.

Photobucket

.

.

Wan Salmah

Tuesday, March 17, 2009 Posted by Azmah Nordin
wan :)  seperti biasa, jika perlu,  baca `Dari Sifu' dulu, lepas tu paste la cerpen yg telah anda tulis tu, nanti saya periksa k
You can leave a response, or trackback from your own site.

109 Response to "Wan Salmah"

  1. wan salmah Said,

    salam sifu. Ini cerpen remaja saya. Sebelum ini blur dan tak berani tulis benda-benda remaja ni, tapi alhamdulillah terrdatang ilham pula.

    Tajuk: Cinta Aqilah
    Tema: Cinta remaja. Ahmad Luqman seorang pelajar tingkatan 5 yang mengamalkan jiwa islam dalam hidupnya, tetapi telah terjebak dengan cinta. Konflik timbul bagaimana dia hendak menangani situasi ini.

    Watak:
    Watak utama: Ahmad Luqman
    Perwatakan: Berjiwa Islam, jadi imam di sekolah, komitmen dalam pelajaran, kematian ayah, tinggal dengan ibu dan adik perempuan. Dilamun cinta. Ramai pelajar yang ingin berkenalan dengannya, semuanya dapat ditepis, tetapi, dengan Aqilah Natasya, dia tidak berjaya melawannya. Menyertai Kuiz Sains Nasional.

    Watak kedua:
    Aqilah Natasya.
    Perwatakan: Manis, minat dalam pelajaran, bersopan dan bijak. Juga meminati Luqman. Menyertai Kuiz Sains Nasional.

    Watak-watak lain:
    Makcik Khalilah (ibu)
    Kawan-kawan iaitu Shasya, Nabilah,
    Watak-watak lain ramai tapi hanya disebut.

    Latar:
    sekolah, surau, rumah Luqman.
    waktu sekolah, waktu malam.
    masyarakat sekolah dan kampung.

    PS Sifu: saya dah cuba ringkaskan cerpen ni, tapi, jadi panjang juga. Itulah masalahnya, saya tak pandai-pandai nak menulis cerpen, asyik nak jadi cerpan aje..

    Sifu tolong-tolong ya..cantas mana perlu. nak komen, nak belasah, dipersilakan..

    Posted on October 18, 2009 at 9:24 AM

     
  2. wan salmah Said,

    Ahmad Luqman memerhati setiap sudut surau kesayangannya; lantainya, dindingnya, silingnya, rak-raknya. Dia mempastikan lantai surau tempat pelajar Islam bersujud menyembah Yang Maha Esa dan mensucikan diri dengan kalam-kalam Allah itu bersih tidak ternoda oleh sebarang sampah atau pakaian yang tidak diketahui tuannya. Rak-rak kitab dan sejadah disusun rapi. Kipas siling dan lampu kalimantang sudah tertutup suisnya. Surau yang terletak di blok D itu tidaklah tersorok dan tidak pula terletak terlalu kedepan di dalam perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Rembau itu. Para pelajar dari mana-mana bangunan pun agak mudah untuk menjejak ke situ menunaikan ibadah fardu secara berjamaah atau menghadiri aktiviti-aktiviti keagamaan.

    Sejak dia dilantik sebagai pengerusi Persatuan Agama Islam di situ, surau itu sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya. Saban hari itulah rutin hidupnya. Dia juga tidak segan jika dia digelar Tok Siak, atau Tok Imam.. Kalau Ustaz Jamil atau Ustaz Aiman tidak ada, dialah diminta menjadi imam. Dia juga sudah pernah diminta memberi tazkirah sempena bulan maulud, dan sambutan tahun baru hijrah di situ. Itulah juga rutin hidup arwah ayahnya yang menyerahkan jiwa raganya berbakti di rumah Allah yang terletak kira-kira 20 langkah dari rumah mereka. Itu tugas mulia, bisik hati kecilnya. Dia begitu mengkagumi arwah ayahnya yang begitu menghargai cara hidupnya.

    Setelah berpuas hati dengan keadaan surau sekolahnya, Ahmad Luqman mengatur langkah panjang-panjang menuju pusat sumber sekolah yang terletak berselang dua blok sahaja dari surau tersebut. Di situ ada dilengkapkan dengan kemudahan internet. Dia ingin ke situ untuk menyiapkan tugasan karangannya. Dia memerlukan fakta dan huraian yang lengkap . Dia sering ke situ dan sudah menjadi ahli kelab siber di situ. Keluarganya tidak mampu menyediakan peralatan canggih itu dan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah itu digunakannya sebaik mungkin.

    Posted on October 18, 2009 at 9:26 AM

     
  3. wan salmah Said,

    Dia menekan punat internet dan mendaftar masuk namanya. Secara automatik dipaparkan sekali jumlah pengunjung ke kotak masuknya (inbox). Dia selalu juga menerima e-mel daripada sahabat-sahabat mayanya. Biasanya untuk perbincangan ilmiah atau saling menghantar artikel berunsur keagamaan atau sekadar bertanyakan khabar.

    Tiba-tiba dia terlihat satu e-mel yang pengirimnya begitu asing baginya. Dia menekan kekunci untuk membaca mesej. Kening kirinya yang agak lebat sedikit terangkat. Wajahnya menjadi kelat. Kalimah istighfar basah di bibirnya.Bukan pertama kali dia menerima lembaran sebegini. Permintaan ingin membina persahabatan dengan alasan ukhuwwah. Pernah dilayannya dahulu mesej sebegini. Akhirnya dia sendiri yang naik bingung kerana tema persahabatan hanyalah untuk mukaddimah. Bingkisan persahabatan mula diadun dengan bait-bait kata kasih dan rindu yang disusun indah. Sungguh, dia tidak gemar menerima perutusan begitu. Dia bukannya lelaki yang jenisnya suka melayan karenah kaum hawa dalam bentuk sedemikian. Dia sangat berpegang teguh pada prinsip hidupnya. Usianya masih terlalu hijau. Dia ingin mengutip seberapa banyak mutiara ilmu sepanjang alam persekolahannya

    Posted on October 18, 2009 at 9:27 AM

     
  4. wan salmah Said,

    Kali ini daripada siapa? Sofea? Sofea pun menaruh hati kepadanya? Wajah teman sekelasnya yang peramah itu mengambil tempat di kotak tayangan mindanya. Teman seperbincangan kumpulannya. Sofea gadis yang banyak helahnya dan rajin membuat kelakar. Dan dia tidak menafikan sesekali dia rasa terhibur dengan keletah Sofea. Patutlah dia dapat merasakan Sofea merenungnya lain macam sahaja sehari dua ini. Tetapi, bagi Ahmad Luqman, kasih, cinta, itu semua harus ketepikan dahulu. Peperiksaan SPM yang bakal menjelma 8 bulan lagi harus diutamakan. Dia mesti mementingkan masa depannya. Itulah janjinya pada arwah ayah dan ibunya. Pesan arwah ayah agar dia menjadi orang berguna suatu hari nanti dipasak kukuh-kukuh dalam dirinya. Dia kini menjadi ketua keluarga yang akan melindungi ibu dan adik perempuannya, Tasneem, bukan terleka dengan kata-kata manis bermadu dan akhirnya membuatkan dia kecewa dalam sendu. Dia tidak mahu hanyut dalam arus cinta remaja.
    Apa-apa pun dia mesti membalas mesej tersebut. Dia tidak mahu nama Sofea berulang tayang di mindanya.
    “Aku memang pencari cinta, cinta hakiki. Iaitu cinta akan Allah dan rasul-Nya. Cinta kepada ibu bapa. Cinta sesama sahabat ini terpaksa kukuburkan buat sementara selagi cinta hakikiku belum kunikmati.” Itulah antara balasannya. Dia juga akan memberi tazkirah untuk pengirim dan mengingatkan tentang tanggungjawab remaja sebagai pelajar dan juga sebagai khalifah-Nya dalam memakmurkan bumi. Biasanya si pengirim akan faham dan tidak lagi menghantar nukilan sebegitu kepadanya. Namun, sejalur rasa kesal tercalit di hatinya. Selepas ini dia tentu akan berasa sedikit kekok jika sesi perbincangan kumpulan. Jenuh dia mengawal hati dan perasaan supaya keadaan nampak tenang seperti biasa. Sebelum ini pun dia menghadapi masalah yang sama dengan Nadia, Amirah, dan beberapa peminat rahsianya. Semenjak dia berada di sekolah ini dari tahun lepas, dia sudah menerima berbelas-belas lembaran sebegini. Dia pun hairan mengapa dia diperlakukan sebegini. Dia tidak pandai bermain kata-kata apatah lagi mencipta puisi.

    Posted on October 18, 2009 at 9:28 AM

     
  5. wan salmah Said,

    Dia lalu meneruskan niat sebenar dia ke situ, mencari seberapa banyak fakta berkaitan tugasan dan menyalinnya di dalam buku notanya. Setelah jarum jam menunjukkan angka 4.00 petang, dia mengemas buku-bukunya untuk pulang.

    Keesokan harinya, di dalam kelas Biologi dia mendengar namanya disebut.
    “Ahmad Luqman, saya pilih kamu untuk pertandingan Kuiz Sains Nasional.” Ujar Cikgu Athirah seusai mereka berbincang topik hari itu. Guru berusia pertengahan 30-an itu menyerahkan beberapa bahan untuk dibaca olehnya. Ada risalah yang diambil daripada pelbagai agensi, bahan-bahan yang dimuat turun daripada laman sesawang, beberapa buah buku ilmiah serta ensaiklopedia.
    “Jangan lupa hafal buku teks bio ya,” pesan Cikgu Athirah lagi. Ahmad Luqman termenung seketika. Dia mengambil tuntunan gurunya itu sebagai cabaran dan mindanya mencongak-congak untuk menyusun jadual waktu hariannya.

    Menurut Cikgu Athirah semua peserta ialah 4 orang, 3 orang pelajar kelasnya dan seorang pelajar kelas 5 Sains 2. Hanya dia seorang pelajar lelaki. Ahmad Luqman mengeluh kecil. Dia dilanda resah. Bukanlah dia anti-perempuan. Emak dan adiknya juga perempuan. Tetapi, adik dan ibunya adalah muhrim baginya. Teman sebaya bukan muhrim. Banyak kekangan yang harus dia lalui. Dia pula baru berusia 17 tahun, remaja yang sedang ranum. Mereka sedang tergolong sebagai si “Manis tujuh belas.” Apa yang terpandang, terdengar, tersentuh, semuanya sangat indah, mencabar dan sangat mengujakan. Selama ini dia berjaya menjaga batas-batas susilanya sebagai pelajar berjiwa agama. Dia tidak kisah jika dikatakan buta, bisu atau pekak. Masjid mereka walaupun tidaklah sebesar mana tetapi saban minggu ada-ada saja menerima kunjungan penceramah. Pesan Ustaz Bashir yang sering menyampaikan ceramah syariah, lelaki perempuan bukan muhrim tidak boleh bebas bergaul. Mereka hanya boleh bertegur sapa atas sebab-sebab tertentu seperti pelajaran, atau urus niaga, itu pun bersyarat, tidak boleh berdua-duaan apatah lagi di tempat-tempat sunyi dan memanja-manjakan suara. Malah, lelaki perempuan yang bersentuhan adalah lebih hina daripada bersentuhan dengan khinzir!

    Posted on October 18, 2009 at 9:29 AM

     
  6. wan salmah Said,

    Petang keesokan harinya mereka sudah berpakat untuk berjumpa di Balai Ilmu untuk sesi perbincangan. Dia, Shasya dan Nabilah sudah saling mengenal. Mereka sama sekelas dari tingkatan empat lagi. Mereka terlebih dahulu membuat perancangan serta perbincangan tentang kuiz itu. Sedang mereka membelek-belek bahan-bahan bacaan satu suara menyapa mereka.
    “Maaf ya, terlambat sedikit.” Gadis yang diberi nama Aqilah Natasya mengambil tempat di sebelahnya kerana di situ saja ada tempat kosong.
    Entah mengapa tiba-tiba jantung Ahmad Luqman terasa berdebar-debar. Kelenjar adrenalinnya begitu pantas merembes lantas degupan jantungnya berdetak kencang.
    Sapaannya, senyumannya, lirik matanya. Ahmad Luqman bagai terpukau seketika. Deria baunya dapat menangkap satu aroma yang sungguh harum, mungkin pengaruh iklan pewangi semburan untuk remaja di kaca televisyen. Ahmad Luqman cuba menguasai gugupnya. Sebagai peserta lelaki tunggal dia telah diamanahkan untuk menjadi ketua. Dia mesti menunjukkan sikap yang berhemah dan berwibawa. Jenuh dia beristgfar dalam hati. Dia membelek-belek risalah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan. Dia cuba menfokus
    Mujurlah Shasya dan Nabilah rajin mencari isi-isi penting dan tidak hanya mengharapkannya memberi idea. Aqilah Natasya kelihatan serius memberi komitmen dan kerjasama. Mereka saling berbincang dan sebarang mauduk yang tidak difahami akan ditandakan untuk diselidik lebih lanjut di laman sesawang atau disimpan soalan untuk ditanyakan kepada Cikgu Athirah nanti. Sesekali Shasya membuat kelakar untuk meleraikan sedikit suasana serius. Mereka akan tertawa. Aqilah Natasya akan ketawa. Ketawanya sungguh manis, tidak terbahak-bahak dan lebih anggun dengan alur halus pada sebelah pipi kanannya.

    Dia sesungguh cuba menundukkan pandangannya dan tidak merenung tepat ke dalam mata sahabat-sahabat perempuannya. Sebagai lelaki dia cuba bertegas dan tidak terikut-ikut dengan rentak teman-temannya itu yang sesekali bertepuk bertampar dan ketawa riang. Tetapi dia rasakan begitu sukar untuk mengawal anak matanya daripada tidak mengerling ke arah Aqilah Natasya. Wajahnya bagai sebuah hasil seni yang paling indah sentuhannya. Tutur katanya yang lancar membuahkan idea. Perkenalannya dengan Aqilah Natasya nampaknya telah mencabar prinsipnya selama ini

    Posted on October 18, 2009 at 9:30 AM

     
  7. wan salmah Said,

    Pertemuan demi pertemuan diatur untuk sesi perbincangan. Ya. Dia menanti-nanti setiap kali sesi pertemuan itu. Saat-saat yang mengujakan. Ya. Sekarang dia menjadi lelaki yang keliru. Setiap kali dia mengintai mesej inboxnya dia mengharap jikalah ada seuntai kata daripada Aqilah Natasya.

    Petang Khamis. Jam 3.15 petang. Setelah menunaikan solat fardu Zuhur dan mengisi kantung perutnya, dia berderas-deras menuju ke Balai Ilmu. Kuiz Sains Nasional sudah tinggal seminggu lagi. Petang itu mereka akan bersoal jawab berdasarkan bank soalan yang berjaya dikumpulkan.
    Dia mendengar salam diberi.
    “Shasya dan Nabilah kata dia lambat sedikit sampai, mereka nak siapkan tugasan Cikgu Maridah untuk dihantar besok,” ujar Aqilah Natasya sambil mengambil tempat bertentangan dengannya.
    Ahmad Luqman terasa sedikit kekok walaupun tidak dinafikan dia sangat gembira dengan kejadian yang tidak diduga-duga itu; berbincang hanya berdua dengan gadis semanis Aqilah Natasya. Entah mengapa dia terasa seperti ada seketul batu besar menindih lidahnya. Bibirnya pula terasa bak dimangga-mangga. Sedangkan begitu banyak persoalan yang tersimpan mengenai gadis itu.
    “Luqman,” Aqilah Natasya cuba menyedarkan lamunannya.
    “Ok, saya soal awak jawab ya,” Aqilah mengemukakan soalan-soalan berkaitan sains bio teknologi. Oleh sebab Ahmad Luqman memang meminati bab sains tumbuhan, dan dia sudah banyak mengulangkaji topik itu, soalan-soalan tersebut dapat dijawabnya dengan lancar.
    “Wah tuan imam, tuan dah hafal kebanyakan fakta biotek ni, nanti boleh jadi pegawai R & D.” Ahmad Luqman dapat melihat Aqilah membuat muka kagum.
    “Patutlah ramai pelajar perempuan sekolah ni yang suka dekat tuan imam,” puji Aqilah Natasya lagi.

    Posted on October 18, 2009 at 9:31 AM

     
  8. wan salmah Said,

    Ahmad Luqman tersentak. Ke situ pulak ulasan Aqilah Natasya. Dia sudah rasa tidak selesa. Dia tidak pernah menuturkan hal-hal peribadi dengan rakannya yang berlainan jantina. Sebelum ini kalau dia berbincang pun, topik perbincangan mesti berkaitan dengan pelajaran. Itu pun bukan berdepan dan berdua-dua begini. Pesanan Ustaz Bashir iaitu“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani) terngiang-ngiang di mindanya.
    “Eh mana ada.” Ahmad Luqman menyelak-nyelak bahan bacaan lain. Dia cuba menunjukkan dia sedang sibuk. Sedangkan hatinya sedang bergelodak hebat. Pertarungan supaya menukar topik kuiz dan berbual-bual saja hal-hal peribadi, hal-hal yang suka dibincangkan oleh remaja sebayanya. Dan pada satu pihak lagi memaksa dia mengekang pandangannya, lidahnya dan mengingatkan larangan Tuhan supaya tidak memulakan bibit-bibit dosa. Dia gelisah. Ke manakah perginya Shasya dan Nabilah, tidak balik-balik lagi.
    “Memang benarlah kata mereka, awak ni bagai lelaki Melayu terakhir; bijak, warak dan rupa pun boleh tahan,”
    Ahmad Luqman dapat merasakan panahan mata Aqilah Natasya. Dadanya semakin kencang berdebar. Dia berasa seram sejuk. Dia menyembunyikan tangannya di pelipat lututnya yang dirasakan agak menggeletar. Ya, memang dia suka. Bukan tidak suka. Tetapi, dia tidak mahu menjadi seperti yang dikatakan orang, cinta lutong. Benar kata pujangga terkenal iaitu Syauqi, cinta lutong ini bermula dengan mainan mata yang tidak mempunyai sempadannya, ia kemudiannya diikuti dengan sahutan suara dan saling berhubung. Sampai peringkat tersebut, amat sukar sekali bagi pasangan cinta untuk tidak bertemu dan sekaligus mendedahkan diri kepada aksi yang lebih hebat. Oleh kerana itulah, Islam dalam menjaga kesucian cinta dari dicemari oleh unsur-unsur nafsu meletakkan batasan pandangan seorang muslim dan muslimah.

    Posted on October 18, 2009 at 9:31 AM

     
  9. wan salmah Said,

    “Luqman, awak sudah ada grup studi? Cikgu Athirah selalu puji awak di dalam kelas kami. Katanya awak juga bagus dalam subjek kimia dan fizik,” ujar Aqilah Natasya. Walaupun dia nampak pujian itu sungguh luhur namun dia sungguh bimbang. Dia tidak biasa dengan perbincangan kumpulan yang bercampur lelaki perempuan. Dia rimas jika nanti ada yang ketawa terbahak-bahak, terjerit-jerit-jerit, atau bercakap dengan lembut mendayu-dayu. Melihat rakan-rakan sekelas berbincang dalam grup studi pun dia sudah rimas, apa lagi jika ingin melibatkan dirinya. Memadailah kumpulan perbincangan di dalam kelas dengan diawasi guru.

    “Er, maaflah. Saya sudah ada grup studi, dengan Fikri dan Anuar.” Dia nampak ada sedikit kekecewaan pada riak wajah gadis itu. Tapi, itulah jawapan terbaik yang dia ada. Mengelak adalah lebih baik daripada terjebak. Dia sendiri tidak berani mengatakan dia dapat melawan kehendak hatinya daripada tidak bergaul mesra dengan Aqilah. Aqilah memang ada daya tarikan tersendiri.

    Syukurlah, doa Luqman makbul juga. Shasya dan Nabilah datang sambil memberi alasan terlalu banyak perkara yang belum siap. Dia berpuas hati kerana dia masih berjaya menjaga kesopanannya sebagai remaja muslim.

    Malam semakin merangkak dinihari. Persekitaran rumah teres kos rendah yang didiami mereka tiga beranak itu semakin sepi. Puas Ahmad Luqman memaksa bola matanya berehat namun sia-sia. Matanya tetap terpesir luas. Dia sudah mengulang kaji apa-apa yang harus dia ulang kaji, namun dia masih gagal melelapkan mata. Dia kegelisahan. Belakangan ini dia rasa serba tidak kena. Dia banyak termenung dan mendiamkan diri. Walaupun sebelum ini Ahmad Luqman lebih banyak berdiam daripada berkata-kata, tetapi sekarang untuk mendengar suaranya pun payah.

    Posted on October 18, 2009 at 9:32 AM

     
  10. wan salmah Said,

    “Inikah yang dinamakan cinta?” Ahmad Luqman tidak nafikan, sejak dia mengenal Aqilah, dia rasa dia sudah menjejak ke satu alam baru. Sukar dia nyatakan, tapi, setiap kali dia terpandang kepada Aqilah, dan setiap kali mengingatkan gadis itu, bagaikan dia memandang ke langit yang penuh dengan bintang berkilau-kilau berwarna-warni. Dia ingin terus memerhatikan bintang-bintang yang bagikan terlalu indah menyelinap masuk ke seluruh jiwa raganya.
    Namun, pada masa yang sama, dia sedar kemilau yang bergemerlapan itu menjadikan dia kesilauan. Matanya sudah berpinar-pinar dan kabur. Semua pandangannya, fikirannya, pendengarannya hanya ada Aqilah. Lirik matanya mesti terlekat ke daun tingkap setiap kali ada pelajar yang melintas di hadapan kelasnya. Dia mengharapkan itu Aqilah. Dia mengharap dapat selalu ketemu Aqilah. Sapaan Aqilah benar-benar mempesona. Tutur katanya, lirik matanya, gelaknya.

    Dia mengeluh. Lembaran-lembaran buku yang ditatapnya terpapar wajah Aqilah. Bibirnya bertakbir, tetapi benaknya tergambar Aqilah. Solatnya sudah terganggu. Dek kerana itu dia sudah mengelak untuk menjadi imam. Dan kerap juga dia solat di rumah sahaja.

