• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Wednesday, April 8, 2009

Novel Bersiri; Impian Akuatik

Wednesday, April 08, 2009 // by Azmah Nordin // // 2 comments


( Saya ingin kongsikan novel remaja ini dgn para pengunjung yg tak dpt membelinya dan peserta Bengkel Online di blog ini. Terutama sekali buat Pa'al yg amat meminati dunia dlm laut dalam :) dan melihat bagaimana saya terapkan ilmu dunia laut di dlmnya. Ia akan saya siarkan secara berperingkat2, sebahagian demi sebahagian, hingga akhir, Insya-Allah.  Sinopsis; meneroka kehidupan akuatik,  pelbagai  jenis penghidupan laut yg negaranya merupakan terumbu karang. Penghuninya menghadapi undang2 alam, pemusnahan keturunan, pencerobohan manusia, pencemaran alam dan sebagainya.)


SEBUAH PERKHABARAN NGERI





DEWI, si ikan angelfish juvana betina itu, sedikit
pun tidak berasa ragu tentang malapetaka maha dahsyat
yang akan menimpa mereka. Malapetaka
yang berpunca daripada pertelingkahan dua kuasa di dasar laut yang dingin
itu, bukan rahsia lagi. Beberapa gegaran dan ledakan yang telah dilaporkan
berlaku di terurnbu-terumbu karang, di bukit bebatuan, di dasar laut dari
perairan kedua-dua kuasa besar yang berperang itu, dijangkakan akan turut
melibatkan wilayah yang berhampiran. Namun, Dewi kurang
bagaimana letupan demi letupan itu boleh berlaku;
letupan yang memusnahkan dan meleburkan terumbu karang dan hidupan
lain yang ada di dasar laut.



Berita buruk itu dibawa oleh beberapa ikan terbang yang bertugas sebagai pembawa maklumat. Ikan-ikan terbang yang mewakili wilayah masing-masing memang boleh dipercayai. Mereka pasti tentang itu, biarpun permukaan laut sekejap tenang dan sekejap bergelora. nun jauh di atas sana. Ke tangan
Ke tangan yang palsu! desis hatinya.


(Seperti suasana dalam hidupmu juga, bukan?)

|Dewi menghembus kasar buih-buih udara melalui mulutnya, sekali gus cuba menepis suara
secara mendadak terbit daripada dalam kepalanya.
Yang pasti, arus gelombang dengan leluasa menelurusi
di sela-sela terumbu karang kawasan kediaman ikan yang berpendapatan rendah, di persekitarannya. Kemudian pula, gemersik dedaun ganggang
lebat yang patah terkulai, jeritan bantahan haiwan akuatik yang lain tenggelam sewaktu bertempiaran berenang untuk untuk berlindung di rumah masing-masing; terus merempuh ganas di garis derianya dan merebak ke jiwa dan kepalanya.

Sama seperti sejak ia dan ibunya baru berpindah ke ke kawasan perumahan terumbu karang bertingkat- tingkat di lereng bukit berbatuan tu, setelah
dibenarkan keluar daripada hospital haiwan
akibat demam panas, beberapa musim yang lalu; ia
terus resah gelisah dalam rumahnya. Seperti lazimnya, setiap hari sebaik-baik sahaja ibunya keluar ke
tempat kerja, Dewi akan menghabiskan masanya di
kamarnya itu. Cuma pada hari-hari untuk mendapatkan rawatan lanjut sahaja, ibunya membawanya
keluar dari rumah itu. Untuk keluar seperti juvana
lain tidak mungkin, kerana sejak jatuh sakit dahulu, dia tidak berani mendedahkan dirinya pada keac
persekitaran yang tidak menentu di luar sana.

"Kembali ke rumah masing-masing! Cari perlindungan segera! Jangan membiarkan diri terdedah dalam arus yang membawa air laut yang tercemar radioaktif, di luar rumah kamu! Berbahaya!" Begitulah jeritan beberapa ikan terbang itu, sebentar tadi. Jeritan yang bergema melalui pusaran arus laut yang
menggila, melaung-laungkan perutusan mereka, ke Wilayah Impi, sebelum beredar ke wilayah lain pula.

