• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, March 28, 2010

Nur Aliah

Sunday, March 28, 2010 // by Azmah Nordin // 3 comments

Nama : Nur Aliah Syazwanie Ahmad Shukri 
Judul : ( Belum ditetapkan )
Jantina : Perempuan
No k/p : 970205-12-5868
Tempat tinggal: Sandakan, Sabah
Jenis Karya : Cerpen


Assalamualaikum, kak aini. Ini adalah sinopsis cerpen saya. Sebenarnya saya telah mengubah keseluruhan jalan cerita saya kerana karya yang saya telah tunjukkan kepada sifu sudah tidak dapat saya sambung kerana saya telah kekurangan idea dan saya rasa tidak sesuai dengan peringkat umur saya. Semoga ia bermanfaat dan saya berharap kak aini dapat meluluskan sinopsis baru saya untuk saya meneruskan karya saya agar saya dapat bimbingan seterusnya daripada Sifu Azmah. Terima kasih kak aini :)

Nur Athirah Lee, seorang gadis yang berusha membuka pintu hati keluargnya untuk menerima kenyataan bahawa dia telah menjadi seorang mualaf dan menjadi seorang hamba Allah yang Maha Esa. Keluarganya membencinya dan tidak menganggapnya sebagai anak mereka apabila dia telah memeluk agama Islam setelah terdengar satu ceramah yang berunsurkan keagamaan apabila dia menemani seorang sahabatnya untuk menghadiri cermah tersebut. Namun, iman Athirah tidak pernah goyah. Dia tetap berusaha untuk berbuat baik kepada keluarganya. Dia juga selalu meminta nasihat daripada sahabatnya, Wawa agar dia boleh kekal istiqamah dengan perubahan dalam dirinya tersebut. Usaha dan kesabaran Nur Athirah tidak sia – sia apabila ibunya terdengar laungan azan dari telefon bimbit Nur Athirah apabila telefon bimbit Athirah tertinggal di atas meja rumahnya. Ibunya berasa sungguh syahdu dan amat tenang. Lantas dia membuka papan kekunci yang terdapat di telefon bimbit Athirah dan cuba untuk memeriksa isi kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit tersebut. Semuanya berunsurkan islamik. Keesokan harinya, Athirah datang ke rumah ibunya untuk mengambil telefon bimbitnya apabila dia menyedari telefonnya tiada di tangan pada malam itu. Baru sahaja Athirah ingin melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah ibunya, ibunya telah terlebih dahulu datang dan memeluknya. Athirah terkedu kerana ibunya tiba – tiba mesra terhadapnya begitu juga ahli keluarga yang lain. Setelah ibunya menjelaskan segalanya, Athirah memanjatkan syukur kepada ilahi kerana doanya telah dimakbulkan.

Abinursyifa - bimbingan cerpen

Sunday, March 28, 2010 // by Noraini Eslah // 74 comments

Assalammualaikum Abinursyifa,
Saya sudah buka thread cerpen untuk anda. Sinopsis anda juga saya pindahkan di sini. Selepas ini sifu akan mulakan bimbingan untuk anda.
Harap dapat berikan nama penuh, umur dan pekerjaan dalam thread cerpen anda ini. Maklumat ini bagi memudahkan sifu memberikan pedekatan dan bimbingan yang sesuai untuk anda. Harap maklum.

Sunday, March 14, 2010

One Malaysia dalam Sastera

Sunday, March 14, 2010 // by Azmah Nordin // // 12 comments

(sdr.2 seperti yg lain2 yang tersiar di blog ini, tulisan One Malaysia dalam Sastera juga sudah terbit di DBP k :))


Satu Malaysia dlm Sastera


Photobucket


Memang sudah diketahui ramai, konsep 1 malaysia yang bermakna rakyat
bersama-sama berganding bahu membangunkan Malaysia, ini sebenarnya
sudah sedia wujud lama dulu. Yakni, tanpa wujud perselisihan faham, tanpa
perlu mempersoalkan hak keistimewaan sesuatu kaum, tanpa perlu menyinggung sensitiviti masyarakat berbilang agama, kaum, fahaman ideologi, budaya,
politik dan sebagainya. Langkah-langkah memperkasakan konsep One Malaysia
yang diambil oleh pihak kerajaan ketika ini, bertujuan supaya warga Malaysia
lebih memahami dan menghayatinya , bagi membina sebuah negara yang aman
makmur dan harmoni.

Jadi, bagaimana kita hendak terjemahkan konsep Satu Malaysia ini dalam bentuk
karya Sastera?



Sebagai pengarang, kita boleh angkat apa saja tema untuk karya – asal tidak menyinggung sensitiviti masyarakat berbilang agama, kaum, fahaman ideology, politik dan seumpamanya. Ini tentunya untuk menjaga
keamanan, kemakmuran dan keharmonian negara kita juga, bukan? Bagaimana
kita nak memperkasakan karya Sastera kita? Mudah saja, jika kita pandang dari sudut One Malaysia; dengan memuat-indahkan karya anda dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum sebagai watak-watak utama dan sampingannya, selain daripada watak utama dan sampingan yang sekaum atau sebangsa dengan anda.

Photobucket

Kenapa harus begitu? Jawapannya; Apabila kita berkarya dengan mengangkat niai-nilai murni seperti perjuangan atau pengorbanan hidup di dalamnya,
tentulah niat kita supaya karya itu lebih bererti, bukan? Untuk pengetahuan anda, karya anda akan berlipat kali ganda lebih bererti dan kelihatan lebih nyata, jika dalam niat yang sebaik itu, anda turut mengangkat dunia realiti anda yang sebenarnya. Karya-karya seperti itu dihasilkan dengan harapan menyaksikan rakyat bumi Malaysia yang bertuah ini bersatu hati, buang yang
keruh ambil yang jernih, kerana sesungguhnya, tiada yang lebih berharga
selain daripada ketenteraman dan nyawa – dan itu hanya boleh diperolehi lewat karya sastera perpaduan bangsa. Penting dilakukan ini, agar generasi kita
yang akan datang dapat menggunakannya sebagai asas hidup masyarakat dengan mengamalkan hidup sihat, dan berbangga dilahirkan di bumi bertuah ini.

