• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Saturday, February 13, 2010

Mencipta Perwatakan Yg Lain Drpd Yg Lain

Saturday, February 13, 2010 // by Azmah Nordin // // 4 comments

(Sdr2, tulisan ini ditulis utk membantu peserta bengkel memahami ttg perwatakan dlm karya kreatif, terutama sekali utk Sdr Mazzuin kita :)


Sebelum anda memulakan sebuah karya kreatif, ambil masa untuk mencipta watak2 baru yang dirasakan belum pernah ditulis oleh orang lain sebelum ini. Menghasilkan karya dgn watak2 yg sudah pernah ditulis penulis lain, bukan tidak boleh. Namun, hasil karya anda tidak akan sebaik karya penulis asalnya, kerana penulis itu tentu lebih mengenali watak2 tersebut, berbanding dgn anda bukan? Silap2, sebaik saja membaca karya anda yg menggunakan perwatakan ciptaan penulis lain, dengan pantas pihak editor menolaknya bulat2.


(robot2 kat atas ni pun, dicipta punya perwatakan sesuai dgn jalan ceritanya, ini kan pula manusia kan?)



Bagaimana hendak memulakannya? Mula2 sekali, pilih satu nama watak utama yang anda rasa sesuai. Ingat, anda akan `berhadapan’ dgn watak utama ini, utk beberapa lama, sehingga karya anda siapa. Jadi, pilihlah nama yang paling anda senangi. Nama itu bukan hanya sesuai dan disenangi utk karya anda, tp perlu mudah diingati oleh pembaca kelak. Nama yg terlalu glamorous akan membuatkan pembaca terpaksa mengingatinya, sekaligus terkial-kial cuba menghayati karya anda. Itu tak termasuk lagi apabila anda sendiri terpaksa menaipnya. Lebih dahsyat, apabila editor memikirkan kita mencipta nama sebegitu, hanya kerana mahu memperpanjangkan jumlah mukasurat, kerana kita tidak cukup idea untuk membuat pengisian ceritanya.

Jadi, untuk mencipta perwatakan, anda perlu mengenali orang itu. Ia akan memudahkan anda `merujuk’ semula kepada watak tersebut, andainya terlupa di pertengahan jalan. Ini adalah kaedah yang lazim digunakan oleh para pelakon antarabangsa untuk menghayati watak. Jika anda tahu dari mana asal watak anda, apa susur galurnya, akan memudahkan anda mengingati watak anda dengan lebih baik.




Duduk di hadapan skrin computer anda, dan tanyakan kepada diri sendiri; watak anda lair di mana? Ibu dan bapanya bagaimana? Dia membesar dalam keluarga yang bagaimana, miskin, hidup sederhana, orang berada atau kaya raya? Semua soalan ini akan membawa anda untuk mengenali watak anda dengan lebih baik. misalnya, andainya jika anda menangkat watak yang hidup miskin, tentulah bermakna dia tidak akan semberono saja apabila berbelanja. Setiap sen bermakna untuk kelangsungan hidup mereka. Ini tentulah berbeza dengan watak yang dibesarkan dalam keluarga orang berada atau kaya raya bukan?

Apa yang berlaku adalah, anda sedang mencipta sifat watak2, dan tidak mungkin anda dpt melakukannya dgn leih meyakinkan, jika anda tidak tahu latar watak itu dahulu.

Kemudian, anda perlu memberikan kehidupan, di luar cerita anda. Apa yg watak anda buat, utk menampung penghidupan (jika dewasa)? Apa hobi kegemarannya? Jika watak anda digambarkan menikmati aktiviti yang sedari awal lagi tidak termasuk dalam kegemarannya, cerita anda tidak akan hidup. Misalnya, andainya watak anda  sukakan kucing, tentulah tidak logik jika dia membiarkan saja pernganiayaan ke atas haiwan tersebut di depan mata, bukan? Begitu juga jika watak itu seorang ustaz, tentu tidak logik jika seorang agamawan tiba-tiba terkinja-kinja di kelab malam – kecuali, kalau dia dah `buang tabiat’!

