• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Saturday, July 25, 2009

Dari Dalam Cermin

Saturday, July 25, 2009 // by Azmah Nordin // // 2 comments

(Bersama ini, ini disiarkan Bab 1, Bab 2 dan sedikit Bab 3 drpd novel Dari Dalam Cermin ini sebagai contoh bagaimana saya memasukkan tiga watak utama bab berbeza, dlm sebuah novel - di sini untuk menjadi bahan rujukan para peserta bengkel, terutama sekali utk WanSalmah. novel ini telah memenangi 3 hadiah berturut2; 1) Pertandingan Menulis Novel Dewasa Jabatan Ketua Menteri Sabah, Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Malaysia)








Bab 1


“SULIII ...!''

Dengan himpunan segala kekualan, dalam kengiluan apabila terdengar
ratapan dan raungan yang ngeri, dalam suasana langit yang terserlah
cabaya cerlang pada kesuraman senja, disertai kepulan asap hitam campur
merah yang bergawang-gawang mengitari alam, dia berkejar pantas ke arah
tempat kuda terunanya tertambat. Cuping telinganya sempat menangkap
bunyi daun-daun pohon pari-pari mempari yang menjulang tinggi itu,
bergeseran dipuput bayu dalam cuaca yang kering-garing, seperti mencuba
membelai hatinya yang kering-garing dibakar rasa dendam yang lama terpendam.

Gerak langkahnya dipercepat, biarpun terasa daun kering pohon pari-pari
mempari dan bunganya yang berjambak-jambak, berguguran dan ada yang
melayah turun menyentuh kepalanya, seperti mencuba menyentuh alam
kesedarannya yang dipacu sejuta nafas tersepit. Begitu dia meneruskan
lariannya, menyusuri pinggir pantai Kuala Tempasuk di daerah Kota Belud itu,
dia membulatkan tekadnya. Biarlah bulan sabit yang tinggi melewati puncak
Kinabalu dengan cahaya cerah menerangi jagat raya itu menjadi saksinya. Dia
pasti akan menunaikan suatu pengharapan, suatu keinginan yang bangkit
menatang keharuan, suatujanji pada diri sendiri, yang bertolak daripada titik-titik derita.

"Pastiii ...!" jeritnya

Angin kering yang hangat dari Laut Cina Selatan menderu kencang, mengasak bau
hanyir darah mentah dan bau daging manusia yang bagaikan dipanggang rentung,

berpusar_pusair bersama-sama lidah api, menjelajah ke udara. Angin kering garing
itu gemerisik melewati cuping telinganya, membawa perkhabaran penting bagi
memudahkannya mengenal pasti siapakah yang empunya angkara. Akan tersentakkah
dia, pada saat itu seperti juga pada saat yang sama enam tahun yang akan datang,
diterjahi suatu kejutan yang maha dahsyat? Akan terkejutkah dia seperti terkejutnya
burung pungguk yang sedang bersahut-sahutan memuja sang rembulan, apabila suara
merdunya diselangi lolongan anjing? Akan terkejutkah dia lagt? tanya hatinya.

Argh ...! Biar apa pun, dia akan terus meneguh tekad, untuk tidak membicarakan
erti takut atau erti kewajaran. Akan dirempuhi apa-apa saja kesukaran dan rintangan
yang datang bagaikan gelombang demi gelombang yang mencuba menghancur-
ranapkan kubu-kubu pertahanan dalam dirinya. Akan ditunggangi kuda terunanya
di permukaan buih-buih gelombang yang memercik terus-terusan memukul hatinya.
Akan dilalui apa saja, tekad hatinya. Apa saja.

Lalu dengan kemahiran yang diwarisi daripada nenek moyang di sebelah bapanya,
zaman-berzaman, dia akan melompat tangkas ke belakang kuda teruna yang
sentiasa setia
menantinya; ataupun apakah mungkin disebabkan tiada
pilihan melainkan terpaksa menantinya kerana tertambat di
pancang kayu bakau itu? Argh! Membayangkan sesuatu keredupan sebelum men_
capai-raih sesuatu kejayaan, seringkali menimbulkan ciplakan
pelbagai kekalutan, fikirnya"

Kemudian, sebaik-baik punggungnya menyentuh pelana.
dengan menegakkan tulang belakangnya mencari keselesaan.
dia mengukir senyuman kepuasan. Senyuman yang disulami
bara dendam yang bagaikan labah-labah hangat pijar, meling_
kari saluran nafasnya, terturut tahun. Lantas. terasa nafasnva
sesak; dadanya sebak.

"Aduhai, Suli ...!"

Dia tersentak nafas. Pandangan matanya yang berbinar-
binar itu, berkisar liar di sekitar kawasan yang berbalam-balam
oleh kesuraman senja. Dia seperti dapat melihat sesusuk tubuh
lelaki tua yang berdiri terketar-ketar di antara pohon-pohon
yang kelihatan berbalam-balam. Dia dapat mengenali lelaki
tua itu, serta-merta. Kini hatinya semakin membara!
Suli segera mendengus kasar sambil menguntumkan
sebuah senyuman sinis. Sambil menggoyang-goyangkan
kepalanya yang berambut panjang ikal mayang itu, dia me-
runcingkan matanya merenung lelaki tua yang berpakaian
daripada jenis kain serba mahal itu, setajam mungkin, setajam
pandangannya yang menerobosi angin semilir yang
menyongsong senja menjadi malam; malam yang menghitam-
kelamkan seluruh alam, sehitam dan sekelam sejarah yang
akan tercipta saat itu seperti juga sejarah hitam enam tahun
yang akan daiang, pada waktu yang sama juga.
"Kenapa Suli? Argh, sukar aku mentafsir sikapmu!"
Suli mendengus lagi, kasar, biarpun mungkin terlekat
suatu puncak derita dalaman pada permukaan selaput
matanya, buat sedetik. Namun, sekelip lintasan menjelma.
Serta-merta suatu perasaan benci menyelinap ke seluruh urat
sarafnya. Haba kebencian itu berombak-ombak di dalam
dadanya. Kepanasan yang dirasai itu, terasa seperti mengalir
daripada haba bangunan Wisma Utama setinggi tiga puluh
tingkat yang sedang terbakar rentung, dalam fikirannya,
menyemarak indah.

Harapan-harapan itu adalah harapan-harapan yang pasti
tertunai, tidak berapa lama lagi. Jika tidak pada esok hari, lusa
pasti tertunai. Jika tidak dalam minggu ini, minggu hadapan
pasti akan tertunai juga. Yang penting, harapan itu harus di-
tunaikan, tidak boleh tidak, mesti ditunaikan juga! Tekad
hatinya. Mestiii ...!

Dia sedar, dia pasti berjaya juga dengan amat cemerlang.
Seterusnya, dia menikmati suatu macam kepuasan dan jung-
kir-balik menyelinap dalam rintisan hidupnya yang dibendung
derita. Dia yakin, dia akan disoal siasat terus-terusan, sebaik-

"Aduhai, Suli ...!"

Dia tersentak nafas. Pandangan matanya yang berbinar-
binar itu, berkisar liar di sekitar kawasan yang berbalam-balam
oleh kesuraman senja. Dia seperti dapat melihat sesusuk tubuh
lelaki tua yang berdiri terketar-ketar di antara pohon-pohon
yang kelihatan berbalam-balam. Dia dapat mengenali lelaki
tua itu, serta-merta. Kini hatinya semakin membara!
Suli segera mendengus kasar sambil menguntumkan
sebuah senyuman sinis. Sambil menggoyang-goyangkan
kepalanya yang berambut panjang ikal mayang itu, dia me-
runcingkan matanya merenung lelaki tua yang berpakaian
daripada jenis kain serba mahal itu, setajam mungkin, setajam
pandangannya yang menerobosi angin semilir yang
menyongsong senja menjadi malam; malam yang menghitam-
kelamkan seluruh alam, sehitam dan sekelam sejarah yang
akan tercipta saat itu seperti juga sejarah hitam enam tahun
yang akan datang, pada waktu yang sama juga.

"Kenapa Suli? Argh, sukar aku mentafsir sikapmu!"

Suli mendengus lagi, kasar, biarpun mungkin terlekat
suatu puncak derita dalaman pada permukaan selaput
matanya, buat sedetik. Namun, sekelip lintasan menjelma.
Serta-merta suatu perasaan benci menyelinap ke seluruh urat
sarafnya. Haba kebencian itu berombak-ombak di dalam
dadanya. Kepanasan yang dirasai itu, terasa seperti mengalir
daripada haba bangunan Wisma Utama setinggi tiga puluh
tingkat yang sedang terbakar rentung, dalam fikirannya,
menyemarak indah.

Harapan-harapan itu adalah harapan-harapan yang pasti
tertunai, tidak berapa lama lagi. Jika tidak pada esok hari, lusa
pasti tertunai. Jika tidak dalam minggu ini, minggu hadapan
pasti akan tertunai juga. Yang penting, harapan itu harus di-
tunaikan, tidak boleh tidak, mesti ditunaikan juga! Tekad
hatinya. Mestiii ...!

Dia sedar, dia pasti berjaya juga dengan amat cemerlang.
Seterusnya, dia menikmati suatu macam kepuasan dan jung-
kir-balik menyelinap dalam rintisan hidupnya yang dibendung
derita. Dia yakin, dia akan disoal siasat terus-terusan, sebaik-
baik Wisma Utama hancur ranap ataupun hangus rentung
kelak. Dia cukup yakin tentang itu, kalau_kalau dia terjebai
kelak. Huh! Andainya dia terjebak.

