• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Friday, December 31, 2010

Kepelbagaian Ilmu Bantu Dlm Karya Kreatif

Friday, December 31, 2010 // by Azmah Nordin // // 15 comments



Malaysia ialah sebuah Negara di mana tempat berkumpulnya roh manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Saya sendiri seorang rakyat Malaysia daripada campuran kaum Melayu, Minangkabau dan sebagainya -  mempunyai roh Islam. Rakyat Malaysia hanya menjadi bijaksana apabila diiznkan menyumbangkan jalinan budaya untuk memperkayakan khazanah tanahair. Sudah banyak terbukti, setiap budaya telah ditakrifkan oleh orang-orang tua bijak pandai kita pada zaman dahulu kala, yang mewakili masyarakat berbilang kaum mereka tersendiri. Budaya ini, lazimnya mampu membuatkan mencermini diri sendiri dan berfikir lebih dalam, sebelum menerapkannya ke dalam karya kreatif.





Sesungguhnya saya berasa sangat bertuah kerana dilahirkan di kalangan masyarakat berbilang kaum, terutama sekali yang terdapat di Bumi Bawah Bayu ini. Daripada memisahkan diri kepada satu identiti kaum (jika boleh disebut satu!) saja, kenapa tidak dipelbagaikan pemahaman dengan mengalami, menghargai dan menikmati keunikan setiap budaya yang ada di sekeliling saya? Dan sebagai seorang penulis, apakah tapak yang paling sesuai atau lebih afdal saya gunakan, mengangkat-gambarkan budaya, sejarah, lanskap, kehidupan harian dan budaya masyarakat berbilang kaum yang mampu membuatkan kita berfikir dengan lebih mendalam - selain daripada melalui karya kreatif?
Maka, itulah yang saya lakukan. Dengan rasa cinta yang bukan alang kepalang, saya mula meneroka setiap budaya masyarakat berbilang kaum di sekeliling saya yang kadang-kadang amat jarang disentuhi oleh penulis lain secara kreatif, seboleh mungkin. Antaranya, Suku Kaum Dusun/Kadazan, Suku Kaum Bajau, Suku Kaum Murut, Suku Kaum Rungus, Suku Kaum Kimargang, Suku Kaum Kwijau, Suku Kaum Bisaya, Suku Kaum Kedayan, Suku Kaum Berunai, Suku Kaum Irranun, Suku Kaum Kokos, Suku Kaum Tidung, Suku Kaum Suluk, Suku Kaum Orang Sungai dan Suku Kaum Kaum Idahan dan Cina. Ini termasuk cerita rakyat, tarian dan alat-alat muzik tradisional yang bagi saya secara peribadi, sangat-sangat unik dan indah.

Biarpun amat menginsafi dan bahawa dalam penerokaan dan penerapan ilmu bantu (yang kebanyakannya lebih bersifat ilmiah semata-mata) sebagai karya kreatif, pasti terkesan mempunyai banyak kekurangannya, saya teruskan jua. Dalam masa yang sama, saya sentiasa berharap agar ahli-ahli kebudayaan dan para penyelidik yang lebih mahir tentang kebudayaan yang saya terokai lewat penulisan kreatif itu, dapat memberikan panduan supaya karya-karya yang akan datang akan lebih kuat dan mantap lagi daripada sebelumnya. Dengan kerjasama pegawai-pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah yang banyak memberikan sumbangan berbentuk ilmu bantu/disiplin, saya pun mula menggarap karya dengan lebih yakin.

Antara budaya masyarakat yang mula-mula menarik dan membuatkan saya jatuh cinta kepada budayanya, adalah masyarakat kaum Murut, kaum bumiputera yang terkecil bilangannya di antara kaum bumiputera yang lain di negeri Sabah. Kebanyakan kaum ini tinggal di kawasan pedalaman negeri Sabah seperti di kawasan Keningau, Nabawan, Tenom, Sepulut, Pensiangan dan Tomani.
Ilmu-ilmu bantu tentang masyarakat murut itu juga, memberikan saya keyakinan untuk menghasilkan novel dewasa pertama saya `Kukui’ yang saya garapi setelah dua minggu menyertai bengkel penulisan kreatif pertama, di DBP Sabah. Novel ini telah memenangi Hadiah Sastera Sabah dan novel `Dukanya Abadi’ yang telah juga memenangi Hadiah Sastera Sabah. Dalam novel ‘ Dukanya Abadi’, saya masukkan ‘Berian Sampai Mati’ dalam budaya masyarakat murut. Novel Dukanya Abadi inilah yang telah membawa nama saya ke peringkat kebangsaan, di kalangan para pengulas dan pengkritik sastera Malaysia yang tersohor. Ini sesungguhnya amat besar ertinya, bagi seorang penulis baru macam saya pada ketika itu.

Apakah saya memang lebih tertarik kepada budaya suku kaum Murut, berbanding yang lain? Jawapannya; sama sekali tidak. Saya tertarik kepada semua budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia, namun apa yang membuatkan saya lebih mengangkat budaya Murut terlebih dahulu, adalah kerana hanya bahan ilmu bantu/disiplin ilmu daripada suku kaum itu yang saya perolehi dulu, berbanding yang lain yang kebanyakannya terpaksa saya cari di bahagian rujukan perpustakaan dan beli di kedai-kedia kraftangan Sabah. Itu saja. Tambahan lagi, jika ilmu bantu itu datangnya dari institusi yang berwibawa seperti DBP Sabah, sudah tentu saya akan lebih berkeyakinan untuk menggunakannya, bukan?

Semua budaya itu mempunyai keistimewaan tersendiri, termasuk suku kaum Murut terutama sekali tentang Singkowoton. Menurut bahan-bahan ilmu bantu yang diperolehi daripada DBP itu, jika pada zaman dahulu, Singkowoton tradisi yang diperbuat daripada tengkorak manusia atau tinduk sunggang. Tengkorak-tengkorak itu adalah trophy ataupun mahkota keberanian kepada para pahlawan Murut ini. Dan sekembali mereka daripada ekpedisi ngayau (memenggal/mengait kepala), tuan rumah panjang langsung membuat persediaan menganjurkan upacara mengusir roh atau semangat daripada tengkorak itu, di dewan lansaran yang terletak di tengah-tengah rumah panjang.
Maka, tengkorak-tengkorak yang masih berbaur dengan bau darah hanyir itu, digantung di bahagian siling dewan lansaran. Dewan lansaran yang lebih kurang sebesar 12 kaki persegi dan boleh memuatkan 30 penari serentak itu, diperbuat daripada batang-batang kayu keras yang tidak mudah patah. Terutama sekali apabila para penari berpakaian tradisional daripada baldu hitam dihiasi manik-manik pelbagai jenis dan lelaki yang bercawat dengan kepala dihiasi bulu burung enggang saja itu, menghenjut-henjut di atasnya, sambil cuba mencapai Singkowoton di siling dewan lansaran. itu sambil menghenjut-henjut di atas dewan lansaran yang melambung dan berayun-ayun dengan rancaknya. Semakin lama semakin rancak. Semakin lama semakin tinggi. Semakin lama semakin ganas!

Adalah dipercayai, barang siapa yang memakan lemak babi yang telah dikeringkan dan digantung bersama-sama tengkorak tadi, tidak akan diganggu oleh semangat atau roh tengkorak-tengkorak tersebut.

(Oleh kerana aktiviti memenggal kepala adalah menyalahi undang-undang zaman sekarang, majlis sukaria untuk memuja tengkorak manusia yang baru dipenggal itu, telah digantikan dengan majlis sukaria umpamanya dalam majlis-majlis kesyukuran seperti dalam majlis perkahwinan, pertunangan, mendapat cahayamata dan berpindah ke rumah baru.)

Wah, alangkah hebatnya! Desis hati saya, begitu teruja saya membayangkan semuanya. Mata pun bersinar-sinar seperti melihat gambaran pelangi, biarpun yang saya baca hanyalah bersifat ilmiah hitam putih. Jelas sekali, bagi masyarakat Murut zaman dahulu kala, tengkorak manusia adalah benda yang tidak ternilai lagi bagi mereka. Terutama sekali, apabila tengkorak itu turut dijadikan hantaran berian perkahwinan mereka. Semakin banyak jumlah kepala manusia yang berjaya dipenggal,semakin banyaklah peluang bagi pahlawan-pahlawan itu memperolehi isteri yang cantik. Hati saya pun tertanya-tanya; jika tengkorak itu trophy atau mahkota kepada kepada masyarakat Murut zaman dahulu kala, jadi apakah yang menjadi mahkota kepada seorang gadis dan wanita dewasa?

Dari pemikiran mendalam seperti itulah, saya hasilkan cerpen Singkowoton (pada peringkat awak saya baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan kreatif ini), tidak saya sangka pula cerpen tersebut boleh memenangi Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Perdana sekali gus. Kemudian, saya kembangkan cerpen Singkowoton menjadi sebuah novel berjudul Syumul. Dalam novel Syumul ini, saya juga mengangkat budaya suku kaum Dusun dan salah seorang watak utamanya (heroin) dari suku Murut yang berperanan sebagai presiden sebuah firma telekomunikasi tanah air. Biarpun ia hanya memenangi hadiah penghargaan dalam pertandingan menulis novel dewasa oleh Esso Gapena, saya diberitahu hanya novel Syumul daripada pertandingan itu yang sedang diterjemah ke dalam bahasa inggeris oleh pihak ITNM.

Bertolak daripada pengalaman yang amat menyeronokkan itu, masih dalam mood atau pengaruh suasana budaya masyarakat Murut, secara kebetulan saya terdengar rungutan seorang sahabat, presiden NGO tentang pembakaran rumah pinggir laut yang sudah lebih 30 tahun diduduki hampir 90% oleh orang-orang tempatan – dibakar oleh pihak pemaju sebuah firma pembinaan raksasa yang mahukan mereka berpindah meninggalkan tempat itu. Ketika pembakaran itu dilakukan, orang-orang kampung air yang serba daif kehidupan mereka ini, sedang tidur nyenyak. Dengan secara tidak langsung, bererti mereka tidak bersedia untuk melarikan diri. Air laut pula sedang pasang besar, sedangkan titi sudah marak dijilat api. Bayangkan!

Aduh, saya begitu marah. Jadi, bagaimana saya hendak memperjuangkan nasib orang-orang kampung yang malang itu, jika kehidupan saya sendiri pun lebih kurang saja daifnya. Kemudian saya ingat satu; penulisan kreatif. Oleh kerana masih dalam mood atau pengaruh suasana masyarakat Murut, saya kaji kembali bahan ilmu bantu yang diperolehi daripada DBP itu. Tiba-tiba, mata saya terhenti pada upacara Mansayau; upacara untuk berpindah ke rumah panjang baru. Semua roh atau semangat orang-orang yang tinggal di perumahan lama itu, harus dipindahkan atau dibawa berpindah ke perumahan baru secara baik-baik dan penuh restu pemilik asalnya, termasuk tengkorak manusia yang ada di dalam simpanan mereka. Tujuannya adalah untuk menghormati roh atau semangat tersebut, supaya tidak menghantui mereka di belakang hari.

Secara baik-baik dan penuh restu pemilik asalnya? Hah, itu yang tidak dilakukan oleh firma pembinaan itu – tidak menghormati roh atau semangat pemillik rumah yang dibakar mereka itu! getus hati saya yang sakit membongkol sangat-sangat itu. Dengan secara mendadak, saya dihujani pelbagai ilham tentang bagaimana cara terbaik untuk saya gabungkan antara dua dunia itu – dunia masyarakat Murut zaman dahulu kala dengan dunia zaman sekarang yang berkaitan dengan firma pembinaan itu. Langsung, terbitlah sebuah cerpen berjudul `Cermin’ yang pernah tersiar di Dewan Sastera. Lewat cerpen ini, saya bukan hanya mengangkat budaya masyarat Murut, tapi saya gabungkan dengan profesion seorang jurutera awam (juga ilmunya saya perolehi daripada buku2 ilmiah) Setelah mendapat ulasan yang cukup positif, cerpen itu saya kembangkan menjadi sebuah novel dewasa yang berjudul `Dari Dalam Cermin’. Sekali lagi, sungguh tidak saya sangka, novel yang saya angkat daripada cerpen yang terhasil daripada kemarahan saya itu, telah memenangi tiga hadiah berturut-turut; Pertandingan Novel Dewasa anjuran Jabatan Ketua Menteri sabah, Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Malaysia.
.
Kemudiannya, saya berpeluang menonton persembahan kebudayaan, sebagai salah satu acara pada sebelah malam dalam seminar anjuran DBP dan Badan Bahasa. Semua menarik tentunya. Tetapi, yang paling menarik sekali, tentulah persembahan Bubu Mengalai, dari suku kaum Bisaya. Sepanjang perjalanan pulang dari seminar itu, saya terfikir-fikir tentang persembahan Bubu Mengalai itu. Setiba saya di rumah, sekali lagi saya membuka bahan-bahan ilmu bantu yang saya perolehi daripada DBP itu. Akhirnya saya ketemukannya. Setelah membaca bait-bait puisi Bubu Mengalai dan cuba memahami akan erti di sebalik upacara itu, tiba-tiba saya mendapat ilham untuk menghasilkan novel Awang Mudir Kirana Besar. Ceritanya saya dapat daripada perbualan ringan saya dengan seorang gadis jelita yang begitu ghairah dan bangga menceritai pengalamannya digilai oleh orang besar dalam dunia sastera. Lantas saya terbayangkan akan isteri kepada orang besar itu. Lewat novel ini saya bukan hanya menggambarkan perasaan watak utamanya sebagai terperangkap di dalam Bubu Mengalai bikinan suaminya, tetapi saya mengangkat kerjaya dalam dunia perhotelan dan pemakanan secara kreatif. Dalam novel itu, orang besar dalam dunia sastera itu, saya ubahkan jadi orang besar di dalam dunia perhotelan di mana orang besar itu juga memberikan kursus-kursus perhotelan kepada para karyawan.. Sementara isterinya yang dari suku kaum Bisaya itulah watak utama/heroin atau sebagai wanita perkasa di dalam novel ini.

