• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Friday, December 31, 2010

Kepelbagaian Ilmu Bantu Dlm Karya Kreatif

Friday, December 31, 2010 // by Azmah Nordin // // 15 comments



Malaysia ialah sebuah Negara di mana tempat berkumpulnya roh manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Saya sendiri seorang rakyat Malaysia daripada campuran kaum Melayu, Minangkabau dan sebagainya -  mempunyai roh Islam. Rakyat Malaysia hanya menjadi bijaksana apabila diiznkan menyumbangkan jalinan budaya untuk memperkayakan khazanah tanahair. Sudah banyak terbukti, setiap budaya telah ditakrifkan oleh orang-orang tua bijak pandai kita pada zaman dahulu kala, yang mewakili masyarakat berbilang kaum mereka tersendiri. Budaya ini, lazimnya mampu membuatkan mencermini diri sendiri dan berfikir lebih dalam, sebelum menerapkannya ke dalam karya kreatif.





Sesungguhnya saya berasa sangat bertuah kerana dilahirkan di kalangan masyarakat berbilang kaum, terutama sekali yang terdapat di Bumi Bawah Bayu ini. Daripada memisahkan diri kepada satu identiti kaum (jika boleh disebut satu!) saja, kenapa tidak dipelbagaikan pemahaman dengan mengalami, menghargai dan menikmati keunikan setiap budaya yang ada di sekeliling saya? Dan sebagai seorang penulis, apakah tapak yang paling sesuai atau lebih afdal saya gunakan, mengangkat-gambarkan budaya, sejarah, lanskap, kehidupan harian dan budaya masyarakat berbilang kaum yang mampu membuatkan kita berfikir dengan lebih mendalam - selain daripada melalui karya kreatif?
Maka, itulah yang saya lakukan. Dengan rasa cinta yang bukan alang kepalang, saya mula meneroka setiap budaya masyarakat berbilang kaum di sekeliling saya yang kadang-kadang amat jarang disentuhi oleh penulis lain secara kreatif, seboleh mungkin. Antaranya, Suku Kaum Dusun/Kadazan, Suku Kaum Bajau, Suku Kaum Murut, Suku Kaum Rungus, Suku Kaum Kimargang, Suku Kaum Kwijau, Suku Kaum Bisaya, Suku Kaum Kedayan, Suku Kaum Berunai, Suku Kaum Irranun, Suku Kaum Kokos, Suku Kaum Tidung, Suku Kaum Suluk, Suku Kaum Orang Sungai dan Suku Kaum Kaum Idahan dan Cina. Ini termasuk cerita rakyat, tarian dan alat-alat muzik tradisional yang bagi saya secara peribadi, sangat-sangat unik dan indah.

Biarpun amat menginsafi dan bahawa dalam penerokaan dan penerapan ilmu bantu (yang kebanyakannya lebih bersifat ilmiah semata-mata) sebagai karya kreatif, pasti terkesan mempunyai banyak kekurangannya, saya teruskan jua. Dalam masa yang sama, saya sentiasa berharap agar ahli-ahli kebudayaan dan para penyelidik yang lebih mahir tentang kebudayaan yang saya terokai lewat penulisan kreatif itu, dapat memberikan panduan supaya karya-karya yang akan datang akan lebih kuat dan mantap lagi daripada sebelumnya. Dengan kerjasama pegawai-pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah yang banyak memberikan sumbangan berbentuk ilmu bantu/disiplin, saya pun mula menggarap karya dengan lebih yakin.

Antara budaya masyarakat yang mula-mula menarik dan membuatkan saya jatuh cinta kepada budayanya, adalah masyarakat kaum Murut, kaum bumiputera yang terkecil bilangannya di antara kaum bumiputera yang lain di negeri Sabah. Kebanyakan kaum ini tinggal di kawasan pedalaman negeri Sabah seperti di kawasan Keningau, Nabawan, Tenom, Sepulut, Pensiangan dan Tomani.
Ilmu-ilmu bantu tentang masyarakat murut itu juga, memberikan saya keyakinan untuk menghasilkan novel dewasa pertama saya `Kukui’ yang saya garapi setelah dua minggu menyertai bengkel penulisan kreatif pertama, di DBP Sabah. Novel ini telah memenangi Hadiah Sastera Sabah dan novel `Dukanya Abadi’ yang telah juga memenangi Hadiah Sastera Sabah. Dalam novel ‘ Dukanya Abadi’, saya masukkan ‘Berian Sampai Mati’ dalam budaya masyarakat murut. Novel Dukanya Abadi inilah yang telah membawa nama saya ke peringkat kebangsaan, di kalangan para pengulas dan pengkritik sastera Malaysia yang tersohor. Ini sesungguhnya amat besar ertinya, bagi seorang penulis baru macam saya pada ketika itu.

