• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Saturday, July 31, 2010

Hantar Karya Yg Dibengkelkan?

Saturday, July 31, 2010 // by Azmah Nordin // // 16 comments

Sdr2 :)

Atas permintaan Sdr Wan Salmah dan Sdr Julaiha kita, saya kongsikan alamat utk sdr2 mencari ruang utk menembusi tembok penerbitan dgn hantar karya2 dah siap dibengkel di sini, dgn menyebut nama saya sebagai pencadang kpd editor tersebut k;



1. rozninah@dbp.gov.my (Editor Dewan Sastera)

2. norzuzilawati@dbp.gov.my (Editor Dewan Sastera)


atau terus saja hantar kpd pihak editor di Mingguan Wanita, dan ini mungkin anda boleh minta alamatnya drpd Ummu najah atau Upenyu

Dan, utk novel pula;

norimah@dbp.gov.my (Ketua Editor bahagian penerbitan DBP)


bagaimanapun, utk saya cadangkan novel anda ke peringkat tertinggi di DBP, karya anda haruslah yg menepati piawaian DBP - kalau dr sudut penulisan, saya boleh bantu di sini, namun dari sudut idea dan tema yg diangkat, haruslah punya nilai perjuangan (hak wanita jika boleh) yg tinggi, diadun dgn ilmu bantu, gaya2 bahasa yg indah dan memiliki nilai2 murni - dgn sekreatif mungkin.

saya cadangkan anda pergi berjumpa mereka dahulu, berkenalan dan dptkan info sebanyak mungkin yg pihak penerbit mahukan drpd penulis k

Selamat berkarya terus

16 comments:

  1. baiknya hati sifu...timakasih sifu.. :-)

    ReplyDelete
  2. sifu, terharunya saya kerana sifu membuat entri untuk menolong kami ini.
    nanti saya cuba buat sentuhan terahir, saya hantarkan.
    buat Upenyu dan Ummu Najah yg sudah tersiar karya mereka di media, bolehlah kongsi tips dgn kami ya..
    terima kasih..

    ReplyDelete
  3. sama2 wansalmah :) juga terima kasih kpd editor2 tersebut juga, kerana bersetuju dan sudi mempertimbangkan karya peserta2 bengkel dari blog kita nik, utk diterbitkan - yg penting mutu karya

    ReplyDelete
  4. Salam semua,

    Tips untuk karya tersiar di media sebenarnya telah dikongsi oleh Sifu, itu je yang saya ikut. Selalunya lepas hantar saya akan hubungi editornya.

    Untuk Mingguan Wanita : Editornya Puan Nuri Supian nuri@karangkraf.com

    Berita Harian : bhsastera@bharian.com.my
    Harian Metro : wanitametro@hmetro.com.my
    Perempuan : Siti Mariam Ibrahim,Ketua Editor - smi@perempuan.com.my, Zakiah Hanim zhanim@perempuan.com.my

    hantarlah dan moga berjaya.

    ReplyDelete
  5. upenyu :) terima kasih atas perkongsian info tu, semoga ia dpt dimanfaatkan oleh semua peserta bengkel blog Sastera kita ni

    ReplyDelete
  6. sesiapa lagi yg punya info ttg ruang penerbitan yg boleh dimanfaatkan oleh peserta bengkel di sini, tlg berikan pada kami k, tq :)

    ReplyDelete
  7. saya mengangap ini suatu kesempatan yang baik.
    saya akan lebih berusaha memanfaatkan kesempatan ini. :)

    ReplyDelete
  8. Penulisan2u menjalinkan kerjasama dengan Penerbit Kaki Novel & Fajar Pakeer.

    Kelebihan bersama penulisan2u ialah promosi yang berkesan dan kerjasama yang erat daripada penerbit. Penulisan2u mempunyai laman blog yang dikunjungi lebih 10ribu-20ribu sehari. ahli berdaftar 20ribu, ahli kelab peminat di facebook 25ribu. dengan peminat novel, pelanggan sasaran yang ada ini, akan memberi kelebihan kepada novel-novel yang diterbitkan melalui penulisan2u.

    Novel-novel dari penulisan2u yang di terbitkan oleh penerbit yang berkerjasama dengan kami. Mencatat jualan bestseller. Seperti Biarlah ym berbicara, Baju pengantin mak andam, malah menguasai carta no 1 bestseller MPH seperti sepupuku suamiku, pergilah air mata - hanni ramsul, walaupun baru novel sulong, novel pertama.

