• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, March 22, 2009

Perkongsian Ilmu & Pengalaman Penulisan Dgn Ummu Anas :)

Sunday, March 22, 2009 // by Azmah Nordin // // 17 comments

Ummu anas :) anda boleh tulis apa saja kat sini, termasuk saling berkongsi ilmu dan pengalaman dengan peserta bengkel  lain  dan para pengunjung blog kita, di sepanjang pengalaman anda menulis karya kreatif bersama kami di sini -   ttg pro and kontra menghasilkan karya kreatif, dugaan, cabaran dan rintangan yg terpaksa dihadapi dan dihadapi dgn jayanya. (tp, jgn puji2 saya k, nanti den tak publish, janji ni!  hehehe) setiap sumbanganmu, kami semua dahului dgn ucapan limpahan jutaan terima kasih dan sayang selalu :) :) :)

.

17 comments:

  1. Salam diiringi limpahan rasa terharu buat sifu az.
    Hanya kecil saja ilmu yang mampu saya kongsikan bersama adik-adik sebengkel juga sesiapa saja yang berkunjung ke blog sastera ini.

    Sebagai permulaan saya mulakan begini;

    mohon sifu semak ilmu kecil sy ni... slalu kita buntu nak mulakan mnulis. ni sbb tak lancar nulis mcm tak lancar ngaji..jadi mesti buat latihan melancarkan penyaluran idea dari minda ke tangan/kekunci

    ReplyDelete
  2. Mula-mula ambil 1 perkataan,apa pun boleh.eg bunga..cuba tulis apa saja idea berkaitan bunga dlm masa 5 min tak brhenti. lepas 5min, lihatlah kita dpt tulis banyak dan lancar. Cari lagi perkataan atau sukukata.. tingkatkn ke 10min.

    Cuba hingga ke 15min pula...yakinlah kesannya hebat. Sebaiknya cuba buat latihan ini beberapa hari..saya telah buat gitu. Ia akan memudahkan kita kawal idea yg sering datang tidak menentu dan juga mendisiplinkan gaya kita menulis...

    Latihan ini jika dibuat kerap diulang2 ketika fikiran dan idea tandus...akan memberi kesan lumayan. Perlu diingat,buat dgn tenang...elakkan memaksa diri. Jangan paksa idea tercetus dari perkataan yang kita rasa buntu. Kita buntu sebab tidak kenal perkataan itu.. tinggalkan. Banyak perkataan yang boleh diambil untuk dikembangkan.

    Selamat mencuba. ummu anas.

    ReplyDelete
  3. ummu anas :)

    saya dah baca, mmg menarik. perlu ada tajuk dan penjelasan utk apa kita cuba kembangkan tulisan tu, supaya yg masih baru sgt dlm penulisan faham. jika ada idea lagi, terus je post kat sini, sbb saya percaya semua peserta bengkel dan pengunjung blog ini akan tertarik dtg ke tread ini.

    kalau tiada org lain menyumbang dlm thread masa terdekat ni, saya tukar tajuknya k :)

    saya baru balik dr Tamu (mcm pasar mlm), wah, penatnya, panasnya, susahnya cari parking, ramainya org...byk lagi saya nak komplen, tp mata dah tak mau celik dah ni, nak pegi tido jap.. :)

    ReplyDelete
  4. Salam sifu dan adik semua, khasnya yang berbengkel di blog sastera ini.

    Terima kasih sifu, komen sifu saya baca sewaktu lunch sebentar tadi. Kemudian rasa terpanggil pula untuk menulis dgn tajuk begini;

    Disiplin Sepanjang Menyiapkan Novel.

    Semua yang saya paparkan ini berdasarkan apa yang saya lalui sepanjang menyiapkan novel pertama saya.

    Seperti juga adik2 yang lain bila saya sebut novel pertama, beerti saya belum punya sebarang pengalaman menulis novel. Walau pun yakin sifu sebagai sastrawanita yang hebat mampu membimbing saya hingga siap novel,...tapi debaran di dada tetap hebat. Seperti berada dalam mimpi yang tidak pasti terlaksana di alam nyata. Keinginan mencuba begitu kuat.

    Setelah mendaftar untuk menghasilkan novel remaja bertemakan kehidupan bermasyarakat yg disesuaikan dgn isu satu Malaysia, saya pun menyediakan diri dengan beberapa kelengkapan...

    Yg pertama Cinta dan Kegigihan.
    Tema yg ingin digarap sudah saya kenal pasti sesuatu yg saya tahu dan memang suka.
    Kemudian berjanji pd diri novel ini mesti siap sebelum saya menamatkan sesi menulisnya - gigih dlm jangka masa yg saya target.1/2 tahun.