Apakah saya memang lebih tertarik kepada budaya suku kaum Murut, berbanding yang lain? Jawapannya; sama sekali tidak. Saya tertarik kepada semua budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia, namun apa yang membuatkan saya lebih mengangkat budaya Murut terlebih dahulu, adalah kerana hanya bahan ilmu bantu/disiplin ilmu daripada suku kaum itu yang saya perolehi dulu, berbanding yang lain yang kebanyakannya terpaksa saya cari di bahagian rujukan perpustakaan dan beli di kedai-kedia kraftangan Sabah. Itu saja. Tambahan lagi, jika ilmu bantu itu datangnya dari institusi yang berwibawa seperti DBP Sabah, sudah tentu saya akan lebih berkeyakinan untuk menggunakannya, bukan?

Semua budaya itu mempunyai keistimewaan tersendiri, termasuk suku kaum Murut terutama sekali tentang Singkowoton. Menurut bahan-bahan ilmu bantu yang diperolehi daripada DBP itu, jika pada zaman dahulu, Singkowoton tradisi yang diperbuat daripada tengkorak manusia atau tinduk sunggang. Tengkorak-tengkorak itu adalah trophy ataupun mahkota keberanian kepada para pahlawan Murut ini. Dan sekembali mereka daripada ekpedisi ngayau (memenggal/mengait kepala), tuan rumah panjang langsung membuat persediaan menganjurkan upacara mengusir roh atau semangat daripada tengkorak itu, di dewan lansaran yang terletak di tengah-tengah rumah panjang.
Maka, tengkorak-tengkorak yang masih berbaur dengan bau darah hanyir itu, digantung di bahagian siling dewan lansaran. Dewan lansaran yang lebih kurang sebesar 12 kaki persegi dan boleh memuatkan 30 penari serentak itu, diperbuat daripada batang-batang kayu keras yang tidak mudah patah. Terutama sekali apabila para penari berpakaian tradisional daripada baldu hitam dihiasi manik-manik pelbagai jenis dan lelaki yang bercawat dengan kepala dihiasi bulu burung enggang saja itu, menghenjut-henjut di atasnya, sambil cuba mencapai Singkowoton di siling dewan lansaran. itu sambil menghenjut-henjut di atas dewan lansaran yang melambung dan berayun-ayun dengan rancaknya. Semakin lama semakin rancak. Semakin lama semakin tinggi. Semakin lama semakin ganas!

Adalah dipercayai, barang siapa yang memakan lemak babi yang telah dikeringkan dan digantung bersama-sama tengkorak tadi, tidak akan diganggu oleh semangat atau roh tengkorak-tengkorak tersebut.

(Oleh kerana aktiviti memenggal kepala adalah menyalahi undang-undang zaman sekarang, majlis sukaria untuk memuja tengkorak manusia yang baru dipenggal itu, telah digantikan dengan majlis sukaria umpamanya dalam majlis-majlis kesyukuran seperti dalam majlis perkahwinan, pertunangan, mendapat cahayamata dan berpindah ke rumah baru.)

Wah, alangkah hebatnya! Desis hati saya, begitu teruja saya membayangkan semuanya. Mata pun bersinar-sinar seperti melihat gambaran pelangi, biarpun yang saya baca hanyalah bersifat ilmiah hitam putih. Jelas sekali, bagi masyarakat Murut zaman dahulu kala, tengkorak manusia adalah benda yang tidak ternilai lagi bagi mereka. Terutama sekali, apabila tengkorak itu turut dijadikan hantaran berian perkahwinan mereka. Semakin banyak jumlah kepala manusia yang berjaya dipenggal,semakin banyaklah peluang bagi pahlawan-pahlawan itu memperolehi isteri yang cantik. Hati saya pun tertanya-tanya; jika tengkorak itu trophy atau mahkota kepada kepada masyarakat Murut zaman dahulu kala, jadi apakah yang menjadi mahkota kepada seorang gadis dan wanita dewasa?

Dari pemikiran mendalam seperti itulah, saya hasilkan cerpen Singkowoton (pada peringkat awak saya baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan kreatif ini), tidak saya sangka pula cerpen tersebut boleh memenangi Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Perdana sekali gus. Kemudian, saya kembangkan cerpen Singkowoton menjadi sebuah novel berjudul Syumul. Dalam novel Syumul ini, saya juga mengangkat budaya suku kaum Dusun dan salah seorang watak utamanya (heroin) dari suku Murut yang berperanan sebagai presiden sebuah firma telekomunikasi tanah air. Biarpun ia hanya memenangi hadiah penghargaan dalam pertandingan menulis novel dewasa oleh Esso Gapena, saya diberitahu hanya novel Syumul daripada pertandingan itu yang sedang diterjemah ke dalam bahasa inggeris oleh pihak ITNM.

