• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, December 30, 2012

Kenapa Novelis/Cerpenis Perlu Baca Puisi?

Sunday, December 30, 2012 // by Azmah Nordin // // 19 comments

Kenapa? Tentu anda akan tanya. Sebenarnya, bukan hanya novelis, biar dlm genre apa sekalipun, setiap penulis perlu baca puisi utk memperbaiki kemahiran penulisan mereka. Prinsip puisi boleh digunakan dalam semua bentuk penulisan yg anda laksanakan.

Jom kita lihat apa kelebihan yg ada pada puisi, jika anda membaca-hayatinya;



1. Puisi mengajar menggunakan perkataan seekonomi mungkin;

dlm setiap puisi, tidak satu pun perkataan itu `membazir'. Para penyair setengah mati (yg saya kenal la k) memerah otak utk mendapatkan perkataan yg paling tepat dan berkesan utk meluahkan pendapat, ilham, mesej dan perasaan. dan kita pula, sebagai pembacanya, bebas menafsirkan pengertian puisi, menurut pandangan kita masing-masing tergantung darimana sudut pandangnya.

2. Puisi menggunakan imaginasi yg sgt kuat;

puisi adalah epitom - keunggulan `tunjuk dan lihat'. Dalam puisi, anda tidak mempunyai byk ruang untuk menceritakan setiap apa yg berlaku. Para penyair menciptakan gambaran yg begitu kukuh dan betul2 berupaya memberikan kilasan subjeknya utk pembacanya

3. Puisi adalah inspirasi;

sama ada suka ataupun tidak, puisi adalah refleksi atas peristiwa yang terjadi. dan alatnya adalah motivasi dan kepekaan dari seorang penyair. Sebuah karya yg dijalin dgn sebegitu rupa indahnya, puisi mengandungi emosi yg kuat dan lazimnya boleh kekal zaman berzaman. Kadangkala, sebuah puisi yang mungkin hanya sebaris dua kata-kata bermakna, sudah boleh menggerakkan keinginan anda untuk berkarya. Tindak balas emosi kita, setiap kali selepas membaca sesebuah puisi, boleh membuatkan cakrawala pemikiran kita terbuka hingga tercetusnya idea/ilham kita sendiri terhadap subjek yg diangkat oleh penyair tersebut.

Dengan perkataan lain, puisi adalah ibaratkan cahaya rembulan yang keluar dari sebalik kepulan awan hitam, di dalam kebutaan mata hati :)

Sumbernya?

Selain drpd buku2 antologi puisi yg byk boleh kita perolehi di DBP dan di toko2 buku yg lain, kita juga boleh memperolehi puisi2 yg baik lewat internet, di laman2 web sastera Malaysia mahupun di Indonesia. Jika anda boleh berbahasa Inggeris, ia adalah satu bonus. byk laman web yg menawarkan puisi harian yg boleh anda langgan terus ke inbox emel anda.

Namun, andainya anda benar2 tak menggemari puisi, kenapa anda tak lirik2 lagu puisi, yg telah memberikan byk inspirasi kepda saya, semasa mula2 belajar menulis dahulu :)

(sdr.2 sprti karya yg lain di blog ini, karya ini juga sudah terbit; hak cipta terpelihara k)

19 comments:

  1. sepakat...semua penulis kayakanya kalau baca puisi bakalan lebih sempurna!!!

    ReplyDelete
  2. wah artikel yang menarik. jadi tau gimana nulis puisi yang bener. hehe..
    selama ini cuman asal-asalan. hahaha..
    salam kenal ya. nice post

    ReplyDelete
  3. wah jadi tau gimana seharunya nulis puisi yang baik dan benar. hehe...
    nice post. salam kenal ya...

    ReplyDelete
  4. sdr jimox :)

    saya tidak beri bengkel puisi, cuma bengkel cerpen dan novel je. seperti bengkel novel dan cerpen, kalau saya tidak silap, nulis puisi yg baik juga harus dr hati; hati milik individu itu unik dan indah, jadi itulah...