Dlm erti kata yg lain, pastikan watak anda berada dlm perawatakannya, dan jangan sampai dia `buang tabiat’ kecuali mmg itulah tujuan plot cerita anda yang sebenarnya.

Akhir sekali, ambil masa untuk mengenali watak anda. Kadang2, dalam kehidupan realiti juga, biarpun kita mengenali seseorang, tidak bermakna kita benar-benar `mengenali’ sifatnya yang sebenar. Jadi, anda perlu betul2 mengenali watak2 anda, utk membolehkan mereka benar2 hidup dlm karya anda.

Jadi, bagaimana mahu mempastikan anda mengenali perwatakan watak2 anda? Mudah saja;

1. ciptakan satu biografi untuk watak baru anda. Anda perlu memikirkan dari aspek fizikal (perawakan) watak anda dahulu;

a. Rupa paras; bentuk hidung, mata, rambut, kulit, telinga dll

b. Bentuk badan; gemuk, kurus, tinggi, pendek, dll

2. Kemudian, bentukkan perwatakannya;

a. Perangai
b. Etika/moral/kepercayaan agama
c. hobi
d. sifat
e. kebiasaan khusus dlm tingkah laku
f. yg disukai dan yg tidak disukai
g. phobia dan ketakutan
h. cita2 jangka pendek dan panjang
i. impian dan harapan
j. cinta/kasih sayang


Kadangkala, jika anda tiada sesiapa untuk dirujuk sebagai watak2 anda, potonglah gambar2 drpd majalah atau surat khabar yg sesuai dengan jalan cerita anda. Lekatkan gambar2 ini berhampiran dgn tempat anda berkarya. Namun, itu belum cukup lagi utk anda menghasilkan watak yg unik dan lain daripada yang lain, tentunya. Anda perlu buat draf atau peta seterusnya, untuk menguatkan watak anda.

Walaupun watak protoganis, dia harus juga ada kelemahan yg perlu diatasi di penghujung karya. Seboleh mungkin, dari awal lagi, jgn tunjukkan bahawa dia akan menang di akhir cerita. Bermakna dia terpaksa berkorban kepentingan diri utk mencapai matlamat. Di sini letaknya nilai murni dlm karya anda kelak.

Begitu juga watak antagonis; dia harus ada sedikit kebaikan, dan situasi dan kelemahannya menghadapi situasi itulah yg membuatkan perangai dia begitu dan pada penghujung cerita dia akhirnya akan menyedari akan kelemahan ini (tp, sedar tak semestinya insaf kan? Kalau nak buat dia insaf juga boleh, tp perlu halus dan punya nilai murni juga)

Jika anda mengangkat lebih daripada satu watak utama, pastikan anda berkarya dr sudut pandangan yg betul. Yakni dgn memasuki sepenuhnya kedlm jiwa watak tersebut. Jika anda angkat watak A, maka bahagian watak A harus dari sudut pandangan watak A saja; mendengar, merasa, menyentuh, melihat, menghidu, mengalami dan sebagainya. Begitulah sebaliknya. Bermakna anda perlu bersikap adil kpd setiap watak utama dlm bahagian tersebut, merasa, mendengar, menyentuh, melihat, menghidu dan mengalami apa yang dialami oleh watak tersebut.

Perlu diwujudkan satu krisis/isu/masalah utama yang besar dan rumit, dan setiap watak hanya memikirkan ttg isu utaka ini di samping isu2 peribadi yg ada persamaan dgn isu utama. Dengan menghigh-lightkan pelbagai rintangan yg terpaksa dihadapi oleh watak utamanya, anda dapat menyerlahkan perwatakannya. Di sinilah anda memperlihatkan bagaimana watak ini berjuang/bergelut untuk membuat keputusan utk bertindak hingga Berjaya dgn cemerlangnya, biarpun kadangkala terpaksa bayar (berkorban) mahal utk itu. Mungkin dia akan berkorban cinta, utk memperjuangkan agama dia dll. Yg pasti, di hujung novel, watak utama ini sudah sepatutnya mampu mengatasi atau mengenal pasti kelemahan diri – secara logik k