Bertolak daripada pengalaman yang amat menyeronokkan itu, masih dalam mood atau pengaruh suasana budaya masyarakat Murut, secara kebetulan saya terdengar rungutan seorang sahabat, presiden NGO tentang pembakaran rumah pinggir laut yang sudah lebih 30 tahun diduduki hampir 90% oleh orang-orang tempatan – dibakar oleh pihak pemaju sebuah firma pembinaan raksasa yang mahukan mereka berpindah meninggalkan tempat itu. Ketika pembakaran itu dilakukan, orang-orang kampung air yang serba daif kehidupan mereka ini, sedang tidur nyenyak. Dengan secara tidak langsung, bererti mereka tidak bersedia untuk melarikan diri. Air laut pula sedang pasang besar, sedangkan titi sudah marak dijilat api. Bayangkan!

Aduh, saya begitu marah. Jadi, bagaimana saya hendak memperjuangkan nasib orang-orang kampung yang malang itu, jika kehidupan saya sendiri pun lebih kurang saja daifnya. Kemudian saya ingat satu; penulisan kreatif. Oleh kerana masih dalam mood atau pengaruh suasana masyarakat Murut, saya kaji kembali bahan ilmu bantu yang diperolehi daripada DBP itu. Tiba-tiba, mata saya terhenti pada upacara Mansayau; upacara untuk berpindah ke rumah panjang baru. Semua roh atau semangat orang-orang yang tinggal di perumahan lama itu, harus dipindahkan atau dibawa berpindah ke perumahan baru secara baik-baik dan penuh restu pemilik asalnya, termasuk tengkorak manusia yang ada di dalam simpanan mereka. Tujuannya adalah untuk menghormati roh atau semangat tersebut, supaya tidak menghantui mereka di belakang hari.

Secara baik-baik dan penuh restu pemilik asalnya? Hah, itu yang tidak dilakukan oleh firma pembinaan itu – tidak menghormati roh atau semangat pemillik rumah yang dibakar mereka itu! getus hati saya yang sakit membongkol sangat-sangat itu. Dengan secara mendadak, saya dihujani pelbagai ilham tentang bagaimana cara terbaik untuk saya gabungkan antara dua dunia itu – dunia masyarakat Murut zaman dahulu kala dengan dunia zaman sekarang yang berkaitan dengan firma pembinaan itu. Langsung, terbitlah sebuah cerpen berjudul `Cermin’ yang pernah tersiar di Dewan Sastera. Lewat cerpen ini, saya bukan hanya mengangkat budaya masyarat Murut, tapi saya gabungkan dengan profesion seorang jurutera awam (juga ilmunya saya perolehi daripada buku2 ilmiah) Setelah mendapat ulasan yang cukup positif, cerpen itu saya kembangkan menjadi sebuah novel dewasa yang berjudul `Dari Dalam Cermin’. Sekali lagi, sungguh tidak saya sangka, novel yang saya angkat daripada cerpen yang terhasil daripada kemarahan saya itu, telah memenangi tiga hadiah berturut-turut; Pertandingan Novel Dewasa anjuran Jabatan Ketua Menteri sabah, Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Malaysia.
.
Kemudiannya, saya berpeluang menonton persembahan kebudayaan, sebagai salah satu acara pada sebelah malam dalam seminar anjuran DBP dan Badan Bahasa. Semua menarik tentunya. Tetapi, yang paling menarik sekali, tentulah persembahan Bubu Mengalai, dari suku kaum Bisaya. Sepanjang perjalanan pulang dari seminar itu, saya terfikir-fikir tentang persembahan Bubu Mengalai itu. Setiba saya di rumah, sekali lagi saya membuka bahan-bahan ilmu bantu yang saya perolehi daripada DBP itu. Akhirnya saya ketemukannya. Setelah membaca bait-bait puisi Bubu Mengalai dan cuba memahami akan erti di sebalik upacara itu, tiba-tiba saya mendapat ilham untuk menghasilkan novel Awang Mudir Kirana Besar. Ceritanya saya dapat daripada perbualan ringan saya dengan seorang gadis jelita yang begitu ghairah dan bangga menceritai pengalamannya digilai oleh orang besar dalam dunia sastera. Lantas saya terbayangkan akan isteri kepada orang besar itu. Lewat novel ini saya bukan hanya menggambarkan perasaan watak utamanya sebagai terperangkap di dalam Bubu Mengalai bikinan suaminya, tetapi saya mengangkat kerjaya dalam dunia perhotelan dan pemakanan secara kreatif. Dalam novel itu, orang besar dalam dunia sastera itu, saya ubahkan jadi orang besar di dalam dunia perhotelan di mana orang besar itu juga memberikan kursus-kursus perhotelan kepada para karyawan.. Sementara isterinya yang dari suku kaum Bisaya itulah watak utama/heroin atau sebagai wanita perkasa di dalam novel ini.