"Sepatutnya engkau mengadakan upacara menawa,”ujar
nenek sebelah ibunya yang berketurunan Dusun itu. “Hm.
pasti penjaga semesta alam akan mengabulkan segala permin-
taanmu."

Hampir tergelak Suli mengingati perbualan dengan
neneknya yang masih mengamalkan fahaman pagan itu.
Hatinya tertanya-tanya; apakah dia perlu mendiiikin sulap
di tepi sungai untuk mengadakan upacara itu? Apakah dia
perlu membina sulap itu sepanjang tujuh sambungan yang kira_
kira dua belas meter, padahal mereka cuma tinggal dua
beranak? Perlukah sulapitudibina daripada buluh buiat untuk
tiangnya, pelepah dan daun kelapa atau rumbia untuk atap_
nya, buluh untuk lantainya; padahal dia bukan hendak
memohoir hujan atau memohon cuaca panas?

Yang pasti, orang-orang kampung tidak perlu bersusah
payah datang membawa beras atau padi untuk disedekahkan
kepada tetagas sebagai upah, kerana upacara menawa tid,ak
akan diadakan. Gong, gendang dan giring-girrng tidak perlu
dibunyikan kerana tiada arahan yang akan diberikan oleh
tetagas. Tetagas tidak dipanggil untuk memohon kepada
Kinoringan supaya menurunkan hujan bagi menyelamaikan
umat manusia. Tidak perlu tetaga^r datang mengigol atau
mengain dan kemudian menurun sewaktu bercalap_cakap
dengan Kinoringan itu. Tidak perlu butia nadau dicuci bersih_
bersih dengan minyak kelapa yang ditanak sendiri dan dilerak_
kan di satu sudut gelap di dalam sulap kerana ini hanya akan
merosakkan segala rancangannya.

Tidak perlu. Tidak perluuu ...!

Untuk itu, dia menyediakan segala macam kertas keria
dalam bentuk hitam putih dan dalam bentuk lisan, bagi mente
lahkan mengapa rancangan atau projek itu harus terus dilak-
sanakan. Tapi, jika tidak terjebak kelak, seperti yang berlaku
kepada lelaki tua yang kaya raya itu, dia harus mendiamkan
diri. Lebih selamat begitu. Lebih aman.

Lalu Suli akan tabah membilang hari, seperti dia mem-
bilang batu bata para pekerja binaan yang bertali arus, jumlah
cerucuk yang dihentakkan ke dalam tanah. Seperti dia mem-
bilang jumlah bangunan yang dibina lelaki tua itu, yang ber-
tambah bagaikan cendawan di serata negeri, dari semasa ke
semasa. Dia terus membilang hari, berturut tahun.
Suli terus merenung hari depan yang akan ditempuhnya,
terus-terusan; untuk satu tujuan, untuk satu hasrat suci, untuk
satu harapan, untuk satu rancangan jangka panjang, untuk
bernafas terus, untuk menuntut keadilan, untuk hari depan
yang pasti tiba, pada bila-bila masa saja, dari sekarang

* * *

Senja itu, seperti juga pada senja enam tahun yang lalu,
seperti juga pada hari Sabtu enam tahun yang ialu, Suli me-
nunggangi kuda yang dulunya kuda teruna, tetapi kini menjadi
kuda jantan yang gagah perkasa lagi matang. Dia menyusuri
pinggir pantai yang sebahagian besarnya dilingkari Laut Cina
Selatan, seperti dia menyusuri liku-liku hidupnya yang se-
bahagian besarnya dilingkungi lautan duka.

Pada musim kemarau. pinggir pantai itu dihampari pasir-
pasir halus yang memijar panas dengan air lautnya berkejar-
kejaran di pinggir pantai. Pada musim tengkujuh pula, pinggir
pantai itu kelihatan seperti tidak bertebing saja. Airnya
berubah menjadi kabut dan bergelombang ganas bagaikan
hendak memanjat mencapai langit, terus-terusan, merempuh
tebingnya. Kadang-kadang, ombak yang bergelombang ganas
itu, bergawang dan bertuang, menampan dan lantas meragut
rumput dan anak-anak pohon bakau di tepian pantai, bagai-
kan kambing meragut daun muda. Lalu tebing-tebingnya
runtuh, diseret dan diragut arus laut.
Suli terus menunggangi kuda jantannya, merasakan
seolah-olah dirinyalah yang berdiri di tebing runtuh itu. Terasa
seperti dia turut terseret dan teregut ke dalam gelombang yang
bagaikan menggamit nyawanya dengan ghairah.
Rengekan kuda jantan yang gagah perkasa lagi matang itu
bergemuruh nyaring, menyentak lalu menyedarkannya
kembali daripada lamunannya. Dadanya sebak terus.
Nafasnya sesak bagaikan terputus.

Lantas dia menoleh ke belakang, ke arah rumah papan
yang terpencil di lereng bukit. Di rumah itulah dia dan ibunya
menumpang sejak beberapa tahun yang lalu. Memerhatikan
layang-layang rumah yang tenang menujah angkasa dalam
kesuraman senja itu, terbayang pula wajah ibunya yang
beruban rambutnya, tenang meneruskan tradisi kaum asainya;
Idaan. Dia seperti dapat melihat ibunya tekun menguryu-
tikar mengkuang, menganyam siud, menganyam karaban,
menganyam savak dan sebagainya. Kadang-kadang, ibunya
yang sentiasa mengukir senyuman manis itu, kelihatan ter-
bongkok-bongkok menuai padi milik Mak Cik Anis meng_
gunakan linggaman, sebelum menyimpannya ke dalam
tangkop atau rengkiang-rengkiang padi. '

Dia teringat bagaimana dia menjejak kaki di hospital
daerah, tempat ibunya ditahan dulu. Dia kurang pasti pula
sama ada dia memujuk ibunya atau memujuk hatlnya sendiri
supaya tidak terlalu bimbang. Suli tidak tergamak meluahkan
kerusuhan yang meruap dalam dadanya, sejak mendapat
laporan lengkap daripada doktor pakar. Sama seperti ibunya
yang tidak tergamak mengkhabarkan penyakitnya kepada Suli
sewaktu Suli meneruskan pengajian tinggi di Seminanjung
dulu.

"Tumor," jelas Dr. Husaini, meneliti riak muka gadis
yang duduk bertentangan dengannya, di pejabat itu.
"Tumor?"

"Pada saraf utamanya,,' angguk Dr. Husaini. ..Sekarang
dia menjalani rawatan kemoterafi secara intensif.,'

"Astaghfirullah ...!" Suli hampir tidak mempercayainya.

"Tiada jalan lain lagi," tambah Dr. Husaini, penuh
simpati. "Ibumu harus dibedah segera. Ketumbuhan itu perlu
dibuang. Ketumbuhan itu semakin meliar, sukar dikawat. afrt
Berbahaya benar buat ibumu."

"Kalau tidak?"

"Dia mungkin akan lumpuh atau lebih parah daripada
itu."

Suli yang baru menerima skrol ijazah daripada universiti
tempatan dalam jurusan Juruukur Bahan, terjelepok di lantai
rumah Mak Cik Anis membincangkan masalah yang dihadapi
oleh ibunya itu. Rumah Mak Cik Anis yang bertiang tinggi
daripada kayu belian yang dibina lebih kurang lima ratus meter
dari pinggir pantai di lereng bukit itu, berubah suasananya.
Daripada suasana yang sejak semalam meriah kerana me-
nyambut kepulangan Suli dari Semenanjung, menjadi muram
serta-merta.

Terkenang dia pada rumah papan di perkampungan tanpa
izin yang dibina oleh arwah bapanya dulu. Terdengar tiang
rumah laut itu mendesah-desah dirempuh debur ombak, ber-
gegar hingga ke layang-layang rumah yang menyerupai tanduk
itu. Ombak terus-menerus menghempas pantai, seperti ombak
yang terus-terusan merempuh menghempaskan diri di hati
nurani penghuni rumah-rumah laut itu. Sebelum dia sempat
dikukuhkan dengan semangat yang bulat, sekepul asap hitam
menghentam, meranapkan segala-galanya.

Argh ...! Tumor! Tumooor ...! bentaknya, dipagut rasa
pilu yang amat pedih.

Suli menghela nafas yang menyendat dalam dadanya.
Hatinya tertanya-tanya; mengapakah tumor itu bertapak di
saluran saraf utama ibunya? Mengapakah tubuh ibunya dari-
pada keturunan Idaan tulen itu, yang telah diislamkan oleh
bapanya yang berketurunan Bajau tulen; diterkam pelbagai
penyeksaan yang maha dahsyat? Mampukah ibunya bertahan
sewaktu proses pembedahan membuang tumor yang membon-
jol dan menyesakkan saluran saraf utama pada tubuh yang
melebihi separuh abad itu? Suli mengerut kening, diinjak
keraguan yang amat sangat.

Alangkah baiknya kalau proses pembedahan tumor itu
serupa seperti pemotongan lalang. Namun dia sedar pula,
biarpun lalang itu dipotong berulang kali hingga ke akar
umbinya, lambat-laun tumbuh semula lalu menyakitkan pan-
dangan mata. Sesiapa yang berani melewati kawasan lalang.

"Dia mungkin akan lumpuh atau lebih parah daripada
itu."

Suli yang baru menerima skrol ijazah daripada universiti
tempatan dalam jurusan Juruukur Bahan, terjelepok di lantai
rumah Mak Cik Anis membincangkan masalah yang dihadapi
oleh ibunya itu. Rumah Mak Cik Anis yang bertiang tinggi
daripada kayu belian yang dibina lebih kurang lima ratus meter
dari pinggir pantai di lereng bukit itu, berubah suasananya.
Daripada suasana yang sejak semalam meriah kerana me-
nyambut kepulangan Suli dari Semenanjung, menjadi muram
serta-merta.