Lagipun, bukankah kita pernah dengar pepatah begini; bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh? :)


Sunday, March 7, 2010

Sastera Remaja dan Kanak2 Sepenting Sastera Utk Dewasa?

Sunday, March 07, 2010 // by Azmah Nordin // // 6 comments

Sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan novel utk remaja atau kanak-kanak? Tidak, kerana ia sesukar menulis utk novel dewasa? Tidak, kerana ia tidak mendatangkan pulangan selumayan novel dewasa? Tidak, kerana tidak mahu dikaitkan sebagai penulis novel ringan dengan karya remaja kanak-kanak dan remaja? Dan sebagaimya.

Masih berminat utk tahu lebih lagi?



Pertama-tama sekali, anda mesti sayangi kanak-kanak dan remaja. Jika anda seorang ibu atau bapa atau banyak bergaul dengan golongan kanak-kanak dan para remaja, itu adalah satu bonus. Syukur Alhamdulillah. Namun, jika anda sendiri masih seorang remaja, juga tiada masalah – malah lebih bagus lagi. Yg penting, utk menghasilkan novel kanak-kanak ataupun remaja, anda seharusnya cukup pakar dalam mendalami perasaan seorang remaja atau kanak-kanak. Atau, lebih baik, jika did ala diri anda, masih wujud `jiwa’ remaja itu, utk memudahkan anda memahami psikologi remaja.

Dalam menghasilkanpelbagai jenis karya di sepanjang penglibatan saya dalam dunia penulisan, saya rasa saya sudah banyak mengenali jiwa remaja dan perlu belajar lebih banyak lagi. Ada pelbagai kaedah dalam dunia penulisan novel remaja atau kanak-kanak, antaranya;

1. Sebagai pengarang novel remaja dankanak-kanak, anda MESTI membaca karya remaja dan kanak-kanak dulu. Anda perlu membaca dan membaca karya sastera remaja dan kanak-kanak, seolah-olah ia adalah makanan jiwa anda, pagi petang, siang dan malam . anda perlu terus membaca seolah-olah ia adalah oksigen pada pernafasan anda dan jika tidak bernafas, anda pun tahu apa yg akan berlaku kepada anda, bukan?

Jika bermasalah dari segi kewangan, pergilah ke perpustakaan yg banyak terdapat di setiap daerah itu. Pinjam dan baca, setiap ada kelapangan, sebanyak mungkin, seboleh mungkin. Perpustakaan adalah `syurga’ buat setiap penulis. Jika anda terdengar mana-mana karya diangkat sebagai pemenang dalam mana-mana sayembara, berusaha keraslah utk memperolehinya, membacanya, hayati, pelajari dan cari mengapa karya itu boleh diangkat sebagai pemenang sayembara tersebut.

Namun, jika anda rasa anda tiada masa utk melakukan itu semua, silalah cari impian lain k...

2. Anda MESTI menyokong perjuangan hidup remaja dan kanak-kanak dan masyarakat sastera remaja dan kanak-kanak dalam kehidupan anda. Anda mempunyai banyak saingan dalam bidang penulisan remaja dan kanak-kanak, dan anda perlu melakukan segalanya sedaya upaya anda untuk membuktikan bahawa karya anda memang baik untuk sastera remaja dan kanak-kanak dan berhak mendapat perhatian pihak penerbit. Memelihara, melindungi dan mempromot laluan yang mengaitkan remaja dan kanak-kanak kepada buku. Secara tidak langsung, anda mempelajari tentang industry dan budaya penerbitan buku remaaj dan kanak2.

3. Anda perlu menyampaikan cerita anda dari lubuk hati anda – dan hanya anda seorang yg boleh melakukannya. Anda harus menyampaikan cerita yang anda sendiri akan seronok membacanya, atau yang anda sendiri boleh menitiskan air mata semasa menghasilkannya – biarpun ketika itu mungkin mata anda sedang sakit atau tekak anda sedang loya macam nak muntah dan sebagainya. Anda harus terus menulis hingga ke titisan darah terakhir di hujung jari jemari anda, sehingga karya yg lahir dari hati mengalir lewat lengan ke jari-jemari macam magis. Anda perlu menympaikan cerita yg mungkin anda tidak berani menceritakannya secara lisan, tapi anda akan berasa telah melakukan sesuatu yang bermakna dan dapat tidur dengan lena pada sebelah malam, sebaik saja ia siap ditulis.

4. Anda harus yakin bahawa setiap patah perkataan yang anda tulis di dalam karya anda adalah demi memperjuangkan kebaikan/kepentingan para remaja dan kanak-kanak sejagat lewat penulisan kreatif. Ya, Sastera untuk remaja dan kanak-kanak – tak kisahlah apa orang kata tentangnyua, ia adalah sama penting dan sama taraf dengan Sastera utk dewasa. Dan andai ada orang yang tidak mempercayai akan keyakinan anda, itu adalah masalah mereka – bukan masaalah anda. Tugas anda adalah untuk mengumpul seluruh kekuatan dalaman utk meneruskan perjuangan yg anda yakini seluruh jiwa k..

Apakah anda rasa saya terlalu tegas atau begitu mengharapkan kejayaan? Kalau begitu, pilihlah begitu mengharapkan kejayaan. Berjayalah. Ia begitu penting untuk anda Berjaya, sepenting penulisan karya sastera dewasa, dan jelasnya, menghasilkan karya sastera untuk remaja dan kanak-kanak juga tidak semudah karya dewasa.

Yang penting, anda harus punyai sasaran paling tinggi. Anda mesti berjuang. Dengan membaca dan membaca dan membaca semenjak semuda mungkin lagi – ditambah dengan keyakinan diri yg utuh, kasih sayang sesama insan dan hidup bertolak ansur dalam sesebuah masyaralat berbilang kaum, dapat membantu mempermudahkan perjuangan anda. Insya-Allah.

Saturday, March 6, 2010

Syumul Dlm Bahasa Inggeris

Saturday, March 06, 2010 // by Azmah Nordin // // 6 comments

Sdr2 sekelian :) ingin saya kongsikan maklumat ttg novel Syumul saya yg telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan baru saja diterbitkan oleh pihak ITNM :) dan boleh diperolehi lewat internet


Photobucket

This novel portrays the tumultuous state of affairs in a telecommunications and engineering firm and the persistence, cunning and professionalism of the characters.
The female protagonist, embroiled in the corporate world, reflects the gender conflict that arises from competing in the test of abilities against the opposite sex.

