• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, January 31, 2010

Asmah - bimbingan cerpen

Sunday, January 31, 2010 // by Noraini Eslah // 104 comments

Asmah,
saya dah buka thread cerpen utk anda. sinopsis juga saya pindahkan di sini, supaya mudah dirujuk sepanjang bimbingan dengan sifu.

Saturday, January 30, 2010

Simbol Dlm Karya Sastera

Saturday, January 30, 2010 // by Azmah Nordin // // 3 comments

water drops Pictures, Images and Photos

(Kat atas tu, adalah simbol dlm sastera. Bukan airnya yg menjadi simbol, tp setitik air itulah simbol apabila ia jatuh ke dlm air dan mencetuskan  gelombang atau riakan di sekelilingnya k ... cuba bayangkan dlm kehidupan manusia/makluk Tuhan pula...)

Seperti yang anda tahu, dlm sastera, simbol atau perlambangan digunakan utk memberi erti kepada penulisan - melangkaui apa yang digambarkan. Plot dan aksi yang mengambil tempat dalam sesebuah cerita, boleh dianggap sebagai berada pada satu tahap, sementara simbol/perlambangan dlm sesuatu perkara berada di tahap lain, dan ia boleh mengindahkan cerita yg sedia ada.

Simbol boleh mengambil tempat dengan mengambil tema dari cerita mewakili tahap fizikalnya. Contoh mudah; ombak yang bergelora di lautan, disamakan dengan sesebuah konflik atau gelojak perasaan. Ombak bergelora itu adalah simbol. (Aranam, Peserta Bengkel Novel ada gunakan simbol ini dlm karyanya :))



Lebih kurang sama dengan peredaran masa dari siang ke senja, atau dari musim kemarau ke musim tengkujuh, mungkin saja boleh dianggap sebagai satu simbol dari kebaikan kepada kejahatan, atau harapan kepada kekecewaan. Sebatang sungai dalam sesebuah babak/episod - boleh saja mewakili pengaliran kehidupan, dari kelahiran ke kematian. Bunga pula, tentu saja boleh menjadi simbol kepada keremajaan atau kecantikan.

Bukan semua dalam sesebuah cerita itu memerlukan simbol. Sebuah lanskap taman hanya sebuah lanskap taman - sehinggalah ia dikontraskan dengan pusat bandaraya yang hiruk-pikuk, di mana taman itu adalah simbol kpd keamanan, ketenangan dan tempat pelarian.

Jom kita lihat pada contoh lazim yg digunakan dalam sastera dan media lain, yg mana mungkin anda biasa dengannya.

Dalam novel Animal Farm, keseluruhan ceritanya ada simbol tentang kehatan komunisme, dengan watak-watak utama yg terdiri daripada haiwan itu, mewakili watak-watak utama dalam Revolusi Rusia. Keseluruhan novel itu boleh dibaca sebagai cerita kanak2, tapi apabila anda mulai menyedari akan kewujudan beberapa unsur dan watak-watak yg disimbolkan di dalam cerita itu, novel itu memberikan pengertian yg berbeza lagi. Kerana itu, novel ini menjadi begitu karya begitu klasik. Cerita seperti ini dipanggil allergory.

Filem Star Wars sendiri, pernah digambarkan sebagai simbol terhadap kepercayaan terhadap agama dan Tuhan, dalam menentang kejahatan.

Lagu I Hope You Dance oleh Lee Ann Womack pula, penuh dengan simbol. Lagu itu sama sekali bukan tentang menari. Tarian adalah simbol untuk memperolehi sebaik mungkin dari kehidupan. Apabila Ann Womack menyanyi lirik lagu, "I hope you never fear those mountains in the distance", the mountains itu adala imbol tentang ketakutan kita tentang masa depan, atau tentang halangan/rintangan yg perlu kita tempohi.

Dalam karya MacBeth oleh William Shakespeare pula, menggunakan darah betul dan darah yg imaginasi, sebagai simbol perasaan bersalah daripada McBeth dan Lady McBeth. Selain daripada itu, terdapat juga burung gagak yang mewakili bencana dlm karya itu.

Dalam novel2 Harry Potter oleh J. K. Rowling, juga boleh dilihat mengandungi byk simbol, walaupun cara menafsirnya sama byk dgn lembaga2 ganjil di dalamnya! Satu contoh mudah yg selalu digunakan oleh Rowling; ular yg mewakili kejahatan.

Menggunakan simbol dlm cerita yang anda tulis, boleh menjadi semudah memasukkan sesuatu persamaan tentang apa yang sedang berlaku dlm plot anda (sebagai contoh, ombak gelora, seperti yg disebut di atas) Tapi, sementara simbol jenis ini boleh menyatu dalam cerita anda, namun ia tidak begitu halus dan jika digunakan terlalu banyak, i aboleh membuatkan cerita anda baik menjadi klise.

Pendekatan yang lebih baik, adalah dengan merancang jenis simbol apa yg anda ingin gunakan pada masa akan datang, supaya ia menjadi sebati sebagai sebagai karya anda, bukan sebaliknya hanya ditambah tokok saja. tanpa makna. Sebagai contoh, jika anda menulis tentang bagaimana seorang lelaki tua menderita penyakit kanser dan hanya mempunyai beberapa bulan saja untuk hidup, anda mungkin akan mengambil latar cerita itu pada musim kemarau di sebuah perkampungan petani, dan kemudian berakhir mengakhir cerita anda pada musim tengkujuh di sebuah perkampungan nelayan. Yakni, untuk memberikan kesan kpd persekitaran cerita anda. Bermula dgn angin yg seperti mati, bumi yg kering kontang, cuaca yang panas terik. Kemudian, berakhir dgn laut yg bergelora dan langit pun menangis; simbol kpd kematian seorang manusia.

Dan sebagainya.