• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Thursday, March 12, 2009

S.E.A write Awards 2009 (hari pertama)

Thursday, March 12, 2009 // by Azmah Nordin // // 4 comments

(Seperti yg dijanjikan, di sini saya perturunkan sedikit catatan ttg pengalaman dan gambar2 saya yg sedang demam selsema dan batuk yg teruk, di sepanjang minggu S.E.A Write Awards yg amat mengesankan. Pertama2 sekali ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, terutama sekali kepada Sdr. Zaidah Ahmad Rosly dan Sdr Ana Suhana, pegawai2 dr bahagian Unit Perancang Bahasa dan Sastera DBP, kerana telah bekerja keras dan menjaga saya dan anak saya dgn sgt2 baik dari permulaan perjalanan hingga ke saat saya kembali ke Kota Kinabalu, sepanjang saya di Bangkok. Budi kedua2 gadis jelita yg sgt2 baik hati ini, amat saya hargai dan akan saya kenangi hingga ke akhir hayat saya. Saya sayang kamu berdua juga :) percayalah)

Ucapan Penerimaan SEA Write 2009 Awards


Menjunjung kasih buat Duli Yang Maha Mulia Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn dan Duli Yang Maha Mulia Puteri Srirasm yang sudi hadir di majlis yang gilang-gemilang ini. Yang dimuliakan keluarga diraja Thailand, yang dihormati para duta dan pegawai-pegawai kedutaan, para penaja, penerima S.E.A. Write Awards, pihak sekretariat dan hadirin sekalian.
 
Pada majlis yang indah permai dan penuh bermakna kepada semua penulis negara ASEAN ini, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Tuhan Yang Maha Kuasa atas limpah kurnia-Nya kepada hamba-Nya dengan penganugerahan Anugerah S.E.A Write yang tidak ternilai lagi tinggi prestijnya ini kepada saya.




Pertama sekali, ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Thailand, mentor-mentor saya di Dewan Bahasa dan Pustaka dan di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia, serta setiap individu yang terlibat sehingga membolehkan saya berada di majlis yang serba indah ini, untuk menerima penghormatan yang tidak pernah sekali pun berani saya impikan menjadi milik saya. Saya sangat menghargainya dan amat terharu, sungguh! Hanya Tuhan Yang Maha Kuasa sahaja yang dapat membalas budi baik saudara-saudara sekalian kepada saya.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, saya tidak mungkin berada di majlis yang hebat ini tanpa sokongan dan dorongan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kira-kira 22 tahun yang lalu, saya datang ke Dewan Bahasa dan Pustaka hanya dengan berbekalkan doa keluarga dan segenggam semangat untuk menerjuni bidang penulisan kreatif. Dewan Bahasa dan Pustaka bukan sahaja membuka pintunya, malah memberikan saya bimbingan demi bimbingan melalui bengkel-bengkel penulisan kreatif yang mereka anjurkan.

Melalui penyertaan dalam bengkel-bengkel tersebut, saya mula menyedari bahawa sastera adalah seumpama berlian yang berkeupayaan memancarkan dan menyerakkan cahaya kehidupan kepada para pembacanya, terutama sekali melalui keindahan bahasa, keteguhan nilai-nilai murni dan plot-plot cerita yang di dalamnya dijalin dengan daya kreativiti yang tinggi. Bolehlah kita katakan sastera sebagai “penulisan berlian” yang sebenarnya seperti berlian juga yang perlu dicanai untuk dinikmati keindahan dan kilauan cahayanya. Diharapkan gemerlapan sastera ini akan terus menjadi perhiasan jiwa pembacanya, sekali gus mempunyai pelbagai kegunaan dalam pembentukan manusia dan kemanusiaan itu sendiri.

Akhir sekali, pada majlis yang gilang-gemilang ini, saya mempelajari sesuatu yang baru lagi. Jika sastera adalah penulisan berlian, maka Anugerah S.E.A. Write adalah anugerah berlian. Sebagai salah seorang penerima anugerah berlian ini, saya adalah antara insan yang paling bertuah pada saat ini, sungguh!

Sekian, terima kasih.