Terkenang dia pada rumah papan di perkampungan tanpa
izin yang dibina oleh arwah bapanya dulu. Terdengar tiang
rumah laut itu mendesah-desah dirempuh debur ombak, ber-
gegar hingga ke layang-layang rumah yang menyerupai tanduk
itu. Ombak terus-menerus menghempas pantai, seperti ombak
yang terus-terusan merempuh menghempaskan diri di hati
nurani penghuni rumah-rumah laut itu. Sebelum dia sempat
dikukuhkan dengan semangat yang bulat, sekepul asap hitam
menghentam, meranapkan segala-galanya.

Argh ...! Tumor! Tumooor ...! bentaknya, dipagut rasa
pilu yang amat pedih.

Suli menghela nafas yang menyendat dalam dadanya.
Hatinya tertanya-tanya; mengapakah tumor itu bertapak di
saluran saraf utama ibunya? Mengapakah tubuh ibunya dari-
pada keturunan Idaan tulen itu, yang telah diislamkan oleh
bapanya yang berketurunan Bajau tulen; diterkam pelbagai
penyeksaan yang maha dahsyat? Mampukah ibunya bertahan
sewaktu proses pembedahan membuang tumor yang membon-
jol dan menyesakkan saluran saraf utama pada tubuh yang
melebihi separuh abad itu? Suli mengerut kening, diinjak
keraguan yang amat sangat.

Alangkah baiknya kalau proses pembedahan tumor itu
serupa seperti pemotongan lalang. Namun dia sedar pula,
biarpun lalang itu dipotong berulang kali hingga ke akar
umbinya, lambat-laun tumbuh semula lalu menyakitkan pan-
dangan mata. Sesiapa yang berani melewati kawasan lalang


yang tumbuh meliar itu, lambat-laun pasti dipatuk ular atau
disengat kala jengking atau apa-apa saja yang bermastautin di
dalamnya.

"Jangan bimbang, Suli," pesan ibunya, perlahan.

"Saya tidak bimbang, bu."

"Suli, aku telah melalui segala-galanya dalam hidup ini,"ujar ibunya, seperti
tidak mendengar kata-kata anaknya tadi. "Argh, nikmat ada,
derita juga ada. Manis ada,
pahit juga tidak kurang. Beranekaragam, beraneka suasana.
Namun aku tidak gentar menyusuri liku-liku hidup penuh rahsia ini.
Engkau pun tahu, sebahagian besar daripada liku-liku
hidupku, kita lalui bersama, bukan?"

"Ya, bu," keluh Suli, dipagut rasa rindu.

"Yang penting, cuba kauasingkan dirimu daripada ke-
nangan pahit, Suli," pesan ibunya dengan suara sedih.
"Engkau pun tahu apa-apa yang amat pahit, bukan? Hah,
lupakan kalau dapat."

"Ya, bu," pintas Suli, biarpun hatinya membantah keras.
Sebelum sempat dia meninggalkan wad pesakit kelas tiga
itu, ibunya sempat menggenggam jari-jarinya sambil mengun-
tumkan senyuman manis yang begitu lembut menyentuh hati
Suli.

"Ingat, ya?"

Suli menganggukkan kepala, terus tercegat di sisi katil
ibunya, seperti anak kecil ditegur kerana kedapatan melaku-
kan kesalahan. Dia menghela nafas, menahan air jernih yang
tergenang di kelopak matanya, daripada terjurai jatuh ke dada
ibunya. Matanya merangkak memerhatikan lengan ibunya
yang lebam kehitaman akibat tusukan jarum, yang pada
hujungnya disambung ke saluran getah, tergantung sebotol
glukosa. Matanya terkebil-kebil memerhatikan titis-titis
glukosa mengalir masuk ke dalam saluran darah ibunya,
seperti memerhatikan titis-titis peluh ibunya mengalir sebelum
ini, membanting tulang empat kerat, memberi anaknya
semangat perjuangan yang tidak pernah cair bagi Suli mene-
ruskan pengajian tingginya.

"Saya ingat, bu."

Biarpun kata-kata itu diucapkan dengan penuh emosi,
namun kurang pasti pula dia apakah janji-janji itu, sesungguh-
nya, adalah untuk dia mengingati pesan ibunya supaya dia
mengasingkan dirinya daripada kenangan pahit ataupun sebe-
narnya dia sedang mengingati setiap peristiwa pahit yang
membendung hidup mereka anak-beranak, berpanjangan, bak
ombak yang mengalun bersama-sama buih-buih yang memin-
tal-mintal di puncaknya, memukul pantai, berpanjangan.

"Ingat pada apa?" tanya ibunya, seperti dapat membaca
kekeliruan yang dihadapi anaknya.

"Ingat pada janji-janji saya, bu."

"Syukurlah."

Kini, dia dan kuda jantan yang gagah perkasa lagi matang
itu berada tidak jauh dari awan-gemawan yang memberat di
permukaan laut. Dia sedar, senja akan meminggir, bagi
memudahkan laluan kehadiran malam.

Begitu rengekan kuda jantan tunggangannya bergemuruh
nyaring kerana hampir terpijak anjing har, dia menventap tali
paudkudanya. Sewaktu mengusap-usap leher kuda jantan itu
untuk menenangkannya, Suli terdengar burung taktibau yang
berterbangan berhampirannya. mengejar serangga. Bunyi
burung taktibau itu bertingkah-tingkah, disahuti unggas lain.
Serta-merta dia terbayang peristiwa hitam yang pernah berlaku
ke atas dirinya dan seisi keluarganya, enam tahun yang lalu.
Serta-merta dia menggelepar disaluti ketakutan yang amat
sangat.

Arghl Sekarang aku tidak lagi dapat diibaratkan seperti
serangga itu, dengusnya sendirian. Tidak semudah itu haiwan
liar menghimbau dan menyambarku untuk dijadikan mangsa
mereka, seperti dulu. Tidak semudah itu lagi.
Suli menghela nafas yang terasa menyesak dalam
dadanya. Dia terus menunggangi kuda jantan yang gagah
perkasa lagi matang itu menyusuri pinggir pantai yang
diserkup keremangan senja. Jauh di tengah laut, kelihatan
beberapa buah pulau yang menanjak dari dasarnya, bagaikan
anak raksasa di permukaan laut, bermandikan suasana senja
yang kemilau menguning.

Dia terkebil-kebil terus, memandang laut luas seolah-olah
dia dapat melihat perahu-perahu yang menghenjut-henjut di
'permukaan air, yang datang dari pelbagai arah. Itulah perahu
para nelayan, sama ada daripada golongan yang tinggal di
pinggir Tempasuk, Sungai Punggur, Sungai Usukan atau para
nelayan yang tinggal di pinggir laut seperti di Kuala Abai,
Kuala Tempasirk, Ambung, Serusup, Samba, Penimbawan,
Kindu, Tuaran, Papar, Kolopis, Tatabuan, Kota Merudu dan
Kuala Papar; sedang meraih rezeki di tengah laut, biarpun
tanpa ilmu dan teknologi penangkapan ikan di laut dalam. Dia
seolah-olah dapat melihat kelibat arwah bapanya dari jarak
sejauh itu, sedang menjala ikan. Dengan tak semena-mena,
nafasnya sesak, dadanya sebak.

Serta-merta dia melarikan pandangannya ke hadapan.
Serta-merta dia menyentap tali pacu, menggesa kuda
jantannya bergerak pantas. Serta-merta hentakan ladam pada
tapak kaki kuda jantan tunggangannya itu, menginjak dan
menghamburkan pasir putih di pinggir pantai, menuju desti-
nasinya.

Pandangannya menerawang, menerobosi langit yang kian
gelap dan suasana yang agak hangat tadi, telah berubah
menjadi dingin. Namun dia terus menyongsong angin, mene-
ruskan tekad. Sebaik-baik saja terpandang suatu kawasan
yang sayup-sayup di matanya, serta-merta dia tersentak. Se-
kelip lintasan menjelma. Ingatannya bergelumang dalam
kejadian yang berlaku enam tahun yang lalu, seperti dalam
keadaan senja yang sama, dia menunggang kuda yang dulunya
kuda teruna tetapi sekarang sudah menjadi kudajantan yang
gagah perkasa lagi matang.

Begitu dia menyentap tali pacu sehingga kuda jantan itu
membantah dengan merengek langsing, pengorbanannya yang
luhur dan obligasinya yang maha besar, dimeterai sudah demi
meneruskan suatu perjuangan yang maha suci. Dia tidak akan
teragak-agak lagi kini. Dia tidak ada pilihan lain. Dia harus
melakukannya, biarpun sendirian!

Kini, hentakan ladam pada kaki kudajantan yanggagah
perkasa lagi matang itu kedengaran beransur-ansur perlahan,
biarpun tempat yang dituju masih jauh. Pandangannya ter-
tumpu tajam ke arah cahaya kuning pucat di bawah tiang
lampu yang mengelilingi Wisma Utama yang tersergam bak
raksasa dalam kesamaran senja, nun di kejauhan. Serta-merta
sedunya menyentak. Dia terus menunggangi kuda jantannya, menyusuri pesisir
pantai yang kelihatan seperti melenggok-lenggok dengan
tarian ombaknya. Sayup-sayup irama paluan gong, kulin-
tangan, bebandil dan gabang menerpa ke cuping telinganya, di
kejauhan.