Walaupun novel Awang Mudir Kirana Besar ini tidak pernah memasuki apa-apa pertandingan, apatah lagi memenanginya; ia tetap adalah antara karya yang sangat-sangat menyeronokkan ketika menggarapnya. Sebabnya? Oleh kerana ia bukan novel untuk pertandingan, dengan sendiri saya bebas untuk memasukkan unsur-unsur yang agak ganas (sadis) dan nakal secara kreatif di dalamnya – tapi tetap menggunakan unsur-unsur dan bahasa sastera yang diperlukan.
Dalam novel Menongkah Lumrah pula, saya mengangkat budaya suku kaum Bajau-Idaan dan watak utamanya – juga sebagai wanita perkasa dalam dunia industri komputer. Sekali lagi, mujur saya mendapat kerjasama daripada pegawai-pegawai DBP Sabah yang memberikan saya ilmu-ilmu bantu/disiplin, bagi memudahkan saya menggarap dan menggabungkan semuanya dalam bentuk karya kreatif. Begitu juga dengan novel terbaru yang mengangkat budaya suku kaum Brunei. Ilham untuk mengangkat suku kaum Brunei ini, datang daripada rumah jiran saya pada setiap hujung minggu, di Bongawan. Begitu merdu sekali bunyi iramanya, sehingga saya sering terbuai olehnya.

Jadi, saya fikir; kenapa tidak diangkat suku kaum Brunei dan mainan gambus itu ke dalam karya terbaru saya pula? Pasti menarik dan romantis. Untuk mengangkat budayanya, saya juga perlu ada cerita yang cukup kuat, supaya logik. Jadi, apa yang lebih logik daripada pengalaman peribadi sendiri yang sangat-sangat menyayat hati? Maka, lewat novel ini, saya pun gabungkan dunia perubatan zaman sekarang dengan dunia perubatan zaman dahulu kala (masa Sabah masih di bawah jajahan British). Saya wujudkan kisah cinta kudus seorang wanita Brunei (juga wanita perkasa) dengan lelaki zaman dahulu – mcm berlaku dalam dunia realiti. Maka, dengan mood yang sering dibuai irama gambus, maka lahirlah novel terbaru saya berjudul ‘Tabii Kemo’ yang mengambil latar Bongawan seratus peratus. Novel ini bukan saja mengangkat manusianya daripada masyarakat berbilang kaum, tetapi juga mengangkat manusia di peringkat antarabangsa. Sekurang-kurangnya, saya berusaha ke arah itu – sama ada akan berjaya atau tidak, wallahuallam!
Di antara novel-novel kanak-kanak, remaja dan dewasa/umum dan novel moden, saya banyak menghasilkan cerpen yang hampir semuanya mengangkat budaya masyarakat berbilang kaum Sabah. Kebanyakan cerpen itu, menjanjikan sebuah novel untuk digarap – jika saya punya cukup tenaga, insya-Allah.

Namun, daripada novel-novel dan cerpen-cerpen yang telah saya hasilkan, para pembaca akan mengesan bahawa betapa banyak lagi budaya masyarakat berbilang kaum Sabah yang belum sempat atau terdaya saya sentuhi/terokai secara kreatif dan bermutu tinggi. Diharapkan semua penulis, terutama sekali penulis-penulis Sabah untuk menggunakan kemahiran/kepakaran dalam bidang penulisan kreatif, untuk terus gigih mengangkat khazanah masyarakat berbilang kaum yang juga pelbagai ini, supaya ia tidak hilang ditelan zaman begitu saha. Sekali gus mencari jati diri dengan melakukan ekstrapolasi daripada pengalaman dan perjuangan bermakna daripada manusia di dalamnya.
`
Sebagai kesimpulan, anggaplah menghasilkan karya kreatif itu seperti kita memasak di dapur. Setelah kita tahu apa yang nak dimasak, tentulah kita akan campurkan pelbagai ramuan (ilmu bantu) yang bersesuaian, untuk menaikkan rasa makanan kita supaya berkhasiat. Sama ada ia lazat ataupun tidak, bergantunglah kepada bakat memasak kita, bukan? Juga boleh diibaratkan seperti seorang pereka cipta (designer) pakaian, pelbagai unsur (ilmu bantu) kita gunakan untuk menaikkan mutu penciptaan supaya lain daripada yang lain. Sama ada kita berjaya menghasilkan masakan yang lazat pada orang lain atau berjaya mencipta pakaian kita menarik minat pembeli untuk memakainya – bergantung kepada bakat semula jadi kita. Namun, jika kita memang berbakat dalam satu-satu bidang, soal-soal teknikal, misalnya bagaimana menerapkan ilmu bantu secara kreatif, boleh dipelajari – daripada saya, insya-Allah..


