.

Photobucket

.

.

Soal Jawab Ttg Novel & Cerpen

Sunday, November 28, 2010 Posted by Azmah Nordin
Sdr2, di sini saya membuka ruang utk sdr2 bertanya apa saja ttg cara menghasilkan novel dan cerpen. Akan saya jawab setiap soalan sdr2 berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun saya menghasilkan karya, dgn sebaik mungkin, insya-Allah :)
You can leave a response, or trackback from your own site.

54 Response to "Soal Jawab Ttg Novel & Cerpen"

  1. Water Lily Said,

    Salam sifu yang dihormati.

    Terlebih dahalu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang setinggi(malah lebih tinggi) dari Everest di atas tunjuk ajar sifu sehingga saya yang kurang yakin diri berjaya jua memberanikan diri mengirim cerpen ke media perdana. :)

    Soalan :

    Dalam satu cerpen saya sifu ada komen salah satu watak utamanya lebih bersifat permukaan.

    Apa maksud watak yang bersifat permukaan & apakah faktor2 yang menyebabkan ianya terjadi?

    Saya juga ingin memaklumkan sifu yang bab 2 novel PCW saya tidak dapat siap spt yg saya jangkakan. Bulan ini dan bulan Mac saya sangat sibuk melawan sakit saraf saya yang semakin teruk dan menyiapkan tesis2 dan tugasan universiti.

    Saya rasa kecewa dengan situasi ini. Mungkin sifu ada tip untuk situasi yang saya alami ini. Bagaimana nak atasinya? Atau saya patut 'paksa' diri tulis sehari satu ayat pun jadilah.

    Bagaimana saranan sifu?

    Posted on February 20, 2010 at 9:35 PM

     
  2. azmah nordin Said,

    salam maryani :)

    sama2. tp, sebenarnya, anda mmg sgt berbakat besar, dgn gaya bahasa yg mantap, isi pemikiran yg matang, perumpamaan2 yg romantis dan menarik, dgn cerita yg hebat; tiada sebab mahu berasa tidak berkeyakinan diri atau sebagainya. yg saya lakukan hanya tunjukkan caranya saja - yg lain anda buat sendiri kan?

    ok, saya terus jwb soalan awak;

    faktor mengapa kadang2 satu2 watak utama tu kelihatan begitu bersifat permukaan;

    jwpn; apabila penulis tidak memasuki jiwa watak tersebut sepenuhnya, mengenali akan sebab akibat dia bertindak begitu; dgn sendiri dia gagal melihat, merasa, menghidu, menyentuh, mengalami dari sudut pandangan watak tersebut.

    watak manusia yg tanpa jiwa (tanpa perasaan cinta, benci, simpati, empati dll) ibaratkan sebuah komputer saja. biar secanggih mana pun komputer - berilmu, tp kosong dan mendatar saja, bila kosong dan mendatar saja, bererti tidak hidup.

    Jadi, utk menghasilkan karya yg hebat, watak yg kita bina/cipta, harus bulat, ada sifat baiknya ada sifat buruknya, harus ada latar sejarahnya, harus hada impian masa depan, harus ada ketakutan, kemarahan dan semua yg dirasai oleh manusia biasa.

    maryani, saya sebenarnya tidak berapa tahu ttg penyakit saraf yg anda hidapi. Namun, rasa simpati saya pada anda, tidak sehebat rasa kagum saya pada kegigihan anda menghasilkan karya yg bermutu tinggi. barangkali, itulah sbbnya anda dianugerah Illahi bakat besar sprt sekarang, sebagai mengimbangi atau meringankan sedikit penderitaan yg terpaksa anda hadapi saban hari.

    utk itu, biar sesakit mana sekalipun, sambutlah anugerah Tuhan itu dgn seluruh jiwa dan raga. sbb kalau tak disambut, bimbang pula anugerah itu berpindah kpd orang lain kan?

    bagaimanapun, tak perlu karya anda tu ditulis setiap hari, tp sgt2 perlu difikirkan setiap hari, supaya plot cerita terus hidup di dalam minda anda. Dan, apabila ada ruang masa, biar hanya satu - 2 jam dlm seminggu, duduklah di depan komputer dan tulislah apa yg telah berkembang dlm minda anda tu. waktu tu, tak perlu bimbang ttg salah ejaan, salah tata bahasa atau sebagainya. redah dan tulis saja apa yg terlintas, setelah saya edit nanti, barulah diperbiaki semula k

    agi idup agi ngelaban!

    Posted on February 20, 2010 at 10:55 PM

     
  3. azmah nordin Said,

    tmbhn; utk pengetahuan anda, saya pun tak menulis setiap hari, tp setiap hari saya memikirkan ttg karya yg sedang dihasilkan atau akan dihasilkan :)

    Posted on February 20, 2010 at 10:57 PM

     
  4. Riesna Zasly Said,

    salam sifu...

    ingin bertanya...

    1) kalau kita kemuka satu lokasi atau latar dalam adegan karya kita... dan kita gusar pembaca tak dapat tangkap & faham tentang lokasi/latar itu, perlu ke kita hebahkan skit pengenalannya dalam karya?

    Contoh tentang pusat asuhan pada bab 11 novel saya tu, perlu ke buat skit ayat menerangkan pusat itu apa dan peranannya?

    + saya ada nak cuba sistem 3/4 1/4 2/4 4/4 yang sifu sarankan kat sini... boleh ke dibuat sistem itu dalam novel dua watak utama saya nih? dan adegan watak apa yang wajar diangkat untuk jadi 3/4 tu? dan ia mesti klimaks cerita ye sifu?

    terima kasih sifu

    Posted on February 22, 2010 at 8:52 AM

     
  5. Riesna Zasly Said,

    salam sifu...

    saya sedang menelaah novel 'kukui' sifu tu skrg ni... saya suka nengok pengolahan imbas kembalinya yang nutral... dan pembaca tak sedar ia imbas kembali sehinggalah adegannya tamat... tanpa perlu beritahu 'lamunannya tersentak' atau 'watak sedang melamun'... bagaimana nak buat begitu ye sifu?

    Posted on February 22, 2010 at 8:59 AM

     
  6. azmah nordin Said,

    riesna :) salam,

    saya terus je copy and paste soalan anda, supaya saya tak terlupa apa2 k;


    dr anda; kalau kita kemuka satu lokasi atau latar dalam adegan karya kita... dan kita gusar pembaca tak dapat tangkap & faham tentang lokasi/latar itu, perlu ke kita hebahkan skit pengenalannya dalam karya?

    Contoh tentang pusat asuhan pada bab 11 novel saya tu, perlu ke buat skit ayat menerangkan pusat itu apa dan peranannya?

    jwpn; ya, perlu digambarkan latar dan ayat penerangannya, secara kreatif. mungkin ia disampaikan lewat pemikiran watak utama, monolog atau dialog antara watak utama dgn org lain.

    dr anda; saya ada nak cuba sistem 3/4 1/4 2/4 4/4 yang sifu sarankan kat sini... boleh ke dibuat sistem itu dalam novel dua watak utama saya nih? dan adegan watak apa yang wajar diangkat untuk jadi 3/4 tu? dan ia mesti klimaks cerita ye sifu?

    Jwpn; sudah tentu boleh. jika anda baca novel Dukanya Abadi (antara novel awal saya) ia menggunakannya; pada masa pusat masalah seperti hendak meletup begitu. namun, oleh kerana ia novel awal, tidaklah ia seberjaya novel Syumul yg kalau tak silap saya, hanya 24 jam sejak bab satu. malah, dlm novel Mega Nisaa, perjalanan masanya hanya satu jam saja, dari bab pertama. kaedah ini, sebenarnya, bukan hanya utk memudahkan kita, tp kebykn novel moden di peringkat antarabangsa, menggunakannya.

    dr anda; saya sedang menelaah novel 'kukui' sifu tu skrg ni... saya suka nengok pengolahan imbas kembalinya yang nutral... dan pembaca tak sedar ia imbas kembali sehinggalah adegannya tamat... tanpa perlu beritahu 'lamunannya tersentak' atau 'watak sedang melamun'... bagaimana nak buat begitu ye sifu?

    jwpn; mudah saja tu. sebelum flash back itu berlaku, wujudkan sesuatu yg boleh menyebabkan flash back itu berlaku. sesuatu yg saya maksudkan, seharusnyalah mempunyai kaitan dgn isu yg sedang digambarkan.

    misalnya, watak utama sdg berjalan2 di denai berhampiran sungai. smbil tu, dia terkenang pd bekas isterinya. dia merindui bekas isterinya, dan dia tahu bekas isterinya juga merindui dia. tiba2, gambaran ibu mertua dia menerjah tiba.

    "(di sini buat dialog yg menggambarkan knp mereka berdua tidak boleh disatukan kembali. dialog hidup, misalnya menjerit marah, menengking dll)"

    kemudian, kita kembalikan watak utama tu ke alam nyata dgn; lamunannya tersentak tiba2, disentak oleh guruh yg berdentum dentam, di denai berhampiran sungai tu. begitulah lebih kurang k

    Posted on February 22, 2010 at 10:37 AM

     
  7. Ummu Anas Said,

    salam sifu,
    entri trbaru sifu ni telah sy renung2 semasa berehat di kl, sy tertarik pd kata2 sifu;

    apabila penulis tidak memasuki jiwa watak tersebut sepenuhnya, mengenali akan sebab akibat dia bertindak begitu; dgn sendiri dia gagal melihat, merasa, menghidu, menyentuh, mengalami dari sudut pandangan watak tersebut.

    watak manusia yg tanpa jiwa (tanpa perasaan cinta, benci, simpati, empati dll) ibaratkan sebuah komputer saja. biar secanggih mana pun komputer - berilmu, tp kosong dan mendatar saja, bila kosong dan mendatar saja, bererti tidak hidup.