Penyelidikan - Menerap Ilmu Secara Kreatif?

Saturday, March 06, 2010 // by Azmah Nordin // // No comments

Penyelidikan

Tidak kisahlah apa subjek yang anda angkat dlm karya anda kelak, adalah sangat penting untuk melakukan penyelidikan, sebelum sesebuah novel dimulakan. Penyelidikan tentang tema yang akan diangkat dalam karya anda, mampu membantu membuatkan karya anda lebih asli dan menarik isinya.



Anda tentu byk membaca karya2 tempatan seperti Faizal Tehrani atau Mawar Shafei dan lain2, di samping karya2 dari luar negara drpd Arthur Hailey atau Stephen King atau Dan Brown? Bahan2 penyelidikan yg mereka lakukan dan terap-gabungkan dengan daya kreativiti yang bukan alang kepalang aktifnya, sudah membuatkan karya mereka manjadi karya besar dan terkenal di seluruh dunia.

Jika anda rajin membuat penyelidikan, bahan2 penyelidikan itu dapat byk membantu menambahkan mutu karya secara terperinci, yang jika tanpanya cerita anda mungkin longgar, bersifat permukaan semata-mata. Cerita yang anda reka/cipta (fantasikan), yang digabungkan dengan penyelidikan berkaitan yang anda buat, mampu memberi sentuhan warna yang menarik pada karya anda.

Mungkin saja anda seorang pekerja Telekom... namun itu tidak bermakna anda tau semua tentang dunia telekomunikasi, bukan? Begitu juga jika anda seorang doktor, mungkin anda doktor pakar bedah otak, tp jika anda ingin membuat ttg doktor pakar kanser begitu, anda terpaksa juga mengetahui/penyelidikan ttg penyakit kanser dan ttg cara perawatannya bukan? Apabila anda sudah tahu, tentulah karya anda nanti lebih logik dan bermutu isinya.

Cara menerapkan ilmu ke dalam karya, dalam masa yang sama mengelakkan karya menjadi seperti sebuah penulisan bersifat laporan fakta semata2 - juga boleh dipelajari, sebenarnya... saya boleh banyak membantu di sini... kita boleh bentuk karya seni yg berisi...


Kalau anda mahu melihat bagaimana saya memasukkan ilmu secara kreatif lewat karya, anda boleh lihat novel pertama saya `Dari Dalam Cermin'... novel ini memenangi tiga hadiah berturut2 hingga ke peringkat kebangsaan.. cara penghasilannya sangat menyeronokkan, sekaligus mencabar... anda juga boleh memiliki ilmu ini, jika anda mahu...kita boleh saling belajar...

Friday, March 5, 2010

Enigma

Friday, March 05, 2010 // by Azmah Nordin // , // 5 comments

(sekali lagi, ingin saya kongsikan cerpen saya yg terbit pada Mach 2007, di Wadah, DBP (S),
dengan para pengunjung blog ini yg tidak berpeluang mendapatkannya secara percuma dr DBP, terutama
sekali buat pengunjung dari luar negara :) cerpen ini mengisahkan ttg seorang pelaku keganasan rumahtangga yg `melihat' dan terpaksa berperang dgn pejuang-pejuang wanita Islam dr zaman dahulu kala)



Enigma


"Ampunkan saya, bang. Ampunkan…!”..."rintih Hawa di antara esak-tangis.

Alan mendengus kasar, mencengkam stereng mengejapkan giginya atas bawah, memecut
keretanya memasuki kawasan pekan Papar yang giat membangun. Begitu kereta
dihentikan di sisi jalan - sama seperti yg dilakukan semasa dia di Kota
Kinabalu, Putatan, Penampang, Membakut dan Beaufort, antara cuaca hujan petir
atau panas terik, sebelum ini - Alan bergegas keluar, meneruskan pencarian. 

Memcrhatikan setiap wajah orang ramai yang menyusuri kaki lima setiap kedai buku, setiap liku jalan dan lorong, mencari sebuah wajah yang menghilang lebih seminggu yaag lalu. Wajah Hawa.



Di mana yang aku tidak cari? Ke mana lagi harus dicari? Dan sampai
berapa lama harus aku ambil cuti tanpa gaji
dan meninggalkan tugas sebagai pemburu para penjenayah ber-
pakaian seragam itu lagi? Sungguh, pencariannya menjadi
sukar dan melelahkan. Malah, semasa di Perpustakaan Papar
(tempat kegemaran Hawa membuang masa, di antara
longgokan buku atau novel tentang perjuangan wanita,
seperti lazimnya. Masa yang sepatutnya diuntukkan kepada

Alan seorang!) tadi, berjam-jam dia terpaksa berlegar-legar
keresahan. Bukan untuk membaca, kerana itu bukan minatnya

Sebaliknya menanti akan kcmunculan Hawa yang tidak kunjung tiba.
Hinggakan para staf perpustakaan yang wanita, memerhatikan Alan
dengan penuh tanda tanya, dengan ekor mata mereka. Mungkin dengan
penuh prasangka. Tapi, Alan tak peduli apa orang hendak kata. Di ke perpustaakaan hanya pada waktu perpustakaan dibuka untuk orang ramai,
bukan dia sengaja hendak berada di tempat yang paling tidak digemari
itu pun. Penantian dan pencarian itu adalah satu penyeksaan, fikirnya.
Penyeksaan! Amat penting diperhitungkan walau dalam keadaan apa
sekalipun. Malah, ia harus berada pada paling atas. Demikianlah yang
sewajarnya.

"Ampunkan saya, bang. Ampunkan…!”..."rintih Hawa di antara esak-tangis,
mengapuk perutnya, macam lazimnya sudah terpelanting, tunggang-langgang
dan lalu terperosok bawah singki dapur, di penjuru ruang tamu di kaki
ranjang.


