• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Monday, November 23, 2009

Menerap Nilai Murni dan Kasih Sayang Insani Dlm Karya

Monday, November 23, 2009 // by Noraini Eslah // 3 comments

oleh: Ummu Anas

Pengunjung dan peserta blog sastera yang dimuliakan!

Izinkan saya membuka jaluran perbincangan yg agak lebar berkaitan tajuk yang tertera di atas; Menerap Nilai Murni dan Kasih-Sayang Insani dlm Karya. Secara peribadi saya sangat tergugah dengan isu yang sifu az cadangkan pada entri 'diskusi ilham' kali ini, kerana ia menjadi satu peringatan supaya saya teliti dalam mengolah novel yang saya sedang garap ketika ini...

Setiap seorang drpd kita,di awal2 mengikuti bimbingan novel atau cerpen dari sifu az sudah diperingatkan supaya cerita yang kita angkat mempunyai nilai perjuangan. Hal ini akan mengangkat mutu karya kita. Jika ditambah lagi dengan ilmu bantu lewat buku-buku ilmiah dan berbagai maklumat kajian yang diperolehi dari internet, juga akan lebih meningkatkan lagi mutu karya. Malahan mutu karya akan lebih melambung apabila kita terapkan nilai murni dan menghidupkan perasaan kasih sayang dalam setiap watak yang telah kita pilih. Paling penting watak utama; sebagai 'hero' dlm karya, mesti kita beri dia keunggulan dengan meletakkannya berkorban demi kepentingan sahabatnya. Ini juga bermakna, dia lebih mengutamakan sahabatnya berbanding diri sendiri dan akhirnya kedua-dua mereka akan sama2 beroleh kejayaan yang ingin dicapai...

Meskipun semua episod ini; nilai murni dan nilai kasih sayang insani sesuatu yang kita susun atur dalam karya, namun di dalam realiti ia merupakan nilai kemanusiaan yang benar-benar berlaku. Justru itu kerja tulis karya kita yang sedemikian merupakan satu usaha perjuangan yang bernilai tinggi demi membentuk insan dalam realiti menjadi sebaik mungkin melalui kisah yang diolah. Dalam masa yang sama menyempurnakan sebuah karya yang tinggi mutunya,...mungkin akan layak disebut sebagai karya berlian?!


Seterusnya, saya bukakan untuk peserta lain sama-sama membincang dan membahas isu ini, silakan...









Thursday, November 19, 2009

Tips Penyuntingan - sdra Zulina Hassan

Thursday, November 19, 2009 // by Noraini Eslah // 1 comment

Salam sejahtera semua peserta bengkel yang tekun dan gigih!

Di entri kali ini, saya dengan rasa gembira memaparkan satu lagi bahan sumbangan dari sdra zulina hassan yang kita kasihi untuk seisi blog kita ini. Ia sangat bermanfaat bagi membantu proses karya kita. Terima kasih sdra zulina, moga anda beroleh rahmat dan berkelapangan lagi di masa-masa akan datang.
-ummu anas.


Elipsis

Apakah yang dikatakan elipsis? Elipsis ialah tiga titik berturutan (...) bermaksud menggantikan sebahagian daripada satu ayat yang ditinggalkan/tidak mahu dipetik keseluruhannya. Penggunaan elipsis terhad pada bahagian ayat yang tidak hendak dilengkapkan.

Dalam penulisan karya kreatif, elipsis digunakan secara berseni pada tempat-tempat tertentu, bukan dengan sewenang-wenang atau sekehendak hati penulis sahaja.

Tanda elipsis juga digunakan bagi menggambarkan kalimat yang terputus-putus, atau bagi menunjukkan jeda dan keheningan yang agak lama dalam satu kalimah.

Cara menulis elipsis
Tanda elipsis ditulis dengan tiga titik (...), terpisah daripada kata sebelum dan selepasnya jika diletakkan di tengah-tengah ayat.
Sekiranya elipsis digunakan pada akhir kalimah, perlu ditambah noktah, tiga untuk penghilangan teks dan satu sebagai titik akhir.

Elipsis dan koma digunakan bagi ayat yang tidak selesai.

Elipsis tidak boleh diikuti oleh tanda seru atau tanda soal.

Contoh penggunaan elipsis

1. "Sayalah...." Husna berbisik.
2. "Ya ... ya, saya akan pulang segera.
3. "Apa yang sudah terjadi? Bukankah kamu..., kata-kata Samad terhenti.

Sunday, November 8, 2009

Artikel Mengenai Suntingan

Sunday, November 08, 2009 // by Noraini Eslah // 1 comment

Salam sejahtera semua peserta bengkel sastera yang dimuliakan,

Sukacita saya paparkan di sini sumbangan pertama dari sdra Ummunajah/Zulina Hassan yang saya yakin sgt berguna untuk panduan kita sepanjang menggarap karya masing-masing. Besar harapan saya sdra ummunajah akan meneruskan sumbangan sedemikian pada masa seterusnya.

