindak dan berubah.



Jawapan seumpama itu menjelaskan satu keadaan di mana, kita ingin mencipta karya tulis yang

bersifat persuasif bertujuan mempengaruhi dan merubah fikiran pembaca. Perubahan yang

dimaksudkan semestinya berunsur positif. Juga mampu membawa kebenaran dan kebaikan
kepada manusia seluruhnya.

Bayangkanlah jika kita meletakkan nilai sedemikian ke dalam karya kreatif kita samaada cerpen maupun novel, tidak mustahil ia akan menjadi karya yang memberi kesan mendalam kepada tingkah laku manusia sejagat. Secara langsung dan tidak langsung ia akan kekal meniti dari satu generasi kepada satu generasi mendatang. Begitu hebat bukan? Begitulah juga yang telah diusahakan dan diwariskan oleh barisan sasterawan silam dari berbagai kolompok bangsa.


Mungkinkah kita juga mampu menuju ke arah itu? Ya, tidak mustahil jika kita gigih
mengusahakannya.

Sengaja saya ajukan soalan begitu dan memberi jawapannya dengan andaian yang begitu besar, kerana dalam apa jua hajat, tujuan maupun harapan, kita mesti meletak matlamat tinggi dan besar. Dengan yang demikian, akan terbina semangat yang juga kuat dan tabah. Jika tujuan dan matlamat terlalu kecil dan dekat, kita tidak menyediakan banyak tenaga dan masa pun digunakan sambil lewa.

Sekarang mari kita seragamkan hakikat ini dengan usaha kita menulis di blog sastera ini;

1. tentukan kumpulan sasar/khalayak pembaca karya kita, samaada kanak-kanak, remaja, dewasa.

2. fokus isu lazim yang membentuk watak dan peribadi positif bagi setiap sasaran usia yang kita pilih.

3. sentiasa meningkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa juga peka perkembangan bahasa, ini boleh diusahakan denga meneliti majalah-majalah terbitan DBP.

4. sentiasa cekap mengurus masa, menjadualkan kerja-kerja penulisan kita dan tidak

bertangguh-tangguh kecuali muncul hal-hal yang perlu tindakan segera. Sikap bertangguh akan merencat dan menggagalkan usaha kita menghasilkan karya tulis. Awas! Istilah rehat sering memperdayakan kita. Rehat munasabah bila telah selesai target. Usah sesekali membiarkan lesu dan malas mengganggu kerja penulisan kita.

Seperkara lagi yang juga sangat penting dan mesti sentiasa kita beri perhatian;

*penulisan yang mantap terhasil melalui usaha gigih yang berterusan dengan mengutamakan banyak membaca dan sentiasa berfikiran positif.

* rajin meneliti telatah kehidupan manusia.

Memadai setakat ini perkongsian saya sebagai pendahuluan memenuhi pelawaan sifu Azmah. Walaupun pada hakikatnya saya masih terlalu baru bermula di sudut penulisan kreatif ini.

Namun usaha ini saya jadikan asas untuk saya bina kemampuan dan semangat berkarya. Besar harapan saya peserta sebengkel yang lain turut menyumbang idea dalam rangka saling lengkap melengkapi.

0 comments:

Post a Comment