    “Luqman, kau sakitkah?” soal ibu melihat anak bujangnya yang kemurungan akhir-akhir ini.
    Geleng. Matanya melihat kosong ke arah lantai simen beralas tikar getah rumah mereka.
    “Habis, di sekolah ada masalah?” Makcik Khalilah cuba menebak lagi.
    Geleng juga.
    Makcik Khalilah menyeluruhi wajah anak kesayangannya. Selama ini Luqman tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah. Atau terlibat dengan masalah. Jika ada apa-apa pun, dia akan merujuk umminya itu.
    “Luqman jatuh cinta ya!” Makcik Khalilah cuba berlucu, dan dirasakan tebakan itu ada benarnya dan ada sebabnya. 18 tahun dia mengandungkan Luqman, menyusukannya membesarkannya. Dia tahu hati budi anaknya itu.
    Dengan payah Luqman mengangguk.
    Makcik Khalilah ketawa kecil sambil menepuk bahu Luqman.
    “Luqman, Luqman. Rasa kasih, cinta, sayang, rindu, benci, itulah asam garam kehidupan. Itu lumrah Luqman, suatu hari kau akan tempohinya juga walaupun kau cuba menafikannya.” Luqman mengangkat mukanya dan memandang ibunya.
    “Cinta itu sangat penting dalam kehidupan. Tanpa rasa cinta, bumi ini tidak akan berputar Luqman,” Luqman cuba mencerap dan mencerna kata-kata ibunya. Setiap patah kata ibunya difikir dalam-dalam.
    “Allah menjadikan alam ini dan menghidupkannya dengan penuh rasa cinta, Nabi Muhammad s.a.w menyeru umatnya dengan penuh rasa cinta, ibu mengandungkan anak, melahirkan anak, dengan penuh rasa cinta. Tanpa rasa cinta, manusia tidak akan berkembang, tidak ada rasa ceria dan bahagia.”
    Dia terasa bagai ada titis-titis air yang jernih dan sejuk membasahi hatinya, bagai salji yang jatuh dari langit, bagai air mengalir dari jeram, menyejukkan hatinya yang keresahan.

    Posted on October 18, 2009 at 9:33 AM

     
  11. wan salmah Said,

    “Inikah yang dinamakan cinta?” Ahmad Luqman tidak nafikan, sejak dia mengenal Aqilah, dia rasa dia sudah menjejak ke satu alam baru. Sukar dia nyatakan, tapi, setiap kali dia terpandang kepada Aqilah, dan setiap kali mengingatkan gadis itu, bagaikan dia memandang ke langit yang penuh dengan bintang berkilau-kilau berwarna-warni. Dia ingin terus memerhatikan bintang-bintang yang bagikan terlalu indah menyelinap masuk ke seluruh jiwa raganya.
    Namun, pada masa yang sama, dia sedar kemilau yang bergemerlapan itu menjadikan dia kesilauan. Matanya sudah berpinar-pinar dan kabur. Semua pandangannya, fikirannya, pendengarannya hanya ada Aqilah. Lirik matanya mesti terlekat ke daun tingkap setiap kali ada pelajar yang melintas di hadapan kelasnya. Dia mengharapkan itu Aqilah. Dia mengharap dapat selalu ketemu Aqilah. Sapaan Aqilah benar-benar mempesona. Tutur katanya, lirik matanya, gelaknya.

    Dia mengeluh. Lembaran-lembaran buku yang ditatapnya terpapar wajah Aqilah. Bibirnya bertakbir, tetapi benaknya tergambar Aqilah. Solatnya sudah terganggu. Dek kerana itu dia sudah mengelak untuk menjadi imam. Dan kerap juga dia solat di rumah sahaja.

    “Luqman, kau sakitkah?” soal ibu melihat anak bujangnya yang kemurungan akhir-akhir ini.
    Geleng. Matanya melihat kosong ke arah lantai simen beralas tikar getah rumah mereka.
    “Habis, di sekolah ada masalah?” Makcik Khalilah cuba menebak lagi.
    Geleng juga.
    Makcik Khalilah menyeluruhi wajah anak kesayangannya. Selama ini Luqman tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah. Atau terlibat dengan masalah. Jika ada apa-apa pun, dia akan merujuk umminya itu.
    “Luqman jatuh cinta ya!” Makcik Khalilah cuba berlucu, dan dirasakan tebakan itu ada benarnya dan ada sebabnya. 18 tahun dia mengandungkan Luqman, menyusukannya membesarkannya. Dia tahu hati budi anaknya itu.
    Dengan payah Luqman mengangguk.
    Makcik Khalilah ketawa kecil sambil menepuk bahu Luqman.
    “Luqman, Luqman. Rasa kasih, cinta, sayang, rindu, benci, itulah asam garam kehidupan. Itu lumrah Luqman, suatu hari kau akan tempohinya juga walaupun kau cuba menafikannya.” Luqman mengangkat mukanya dan memandang ibunya.
    “Cinta itu sangat penting dalam kehidupan. Tanpa rasa cinta, bumi ini tidak akan berputar Luqman,” Luqman cuba mencerap dan mencerna kata-kata ibunya. Setiap patah kata ibunya difikir dalam-dalam.
    “Allah menjadikan alam ini dan menghidupkannya dengan penuh rasa cinta, Nabi Muhammad s.a.w menyeru umatnya dengan penuh rasa cinta, ibu mengandungkan anak, melahirkan anak, dengan penuh rasa cinta. Tanpa rasa cinta, manusia tidak akan berkembang, tidak ada rasa ceria dan bahagia.”
    Dia terasa bagai ada titis-titis air yang jernih dan sejuk membasahi hatinya, bagai salji yang jatuh dari langit, bagai air mengalir dari jeram, menyejukkan hatinya yang keresahan.

    SEKIAN SIFU, saya harap saya berjaya menjadi penulis bahan-bahan remaja, terima kasih.

    Posted on October 18, 2009 at 9:34 AM

     
  12. azmah nordin Said,

    wansalmah :)

    sekilas baca, saya dapati karya anda kat atas tu, sgt sgt sgt menarik. Gaya bahasa juga sgt2 indah di sana sini.

    Cuma perlu sedikit perlu ditarik naik satu satu atau dua paragraf sebagai intro yg lebih menarik, utk menimbulkan unsur2 suspen supaya dari mula hingga akhir ia membukit dan apabila sampai di puncak (klimaks) penyelesaian.


    Ataupun, supaya ia kelihatan seperti anda memulakan cerpen dari 3/4 daripada keseluruhan cerpen... lepas tu anda kembali ke 1/4 - 2/4 - 3/4 dan ke puncaknya.

    cerpen

    _______1/4_________2/4_______3/4__________4/4



    Namun, secara keseluruhan, ia sudah sgt2 bagus. Anda mmg mampu menjadi penulis bahan2 remaja, percayalah :)

    esok saya tunjukkan bagaimana caranya supaya ia lebih hidup dan mendebarkan k. sikit je yg perlu anda ubah dan tambah tu...

    Posted on October 18, 2009 at 10:45 PM

     
  13. azmah nordin Said,

    tmbahan; sebenarnya, sebagai penulis novel dewasa juga, anda sgt2 berbakat, wansalmah. boleh dilihat kekuatannya dalam manuskrip novel anda tu, terutama sekali bab pertamanya, saya kagumi :) anda ada energi, ada kemarahan (eset utk menulis novel dewasa ini) dan ini membuatkan novel dewasa anda begitu hidup dan menarik, sayang kalau tidak dihabiskan, sungguh!

    Posted on October 18, 2009 at 10:49 PM

     
  14. wan salmah Said,

    sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya..hehe..itulah sifuku..

    apa yg sifu komen mmg benar, saya mmg rasa ada yg tak kena pada cerpen ini, iaitu pada intronya, pada susunan plotnya, tapi saya tak tahu macam mana nak buat..
    saya memang menunggu-nunggu sifu tunjukkan jalan bagaimana menjadikan cerita ini lebih hidup, lebih mendebarkan, spt yg sifu nyatakan di atas..
    terima kasih sifu!

    Posted on October 18, 2009 at 11:12 PM

     
  15. wan salmah Said,

    sifu, saya baru ternampak nota tambahan sifu ttg novel dewasa saya. saya suka sifu cabar saya.

    ya, saya kumpulkan rasa marah saya. nanti dalam bab ke3, akan diperlihatkan bagaimana zanariah dan farid jatuh cinta dan berkahwin, naifnya, ada jujur di situ..

    hmm,saya harap pembaca akan rasa geram, marah, dendam, suka, cinta bersama2 saya..
    terima kasih atas perhatian sifu..semangat saya makin berkobar2 ni, terima kasih..

    Posted on October 18, 2009 at 11:18 PM

     
  16. azmah nordin Said,

    wansalmah :) sama2. Aset mahal tu, tanpa semua gelojak perasaan sperti tu, anda bukan saja tak bertenaga - tapi karya juga tidak akan hidup.

    Posted on October 19, 2009 at 1:43 PM

     
  17. azmah nordin Said,

    wansalmah :)

    saya dah baca karya anda kat atas tu, buat kali kedua. komen saya; sgt2 cantik dan romantis, tahniah!

    saya juga dah nampak paragraf mana yg boleh anda angkat sebagai intro cerpen ini, nanti kat bawah ni saya tunjukkan k

    Posted on October 19, 2009 at 1:45 PM

     
  18. azmah nordin Said,

    “Maaf ya, terlambat sedikit.” Gadis yang diberi nama Aqilah Natasya mengambil tempat di sebelahnya kerana di situ saja ada tempat kosong.
    Entah mengapa tiba-tiba jantung Ahmad Luqman terasa berdebar-debar. Kelenjar adrenalinnya begitu pantas (`merembes' - utk remaja tak sesuai, tukar k, hehehe...) lantas degupan jantungnya berdetak kencang.

    Sapaannya, senyumannya, lirik matanya. Ahmad Luqman bagai terpukau seketika. Deria baunya dapat menangkap satu aroma yang sungguh harum, mungkin pengaruh iklan pewangi semburan untuk remaja di kaca televisyen. Ahmad Luqman cuba menguasai gugupnya. Sebagai peserta lelaki tunggal dia telah diamanahkan untuk menjadi ketua. Dia mesti menunjukkan sikap yang berhemah dan berwibawa, sewibawa... (sambung dgn paragraf pertama yg sedia anda tulis tu dan seterusnya, sesuaikan masanya dgn menggunakan perkataan, misalnya; semalam, kelmarin, isnin lalu, rabu kelmarin dan sebagainya. Lepas tu, siap dan padatlah cerpen anda dgn sempurnanya.


    wansalmah, anda sgt2 berbakat, sama ada menulis cerpen ataupun novel, anda hanya perlu tulis byk2 utk mempertajamkan bakat dan keyakinan diri, tu je lagi. semakin lama semakin mudah nanti, percayalah k...

    Posted on October 19, 2009 at 2:05 PM

     
  19. azmah nordin Said,

    tmbhn; kalau boleh ditambah perkataan `inikah cinta' di para pertama juga, pasti menarik k

    Posted on October 19, 2009 at 2:06 PM

     
  20. wan salmah Said,

    terima kasih sifu..
    hehe..ada istilah2 sensitif ya..kita baca dalam buku macam ok..tu la..baru tau..
    tengah semangat ni sifu..

    Posted on October 20, 2009 at 4:27 PM

     
  21. azmah nordin Said,

    wansalmah :) kalau tulis utk dewasa utk terbitan dbp pun, belum tentu lepas hehehe... den pun penserta cari forum yg tegar, suatu ketika dulu.

    Posted on October 20, 2009 at 7:24 PM

     
  22. wan salmah Said,

    API

    Sifu, cerpen ini cerpen kanak-kanak. Tapi saya tak puas hati jika cerpen ini hanya untuk bacaan kanak2 kerana saya rasa ada unsur kemanusiaan, kemasyarakatan, agama yang saya cuba garapkan di sini. Cerpen ini juga sesuai dibaca seisi keluarga. Harap Sifu baca, dan komen. Agaknya ke mana harus saya hantar cerpen ini?

    (Saya akan edit cerpen ini, juga cerpen “Cinta Aqilah”. Selepas itu saya akan fokus pada novel “Selagi Jantung Berdegup,” insya Allah).

    API
    Tema: Kesusahan hidup yang ditempohi oleh sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang bapa yang lumpuh dari pinggang ke bawah bersama-sama isteri dan lima orang anak mereka.

    Sinopsis:
    Ayub tinggal bersama-sama ayahnya yang lumpuh dari pinggang ke bawah, ibunya dan dua orang adiknya. Seorang kakak dan seorang abangnya tinggal di asrama. Bekalan elektrik rumah mereka sudah 6 bulan dipotong. Ayub telah ke rumah Pakcik Jamal iaitu bapa saudaranya untuk membuat folio bersama-sama sepupunya Kasim, iaitu anak bungsu Pakcik Jamal. Di situ dapatlah dia makan masakan yang sedap dan menonton televisyen. Dalam perjalanan pulang dia ternampak kunang-kunang dan berhenti menangkap serangga tersebut untuk diberikan kepada adik-adiknya. Dia juga mengutip daun-daun getah untuk diberikan kepada ibunya, seorang pengusaha kraf tangan. Namun, malang tidak berbau, rumah mereka telah terbakar kerana disambar api pelita. Ayah, ibu dan kedua-dua adik Ayub telah meninggal dunia.

    Posted on October 22, 2009 at 4:51 AM

     
  23. wan salmah Said,

    API
    Dengan sepasang baju melayu yang sudah lusuh aku melangkah laju-laju meninggalkan gubuk kami. Perutku pula mengeluarkan bunyi berkeriut memberi amaran untuk diisi. Aku mesti menjejakkan kaki ke surau yang terletak kira-kira 200 langkah lagi itu sebelum bilal melaungkan azan maghrib. Usai solat aku dan kawan-kawanku akan mengaji. Lepas mengaji aku akan naik ke rumah Pakcik Jamal, bapa saudaraku. Aku sudah berpakat dengan Kasim anak bungsu Pakcik Jamal untuk membuat folio Kajian Tempatan untuk pelajar-pelajar tahun 5. Gubuk kami sudah 6 bulan tidak ada api, maksudnya bekalan elektrik di rumah kami sudah kena potong. Sejak rumah kami bergelap, sukar betul aku rasanya hidup ini. Semua kerja sekolah biasanya kusiapkan di sekolah lagi atau sebelah petangnya sebelum malam melabuhkan tirainya.

    Tapi, sebelum itu biasanya Makcik Jah ibu Jamal akan mengajakku menjamu selera di rumah mereka. Ada juga perasaan malu sebenarnya. Ayah pun selalu pesan jangan suka mengendeng di rumah orang. Tapi entah mengapa aku teringin sangat hendak makan lauk ayam goreng. Di rumah, kami sudah seminggu makan berlaukkan ikan kering dan kicap. Baru tadi aku lihat ada ikan goreng lembik. Ibu kata ikan-ikan tu nampak saja lembik kerana tertindan-tindih oleh ikan-ikan lain. Rasanya masih manis. Biarlah ikan goreng bahagianku diambil oleh ibu. Ibu selalunya kongsikan bahagiannya dengan adik-adik. Jadi walaupun aku makan sedap sedikit tapi ibu pun dapat makan lebih. Kira adillah kan!. Untuk membuat folio itupun aku tidak ada apa-apapun bahan atau perkakasan. Manalah ayah atau ibuku mampu untuk menyediakan semua itu. Mujurlah Kasim berlembut hati dan mengajak aku ke rumahnya dan membuatnya bersama-sama.

    Posted on October 22, 2009 at 4:52 AM

     
  24. wan salmah Said,

    Dahulu semasa ayah bekerja sebagai jaga di sebuah bank di pekan Rembau, kehidupan kami tidaklah seteruk ini. Aku boleh membuat kerja-kerja sekolah di bawah sinar lampu mentol. Tetapi separuh badan ayah telah lumpuh dari pinggang ke bawah akibat kejadian tembak menembak dengan perompak. Ayah sempat menembak mati seorang daripada perompak tersebut. Ayahku dulu bekas askar. Ada gambar ayah dalam uniform askarnya. Segak juga wajah ayah yang diabadikan dalam bingkai gambar dan tergantung di dinding gubuk kami. Selepas itu kehidupan kami menjadi tenat. Emak terpaksa berhempas pulas mencari duit untuk kami 7 beranak. Emak kerja di rumah saja. Kakak kata emak ialah usahawan kraf. Aku tidak berapa faham pada awalnya maksud usahawan kraf. Yang aku selalu lihat ialah emak akan buat dan gubah bunga. Tetapi emak tidak boleh pergi jauh-jauh. Emak ada adik Safiyah, dan adik Yusuf. Adik Yusuf yang paling kecil akan menangis dan menjerit-jerit jika ibu tiada.

    Kalau sekolah cuti aku rasa lega sedikit. Kak Khadijah dan abang Muhammad ada. Kak Khadijah akan tolong mak buat bunga.Emak kata hujung jari kakak ada siput. Siput tempat orang ambil cap jari tu. Kakak dapat ikut emak lipat lipat daun getah untuk dijadikan bunga. Abang juga boleh hantar bunga-bunga hasil tangan mak ke rumah Makcik Husna. Makcik Husnalah yang beritahu emak daun getah boleh dibuat bunga. Tapi terlebih dahulu daun-daun getah itu kenalah direndam dan yang tinggal hanya kerangka atau urat-urat daun saja. Makcik Husna suka puji bunga bikinan emak yang cantik-cantik, ada seni katanya. Malah hasil tangan Kak Husna pun menjadi juga. Dia akan bagi duit kepada emak. Abang Muhammad juga boleh tolong toreh pokok-pokok getah di kebun Pakcik Jamal. Tapi kakak dan abang tinggal di asrama. Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Rembau. Sekali-sekala aku dengar ayah mengeluh sebab yuran sekolah itu mahal sangat. Emak akan ingatkan ayah, kalau kakak dan abang berjaya nanti, mereka bolehlah jadi doktor, guru, boleh kerja yang bagus-bagus. Mak dan ayah juga nak sangat-sangat kami belajar di sekolah agama. Ayah selalu pesan dekat aku belajar rajin-rajin macam kakak dan abang. Ayah kata ayah nak anak-anak ayah berjaya di dunia dan berjaya di akhirat juga.

    Posted on October 22, 2009 at 4:52 AM

     
  25. wan salmah Said,

    Emak akan mengutip daun-daun getah, merendamnya, mengeringkannya. Ayah membantu emak mendidihkan lalu dicampurkan pewarna, diletakkan sedikit asam serta garam. Kemudian ayah akan celupkan daun-daun getah tersebut. Tentulah ayah susah sekali melakukannya kerana ayah terpaksa mengingsut ke sana ke mari dan sukar baginya memanjat bangku walaupun hanya setinggi lututku. Kalau aku ada di rumah, bolehlah aku tolong kacau-kacaukan air berwarna di dalam periuk besar itu. Ayah kata, pewarna perlu dipanaskan supaya warnanya akan kekal berseri dan tahan lama. Ada warna merah, biru, hijau, kuning dan ada juga yang sengaja tidak diwarnakan. Warna asli kata ibu.

    Ibu akan mengambil daun-daun yang sudah kering itu kemudian dilipat-lipat, dipusing-pusing akhirnya menjadi bunga. Bunga untuk digubah di atas meja ada, untuk bunga telur pun ada. Ibu ada juga minta aku mencari seberapa banyak biji getah. Macam-macam saiz biji getah ada di kebun Pakcik Jamal, besar, sederhana dan kecil. Biji getah kecil boleh dijual untuk permainan congkak. Orang di bandar jarang jumpa biji getah. Aku juga sudah diajar mengutip daun getah, tidak tua, tidak muda. Pilih daun getah yang pokoknya tidak ditoreh, pesan ibu. Ini supaya daun getah akan bersih selepas direndam tidak tinggalkan bintat-bintat. Aku juga diminta ibu mengutip biji bunga angsana yang sudah kering. Biji-biji bunga itu juga akan dinyahkan warna, lalu diwarnakan. Kemudian akan dicucukkan pada lidi yang telah diraut dan disembur cat jernih. Biji-biji getah juga akan ditebuk dan dicucuk-cucuk juga. Memang cantik sentuhan jemari ibu.

    Posted on October 22, 2009 at 4:53 AM

     
  26. wan salmah Said,

    Dahulu semasa ayah mula-mula masuk hospital, banyak jugalah yang datang tolong. Ada yang bawa beras, bagi ikan sardin, bagi duit belanja, bagi baju-baju terpakai untuk kami. Tapi itu sekejap sajalah. Masa orang duduk sibuk gantung bendera di sekeliling kampung kami, aku dan abang sibuk ambil upah gantung bendera juga. Orang kata pilihan raya. Ada juga beberapa lelaki berpakaian segak datang ke gubuk kami menghulur beberapa keping duit kertas warna biru dekat ayah. Tapi sekali itu sajalah.

    Kakiku yang beralaskan sepasang selipar jepun selamat sampai ke surau. Selesai solat dan mengaji aku cepat-cepat ke rumah Pakcik Jamal. Sedapnya ayam goreng. Makcik Jah ajak aku makan semasa ayam goreng tu panas-panas lagi. Aku nak juga tambah, tapi teringat pesan ibu jaga tingkah laku di rumah orang. Lagi pula tidak patut aku seorang saja makan sedap-sedap. Aku tidak jadi tambah.

    Aku dan Kasim menampal gambar-gambar untuk buku folio kami. Makcik Jah tidak marah sebab kami ambil gambar-gambar daripada surat khabar dan majalah yang sudah lama. Apabila semua sudah siap, aku tiba-tiba teringatkan adik Safiyah, dan adik Yusuf. Kesihan mereka. Tidak patut aku lupakan mereka. Adik Yusuf baru boleh panggil aku; “Bang.” Suara adik Yusuf sungguh comel macam adik Yusuf juga. Tadi adik Yusuf koyak buku latihan aku, aku pukul adik Yusuf. Ibu memujukku dan juga adik itu. Ibu minta aku sabar. Kata ibu namaku sempena nabi Allah Ayub yang sangat penyabar itu. Ibu cakap nabi Ayub dahulu kaya, tetapi Allah uji jadi miskin dan sakit teruk. Berkat kesabaran baginda, nabi Ayub sembuh dan kaya semula. Aku tidur sebab sedih sangat. Aku terjaga bila aku rasa adik Yusuf tarik-tarik kakiku sambil jerit “bang, bang.” Adik Yusuf ketawa-ketawa. Aku tidak jadi marah. Aku sayang adikku. Ibu pesan, aku sebagai abang kena sayang dan jaga adik-adikku nanti.