( Hari pertama;  sebaik saya dihantar utk berlepas ke Thailand, begitu menyedari saya adalah awardee dari Malaysia, saya sudah menerima layanan VVIP daripada pihak Thai Silk Airways, dlm segala segi. SEtiba saya di Bangkok, begitu pintu pesawat terbuka, sudah ada limousin menunggu di utk kenderaan dlm terminal lapangan terbang yg menanti kami, utk memintasi perjalanan lain2 VVIP bagi memudahkan kami melewati pihak imegrasion. Dan di luar pintu terminal, limousin serba mewah, sedia menanti utk memawa kami ke Mandrin Oriental Hotel, Bangkok dgn penuh gaya. Saya rasa mcm dlm mimpi indah saja.  Terima kasih DBP dan semua mentor  saya kerana memberikan saya peluang dari kaca mata VVIP :))


Saya sedang menjawab soalan drpd pihak wartawan dan peminat sastera dalam `Exclusive interview session with Mr. Paul Theroux'




(kat atas tu, gambar lelaki yg tinggi berdiri di sisi saya tu, pemenang dari Singapura, Chia Hwee Pheng, di sebelah kiri saya, pemenang dari Brunei Darussalam, Hajah Norsiah binti Haji Abdul Gapar, pemenang dari Indonesia, Floribertus Rahardi, pemenang dari Philipines, Abdon Jr Balde, pemenang dari Vietnam, Cao Duy Son, pemenang dari Laos, Khamseng Synonthong dan pemenang dari Thailand, Uthis Haemamool. Gambar yg duduk di hadapan itu adalah para penaja S.E.A. write Awards yg terdiri daripada Presiden2 Bank terkemuka di Thailand dan dari Royal Thai Silk Airlines)




(Semasa ditemuramah oleh gadis sekolah menengah di Bangkok)



(saya dibantu sepenuhnya oleh Sdr Zaidah Ahmad Rosly, termasuk apabila saya menghadapi kesukaran memahami pertuturan bahasa Melayu gadis beragama Islam ini)



(saya dan Lyn dalam perahu, menyeberangi Sungai Choa Phraya untuk ke majlis Baan Phraya, yg terletak bertentangan dgn hotel bertaraf 7 bintang tmpat kami menginap selama seminggu.



(saya, Lyn dan Ana Suhana, pegawai perancang Bahasa dan Sastera DBP dlm perahu)




Posted by Picasa

(gambar di atas ni, saya menerima `Honorarium' dan disyorkan supaya pergi shopping sakan semahunya. (Wah! Demam selsema dan batuk2 pun, sanggup pergi shopping sampai dinihari! Alangkah! hehehe...)


(tgh dlm proses ngurat Mr. Rex Morgan, jejaka kayaraya dan sgt baik hati dari Rex Morgan Foundation... hehehe)



(kat atas ni semasa diraikan dalam majlis Thai Dinner and Classical Dance Show, di Sala Rim Naam restaurant.)



(Sambil menjamu selera, sambil menonton persembahan kebudayaan Thai yg sangat lembut drpd penari2 jelitanya di restauran yg kelihatan seperti sebuah ruang dalam istana!)

4 comments:

  1. Sdr Azmah: Tahniah atas penerimaan SEA Write Award. Selamat terus berkarya.

    Marsli N.O

    ReplyDelete
  2. Sdr Marsli N.O. :) terima kasih di atas ucapan itu, saya amat terharu. Ya, saya berjanji akan bekerja lebih keras, selepas ini :)

    ReplyDelete
  3. salam, mak long...jiji sgt impress tengok archievement mak long...setinggi2 tahniah kami ucapkan utk mak long..moga Allah swt sentiasa memberikan maklong kekuatan dan idea2 yg mengalir seperti air sungai utk meneruskan perjuangan didalam bidang penulisan dan berkarya. we love u forever...mhuasssss..

    ReplyDelete
  4. jijiii...! nah, sampai juga kamu ke sini ya. terima kasih di atas ucapan itu, mak long amat terharu. we love u forever too.. mhuggssss..

    ReplyDelete