    Jadi, utk menghasilkan karya yg hebat, watak yg kita bina/cipta, harus bulat, ada sifat baiknya ada sifat buruknya, harus ada latar sejarahnya, harus hada impian masa depan, harus ada ketakutan, kemarahan dan semua yg dirasai oleh manusia biasa.

    ..sy pun renung ke dlm diri sy...prsoalan inilah yg sy perlu tingkatkan ...
    nak hidupkan sebulatnya perasaan sy sebagai manusia yg berperasaan hidup dan berani! supaya karya sy juga hidup dan tidak mendatar.

    Masa mrenung2 itulah sy trlihat helang yg melayang di udara mcm yg sy critakan pd sifu di thread cerpen sy.

    Terima kasih pd sifu kerana tambah mnyedarkn sy pngalaman dgn helang tu..patut di masukkan dlm cerpen sy utk mengangkat mutu cerpen tu.
    Wow! satu keajaiban! punya lama la...sy cuba menghayati kata2 ifu...tentang memetik ilham di mana2 jua...dari apa saja...spanjang masa utk bina watak dlm karya jelas terlihat seperti wayang dlm minda. Oh! keajaiban dari Pencipta...direzekikan untuk kita berkarya.
    punya la selama ini sy cuma menulis dgn apa saja yg hadir dlm perasaan n brmain2 dlm minda, seperti mata trpejam..

    Ni dah celik, tapi masih mamai dan kabur pnglihatn..maklum baru dpt mata...nak dilaraskan dgn hati supaya jadi matahati!
    Mohon sifu murnikan, pada sebarang kekeliruan.

    Posted on February 24, 2010 at 10:01 AM

     
  8. azmah nordin Said,

    ummu anas :)

    apabila saya baca tulisan ttg helang tu, saya terus terkejut. aduhai! punyalah hebatnya simbol dan indahnya gaya bahasa! Knp tak masukkan simbol helang dan keindahan bahasa mcm tu dlm cerpen? jika boleh, nanti bila kita berpindahutk menyiapkan novel kedua tu di Sastera Kayangan, kita masukkan helang juga di dalam novel itu, dari bab pertama lagi sebagai simbol perjuangan watak utama k

    setuju, kita bukan hanya harus melihat dgn mata kasar, tpi juga dgn mata fikir dan mata hati kita.

    Tiada yg anda keliru sebenarnya, tp mungkin sebelum ini, anda tidak diwajibkan menggunakannya dgn secara mendalam dan dgn itu, anda tidak berpeluang mengasahnya setiap hari. sementara lewat dunia sastera ini, kita semua diwajibkan menggunakan seluruh panca indera yg ada pd kita, utk menghasilkan karya yg lebih hidup.

    Posted on February 24, 2010 at 6:00 PM

     
  9. Riesna Zasly Said,

    salam sifu...

    ingin bertanya...

    1)bolehkah sebuah novel menjiwai watak antagonis... bersama dengan watak utamanya... jika watak2 itu digambarkan saling bermusuh di dalam karya, pembaca boleh menyelami jiwa dua orang yang saling bergaduh dan berbeza pendapat itu... bolehkah begitu? kalau kita menulis, akan timbul kekeliruan kah?

    2)Dan saya ada terbaca sebuah karya... dah lupa namanya... jiwa watak utamanya ada 2... satu dirinya... satu suara batinnya... tapi latar watak tetap orang yang sama... bagaimana hendak menggarap karya begitu sifu?

    Mohon tunjuk ajar
    Terima kasih

    Posted on March 6, 2010 at 8:51 PM

     
  10. Azmah Nordin Said,

    riesna :)

    saya terus jawab soalan ada k;

    dari anda; 1)bolehkah sebuah novel menjiwai watak antagonis... bersama dengan watak utamanya... jika watak2 itu digambarkan saling bermusuh di dalam karya, pembaca boleh menyelami jiwa dua orang yang saling bergaduh dan berbeza pendapat itu... bolehkah begitu? kalau kita menulis, akan timbul kekeliruan kah?

    jwpn; menggarap karya drpd pelbagai sudut pandangan di bahagian2 tersendiri yg dipisahkan dgn *** tiada masalah sebenarnya. Ia bergantung kpd kemahiran menggarap karya dan bakat/keupayaan pengarang utk menjiwai watak2 utama tersebut.

    Dan bagi pembaca juga, tiada masalah. Apabila anda dpt menjiwai watak2 dan menghasilkan karya yg hidup dan padat, para pembaca akan lebih seronok membaca, kerana selain drpd watak2 itu sendiri mempunyai pendapat yg berbeza atau bertentangan bergaduh dan sebagainya, ini dengan sendiri akan membuatkan emosi pembaca juga turut terseret hingga membuatkan mereka juga akan berfikir dan memilih suara watak mana yg betul dan mana yg tidak.

    novel2 peringkat antarabangsa yg terkenal, byk sekali menggunakan teknik pelbagai watak utama (yg punya suara) dalam karya mereka. terutama sekali, novel2 yg tebal2 tu.

    dr anda; 2)Dan saya ada terbaca sebuah karya... dah lupa namanya... jiwa watak utamanya ada 2... satu dirinya... satu suara batinnya... tapi latar watak tetap orang yang sama... bagaimana hendak menggarap karya begitu sifu?

    jwpn; ya, sebagai suara hati dan suara otak. kan kita selalu dengar orang berkata; jika diikut kata hati, mati... bererti, dlm diri manusia ada dua; satu suara hati dan satu lagi suara dari otak/pemikiran kita.

    misalnya,

    `Barangkali, betul kata dia... Jika aku mmg cinta, aku tak sepatutnya teragak-agak membuktikan cintaku padanya...' desis hatinya, cuba meyakini diri.

    `Baguslah tu. Selepas dia dapat apa yang dia nak drpd engkau, selamat tinggal!' tingkah otaknya, sinis.

    `Ah, jika semua nak fikir yg buruk2 saja, apa pun tak dpt!' dengus hatinya.

    `Baikkah apa yg engkau nak buat?'soal otaknya.

    `Eh! Diamlah!'tepis hatinya, geram.

    Lebih kurang begitulah. Yg penting, kita perlu memastikan otak sentiasa berfikir secara logik dan lebih pintar. Sementara hati pula lebih digerakkan oleh emosi yg melimpah ruah







    `

    Posted on March 6, 2010 at 10:08 PM

     
  11. 1001Vision Said,

    This comment has been removed by a blog administrator.

    Posted on March 9, 2010 at 4:26 PM

     
  12. Zulina Hassan Said,

    Sifu, adakah kesemua novel sifu menggunakan pendekatan 3/4?

    Saya fikir, dengan menggunakan pendekatan 3/4 pembaca akan lebih menghayati perasaan watak dan tenggelam dalam latar yang dibina, misalnya menyedihkan, menakutkan, mencemaskan, menyeramkan dll.

    Walau bagaimanapun, saya fikir kebanyakan novelis lain lebih kerap menggunakan pendekatan 1/4.

    Mungkin sifu boleh ulas kelemahan dan kelebihan kedua2 pendekatan ini.

    Terima kasih.

    Posted on April 5, 2010 at 6:25 PM

     
  13. zulinahassan Said,

    Salam sifu :)

    Saya doakan sifu sihat, ceria dan segar selalu.

    Lagi soalan tentang 3/4.

    Sifu, walaupun saya rasa macam dah faham, tapi pagi ni saya fikir saya masih belum faham sepenuhnya tentang 3/4 tu.

    Untuk memastikan adakah cerita saya benar-benar bermula pada 3/4 cerita, saya pun buat garisan masa (sepatutnya awal2 lagi dah buat, kan?). Bermula dari masa ibunya sakit, sehinggalah meninggal dunia. Tempoh dari awal hingga akhir cerita memakan masa 2 tahun.

    Daripada garisan masa tu, saya dapati saya bermula dari 1/2 cerita, bukannya 3/4.

    Mungkin di sini sifu boleh perturunkan bagaimana caranya sifu memastikan cerita bermula dengan 3/4. Adakah dengan cara buat garisan masa, dengan memasukkan semua peristiwa yang terjadi pada setiap tarikh2 penting tu, atau ada kaedah lain yang lebih mudah dan senang.

    Barangkali lain orang lain caranya. Mungkin rakan2 sesifu yang punya cara tersendiri boleh kongsikannya di sini.

    Posted on April 6, 2010 at 10:16 AM

     
  14. Azmah Nordin Said,

    najah :)

    saya terus jawab soalan yg di kotak komen pertama kat tu dulu k;

    sebenarnya, saya hanya dpt kaedah 3/4 tu, setelah lebih 30 buah buku saya hasilkan. saya study lewat pengalaman sendiri dan drpd karya2 hebat di peringkat antarabangsa dan sebagainya. saya dapati, pengarang yg menghasilkan karya menggunakan kaedah ini, jauh lebih byk bukunya dan jauh lebih menarik hasil karya dan jauh bermutu tingginya, berbandingkan dgn pengarang yg menggunakan kaedah konvensional/biasa/lama. jadi, utk itulah saya perkenalkan kaedah tu di sini, bagi memudahkan para peserta bengkel berkarya.

    dr anda;

    Untuk memastikan adakah cerita saya benar-benar bermula pada 3/4 cerita, saya pun buat garisan masa (sepatutnya awal2 lagi dah buat, kan?). Bermula dari masa ibunya sakit, sehinggalah meninggal dunia. Tempoh dari awal hingga akhir cerita memakan masa 2 tahun.

    jwpn; najah, kalau berdasarkan kisah yg bermula sejak ibunya sakit, sehingga meninggal tu, `bagi saya'; 3/4 pd keseluruhan cerita adalah
    sehari sebelum ibunya meninggal, atau sejam sebelum ibunya meninggal. Jadi, ceritanya bulat, padat habis waktu tu.