    Posted on October 22, 2009 at 4:53 AM

     
  27. wan salmah Said,

    Aku terdengar-dengar adik-adikku memanggil-manggil namaku. Seperti selalu-selalu setiap kali aku sampai ke rumah dari sekolah, kedua-dua adikku akan berlari-lari ke arahku. Aku mempercepatkan langkah pulang. Entah mengapa aku tiba-tiba aku terasa rindu akan mereka. Aku seronok dapat belajar dengan Kasim berlampukan kalimantang di rumahnya. Rumah kami nak pakai lilin pun tidak mampu. Kami pakai pelita minyak tanah saja. Sampaikan lubang hidung kami pun akan terlekat jelaga hitam setelah kami bangkit dari tidur keesokan harinya. Kalau boleh aku nak menonton siaran WWF di kaca televisyen tadi. Kawan-kawan aku di sekolah kata musim baru ini banyak peninju yang handal. Aku nak sangat-sangat tengok mereka bertarung. Tapi tiba-tiba aku teringatkan adik-adikku. Minggu depan pulalah. Bisik hatiku.

    Kakiku mula melangkah melintasi kebun getah Pakcik Jamal. Perjalananku kira-kira 100 langkah lagi. Malam gelap betul kali ini. Aku takut, tapi aku ingat ibu pesan kalau takut baca ayat Kursi. Aku ulang banyak-banyak kali hingga takutku hilang. Tiba-tiba ada beberapa ekor kunang-kunang terbang di hadapan mataku.
    “Kunang-kunang?” bibirku mengukir senyum.
    “Jaga kamu..” Aku mengejar kunang-kunang itu, semakin lama semakin banyak pula kunang-kunang yang menari-nari di depanku.
    Aku kejar dan aku tangkap lagi.
    Aku ketawa kecil. Sekarang aku sudah berjaya tangkap 20 ekor kunang-kunang. Cepat-cepat aku buat kelongsong daripada daun getah yang besar bidangnya. 20 ekor. Ya, nanti masing-masing Safiyah, dan Yusuf akan dapat 10 ekor. Nanti aku cari botol. Rumah kami yang gelap akan berseri dengan kunang-kunang itu. Adik-adikku tentu ralit melihat kunang-kunang yang bagaikan ada lampu kecil pada badannya itu. Adik-adikku sudah lama tidak dibelikan permainan.
    “Eh, cantik-cantik dan lebar-lebar daun getah di sini. Aku nak kutip daun getahlah” getusku. Ibu tentu gembira. Aku teringat daun getah ibu sudah hampir habis.

    Posted on October 22, 2009 at 4:54 AM

     
  28. wan salmah Said,

    Aku mencari jalan pulang sambil memeluk daun-daun getah dan dalam poket baju melayuku ada kelongsong berisi kunang-kunang untuk adik-adikku yang berdua itu.

    “Astaghfirullah,” aku sudah melencong daripada jalan asalku rupa-rupanya!
    “Kalau kita terlupa, atau mencari sesuatu, bacalah selawat kepada Nabi,” pesan ibu selalu.
    Aku terus-terusan berselawat. Syukurlah, aku sudah nampak jalan kecil yang pernah aku gunakan semasa mengikut abang Muhammad mencari biji-biji getah dulu.

    Aku mendongak ke atas arah menuju ke rumahku. Bulan sedang mengambang bulat.
    “Eh mengapa langit kelihatan agak cerah daripada biasa?”
    “Sudah ada orang sambungkan bekalan api ke rumah?” aku menyambung bisikan hatiku.
    “Tetapi, mengapa rasa sedikit panas?” aku rasa haba sedikit panas menerjah mukaku yang datang dari arah gubukku.
    Aku terus berlari-lari, semakin laju dan laju.
    Aku lihat api dengan lahap membaham gubuk kami. Banyak orang kampung berlari ke gubukku dengan baldi di tangan masing-masing.
    “Ayah, ibu, adik Safiyah, adik Yusuf..!”
    Aku baru teringat ayah demam panas sebelum aku meninggalkannya tadi. Tapi ayah suruh aku pergi juga solat, mengaji dan belajar bersama-sama Kasim.
    “Ayah!” aku menjerit nama ayah. Aku terbayang macam mana ayah hendak selamatkan ibu, dan adik-adikku,.
    “Ibu!” aku menjerit nama ibu. Bagaimana ibu hendak selamatkan ayah dan adik-adikku.” Air jernih mula mengalir laju dari tubir mataku.
    “Safiyah, Yusuf!.” Aku melaung nama adik-adikku yang terlalu kecil untuk menyelamatkan diri masing-masing.
    Aku hendak berlari masuk ke gubukku. Aku mesti selamatkan ayahku, ibuku, adik-adikku. Aku anak lelaki. Hanya aku anak yang paling besar di situ.
    Tapi Pakcik Mail jiranku segera menangkapku.
    “Bertenang Ayub, bertenang!” Dia memelukku erat-erat. Aku menggelepar ingin berlari ke arah ayahku, ibuku dan adik-adikku. Tetapi tenaga Pakcik Ayup begitu kasa.
    Aku meraung-raung dalam pelukan Pakcik Mail.

    Posted on October 22, 2009 at 4:54 AM

     
  29. wan salmah Said,

    Api sudah hampir padam. Aku terdengar siren bomba. Sebentar seluruh kawasan gubukku sudah tidak ada api lagi, hanya asap berkepul-kepul sekali sekala di sana sini.
    Aku lihat beberapa anggota bomba menguis puing-puing gubukku.
    “Sudah jumpa!” aku terdengar seorang anggota bomba memberitahu rakan-rakannya.
    Aku meronta sekuat hati dan berlari ke arah lembaga-lembaga yang dimaksudkan. Tapi aku segera ditangkap dan dipeluk oleh salah seorang ahli bomba itu.
    “Sabar nak, sabar. Bahaya, nanti kamu cedera!” Dia memelukku erat-erat. Dia menutup mataku supaya aku tidak dapat melihat orang-orang yang kusayangi. Aku meronta-ronta lagi

    “Ayah, ibu, Safiyah, Yusuf, ampunkan dosa Ayub!” Aku meraung kuat-kuat hati. Aku ulang dan ulang memohon ampun.
    Aku nampak ayah, ibu, adik-adikku berpelukan.
    “Ampunkan Ayub!”
    Aku kesal. Jikalah aku tidak makan di rumah pakcikku. Jikalah aku tidak mengejar kunang-kunang. Jikalah aku tidak mengutip daun-daun getah...
    Kalau aku sampai lebih awal, bukankah aku dapat selamatkan ayahku, ibuku juga adik-adikku. Aku terbayang-bayang bagaimana ibu ingin mengangkat ayah yang lumpuh dan demam. Bagaimana adik-adikku memeluk ibu untuk didukung...

    Setelah aku sedar dan membuka kelopak mataku, aku lihat Makcik Jah di sisiku sambil memegang erat lenganku.
    “Sabar Ayub. Ini semua ujian Tuhan. Allah sayangkan ayah kamu, ibu kamu dan adik-adik kamu. Mereka semua orang baik-baik, Allah nak letak mereka di dalam syurga.” Makcik Jah mengelap saki baki air mataku.
    “Allah hendakkan kamu hidup. Kamu, kakak kamu dan abang kamu, mesti belajar bersungguh-sungguh. Banggakan ibu bapa kamu di sana. Banyak-banyak baca Quran dan doa kepada ibu bapa kamu ya.”
    Aku menangis tersedu-sedu dalam pelukan Makcik Jah. Aku berjanji aku tidak akan hampakanmu, ayah, ibu!

    Posted on October 22, 2009 at 4:55 AM

     
  30. wan salmah Said,

    terima kasih sifu..

    Posted on October 22, 2009 at 4:55 AM

     
  31. wan salmah Said,

    sifu, ada pembetulan.

    1. ayah "aku" di samping lumpuh dari pinggang ke bawah, dia juga menghidap sakit buah pinggang, sebab itulah dia tidak dapat bekerja keras kuat untuk mencari rezeki, setakat tolong ibu "aku"

    2. malam itu langit gelap, maksud dia bulan kecil. tetapi pada akhir cerita, iaitu semasa "aku" hampir sampai ke rumah, dia mendongak ke langit, saya tulis dia nampak bulan mengambang. saya silap, bukan bukan mengambang, tetapi beberapa biji bintang mengerdip-ngerdip bagai ingin memberitahu sesuatu..

    Posted on October 22, 2009 at 6:37 AM

     
  32. azmah nordin Said,

    wansalmah :)

    saya dah baca karya anda kat atas tu, komen saya; kalau utk kanak2 berusia 11 tahun, mmg agak berat. bagaimana jika anda angkat usianya ke 12 tahun? budak 12 tahun yg matang kan?

    Dan nanti akan saya edit supaya cerita ini dtg dari hati dan sudut pandangan seorang kanak2 bawah 12 tahun, dan bukan lebih tua daripada itu .. andainya setelah saya edit dan anda melakukan pembaikan nanti, ia menjadi terlalu panjang, maka elok juga anda pada mana2 bahagian yg agak berat tu k

    Posted on October 22, 2009 at 2:26 PM

     
  33. azmah nordin Said,

    API

    Dengan sepasang baju melayu yang sudah lusuh aku melangkah laju-laju meninggalkan gubuk kami. (buat gerak langkahnya melewati apa? gerak langkah tu, mcm askar? mcm ayah, sebelum ayah lumpuh? tp perasaanku berat? seberat apa? tmbah suasana latar, cuaca, angin, suara haiwan malam? dan kait dgn perasaanku, tp terpaksa ikut suruhan ayah yg demam supaya aku pergi mengaji? di mana? ibu pula? pendek2 je)

    Perutku pula mengeluarkan bunyi berkeriut memberi amaran untuk diisi. Aku mesti menjejakkan kaki ke surau yang terletak kira-kira 200 langkah lagi itu sebelum bilal melaungkan azan maghrib. Usai solat aku dan kawan-kawanku akan mengaji. Lepas mengaji aku akan naik ke rumah Pakcik Jamal, bapa saudaraku. Aku sudah berpakat dengan Kasim anak bungsu Pakcik Jamal untuk membuat folio Kajian Tempatan untuk pelajar-pelajar tahun 5. Gubuk kami sudah 6 bulan tidak ada api, maksudnya bekalan elektrik di rumah kami sudah kena potong. Sejak rumah kami bergelap, sukar betul aku rasanya hidup ini. Semua kerja sekolah biasanya kusiapkan di sekolah lagi atau sebelah petangnya sebelum malam melabuhkan tirainya.

    Tapi, sebelum itu biasanya Makcik Jah ibu Jamal akan mengajakku menjamu selera di rumah mereka. Ada juga perasaan malu sebenarnya. Ayah pun selalu pesan jangan suka mengendeng di rumah orang. Tapi entah mengapa aku teringin sangat hendak makan lauk ayam goreng. (terkecur air liur membayangkannya? aku tiba2 senyum? dll)

    Di rumah, kami sudah seminggu makan berlaukkan ikan kering dan kicap. Baru tadi aku lihat ada ikan goreng lembik. Ibu kata ikan-ikan tu nampak saja lembik kerana tertindan-tindih oleh ikan-ikan lain. Rasanya masih manis. Biarlah ikan goreng bahagianku diambil oleh ibu. Ibu selalunya kongsikan bahagiannya dengan adik-adik. Jadi walaupun aku makan sedap sedikit tapi ibu pun dapat makan lebih. Kira adillah kan!

    Untuk membuat folio itupun aku tidak ada apa-apapun bahan atau perkakasan. Manalah ayah atau ibuku mampu untuk menyediakan semua itu. Mujurlah Kasim berlembut hati dan mengajak aku ke rumahnya dan membuatnya bersama-sama.

    Posted on October 22, 2009 at 2:46 PM

     
  34. azmah nordin Said,

    Dahulu semasa ayah bekerja sebagai jaga di sebuah bank di pekan Rembau, (kehidupan kami tidaklah seteruk ini - elok disampaikan dr sudut pandangan kanak2, misalnya; rumah kami masih terpasang kuasa eletrik). Aku boleh membuat kerja-kerja sekolah di bawah sinar lampu mentol. Tetapi (tmbh; sekarang tidak. Kasihan ayah, ) separuh badan ayah telah lumpuh dari pinggang ke bawah akibat kejadian tembak menembak dengan perompak. Ayah sempat menembak mati seorang daripada perompak tersebut. (dari sini - Ayahku dulu bekas askar. Ada gambar ayah dalam uniform askarnya. Segak juga wajah ayah yang diabadikan dalam bingkai gambar dan tergantung di dinding gubuk kami - sampai sini, angkat ke para pertama, sebagai into, dan tunjuk gaya aku berjalan macam ayah. gmbarkan ayah)

    Selepas itu kehidupan kami menjadi tenat. (tmbh; Aku kasihan pada emak.) Emak terpaksa berhempas pulas mencari duit untuk kami 7 beranak. Emak (gmbarkan emak) kerja di rumah saja. (Kakak (usia? gmbarkan) kata emak ialah usahawan kraf. Aku tidak berapa faham pada awalnya maksud usahawan kraf. - buat dialog hidup, suasana latar masa dialog, pendek2 je)

    Aku selalu lihat ialah emak akan buat dan gubah bunga. Tetapi (tmbah; aku sedar,) emak tidak boleh pergi jauh-jauh. Emak ada adik Safiyah (usia), dan adik Yusuf. Adik Yusuf yang paling kecil akan menangis dan menjerit-jerit jika ibu tiada. (rimas? aku tlg jaga adik tak?

    Kalau sekolah cuti aku rasa lega sedikit. Kak Khadijah dan abang Muhammad ada. Kak Khadijah akan tolong mak buat bunga. Emak kata hujung jari kakak ada siput. Siput tempat orang ambil cap jari tu. Kakak dapat ikut emak lipat lipat daun getah untuk dijadikan bunga. Abang juga boleh hantar bunga-bunga hasil tangan mak ke rumah Makcik Husna. Makcik Husnalah yang beritahu emak daun getah boleh dibuat bunga. Tapi terlebih dahulu daun-daun getah itu kenalah direndam dan yang tinggal hanya kerangka atau urat-urat daun saja. Makcik Husna suka puji bunga bikinan emak yang cantik-cantik, ada seni katanya. Malah hasil tangan Kak Husna pun menjadi juga. Dia akan bagi duit kepada emak. Abang Muhammad juga boleh tolong toreh pokok-pokok getah di kebun Pakcik Jamal. Tapi kakak dan abang tinggal di asrama. Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Rembau. Sekali-sekala aku dengar ayah mengeluh sebab yuran sekolah itu mahal sangat. Emak akan ingatkan ayah, kalau kakak dan abang berjaya nanti, mereka bolehlah jadi doktor, guru, boleh kerja yang bagus-bagus. Mak dan ayah juga nak sangat-sangat kami belajar di sekolah agama. Ayah selalu pesan dekat aku belajar rajin-rajin macam kakak dan abang. Ayah kata ayah nak anak-anak ayah berjaya di dunia dan berjaya di akhirat juga.

    Posted on October 22, 2009 at 3:12 PM

     
  35. azmah nordin Said,

    Emak akan mengutip daun-daun getah, merendamnya, mengeringkannya. Ayah membantu emak mendidihkan lalu dicampurkan pewarna, diletakkan sedikit asam serta garam. Kemudian ayah akan celupkan daun-daun getah tersebut. Tentulah ayah susah sekali melakukannya kerana ayah terpaksa mengingsut ke sana ke mari dan sukar baginya memanjat bangku walaupun hanya setinggi lututku. Kalau aku ada di rumah, bolehlah aku tolong kacau-kacaukan air berwarna di dalam periuk besar itu. Ayah kata, pewarna perlu dipanaskan supaya warnanya akan kekal berseri dan tahan lama. Ada warna merah, biru, hijau, kuning dan ada juga yang sengaja tidak diwarnakan. Warna asli kata ibu.

    (tmbh; aku selalu mengekori) ibu untuk mengambil daun-daun (daun apa?) yang sudah kering itu. Kata ibu, daun2 itu akan dilipat-lipat, dipusing-pusing akhirnya menjadi bunga. Bunga untuk digubah di atas meja ada, untuk bunga telur pun ada. Ibu ada juga minta aku mencari seberapa banyak biji getah. Macam-macam saiz biji getah ada di kebun Pakcik Jamal, besar, sederhana dan kecil. Biji getah kecil boleh dijual untuk permainan congkak. Orang di bandar jarang jumpa biji getah. Aku juga sudah diajar mengutip daun getah, tidak tua, tidak muda. Pilih daun getah yang pokoknya tidak ditoreh, pesan ibu. Ini supaya daun getah akan bersih selepas direndam tidak tinggalkan bintat-bintat. Aku juga diminta ibu mengutip biji bunga angsana yang sudah kering. Biji-biji bunga itu juga akan dinyahkan warna, lalu diwarnakan. Kemudian akan dicucukkan pada lidi yang telah diraut dan disembur cat jernih. Biji-biji getah juga akan ditebuk dan dicucuk-cucuk juga. Memang cantik sentuhan jemari ibu.

    (wansalmah :) kat atas ni semua berat, yg penting adalah yg berkaitan dgn dunia kanak2 saja, yg `menjurus' kepada Api. boleh juga masukkan, tp dgn gaya kanak2 bercakap; hidup, ringan, innocent dan pendek2,)

    Posted on October 22, 2009 at 3:21 PM

     
  36. azmah nordin Said,

    Dahulu semasa ayah mula-mula masuk hospital, banyak jugalah yang datang tolong. (aku terharu?) Ada yang bawa beras, bagi ikan sardin, bagi duit belanja, bagi baju-baju terpakai untuk kami. (seronok tak? ikan sardin tu emak masak apa? sedap tak?) Tapi itu sekejap sajalah. (apakah mungkin org yg bersedekah itu juga lebih kurang susah sprt mereka?)

    Masa orang duduk sibuk gantung bendera di sekeliling kampung kami, aku dan abang sibuk ambil upah gantung bendera juga (gmbarkan cara aku menggantungkannya). Orang kata pilihan raya. Ada juga beberapa lelaki berpakaian segak datang ke gubuk kami menghulur beberapa keping duit kertas warna biru dekat ayah. Tapi sekali itu sajalah. (tp emak ttp bersyukur?)

    (tmbh; Kini, dgn tubuhku dibaluti sepasang baju melayu lusuh dan kakiku yang beralaskan sepasang selipar jepun selamat sampai ke surau. Selesai solat dan mengaji aku cepat-cepat ke rumah Pakcik Jamal (gmbarkan pak ck jamal). Sedapnya ayam goreng (gmbarkan mimik muka dan rongga hidung aku). Makcik Jah ajak aku makan semasa ayam goreng tu panas-panas lagi. Aku nak juga tambah, tapi teringat pesan ibu jaga tingkah laku di rumah orang. Lagi pula tidak patut aku seorang saja makan sedap-sedap. Aku tidak jadi tambah.(teringat pada ayah, emak, adik2 tak, masa makan tu?)

    Aku dan Kasim menampal gambar-gambar untuk buku folio kami (di mana? gmbarkan kasim). Makcik Jah tidak marah sebab kami ambil gambar-gambar daripada surat khabar dan majalah yang sudah lama. Apabila semua sudah siap, aku tiba-tiba teringatkan adik Safiyah, dan adik Yusuf. Kesihan mereka. Tidak patut aku lupakan mereka. Adik Yusuf baru boleh panggil aku; “Bang.” Suara adik Yusuf sungguh comel macam adik Yusuf juga. Tadi adik Yusuf koyak buku latihan aku, aku pukul adik Yusuf. Ibu memujukku dan juga adik itu. Ibu minta aku sabar. Kata ibu namaku sempena nabi Allah Ayub yang sangat penyabar itu. Ibu cakap nabi Ayub dahulu kaya, tetapi Allah uji jadi miskin dan sakit teruk. Berkat kesabaran baginda, nabi Ayub sembuh dan kaya semula. Aku tidur sebab sedih sangat. (hatiku tertanya2; apakah aku juga akan jadi miskin dan sakit teruk? atau lebih lagi?)

    Aku terjaga bila aku rasa adik Yusuf tarik-tarik kakiku sambil jerit “Bang, bang.” Adik Yusuf ketawa-ketawa. Aku tidak jadi marah. Aku sayang adikku. Ibu pesan, aku sebagai abang kena sayang dan jaga adik-adikku nanti.

    Posted on October 22, 2009 at 3:32 PM

     
  37. azmah nordin Said,

    Aku (seperti) terdengar-dengar adik-adikku memanggil-manggil namaku.(tmbh; perasaanku?) Seperti selalu-selalu setiap kali aku sampai ke rumah dari sekolah, kedua-dua adikku akan berlari-lari ke arahku. Aku mempercepatkan langkah pulang (suasana, bunyi di sepanjang prjalanan). Entah mengapa aku tiba-tiba aku terasa rindu akan mereka. Aku seronok dapat belajar dengan Kasim berlampukan kalimantang di rumahnya. Rumah kami nak pakai lilin pun tidak mampu. Kami pakai pelita minyak tanah saja. Sampaikan ( statement ni -lubang hidung kami pun akan terlekat jelaga hitam setelah kami bangkit dari tidur keesokan harinya - kalau ditulis di para pertama, sebagai pengenalan tidak langsung ttg penggunaan pelita minyak tanah, kiranya menarik juga).

    Kalau boleh aku nak menonton siaran WWF di kaca televisyen tadi. Kawan-kawan aku di sekolah kata musim baru ini banyak peninju yang handal. Aku nak sangat-sangat tengok mereka bertarung. Tapi tiba-tiba aku teringatkan adik-adikku. Minggu depan pulalah. Bisik hatiku.

    Kakiku mula melangkah melintasi kebun getah Pakcik Jamal. Perjalananku kira-kira 100 langkah lagi. Malam gelap betul kali ini. Aku takut, tapi aku ingat ibu pesan kalau takut baca ayat Kursi. Aku ulang banyak-banyak kali hingga takutku hilang. Tiba-tiba ada beberapa ekor kunang-kunang terbang di hadapan mataku.

    “Kunang-kunang?” bibirku mengukir senyum.
    “Jaga kamu..”

    Aku mengejar kunang-kunang itu, semakin lama semakin banyak pula kunang-kunang yang menari-nari di depanku. Aku kejar dan aku tangkap lagi. Aku ketawa kecil. Sekarang aku sudah berjaya tangkap 20 ekor kunang-kunang. Cepat-cepat aku buat kelongsong daripada daun getah yang besar bidangnya. 20 ekor. Ya, nanti masing-masing Safiyah, dan Yusuf akan dapat 10 ekor. Nanti aku cari botol. Rumah kami yang gelap akan berseri dengan kunang-kunang itu. Adik-adikku tentu ralit melihat kunang-kunang yang bagaikan ada lampu kecil pada badannya itu. Adik-adikku sudah lama tidak dibelikan permainan.

    Posted on October 22, 2009 at 3:43 PM

     
  38. azmah nordin Said,

    “Eh, cantik-cantik dan lebar-lebar daun getah di sini. Aku nak kutip daun getahlah” getusku. Ibu tentu gembira. Aku teringat daun getah ibu sudah hampir habis.


