• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Tuesday, May 5, 2009

Datuk Ismail Abbas; Mentor dan Mahaguruku juga :)

Tuesday, May 05, 2009 // by Azmah Nordin // // No comments

Kata orang. pembimbing penulisan kreatif
ialah Mentor yang baik, dapat menjadi guru, menjadi sahabat,
menjadi kakak/abang/bapa, dan menjadi keluarga.  Namun,
mentor juga harus mempunyai visi yang luas. Visi dapat
diperolehi daripada pengalaman, wawasan dan gagasan. Jika
ketiga-tiganya dimilik, maka dijamin bahawa anak didiknya
 akan lebih cepat maju. Kriteria inilah yang dimiliki oleh
mentor merangkap mahaguru saya, Datuk Ismail Abbas.



Apabila memikirkan tentang Ismail Abbas, kata-kata
 hormat ini pasti melonjak dalam fikiran;
"Yang hebat antara yang terhebat". Tak mungkin
saya dapat melupakan pertemuan pertama saya
dengan Datuk Ismail Abbas, yang kemudiannya
menjadi salah seorang daripada mentor dan mahaguru
saya (ramai) dalam dunia penulisan kreatif.

Pertemuan pertama itu berlaku semasa saya
menyertai bengkel penulisan kreatif anjuran DBP (S)
(pada tahun 1986), lebih 20 tahun yang lalu dan Ismail Abbas
adalah salah seorang daripada editor DBP Sabah
yang turut menjadi penceramah dalam bengkel
tersebut. Secara kebetulan, hari itu ialah hari
pertama saya mengenali dunia penulisan kreatif,
kerana sebelumnya saya hanyalah seorang penulis
artikel untuk akhbar-akhbar tempatan. Saya
dikenalkan dengan hal-hal seperti apa itu penulisan
kreatif, apa itu watak protagonis dan antagonis, apa
itu perwatakan dan perawakan, apa itu plot dan
1atar, apa itu keindahan bahasa, dan apakah nilai-
nilai murni yang perl disalurkan lewat setiap
penuiisan kreatif, bagaimana hendak
memulakannya, dan sebagainva.

Setiap satunya sangat menarik bagi saya.  Sambil
mendengar ceramah-ceramah, sambil itu sava
menatap senyuman lembut yang menghiasi wajah para
penceramahnya, termasuk sebuah wajah yang dikenali
sebagai Ismail Abbas.  Hilang dahaga saya
yang haus akan ilmu ketika itu.

Saya memang kuat membaca,
sebeium ini pun, saya pernah membaca karya
Ismail Abbas.  Karya-karyu beliau bukan saja kuat
dari sudut piot, indah dari sudut gaya bahasa, bahkan
mempunyai nilai_nilai komersial yang boleh
menarik pembaca.

Walaupun sebelum itu saya telah
menghasikan sebuah buku bergambar kanak2, sebuah
novel remaja dan sebuah novel dewasa, tetapi masih
belum dapat menarik minat para pengkritik dan para
pengulas sastera untuk memperkatakannya.

 Suatu hari, dalam pertemuan
Sastera di Sandakan, ketika di
dewan makan, saya melihat
Ismail Abbas dikelilingi oleh
sekumpulan penulis. Jadi,
saya memberanikan diri
untuk mendekati beliau.
Dada saya berdebar kencang,
segan ada, takut pun ada.
lsmail Abbas seorang lelaki
yang berubuh tinggi, besar,
serba berketerampilan dan
jelas punya wibawa dan
wewenang.

Ketika memberikan
beberapa  tip tentang
penulisan kreatifl saya dapati
beliau begitu pintar dan
berterus-terang orangnya.
Soalan-soalan beliau kepada
kami begitu tajam terus ke
pusat pefbincangan.
Berperanan sebagai
pendorong, kaunselor, dan
mentor, beliau melayan
soalan-soalan saya.  Beliau
mengisi dengan penuh kesabaran,
seolah-olah saya sama taraf
dengan penulis-penulis yang lebih
senior, berbanding dengan saya yang
setahun jagung ketika itu. Saya tahu hal
itu bukan demikian sebenarnya, namun saya
tetap menghargainya. Tiba-tiba, dengan
senyum, beliau mencabar kami. Saya pun masih
 teraba-raba, tidak tahu novel bagaimana
lagi hendak ditulis selepas `Kukui'.