15 comments:

  1. pa'aaalll :) sama2

    p/s

    den belum layak jadi idola sesapa, jadi sifu yg garang je boleh... hehehe

    ReplyDelete
  2. sifu memang idola pa'al... semangat dan perjuangan sifu dlm menulis, no one can take it!

    deretan buku2 sifu yang terpampang di blog sifu ni bagi semangat yang kuat utk pa'al (& kawan2 juga pa'al rasa)turut membakat semangat utk teruskan minat menulis.. macam sifu! idolaku..sifu!

    ReplyDelete
  3. sifu...,
    Bila selesai membaca penjelasan dan pengalaman sifu menerapkan budaya secara kreatif ke dalam novel,...barulah sy faham...apa yg sifu cadangkan masukkan budaya, adat, muzik, ..+ sebagainya ke dlm novel.

    ..rupa2nya, prlu tahu secara jelas ssuatu adat/budaya itu, kmudian diolah jadi kiasan n prbandingan dlm novel...tu yg maksudnya secara kreatif!

    selama ni sy cuma dpt masukkan ke dlm novel seolah2 britau n buat adat tu dlm novel.
    ..sifu pula gambarkan pnerapan n pnghayatannya jadi simbolik merasa n nampak ssuatu mcm adat tu sdg brjln. contoh bubu yg dipakaikan baju, kmudian mnari2 di simbolkan jiwa yg dikurung n dpermainkan....gitu sifu?

    klu baca smua karya sifu..., baru dpt ulas.
    sy baru je habis baca koleksi cerpen sifu dahulu kala dlm singkowoton..dah kuning kertasnya dah lama sy simpan...baru dpt brguru dgn orgnya...

    ReplyDelete
  4. pa'al :) saya harap, saya mampu memenuhi harapan anda tu.. wah, beratnya, but i'll, it's a promise!

    ReplyDelete
  5. ummu anas :)

    itulah yg saya cuba sampaikan kpd semua peserta bengkel, setiap satu yg kita angkat dlm novel atau cerpen - seharusnya mempunyai makna yg mendalam. sewajarnya berfungsi utk menguatkan jalan ceritanya, supaya kelihatan lebih berisi.

    Bubu mengalai tu, byk kali saya gunakan dlm cerpen dan novel, utk menggambarkan perasaan wanita yg terperangkap dlm perkahwinan, terlonta2 ikut rentak irama ketua rumahtangganya yg sprt sentiasa dipanggang di atas bara api - mcm dlm bubu mengalai tu jugalah kiranya... seronok saya menggunakanya sebagai simbol, perbandingan atau metafora, mencabar daya kreativiti kita.

    gelak saya baca ttg kertas buku singkowoton yg dah kuning tu, sbb di rumah saya pun sama; kuning! tp, kebanyakan cerpen dlm tu, telah dipilih dan dipindahkan ke dlm antologi cerpen Wizurai dgn cerpen2 yg terbaru ketika itu. semua cerpen dlm buku singkowoton tu, adalah langkah permulaan saya berkarya, tu la tak begitu kompleks sgt ilmu bantu yg saya gunakan. masih teraba2 juga sebenarnya... hehehe..

    ReplyDelete
  6. pa'al :) maksud saya tu, i'll try my best.. entah mcm mana boleh hilang pulak perkataan try tu... hehehe

    ReplyDelete
  7. salam sifu, sekali lg sy ingin brtanya...
    sudut ilmu bantu ini sgt mnarik bg sy, terutama isu budaya yg sy sifatkn sebagai menlestarikan budaya dlm karya..boleh gitu,sifu?

    kebanyakn karya sifu brkisar budaya masyarakat di sabah..,kerana sifu berada hampir dgn mereka.
    sy cuba mlihat dari semenanjung dan menumpukan budaya masyarakat yg hampir dgn sy khasnya johor n selangor. selain berbilang bangsa yg lazimnya...sy mula trtarik melihat masyarakat melayu juga trdiri drpd brbagai suku,..bugis, jawa, banjar, boyan, minangkabau...betul cara sy mlihat ini sifu?

    spanjang pg tadi sy mrayau2 cari maklumat lewat internet brkaitan budaya suku2 ini sambil mncari2 satu adat yg ssuai utk sy terapkn dlm novel sy.. dlm byk2 yg sy tilik2..ada satu sy trtarik..'pukung'- pernah tak sifu dengar ni?
    pukung/memukung - cara org suku banjar menidurkan bayi mereka...klu masukkan dlm novel seperti juga sifu gunkan bubu mengalai itu...'satu perbuatan adat yg berbentuk'-hrp sifu faham maksud sy ni...pukung itu boleh membayangkn keadaan dan perasaan...