"Sah! Hawa memang sengaja membiarkan diri sendiri diperlakukan si
yang sering diperlakukan Alan ke atas dirinya itu - semata-mata
sebagai suatu bentuk strategi management guilt} Kaum wanita
seperti Hawa (lebih kurang ketiga-tiga bekas isterinya dahulu)
memang sengaja bersikap masokis hanya untuk memaksa kaum lelaki sebaik
Alan, terjerumus berperilaku sadis terhadap mereka. Kaum wanita sengaja mewujudkan isu, kemudiannya menjolok pcrasaan kaum lelaki. Kerana mereka
memang gemar sangat mengambil peranan sebagai mangsa, agar kaum lelaki
terjebak peranan sang jahanam; di mana jelas simpati selalu berpihak
kepada mangsa, berbanding dengan sang jahanam, bukan? Itulah Itulah
kaum wanita yang dikenali. Itulah juga Hawa. Hawa yang sengaja
menciptakan kehadiran rasa bersalah, bahkan berdosa di relung-relung
sanubari lelaki seperti Alan sendiri. Apakah saja cara mudah Hawa untuk
melalui jalur-lingkar terselubung, untuk menguasai lelaki?
Ya, itulah jawapannya. Alan pasti tentang itu.


Semasa di perpustakaan itu dan sepanjang pencariannya di mana-mana
itu, memang ramai kaum hawa yang bertudung litup, macam Hawa. Memang
ada juga bermata galak, melirik manja menggoda ke arahnya. Tapi tidak
seorang pun daripada mereka adalah Hawa. Begitu gagal lagi dalam
pencariannya, sebelum tewas pula ditangkap gelapnya malam, dia terus
memecut keretanya pulang ke rumah kampung yang seluas dua ekar
itu. Rumah peninggalan arwah mentuanya untuk Hawa di lereng bukit Bongawan.
Apabila sampai, sekali lagi tiada Hawa yang menyambut kepulangannya. Yang
ada hanyalah sebuah bungkusan kiriman pos yang dialamatkan kepada Hawa
daripada DBP, terletak elok di atas tangga di hadapan rumah yang terlindung
dengan bumbung tangga.

Mesti baru sampai hari ini... sebab pagi tadi tiada. Mesti jiran terdekat
yang entah apa namanya itu, yang tolong menandatangani bungkusan ini
untuk Hawa. Itulah masalah utama Hawa. Suka sangat menayang senyum
dan mengumbar kemesraan dengan sesiapa saja yang ditemuinya di kampung itu.
Terutama sekali sesama kaum wanita. Jiran-jiran wanitanya, sama macam wanita-
wanita lain yang pernah Alan kenalinya; tiada kerja lain, selain
daripada suka menjaga tcpi kain orang. Dasar! Ibu Alan pun spesies perempuan
juga, kata bapa suatu hari dahulu. Menurut bapa lagi, ibu Alan lari
meninggalkan rumah, semasa Alan masih kecil. Lari mengikut lelaki lain. Kakak-
kakak Alan pun apa kurangnya, baru berusia belasan tahun, sudah kahwin lari
dengan lelaki yang entah siapa susur galurnya. Tegas bapa lagi; semua
wanita adalah sama, seratus peratus.

Semuanya harus diberikan pengajaran yang secukupnya, supaya mereka tidak
mudah melawan suami. Pengajaran penting, kata bapa ialah disiplin, namanya.
Alan akur. Semua wanira sama. Lihatlah bekas isteri-isteri Alan. Semua
lari meninggalkannya, seorang demi seorang. Setiap seorangnya tergamak
menghantar peguam sebagai wakil untuk menuntut cerai daripadanya. Betul kata
bapa, semua wanita tidak berguna; termasuk Hawa!

Udara sejuk Bongawan pada waktu malam tidak berjaya menghalang darah menyirap
ke wajahnya. Spontan, di tamparnya (macam sering dilakukan ke atas tubuh Hawa - mujur Hawa bertudung litup, jadi, banyaklah sedikit ruang untuk dia memberikan 'pengajaran’ kepada sang isterinya, tanpa sebarang kesan lebam yang boleh
menarik perhatian ramai) bungkusan itu dengan belakang tangan yang menggenggam tinju. Bungkusan itu tercampak ke anak tangga paling bawah, rumah papan bertiang tinggi itu. Dia lalu mendengus kasar, menyeringai kepuasan. Sepuas
dia memberikan 'pengajaran' kepada Hawa, lazimya. Sama seperti 'pengajaran'
yang pernah dan kerap diberikan kepada bekas-bekas isterinya terdahulu. Lama dahulu.

Begilu kunci pintu dibuka, dia melangkah ke ruang tamu dan memasang lampu. Serta-ruang tamu menjadi terang-bendcrang. Sudah hampir seminggu keadaan
rumah itu begitu; surat-surat khabar lama bertaburan di mana-mana. Gelas-
gelas, pinggan-mangkuk bertumpang-tindih dengan sisa-sisa makanan yang sudah
basi. Sudah seminggu kini, Hawa di mana? Tak berguna! Pemalas! Dengusnya.
Lalu, tanpa memetik suis kipas siling ke udara tnalam memang sudah sedia sejuk,
dia menghenyak-rebahkan tubuh di tilam sofa rotan. Sejenak, dia yang keletihan, tertidur nyenyak. Dia tersentak bangun bersama mimpi ngeri dinihari, disentak
oleh bunyi aneh yg terlalu hampir, macam di luar pintu rumah itu saja. Macam
bunyi kuda meringkik nyaring. Juga semacam bunyi unta mengerang, mendengus
kasar. Ada bau bunga melur, menusuk. Seram. Dan irama padang pasir!

Eh? Mana ada kuda, apatah lagi unta di daerah Bongawan ini? Desis hatinya, kekeliruan. Begitu matanya terbuka luas, cahaya lampu kalimantang serta-
merta menerpa dan lalu menikam permukaan matanya. Dia tersentak apabila
kedengaran seperti bunyi kuda-kuda meringkik nyaring dan unta-unta yang
mengerang dan kasar - dari mendengus luar pintu rumah itu sekali lagi.

