• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, November 8, 2009

12 Petua Menulis Karya Utk Kanak2 dan Remaja

Sunday, November 08, 2009 // by Azmah Nordin // // 2 comments


1.Macam menulis utk karya kreatif dewasa juga, mulalah dengan menggunakan formula  ¾  (tiga perempat)  daripada keseluruhan cerita (cerpen/novel),

1/4________2/4_________3/4___________4/4


dan ini,  yg selebihnya, dari 1/4 - 2/4 - anda buat imbas balik atau flash back. bila smpai ke 3/4 semula, bererti dah dekat nak habis cerpen. Jadi, tak byk lagikan, di situlah penyelesaiannya/klimaks.

2. Setiap cerita mesti memusatkan pada satu masalah/isu besar saja, namun isu2 sampingan yang masih berkaitan dgn isu/masalah utama itu, digalakkan.   Dlm setiap cerita, watak  utama tu harus mengatasi masalah itu sendiri.  Bantuan orang luar, sama ada pihak keluarga ataupun orang luar, sama sekali tidak digalakkan kerana ia menunjukkan kanak2 dan remaja itu lemah dan tak boleh berfikir sendiri.


3. Jgn sesekali beranggapan bahawa  buku cerita kanak2 yg pernah anda baca masa anda masih kanak2 dahulu,  sudah cukup baik utk kanak2 dan remaja zaman sekarang.  Kini, citarasa dan pemikiran kanak2 dan remaja jauuuuuh lebih advance dan mereka mahu membaca karya2 sastera yang  lebih canggih dan lebih mencabar.



4. Andainya anda rasa  cerita anda sudah meleret2 panjang (sehingga anda sendiri pun rasa bosan utk meneruskannya – apatah lagi utk disuruh membacanya!), itu bererti anda sedang diancam kesesatan plot;  utk itu, berhenti seketika,  dan ingat atau rujuk kembali pada tujuan asal anda menulis.   Misalnya, pada tema cerita anda, tentang apa yang ingin anda perkatakan. Tentu ada perjuangan/mesej yg ingin anda sampaikan lewat karya anda. Juga pada plot asalnya, dan bagaimana anda memilih untuk mempersembah-sampaikan cerita anda.   Lalu, edit atau cantaslah yang meleret-leret itu, ambil isi cerita, dan mulakan semula dengan lebih kreatif  lagi




  Kedengaran kejam jika disuruh mencantas karya sendiri? Sebenarnya, lebih kejam jika karya kita ditolak/reject awal2 oleh pihak penerbit.  Jelasnya, yg ditolak atau direject  bukan diri pengarang karya itu – tapi karyanya yg tidak cukup matang atau mantap.

Kedengaran kejam jika disuruh mencantas karya sendiri? Sebenarnya, lebih kejam jika karya kita ditolak/reject awal2 oleh pihak penerbit.  Jelasnya, yg ditolak atau direject  bukan diri pengarang karya itu – tapi karyanya yg tidak cukup matang atau mantap.

5. `Tunjuk’, jangan `Beritahu’.  Caranya mudah saja, fikir-bayangkan anda sedang menonton satu babak dalam wayang gambar dalam minda anda, dan bagaimana wayang gambar itu hidup, berkembang dan bergerak ke hadapan, mengikut cerita  arahan anda sendiri.  Gambaran inilah yang anda tuliskan ke dlm bentuk karya kreatif dan apabila dibaca, pembaca akan merasakan seolah-olah dia seolah2 sedang menonton wayang gambar juga  lewat mindanya. 

Boleh saja anda menjelaskan sesuatu perkara itu secara langsung, tp permudahkan dan sedikit2 saja, jgn sampai  kelihatan seperti pengarang `masuk’ dalam karya sendiri. Jika ini berlaku,  dengan sendiri kelihatan pengarang tidak matang dan  mutu karya jatuh.
   
6. Pasang telinga utk buat  `dialog’  hidup.  Tentu tidak logik jika watak2 dlm karya anda bercakap secara skema atau keras kejung, bukan?  Manusia biasa akan bercakap dgn patah2 perkataan yg kadang2 terputus2 kerana dipotong oleh lawan bicara, kadang2 meledak2 marah, kadang2 merintih2 pilu – siap dgn mimic muka dan bahasa tubuh dan sebagainya.  Dan, mcm org dewasa juga, tak semestinya apa yg watak2 itu tuturkan, sama dgn apa yg mereka tindak-tanduk merea, bukan?   Ia lebih kurang sama dengan orang dewasa.  Paling mudah,  hampiri golongan kanak2 atau remaja yg ingin anda tonjolkan dlm karya anda, dan dengar bagaimana mereka bercakap sesame sendiri dan tulis dgn cara itu.  