    Itu tadi sy baru fikir2 mcmmana nak terapkan...moga boleh dibuat experiment! sebenarnya byk adat2 lain dari suku lain yg akan sy renungi dari masa ke semasa...wah jadi panjang jln prjuangan ini ya sifu...moga sy mampu, tidak angan2 saja.
    mohon sifu murnikan lagi cara sy melihat ini...

    bukankah cara penerapan budaya dlm karya secara kreatif ini sgt jarang dilakukan? di benak sy trfikir, pnerapan budaya bukan saja akan dpt mengekalkan budaya itu dari generasi ke generasi, malah mudah dpt menyentuh perasaan kaum itu, jika diolah secara positif, begitu?
    memadai setakat ini dulu, sifu.

    ReplyDelete
  8. ummu anas :)

    saya terus saja ke soalan anda k;

    dr anda; sudut ilmu bantu ini sgt mnarik bg sy, terutama isu budaya yg sy sifatkn sebagai menlestarikan budaya dlm karya..boleh gitu,sifu?

    dr saya; tepat sekali! juga, sekali gus memberikan pengisian yg bermutu tinggi dan lebih bererti dlm karya kita.

    dr anda; sy cuba mlihat dari semenanjung dan menumpukan budaya masyarakat yg hampir dgn sy khasnya johor n selangor. selain berbilang bangsa yg lazimnya...sy mula trtarik melihat masyarakat melayu juga trdiri drpd brbagai suku,..bugis, jawa, banjar, boyan, minangkabau...betul cara sy mlihat ini sifu?

    dr saya; sekali lagi, tepat sekali tu ummu anas :) wah, byk tu! setakat ni, (setakat yg saya pernah baca) tidak pernah ada satu pun pengarang dr Semenanjung yg benar2 mengangkat budaya yg sprti tersebut kat atas tu, ke dlm karya kreatif mereka. selagi budaya tu mmg berakar umbi di bumi malaysia, selagi itu kita boleh angkat ke dlm karya. kalau kita angkat budaya lain - budaya barat, misalnya, siapa nak angkat budaya kita kan?

    dr anda; dlm byk2 yg sy tilik2..ada satu sy trtarik..'pukung'- pernah tak sifu dengar ni?
    pukung/memukung - cara org suku banjar menidurkan bayi mereka...klu masukkan dlm novel seperti juga sifu gunkan bubu mengalai itu...'satu perbuatan adat yg berbentuk'-hrp sifu faham maksud sy ni...pukung itu boleh membayangkn keadaan dan perasaan.

    dr saya; saya tak pernah dgr ttg `pukung', kedengaran menarik. bagaimana jika anda buat cerpen dan kaitkan dgn budaya ni dulu? setelah siap, saya lihat jika ia boleh dikembangkan utk novel dewasa... novel `puteri hati' tu, boleh juga, tp rasanya jika `pukung' tu begitu hebat maknanya, rugi jika tidak diangkat ke dlm karya dewasa kan?

    dr anda; Itu tadi sy baru fikir2 mcmmana nak terapkan...moga boleh dibuat experiment! sebenarnya byk adat2 lain dari suku lain yg akan sy renungi dari masa ke semasa...wah jadi panjang jln prjuangan ini ya sifu...moga sy mampu, tidak angan2 saja.

    dr saya; ia bukan angan2 ummu anas, sebaliknya anggaplah ia sebagai satu misi yg perlu diperjuangkan. ya, perlu dibuat eksperimen, sebaik dpt ilham :) supaya tak lesap begitu saja.

    dr anda; mohon sifu murnikan lagi cara sy melihat ini.

    dr saya; mmg cara anda lihat ni sudah cukup murni pun... hehehe

    dr anda; bukankah cara penerapan budaya dlm karya secara kreatif ini sgt jarang dilakukan? di benak sy trfikir, pnerapan budaya bukan saja akan dpt mengekalkan budaya itu dari generasi ke generasi, malah mudah dpt menyentuh perasaan kaum itu, jika diolah secara positif, begitu?

    dr saya; ummu anas, saya rasa anda dah nampak pun ke arah mana perjuangan murni anda :) :)

    ReplyDelete
  9. Salam ramadhan sifu,

    Saya baru saja selesai baca ilmu bantu yang sifu paparkan dalam blog ini. Terima kasih banyak-banyak sifu kerana ikhlas berkongsi ilmu dengan kami semua. Betapa saya amat mengagumi semangat sifu ingin melahirkan seramai klon yang boleh. Dan saya berazam mengikuti jejak sifu selagi saya terdaya dan termampu.

