• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Saturday, February 13, 2010

Mencipta Perwatakan Yg Lain Drpd Yg Lain

Saturday, February 13, 2010 // by Azmah Nordin // // 4 comments

(Sdr2, tulisan ini ditulis utk membantu peserta bengkel memahami ttg perwatakan dlm karya kreatif, terutama sekali utk Sdr Mazzuin kita :)


Sebelum anda memulakan sebuah karya kreatif, ambil masa untuk mencipta watak2 baru yang dirasakan belum pernah ditulis oleh orang lain sebelum ini. Menghasilkan karya dgn watak2 yg sudah pernah ditulis penulis lain, bukan tidak boleh. Namun, hasil karya anda tidak akan sebaik karya penulis asalnya, kerana penulis itu tentu lebih mengenali watak2 tersebut, berbanding dgn anda bukan? Silap2, sebaik saja membaca karya anda yg menggunakan perwatakan ciptaan penulis lain, dengan pantas pihak editor menolaknya bulat2.


(robot2 kat atas ni pun, dicipta punya perwatakan sesuai dgn jalan ceritanya, ini kan pula manusia kan?)



Bagaimana hendak memulakannya? Mula2 sekali, pilih satu nama watak utama yang anda rasa sesuai. Ingat, anda akan `berhadapan’ dgn watak utama ini, utk beberapa lama, sehingga karya anda siapa. Jadi, pilihlah nama yang paling anda senangi. Nama itu bukan hanya sesuai dan disenangi utk karya anda, tp perlu mudah diingati oleh pembaca kelak. Nama yg terlalu glamorous akan membuatkan pembaca terpaksa mengingatinya, sekaligus terkial-kial cuba menghayati karya anda. Itu tak termasuk lagi apabila anda sendiri terpaksa menaipnya. Lebih dahsyat, apabila editor memikirkan kita mencipta nama sebegitu, hanya kerana mahu memperpanjangkan jumlah mukasurat, kerana kita tidak cukup idea untuk membuat pengisian ceritanya.

Jadi, untuk mencipta perwatakan, anda perlu mengenali orang itu. Ia akan memudahkan anda `merujuk’ semula kepada watak tersebut, andainya terlupa di pertengahan jalan. Ini adalah kaedah yang lazim digunakan oleh para pelakon antarabangsa untuk menghayati watak. Jika anda tahu dari mana asal watak anda, apa susur galurnya, akan memudahkan anda mengingati watak anda dengan lebih baik.




Duduk di hadapan skrin computer anda, dan tanyakan kepada diri sendiri; watak anda lair di mana? Ibu dan bapanya bagaimana? Dia membesar dalam keluarga yang bagaimana, miskin, hidup sederhana, orang berada atau kaya raya? Semua soalan ini akan membawa anda untuk mengenali watak anda dengan lebih baik. misalnya, andainya jika anda menangkat watak yang hidup miskin, tentulah bermakna dia tidak akan semberono saja apabila berbelanja. Setiap sen bermakna untuk kelangsungan hidup mereka. Ini tentulah berbeza dengan watak yang dibesarkan dalam keluarga orang berada atau kaya raya bukan?

Apa yang berlaku adalah, anda sedang mencipta sifat watak2, dan tidak mungkin anda dpt melakukannya dgn leih meyakinkan, jika anda tidak tahu latar watak itu dahulu.

Kemudian, anda perlu memberikan kehidupan, di luar cerita anda. Apa yg watak anda buat, utk menampung penghidupan (jika dewasa)? Apa hobi kegemarannya? Jika watak anda digambarkan menikmati aktiviti yang sedari awal lagi tidak termasuk dalam kegemarannya, cerita anda tidak akan hidup. Misalnya, andainya watak anda  sukakan kucing, tentulah tidak logik jika dia membiarkan saja pernganiayaan ke atas haiwan tersebut di depan mata, bukan? Begitu juga jika watak itu seorang ustaz, tentu tidak logik jika seorang agamawan tiba-tiba terkinja-kinja di kelab malam – kecuali, kalau dia dah `buang tabiat’!

Dlm erti kata yg lain, pastikan watak anda berada dlm perawatakannya, dan jangan sampai dia `buang tabiat’ kecuali mmg itulah tujuan plot cerita anda yang sebenarnya.

Akhir sekali, ambil masa untuk mengenali watak anda. Kadang2, dalam kehidupan realiti juga, biarpun kita mengenali seseorang, tidak bermakna kita benar-benar `mengenali’ sifatnya yang sebenar. Jadi, anda perlu betul2 mengenali watak2 anda, utk membolehkan mereka benar2 hidup dlm karya anda.

