• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Monday, June 29, 2009

25 comments:

  1. Terima kasih kepada sifu buatkan thread novel untuk saya ni. Saya sedang berfikir keras tentang tema dsb yang nak disusun menjadi novel. Buat seminggu ni saya agak sibuk dengan urusan anak-anak ke sekolah semula. InsyaAllah saya ingin buat novel remaja 13-17 tahun. Benar-benar bergantung penuh pada sifu sebab saya daif betul tentang penulisan novel.

    ReplyDelete
  2. mazzuin :)

    sama2. anda tak perlu susah2 fikir ttg tema dulu. fikir je ttg ceritanya dulu, nanti saya tunjukkan bagaimana nak buat. tak perlu bimbang fasal penulisan novel, bukan sesusah mana pun, kalau novel kanak2 dan remaja. tp, penatnya sama dgn penat menulis novel dewasa. Bagaimanapun, anda mmpunyai mempunyai bakat dlm penulisan kreatif, anda tiada masalah menulis novel nanti - asal gigih, percayalah k.

    saya faham ttg urusan anak2 ke sekolah semula... saya pernah laluinya juga dulu...mmg sibuk, tk mengapalah, ambil masa. saya tunggu je, insya-Allah

    ReplyDelete
  3. Salam Sifu.
    Saya sudah fikirkan cerita untuk novel ini. Cuma saya keliru tempoh masa yang ideal dari awal cerita sehingga tamat cerita untuk sebuah novel. Minta tunjuk ajar dari sifu.
    Saya tidak berani hendak menjamin diri sendiri tetapi petua sifu di Jerit apa je tu orait juga; dengar mp3 masa menulis. Kenapa tidak kan, dengar lagu sambil tenggelam dalam dunia penulisan. Nanti saya mesti nak try ni.. dah lama tak dengar lagu sambil berangan-angan bersendirian di larut malam.. hebat rasanya.
    Saya rasa sudah bersedia hendak memulakan ayat-ayat novel. :)

    ReplyDelete
  4. mazzuin :) salam kembali,

    ok, ttg tempoh masa tu; pastikan anda memulakan novel ni, 3/4 daripada keseluruhan novel. bermakna, bermula drpd puncak segala keseluruhan isu/malah, dan kemudian anda buka yg lain secara flash back - hingga bertemu semula di 3/4 tadi.

    dan utk satu bab, ia bermula 3/4 drpd keseluruhan bab, pastikan ada suspen di penghujung bab bagi memudahkan anda mengembangkannya di bab seterusnya. mcm menulis cerpen juga k

    ttg petua dgr lagu tu, saya dah amalkan 20 tahun yg lalu. nak tahu knp saya boleh byk menghasilkan karya, itulah jawapannya. cuma, 20 tahun yg lalu, tiada mp3, jadi berdentum-dentamlah rumah kami oleh irama muzik saya.... hehehe...

    ReplyDelete
  5. tmbhn; kalau dah baca `Dr Sifu' di bahagian kotak novel ni, anda buat satu ringkasan cerita dan kemudian, boleh buat draf perwatakan dan perawakan watak2 yg bakal memainkan peranan k

    ReplyDelete
  6. sifuuuu, selamat hari lahir. Semoga sifu sentiasa di dalam keceriaan dan kesihatan terbaik, dan juga terus menjadi sifu yang hebat. :).
    Napa sinopsis saya lum keluar lagi ya... dah paste semalam, ok je.

    ReplyDelete
  7. mazzuin :)

    terima kasih atas ucapan itu, den terharu.. saya doakan semoga anda sefamili juga sentiasa ceria dan sihat walafiat ya.

    ttg sinopsis tu, saya tak jumpa. mungkin ia tersesat di ruang siber mana dah, elok awak post balik k

    ReplyDelete
  8. salam, sifu.
    saya click kanan mouse masih tak boleh paste, semua tak highlighted. Nampaknya kena cuba terus... :) semoga dapat juga paste nanti. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  9. mazzuin :)

    Saya cuba copy and paste balik apa yg anda tulis kat atas tu, kita tgok boleh tak k;

    Saya sudah fikirkan cerita untuk novel ini. Cuma saya keliru tempoh masa yang ideal dari awal cerita sehingga tamat cerita untuk sebuah novel. Minta tunjuk ajar dari sifu.
    Saya tidak berani hendak menjamin diri sendiri tetapi petua sifu di Jerit apa je tu orait juga; dengar mp3 masa menulis. Kenapa tidak kan, dengar lagu sambil tenggelam dalam dunia penulisan. Nanti saya mesti nak try ni..