    Aku mencari jalan pulang sambil memeluk daun-daun getah dan dalam poket baju melayuku ada kelongsong berisi kunang-kunang untuk adik-adikku yang berdua itu.

    “Astaghfirullah,” aku sudah melencong daripada jalan asalku rupa-rupanya!

    “Kalau kita terlupa, atau mencari sesuatu, bacalah selawat kepada Nabi,” pesan ibu selalu.

    Aku terus-terusan berselawat. Syukurlah, aku sudah nampak jalan kecil yang pernah aku gunakan semasa mengikut abang Muhammad mencari biji-biji getah dulu.

    Aku mendongak ke atas arah menuju ke rumahku. Bulan sedang mengambang bulat.

    “Eh mengapa langit kelihatan agak cerah daripada biasa?”

    “Sudah ada orang sambungkan bekalan api ke rumah?” aku menyambung bisikan hatiku.

    “Tetapi, mengapa rasa sedikit panas?” aku rasa haba sedikit panas menerjah mukaku yang datang dari arah gubukku.

    Aku terus berlari-lari, semakin laju dan laju.

    Aku lihat api dengan lahap membaham gubuk kami. Banyak orang kampung berlari ke gubukku dengan baldi di tangan masing-masing.

    “Ayah, ibu, adik Safiyah, adik Yusuf..!”

    Aku baru teringat ayah demam panas sebelum aku meninggalkannya tadi. Tapi ayah suruh aku pergi juga solat, mengaji dan belajar bersama-sama Kasim.

    “Ayah!” aku menjerit nama ayah. Aku terbayang macam mana ayah hendak selamatkan ibu, dan adik-adikku,.

    “Ibu!” aku menjerit nama ibu. Bagaimana ibu hendak selamatkan ayah dan adik-adikku.” Air jernih mula mengalir laju dari tubir mataku.

    “Safiyah, Yusuf!.” Aku melaung nama adik-adikku yang terlalu kecil untuk menyelamatkan diri masing-masing.

    Aku hendak berlari masuk ke gubukku. Aku mesti selamatkan ayahku, ibuku, adik-adikku. Aku anak lelaki. Hanya aku anak yang paling besar di situ. Tapi Pakcik Mail jiranku segera menangkapku.

    “Bertenang Ayub, bertenang!” Dia memelukku erat-erat. Aku menggelepar ingin berlari ke arah ayahku, ibuku dan adik-adikku. Tetapi tenaga Pakcik Ayup begitu kasa.

    Aku meraung-raung dalam pelukan Pakcik Mail.


    (kat atas ni; sempurna, anda dpt memasuki jiwa kanak2 dgn sgt baik, hidup dan menarik sekali :))

    Posted on October 22, 2009 at 3:44 PM

     
  39. azmah nordin Said,

    Api sudah hampir padam.(terhidu bau apa2 tak?) Aku terdengar siren bomba. Sebentar seluruh kawasan gubukku sudah tidak ada api lagi, hanya asap berkepul-kepul sekali sekala di sana sini.
    Aku lihat beberapa anggota bomba menguis puing-puing gubukku.

    “Sudah jumpa!” aku terdengar seorang anggota bomba memberitahu rakan-rakannya.

    Aku meronta sekuat hati dan berlari ke arah lembaga-lembaga yang dimaksudkan. Tapi aku segera ditangkap dan dipeluk oleh salah seorang ahli bomba itu.

    “Sabar nak, sabar. Bahaya, nanti kamu cedera!”
    Dia memelukku erat-erat. Dia menutup mataku supaya aku tidak dapat melihat orang-orang yang kusayangi.

    Aku meronta-ronta lagi “Ayah, ibu, Safiyah, Yusuf, ampunkan dosa Ayub!” Aku meraung kuat-kuat hati. Aku ulang dan ulang memohon ampun. Aku nampak ayah, ibu, adik-adikku berpelukan (terbakar rentung?). “Ampunkan Ayub!”

    Aku kesal. Jikalah aku tidak makan di rumah pakcikku. Jikalah aku tidak mengejar kunang-kunang. Jikalah aku tidak mengutip daun-daun getah. Kalau aku sampai lebih awal, bukankah aku dapat selamatkan ayahku, ibuku juga adik-adikku. Aku terbayang-bayang bagaimana ibu ingin mengangkat ayah yang lumpuh dan demam. Bagaimana adik-adikku memeluk ibu untuk didukung.

    Setelah aku sedar dan membuka kelopak mataku, aku lihat Makcik Jah di sisiku sambil memegang erat lenganku.

    “Sabar Ayub. Ini semua ujian Tuhan. Allah sayangkan ayah kamu, ibu kamu dan adik-adik kamu. Mereka semua orang baik-baik, Allah nak letak mereka di dalam syurga.” Makcik Jah mengelap saki baki air mataku.

    “Allah hendakkan kamu hidup. Kamu, kakak kamu dan abang kamu, mesti belajar bersungguh-sungguh. Banggakan ibu bapa kamu di sana. Banyak-banyak baca Quran dan doa kepada ibu bapa kamu ya.”

    Aku menangis tersedu-sedu dalam pelukan Makcik Jah. Aku berjanji aku tidak akan hampakanmu, ayah, ibu!

    (kat atas ni juga, sempurna; malah penamatnya juga sgt2 baik, logik dan menyentuh perasaan, kalau boleh dikaitkan dgn kisah Nabi Ayub juga, barangkali, akan menaikkan mutu karya anda ini :))

    Posted on October 22, 2009 at 3:50 PM

     
  40. azmah nordin Said,

    wansalmah :)

    apabila saya menetapkan sasaran usia dlm menghasilkan karya, sebenarnya bukan diuntukkan kepada pembaca, tapi kepada pengarangnya. Ini supaya memudahkan pengarang memasuki pergolakan jiwa watak, bersesuaian dgn jalan cerita.

    Kalau pembaca, siapa2 juga boleh membacanya dan akan membacanya jika ia cukup menarik dan cukup menyentuh perasaan. Karya Api, cukup menarik dan menyentuh perasaan. Jika boleh diolah ayatnya sedikit - dgn gaya budak lelaki 12 tahun bercakap, pasti lebih hidup. Tp perlu diubah judulnya, sbb anda tak mau potong suspen cerita dari awal2 lagi kan?

    Posted on October 22, 2009 at 3:57 PM

     
  41. wan salmah Said,

    Ok sifu, terima kasih.

    Saya akan cuba perhatikan gaya budak lelaki umur 12 tahun bercakap. Tapi saya mengajar budak2 tingkatan 1 (13 tahun), boleh terima kot.. Mereka bercakap ganas sikit sifu. Ayub kat sini diasuh oleh mak ayah dia berbudi bahasa.
    Mungkin gaya saya di atas lebih kpd budak perempuan, tak berapa 'ganas' ya sifu?

    Tang tajuk tu belum dapat idea...
    Saya nak kaitkan api tu dengan lektrik sbb org kampung panggil api tu elektrik juga, api pada hujung cerita baru api betul.

    Tapi betul juga ya, dari tajuk tu orang dah boleh agak rumah tu akan dimusnahkan oleh api..

    Nanti dapat idea saya tukar tajuk tu..
    Terima kasih..

    Posted on October 22, 2009 at 4:50 PM

     
  42. wan salmah Said,

    Selain daripada gaya budak lelaki dan tajuk, yg lain2 macam mana ya sifu, kira ok?
    tq.

    Posted on October 22, 2009 at 4:53 PM

     
  43. azmah nordin Said,

    wansalmah, selain drpd tu, yg lain semua ok :) ceritanya mmg baik, saya suka babak dia tangkap kunang2, cantik dan imaginatif sekali tu...

    Posted on October 22, 2009 at 5:14 PM

     
  44. wan salmah Said,

    Salam Sifu,

    saya terpaksa minta tolong sifu. jenuh saya fikir tapi tak dapat idea...

    CINTA AQILAH NATASYA

    tmbhn; kalau boleh ditambah perkataan `inikah cinta' di para pertama juga, pasti menarik k.
    (Sifu, saya tidak tahu di mana nak letak kata-kata ini, sebab masa ini Luqman pertama kali jumpa Aqilah. Kalau cinta pandang pertama mungkin jugalah)

    “Maaf ya, terlambat sedikit.” Gadis yang diberi nama Aqilah Natasya mengambil tempat di sebelahnya kerana di situ saja ada tempat kosong.
    Entah mengapa tiba-tiba jantung Ahmad Luqman terasa berdebar-debar. Kelenjar adrenalinnya begitu pantas mengalir ke seluruh alur darahnya lantas degupan jantungnya berdetak kencang. Sapaannya, senyumannya, lirik matanya. Ahmad Luqman bagai terpukau seketika. Deria baunya dapat menangkap satu aroma yang sungguh harum, mungkin pengaruh iklan pewangi semburan untuk remaja di kaca televisyen. Ahmad Luqman cuba menguasai gugupnya. Sebagai peserta lelaki tunggal dia telah diamanahkan untuk menjadi ketua. Dia mesti menunjukkan sikap yang berhemah dan berwibawa. Jenuh dia beristgfar dalam hati. Dia berada di Balai Ilmu ini bersama-sama Aqilah dan rakan kuiz yang lain hanyalah kerana ditugaskan oleh gurunya untuk mengetuai pasukan kuiz sekolahnya, bukan untuk tujuan lain.

    Baru semalam,
    Ahmad Luqman memerhati setiap sudut surau kesayangannya; lantainya, dindingnya, silingnya, rak-raknya. Dia mempastikan lantai surau tempat pelajar Islam bersujud menyembah Yang Maha Esa dan mensucikan diri dengan kalam-kalam Allah itu bersih tidak ternoda oleh sebarang sampah atau pakaian yang tidak diketahui tuannya. Rak-rak kitab dan sejadah disusun rapi. Kipas siling dan lampu kalimantang sudah tertutup suisnya. Surau yang terletak di blok D itu tidaklah tersorok dan tidak pula terletak terlalu kedepan di dalam perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Rembau itu. Para pelajar dari mana-mana bangunan pun agak mudah untuk menjejak ke situ menunaikan ibadah fardu secara berjamaah atau menghadiri aktiviti-aktiviti keagamaan.

    Sejak dia dilantik sebagai pengerusi Persatuan Agama Islam di situ, surau itu sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya. Saban hari itulah rutin hidupnya. Dia juga tidak segan jika dia digelar Tok Siak, atau Tok Imam.. Kalau Ustaz Jamil atau Ustaz Aiman tidak ada, dialah diminta menjadi imam. Dia juga sudah pernah diminta memberi tazkirah sempena bulan maulud, dan sambutan tahun baru hijrah di situ. Itulah juga rutin hidup arwah ayahnya yang menyerahkan jiwa raganya berbakti di rumah Allah yang terletak kira-kira 20 langkah dari rumah mereka. Itu tugas mulia, bisik hati kecilnya. Dia begitu mengkagumi arwah ayahnya yang begitu menghargai cara hidupnya.

    (Sifu, tolonglah,saya tak nampak. Saya nak naikkan perenggan yang berwarna biru ke atas, kemudian nak kaitkan dengan perenggan asal, tapi tak nampak jalan supaya ia nampak harmoni, lancar dan segar..dah jenuh fikir ni..tolong bagi idea ya..)

    Posted on October 24, 2009 at 5:33 AM

     
  45. azmah nordin Said,

    Wanslamah :)

    CINTA AQILAH NATASYA (ini bukan cinta aqilah kan? bagaimana; inikah cinta? cinta pertama? dll simple2 je, tp boleh buat org nak baca)

    tmbhn; kalau boleh ditambah perkataan `inikah cinta' di para pertama juga, pasti menarik k.


    “Maaf ya, terlambat sedikit.” Gadis yang diberi nama Aqilah Natasya mengambil tempat di sebelahnya kerana di situ saja ada tempat kosong.

    Entah mengapa tiba-tiba jantung Ahmad Luqman terasa berdebar-debar. Kelenjar adrenalinnya begitu pantas mengalir ke seluruh alur darahnya lantas degupan jantungnya berdetak kencang. Sapaannya, senyumannya, lirik matanya. Ahmad Luqman bagai terpukau seketika. Deria baunya dapat menangkap satu aroma yang sungguh harum, mungkin pengaruh iklan pewangi semburan untuk remaja di kaca televisyen.

    (Kat sini boleh tambah; Inikah cinta?desis hati Ahmad Luqman cuba menguasai debaran dadanya yang tidak keruan. dia cuba mengaewal pernafasannya supaya tenang?) (terus sambung kat sini; Setenang dia memerhatikan ... setiap sudut surau kesayangannya; lantainya, dindingnya, silingnya, rak-raknya. (setenang...) dia mempastikan lantai surau tempat pelajar Islam bersujud menyembah Yang Maha Esa dan mensucikan diri dengan kalam-kalam Allah itu bersih tidak ternoda oleh sebarang sampah atau pakaian yang tidak diketahui tuannya. Rak-rak kitab dan sejadah disusun rapi. Kipas siling dan lampu kalimantang sudah tertutup suisnya. Surau yang terletak di blok D itu tidaklah tersorok dan tidak pula terletak terlalu kedepan di dalam perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Rembau itu. Para pelajar dari mana-mana bangunan pun agak mudah untuk menjejak ke situ menunaikan ibadah fardu secara berjamaah atau menghadiri aktiviti-aktiviti keagamaan.

    Sejak dia dilantik sebagai pengerusi Persatuan Agama Islam di situ, surau itu sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya. Saban hari itulah rutin hidupnya. Dia juga tidak segan jika dia digelar Tok Siak, atau Tok Imam.. Kalau Ustaz Jamil atau Ustaz Aiman tidak ada, dialah diminta menjadi imam. Dia juga sudah pernah diminta memberi tazkirah sempena bulan maulud, dan sambutan tahun baru hijrah di situ. Itulah juga rutin hidup arwah ayahnya yang menyerahkan jiwa raganya berbakti di rumah Allah yang terletak kira-kira 20 langkah dari rumah mereka. Itu tugas mulia, bisik hati kecilnya. Dia begitu mengkagumi arwah ayahnya yang begitu menghargai cara hidupnya. (tmbah; arwah ayahnya juga seorang yg tenang?)


    Kini, di hadapan gadis bernama aqilah natasha yg dgn lirik mata, senyum, dan aroma yang membuatkan kelenjar adrenalinya begitu pantas mengalir ke seluruh alur darah lantas degupan jantungnya berdetak kencang, di, dia berusaha bersungguh2 untuk tenang? Sekaligus ) dia cuba menguasai gugupnya. Dia berusaha bersungguh-sungguh.

    (yg ni turun sikit; Sebagai peserta lelaki tunggal dia telah diamanahkan untuk menjadi ketua. Dia mesti menunjukkan sikap yang berhemah dan berwibawa. Jenuh dia beristgfar dalam hati. Dia berada di Balai Ilmu ini bersama-sama Aqilah dan rakan kuiz yang lain hanyalah kerana ditugaskan oleh gurunya untuk mengetuai pasukan kuiz sekolahnya, bukan untuk tujuan lain.)

    Posted on October 24, 2009 at 10:24 AM

     
  46. azmah nordin Said,

    wansalmah :)

    nampak kan? anda hanya perlu tambah sikit2 dan sesuaikan ayat di sana sini, supaya jalan ceritanya lancar dan bulat.

    Posted on October 24, 2009 at 10:25 AM

     
  47. wan salmah Said,

    ok sifu, kalau macam ni saya nampak jalan sikit..kena kreatif2 sikit tukar sana sini ya.. saya kena cuba menjiwai jalan cerita balik, baru alir cerita jadi lancar dan dapat mood cerita..

    semalam rasa blur, susah nak dptkan mood cerita..

    terima kasih sifu!

    Posted on October 24, 2009 at 12:42 PM

     
  48. wan salmah Said,

    haha sifu dah terer, terkial-kial tau saya fikir macam mana nak buat. dapat kat sifu eh macam kacang jer..

    tajuk: "inikah cinta" saya rasa bagus, ok set!

    Posted on October 24, 2009 at 12:48 PM

     
  49. azmah nordin Said,

    wansalmah :) Inikah Cinta satu tajuk yg penuh suspen dan menarik. dan itu idea anda sendiri juga kan?

    Posted on October 25, 2009 at 1:02 AM

     
  50. wan salmah Said,

    Sifu, mmglah sebelum ni ada saya terrtulis, "Inikah cinta", tapi tak terfikir pada masa tu kata2 tu boleh jadi tajuk yg cantik..haa.. nak kena sifu jugak yg tegur..

    Sifu, cerpen "Api" tu tukar tajuk kepada
    "Kunang-kunang" atau "Jelaga" (utk kaitkan dgn kesusahan hidup mrk), ok tak.
    terima kasih.

    Posted on October 26, 2009 at 9:00 AM

     
  51. azmah nordin Said,

    wansalmah :)

    Kunang-kunang; cantik sekali judulnya.

    ttg judul, dulu, lamaaaaa dulu, salah seorang drpd mahaguru saya pernah memberitahu; judul yg baik/cantik ada tiga jenis; 1,2 atau tiga perkataan. Ia harus menimbulkan suspen atau ingin tahu pada pembaca. Dan kunang2, dpt memenuhi kriteria tu.

    Posted on October 26, 2009 at 11:29 AM

     
  52. wan salmah Said,

    Ok set, "Kunang-kunang"!

    Posted on October 26, 2009 at 12:58 PM

     
  53. wan salmah Said,

    Sifu, testing..

    Posted on November 21, 2009 at 1:09 AM

     
  54. wan salmah Said,

    Sifu, di sini saya sertakan satu sinopsis untuk certot saya. Tema certot ini ialah keindahan yang telah hilang. Pada masa dahulu Cameroon Highland cuacanya dingin dan nyaman, tetapi sekarang suhunya tidak jauh berbeza dengan suhu tanah rendah.
    Pasangan ini dan keluarga mereka makan angin ke Cameroon Highland untuk mencari kabus yang pernah mereka nikmati suatu masa dahulu, tetapi, kunjungan mereka kali ini mereka sungguh berasa hampa.

    Saya akan ceritakan tempat2 pelancongan di Cameroon Highland juga, apa2 yang menarik yg terdapat di situ. Certot ini saya nak jadikan 3 atau 4 muka surat saja.

    (Saya cuba siapkan certot ini pada hujung minggu ini, minggu ini saya akan mencari “Dari dalam cermin” dan mengkajinya, seterusnya saya akan menyambung novel saya dengan lebih bergaya, insya Allah. Sifu, senang tak mendapatkan novel Sifu itu?)

    MENCARI KABUS DI CAMEROON HIGHLAND

    Sinopsis

    Nur Amirah dan keluarganya ingin mengunjungi Cameroon Highland. Nur Amirah begitu teruja untuk ke situ kerana inilah kunjungan pertama dia ke situ.
    Ibu mereka menyiapkan beberapa helai baju tebal untuk Amirah dan adik-adiknya. Kali terakhir dia dan suaminya ke situ ialah semasa mereka berbulan madu dahulu, iaitu kira-kira 15 tahun yang lepas.

    Sesampai di sana, hari sudah petang. Mereka mencari tempat penginapan. Mereka mengunjungi Pasar Malam di Tanah Rata. Terdapat pelbagai barang yang dijual di situ, terutama bunga-bungaan, sayur-sayuran, makanan, barangan cenderamata.

    Keesokannya mereka bangkit awal-awal lagi untuk melawat Taman Lebah. Ibunya Puan Zalilah tidak habis-habis mencari kabus. Nostalgia. Dia menceritakan dahulu selama 3 hari dia di situ, dia sering terserempak dengan kabus. Sejuk dan nyaman, bagai berada di awan.

    Namun, sekarang, mereka kecewa. Jam 9 pagi cuaca sudah terang dan sudah terasa bahang panasnya.

    Semasa makan tengah hari di Ringlet pada hari ketiga, mereka telah berpeluang berbual-bual dengan warga tua Cameroon Highland. Beliau menceritakan kisah2 awal beliau ke situ, iaitu kira2 60 tahun yang lalu. Semasa itu Cameroon tidak semeriah kini. Tidak banyak kedai, tidak banyak tanah yang sudah diteroka, tidak banyak kenderaan datang dan pergi. Dia terpaksa memakai baju tebal dua tiga lapis kerana udara yang begitu sejuk.

    Sungguhpun gembira dengan pemandangan yang indah, tetapi mereka kesal kerana Cameroon Highland sudah banyak ditimpa kemusnahan. Pembukaan tanah secara besar-besaran untuk penanaman sayur, bunga-bungaan dan penempatan menyebabkan suhu di situ tidak sesejuk dan senyaman dahulu. Air sungai dan air terjun sudah dicemari dengan racun dan baja yang berlebihan yang dialirkan daripada kawasan perladangan. Yang mereka runsing ialah akhir-akhir ini Cameroon Highland sudah dilanda tragedi tanah runtuh.

    Mereka bertolak pulang ke rumah dengan perasaan bercampur aduk, sayu dan sebal.

    (Sifu, soalan saya ialah, sesuai tak isi yang saya ingin kemukakan? Atau saya perlu mengubah cerita ini.
    Kedua, manakah tempat yang perlu saya jadikan permulaan certot (3/4)

    Posted on November 21, 2009 at 1:09 AM

     
  55. azmah nordin Said,

    wansalmah :)

    saya gabungkan dua soalan sekali gus kat sini k;

    1. certot anda ni, bertema alam sekitar. menarik jika dpt diangkat dgn penuh dramatik utk menghidupkan cerita anda. tak perlu ubah ceritanya, cuma anda perlu tambah sikit utk mendramatik-hidupkan certot anda. yg saya rasa boleh anda angkat dgn sgt menarik di sini; pertemuan watak utama dgn watak warga tua. wujudkan satu pertemuan yg dramatik, dialog2 pendek yg boleh menyentuh perasaan, menyayat hati dan buat semuanya dr sudut pandangan seorang kanak2. usianya, perawakannya begitu juga warga tua itu, perawakan dan perwatakannya, pendek2 je.

    2. di sinilah 3/4 drpd keseluruhan cerita;

    Semasa makan tengah hari di Ringlet pada hari ketiga, mereka telah berpeluang berbual-bual dengan warga tua Cameroon Highland. Beliau menceritakan kisah2 awal beliau ke situ, iaitu kira2 60 tahun yang lalu. Semasa itu Cameroon tidak semeriah kini. Tidak banyak kedai, tidak banyak tanah yang sudah diteroka, tidak banyak kenderaan datang dan pergi. Dia terpaksa memakai baju tebal dua tiga lapis kerana udara yang begitu sejuk.

    gambarkan mcm kita tgk wayang. elok jika dpt buat watak utama dpt berbual dgn warga tua itu, secara berdua2an, supaya fokus boleh diberikan kpd dialog hidup (pendek2), antara mereka saja.

    utk endingnya, jika boleh, wujudkan sesuatu yg positif drpd watak utama. apa tindakan dia, sebagai langkah pertama utk mengatasinya. apa tekadnya?