Walaupun novel Awang Mudir Kirana Besar ini tidak pernah memasuki apa-apa pertandingan, apatah lagi memenanginya; ia tetap adalah antara karya yang sangat-sangat menyeronokkan ketika menggarapnya. Sebabnya? Oleh kerana ia bukan novel untuk pertandingan, dengan sendiri saya bebas untuk memasukkan unsur-unsur yang agak ganas (sadis) dan nakal secara kreatif di dalamnya – tapi tetap menggunakan unsur-unsur dan bahasa sastera yang diperlukan.
Dalam novel Menongkah Lumrah pula, saya mengangkat budaya suku kaum Bajau-Idaan dan watak utamanya – juga sebagai wanita perkasa dalam dunia industri komputer. Sekali lagi, mujur saya mendapat kerjasama daripada pegawai-pegawai DBP Sabah yang memberikan saya ilmu-ilmu bantu/disiplin, bagi memudahkan saya menggarap dan menggabungkan semuanya dalam bentuk karya kreatif. Begitu juga dengan novel terbaru yang mengangkat budaya suku kaum Brunei. Ilham untuk mengangkat suku kaum Brunei ini, datang daripada rumah jiran saya pada setiap hujung minggu, di Bongawan. Begitu merdu sekali bunyi iramanya, sehingga saya sering terbuai olehnya.

Jadi, saya fikir; kenapa tidak diangkat suku kaum Brunei dan mainan gambus itu ke dalam karya terbaru saya pula? Pasti menarik dan romantis. Untuk mengangkat budayanya, saya juga perlu ada cerita yang cukup kuat, supaya logik. Jadi, apa yang lebih logik daripada pengalaman peribadi sendiri yang sangat-sangat menyayat hati? Maka, lewat novel ini, saya pun gabungkan dunia perubatan zaman sekarang dengan dunia perubatan zaman dahulu kala (masa Sabah masih di bawah jajahan British). Saya wujudkan kisah cinta kudus seorang wanita Brunei (juga wanita perkasa) dengan lelaki zaman dahulu – mcm berlaku dalam dunia realiti. Maka, dengan mood yang sering dibuai irama gambus, maka lahirlah novel terbaru saya berjudul ‘Tabii Kemo’ yang mengambil latar Bongawan seratus peratus. Novel ini bukan saja mengangkat manusianya daripada masyarakat berbilang kaum, tetapi juga mengangkat manusia di peringkat antarabangsa. Sekurang-kurangnya, saya berusaha ke arah itu – sama ada akan berjaya atau tidak, wallahuallam!
Di antara novel-novel kanak-kanak, remaja dan dewasa/umum dan novel moden, saya banyak menghasilkan cerpen yang hampir semuanya mengangkat budaya masyarakat berbilang kaum Sabah. Kebanyakan cerpen itu, menjanjikan sebuah novel untuk digarap – jika saya punya cukup tenaga, insya-Allah.

Namun, daripada novel-novel dan cerpen-cerpen yang telah saya hasilkan, para pembaca akan mengesan bahawa betapa banyak lagi budaya masyarakat berbilang kaum Sabah yang belum sempat atau terdaya saya sentuhi/terokai secara kreatif dan bermutu tinggi. Diharapkan semua penulis, terutama sekali penulis-penulis Sabah untuk menggunakan kemahiran/kepakaran dalam bidang penulisan kreatif, untuk terus gigih mengangkat khazanah masyarakat berbilang kaum yang juga pelbagai ini, supaya ia tidak hilang ditelan zaman begitu saha. Sekali gus mencari jati diri dengan melakukan ekstrapolasi daripada pengalaman dan perjuangan bermakna daripada manusia di dalamnya.
`
Sebagai kesimpulan, anggaplah menghasilkan karya kreatif itu seperti kita memasak di dapur. Setelah kita tahu apa yang nak dimasak, tentulah kita akan campurkan pelbagai ramuan (ilmu bantu) yang bersesuaian, untuk menaikkan rasa makanan kita supaya berkhasiat. Sama ada ia lazat ataupun tidak, bergantunglah kepada bakat memasak kita, bukan? Juga boleh diibaratkan seperti seorang pereka cipta (designer) pakaian, pelbagai unsur (ilmu bantu) kita gunakan untuk menaikkan mutu penciptaan supaya lain daripada yang lain. Sama ada kita berjaya menghasilkan masakan yang lazat pada orang lain atau berjaya mencipta pakaian kita menarik minat pembeli untuk memakainya – bergantung kepada bakat semula jadi kita. Namun, jika kita memang berbakat dalam satu-satu bidang, soal-soal teknikal, misalnya bagaimana menerapkan ilmu bantu secara kreatif, boleh dipelajari – daripada saya, insya-Allah..


Sunday, November 28, 2010

Soal Jawab Ttg Novel & Cerpen

Sunday, November 28, 2010 // by Azmah Nordin // // 56 comments

Sdr2, di sini saya membuka ruang utk sdr2 bertanya apa saja ttg cara menghasilkan novel dan cerpen. Akan saya jawab setiap soalan sdr2 berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun saya menghasilkan karya, dgn sebaik mungkin, insya-Allah :)

Monday, October 25, 2010

Mencintai-Mu; Wan Salmah

Monday, October 25, 2010 // by Azmah Nordin // 5 comments

Sdr2 sekalian, sekali lagi, dgn teramat sgt bangganya, saya menyiarkan gambar cerpen Mencintai-Mu, hasil karya Sdr Wan Salmah kita yang baru terbit pada dalam Majalah Mingguan Wanita edisi 27 Jan. - 3 Feb. 2012.. Untuk pengetahuan sdr2 sekalian, cerpen ini juga telah  mendapat bimbingan dari kelas cerpen blog Sastera kita ini. Tahniah Wan Salmah :)



Sunday, October 3, 2010

Cerpen Siti

Sunday, October 03, 2010 // by Noraini Eslah // No comments

Siti Norhidayah,
sila masukkan cerpen anda dalam thread ini, kemudian sifu akan mulakan bimbingan

Sunday, September 5, 2010

Cerpen Dayang

Sunday, September 05, 2010 // by Noraini Eslah // No comments

Dayang,
sila masukkan sinopsis cerpen anda dalam thread ini, kemudian akan mula sifu bimbing

Sunday, August 29, 2010

SINOPSIS CERPEN

Sunday, August 29, 2010 // by Noraini Eslah // 68 comments

Bagi peserta dan pengunjung yang berminat menghasilkan cerpen bermutu dan bernilai murni, sila masukkan sinopsis cerpen yang ingin anda garap ke dalam thread ini. Saya akan menilai berdasarkan checklist karya blog sastera yang disediakan. Kemudian akan saya daftarkan untuk mendapat bimbingan dari sifu az.

*Nyatakan nama ringkas anda pada sinopsis yang dimasukkan.
(nama penuh,umur dan status, hanya perlu dinyatakan dalam thread anda setelah saya buka nanti)
-kak aini
(pengurus blog sastera)

Khairulazwat - bimbingan cerpen

Sunday, August 29, 2010 // by Noraini Eslah // 7 comments

Assalammualaikum Khairulazwat,
Saya sudah buka thread cerpen untuk anda mendapat bimbingan daripada sifu.
sinopsis anda juga saya pindahkan ke sini, supaya mudah dirujuk sepanjang bimbingan.

Selepas ini sifu akan menunjukkan kpd anda cara mengolah sinopsis ini menjadi cerpen bermutu yang tidak klise. Semoga mudah usaha anda , asal saja tekun dan gigih!
-kak aini.

Sunday, August 1, 2010

Novel Kanak-kanak Aini

Sunday, August 01, 2010 // by Noraini Eslah // 2 comments

Sifu,
saya letakkan sinopsis novel kanak-kanak saya di sini

Saturday, July 31, 2010

Hantar Karya Yg Dibengkelkan?

Saturday, July 31, 2010 // by Azmah Nordin // // 16 comments

Sdr2 :)

Atas permintaan Sdr Wan Salmah dan Sdr Julaiha kita, saya kongsikan alamat utk sdr2 mencari ruang utk menembusi tembok penerbitan dgn hantar karya2 dah siap dibengkel di sini, dgn menyebut nama saya sebagai pencadang kpd editor tersebut k;



1. rozninah@dbp.gov.my (Editor Dewan Sastera)

2. norzuzilawati@dbp.gov.my (Editor Dewan Sastera)


atau terus saja hantar kpd pihak editor di Mingguan Wanita, dan ini mungkin anda boleh minta alamatnya drpd Ummu najah atau Upenyu

Dan, utk novel pula;

norimah@dbp.gov.my (Ketua Editor bahagian penerbitan DBP)


bagaimanapun, utk saya cadangkan novel anda ke peringkat tertinggi di DBP, karya anda haruslah yg menepati piawaian DBP - kalau dr sudut penulisan, saya boleh bantu di sini, namun dari sudut idea dan tema yg diangkat, haruslah punya nilai perjuangan (hak wanita jika boleh) yg tinggi, diadun dgn ilmu bantu, gaya2 bahasa yg indah dan memiliki nilai2 murni - dgn sekreatif mungkin.

saya cadangkan anda pergi berjumpa mereka dahulu, berkenalan dan dptkan info sebanyak mungkin yg pihak penerbit mahukan drpd penulis k

Selamat berkarya terus

Monday, July 26, 2010

Nisha - bimbingan cerpen

Monday, July 26, 2010 // by Noraini Eslah // 64 comments

Assalammualaikum Nisha,
Saya sudah buka thread bimbingan cerpen untuk anda. Sinopsis anda juga sudah saya pindahkan ke dalam thread ini. Selepas ini sifu akan mulakan bimbingan dan menunjukkan kpd anda cara mengolah sebuah cerpen bermutu dan bernilai murni. Setiap kali anda membuat posting di sini, harap maklumkan di shout box supaya saya senaraikan utk sifu edit.
-kak aini.

Sunday, July 25, 2010

Sutake Da Ne Aleena; novel karya Massruhaiza Ali

Sunday, July 25, 2010 // by Azmah Nordin // 2 comments


Salam sdr2 :) bersama2 ini, sekali lagi, dgn teramat sgt bangganya, saya menyiarkan gambar novel kanak-kanak/awal remaja  berjudul Suteki Da Ne Aleena, hasil karya Sdr Massruhaiza Ali yang baru  terbit dalam tahun 2013 di Institut Terjemahan Buku Negara.   Semoga kejayaan anak didik saya yang juga bermula dari blog Sastera dan kemudian ke blog Kayangan ini,  menjadi inspirasi kepada semua anak didik blog Sastera dan Kayangan.  tahniah  mass  :)  gigih terus k.





Sunday, July 11, 2010

Nurul Izzaty

Sunday, July 11, 2010 // by Azmah Nordin // 1 comment

Nama : Nurul Izzaty Nor Jefri
Judul : (belum d'tetapkan)
Jantina : perempuan
No. k/p : 971123-12-6474
Tempat Tinggal : Sandakan, Sabah
Jenis Karya : Cerpen


Menceritakan sebuah persahabatan yang erat antara Jihan, Safwanah, dan Balqis. Mereka mempunyai banyak kenangan manis bersama ketika di Tingkatan 3. Persahabatan yang jujur dan suci ini Cuma sementara setelah mereka masuk ke dunia Tingkatan 4.
Jihan, Safwanah, dan Balqis dipisahkan kelas mengikut keputusan PMR mereka. Jihan telah dimasukkan ke kelas 4Sains Tulen, manakala Safwanah dan Balqis pula dimasukkan ke kelas 4Sains Asasi. Pada awal tahun mereka di Tingkatan 4, mereka masih mempunyai saat-saat mesra bersama, namun kemesraan itu semakin pudar disebabkan mulai timbulnya rasa terpinggir oleh Safwanah dan Balqis.
Kehadiran Soffy telah mengubah keadaan menjadi keruh. Safwanah dan Balqis menganggap Soffy adalah pengganti Jihan dalam ikatan persahabatan mereka. Seperti Jihan tidak lagi penting bagi mereka. Konflik demi konflik berlaku antara Jihan, Safwanah, Balqis dan Soffy. Rasa iri hati atas sikap peramah Jihan telah timbul semenjak kehadiran pelajar baru di kelas 4Sains Tulen. 
Jihan hanya mampu bersabar mengharungi pelbagai sindiran dan kadang ditinggalkan keseorangan oleh mereka. Namun, kesabaran Jihan juga ada batasnya. Jihan mengambil keputusan untuk mengikut keluarganya berpindah ke luar Negara tanpa memaklumkan kepada Safwanah, Balqis, dan Soffy. Sebelum Jihan berangkat, Jihan telah meninggalkan sesuatu kepada Safwanah, Balqis, dan Soffy yang membuatkan mereka rasa menyesal dan bersalah terhadap Jihan. Namun, mereka tidak lagi dapat menjejak di mana keberadaan Jihan. 