    Kepada yang berminat bersama dengan penulisan2u dan ingin menerbitkan novel anda bersama Kaki novel dan Fajar Pakeer. Boleh menghubungi penulisan2u di

    Editor@penulisan2u.my

    Pastikan ada meletak nama PUAN AZMAH NORDIN sebagai pencadang. Ini memudahkan kami memberi perhatian kepada anak didik Puan Azamah Nordin

    ReplyDelete
  9. Sdr Muzri :)

    Jutaan terima kasih di atas sumbangan sdr dan pihak Penulisan2u, kami amat menghargainya.

    ReplyDelete
  10. Disaat bukan itu pintaku,
    oleh:shafizan uress

    Disaat itu,
    bukan pintaku,
    terjadi sesuatu,
    yang tersemat dihati,
    aku bingung,
    mengapa saat ini,
    terjadi!!!

    Bukan pintaku,tetapi,
    ini sudah di janji,
    sejak azali,sudah tertulis,
    dari lahir,suci berseri,
    tapi ini bukan pintaku,

    Ini semua kehendak ilahi,
    satu-satu menghadap saat ini,
    saat yang sungguh memedihkan,
    nescaya saat ini akan datang,
    walaupun bukan pintamu,

    Disaat bukan pintaku,
    perpisahan berlaku,apabila satu jasad,
    kaku tanpa suara,
    terputus hubungan dunia,
    Rasa sedih dan hiba,

    Di Luh Mahfuz,sudah ternyata,
    malaikat maut,datang menjelma,
    disaat bukan pintaku,
    disaat bukan pintaku,
    disaat bukan pintaku,

    disaat pergi menyahut,
    pergi menyahut ,
    seruan,seruan ilahi..

    ini lagi satu puisi saya untuk di bengkelkan..
    harap beri tunjuk ajar...

    ReplyDelete
  11. dah pollow...pun.minat sangat kt blog ni byak info...mommy cadang nak send sajak kat metro...sifu,leh tunjuk ajar.

    ReplyDelete
  12. HALAMAN diri
    menilik diri dari hujung rambut hingga ke pangkal pribadi,
    mau menyelongkar mana budi? Dimanakah jahil pekerti?
    biasa...otak sudah berkata" pekerti tuan elok belaka, budi tuan di sanjung berjuta"
    maka, legalah kepala mengangguk "ya-ya"
    adat manusia tidak mengeling pada diri yang nyata
    mahu di sorok kudis buta
    tak tahu nanti kanser yang bertapa
    sedang berdiri tak sama
    duduk pula bertapak duri walhal berlapik permaidani tinggi sekaki
    manusia-manusia.....leka dengan laman dunia
    berbuai tali berdendang sekali
    menyanyi merdu lupakan yang mana pilu sedih sendu
    melalaikan pd diri sendiri
    melupakan ayah ibu
    ALLAH.....telah lama tak `kunjungi`
    aduhai.... alahai,usah mendengar bisikan otak
    jangan terlalau percaya angukan kepala
    kerana kita -kita selalu lupa
    diantara otak n kepala ada bisikan tika leka
    lihatlah cermin....terus ke hati
    pandanglah diri....uruskan pribadi
    bertemanlah dengan AGAMA kelak terurus akhlak DIRI.
    DICATAT OLEH MOMMYLAVENDER D

    ReplyDelete
  13. saya perlu hantar di comment ini terus atau bagaimana..

    ReplyDelete
  14. sdra raidy moslan,
    jika anda berminat utk mngikuti kelas bimbingan cerpen,novel, puisi... sila britau di shout(sebutkan kelas bimbingan yg dipilih), kmudian akn sy uruskan pndaftarannya.

    -ummu anas.

    ReplyDelete
  15. ini email utk hantar puisi ke media..
    aminah@dbp.gov.my
    jelita@beritapub.com.my
    majalah.farduain@gmail.com
    norzuzilawati@dbp.gov.my
    nur.natasha@karangkraf.com.my
    puisimetro@hmetro.com.my
    sastera.harakah@gmail.com
    wanitauksb@yahoo.com
    ytaubatal@yahoo.com

    ReplyDelete