    dr anda; Daripada garisan masa tu, saya dapati saya bermula dari 1/2 cerita, bukannya 3/4.

    jwpn; kalau berdasarkan ibunya mulai sakit, ya mmg anda bermula drpd 1/2 atau mungkin kurang sedikit drpd itu.

    dr anda; Mungkin di sini sifu boleh perturunkan bagaimana caranya sifu memastikan cerita bermula dengan 3/4. Adakah dengan cara buat garisan masa, dengan memasukkan semua peristiwa yang terjadi pada setiap tarikh2 penting tu, atau ada kaedah lain yang lebih mudah dan senang.

    jwpn; tidak, ia bukan bergantung pada garisan masa. ia bergantung pd jalan ceritanya. mungkin pd peringkat 1/4 - 2/4 - 3/4 = perjalanan ceritanya begitu perlahan, memakan masa bertahun2 mungkin - begitu sampai 3/4 - 4/4, tiba2 segala2 berjalan pantas, sbb keadaan menjadi semakin genting dan meledak2 mcm nak meletup begitu. yg genting adalah ceritanya. yg meledak2 adalah gejolak perasaannya.

    novel Dari Dlm Cermin yg memenangi 3 hadiah berturut2 termasuk Hadiah Sastera Malaysia tu, bermula 24 jam sebelum cerita berakhir. novel Mega Nisaa saya yg terpilih sebagai pemenang S.E.A write awards tu, perjalanan masanya hanyalah satu jam sebelum cerita berakhir.

    dr anda;

    Barangkali lain orang lain caranya. Mungkin rakan2 sesifu yang punya cara tersendiri boleh kongsikannya di sini.

    jwpn; setuju :) saya juga harap sedar sebengkel anda turut menymbangkan pendapat ttg kaedah 3/4 ini nanti.

    Posted on April 7, 2010 at 5:59 PM

     
  15. Ummu Anas Said,

    salam sifu, n najah...lega saya rasa bila mulai faham kaedah 3/4 tu.pd mula sy sedari sy dah trsilap faham,sy rasa sgt cemas! khuatir karya sy jd sgt longgar...sbb tu sy nekad rombak walau dah sampai bab 6.

    utk najah...baru bab 1 masih bagus sgt nak mula terapkn...bab 1 sedia ada tu simpan dulu,nanti jd salah satu bab flashback. fikir mula bab yg crita btul2 di puncak. mmg mcm lambat sikit, tapi yakinlah ia akn lbih sempurna. lbih susah jika sudah 1/2 jln nanti...

    sy pun cakap je ni sbb sama sdg nak praktikn. jln yg sy nekad ni pun ...mmg ltih ,tp cuba nak yakin hasilnya akn baik2 je...hrp sifu byk bantu sy...moga tidak sia2 susah payah beliau...

    maaf sifu...sy pula yg cakap2 hal ni...sifu yg punya petua...

    Posted on April 7, 2010 at 7:00 PM

     
  16. Water Lily Said,

    Salam sifu.

    Insyallah saya akan menghadiri satu bengkel Sci-fi/Fantasi pada bulan Jun nanti.

    Saya ada beberapa soalan mengenai genre tersbut.

    Apakah karya Sci fi dan karya fantasi

    Adakah ia berbeza dan boleh berada dalam ketegori yang sama.

    Saya belum baca Siti Ariana. Kawan saya, Noor Muha yang sangat obses dengan karya sifu kata, saya patut baca Siti Arriana.
    tapi saya nak baca yang bercetak, di mana saya boleh dapatkannya sifu. Kalau dah tak ada, saya baca di blog sifu sahajalah. :)

    Cuma saya minta izin nak copy dan print dan jilidkan. Bolehkah sifu, jika sudah tiada karya bercetak.

    Posted on April 14, 2010 at 1:36 PM

     
  17. Azmah Nordin Said,

    maryani :) salam,

    saya terus jwb soalan anda k;

    Sci-fi adalah Science Fiction = seratus peratus ceritanya berkisar dlm dunia sains dan manusianya. byk karya sains fiksyen yg boleh anda perolehi dr penerbitan dbp dan swasta. termasuk novel remaja saya berjudul Dedikasi di Planet Marikh yg telah memenangi hadiah sastera perdana, beberapa tahun yg lalu.

    namun, sitti ariana bukan novel sians fiksyen. maha dikatakan novel fantasi juga, saya tidak pasti sbb ia lebih kpd gambaran yg terhasil dr gelojak perasaan watak utamanya - gmbaran aliran bawah sedar. Ia sepatutnya boleh diperolehi di kedai2 dbp.

    bagaimanapun, jika tidak diketemukan juga, ya, anda boleh copy, print dan jilid sitti ariana - utk keperluan peribadi anda (saja) sbb ia masih terikat dgn perjanjian hak cipta dgn dbp.


    p/s

    malam nanti, baru saya cek cerpen anda, sbb saya sdg bergelut menggarapi novel dewasa sendiri ni.. dan, sampaikan salam sayang saya buat Sdr Noor Muha dan ajak Sdr Noor berkarya bersama kita di blog sastera kita ni k

    Posted on April 14, 2010 at 2:19 PM

     
  18. Water Lily Said,

    Salam sifu.

    Bolehkah cerpen @ salah satu bab dalam novel ditulis secara keseluruhannya dalam bentuk monolog.

    Jika boleh, sudut pandangnya bagaimana?
    Apakah plot yang bersesuaian?
    Kronologi atau imbas kembali(flashback)

    Soalan mengenai flashback:
    1. Bagaimana nak buat pembaca tidak menyedari, yang kita tulis tu flashback watak perkenaan.

    Contoh: "Bibah teringat kembali bla..bla..bla."

    Bagaimana teknik/cara nak ganti perkataan 'Teingat kembali", "mengenang semula" etc. (sekadar beberapa contoh)

    T.kasih sifu.

    Posted on April 17, 2010 at 8:18 AM

     
  19. Azmah Nordin Said,

    maryani :)

    saya terus jwb soalan anda k;

    dr anda; Bolehkah cerpen @ salah satu bab dalam novel ditulis secara keseluruhannya dalam bentuk monolog.

    jwpn; sudah tentu boleh, tp monolog tu sendiri harus kuat dr segala sudut utk membangkitkan nilai keindahan karya tersebut, contoh yg sgt2 cantik;

    dr PCW anda; Ninnie, perawan manis yang tidak lagi mengingini apa-apa isi dunia. Tidak perlu alat solek mahal. Tidak mahu kamera digital. Dalam hati dia sering tumbuh doa yang pelbagai untuk diri dan keluarga tercinta sebelumnya kini tinggal satu. Lelaki asing itu bukan pelangi atau sore; indah dan cepat berlalu pergi. Bertandang dan menghilang. sepantas renjatan kilat.

    Andai mimpi boleh dipinda ganti dengan kenyataan, Ninnie mahu Watanabe san menjadi oksigen dalam udara. Berlegar-legar di persekitaran, masuk ke dalam darah, mendengar apa yang dirasa dan difikirkannya; semuanya tentang si lelaki asing yang telah menyebarkan atmosfera tidak rasional di belukar rasa yang mencanak tumbuh di dada, hati dan mindanya. Dia pula, mahu menjadi matahari yang menyinar di kala siang ;rembulan dan bintang di kala malam untuk lelaki idamannya.

    dr anda; Jika boleh, sudut pandangnya bagaimana?

    jwpn; sudut pandangannya dari watak utama dan watak org ketiga juga boleh. (tp pilih satu je k)

    dr anda; Apakah plot yang bersesuaian?
    Kronologi atau imbas kembali(flashback)

    jwpn; yg paling sesuai adalah dgn menggunakan formula/kaedah 3/4, supaya segala pergelutan/pergolakan dalam jiwa sudah terangkum sepenuhnya di dlm jiwa watak utama tu.

    dr anda;
    1. Bagaimana nak buat pembaca tidak menyedari, yang kita tulis tu flashback watak perkenaan.

    Contoh: "Bibah teringat kembali bla..bla..bla."

    jwpn; mudah je tu. wujudkan perbandingan ataupersamaan masa sekarang dgn masa lalu (flashback). kadang2, hanya satu perkataan saja pun dah memadai, utk anda buat flashack. contoh;

    dr PCW anda; Cinta, bagi Ninnie tidak rasional dan tak terukur. Cinta yang liar dan sueralis. Cinta yang sangat kritis dan mempertimbangkan banyak hal dalam memahaminya. Cinta yang layak ditabur seorang lelaki asing yang sedang berziarah untuk beberapa purnama di tempat dia mencari sesuap nasi. Melukis sambil mengajar anak-anak yang senasib dengannya melukis. Cinta yang ditemui Ninnie dalam waktu-waktu yang sengaja tidak ingin dikawalnya.

    (kita ambil satu perkataan kat paragraf atas tu, `kawal', misalnya;

    "Kawallah sikit suamimu tu, drpd berkeliaran tak tentu arah, Ninie!"Suara Bibah terngiang-ngiang kembali di ingatannya/ rungutan bibah suatu ketika dahulu, menerjah kembali ke dlm ingatannya/suara silam yg pernah meletus sinis daripada bibir birat bibah, menggugah ketenangannya.

    (drpd sini, terus masuk ke flashback, suasana, latar, watak2 sampingan dll)

    maryani, sebenarnya, byk sekali cara utk kembali ke masa lalu/silam/flashbacknya - tanpa menggunakan perkataan `ingatan'. anda boleh saja buat seolah dia tanpa sengaja, `masuk' ke masa lalu/flazhback tu sprt masuk ke alam kenyataan/sekarang dlm dunia khayalnya k

    Posted on April 17, 2010 at 12:07 PM

     
  20. Riesna Zasly Said,

    salam sifu...

    ingin bertanya,

    1) apa pandangan sifu pada novel sastera berbentuk tema humor? ciri2 apa yang diperlukan untuk karya seperti itu?