Monday, June 28, 2010

Ecah: karya Aziyati MZ

Monday, June 28, 2010 // by Azmah Nordin // No comments

Salam sdr2 :) bersama2 ini, sekali lagi, dgn teramat sgt bangganya, saya menyiarkan gambar cerpen Ecah, hasil karya Sdr Aziyali MZ yang pernah telah mendapat bimbingan dari blog Sastera kita ini. Cerpen Ecah baru sahaja terbit di Majalah Pelita, DBP, edisi Mei 2012. Nanti selepas tempoh bulan terbitnya cerpen ini di Pelita, dapatlah kiranya Azi terbitkan keseluruhan cerpen utk kita kongsi bersama di sini. tahniah azi :) gigih terus k. .


Sunday, June 6, 2010

Norshahira

Sunday, June 06, 2010 // by Azmah Nordin // 3 comments

Sinopsis mencari radhaMu ilahi

Cerpen ini mengisahkan, dua orang sahabat iaitu Fatimah dan Natasya yang mempunyai latar belakang yang berbeza namun itu tidak menjadi penghalang untuk mereka bersahabat baik. Mereka juga bersekolah di sekolah menengah yang sama bahkan sekolah rendah pun mereka bersama.
Namun dua sahabat ini terlalu jahil terhadap agama mereka sendiri sehinggakan mereka digelar islam pada kad pengenalan sahaja. Dua orang sahabat ini sememangnya remaja yang sosial. Mereka sejak dari kecil lagi n kurang diberi pendekatan terhadap agama mereka sendiri bahkan kedua orang tua mereka sentiasa sibuk dengan urusan duniawi sehingga lupa tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Dalam kesibukan orang tua mereka mengejar urusan dunuawi mereka terabaikan kan kasih-sayang terhadap anak-anak mereka.
Di sekolah dua orang sahabat itu terlalu nakal kerana kurangnya pendekatan terhadap agama mereka sendiri. Di sekolah merela sangat terkenal dengan sikap nakal mereka.bahkan guru-guru juga sudah bosan dengan terus menghukum mereka.di sekolah juaga mereka mempunyai seorang lagi sahabat yang bernama Hani, namun setelah Hani berubah dia sudah kurabg bergaul dengan rakan-rakannya yang terlalu nakal.
Pada suatu hari Fatimah dan Natasya bertemu dengan Hani kerana kurang menyenangi perubahan Hani. Lalu mereka pun bertemu dengan Hani. Hani menceritakan pengalamannya danmengapa dia berubah dengan mendadak. Ini kerana hidayah terlah sampai kpadanya dan semua perubahannya didorong oleh suatu program iaitu “Progrsm keislaman”, di mana program itu banyak mendorongnya utuk meneruskankan niatnya. Mendangar penjelasan dan cerita Hani sebentar tadi, dua sahabat terdiam seketika.
Keesokan harinya dua sahabat itu, sepertinya tertarik dengan perubahan hani, kemudian mereka pun ingin berubah seperti hani. Mereka sedar mereka terlalu jauh terpesong dengan ajaran agama mereka. Hani memberikan boring kepada mereka dua sahabat tadi. Hani percaya mereka pasti dapat berubah kerena program itu pasti dapat mendorong mereka.
Setelah mengikuti program keislaman itu terlalu bnayak perubahan yang mereka tunjukkan sehinggakan Hani berbangga dengan dua orang sahabatnya itu bukan Hani sahaja bahkan kedua orang tua mereka. Dalam mereka berubah memang terlalu banyak cabaran dan dugaan yang mereka tempu namun itu tidak menjadi penghalang untuk mereka tetap berubah.

Cerpen Arryka

Sunday, June 06, 2010 // by Noraini Eslah // 3 comments

Arryka,
sila masukkan sinopsis cerpen anda dalam thread ini, kemudian sifu akan mulakan bimbingan

Monday, May 31, 2010

Syeera-bimbingan cerpen

Monday, May 31, 2010 // by Noraini Eslah // 53 comments

Assalammualaikum Syeera,
Saya sudah buka thread cerpen anda yang baru. Seperti biasa, anda perlu letakkan sinopsis cerpen terlebih dahulu untuk saya lihat sebelum mula sifu bimbing. Teruskan gigih, syeera.
-noraini eslah(ummu anas)

Friday, May 14, 2010

Mesej; Jgn Saratkan Jambatan Anda

Friday, May 14, 2010 // by Azmah Nordin // , // No comments

Photobucket

Kat atas ni, salah satu `jambatan' atau `titian' saya :)

Ok, setiap penulis yang baik, sentiasa ingin memperjuangkan sesuatu yg terbuku di dalam hati. Sesuatu yg penting. Sesuatu yg bermakna, bukan hanya utk diri sendiri, tp utk org lain. Termasuk penulis utk penulisan karya kreatif. Biarpun tugas mereka adalah utk menyampaikan cerita, lazimnya mereka akan menyampaikan mesej lewat karya mereka. Kalau dlm penulisan Sastera, mesejnya haruslah memiliki nilai-nilai murni, tentunya. Mesej itu apa? Seperti anda semua tentunya sudah tahu; mesej itulah tema cerita yg cuba anda angkat dlm karya anda k



“Jangan buat macam tu!"nasihat segelintir penulis mampan. Kata mereka lagi; fokus kpd jalan ceritanya. Biarkan watak-watak anda melakukan apa yang patut secara natural, dan jgn jadikan mereka sebagai boneka atau puppet, semata-mata utk menyampaikan mesej dan kepercayaan anda kpd pembaca.

Pernahkah anda mendengar nasihat serupa itu? Jika tidak, kenapa? Kerana menyampaikan mesej adalah satu2nya sumber tenaga/semangat yg membolehkan anda terus menceburi penulisan kreatif?

Ok, jika anda ingin menyelitkan mesej ke dalam karya kreatif anda, bayangkanlah sebuah gaung. Gaung yg dalam yang sedang banjir. Anda tentu mahu membawa membawa para pembaca anda menyeberangi gaung itu. Jadi bagaimana?

Sudah tentulah anda perlu membina jambatan dulu, bukan? Jadi, bagaimana nak bina jambatannya? Anda akan tanya sekali lagi. Ok, anda lalu cipta-garapkan watak2 dan latar/lokasi yg boleh dipercayai, biar segalanya bergerak dalam suasana yang boleh diterima akal juga. Selepas itu, anda lihat semula apa yg telah anda hasilkan, setakat ini.

"Eh, logik tak `jambatan' aku buat ni?" Anda perlu tanya diri anda begitu.

Setelah cukup yakin, anda pun memuatkan para pembaca anda ke dalam bas utk menyeberangi `jambatan' yg baru anda bina. Dalam masa yg sama, anda tidak lupa utk mengisi mesej anda di ruangan kargo atau tempat menyimpan barang, di dalam bas itu.


Agak2nya, boleh tak `jambatan' yg anda bina itu, menanggung bebanan yg berupa mesej anda itu? Apakah anda rasa, `jambatan' anda sudah cukup kuat untuk menanggung keberatan mesej anda yg teramat sgt pentingnya itu? Ataupun, belum pun sampai di tengah `jambatan', bas yg membawa pembaca dan mesej teramat sgt penting anda itu, sudah menjunam ke dlm gaung!

Jika anda sendiri boleh rasa ia tidak cukup logik, eloklah dibina semula `jambatan' anda itu. Jgn biarkan pembaca cuba menyeberangi `jambatan' itu, sehingga anda betul2 yakin ia cukup kukuh utk diseberangi. Yg pasti, semakin besar mesej yg ingin anda sampaikan, maka seharusnya semakin kukuhlah `jambatan' yg perlu anda bina. Sama seperti, semakin berat mesej yg ingin anda sampaikan, maka sewajarnyalah cerita anda semakin kukuh dan tahan uji. Watak2nya biar meyakinkan, plotnya biar menarik/mengasyikkan, sehingga para pembaca yg ingin anda bawa ke seberang sana, tiada masa memikirkan sama ada mesej yg anda muatkan di dalam kargo atau tempat barangan dlm bas itu, boleh menjunamkan mereka ke dalam gaung ataupun tidak.

Penulisan kreatif, dihasilkan dgn tujuan menghiburkan. Penulisan kreatif yg baik, bukan hanya menghiburkan, tapi mengandungi mesej - suatu pernyataan tentang kehidupan alam semula jadi dan kemanusiaan. Dan, utk menghiburkan, karya anda harus mempunyai daya tarikan (nilai komersial) dan `hidup'. (kalau anda berbengkel dgn saya, saya boleh tunjukkan bagaimana mahu `menghidupkan' karya)

Utk mempastikan cerita anda menghiburkan, beberapa unsur perlu ada di dalamnya. Pertama2 sekali, sesuatu mesti pernah `berlaku'. Dalam lain perkataan, MESTI ada isu atau situasi/masalah yg perlu diberikan perhatian dan wajib diselesaikan. Waktu penyelesaian ini, dipanggil `klimaks'.

Misalnya; seorang remaja perempuan menyaksikan rakan sekelasnya mengedar dadah, di mana akan melibatkan kebanyakan pelajar sekolahnya. Ataupun, seorang jururawat menyaksikan penyalah-gunaan kuasa oleh seorang doktor pakar, yang mana mungkin akan mengakibatkan kematian ke atas pesakitnya, sekali gus menyeret nama baik sebuah hospital kerajaan ke mahkamah.

Ini, sudah tentulah, sebuah plot cerita saja, bukan? Jadi, bagaimana lagi? anda mungkin akan bertanya begitu pula. Dgn soalan ini, membuktikan bahawa setiap penulis perlu memahami betul2 ttg watak2 yg berbeza peranannya dan cerita yg hendak disampaikan itu sendiri dahulu, sebelum boleh membentuk sesebuah plot cerita dengan lebih lancar. Melalui plot cerita yg baik, seseorang penulis boleh menyampaikan mesejnya. Misalnya, dgn menunjukkan kpd pembaca ttg betapa seseorang insan yg mulia hatinya, sanggup berkorban apa saja demi kasihnya kpd sesama insan, tanpa meminta balasan. Dan sebagainya.


Watak protagonis; watak ini perlu mempunyai matlamat utk menyempurnakan satu-satu perjuangan. Tanpa unsur2 ini, novel atau cerpen anda pasti akan terbantut atau gagal dikembangkan. Watak ini mungkin ingin memenangi sesuatu, mencari sesuatu, menewaskan sesuatu, dan sebagainya. Maknanya, dia harus ada tujuan hidup yg murni, dlm karya anda.

Watak antagonis; watak ini akan sentiasa menghalang usaha watak protagonis. Watak antagonis sentiasa mahukan sesuatu yg bertentangan dgn kemahuan watak protagonis, dan kedua2nya seperti sukar sgt hendak `menang' dan malah, mungkin kedua2nya boleh tewas terus. Lebih dahsyat, jika watak protaganis itu adalah orang yg sama dgn watak antagonis!


Konflik pula akan muncul apabila dua `kuasa' (protaganis dan antagonis) bertindak bertentangan antara satu sama lain. Antaranya;

* Manusia (istilah utk protagonis) lawan Manusia.

* Manusia lawan Diri sendiri

* Manusia lawan Alam semulajadi (cuaca, penyakit dll)

* Manusia lawan Alam ghaib (Tuhan, roh, hantu dll)

* Manusia lawan Suratan Takdir (sesuatu yg mmg tidak boleh diubah, tentunya)

Penamat;

Utk mendapatkan penamat cerita yg baik, juga tidak mudah, biarpun utk penulis mampan. Bagaimana pun, selagi memang niat asal anda berkarya hanyalah utk menyalurkan mesej yg berunsur nilai2 murni (secara kreatif), misalnya kasih sayang sesama insan, anda mungkin tidak akan menghadapi masalah dlm perkara ini. Percayalah :)

Thursday, May 13, 2010

Beritahu Saya Segera

Thursday, May 13, 2010 // by Azmah Nordin // // 24 comments

Para peserta bengkel :) andainya di thread anda sudah mencapai ke 200 respons, sila minta saya buatkan thread baru utk anda sesegera mungkin, untuk mengelakkan posting2 baru anda ditelan oleh thread yg sudah sarat itu k

Sunday, May 9, 2010

Zulkifli - bimbingan cerpen

Sunday, May 09, 2010 // by Noraini Eslah // 28 comments

Assalammualaikum Zul,
Saya sudah buka thread cerpen untuk anda mendapat bimbingan sifu. Sinopsis anda juga sudah saya pindahkan ke sini untuk mudah dibuat rujukan. Didoakan semoga anda berjaya menghasilkan cerpen bermutu dan bernilai murni yang bermanfaat.
-kak aini.