Sumbangan ikhlas ini saya iringi ucapan terima kasih istimewa buat ummunajah, dari mula hingga akan datang...
- ummu anas.


Artikel pertama ini, saya hendak sentuh mengenai penggunaan boleh dandapat. Boleh dikatakan setiap kali saya menyunting buku sama ada novel ataupun bukan novel, penulis kerap kali tidak dapat membezakan penggunaan kedua-dua perkataan ini.

Boleh bererti dengan izin, sedangkan dapat bererti ada kemampuan.

Contoh:

"Pintu itu tidak boleh dibuka."

Tidak boleh di sini bererti pintu itu tidak dibenarkan dibuka/tidak ada keizinan bagi membukanya. Barangkali pintu itu membawa ke satu laluan rahsia ataupun pintu itu hanya menjadi laluan orang tertentu sahaja.

Sekiranya pintu itu terkunci ataupun rosak, maka kita gunakan perkataan tidak dapat. Contoh: "Pintu itu tidak dapat dibuka kerana terkunci dari dalam."

Kita sebagai ibu bapa sering kali juga silap menggunakan kedua-dua perkataan ini ketika bercakap dengan anak-anak. Akibatnya, anak-anak juga silap dalam menggunakannya. Barangkali secara umum kesalahan ini tidak dianggap kesalahan besar/masih dapat diterima. Namun penggunaannya tidak tepat dan elok jika kita dapat membetulkannya. Seperti kata sifu bahasa, 'biasakan yang betul dan betulkan yang biasa'.

Sekian daripada saya. Sekiranya ada kesalahan tutur kata mahupun kesalahan dalam isi kandungan bahan ini, saya mohon maaf dan sama-samalah kita membetulkannya.

Terima kasih, wassalam

-zulinahassan

12 Petua Menulis Karya Utk Kanak2 dan Remaja

Sunday, November 08, 2009 // by Azmah Nordin // // 2 comments


1.Macam menulis utk karya kreatif dewasa juga, mulalah dengan menggunakan formula  ¾  (tiga perempat)  daripada keseluruhan cerita (cerpen/novel),

1/4________2/4_________3/4___________4/4


dan ini,  yg selebihnya, dari 1/4 - 2/4 - anda buat imbas balik atau flash back. bila smpai ke 3/4 semula, bererti dah dekat nak habis cerpen. Jadi, tak byk lagikan, di situlah penyelesaiannya/klimaks.

2. Setiap cerita mesti memusatkan pada satu masalah/isu besar saja, namun isu2 sampingan yang masih berkaitan dgn isu/masalah utama itu, digalakkan.   Dlm setiap cerita, watak  utama tu harus mengatasi masalah itu sendiri.  Bantuan orang luar, sama ada pihak keluarga ataupun orang luar, sama sekali tidak digalakkan kerana ia menunjukkan kanak2 dan remaja itu lemah dan tak boleh berfikir sendiri.


3. Jgn sesekali beranggapan bahawa  buku cerita kanak2 yg pernah anda baca masa anda masih kanak2 dahulu,  sudah cukup baik utk kanak2 dan remaja zaman sekarang.  Kini, citarasa dan pemikiran kanak2 dan remaja jauuuuuh lebih advance dan mereka mahu membaca karya2 sastera yang  lebih canggih dan lebih mencabar.



4. Andainya anda rasa  cerita anda sudah meleret2 panjang (sehingga anda sendiri pun rasa bosan utk meneruskannya – apatah lagi utk disuruh membacanya!), itu bererti anda sedang diancam kesesatan plot;  utk itu, berhenti seketika,  dan ingat atau rujuk kembali pada tujuan asal anda menulis.   Misalnya, pada tema cerita anda, tentang apa yang ingin anda perkatakan. Tentu ada perjuangan/mesej yg ingin anda sampaikan lewat karya anda. Juga pada plot asalnya, dan bagaimana anda memilih untuk mempersembah-sampaikan cerita anda.   Lalu, edit atau cantaslah yang meleret-leret itu, ambil isi cerita, dan mulakan semula dengan lebih kreatif  lagi




  Kedengaran kejam jika disuruh mencantas karya sendiri? Sebenarnya, lebih kejam jika karya kita ditolak/reject awal2 oleh pihak penerbit.  Jelasnya, yg ditolak atau direject  bukan diri pengarang karya itu – tapi karyanya yg tidak cukup matang atau mantap.

Kedengaran kejam jika disuruh mencantas karya sendiri? Sebenarnya, lebih kejam jika karya kita ditolak/reject awal2 oleh pihak penerbit.  Jelasnya, yg ditolak atau direject  bukan diri pengarang karya itu – tapi karyanya yg tidak cukup matang atau mantap.

5. `Tunjuk’, jangan `Beritahu’.  Caranya mudah saja, fikir-bayangkan anda sedang menonton satu babak dalam wayang gambar dalam minda anda, dan bagaimana wayang gambar itu hidup, berkembang dan bergerak ke hadapan, mengikut cerita  arahan anda sendiri.  Gambaran inilah yang anda tuliskan ke dlm bentuk karya kreatif dan apabila dibaca, pembaca akan merasakan seolah-olah dia seolah2 sedang menonton wayang gambar juga  lewat mindanya. 