Suli mengeluh panjang. Dia sedar, tanah tempat
bangunan Wisma Utama itu dibina, telah ditambak kini. Tidak
seperti enam tahun yang lalu, kawasan itu dipenuhi rumah
papan bertiang tinggi dan sentiasa dirempuh air laut yang
mendesah-desah mesra. Argh! Itu dulul Rintih hatinya dibalut
duka.

Tidak semena-mena, sekelip lintasan menjelma lagi. Dia
tersentak nafas. Ingatannya bercelaru diterjah jeritan dan
raungan penghuni rumah laut itu, pada hari Sabtu sepertijuga
pada hari Sabtu enam tahun lalu. Mereka, ada yang sedang
enak beristirahat dan ada yang sedang menjamah makanan
malam yang amat sederhana, tergamam dan terkapai-kapai
apabila diserbu lidah api berwarna merah ungu kuning kebiru-
biruan. Lidah api yang menyemarak tinggi itu bukan saja
menjilat rumah usang mereka, tetapi menjilat tubuh mereka
yang tidak sempat melarikan diri.

"Tolongl Tolong ...!"
Terdengar nafas tercungap-cungap, menerpa dalam
pusaran suasana yang kelam-kabut, saling merempuh dan
menujah-nujah lalu bersepai ke udara. Kelihatan berpasang-
pasang kaki manusia yang berasak-asak meniti jambatan yang
terbakar, menerjuni laut bergelora yang dipenuhi sampah-
sarap dengan pelbagai bentuk bangkai haiwan.

Raungan dan tangisan penghuni rumah laut itu semakin
melangsing tinggi, apabila ada di anlara ahli keluarga mereka
yang terperangkap hangus dalam rumah yang menyemarak
dijilat api. Rongga pernafasan ditekup, sebaik-baik saha-1a dia
terhidu bau daging manusia dipanggang, semerbak meng-
harum. Membayangkan itu semua, hanya menyeksa jiwanya.
Terasa bagaikan dia dihimpit di segenap sudut.
Suli menggelengkan kepala, mencuba menyisihkan segala
kenangan pahit yang tidak jemu-jemu mengacah dan meng-
ancam kewarasannya, jauh-jauh. Namun dia tewas terus
seperti dia tewas dalam ikhtiarnya untuk mengasingkan
ingatannya yang waras daripada bunyi jeritan langsing dan
raungan yang mengilukan itu, dalam fikirannya.
Digagahi dirinya untuk tidak mengizinkan matanya
meliar, memerhatikan alam sekeliling, yang disurami kesa-
maran senja yang hanya akan menyuramkan semangatnya
sahaja.

Namun, hatinya terus dipagut keresahan, seresah ombak
yang mendesah-desah di pinggir pantai, seresah angin yang
berdesir-desir, bertiup liar dan mengerbangkan lagi rambut
panjang ikal mayangnya, menggariskan wajahnya pada
senjakala itu. Dia terus disapa angin sepi yang merobek dan
melusuhkan keperibadiannya. Dia amat sedar akan hal itu,
amat sedar. Tapi, dia tiada kuasa untuk merubahnya.
. Kini, dari jarak yang amat jauh, sayup-sayup kelihatan
Wisma Utama yang dikelilingi.cahaya kuning pucat tergayut
pada tiang lampu. Melihat tiang lampu yang kurus dan gelap
warnanya itu, terbayang pula wajah Pak Cik Jamini, suami
Mak Cik Anis.

"Ingat, ya?" tanya Pak Cik Jamini yang amat rajin
mengambil upah, membina rumah-rumah kampung.

"Ingat, pak cik," ujar Suli, akur.

"Hm, perbezaan di antara bangunan papan dengan
bangunan batu adalah bahan yang digunakan untuk membuat
rangka binaannya," tambah Pak Cik Jamini sambil menun-
jukkan contoh-contohnya. "Tentulah, rangka bangunan
papan dibuat daripada kayu. Yalah, seperti untuk tiangnya,
bendulnya, tutup tiangnya, jenang tingkapnya, jenang pintu-
nya, gelegarnya dan pelancarnya; semuanya dibuat daripada
kayu."

"Wisma Utama itu?"



"Dibuat daripada batu."

Lantas dia menyentap taii pacu, menggesa kuda jantan
tunggangannya yang gagah perkasa lagi matang itu memacu
langkah. Begitu pun, dia tidak berjaya menggesa batinnya
daripada terus-terusan menjerit langsing. Musnahkanl
Musnahkan ...! Bakar! Bakar ...! Tekadnya semakin membulat
kini, menyongsong keremangan senja, biarpun dia diulit
gelombang semalam, biarpun pada hari ini - sudah sepuluh
bulan berlalu, sejak dia pulang dari Semenanjung.
"Ya, memang masih kuingat, bu. Masih kuingat ...!"



Bab 2

RIAD merasai dia seperti diasak ke tengah gelanggang lumba
kuda. Belum sempat dia mengukuhkan iungt-u-t ny-u yung
gontai, dia diasak sehingga mengaku kalah. Mahu tid;k m;hu;
suka tidak suka, Riad terpaksa akur juga, buat kali ini.
Perasaan bersalah yang tidak pernah lupui dalam dadanya,
memerangkapnya supaya menerima saja keadaan itu.

"Apa pendapatmu, Lee?,”tlanya Riad, seperti tidak
percaya.

"Entahlah, tuan," Lee Ching Huat menggeleng,
mengerutkan kening. ..Saya pun tak berani nut
mentafsirkannya."

"Argh ...! Cuma beberapa hari saja lagi,', keluh Riad,
gelisah, "sebelum hari perasmian."

"Benar," kata Lee Ching Huat, perlahan. ..Dan sekarang
kita diberitahu pula tentang taufan yang melanda negara jiranl
akan singgah ke negeri kita. Kacau! Kacau ...!”

Riad mengeluh pedih, meneguk liurnya. Dia menyaksikan
secarik cahaya di bawah senja yang kemilau menguning, seperti
menyaksikan kewibawaannya yang tercabar dan jiwanya yang
terdera. Kenangan itu merayap ke dalam benaknya.

"Tidak!" Riad menyanggah pendapat Durasin, tegas.

"Mengapa tidak?" Durasin, arkitek yang sekaligus orang
kanannya itu tempoh hari, mencabar lagi. “Bagaimana pula dengan identit
kebudayaan kebangsaan kita? Tidak perlukah liserapkan
bersama-sama seni bina yang berunsur futuristik itu?”

“Bagaimana dengan aspek keselamatannya?”pintas Riad, bosan. “Tidak perlu dipertimbangkan? Hanh, buat apa rekabentuknya saja berseni, jika dari segi keselamatannya, kosong?”

Ternyata Durasin tidak dapat menerima kritikan itu dengan baik, fikir Riad. Tanpa banyak soal lagi, dia bergegas meninggalkan pejabat itu. Pintu dihempaskan sekuat mungkin, sehingga menggearan pelbagai diploma dan ijazah Riad yang bergantungan di dinding pejabat mewah itu.

Serta-merta Riad mendengus kasar, menggengam penumbuk dan mengancing gigi. Beberapa ketika dia memejamkan matanya, melawan gelombang demi gelombang ganas yang menghempas dalam jiwanya. Dadanya pedih, terasa seperti terbakar. Hatinay sedih, terasa seperti ingin melakukan sesuatu ke atas Durasin yang mencabar kewibaannya. Dia geram sangat!

Argfh! Gerutu hatinya. Entah apa lagi yang akan dating melanda! Sebelum berita terbaru tentang kemungkinan taufan besar melanda, bermacam-macam masalah timbul. Kemudian, setiap hari dia tidak putus melayani surat tender pendawaian elektrik, paip air yang perlu ditandatangani, dan meluluskan sama ada cerucuk yang ditanam itu cukup teguh untuk mendirikan bangunan setinggi 30tingkat.

Entah mengapa dengan tidak semena-mena, berita tentang taufan besar yang belum tentu kesahihannya, amat menghimpit jiwa Riad. Andainya berita itu benar, mahu tidak mahu, suka tidak suka, dia terpaksa menghadapinya. Seperti dai terpaksa akur dan menerima saja cadangan ekluarga angkatnya, seperti yang diduganya. Sesungguhnya, Riad memang tiada pilihan lain, kecuali menerima saja pilihan mreka. Tiada pilian lain.

Rasa bersalah dan rasa terhutang budi yang tidak pernah luput dalam dadanya, memerangkapnya supaya menerima saja keadaan itu. Jika tidak, mungkin kehangatan jiwa yang berkisar resah di sekitar pinggir pantai daerah Kota Belud yang terletak lebih kurang lapan puluh kilometre dari Kota Kinabalu itu, semakin menggigit. Haba matahari pada siang hari, pasti akan berombak-ombak terus_terusan di udara dan menakik kulit.

Apakah aku akan terus berasa rimas, begini? tanya
hatinya, gelisah.

"Benar engkau tiada pilihan lain?" Haji Salam mencari
kepastian, beberapa bulan yang lalu.

Cuma sekarang barulah nampak riak penyesalan pada
wajah Haji Salam atas keterlanjurannya mencadangkan
Rohayu sebagai pilihan terakhir kepada Riad. Seperti dia, Haji
Salam juga tidak menyangka bahawa kunturn bunga yani
dipetik dari desa itu, berubah warna daripada putih menjadi
merah berpijar. Haba kemarahannya sentiasa mernbahangian
meruap-ruap, membakar setiap mata yang bertembung dengan
mata Rohayu yang berbinar-binar itu. Sungguh tiJak
disangka, fikir Riad.