Dia terpinga. Dia bagaikan terpanggil untuk bangun, membuka pintu dan menjenguk ke luar rumah.Bunyi cengkerik dan kodok bertingkah-tingkah
di kejauhan. Ternyata, bungkusan kiriman pos daripada DBP masih tersadai
di anak tangga, tiada sesiapa atau apa-apa pun di situ. Mustahil bunyi-bunyi
aneh itu datangnya daripada bungkusan kiriman pos itu. Mustahil, tapi
mustahilkah? Entah mengapa, bagaikan menyaksikan orang lain yang melakukannya;
dia melihat bagaimana dirinya bingkas turun di anak tangga, mencapai
bungkusan itu dan bergegas kembali ke ruang tamu itu semula. Bungkusan itu dicampakkan ke atas lantai bertikar getah, di antara perabot rotan di ruang





tamu, Entah buat beberapa lama pula, dia melirik bungkusan yang dicampakkan
ke atas lantai itu. Aneh, fikirnya. Dia kehilangan Hawa, tapi bungkusan Hawa
ini masih berada di hadapan mata. Sejenak, setelah mendapatkan minuman
ringan dalam tin dari peti sejuk, dia kembali duduk menyandar di atas lantai, memberi tumpuan kepada bungkusan iiu. Tanpa sedia membelek dan meraba
permukaan bungkusan kiriman pos itu. Pelbagai soalan timbul di dalam
benaknya; sejak bila Hawa mula membeli buku lewat kiriman pos? Tidak
cukupkah dengan ratusan buku/novel yang bertumpang-tindih di rak buku, di
dalam dan atas almari, di bawah katil dan sebagainya yang memenuhi ruang
rumah itu?

"Ampunkan saya bang... Bukan saya yang membeli buku-buku itu bang... ampun
bang... buku-buku itu milik ibu saya, bang... ibu saya memang suka membaca novel-novel terbitan DBP... ampun bang, percayalah bang..."rintih Hawa,
seraya mengusap-ngusap peha dan betisnya yang baru menerima terajang unggul
daripada Alan.

Pembohong! Wanita tak berguna! Alan menggerutu lagi. Didorong keketidak-
sabaran luar biasa, dia lalu membuka kenas bungkusan itu, dengan sekasar
mungkin. Begitu terpandang akan isi kandungan bungkusan kiriman poa itu, dia membelek-beleknya satu persatu seraya mencebir sinis. Tiga buah buku saja,
rupanya. Masing-masing berjudul, Puteri Fatimah, Puteri Aisyah dan Ratu Zanubiyeih... buku tentang pejuang-pejuang wanita Islam zaman silam,
nampaknya. Macam buku bergambar kanak-kanak, siap diilustrasi
dengan gambar segerombolan pejuang wanita memakai pakaian tradisionai Arab, berwarna-warni. Ada antara pejuang-pejuang wanita menunggang unta-unta dan kuda-kuda gagah perkasa. Sementara gerombolan pejalan kaki
juga tidak sedikit jumlahnya. Semuanya dilengkapi dengan pelbagai senjata
mini; panah, tombak, pedang dan kapak.

Hisy! Pasti mahal harga buku2 bergambar yang biarpun nipis saja, tapi
berkulit tebal! Pasti! Desis hati Alan. Huh, apakah dengan ini caranya Hawa menghabiskan wang gajinya sebagai pensyarah di sebuah institusi swasta itu,
setiap bulan? Kerana itu kah, setiap kali apabila Alan memerlukan wang
tambahan, Hawa sentiasa kekeringan wang? Dasar wanita tidak berguna! Tidak
boleh diharap! Lantas, Alan pun mengambil rindakan yang lazimnya dilakukan terhadap buku-buku atau novel-novel yang andainya diberi perhatian lebih oleh
Hawa, dibandingkan dengan diri Alan yang lebih memerlukannya. Mula-mula
buku tentang perjuangan Ratu Zanubiyah yang menjadi mangsa. Nikmat
kepuasan menyaksikan muka-muka surat daripada buku yang dihancur-
kecaikan dan lalu dihamburkan ke udara sudut sebelah tengah ruang tamu itu,
tapi tidak panjang. Keanehan luar biasa terus menguasai diri. Kipas siling
tidak dipasang. Tingkap dan pintu rumah terkunci rapat, Tapi, kenapa
kertas-kertas berwarna yang hancur berkecai itu tidak terus 'mendarat' saja di
atas lantai, sesuai dengan daya tarikan graviti? Sebaliknya ia terus
berpusar-pusar setinggi sejengkal dari permukaan lantai, macam ditiup
angin puting beliung mini. Ada bunyi seperti kuda yang meringkik nyaring,
unta-unta mendengus kasar dan irama muzik padang pasir. Ada laungan
suara wanita yang bergemuruh dengan letusan-letusan perkataan yang begitu
jelas; Allahuakbar, Allahuakbar..!’

Igauan dinihari ini saja, bah! Bukan betul semua ini, bukan betul, bah! Dia
memujuk diri. Namun, bunyi laungan wanita itu terus bergemuruh di udara.
Nyaring di cuping telinganya. Menikam-nikam gegendang telinganya. Dan
menjerumuskan kebingungannya, menujah ke lahap paling tinggi, dalam
suasana dinihari yang dingin. Tidak seperti tubuhnya yang kepanasan, dia
dilencuni peluh. Dan dadanya berombak ganas, diulit gelombang suara pejuang-pejuang wanita mini. Dia lantas menggelengkan kasar, dan terus mengoyak
muka surat dari buku bergambar Puteri Aisyah dan dihamburkan di udara, di
sebelah kirinya. Begitu ia berbuat yang sama dengan buku Puteri Fatimah, sekali lagi dia terpinga. Eh, kenapa kecaian kertas-kertas buku-buku itu, membentuk pusaran-pusaran yang lain pula - juga setinggi sejengkal.


Sesaat kemudian, pusaran ligat kecaian kertas-kertas berwarna itu, bagaikan
mengendur sedikit. Dan lalu membentuk tubuh wanita-wanita mini setinggi
sejengkal itu, berperisai dan dilengkapi dengan pelbagai senjata
tajam; sama seperti wanita-wanita yang diilustrasikan dalam buku-buku
bergambar tadi, muncul. Bersama kuda-kuda dan unta-unta tunggangan mereka. Kelihatan ada di antara pejuang-pejuang pejalan kaki itu membawa
sesuatu yang menyerupai sepanduk mini sepanduk raksasa bagi wanita-wanita mini itu), namun tidak begitu jelas akan tulisannya, di pandangan Alan.