    Posted on November 21, 2009 at 9:29 AM

     
  56. azmah nordin Said,

    tmbhn; sepanjang watak utama makan, sepanjang tu dia digelut kekecewaan ttg alam sekitar yg diharapkan, tp yg ditemui lain lagi. gambarkan gelojak perasaan, riak muka, dan dialog pendek2 dgn ahli keluarganya.

    Posted on November 21, 2009 at 9:31 AM

     
  57. wan salmah Said,

    ok sifu, terima kasih, saya cuba bertukang..
    kali ni saya bagi sinopsis saja, maaf ya sifu, nanti saya mula dari awal spt yg sifu sarankan. tq

    Posted on November 21, 2009 at 11:21 AM

     
  58. wan salmah Said,

    Sifu, cerpen ini saya dah tulis agak lama dah, tapi faham2lah, ini gaya lama sebelum saya mengenal sifu..

    POST 1

    Sifu, ini ialah cerpen saya.
    Sinopsis: seorang guru wanita yang mengajarkan mata pelajaran landskap. Salah seorang pelajarnya, Hasrol dibantah oleh keluarganya yang telah membuka firma akaunting dan mahukan Hasrol mengambil mata pelajaran perakaunan di tingkatan 4, bukan landskap (kiranya landskap ini untuk pelajar kelas hujung). Hasrol ialah penghidap epilepsi (sawan babi). Berada di taman yg diusahakannya merupakan terapi kepada Hasrol dan penyakitnya didapati berkurangan. Ayahnya akur dgn minat dan perubahan Hasrol. Setelah tamat pengajian lanjutan di bidang landskap, Hasrol telah dibantu oleh keluarganya untuk membuka sebuah nurseri.

    Soalan. Sifu, tolong komen ya, seperti biasa.
    Boleh tak sifu cadangkan kepada saya bagaimana nak ubah cerpen ini supaya menggambarkan semangat 1 Malaysia?
    (Boleh cantas yg mana2 tak perlu

    “GUPPY, PETUNIA DAN PERGOLA”
    NAMA GURU: WAN SALMAH BT WAN HASSAN


    Tangan Cikgu Amiza sibuk mencantas ranting-ranting kecil dengan sekaturnya. Dia juga akan mengeluarkan gunting pokok dan memastikan potongan topiarinya sedap dipandang mata. Jari-jemarinya begitu pantas mencabut tumbuhan liar yang berebut untuk hidup mengatasi pokok-pokok tanamannya. Akhir sekali dia menyiram seluruh tanaman itu, berkilau-kilau air pancutan itu disinari mentari pagi. Dia lalu melabuhkan pinggulnya sambil menyandar di kerusi simenfero . Pandangan matanya menyeluruhi taman mini yang terletak di bengkel landskap itu. Ketika itulah hatinya begitu berbangga melihat ranggi bunga-bungaan yang segar, dedaun yang pelbagai tona dibasahi butiran air bak mutiara bertaburan. Matanya kemudian segera tertancap ke arah kolam mini yang dipenuhi teratai, kiambang dan ikan guppy. Ikan-ikan itu kini kelihatan tenang, tidak lagi berebut-rebut makanan seperti tadi.

    Posted on January 9, 2010 at 10:58 PM

     
  59. wan salmah Said,

    POST 2

    “Kenyanglah tu”, usik Cikgu Amiza. Dia begitu terhibur melihat ekor ikan guppy yang berumbai-umbai berwarna-warni, persis tuan puteri berpakaian sutera menari-nari dengan lincahnya. Taman mininya begitu indah. Aroma jasmine sambac bagai mengucapkan terima kasih tidak terhingga buat Cikgu Amiza yang begitu setia membelai mereka saban hari.Tumbuhnya menjalar bagai sahabat yang setia, teguh melilit pergola melindunginya daripada panas terik matahari di samping petunia bergantungan pelbagai warna. Batuan sungai pula ditabur menyeri lanskap, dan dia rasa begitu teruja.

    Dia kemudiannya mengeluarkan kad jemputan yang baru diterimanya tadi lalu menelitinya.

    “Hmm, ‘Majlis Perasmian Pembukaan Nurseri Kasih, Lot 221, Berhampiran Pusat Membeli Belah Jaya Jusco, Seremban. Tarikh 08.08 2008.’ Macam menarik saja ni. Aku mesti pergi,” bisik Cikgu Amiza dalam hati. Dia memang berminat membuat penjelajahan ke tapak-tapak semaian kerana dia selalunya akan berjumpa perkara-perkara baru dan menarik berkaitan seni taman nanti. Tapi, kad jemputan itu banyak mengundang pertanyaan, mengapa perlu dihantar kepadanya melalui surat berdaftar? Perincian pengirim pula tidak ada.
    “Tak apalah, sesekali bermain teka-teki seronok juga.” Cikgu Amiza menyimpan kad jemputan itu di dalam beg kerjanya.

    Posted on January 9, 2010 at 10:59 PM

     
  60. wan salmah Said,

    POST 3

    Taman mini itu terletak di bengkel landskap, ditatang bagai miliknya sendiri. Cikgu Amiza tinggal di kuaters guru yang terletak di dalam kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau juga. Dia tinggal bersendirian. Kedua-dua orang tuanya sudah dijemput Ilahi akibat tragedi kemalangan maut dan rumah pusaka itu dengan persetujuan ahli keluarga menjadi milik kakaknya. Tinggal di kuaters itu dia tidaklah sunyi sangat Taman mini belaannya itu begitu istimewa dan ada cerita di sebaliknya.

    Kotak kenangannya mula berlegar ketika kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Dia sebagai guru tingkatan 3 Marikh telah menerima pelajar baru, Hasrol. Pelajar lelaki ini terlalu pendiam hingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan guru. Keputusan Ujian Penilaian 1 memaparkan semua subjek Hasrol mendapat D dan E. Sebagai guru kelas peperiksaan, prestasi Hasrol sedikit sebanyak membuatkan Cikgu Amizah menjadi seorang pemikir; apakah formula yang akan digunakan untuk membantu Hasrol. Dia dapat merasakan pencapaian Hasrol masih boleh dipertingkat. Hasrol bukan pelajar nakal. Dia menumpukan perhatian semasa belajar, tetapi, mengapa pencapaiannya begitu lemah?

    ****
    Pagi itu, sewaktu kelas Kemahiran Hidup Pilihan 4 (pertanian), seperti biasa Cikgu Amizah membawa pelajar 3 Marikh ke bengkel pertanian.
    “Minggu ini kita akan buat satu projek, iaitu “Projek Taman Mini”. Cikgu Amiza meletakkan satu pasu besar yang rendah dan leper.
    “Pasu ni saya akan tanam dengan pokok-pokok bunga kecil ini dan kemudian saya akan hiaskan dengan lumut sebagai sungkupan” Cikgu Amiza menunjukkan pokok-pokok yang dipilihnya, peralatan dan tanah yang akan digunakan. Ada Mother in law tongue, Rain lily, Kuku jin, Cerotopteris thalictroides, ati-ati batik dan lumut Kombinasi pokok tinggi, sederhana, rendah, dan daun pelbagai corak dan rona itu menjadikan gubahan taman mini itu sungguh cantik. Mimik muka pelajar-pelajar itu mempamerkan penuh rasa pesona.

    Posted on January 9, 2010 at 10:59 PM

     
  61. wan salmah Said,

    POST 4

    “Saya bagi tempoh 1 bulan untuk kamu siapkan projek ini. Kamu boleh berjimat dengan menggunakan tong plastik, pokok-pokok bunga di sekitar rumah kamu. Tanah boleh ambil di sini,” terang Cikgu Amiza. Kemudian mereka dibenarkan melihat gubahan itu dari dekat.
    Selang sebulan kemudian, Cikgu Amiza meminta pelajar membawa hasil kerja mereka.
    “Mana taman kamu Hasrol?”
    “Ini cikgu!” unjuk Hasrol sambil tersengih-sengih.
    Cikgu Amiza meneliti taman ciptaan Hasrol dari sudut ke sudut.
    “Hmm, kamu ada daya imiginasi Hasrol, saya kagum!”
    Kembang kempis hidung Hasrol mendapat pujian daripada Cikgu Amiza. Tidak sia-sia dia membeli pokok-pokok bunga itu daripada seorang Cina tua yang begitu gigih mengusahakan taman bunganya berhampiran premis Shell Rembau itu.

    Pada suatu hujung minggu, Cikgu Amiza duduk-duduk bersendirian di bangku di dalam kawasan bengkel landskap. Dia kelihatan seperti sarat berfikir.
    Hasrol dan dua rakan sekelasnya kebetulan melewati Cikgu Amiza lalu menegurnya. Cikgu Amiza tersenyum melihat mereka bertiga.
    “Saya nak buat projek seni taman ni, kamu nak ikut serta boleh juga.” Pelawa Cikgu Amiza kepada 3 pelajar asrama itu.
    “Ada kolam ikan tak?” tanya Hasrol.
    “Ada” Cikgu Amiza menunjukkan buku lakarannya.Hasrol tersenyum lebar.
    “Cikgu nak letak apa lagi dekat taman ni?” tanya Yasir.
    “Yasir, Hasrol dan Imad, saya nak usahakan satu taman mini yang ada kolam kecil, ada pergola, ada kerusi taman, ada batuan, juga pokok-pokok bunga yang berwarna-warni” Cikgu Amiza menyelak buku lakarannya, terdapat beberapa gambaran yang ditampal sama.
    “Pergola, apa tu cikgu?” tanya Yasir.
    “Pergola macam ni. Nanti kita akan tanam pokok bunga melur yang sangat wangi baunya. Dekat pergola tu kita akan gantung pokok-pokok berpasu” Jelas Cikgu Amiza sambil menunjukkan gambar-gambar yang diguntingnya daripada majalah seni taman.
    “Cikgu, cantiklah bunga yang berwarna-warni ni, apa nama dia?” tanya Imad.
    “Ini petunia. Ya, petunia memang cantik. Ada pelbagai warna, bentuk dan saiz. Kita akan menggantungnya di pergola dan kita akan berasa seperti diselubungi pelangi.” Jelas Cikgu Amiza.

    Posted on January 9, 2010 at 10:59 PM

     
  62. wan salmah Said,

    POST 5

    “Begini, ada hijau, ada warna-warni, ada ikan, ada wangian. Saya akan tambahkan unsur bunyi. Hmm, kolam tu dilengkapkan dengan air yang dipam masuk ke dalam pasu tinggi begini dan akan jatuh bercucuran daripada pasu ke dalam kolam balik, ” Cikgu Amiza membuat penjelasan sambil menyelak-nyelak buku skrapnya.
    Dahi Hasrol kelihatan berkerut-kerut. Kemudian dia tersenyum.
    “Bila cikgu nak mula?” soal Hasrol.
    “Pengetua kita dah luluskan, minggu depan saya akan ke nursery di Tampin untuk mendapatkan barang-barang yang diperlukan”
    “Baik cikgu, kalau barang sudah sampai, saya akan tolong cikgu”. Ujar Hasrol.
    “Cikgu, saya nak bagi cikgu ikan guppy ya”. Tambah Hasrol lagi. Ada jujur dan kesungguhan dalam suaranya.

    ***

    Suatu pagi, kira-kira jam 11, cuaca hari itu agak luar biasa panasnya. Hujan sudah sebulan tidak turun. Seperti perancangan awal sempena Gotong Royong Perdana Peringkat Sekolah, hari itu mereka akan menanam pokok bunga melur di kaki-kaki pergola. Peluh mula memercik di dahi masing-masing selepas sejam menghayun cangkul menggali lubang-lubang.
    Tiba-tiba kedengaran beberapa pelajar menjerit, “Cikgu, Hasrol jatuh!” Cikgu Amiza segera mengarahkan Hasrol dipapah ke serambi bangunan bengkel yang terpasang kipas dinding. Berkerut-kerut masing-masing menahan bebanan badan Hasrol yang agak berisi itu. Cikgu Amiza mula panik. Muka Hasrol kebiruan, air liurnya berbusa-busa, matanya memandang ke atas. Cikgu Amiza segera menelefon Cikgu Ganesan yang juga guru PBSM.

    “Semua ketepi dan berikan ruang. Kamu Imad, Yasir tolong kipaskan Hasrol dengan buku ni” Cikgu Ganesan memberi arahan. Tangannya segera membuka butang atas baju Hasrol dan melonggarkan tali pinggangnya.
    “Ambil beg kamu tu” arah Cikgu Ganesan lagi. Suhaila mengambil beg sandangnya dan segera digunakan oleh Cikgu Ganesan untuk melapik kepala Hasrol. Cikgu Ganesan meneliti wajah Hasrol sambil menjeling jam di tangannya. Tiga minit kemudian Hasrol tersedar, dengan wajah yang kelat dia dibenarkan beredar balik ke asrama untuk berehat.

    Posted on January 9, 2010 at 11:00 PM

     
  63. wan salmah Said,

    POST 6

    “Epilespsi!” Ujar Cikgu Ganesan perlahan.
    “Apa, epilepsi?” Jantung guru wanita akhir 20-an itu berdegup kian kencang. Tanggapan masyarakat tentang penyakit itu amat dahsyat. Amiza sangat berharap bukan itu penyakitnya, mungkin penyakit-penyakit lain yang tidak dianggap negatif begitu. Hasrol ada sawan babi?
    Matanya mula berkaca-kaca. Ada air jernih yang mengalir.
    “Cikgu ni bertenanglah. Penyakit ini disebabkan gangguan fungsi otak yang dicirikan dengan cetusan elektrik abnormal yang mengakibatkan perubahan tingkah laku. Penyakit ini tidak dikaitkan dengan kecacatan mental. Penyakit ini boleh sembuh dengan penjagaan rapi dan pengambilan ubatan yang berterusan. Di US, 10 orang daripada 1000 yang dijangkiti penyakit ini. Orang bijak-bijak pun ada yang terkena. Tahu tak cikgu, Socrates, Napoleon Bornaparte dan Alfred Nobel pun penghidap epilepsi ”. Cikgu Ganesan cuba menyejukkan hati Cikgu Amiza.

    Cikgu Amiza menyeka air matanya. Walaupun Hasrol baru dikenalnya, tapi, bibit-bibit kasih sudah tersemai. Bukan senang untuk mencari pelajar yang memasang telinga, mematuhi arahan guru dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu, walaupun pencapaian yang diperoleh tidaklah seberapa.
    Jauh di sudut hati guru sains pertanian dan landskap itu berazam untuk membantu pemilik mata ‘misteri’ itu agar menjadi manusia yang berdikari, mempunyai kerjaya sendiri.

    Posted on January 9, 2010 at 11:00 PM

     
  64. wan salmah Said,

    POST 7
    ***
    “Puan Normala, boleh saya tahu tentang penyakit Hasrol?” Cikgu Amizah menghubungi ibunya pada malam kejadian itu.
    “Apa jadi pada Hasrol?”
    “Apa pihak sekolah suruh anak saya buat dalam keadaan cuaca panas-panas begini?” Soalan demi soalan terpacul keluar dengan nada kesal.
    “Puan, kami tidak ada sebarang rekod tentang penyakit Hasrol dan kami melayannya seperti pelajar yang lain. Kami ada 1630 orang pelajar dan kami tidak tahu mana satu yang ada penyakit jika tidak diberitahu. Ringkas ceritalah Puan, tolonglah berikan kerjasama. Hasrol akan menduduki PMR September nanti. Dia pun sudah mendaftar sebagai calon di sini.” Cikgu Amiza cuba bertenang. Dia dapat rasakan bagaimana sikap ibu Hasrol yang berjawatan tinggi di firma swasta itu.
    “Saya telah bekalkan ubat yang cukup untuk Hasrol dan sudah berpesan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan olehnya. Setiap minggu kami ke asrama bertemunya. Selama ini tidak ada masalah,” jelas Puan Normala.

    “Maksud saya, jika puan boleh bekerjasama memberi maklumat tentang penyakit ini, sebagai guru kelas saya cuba menolong”
    “Memberitahu kepada cikgu supaya semua orang tahu dan ketawa dan memandang serong pada Hasrol dan kami semua? Cikgu, cikgu sudah tahukan apa penyakit dia?” Puan Normala mula meninggikan suara. Cikgu Amiza menarik nafas panjang-panjang. Bertenang itu daripada malaikat, tergesa-gesa dan marah-marah itu daripada syaitan.
    “Puan Normala, maafkan saya jika bertanya, dalam situasi begini, sesuaikah Hasrol tinggal di asrama, berjauhan dari Puan?”
    “Saya sudah katakan tadi, kami sentiasa menziarah Hasrol dan mengambil berat tentang dia. Sudah lama dia tidak diserang penyakit itu. Nanti cikgu maklumkan kepada pihak sekolah jangan bagi Hasrol terlibat dengan aktiviti-aktiviti lasak atau berat. ” Noktah. Puan Normala meletakkan gagang telefon. Sedang soalan demi soalan terbuku di hati menantikan jawapan.

    Posted on January 9, 2010 at 11:01 PM

     
  65. wan salmah Said,

    POST 8

    Keesokannya di sekolah. Cikgu Amiza mencari Cikgu Ganesan di bilik guru. Selagi tidak dirungkai permasalahan, dia tidak dapat menfokus pada kerja buatnya.
    “Cikgu Amiza, cikgu kan tahu, epilepsi merupakan stigma negatif dalam masyarakat kita terutama di Asia ni. Jadi, tentulah ibu bapa akan cuba merahsiakan penyakit anaknya dan cuba mengubat sendiri. Cikgu kata ayah dan ibu Hasrol ialah akauntan senior, jadi, mereka tentu menjaga reputasi karier mereka. Kita buat hipotesis sendirilah nampaknya ya. Mungkin mereka ada genetik epilepsi, atau jika tidak pun, jika ahli keluarga mereka diketahui umum menghidap penyakit ini, tentulah nama baik, bisnes mereka akan terjejas.”. Cikgu Ganesan cuba membuat andaian.
    Cikgu Amiza mengangguk-angguk tanda faham. Kemudian mereka meneruskan perbualan mereka.

    “Berbalik kepada budak Hasrol tu, cikgu belailah dia baik-baik. Saya ada nampak dia minat ke bengkel cikgu. Mungkin itu salah satu daripada usaha pemulihan kepada penyakitnya. Saya sebagai guru Bahasa Melayunya akan cuba membimbing dia supaya lulus dalam peperiksaannya dan nanti dia akan dapat sijil. Bolehlah dia memohon untuk ke mana-mana nanti.”
    “Yalah Cikgu Ganesan. Dia memang minat dalam pertanian. Sekurang-kurangnya dia sudah nampak hala tuju dia”. Balas Cikgu Amiza.

    Cikgu Amiza merenung sejenak. Perjalanan Hasrol masih jauh. Bertuahnya dia kerana diberi peluang untuk sama-sama mencorakkan masa depan Hasrol!

    “Cikgu Amiza pula, pada pemerhatian saya, biasanya guru lelaki yang mengendalikan bengkel landskap ni.” Soal pula Cikgu Ganesan.
    Cikgu Amiza tersenyum sebelum menjawabnya.
    “Ayah saya dulu seorang petani, penoreh getah. Sekeliling rumah kami macam-macam pokok ada, rambutan, langsat, pisang, sayur memang tak berbeli. Emak pula suka tanam pokok bunga. Tapi ayah selalu pesan dekat saya supaya jadi guru”.

    Posted on January 9, 2010 at 11:01 PM

     
  66. wan salmah Said,

    POST 9

    Hasrol banyak memperoleh kuliah tersembunyi daripada Cikgu Amiza. Dedaun yang menghijau, petunia pelbagai warna yang bergantungan di pergola adalah senaman mata yang sangat mujarab. Percikan air yang jatuh daripada pasu-pasu yang disusun teratur, kicauan beburung sibuk mencari makanan pada pagi-pagi hari adalah rekreasi telinga. Lenggang lenggok si guppy menjadikan dia leka dan mengubat dukanya. Hasrol malu akan kekurangan dirinya, berbanding rakan-rakan lain. Di taman mini bersama-sama Cikgu Amiza, menikmati halwa mata, telinga, banyak mengajarnya sebuah erti kehidupan yang bermakna. Dia percaya dia boleh menjadi seseorang yang berjaya nanti.

    ****
    Hasrol kemudiannya menduduki Peperiksaan Menengah Rendah. Setelah keputusan PMR diumumkan, dia mendapat B dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu dan C dalam Bahasa Melayu. Subjek lain kebanyakannya ialah D. Ayah Hasrol datang dan inginkan Hasrol menyambung pelajaran di tingkatan 4 dalam bidang sastera ikhtisas, dengan menekankan subjek Prinsip Perakaunan. Dia ingin Hasrol mengikut jejak mereka berdua, menjadi akauntan di firma swasta. Mereka sudah bercadang menubuhkan firma perakaunan sendiri, maka sebab itulah abang-abang dan kakak Hasrol semuanya mengambil bidang perakaunan di institusi pengajian tinggi.

    “Dia anak saya, saya tahu apa yang terbaik untuknya” marah betul Encik Zul apabila Cikgu Amizah menyokong Hasrol untuk mengambil bidang MPV lansdkap di tingkatan 4 .
    “Bidang pertanian, langsung tidak komersial. Engkau hendak menjadi petani?” Mukanya mencuka. Mahu ditelannya Hasrol dan Cikgu Amiza sekali.

    Posted on January 9, 2010 at 11:02 PM

     
  67. wan salmah Said,

    POST 10

    “Saya tahulah Hasrol tu anak encik. Saya tahu bidang perakaunan itu cerah masa depannya. Tapi Encik Zul, setelah setahun saya bersama-samanya, saya tahu apa yang Hasrol suka dan apa yang sesuai untuk Hasrol” . Cikgu Amizah yang kini menjadi guru landskap MPV untuk tingkatan 4 Pluto cuba membangkang keputusan Encik Zul yang beranggapan bidang landskap begitu sempit.

    “Ini masa depan Hasrol. Saya tidak mahu dia hidup susah selepas ketiadaan saya nanti. Kalau dia bekerja dengan kami, kami boleh bantu dia” . Encik Zul masih dengan hujahnya sebagai bapa.