Monday, April 26, 2010

Friends Forever; oleh Illa Husna

Monday, April 26, 2010 // by Azmah Nordin // 4 comments

Sdr2 sekalian, sekali lagi, dgn tersgt2 bangganya, saya menyiarkan gambar novel remaja Friends Forever, karya Sdr Illa Husna (Lu'luah Nur Jamilah) kita. Buat pengetahuan anda semua, novel ini adalah antara karya terawal yang mendapat bimbingan dlm kelas novel di blog Sastera ini :) tahniah Jamilah, gigih terus k :)



Zuhairy - bimbingan cerpen

Monday, April 26, 2010 // by Noraini Eslah // 53 comments

Assalammualaikum zuhairy,
Saya sudah buka thread utk anda mulakan pengolahan cerpen pertama anda.
Di doakan anda mudah sepanjang mengikuti bimbingan sifu az dan berjaya menghasilkan karya bermtu dan bernilai murni.

Saya juga pindahkan sinopsis dan komen dari sifu untuk memudahkan anda merujuknya.


Sunday, March 28, 2010

Nur Aliah

Sunday, March 28, 2010 // by Azmah Nordin // 3 comments

Nama : Nur Aliah Syazwanie Ahmad Shukri 
Judul : ( Belum ditetapkan )
Jantina : Perempuan
No k/p : 970205-12-5868
Tempat tinggal: Sandakan, Sabah
Jenis Karya : Cerpen


Assalamualaikum, kak aini. Ini adalah sinopsis cerpen saya. Sebenarnya saya telah mengubah keseluruhan jalan cerita saya kerana karya yang saya telah tunjukkan kepada sifu sudah tidak dapat saya sambung kerana saya telah kekurangan idea dan saya rasa tidak sesuai dengan peringkat umur saya. Semoga ia bermanfaat dan saya berharap kak aini dapat meluluskan sinopsis baru saya untuk saya meneruskan karya saya agar saya dapat bimbingan seterusnya daripada Sifu Azmah. Terima kasih kak aini :)

Nur Athirah Lee, seorang gadis yang berusha membuka pintu hati keluargnya untuk menerima kenyataan bahawa dia telah menjadi seorang mualaf dan menjadi seorang hamba Allah yang Maha Esa. Keluarganya membencinya dan tidak menganggapnya sebagai anak mereka apabila dia telah memeluk agama Islam setelah terdengar satu ceramah yang berunsurkan keagamaan apabila dia menemani seorang sahabatnya untuk menghadiri cermah tersebut. Namun, iman Athirah tidak pernah goyah. Dia tetap berusaha untuk berbuat baik kepada keluarganya. Dia juga selalu meminta nasihat daripada sahabatnya, Wawa agar dia boleh kekal istiqamah dengan perubahan dalam dirinya tersebut. Usaha dan kesabaran Nur Athirah tidak sia – sia apabila ibunya terdengar laungan azan dari telefon bimbit Nur Athirah apabila telefon bimbit Athirah tertinggal di atas meja rumahnya. Ibunya berasa sungguh syahdu dan amat tenang. Lantas dia membuka papan kekunci yang terdapat di telefon bimbit Athirah dan cuba untuk memeriksa isi kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit tersebut. Semuanya berunsurkan islamik. Keesokan harinya, Athirah datang ke rumah ibunya untuk mengambil telefon bimbitnya apabila dia menyedari telefonnya tiada di tangan pada malam itu. Baru sahaja Athirah ingin melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah ibunya, ibunya telah terlebih dahulu datang dan memeluknya. Athirah terkedu kerana ibunya tiba – tiba mesra terhadapnya begitu juga ahli keluarga yang lain. Setelah ibunya menjelaskan segalanya, Athirah memanjatkan syukur kepada ilahi kerana doanya telah dimakbulkan.

Abinursyifa - bimbingan cerpen

Sunday, March 28, 2010 // by Noraini Eslah // 74 comments

Assalammualaikum Abinursyifa,
Saya sudah buka thread cerpen untuk anda. Sinopsis anda juga saya pindahkan di sini. Selepas ini sifu akan mulakan bimbingan untuk anda.
Harap dapat berikan nama penuh, umur dan pekerjaan dalam thread cerpen anda ini. Maklumat ini bagi memudahkan sifu memberikan pedekatan dan bimbingan yang sesuai untuk anda. Harap maklum.

Sunday, March 14, 2010

One Malaysia dalam Sastera

Sunday, March 14, 2010 // by Azmah Nordin // // 12 comments

(sdr.2 seperti yg lain2 yang tersiar di blog ini, tulisan One Malaysia dalam Sastera juga sudah terbit di DBP k :))


Satu Malaysia dlm Sastera


Photobucket


Memang sudah diketahui ramai, konsep 1 malaysia yang bermakna rakyat
bersama-sama berganding bahu membangunkan Malaysia, ini sebenarnya
sudah sedia wujud lama dulu. Yakni, tanpa wujud perselisihan faham, tanpa
perlu mempersoalkan hak keistimewaan sesuatu kaum, tanpa perlu menyinggung sensitiviti masyarakat berbilang agama, kaum, fahaman ideologi, budaya,
politik dan sebagainya. Langkah-langkah memperkasakan konsep One Malaysia
yang diambil oleh pihak kerajaan ketika ini, bertujuan supaya warga Malaysia
lebih memahami dan menghayatinya , bagi membina sebuah negara yang aman
makmur dan harmoni.

Jadi, bagaimana kita hendak terjemahkan konsep Satu Malaysia ini dalam bentuk
karya Sastera?



Sebagai pengarang, kita boleh angkat apa saja tema untuk karya – asal tidak menyinggung sensitiviti masyarakat berbilang agama, kaum, fahaman ideology, politik dan seumpamanya. Ini tentunya untuk menjaga
keamanan, kemakmuran dan keharmonian negara kita juga, bukan? Bagaimana
kita nak memperkasakan karya Sastera kita? Mudah saja, jika kita pandang dari sudut One Malaysia; dengan memuat-indahkan karya anda dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum sebagai watak-watak utama dan sampingannya, selain daripada watak utama dan sampingan yang sekaum atau sebangsa dengan anda.

Photobucket

Kenapa harus begitu? Jawapannya; Apabila kita berkarya dengan mengangkat niai-nilai murni seperti perjuangan atau pengorbanan hidup di dalamnya,
tentulah niat kita supaya karya itu lebih bererti, bukan? Untuk pengetahuan anda, karya anda akan berlipat kali ganda lebih bererti dan kelihatan lebih nyata, jika dalam niat yang sebaik itu, anda turut mengangkat dunia realiti anda yang sebenarnya. Karya-karya seperti itu dihasilkan dengan harapan menyaksikan rakyat bumi Malaysia yang bertuah ini bersatu hati, buang yang
keruh ambil yang jernih, kerana sesungguhnya, tiada yang lebih berharga
selain daripada ketenteraman dan nyawa – dan itu hanya boleh diperolehi lewat karya sastera perpaduan bangsa. Penting dilakukan ini, agar generasi kita
yang akan datang dapat menggunakannya sebagai asas hidup masyarakat dengan mengamalkan hidup sihat, dan berbangga dilahirkan di bumi bertuah ini.

Lagipun, bukankah kita pernah dengar pepatah begini; bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh? :)


Sunday, March 7, 2010

Sastera Remaja dan Kanak2 Sepenting Sastera Utk Dewasa?

Sunday, March 07, 2010 // by Azmah Nordin // // 6 comments

Sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan novel utk remaja atau kanak-kanak? Tidak, kerana ia sesukar menulis utk novel dewasa? Tidak, kerana ia tidak mendatangkan pulangan selumayan novel dewasa? Tidak, kerana tidak mahu dikaitkan sebagai penulis novel ringan dengan karya remaja kanak-kanak dan remaja? Dan sebagaimya.

Masih berminat utk tahu lebih lagi?



Pertama-tama sekali, anda mesti sayangi kanak-kanak dan remaja. Jika anda seorang ibu atau bapa atau banyak bergaul dengan golongan kanak-kanak dan para remaja, itu adalah satu bonus. Syukur Alhamdulillah. Namun, jika anda sendiri masih seorang remaja, juga tiada masalah – malah lebih bagus lagi. Yg penting, utk menghasilkan novel kanak-kanak ataupun remaja, anda seharusnya cukup pakar dalam mendalami perasaan seorang remaja atau kanak-kanak. Atau, lebih baik, jika did ala diri anda, masih wujud `jiwa’ remaja itu, utk memudahkan anda memahami psikologi remaja.

Dalam menghasilkanpelbagai jenis karya di sepanjang penglibatan saya dalam dunia penulisan, saya rasa saya sudah banyak mengenali jiwa remaja dan perlu belajar lebih banyak lagi. Ada pelbagai kaedah dalam dunia penulisan novel remaja atau kanak-kanak, antaranya;

1. Sebagai pengarang novel remaja dankanak-kanak, anda MESTI membaca karya remaja dan kanak-kanak dulu. Anda perlu membaca dan membaca karya sastera remaja dan kanak-kanak, seolah-olah ia adalah makanan jiwa anda, pagi petang, siang dan malam . anda perlu terus membaca seolah-olah ia adalah oksigen pada pernafasan anda dan jika tidak bernafas, anda pun tahu apa yg akan berlaku kepada anda, bukan?

Jika bermasalah dari segi kewangan, pergilah ke perpustakaan yg banyak terdapat di setiap daerah itu. Pinjam dan baca, setiap ada kelapangan, sebanyak mungkin, seboleh mungkin. Perpustakaan adalah `syurga’ buat setiap penulis. Jika anda terdengar mana-mana karya diangkat sebagai pemenang dalam mana-mana sayembara, berusaha keraslah utk memperolehinya, membacanya, hayati, pelajari dan cari mengapa karya itu boleh diangkat sebagai pemenang sayembara tersebut.

Namun, jika anda rasa anda tiada masa utk melakukan itu semua, silalah cari impian lain k...

2. Anda MESTI menyokong perjuangan hidup remaja dan kanak-kanak dan masyarakat sastera remaja dan kanak-kanak dalam kehidupan anda. Anda mempunyai banyak saingan dalam bidang penulisan remaja dan kanak-kanak, dan anda perlu melakukan segalanya sedaya upaya anda untuk membuktikan bahawa karya anda memang baik untuk sastera remaja dan kanak-kanak dan berhak mendapat perhatian pihak penerbit. Memelihara, melindungi dan mempromot laluan yang mengaitkan remaja dan kanak-kanak kepada buku. Secara tidak langsung, anda mempelajari tentang industry dan budaya penerbitan buku remaaj dan kanak2.

3. Anda perlu menyampaikan cerita anda dari lubuk hati anda – dan hanya anda seorang yg boleh melakukannya. Anda harus menyampaikan cerita yang anda sendiri akan seronok membacanya, atau yang anda sendiri boleh menitiskan air mata semasa menghasilkannya – biarpun ketika itu mungkin mata anda sedang sakit atau tekak anda sedang loya macam nak muntah dan sebagainya. Anda harus terus menulis hingga ke titisan darah terakhir di hujung jari jemari anda, sehingga karya yg lahir dari hati mengalir lewat lengan ke jari-jemari macam magis. Anda perlu menympaikan cerita yg mungkin anda tidak berani menceritakannya secara lisan, tapi anda akan berasa telah melakukan sesuatu yang bermakna dan dapat tidur dengan lena pada sebelah malam, sebaik saja ia siap ditulis.

4. Anda harus yakin bahawa setiap patah perkataan yang anda tulis di dalam karya anda adalah demi memperjuangkan kebaikan/kepentingan para remaja dan kanak-kanak sejagat lewat penulisan kreatif. Ya, Sastera untuk remaja dan kanak-kanak – tak kisahlah apa orang kata tentangnyua, ia adalah sama penting dan sama taraf dengan Sastera utk dewasa. Dan andai ada orang yang tidak mempercayai akan keyakinan anda, itu adalah masalah mereka – bukan masaalah anda. Tugas anda adalah untuk mengumpul seluruh kekuatan dalaman utk meneruskan perjuangan yg anda yakini seluruh jiwa k..

Apakah anda rasa saya terlalu tegas atau begitu mengharapkan kejayaan? Kalau begitu, pilihlah begitu mengharapkan kejayaan. Berjayalah. Ia begitu penting untuk anda Berjaya, sepenting penulisan karya sastera dewasa, dan jelasnya, menghasilkan karya sastera untuk remaja dan kanak-kanak juga tidak semudah karya dewasa.

Yang penting, anda harus punyai sasaran paling tinggi. Anda mesti berjuang. Dengan membaca dan membaca dan membaca semenjak semuda mungkin lagi – ditambah dengan keyakinan diri yg utuh, kasih sayang sesama insan dan hidup bertolak ansur dalam sesebuah masyaralat berbilang kaum, dapat membantu mempermudahkan perjuangan anda. Insya-Allah.