Riad mengeluh pedih, meneguk liurnya lagi. Carikan
cahaya di bawah baya,ng senja yang kemilau menguning itu,
membawa Riad menyaksikan semula bagaimana kewibawaan-
nya tercabar dan jiwanya terdera terus, sepuluh bulan yang
lalu. Dia.melihat bagaimana dia berjaya menampan tiupan
badai, lalu menyanggupi saja apa-apa yang disarankan
kepadanya selama ini. Lalu, serta-merta bebelan Hajah Sainah
dan Babu Acei yang memancang itu lenyap daripida cuping
telinganya. Ternyata dia berjaya mengangakat sudut bibir birat
kedua-dua orang tua itu, hingga terjungkit ke atas kerana
mengukir senyuman yang amat manis.

- Dia termangu, menopang dagu dengan tangan kiri,
berteleku dan menjenguk ke luar melalui kaca tingkap biliknya.
Dia memerhatikan suasana sekitar banglo miliknya iiu.
Matanya terkebil-kebil dalam senja yanj suram pilu itu,
memerhatikan kalau-kalau ada kuntum bunga yang dapat
terus diusap habis, dengan sekali pandang.

- Sejak subuh lagi, banglo itu bagaikan cempera dengan
cahaya yang cerlang. Di sana sini, cahaya lampu nion
berkerlipan. Di sana sini terpancar wajah yang ceria. Di sana
sini terpancar suasana meriah. Begitu sibuk beberapa ramai
perwakilan dari setiap institusi kekeluargaan dari luar dan
dalam daerah Kota Belud, menyelenggarakan pelbagai
aktiviti. Mereka melakukannya secara bekerjasama di dalam
dan di halaman banglo. Kening Riad tertaut rapat menghadapi
realiti kehidupan.

Bunyi paluan gong, kulintangan, bebandil dan gebang
yang berlenggok-lenggok di udara melayah turun menyapa
cuping telinganya. Angin kering dari arah Laut Cina Selatan,
bergemersik di celah-celah daunan kayu di sekitar banglo,
membawa bermacam-macam bau harum lauk-pauk yang
mendidih dalam kawah, di bangsal memasak; seperti hatinya
yang mendidih.

Sepantas kilat memancar di udara, gambaran wajah
Rohayu, anak gadis Mak Cik Malul yang terlajak umur itu,
menerjah tiba. Rohayu yang bertubuh tembam-boyak,
terhinggut-hinggut datang dan kian hampir menginjakkan
kaki yang gebu pada saluran pernafasan Riad. Belum apa-apa,
Riad sudah merasakan seolah-olah tulang-temulangnya
berdetup patah dan hancur lumat, bagaikan diinjak gajah.
Serta-merta, dia mengancingkan gigi dan mengetapkan bibir,
melenyapkan gambaran wajah Rohayu.

Lantai banglo di ruang tamu, menghimbaukan suatu bau
pengap dari permaidani setinggi buku lali, dijelajahi sewenang-
wenangnya oleh tapak-tapak kaki ahli keluarga para tetamu
yang dilumuri segala jenis lumpur dan kotoran.

"Argh ...! Jahanam rumah aku!" desis Riad, sendirian.

Dengan tak semena-mena, bau pengap melantung itu,
kembali mengingatkan dia kepada sebuah rumah panjang di
daerah Keningau, tempat yang pernah menyaksikan dia
terlonta-lonta azab yang amat mengerikan dalam liku-liku
perjuangan hidupnya. Mata hkirannya merayap ke setiap bilik
di rumah panjang yang dihuni sebanyak tiga puluh keluarga
itu, memerhatikan ruang yang sempit dan jelik. Burnbung
rumah panjang beratap rumbia, kelihatan terjulur lunyai
bagaikan sayur. Lantainya daripada buluh, kulit kayu sebagai
pengalas dinding dan rotan sebagai pengikat. Riad menge-
rutkan kening, mengancing gigi.

Huh! Mengapakah mereka tidak menggunakan ilmu dan
teknik terbaru dalam semua aspek untuk mendirikan
bangunan? Ah, tidakkah mereka sedar bahawa setiap
bangunan yang hendak didirikan, harus ada perancangan
kerjanya; penyelidikan tanah seperti tentang aras air, lapisan
tanah dan tekanan tanah; jaduil pelaksanaan supaya semua
rancangan berjalan dengan teratur dan sebagainya? Riad
menggelengkan kepala dan mengeluh bosan.
Benar-benar kerja karut kalau membuat binaan tanpa
sebarang persediaan! bentak hatinya. Silap-silap, ramai yang
menjadi mangsa apabila binaan kurang kukuh. Berbahaya!
desis hatinya rusuh.

Tiba-tiba, jauh dalam benaknya, kelihatan sinar yang
berjalur-jalur halus kuning, biru dan kemerah-merahan,
menyerkupi seluruh persekitaran salur nafasn ya. Cahaya
cerlang itu seolah-olah. terbit dari hujung jari-jemarlnya,
berlegar-legar dengan haba yang memijar panas.

Tersentak nafasnya, pada kaca tingkap. Sedetik itu, dia
diterjah kepulpn asap hitam yang terapurig-apung dan mampat
dalam fikirannya. Dia menghela nafas yang terasa menyendat
dalam dadanya, melepaskan khayalinya menembusi
keheningan kesamaran senja pada kaca tingkap. Argh, apalah
manfaatnya, membiarkan kenangan silam menghimbau
kembali? Apalah manfaatnya, -membingungkan otak,
memikirkan permaidani yang mendak dengan kotoran itu?

Ini bukanlah perrama kali ruang tamu yang dihias indah
itu diinjak tapak kaki yang berduyirn-duyun, keluar masuk
banglo itu. sudah masuk kari ketiga. Dut, ditti Juriah dan Sitti
Aisyah yang melalui keadaan yun! ru.nu, lantai ruang tamu itu
menjadi mangsa juga. Bezanya, iiu berlaku lebih kurang tiga
tahun yang lalu, dialasi permaidani yang lain. Namun Riad
terpaksa membutakan mata, merelakan saja.

Riad menghela nafas singkat, menyedari hakikat
kedudukannya dalam keluarga Haji Salam itu. Tanpa Haji
Salam dia mungkin masih terlonta-lonta hidup meiarat di
daerah asalnya, di rumah panjang. Tanpa Haji Salam,
mungkin dia masih terus mengalami suatu kejutan yang maha
dahsyat, tersadai kebulur atau berada dalam kerenjatan akibat
diserang pelbagai penyakit berjangkit.

Begitu berbelas-belas ahli keluarganya di rumah panjang
daerah itu diserang taun, rombongan Haji Salam yang tak
jemu-jemu pergi berburu ke daerah pedalaman itu, menje-
ngah muka di pintu rumah panjang. Begitu ramai kanak-
kanak lain seperti dirinya, tetapi Haji Salam memilih dan
membawa dia yang berumur sepuluh tahun itu, pulang ke
rumahnya. Riad diserahkan di bawah jagaan Hajah Sainah,
sebagai pengganti binatang buruan yang dijanjikan kepada
isterinya. Sejak itu, nafas Riad dijerut limpahan budi Haji
Salam sekeluarga. Limpahan budi itu, semestinya dibalas
dengan budi juga, fikir Riad yang diburu budi.

"Hm, akhirnya jurutera awam kita bersetuju juga," ujar
Babu Acei yang berfungsi sebagai ibu angkat keduanya. "Lega
sedikit hati kami."

"Eh! Bukankah itu tugasnya?" pintas Haji Salam,
tersenyum mengusik. "Bukankah tugas memutuskan dan
meluluskan satu-satu bangunan, apatah lagi bangunan sendiri,
memang menjadi hak Riad? Dia boleh cakap'ya'dan dia boleh
memutuskannya dengan 'tidak', kalau dia suka. Kita
menyerahkan saja."

"Hm, sepatutnya cerucuk telah lama ditanam," potong
Hajah Sainah yang turut berkias-kias untuk mengusik anak
angkat kesayangannya itu. "Padahal, struktur pelan,
persediaan kerja binaan seperti penyelidikan tanah, jadual
pelaksanaan dan sebagainya, telah lama diberikan oleh
pengawal projek."

"Astaghhrullahl Mentang-mentanglah abang haji suami
isteri kontraktor binaan Kelas A," Babu Acei bersuara manja,
"hingga pembinaan bangunan peribadi Riad pun, nak ditun-
jukkan cara dan bahannya, yang terbaik. Biarlah budak tu
membuat pilihan sendiri."

"Ah, aku cuma memikirkan masa depannya," sela Haji
Salam, sedikit tersinggung.- "Seseorang itu tidak boleh
dianggap berjaya dalam apa pun kerjayanya, kalau
rumahtangganya sendiri tidak mampu dibinanya dengan
baik.”

"Sebenarnya, aku simpati kepadanya," ujar Babu Acei
lembut. "Bagaimana kalau dia memikirkan tapak binaan
bangunan yang akan dibina, kurang sesuai?"

Riad mengeluh panjang, membayangkan bagaimanakah
agaknya kalau tapak itu betul-betul melalui proses
penyelidikan yang sempurna? Dia tersengih terbayang akan
wajah Rohayu, atau tanah yang sedang diperkatakan oleh
keluarga angkatnya itu. Bagaimana agaknya tanah Rohayu
jika dilakukan penyelidikan bagi tujuan mengetahui keadaan
tanah, untuk memastikan cara menggali, keperluan penahanan
atau timbering dan sebagainya? Ah, tentunya setelah diselidiki,
barulah mudah mereka memastikan bentuk dan jenis bahan
asas bagi perancangan pelan tanah itu. Kemudian, dia ter-
senyum sinis, penuh sulit, penuh dendam.