    Semangat saya tetap membara...andai buta mata,saya jalan meraba. andai patah sayap,saya bertongkatkan paruh. andai patah kaki, saya jalan berengsot.

    Sesampai ke noktah terakhir cacatan sifu di atas tu, saya menepuk dahi sendiri. begitu banyak ilmu bantu yg saya ada skrg ini seperti Pesta Baliungan bagi suku kaum sungai idahan di kg Bilit Kinabatangan, Pesta rumbia dan Pesta gambus. Termasuklah adat dan alat muzik tradisional suku kaum ini.

    Sifu, apakah langkah2 yg perlu sy lakukan dlm memanfaatkan ilmu bantu tersebut?
    Mohon tunjuk ajar sifu....

    ReplyDelete
  10. badariah :)

    saya terus copy and respon pd tulisan anda k;

    dr anda; Saya baru saja selesai baca ilmu bantu yang sifu paparkan dalam blog ini. Terima kasih banyak-banyak sifu kerana ikhlas berkongsi ilmu dengan kami semua. Betapa saya amat mengagumi semangat sifu ingin melahirkan seramai klon yang boleh. Dan saya berazam mengikuti jejak sifu selagi saya terdaya dan termampu.

    dr saya; badariah :) saya tak cipta klon saya, saya cuma beri peluang utk semua yg gigih menghasilkan karya bermutu tinggi, supaya jgn ada yg berfikir bahawa dunia penulisan cerpen dan novel (terutama sekali novel!) milik segelintir penulis elit je. org macam saya yg tiada apa2 pun boleh! tp, kalaulah saya nak cipta klon, mungkin saya ingin mencipta klon kegigihan dan ketabahan dan kegarangan utk setiap penulis mendaki gunung2 sastera.

    dr anda; Semangat saya tetap membara...andai buta mata,saya jalan meraba. andai patah sayap,saya bertongkatkan paruh. andai patah kaki, saya jalan berengsot.

    dr saya; wah, hebatnya gaya bahasa, tersentuh saya!


    dr anda; Sesampai ke noktah terakhir cacatan sifu di atas tu, saya menepuk dahi sendiri. begitu banyak ilmu bantu yg saya ada skrg ini seperti Pesta Baliungan bagi suku kaum sungai idahan di kg Bilit Kinabatangan, Pesta rumbia dan Pesta gambus. Termasuklah adat dan alat muzik tradisional suku kaum ini.

    dr saya; `cacatan'? catatan kot... hehehe... ok, senang2, cuba cari dlm antologi cerpen persendirian saya, dlm setiap cerpen pasti ada satu ilmu bantu yg saya kembangkan menjadi sebuah karya. drpd pesta2 yg anda sebut di atas itu, anda boleh `gaul-garapkan' ke dalam karya anda supaya sebati dan hidup k, pasti menarik tu.

    dr anda; Sifu, apakah langkah2 yg perlu sy lakukan dlm memanfaatkan ilmu bantu tersebut?

    dr saya; buka hati utk menerima ilmu bantu sama ada budaya dan sebagainya itu, dr sudut pandangan penciptanya dan apabila kita menulis, kita tulis berdasarkan semangat juang penciptanya dan mengapa ia diwujudkan sedemikan rupa. masuk ke dalam jiwa pencipta tu, hayati sebab akibat sehingga terciptanya ciptaannya itu, gabungkan dgn karya anda yg mempunyai lebih kurang sama saja semangat juangnya, biarpun ia karya moden.

    ataupun, paling mudah, mcm dlm novel kedua Sdr Ummu Anas, ketua kelas kita tu; bahan utama yg diangkat adalah penyakit hepatatis b, semua watak dlm novelnya, berkaitan dgn penyakit tersebut sama ada secara langsung ataupun tidak. dlm novel tu, watak2nya ibaratkan sehelai baju T putih bersih yang mahu disulam bunga kerawang di dadanya. jadi benang berwarna tertentu akan menjadi pilihan, dan lalu anda sulam benang2 tu - yakni, benang tu benang tu juga anda gunakan utk mencipta satu bentuk sulaman, tanpa anda sedari, apabila siap, rupa2nya antara benang2 pilihan tu, ada pula benang yg tidak bermasalah (hepatitis b)... begitulah lebih kurang caranya apabila kita nak masukkan apa saja ilmu bantu. yg penting, anda perlu berusaha mengangkat ilmu bantu itu sebagai simbol utk keseluruhan karya anda, yakni dgn sering menyebutnya dan seboleh mungkin sering mengaitkannya dgn apa saja yg terfikir oleh watak utama ni :)

    gigih terus k

    ReplyDelete
  11. badariah :)

    saya terus copy and respon pd tulisan anda k;

    dr anda; Saya baru saja selesai baca ilmu bantu yang sifu paparkan dalam blog ini. Terima kasih banyak-banyak sifu kerana ikhlas berkongsi ilmu dengan kami semua. Betapa saya amat mengagumi semangat sifu ingin melahirkan seramai klon yang boleh. Dan saya berazam mengikuti jejak sifu selagi saya terdaya dan termampu.