Ah, tenturnya ketua kepada gerombolan sebelah tengah itu bernama Ratu
Zanubiyah, macam judul buku itu. Di ruang tengah, Puteri Fatimah dan
sebelah kirinya, Puteri Aisyah seperti judul-judul buku itu, bukan?
Desisnya, sinis. Sernakin direnungi akan gambaran yang terhasil daripada
kecaian kertas dari buku-buku berwarna itu, semakin terasa seolah-olah
semuanya betul-betul wujud dan hidup seperti manusia dan makhluk biasa di
alam nyata. Daya fikirnya bagaikan tiada lagi untuk mempersoalkan sama ada
benar ataupun tidak apa-apa yang direnunginya itu, kerana nalurinya sibuk bertungkus-lumus memberitahu agar dia segera berhati-hati demi kelangsungan hidupnya sendiri.

Kini ketiga-tiga gerombolan pejuang wanita itu, mulai mara perlahan-lahan
ke arahnya, dari tiga penjuru. Ratu Zanubiyah, Puteri Fatimah dan Puteri
Aisyah kelihatan seperti memberikan arahan dan isyarat kepada setiap
anggota gerombolan. Mereka menghunuskan senjata ke arahnya. Mata mereka yang bagaikan mata jarum yang berkilau-kilauan di bawah cahaya lampu kalimantang
dan setajam jarum juga ia memanah pandangan mata Alan, sekali gus menikam kesabarannya. Sejenak itu Alan terpaku, namun sejenak saja.

Eleh, perasaan gagahlah konon! Dengus Alan. Ternyata, wanita sama
ada bersaiz kecil mahupun besar, sama saja. Semuanya mencabar
kejantanannya!

Dalam keadaan masih terduduk di lantai, dengan tangkas, dicapainya bantal
empuk perabot rotan yang berhampiran. Dicampakkan bantal itu ke arah salah
satu gerombolan Ratu Zanubiyah yang semakin menghampirinya. Serta-merta,
sekali lagi Ratu Zanubiyah kelihatan macam memberikan arahan dan syarat
agar pejuang-pejuangnya menyelamatkan diri. Dengan kuda-kuda dan unta-unta tunggangan, mereka bertempiaran mengikut arahan. Sementara para pejalan
kaki pun terkedek-kedek lari ke kerusi-kerusi rotan dan meja kopi. Mendadak
irama padang pasir yang merdu tadi, bertukar menjadi paluan gendang perang!
Sekali gus sekumpulan pejuang lain dan gerombolan Puteri Fatimah dan
Puteri Aisyah, membidik rombak ke arah belakang tangan Alan yang menekan
lantai untuk bangun. Alan berteriak, terduduk semula. Halus lagi
tajam mata tombak itu. Terasa macam terkena sengatan penyengat, pedih
berbisa. Serentak, terbit beberapa bintik merah di belakang tangannya; darah! Belum sempat dia menanggalkan tombak-tombak mini dari kulit dan dagingnya, anak-anak panah berapi pula berterbangan di udara, lalu tertikam ke kelopak
mata, kulit muka, leher dan tubuhnya.

Geram sangat-sangat, tapi tiada masa baginya menanggalkan tombak-tombak dan
anak panah mini itu daripada dagingnya. Dicapainya sebuah novel berkulit
tebal dari kaki meja kopi. Dihumbankan buku tebal itu ke arah para pelontar
tombak mini dan para pemanah tadi, (macam yang selalu dilakukan terhadap
Hawa, setiap kali Hawa menyakiti hatinya, tidak kisahlah sama ada buku,
kasut berkilatnya, pinggan penuh berisi nasi dan lauk pauk berwap panas yang dirasakan kurang kurang sedap, atau apa-apa saja yang kebetulan sempat
dipegangnya ketika itu). Dan humbanan Alan kali ini juga mengena tepat
kepada sasarannya, bukan hanya para pelontar tombak pemanah mini itu
terpelanting, malah pembawa sepanduk mini dan haiwan-haiwan tunggangan itu
turut terperosok di tepi dinding dan rak buku. Para pemanah pun bingkas dan
lalu menghidupkan api pada bangun dan lalu menghidupkan api pada hujung
anak panah mereka. Sekali lagi, anak-anak panah berapi itu dibidik ke arahnya.
Macam kunang-kunang, anak-anak panah berapi itu berterbangan ke udara dan
langsung menikam ke daging tubuh, muka dan di sela-sela rambutnya. Ada bau
seperti rambut terbakarlah.Rambutnya!

Alan menjerit kesakitan. Anak-anak panah berapi sehalus jarum peniti, sekali menerjahi semerata muka, kepala dan tubuhnya yang dibungkusi kemeja putih
bertangan panjang. Dia yang masih terduduk itu, menghayunkan tumbukan ke arah
para penyerangnya tadi. Dia menyentak-nyentak, menjent kesakitan apabila
hayunan tinjunya disambut dengan tikam pedang-pedang yg dihunuskan oleh
Puteri Fatimah dan Puteri Aisyah kepadanya. Hasil daripada pertemhungan tinju dengan pedang itu tadi, kedua-dua puteri, kuda dan unta tunggangan mereka
itu pula terhumban kasar ke dinding. Mereka kelihatan terkulai layu,
macam tidak sedar diri.. Serta-merta, sekumpulan pejuang ini yang lain
bergegas datang dengan pengusung, terhinggut-hinggut mengangkat kedua-dua
puteri dan beberapa anggota gerombolan yang mengalami kecederaan,
ke tempat vang selamat (bawah kerusi rotan). Sepantas itu, kelihatan mereka
membina khemah-khemah mini di bawah kerusi rotan. Rawatan cemas diberikan
kepada yang mengalami kecederaan parah. Ada yang bangun, kembali bertempur
dan ada yg terbujur kaku, sebelum terus ghaib.