    “Saya pun fikirkan masa depannya juga. Maafkan saya Encik Zul, mungkin sebagai guru saya berfikiran lain. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Mengapa kita paksa seseorang dengan perkara yang dia tidak suka atau tidak boleh? Kadang-kadang kita terpaksa lupakan tentang ganjaran kewangan, sebaliknya kebahagiaan anak itu lebih penting daripada segala-galanya”. Cikgu Amiza juga tidak mahu mengalah. Dia sudah merasakan Hasrol adalah sebahagian daripada kehidupannya. Walaupun dari satu segi Hasrol banyak kekurangan berbanding dengan pelajar-pelajarnya yang lain, tapi Hasrollah yang lebih mengharapkannya atau menyanjunginya berbanding pelajar-pelajar yang lain.

    Hasrol yang dari tadi hanya memerhatikan perdebatan berkait kerjaya masa depannya cuba bersuara.
    “Ayah, bolehkah ayah membenarkan Hasrol membuat keputusan?” Hasrol merenung tepat anak mata ayahnya.
    “Mari ayah, saya tunjukkan sesuatu” Hasrol memaut tangan ayahnya, memimpin menuju ke taman mini yang mereka sama-sama usahakan, yang terletak kira-kira 40 tapak dari kantin. Dia meminta ayahnya duduk di bangku yang tersedia.

    Posted on January 9, 2010 at 11:02 PM

     
  68. wan salmah Said,

    POST 11

    “Ayah, Hasrol sungguh gembira setiap kali berada di sini. Selama ini Hasrol tertekan kerana tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh cikgu. Hasrol bimbang ayah dan ibu terlalu mengharap pada Hasrol agar menjadi bijak macam abang-abang dan kakak. Hasrol sering sakit bila ingatkan itu semua. Tapi, setelah Hasrol berulang alik ke sini, cuba menanam pokok-pokok bunga, membela ikan, Hasrol rasa Hasrol pun boleh menjadi manusia berguna macam orang lain juga. Tengok ayah, asalnya ikan guppy itu dua pasang saja, sekarang dah membiak dengan banyaknya. Pokok-pokok ini banyak yang Hasrol tolong cikgu tanam. Petang-petang Hasrol datang siram pokok dan beri ikan makan, tolonglah ayah, biarlah Hasrol ambil bidang landskap!” Rayu Hasrol. Ada kejujuran dan keikhlasan di sebalik wajah anak bongsunya itu.

    Hati Encik Zul tersentuh. Selama ini Hasrol dianggap dan dilayan macam kanak-kanak kecil. Rupa-rupanya Hasrol sudah boleh berfikir dan merancang masa depannya sendiri. Dia juga baru teringat, Hasrol sudah jarang mengadu tentang kemerosotan kesihatannya. Wajah Hasrol juga semakin ceria dan berseri-seri. Encik Zul memeluk Hasrol lalu menepuk-nepuk belakang Hasrol. Cikgu Amiza yang memerhati tidak dapat menahan perasaan terharu melihat drama antara dua beranak itu. Dia berjanji akan membimbing Hasrol sebaik mungkin sepanjang Hasrol di sini nanti.

    Amiza pasti teringatkan peristiwa 10 tahun itu jika dia ke taman mini itu. Semangat perjuangannya untuk membantu anak bangsanya semakin berkobar.

    Posted on January 9, 2010 at 11:03 PM

     
  69. wan salmah Said,

    POST 12


    Cikgu Amiza mengamati alamat yang tertera pada kad jemputan perasmian nurseri baru itu. Dia lalu memarkir Myvi hijau epalnya sebaris dengan kenderaan lain. Dia bagai mendapat firasat dia akan menemukan sesuatu yang istimewa di tapak semaian baru itu.


    Hatinya berdebar-debar sebaik sahaja terpandang papan tanda yang berdiri megah menyambut ketibaan pengunjung ; ‘NURSERI KASIH’. Dia mengatur langkah dengan penuh rasa takjub atas apa yang dipandangnya. Terdapat kolam bertingkat-tingkat, dengan ikan kap dan, ikan guppy! Pelbagai jenis pokok air, kercut, papyrus, misai kucing, juga lotus. Dia melangkah lagi. Pergola kayu jati , dan bergantungan petunia beraneka warna. Banyak pokok yang diminatinya terdapat di situ, nostalgianya bagai diusik. Di sini terdapat pelbagai citarasa, nusantara dan barat. Ada juga hiasan taman lain seperti batuan, pasu, kaki pasu beraneka rupa yang diperbuat daripada pelbagai bahan, mengikut minat dan kemampuan pembeli. Pengunjung begitu ramai dan menjadikan suasana agak riuh.

    Posted on January 9, 2010 at 11:03 PM

     
  70. wan salmah Said,

    POST 13

    “Cikgu Amiza!” Dia terdengar namanya dijerit orang. Dia mengamati arah datang suara tadi. Matanya terpisat-pisat...
    “Hasrol...” jawabnya antara dengar dengan tidak. Dia macam tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
    Hasrol sudah tidak tembam macam dahulu. Gerak tingkahnya kelihatan bergaya, dan tampang mukanya, kacak!
    “Ayah saya membantu saya membuka nurseri ini. Seorang kakak dan seorang abang saya menolong saya,” Jelas Hasrol apabila dilihat Cikgu Amiza masih terpinga-pinga.

    “Cikgu, saya tidak akan berjaya hingga ke tahap ini jika bukan kerana bimbingan cikgu selama ini.” Akur Hasrol. Cikgu Amiza tersenyum, hanya satu yang tidak berubah, kata-kata Hasrol masih seperti dulu, jujur dan tulus.

    “Cikgu menolong sedikit sahaja. Ini semua berkat pertolongan Allah kepada Hasrol yang rajin dan baik hati” Tingkah Cikgu Amiza, masih terharu. Ayah, ibu, kakak dan abang Hasrol datang. Mereka menyalami Cikgu Amizah. Puan Normala memeluk erat guru wanita itu.

    “Terima kasih cikgu. Nurseri ini lambang cinta kasih kami semua. Kami sangat terhutang budi kepada cikgu yang berjaya mendidik Hasrol menjadi insan yang berwawasan”. Puan Normala meluah isi hati. Dia berasa malu apabila terkenangkan peristiwa dia berkasar dengan Cikgu Amiza tempoh hari.

    “Cikgu, selepas keputusan SPM saya keluar, saya diterima masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara. Di sana saya mengambil jurusan landskap dan nursei. Di situ saya mula berjinak-jinak dengan bisnes ni. Saya berazam untuk membuka tapak semaian sendiri dan mengundang cikgu, ”jelas Hasrol lagi.

    Amiza tersenyum puas. Menolong seseorang sehingga berjaya dalam kehidupan adalah satu pencapaian yang tidak dapat diukur dengan kata-kata atau harta benda dunia. Terima kasih Tuhan kerana memberi peluang kepadaku untuk menjadi seorang guru!

    (2 973 patah perkataan)

    Posted on January 9, 2010 at 11:04 PM

     
  71. azmah nordin Said,

    wansalmah :)

    komen saya utk cerpen terbaru anda tu;

    yg positif dulu k;

    1. gaya bahasa di paragraf pertama, kedua dan ketiga, cantik.

    2. jalan cerita yg lancar

    3. ada ilmu perubatan yg diserapkan ke dlmnya

    4. adas nilai murni yg sgt diperlukan dlm setiap karya sastera.

    5. semuanya berjaya anda hasikan dr sudut pandangan watak utama.

    6. anda memasuki 3/4 drpd keseluruhan cerita dgn baik.

    ok, yg kurang positif;

    1. cerpen seharusnya mempunya segala2 terhad, jumlah watak, termasuk jumlah latar. paling byk dua latar; sekarang dan masa lalu yang disampaikan secara flash back. jadi, andainya hanya ada 2 latar - dgn sendirinya anda hanya akan menggambarkan 2 saja suasananya; saling menyumbang-kuatkan jalan cerita.

    2. begitu byk sekali babak atau peristiwa di dalammya. dlm cerpen ni, mempunyai lebih daripada 2 babak yg saling mempunyai relevan, mengikut 2 suasana latar yg anda pilih.

    3. terlalu byk dialog

    ok, yg saya nampak ada 2 suasana penting di sini; 1) pertengkaran amiza dgn ibu bapa hasnol selepas hasnol diserang epilepsi. 2)masa sekarang - apabila amiza menerima surat jemputan penuh misteri dn dlm perjalanan ke taman hasnol tu.

    bagaima mahu membuatkan supaya cerpen ini boleh kelihatan berbilang kaum dlm satu malaysia? mudah saja. ambil bunga pelbagai warna dan spesis itu, sebagai simbol masyarakat berbilang kaum; masing2 memberikan sumbangan tersendiri untuk mengindahkan suasana sekitar dan sekaligu sdpt membantu orang lain lagi, seperti hasnol contohnya. mainkan simbol ini, dari awal cerpen hingga ke akhirnya, biar ia menyelubungi keseluruhan diri amiza mcm aura gitu k... dan di akhir cerpen, amiza sperti melihat aura itu pd hasrol pula.

    selain drpda itu, para pelajar yg disebut dlm cerpen itu juga, boleh ditukarkan kpd pelajar berbilang kaum.

    seharusnya, tidak menyebut Amiza sebagai Cikgu Amiza, sbb cerpen ini dr sudut pandangan Amiza; jadi tentulah tak logik jika amiza menyebut dirinya sebagai cikgu amiza, kan? begitu juga gelar kepada cikgu ganesan, puan dan tuan utk ibu bapa hasnol, sbb mereka semuanya manusia dewasa, pangkat itu hanya perlu disebtu dalam dialog saja, antara mereka. dlm hati amiza mereka ttg hanya digelar nama mereka saja.


    sebaiknya, utk mengangkat mertabat amiza sebagai guru berilmu, dan amiza sendiri tahu apa itu penyakit epelipsi. data ttg penyakit itu, hanya berkisah dlm fikiran (monolog) amiza yg mungkin pernah membacanya atau pernah belajar ttg penyakit itu semada di sekolah menengah dulu? antara amiza dgn ganesan, seharusnya hanya ada pertukaran sinar mata simpati utk hasrol saja, bukan bersifat seperti mahu mendidik amiza.

    wansalmah, saya tak dpt edit cerpen tu dulu, krna anda perlu buat pilihan suasana latar dan babak2 penting yg akan anda angkat dlm cerpen itu kelak. kemudian, selepas anda menulis semula cerpen ini, barulah saya boleh editnya k

    Posted on January 11, 2010 at 4:23 PM

     
  72. wan salmah Said,

    salam sifu,
    sebenarnya saya nak edit cerpen ini utk dihantar dalam pertandingan hari guru. tajuk atau tema tak diberitahu lagi. tahun lepas dah seminggu nak tutup baru dapat tahu, tu pun brp kerat cikgu yg tahu, kami semua tak tahu..jadi, saya nak edit cerita ni, nak buat persediaan.
    saya agaklah, mungkin kali ini temanya 1 malaysia, tu pasal kalau boleh dari awal lagi kaitkan dgn 1 malaysia.
    idea sifu kat atas tu menarik, terutama peranan warna atau aura antara hasrol dgn ckgu amiza.

    kalau boleh peranan antara kaum itu lebih ketara..mcmn sifu ya..

    saya, razak dan julaiha nak masuk pertandingan ni, kitorg buat dulu tak tunggu surat, kalau terlewat sampai kan dah tak sempat nak mengarang.
    terima kasih sifu..
    semoga Allah memberkati dan merahmatimu sifu..

    Posted on January 11, 2010 at 7:00 PM

     
  73. wan salmah Said,

    salam sifu,
    hari ni n.9 cuti, hari keputeraan YDP Besar Negeri 9. seharian berfikir ttg cerpen tapi belum setel.
    berkaitan dgn cerpen tu, saya ada 3 pilihan:

    1. cerpen asal "guppy, petunia dan pergola," saya ubah suai spt sifu syorkan. tapi saya dah musykil sebab akan timbul 2 fokus, iaitu isu utama di sini ialah hasrol akhirnya berubah kerana seni taman telah 'berjaya' memulihkan penyakitnya. itu isunya dan saya suka cerita ini sebab perkara inilah. apabila nak selitkan dgn taman yg satu malaysia sebagai isu kedua, nampak telah membanyakkan babak yg sudah sedia byk.

    2. kedua, tak payah sentuh penyakit epilepsi tu, tumpukan pada usaha cikgu amiza dan pelajar2 menyiapkan taman tu atas pertandingan 3K. taman itu ialah taman 1 malaysia. ini satu fokus dan tak kecamuk. tapi bahan2 utk bunga@ tumbuhan mengikut kaum agak sukar diperoleh. sebab ada bunga@ pokok yg saling disukai antara kaum contohnya ros dan melur (melayu dan india). saya belum jumpa taman 1malaysia,mungkin cikgu tu reka sendiri. kalau buat bunga warna warni simbolik kaum ok juga kot (macam sifu kata)

    3, cerita ke3 saya tak kaitkan dgn taman tapi saya kaitkan dgn amalan mesra alam. yg ni saya dah kumpul byk bahan. iaitu di sekolah tu akan mengadakan pertandingan kelas yg amalkan konsep mesra alam. jd byklah perkara yg dilakukan. yg ni tak ikut kaum sebab mesra alam ni semua kaum terlibat.
    konflik di sini ialah sukar utk perkenalkan konsep mesra alam, perlukan kerjasama semua pihak.dlm kelas ni pun byk kaum. juga ada konflik antara kaum. jadi bgmn mereka boleh bersatu tuk jayakan misi ini. cikgu utk cerpen ke3 ini ialah guru lelaki yg mengaplikasikan konsep mesra alam di rumahnya.

    Mcmn sifu? sifu beri pendapat ya, yg mana satu paling menepati tema pertandingan. saya nak buat cerpen remaja, pelajar tingkatan 4. berat tak isu ini dan sesuai tak?
    dulu saya pernah sertai pertandingan ini dan dapat hadiah sagu hati kebangsaan. isunya guru menggunakan kaedah ict dlm pengajaran dan pembelajarannya.tapi itu dulu, 6 tahun lepas. sekarang cikgu dah hebat2 dlm penulisan, dah byk pesaing, jadi kita kenalah lagi baik.
    (cerpen2 yg menang tu dijilidkan dan dah dipasarkan)

    oklah sifu..harap sifu dpt beri pandangan..

    sifu, adakah tema yg saya gunakan terlalu mudah?

    Posted on January 14, 2010 at 4:20 PM

     
  74. azmah nordin Said,

    wansalmah :)

    oleh krn saya tgh penat sbb baru stop menulis bahagian harini utk karya terbaru tu, jadi saya copy and paste je tulisan anda tu, supaya tak tertinggal apa2 k;

    dr anda; 1. cerpen asal "guppy, petunia dan pergola," saya ubah suai spt sifu syorkan. tapi saya dah musykil sebab akan timbul 2 fokus, iaitu isu utama di sini ialah hasrol akhirnya berubah kerana seni taman telah 'berjaya' memulihkan penyakitnya. itu isunya dan saya suka cerita ini sebab perkara inilah. apabila nak selitkan dgn taman yg satu malaysia sebagai isu kedua, nampak telah membanyakkan babak yg sudah sedia byk.

    dr saya; saya pun suka cerita ni, sbb bunga sendiri adalah lambang keindahan dan keharuman, sesuai sekali diangkat sebagai isu karya 1 malaysia. krn bunga juga, kesihatan hasrol pulih. tak ubah macam masyarakat berbilang kaum juga, yang apabila bersatu hati dlm sesuatu perkara, akan menimbulkan kesan positif yg mampu mengubat pelbagai penyakit hati atau sosial.

    tak perlu tambahkan babak, malah babak dlm cerpen tu juga perlu dicantas dan pilih hanya dua, satu sekarang dansatu masa lalu, yg lain semua buat dlm fikiran watak utama saja. tp masuk terus ke dlm jiwa hasrol, dan buat paragraf yang pelbagai, antaranya yang berbentuk soalan, misalnya; kenapa aku boleh tiba-tiba berasa semakin sihat, apabila berada dalam taman yang indah ini? apakah gabungan bauan hasil daripada pelbagai jenis bunga berwarna-warni itu yang menyembuhkan aku? dll (tp, ini kalau sudut pandangan hasrol, kalau dr amiza, ubah suai je ayatnya)

    kemudian, buat dlm hati, dia (atau amiza) tak putus2 bersyukur kerana mempunyai sahabat2 sekebun yg seminat dan seperjuangan dgnnya. tanpa bantuan rakan2 pelbagai kaum tu, tentu taman itu tidak akan hidup sesubur itu, bukan? dll

    Posted on January 14, 2010 at 6:05 PM

     
  75. azmah nordin Said,

    dr anda; 2. kedua, tak payah sentuh penyakit epilepsi tu, tumpukan pada usaha cikgu amiza dan pelajar2 menyiapkan taman tu atas pertandingan 3K. taman itu ialah taman 1 malaysia. ini satu fokus dan tak kecamuk. tapi bahan2 utk bunga@ tumbuhan mengikut kaum agak sukar diperoleh. sebab ada bunga@ pokok yg saling disukai antara kaum contohnya ros dan melur (melayu dan india). saya belum jumpa taman 1 malaysia, mungkin cikgu tu reka sendiri. kalau buat bunga warna warni simbolik kaum ok juga kot (macam sifu kata)

    dr saya; yg ni, jika tanpa kes epilepsi tu, ceritanya tak cukup berat, sbb tiada isu yg boleh dianggap peribadi. Boleh je angkat cerita ni, tp mesti wujudkan satu kisah peribadi yg mendorong dia mahu memperjuangkan taman tu k

    dr anda; 3, cerita ke3 saya tak kaitkan dgn taman tapi saya kaitkan dgn amalan mesra alam. yg ni saya dah kumpul byk bahan. iaitu di sekolah tu akan mengadakan pertandingan kelas yg amalkan konsep mesra alam. jd byklah perkara yg dilakukan. yg ni tak ikut kaum sebab mesra alam ni semua kaum terlibat.
    konflik di sini ialah sukar utk perkenalkan konsep mesra alam, perlukan kerjasama semua pihak.dlm kelas ni pun byk kaum. juga ada konflik antara kaum. jadi bgmn mereka boleh bersatu tuk jayakan misi ini. cikgu utk cerpen ke3 ini ialah guru lelaki yg mengaplikasikan konsep mesra alam di rumahnya.

    dr saya; kalau utk remaja, sesuai sekali cerita ni. tp, ia tidak boleh bersifat permukaan cuma. anda perlu angkat kesibukan suasana latar dr sudut pandangan seorang murid, wujudkan satu konflik dlm ingatan murid tersebut yg berkaitan dgn bunga juga - dan diakhiri dgn bunga juga.

    saya rasa yg ini juga menarik, jika diibaratkan sekuntum bunga itu sebagai seorang gadis/wanita muda (guru pelatih?) dan wujudkan sebuah kisah romantik pada bahagian akhirnya. romantik yg innocent dan berakhir dgn perkahwinan gitu k

    oh, hampir terlupa; apakah tema cerpen anda ini terlalu mudah? tidak, sama sekali tidak. setiap penulis harus ada semangat 1 malaysia yg tulin saja, baru boleh tulis ttg satu malaysia, jika tidak, akan tersirat apa yg tidak tersurat lewat karya kita.

    namun, jika mahu menulis utk pertandingan cerpen remaja, saya rasa, cerpen 1 dan 2 tu, mempunyai peluang yg lebih menarik, sbb ia memasuki dlm jiwa watak.

    kalau utk pertandingan anjuran dbp, cerpen 1 dan 2 ini yg akan mendapat perhatian k

    Posted on January 14, 2010 at 6:05 PM

     
  76. wan salmah Said,

    ok lah kalau begitu, saya edit cerpen 1, saya kena berhati-hati ni sifu, sebab saya sayang sangat kat cerpen ni, jgn jadi mcam tikus baiki labu hehe..

    cerpen 2 tu nak kena rekalah pulak utk menguatkan ceritanya..rasa macam tak cukup masa hehe sebab lepas ni tak sabar2 nak sambung novel tu..

    apabila membaca komen sifu, baru saya tersedar.. iaitu masih byk yg saya kena belajar, padahal satu hari hari ni saya dok kumpul bahan mesra alam.. kalau saya teruskan juga tanpa bertanya sifu kan dah jadi syok sendiri ..tak apa, bahan tu saya guna lain kali je..
    terima kasih banyak-banyak ya sifu...

    Posted on January 14, 2010 at 11:00 PM

     
  77. wan salmah Said,

    Sifu,
    saya ada kelemahan yg ketara dlm menulis iaitu, saya suka sangat memasukkan banyak babak atau byk isi, sebab itulah saya menghadapi masalah kalau menulis cerpen, mentang2lah saya cikgu jadi semua benda nak masukkan (hehe). jadi sekarang saya bermasalah mcmn nak cantas babak2 yg perlu disingkirkan, sbb ia saling berkait, takut jadi tergantung dsb. satu lagi ni saya jenis penyayang hehe sayang nak buang..tu pasal masih dok berjela2 (barang kat rumah pun mcm tu, tu yg kena sound2 tu).

    ok sifu, tolong saya bgmn nak kekalkan 2 babak penting tu saja dan isi2 lain kita nak mentionkan secara tak langsung supaya pembaca dapat faham cerita ini..
    terima kasih..

    Posted on January 15, 2010 at 10:14 AM

     
  78. azmah nordin Said,

    wansalmah :)

    sambil saya buat karya saya tadi, sambil tu saya fikirkan bagaimana nak menguatkan cerpen anda yg dah sedia ada. jadi, saya rasa saya dah sedia sekarang. utk itu, kita kekal dgn cerpen asal anda, cuma kita kena putar dari bawah ke atas sedikit k.. yakni, dgn mengetengahkan cabaran/dugaran/rintangan yg terpaksa dihadapi amiza, semasa cuba membantu hasrol. diketengahkan dari bahagian intro lagi k

    saya buat di kotak lagi satu, sbb takut tak muat pula kat sini nanti

    Posted on January 15, 2010 at 7:24 PM

     
  79. azmah nordin Said,

    wansalmah, kita mulakan k
    __________________________________

    “GUPPY, PETUNIA DAN PERGOLA”

    Tangan Amiza pantas mencantas ranting-ranting kecil dengan sekaturnya. (selitkan yg ni - tmbh; sepantas kerdipan matanya menatap kad jemputan) ‘Majlis Perasmian Pembukaan Nurseri Kasih, Lot 221, Berhampiran Pusat Membeli Belah Jaya Jusco, Seremban. Tarikh 08.08 2008.’(sebentar tadi?)

    "Macam menarik saja ni. Aku mesti pergi,” bisik Amiza dalam hati. (tmbh; entah mengapa, mendadak saja dia terbayangkan hasrol? siapa hasrol?)