Saturday, March 6, 2010

Syumul Dlm Bahasa Inggeris

Saturday, March 06, 2010 // by Azmah Nordin // // 6 comments

Sdr2 sekelian :) ingin saya kongsikan maklumat ttg novel Syumul saya yg telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan baru saja diterbitkan oleh pihak ITNM :) dan boleh diperolehi lewat internet


Photobucket

This novel portrays the tumultuous state of affairs in a telecommunications and engineering firm and the persistence, cunning and professionalism of the characters.
The female protagonist, embroiled in the corporate world, reflects the gender conflict that arises from competing in the test of abilities against the opposite sex.

Penyelidikan - Menerap Ilmu Secara Kreatif?

Saturday, March 06, 2010 // by Azmah Nordin // // No comments

Penyelidikan

Tidak kisahlah apa subjek yang anda angkat dlm karya anda kelak, adalah sangat penting untuk melakukan penyelidikan, sebelum sesebuah novel dimulakan. Penyelidikan tentang tema yang akan diangkat dalam karya anda, mampu membantu membuatkan karya anda lebih asli dan menarik isinya.



Anda tentu byk membaca karya2 tempatan seperti Faizal Tehrani atau Mawar Shafei dan lain2, di samping karya2 dari luar negara drpd Arthur Hailey atau Stephen King atau Dan Brown? Bahan2 penyelidikan yg mereka lakukan dan terap-gabungkan dengan daya kreativiti yang bukan alang kepalang aktifnya, sudah membuatkan karya mereka manjadi karya besar dan terkenal di seluruh dunia.

Jika anda rajin membuat penyelidikan, bahan2 penyelidikan itu dapat byk membantu menambahkan mutu karya secara terperinci, yang jika tanpanya cerita anda mungkin longgar, bersifat permukaan semata-mata. Cerita yang anda reka/cipta (fantasikan), yang digabungkan dengan penyelidikan berkaitan yang anda buat, mampu memberi sentuhan warna yang menarik pada karya anda.

Mungkin saja anda seorang pekerja Telekom... namun itu tidak bermakna anda tau semua tentang dunia telekomunikasi, bukan? Begitu juga jika anda seorang doktor, mungkin anda doktor pakar bedah otak, tp jika anda ingin membuat ttg doktor pakar kanser begitu, anda terpaksa juga mengetahui/penyelidikan ttg penyakit kanser dan ttg cara perawatannya bukan? Apabila anda sudah tahu, tentulah karya anda nanti lebih logik dan bermutu isinya.

Cara menerapkan ilmu ke dalam karya, dalam masa yang sama mengelakkan karya menjadi seperti sebuah penulisan bersifat laporan fakta semata2 - juga boleh dipelajari, sebenarnya... saya boleh banyak membantu di sini... kita boleh bentuk karya seni yg berisi...


Kalau anda mahu melihat bagaimana saya memasukkan ilmu secara kreatif lewat karya, anda boleh lihat novel pertama saya `Dari Dalam Cermin'... novel ini memenangi tiga hadiah berturut2 hingga ke peringkat kebangsaan.. cara penghasilannya sangat menyeronokkan, sekaligus mencabar... anda juga boleh memiliki ilmu ini, jika anda mahu...kita boleh saling belajar...

Friday, March 5, 2010

Enigma

Friday, March 05, 2010 // by Azmah Nordin // , // 5 comments

(sekali lagi, ingin saya kongsikan cerpen saya yg terbit pada Mach 2007, di Wadah, DBP (S),
dengan para pengunjung blog ini yg tidak berpeluang mendapatkannya secara percuma dr DBP, terutama
sekali buat pengunjung dari luar negara :) cerpen ini mengisahkan ttg seorang pelaku keganasan rumahtangga yg `melihat' dan terpaksa berperang dgn pejuang-pejuang wanita Islam dr zaman dahulu kala)



Enigma


"Ampunkan saya, bang. Ampunkan…!”..."rintih Hawa di antara esak-tangis.

Alan mendengus kasar, mencengkam stereng mengejapkan giginya atas bawah, memecut
keretanya memasuki kawasan pekan Papar yang giat membangun. Begitu kereta
dihentikan di sisi jalan - sama seperti yg dilakukan semasa dia di Kota
Kinabalu, Putatan, Penampang, Membakut dan Beaufort, antara cuaca hujan petir
atau panas terik, sebelum ini - Alan bergegas keluar, meneruskan pencarian. 

Memcrhatikan setiap wajah orang ramai yang menyusuri kaki lima setiap kedai buku, setiap liku jalan dan lorong, mencari sebuah wajah yang menghilang lebih seminggu yaag lalu. Wajah Hawa.



Di mana yang aku tidak cari? Ke mana lagi harus dicari? Dan sampai
berapa lama harus aku ambil cuti tanpa gaji
dan meninggalkan tugas sebagai pemburu para penjenayah ber-
pakaian seragam itu lagi? Sungguh, pencariannya menjadi
sukar dan melelahkan. Malah, semasa di Perpustakaan Papar
(tempat kegemaran Hawa membuang masa, di antara
longgokan buku atau novel tentang perjuangan wanita,
seperti lazimnya. Masa yang sepatutnya diuntukkan kepada

Alan seorang!) tadi, berjam-jam dia terpaksa berlegar-legar
keresahan. Bukan untuk membaca, kerana itu bukan minatnya

Sebaliknya menanti akan kcmunculan Hawa yang tidak kunjung tiba.
Hinggakan para staf perpustakaan yang wanita, memerhatikan Alan
dengan penuh tanda tanya, dengan ekor mata mereka. Mungkin dengan
penuh prasangka. Tapi, Alan tak peduli apa orang hendak kata. Di ke perpustaakaan hanya pada waktu perpustakaan dibuka untuk orang ramai,
bukan dia sengaja hendak berada di tempat yang paling tidak digemari
itu pun. Penantian dan pencarian itu adalah satu penyeksaan, fikirnya.
Penyeksaan! Amat penting diperhitungkan walau dalam keadaan apa
sekalipun. Malah, ia harus berada pada paling atas. Demikianlah yang
sewajarnya.

"Ampunkan saya, bang. Ampunkan…!”..."rintih Hawa di antara esak-tangis,
mengapuk perutnya, macam lazimnya sudah terpelanting, tunggang-langgang
dan lalu terperosok bawah singki dapur, di penjuru ruang tamu di kaki
ranjang.


"Sah! Hawa memang sengaja membiarkan diri sendiri diperlakukan si
yang sering diperlakukan Alan ke atas dirinya itu - semata-mata
sebagai suatu bentuk strategi management guilt} Kaum wanita
seperti Hawa (lebih kurang ketiga-tiga bekas isterinya dahulu)
memang sengaja bersikap masokis hanya untuk memaksa kaum lelaki sebaik
Alan, terjerumus berperilaku sadis terhadap mereka. Kaum wanita sengaja mewujudkan isu, kemudiannya menjolok pcrasaan kaum lelaki. Kerana mereka
memang gemar sangat mengambil peranan sebagai mangsa, agar kaum lelaki
terjebak peranan sang jahanam; di mana jelas simpati selalu berpihak
kepada mangsa, berbanding dengan sang jahanam, bukan? Itulah Itulah
kaum wanita yang dikenali. Itulah juga Hawa. Hawa yang sengaja
menciptakan kehadiran rasa bersalah, bahkan berdosa di relung-relung
sanubari lelaki seperti Alan sendiri. Apakah saja cara mudah Hawa untuk
melalui jalur-lingkar terselubung, untuk menguasai lelaki?
Ya, itulah jawapannya. Alan pasti tentang itu.


Semasa di perpustakaan itu dan sepanjang pencariannya di mana-mana
itu, memang ramai kaum hawa yang bertudung litup, macam Hawa. Memang
ada juga bermata galak, melirik manja menggoda ke arahnya. Tapi tidak
seorang pun daripada mereka adalah Hawa. Begitu gagal lagi dalam
pencariannya, sebelum tewas pula ditangkap gelapnya malam, dia terus
memecut keretanya pulang ke rumah kampung yang seluas dua ekar
itu. Rumah peninggalan arwah mentuanya untuk Hawa di lereng bukit Bongawan.
Apabila sampai, sekali lagi tiada Hawa yang menyambut kepulangannya. Yang
ada hanyalah sebuah bungkusan kiriman pos yang dialamatkan kepada Hawa
daripada DBP, terletak elok di atas tangga di hadapan rumah yang terlindung
dengan bumbung tangga.

Mesti baru sampai hari ini... sebab pagi tadi tiada. Mesti jiran terdekat
yang entah apa namanya itu, yang tolong menandatangani bungkusan ini
untuk Hawa. Itulah masalah utama Hawa. Suka sangat menayang senyum
dan mengumbar kemesraan dengan sesiapa saja yang ditemuinya di kampung itu.
Terutama sekali sesama kaum wanita. Jiran-jiran wanitanya, sama macam wanita-
wanita lain yang pernah Alan kenalinya; tiada kerja lain, selain
daripada suka menjaga tcpi kain orang. Dasar! Ibu Alan pun spesies perempuan
juga, kata bapa suatu hari dahulu. Menurut bapa lagi, ibu Alan lari
meninggalkan rumah, semasa Alan masih kecil. Lari mengikut lelaki lain. Kakak-
kakak Alan pun apa kurangnya, baru berusia belasan tahun, sudah kahwin lari
dengan lelaki yang entah siapa susur galurnya. Tegas bapa lagi; semua
wanita adalah sama, seratus peratus.

Semuanya harus diberikan pengajaran yang secukupnya, supaya mereka tidak
mudah melawan suami. Pengajaran penting, kata bapa ialah disiplin, namanya.
Alan akur. Semua wanira sama. Lihatlah bekas isteri-isteri Alan. Semua
lari meninggalkannya, seorang demi seorang. Setiap seorangnya tergamak
menghantar peguam sebagai wakil untuk menuntut cerai daripadanya. Betul kata
bapa, semua wanita tidak berguna; termasuk Hawa!

Udara sejuk Bongawan pada waktu malam tidak berjaya menghalang darah menyirap
ke wajahnya. Spontan, di tamparnya (macam sering dilakukan ke atas tubuh Hawa - mujur Hawa bertudung litup, jadi, banyaklah sedikit ruang untuk dia memberikan 'pengajaran’ kepada sang isterinya, tanpa sebarang kesan lebam yang boleh
menarik perhatian ramai) bungkusan itu dengan belakang tangan yang menggenggam tinju. Bungkusan itu tercampak ke anak tangga paling bawah, rumah papan bertiang tinggi itu. Dia lalu mendengus kasar, menyeringai kepuasan. Sepuas
dia memberikan 'pengajaran' kepada Hawa, lazimya. Sama seperti 'pengajaran'
yang pernah dan kerap diberikan kepada bekas-bekas isterinya terdahulu. Lama dahulu.

Begilu kunci pintu dibuka, dia melangkah ke ruang tamu dan memasang lampu. Serta-ruang tamu menjadi terang-bendcrang. Sudah hampir seminggu keadaan
rumah itu begitu; surat-surat khabar lama bertaburan di mana-mana. Gelas-
gelas, pinggan-mangkuk bertumpang-tindih dengan sisa-sisa makanan yang sudah
basi. Sudah seminggu kini, Hawa di mana? Tak berguna! Pemalas! Dengusnya.
Lalu, tanpa memetik suis kipas siling ke udara tnalam memang sudah sedia sejuk,
dia menghenyak-rebahkan tubuh di tilam sofa rotan. Sejenak, dia yang keletihan, tertidur nyenyak. Dia tersentak bangun bersama mimpi ngeri dinihari, disentak
oleh bunyi aneh yg terlalu hampir, macam di luar pintu rumah itu saja. Macam
bunyi kuda meringkik nyaring. Juga semacam bunyi unta mengerang, mendengus
kasar. Ada bau bunga melur, menusuk. Seram. Dan irama padang pasir!

Eh? Mana ada kuda, apatah lagi unta di daerah Bongawan ini? Desis hatinya, kekeliruan. Begitu matanya terbuka luas, cahaya lampu kalimantang serta-
merta menerpa dan lalu menikam permukaan matanya. Dia tersentak apabila
kedengaran seperti bunyi kuda-kuda meringkik nyaring dan unta-unta yang
mengerang dan kasar - dari mendengus luar pintu rumah itu sekali lagi.

Dia terpinga. Dia bagaikan terpanggil untuk bangun, membuka pintu dan menjenguk ke luar rumah.Bunyi cengkerik dan kodok bertingkah-tingkah
di kejauhan. Ternyata, bungkusan kiriman pos daripada DBP masih tersadai
di anak tangga, tiada sesiapa atau apa-apa pun di situ. Mustahil bunyi-bunyi
aneh itu datangnya daripada bungkusan kiriman pos itu. Mustahil, tapi
mustahilkah? Entah mengapa, bagaikan menyaksikan orang lain yang melakukannya;
dia melihat bagaimana dirinya bingkas turun di anak tangga, mencapai
bungkusan itu dan bergegas kembali ke ruang tamu itu semula. Bungkusan itu dicampakkan ke atas lantai bertikar getah, di antara perabot rotan di ruang





tamu, Entah buat beberapa lama pula, dia melirik bungkusan yang dicampakkan
ke atas lantai itu. Aneh, fikirnya. Dia kehilangan Hawa, tapi bungkusan Hawa
ini masih berada di hadapan mata. Sejenak, setelah mendapatkan minuman
ringan dalam tin dari peti sejuk, dia kembali duduk menyandar di atas lantai, memberi tumpuan kepada bungkusan iiu. Tanpa sedia membelek dan meraba
permukaan bungkusan kiriman pos itu. Pelbagai soalan timbul di dalam
benaknya; sejak bila Hawa mula membeli buku lewat kiriman pos? Tidak
cukupkah dengan ratusan buku/novel yang bertumpang-tindih di rak buku, di
dalam dan atas almari, di bawah katil dan sebagainya yang memenuhi ruang
rumah itu?