    2) saya banyak membaca novel bentuk mendidik + sinis + humor di indonesia... amat menarik dan mampu sampaikam mesej baik juga... teringin hendak cuba...

    terima kasih sifu

    Posted on June 5, 2010 at 8:23 AM

     
  21. Azmah Nordin Said,

    salam riesna :)

    saya terus jwb soalan anda k;

    1. utk novel sastera humor, biasanya dipanggil novel satira... biasanya utk menyindir seseorang atau sesebuah organisasi secara halus. cuba baca artikel ttg satira di senarai post tu.

    ciri2nya? daya kreatif perlu sgt sgt sgt sgt sgtttt tinggi.

    2. boleh saja hasilkan karya sedemikian, asalkan kita kekalkan nilai2 sasteranya; dari sudut pandangannya, keindahan gaya bahasa, metafora dan sebagainya. jika anda idea, itu pasti menarik.

    sama2 riesna :)

    2.

    Posted on June 7, 2010 at 11:32 PM

     
  22. oat Said,

    salam sifu

    soalan (budak baru belajar)

    1. NCR : adakah kisah tersebut imiginasi & rekaan pengarang semata-mata atau metos/dongeng yang pernah di dengari?

    2. 3/4 ? adakah bermakna memulakan novel pada kedudukan penceritaan 3/4 dari keseluruhan kisah iaitu mendekati atau pada tahap klimiks sebelum 4/4 (kesudahan)

    3. Jjka memulakan pada 3/4, dimanakah sepatutnya di masukkan penceritaan 1/4 atau 2/4 (flashback)? Adalah bermula dgn 3/4 kemudian 1/4, 2/4 dan akhirnya 4/4?

    4. Dalam satu bab mana yang terbaik perlu dilakukan pengarang dari segi peleretan penceritaan maksud saya: 1) setiap bab adalah menceritakan perjalanan watak utama (sudut pandangan pertama) 2) atau satu bab boleh di pecahkan kepada 2 atau 3 sudut pandangan cth A berjalan..... **** B berfikir .... *** C tidur (ada tiga watak yang diceritakan dalam 1 bab)

    5. Jika novel ada 4/4 bahagian 1/4 (5 bab @ >) 1/4 (5 bab @ >) 3/4 (5 bab @ > ) 4/4 (5 bab @ > ). kiranya 1 bab 2000 @ > patah maknanya akan terhasil satu novel. betul tak?


    tq..saya fikir soalan akan dtg!

    Posted on July 12, 2010 at 6:14 PM

     
  23. Azmah Nordin Said,

    wa'alaikumusalam faridah :)

    saya terus copy dan jwp soalan anda, supaya tak tertinggal apa2 k;

    dr anda; adakah kisah tersebut imiginasi & rekaan pengarang semata-mata atau metos/dongeng yang pernah di dengari?

    jwp saya; cerita rakyat adalah cerita zaman dahulu kala yg ada pengajaran (nilai murni), mungkin kita pernah dengar atau baca. anda mungkin saja mendengarnya pnjang lebar, misalnya ttg kisah si tanggang. dr dia kecil hingga berkahwin dgn puteri raja dan kemudian sbb malu, dia tergamak menafikan wanita tua tu sebagai ibu kandungnya dan kemudian dia kena sumpah menjadi batu.

    ok, yg perlu anda ingat sikit saja; seorang anak dibesarkan dgn penuh kasih sayang oleh ibunya, pergi belayar, mendapat kekayaan, hidup mewah sebagai suami seorng puteri, dan tidak mengaku dirinya anak seorang wanita tua yg serba daif kehidupannya. - yg lain, adalah rekaan anda sendiri. misalnya, cara dia membesar, bagaimana mereka menampung penghidupan, bagaimana cara dia mendapat kekayaannya, puteri mana yg dikahwininya dll; pendek kata, apabila anda tuls semula sesebuah cerita rakyat, ia adalah versi anda; Versi Faridah, dan anda bebas berimaginasi di sini, sbb 100 tahun akan datang, apa yg anda tulis juga adalah cerita rakyat k.

    dr anda; 3/4 ? adakah bermakna memulakan novel pada kedudukan penceritaan 3/4 dari keseluruhan kisah iaitu mendekati atau pada tahap klimiks sebelum 4/4 (kesudahan)

    jwpn saya; ya, ini utk memudahkan anda menghasilkan plot novel dgn lancar tanpa terbantut2 atau tersesat jalan, dan utk membulat-padatkan dan membuat cerita anda sentiasa berada di atas tali yg tegang (unsur suspen) dan mengujakan pembaca dan diri anda semasa berkarya kelak.

    dr anda; Jjka memulakan pada 3/4, dimanakah sepatutnya di masukkan penceritaan 1/4 atau 2/4 (flashback)? Adalah bermula dgn 3/4 kemudian 1/4, 2/4 dan akhirnya 4/4?

    jwp; ini mudah saja, misalnya di bab 1, anda mungkin menulis 2 - 3 paragraf saja yg kisah 3/4 tu, selebihnya ia kembali ke 1/4 dan begitulah seterusnya. nanti akan saya tunjukkan cara/tekniknya bagaimana nak lakukannya. tapi, jika anda juga seorang penonton prog CSI, LOST, dan kebyakan novel2 antarabangsa yg moden (dan novel klasik inggeris), anda akan dapati teknik ini turut digunakan - cuma tidak disebut saja.

    dr anda; Dalam satu bab mana yang terbaik perlu dilakukan pengarang dari segi peleretan penceritaan maksud saya: 1) setiap bab adalah menceritakan perjalanan watak utama (sudut pandangan pertama) 2) atau satu bab boleh di pecahkan kepada 2 atau 3 sudut pandangan cth A berjalan..... **** B berfikir .... *** C tidur (ada tiga watak yang diceritakan dalam 1 bab)

    dr saya; utk mengetahui di mana ia boleh dilaukan, anda perlu melakukannya secara praktikal - menghasilkan dulu karyanya. senang saja sebenarnya, dan saya yakin anda boleh - jika berdasarkan cerpen2 anda k

    dr anda; Jika novel ada 4/4 bahagian 1/4 (5 bab @ >) 1/4 (5 bab @ >) 3/4 (5 bab @ > ) 4/4 (5 bab @ > ). kiranya 1 bab 2000 @ > patah maknanya akan terhasil satu novel. betul tak?

    jwp saya; wah, keliru saya sudah ni.. hehehe.. beginilah, saya jarang - tak pernah mengira jumlah perkataan utk karya saya, tp saya biasa gunakan jumlah mukasurat.

    utk novel kanak2 = 120 - 150 mukasurat
    utk remaja 13 - 15 tahun = 200 - 250
    utk remaja 16 - 21 tqhun = 250 - 300 mukasurat
    utk novel dewasa = 300 - ke atas

    ttg pembahagian bahagian bab pula, terserah anda yg mana yg paling menarik yg mahu diutarakan k

    Posted on July 25, 2010 at 5:59 PM

     
  24. Azmah Nordin Said,

    wa'alaikumusalam faridah :)

    saya terus copy dan jwp soalan anda, supaya tak tertinggal apa2 k;

    dr anda; adakah kisah tersebut imiginasi & rekaan pengarang semata-mata atau metos/dongeng yang pernah di dengari?

    jwp saya; cerita rakyat adalah cerita zaman dahulu kala yg ada pengajaran (nilai murni), mungkin kita pernah dengar atau baca. anda mungkin saja mendengarnya pnjang lebar, misalnya ttg kisah si tanggang. dr dia kecil hingga berkahwin dgn puteri raja dan kemudian sbb malu, dia tergamak menafikan wanita tua tu sebagai ibu kandungnya dan kemudian dia kena sumpah menjadi batu.

    ok, yg perlu anda ingat sikit saja; seorang anak dibesarkan dgn penuh kasih sayang oleh ibunya, pergi belayar, mendapat kekayaan, hidup mewah sebagai suami seorng puteri, dan tidak mengaku dirinya anak seorang wanita tua yg serba daif kehidupannya. - yg lain, adalah rekaan anda sendiri. misalnya, cara dia membesar, bagaimana mereka menampung penghidupan, bagaimana cara dia mendapat kekayaannya, puteri mana yg dikahwininya dll; pendek kata, apabila anda tuls semula sesebuah cerita rakyat, ia adalah versi anda; Versi Faridah, dan anda bebas berimaginasi di sini, sbb 100 tahun akan datang, apa yg anda tulis juga adalah cerita rakyat k.

    dr anda; 3/4 ? adakah bermakna memulakan novel pada kedudukan penceritaan 3/4 dari keseluruhan kisah iaitu mendekati atau pada tahap klimiks sebelum 4/4 (kesudahan)

    jwpn saya; ya, ini utk memudahkan anda menghasilkan plot novel dgn lancar tanpa terbantut2 atau tersesat jalan, dan utk membulat-padatkan dan membuat cerita anda sentiasa berada di atas tali yg tegang (unsur suspen) dan mengujakan pembaca dan diri anda semasa berkarya kelak.

    dr anda; Jjka memulakan pada 3/4, dimanakah sepatutnya di masukkan penceritaan 1/4 atau 2/4 (flashback)? Adalah bermula dgn 3/4 kemudian 1/4, 2/4 dan akhirnya 4/4?