    ReplyDelete
  5. Disiplin Sepanjang Menyiapkan Novel.

    Harap posting utk langkah pertama tadi sampai ke dashboard dgn selamat.
    *Diulang tegaskan, persiapan/disiplin yg pertama+utama= cinta + gigih hasilnya novel siap ikut jadual. InsyaAllah.

    Selepas penegasan itu saya telah mengingat janji setia pada diri sendiri, saya tetap menjadi murid sifu yg sentiasa patuh arahan dan proses pembelajaran...kerana sy ingin benar2 menjadi novelis. Ini memberi kekuatan walau berbagai2 cabaran dan godaan mendatang.

    Langkah kedua;
    saya susun jadual masa untuk diselaraskan dengan waktu menulis.
    Pagi - 8-9pg: sy menyalin perkataan2 indah n unik yg terdpt di dalam majalah dewan sastera n tunas cipta.
    9-10pg: sy menyalin sukukata/rangkaikata indah dari antologi cerpen sifu az.
    tengahari-malam pd waktu yg dpt sy menyelit2, sy penuhi dgn membaca antologi puisi, pantun n satu novel trpilih yg memenangi sayembara/sy pilih novel remaja-karya fatimah syarha,dbp. sambil sy kutip prkataan2 indah.
    Ptg/waktu tea-break sy buat latihan'flow writing' yg sy sbut terdahulu. sy pilih apa2 prkataan yg terbaca pg tadi...
    Mlm, brmula waktu smua org tido, 11-12.30mlm sy tumpu menulis novel saya. sy ambil masa 3hari utk satu bab. campur komen sifu n corection, 1bab 1minggu. memang perit. bab 1 sy lalui 3x corrections n selesai bab1 selama 1bulan. satu kenangan tiga rasa di situ...sifu az berjaya membina ketabahan saya.

    ReplyDelete
  6. Untuk pengetahuan adik2 sy memulakan jadual penulisan novel pertama saya awal Julai, selesai awal December 2009. Kira2 5 bulan penuh. Memang lama dan sungguh mencabar. syukur saya dapat selesaikan dlm tempoh yg sy jadualkan.

    Kekuatan utamanya memang Cinta dan Kegigihan.

    Bermakna formulanya;
    Disiplin=Cinta+Gigih=Berjaya

    Peralatan/alat bantu;
    1. kaya perbendaharaan kata
    2. membaca puisi
    3. membaca antologi cerpen n novel yg berkait rapat kumpulan sasar yg kita pilih...kanak2, remaja atau dewasa.

    Stamina/supplement;
    Doa kita dan doa restu sifu.

    Begitu yang mampu sy coretkan seikhlasnya, walau terlalu banyak kelemahan. Ini disebabkan saya sangat ingin melihat adik2 semua berjaya menyiapkan novel masing2 sebaik2nya. Pd pandangan sy adik2 lebih mampu dari saya. Ayuh! terus tabah dan gigih.

    ReplyDelete
  7. Salam sifu Az, adik2 sebengkel sastera dan semua pengunjung blog ini.

    Terharu sungguh saya dgn dorongan yang sifu Az berikan juga sokongan dari adik2 sebengkel. Secara langsung memberi semangat untuk saya teruskan berkarya bagi novel yg kedua pula.

    Di pagi hening ini, sedang pula bersarapan sendirian...saya rasa sangat terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang diharapkan dapat menerbitkan semangat gigih berkarya dalam diri adik2.

    Apa jua masalah dan rintangan yang adik2 hadapi dalam menyiapkan karya kreatif di sini, saya juga menghadapinya...Semakin hebat hal2 yang kita hadapi itu semakin kuat kesungguhan kita melawannya. Dan akan menerbitkan semangat untuk kita buktikan bahawa kita mampu menghasilkan karya tersebut. Di sinilah ujudnya kegigihan. Gigih terbit jika ada halangan dan kita sanggup menghadapinya. Hasilnya kita berjaya.
    Bagaimana semua...setuju dgn kenyataan ini?
    Formulanya: Semangat-Masalah=Gigih
    Gigih+Yakin=Berjaya
    S-M=G
    G+Y=B ; Mudah sajakan? Ayuh! kita buktikan sekarang. Kalau tepat hipotesis saya ni, kita minta sikit hadiah dari sifu...hehehe