"Kenapa kamu tak tulis cerita ini?  Cerita
tentang sepasang suami isteri yang saling
mencintai, terpaksa bercerai kerana tidak memenuhi
hantaran berian?"

"Masyarakat suku kaum apa, encik?"tanya saya.

"Bebas, apa saja boleh, asal ceritanya kekal begitu,"ujar
beliau dengan suara yang lunak, diiringi dengan
senyuman kebapaannya, sambil merenungi wajah kami,
seorang demi seorang.  "Saya akan edit sendiri,
sebaik anda siapkannya nanti."

"Judulnya, encik?','tanya yang lain, antara yang turut
mengelilingi beliau.

"Dukanya Abadi."

   "Okey," sambut saya.  (Ternyata  kemudiannya, saya
seorang saja yang menyambut projek atau cabaran beliau.)
 Dan dalam hati, saya sudah pun mengangkat beliau sebagai
mentor dan mahaguru saya.

Sepanjang perjalanan pulang, fikiran saya berpusar
kencang. Satu pun sava tak ingat apa yang beliau cakap
kepada kami, waktu di dewan makan itu. `Begitu siap, beliau
sendiri yang akan mengeditnya?  Wah, orang besar itu! Wah!
 Patutkah saya menyesal kerana memandai-mandai menyambut `okey'
pada cabaran beliau? Bagaimana jika saya tak boleh memenuhi
janji `okey' saya itu? Di mana saya nak sembunyikan muka?
Bermacam2 soalan menjelma di otak saya, dan semuanya cukup
menyeksa. Aduh, menyesal saya. Menyesal saya sangat-
sangat!

Bagaimanapun, sebaik tenteram, setibanya
saya di rumah, saya mula memandang cabaran yang
saya terima itu sebagai kerja biasa dan supaya
bersikap professional.  Langsung, saya bertekad
untuk menghasilkan karya yang terbaik demi
untuk mengambil hati mentor dan mahaguru saya
itu,  supaya beliau menyedari akan kewujudan saya
sebagai kreatif baru dan  perlu diambil kira
juga barangkali.

Secara kebetulan, saya baru saja mendapatkan sebuah
buku tentang budaya suku kaum Murut, Pensiangan yang
saya angkat secara sepintas lalu dalam novel Kukui sebelumnya.
Jadi, saya rasa, inilah peluang saya untuk meneroka lebih dalam
lagi dalam budaya tersebut sambil mengetengahkan kisah cinta
antara dua suami isteri yang terpaksa bercerai kerana tidak
mampu memenuhi berian, seperti yang diminta oleh Ismail Abbas.
Ternyata tidak sesukar mana juga untuk mengaitkan cerita itu,
dengan budaya suku Mrut, kerana di dalam budaya itu sendiri
memang ada masalah tentang hantaran berian yang selalu
tidak dapat dipenuhi oleh pengantin lelaki.

Berdasarkan ceramah-ceramah penulisan kreatif yang saya hadiri
sebelumnya, saya mula mengumpul ilmu/disi;in bantu (budaya suku Murut).
Saya masuk ke dalam jiwa watak-watak yang mahu saya angkat ke
 dalam karya saya.  Sebelum berkarya, saya bayangkan balik wajah
 Ismail Abbas, dan berfikir apakah perkara yang membuatkanbeliau
memberikan kami cerita seperti itu untuk dijadikan novel?  Bagaimana
beliau akan terapkan idea ke dalam bentuk karya, menggarap
masalabh, psikologi, gelojak perasaan, emosi tak terduga, watak
perwatakan, latar, nilai-nilai murninya dan sebagainya.  Dan paling
penting, bagaimana beliau mengangkat cerita supaya mempunyai nilai
komersial untuk menarik pembaca membaca karyanya, sebegitu terbit.
Segera saya ingat pada novel-novel beliau yang pernah saya baca
sebelumnya, misalnya novel Bagaton.  Romantis!