    ReplyDelete
  10. mazzuin :) nah boleh pun tu... saya rasa, anda perlu cek setting di komputer awak, atau perlu off dulu, kemudian on balik baru copy and paste balik kat sini ... manalah tau ada terlanggar atau mana2 setting dgn tak disengajakan

    ReplyDelete
  11. Salam sifu. Ummu anas bagi cara supaya saya 'hello' dulu di sini, sekiranya ok baru saya copy paste apa yang nak dipastekan tu. Ok, saya cuba ni. Moga2 berjaya. Ya Allah, tolonglah. Ameen. :)

    ReplyDelete
  12. Sinopsis Novel

    Di Bawah Sayap Malaikat

    Mengisahkan Naufal yang telah dihantar ke madrasah tahfiz oleh bapanya kerana kesilapan yang telah dilakukan semasa tahun 6. Gara-gara pengaruh kawan baik, Amin, yang bebas pergaulan, dia terjebak dalam masalah disiplin apabila mengikut ajakan Amin menyelongkar beg kawan-kawan yang sedang berlatih sukan di padang. Penolong kanan dan guru disiplin menyerbu ke rumah bertemu dengan ibu bapa Naufal untuk merujuk masalah yang timbul. Datuk Naufal yang kebetulan baru tiba dari kampung amat berang dengan pernyataan Cikgu Hasnah, guru disiplin, sehingga mencampakkan dompetnya yang tebal berisi ke atas meja. Datuk dan nenek Naufal tetap mempertahankan Naufal yang dikatakan cucu yang lurus dan baik perlakuan. Naufal turut menafikan tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Namun saksi terdekat iaitu adik Amin mengatakan yang sebaliknya. Akhirnya Naufal dihadapkan kepada gurubesar dan diberi hukuman rotan di tapak tangan. Kesalahan Naufal turut dicatatkan di dalam sijil berhenti sekolah.

    Sebenarnya adik Amin, Sarah, adalah dalang yang terlibat di dalam kes kecurian namun pihak sekolah tidak dapat membuktikan hal sebenar. Dalam diam-diam, Sarah telah menyelinap masuk ke dalam kereta guru dan mengambil dompet, mencuri duitnya dan membuang dompet itu. Dia melakukannya bersendirian namun apabila perbuatannya diketahui, dia langsung melibatkan nama Naufal dan Amin sendiri.

    ReplyDelete
  13. Situasi keluarga Naufal bertambah tegang apabila dia turut dikaitkan dengan kecurian di sekolah ugama petang gara-gara keterlibatannya dengan peristiwa sama di sekolah kebangsaan. Setiap murid diminta minum air Yassin untuk mengenalpasti pelajar yang bersalah namun enggan mengaku. Tiga hari kemudian Naufal dimasukkan ke hospital kerana disyakki mengidap apendiks. Setelah pemeriksaan teliti oleh doctor, dia disahkan mengalami radang apendik dan disarankan supaya melalui pembedahan untuk membuang apendiks yang keradangan. Kedua-dua sekolah kebangsaan dan sekolah ugama petang yang saling berdekatan menjadi heboh dengan peristiwa Naufal sakit perut sekaligus menyokong teori sangkaan mereka bahawa Naufal adalah pencuri sebenar. Naufal menafikan kerana dia memang tidak bersalah namun hanya segelintir yang mempercayainya. Sakit perut yang dialami Naufal bukanlah berpunca daripada meminum air Yassin kerana dia telah mula merasakan sesuatu yang tidak kena pada perutnya tiga hari sebelum upacara berlangsung.

    Kedua ibu dan ayah Naufal merasa rungsing memikirkan masa hadapan anak mereka. Harapan mereka amat besar terhadap Naufal sebagai anak sulung yang menjadi contoh kepada adik-adiknya. Pada masa yang sama beberapa kes dera dan buli timbul di dada akhbar-akhbar tempatan memberi kesan kepada ibu bapa Naufal sehingga mereka akhirnya sepakat untuk menghantar Naufal mendapatkan pengajian al Quran di madrasah terbaik di Kuala Lumpur.