    Posted on July 25, 2010 at 6:00 PM

     
  25. Azmah Nordin Said,

    selebihnya jwp; ini mudah saja, misalnya di bab 1, anda mungkin menulis 2 - 3 paragraf saja yg kisah 3/4 tu, ia kembali ke 1/4 dan begitulah seterusnya. nanti akan saya tunjukkan cara/tekniknya bagaimana nak lakukannya. tapi, jika anda juga seorang penonton prog CSI, LOST, dan kebyakan novel2 antarabangsa yg moden (dan novel klasik inggeris), anda akan dapati teknik ini turut digunakan - cuma tidak disebut saja.

    dr anda; Dalam satu bab mana yang terbaik perlu dilakukan pengarang dari segi peleretan penceritaan maksud saya: 1) setiap bab adalah menceritakan perjalanan watak utama (sudut pandangan pertama) 2) atau satu bab boleh di pecahkan kepada 2 atau 3 sudut pandangan cth A berjalan..... **** B berfikir .... *** C tidur (ada tiga watak yang diceritakan dalam 1 bab)

    dr saya; utk mengetahui di mana ia boleh dilaukan, anda perlu melakukannya secara praktikal - menghasilkan dulu karyanya. senang saja sebenarnya, dan saya yakin anda boleh - jika berdasarkan cerpen2 anda k

    dr anda; Jika novel ada 4/4 bahagian 1/4 (5 bab @ >) 1/4 (5 bab @ >) 3/4 (5 bab @ > ) 4/4 (5 bab @ > ). kiranya 1 bab 2000 @ > patah maknanya akan terhasil satu novel. betul tak?

    jwp saya; wah, keliru saya sudah ni.. hehehe.. beginilah, saya jarang - tak pernah mengira jumlah perkataan utk karya saya, tp saya biasa gunakan jumlah mukasurat.

    utk novel kanak2 = 120 - 150 mukasurat
    utk remaja 13 - 15 tahun = 200 - 250
    utk remaja 16 - 21 tqhun = 250 - 300 mukasurat
    utk novel dewasa = 300 - ke atas

    ttg pembahagian bahagian bab pula, terserah anda yg mana yg paling menarik yg mahu diutarakan k

    Posted on July 25, 2010 at 6:01 PM

     
  26. oat Said,

    salam sifu

    tq atas jawapan tersebut. sy akan cuba buat yang terbaik.

    Posted on August 4, 2010 at 5:23 PM

     
  27. Badariah Said,

    Salam sifu, saya sudah lama ada keinginan untuk menulis novel cerita rakyat. Minat saya lebih melonjak setelah memenangi satu pertandingan menulis cerita rakyat negeri sabah tahun lalu. Sekarang, saya ingin menulis cerita rakyat tentang seorang tokoh bangsa sungai iaitu Pak Musa. Menurut cerita warisan yang saya dapat, Pak Musa ada kelebihan tersendiri seperti boleh menghilangkan diri sewaktu dikejar pihak penjajah. Adakah menjadi satu kesalahan jika saya selitkan kelebihan luar biasa tokoh tersebut?

    Sifu, bolehkah watak utama dalam sebuah novel sastera rakyat menggunakan watak bukan manusia? tetapi, cerita tersebut ada unsur-unsur perjuangan hidup seperti kehidupan alam nyata. sebagai contoh, cerita mitos batu sapi di sandakan, mengetengahkan tentang seekor sapi yang punya semangat menjaga keamanan dan ketenteraman kampung tuannya. Klimaksnya, berlaku pertembungan sapi dengan buaya yang ingin menceroboh kampung tersebut. Dengan kuasa Tuhan, sapi dan buaya telah terkena petir dan bertukar menjadi batu. Menurut cerita warisan lagi, sapi tersebut pernah menderhaka pada ibunya dan kini telah menerima padahnya sendiri.
    Mohon tunjuk ajar sifu....

    Posted on August 5, 2010 at 3:15 AM

     
  28. Badariah Said,

    Sifu, bolehkah karya cerita rakyat saya dahulu yang telah diterbitkan, saya adaptasi dalam bentuk novel sastera rakyat? tetapi jalan ceritanya sama. Cuma, ada perubahan di sana sini memandangkan penceritaan novel yang lebih panjang dan memakan masa. Saya rasa tak berpuas hatilah sifu sebab cerita rakyat yang saya tulis dulu masa ikut bertanding tu tak sampai pun 10 muka surat...maaflah sifu, masa saya terluang layari internet waktu subuh. Anak pun dah tido...hehe

    Posted on August 5, 2010 at 3:23 AM

     
  29. Azmah Nordin Said,

    waalaikumusalam badariah :)

    saya terus copy dan respond pd soalan anda k;

    dr anda; saya sudah lama ada keinginan untuk menulis novel cerita rakyat.

    dr saya; tahniah badariah :)

    dr anda; Minat saya lebih melonjak setelah memenangi satu pertandingan menulis cerita rakyat negeri sabah tahun lalu. Sekarang, saya ingin menulis cerita rakyat tentang seorang tokoh bangsa sungai iaitu Pak Musa. Menurut cerita warisan yang saya dapat, Pak Musa ada kelebihan tersendiri seperti boleh menghilangkan diri sewaktu dikejar pihak penjajah. Adakah menjadi satu kesalahan jika saya selitkan kelebihan luar biasa tokoh tersebut?

    dr saya; jika Pak Musa adalah tokoh yg mmg benar2 wujud, maka ia bukanlah cerita rakyat, sebaliknya cerita sejarah. jika dikatakan tokoh tersebut mempunyai kelebihan sprti yg anda sebut di atas, boleh saja disebut seperti itu; khabarnya dia mempunyai kelebihan tertentu - tapi, mungkin tidak berapa sesuai digambarkan dlm karya anda, demi utk tidak membuatkan karya anda menjurus ke arah sesuatu yg syirik.. maksud saya, anda perlu tanya byk pakar2 agama tentang perkara ini dulu. bgaimanapun, menghasilkan karya cerita sejarah juga suatu usaha yang baik, tp anda terikat pada data2 ttg tokoh yg anda angkat sebagai watak utama, demi menjaga maruah dan hati kaum kerabat yg masih hidup.

    ini berbeza dgn cerita rakyat (lazimnya cerita rekaan orang zaman dahulu, utk dijadikan pengajaran/teladan kpd anak2 bangsa mereka). anda hanya ambil isi cerita, yg lain anda bebas sepenuhnya tulis ikut versi anda sendiri - selagi berunsur murni.

    dr anda; bolehkah watak utama dalam sebuah novel sastera rakyat menggunakan watak bukan manusia? tetapi, cerita tersebut ada unsur-unsur perjuangan hidup seperti kehidupan alam nyata. sebagai contoh, cerita mitos batu sapi di sandakan, mengetengahkan tentang seekor sapi yang punya semangat menjaga keamanan dan ketenteraman kampung tuannya. Klimaksnya, berlaku pertembungan sapi dengan buaya yang ingin menceroboh kampung tersebut. Dengan kuasa Tuhan, sapi dan buaya telah terkena petir dan bertukar menjadi batu. Menurut cerita warisan lagi, sapi tersebut pernah menderhaka pada ibunya dan kini telah menerima padahnya sendiri.

    dr saya; wah, ini satu idea karya yg sgt2 menarik, dan daya kretiviti yg sgt2 tinggi juga diperlukan, untuk menghasilkan karya. byk penyelidikan ttg haiwan tersebut yg perlu anda buat, sebelum menghasilkan karyanya. tp saya percaya, anda boleh!

    saya rasa, inilah novel pertama yang patut anda buat di blog sastera kita ni, novel remaja atau pra-dewasa. pasti mencabar anda dan saya nanti, tp pasti menarik sgt2 juga. fikir2 dan bayangkanlah k

    Posted on August 8, 2010 at 6:54 PM

     
  30. Azmah Nordin Said,

    waalaikumusalam badariah :)

    saya terus copy dan respond pd soalan anda k;

    dr anda; saya sudah lama ada keinginan untuk menulis novel cerita rakyat.

    dr saya; tahniah badariah :)

    dr anda; Minat saya lebih melonjak setelah memenangi satu pertandingan menulis cerita rakyat negeri sabah tahun lalu. Sekarang, saya ingin menulis cerita rakyat tentang seorang tokoh bangsa sungai iaitu Pak Musa. Menurut cerita warisan yang saya dapat, Pak Musa ada kelebihan tersendiri seperti boleh menghilangkan diri sewaktu dikejar pihak penjajah. Adakah menjadi satu kesalahan jika saya selitkan kelebihan luar biasa tokoh tersebut?

    dr saya; jika Pak Musa adalah tokoh yg mmg benar2 wujud, maka ia bukanlah cerita rakyat, sebaliknya cerita sejarah. jika dikatakan tokoh tersebut mempunyai kelebihan sprti yg anda sebut di atas, boleh saja disebut seperti itu; khabarnya dia mempunyai kelebihan tertentu - tapi, mungkin tidak berapa sesuai digambarkan dlm karya anda, demi utk tidak membuatkan karya anda menjurus ke arah sesuatu yg syirik.. maksud saya, anda perlu tanya byk pakar2 agama tentang perkara ini dulu. bgaimanapun, menghasilkan karya cerita sejarah juga suatu usaha yang baik, tp anda terikat pada data2 ttg tokoh yg anda angkat sebagai watak utama, demi menjaga maruah dan hati kaum kerabat yg masih hidup.

