• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, March 7, 2010

Sastera Remaja dan Kanak2 Sepenting Sastera Utk Dewasa?

Sunday, March 07, 2010 // by Azmah Nordin // // 6 comments

Sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan novel utk remaja atau kanak-kanak? Tidak, kerana ia sesukar menulis utk novel dewasa? Tidak, kerana ia tidak mendatangkan pulangan selumayan novel dewasa? Tidak, kerana tidak mahu dikaitkan sebagai penulis novel ringan dengan karya remaja kanak-kanak dan remaja? Dan sebagaimya.

Masih berminat utk tahu lebih lagi?



Pertama-tama sekali, anda mesti sayangi kanak-kanak dan remaja. Jika anda seorang ibu atau bapa atau banyak bergaul dengan golongan kanak-kanak dan para remaja, itu adalah satu bonus. Syukur Alhamdulillah. Namun, jika anda sendiri masih seorang remaja, juga tiada masalah – malah lebih bagus lagi. Yg penting, utk menghasilkan novel kanak-kanak ataupun remaja, anda seharusnya cukup pakar dalam mendalami perasaan seorang remaja atau kanak-kanak. Atau, lebih baik, jika did ala diri anda, masih wujud `jiwa’ remaja itu, utk memudahkan anda memahami psikologi remaja.

Dalam menghasilkanpelbagai jenis karya di sepanjang penglibatan saya dalam dunia penulisan, saya rasa saya sudah banyak mengenali jiwa remaja dan perlu belajar lebih banyak lagi. Ada pelbagai kaedah dalam dunia penulisan novel remaja atau kanak-kanak, antaranya;

1. Sebagai pengarang novel remaja dankanak-kanak, anda MESTI membaca karya remaja dan kanak-kanak dulu. Anda perlu membaca dan membaca karya sastera remaja dan kanak-kanak, seolah-olah ia adalah makanan jiwa anda, pagi petang, siang dan malam . anda perlu terus membaca seolah-olah ia adalah oksigen pada pernafasan anda dan jika tidak bernafas, anda pun tahu apa yg akan berlaku kepada anda, bukan?

Jika bermasalah dari segi kewangan, pergilah ke perpustakaan yg banyak terdapat di setiap daerah itu. Pinjam dan baca, setiap ada kelapangan, sebanyak mungkin, seboleh mungkin. Perpustakaan adalah `syurga’ buat setiap penulis. Jika anda terdengar mana-mana karya diangkat sebagai pemenang dalam mana-mana sayembara, berusaha keraslah utk memperolehinya, membacanya, hayati, pelajari dan cari mengapa karya itu boleh diangkat sebagai pemenang sayembara tersebut.

Namun, jika anda rasa anda tiada masa utk melakukan itu semua, silalah cari impian lain k...

2. Anda MESTI menyokong perjuangan hidup remaja dan kanak-kanak dan masyarakat sastera remaja dan kanak-kanak dalam kehidupan anda. Anda mempunyai banyak saingan dalam bidang penulisan remaja dan kanak-kanak, dan anda perlu melakukan segalanya sedaya upaya anda untuk membuktikan bahawa karya anda memang baik untuk sastera remaja dan kanak-kanak dan berhak mendapat perhatian pihak penerbit. Memelihara, melindungi dan mempromot laluan yang mengaitkan remaja dan kanak-kanak kepada buku. Secara tidak langsung, anda mempelajari tentang industry dan budaya penerbitan buku remaaj dan kanak2.

3. Anda perlu menyampaikan cerita anda dari lubuk hati anda – dan hanya anda seorang yg boleh melakukannya. Anda harus menyampaikan cerita yang anda sendiri akan seronok membacanya, atau yang anda sendiri boleh menitiskan air mata semasa menghasilkannya – biarpun ketika itu mungkin mata anda sedang sakit atau tekak anda sedang loya macam nak muntah dan sebagainya. Anda harus terus menulis hingga ke titisan darah terakhir di hujung jari jemari anda, sehingga karya yg lahir dari hati mengalir lewat lengan ke jari-jemari macam magis. Anda perlu menympaikan cerita yg mungkin anda tidak berani menceritakannya secara lisan, tapi anda akan berasa telah melakukan sesuatu yang bermakna dan dapat tidur dengan lena pada sebelah malam, sebaik saja ia siap ditulis.

4. Anda harus yakin bahawa setiap patah perkataan yang anda tulis di dalam karya anda adalah demi memperjuangkan kebaikan/kepentingan para remaja dan kanak-kanak sejagat lewat penulisan kreatif. Ya, Sastera untuk remaja dan kanak-kanak – tak kisahlah apa orang kata tentangnyua, ia adalah sama penting dan sama taraf dengan Sastera utk dewasa. Dan andai ada orang yang tidak mempercayai akan keyakinan anda, itu adalah masalah mereka – bukan masaalah anda. Tugas anda adalah untuk mengumpul seluruh kekuatan dalaman utk meneruskan perjuangan yg anda yakini seluruh jiwa k..

Apakah anda rasa saya terlalu tegas atau begitu mengharapkan kejayaan? Kalau begitu, pilihlah begitu mengharapkan kejayaan. Berjayalah. Ia begitu penting untuk anda Berjaya, sepenting penulisan karya sastera dewasa, dan jelasnya, menghasilkan karya sastera untuk remaja dan kanak-kanak juga tidak semudah karya dewasa.