"Ampunkan saya bang... Bukan saya yang membeli buku-buku itu bang... ampun
bang... buku-buku itu milik ibu saya, bang... ibu saya memang suka membaca novel-novel terbitan DBP... ampun bang, percayalah bang..."rintih Hawa,
seraya mengusap-ngusap peha dan betisnya yang baru menerima terajang unggul
daripada Alan.

Pembohong! Wanita tak berguna! Alan menggerutu lagi. Didorong keketidak-
sabaran luar biasa, dia lalu membuka kenas bungkusan itu, dengan sekasar
mungkin. Begitu terpandang akan isi kandungan bungkusan kiriman poa itu, dia membelek-beleknya satu persatu seraya mencebir sinis. Tiga buah buku saja,
rupanya. Masing-masing berjudul, Puteri Fatimah, Puteri Aisyah dan Ratu Zanubiyeih... buku tentang pejuang-pejuang wanita Islam zaman silam,
nampaknya. Macam buku bergambar kanak-kanak, siap diilustrasi
dengan gambar segerombolan pejuang wanita memakai pakaian tradisionai Arab, berwarna-warni. Ada antara pejuang-pejuang wanita menunggang unta-unta dan kuda-kuda gagah perkasa. Sementara gerombolan pejalan kaki
juga tidak sedikit jumlahnya. Semuanya dilengkapi dengan pelbagai senjata
mini; panah, tombak, pedang dan kapak.

Hisy! Pasti mahal harga buku2 bergambar yang biarpun nipis saja, tapi
berkulit tebal! Pasti! Desis hati Alan. Huh, apakah dengan ini caranya Hawa menghabiskan wang gajinya sebagai pensyarah di sebuah institusi swasta itu,
setiap bulan? Kerana itu kah, setiap kali apabila Alan memerlukan wang
tambahan, Hawa sentiasa kekeringan wang? Dasar wanita tidak berguna! Tidak
boleh diharap! Lantas, Alan pun mengambil rindakan yang lazimnya dilakukan terhadap buku-buku atau novel-novel yang andainya diberi perhatian lebih oleh
Hawa, dibandingkan dengan diri Alan yang lebih memerlukannya. Mula-mula
buku tentang perjuangan Ratu Zanubiyah yang menjadi mangsa. Nikmat
kepuasan menyaksikan muka-muka surat daripada buku yang dihancur-
kecaikan dan lalu dihamburkan ke udara sudut sebelah tengah ruang tamu itu,
tapi tidak panjang. Keanehan luar biasa terus menguasai diri. Kipas siling
tidak dipasang. Tingkap dan pintu rumah terkunci rapat, Tapi, kenapa
kertas-kertas berwarna yang hancur berkecai itu tidak terus 'mendarat' saja di
atas lantai, sesuai dengan daya tarikan graviti? Sebaliknya ia terus
berpusar-pusar setinggi sejengkal dari permukaan lantai, macam ditiup
angin puting beliung mini. Ada bunyi seperti kuda yang meringkik nyaring,
unta-unta mendengus kasar dan irama muzik padang pasir. Ada laungan
suara wanita yang bergemuruh dengan letusan-letusan perkataan yang begitu
jelas; Allahuakbar, Allahuakbar..!’

Igauan dinihari ini saja, bah! Bukan betul semua ini, bukan betul, bah! Dia
memujuk diri. Namun, bunyi laungan wanita itu terus bergemuruh di udara.
Nyaring di cuping telinganya. Menikam-nikam gegendang telinganya. Dan
menjerumuskan kebingungannya, menujah ke lahap paling tinggi, dalam
suasana dinihari yang dingin. Tidak seperti tubuhnya yang kepanasan, dia
dilencuni peluh. Dan dadanya berombak ganas, diulit gelombang suara pejuang-pejuang wanita mini. Dia lantas menggelengkan kasar, dan terus mengoyak
muka surat dari buku bergambar Puteri Aisyah dan dihamburkan di udara, di
sebelah kirinya. Begitu ia berbuat yang sama dengan buku Puteri Fatimah, sekali lagi dia terpinga. Eh, kenapa kecaian kertas-kertas buku-buku itu, membentuk pusaran-pusaran yang lain pula - juga setinggi sejengkal.


Sesaat kemudian, pusaran ligat kecaian kertas-kertas berwarna itu, bagaikan
mengendur sedikit. Dan lalu membentuk tubuh wanita-wanita mini setinggi
sejengkal itu, berperisai dan dilengkapi dengan pelbagai senjata
tajam; sama seperti wanita-wanita yang diilustrasikan dalam buku-buku
bergambar tadi, muncul. Bersama kuda-kuda dan unta-unta tunggangan mereka. Kelihatan ada di antara pejuang-pejuang pejalan kaki itu membawa
sesuatu yang menyerupai sepanduk mini sepanduk raksasa bagi wanita-wanita mini itu), namun tidak begitu jelas akan tulisannya, di pandangan Alan.

Ah, tenturnya ketua kepada gerombolan sebelah tengah itu bernama Ratu
Zanubiyah, macam judul buku itu. Di ruang tengah, Puteri Fatimah dan
sebelah kirinya, Puteri Aisyah seperti judul-judul buku itu, bukan?
Desisnya, sinis. Sernakin direnungi akan gambaran yang terhasil daripada
kecaian kertas dari buku-buku berwarna itu, semakin terasa seolah-olah
semuanya betul-betul wujud dan hidup seperti manusia dan makhluk biasa di
alam nyata. Daya fikirnya bagaikan tiada lagi untuk mempersoalkan sama ada
benar ataupun tidak apa-apa yang direnunginya itu, kerana nalurinya sibuk bertungkus-lumus memberitahu agar dia segera berhati-hati demi kelangsungan hidupnya sendiri.

Kini ketiga-tiga gerombolan pejuang wanita itu, mulai mara perlahan-lahan
ke arahnya, dari tiga penjuru. Ratu Zanubiyah, Puteri Fatimah dan Puteri
Aisyah kelihatan seperti memberikan arahan dan isyarat kepada setiap
anggota gerombolan. Mereka menghunuskan senjata ke arahnya. Mata mereka yang bagaikan mata jarum yang berkilau-kilauan di bawah cahaya lampu kalimantang
dan setajam jarum juga ia memanah pandangan mata Alan, sekali gus menikam kesabarannya. Sejenak itu Alan terpaku, namun sejenak saja.

Eleh, perasaan gagahlah konon! Dengus Alan. Ternyata, wanita sama
ada bersaiz kecil mahupun besar, sama saja. Semuanya mencabar
kejantanannya!

Dalam keadaan masih terduduk di lantai, dengan tangkas, dicapainya bantal
empuk perabot rotan yang berhampiran. Dicampakkan bantal itu ke arah salah
satu gerombolan Ratu Zanubiyah yang semakin menghampirinya. Serta-merta,
sekali lagi Ratu Zanubiyah kelihatan macam memberikan arahan dan syarat
agar pejuang-pejuangnya menyelamatkan diri. Dengan kuda-kuda dan unta-unta tunggangan, mereka bertempiaran mengikut arahan. Sementara para pejalan
kaki pun terkedek-kedek lari ke kerusi-kerusi rotan dan meja kopi. Mendadak
irama padang pasir yang merdu tadi, bertukar menjadi paluan gendang perang!
Sekali gus sekumpulan pejuang lain dan gerombolan Puteri Fatimah dan
Puteri Aisyah, membidik rombak ke arah belakang tangan Alan yang menekan
lantai untuk bangun. Alan berteriak, terduduk semula. Halus lagi
tajam mata tombak itu. Terasa macam terkena sengatan penyengat, pedih
berbisa. Serentak, terbit beberapa bintik merah di belakang tangannya; darah! Belum sempat dia menanggalkan tombak-tombak mini dari kulit dan dagingnya, anak-anak panah berapi pula berterbangan di udara, lalu tertikam ke kelopak
mata, kulit muka, leher dan tubuhnya.

Geram sangat-sangat, tapi tiada masa baginya menanggalkan tombak-tombak dan
anak panah mini itu daripada dagingnya. Dicapainya sebuah novel berkulit
tebal dari kaki meja kopi. Dihumbankan buku tebal itu ke arah para pelontar
tombak mini dan para pemanah tadi, (macam yang selalu dilakukan terhadap
Hawa, setiap kali Hawa menyakiti hatinya, tidak kisahlah sama ada buku,
kasut berkilatnya, pinggan penuh berisi nasi dan lauk pauk berwap panas yang dirasakan kurang kurang sedap, atau apa-apa saja yang kebetulan sempat
dipegangnya ketika itu). Dan humbanan Alan kali ini juga mengena tepat
kepada sasarannya, bukan hanya para pelontar tombak pemanah mini itu
terpelanting, malah pembawa sepanduk mini dan haiwan-haiwan tunggangan itu
turut terperosok di tepi dinding dan rak buku. Para pemanah pun bingkas dan
lalu menghidupkan api pada bangun dan lalu menghidupkan api pada hujung
anak panah mereka. Sekali lagi, anak-anak panah berapi itu dibidik ke arahnya.
Macam kunang-kunang, anak-anak panah berapi itu berterbangan ke udara dan
langsung menikam ke daging tubuh, muka dan di sela-sela rambutnya. Ada bau
seperti rambut terbakarlah.Rambutnya!

Alan menjerit kesakitan. Anak-anak panah berapi sehalus jarum peniti, sekali menerjahi semerata muka, kepala dan tubuhnya yang dibungkusi kemeja putih
bertangan panjang. Dia yang masih terduduk itu, menghayunkan tumbukan ke arah
para penyerangnya tadi. Dia menyentak-nyentak, menjent kesakitan apabila
hayunan tinjunya disambut dengan tikam pedang-pedang yg dihunuskan oleh
Puteri Fatimah dan Puteri Aisyah kepadanya. Hasil daripada pertemhungan tinju dengan pedang itu tadi, kedua-dua puteri, kuda dan unta tunggangan mereka
itu pula terhumban kasar ke dinding. Mereka kelihatan terkulai layu,
macam tidak sedar diri.. Serta-merta, sekumpulan pejuang ini yang lain
bergegas datang dengan pengusung, terhinggut-hinggut mengangkat kedua-dua
puteri dan beberapa anggota gerombolan yang mengalami kecederaan,
ke tempat vang selamat (bawah kerusi rotan). Sepantas itu, kelihatan mereka
membina khemah-khemah mini di bawah kerusi rotan. Rawatan cemas diberikan
kepada yang mengalami kecederaan parah. Ada yang bangun, kembali bertempur
dan ada yg terbujur kaku, sebelum terus ghaib.

Hei! Apa itu? Hisy, Kecil-kecil pun mereka boleh melontarkan pencangkuk-
pencangkuk berbentuk sauh mini yang berekor tali sehalus benang di hujungnya,
ke celah-celah lubang kerusi rotan, ke celah-celah novel-novel yang
tersusun di rak-rak buku, di meja kopi! Macam sepantas semut, ada di antara
mereka yang mula memanjat tali itu dan kemudian bertapak di pelbagai penjuru di atas kerusi rotan, rak-rak buku, meja kopi dan sebagainya; mengelilingi
Alan, macam langau mengelilingi bangkai. Membidik anak-anak panah berapi ke
kepala dan mukanya. Didorong oleh rasa geram dan sakit yang teramat sangat, Alan bingkas menterbalikkan meja dan kerusi-kerusi rotan itu. Para pejuang
wanita itu, tiba-tiba terpelanting ke lantai dan langsung bercempara
menyelamatkan diri di bawah rak-rak buku. Beberapa kali pula Alan membaling
tin-tin minuman, tempat abuk rokok, novel berkulit tebal milik Hawa dan
sebagainya yang sempat dicapai, ke arah mereka. Namun, tidak semua
lontarannya mengenai sasaran. Mereka terlalu kecil dan tangkas menyelamatkan
diri daripada balingannya. Kecoh!

Sekali lagi Alan menjerit dan terlonjak kesakitan, seraya memandang ke arah
bahagian bawah tubuhnya. Ratu Zanubiyah yang sedang tercungap-cungap yang
ketika menikam punggungnya dengan pedang, kelihatanmendongak dan menyeringai
ke arahnya. Alan menepis Ratu Zanubiyah dengan belakang tangannya. Tapi,
Ratu Zanubiyah sempat mengelak, memecut untanya ke belakang rak buku.
Serentak, para pemanah kembali menghalakan anak-anak panah berapi ke arah
Alan. Anak-anak panah berapi menembusi pakaiannya dan meninggalkan bekas
seperti terbakar hangus di beberapa bahagian kemeja putihnya. Terhidu macam
bau daging panggang oleh anak-anak panah yang masih tertikam mana-mana di
seluruh tubuhnya sendiri.