    Posted on August 8, 2010 at 6:55 PM

     
  31. Azmah Nordin Said,

    ini berbeza dgn cerita rakyat (lazimnya cerita rekaan orang zaman dahulu, utk dijadikan pengajaran/teladan kpd anak2 bangsa mereka). anda hanya ambil isi cerita, yg lain anda bebas sepenuhnya tulis ikut versi anda sendiri - selagi berunsur murni.

    dr anda; bolehkah watak utama dalam sebuah novel sastera rakyat menggunakan watak bukan manusia? tetapi, cerita tersebut ada unsur-unsur perjuangan hidup seperti kehidupan alam nyata. sebagai contoh, cerita mitos batu sapi di sandakan, mengetengahkan tentang seekor sapi yang punya semangat menjaga keamanan dan ketenteraman kampung tuannya. Klimaksnya, berlaku pertembungan sapi dengan buaya yang ingin menceroboh kampung tersebut. Dengan kuasa Tuhan, sapi dan buaya telah terkena petir dan bertukar menjadi batu. Menurut cerita warisan lagi, sapi tersebut pernah menderhaka pada ibunya dan kini telah menerima padahnya sendiri.

    dr saya; wah, ini satu idea karya yg sgt2 menarik, dan daya kretiviti yg sgt2 tinggi juga diperlukan, untuk menghasilkan karya. byk penyelidikan ttg haiwan tersebut yg perlu anda buat, sebelum menghasilkan karyanya. tp saya percaya, anda boleh!

    menghasilkan karyanya. tp saya percaya, anda boleh!

    saya rasa, inilah novel pertama yang patut anda buat di blog sastera kita ni, novel remaja atau pra-dewasa. pasti mencabar anda dan saya nanti, tp pasti menarik sgt2 juga. fikir2 dan bayangkanlah k

    Posted on August 8, 2010 at 6:57 PM

     
  32. NaqHuHiNes Said,

    Salam buat sifu.

    Ada novel yang dimulai oleh prolog dan disudahi dengan epilog.

    Minta sifu jelaskan mengenai prolog dan epilog.

    Apakah kesannya kepada keseluruhan novel oleh adanya prolog?

    Terima kasih, sifu :))

    Posted on August 20, 2010 at 9:58 PM

     
  33. Azmah Nordin Said,

    mazzuin :)

    Untuk soalan perama; ya, tepat sekali.

    Untuk soalan kedua; apa itu prolog, epilog dan bagaimana nak buat prolog dan epilog?

    Lazimnya, kita memulakan karya ¾ daripada karya, atau mungkin ada yg akan memulakannya 2/4 daripada keseluruhan cerita, ketika cerita sedang mencapai pokok persoalan, ketika watak-watak cerita tgh membuak2 dengan pelbagai gelojak perasaan yg berkaitan dgn pokok persoalan. Sbbnya, pada ketika inilah pengarang biasanya mendapat lebih byk ilham apabila dia memandang balik ke ¼ - 2/4 – ¾; maka apabila anda sudah dapat melihat karya anda di sini, dan mungkin menggarap karya anda di bab pertama, dgn sendiri anda sudah dpt mewujukan prolog yg menggambarkan hampir seluruhan cerita, (lazimnya anda sudah pun membayangkan dasar plot dari awal hingga akhir cerita kan?) dan kemudian anda akan menyiapkan novel ini dan bahagian akhirnya barulah anda tulis epilog yg menggambarkan keseluruhan cerita dan penutup novel.

    Prolog = bagaimana bibit-bibit konflik bermula

    Epilog = berakhirnya sebuah plot cerita kerana berakhirnya klimaks

    Jadi susunannya jadi beginilah; prolog – klimaks - epilog

    apakah kesannya kpd keseluruhan novel jika adana prolog?

    kesannya; ia hanya salah satu daripada byk cara pengarang menyajikan “rentetan cerita yang kemudian menjadi lengkap-memanjang” pada pembaca.

    pendek kata, ia hanya sebuah teknik cuma. suatu ketika dahulu, dbp tidak begitu menggalakkan penggunaan, maka kerana itu saya tak pernah menggunakan teknik ini. sekarang saya tak berapa pasti, tp boleh tanya pd pihak editornya

    saya harap jawapan saya dpt membantu :)

    Posted on August 21, 2010 at 12:06 AM

     
  34. NaqHuHiNes Said,

    terima kasih sifu. :)

    Posted on August 22, 2010 at 7:26 AM

     
  35. NaqHuHiNes Said,

    Salam buat sifu :)

    soalan saya -
    1. apakah dialog boleh mengurangkan kesan kepada sesebuah novel?
    2. Bagaimana sekiranya dialog itu boleh membantu mengembangkan penceritaan secara tidak langsung/langsung?
    3. apakah lebih bagus mengembangkan plot melalui monolog berbanding dialog?
    4. dialog yang bagaimana yang sebenarnya patut/perlu ada di dalam sesebuah penceritaan?

    Terima kasih buat sifu :)

    Posted on October 25, 2010 at 5:41 AM

     
  36. Azmah Nordin Said,

    mazzuin :)

    saya tak tau di mana terbitnya posting anda ttg knp tidak boleh byk dialog dlm novel tu, tp saya sempat membacanya di belakang tabir. jadi, jwpan saya;

    1. kita tak mau novel bertukar menjadi skrip drama yg dipenuhi dialog melulu. antara novel dgn skrip drama (pentas,tv, wayang), mertabat novel dan cerpen jauh lebih tinggi lagi.

    2. apabila terlalu byk dialog, dgn sendiri membuatkan karya tersebut bersifat permukaan cuma dan ini memperlihatkan seolah2 pengarangnya tidak berjaya masuk dan menghayati jika watak yg diangkat sebagai watak utama. padahal, sebagai pengarang, kita bukan hanya patut simpati, tp kita mesti empati juga, baru karya boleh hidup

    3. apabila terlalu byk dialog, karya kelihatan ringan dan teknik penulisan sprt ini boleh dilihat byk pd karya2 picisan yg menunjukkan pengarangnya tidak buat homework atau buat kerja sambil lewa je.

    mazzuin, tak mengapalah kalau karya kita lambat siap, yg penting mutu karya. gigih terus k

    Posted on October 26, 2010 at 10:02 PM

     
  37. Azmah Nordin Said,

    NaqHuHiNes Said,

    :) salam buat sifu, semoga sifu sihat dan ceria selalu :)

    Ooooo sekarang saya semakin faham berkenaan dialog. Bertentangan dengan apa yang saya fikirkan. Saya fikir begitu, sebab tu saya suka tulis dialog ...

    Jadi,
    1. bilakah yang sepatutnya kita masukkan dialog?
    2. dialog bagaimana yang tidak merosakkan mutu karya kita bahkan membantu membaiki karya?
    3. dialog yang banyak tu akan saya edit, tetapi adakah akan mengurangkan mutu juga kalau dialog ditukar kepada imbas kembali atau monolog watak utama?
    4. wajarkah kalau watak utama banyak bermonolog?

    Terima kasih buat sifu yang sangat sabarrrrr :). Insyaallah dengan sokongan dan bimbingan sifu, saya akan teruskan sehingga berjaya. Saya dah cukup cemburu dengan peserta bengkel lain, yang sudah terbit cerpen dan novel mereka.

    Lagi satu, adik saya sudah berura-ura ke bengkel juga dengar-dengarnya ... harap sifu sudi terima dia menuntut nanti, dan harap dia lebih serius dari saya. Bolehkan sifu?

    Salam sayang buat sifu :)

    Posted on October 26, 2010 at 10:03 PM

     
  38. Azmah Nordin Said,

    mazzuin :) salam ceria buat anda dan semoga anda sentiasa sihat walafiat hendaknya.

    saya terus copy dan respon pd soalan anda k;

    dr anda; bilakah yang sepatutnya kita masukkan dialog?

    dr saya; dialog berfungsi sebagai mempelagaikan persembahan dlm karya, supaya kelihatan lebih menarik dan hidup. utk novel remaja dan kanak2, seeloknya, dlm setiap ms, perlu wujud dialog, tp pendek2 je, sekadar utk menyokong monolog atau gmbaran gelojak perasaan watak utama saja, misalnya;

    "Jadi, betullah apa yg saya fikirkan selama ini?" soal sakinah, tersinggung.

    "Apa yg awak fikir selama ini?" soal Jan kembali, sambil membulatkan matanya, seolah-olah tidak mengerti apa yg dimaksudkannya.

    "Huh!" dengus Sakinah, sebelum bergegas pergi..

    begitulah lebih kurang, biar ada unsur suspen jika boleh.

    dr anda; dialog bagaimana yang tidak merosakkan mutu karya kita bahkan membantu membaiki karya?

    dr saya; dialog hidup, mcm kita berckp di dunia realiti, tp jgn meleret2, hingga bagai berkhutbah gitu. dialog yg mambantu karya kita adalah dialog yg ada unsur2 suspen, atau dialog yg menunjukkan watak tu watak yg cerdik dan tak berbicara perkara remeh-temeh, sebaliknya terus kpd pokok persoalan.

    dr anda; dialog yang banyak tu akan saya edit, tetapi adakah akan mengurangkan mutu juga kalau dialog ditukar kepada imbas kembali atau monolog watak utama?

    dr saya; tidak akan mengurangkan mutu, kalau diimbas kembali. dialog mmg perlu, tp terhad. gmbaran perasaan lebih menarik jika dibuat perbandingan atau cipta perumpamaan sendiri yg berkaitan dgn tema karya anda.

    dr anda; wajarkah kalau watak utama banyak bermonolog?

    dr saya; monolog bukan monolog kosong, sebaliknya adalah isi/data drpd ilmu bantu yg kita angkat dan sampaikan secara kreatif. apabila dipelbagaikan dgn monolog, dan dlm fikiran, dgn sendiri cerita hidup dan kuat. tmbah kuat jika watak utama sentiasa memikirkan ttg isu/masalah utama (penyakit ibu kan) selang 3 - 4 paragraf karya anda dan kaitkan dgn perasaan watak tersebut.

    dr saya; Terima kasih buat sifu yang sangat sabarrrrr :). Insyaallah dengan sokongan dan bimbingan sifu, saya akan teruskan sehingga berjaya. Saya dah cukup cemburu dengan peserta bengkel lain, yang sudah terbit cerpen dan novel mereka.

    dr saya; saya juga menunggu terbitnya cerpen Dedikasi Buat Ibu tu, sbb ia sebuah cerpen yg hebat gambaran gelojak perasaan dan tekanan psikologi watak utamanya :)

    dr anda; Lagi satu, adik saya sudah berura-ura ke bengkel juga dengar-dengarnya ... harap sifu sudi terima dia menuntut nanti, dan harap dia lebih serius dari saya. Bolehkan sifu?

    dr saya; sudah tentu boleh, syaratnya gigih mcm anda juga. dan sprti biasa, mula2 perlu beri nama betul, usia, jantina dan baca dr sifu. nanti ummu anas kita akan tlg buatkan thread utk adik anda k


    salam sayang buat anda juga, mazzuin :)

    Posted on October 26, 2010 at 10:21 PM

     
  39. Badariah Said,

    Salam sifu,

    Saya ada beberapa soalan yg brkaitan dgn novel n cerpen.