Radioaktif? Berbahaya? Malapetaka? tanya
Dewi dalam hatinya. Dewi semakin keliru dan tidak
mengerti akan maksud jeritan beberapa haiwan akuatik lain yang bertempiaran melarikan diri.

"Se ... serangan nuklear ...! Serangan nuk ...
Perang Dunia Ketiga berlaku ... nuklear ... serang-
an! ..." Jerit salah satu daripada dua haiwan akuatik
itu. Sedetik itu, ia terbelahak batuk. "Cepat ... cari
tempat perlindungan!"

"Apa itu serangan nuklear?" tanya seekor ikan
yang kebetulan baru bangun dari tidur, waktu menje-
ngahkan kepalanya yang berbintik-bintik itu dari
celah lubang kecil.

"Benarkah apa yang berlaku?" soal seseekor
lagi.

"Jangan tanya soalan bodoh!" tingkah yang lain.

Dewi yang hanya menjadi pemerhati dari dalam
kamar di rumahnya, tercengang-cengang kehairanan.
Waktu itu, lalu, semua haiwan akuatik di sepanjang
laluan ikan-ikan terbang itu dan yang sempat men-
dengar perutusan mereka, bercempera menyembunyi-
kan diri masing-masing di celah-celah batu karang di
sekitar mereka. Tanpa mengira siapa pemiliknya.
Kerana bingung dan keliru, sewaktu bergegas itu, ada yang terpisah daripada isteri atau suami, adik-adik
atau anak-anak yang berenang ke arah yang berlainan. Ada yang tersilap arah renang dan terus menjadi
habuan haiwan-haiwan pemangsa yang sibuk
mengambil kesempatan daripada kekecohan itu.

Dan dalam kamarnya, Dewi menjerit dalarn hati,
menyaksikan segala-galanya. Dewi terkejut apabila
terpaksa menghadapi kenyataan itu. Serta-merta, dia terbayangkan ibunya yang masih belum pulang
tempat kerjanya. Serta-merta dia bersedu keharuan.
Tetapi dia tahu siapa ibunya. Ibunya bukan calang-
calang ikan angelfish. Ibunya pandai mengatur masa
dan membawa diri. Ibunya pandai bermandiri
dan Dewi bangga dengan hakikat itu. Ibunya hebat.
terbukti semasa mereka ditinggalkan begitu saja
oleh ayahnya dahulu.

Namun, biar apa pun, Dewi terus menanti dengan debar. la terus menanti di situ, seperti biasa. Menanti kepulangan ibunya, biarpun waktu pulang
dari kerja belum tiba. Juga menanti mereka melewati
rumahnya, di luar sana. Terutama sekali, menanti
seekor Harlequin tusk-wrasse, juvana jantan yang
teramat istimewa itu.

Kini, dijangkaukan pandangannya ke permukaan
laut itu lagi. Kadangkala kelihatan jelas bayarng-bayang beberapa haiwan dua kaki yang bergerak
atas kapal itu. Bayang-bayang itu, lazimnya, akan
menjulurkan sesuatu yang lebih halus daripada sesungut
obor-obor dan memanjang ke dasar laut.
biasanya terdapat seekor bangkai ikan kecil ataupun
cacing yang tampak terkuit-kuit. Bagaikan meng-
gamit selera, sekali gus menggamit nyawanya.

"Itu umpan namanya, nak - ada malapetaka di
sebaliknya." Ibunya pernah memberitahu kepadanya
begitu, suatu ketika dahulu. "Jangan mudah terpan-
cing. Berbahaya!"

Entah siapa yang memancing dan entah siapa
yang terpancing kali ini. Kami, haiwan-haiwan aku-
atik yang tidak berdosa, turut menjadi mangsa!
rungut hatinya kekesalan.