Hei! Apa itu? Hisy, Kecil-kecil pun mereka boleh melontarkan pencangkuk-
pencangkuk berbentuk sauh mini yang berekor tali sehalus benang di hujungnya,
ke celah-celah lubang kerusi rotan, ke celah-celah novel-novel yang
tersusun di rak-rak buku, di meja kopi! Macam sepantas semut, ada di antara
mereka yang mula memanjat tali itu dan kemudian bertapak di pelbagai penjuru di atas kerusi rotan, rak-rak buku, meja kopi dan sebagainya; mengelilingi
Alan, macam langau mengelilingi bangkai. Membidik anak-anak panah berapi ke
kepala dan mukanya. Didorong oleh rasa geram dan sakit yang teramat sangat, Alan bingkas menterbalikkan meja dan kerusi-kerusi rotan itu. Para pejuang
wanita itu, tiba-tiba terpelanting ke lantai dan langsung bercempara
menyelamatkan diri di bawah rak-rak buku. Beberapa kali pula Alan membaling
tin-tin minuman, tempat abuk rokok, novel berkulit tebal milik Hawa dan
sebagainya yang sempat dicapai, ke arah mereka. Namun, tidak semua
lontarannya mengenai sasaran. Mereka terlalu kecil dan tangkas menyelamatkan
diri daripada balingannya. Kecoh!

Sekali lagi Alan menjerit dan terlonjak kesakitan, seraya memandang ke arah
bahagian bawah tubuhnya. Ratu Zanubiyah yang sedang tercungap-cungap yang
ketika menikam punggungnya dengan pedang, kelihatanmendongak dan menyeringai
ke arahnya. Alan menepis Ratu Zanubiyah dengan belakang tangannya. Tapi,
Ratu Zanubiyah sempat mengelak, memecut untanya ke belakang rak buku.
Serentak, para pemanah kembali menghalakan anak-anak panah berapi ke arah
Alan. Anak-anak panah berapi menembusi pakaiannya dan meninggalkan bekas
seperti terbakar hangus di beberapa bahagian kemeja putihnya. Terhidu macam
bau daging panggang oleh anak-anak panah yang masih tertikam mana-mana di
seluruh tubuhnya sendiri.

Jahanam! Wanita tidak berguna! Rentung aku lama-lama begini! Bentak Alan
antara mahu menangis dengan mahu membunuh apa saja di hadapannya. Tapi
sedar akan keupayaannya yang agak terhad, berbanding dengan gerombolan-
gerombolan pejuang wanita yang ganas lagi kejam itu. Mereka terlalu ramai, sedangkan dia hanya sendirian. Dia lalu bingkas bangun, melewati ruang
tengah dan langsung memasuki kamar mandi. Beberapa anak panah berapi
kedengaran sempat berdesing-desing di sela-sela rerambut dan telinganya,
sebelum dia sempat mengurung pintu bilik mandi itu. Dia sempat tersentak
nafas sekali lagi apabila terlihat akan pantulan bayangan dirinya di
permukaan cermin kamar mandi itu. Dahi, kelopak mata, muka, leher yang
menggelap, melecur dan pakaian di tubuhnya dipenuhi tompok-tompok halus yang
seperti hangus terbakar dan turut dilumuri percikan darah halus, macam terbit
dan seluruh liang-liang romanya. Pedih dan bisanya bukan alang kepalang
lagi rasanya!
Dia cuba mencuci muka, lerkial-kial cuba menanggalkan senjata-senja mini yang tertikam pada dagingnya, namun sesuatu segera menarik perhatiannya.
Kedengaran seperti ada bunyi dentuman halus dan gegaran pada bahagian
bawah pintu bilik mandi itu. Macam bunyi orang mengapak kayu balak. Tidak
beberapa minit kemudian, kelihatan sepeni ada beberapa lubang kecil yg
terbentuk di bawah pintu itu. Serentak beberapa pejuang wanita itu cuba
meloloskan diri secara meniarap, melalui lubang-lubang bawah pintu itu.
Lantas, diterajanginya kepala pejuang-pejuang wanita yang mula tersembul di
celah lubang bawah pintu. Biarpun tidak kedengaran, namun dia tahu pasti
ada tengkorak yg berdetap patah atau retak. Namun, begitu dia menerajang, begitu ramai pula berusaha meloloskan diri lewat lubang bawah pintu itu. Sebaik
saja beberapa daripada mereka berjaya meloloskan diri, mereka mula
membidik anak panah berapi, tombak dan kapak ke arahnya. Ada antara layangan
anak-anak panah berapi, tombak dan kapak mengena cermin muka di bilik mandi
itu dan cermin itu pecah dan jatuh pecah berkecai di lantai.

Apa yang mereka cuba lakukan kepada aku? Apa salah aku? Rintih hatinya
takut yang bukan alang kepalang. Ditadahnya air paip dalam baldi,
dan lalu dihamburkan ke arah para pejuang dengan air segayung demi
segayung, Bagaikan dilanda banjir besar, pejuang-pejuang itu hanyur
dilarikan air dan langsung masuk ke lubang kamar mandi itu.
Bcberapa pejuang lain berjaya mencangkuk bahagian atas pintu kamar mandi
dan lalu memanjat masuk ke bahagian dalam kamar mandi. Sambil bergayut,
mereka menghunuskan pedang dan berjaya menggores dan menikam muka, leher
dan bahu Alan. Percikan darah mula membasahi semua tempat yang kena
serangan, depan belakang, atas dan bawah. Alan menggenggam tinju,
dengan penumbuk ke arah para pejuang yang bergayutan di tali mini dan
menggelongsor ke atas bahunya itu. Ramai yang jatuh ke lantai dan lalu patah, pecah dan macam buah betik mini yang masak sebelum ghaib daripada
penglihatannya. Namun, begitu banyak berjaya dimusnahkan, begitu ramai pula
pejuang berjaya meloloskan diri masuk melalui bahagian bawah pintu
kamar mandi. Bukan sekadar para pemanah, mereka yang bersenjatakan tombak dan bersenjatakan tombak dan pedang turut berjaya meloloskan diri. Tidak
henti-henti.

"Apa yang kamu mahu daripada sebenarnya, hah? Apa?' bentaknya, kerusuhan.
Tiada jawapan. Semuanya berhenti menyerang, memerhatikan Alan tanpa kerdipan
mata. Sedetik itu, kelihatan yang turut memanjat dan bergayutan semacam
Tarzan, mengetuai anggota gerombolan mereka yang lain tadi, lantas memberi
iyarat agar Puteri Fatimah dan Puteri Aisyah membentangkan sepanduk untuk tatapan Alan. Begitu halus tulisan pada sepanduk itu, mujur masih boleh
dibaca dengan jelas oleh Alan;

SEDIAKAH UNTUK BERJANJI UNTUK
TIDAK MENINDAS KAMI, KAUM
WANITA LAGI?