    dr saya; badariah :) saya tak cipta klon saya, saya cuma beri peluang utk semua yg gigih menghasilkan karya bermutu tinggi, supaya jgn ada yg berfikir bahawa dunia penulisan cerpen dan novel (terutama sekali novel!) milik segelintir penulis elit je. org macam saya yg tiada apa2 pun boleh! tp, kalaulah saya nak cipta klon, mungkin saya ingin mencipta klon kegigihan dan ketabahan dan kegarangan utk setiap penulis mendaki gunung2 sastera.

    dr anda; Semangat saya tetap membara...andai buta mata,saya jalan meraba. andai patah sayap,saya bertongkatkan paruh. andai patah kaki, saya jalan berengsot.

    ReplyDelete
  12. dr saya; wah, hebatnya gaya bahasa, tersentuh saya!


    dr anda; Sesampai ke noktah terakhir cacatan sifu di atas tu, saya menepuk dahi sendiri. begitu banyak ilmu bantu yg saya ada skrg ini seperti Pesta Baliungan bagi suku kaum sungai idahan di kg Bilit Kinabatangan, Pesta rumbia dan Pesta gambus. Termasuklah adat dan alat muzik tradisional suku kaum ini.

    dr saya; `cacatan'? catatan kot... hehehe... ok, senang2, cuba cari dlm antologi cerpen persendirian saya, dlm setiap cerpen pasti ada satu ilmu bantu yg saya kembangkan menjadi sebuah karya. drpd pesta2 yg anda sebut di atas itu, anda boleh `gaul-garapkan' ke dalam karya anda supaya sebati dan hidup k, pasti menarik tu.

    dr anda; Sifu, apakah langkah2 yg perlu sy lakukan dlm memanfaatkan ilmu bantu tersebut?

    dr saya; buka hati utk menerima ilmu bantu sama ada budaya dan sebagainya itu, dr sudut pandangan penciptanya dan apabila kita menulis, kita tulis berdasarkan semangat juang penciptanya dan mengapa ia diwujudkan sedemikan rupa. masuk ke dalam jiwa pencipta tu, hayati sebab akibat sehingga terciptanya ciptaannya itu, gabungkan dgn karya anda yg mempunyai lebih kurang sama saja semangat juangnya, biarpun ia karya ttg dunia moden.

    ReplyDelete
  13. ataupun, paling mudah, mcm dlm novel kedua Sdr Ummu Anas, ketua kelas kita tu; bahan utama yg diangkat adalah penyakit hepatatis b, semua watak dlm novelnya, berkaitan dgn penyakit tersebut sama ada secara langsung ataupun tidak. dlm novel tu, watak2nya ibaratkan sehelai baju T putih bersih yang mahu disulam bunga kerawang di dadanya. jadi benang berwarna tertentu akan menjadi pilihan, dan lalu anda sulam benang2 tu - yakni, benang tu benang tu juga anda gunakan utk mencipta satu bentuk sulaman, tanpa anda sedari, apabila siap, rupa2nya antara benang2 pilihan tu, ada pula benang yg tidak bermasalah (hepatitis b)... begitulah lebih kurang caranya apabila kita nak masukkan apa saja ilmu bantu. yg penting, anda perlu berusaha mengangkat ilmu bantu itu sebagai simbol utk keseluruhan karya anda, yakni dgn sering menyebutnya dan seboleh mungkin sering mengaitkannya dgn apa saja yg terfikir oleh watak utamanya.

    saya harap, jawapan ini dpt membantu k

    ReplyDelete
  14. Salam Sifu, Wow! hebat ilmu yang saya dapat malam ini. dari pembacaan 'kepelbagaian ilmu bantu ini'. Baru saya tahu benda-benda berharga ini berada di sekeliling saya... spt mana juga Badariah.

    alat kegunaan harian Suku Sungai (Kinabatangan) seperti Titimad (alat mencari kutu, menikis kelimumur), perapian dan sagang (tempat dapur kayu), bujak, kelangkahan (adat perkahwinan 'langkah bendul'), mangsarakan (menyerah diri di hadapan imam untuk berkahwin, sinut-sinut, keampitan dan banyak lagi... wow ! hebat kalau dapat diangkat dengan baik... menusuk jiwa dan kalbu pembaca.... huh!

    Semoga Allah memberi kelapangan saya untuk mengali dan menulis bahan bernilai ini. Amin.

    ReplyDelete