    ReplyDelete
  8. Saya sambung lagi...
    Jika pula kita sebut berkaitan cabaran dan rintangan sepanjang berkarya, memang juga saya hadapi.
    Ketika memulakan karya, awal bulan July09, saya tidak sihat, ada penyakit yg menyerang...
    saya abaikan saja,walau sdg dlm rawatan.
    Mengapa?...Kerana telah terlalu lama saya menyimpa keinginan untuk menerokai penulis kreatif. Lebih 10tahun saya aktif menulis artikel2 motivasi.
    Walaupun dlm sakit, dpt saja berbengkel sastera..saya bersegera melibatkan diri kerana khuatir jika pendek umur saya, sudah tiada peluang lagi. Dalam masa yang sama saya sedang menyiapkan buku motivasi saya yang kedua serentak saya memulakan novel yang pertama. sungguh hebat cabaran itu buat saya...
    berbalik kepada formula saya tadi;
    Semangat/Keinginan Kuat-Halangan=Gigih
    S/K-H=G, saya bertekad dan nekad menyahut cabaran.
    Sakit itu telah memberikan saya dorongan kuat.
    Dengannya saya sedar masa yang tinggal untuk saya mungkin sikit saja. Saya ingin meninggalkan sebuah kenangan buat semua yang saya kasihi. Kerana itu juga saya tetap meneruskan berkarya sastera dan menulis bahan motivasi.

    Sekarang adik2 carilah sebab musabab yang boleh menjadi dorongan kuat untuk adik2 bina kegigihan. Hanya kegigihan yang dapat meransang untuk adik-adik terus berkarya.
    Setuju tak?

    ReplyDelete
  9. Saya teruskan lagi...,terima kasih adik2 masih terus membacanya.

    Sepanjang berkarya kreatif ini, berbagai cubaan dan dugaan muncul. Paling serius jika halangan datang dari dalam diri kita. Alasan kesuntukan masa, memang lumrah dalam mencapai apa jua yang kita hajati.

    Untuk masalah pengurusan masa ini kita semua sgt arif, penyelesaianya memang mesti bijak mengurus masa. Malah telah kiat jadualkan semua waktu kerja buat kita. Tetapi mengapa kita masih terperangkap, seakan-akan tidak bergerak?

    Anak kunci untuk melepaskan diri dari perangkap ini...ada dalam tangan kita sendiri! Buka genggaman tangan kita...Telitikan formula ini;
    Gigih+Yakin=Berjaya.
    G+Y=B. Adik2 mesti yakin formula ini tepat. tentang takdir pula, itu hak Allah. Di pihak kita, usaha mesti didahulukan.

    Berbalik kpd waktu sy sakit dan menulis, memang berisiko. Namun hanya itulah peluang saya.
    Lebih cemas,baru saja masuk bab6 novel, saya diarah masuk wad utk rawatan di hospital pakar diJB! saya pasrah..dlm begp akaian utk ke hospital,sy bawa brsama buku catatan utk mnyiapkan bab6 seterusnya. sy brpesan kpd anak sy yg juga brminat mnulis,supaya nanti dia selesaikan semuanya, jika sy tidak mampu.

    Ajaib! sungguh ajaib...sy tidak ditahan di wad, dizinkan balik ke rmh, sbulan kmudian pergi semula ke hospital, penyakit sy sudah tidak membimbangkan..kira2 sembuh.Alhamdulillah,anugerahNya.
    Dapatlah saya menyelesaikan novel dan buku motivasi saya pada target december 2009. Moga diizinkan Allah kedua2nya terbit sebagai pendorong untuk saya lebih gigih.

    Begitulah adik2, saya coretkan semua ini dengan harapan adik2 gigih dan mampu membawa kebaikan untuk memakmurkan alam dan keharmonian insan.
    Ayoh segera bertindak sekarang!
    wassalam.

    ReplyDelete
  10. ummu anas :) :) :) satu perjuangan yg hebat, sungguh tidak disangka!

    ya, saya setuju sgt2, ia adalah suatu keajaiban apabila penyakit yang disangka akan membuatkan anda ditahan di hospital, kemudiannya didapati tidak membimbangkan. semuanya, berkat diberkahi dan dirahmati Illahi, kekuatan dalam diri dan penglibatan yg bersungguh2 dunia Sastera :)

    formula kejayaan tu, tepat sekali ummu anas. yg pasti, tanpa kegigihan dan keyakinan dalam diri, apa pun tak jadi. apabila dah bersedia utk gigih dan yakin, tidak dpt tidak kita terpaksa mengorbankan sedikit kenikmatan hidup yg biasa kita lalui, tgk wayang di tv, misalnya.

    terima kasih ummu anas :)

    ReplyDelete
  11. Satu perkongsian yang menarik.

    ReplyDelete
  12. amat menarik..dan terharu...semuga menjadi pendorong wat sy.InsyAllah jk luntur semangat leh tengok2 tred ni selalu2.

    ReplyDelete
  13. terharu membaca kisah kak ummu anas... terbangkit semangat saya... thanks krn sudi berkongsi pengalaman di sini...

    ternyata sifu buat tread khas ini amat bermanafaat... terutama untuk orang seperti saya yang mudah dirundung cedera emosi... kagum dengan ummu anas...