Watak utama yang bukan hero juga, sentiasa memikirkan dan terlibat dgn isu/masalah utama besar, di samping masalah peribadi yg perlu diatasi sediri. Mereka tidak perlu terlibat seratus peratus dlm isu/masalah utama besar tu, sebaliknya mereka adalah pembantu kpd watak utama hero anda. Sementara watak sampingan pula tidak perlu diketengahkan masalah mereka, kerana mereka tidak lebih drpd prop/perhiasan dlm karya anda, dan jalan hidup mereka tidak ada relevan dgn jalan cerita.


Pendek kata, jika mahu membentuk perwatakan yg kuat, apa yg perlu anda lakukan hanyalah dgn mengizinkan watak2 itu bergerak dan melakukan apa yang natural padanya. Anda perlu wujud dan kuatkan perawatakan watak2 tersebut dengan beberapa tabiat yang bersesuaian.

Diharap, tulisan di atas ini dpt membantu.

Tuesday, February 2, 2010

Sastera; Karya Berlian?

Tuesday, February 02, 2010 // by Azmah Nordin // // 3 comments




Mungkin ramai yg tahu, galian berlian merupakan bentuk berkristal, atau karbon allotrop, (allotrop karbon termasuk grafit dan fullerena). Ia terbentuk antara 120-200 kilometers or 75-120 batu di bawah permukaan bumi. Ia merupakan galian yang paling terkenal dan berguna di antara 3,000 galian yang diketahui. Berlian terkenal kerana kualiti fizikalnya yang hebat, terutamanya kekerasannya—perkataan (diamond) diambil daripada bahasa Greek adamas (`mustahil untuk dimusnahkan')— dan keupayaan mereka menyelerakkan cahaya yg indah.




Khabarnya, ada juga berlian sintetik/tiruan yang diperbuat drpd abu mayat. Cantik, mmg ttp cantik. Dr segi mutu? Anda tau jawapannya. Apakah anda mau menghasilkan karya berlian sintetik yang dihasilkan drpda `abu mayat' - atau karya berlian asli, yg dihasilkan dgn pelbagai jerih payah hingga terbentuk indah sprt gambar2 di atas dan di bawah ini? Terserah pd anda, tentunya.


Tapi, berapa ramaikah yang tahu, bahawa karya sastera juga merupakan berlian dlm bentuk penulisan?





Sastera atau penulisan berlian merupakan karya paling terhormat dan berguna di antara ribuan bentuk karya lain yang diketahui. Ia terkenal kerana mutu karyanya yang hebat, terutama sekali keindahan bahasa dan keteguhan nilai-nilai murni di dalamnya. Seperti berlian, sedikit sebyk, Sastera juga berkeupayaan menyelerakkan cahaya kehidupan kepada para pembacanya.

Andainya oleh ciri-ciri penyerakan cahaya yg indah bak pelangi ini (antaranya) yg menjadikan berlian digemari sebagai barangan perhiasan dan pelbagai kegunaan pengilangan; maka dalam karya sastera pula, ciri-ciri keindahan bahasa, kekuatan nilai-nilai murni dan plot ceritanya dijalinkan dgn daya kreatif yg tinggi hingga mampu menimbulkan keindahan bak pelangi juga itu, dgn sendiri ia digemar dibaca utk perhiasan jiwa pembaca, sekali gus pelbagai kegunaan `pengilangan' dlm pembentukan manusia dan kemanusiaan itu sendiri.

Kebanyakan berlian dilombong daripada paip gunung berapi, di mana mereka tertinggal oleh gunung berapi yang berasal jauh ke dalam di perut bumi, di mana TEKANAN dan suhu sesuai bagi pembentukan berlian. Sementara kebayakan karya berlian `dilombong' daripada saluran perasaan yang menanjak ke ubun2 anda sebagai penulis, dan gelojak perasaan itu mungkin saya berpunca daripada pelbagai perkara/peristiwa yg berlaku berturut tahun lamanya, dan suhu daripada gelojak perasaan itulah yg mendorong penulis utk menghasilkan karya berlian.