    Dia lalu mengeluarkan gunting pokok dan memastikan potongan topiarinya sedap dipandang mata (sesedap mata memandang para pelajar mengusahakan taman mini itu? sebut nama). Jari-jemarinya begitu cekap mencabut tumbuhan liar yang berebut untuk hidup mengatasi pokok-pokok tanamannya. Akhir sekali dia menyiram seluruh tanaman itu, berkilau-kilau air pancutan itu disinari mentari pagi).

    Dia lalu melabuhkan pinggulnya sambil menyandar di kerusi simenfero. Pandangan matanya menyeluruhi taman mini yang terletak di bengkel landskap itu. Ketika itulah hatinya begitu berbangga melihat ranggi bunga-bungaan yang segar, dedaun yang pelbagai tona dibasahi butiran air bak mutiara bertaburan. (kaitkan ranggi2 bunga tu dgn pelajar berbilang kaum, sebut nama je, tanpa menyebut kaum k.. sprt dia berbangga melihat apa? kaitkan nama hasrol)

    Matanya kemudian segera tertancap ke arah kolam mini yang dipenuhi teratai, kiambang dan ikan guppy. Ikan-ikan itu kini kelihatan tenang, tidak lagi berebut-rebut makanan seperti tadi.

    (tmbh; tiba2 dia teringatkan kad jemputan itu lagi? tp knp hati ini berdebar tidak keruan? dia mengerut kening? padahal, ) dia memang berminat membuat penjelajahan ke tapak-tapak semaian kerana dia selalunya akan berjumpa perkara-perkara baru dan menarik berkaitan seni taman nanti. Namun, kad jemputan itu banyak mengundang pertanyaan, mengapa perlu dihantar kepadanya melalui surat berdaftar? Perincian pengirim pula tidak ada.

    “Tak apalah, sesekali bermain teka-teki seronok juga.” Amiza menyimpan kad jemputan itu di dalam beg kerjanya, (tmbh; cuba menafikan debaran dadanya tidak keruan itu? dll)

    Posted on January 15, 2010 at 8:22 PM

     
  80. azmah nordin Said,

    “Kenyanglah tu,” getus Amiza, begitu terhibur melihat ekor ikan guppy yang berumbai-umbai berwarna-warni, persis tuan puteri berpakaian sutera menari-nari dengan lincahnya.

    Taman mininya begitu indah. Aroma jasmine sambac bagai mengucapkan terima kasih tidak terhingga buat Amiza yang begitu setia membelai mereka saban hari (seharum apa? kaitkan nama sekolah) Tumbuhnya menjalar bagai sahabat yang setia, teguh melilit pergola melindunginya daripada panas terik matahari di samping petunia bergantungan pelbagai warna. Batuan sungai pula ditabur menyeri lanskap, dan dia rasa begitu teruja.

    Taman mini itu terletak di bengkel landskap, ditatang bagai miliknya sendiri. Amiza tinggal di kuaters guru yang terletak di dalam kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau juga. Dia tinggal bersendirian. Kedua-dua orang tuanya sudah dijemput Ilahi akibat tragedi kemalangan maut dan rumah pusaka itu dengan persetujuan ahli keluarga menjadi milik kakaknya. Tinggal di kuaters itu dia tidaklah sunyi sangat Taman mini belaannya itu begitu istimewa dan ada cerita di sebaliknya.

    Kotak kenangannya mula berlegar ketika kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Dia sebagai guru tingkatan 3 Marikh telah menerima pelajar baru, Hasrol. Pelajar lelaki ini terlalu pendiam hingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan guru. Keputusan Ujian Penilaian 1 memaparkan semua subjek Hasrol mendapat D dan E. Sebagai guru kelas peperiksaan, prestasi Hasrol sedikit sebanyak membuatkan Cikgu Amizah menjadi seorang pemikir; apakah formula yang akan digunakan untuk membantu Hasrol. Dia dapat merasakan pencapaian Hasrol masih boleh dipertingkat. Hasrol bukan pelajar nakal. Dia menumpukan perhatian semasa belajar, tetapi, mengapa pencapaiannya begitu lemah?

    Pagi itu, sewaktu kelas Kemahiran Hidup Pilihan 4 (pertanian), seperti biasa Cikgu Amizah membawa pelajar 3 Marikh ke bengkel pertanian.

    (“Minggu ini kita akan buat satu projek, iaitu “Projek Taman Mini”. Cikgu Amiza meletakkan satu pasu besar yang rendah dan leper.
    “Pasu ni saya akan tanam dengan pokok-pokok bunga kecil ini dan kemudian saya akan hiaskan dengan lumut sebagai sungkupan” Cikgu Amiza menunjukkan pokok-pokok yang dipilihnya, peralatan dan tanah yang akan digunakan. Ada Mother in law tongue, Rain lily, Kuku jin, Cerotopteris thalictroides, ati-ati batik dan lumut Kombinasi pokok tinggi, sederhana, rendah, dan daun pelbagai corak dan rona itu menjadikan gubahan taman mini itu sungguh cantik. Mimik muka pelajar-pelajar itu mempamerkan penuh rasa pesona.- ambil datanya, buat monolog atau dlm ingatan amiza saja, tanpa sebarang babak, misalnya, terkenang kembali bagaimana dia...)

    Posted on January 15, 2010 at 9:00 PM

     
  81. azmah nordin Said,

    (“Saya bagi tempoh 1 bulan untuk kamu siapkan projek ini. Kamu boleh berjimat dengan menggunakan tong plastik, pokok-pokok bunga di sekitar rumah kamu. Tanah boleh ambil di sini,” terang Amiza.

    Kemudian mereka dibenarkan melihat gubahan itu dari dekat. Selang sebulan kemudian, Cikgu Amiza meminta pelajar membawa hasil kerja mereka.

    “Mana taman kamu Hasrol?”

    “Ini cikgu!” unjuk Hasrol sambil tersengih-sengih.

    Amiza meneliti taman ciptaan Hasrol dari sudut ke sudut.

    “Hmm, kamu ada daya imiginasi Hasrol, saya kagum!”

    Kembang kempis hidung Hasrol mendapat pujian daripada Cikgu Amiza. Tidak sia-sia dia membeli pokok-pokok bunga itu daripada seorang Cina tua yang begitu gigih mengusahakan taman bunganya berhampiran premis Shell Rembau itu.

    Pada suatu hujung minggu, Cikgu Amiza duduk-duduk bersendirian di bangku di dalam kawasan bengkel landskap. Dia kelihatan seperti sarat berfikir.

    Hasrol dan dua rakan sekelasnya kebetulan melewati Cikgu Amiza lalu menegurnya. Cikgu Amiza tersenyum melihat mereka bertiga. - sampai sini, ambil datanya, buat dlm fikiran saja)

    “Saya nak buat projek seni taman ni, kamu nak ikut serta boleh juga.” Pelawa Cikgu Amiza kepada 3 pelajar asrama itu.(bila ni?)

    “Ada kolam ikan tak?” tanya Hasrol.

    “Ada” Amiza menunjukkan buku lakarannya.Hasrol tersenyum lebar.

    “Cikgu nak letak apa lagi dekat taman ni?” tanya Yasir.

    (elok tukarkan kpd pelajar berbilang kaum kan)

    “Yasir, Hasrol dan Imad, saya nak usahakan satu taman mini yang ada kolam kecil, ada pergola, ada kerusi taman, ada batuan, juga pokok-pokok bunga yang berwarna-warni” Cikgu Amiza menyelak buku lakarannya, terdapat beberapa gambaran yang ditampal sama.

    (“Pergola, apa tu cikgu?” tanya Yasir.

    “Pergola macam ni. Nanti kita akan tanam pokok bunga melur yang sangat wangi baunya. Dekat pergola tu kita akan gantung pokok-pokok berpasu” Jelas Cikgu Amiza sambil menunjukkan gambar-gambar yang diguntingnya daripada majalah seni taman.

    “Cikgu, cantiklah bunga yang berwarna-warni ni, apa nama dia?” tanya Imad.

    “Ini petunia. Ya, petunia memang cantik. Ada pelbagai warna, bentuk dan saiz. Kita akan menggantungnya di pergola dan kita akan berasa seperti diselubungi pelangi.” Jelas Cikgu Amiza. - dlm fikiran amiza saja, ataupun, buat begini; dia kemudian menjelaskan/membentangkan ttg...)

    Posted on January 15, 2010 at 9:10 PM

     
  82. azmah nordin Said,

    wansalmah, waktu ni, buat amiza dan mula memandu keretanya, sambil memandu, buat dia memikirkan kembali apa yg dia dah buat utk taman tu, sprti di bawah; tanpa sebarang babak.

    “Begini, ada hijau, ada warna-warni, ada ikan, ada wangian. Saya akan tambahkan unsur bunyi. Hmm, kolam tu dilengkapkan dengan air yang dipam masuk ke dalam pasu tinggi begini dan akan jatuh bercucuran daripada pasu ke dalam kolam balik, ” Cikgu Amiza membuat penjelasan sambil menyelak-nyelak buku skrapnya.
    Dahi Hasrol kelihatan berkerut-kerut. Kemudian dia tersenyum.
    “Bila cikgu nak mula?” soal Hasrol.
    “Pengetua kita dah luluskan, minggu depan saya akan ke nursery di Tampin untuk mendapatkan barang-barang yang diperlukan”
    “Baik cikgu, kalau barang sudah sampai, saya akan tolong cikgu”. Ujar Hasrol.
    “Cikgu, saya nak bagi cikgu ikan guppy ya”. Tambah Hasrol lagi. Ada jujur dan kesungguhan dalam suaranya.- dlm fikiran dia saja)



    (wujudkan; "Cikgu Amiza, Cikgu Amiza!" panggil suatu suara, pada suatu pagi, kira-kira jam 11, ketika cuaca agak luar biasa panasnya, tiba-tiba suatu ketika yang lalu.

    (tmbh; buat amiza terkejut.) Hujan sudah sebulan tidak turun. Seperti perancangan awal sempena Gotong Royong Perdana Peringkat Sekolah, hari itu mereka akan menanam pokok bunga melur di kaki-kaki pergola. Peluh mula memercik di dahi masing-masing selepas sejam menghayun cangkul menggali lubang-lubang.
    Tiba-tiba kedengaran beberapa pelajar menjerit,

    “Cikgu, Hasrol jatuh!”(siapa ckp ni?)

    Cikgu Amiza segera mengarahkan Hasrol dipapah ke serambi bangunan bengkel yang terpasang kipas dinding. Berkerut-kerut masing-masing menahan bebanan badan Hasrol yang agak berisi itu. Cikgu Amiza mula panik. Muka Hasrol kebiruan, air liurnya berbusa-busa, matanya memandang ke atas. Cikgu Amiza segera menelefon Cikgu Ganesan yang juga guru PBSM.

    “Semua ketepi dan berikan ruang. Kamu Imad, Yasir tolong kipaskan Hasrol dengan buku ni” Cikgu Ganesan memberi arahan. Tangannya segera membuka butang atas baju Hasrol dan melonggarkan tali pinggangnya.

    (“Ambil beg kamu tu” arah Cikgu Ganesan lagi. Suhaila mengambil beg sandangnya dan segera digunakan oleh Cikgu Ganesan untuk melapik kepala Hasrol. Cikgu Ganesan meneliti wajah Hasrol sambil menjeling jam di tangannya. Tiga minit kemudian Hasrol tersedar, dengan wajah yang kelat dia dibenarkan beredar balik ke asrama untuk berehat. - ambil datanya, buat dlm fikiran dia je)

    Posted on January 15, 2010 at 9:24 PM

     
  83. azmah nordin Said,

    wansalmah, selepas tu, anda terus ambil babak amiza bertelefon dgn ibu hasrol, tp pendekkan dialog dan semua dialog lain selepas itu. ambil yg penting je - terus kpd isinya.

    tp, bahagian ending di mana hasrol dan amiza bertemu semula, tidak perlu dicantas mana2, sbb sudah cukup menarik.

    anda buat pembaikan ni dulu, nanti saya lihat bagaimana, sama ada perlu diedit lagi ataupun tidak. namun, utk mengangkat karya ini supaya ada harapan dlm pertandangan penulisan, bahasanya perlu diperindahkan k

    Posted on January 15, 2010 at 9:32 PM

     
  84. wan salmah Said,

    Salam sifu..
    oh setelah lama menyepikan diri, baru malam ini saya dapat menghantar editing cerpen saya. saya menghadapi krisis nilai kerana masih tidak berjaya menulis dengan mantap.
    namun, melihatkan sifu yg tidak kenal putus asa, menjadikan saya bangkit sedikit demi sedikit dan memasakkan kata-kata; 'cuba lagi, jgn sesekali berputus asa..'

    Posted on January 26, 2010 at 12:01 AM

     
  85. wan salmah Said,

    Sinopsis
    o Masa sekarang, ¾ , pencetus cerita iaitu terima kad
    o Flash back- ingat bagaimana taman tu mula2 dibuat-masa gotong royong perdana- hasrol jatuh , masa tu dia tahu penyakit hasrol
    o Bertengkar dgn mak hasrol
    o Hasrol buat pilihan utk ambil lanskap utk ting 4 – bertengkar dgn ayah – jgn byk dialog
    o Jumpa hsrol di majlis perasmian Nurseri Kasih

    POSTING 2

    “Majlis Perasmian Pembukaan Nurseri Kasih, Lot 221, Berhampiran Pusat Membeli Belah Jaya Jusco, Seremban. Tarikh 10.01.2010.”
    ‘Macam menarik saja ni. Aku mesti pergi,’ bisik Cikgu Amiza dalam hati sebaik menatap bait-bait tertera pada kad jemputan bersepuh warna emas itu. Entah mengapa, wajah Hasrol bergentayang bermain-main di ranting kenangannya. Lirik matanya yang misteri itu, senyumnya yang naif itu, pipinya yang tembam itu. Namun, dia cuba menafikan ritma jantungnya yang mula berkocak pantas. Dia memang berminat membuat penjelajahan ke tapak-tapak semaian kerana dia selalunya akan berjumpa perkara-perkara baru dan menarik berkaitan seni taman nanti. Tapi, kad jemputan itu banyak mengundang pertanyaan, mengapa perlu dihantar kepadanya melalui surat berdaftar? Perincian pengirim pula tidak ada.
    “Tak apalah, sesekali bermain teka-teki seronok juga.” Cikgu Amiza menyimpan kad jemputan itu di dalam beg kerjanya.

    Dia lalu duduk bersandar di sebuah kerusi simenfero yang terletak di sudut tepi bengkel landskapnya. Di situlah dia biasanya melepas lelah setelah menjalani rutin paginya di taman mini itu. Dia baharu saja mencabut tumbuhan liar yang bersaing berebut nutrien dengan tanaman hiasannya. Dedaun yang tumbuh meliar merosakkankan bentuk topiarinya juga sudah dirapikan dengan gunting daunnya. Tanam-tanaman itu juga sudah diperciknya air dari muncung hos paipnya. Ketika itulah hatinya begitu berbangga melihat petunia, kesidang, cempaka, hibiscus, siantan, melur, ati-ati bercorak batik dibasahi butiran bak mutiara bertaburan. Ungu, putih, oren, merah, hijau dan pelbagai rona melatari taman.. Hasrol, Alex, Hariharan, Yasir. Wajah anak-anak didiknya bagai terukir indah di segenap helaian daunan dan reranggi. Wajah penuh kejernihan bersama-sama membanting tulang menjayakan taman mini kebanggaannya ini.

    Posted on January 26, 2010 at 12:03 AM

     
  86. wan salmah Said,

    POSTING 3
    Matanya kemudian segera tertancap ke arah kolam mini yang dipenuhi teratai, kiambang dan ikan guppy. Ikan-ikan itu kini kelihatan tenang, tidak lagi berebut-rebut makanan seperti tadi.

    “Kenyanglah tu”, usik Cikgu Amiza. Dia begitu terhibur melihat ekor ikan guppy yang berumbai-umbai berwarna-warni, persis tuan puteri berpakaian sutera menari-nari dengan lincahnya. Taman mininya begitu indah. Aroma kesidang bagaikan bertasbih mengucap zikir kepada Sang Pencipta atas nikmat hidup menyedut udara segar, meneguk air bening saban hari.Tumbuhnya menjalar bagai sahabat yang setia, teguh melilit pergola melindunginya daripada panas terik matahari di samping petunia bergantungan pelbagai warna. Batuan sungai pula ditabur menyeri lanskap. Merenung petunia berwarna-warni bergantungan di pergola, mernghirup aroma kesidang dan melur yang memukau, menyaksikan si guppy riang menari-nari, sesungguhnya telah mengeyahkan segala lelah yang bergumpal di pundaknya.
    Kotak tayangnya mula berlegar ketika kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Dia sebagai guru tingkatan 3 Marikh telah menerima seorang pelajar baru, Hasrol. Pelajar lelaki ini pintu mulutnya bagaikan dimangga-mangga. Dia bagai mengulum sebungkal emas. Terlalu sukar untuk mendengar patah-patah kata keluar daripada ulas bibirnya hingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan guru. Susuk badannya yang berisi, dengan kedua-dua belah pipi yang tembam dan berkulit cerah. Tidak mempamerkan reaksi marah, atau suka, tetapi lebih banyak bersikap memerhati. Keputusan Ujian Penilaian 1 memaparkan semua subjek Hasrol mendapat C dan D. Sebagai guru kelas peperiksaan, dan guru subjek kemahiran hidup bersepadu, dia seboleh-bolehnya ingnkan pelajarnya skor A atau sekurang-kurangnya B dalam subjeknya. Hairan. Pelajarnya yang begitu memasang telinga semasa guru mengajar, mematuhi segala arahan yang diberi, namun tidak menunjukkan prestasi yang membanggakan.
    ‘Ah, pemilik sepasang mata misteri!’ kesah Amiza.

    Posted on January 26, 2010 at 12:03 AM

     
  87. wan salmah Said,

    POSTING 4
    Masih jelas dalam kotak kenangan Amiza. Hari itu, iaitu pada satu hujung minggu, dia duduk-duduk di bangku di dalam kawasan bengkel landskap sambil menekuni kertas cadangan di tangannya. Sekolahnya baru dipertanggungjawabkan dengan matapelajaran baru iaitu landskap dan nurseri dan dia ialah guru yang ditugaskan. Selaras dengan itu, dia ingin membina satu taman mini yang akan menjadi titik tumpu dan penyeri bagi bengkelnya..Biarpun kebiasaan guru landskap dan nurseri terdiri daripada kaum adam, namun, bidang pertanian sudah sinonim dengan hidupnya. Dia cukup berbangga dengan DNA ayahnya yang berselirat di segenap sarafnya, sang pahlawan cangkul. Dia tidak kisah jika kulitnya terbakar dek simbahan mentari, atau tangannya menjadi kematu dek menghayun cangkul. Dia lebih berbangga melihat bumi ini dihiasi pelbagai flora penenang sukma. Semoga rasa cinta akan alam semula jadi tumbuh subur dalam kalangan pelajarnya dan menyemai sifat menyanjung Sang Pencipta yang telah melakar dan mewarna alam ini begitu indahnya. Malah, dia mengumpamakan reranggi pelbagai warna itu mewakili anak bangsanya yang hidup dalam harmoni dan ceria.
    Hasrol, Yasir, Alex dan Hariharan sedang bersantai-santai seputar kawasan sekolah. Dia perasan empat sahabat di dalam kelasnya itu sering menghabis masa bersama-sama menjelang waktu petang atau semasa cuti sekolah. Dia yang tinggal bersendirian di kuaters guru di sekolah menengah daerah Rembau itu merasakan adalah perlu jika mereka turut sama-sama dilibatkan menjayakan taman idaman itu.
    Amiza menggamit keempat-empat pelajar kelasnya. Dia yakin dia tidak tersalah orang. Mereka sering membantunya sewaktu sesi persekolahan dan menunjukkan minat mendalam dalam aspek psikomotor termasuklah bercucuk tanam.
    “Saya nak buat projek seni taman ni, kamu nak ikut?” Pelawa Amiza kepada mereka berempat sebaik mereka sudah berada di sisinya.

    Posted on January 26, 2010 at 12:04 AM

     
  88. wan salmah Said,

    POSTING 5
    Waktu itu hari minggu, jam melilit di pergelangan tangannya menunjukkan pukul 5.30 petang. Amiza menyuakan kertas lakaran cadangan taman mininya.

    “Ada kolam ikan tak?” tanya Hasrol. Matanya bercahaya-cahaya.

    “Ada,” Amiza menunjukkan buku lakarannya.Hasrol tersenyum lebar. Kecil saja kolam itu, bersaiz 3 kaki kali 2 kaki.

    “Cikgu nak letak apa lagi dekat taman ni?” tanya Yasir mula teruja.

    “Yasir, Hasrol, Alex dan Hariharan, saya nak usahakan satu taman mini yang ada kolam kecil, ada pergola, ada kerusi taman, ada batuan, juga pokok-pokok bunga yang berwarna-warni,” Cikgu Amiza menyelak buku lakarannya, menunjukkan beberapa foto yang ditampal sama.

    Kening Alex berkerut-kerut ketika Amiza menyebut perkataan pergola. Lalu Amiza menunjukkan contoh foto pergola yang telah digunting dan ditampalkannya di dalam buku skrapnya. Amiza seterusnya menerangkan kepada mereka berempat, pada pangkal pergola itu akan ditanam dengan pokok kesidang. Nanti kesidang akan mengeluarkan bunga putih kecil-kecil, dengan bau yang sungguh wangi. Pada kayu pergola itu mereka akan gantung pasu-pasu dengan pokok-pokok berbunga berwarna-warn
    “Petunia.” Jelas Amiza kepada pelajarnya yang berebut-rebut ingin melihat gambar petunia ungu, merah, jingga, kuning itu. Dia tersenyum apabila mengingatkan gelagat mereka semua ketawa apabila dia menyebut; “kita semua seolah-olah berada di bawah percikan pelangi” sambil dia mengawang-awangkan tangannya kepada empat sahabat itu.
    Dia tersenyum sendiri apabila Hasrol menawarkan untuk membawa sepasang ikan guppy untuk dilepaskan ke dalam kolam mereka nanti.

    Posted on January 26, 2010 at 12:04 AM

     
  89. wan salmah Said,

    POSTING 6
    ‘Hasrol, Hasrol,’ bisik Amiza dalam hati. Terlalu banyak kenangan manis dengan pelajar kelasnya itu terutama Hasrol. Sikap ringan tulang Hasrol, Yasir, Alex dan Hariharan membantunya di bengkel walaupun tidak diarah menjadikan semangatnya sebagai guru teguh merempuh arus.