Jadi, bagaimana mahu mempastikan anda mengenali perwatakan watak2 anda? Mudah saja;

1. ciptakan satu biografi untuk watak baru anda. Anda perlu memikirkan dari aspek fizikal (perawakan) watak anda dahulu;

a. Rupa paras; bentuk hidung, mata, rambut, kulit, telinga dll

b. Bentuk badan; gemuk, kurus, tinggi, pendek, dll

2. Kemudian, bentukkan perwatakannya;

a. Perangai
b. Etika/moral/kepercayaan agama
c. hobi
d. sifat
e. kebiasaan khusus dlm tingkah laku
f. yg disukai dan yg tidak disukai
g. phobia dan ketakutan
h. cita2 jangka pendek dan panjang
i. impian dan harapan
j. cinta/kasih sayang


Kadangkala, jika anda tiada sesiapa untuk dirujuk sebagai watak2 anda, potonglah gambar2 drpd majalah atau surat khabar yg sesuai dengan jalan cerita anda. Lekatkan gambar2 ini berhampiran dgn tempat anda berkarya. Namun, itu belum cukup lagi utk anda menghasilkan watak yg unik dan lain daripada yang lain, tentunya. Anda perlu buat draf atau peta seterusnya, untuk menguatkan watak anda.

Walaupun watak protoganis, dia harus juga ada kelemahan yg perlu diatasi di penghujung karya. Seboleh mungkin, dari awal lagi, jgn tunjukkan bahawa dia akan menang di akhir cerita. Bermakna dia terpaksa berkorban kepentingan diri utk mencapai matlamat. Di sini letaknya nilai murni dlm karya anda kelak.

Begitu juga watak antagonis; dia harus ada sedikit kebaikan, dan situasi dan kelemahannya menghadapi situasi itulah yg membuatkan perangai dia begitu dan pada penghujung cerita dia akhirnya akan menyedari akan kelemahan ini (tp, sedar tak semestinya insaf kan? Kalau nak buat dia insaf juga boleh, tp perlu halus dan punya nilai murni juga)

Jika anda mengangkat lebih daripada satu watak utama, pastikan anda berkarya dr sudut pandangan yg betul. Yakni dgn memasuki sepenuhnya kedlm jiwa watak tersebut. Jika anda angkat watak A, maka bahagian watak A harus dari sudut pandangan watak A saja; mendengar, merasa, menyentuh, melihat, menghidu, mengalami dan sebagainya. Begitulah sebaliknya. Bermakna anda perlu bersikap adil kpd setiap watak utama dlm bahagian tersebut, merasa, mendengar, menyentuh, melihat, menghidu dan mengalami apa yang dialami oleh watak tersebut.

Perlu diwujudkan satu krisis/isu/masalah utama yang besar dan rumit, dan setiap watak hanya memikirkan ttg isu utaka ini di samping isu2 peribadi yg ada persamaan dgn isu utama. Dengan menghigh-lightkan pelbagai rintangan yg terpaksa dihadapi oleh watak utamanya, anda dapat menyerlahkan perwatakannya. Di sinilah anda memperlihatkan bagaimana watak ini berjuang/bergelut untuk membuat keputusan utk bertindak hingga Berjaya dgn cemerlangnya, biarpun kadangkala terpaksa bayar (berkorban) mahal utk itu. Mungkin dia akan berkorban cinta, utk memperjuangkan agama dia dll. Yg pasti, di hujung novel, watak utama ini sudah sepatutnya mampu mengatasi atau mengenal pasti kelemahan diri – secara logik k

Watak utama yang bukan hero juga, sentiasa memikirkan dan terlibat dgn isu/masalah utama besar, di samping masalah peribadi yg perlu diatasi sediri. Mereka tidak perlu terlibat seratus peratus dlm isu/masalah utama besar tu, sebaliknya mereka adalah pembantu kpd watak utama hero anda. Sementara watak sampingan pula tidak perlu diketengahkan masalah mereka, kerana mereka tidak lebih drpd prop/perhiasan dlm karya anda, dan jalan hidup mereka tidak ada relevan dgn jalan cerita.


Pendek kata, jika mahu membentuk perwatakan yg kuat, apa yg perlu anda lakukan hanyalah dgn mengizinkan watak2 itu bergerak dan melakukan apa yang natural padanya. Anda perlu wujud dan kuatkan perawatakan watak2 tersebut dengan beberapa tabiat yang bersesuaian.

Diharap, tulisan di atas ini dpt membantu.

4 comments:

  1. Salam sifu,

    Saya telah lama ingin menulis novel/cerpen, tetapi selalu tidak berkesempatan dan tak tahu word yang baik utk dipilih.

    Saya baru menulis online novel yang mungkin baru 30% isinya biarpun telah 44 bab. Saya telah menulis rangka cerita berdasarkan saranan sifu. Tapi kekangan masa dan masalah ingin belajar pemilihan bahasa/word, saya abaikan cerita yang ingin disampaikan.