7.  Gunakan bahasa2 yg segar  atau puitis,  untuk menggambarkan maksud anda dgn lebih tepat.  Tapi jangan terlalu berbelit2, asal dapat menggambarkan perasaan, sudah memadai.   Anda digalakkan membaca dan membaca dan membaca banyak2 karya2 kreatif  kanak2, remaja  dan dewasa, dan kemudian berkarya dan berkarya terus  utk mempertajamkan bakat dan memperolehi  kemahiran  gaya bahasa tersendiri begini.

8.Cari kelainan/keunikan untuk mengelak daripada sesuatu yg klise atau sesuatu yg sudah banyak kali ditulis oleh orang lain.  Caranya juga tidak sesukar mana,  jika anda berusaha lebih untuk mencipta perumpamaan2 atau perlambangan2 sendiri, utk mengangkat karya anda ke tahap mutu yang lebih tinggi. Ciptaan sendiri anda inilah yg meletakkan ia sebagai unik.

9.Jangan sekali2 memandang rendah terhadap golongan kanak2 dan remaja;  lawan keinginan anda untuk  berkutbah atau member nasihat secara langsung kepada mereka, biarpun lewat karya2 berunsur keagamaan.   Perkayakan karya anda dgn menggunakan bahasa2 indah dan kaya dgn perumpamaan, peribahasa dan sebagainya untuk menghormati mereka.  Gambarkan (mcm tengok wayang, bukan mcm dengar ceramah)  mesej cerita dgn kreatif,  berseni dan bijaksana,  dan mereka akan faham, lebih menghargai dan lebih menghormati anda di atas  usaha anda untuk tidak melulu  mengkritik atau mengutuk mereka seperti  yang dilakukan oleh segelintir pengarang2 lain.  Yg paling penting, mereka akan lebih mempercayai anda sebagai pengarang yg hamper sekali dgn jiwa mereka dengan tidak memperlakukan mereka seolah2 golongan terencat akal.
 
10.Watak2 utama anda harus belajar sendiri untuk mendewasakan diri dan pemikirannya, di sepanjang karya tersebut. Watak2 tersebut akan mendapat `pencerahan’ dan pemahaman yg lebih mendaam, pada penghujung cerita.  Jika ini tidak berlaku, untuk apa mereka membaca karya anda? Dan untuk apa anda menulisnya?

11. Ulang kaji dan lakukan pengeditan sendiri, sehingga puas hati, baru hantar kepada pihak penerbit.  Karya2 yg  sudah terbit di pasaran, semuanya melalui proses yang sama;  diulang-baca dan diedit berulang kali oleh pengarangnya, sebelum dilakukan yg sama oleh pihak editor pula selepas itu.

12. Jangan mudah patah semangat.   Andainya karya anda ditolak/reject pun,  padahal anda sudah bertungkus lumus bersifu sana sini,  tidak bermakna karya anda tidak baik.  Mungkin saja ia bukan citarasa editor dan jenis karya  bagaimana  yg diperlukan oleh pihak penerbit tersebut. Untuk itu, tanyakan dahulu jenis karya yg mereka perlukan.  Dan jika anda berminat utk menerbitkan karya anda lewat penerbit tersebut, buatlah seperti yg diperlukan;  harus ada member dan menerima antara pengarang dan penerbit.   Jika tidak berminat, tabah terus dan cari penerbit lain.

Namun,  bagi karya yang bermutu tinggi, kiranya anda tiada masalah utk mendapat pasaran. Bagaimanapun,  seelok2nya jgnlah sekali2 menghasilkan karya utk remaja dan kanak2, jika dalam hati anda tidak pernah suka pd mereka, kerana hati anda dapat dibaca lewat karya anda.

2 comments:

  1. Salam. Tahniah satu perkongsian ilmu yang sangat menarik untuk penulis dan bakal penulis. Moga Allah jua yang membalas segala kebaikan ini. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Sahrunizam :) sama2, semoga ia dpt dimanfaatkan oleh semua yg memerlukannya, sentiasa

    ReplyDelete