Boleh saja anda menjelaskan sesuatu perkara itu secara langsung, tp permudahkan dan sedikit2 saja, jgn sampai  kelihatan seperti pengarang `masuk’ dalam karya sendiri. Jika ini berlaku,  dengan sendiri kelihatan pengarang tidak matang dan  mutu karya jatuh.
   
6. Pasang telinga utk buat  `dialog’  hidup.  Tentu tidak logik jika watak2 dlm karya anda bercakap secara skema atau keras kejung, bukan?  Manusia biasa akan bercakap dgn patah2 perkataan yg kadang2 terputus2 kerana dipotong oleh lawan bicara, kadang2 meledak2 marah, kadang2 merintih2 pilu – siap dgn mimic muka dan bahasa tubuh dan sebagainya.  Dan, mcm org dewasa juga, tak semestinya apa yg watak2 itu tuturkan, sama dgn apa yg mereka tindak-tanduk merea, bukan?   Ia lebih kurang sama dengan orang dewasa.  Paling mudah,  hampiri golongan kanak2 atau remaja yg ingin anda tonjolkan dlm karya anda, dan dengar bagaimana mereka bercakap sesame sendiri dan tulis dgn cara itu.  

7.  Gunakan bahasa2 yg segar  atau puitis,  untuk menggambarkan maksud anda dgn lebih tepat.  Tapi jangan terlalu berbelit2, asal dapat menggambarkan perasaan, sudah memadai.   Anda digalakkan membaca dan membaca dan membaca banyak2 karya2 kreatif  kanak2, remaja  dan dewasa, dan kemudian berkarya dan berkarya terus  utk mempertajamkan bakat dan memperolehi  kemahiran  gaya bahasa tersendiri begini.

8.Cari kelainan/keunikan untuk mengelak daripada sesuatu yg klise atau sesuatu yg sudah banyak kali ditulis oleh orang lain.  Caranya juga tidak sesukar mana,  jika anda berusaha lebih untuk mencipta perumpamaan2 atau perlambangan2 sendiri, utk mengangkat karya anda ke tahap mutu yang lebih tinggi. Ciptaan sendiri anda inilah yg meletakkan ia sebagai unik.

9.Jangan sekali2 memandang rendah terhadap golongan kanak2 dan remaja;  lawan keinginan anda untuk  berkutbah atau member nasihat secara langsung kepada mereka, biarpun lewat karya2 berunsur keagamaan.   Perkayakan karya anda dgn menggunakan bahasa2 indah dan kaya dgn perumpamaan, peribahasa dan sebagainya untuk menghormati mereka.  Gambarkan (mcm tengok wayang, bukan mcm dengar ceramah)  mesej cerita dgn kreatif,  berseni dan bijaksana,  dan mereka akan faham, lebih menghargai dan lebih menghormati anda di atas  usaha anda untuk tidak melulu  mengkritik atau mengutuk mereka seperti  yang dilakukan oleh segelintir pengarang2 lain.  Yg paling penting, mereka akan lebih mempercayai anda sebagai pengarang yg hamper sekali dgn jiwa mereka dengan tidak memperlakukan mereka seolah2 golongan terencat akal.
 
10.Watak2 utama anda harus belajar sendiri untuk mendewasakan diri dan pemikirannya, di sepanjang karya tersebut. Watak2 tersebut akan mendapat `pencerahan’ dan pemahaman yg lebih mendaam, pada penghujung cerita.  Jika ini tidak berlaku, untuk apa mereka membaca karya anda? Dan untuk apa anda menulisnya?

11. Ulang kaji dan lakukan pengeditan sendiri, sehingga puas hati, baru hantar kepada pihak penerbit.  Karya2 yg  sudah terbit di pasaran, semuanya melalui proses yang sama;  diulang-baca dan diedit berulang kali oleh pengarangnya, sebelum dilakukan yg sama oleh pihak editor pula selepas itu.

12. Jangan mudah patah semangat.   Andainya karya anda ditolak/reject pun,  padahal anda sudah bertungkus lumus bersifu sana sini,  tidak bermakna karya anda tidak baik.  Mungkin saja ia bukan citarasa editor dan jenis karya  bagaimana  yg diperlukan oleh pihak penerbit tersebut. Untuk itu, tanyakan dahulu jenis karya yg mereka perlukan.  Dan jika anda berminat utk menerbitkan karya anda lewat penerbit tersebut, buatlah seperti yg diperlukan;  harus ada member dan menerima antara pengarang dan penerbit.   Jika tidak berminat, tabah terus dan cari penerbit lain.

Namun,  bagi karya yang bermutu tinggi, kiranya anda tiada masalah utk mendapat pasaran. Bagaimanapun,  seelok2nya jgnlah sekali2 menghasilkan karya utk remaja dan kanak2, jika dalam hati anda tidak pernah suka pd mereka, kerana hati anda dapat dibaca lewat karya anda.