"Benar tu," tambah Haji Salam, memicingkan mata
memerhati riak muka anak angkatnya. “Tapi, saya telah
memastikan tanah itu tanah yang baik jenisnya- Mutunya ter-
jamin dan kesuburannya tidak perlu diragui, apabila diguna_
kan kelak. Bukankah itu yang penting?"

Hampir tergelak Riad mendengar kata-kata bapa
angkatnya. Hah, apakah Haji Salam telah menyelidiki
perkara-perkara lain tentang tanah Rohayu itu? Contohnya,
fikir Riad, kalau nanti asas didirikan ke bawah aras air, apakah
apabila liang digali, air dijangka akan mengalir ke dalamnya?
Riad terus tersenyum sinis, memikirkan betapa perlunya
mengetahui hasil penyelidikan itu, sebelum cara menyalurkan
dengan alat-alat tertentu yang harus sedia berfungsi-
Bagaimana pula dengan lapisan tanah Rohayu yang tembam-
boyak itu? Apakah tanah itu mempunyai berbagai-bagai jenis
lapisan pasir, lapisan tanah liat, lapisan batu dan sebagainya?
Apakah aku perlu belajar lagi, cara-cara menggali liang di
tanah itu dan cara-cara yang betul lagr selamat
melaksanakannya? Riad tersenyum sinis lagi, suatu senyuman
yang amat sukar ditafsirkan.

"Nampaknya, tak lama lagi meriahlah rumah kita ni,'
ujar Mak Cik Anis yang mempunyai banyak anak tetapi
semuanya lelaki itu. "Lebih seronok apabila dia muia
berumahtangga dan mempunyai banyak anak."

"Siapa?" tanya Riad, kehairanan.

"Bagaimana kalau dia bertindak menyewa rumah sendiri,
dekat pekan?" tanyaMak Cik Tipah, mengusik. "Tidakkah ini
memudahkan dia berulang-alik ke tempat kerjanya nanti?"

"Dia tidak pernah membayangkan niat yang sebegitu,
setahu aku," pintas Mak Cik Anis. "Dan lagi,apa yang hendak
dibimbangkan? Dia belum bekerja pun!"

"Ah, bukankah dalam suratnya, ada memberitahu yang
dia mendapat tawaran bekerja daripada salah seorang bapa
teman kuliahnya?" tanya Mak Cik Tipah, lembut. "Temannya
pun berasal dari tempat kita juga di Kota Belud."

"Suli, anak Mak Cik Tipahmu ni," jawab Mak Cik Anis,
seperti merajuk. "Aku percaya, biarpun ada sedikit kedu-
dukan kelak, Suli tak mudah menunjuk riak. Malah aku
bersyukur kepada Tuhan kerana Suli dianugerahi otak yang
baik, biarpun dia bukan anak kandungku."

"Aduhai, janganlah merajuk, Kak Anis," ujar Mak Cik
Tipah, tersenyum lembut. "Biarpun bukan anak kandung,
biarpun tanpa pertalian darah daging, Kak Anis telah terlalu
baik kepada kami anak-beranak. Aku tak akan lupa itu,
kak ...."

"Pertalian persahabatan dari kecil' macam mana?" pintas
Mak Cik Anis, berpura-pura marah. "Pertalian silaturahim
sesama Islam, macam mana? Hei, aku juga bangga dengan
kejayaan Suli, tau?"

"Hm, dia mewarisi otak itu daripada bapanya," jelas Mak
Cik Tipah, tersedu pedih. "Argh, abangnya apa kurang? Tapi,
kedua-duanya terbakar rentung bersama-sama rumah kami!" "

Riad tersentak nafas, mendengar kata-kata itu. Dia tidak
menyangka bahawa Mak Cik Tipah yang sentiasa tersenyum
rnanis itu adalah salah seorang daripada mangsa kebakaran itu
dulu. Dengan tak semena-mena, dirasakan rongga nafasnya
rersumbat dengan gerombolan asap hitam yang dibendung
berat oleh dosa. Ah! Persetanl bentak hatinya sambil
melal'angkan kerusuhan itu.

"Bagaimana agaknya rupa Suli sekarang?" keluh Mak
Cik Tipah, dengan mata yang bersinar-sinar. "Apakah dia
masih seperti dulu, enam tahun yang lalu? Argh, sejak
menerima biasiswa, dia tak pernah pulang ke kampung. Tapi
aku faham juga kenapa. Yalah, kewangannya terhad."

"Pasti telah banyak berubah," ujar Mak Cik Anis,
mencuba membayangkan wajah Suli yang dianggap seperti
anaknya sendiri. "Tanpa gambar yang dihantar, kita tak
mungkin dapat mengenalnya."

"Hisy! Jangan bimbang," potong Mak Cik Anis,
Tersenyum geli hati melihat reaksi sahabatnya. "Ah, mustahil
seorang ibu dapat melupai anaknya, biar bagaimana lama
sekalipun terpisah."

Hati Riad bagaikan dijentik-jentik, mencuba memba-
yangkan kuntuman bunga Suli, milik Mak Cik Tipah. Apakah
bunga Suli itu enak diusap sekali pandang, seperti yangdapat
dinikmati pada kuntum-kuntum bunga yang bergelinjang
girang dalam majlis-majlis eksklusif, yang jemu dihadirinya itu.

Argh ...! Mengenali nama, mengenali perwatakan, mengenali
serba sedikit tentang peribadinya, tanpa melihat wajahnya;
bagaikan meletakkan kuntuman bunga Suli di taman Mak Cik
Tipah itu di suatu sudut penuh misteri dan amat tinggi
darjatnya.

Kemudian, Riad terus-terusan mencungkil rahsia
kuntuman bunga Suli itu. Dengarnya gadis itu sudah balik dari
Semenanjung, petang semalam. Mak Cik Anis mengadakan
kenduri doa selamat, menyambut kepulangannya. Apabila
sampai waktu melawat, gadis itu terus bergegas menziarahi
ibunya di rumah sakit. Riad tahu, Mak Cik Tipah sedang
.menjalani terapi intensif, sebagai rawatan penguncupan tumor
di tulang belakangnya.

Ternyata kunjungan Riad ke rumah sakit, yang jarang itu,
disambut mesra oleh Mak Cik Tipah. Namun, kunjungan itu
biarpun tidak dapat dipertemukan dengan bunga Suli, Riad
masih mendapat perkhabaran tentangnya.

"Er... apa namanya itu?" Mak Cik Tipah yang terlantar
lemah di perbaringan, teragak-agak. "Er .1. Zulkarnain
Cons ...?'?

"Hah, Zulkarnain Construction Company Limited?"
potong Riad, kurang sabar. "Dalam bahagian apa, mak cik?"

"Oh! ya, ya..." Mak Cik Tipah mengangguk lemah dalam
sinar matanya yang kelabu. "Kalau tak silap, dia akan bertugas
dalam Bahagian Binaan Struktur Bangunan. Itu pun, kalau
mak cik tak silap sebut."

Riad mengalihkan pandangannya dari wajah Mak Cik
Anis yang kini sibuk melayani para tetamu yang bertali arus ke
banglo itu. Angin kelabu dirasai bergerimis halus melewati
sirip-sirip kaca jendela dengan kedinginan yang tajam,
menerpa pada liang roma di tengkuknya. Dia terus menjenguk
ke luar jendela, langsung sahaja pandangannya tertampan
pada Wisma Utama yang tersergam indah, lebih kurang satu
kilometer dari pinggir pantai tempat kediamannya itu.

Argh, apakah hujan akan melimpah-ruah malam ini?
Apakah kerja-kerja pembinaan Wisma Utama yang hampir
siap itu, akan tergendala lagi esok? Kacaul Kacau...! desisnya sendirian.

Riad menghela nafas panjang, menolak segala kerusuhan
yang mencengkamnya, dengan segenap tenaga dalamannya.
Aduuuh ...! Ternyata hari penting yang ditunggu-tunggu itu
pagti tiba. Tidak beberapa jam lagi dari sekarang, hari penting
yang kian merapat itu, akan berlangsung. Tengah hari esok,
tepat jam satu, selepas zuhur, hari penting itu akan mengambil
tempat. Pada hari itu, dia ditugaskan mendirikan bangunan
peribadinya, di atas tapak tanah milik Rohayu. Argh,
gementarnya dia, tiada taranYa!

Dengung irama muzik tradisional yang berpusar-pusar
mesra bersama-sama kerdipan ratusan lampu neon, berbaur
dengan suara kanak-kanak. Bunyi hempasan ombak dan
tempik sorak kanak-kanak keriangan, memenuhi udara.
Keriuhan wanita dan lelaki berbual rancak di ruang tengah
banglo itu sedikit pun tidak membantu penghayatannya;
malah, menghiris ketenteramannya yang secebis itu, cebisan
yang nipis amat!

Argh ...! Tengah hari esok, tengah hari esok ...! Aduhl
Gementar dia menghadapi kedatangan tengah hari esok!
Gementar amat!

Namun, segera ditepisnya perasaan hitam pekat itu, demi
menginsafi dirinya. Betapa wajarnya dia menuruti suatu
perasaan halus seni yang tidak pernah luput daripada dalam
dadanya; perasaan terhutang budi!