Tarikan berlian sebagai batu berharga terletak kepada kekerasannya dan ciri-ciri optik. Tarikan karya berlian sebagai karya berharga terletak kepada keteguhan mutunya dan ciri-ciri optiknya. Berlian yang digunakan sebagai permata dipotong dan digilap menjadi bentuk banyak sudut bagi meningkatkan kualiti yang menarik ini. Karya berlian yg digunakan sebagai bahan pembelajaran, dibedah-siasat oleh para pengulas dan pengkritik berwibawa, yg mana secara tidak langsung sebenarnya turut menggilapnya, secara tidak langsung. Kekerasan berlian membenarkan ia digilap dengan baik dan tahan calar (hanya berlian lain mampu mencalarkan berlian), memberikan kilauan yang baik. Kekuatan karya berlian membenarkan ia digilap dgn baik dan tahan `calar' (hanya sastera berlian lain yg boleh mengalahkan sastera berlian), memberikan pandangan yang baik.

Berlian dalam kegunaan pengilangan telah dikaitkan dengan kekerasannya; ciri-ciri ini menjadikan berlian sebagai bahan terbaik bagi perkakasan memotong dan pelicin — penggunaan biasa termasuk mata gergaji dan mata penggerudi atau kegunaan serbuk berlian sebagai bahan geseran (abrasive). Sementara dlm kegunaan `pengilangan jati diri manusia dan kemanusiaan' telah dikaitkan dgn kekuatan nilai2 murni; ciri-ciri ini menjadikan sastera sebagai bahan terbagai bagi `perkakasan memotong dan pelicin secara halus - lebih kurang sama seperti menggunakan mata gergaji dan penggerudian atau serbuk berlian halimunan, sebagai bahan geseran (abrasive).


Bagaimana berlian itu terbentuk? Menurut kajian sains, karbon yang menghasilkan berlian ini dtg daripada batu pra-wujud di permukaan atas bumi. Perubahan cuaca pada permukaan atas bumi, memaksakan atom karbon masuk lebih dalam dan mencair, sebelum kembali menjadi batu baru, setelah TEKANAN cuacanya berkurangan. Andainya, selain daripada keadaan seperti TEKANAN dan kimianya bertepatan, maka atom karbon dalam batu yang mencair seperti kristal akan membentuk berlian kristal.

Tiada gerenti bahawa atom karbon ini akan berubah menjadi berlian. Jika TEKANAN suhunya mendadak turun naik tidak menentu, pasti saja berlian kristal ini akan mencair dan meresap terus ke dalam perut bumi. Walau ia akhirnya terbentuk juga, ia mungkin memakan masa ribuan tahun untuk berlian itu di mana-mana di permukaan bumi.

Jadi pula dengan Sastera; Karya Berlian ini terbentuk? Jawapannya juga mudah; Menurut pengalaman saya sendiri, bahan/idea cerita yang boleh diangkat sebagai karya Sastera ini, juga mungkin saja datang daripada apa yg sudah wujud di muka bumi ini (di sekitar anda). Perubahan pemikiran dan penelitan anda terhadap bahan yg diambil, juga akan memaksa anda melihatnya dari secara lebih mendalam (kaji), Tapi, andanya kesungguhan anda yg terpaksa menerima pelbagai TEKANAN juga itu, turun naik tidak menentu, bahan/idea cerita boleh saja mencair dan mungkin akan meresap terus ke dalam perut bumi (atau ghaib begitu saja dari minda anda).

Walau bahan/idea itu mungkin dapat dihasilkan juga akhirnya sebagai karya sastera, ia mungkin memakan masa bertahun2 kemudiannya untuk siap - dan mungkin ditulis oleh penulis lain, dan bukan anda sendiri.

Apakah anda perlu gentar pada pelbagai TEKANAN (fizikal/psikologi) , semasa menghasilkan karya berlian? Apakah anda mahu karya berlian itu, yg idea asalnya adalah milik anda, dihasilkan oleh penulis lain? Hanya anda saja yg boleh jawab kan? :)