• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, March 14, 2010

One Malaysia dalam Sastera

Sunday, March 14, 2010 // by Azmah Nordin // // 12 comments

(sdr.2 seperti yg lain2 yang tersiar di blog ini, tulisan One Malaysia dalam Sastera juga sudah terbit di DBP k :))


Satu Malaysia dlm Sastera


Photobucket


Memang sudah diketahui ramai, konsep 1 malaysia yang bermakna rakyat
bersama-sama berganding bahu membangunkan Malaysia, ini sebenarnya
sudah sedia wujud lama dulu. Yakni, tanpa wujud perselisihan faham, tanpa
perlu mempersoalkan hak keistimewaan sesuatu kaum, tanpa perlu menyinggung sensitiviti masyarakat berbilang agama, kaum, fahaman ideologi, budaya,
politik dan sebagainya. Langkah-langkah memperkasakan konsep One Malaysia
yang diambil oleh pihak kerajaan ketika ini, bertujuan supaya warga Malaysia
lebih memahami dan menghayatinya , bagi membina sebuah negara yang aman
makmur dan harmoni.

Jadi, bagaimana kita hendak terjemahkan konsep Satu Malaysia ini dalam bentuk
karya Sastera?



Sebagai pengarang, kita boleh angkat apa saja tema untuk karya – asal tidak menyinggung sensitiviti masyarakat berbilang agama, kaum, fahaman ideology, politik dan seumpamanya. Ini tentunya untuk menjaga
keamanan, kemakmuran dan keharmonian negara kita juga, bukan? Bagaimana
kita nak memperkasakan karya Sastera kita? Mudah saja, jika kita pandang dari sudut One Malaysia; dengan memuat-indahkan karya anda dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum sebagai watak-watak utama dan sampingannya, selain daripada watak utama dan sampingan yang sekaum atau sebangsa dengan anda.

Photobucket

Kenapa harus begitu? Jawapannya; Apabila kita berkarya dengan mengangkat niai-nilai murni seperti perjuangan atau pengorbanan hidup di dalamnya,
tentulah niat kita supaya karya itu lebih bererti, bukan? Untuk pengetahuan anda, karya anda akan berlipat kali ganda lebih bererti dan kelihatan lebih nyata, jika dalam niat yang sebaik itu, anda turut mengangkat dunia realiti anda yang sebenarnya. Karya-karya seperti itu dihasilkan dengan harapan menyaksikan rakyat bumi Malaysia yang bertuah ini bersatu hati, buang yang
keruh ambil yang jernih, kerana sesungguhnya, tiada yang lebih berharga
selain daripada ketenteraman dan nyawa – dan itu hanya boleh diperolehi lewat karya sastera perpaduan bangsa. Penting dilakukan ini, agar generasi kita
yang akan datang dapat menggunakannya sebagai asas hidup masyarakat dengan mengamalkan hidup sihat, dan berbangga dilahirkan di bumi bertuah ini.

Lagipun, bukankah kita pernah dengar pepatah begini; bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh? :)


12 comments:

  1. atreyuuuu ! :) rindu den pd hg tau.. hehehe.. tgh sibuk ni, atreyu. projek dbp belum siap2, janji siap jumaat lalu, kena tangguh ke hujung bulan ni.. tu la... nak nangis kejap sbs sobs sobs

    ReplyDelete
  2. Salam Sdr Azmah Nordin: Saya suka melawat dan melihat di blog ini kerana Azmah seorang pengarang hebat yang sudah banyak menerbitkan bukunya. Haerap saya dapat memetik sesuatu di sini dan dihalalkan.

    Marsli N.O

    ReplyDelete
  3. maju terus sastra di seluruh dunia..

    ReplyDelete
  4. Sdr Marsli :)

    terima kasih atas pujian yg tersgt tinggi tu.. seram saya.. hehehe... ya, silakan, semua pun dah terbit di dbp..

    ReplyDelete
  5. salam maju sastra di seluruh dunia untuk anda juga, Sdr Irwan Bajang :)

    ReplyDelete
  6. mayaaaaaaa....rindunya kt hg!!! apsal hg xbls emel aku wei????

    ReplyDelete
  7. atreeeyuuuuu .... den rindu kat hg :) hg hantar emel kat mana? den punya emel; azmahnordin@gmail.com... baru je dr sana, tak nampak pun emel hg... hantar balik k....gerenti den balas punya...hehehe

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)

    ReplyDelete
  9. Salam Ramadan al-Mubarak untuk Kak Azmah Sekeluarga

    ReplyDelete