Jahanam! Wanita tidak berguna! Rentung aku lama-lama begini! Bentak Alan
antara mahu menangis dengan mahu membunuh apa saja di hadapannya. Tapi
sedar akan keupayaannya yang agak terhad, berbanding dengan gerombolan-
gerombolan pejuang wanita yang ganas lagi kejam itu. Mereka terlalu ramai, sedangkan dia hanya sendirian. Dia lalu bingkas bangun, melewati ruang
tengah dan langsung memasuki kamar mandi. Beberapa anak panah berapi
kedengaran sempat berdesing-desing di sela-sela rerambut dan telinganya,
sebelum dia sempat mengurung pintu bilik mandi itu. Dia sempat tersentak
nafas sekali lagi apabila terlihat akan pantulan bayangan dirinya di
permukaan cermin kamar mandi itu. Dahi, kelopak mata, muka, leher yang
menggelap, melecur dan pakaian di tubuhnya dipenuhi tompok-tompok halus yang
seperti hangus terbakar dan turut dilumuri percikan darah halus, macam terbit
dan seluruh liang-liang romanya. Pedih dan bisanya bukan alang kepalang
lagi rasanya!
Dia cuba mencuci muka, lerkial-kial cuba menanggalkan senjata-senja mini yang tertikam pada dagingnya, namun sesuatu segera menarik perhatiannya.
Kedengaran seperti ada bunyi dentuman halus dan gegaran pada bahagian
bawah pintu bilik mandi itu. Macam bunyi orang mengapak kayu balak. Tidak
beberapa minit kemudian, kelihatan sepeni ada beberapa lubang kecil yg
terbentuk di bawah pintu itu. Serentak beberapa pejuang wanita itu cuba
meloloskan diri secara meniarap, melalui lubang-lubang bawah pintu itu.
Lantas, diterajanginya kepala pejuang-pejuang wanita yang mula tersembul di
celah lubang bawah pintu. Biarpun tidak kedengaran, namun dia tahu pasti
ada tengkorak yg berdetap patah atau retak. Namun, begitu dia menerajang, begitu ramai pula berusaha meloloskan diri lewat lubang bawah pintu itu. Sebaik
saja beberapa daripada mereka berjaya meloloskan diri, mereka mula
membidik anak panah berapi, tombak dan kapak ke arahnya. Ada antara layangan
anak-anak panah berapi, tombak dan kapak mengena cermin muka di bilik mandi
itu dan cermin itu pecah dan jatuh pecah berkecai di lantai.

Apa yang mereka cuba lakukan kepada aku? Apa salah aku? Rintih hatinya
takut yang bukan alang kepalang. Ditadahnya air paip dalam baldi,
dan lalu dihamburkan ke arah para pejuang dengan air segayung demi
segayung, Bagaikan dilanda banjir besar, pejuang-pejuang itu hanyur
dilarikan air dan langsung masuk ke lubang kamar mandi itu.
Bcberapa pejuang lain berjaya mencangkuk bahagian atas pintu kamar mandi
dan lalu memanjat masuk ke bahagian dalam kamar mandi. Sambil bergayut,
mereka menghunuskan pedang dan berjaya menggores dan menikam muka, leher
dan bahu Alan. Percikan darah mula membasahi semua tempat yang kena
serangan, depan belakang, atas dan bawah. Alan menggenggam tinju,
dengan penumbuk ke arah para pejuang yang bergayutan di tali mini dan
menggelongsor ke atas bahunya itu. Ramai yang jatuh ke lantai dan lalu patah, pecah dan macam buah betik mini yang masak sebelum ghaib daripada
penglihatannya. Namun, begitu banyak berjaya dimusnahkan, begitu ramai pula
pejuang berjaya meloloskan diri masuk melalui bahagian bawah pintu
kamar mandi. Bukan sekadar para pemanah, mereka yang bersenjatakan tombak dan bersenjatakan tombak dan pedang turut berjaya meloloskan diri. Tidak
henti-henti.

"Apa yang kamu mahu daripada sebenarnya, hah? Apa?' bentaknya, kerusuhan.
Tiada jawapan. Semuanya berhenti menyerang, memerhatikan Alan tanpa kerdipan
mata. Sedetik itu, kelihatan yang turut memanjat dan bergayutan semacam
Tarzan, mengetuai anggota gerombolan mereka yang lain tadi, lantas memberi
iyarat agar Puteri Fatimah dan Puteri Aisyah membentangkan sepanduk untuk tatapan Alan. Begitu halus tulisan pada sepanduk itu, mujur masih boleh
dibaca dengan jelas oleh Alan;

SEDIAKAH UNTUK BERJANJI UNTUK
TIDAK MENINDAS KAMI, KAUM
WANITA LAGI?

"Menindas? Bila masa aku menindas sesiapa? Mengarut! Semua perempuan sama;
tidak berguna! Bodoh!" bentak Alan yang bagaikan tidak dapat ditangguh-tangguhkan lagiitu. Serentak dengan itu, para pejuang wanita
itu bertindak tangkas. Menyerang Alan bertubi-tubi. Dari bahagian atas pintu
dan bawah pintu kamar mandi mereka datang; memanah dengan anak-anak panah
berapi, melontar tombak, melibas dan menikam dengan pedang, dan sebagainya. Serta-merta Alan berundur, kesakitan. Dia terpijak pecahan kaca cermin
yang berderai pecah di lantai tadi. Dia lerus tergelincir jatuh terlentang
di atas lantai kamar mandi. Dia cuba bangun, tetapi gagal. Dalam
sekelip mata, macam semut api beracun pula, ratu dan puteri-puteri mengetuai gerombolan masing-masing, memanjat dan mula menyerang seluruh tubuhnya dengan ganas, dari hujung kepala ke hujung kasut hitam berkilatnya itu,
di segala sudut.

Dia menjerit-jerit kesakitan lagi, menepis sekali gus cuba melindungi matanya daripada serangan para pejuang-pejuang wanita itu. Penindasan pejuang-pejuang wanita itu berlansung entah sampai bila. Tahu-tahu, pemandangannya berpinar-
pinar liar dan lalu gelap. Dia tidak dapat menghalang dirinya daripada terus
pasrah dengan kepalanya terlentuk lemah di tepi mangkuk tandas.
Namun, sebelum dia pengsan sepenuhnya, tiba-tiba muncul satu persoalan di benaknya; beginikah perasaannya Hawa atau bekas-bekas isteriku, setelah
setiap kali kena terajang atau penumbukku, sehingga terperosok di mana-
mana itu? Macam yang berlaku kepadaku ini?
Aduh, sakitnya..!

* * *


"Astaghfirullah... patutlah kita ketuk pintu rumahnya berkali-kali, dia
tak jawab.... rupa dia terjerit tadi, kerana tergelincir jatuh sebelum
pengsan di atas serpihan kaca dalam bilik mandi..." kata seseorang. "Panggil ambulans cepat!"

"Harap-harap dia tak marahlah, bila dia tahu kita terpaksa pecahkan kunci
pintu depan rumahnya untuk masuk... Kita masuk pun setelah terdengar jeritan
minta tolong dia juga kan...'"ujar yang lain.

Di antara sedar dengan tidak, Alan terdengar suara beberapa wanita
sayup-sayup. Kenapa tiada lagi kedengaran irama padang pasir? Kenapa tiada
lagi paluan gendang perang? Kenapa tiada lagi ringkikan kuda ataupun dengusan
unta? Mana pergi ratu dan puteri-puteri pejuang Islam itu tadi?

"Licin... apa tak jatuhnya... luka-luka, seluruh muka dan badan... kesian...
dahlah isterinya seminggu bertarung nyawa akibat keguguran anak di hospital,
kini dia pula berkeadaan begini..." ujar yang lain.

Di hospital? Hawa? Keguguran anakku - anak kami? Soal hatinya. Namun, dia
segera ingat pada kali terakhir dia melihat Hawa, sebelum Hawa menghilangkan
diri. Hawa yang bergegas pulang dari kolej swasta itu, lambat memasak dan menghidangkan makanan malam untuk dia... akibatnya, tubuh Hawa terpelanting
ke bawah singki, oleh sepak terajang dan tumbukannya.

"Apa tak keguguran, kalau tak putus-putus ditindas dan didera siang malam!"
seo-rang yang lain menyampuk, sinis. "Isterinya terlantar hospital, dah semi-
nggu tak diziarahi..."

Keguguran? Soal hatinya, tersentak nafas Sedetik itu dia teringat akan ibu
kandung yang kononnya lari mengikut lelaki 1ain menurut dakwaan bapanya.
Terbayang bagaimana ibunya juga dibelasah siang malam, oleh bapanva.
Terkenang tentang bagaimana setelah terjatuh dan terhantuk kepalanya di
tangga dapur - dihantukkan oleh bapa, setiap kali bapanya menghadapi masalah
di pejabat - ibunya mengalami kerosakan otak (suatu gambaran yang berjaya bapanya kaburi dengan cerita ibunya mengikut lelaki lain, semasa Alan masih
kecil dahulu). Juga tentang ibunya yang tak pernah diziarahi, setelah bertahun-tahun berlalu terperap di Hospital Bukit Padang, meninggal - demi
menjaga hati bapanya. Mengingatinya kembali, dengan tidak seena-mena, Alan merintih dan merintih, kekesalan yang amat dahsyat.

Apa yang telah aku lakukan? Maafkan aku, Hawa... sekarang, aku sudah bersedia berjanji untuk tidak memperlakukan yang terhadapmu, seperti sebelum ini.
Aku berjanji! rintih hati Alan, kekesalan yang amat dahsyat. Aneh,memang. Satu-satu tempat yang dia lupa mencari Hawa adalah di hospital. Alangkah!

Tak berguna lagi! Sudah terlambat...! Suatu suara halus aneh yang bagaikan
datang dari semua penjuang wanita mini itu tadi, melintas
ingatannya. Bergema. Ngeri.

"Syukurlah... ambulans pun dah sampai dah,” 'sela yang lain pula. Kemudian
dia memperlahankan suaranya, serak kehibaan. 'Kesian dia... apalah perasaan
dia ya, jika dia tahu arwah Hawa meninggal sewaktu bergelut dengan maut
semasa keguguran anak mereka yang sulung ini, dinihari tadi ya? Kesian arwah
Hawa...”

Arwah? Hawa? Oh, tidak....! Apa yang telah aku aku lakukan? Apa? jerit hatinya,
dia lalu menggelupur. dicengkam kerusuhan yang tiada taranya!

Saturday, February 13, 2010

Mencipta Perwatakan Yg Lain Drpd Yg Lain

Saturday, February 13, 2010 // by Azmah Nordin // // 4 comments

(Sdr2, tulisan ini ditulis utk membantu peserta bengkel memahami ttg perwatakan dlm karya kreatif, terutama sekali utk Sdr Mazzuin kita :)


Sebelum anda memulakan sebuah karya kreatif, ambil masa untuk mencipta watak2 baru yang dirasakan belum pernah ditulis oleh orang lain sebelum ini. Menghasilkan karya dgn watak2 yg sudah pernah ditulis penulis lain, bukan tidak boleh. Namun, hasil karya anda tidak akan sebaik karya penulis asalnya, kerana penulis itu tentu lebih mengenali watak2 tersebut, berbanding dgn anda bukan? Silap2, sebaik saja membaca karya anda yg menggunakan perwatakan ciptaan penulis lain, dengan pantas pihak editor menolaknya bulat2.


(robot2 kat atas ni pun, dicipta punya perwatakan sesuai dgn jalan ceritanya, ini kan pula manusia kan?)



Bagaimana hendak memulakannya? Mula2 sekali, pilih satu nama watak utama yang anda rasa sesuai. Ingat, anda akan `berhadapan’ dgn watak utama ini, utk beberapa lama, sehingga karya anda siapa. Jadi, pilihlah nama yang paling anda senangi. Nama itu bukan hanya sesuai dan disenangi utk karya anda, tp perlu mudah diingati oleh pembaca kelak. Nama yg terlalu glamorous akan membuatkan pembaca terpaksa mengingatinya, sekaligus terkial-kial cuba menghayati karya anda. Itu tak termasuk lagi apabila anda sendiri terpaksa menaipnya. Lebih dahsyat, apabila editor memikirkan kita mencipta nama sebegitu, hanya kerana mahu memperpanjangkan jumlah mukasurat, kerana kita tidak cukup idea untuk membuat pengisian ceritanya.

Jadi, untuk mencipta perwatakan, anda perlu mengenali orang itu. Ia akan memudahkan anda `merujuk’ semula kepada watak tersebut, andainya terlupa di pertengahan jalan. Ini adalah kaedah yang lazim digunakan oleh para pelakon antarabangsa untuk menghayati watak. Jika anda tahu dari mana asal watak anda, apa susur galurnya, akan memudahkan anda mengingati watak anda dengan lebih baik.