Arus resah yang membawa perkhabaran tentang
malapetaka itu, kian lama kian galak menerpa. Dan
arus itu mengingatkan Dewi pada risiko radiasi radio-
aktif yang akan diterima andainya ia tidak segera
mencari perlindungan. Mungkin dagingnya akan hancur hingga tinggal tulang kerangka sahaja. Mungkin tulang kerangkanyajuga turut lebur. Tambah parah, ia mungkin terkena penyakit pada kulitnya yang pucat
bagai ikan yang telah menjadi bangkai. Atau penyakit
dalaman yang berpanjangan dalam tubuh kerempeng-
nya. Penyakit ini mungkin diwarisi oleh anak cucu-
nya. Jelas nanti menyusahkan ibunya sahaja - atau-
pun, mungkin ia akan ditinggalkan terus. Macam
ayahnya dahulu, meninggalkannya!

Temyata deruan arus semakin kencang, sekencang gelodak hatinya yang mendesis-desis lalu dihim-
bau lewat insangnya. Pandangan resahnya di suatu
kawasan pusat bandar, sayup-sayup di kejauhan.
Lazimnya, sesekali ia boleh melihat haiwan-haiwan akuatik berenang berkeluk-keluk, melawan arus.
Mereka yang terdiri daripada pelbagai spesies ber
keliaran liar, bagaikan tenggelam punca, memberi
laluan kepada beberapa paus raksasa yang membawa
beberapa penumpang yang mampu melancong dan
ikan-ikan kenamaan di dalam mulutnya. Paus raksasa
itu menuJu ke tempat penginapan eksklusif, di
terumbu-terumbu karang bertingkat yang beraneka
wama di puncak bukit terjal ataupun di gua-gua di
lereng bukit di pusat bandar. Tetapi, tidak pada hari
ini.

Mungkin paus-paus itu terperangkap di perairan
yang terkena ledakan ... nuklear itu, getus hatinya. Mungkin, ayahku pernah menumpang salah se-
ekor pans raksasa itu - untuk meninggalkan kami
dulu. Hatinya pernah berbisik begitu, suatu ketika
dahulu. Tetapi itu dahulu. Sekarang tidak lagi. Seka-
rang ia tidak kisah pun. Saya ada ibu.


(... setakat ini ... barangkali!)

Serta-merta ia menarik muka masam. Begitupun, tanpa memikirkan keselamatan dirinya, Dewi
yang mengapung itu terus bertahan di tepi jendela.
Terasa telah bermusim-musim ia menggoyang-
goyangkan sirip dorsal dan ekornya yang berjumbai-
jumbai. Penutup insangnya mengembang kempis.
Bibimya yang pucat tertarik-tarik kaku pada mukanya
yang berbentuk tirus. Matanya sebiru laut dalam,
berbinar-binar resah. Kulitnya yang sepatutnya indah
bak pelangi berwarna warni, pudar warnanya. Sisik-
nya berwarna mutiara putih, kelihatan kian pucat lesi.

Perototannya rasanya kian meregang. la merasa amat
terhimpit. Bagaimanapun, Dewi terus menanti di jendela
itu. Dewi tahu, tidak dapat tidak, mereka terpaksa
melewati lorong sempit di hadapan rumahnya, untuk
menuju ke rumah masing-masing di hujung terumbu
karang itu. Kalau mereka sudah pun melewatinya,
pasti ia melihatnya. Pasti ia dapat memberi amaran
tentang malapetaka yang datang melanda seluruh
penghuni alam akuatik itu. Biarpun, hingga ke detik
ini, ia belum tahu bagaimana hendak menyampaikan
berita malang itu kepada mereka. Terutama sekali,
apabila sebelum ini, mereka belum pernah bertegur
sapa. Apatah lagi bertemu empat mata!

"Entah-entah, mereka tak pergi pun ke pusat
pengajian menengah itu!" bisiknya di dalam hati.