Saya rasa, itulah pendekatan yang perlu saya buat, yakni menggarap
sesuatu yang berat, umpama budaya.  Agar tidak kelihatan begitu berat,
saya masukkan unsur-unsur romantis dan kasih sayang  antara dua bekas
suami isteri di dalamnya. Saya `masuk' ke dalam jiwa watak-watak
tersebut, dan mula menghasilkan karya dengan membayangkan bahawa
'hero' dalam novel tersebut adalah mentor dan
mahaguru saya itu sendiri, dan isteri di dalam novel itu
adalah isterinya. Jadi, selepas saya  dapat
membayangkan semuanya, mudah saja saya
menggerakkan perjalanan plot cerita dan hanya tiga bulan
kemudian, saya sudah pun mengirimkan  manuskrip kepada Ismail Abbas
yang kebetulan bertugad si DBP KL, pada waktu itu, untuk diedit
beliau.

Alangkah terkejut bercampur gembiranya
saya, apabila menerima surat rasmi DBP KL yang
memberitahu bahawa manuskrip saya itu sudah
diluluskan. Tak lama kemudian, begitu novel
`Dukanya Abadi terbit', saya menerima perhatian dan
reaksi yang sangat positif daripada para pengkritik
dan pengulas yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah
universiti di Semenanjung.  Akhirnya,  impian
saya tercapai.  Saya
bukan saya dapat menembusi tembok DBP KL, tetapi juga
mendapat perhatian para pengulas dan pengkritik
sastera di sana.

Daripada Dukanya Abadi, saya sudah berani
menghantar karya demi karya ke DBP KL, dengan
lebih yakin dan insya-Allah, setakat ini, semua karya
yang saya hantar, telah diterbitkan. ltulah, Datuk Ismail
Abbas yang saya kenal. Cepat mesra, cepat bangun
untuk membela anak didiknya. pernah, saya
mengadu kepada beliau bahawa saya diugut saman
oleh seorang penulis apabila saya cuba mengangkat
satu budaya masyarakat tempatan. Beliau segera
memanggil penulis tersebur ke pejabat, dan
bertanya kenapa dia mahu menyaman sava,
sedangkan saya baru berfikir dan belum pun buat apa-
apa, apatah lagi melakukan kesalahan. Benar,
penulis tersebut tidak iagi berani mengugut yang
bukan-bukan, tetapi saya juga tidak membantu
mengangkat suku kaumnva ke peringkat
kebangsaan. Saya pilih suku kaum lain pula untuk
diketengahkan, sebab, Sabah mempunyai banyak
sekali suku kaum yang unik.

Sepanjang 22 tahun mengenalinya, tak pernah
kulihat beiiau sengaja mengerutkan wajahnva.
Datuk Ismail Abbas, mentor merangkap
mahaguruku yang berbeza, walau kian hari kain ramai
ramai mentor dan mahaguru selepas beliau. Beliau
tetap kukenang sebagai pembuka jalan pertamaku
terang ke peringkat kebangsaan dan dalam hidup
saya sebagai penulis, mengajar saya bahawa; tiada yang
 mustahil, jika saya sanggup bekerja keras
untuknya, sabar, serius dan konsentrasi pada apa
vang teiah saya pilih. Inspirasi saya dari kegigihan
dan ketokohan beliau, dan jelasnya, tanpa  galakan
dan dorongan semangat daripada Datuk Ismail
Abbas, mentor dan mahaguruku  saya hormati dan sayangi,
tidak mungkin saya jadi seyakin ini.  Terima kasih mentor
dan mahaguruku, budimu kukenang hingga ke akhir hayatku.

(Datuk Ismail Abbas sudah kembali ke rahmatullah pada 9.2.2009, Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dan tergolong di kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH!)

0 comments:

Post a Comment