Sesungguhnya, Riad sendiri pun tidak mengerti mengapa
dia sampai begitu lewat mendirikan bangunan peribadinya.
Ah, setelah menunjukkan kemampuannya yang hebat, sebagai
orang kanan Haji Salam, dia dihantar menjalani hidup sebagai
mahasiswa di United Kingdom, bertahun-tahun lamanya.
Bertahun-tahun lamanya dia dihambat tekanan psikologi
dengan harapan dapat berada di tahap paling tinggi.
Kemudian dia pulang ke pangkuan keluarga angkatnya,
dengan harapan dapat menonjolkan ketokohannya. Dia
bertekad melakukan apa-apa saja untuk membalas budi
mereka.
Sekurang-kurangnya, pemergian Haji Salam ke daerah
Keningau untuk berburu itu, tidak sia-sia, desis hatinya. Akan
kubuktikan, sebagai hasil buruan, sesungguhnya aku tidak
terlalu meng'ecewakan, malah mampu memberikan sumbang_
an yang lumayan.

Kini, dengung gong, kulintangan dan bebandil kian
rancak dalam keremangan senja. Riad sedar, gelombang
semalam dalam senja suram itu, tidak berupaya membentur
kerusuhannya. Argh, biar disapu pukulan ombak bergelora
dari Laut Cina Selatan yang menggila, biar berundur sejauh
mana, tengah hari esok pasti tiba juga. Terasa benar sesaknya,
bagaikan lehernya terjerut.

Ya, bagai terjerutnya leher dengan rantai budi!

"Benar, engkau tidak mempunyai pilihan lain, Riad?"
Hajah Sainah pernah mengutarakan soalan itu sebelum ini
berulang kali, mencari kepastian.

Riad menggelengkan kepala, menganggukkan kepala.

"Aku tak mahu pula memandai-mandai memaksa
engkau, kalau benar engkau ada yang lain," tambah Haji
Salam.

Riad menggeleng lemah, penuh kejujuran.

"Syukur kepada Tuhan ...!" keluh Babu Acei, lega.

Lalu keputusan muktamad setelah perkiraan terperinci
dibuat, tercapai jua. Terasa pula, membuat kerja-kerja itu
seperti mengadakan majlis secara besar-besaran, biarpun cuma
untuk beberapa hari. Lalu pasu-pasu bunga dipindahkan
untuk membuat jalan sementara. Penutupan sebahagian besar
halaman banglo dengan khemah diselenggarakan segera, dan
sebagainya.

Aneh, terasa pula persiapan untuk mengadakan majlis itu
sama seperti persiapan kerja sementara untuk menolong kerja
utama dalam pembinaan bangunan. Semua kerja seperti
membuat jalan sementara, penutupan tapak binaan, pejabat
tapak binaan, stor, bilik rehat dan sebagainya, sama tujuannya.
Untuk sementara cuma. Apakah bangunan peribadi yang akan
dibina kelak, juga untuk sementara juga? Hatinya tertanya-
tanya terus.

Riad memerhatikan para tetamu yang berkisar mesra di
dalam dan di luar banglo dua tingkat itu. Dengan tak semena-
mena, dia tersengih. Ah, yang penting adalah peranca keluli
dan peranca siap bina. Akan tetapi, yang paling penting adalah
peranca dalam seperti peranca kuda-kuda, peranca gantung
dan peranca gerak. Semuanya ada hubung kaitnya dengan
bangunan peribadi yang akan didirikan tengah hari esok.
Begitu hatinya diserang kerusuhan, dia sedar keputusan
yang tercapai adalah lebih praktikal. Suka atau tidak, menurut
perkiraannya, tidak penting. Dia tidak mampu menentang.
Seutuh itu realiti kehidupan, memagari pandangan mata
hatinya; bagaikan barisan bukitbukit dan banjaran gunung-
ganang di sekeliling dirinya; empat puluh satu tahun dan dia
masih membujang!

Dia sedar, seharusnya dibiarkan saja ketenteraman itu
membaringkan diri dalam jasadnya, jangan sampai dia
keletihan dicengkam ketegangan. Ah, yang penting, pada jam
lapan malam nanti, dia harus bersedia mengendur dan
meluruskan urat saraf pada jari-jemarinya sewaktu melalui
istiadat berinai.

Merenung ruas-ruas jarinya begitu, terbayang pula wajah
masyarakat Murut yang membuat persediaan, di kampungnya
di daerah pedalaman dulu. Kedua-dua belah pihak keluarga
pengantin, ahuhuyu membaiki rumah, membuat tapai daripada
ubi kayu dan beras, menumbuk padi, sementara beberapa
orang lelaki pergi berburu ke hutan untuk memburu kijang,
rusa, pelanduk dan seumpamanya. Semua haiwan buruan itu,
dijeruk dalam tajau atau disalai supaya tahan lama.
Riad menyeringaf memerhatikan gambaran yang
terpancar dalam hkirannya. Lalu hatinya tertanya-tanya,
sebagai hasil buruan Haji Salam, apakah aku sebenarnya telah
dijeruk dalam tajau? Ataupun, mungkinkah aku telah disalai
supaya tahan lama? Begitu cepat dadanya sebak, nafasnya
sesak.

Argh, sesungguhnya, sejak enam tahun yang lalu, dia
sentiasa berasa seolah-olah jasadnya disalai rentung di atas api
yang memijar baranya. Bukan kepalang lagi dia menggelepar,
dipengap bau busuk daging panggang yang meloyakan,
bergawang-gawang bersama-sama kepulan asap hitam.
Daging manusia!

Dentuman guruh yang maha dahsyat, bagai berupaya
menolak kerlipan neon yang remang-remang pucat,
menggegarkan dia ke alam nyata. Serta-merta Hajah Sainah
yang menyandar keletihan di dinding rumah, melonjak bangun
dan mendepakan tangan ke luar tingkap.

Babu Acei yang sibuk membuat kuih ipuk-ipuk yang akan
dijadikan hidangan para tetamu, melongo mata memerhati-
kannya. Kelihatan kuih lamban, kuih kolupis, kuih penjaram
dan sebagainya, disusun cermat dalam dulang.
Angin menderu-deru, menggugurkan dan menerbangkan
daun-daun kering, bagaikan menggugurkan dan menerbang-
kan semangat Riad pula. Dia tidak melihat lagi berpuluh-
puluh pasang kaki yang berkeliaran keluar masuk banglo itu.
Dia tidak melihat lagi sama ada mereka sendiri daripada
golongan tua, muda, kecil dan besar itu, berseri-seri pada
wajah, menggamit mesra.
Kini, tumpuan fikirannya menghala tajam ke arah Wisma
Utama, satu-satunya projek binaan yang terbesar yang pernah
dikendalikannya secara sendirian. Sebelum ini, dia cuma
mengendalikan projek perumahan kos rendah, beberapa buah
bangunan kedai setinggi dua tingkat dan banglo yang menjadi
miliknya itu.

Argh ...! Semoga tiada halangan, sewaktu perasmian
dilakukan kelak! desis hatinya dilanda kerusuhan. Lalu, tanpa
membuang masa, dia melangkah cepat meninggalkan banglo
itu.

"Nak ke mana Riad?" tegur Hajah Sainah, tiba-tiba.

"Nak ambil angin sekejap, bu." Riad dipacu keresahan.

"Jangan pergi jauh-jauh, nak," pesan Hajah Sainah,
lembut.

"Aduiii ...! Sekejap lagi majlis dah nak dimulai!" rungut
Babu Acei, juga gelisah.

"Sekejap sahaja, bu," kata Riad, serba tak kena. "Dekat
sini-sini saja, bu."

"Ah, takkanlah dia nak menghilangkan diri pada malam
penuh istiadat, Acei?" sela Hajah Sainah, membela anak
angkatnya.

"Yalah ...," keluh Babu Acei, perlahan. "Tidakkah ganjil
kalau dia tidak hadir pada hari perkahwinannya sendiri?"

"Benar, tu." Hajah Sainah mendepakan tangan, menadah
langit.

"Dah hujankah, kak hajah?" Babu Acei melangut,
merenung keheningan pada wajah Hajah Sainah.

"Hmm ...? Oh, entahlah!"

"Siang tadi, cuaca cukup cerah," kata Babu Acei.

"Hm menjelang senja, berubah pula keadaan
cuacanya," ujar Hajah Sainah, resah. "Nampaknya, memang
nak hujanlah ni!"

"Hisy! Mana Si Riad, ni?!"

Babu Acei tergamam seketika. Dia terus tergamam begitu,
apabila mendengar irama muzik tradisional berkumandang
riuh, menyongsong angin senja. Entah mengapa, seni kata
kalang dua kerat yangdilafazkan oleh penari-penari runsai di
bawah sana, seperti menguak kenangan silam yang menimpa
dirinya. Kenangan silam yang hitam, berjaya menjadi
perentang utama bagi Babu Acei daripada menginjak kaki ke
jinjang pelamin.

"Hentikan ...," bisik Babu Acei, mendesis-desis dengan
hembusan nafasnya.

Irama muzik tradisional itu terus menari-nari di udara.
Seperti Babu Acei yang terus berteleku, termangu diulit kesal
yang memamahnya, berturut tahun. Dia kelihatan menggeletar
seketika, kengiluan mendengar seni kata kalang yang teramat
ngilu di gegendang telinganya.

"Pak lot man langgisan
Landu noh ku manisan

Banan sumping kayu
Maka dendam kahilu

Bagai bong'takulek
Tiong sah populek nah

Minsan limaun nuku
Ngabut liang pekubu

Enah sanggilah nah
Matai kelilahan nah ...”

Tersentak nafas Babu Acei. Matanya terkedip-kedip
dalam kesamaran senja yang disinari neon yang pucat, sepucat
wajah tuanya.