    Boleh tak sifu komen novel saya ? Blog saya di http://izawani.blogspot.com dan bab pertama di
    http://izawani.blogspot.com/2009/05/cerpen-menanti-pasti-bab-1.html

    ------

    Sinopsis

    Izza Salwani, seorang isteri yang terlalu mengagungkan suaminya dan mencintainya sepenuh hati.
    Mohd Haizat Haikal, seorang suami yang menemui cinta lain setelah punya isteri.
    Ikuti liku liku hidup Izza Salwani dalam menempuhi hidup sebagai seorang isteri yang menanti kasih seorang suami dan menanti cahaya mata penyeri hidupnya.
    Bagaimana Izza Salwani merebut haknya sebagai isteri ? Adakah kelembutan dan kesabaran mencairkan ego lelaki, atau ketegasan akan memberi pengakhiran yang lebih baik ?
    Adakah pelangi dihujung sana ? Dan apakah penantian Izza Salwani akan pasti berakhir ?

    ------

    Bila fikir fikirkan, banyak pula novel dengan tema sebegini dalam pasaran.

    Apa komen sifu ?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen sifu dalam blog saya. Sebenarnya bila masuk blog sifu ni baru saya semak semula bab bab yang lama, then rasa banyak yang perlu dirombak.

    Cuma, belum banyak masa lagi utk tumpuan ke arah ini. Krisis dah ada seperti sifu cakap tu... cuma kena fikirkan semula bimbang tetap juga sama macam novel yang dah ada di pasaran.

    Kena fikirkan satu kelainan... dan mengasingkan novel dengan kehidupan... hehehe....

    Saya rasa, mungkin saya akan catitkan secara point dalam blog idea idea jalan cerita yang akan saya panjangkan... supaya perjalanan cerita tidak terbabas sana sini...

    Mungkin, lebih baik saya catitkan bab 1 apa point
    bab 2 point bla bla...
    Saya mungkin akan buat point sampai tamat cerita...

    Kemudian baru kembangkan cerita semula... (selepas banyak membaca dan belajar bahasa yang indah ...) Insya Allah...

    Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  3. Izawani :) sama2. kalau ttg nak indahkan bahasa tu, tak susah sebenarnya. anda hanya perlu baca byk2 novel dan antologi puisi sastera; baca, belajar mcm mana org lain tulis ayat sendiri, dan kemudian cipta ayat sendiri drpd apa yg anda belajar tu k

    ttg nak rombak semula novel tu, cadangan saya, dptkan dulu ilmu2 bantu sprt budaya masyarakat watak utama, jenis kerjaya kedua2 watak (watak utama dan suaminya) dan dlm kerjaya itu juga seharusnya dia ada krisis tersendiri yg dia tangani dgn jayanya dan kaitkan dgn novel anda.

    tujuannya adalah untuk memberikan `pengisian mutu' agar karya anda benar2 hidup dan bermakna, yakni di samping kita memberikan maruah dan mengangkat harga diri watak utama itu sebagai memperjuangkan haknya k

    ReplyDelete
  4. assalamualiakum,sifu! Tolong komen & klau boleh dibetulkan tolong betulkan. terima kasih, sifu!

    1.Dahlia Natasha Imani
    Nama manja: Lia
    Umur: 14 thn
    Keturunan: Anak raja yg akan mewarisi tahkta ibunya.
    Mempunyai iras muka seperti Princess Diana tetapi versi org Melayu.
    Rambut paras dada & berwarna hitam.
    Matanya berwarna hijau.
    Kulit bewarna kuning lagsat dan kulitnya gebu.
    Tinggi: 160cm
    Berat: 40kg
    Mempunyai bentuk badan yang ideal & menarik.
    Ayahnya meninggal & ibunya sakit teruk.
    Suka memberontak tetapi masih sayang & dengar arahan ibunya.
    Tidak suka belajar di sekolah & lebih menyukai home schooling.
    Faham akan tanggungjawabnya sbg bakal pemerintah tetapi ingin bebas daripada peraturan dlm istana.
    Ingin berkahwin dgn rakyat biasa,tdk suka perkahwinan yg diatur.
    Memiliki gelang magikal berwarna unggu.
    Mempunyai abg & kakak angkat bernama Maria & Zamri.
    Perangai sedikit tomboy.
    Membenci seluar.
    Cita-cita jangka pendek: mencari suami drpd kalangan rakyat biasa.
    Cita-cita jangka panjang: mewujudkan keamanan dgn negara yg saling berperang,menjaga kebajikan rakyat & membanteras kegiatan lanun yg semakin berleluasa.
    p/s: ini adalah watak yg pertama

    ReplyDelete