Duduk di hadapan skrin computer anda, dan tanyakan kepada diri sendiri; watak anda lair di mana? Ibu dan bapanya bagaimana? Dia membesar dalam keluarga yang bagaimana, miskin, hidup sederhana, orang berada atau kaya raya? Semua soalan ini akan membawa anda untuk mengenali watak anda dengan lebih baik. misalnya, andainya jika anda menangkat watak yang hidup miskin, tentulah bermakna dia tidak akan semberono saja apabila berbelanja. Setiap sen bermakna untuk kelangsungan hidup mereka. Ini tentulah berbeza dengan watak yang dibesarkan dalam keluarga orang berada atau kaya raya bukan?

Apa yang berlaku adalah, anda sedang mencipta sifat watak2, dan tidak mungkin anda dpt melakukannya dgn leih meyakinkan, jika anda tidak tahu latar watak itu dahulu.

Kemudian, anda perlu memberikan kehidupan, di luar cerita anda. Apa yg watak anda buat, utk menampung penghidupan (jika dewasa)? Apa hobi kegemarannya? Jika watak anda digambarkan menikmati aktiviti yang sedari awal lagi tidak termasuk dalam kegemarannya, cerita anda tidak akan hidup. Misalnya, andainya watak anda  sukakan kucing, tentulah tidak logik jika dia membiarkan saja pernganiayaan ke atas haiwan tersebut di depan mata, bukan? Begitu juga jika watak itu seorang ustaz, tentu tidak logik jika seorang agamawan tiba-tiba terkinja-kinja di kelab malam – kecuali, kalau dia dah `buang tabiat’!

Dlm erti kata yg lain, pastikan watak anda berada dlm perawatakannya, dan jangan sampai dia `buang tabiat’ kecuali mmg itulah tujuan plot cerita anda yang sebenarnya.

Akhir sekali, ambil masa untuk mengenali watak anda. Kadang2, dalam kehidupan realiti juga, biarpun kita mengenali seseorang, tidak bermakna kita benar-benar `mengenali’ sifatnya yang sebenar. Jadi, anda perlu betul2 mengenali watak2 anda, utk membolehkan mereka benar2 hidup dlm karya anda.

Jadi, bagaimana mahu mempastikan anda mengenali perwatakan watak2 anda? Mudah saja;

1. ciptakan satu biografi untuk watak baru anda. Anda perlu memikirkan dari aspek fizikal (perawakan) watak anda dahulu;

a. Rupa paras; bentuk hidung, mata, rambut, kulit, telinga dll

b. Bentuk badan; gemuk, kurus, tinggi, pendek, dll

2. Kemudian, bentukkan perwatakannya;

a. Perangai
b. Etika/moral/kepercayaan agama
c. hobi
d. sifat
e. kebiasaan khusus dlm tingkah laku
f. yg disukai dan yg tidak disukai
g. phobia dan ketakutan
h. cita2 jangka pendek dan panjang
i. impian dan harapan
j. cinta/kasih sayang


Kadangkala, jika anda tiada sesiapa untuk dirujuk sebagai watak2 anda, potonglah gambar2 drpd majalah atau surat khabar yg sesuai dengan jalan cerita anda. Lekatkan gambar2 ini berhampiran dgn tempat anda berkarya. Namun, itu belum cukup lagi utk anda menghasilkan watak yg unik dan lain daripada yang lain, tentunya. Anda perlu buat draf atau peta seterusnya, untuk menguatkan watak anda.

Walaupun watak protoganis, dia harus juga ada kelemahan yg perlu diatasi di penghujung karya. Seboleh mungkin, dari awal lagi, jgn tunjukkan bahawa dia akan menang di akhir cerita. Bermakna dia terpaksa berkorban kepentingan diri utk mencapai matlamat. Di sini letaknya nilai murni dlm karya anda kelak.

Begitu juga watak antagonis; dia harus ada sedikit kebaikan, dan situasi dan kelemahannya menghadapi situasi itulah yg membuatkan perangai dia begitu dan pada penghujung cerita dia akhirnya akan menyedari akan kelemahan ini (tp, sedar tak semestinya insaf kan? Kalau nak buat dia insaf juga boleh, tp perlu halus dan punya nilai murni juga)

Jika anda mengangkat lebih daripada satu watak utama, pastikan anda berkarya dr sudut pandangan yg betul. Yakni dgn memasuki sepenuhnya kedlm jiwa watak tersebut. Jika anda angkat watak A, maka bahagian watak A harus dari sudut pandangan watak A saja; mendengar, merasa, menyentuh, melihat, menghidu, mengalami dan sebagainya. Begitulah sebaliknya. Bermakna anda perlu bersikap adil kpd setiap watak utama dlm bahagian tersebut, merasa, mendengar, menyentuh, melihat, menghidu dan mengalami apa yang dialami oleh watak tersebut.

Perlu diwujudkan satu krisis/isu/masalah utama yang besar dan rumit, dan setiap watak hanya memikirkan ttg isu utaka ini di samping isu2 peribadi yg ada persamaan dgn isu utama. Dengan menghigh-lightkan pelbagai rintangan yg terpaksa dihadapi oleh watak utamanya, anda dapat menyerlahkan perwatakannya. Di sinilah anda memperlihatkan bagaimana watak ini berjuang/bergelut untuk membuat keputusan utk bertindak hingga Berjaya dgn cemerlangnya, biarpun kadangkala terpaksa bayar (berkorban) mahal utk itu. Mungkin dia akan berkorban cinta, utk memperjuangkan agama dia dll. Yg pasti, di hujung novel, watak utama ini sudah sepatutnya mampu mengatasi atau mengenal pasti kelemahan diri – secara logik k

Watak utama yang bukan hero juga, sentiasa memikirkan dan terlibat dgn isu/masalah utama besar, di samping masalah peribadi yg perlu diatasi sediri. Mereka tidak perlu terlibat seratus peratus dlm isu/masalah utama besar tu, sebaliknya mereka adalah pembantu kpd watak utama hero anda. Sementara watak sampingan pula tidak perlu diketengahkan masalah mereka, kerana mereka tidak lebih drpd prop/perhiasan dlm karya anda, dan jalan hidup mereka tidak ada relevan dgn jalan cerita.


Pendek kata, jika mahu membentuk perwatakan yg kuat, apa yg perlu anda lakukan hanyalah dgn mengizinkan watak2 itu bergerak dan melakukan apa yang natural padanya. Anda perlu wujud dan kuatkan perawatakan watak2 tersebut dengan beberapa tabiat yang bersesuaian.

Diharap, tulisan di atas ini dpt membantu.

Tuesday, February 2, 2010

Sastera; Karya Berlian?

Tuesday, February 02, 2010 // by Azmah Nordin // // 3 comments




Mungkin ramai yg tahu, galian berlian merupakan bentuk berkristal, atau karbon allotrop, (allotrop karbon termasuk grafit dan fullerena). Ia terbentuk antara 120-200 kilometers or 75-120 batu di bawah permukaan bumi. Ia merupakan galian yang paling terkenal dan berguna di antara 3,000 galian yang diketahui. Berlian terkenal kerana kualiti fizikalnya yang hebat, terutamanya kekerasannya—perkataan (diamond) diambil daripada bahasa Greek adamas (`mustahil untuk dimusnahkan')— dan keupayaan mereka menyelerakkan cahaya yg indah.




Khabarnya, ada juga berlian sintetik/tiruan yang diperbuat drpd abu mayat. Cantik, mmg ttp cantik. Dr segi mutu? Anda tau jawapannya. Apakah anda mau menghasilkan karya berlian sintetik yang dihasilkan drpda `abu mayat' - atau karya berlian asli, yg dihasilkan dgn pelbagai jerih payah hingga terbentuk indah sprt gambar2 di atas dan di bawah ini? Terserah pd anda, tentunya.


Tapi, berapa ramaikah yang tahu, bahawa karya sastera juga merupakan berlian dlm bentuk penulisan?





Sastera atau penulisan berlian merupakan karya paling terhormat dan berguna di antara ribuan bentuk karya lain yang diketahui. Ia terkenal kerana mutu karyanya yang hebat, terutama sekali keindahan bahasa dan keteguhan nilai-nilai murni di dalamnya. Seperti berlian, sedikit sebyk, Sastera juga berkeupayaan menyelerakkan cahaya kehidupan kepada para pembacanya.

Andainya oleh ciri-ciri penyerakan cahaya yg indah bak pelangi ini (antaranya) yg menjadikan berlian digemari sebagai barangan perhiasan dan pelbagai kegunaan pengilangan; maka dalam karya sastera pula, ciri-ciri keindahan bahasa, kekuatan nilai-nilai murni dan plot ceritanya dijalinkan dgn daya kreatif yg tinggi hingga mampu menimbulkan keindahan bak pelangi juga itu, dgn sendiri ia digemar dibaca utk perhiasan jiwa pembaca, sekali gus pelbagai kegunaan `pengilangan' dlm pembentukan manusia dan kemanusiaan itu sendiri.

Kebanyakan berlian dilombong daripada paip gunung berapi, di mana mereka tertinggal oleh gunung berapi yang berasal jauh ke dalam di perut bumi, di mana TEKANAN dan suhu sesuai bagi pembentukan berlian. Sementara kebayakan karya berlian `dilombong' daripada saluran perasaan yang menanjak ke ubun2 anda sebagai penulis, dan gelojak perasaan itu mungkin saya berpunca daripada pelbagai perkara/peristiwa yg berlaku berturut tahun lamanya, dan suhu daripada gelojak perasaan itulah yg mendorong penulis utk menghasilkan karya berlian.

Tarikan berlian sebagai batu berharga terletak kepada kekerasannya dan ciri-ciri optik. Tarikan karya berlian sebagai karya berharga terletak kepada keteguhan mutunya dan ciri-ciri optiknya. Berlian yang digunakan sebagai permata dipotong dan digilap menjadi bentuk banyak sudut bagi meningkatkan kualiti yang menarik ini. Karya berlian yg digunakan sebagai bahan pembelajaran, dibedah-siasat oleh para pengulas dan pengkritik berwibawa, yg mana secara tidak langsung sebenarnya turut menggilapnya, secara tidak langsung. Kekerasan berlian membenarkan ia digilap dengan baik dan tahan calar (hanya berlian lain mampu mencalarkan berlian), memberikan kilauan yang baik. Kekuatan karya berlian membenarkan ia digilap dgn baik dan tahan `calar' (hanya sastera berlian lain yg boleh mengalahkan sastera berlian), memberikan pandangan yang baik.

Berlian dalam kegunaan pengilangan telah dikaitkan dengan kekerasannya; ciri-ciri ini menjadikan berlian sebagai bahan terbaik bagi perkakasan memotong dan pelicin — penggunaan biasa termasuk mata gergaji dan mata penggerudi atau kegunaan serbuk berlian sebagai bahan geseran (abrasive). Sementara dlm kegunaan `pengilangan jati diri manusia dan kemanusiaan' telah dikaitkan dgn kekuatan nilai2 murni; ciri-ciri ini menjadikan sastera sebagai bahan terbagai bagi `perkakasan memotong dan pelicin secara halus - lebih kurang sama seperti menggunakan mata gergaji dan penggerudian atau serbuk berlian halimunan, sebagai bahan geseran (abrasive).


Bagaimana berlian itu terbentuk? Menurut kajian sains, karbon yang menghasilkan berlian ini dtg daripada batu pra-wujud di permukaan atas bumi. Perubahan cuaca pada permukaan atas bumi, memaksakan atom karbon masuk lebih dalam dan mencair, sebelum kembali menjadi batu baru, setelah TEKANAN cuacanya berkurangan. Andainya, selain daripada keadaan seperti TEKANAN dan kimianya bertepatan, maka atom karbon dalam batu yang mencair seperti kristal akan membentuk berlian kristal.

Tiada gerenti bahawa atom karbon ini akan berubah menjadi berlian. Jika TEKANAN suhunya mendadak turun naik tidak menentu, pasti saja berlian kristal ini akan mencair dan meresap terus ke dalam perut bumi. Walau ia akhirnya terbentuk juga, ia mungkin memakan masa ribuan tahun untuk berlian itu di mana-mana di permukaan bumi.

Jadi pula dengan Sastera; Karya Berlian ini terbentuk? Jawapannya juga mudah; Menurut pengalaman saya sendiri, bahan/idea cerita yang boleh diangkat sebagai karya Sastera ini, juga mungkin saja datang daripada apa yg sudah wujud di muka bumi ini (di sekitar anda). Perubahan pemikiran dan penelitan anda terhadap bahan yg diambil, juga akan memaksa anda melihatnya dari secara lebih mendalam (kaji), Tapi, andanya kesungguhan anda yg terpaksa menerima pelbagai TEKANAN juga itu, turun naik tidak menentu, bahan/idea cerita boleh saja mencair dan mungkin akan meresap terus ke dalam perut bumi (atau ghaib begitu saja dari minda anda).

Walau bahan/idea itu mungkin dapat dihasilkan juga akhirnya sebagai karya sastera, ia mungkin memakan masa bertahun2 kemudiannya untuk siap - dan mungkin ditulis oleh penulis lain, dan bukan anda sendiri.

Apakah anda perlu gentar pada pelbagai TEKANAN (fizikal/psikologi) , semasa menghasilkan karya berlian? Apakah anda mahu karya berlian itu, yg idea asalnya adalah milik anda, dihasilkan oleh penulis lain? Hanya anda saja yg boleh jawab kan? :)