    1) Apakah yg dmaksudkn dgn 'Novel Humor'?

    2) Adakah Novel Humor mengutamakan unsur2 lucu dan sindiran shj ataupun sama juga spt novel perjuangan hidup yg lain? misalnya, novel yg kaya nilai2 murni, pengajaran dan isu relevan pd masa kini?

    3) Apakah cara yg trbaik dlm usaha menghasilkn cerpen dan novel remaja? kerana sehgga kini, baru satu karya sy yg trmasuk dlm cerpen remaja iaitu cerpen 'Tarana'. Semua karya2 sy yg pernah menang sayembara setakat ini adalah kategori umum/dewasa.

    4) Bagaimanakah caranya hendak mengadaptasikan kisah sejarah ke dlm bentuk cerpen @ novel? Contohnya, kisah sejarah Pahlawan Antanum, Tokoh Mat Salleh.

    Sifu, mohon bantuan penjelasan...terima kasih!

    Posted on November 27, 2010 at 10:20 PM

     
  40. Azmah Nordin Said,

    salam badariah :)

    saya terus copy dan jwb soalan anda k;

    soalan anda; Apakah yg dmaksudkn dgn 'Novel Humor'?

    jwpn; Soalnya, apa yg membuatkan sesuatu itu lucu atau mengandung humor? Bagaimanakah mahu menghasilkan karya yg boleh membuatkan orang ketawa? Sebelum memikirkan ttg novel humor yang ingin anda hasilkan, anda perlu tahu enam perkara/unsur paling basic ini.
    1. Comel - termasuk cerita ttg haiwan peliharaan kesayangan dan sebagainya. Lebih untuk kanak2.
    2. Pintar - ia termasuk metafora, analogi, jargon atau kata, loghat khusus yg dibuat2, mainan kata2, kejutan, membesar2kan sesuatu daripada yg sebenarnya, mengambil isu semasa, misalnya dan mengembang-besarkannya hingga tersasar jauh drpd kenyataan.
    3. Kejam - ejekan, penghinaan, sinis, keganasan, ancaman atau ugutan utk melakukan keganasan, jika anda pernah tonton three stooges, anda akan faham maksud saya di sini. Satira juga boleh dianggap sebuah karya humor yang boleh buat ramai orang tertawa, Cuma yg terkena batang hidungnya saja yg akan menangis atau meletup marah.
    4. Lumrah – yg kita kenal, misalnya budaya pop, selebriti, tokoh politik, trend popular atau yg biasa kita jumpa di mana dan sebagainya.
    5. Pelik – sesuatu yg aneh, ganjil dan di luar jangkaan.
    6. Nakal - jenaka yg berunsur lucah, yg mempersendakan yg natural ttg tubuh manusia, hingga kedengaran begitu menjelikkan
    7.
    Pendek kata, kita harus dpat merasakan akan kehumoran/kelucuan karya anda, dan jika boleh, sambil menulis tu, sambil itu anda tertawa – sebelum pembaca dapat merasakan mesej anda itu. Jika anda seronok menghasilkannya, insya-Allah, pembaca juga mungkin akan seronok membacanya.

    Namun, biar dalam bentuk karya apa pun, yg penting adalah nawaitu pengarangnya kan?


    soalan anda; Adakah Novel Humor mengutamakan unsur2 lucu dan sindiran shj ataupun sama juga spt novel perjuangan hidup yg lain? misalnya, novel yg kaya nilai2 murni, pengajaran dan isu relevan pd masa kini?

    jwpn; saya dah jwb kat atas tu

    soalan anda; Apakah cara yg trbaik dlm usaha menghasilkn cerpen dan novel remaja? kerana sehgga kini, baru satu karya sy yg trmasuk dlm cerpen remaja iaitu cerpen 'Tarana'. Semua karya2 sy yg pernah menang sayembara setakat ini adalah kategori umum/dewasa.

    jwpn; cara terbaik utk menghsilkannya; berusaha utk melihat dunia dr mata remaja, perjuangan, permasalahan, impian, harapan, cita2, kasih sayang sesama insan, dll. apabila ini dpt kita laksanakan, jalan cerita kita akan mengalir lebih lancar, sbb tiada akan ada unsur2 berkhutbah di dlmnya.

    soalan; Bagaimanakah caranya hendak mengadaptasikan kisah sejarah ke dlm bentuk cerpen @ novel? Contohnya, kisah sejarah Pahlawan Antanum, Tokoh Mat Salleh.

    jwpn; menghasilkan novel sejarah, ada kelebihan dan kekurangannya; kelebihannya, anda tak perlu fikir byk, sbb ia adalah sejarah, kita cuma kreatifkan saja di mana2 yg patut. sementara kekurangannya, kita perlu berhati2, sbb mungkin saja sanak saudara atau cucu cicitnya masih hidup dan akan bangkit marah jika kita tersilap fakta.

    saya dah buat novel tokoh Paduka Mat Salleh, pernah menang hadiah sastera sabah, pernah, menjadi buku teks komsas uk tingkatan 2 selama 10 tahun. namun, jika anda berminat nak angkat tokoh2 lain yg anda sebut itu, saya rasa pasti menarik ssgt2 tu.

    gigih terus k

    Posted on November 29, 2010 at 12:29 AM

     
  41. Water Lily Said,

    Salam sifu yang dihormati,

    Saya belum punya kekuatan untuk menyambung novel saya. Jadi saya cuma masuk ke kelas untuk bertanya soalan sahaja.

    Bagaimana mengurangkan klise(cliche) dalam karya-karya sastara. Moga adatiip daripada sifu dan rakan2 yang lain.

    Terima kasih.

    Posted on January 1, 2011 at 9:20 AM

     
  42. Azmah Nordin Said,

    Waalaikumusalam Maryani :)

    Mudah je nak elakkan klise dlm karya sastera kita; tulislah sesuatu yg lain drpd yg lain, yakni, angkat ilmu bantu yg tidak pernah atau tidak berani diangkat oleh pengarang2 lain, utk diserapkan ke dlm karya sastera kita. cerita yg kita persembahkan, mungkin mudah saja. tp, dgn mengangkat ilmu bantu tadi sebagai simbol dan sulamkan dlm karya yg simple tadi, karya anda tiba2 akan melonjak naik mutu karyanya dan menjadi lain drpd yg lain.

    Misalnya, anda angkat dunia seorang doktor dlm karya anda; dlm dunia perubatan sendiri, ada pelbagai jenis doktor. jadi, anda pilih satu, misalnya, yg bertugas di bahagian patologi, cari satu isu di dlmnya, jadikan simbol utk dikaitkan dgn pergolakan jiwa dan kisah peribadi watak utama anda. siap dgn istilah2 dan prosedur2 pembedahan, dialog perubatan, drama dlm bilik bedah dll. hanya cara itu yg dpt membantu anda menghasilkan karya yg tidak klise, sekali gus mengangkat diri anda sebagai seorang pengarang yg serius.

    Itulah yg saya lakukan selama ini dan terus melakukannya.

    gigih terus k

    Posted on January 2, 2011 at 12:47 PM

     
  43. S90 Said,

    Salam. Blogwalking dan sekadar menumpang baca soal jawab di sini.

    Posted on January 10, 2011 at 2:20 AM

     
  44. A. Ahmad X Said,

    Salam sifu yg dihormati,
    Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kpd sifu,
    Soalan saya:
    Bagaimanakah hendak menerbitkan novel

    Posted on February 15, 2011 at 12:48 PM

     
  45. Azmah Nordin Said,

    Waalaikumusalam Sdr Ahmad :)

    sebenarnya, selagi karya anda bermutu tinggi, selagi itulah mana2 penerbit karya sastera pun, akan bersedia menerimanya. bagaimanapun, bagi mempastikan karya anda diterima, sebelum dihasilkan karya tu, bertanyalah kpd pihak editor penerbitan tersebut, karya bagaimana yg mereka perlukan utk penerbitan mereka. anggaplah diri kita sebagai penulis seorg ahli perniagaan yg mahu bahan pasarannya dibeli org, jadi tentulah kita perlu menjual barangan yg diperlukan oleh pembeli, bukan sekadar utk keperluan peribadi kita saja kan? dikerjasama antara penerbit dgn penulis adalah sgt2 diperlukan, sbb masing2 saling memerlukan; penerbit perlukan karya bermutu tinggi utk penerbitan mereka yg berwibawa, penulis pula perlukan karya mereka yg padat dgn mesejnya utk diterbitkan supaya smpai kpd pembaca.

    jika anda serta kelas bimbingan di blog ini, anda akan diberi panduan ttg cara menghantar karya kpd penerbit2 sprti DBP, fajar bakti, utusan publication dan lain2 penerbit berwibawa. di blog ini hanya membimbing utk mereka yg berminat menghasilkan karya sastera bermutu tinggi, bukan karya picisan.

    apa2 pun, gigih terus k

    Posted on February 16, 2011 at 11:32 AM

     
  46. Naqhuhines Said,

    sifu, saya ingin bertanya tentang pemisah paragraf dalam dialog.