"Menindas? Bila masa aku menindas sesiapa? Mengarut! Semua perempuan sama;
tidak berguna! Bodoh!" bentak Alan yang bagaikan tidak dapat ditangguh-tangguhkan lagiitu. Serentak dengan itu, para pejuang wanita
itu bertindak tangkas. Menyerang Alan bertubi-tubi. Dari bahagian atas pintu
dan bawah pintu kamar mandi mereka datang; memanah dengan anak-anak panah
berapi, melontar tombak, melibas dan menikam dengan pedang, dan sebagainya. Serta-merta Alan berundur, kesakitan. Dia terpijak pecahan kaca cermin
yang berderai pecah di lantai tadi. Dia lerus tergelincir jatuh terlentang
di atas lantai kamar mandi. Dia cuba bangun, tetapi gagal. Dalam
sekelip mata, macam semut api beracun pula, ratu dan puteri-puteri mengetuai gerombolan masing-masing, memanjat dan mula menyerang seluruh tubuhnya dengan ganas, dari hujung kepala ke hujung kasut hitam berkilatnya itu,
di segala sudut.

Dia menjerit-jerit kesakitan lagi, menepis sekali gus cuba melindungi matanya daripada serangan para pejuang-pejuang wanita itu. Penindasan pejuang-pejuang wanita itu berlansung entah sampai bila. Tahu-tahu, pemandangannya berpinar-
pinar liar dan lalu gelap. Dia tidak dapat menghalang dirinya daripada terus
pasrah dengan kepalanya terlentuk lemah di tepi mangkuk tandas.
Namun, sebelum dia pengsan sepenuhnya, tiba-tiba muncul satu persoalan di benaknya; beginikah perasaannya Hawa atau bekas-bekas isteriku, setelah
setiap kali kena terajang atau penumbukku, sehingga terperosok di mana-
mana itu? Macam yang berlaku kepadaku ini?
Aduh, sakitnya..!

* * *


"Astaghfirullah... patutlah kita ketuk pintu rumahnya berkali-kali, dia
tak jawab.... rupa dia terjerit tadi, kerana tergelincir jatuh sebelum
pengsan di atas serpihan kaca dalam bilik mandi..." kata seseorang. "Panggil ambulans cepat!"

"Harap-harap dia tak marahlah, bila dia tahu kita terpaksa pecahkan kunci
pintu depan rumahnya untuk masuk... Kita masuk pun setelah terdengar jeritan
minta tolong dia juga kan...'"ujar yang lain.

Di antara sedar dengan tidak, Alan terdengar suara beberapa wanita
sayup-sayup. Kenapa tiada lagi kedengaran irama padang pasir? Kenapa tiada
lagi paluan gendang perang? Kenapa tiada lagi ringkikan kuda ataupun dengusan
unta? Mana pergi ratu dan puteri-puteri pejuang Islam itu tadi?

"Licin... apa tak jatuhnya... luka-luka, seluruh muka dan badan... kesian...
dahlah isterinya seminggu bertarung nyawa akibat keguguran anak di hospital,
kini dia pula berkeadaan begini..." ujar yang lain.

Di hospital? Hawa? Keguguran anakku - anak kami? Soal hatinya. Namun, dia
segera ingat pada kali terakhir dia melihat Hawa, sebelum Hawa menghilangkan
diri. Hawa yang bergegas pulang dari kolej swasta itu, lambat memasak dan menghidangkan makanan malam untuk dia... akibatnya, tubuh Hawa terpelanting
ke bawah singki, oleh sepak terajang dan tumbukannya.

"Apa tak keguguran, kalau tak putus-putus ditindas dan didera siang malam!"
seo-rang yang lain menyampuk, sinis. "Isterinya terlantar hospital, dah semi-
nggu tak diziarahi..."

Keguguran? Soal hatinya, tersentak nafas Sedetik itu dia teringat akan ibu
kandung yang kononnya lari mengikut lelaki 1ain menurut dakwaan bapanya.
Terbayang bagaimana ibunya juga dibelasah siang malam, oleh bapanva.
Terkenang tentang bagaimana setelah terjatuh dan terhantuk kepalanya di
tangga dapur - dihantukkan oleh bapa, setiap kali bapanya menghadapi masalah
di pejabat - ibunya mengalami kerosakan otak (suatu gambaran yang berjaya bapanya kaburi dengan cerita ibunya mengikut lelaki lain, semasa Alan masih
kecil dahulu). Juga tentang ibunya yang tak pernah diziarahi, setelah bertahun-tahun berlalu terperap di Hospital Bukit Padang, meninggal - demi
menjaga hati bapanya. Mengingatinya kembali, dengan tidak seena-mena, Alan merintih dan merintih, kekesalan yang amat dahsyat.

Apa yang telah aku lakukan? Maafkan aku, Hawa... sekarang, aku sudah bersedia berjanji untuk tidak memperlakukan yang terhadapmu, seperti sebelum ini.
Aku berjanji! rintih hati Alan, kekesalan yang amat dahsyat. Aneh,memang. Satu-satu tempat yang dia lupa mencari Hawa adalah di hospital. Alangkah!

Tak berguna lagi! Sudah terlambat...! Suatu suara halus aneh yang bagaikan
datang dari semua penjuang wanita mini itu tadi, melintas
ingatannya. Bergema. Ngeri.

"Syukurlah... ambulans pun dah sampai dah,” 'sela yang lain pula. Kemudian
dia memperlahankan suaranya, serak kehibaan. 'Kesian dia... apalah perasaan
dia ya, jika dia tahu arwah Hawa meninggal sewaktu bergelut dengan maut
semasa keguguran anak mereka yang sulung ini, dinihari tadi ya? Kesian arwah
Hawa...”

Arwah? Hawa? Oh, tidak....! Apa yang telah aku aku lakukan? Apa? jerit hatinya,
dia lalu menggelupur. dicengkam kerusuhan yang tiada taranya!