"Hentikaaaan ...!" rayu Babu Acei, dengan wajah yang
berkerut-kerut menahan rasa sakit yang lahir daripada
jiwanya. "Hentikaaaan ...!"

Dengan tak semena-mena, sepantas cahaya kilat, tawa
Babu Acei melangsing panjang, mencetuskan serang balas
terhadap petir yang sabung-menyabung.

Para tamu kaget serta-merta.
Serta-merta lamunan Riad mati, disentak pintu bilik
pejabat yang terkuak dari luar. Pada mulanya dia memikirkan

Lee Ching Huat datang kembali dengan berita terbarunya
tentang angin kencang dari negara jiran itu. Tetapi, wajah
setiausahanya, Mary Sabinus Tan yang tersembul di celah
pintu. Wajah itu serta-merta merenggut gejolak yang
menggugah kewarasannya tadi, ke alam sedar.

"Ah, silakan masuk, Mary ...," panggil Riad, lembut dan
mesra.

"Tak mengapalah, tuan," ujar Mary Sabinus Tan,
menguntum senyuman manis. "Tapi, kalau tak ada apa-apa,
saya nak pulang dulu. Saya ada janji temu dengan teman, nak
keluar makan, tuan."

"Ooo ...Siapa? Teman lelaki?"

"Hisy! Apa pula teman lelaki?" Mary tergelak besar.

"Tuan ni, nak usik saya saja. Bukankah saya dah berkahwin?"

"Jadi, siapalah?" Riad tersenyum terus.

"Hm, mestilah orang perempuan juga teman saya
pintas Mary sambil menyandar di tepi pintu. "Hari ini
jadinya. Saya dah janji nak belanja dia."

"Suli, bukan?"

"Mana tuan tahu?"

Dengan tak semena-mena, Riad tersenyum lebar. Argh ...1
Mengingati Suli, mampu memberikan dia kekuatan untuk
menghimbau jauh-jauh ke gelodak hati yang melewati
hembusan nafasnya. Gadis yang baru dikenali baru sepuluh
bulan yang lalu, sejak dia pulang dari Semenanjung dalam
suasana senja yang samar di pinggir pantai itu, mampu
menerbitkan dan menciptakan suatu pijaran cahaya dalam
dirinya. Cahaya itu menyatukan sukma - padapagi hari ketika
sinar matahari menguak dan menyerap ke seluruh nadinya.
Terasa begitu indah segala-galanya, bagaikan dia sedang
berada dalam lingkaran jutaan bunga dari syurga.
Aduh ...1 Begitu dia teringin bersemadi di dalamnya.
Begitu dia teringin menghidu sepuasnya. Begitu kukuh
keinginannya ...!


Bab 3




BUNYI tapak kaki Riad yang bergerak pantas di lantai simen
banglo itu meninggalkan dia sendirian di situ pada pagi tadi,
melantunkan kembali bunyi itu ke dalam ingatannya, kian
lama kian sayup, kian lama kian melegakan. Huh! dengus hati
Rohayu, bosan. Tambah lega kalau tapak-tapak kaki itu tidak
langsung menghampirinya dan terus menghilang lenyap dari-
pada hidupnya! Tambah lega pernafasannya!

Tambah lega lagiii ...! rintih hatinya, pilu.

Dengan mata yang terkedip-kedip, dengan tubuh yang
masih dibaluti kain telekung yang putih bersih, dia berteleku
menopang dagu di tepi tingkap. Senja itu, dia tidak memasang
lampu di bilik itu, biarpun kesuraman senja telah berlabuh
dalam bilik itu. Sengaja dia tidak mahu cahaya lampu itu
menyentuh permukaan cermin besar yang terpasang di dinding
bilik itu, menyilau ke dalam matanya. Dia tidak sanggup
menatap wajahnya yang terpantul di permukaan cermin besar
itu. Dia sudah tidak sanggup lagi ...!

Entah mengapa, begitu dia memujuk hatinya supaya me-
relakan saja perlakuan yang dilakukan oleh suaminya,
mengenang betapa banyak budi yang diterima daripada Riad;
dia tidak dapat lari daripada merasakan dirinya seperti salah
seekor haiwan korban, dikorbankan untuk kemahuan Riad.
Dia tidak dapat lari daripada beranggapan begitu, sesungguh-
nya!

Entah mengapa, sejak sepuluh bulan yang lalu, sejak di-
ijabkabulkan dengan lelaki bengis dingin itu, dia berasa seperti
dirinya enggan bangun pagi. Tanpa sedar, dia mencuba
mencapai semula mimpi yang membawanya ke alam yang amat
indah dan tenang; yang amat sangat diperlukan itu. Begitu dia
teringin berada dalam mimpi yang melingkari damai dalam
jiwanya yang tidak mampu dihulurkan oleh orang yang ber-
baring bersamanya, di katil pengantin itu.

Malam tadi keinginannya untuk mencapai mimpi indah
itu semakin mendesak, meledak-ledak membakar seluruh urat
sarafnya. Terbaring di katil bertilam empuk bercadar biru
muda, dia mencelikkan mata mengenang nasib.

"Jangan, bang! Jangan ...!"

"Apa jangan? Itu yang engkau mahu, bukan?" jerkah
Riad, dengan kebengisan dan kedinginannya.

"Tidak ...!"

Tubuhnya menelentang kaku. Jari-jemarinya yang kini
halus kulitnya, terketar-ketar meraba-raba perutnya yang
membusung tinggi. Semakin lama semakin membesar isi kan-
dungan dalam perutnya itu, macam semakin membesarnya
kebencian yang terperam di dalam dadanya, kebencian ter-
hadap Riad, suaminya. Kebencian itu bertumpang tindih,
apabila dia terpaksa memenuhi sendiri sewaktu dia mengidam
sesuatu. Kebencian itu berbaur dengan kekesalan yang amat
sangat; kesal kerana dia sering muntah-muntah, biarpun kan-
dunganilya melewati tujuh bulan, kesal kerana terciptanya
kandungan itu tanpa disulam rasa kasih sayang daripada
kedua-dua belah pihak.

"Asyik tidur saja," tegur Hajah Sainah yang jarang-
jarang menjengah muka di banglo itu.

"Rasa badan saya tak sedap, bu ..."

"Badan tak sihat begini," ujar Hajah Sainah lagi, "hah,
jangan dibawa tidur saja."

"Ya, benar tu," sampuk Babu Acei pula. "Cuba bawa-
bawa berjalan. Tapi kalau pergi ke pinggir pantai tu, jangan
pula sendirian. Berbahaya, tahu?"

"Kenapa?" tanya Rohayu, hairan.

"Ada orang jahat!" pintas Babu Acei, serius.

2 comments:

  1. sifu...

    mencabar minda membaca bab2 itu... sungguh konflik dan banyak adegan jungkir balik yang ditera dalam senyap...

    sifu, bagaimana ingin mengatur kerangka untuk kesinambungan cerita begini?

    adakah ia bermula dari hujung cabang kisah di bab2 permulaan lalu bercantum di bab klimaks dan bersatu?

    saya sedang berusaha menguatkan watak maria dalam novel saya tu agar nampak bagai watak utama dan tak antagonis...

    ReplyDelete
  2. riesna :)

    wah, byknya salah ejaan kat atas tu. saya baru belajar guna scanner baru ni. nantilah, bila senang2, saya repair k

    kembali kpd soalan anda; caranya - masuk ke dlm jiwa watak2 utama. memahami betul2 psikologi watak2 utama (hero dan bukan hero), sehingga boleh melihatnya seperti wayang. walau riad watak antagonis - dia tetap watak utama dlam novel ni, cuma hero/heroinnya adalah suli.

    cerita dlm novel ni (kalau tak silap, dah lama betul ni, saya pun dah lupa) memakan masa 24 jam saja (ini style saya, biar novel setebal 500 mukasurat ke atas pun, perjalanan masa tak lebih drpd 24 - 36 jam saja. ini memudahkans aya mengawal perjalanan cerita supaya padat dan tak meleret3. DDC bermula dari senja riad di pejabat - ke senja dia di rumahnya dan berhadapan dgn `cermin'.

    yg lain, semuanya flash-back yg diadun dgn dua peristiwa besar.

    1) dari dlm cermin - flash backnya 10 bulan yg lalu, sebelum dan sesudah riad bertemu dgn suli, pada malam perkahwinannya dgn rohaya; perkahwinan dgn rohayu diatur sebelum riad bertemu suli pada malam perkahwinannya dgn suli dlm bab 5. mulanya riad tak kisah dikahwinkan dgn rohayu. tp bila dah jatuh cinta pd suli, tiba2 hatinya berubah.

    2) bangunan wisma yg dibina tu. dikaitkan dgn kebakaran rumah2 setinggan yg didirikan di kampung air (di persisiran laut) enam tahun yg lalu.

    novel ni nipis saja, maklumlah novel dewasa pertama yg masuk ke peringkat kebangsaan, dan saya pun masih blur sgt2 lagi ttg penulisan novel.

    ok, ttg watak maria, sprt novel DDC tu, maria juga perlu mempunyai cerita latar sendiri, tekanan psikologi sendiri dll mcm riad, sbb kita tulis suara hati (bahagian) dia dlm novel tu. perlu ada. (krn itulah saya cadangkan watak utama dlm cerpen terbaru anda tu, diangkat menjadi watak herlina, sbb kuat isinya).

    DDC saya angkat kerjaya kejuruteraan awam, dan ilmunya saya adunkan dlm cerita supaya kelihatan seperti sebati dan masuk k dlm jiwa watak2nya. semua flash back saya selitkan secara urutan cerita, dari mula hingga akhir.

    ReplyDelete