    ReplyDelete
  5. salam bebalas ziarah. dulu, saya menulis puisi semasa di institut perguruan. sekarang kalau ada masa, saya lebih senang menulis cerpen dan novel. bukan apa, rasanya puisi lebih sukar untuk dipersembahkan (dimasak dan menghidangkannya) kerana memerlukan sedikit kata-kata tetapi ideanya harus mantop. dan lagi, perlukan masa, ya masa untuk merenung dan memikir secara bersendiri lebih banyak. Itulah yang baru saya perasan sekarang ini - menulis puisi (yg baik) perlu masa yang lebih berbanding cerpen dan novel.

    ReplyDelete
  6. salam Sdr Sisipan Ilham,

    Tepat sekali pendapat sdr ttg menghasilkan puisi bermutu jauh lebih sukar drpd menghasilkan cerpen ataupun novel. Nanti, bukalah bengkel puisi dan mana tau, saya boleh jadi salah seorang daripada peserta bengkel anda kan :)

    ReplyDelete
  7. jika nak puisi bermuti, bacalah syair kubur.cuma bukunya tiada di pasaran.

    ReplyDelete
  8. saya syorkan baca syair kubur untuk memperkayakan karya. cuma bukunya tiada di pasaran.

    ReplyDelete
  9. Mengapa penulis perlu membaca puisi?

    Soalan ini sungguh mendalam menggugah hati saya...
    Apa jua yang kita biasakan hingga menjadi tabiat berterusan akan memberi kesan kekal dlm jiwa dan diri. Seperti juga dalam proses penulisan, kita perlu kaya perbendaharaan kata juga mahir bermain perkataan dan bahasa. Puisi lazimnya terbentuk dari kata-kata indah dan banyak makna. Sekaligus membiasakan kita mudah menyusun dan mengait patah-patah perkataan yang menggambarkan sesebuah cerita. Juga melatih kita membiasakan diri dengan perlambangan dan simbol untuk melahirkan sebuah cerita.

    dari sedikit pengalaman saya menulis... terasa sangat tatkala menulis, jika lama saya tidak membaca puisi, bahan yang saya tulis...kering dan gersang, seperti tidak bermaya. Jika kerap membaca puisi, terasa olahan yang disampaikan lebih hidup, malah mampu mengusik/menyentuh perasaan orang lain.

    Sebaiknya juga, selepas membaca puisi..kita cuba sendiri mengungkapkan bait-bait yg lahir dari benak kita...tulis puisi sendiri. Latihan dpt memahirkan kita. Praktik itu membenarkan teori...Tidak perlu panjang, memadai dua-tiga baris ungkapan.

    Gitu, sikit dari saya...klu sudah mula bicara, saya seperti sukar berhenti...mungkin terbawa2 tabiat pembentangan kertas-kerja...mohon maaf dari sifu.

    muridmu.

    ReplyDelete
  10. ummu anas :)

    pada peringkat permulaan saja anda memerlukan belajar drpd buku2 sastera dan puisi, sbb setelah tahu tekniknya, lama kelamaan anda dah faham caranya dan dpt buat ayat sendiri - seindah susunan ayat2 yg anda atur dlm posting kat atas tu. ini krn, di dalam diri anda mmg pun dah ada bakat seni tersembunyi sprt itu, dan sekarang sudah menyerlah keluar dan dah nampak akan keindahan dan keunikan gaya bahasa sendiri kan :) tahniah ummu anas!

    ReplyDelete
  11. salam,

    saya setuju dengan apa yang dikatakan. Puisi itu sesuatu yang indah.

    ReplyDelete
  12. Salam,

    saya juga ingin bertanya, apakah bila kita menulis cerpen, kita terikat dengan pengunaan bahasa melayu? Bolehkaha kita gunakan sedikit bahasa indonesia, seperti " bicara ", "omongan kosong" dan selainnya?

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Saya baru mengenal sastera secara serius sejak setahun yang lepas kerana pendidikan seawal usia saya lebih menjurus kepada bidang bukan sastera.

    Post ini memang mengujakan sedalam perasaan yang terbit di lantai hati ini, kerana 'Puisilah' yang menarik kelibat pandang saya dalam bidang penulisan ini.