    1. “Suhana sebenarnya dah kritikal, mak.” *perlu pemisah paragraf~sifu*. Dia terdengar ayah berbicara dengan uwan. *perlu pemisah paragraf~sifu* “Doktor kata barah ni bahaya, cepat merebak." Ayah tunduk, nada suaranya rendah dan sayu. “Dah tahap tiga.”

    Semasa komen pertama sifu, saya dah nak bertanya di sini tapi saya fikir saya boleh faham. Komen kedua sifu tentang pemisah paragraf ni, saya fikir harus saya bertanya di sini sebab nampaknya saya memang tak faham hehe.

    Sifu, mengapa perlu ada pemisah paragraf di celah dialog itu kerana sudah ada ayat 'dia terdengar ayah berbicara dengan uwan'? Secara tak langsung bermakna dialog itu memang bukan Sakinah yang ucapkan.

    Ayat seterusnya, 'Doktor kata barah ni bahaya, cepat merebak.” Ayah tunduk, nada suaranya rendah dan sayu. “Dah tahap tiga.” -> dialong ini yang asalnya bersambung dengan dialog pertama juga menunjukkan ia dituturkan oleh ayah, bukan Sakinah.

    Ini sahaja soalan saya tentang pemisah paragraf di dalam dialog. Terima kasih.

    Posted on August 13, 2011 at 8:20 AM

     
  47. Azmah Nordin Said,

    mazzuin :)

    saya terus copy dan jwb soalan anda k;

    1. “Suhana sebenarnya dah kritikal, mak.” *perlu pemisah paragraf~sifu*. Dia terdengar ayah berbicara dengan uwan. *perlu pemisah paragraf~sifu* “Doktor kata barah ni bahaya, cepat merebak." Ayah tunduk, nada suaranya rendah dan sayu. “Dah tahap tiga.”

    Semasa komen pertama sifu, saya dah nak bertanya di sini tapi saya fikir saya boleh faham. Komen kedua sifu tentang pemisah paragraf ni, saya fikir harus saya bertanya di sini sebab nampaknya saya memang tak faham hehe.

    Sifu, mengapa perlu ada pemisah paragraf di celah dialog itu kerana sudah ada ayat 'dia terdengar ayah berbicara dengan uwan'? Secara tak langsung bermakna dialog itu memang bukan Sakinah yang ucapkan.

    Ayat seterusnya, 'Doktor kata barah ni bahaya, cepat merebak.” Ayah tunduk, nada suaranya rendah dan sayu. “Dah tahap tiga.” -> dialong ini yang asalnya bersambung dengan dialog pertama juga menunjukkan ia dituturkan oleh ayah, bukan Sakinah.

    mazzuin, tujuan kita mengadakan pemisah paragraf adalah utk memastikan pembaca tidak keliru siapa dgn karya kita, biarpun sikit je tp penting.

    cara mudah melihat; jika mazzuin yg berckp, sudah tentu tidak logik jika tiba2 wujud suara hati saya di dalam diri anda kan. ini sudah bermakna saya sudah mencerobohi diri anda, bukan saja tak logik tp tak manis. dialog mazzuin (watak dlm karya anda, misalnya) harus menggambarkan sifat individual saya, biarpun saya mungkin bukan watak utama dlm karya anda.

    contohnya;

    “Suhana sebenarnya dah kritikal, mak.”

    Dia terdengar ayah berbicara dengan uwan. (yg mendengar ni sakinah, bukan ayah. jd tentu tak logik jika tiba2 pendengaran sakinah terletak dlm diri atau tubuh ayah kan?)

    “Doktor kata barah ni bahaya, cepat merebak." Ayah tunduk, nada suaranya rendah dan sayu. “Dah tahap tiga.”

    ia seharusnya begini;

    “Suhana sebenarnya dah kritikal, mak.”

    Dia terdengar ayah berbicara dengan uwan. (boleh tmbah sikit, misalnya. Segala malapetaka yg berkaitan dgn perkataan kritikal drpd ayah itu, menerpa di ruang matanya - gmbarkan ketakutannya dan kesedihannya dll.)

    “Doktor kata barah ni bahaya, cepat merebak." Ayah tunduk, nada suaranya rendah dan sayu. “Dah tahap tiga.”

    itu je kan mazzuin? gigih terus k

    Posted on August 14, 2011 at 11:05 AM

     
  48. Ku Belle Said,

    assalamualaikum, sy nak tanya, saya nak publish karya puisi saya, tpi sy tak tahu nk hntar kat mna..boleh tak tolong sy carikan publisher2 yang boleh di percayai...sy buat kat blog...klau senang, boleh layari blog ini http://diarimilikku.blogspot.com

    Posted on January 30, 2012 at 12:03 AM

     
  49. AzridahPsAbadi Said,

    Assalamualaikum.

    Posted on April 22, 2012 at 9:08 PM

     
  50. Ummi Amirah Said,

    Assalamualaikum sifu tersayang <3

    Sifu, saya teringat-ingat semula bab demi bab dedikasi untuk ibu tu, walaupun sekarang ia masih di dalam penapisan awal ITBM dan saya masih menanti khabar beritanya.

    Sifu, saya rujuk semula tentang kaedah 3/4 sebagai permulaan novel, dan selebihnya adalah flashback, disudahi dengan penyelesaian. Novel saya dimulakan dengan tarikh demi tarikh bersama masa cerita berlaku, dari hari pertama (Jumaat) hingga hari terakhir (selasa seminggu selepas peristiwa utama). Oleh demikian saya telah tidak menggunakan kaedah 3/4 dalam novel ini, benarkah begitu, sifu?

    Sifu, jadi sebaiknya untuk novel seterusnya (saya tanam azam nak menulis lagi insyaAllah), elok saya siapkan garisan masa untuk seluruh cerita dan tetapkan di mana 3/4 cerita untuk menjadi pembuka cerita?

    Bila saya rujuk semula soalan yang pernah Najah utarakan kepada sifu tentang 3/4 dan garis masa di atas, saya dapati novel saya tak mengikut teori 3/4 ni hehehe ... sekarang baru saya terfikirkan ia.

    Mohon komen dari sifu. Terima kasih sifu tersayang.

    Posted on January 30, 2013 at 12:19 AM

     
  51. Azmah Nordin Said,

    mazzuin tersayangggg :)

    kita beri masa 3 bulan, sebelum anda telefon cik syafikah dan tanyakan perkembangan dedikasi untuk ibu k.

    ttg formula 3/4 = sekarang kita dah tukar ke 4/5, tujuan saya wujudkan formula ni, bagi memudahkan penulis melihat penamat cerita, sekali gus lebih supaya karya boleh digarap bulat, padat, kuat dan bermutu tinggi.

    utk pengetahuan anda, dedikasi untuk ibu, memenuhi kriteria formula 4/5, kerana anda bermula pada waktu ibu sudah terlantar di hospital, yg lain semuanya flashback. kerana itulah, dedikasi bulat, padat, kuat dan bermutu tinggi kan?

    formula 4/5 saya manfaatkan sepenuhnya, dlm setiap novel saya, termasuk novel terbaru Lara - perjalanan cerita dlm novel tu 80 tahun, sedangkan perjalanan masa dlm novel tu hanya 24 jam. tp, ini style saya, sbb jika saya buat yg lebih panjang masanya, saya mungkin tersesat dan cerita boleh meleret2 tidak ketentuan sebelum terus terhenti.

    tp, jika utk sebuah cerpen (oleh kerana cerpen serba terhad segalanya), tidak boleh tidak, anda terpaksa memulakan cerpen antara 5, 10, 30 minit sebelum kisah dlm cerpen tu berakhir; barulah anda dpt bulat, padat dan kuatkannya.

    mazzuin, oleh krana anda baru saja siap sebuah novel yg sehebat dedikasi buat ibu tu, anda perlu rehat fizikal dan minda dr dunia dedikasi utk ibu. bila dah tenang, baru boleh mulakan novel baru pula dlm keadaan serba segar.

    itu je kan mazzuin :) gigih terus k

    Posted on January 30, 2013 at 9:03 PM

     
  52. LengLeng Said,

    assalamualaikum . saya nak tanya tentang pemilihan tajuk novel . sebelum menghasilkan sebuah novel , saya ada terfikir tentang sebuah tajuk yang sesuai berdasarkan jalan cerita . Tapi bila buat search dekat google , tajuk yang saya nak buat tu sudah ada yang guna . apa yang patut saya buat ? adakah saya perlu menukar tajuk saya ?

    Posted on February 12, 2013 at 12:11 PM

     
  53. Azmah Nordin Said,

    waalaikumusalam lengleng :)

    ok, tentang judul. lazimnya, lebih mudah kita habis siapkan dulu novel atau cerpen dulu, kemudian baru kita cari judul. judul yg baik adalah antara satu hingga ke tiga perkataan saja. judulnya boleh kita ambil dri dlm novel atau cerpen itu sendiri. mungkin ada satu2 simbol di dlmnya. atau satu2 istilah drpd ilmu bantu yg kita gunakan utk mengangkat mutu karya kita.

    soalan anda; apakah anda perlu tukar tajuk?

    jwpn; ya, anda perlu tukar tajuk, jika mmg sudah terbukti tajuk itu sudah wujud, sebelumnya.

    sbbnya;

    1. mungkin nanti dikatakan meniru.

    2. mungkin isi cerita dlm karya yg berjudul sama dgn karya anda, mempunyai unsur negatif. nanti pembaca akan fikir anda yg menghasilkan karya itu. nahas!

    3. ini mungkin akan mengelirukan para pelajar, andai karya anda terpilih sebagai tek KOMSAS.

    dan byk lagi. jadi, carilah tajuk, bila karya dah siap saja. biar tajuknya ada unsur suspen, supaya pembaca tak boleh teka isi keseluruhan drpd karya anda.

    itu je kan? gigih terus k

    Posted on February 12, 2013 at 6:07 PM

     

Post a Comment

featured-video