{Entah-entah, mereka sudah jadi mangsa malapetaka itu!)

Dewi tersentak nafas. la dicengkam rasa takut
yang amat sangat. Namun, sebelum ia benar-benar
putus semangat, tiba-tiba muncul seekor ikan juvana
jantan di selekoh menghala ke arah kawasan peru-
mahan bertingkat-tingkat itu. Ikan juvana jantan Har-
lequin tusk-wrasse itu berbelang-belang kuning hijau
dengan petak-petak merah di tubuhnya yang tegap
perkasa. Juvana jantan itu kelihatan seperti semusim
dua lebih tua daripada Dewi sendiri, ataupun mungkin
seusia. Juvana jantan yang berenang pantas itu, sese-
kali berpaling dan berkata sesuatu dengan nada marah
kepada seekor ikan betina yang berada di ambang juvana dan seekor ikan jantan kecil yang sespesies
dan sewarna dengannya. Kadang-kadang, ia menyondol-nyondol pengiring-pengiring kecilnya yang
asyik bergurau senda sesama sendiri itu. Juvana jantan itu bertindak bagaikan pengawal keselamatan
kepada pengiring-pengiringnya. Ataupun sebagai pendera. Anehnya, pengiring-pengiringnya pura-pura
tidak kisah. Mereka terus berenang meliang-lintuk
keriangan, menyongsong arus di belakang juvana jan
tan itu.

Entah mengapa, apabila Dewi melihat dan
mengenali juvana jantan itu, dada Dewi tiba-tiba
berdebar-debar. Semakin lama, juvana jantan dan
pengiring-pengiringnya yang mungkin sahaja adik-
adiknya itu, semakin hampir dengan rumahnya. Hati
Deui semakin gementar, di antara ingin memberitahu tentang mala petaka itu dan rasa serba tidak kena yang mencengkam diriya. Tetapi. Dewi sedar, ia perlu memberitahu mereka. Tetapi ia malu.
Kini Juvana Jantan Harlequin tusk-wrasse dan
penginng-pengiringnya itu sedang berenang pantas
melewati rumahnya. Dewi semakin serba salah, lalu
menyelak pokok ganggang lebat dan cuba menyam-
paikan maklumat tentang malapetaka itu kepada
mereka.

"Err ... saudara ...," ujar Dewi yang suaranya
tenggelam timbul di antara pusaran arus gelombang
yang menggila. Namun, entah mengapa, pergerakan
juvana jantan itu terhenti lantas Dewi segera menyembunyikan diri di dalam kamarnya.

Juvana jantan Harlequin tusk-wrasse itu memu-
singkan badannya ke arah jendela itu. la mengerut
kening. Pengiring-pengiringnya terus berenang
terkinja-kinja, tanpa menghiraukan juvana jantan itu.
Namun, sejenak kemudian, ia menggelengkan kepala-
nya sebelum terus berenang.

Sekali lagi Dewi memberanikan diri dan meng-
intip ke arah mereka, melalui pokok ganggang yang
tumbuh lebat di luar jendelanya itu. Dadanya berde-
bar tidak menentu. Nafasnya sesak tidak menentu.
Penutup insangnya mengembang kempis bagaikan ia
baru sahaja selesai menyertai pertandingan lumba
renang yang amat jauh. Dewi memang sedar, tidak
boleh tidak, maklumat tentang malapetaka itu perlu
disampaikan kepada mereka. Tetapi, ia tidak tahu
bagaimana hendak menyampaikannya tanpa menun-
jukkan dirinya sendiri.

Kini, juvana jantan Harlequin tusk-wrasse itu
sudah berada agak jauh daripadanya. Dan pengiring-
pengiringnya sibuk bermain dengan seekor anak nudi-
branch yang amat cantik warnanya, berhampiran
dengan rumah mereka. Dalam udara yang menggigit
tajam, juvana jantan itu kelihatan semakin resah geli-
sah.