    Naufal berasa amat tertekan kerana pertama kali dia hidup berasingan dari keluarga dan terpaksa menguruskan kehidupan sebagai pelajar bersendirian. Sikapnya yang lurus dan agak pendiam menyebabkan dia mendapat ejekan dan direndah-rendahkan oleh kawan-kawan yang lebih bersikap dominant. Naufal amat kecewa dan mula merusuh kepada ibunya untuk berhenti belajar. Keadaan semakin tidak terkawal apabila akhirnya dia enggan masuk ke madrasah semasa dihantar oleh ibunya. Berlaku peristiwa tarik-menarik di antara dia dan ustaz Hasyimi di pintu kereta ibunya sehingga ustaz Hasyimi mengalah dan membenarkan Naufal mengikut ibunya pulang berehat lagi di rumah.

    ReplyDelete
  14. Bapa Naufal amat meradang dengan peristiwa tersebut yang dianggap memalukan dan tidak patut terjadi. Namun ibu Naufal pula bersikap sebaliknya. Berbekalkan pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak yang pernah dipelajarinya, dia ingin memberi peluang kepada Naufal untuk memikirkan masa hadapan dengan lebih baik. Sementara waktu Naufal berehat di rumah dalam keadaan serba-salah dengan sikap bapanya yang menjadi lebih tegas serta garang kepadanya. Akhirnya bapa Naufal membawa Naufal mengikuti temuduga di sebuah sekolah hafiz pula. Naufal berjaya mendapat tempat di madrasah yang dikhaskan untuk pelajar cemerlang UPSR itu walaupun dia sekadar mendapat 2A 3B. ternyata di madrasah ini, dia mula menikmati kehidupan sebagai pelajar sebenar. Walaupun dia masih belum dapat mengatasi perasaan rindu kepada keluarganya, namun pergaulannya lebih luas dengan pelajar-pelajar seberang laut sejauh Amerika Syarikat dan Jepun. Di sini Naufal melihat pengorbanan pelajar asing yang lebih hebat dalam keadaan berjauhan dari keluarga dipisahkan oleh lautan terbentang luas. Naufal mula memasang cita-cita untuk belajar menghafaz Al Quran bersungguh-sungguh dan merancang untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebi tinggi sehingga menjadi seorang muallim yang hebat suatu masa nanti.

    ReplyDelete
  15. mazzuin :)

    saya dah baca ringkasan cerita kat tu, komen saya; wah, punyalah hebat!

    ok, sekarang anda hanya perlu buat draf terakhir, ttg perawakan dan perwatakan watak2 utama daqn watak2 sampingan. pastikan tidak terlalu ramai watak. watak utama boleh saja antara 2 - 3 org, jika nak buat lebih, mungkin dlm novel2 berikut. sementara watak sampingan pun, tidak terlu ramai. hanya yg relevan saja yg perlu diutarakan, yg lain hanya sebagai perhiasan atau prop yg tidak mempunyai peranan penting.

    ok, petua ni; utk memastikan novel anda mendapat perhatian ramai pembaca, perlu diwujudkan satu watak budak perempuan sebagai watak utama (hero) di samping naufal (kecauali kalau naufal sendiri seorg gadis kecil k.

    ReplyDelete
  16. Sifu, saya cuba masukkan watak budak perempuan sebagai watak utama, tapi masih kebuntuan. Sebab niat asal saya ialah hendak mengetengahkan cerita Naufal tu iaitu watak budak lelaki. Minta pendapat dan bantuan sifu. Bagaimana saya nak masukkan watak utama budak perempuan tanpa mengubah terlalu banyak cerita Naufal... Terima kasih sifu. (mula lah terasa sukarnya menyusun sebuah novel ni, tapi mudah-mudahan dengan bantuan sifu dan semangat sifu serta rakan2 sebengkel, saya akan terus mencuba hingga berjaya, insyaAllah.)

    ReplyDelete
  17. Sifu, tadi saya ada post sesuatu sebelum hello,testing dulu, tapi tak taulah sampai ke tidak atau sudah ditelan alam cyber.
    sesudah menulis sesuatu tadi, saya terfikir hendak menjadikan adik kecil Naufal sekitar 6 tahun perempuan sebagai watak utama. Adik ini amat rapat dan manja dengan Naufal, dan dia melalui pengalaman menarik dengan memerhati penuh minat dan tandatanya terhadap diri Naufal bermula dari rentetan peristiwa di sekolah. Kanak2 ini dipenuhi perasaan ingin tahu yang begitu tinggi sehingga banyak menimbulkan persoalan yang tidak terjawab, melainkan dia harus mengikuti perjalanan abangnya hingga dia mengerti sendiri.
    Tak taulah sifu, di mana nak diletakkan nilai murni sebuah perjuangan, melainkan yang saya nampak perjuangan Naufal membuktikan dirinya bersih dan jujur seiring dengan masa kerana namanya telah tercalit dengan tuduhan yang tidak bersaksi benar, iaitu kesanggupannya menahan diri dan perasaan berjauhan dari keluarga untuk memenuhi kehendak orang tua mengikuti pengajian tahfiz di madrasah,