    Sungguh2 satu kata yang terjalin dalam beberapa karya puisi (maaf, karya orang Indonesia sebenarnya) telah memberi sinar harapan buat saya melangkah kehadapan, walaupun pekerjaan skg saya tiada berkenaan dengan minat serta bakat yang ada sekarang.

    Terima kasih sekali lagi! saya mendapat sesuatu dari sini.

    Penggemar Puisi dari BORNEO

    ReplyDelete
  14. Saya pernah membaca puisi amatur dan yg bertaraf sasterawan, tapi saya masih tak dapat menilai dan memahami isinya dan yg tersurat. Bagaimana mahu memahami selok belok puisi bermutu agar dapat dijadikan platform untuk menulis cerpen dan novel? Terima kasih Sifu.

    ReplyDelete
  15. zuhairy :)

    utk menggunakan puisi dlm cerpen ataupun novel, anda tak perlu faham pusi yg anda baca. berkemungkinan besar, puisi yg anda baca tu, mempunyai maksud yg tersirat tp tak tersurat dan hny boleh difahami oleh penulisnya dan org yg cuba dihantar mesejnya. jadi, tak payah susah2 cuba memahaminya - kecuali anda mmg seorang pengkaji puisi (wah, diharap tiada yg marah2 dgn komen saya ni k)

    ok, apa yg perlu anda buat utk karya anda adalah; misalnya anda sedang buat cerpen yg nak menggambarkan perasaan bingung watak utamanya. taip di kotak cari/search perkataan `puisi bingung', dgn pantas akan tersiar sejumlah besar puisi yg ada kaitan perkataan bingung. jadi pilihlah beberapa puisi tersebut. dr sebuah puisi, cari dua atau tiga perkataan yg melambangkan perasaan bingung yg si penulis tu tulis dan gambungkan dgn ayat dlm karya anda. tp, jgn sekali2 anda ambil keseluruhan puisi itu, krn itu sudah menciplak namanya. dr satu rangkap puisi, pilih dua - 3 perkataan saja, yg dikira cantik diselitkan dlm karya anda. cuba cari satu puisi dan letakkan dlm thread anda, dan akan saya tunjukkan caranya.

    lazimnya, utk mencantikkan karya, kita perlu mempuisikan ayat apabila kita menggambarkn k perasaan (bahagia, sedih, rindu, benci, marah, kecewa, sedih dll) dan suasana sekitar. tak susah sebenarnya.

    senang saja ini, zuhairy. tp, sebelum anda cari puisi utk menggambarkan perasaan atau suasana dlm karya anda, anda perlu siapkan dulu karya tu. memasukkan puisi dlm karya hnylah sebagai proses mencantikkannya atau lebih tepat bak kata kak aini anda; menyolekkan karya anda.

    itu je zuhairy, diharap jwpn saya dpt membantu anda; jawapan dr org tgh demam tu.. heheh

    gigih terus k

    ReplyDelete
  16. Terima kasih Sifu. Baru saya tau, tak semestinya kita kene faham maksud dalam puisi, patutlah susah betul nak faham puisi. Gitu rupanya! :)

    Walaupun maksud keseluruhan puisi memang susah untuk dimengerti tapi saya masih dapat menghayati keindahan bait2 puitis puisi melalui pemilihan perkataan sesuai yang mempunyai bunyi hampir sama yg sengaja diulang dan kemahiran penulis menggambarkan sesuatu keadaan dgn cukup kritis dan bermakna.

    Saya doakan semoga Sifu cepat sembuh! :)

    ReplyDelete
  17. bisakah saya dari Indonesia yang juga pecinta sastra bergabung dengan komuniti sastera ini?

    ReplyDelete
  18. salam puan Az...saya bermula dari puisi sebelum melangkah ke cerpen dan novel.

    ReplyDelete
  19. Saya mengunakan puisi untuk cerpen saya ni,.apa pendapat Puan? Boleh beri pendapat tak?
    http://szaza.blogspot.com/2013/11/aku-bukan-penyair.html

    ReplyDelete