Yang penting, anda harus punyai sasaran paling tinggi. Anda mesti berjuang. Dengan membaca dan membaca dan membaca semenjak semuda mungkin lagi – ditambah dengan keyakinan diri yg utuh, kasih sayang sesama insan dan hidup bertolak ansur dalam sesebuah masyaralat berbilang kaum, dapat membantu mempermudahkan perjuangan anda. Insya-Allah.

6 comments:

  1. Salam Sifu,
    Terima kasih atas info di atas. Saya sedang menyiapkan bab 3 novel saya. Nanti siap saya post ya, insya Allah.

    Sifu, saya tertarik dgn novel remaja/kanak2 ni. Saya nak kaitkan remaja dgn isu alam sekitar. Sekarang sedang cari perkara berkaitan alam sekitar yg nak dijadikan isu. Kalaulah Sifu dpt memberi point sebagai pencetus...

    Hehe dahsyat jugak anak murid ni, itu pun nak minta dari Sifu. Bukan apa, saja nak manja manja dgn Sifu yg banyak idea..

    Jgn bimbang, idea utk novel saya sekarang tetap mengalir. Cuma saya nak sibukkan minda saya ni yang dah ada virus ni.

    Ok ya Sifu, kalaulah tak keberatan..
    Syukran..

    (Ps Sifu dah berangkat ya..semoga Sifu happy di sana, enjoy dan dapat sesuatu yg baru..)

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Entri kali ini amat bertepatan dengan apa sedang dilalui oleh saya.Rasa bersyukur kerana mengenali dan singgah di blog ini. Terima kasih di atas perkongsian ilmu. Semoga puan terus diberi kekuatan oleh-Nya.

    ReplyDelete
  3. wan salmah :) nanti saya di bangkok, saya cuba fikirkan k...

    novel dewasa anda tu bagus dan matang sekali cara pemikirannya, elok diteruskan sampai siap juga. ya, saya dah nak berangkat awal esok pagi.

    ReplyDelete
  4. zayu hisham :) sama2 dan terima kasih untuk doa anda tu k...

    ReplyDelete
  5. salam sifu,
    di keheningan mlm ini...buat sekian kalinya sy prdalami lg fikiran sy supaya benar2 yakin sy tidaklah jadi terlalu lemah atau tidak berbaloi jika masih belum sesuai utk mnghasilkan novel dewasa. dlm hati mmg tringin mghasilkan novel dewasa...tapi byg2 mereka yg sy kenali serentak brsuara...awak elok tumpu tulis novel remaja! kerana awak sentiasa brsama2 golongan remaja...

    Sy akui, mmg manis dpt kekal brsama remaja. tambah bahagia dpt pula mnulis ruang lingkup remaja..kita akn sentiasa merasai kemesraan mereka dan dpt pula bri prhatian yg mereka hajati dari kita. Ini dpt mengurangkan 'generation gap'...mmg bahagia!

    Tapi sesekali sedih juga bila rasa mcm kita tidak sampai tahap matang utk mnghasilkan karya dewasa. Trtunggu2 tiba saat itu... Tapi yg sy alami smakin sy tringin...smakin pula skop remaja itu dtg meluas n mlimpah ruah kpd sy. Seolah-olah mmg sudah ditakdirkan sy mmperjuangkan nasib remaja.

    Kadang2 hairan pula ...bila ada yg mnyebutkan seolah-olah sy berhadapan dgn hakikat 'jiwa remaja yg trperangkap dlm jasad org dewasa'. Aneh! Tapi mcm ada benarnya..mungkin. Mungkin ini dilihat dari watak sy yg sentiasa senang brmesra dgn remaja umpama kawan rapat.Jika bersama golongan dewasa yg brwatak 'tua' sy jadi 'mati kutu' n tak ada bahan utk dibualkan. mungkin di sini punca sebab2nya...

    bagaimana pandangan sifu...rasa mcm ada yg sifu boleh cuit n bri suntikan supaya sy tidak terus meraba2.

    didahului terima kasih buat sifu.

    ReplyDelete
  6. ummu anas :)

    tak salah kalau kita terus menulis novel remaja, kerana memangpun banyak yg perjuangkan lewat karya2 genre tersebut. Ia sudah tentu lebih mudah apabila kita bergaul mesra dalam golongan tersebut, kerana lebuh mudah mendalami jiwa sekali gus menyampaikan harapan/impian golongan tersebut dlm karya2 kita.

    namun (wah, knp mesti ada namun arr? hehehe) sebagai penulis, kita harus memandang begini; mula2 belajar menulis, kita hasilkan cerpen kanak2, lps tu cerpen remaja dan selepas tu cerpen dewasa... setelah memantapkan diri dlm penghasilan cerpen, kita naik satu darjah lagi, dgn menulis novel kanak2, lps tu novel remaja dan kemudian ke darjah paling tinggi (universiti gitu) novel dewasa... ia harus naik darjah satu persatu begitu. Ini penting, demi kepentingan diri penulis itu sendiri.

    apa2 pun yg kita hasilkan, yg paling utama adalah keyakinan diri dan byk2 latihan. itu je k :)

    ReplyDelete