    ReplyDelete
  18. mazzuin :)

    oleh kerana belum ada apa2 info (perwatakan dan perawakan) naufal, jadi saya beranggapan naufal masih di sekolah rendah. ok, kalau adik naufal tu berusia lingkungan 10 - 11 tahun, tentu sesuai sekali, krn jarak usia itu masih termasuk dlm usia sasaran (baca Dari Sifu) jika bukan adik, kawan sekelas, sepupu, jiran pun boleh - selagi masih dlm usia sasaran.

    bagaimana nak masukkan watak gadis kecil tu? mudah je - bayangkanlah diri anda gadis kecil tu (pemikiran mesti sprti gadis kecil juga), dan tentulah gadis kecil tu hero dlm novel ni kan. jadi, buat gadis kecil ni, terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak dlm pergolakan hidup naufal.

    gambarkan bagaimana gadis kecil ni terpaksa `berjuang' utk memperbaiki tanggapan terhadap naufal yg tidak bersalah.

    lewat perjuangan gadis kecil inilah, anda akan lihat nilai murninya - digambarkan lewat perlakuannya (yg mungkin saja lincah, manja, aktif) tp, sgt cerdik dan bijaksana, sesuai dgn dirinya dijadikan hero dlm novel anda kelak.

    mazzuin, jgn terlalu bimbang. anda buat saja mcm anda buat cerpen tu, nanti saya lihat bagaimana. yg penting, jgn terlalu bergantung pd teori, tp pada praktikalnya, yakni, fikir-bayangkan jalan ceritanya dulu, lpas tu tulis k

    ReplyDelete
  19. tmbhn; cara paling mudah melihatnya; satu bab satu episod penting, yg lain semua dlm bentuk flashback/imbas balik, dlm fikiran watak utama tu je k

    ReplyDelete
  20. mazzuin :)

    saya ada 2 cadangan;

    1. terus saja dgn idea asal. teguhkan semangat dan mulakan. anggaplah satu bab tu, sama macam satu cerpen. jgn teragak2 lagi.

    ttg watak gadis kecil itu juga senang sebenarnya. lazimnya, saya akan mencipta watak yg mirip sekali dgn diri saya waktu kecil, dgn itu mudah sekali saya melihatnya dr sudut pandangan saya sendiri kan?

    2. atau, anda simpan saja dulu idea anda kat atas tu. sebaliknya, anda ambil satu cerita rakyat dr negeri kelahiran anda, dan saya akan tunjukkan cara bagaimana hendak mengembangkannya. utk pengetahuan anda, novel yg paling mudah dihasilkan adalah novel cerita rakyat. mungkin, setelah ada pengalaman menulis novel yg mudah sedikit, anda akan lebih berkeyakinan utk mengangkat idea asal anda yg ternyata agak berat - biarpun bagi saya.

    so, fikirkan dan beritau saya secepat mungkin k

    ReplyDelete
  21. sifu, terima kasihatas cadangan sifu. dan terima kasih sbab jenguk saya di blog.. hehehe... tak lupa kat sifu tapi agak leka dengan perkara lain. (terima kasih sebab mengingatkan tugasan saya, fuhh.. memang caya sama sifu!)
    hmm... setelah saya renung2 dan fikir2kan, saya bercadang nak teruskan tentunya dengan bantuan penuh sifu. insyaAllah. perhatian saya ni bercabang2 buat beberapa waktu kebelakangan ini. jadi saya putuskan akan meneruskannya. kali ini akan kutempuhi segala rintangan yang datang hingga jaya sampai ke puncaknya. TK sifu!!

    ReplyDelete
  22. mazzuin :) sama2... itulah semangat juang yg saya nak dgr. ok, redah je, jgn bimbang , saya ada kat sini utk membantu, insya-Allah.

    ReplyDelete