Mungkin ia sudah tahu tentang malapetaka itu,
desis hati Dewi, yang menenangkan fikirannya supaya
tidak perlu bersusah payah memberitahu juvana jan-
lan itu.

(Mungkin juga si jejaka idaman ifu tidak tahu,
bukan?)

Dewi mengeluh singkat. Sekali lagi ia mengintip
juvana jantan yang meliar mata memerhatikan kiri
kanan atas dan bawah di persekitarannya itu. Resah
gelisah. Berbeza daripada pengiring-pengiringnya
yang bermain dengan anak nudibranch yang kelihat
seperti obor-obor.

Saya perlu memberitahu mereka! desis hatinya,
tetapi ia masih bersembunyi di dalam kamarnya.


(Atau ... biar saja mereka menjadi mangsa
malapetaka itu, bukan hasil ciptaanmu?)

Tidak, tidaaak ...! rintih hatinya, keresahan
Saya tak mahu mereka menjadi mangsa ...!
Serta-merta juvana jantan itu berenang meluru menghampiri kediaman Dewi. Sekali lagi Dewi
menyembunyikan dirinya. Sejurus kemudian, bagaikan
baru menyedari akan suasana perubahan sekitarnya, juvana jantan itu meliar mata memandang persekitarannya dan ke permukaan laut, nun jauh di atas
sana. Sedetik itu, matanya terbelalak. Tanpa berfikir
ngah, juvana jantan itu meluru ke tempat kediamaan
nya sendiri sambil menjerit, dan mendorong peniring-pengiring kecilnya dengan muncungnya mengarahkan mereka pulang.

Dewi memerhatikan mereka berenang memasuki
kediaman masing-masing lenyap daripada penglihatannya, sambil tersenyum sayu, Terasa sepi segala
galanya. Dan dengan tak semena-mena pula. Dewi tersendu keharuan.


"Ibuuu ...," rintihnya, tanpa sedar. "Pulang-

lah ..., bu ... jangan tinggalkan Dewi keseorangan
buuu ..."

Pada ketika itu juga gelombang berpusar-pusar
menempiaskan arusnya yang ganas ke arah Dewi,
seperti cuba menyentuh dan membelai jiwanya yang
kelukaan - Dewi menangis teresak-esak.

*   *   *

2 comments:

  1. saya sebenarnya ingin bertanya kepada puan.

    1.Bagaimana untuk menggambarkan personaliti sesuatu watak itu dgn berkesan dlm cerpen yg ruang agak terhad?

    2. Dalam sesebuah novel, bagaimana seorang penulis nak memastikan cerita di dalamnya tidak berulang-ulang dan mempunyai jln cerita yang teratur dan menarik?

    ReplyDelete
  2. Amierul :)

    utk soalan pertama,

    jwpn; caranya mudah saja, masuk ke dalam jiwa watak yg anda hendak angkat itu. Berfikir seperti watak itu, berckp seperti watak itu, berlaku adil kpd watak itu - biarpun mungkin watak itu watak antagonis. Cuba anda baca Petua Menulis Cerpen di Senarai Pos kat sebelah tu. Senang je, kalau dah tau caranya.

    utk soalan kedua,

    jwpnnya; utk mempastikan cerita tidak berulang2 pun, barangkali, mudah saja. Cerita itu harus digarap dgn pengalaman, perasaan, pandangan peribadi, gaya anda berfikir dan sebagainya. Ia pasti tidak boleh dianggap berulang2, kerana setiap individu itu unik sifatnya, percayalah :)

    Dan, utk mempunyai jln cerita yg teratur dan menarik? Sertailah Bengkel Online saya, nanti saya tunjukkan caranya, jika anda berminat.

    sebelum saya terlupa, andanya anda hantar posting lagi lain kali, sila beritau saya di shoutbox tu supaya saya boleh cari. Kalau tidak, mungkin saya akan terlupa terus atau tidak perasan langsung k

    ReplyDelete