    ReplyDelete
  14. Jutaan terima kasih utk riesna,
    kerana sudi membaca coretan yg tidak seberapa ini.

    Hajat di hati sy mmg besar, ingin sgt melihat adik2 sebengkel sastera berjaya menghasilkan karya yg bermanfaat utk jutaan pembaca di luar sana...

    Ketahuilah keupayaan yg dianugerahkan kpd kita/mampu dan cenderung menulis ini, besar kesannya kpd jiwa insan lain...jika benar2 kita manfaatkan.

    Baik atau buruk karya yg kita hasilkan memberi kesan terhadap corak kehidupan insan. Kita juga akan diganjari oleh apa yg kita tuliskan...

    Saban hari kita menikmati limpahan kasih Ilahi...
    Sudah sewajarnya juga interaksi kita terhadap alam dipenuhi tingkah laku bernilai murni.

    opps! nampak mcm trkeluar topik pula bicara sy pg ni...cuma nak 'warm up' idea...

    selamat brkarya utk smua adik2.
    very best of luck istimewa utk riesna...
    salam.ummu anas.

    ReplyDelete
  15. ..apa sudah jadi? sdg sy taip di entri ini tiba2 ia hilang...oh sedihnya...
    tak pe sy tidak akn putus asa, sy tulis lg utk kita brkongsi. Yg sy tulis ni ulangkaji utk diri sy juga!

    BAGAIMANA MENJIWAI WATAK UTAMA

    Persoalan ini telah cikgurazak bangkitkan semalam,utk mmudahkan huraian sy nomborkan begini;

    1. dlm sebuah novel/cerpen, yg mnghidupkan critanya ialah watak utama/hero/in.

    -kita pilih satu watak dlm realiti yg kita kenal sgt, contoh paling dekat diri kita.

    tapi sewaktu masuk dlm pnceritaan sedapatnya kita ubah unsur lahiriahnya, supaya org tak tahu kita tulis brkenaan org yg dekat dgn kita..ini teknik+taktik yg mudah bg pnulis.

    Bermakna kita ada model dlm pengolahan kita seperti org yg sedang melukis, ada objek yg dia nampak sewaktu melukis.

    2. tema n isu yg kita angkat dlm novel/cerpen sudah sempurna bulat dlm minda dan perasaan kita.

    Bermakna keseluruhan cerita dari mula hingga akhir sudah lengkap kita ketahui.

    Jika kita angkat isu yg samar, di pertenghan jln kita akn buntu.

    Tidak mengapa kita ambil masa utk membina rangka cerita dlm minda sebelum mula menulis...Tergesa-gesa mnulis sebelum fakta lengkap akn membuat kita tersangkut separuh jln.

    3. untuk membuat watak itu hidup semasa kita menuliskannya, cuba kita wujudkan seolah-olah watak itu diri kita yg sedang mengalami keadaan yg kita tulis.

    Jika plot sedih kita terapkan kesedihan yg sgt mncengkam kita...dgn itu tentu kita akn segera brtindak utk keluar dari isu itu.

    begitu juga jika plot marah! kita letak kemarahn yg sgt mendesak kita...jadi kita akn btul2 wujudkan suasana n rasa marah pd watak...gitu seterusnya.

    apa saja yg kita tulis sebaiknya utk nampak hidup, ia benar2 kita alami. tapi kita mesti bijak mengolah dlm bentuk tidak dpt dikesan pmbaca hal ini dari diri kita...

    sy rasa peserta lain pun ada sesuatu yg brguna untuk dikongsikan dlm sudut ini. Diharap sudilah perturunkannya. moga bermanfaat untuk semua.

    Sebenarnya ada lg yg ingin sy sentuh brkaitan isu ini...
    tapi rasanya memadai sikit dulu...
    sy pun tak patut byk cakap, tapi kerja masih blum selesai. target novel sy minggu ni agak lembab...byk godaan.

    sy prlu segera kembali ke karya sy.
    mohon maaf ats apa juga trsilap tulis.
    mohon sentuhan sifu juga...

    ReplyDelete
  16. ummu anas :)

    tepat sekali cara anda memastikan watak sentiasa hidup dlm fikiran kita.

    ya, saya mcm ummu anas dan semua di sini, sama2 kita bergelut menghasilkankan karya, nak tulis yg lain pun saya tak ada tenaga ni, kuat lagi ummu anas :) bertenaga lagi nak buat entri kat sini..

    saya harap peserta bengkel juga memberikan sedikit ruang utk kita sama2 berkongsi pengalaman kat sini k

    ReplyDelete