    Namun, sesuatu yang di luar pemikirannya berlaku suatu hari. Sedang dia dan beberapa pelajarnya menanam anak-anak siantan di satu sudut pagar, dia terdengar beberapa suara menjerit-jerit memanggil namanya. Cuaca hari itu agak luar biasa panasnya. Langit sudah sebulan tidak menggugurkan butiran-butiran hujan.

    Namun, seperti yang sudah tertera dalam takwim sekolah, sempena Gotong Royong Perdana Peringkat Sekolah, hari itu mereka akan menanam pokok kesidang di kaki-kaki pergola dan juga menanam anak-anak siantan sebagai pagaran. Peluh mula memercik di dahi masing-masing selepas sejam menghayun cangkul menggali lubang-lubang.
    Amiza terkejut dan mencari-cari suara itu.

    “Cikgu, Hasrol jatuh!”jerit Yasir sambil berlari-lari ke arahnya.

    Amiza segera mengarahkan Hasrol dipapah ke serambi bangunan bengkel yang terpasang kipas dinding. Berkerut-kerut masing-masing menahan bebanan badan Hasrol yang berisi itu. Amiza sedikit cuak. Muka Hasrol kebiruan, air liurnya berbusa-busa, matanya memandang ke atas. Dia cuba mempraktikkan pengetahuan pertolongan cemas yang pernah dihadiri kursusnya.

    “Semua ketepi dan berikan ruang.” Amiza lalu mengarahkan beberapa orang pelajarnya mengipas-ngipaskan Hasrol. Alex pula segera membuka butang atas baju Hasrol dan melonggarkan tali pinggangnya.

    Posted on January 26, 2010 at 12:05 AM

     
  90. wan salmah Said,

    POSTING 7
    Dia melapik kepala Hasrol dengan beg sandang supaya kedudukannya menjadi lebih tinggi. Dia meneliti wajah Hasrol sambil menjeling jam di tangannya. Tiga minit kemudian Hasrol tersedar, dengan wajah yang kelat. Dia dibenarkan beredar balik ke asrama untuk berehat.
    “Epilepsi!” getus Amiza perlahan. Sindrom epilepsi.
    Jantung guru wanita akhir 20-an itu berdegup kian kencang. Tanggapan masyarakat tentang penyakit itu amat dahsyat. Jauh di sudut hatinya berharap, bukan itu penyakitnya. Tanpa disedari, matanya mula membasah. Beberapa titis air jernih bergulir menuruni pipinya lalu jatuh menikam bumi. Dia cuba mengaitkan penyakit misteri itu dengan prestasi pembelajaran Hasrol. Patutlah, biarpun Hasrol kelihatan tekun menaakul, usaha yang dibuahkan tidak setimpal. Subjek pengiraan dan fakta seperti matematik dan sejarah, prestasi Hasrol tidak memberangsangkan. Namun, dia berharap benar-benar, Hasrol akan sembuh juga suatu hari nanti. Semoga!


    “Puan Normala, boleh saya tahu tentang penyakit Hasrol?” Begitu Amiza menghubungi ibunya pada malam kejadian itu lewat telefon bimbitnya.
    “Apa jadi pada Hasrol?” suara keras ibu Hasrol menerjah gegendang telinganya. Setelah Amiza menceritakan kejadian siang tadi, dia terus diserang dan dipersalahkan kerana menyuruh Hasrol menyangkul dalam keadaan mentari yang menyala-nyala itu. Amiza kesal. Sebagai guru kelas Hasrol, dia langsung tidak tahu menahu tentang penyakit Hasrol. Yang jelas terpapar pada borang maklumat keluarganya ialah ayah dan ibu Hasrol ialah pemilik firma perakaunan di ibu kota. Wanita itu lalu menjelaskan, dia telah membekalkan Hasrol dengan pelbagai bekalan; ubat-ubatan dan sentiasa mengingatkan anaknya supaya pandai menyesuaikan diri. Dia menuduh Amiza ingin membongkar rahsia penyakit Hasrol itu dan seterusnya menjaja kepada semua orang; iaitu anaknya, keturunannya, penghidap epilepsi. Telinga dan hati Amiza terasa pijar.
    Telefon yang dihentak kuat oleh ibu Hasrol nampak benar ingin mengugah kesabarannya. Dia menarik nafas panjang-panjang dan cuba bertenang. ‘Marah itu daripada syaitan, tenang itu daripada malaikat,’ dia memujuk hatinya.

    Posted on January 26, 2010 at 12:05 AM

     
  91. wan salmah Said,

    POSTING 8
    Tidak ada sesiapa di dunia ini minta untuk dilahirkan dalam keadaan sedemikian. Hasrol berhak untuk hidup bahagia seperti insan-insan lain juga. Amiza akan menyuburkan minat Hasrol yang sudah tersemai dalam bidang pertanian. Dia tahu, Hasrol tidak mampu membebankan pemikirannya dengan pelbagai subjek. Hasrol sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian kepada subjek kemahiran. Bermain dengan tanaman hiasan beraneka warna, ikan peliharaan, menyedut aroma alami, menikmati percikan air yang menitis jatuh ke dalam kolam tadahan, akan menjadi terapi terbaik untuk Hasrol. Dia yakin. Subjek teras seperti Bahasa Melayu perlu ditekankan juga kepada Hasrol. Dengan kelulusan minimum yang mampu diperoleh Hasrol itu, mereka berharap Hasrol dapat berdikari suatu hari nanti.
    Amiza merenung sejenak. Perjalanan Hasrol masih jauh. Dia rasa teruja kerana diberi cabaran untuk sama-sama mencorakkan masa depan Hasrol.

    Hasrol kemudiannya menduduki Peperiksaan Menengah Rendah. Setelah keputusan PMR diumumkan, dia mendapat A dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu dan B dalam Bahasa Melayu. Subjek lain kebanyakannya ialah C dan D. Ayah Hasrol datang dan inginkan Hasrol menyambung pelajaran di tingkatan 4 dalam bidang sastera ikhtisas, iaitu mengambil subjek Prinsip Perakaunan. Dia ingin Hasrol mengikut jejak mereka berdua, menjadi akauntan dalam firma keluarga. Abang-abang dan kakak Hasrol semuanya mengambil bidang perakaunan di institusi pengajian tinggi.

    “Dia anak saya, saya tahu apa yang terbaik untuknya” marah betul Zulkifli ayah Hasrol apabila Amiza menyokong Hasrol untuk mengambil bidang MPV lansdkap di tingkatan 4 . Dengan wajah yang mencuka, dia mengherdik Hasrol. Baginya bidang pertanian tidak ada nilai komersial. Menjadi petani? Terlalu hinanya bidang itu di mata sang korporat itu.

    Posted on January 26, 2010 at 12:06 AM

     
  92. wan salmah Said,

    POSTING 9
    “Saya tahulah Hasrol tu anak encik. Saya tahu bidang perakaunan itu cerah masa depannya. Tapi Encik Zul, setelah setahun saya bersama-samanya, saya tahu apa yang Hasrol suka dan apa yang sesuai untuk Hasrol”. Amizah yang kini menjadi guru landskap MPV untuk tingkatan 4 itu mempertahankan pilihan anak didiknya.

    ‘Huh! Golongan elit yang tinggal di bandar dan biasa menjadikan wang sebagai subjek utama dalam hidup, sering memandang rendah golongan petani. Sedangkan orang yang kamu hina tarafnya inilah yang menjadikan dunia ini ceria, segar dan sihat.’ Gumam Amiza. Namun dia mesti bijak berdiplomasi dengan lelaki elit ini.

    ‘Ah. Ayah Hasrol hanya membuat keputusan atas dasar kepentingan peribadi sahaja.. Bukan pertama kali aku berjumpa murid seperti Hasrol. Mungkin Zulkifli tidak perasan akan istilah ‘ 9 kecerdasan pelbagai’ dalam displin ilmu pendidikan.’ Amiza mengeluh kecil. Zulkifli tidak sepatutnya membandingkan Hasrol dengan abang-abang atau kakak-kakaknya yang lain. atau dengan dirinya sendiri yang gemar benar bermain angka, bermain dengan wang.

    Tanpa sesiapa menduga, Hasrol mencelah, mematikan perdebatan hangat antara bapa dan dia selaku guru kelas Hasrol.

    Posted on January 26, 2010 at 12:06 AM

     
  93. wan salmah Said,

    POSTING 10
    “Ayah, bolehkah ayah membenarkan Hasrol membuat keputusan?” Hasrol merenung tepat anak mata ayahnya. Hasrol lalu memimpin ayahnya menuju ke taman mini yang terletak kira-kira 20 langkah dari kantin sekolah.
    “Lihatlah ayah,” seraya tangannya menunjukkan tempat ‘pertapaannya’ selama ini. Dia melihat Hasrol tidak seperti Hasrol kelmarin kelmarinnya.

    “Ayah, inilah dunia Hasrol. Hasrol bahagia di sini,” Hasrol membelai-belai daunan dan bunga-bungaan di taman belaannya. Hasrol mengambil sejemput makanan guppy lalu ditaburnya ke permukaan kolam ikan itu. Dia mengetuk-ngetuk tebing kolam dengan jejarinya yang montok itu. Sekejapan sekumpulan guppy muncul berebut-rebut mengerit-ngerit juadah tengah hari mereka. Hasrol ketawa riang. Wajahnya sudah berona merah jambu dan manis sekali.

    “Ayah,berilah Hasrol peluang untuk mengambil bidang lanskap,” Hasrol mendakap ayahnya. Matanya sungguh bening, memandang ayahnya dengan penuh harapan.

    Suasana menjadi senyap sebentar. Masing-masing membatukan diri.
    Zulkifli lalu membalas pelukan Hasrol. Dia menepuk-nepuk belakang Hasrol. Amiza yang memerhati drama sebabak antara ayah – anak itu tidak dapat menahan perasaan terharu. Azamnya untuk membimbing Hasrol yang dianggapnya sebagai adiknya sendiri itu semakin kukuh.

    Posted on January 26, 2010 at 12:07 AM

     
  94. wan salmah Said,

    POSTING 11
    Amiza pasti teringatkan peristiwa 10 tahun itu jika dia ke taman mini itu. Semangat perjuangannya untuk membantu anak bangsanya semakin berkobar.

    Amiza mengamati alamat yang tertera pada kad jemputan perasmian nurseri baru itu. Dia lalu memarkir kereta buatan Malaysia kecil molek hijau epalnya sebaris dengan kenderaan lain. Dia bagai mendapat firasat dia akan menemukan sesuatu yang istimewa di tapak semaian baru itu.

    Hatinya berdebar-debar sebaik sahaja terpandang papan tanda yang berdiri megah menyambut ketibaan pengunjung ; ‘NURSERI KASIH’. Dia mengatur langkah dengan penuh rasa takjub atas apa yang dipandangnya. Terdapat kolam bertingkat-tingkat, dengan ikan kap dan, ikan guppy! Pelbagai jenis pokok air, kercut, papyrus, misai kucing, juga lotus. Dia menapak lagi. Pergola kayu jati , dan bergantungan petunia beraneka warna. Banyak pokok yang diminatinya terdapat di situ, nostalgianya bagai diusik. Di sini terdapat pelbagai citarasa, nusantara dan barat. Ada juga hiasan taman lain seperti batuan, pasu, kaki pasu beraneka rupa yang diperbuat daripada pelbagai bahan, mengikut minat dan kemampuan pembeli. Pengunjung begitu ramai dan menjadikan suasana agak riuh.

    Dia nampak sekelompok orang ramai sedang berkumpul di suatu tempat lapang di hadapan bangunan utama. Beberapa khemah kecil yang dihiasi kain satin warna hijau muda dan beach melambai-lambai ditiup angin. Majlis perasmian di dalam taman. Wah. Citarasa! Mereka nampaknya sedang bersiap sedia untuk majlis perasmian. Dibenaknya tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik nurseri yang serba mulus sentuhannya itu.

    Posted on January 26, 2010 at 12:07 AM

     
  95. wan salmah Said,

    POSTING 12
    “Cikgu Amiza!” Dia terdengar namanya dijerit orang. Dia mengamati arah datang suara tadi. Matanya terpisat-pisat...
    “Hasrol...” jawabnya antara dengar dengan tidak. Dia macam tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. ‘Betulkah Hasrol?’ keningnya bertaut. Tanda tanya demi tanda tanya menyesak atmanya. Tetapi nalurinya mengiyakan.
    Hasrol sudah tidak tembam macam dahulu. Gerak tingkahnya kelihatan bergaya, dan roman mukanya, kacak!
    “Ayah saya membantu saya membuka nurseri ini.” Jelas Hasrol apabila dilihat Amiza masih terpinga-pinga. Menurutnya lagi seorang kakak dan seorang abangnya menggembeleng tenaga menjayakan tapak semaian itu.

    “Cikgu, saya tidak akan berjaya hingga ke tahap ini jika bukan kerana bimbingan cikgu selama ini.” Akur Hasrol. Amiza tersenyum, hanya satu yang tidak berubah, kata-kata Hasrol masih seperti dulu, jujur dan tulus.

    “Cikgu menolong sedikit sahaja. Ini semua berkat pertolongan Allah kepada Hasrol yang gigih berusaha.” Tingkah Amiza, masih terharu. Ayah, ibu, kakak dan abang Hasrol datang. Mereka menyalami Amizah. Ibu Hasrol, Normala memeluk erat guru wanita itu.

    “Terima kasih cikgu. Nurseri ini lambang cinta kasih kami semua. Kami sangat terhutang budi kepada cikgu yang berjaya mendidik Hasrol menjadi insan yang berwawasan”. Normala meluah isi hati. Kelihatan dia menundukkan wajahnya, mungkin berasa malu apabila terkenangkan peristiwa dia berkasar dengan Amiza tempoh hari.
    Hasrol seterusnya memberitahu selepas keputusan SPM keluar, dia diterima masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara. Di sana dia mengambil jurusan landskap dan nurseri. Di situlah dia mula berjinak-jinak dengan bisnes ni. Dia bertekad untuk membuka tapak semaian sendiri dan mengundang Amiza pada majlis peramsmian nanti.

    Posted on January 26, 2010 at 12:08 AM

     
  96. wan salmah Said,

    POSTING 12
    “Cikgu Amiza!” Dia terdengar namanya dijerit orang. Dia mengamati arah datang suara tadi. Matanya terpisat-pisat...
    “Hasrol...” jawabnya antara dengar dengan tidak. Dia macam tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. ‘Betulkah Hasrol?’ keningnya bertaut. Tanda tanya demi tanda tanya menyesak atmanya. Tetapi nalurinya mengiyakan.
    Hasrol sudah tidak tembam macam dahulu. Gerak tingkahnya kelihatan bergaya, dan roman mukanya, kacak!
    “Ayah saya membantu saya membuka nurseri ini.” Jelas Hasrol apabila dilihat Amiza masih terpinga-pinga. Menurutnya lagi seorang kakak dan seorang abangnya menggembeleng tenaga menjayakan tapak semaian itu.

    “Cikgu, saya tidak akan berjaya hingga ke tahap ini jika bukan kerana bimbingan cikgu selama ini.” Akur Hasrol. Amiza tersenyum, hanya satu yang tidak berubah, kata-kata Hasrol masih seperti dulu, jujur dan tulus.

    “Cikgu menolong sedikit sahaja. Ini semua berkat pertolongan Allah kepada Hasrol yang gigih berusaha.” Tingkah Amiza, masih terharu. Ayah, ibu, kakak dan abang Hasrol datang. Mereka menyalami Amizah. Ibu Hasrol, Normala memeluk erat guru wanita itu.

    “Terima kasih cikgu. Nurseri ini lambang cinta kasih kami semua. Kami sangat terhutang budi kepada cikgu yang berjaya mendidik Hasrol menjadi insan yang berwawasan”. Normala meluah isi hati. Kelihatan dia menundukkan wajahnya, mungkin berasa malu apabila terkenangkan peristiwa dia berkasar dengan Amiza tempoh hari.
    Hasrol seterusnya memberitahu selepas keputusan SPM keluar, dia diterima masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara. Di sana dia mengambil jurusan landskap dan nurseri. Di situlah dia mula berjinak-jinak dengan bisnes ni. Dia bertekad untuk membuka tapak semaian sendiri dan mengundang Amiza pada majlis peramsmian nanti.

    Posted on January 26, 2010 at 12:08 AM

     
  97. wan salmah Said,

    POSTING 13
    Amiza tersenyum puas. Dia terkenangkan saat ketika mula-mula Hasrol menjejakkan kaki di sekolahnya suatu masa dahulu. Lirik mata yang misteri, senyum yang naif, wajah yang pucat. Setelah saban hari menjalani sesi ‘fisioterapi’ di taman mini itu, kelihatan dia sudah banyak berubah. Sudah pandai mengukir senyum, mata yang semakin galak, dan terpancar sinar pada wajahnya. Ya, dia sungguh puas. Menolong seseorang sehingga berjaya dalam kehidupan adalah satu pencapaian yang tidak dapat diukur dengan kata-kata atau harta benda dunia. Terima kasih Tuhan kerana memberi peluang kepadaku untuk menjadi seorang guru!

    Posted on January 26, 2010 at 12:08 AM

     
  98. wan salmah Said,

    sifu,
    tema cerpen ialah bagaimana sebuah taman mini yang diusahakan oleh seprang guru landskap telah dapat menjadi terapi kpd seorang pelajar penghidap epilepsi (sawan babi).
    taman ini juga saya cuba gambarkan sebagai konsep 1 malaysia..iaitu guru dan pelajar berbilang bangsa sama2 menjayakan taman ini.

    macam mana ya sifu..betul tak tema saya itu, dan tercapaikah hasrat 1 malaysia saya di sini?
    sekian, terima kasih..

    Posted on January 26, 2010 at 5:35 AM

     
  99. wan salmah Said,

    saya dah ubah beberapa slot cerpen ini, sebab, saya sendiri dah konfius..akhir sekali saya buat balik cerpen ini seberapa tak konfius yg boleh..

    Posted on January 26, 2010 at 5:42 AM

     
  100. azmah nordin Said,

    wansalmah :)

    di setiap paragraf pembaikan yg telah anda buat tu, saya komen begini; cantik, cantik, cantik!

    nah, sekarang jelas kan, apabila tidak berputus asa, hasilnya jauuuuuuuh lebih baik drpd asalnya. malah, ia seakan2 hasil penulisan seorang penulis profesional sudah. tahniah :)

    cuma ada satu kehilangan yg terasa; apabila hasrol jatuh, saya tak nampak lagi gambaran bagaimana mulutnya berbuih2 dan tubuhnya mengejang2 sesuai seperti org yg diserang epelipsi..ini perlu anda selitkan nanti, utk sebagai bahan ilmu bantu yg tlh anda buat sebelum ini.

    juga ttg tanda baca (") hanya diwujudkan, selepas tanda baca (,.!?) dan sebagainya, bukan sesudah ("), dan seharusnya pembahagian paragraf, perlu tekan 2 kali enter di antara paragraf k...


    utk pengetahuan anda, utk menghasilkan cerpen yg sebaik anda buat kat atas tu, mmg tak boleh buat sekali jalan. mula2, kita turunkan semua idea yg ada dlm otak kita ttg tema yg kita nak angkat, lepas siap kita biarkan/perap buat beberapa hari, lepas tu baru kita tgk balik dan mulakan semua dgn lebih kreatif.

    Posted on January 26, 2010 at 12:13 PM

     
  101. wan salmah Said,

    sifu, terima kasih banyak2..lega 2 tan rasanya kepala ini..

    saya ambil masa yg lama utk menjiwai cerita ini walaupun cerita ini sudah lama saya tulis..betul kata sifu..proses pematangan penulisan..

    saya akan tambah sedikit saja lagi cerpen ini,spt saranan sifu. lepas tu saya nak tumpukan pada novel..perjalanan utk novel masih jauh lagi..saya mesti siapkan tahun ini..

    sifu, ttg cerpen2 yg saya bengkelkan di sini, bolehkah sifu cadangkan ke mana harus saya hantar?
    1. Kunang-kunang
    2. Inikah cinta?
    3. Guppy, petunia dan pergola (ni kalau saya tak
    hantar pertandingan, saya nak hantar ke media la)..

    akhir sekali, terima kasih sekali lagi..semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkatimu sifu.. aminnn

    Posted on January 26, 2010 at 3:32 PM

     
  102. azmah nordin Said,

    tmbhn; lupa nak sentuh ni; gaya bahasa anda kali ini juga, sgt2 cantik dan matang, kalau boleh, kekalkan gaya bahasa ini supaya ia boleh dijadikan sebagai identiti penulisan kreatif anda k :)

    Posted on January 27, 2010 at 2:49 AM

     
  103. azmah nordin Said,

    wansalmah :) andainya saya dgn tak sengaja dah tersinggung perasaan awak dgn komen2 brutal saya, harap dimaafkan k...

    Posted on January 27, 2010 at 2:51 AM

     
  104. wan salmah Said,

    sifu, tak..saya tak tersinggung pun..saya mmg nak belajar dgn sifu..
    kata2 sifu saya akan copy dan jadikan panduan.. saya ni pelupa, jadi kena sentiasa ingat teguran sifu..sungguh,saya mmg nak sifu komen @ tegur ..
    terima kasih...

    Posted on January 27, 2010 at 4:46 PM

     
  105. azmah nordin Said,

    wansalmah :) saya sedia bantu anda pada bila2 masa saja, selagi ada hayat, insya-Allah. gigih terus dan angkat wanita2 sehebat amiza karya anda k

    oleh krn kita berbengkel, jadi saya beritau anda ttg ni; amiza, walau hanya seorang guru muda, dia ttp seorang wanita hebat yg punya gagasan dan wawasan yg hebat. nawaitu sebagai seorang guru, bukan sekadar menyampaikan mata pelajaran pd murid2, tp turut peka, mengambil berat terhadap kebajikan dan masa depan murid tersebut; inilah yg saya maksudkan dgn nilai murni dlm berkarya dan anda berjaya mempersembahkannya dgn sempurna dan cantik :)

    Posted on January 27, 2010 at 8:24 PM

     
  106. wan salmah Said,

    terima kasih sifu..
    semoga niat kita utk berkarya di jalan kebaikan dapat dikongsi dan dijadikan panduan oleh pembaca..
    kami gembira dan bersyukur kerana dapat sifu yg begitu memahami..

    Posted on January 28, 2010 at 5:36 AM

     
  107. Azmah Nordin Said,

    sama2 wansalmah :) saya pun bersyukur juga sbb dpt anak2 didik yg tak pernah mahu berputus asa atau menyerah kalah mcm anda

    Posted on March 24, 2010 at 10:25 AM

     

Post a Comment

featured-video