• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Saturday, May 16, 2009

Mentakrif Definasi Gaya Penulisan

Saturday, May 16, 2009 // by Azmah Nordin // // 2 comments

Ada beberapa cara untuk mentakrifkan atau mengenal pasti definasi Gaya Penulisan dalam Sastera;

1. Perhatikan bagaimana pengarang mempersembahkan karya kreatifnya. Jika cerita disampaikan dengan `Aku’ atau `Kami’, ini bermakna pengarang menggunakan bentuk sudut pandangan orang pertama disampaikan lewat sudut pandangan watak tersebut; melihat, mendengar, merasa, menghidu, menyentuh, dan semua ransangan-ransangan fizikal seumpamanya, seharusnya daripada sudut pandangan watak tersebut saja. Ia lazimnya digunakan untuk cerpen atau novel detektif ataupun novel misteri.




Namun sebagai manusia biasa, tiada seorang pun pengarang yang tahu segalanya. Jadi, gaya penulisan serba tahu yang banyak digunakan pada zaman dahulu kala, tidak wajar digunakan lagi pada masa kini, dan tugas pembaca adalah untuk melangkaui apa yang ditulis oleh pengarang.

2. Kesani objektif sudut pandangan orang ketiga, andainya itu yang digunakan oleh pengarangnya. Gaya sudut pandangan orang ketiga tidak mengizinkan pembaca `masuk’ ke dalam jiwa watak-watak lain, kecuali watak utama. Kehadiran watak-watak lain di dalam bahagian watak utama, tidak lebih daripada bersifat permukaan cuma.

3. Cuba cari petanda daripada penulis yang tidak boleh dipercayai. Penulis-penulis seperti ini, lazimnya suka menggunakan bahasa-bahasa bombastik, dianggap meluahkan perasaan yang tidak tulen. Karya-karya mereka dianggap bermasalah secara mental atau menipu diri sendiri dan pembaca, unsur-unsur yang terdapat di dalam ceritanya menggambarkan bahawa penulisnya mempunyai sudut pandangan yang berat sebelah dan cacat. Pengarang-pengarang ini seolah-olah ingin menunjukkan kehebatan `berbahasa' mereka kepada pembaca, padahal pembaca mungkin jauuuh lebih hebat lagi dalam bidang berbahasa berbanding mereka. Biasanya, idea yang cuba disampaikan oleh pengarangnya secara tidak langsung memaksa anda selalu bertanya sejauh mana pengarang tersebut boleh dipercayai.





2 comments:

  1. Selamat menyambut Aidilfitri utnuk kak Azmah dan famili. Tahniah juga atas anugerah SEA Write Award.

    ReplyDelete
  2. Azrone :) Selamat menyambut Aidilfitri utk awak sefamili juga, dan terima kaish utk ucapan tahniah tu, saya terharu :)

    ReplyDelete